Sorotan pilihanraya tahun 2008

Embed Size (px)

Citation preview

1

1.0

PENGENALAN

Pilihan raya dari segi takrifnya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih dan ia adalah berbeza pula dengan perbuatan melantik. Abdul Rashid (1994: 1), menyatakan dalam konteks yang lebih luas pilihan raya dilihat sebagai pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan ini dibuat menerusi undi sebuah perkumpulan atau constituent body. Abdul Rashid (2007: 88) juga menyatakan tujuan pilihan raya diadakan adalah untuk memilih individu yang sesuai untuk mewakili kepentingan para pemilih dalam hal-hal yang termaktub di bawah peraturan dan bidang kuasa pertubuhan yang terlibat. Justeru, apabila perbuatan memilih sesuatu atau seseorang untuk sesuatu jawatan atau kedudukan dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang, maka ia dikatakan pilihan raya1. Kelangsungan pilihan raya di Malaysia dilihat dapat dilaksanakan di dalam jangka masa yang konsisten iaitu dilakukan hampir lima tahun bagi setiap penggal pemerintahan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya bagi kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Badan ini ditubuhkan pada tahun 1957 di bawah perkara 114. Oleh itu, SPR berperanan untuk menjalankan tugas dengan bebas dan adil di dalam negara ini (Maizatul 2005: 68). Seterusnya, semasa menunaikan tanggungjawab dan tugas, Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak selaku badan yang bebas. Oleh itu, segala tindakan SPR di dalam urusan mengendalikan pilihan raya tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan parti-parti yang bertanding2. Pilihan raya telah diadakan sebanyak 12 kali di dalam sejarah Malaysia. Pilihan raya umum kali pertama telah diadakan pada tahun 1959 ketika Malaysia masih lagi dikenali dengan nama1

Terdapat dua objek yang dilihat di dalam pilihan raya iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya (Abdul Rashid, 1994: 1).2

SPR harus bersifat berkecuali demi menjaga kepentingan semua pihak dan bertindak adil. Sementara itu, sistem pilihan raya di Malaysia menggunakan sistem mudah (simple first-past-the-post) atau single member territorial representation. Oleh itu, melalui sistem ini, calon yang menang adalah calon yang mendapat undi terbanyak walaupun dengan kelebihan satu undi (Abdul Rashid, 1994: 2).

2 Tanah Melayu (Ghazali 2006: 50). Justeru, kemampuan Malaysia untuk mengadakan pilihan raya dilihat sebagai asas kepada demokrasi di negara ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah keputusan pilihan raya yang dilihat telah menunjukkan pola kejatuhan undi kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu (Mingguan Malaysia. 2008. 9 Mac: 1). Seterusnya, walaupun Barisan Nasional masih lagi memenangi sebahagian besar kerusi, pencapaian mereka sentiasa berubah-rubah di dalam keputusan pilihan raya. Sebelum pilihan raya umum ke-12, Barisan Nasional masih kukuh tetapi pernah terlepas beberapa negeri kepada pihak lawan seperti di Pulau Pinang pada tahun 1969, Kelantan dari tahun 1990 sehingga kini, Sabah pada tahun 1986, dan Terengganu pada tahun 1999 (Ghazali 2006: 59-62).

1.1

Sorotan Pilihan Raya ke-12 2008

Pilihan raya umum ke-12 telah dijalankan pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 ( Mingguan Malaysia. 2008. 9 Mac). Pilihan raya kali ini telah diadakan dengan suasana yang aman tanpa perkara yang benar-benar mengancam keselamatan negara. Proses-proses pilihan raya umum ke-12 adalah seperti berikut : 1. Pembubaran Parlimen dilakukan pada 13 Februari 2008 oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong dan mendapat perkenan baginda. Kesemua kawasan Dewan Undangan negeri turut dibubarkan kecuali DUN Sarawak yang baharu sahaja mengadakan pilihan raya peringkat DUN pada April 2007 (Utusan Malaysia. 2008. 14 Februari). 2. SPR seterusnya telah dimaklumkan mengenai pembubaran parlimen. Oleh itu, badan tersebut membuat mesyuarat untuk menentukan perjalanan proses pilihan raya ke-12. Suruhajaya Pilihan Raya telah menetapkan hari penamaan calon dan tempoh berkempen. Penamaan calon bagi Pilihan raya umum ke-12 telah dijalankan pada hari Ahad, 24 Februari 2008 dan hari pengundian telah ditetapkan pada 8 Mac 2008 (Berita Harian. 2008. 15 Februari: 1). Oleh itu, setiap parti yang bertanding mempunyai tempoh masa 13 hari untuk berkempen dan memperkenalkan calon masing-masing sebelum pilihan raya berlangsung. 3. Proses penamaan calon menyaksikan Barisan Nasional telah menang tanpa bertanding di tujuh kawasan parlimen, iaitu terdiri daripada satu kerusi di Johor, dua di Sabah, dan empat di

3 Sarawak3. Barisan Nasional juga telah menang tanpa bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing dua di Sabah dan satu di Selangor. Sementara itu, Parti Islam Malaysia (PAS) juga menang satu kerusi tanpa bertanding di DUN Kijang, Kelantan 4 (Utusan Malaysia. 2008. 25 Februari: 1).

1.2

Kejayaan dan pencapaian parti politik di dalam pilihan raya ke-12

Keputusan kemenangan tanpa bertanding beberapa calon Barisan Nasional pada hari penamaan calon semakin memberi keyakinan kepada parti tersebut untuk menang dan mengekalkan majoriti 2/3 di dewan rakyat. Namun begitu, keputusan awal yang dianggap positif oleh Barisan Nasional untuk memenangi kerusi yang lebih banyak di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak berterusan ketika hari sebenar pengundian. Hal ini kerana keputusan di dalam pilihan raya tersebut menyaksikan empat buah negeri iaitu, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pihak lawan Barisan Nasional (Mingguan Malaysia. 2008. 9 Mac: 1)5. Kelantan pula masih kekal di bawah pemerintahan PAS walaupun Barisan Nasional giat melakukan usaha mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut dengan manifesto Tahun merawat Kelantan (Berita Minggu. 2008. 2 Mac: 1 dan 4).

3

Kerusi parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional secara tanpa bertanding ialah di P157 Pengerang di Johor (Datuk Seri Azalina Othman Said), P182 Pensiangan di Sabah (Joseph Kurup), P191 Kalabakan di Sabah (Abdul Ghapur Salleh), P206 Tanjung Manis di Sarawak (Norah Abdul Rahman), P207 Igan di Sarawak (Wahab Haji Dollah), P210 Konawit di Sarawak (Ago Anak Dagang), P214 Selangau di Sarawak (Joseph Entulu Anak Belaun), dan P215 Kapit di Sarawak (Alexander Nata Linggi) (Utusan Malaysia. 2008. 25 Februari: 1).4

Wan Ubaidah binti Omar (PAS) menang tanpa bertanding di N5 Kijang di bawah P20 Pengkalan Chepa di Kelantan. Sementara itu, di Sabah Barisan Nasional menang di dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu di N41 Gum Gum di bawah P184 Libaran (Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau), dan N54 Bugaya di bawah P189 Semporna ( Ramlee bin Marahaban). Seterusnya, di Selangor, Barisan Nasional menang tanpa bertanding di kawasan N43 Sementa di bawah P109 Kapar menerusi calon mereka, datuk Abd. Rahman Palil) (Utusan Malaysia. 2008. 25 Februari:1)5

Sehingga esei ini ditulis, Kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Nizar telah digantikan oleh Datuk Zambry Abdul Kadir setelah Barisan Nasional menbentuk kerajaan baharu Perak selepas tiga Ahli Dewan Undangan negeri Pakatan rakyat keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional dan ADUN Bota yang menyertai PKR tidak sampai 2 minggu kembali semula menyertai UMNO (Utusan Malaysia. 2009. 6 Februari: 1).

