12
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013 Nurfarahin Binti Che Mohamad Ilias (P79056) Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Prof Madya Dr. Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia Abstrak Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah eksport negara serta menjadi penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keseupuluh (RMKe-10), 2011-2015 juga menunjukkan sektor pembuatan mencatatkan prestasi yang amat menggalakkan. Pada tahun 2015, sektor ini telah menyumbang sebanyak 23% atau RM243.9 billion dengan prestasi pertumbuhan yang positif iaitu pada kadar purata 4.8%. Menjelang tahun 2020, sektor pembuatan dijangka akan menyumbang sebanyak 22.1% kepada KDNK negara serta disasarkan berkembang pada kadar tahunan purata 5.1% dalam tempoh RMKe-11. Kebanyakan sub sektor utama dalam sektor pembuatan menunjukkan pertumbuhan positif dalam KDNK dan eksport negara. Secara keseluruhannya sektor pembuatan dibantu oleh sumbangan sektor-sektor pembuatan daripada setiap negeri di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan kepada KDNK negara. Malah kajian ini juga akan melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK negara. Setiap negeri di Malaysia di kelaskan mengikut wilayah di mana wilayah utara ( Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak), wilayah selatan (Johor bahru), wilayah tengah (Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), wilayah timur ( Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta negeri luar semenanjung (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ini menggunakan model regresi berganda dan hasil kajian menunjukkan bahawa wilayah tengah mempunyai hubungan yang signifikan terhadap KDNK negara manakala wilayah lain tidak mempunyai hubungan yang signifikan secara lansung kepada KDNK negara. Katakunci: KDNK, eksport, pembuatan, wilayah, model Pengenalan Sektor pembuatan merupakan salah satu sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada jumlah eksport dan pendapatan negara selepas sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan ini sangat penting kerana melibatkan penghasilan barang dan perkhidmatan yang menjadi penggerak ekonomi negara. Dalam RMK-10, sektor pembuatan telah menunjukkan prestasi yang sangat menggalakkan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Pertumbuhan dalam sektor pembuatan ini disokong oleh peningkatan inovasi, dan produktiviti, modal insan berkemahiran dan pengantarabangsaan. Saban tahun, produk pembuatan Malaysia terus mendapat sambutan dan menguasai eksport negara iaitu sebanyak 81.8 peratus pada tahun ini.

Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013

Embed Size (px)

Citation preview

Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut

Wilayah antara Tahun 2005-2013

Nurfarahin Binti Che Mohamad Ilias (P79056)

Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)

Prof Madya Dr. Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia

Abstrak

Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah eksport negara serta

menjadi penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam

tempoh Rancangan Malaysia Keseupuluh (RMKe-10), 2011-2015 juga menunjukkan sektor

pembuatan mencatatkan prestasi yang amat menggalakkan. Pada tahun 2015, sektor ini telah

menyumbang sebanyak 23% atau RM243.9 billion dengan prestasi pertumbuhan yang positif

iaitu pada kadar purata 4.8%. Menjelang tahun 2020, sektor pembuatan dijangka akan

menyumbang sebanyak 22.1% kepada KDNK negara serta disasarkan berkembang pada kadar

tahunan purata 5.1% dalam tempoh RMKe-11. Kebanyakan sub sektor utama dalam sektor

pembuatan menunjukkan pertumbuhan positif dalam KDNK dan eksport negara. Secara

keseluruhannya sektor pembuatan dibantu oleh sumbangan sektor-sektor pembuatan daripada

setiap negeri di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana

sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan kepada KDNK

negara. Malah kajian ini juga akan melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan

mengikut wilayah terhadap KDNK negara. Setiap negeri di Malaysia di kelaskan mengikut

wilayah di mana wilayah utara ( Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak), wilayah selatan

(Johor bahru), wilayah tengah (Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur), wilayah timur ( Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta negeri luar

semenanjung (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ini menggunakan

model regresi berganda dan hasil kajian menunjukkan bahawa wilayah tengah mempunyai

hubungan yang signifikan terhadap KDNK negara manakala wilayah lain tidak mempunyai

hubungan yang signifikan secara lansung kepada KDNK negara.