4 Selain itu, Barisan Nasional menang 140 kerusi secara keseluruhan dan pembangkang menang 82 kerusi menjadikan situasi Barisan Nasional gagal mendapat majoriti 2/3 di dalam kerusi parlimen6. Kekalahan Barisan Nasional banyak dialami di kawasan bandar utama seperti di hampir kesemua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melainkan parlimen Setiawangsa. Selain itu, Barisan Nasional turut kalah di beberapa kerusi parlimen seperti di Kota Melaka, Kuantan, Shah Alam, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Kuching, dan sebahagian besar kerusi parlimen di Pulau Pinang (www.spr.gov.my. Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 2008 [1 Februari 2009]). Selepas Pilihan raya ke-12 2008, berlaku beberapa masalah seperti perlantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu. Isu tersebut melibatkan pertikaian siapa yang akan menjadi Menteri Besar di negeri tersebut yang akan mendapat perkenan Duli Maha Mulia Raja Perlis dan juga Sultan Terengganu. Namun begitu, isu tersebut reda apabila pucuk pimpinan Barisan Nasional menerima keputusan Raja dan Sultan di negeri tersebut dengan Dr. Isa Sabu menjadi Menteri Besar yang baharu di Perlis menggantikan Datuk Seri Shahidan bin Kassim, manakala Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh di Terengganu (Mingguan Malaysia. 2009. 30 Mac: 1). Namun begitu, walaupun Barisan Nasional tidak lagi mempunyai majoriti 2/3 di dalam peringkat kerajaan persekutuan, sebahagian besar negeri di dalam Malaysia masih lagi dimenangi oleh Barisan Nasional7 (Mingguan Malaysia. 2009. 9 Mac: 1). Justeru, kerajaan yang sedia ada masih lagi mempunyai peranan dan kuasa untuk meneruskan pemerintahan walaupun telah mengalami tentangan yang sengit dari pakatan pembangkang. Kejayaan barisan pembangkang yang berjaya menduduki beberapa negeri juga menyebabkan perubahan sistem politik yang semakin menarik di Malaysia. Pembangkang6

Kedudukan kerusi parlimen berubah selepas Februari 2009 setelah Barisan Nasional kalah di dalam Pilihan raya kecil di P36 Kuala terengganu setelah kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail. Kemudian, kerusi Parlimen Bukit Gantang turut kosong setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum di mana pilihan raya kecil akan diadakan pada April 2009 (www.parlimen.gov.my.2009. Februari).7

Negeri-negeri yang jatuh ke tangan pihak lawan Barisan Nasional juga melibatkan pertukaran Menteri Besar. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Khoo Tsu Koon. Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mahazir Khalid, dan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri Besar negeri Selangor yang baharu menggantikan Datuk Seri Khir Toyo. Sementara itu, di Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah digantikan oleh Datuk Seri Nizar Jamaludin. Di Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal sebagai Menteri Besar (Utusan Malaysia. 2008. 10 Mac).

5 menerusi Pakatan Rakyat yang muncul selepas pilihan raya ke-12 telah dilihat semakin mendapat sokongan rakyat. Walaupun, tidak dinafikan Barisan Nasional masih lagi mempunyai kuasa yang agak stabil kerana masih lagi berkuasa di peringkat persekutuan (Aninah Janang dan Suria janib. 2008: 12-19). Pengajaran besar buat UMNO. Dewan Masyarakat Mei: 12-19). Namun begitu, dengan keadaan semasa, persidangan di dewan rakyat juga menjadi lebih hebat dengan kemunculan lebih ramai ahli parlimen dari parti pihak lawan. Oleh itu, perbincangan yang dilakukan juga sentiasa mendapat tumpuan media sehingga diadakan siaran secara langsung selama setengah jam bermula jam 10 pagi di RTM ketika hari persidangan8 (www.penerangan.gov.my. 2009. [ 1 Februari 2009]).

2.0

PILIHAN PENGUNDI DI DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 2008

Orientasi boleh difahami sebagai arah aliran yang diikuti yang akan menjadi landasan bagi sesuatu pergerakan mahupun individu meninjau-ninjau sesuatu menjadikan seseorang itu lebih faham dengan keadaan baru. Justeru, gelagat mahupun tingkah laku pengundi boleh dilihat melalui pelbagai pendekatan. Orientasi pengundi juga boleh dilihat kepada pendekatan identifikasi parti, melihat kepada keupayaan dan kredibiliti calon, atau terkesan melalui isu yang dimainkan oleh parti yang bertanding. Seterusnya, bagaimana tingkah laku Pengundi dapat dilihat dan di nilai merupakan sesuatu yang agak subjektif untuk diperkatakan, namun ianya boleh dilihat menerusi beberapa pendekatan. Pendekatan tentang tingkah laku pengundi boleh dilihat kepada tiga pendekatan, iaitu pendekatan Sosiologikal, pendekatan identifikasi parti, dan pendekatan pilihan rasional (Ghazali Mayudin 2006: 51-53).

2.1

Orientasi serta tingkah laku pengundi

8

Siaran langsung ini dianggap sebagai bukti bagi kerajaan untuk menunjukkan sebagai bukti ketelusan bagi mereka untuk memaparkan apa yang berlaku di dalam parlimen (www.penerangan.gov.my) Walaubagaimanapun waktu liputannya masih lagi terhad dan memerlukan penilaian lebih tepat untuk memastikan rakyat faham dan dapat mengetahui maklumat yang lebih tepat daripada parlimen.