Katakunci: KDNK, eksport, pembuatan, wilayah, model

Pengenalan

Sektor pembuatan merupakan salah satu sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada

jumlah eksport dan pendapatan negara selepas sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan ini

sangat penting kerana melibatkan penghasilan barang dan perkhidmatan yang menjadi

penggerak ekonomi negara. Dalam RMK-10, sektor pembuatan telah menunjukkan prestasi

yang sangat menggalakkan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

Pertumbuhan dalam sektor pembuatan ini disokong oleh peningkatan inovasi, dan

produktiviti, modal insan berkemahiran dan pengantarabangsaan. Saban tahun, produk

pembuatan Malaysia terus mendapat sambutan dan menguasai eksport negara iaitu sebanyak

81.8 peratus pada tahun ini.

Kelembapan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2012, tidak menjejaskan

pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia kerana beberapa faktor iaitu permintaan tinggi

daripada negara ASEAN, peningkatan permintaan dari Kesatuan Eropah (EU) dan

peningkatan import daripada rakan FTA. Dalam RMK-10, sektor pembuatan mencatatkan

prestasi pertumbuhan yang baik iaitu 4.8 peratus atau RM 1,111 bilion dalam tempoh 2010-

2015 dan disasarkan meningkat kepada RM1,417 bilion dalam RMK-11. Pertumbuhan sektor

pembuatan ini telah menyumbang sebanyak 23 peratus pada tahun 2015 di mana sumbangan

terbesar ialah dari sub sektor pembuatan elektrik dan elektronik serta kimia. Penggunaan

aplikasi baharu untuk produk semikonduktor dalam pendigitalan, mobiliti, ketersambungan,

kecekapan tenaga dan peminiaturan telah menggalakkan nilai ditambah sub sektor elektrik

dan elektronik dari tahun 2011 hingga 2015. Manakala, subsektor kimia berkembang kerana

berlaku peningkatan permintaan dalam industri automotif, elektrik dan elektronik,

farmaseutikal dan pembinaan. Dalam tempoh 2011-2014, pelaburan sektor pembuatan ialah

sebanyak RM159.1 bilion atau 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah pelaburan. Sebanyak

42.8 peratus pelaburan tersebut terdiri daripada pelaburan langsung domestik (DDI) dan 57.2

peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI). Kepesatan pertumbuhan sektor pembuatan

telah membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia sebanyak 431,000

pekerjaan atau 23.6 peratus yang terdiri daripada beberapa kategori iaitu pengurusan, teknikal

dan penyeliaan serta pekerja mahir. Dengan ini menjadikan jumlah pekerja dalam sektor

pembuatan di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 2.4 juta orang atau 18 peratus

daripada jumlah guna tenaga secara keseluruhan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang telah dibentangkan pada tahun 2015, kerajaan

sangat komited untuk memberi tumpuan kepada aktiviti sektor pembuatan yang bernilai tinggi

bagi memperoleh nilai ditambah domestik yang lebih tinggi, mengeluarkan kepelbagaian

produk yang lebih kompleks dan mencipta pekerjaan yang boleh memberikan upah yang

tinggi dalam tiga sub sektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik serta mesin dan

peralatan. Penekanan akan diberikan kepada produk yang dihasilkan oleh Perusahaan Kecil

dan Sederhana (PKS) agar lebih berkualiti supaya dapat dipasarkan dengan lebih meluas dan

menembusi pasaran baharu menerusi AEC dan FTA. Strategi yang dirancang akan

dilaksanakan bagi mentransformasi sektor pembuatan dalam RMK-11 yang akan bermula

pada tahun 2016 hingga 2020 yang merangkumi lima bidang fokus dasar iaitu mengeluarkan

produk yang kompleks dan pelbagai, meningkatkan produktiviti melalui automasi,

menggalakkan pertumbuhan berasaskan inovasi, memperkukuh pemboleh pertumbuhan dan

melonjakkan pengantarabangsaan. RMK-11 dijangka akan memperlihatkan perkembangan

dalam sektor pembuatan sebanyak 5.1 peratus melalui sumbangan sub sektor berorientasikan

dalam negeri yang juga dijangka meningkat sebanyak 4.4 peratus setahun.

Sektor pembuatan di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua industri iaitu industri

berasaskan sumber dan industri berasaskan bukan sumber. Industri berasaskan sumber terdiri

daripada industri petrokimia, industri farmaseutikal, industri berasaskan kayu, industri

berasaskan getah, industri berasaskan kelapa sawit dan industri pemprosesan makanan.