6 Pendekatan pertama yang boleh dilihat untuk melihat tingkah laku pengundi adalah pendekatan sosiologikal. Pendekatan sosiologikal menekankan kepada status sosioekonomi. Contohnya, pendekatan ini akan melihat kepada faktor pendidikan, pendapatan, kelas termasuk agama dan juga etnik. Selain itu, faktor tempat tinggal sama ada penempatan di bandar atau luar bandar juga memainkan peranan dan berkait rapat dengan pilihan pengundi (Ghazali 2006:51-53). Oleh itu, pendekatan ini akan berdasarkan kepada faktor dia atas seperti faktor kelas dan agama yang menjadi kriteria kepada pemilih. Pendekatan seterusnya adalah pendekatan identifikasi parti. Oleh itu, ianya merujuk kepada ikatan dan kesetiaan kepada sesuatu parti dan dasar ini juga digunakan di dalam memilih sesuatu parti di dalam pilihan raya. Kesetiaan ini pula dibentuk melalui proses sosialisasi politik. Sosialisasi politik dapat difahami sebagai proses yang menurunkan dan menanamkan nilai dan norma daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Contohnya, ianya dilakukan oleh ibubapa yang menyerapkan kefahaman politik serta memberikan keyakinan supaya menyokong parti politik tertentu dengan sentiasa menceritakan kebaikan pemimpin parti tersebut atau menunjukkan kesetiaan kepada parti tersebut menerusi pakaian dan barang yang mempunyai gambar parti politik tertentu (Ghazali 2006: 51). Pendekatan pilihan rasional (rational choice), dipopularkan oleh Downs (1957). Teori ini mengandaikan pengundi bertindak secara rasional semasa membuat keputusan untuk keluar mengundi dan semasa membuat pilihan ketika mengundi. Sekiranya pengundi merasakan tidak mempunyai faedah dengan memilih mana-mana calon atau parti yang bertanding, maka pengundi itu tidak akan keluar mengundi. Hal ini dilakukan berdasarkan pertimbangan ekonomi, kos yang dikeluarkan untuk menanggung kos untuk mengundi dan atau kepentingan jika mengundi pihak-pihak tertentu. Selain itu, pengundi akan melihat kepada dasar atau program yang diatur parti yang bertanding. Parti-parti yang bertanding akan mengemukakan dasar atau program yang akan mengemukakan dasar atau program yang akan dapat menarik sokongan pengundi. Keadaan ini dilakukan di dalam manifesto dan usaha-usaha berkempen. Pengundi bertindak secara rasional untuk memilih parti dan calon yang sesuai (Ghazali 2006: 53-54). Oleh itu, saya berpandangan pengundi akan melihat kepada faedah jangka panjang di mana mereka akan menilai kepentingan yang akan diperolehi. Seterusnya, pengundi pada masa kini

7 perlu diberikan keyakinan oleh parti yang bertanding dengan kempen yang berkesan dan mampu menarik minat pengundi untuk terus mengundi parti mereka. Hal ini penting untuk memastikan parti mereka akan terus mendapat sokongan atau pengundi lebih yakin dan menerima kempen serta isu yang dibawa oleh parti lawan mereka.

2.2

Isu, calon atau identifikasi parti

Barisan Nasional masih menjadi kerajaan diperingkat pusat dan kebanyakan negeri di Malaysia. Namun begitu, apa yang dapat diperhatikan, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di dalam dewan rakyat. Pengundi mula menunjukkan tanda-tanda perubahan di dalam menentukan calon pilihan mereka. Saya berpandangan bahawa masih ramai yang memilih calon di dalam pilihan raya adalah berdasarkan kepada pendekatan identifikasi parti yang merujuk kepada kesetiaan kepada parti tertentu. Contohnya, masih ramai lagi pengundi yang setia dengan UMNO sehingga parti tersebut masih lagi mencapai pencapaian yang agak baik juga di Johor sementara PAS masih lagi mendapat sokongan majoriti di Kelantan. Namun begitu, pendekatan tersebut telah mula dibayangi pula dengan kesedaran oleh pengundi untuk melakukan pilihan secara rasional terutama di kalangan pengundi muda. Oleh itu, kesetiaan kepada parti yang dipegang oleh setengah pihak diuji di dalam pilihan raya 2008. Pengundi muda ini dianggap sebagai individu yang menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik di dalam Pilihan raya Umum 2008 kerana ada tanggapan menyatakan bahawa golongan ini adalah terdiri daripada pengundi atas pagar. Pandangan ini adalah kerana golongan muda ini mula memikirkan kredibiliti calon, kemampuan membawa isu rakyat, serta kepentingan yang akan mereka perolehi jika mengundi calon pilihan mereka, bukan sekadar melihat kesetiaan kepada parti semata-mata. Hal ini mungkin kerana telah timbul kesedaran melalui pendidikan yang mereka terima dan juga kemajuan teknologi maklumat untuk mendapatkan sebarang informasi dan berita. Kempen-kempen menerusi media arus perdana sama ada menerusi rangkaian televisyen dan radio, akhbar serta majalah cetak, dan juga wawancara yang dilakukan oleh pemberita dan wartawan sentiasa dilihat lebih banyak berusaha untuk memenangkan pihak pemerintah. Justeru, apabila pengundi yang mempunyai kesedaran

8 terutamanya golongan muda berasa seperti adanya persaingan yang berat sebelah jika difikirkan secara intelektualnya menyebabkan kempen itu tidak boleh diterima oleh akal pemikiran mereka. Peranan calon juga amat penting di dalam memastikan kemenangan parti politik yang bertanding. Parti politik yang bertanding di dalam pilihan raya 2008 dilihat telah meletakkan calon-calon yang mempunyai latar pendidikan yang amat baik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri (Utusan Malaysia. 2008. 25 Februari). Terdapat juga calon yang bertanding di atas parti yang sama terdiri daripada kalangan ahli keluarga seperti adik beradik, menantu, dan anak beranak tidak kira sama ada parti Barisan Nasional dan pakatan pembangkang9.(Utusan Malaysia. 2008. 25 Februari). Selain itu, ada juga calon yang terdiri daripada satu keluarga tetapi bertanding di atas tiket parti yang berbeza. Contohnya, Datuk Sharir Samad di Parlimen Johor Bahru yang mewakili Barisan Nasional dan Khalid Abdul Samad di Parlimen Shah Alam mewakili PAS (Utusan Malaysia. 2008. 25 Febrauari). Terdapat juga calon yang telah lama bertanding seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri S.Samy Vellu, Datuk Seri Rafidah Aziz, dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka telah berada di dalam persaingan politik di dalam tempoh yang panjang dan ada yang telah bermula semenjak tahun 1970-an lagi. (www.spr.gov.my. Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 2008 [1 Februari 2009]). Oleh itu, kepelbagaian latar belakang calon pada tahun 2008 pada pandangan saya telah memperlihatkan kesungguhan kepada parti yang bertanding serta pucuk pimpinan parti masing-masing untuk mencapai jumlah kemenangan yang tinggi di dalam pilihan raya. Namun begitu, apa yang terjadi, pemimpin yang terlalu lama ini juga tidak semestinya memberikan kemenangan kepada parti atau memberi sebarang kelebihan mahupun keistimewaan. Kekalahan beberapa pemimpin yang menjawat jawatan Menteri Kabinet juga adalah contoh terbaik untuk dilihat bahawa calon yang bertanding di dalam pilihan raya ke-12 juga tidak semestinya mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Contohnya,

9

Di antara ahli parti politik yang bertanding bersama-sama dengan ahli keluarga mereka seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN Parlimen Kepala batas) dengan menantunya Khairy Jamaludin (BN Parlimen Rembau), Karpal Singh (DAP Parlimen Kepala Batas) bersama anaknya Gobind Singh Deo (DAP Parlimen Puchong), Osman Sapian (BN DUN Kempas) bersama abangnya Datuk Abdul Aziz Sapian (BN DUN Nusajaya), dan Lim Guan Eng ( DAP Parlimen Bagan) bersama ayahnya Lim kit Siang (DAP Parlimen Ipoh Timur). (Utusan Malaysia.2008. 25 Februari).

9 kekalahan Datuk Seri S Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput yang telah terlalu lama bertanding di kawasan tersebut. Seterusnya, Datuk Zainudin Maidin yang merupakan menteri kabinet ketika itu kalah di Parlimen Sungai Petani, dan Tan Sri Khoo Tsu Koon yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan bertanding di bahagian parlimen untuk ke peringkat kerajaan pusat kalah kepada Dr. P Ramasamy di Parlimen Batu Kawan. Justeru, adalah penting bagi sesebuah parti memilih calon yang sesuai dan terbaik di mana ianya mampu mendapatkan sokongan rakyat. Calon ini juga haruslah terdiri daripada mereka yang ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat. Hal ini adalah penting supaya calon ini adalah calon yang diterima dan bukan sekadar untuk menjaga kepentingan peribadi dan sekadar suka-suka untuk bertanding dengan hasrat mengejar habuan ketika menjadi pemimpin. Secara umumnya, di dalam melihat isu yang di bawa oleh parti politik yang bertanding pada tahun 2008 juga melihatkan kepelbagaian isu dan perkara10. Namun begitu, Barisan Nasional dilihat masih lagi menceritakan manifesto yang bersifat politik pembangunan. Contohnya, manifesto Barisan Nasional tahun merawat Kelantan (Berita Harian. 2008. 7 Mac: 15). Barisan Nasional juga menjanjikan manifesto yang dianggap mereka sebagai jaminan kepada masa depan rakyat. Tahun 2008 menyaksikan Barisan nasional menyenaraikan 76 perkara di dalam manifesto mereka. Kesemua perkara itua adalah janji-janji yang dianggap mereka telah dilaksanakan dan akan diteruskan untuk tempoh akan datang (Berita Harian. 2008. 26 Februari: 1-2). Sementara itu, pembangkang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri di atas kesungguhan beliau untuk mengatasi rasuah, kes Linggam, dan pelbagai lagi isu melibatkan kredibiliti kerajaan yang memerintah serta isu keselamatan dan kawalan pihak polis ke atas orang awam untuk mengelakkan kes seperti pembunuhan Nurin Jazlin daripada berlaku dan mengancam keselamatan (Suara Keadilan. 2008. Mac).

10

Memurut Manimaran.G, Ezhar Tamam, dan Abdul Muati@Zamri Ahmad (2008:84), isu yang dibawakan pada tahun 2008 lebih banyak menyentuh mengenai kenaikan harga barang, inflasi, kesan krisis ekonomi dunia, pendidikan, pembangunan ekonomi yang seimbang, antara etnik, agama, jenayah dan keselamatan, ketelusan kehakiman, dan sistem pengurusan pilihan raya terutama isu penggunaan dakwat hitam yang kemudiannya dibatalkan pelaksanaannya ( Manimaran.G, Ezhar Tamam, dan Abdul Muati@Zamri Ahmad. 2008. Pilihan raya umum 2008: Isu dan implikasi baharu di Malaysia. Pemikir April-Jun: 65-98).

10 Parti pembangkang seperti Keadilan pula berjanji jika mereka memperoleh mandat rakyat, tugas pertama mereka adalah untuk mengurangkan harga petrol dan harga barangan asas lain, serta menyediakan pendidikan percuma untuk semua. Mereka juga mempersoalkan pembatalan penggunaan dakwat hitam pada saat-saat akhir oleh SPR (Berita Harian. 2008. 5 Mac: 1). Namun begitu, bagi pihak pembangkang janji-janji mereka hanya mungkin terlaksana jika partiparti pembangkang menang di dalam pilihan raya tersebut. Oleh itu, jika tidak mengikut janjijanji pembangkang, parti pembangkang berpandangan rakyat perlu menunggu lima tahun lagi untuk melakukan perubahan atau menukar kerajaan (Suara Keadilan. 2008. Mac). Sementara itu, PAS bersama dengan manifesto negara kebajikan yang ingin melihat nasib rakyat terbela. Manifesto seperti ini dilihat lebih hampir dengan hati rakyat namun bagi segelintir pihak merasakan apa yang dijanjikan pembangkang sukar dilaksanakan (Harakah. 2008. Mac). Namun begitu, isu yang dibawa oleh parti-parti yang bertanding ini sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada pemilihan pengundi di dalam pilihan raya. Menurut Ghazali (2006:57-58) tidak semua isu diyakini kerana ada kemungkinan dibayangi dengan prestasi ekonomi yang memberangsangkan. Justeru, perlu ada usaha daripada gerakan parti masing-masing untuk memastikan isu itu dapat meyakinkan pengundi dan jika tidak ianya dianggap sebagai isu yang sudah lapuk atau isu yang sama sahaja yang timbul setiap kali pilihan raya. Seterusnya, medium untuk berkempen bukan lagi setakat melihat kepada akhbar arus perdana, televisyen, dan radio. Kemajuan dunia teknologi juga menyebabkan kempen-kempen dapat dijalankan dengan pelbagai cara dan kaedah. Justeru, ianya juga menyebabkan pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah dengan adanya media-media alternatif seperti blog, laman web, dan laman sesawang yang lain. Oleh itu, parti yang bertanding semestinya berhatihati untuk mengetengahkan sesuatu isu supaya strategi dan juga perkara yang dibawa akan mendapat sokongan rakyat. Kemudahan ini menyebabkan kempen menjadi hebat dan terbuka. Para pengundi mempunyai pilihan yang lebih luas untuk mendapatkan informasi dan untuk menyatakan pandangan mereka dengan kemudahan yang telah tersedia ada ini.

11 3.0 KAJIAN KES DI P162 PARLIMEN GELANG PATAH, JOHOR

Kajian seterusnya adalah untuk melihat tingkah laku pengundi ini dengan lebih dekat. Oleh itu, saya memilih kawasan parlimen P162 Gelang Patah untuk menilai tingkah laku pengundi, berkaitan orientasi yang ingin dilihat pengundi di kawasan tersebut. Gambaran tentang gelagat serta tingkah laku pengundi dapat dilihat dengan memerhatikan data-data serta keputusan pilihan raya. Data pilihan raya sebelumnya iaitu pada tahun 2004 dan keputusan semasa pilihan raya ke12 adalah angka yang boleh dilihat untuk melihat kelakuan pengundi. Selain itu, data pilihan raya 2004 dan 2008 bagi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Skudai dan N49 Nusajaya yang berada di bawah P162 Gelang Patah juga akan dilihat keputusannya11. Keputusan di peringkat Dewan Undangan Negeri ini juga penting untuk menilai sokongan pengundi di kawasan Parlimen Gelang Patah. Keputusan ini akan dapat memperlihatkan sokongan meyeluruh pengundi di kawasan ini yang menyokong parti politik masing-masing dan dapat menilai perbandingan keputusan pilihan raya pada tahun 2004 dan pilihan raya yang terbaharu.