Manakala bagi industri bukan berasaskan sumber merangkumi industri elektrik dan

elektronik, industri peralatan perubatan, industri tekstil dan pakaian, industri jentera dan

kelengkapan, industri logam, dan juga industri kelengkapan pengangkutan. Kesemua 12

industri ini disasarkan untuk peningkatan pembangunan dan promosi dalam Pelan Induk

Perindustrian Ketiga (IMP3).

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan

perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran sesebuah negara dalam tempoh satu

tahun. KDNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh rakyat tempatan yang

berada diluar negara tetapi mengambil kira sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor

asing di dalam negara. Jadi, dalam kajian ini, pengkaji memilih sektor pembuatan bagi

melihat sejauh mana sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan

kepada KDNK negara serta melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut

wilayah terhadap KDNK negara. Pengkaji memilih sektor pembuatan kerana sektor

pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Malaysia. Sumbangan dan kesan

sektor pembuatan dilihat mengikut wilayah dan pengkaji telah mengelaskan negeri-negeri di

Malaysia kepada beberapa wilayah iaitu wilayah Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Luar

Semenanjung.

Rajah1: Sumbangan Sektor Pembuatan Mengikut Wilayah di Malaysia dari Tahun

2005-3013 (RM Juta)

TAHUN

UTARA

SELATAN

TENGAH

TIMUR

LUAR

SEMENANJUNG

2005 33 588 19 314 63 678 13 445 19 731

2006 38 013 20 066 66 398 14 826 21 577

2007 39 759 20 663 67 164 15 349 22 947

2008 40 259 20 028 69 032 15 350 22 477

2009 33 745 17 650 65 368 14 181 21 207

2010 37 753 21 037 74 676 14 805 21 989

2011 39 528 21 995 78 183 15 130 23 399

2012 41 273 23 336 82 507 16 020 23 614

2013 42 800 24 405 85 090 16 659 24 282

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015)

Sektor pembuatan di Malaysia meningkat saban tahun kerana sumbangan dari

wilayah-wilayah yang terdapat di negara ini iaitu wilayah Utara, Selatan, Tengah, Timur dan

Luar Semenanjung. Berdasarkan rajah 1, walaupun berlaku peningkatan dan penyumbang

kedua terbesar kepada KDNK negara, sektor pembuatan dilihat lebih tertumpu kepada

wilayah tertentu sahaja seperti wilayah Tengah yang terdiri daripada negeri Melaka, Negeri

Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Tengah yang terdiri

dari negeri-negeri yang berkembang pesat seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur banyak membantu dalam memberi sumbangan yang menggalakkan kepada

pertumbuhan KDNK negara. Tambahan pula, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

merupakan ibu negara Malaysia dan terdapat pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Klang bagi

sektor urusan perdagangan.

Wilayah Selatan yang hanya terdiri daripada negeri Johor turut memberi sumbangan

yang besar dalam sektor pembuatan kerana faktor pembangunan dan kepesatan yang

melimpah dari negara jiran iaitu Singapura yang merupakan sebuah negara maju. Begitu juga

dengan Wilayah di Utara yang terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Perak, Kedah,

Pulau Pinang dan Perlis turut memberi sumbangan yang memberansangkan dalam sektor

pembuatan kepada KDNK negara. Sebaliknya, bagi wilayah Timur dan Luar Semenanjung

dilihat disisihkan walaupun turut memberi sumbangan kepada sektor pembuatan di Malaysia.

Hal ini kerana, negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan

Labuan tidak banyak mempunyai kilang berasaskan pembuatan.

Jadi, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sumbangan sektor pembuatan

mengikut wilayah kepada KDNK Malaysia dari tahun 2005 hingga 2013 selain daripada

mengenal pasti faktor dan kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap

KDNK negara.

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015)

Berdasarkan diagram di atas menunjukkan trend sumbangan sektor pembuatan yang semakin

meningkat saban tahun dari 2005 hingga 2013. Hanya pada 2008 sumbangan sektor

pembuatan mengalami sedikit penurunan kerana berlaku krisis ekonomi dunia. Sumbangan

sektor pembuatan yang merosot telah menjejaskan KDNK negara. Kemelesetan ekonomi

yang mula melanda dunia pada tahun 2008 telah memberi kesan yang serius kepada sektor

pembuatan Malaysia dan pendapatan negara pada tahun 2009. Namun, setelah ekonomi dunia

pulih, sektor pembuatan di Malaysia mula meningkat secara berterusan dari tahun 2010