3.1

Keputusan pilihan raya kawasan P162 Gelang Patah

Kawasan P162 Gelang Patah terletak di negeri Johor darul Takzim. Kawasan ini wujud daripada persempadanan semula12 kawasan mengundi yang telah dilakukan oleh SPR dan dipertandingkan buat kali pertama pada tahun 1995. Sebelum persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan pada tahun 1995, kawasan parlimen ini adalah sebahagian daripada kawasan Parlimen Pulai di11

Bagi melihat tingkahlaku pengundi di kawasan ini, data-data pilihan raya daripada suruhanjaya SPR melalui talian internet (www.spr.gov.my) digunakan di mana data-data tahun 2004 dan 2008 dilihat untuk melihat perbandingan tingkah laku pengundi di kawasan ini. Selain itu, keputusan yang diperolehi daripada akhbar utama di Malaysia iaitu, Berita Harian dan Utusan Malaysia turut diperhatikan bagi memastikan maklumat yang ada adalah tepat dan benar.12

SPR menjalankan kajian persempadanan semula termasuk cadangan mewujudkan kawasan-kawasan pilihan raya yang baru. Suatu suruhanjaya yang juga diwakili ahli-ahli daripada kesemua parti politik yang berwibawa (creditable) mungkin boleh membantu mewujudkan kaedah yang sempurna bagi menjamin penerimaan perakuanperakuan yang diasaskan oleh suruhanjaya (Abdul Rashid 2007: 95). Keadaan ini adalah penting untuk memastikan setiap kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula tidak dianggap sebagai tindakan yang kontroversi dan usaha untuk memenangkan kerajaan yang sedang memerintah.

12 dalam daerah Johor Bahru (www.spr.gov.my). Secara majoritinya, kawasan parlimen ini mempunyai majoriti penduduk kaum bukan Melayu dan didahului dengan majoriti penduduk kaum berbangsa cina. Jadual 3.1.1, jadual 3.1.2 dan jadual 3.1.3 menunjukkan komposisi kaum bagi kawasan P162, N48 dan N49 bagi tahun 2004 dan 2008. Oleh itu, jadual-jadual ini dapat menunjukkan komposisi kaum dikawasan tersebut mengikut pecahan kaum di dalam bentuk peratus.

JADUAL 3.1.1 Komposisi Kaum di P162 Gelang Patah di dalam PRU ke-11 dan PRU ke-12 Kaum Melayu Cina India Lain-lain JUMLAH Berita Harian 2008 Tahun 2004 33.39% 55.06% 10.69% 0.32% 70217 orang Tahun 2008 33.54% 54.06% 12.22% 0.17% 78676 orang

Sumber: Laporan Khas pilihan raya Berita Harian 2004, Laporan Khas pilihan raya

Jadual 3.1.2 Komposisi kaum di N48 Skudai di dalam PRU ke-11 dan PRU ke-12. Kaum Melayu Cina India Lain-lain JUMLAH Berita Harian 2008 Jadual 3.1.3Komposisi kaum di N49 Nusajaya di dalam PRU ke-11 dan PRU ke-12 Tahun 2004 21.68% 66.99% 10.68% 0.29% 40552 orang Tahun 2008 22.07% 65.48% 12.26% 0.20% 44459 orang

Sumber: Laporan Khas pilihan raya Berita Harian 2004, Laporan Khas pilihan raya

13

Kaum Melayu Cina India Lain-lain JUMLAH

Tahun 2004 49.38% 38.94% 10.80% 0.42% 29665 orang

Tahun 2008 48.46% 39.23% 12.18% 0.14% 34217 orang

Sumber: Laporan Khas pilihan raya Berita Harian 2004, Laporan Khas pilihan raya Berita Harian 2008 Jadual di atas menunjukkan bagaimana kerusi P162 Gelang Patah ini adalah kerusi yang mempunyai majoriti kaum bukan Melayu. Perbandingan antara dua tahun ini telah menunjukkan bagaimana berlakunya pertambahan pengundi Melayu di P162 daripada 33.34% pada tahun 2004 kepada 33.54% pada tahun 2008. Namun begitu, pertambahan tersebut tidak memberi makna kerana jumlah pengundi kaum bukan Melayu masih lagi tinggi pada tahun 2008 iaitu sebanyak 54.06% pengundi cina, 12.22% pengundi India, dan lain-lain 0.17%. Oleh itu, ini menunjukkan secara keseluruhan terdapat 66.45% pengundi bukan Melayu di P162 pada tahun 2008. Sementara itu, di N48 Skudai, kawasan ini menjadi kawasan yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu. Pada tahun 2004, menyaksikan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan ini berjumlah 77.96% ( Cina 66.99%, India 10.68%, dan lain-lain 0.29%) sementara pengundi melayu hanya 21.68%. Seterusnya, pada tahun 2008 pula menyaksikan pertambahan jumlah pengundi Melayu kepada 22.07% namun begitu jumlah pengundi bukan Melayu masih lagi tinggi berbanding kaum melayu iaitu sebanyak 77.94% ( Cina 65.48%, India 12.26%, dan lain-lain 0.20%). Seterusnya, bagi N49 Nusajaya, walaupun kaum Melayu mempunyai jumlah penduduk secara majoriti, iaitu sebanyak 49.38% pada tahun 2004 dan 48.46% pada tahun 2008, jumlah keseluruhan penduduk kaum bukan Melayu di kawasan ini masih lagi tinggi. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat jumlah keseluruhan penduduk kaum bukan Melayu di kawasan ini iaitu sebanyak 50.62% pada tahun 2004 ( Cina 38.94%, India 10.80%, dan lain-lain 0.42%)

14 sementara pada tahun 2008 jumlah penduduk bukan Melayu di kawasan ini adalah seramai 51.54% ( Cina 39.23%, India 12.18%, dan lain-lain 0.14%). Perkembangan penduduk di kawasan ini adalah terlalu pesat. Hal ini kerana kawasan ini turut terletak di bawah kawasan Iskandar Malaysia dan telah berkembang pesat dan maju (Berita Harian. 2008. 6 Mac: 24). Perkembangan terbaharu menyaksikan kawasan Parlimen Gelang Patah yang turut melibatkan DUN Skudai dan DUN Nusajaya ini bakal menjadi kawasan pusat pentadbiran baharu bagi kerajaan negeri Johor bagi pembangunan Bandar Nusajaya. Kemudahan yang telah dan baharu sahaja siap dibina di kawasan ini seperti Lebuhraya Kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan Rel Keretapi antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Lapangan Antarabangsa Senai (Muhamad Azli Shukri. Muhamad Rafiq Abdul Rahman. Mohamad Sofee Razak. 2008. Nusajaya Mercu tanda UEM. Dewan Ekonomi Ogos: 52-60). Selain itu, kawasan ini juga mempunyai sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia iaitu Universiti teknologi Malaysia (UTM) di Skudai. Oleh itu, kawasan ini semenangnya telah dibangunkan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan yang memerintah. Pencapaian Barisan Nasional di kawasan ini adalah amat baik pada tahun 2004 (Berita harian. 2008. 12 Februari: 15). Namun begitu pada tahun 2008 menyaksikan berlaku sedikit perubahan di kawasan ini. Jadual 3.1.4, jadual 3.1.5, jadual 3.1.6, jadual 3.1.7, jadual 3.1.8, dan jadual 3.1.9 akan menunjukkan data keputusan pilihan raya untuk menjelaskan keputusan pengundian yang telah dilakukan oleh pengundi di kawasan P162 Gelang Patah, N48 Skudai dan N49 Nusajaya. Keputusan pilihan raya pada tahun 2004 juga disertakan untuk melihat perkembangan dan perbandingan keputusan bagi pilihan raya 2008 berbanding tahun sebelumnya.

Jadual 3.1.4 Keputusan Pilihan raya 2004 P162 Gelang Patah

15 Nama calon Tan Ah Heng (BN-MCA) Sk Song ( Keadilan) Jumlah Undi Undi diterima41,991 31,666 9,335 52,239 1,903

majoriti

Undi rosak

% mengundi 74.69

Sumber: Laporan Suruhan jaya Pilihan raya 2004 Jadual 3.1.5 Keputusan Pilihan raya 2008 P162 Gelang Patah Nama calon Tan Ah Heng (BN-MCA)Dr. Zaleha Mustafa (PKR) 24,779

Undi diterima33,630

majoriti8,851

Undi rosak2244

% mengundi77.09

Jumlah Undi

60,653

Sumber: Laporan Suruhan jaya Pilihan raya 2008 Jadual 3.1.6 Keputusan Pilihan raya 2004 N48 Skudai Nama calonTeo kok chee

Undi diterima15,573

majoriti2,193

Undi rosak562

% mengundi73.34

(BN-Gerakan) Boo Cheng Hau (DAP) Jumlah Undi

13,380 29,515

Sumber: Laporan Suruhan jaya Pilihan raya 2004 Jadual 3.1.7 Keputusan Pilihan raya 2008 N48 Skudai Nama calonTeo kok chee

Undi diterima41,991

majoriti12,854

Undi rosak590

% mengundi76.44

(BN-Gerakan) Boo Cheng Hau (DAP)

23,124

16 Jumlah Undi33,984

Sumber: Laporan Suruhan jaya Pilihan raya 2008 Jadual 3.1.8 Keputusan Pilihan raya 2004 N49 Nusajaya Nama calonAbdul Aziz Sapian

Jumlah undi18,452

majoriti14,776

Undi rosak595

% mengundi 76.48

(BN-UMNO)Zulkarnain Yap Abdullah (PAS) 3,676 22,723

Jumlah Undi

Sumber: Laporan Suruhan jaya Pilihan raya 2004 Jadual 3.19 Keputusan Pilihan raya 2008 N49 Nusajaya Nama calonAbdul Aziz Sapian

`

` % mengundi77.89

Jumlah undi16,643

majoriti7,384

Undi rosak750

(BN-UMNO)Mohd. Shah Lamat (PAS) 9,259 26,652

Jumlah Undi

Sumber: Laporan Suruhan jaya Pilihan raya 2008

3.2

Analisis keputusan pilihan raya 2008 di P162 Gelang Patah

Parlimen Gelang Patah (P162) merupakan kerusi yang terdiri daripada majoriti pengundi cina. Parlimen tersebut dilihat mempunyai 2 DUN iaitu DUN Skudai, dan DUN Nusajaya. Seterusnya, bagi kerusi DUN Skudai merupakan kawasan majoriti pengundi Cina dan terletak di kawasan bandar. Manakala Nusajaya pula merupakan kawasan DUN yang semakin pesat membangun dan mempunyai majoriti pengundi Melayu. Namun begitu, kawasan ini sedang dibangunkan sebagai pusat pentadbiran baharu kerajaan Johor namun masih mempunyai kampung-kampung tradisional.

17

Keputusan pilihan raya bagi tahun 2004 dan 2008 mempunyai perbezaan yang amat ketara. Hal ini kerana apa yang dapat dilihat adalah kemerosotan undi yang diterima BN pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2008 menyaksikan BN meletakkan semula ketiga-tiga calon yang pernah bertanding atas tiket mereka pada tahun 2004. Pembangkang pula mencalonkan muka baru di peringkat parlimen dan DUN Nusajaya. Calon pembangkang di DUN Skudai pula adalah muka lama iaitu Boo Cheng Hau. Seterusnya, apa yang menarik juga, kawasan ini mempunyai jumlah undi rosak yang amat tinggi pada tahun 2004 iaitu sebanyak 1903 undi, dan pada tahun 2008 meningkat kepada 2244 undi (www.spr.gov.my). Keputusan 2008 menyaksikan BN menang di kerusi parlimen dengan 8851 majoriti undi berbanding 31666 majoriti undi pada tahun 2004. Namun begitu, DUN Skudai paling menarik perhatian apabila keputusan pilihan raya pada tahun 2008 melihatkan calon BN yang merupakan Pengerusi gerakan Johor ketika itu, Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (BN) kalah dengan majoriti yang lebih besar kepada DAP. Jika pada tahun 2004 Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee menang dengan majoriti 2,193 undi kepada calon yang sama, tetapi pada tahun 2008 beliau tewas kepada Dr. Boo Cheng Hau dengan majoriti undi 12,854. DUN Nusajaya pula masih lagi menjadi tempat kemenangan Barisan Nasional menerusi wakil UMNO, Datuk Abdul Aziz Sapian. Pada tahun 2004 beliau menewaskan wakil PAS dengan majoriti undi sebanyak 14,776, tetapi kemenangan majoriti beliau merosot pada tahun 2008 apabila menang dengan majoriti undi 7,384. Tahun 2008 juga menyaksikan pengundi DUN Skudai secara majoritinya telah mengundi pembangkang (DAP) sebagai wakil mereka di kawasan DUN manakala kerusi parlimen menyaksikan kemenangan calon BN iaitu Tan Ah Heng. Oleh itu, apa yang menariknya pada tahun itu, pada pandangan saya, seharusnya jika sokongan berdasarkan identifikasi parti diambil kira, Pakatan rakyat juga harus menang di kerusi Parlimen. Jadual di bawah dapat menunjukkan bagaimana seharusnya, Pakatan Rakyat yang harus memenangi kerusi parlimen. Jadual ini akan mencampurkan jumlah undi bagi dua kawasan DUN

18 yang berada di bawah P162 Gelang Patah pada tahun 2008 mengikut parti atau pakatan masingmasing.

Jadual 3.2.1 Jumlah undi yang diterima parti Barisan Nasional di N48 Skudai dan N49 Nusajaya. Kawasan Nama calon Teo Kok Chee (Gerakan) Abdul Aziz Sapian (UMNO) Undi diperolehi 10270 16643 26913

N48 Skudai N49 Nusajaya JUMLAH UNDI Diubahsuai daripada Laporan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia 2008

Jadual 3.2.2 Jumlah undi yang diterima Pakatan Rakyatdi N48 Skudai dan N49 Nusajaya. Kawasan Nama calon Dr. Boo Cheng Hau (DAP) Mohd. Shah Lamat (Pas) Undi diperolehi 23124 9259 32383

N48 Skudai N49 Nusajaya JUMLAH UNDI Diubahsuai daripada Laporan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia 2008

Jadual 3.2.1 dan 3.2.2 menunjukkan terdapat elemen pecah undi (split vote). Hal ini kerana jika dicampurkan jumlah undi bagi N48 Skudai dan N49 Nusajaya, kelebihan jelas berpihak kepada pembangkang. Justeru itu, jumlah undi seperti di dalam jadual 3.2.2, mendapati jumlah undi yang diterima oleh pembangkang lebih banyak jika dibandingkan dengan Barisan Nasional. Barisan Nasional sekadar mendapat 26913 undi jika dicampurkan sedangkan pembangkang seharusnya mendapat 32383 undi. Secara keseluruhannya, jika dicampurkan jumlah undi ini jelas menunjukkan kelebihan kepada pembangkang. Namun begitu, pengundi telah melakukan penilaian yang sebaliknya kerana ternyata pendekatan identifikasi di kawasan ini gagal untuk dibuktikan keberkesanannya. Hal ini kerana ada pengundi yang memilih parti berdasarkan kepentingan mereka (rational choice). Contohnya, ada pengundi yang mengundi calon DAP di kawasan DUN Skudai tetapi tidak pula memilih

19 calon PKR iaitu Dr. Zaliha Mustafa di peringkat parlimen. Kemungkinan yang lain juga di dalam situasi ini adalah kerana mereka telah melihat kepada kepentingan mereka sama ada dari segi pendekatan sosiologikal yang mengutamakan bangsa atau kaum mereka untuk dipilih sebagai calon. Hal ini kerana kawasan ini jelas mempunyai majoriti kaum bukan Melayu dengan kaum cina mendahului dari segi komposisi kaum di kawasan pilihan raya ini. Oleh itu, saya berpandangan tindakan PKR meletakkan Dr. Zaliha Mustafa yang merupakan seorang Melayu di kawasan ini mungkin percaturan yang silap kerana pengundi yang menyokong DAP di DUN Skudai tidak pula mengundi calon pembangkang di peringkat parlimen. Kemungkinan yang besar dan jelas yang dapat dilihat melalui keputusan pilihan raya di kawasan ini ialah faktor sosiologikal memainkan peranan yang cukup besar di dalam orientasi pilihan pengundi. Mereka akan mengundi calon yang mempunyai latar belakang dan kaum yang sama dengan mereka apabila menilai menerusi pendekatan sosiologikal. Namun begitu, pembangkang telah berjaya mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional yang besar di peringkat parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, iaitu sebanyak 31666 undi merosot kepada 8851 undi. Kemerosotan yang cukup besar ini juga memberikan peringatan kepada Barisan Nasional supaya meningkatkan prestasi dan berusaha dengan gigih untuk meyakinkan kepada pengundi supaya mengundi mereka. Seterusnya, jika penilaian mereka adalah berdasarkan kepada pendekatan pilihan rasional, mereka telah menilai bagaimana faedah yang bakal mereka perolehi jika memilih calon yang telah mereka diundi. Mereka mempunyai kecenderungan menilai prestasi calon yang menang di dalam pilihan raya sebelumnya, atau memilih calon baharu. Oleh itu, penting juga wakil rakyat yang sedia ada mempertingkatkan kualiti dan prestasi kerja masing-masing untuk memenangi dan meyakinkan hati pengundi supaya memilih mereka pada pilihan raya akan datang. Disamping berusaha untuk meningkat pembangunan yang pesat di kawasan mereka, wakil rakyat juga harus peka kepada nilai, adat dan budaya pengundi di kawasan mereka kerana pengundi atau pemilih perlu mendapat keutamaan yang sewajarnya daripada wakil rakyat yang telah mereka pilih. Contohnya, di samping giat melakukan usaha pembangunan, isu keselamatan serta pemeliharaan alam sekitar juga harus difikirkan oleh wakil rakyat dan mesti dilaksananakan kerana ianya melibatkan kepentingan bersama dan memerlukan perhatian yang menyeluruh.

20

Kempen yang dilakukan di kawasan ini menyaksikan Barisan Nasional berkempen dengan menekankan aspek pembangunan pesat yang telah dilakukan di dalam kawasan ini seperti pembinaan Lebuhraya Linkedua, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), landasan keretapi dan pembangunan Bandar Nusajaya yang bakal menjadi tempat pentadbiran negeri Johor yang baharu (Berita harian. 2008. 12 Februari: 15). Perkara ini mungkin masih lagi menarik sebahagian besar pengundi di kawasan ini untuk mengundi kerajaan yang sedia ada. Manifesto pembangkang di kawasan ini pula membawa isu yang mempersoalkan kewajaran membina atau mewujudkan Iskandar Malaysia serta isu pelaburan syarikat luar terutama daripada Singapura di wilayah pembangunan tersebut. Selain itu, isu keselamatan juga menjadi bahan kempen bagi pembangkang. Secara kebetulannya, kes pembunuhan kejam adik Nurul Huda Abdul Ghani telah berlaku di dalam kawasan ini pada tahun 2004. Justeru, pengundi di kawasan ini tidak sahaja inginkan pembangunan yang pesat, tetapi mengharapkan kerajaan yang sedia ada lebih peka dengan isu-isu berkaitan dengan keselamatan. Hal ini penting bagi menjamin kehidupan yang selesa dan selamat.

4.0

KESIMPULAN

Melihat kepada ketiga-tiga pendekatan yang dilakukan pengundi ini, masih ramai di kalangan pengundi di Malaysia melakukan undian berdasarkan kepada pendekatan kesetiaan kepada parti13. Namun begitu, terdapat juga di kalangan pengundi yang mengundi dengan mengambil kira kepada Pendekatan sosiologikal iaitu mengundi berdasarkan kepada dasar perkauman, bangsa atau agama yang mereka pegang. Terdapat juga pengundi yang rasional mengundi dengan memilih calon yang dirasakan benar-benar sesuai bagi mereka berdasarkan beberapa penilaian seperti menilai faedah yang bakal diperolehi, kepentingan semasa, dan menilai prestasi calon yang bertanding terutama yang telah bertanding di kawasan yang sama untuk beberapa13

Menurut Nidzam Sulaiman dan Bilcher Bala ( 2002: 56) identifikasi parti dilihat sukar mengalami perubahan apabila alternatif yang realistik tidak wujud, tetapi keadaan semasa telah banyak berubah. Perkembangan media dan teknologi maklumat, proses globalisasi adalah sebahagian sebab bagaimana di negara ini melakukan perubahan kepada undian mereka.

21 penggal. Pengundi seperti ini akan melihat kepada perkembangan semasa yang berlaku, seperti keadaan ekonomi dan juga kemampuan calon membawa isu dan manifesto mereka. Oleh itu, calon yang berkualiti, mempunyai kredibiliti yang baik dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan lebih dilihat dan menjadi pilihan pengundi di dalam keadaan semasa. Isu yang relevan juga akan diukur oleh pengundi di mana parti yang dapat membawa isu dengan baik akan membawa kepada kemenangan kepada mereka. Sekiranya isu itu dibayangi dengan kemajuan ekonomi dan dianggap sudah lapuk, sesebuah parti itu akan dianggap sebagai kekurangan isu. Menurut Mohd Fuad (2005: 54) faktor seperti budaya, isu, dan sikap adalah perkara yang juga penting untuk mempengaruhi pilihan pengundi yang harus diutamakan calon yang bertanding. Oleh itu, saya berpandangan bahawa perkara-perkara ini mestilah diutamakan dan corak berkempen pula haruslah lebih adil dengan memberi peluang kepada parti yang bertanding. Perkara ini adalah penting untuk memberi ruang kepada calon bertanding sementara rakyat pula mendapat ruang untuk menilai prestasi dan juga perkara yang ingin diperjuangkan parti-parti yang bertanding. Jika terlalu banyak usaha yang menggambarkan ketelusan dan keunggulan kepada sebelah pihak, rakyat yang menjadi pengundi akan merasa bosan kewajaran, ianya tidak dapat diterima akal fikiran. Kesimpulannya, pengundi yang juga merupakan rakyat Malaysia telah melakukan undian mereka dan suara mereka boleh diterjemahkan dengan beberapa kekalahan dan kemenangan Barisan Nasional sebagai pemerintah yang telah bertahan di dalam tempoh yang cukup lama. Oleh itu, rakyat telah memberikan mandat kepada kerajaan dan pemilihan mereka adalah berdasarkan faktor kesetiaan mereka kepada parti, sosiologikal mahupun secara rasional dan ianya harus diteruskan dengan kesedaran yang tinggi dengan tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan pengundi. Isu yang dibawa dan juga calon yang diperkenalkan menjadi pilihan yang lebih luas kepada pengundi untuk menentukan calon di dalam pilihan raya. Justeru, kerana itulah sifat bertanggungjawab dan amanah ini penting kerana ianya saling melengkapi antara satu sama lain bukan sahaja berdasarkan kesetiaan parti sematadan jelik mengakibatkan segala tindakan kerajaan yang sedia ada apabila dinilai dari sudut intelektual atau

22 mata tetapi bagaimana usaha yang dilakukan oleh setiap parti untuk meyakinkan pengundi yang akan menentukan calon pilihan mereka.

Rujukan Abdul Rashid Abdul Rahman. 2007. .Integriti pilihan raya dan sistem pilihan raya di Malaysia.Dlm. Anis Yusal Yusoff, Mohd Rais Ramli, Zubayry Abady Sofian (pnyt). Integriti politik di Malaysia: ke arah pemahaman yang lebih sempurna, hlm. 88-100. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia. Abdul Rashid Abdul Rahman. 1994. Perjalanan pilihan raya di Malaysia. Berita Publishing: Kuala Lumpur. Ahmad Zaini kamarulzaman dan Wan hazmir bakar. 2008. Parlimen Bubar. Berita harian. 14 Februari:1. Aninah Janang dan Suria Janib. 2008. Pengajaran besar buat UMNO. Dewan Masyarakat Mei: 12-19. Anon. 2008. Antara pencapaian kerajaan Barisan Nasional. Berita Harian. 7 Mac: 12-13. Anon. 2009. Kerajaan perak tumbang. Utusan Malaysia. 6 Februari: 1. Anon. 2004. Keputusan penuh pilihan raya 2004. Berita Harian. 22 Mac. Anon. 2008. Keputusan penuh pilihan raya 2008. Berita Harian. 9 Mac. Anon. 2008. Manifesto Parti Se-Islam Malaysia. Harakah. Mac. Anon. 2008. Manifesto Parti keadilan rakyat. Suara Keadilan. Mac. Anon. 2008. Senarai penuh calon yang bertanding di dalam pilihan raya 2008. Utusan Malaysia. 25 Februari. Azman Anuar. 2008. Ke mana arah pengundi. Utusan Malaysia. 25 februari: 10. Azman Zakaria, Norfatimah Ahmad, Anwar Husin. 2008. Jaminan masa depan rakyat: Manifesto BN senarai 76 pencapaian, 61 ikrar untuk dilaksana dalam lima tahun. Berita Harian. 26 Februari: 1-2. Aznar bakar. 2008. BN menang 9 kerusi. Utusan Malaysia. 25 Februari: 3.

23 Aznar Bakar dan Borhan Abu Samah. 2008. 3 Negeri dirampas. Mingguan Malaysia. 9 Mac: 13). Ghazali Mayudin. 2006. Demokrasi dan pilihan raya di Malaysia. Dlm Ghazali Mayudin Jamaie Hamil, Sity Daud, Zaini Othman (pnyt). Demokrasi kepimpinan dan keselamatan dalam politik Malaysia, hlm 50-65. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ismail Mat dan Khairul Anuar Abdul Samad. 2008. 10 teras manifesto BN Kelantan. Berita Minggu. 2 Mac: 1 dan 4). Ismail Mat. 2008. Kelantan perlukan angin perubahan: peluang rakyat tentukan agenda selepas pilihan raya. Berita Harian. 7 Mac: 15. Kementerian Penerangan Malaysia. Siaran langsung di parlimen. www. penerangan.gov.my [1 Februari 2009]. Maizatul Haizan Mahbob. 2005. SPR dan pengurusan pilihan raya di Malaysia. Dlm. Maizatul Haizan Mahbob, Mohamad Zain Musa (pynt). Tinjauan baru politik Malaysia, hlm. 6695. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Manimaran.G, Ezhar Tamam, dan Abdul Muati@Zamri Ahmad. 2008. Pilihan raya umum 2008: Isu dan implikasi baharu di Malaysia. Pemikir April-Jun: 65-98. Mohd Fuad Mat Jali. 2005. Pembangunan dan pilihan politik. Dlm Sity Daud, Zarina Othman (pnyt). Politik dan keselamatan, hlm. 42-54. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nidzam Sulaiman dan Bilcher Bala. Persaingan Parti dan politik di Malaysia. Dlm. Mohd Yusof Kasim, Azlan Ahmad. 2002. Politik Baru dalam pilihan raya umum, hlm 28-60. Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia. Mohd Zin Ali dan Azida Shaharudin. 2008. Pembangunan Johor rancak: wilayah pembangunan Iskandar, gerbang selatan bersepadu untuk rakyat. Berita Harian: 24. Muhamad Azli Shukri. Muhamad Rafiq Abdul Rahman. Mohamad Sofee Razak. 2008. Nusajaya Mercu tanda UEM. Dewan Ekonomi Ogos: 52-60. Parlimen Malaysia. Kedudukan semasa parlimen Februari 2009. www.parlimen.gov.my [15 Februari 2009]. Shamsul Azree Shamsir. 2008. SPR batal tanda dakwat. Berita Harian. 5 Mac: 1. Sharniza Abdullah. 2008. Azizan Menteri besar Baru Kedah. Utusan Malaysia. 10 Mac: 4. Srihanasham Noordin. 2008. WPI jadi jaringan pikat pelabur. Berita harian. 12 Februari: 15.

24 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2008. Laporan keseluruhan pilihan raya umum ke-11 2004 dan pilihan raya umum ke-12. www.spr.gov.my [1 Februari 2009]. Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaff. 2008. Mengundi 8 Mac. Berita Harian. 15 Februari: 1-2. Wan Ramli Wan Muhamad. 2008. Idris, 22 Adun BN hadir angkat sumpah Ahmad hari ini. Mingguan malaysia. 30 Mac: 1.