33588 38013 39759 40259 33745 37753 39528 41273 42800 19314 20066 20663 20028 17650 21037 21995 23336 24405

63678 66398 67164 69032 65368

74676 78183 82507 85090 13445 14826 15349 15350

14181 14805 15130 16020 16659

19731 21577 22947 22477

21207 21989 23399 23614 24282

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

TREND SUMBANGAN SEKTOR PEMBUATAN DI MALAYSIA (2005-2013)

UTARA SELATAN TENGAH TIMUR LUAR SEMENANJUNG

hingga 201. Usaha murni pihak kerajaan dengan kerjasama sektor swasta telah merancakkan

kembali sektor pembuatan sebagai sektor kedua terpenting kepada negara.

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah seperti berikut:

1. Melihat wilayah yang menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dalam sektor

pembuatan di Malaysia.

2. Mengenal pasti faktor-faktor penyumbang sektor pembuatan kepada KDNK negara di

Malaysia.

3. Melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK

negara.

Persoalan Kajian

Antara persoalan yang diharap dapat menjawab kajian ini ialah seperti berikut:

1. Wilayah manakah yang menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dalam

sektor pembuatan di Malaysia?

2. Apakah faktor-faktor penyumbang sektor pembuatan kepada KDNK negara di Malaysia?

3. Apakah kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK

negara?

Kajian Literatur

Di Malaysia, kerajaan sangat memberi penekanan kepada sektor pembuatan kerana sektor ini

penting dan banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini terbukti

dengan pelbagai inisiatif perancangan dan statergi dirangka bagi meningkatkan lagi

sumbangan sektor pembuatan di negara ini seperti Pelan Induk Perundustrian, Rancangan

Malaysia jangka pendek dan jangka panjang, perbelanjaan bajet tahunan negara dan

sebagainya. Menurut Kaldor (1967), sektor pembuatan berperanan penting sebagai agen

pertumbuhan dalam proses pembangunan sesebuah negara. Bukan sahaja Kaldor, bahkan

beberapa ahli ekonomi yang lain seperti Hirschman (1958), Rostow (1960) dan Solow (1970)

turut menyatakan kepentingan sektor pembuatan sebagai agen pertumbuhan ekonomi negara.

Negara yang menekankan sektor pembuatan akan mendapat faedah yang besar kepada

negara kerana sektor pembuatan mampu memacu pendapatan negara ke arah yang lebih baik

seperti yang dilaporkan oleh Leon-Ledesma (2000), McCoy (1998) dan McNamara (1998)

dalam kajian yang dilakukan terhadap negara Sepanyol, Indiana dan Amerika Syarikat. Selain

daripada dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, mereka turut

melaporkan bahawa sektor pembuatan berkepentingan dalam membuka peluang pekerjaan

kepada rakyat dalam sesebuah negara dan berupaya memberikan kadar upah tinggi kepada

pekerja. Namun sebaliknya berlaku di India, Rajin dan Gupta (2008) mengatakan bahawa

kemasukan tenaga buruh adalah rendah kerana kejatuhan dalam intensiti buruh dalam sektor

pembuatan.

Methodologi

Kajian ini menggunakan data KDNK sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2005 hingga

tahun 2013 yang telah dikategorikan kepada 5 wilayah iaitu wilayah Utara (Perlis, Pulau

Pinang, Kedah dan Perak), Selatan (Johor), Timur, Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan Luar Semenanjung (Sabah, Sarawak dan

Wilayah Persekutuan Labuan).

Data adalah berbentuk data siri masa dan diperoleh dari sumber sekunder iaitu dari

laporan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia yang kemudiannya

dianalisis menggunakan SPSS. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah KDNK

negara dan pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah KDNK sektor pembuatan

mengikut wilayah Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Luar Semenanjung. Model Regresi

Ganda digunakan bagi tujuan analisis SPSS. Regresi ialah proses meramalkan nilai suatu

pemboleh ubah berdasarkan nilai pemboleh ubah yang lain. Jadi, pengkaji menggunakan

model regresi ganda kerana pengkaji berminat untuk mengetahui hubungan antara pembleh

ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar dengan mengenalpasti kekuatan hubungan

dan melihat sama ada hubungan antara pemboleh ubah adalah berhubung secara positif atau

negatif.

Model regresi ganda ini akan diperjelaskan secara lebih lanjut dalam dapatan kajian di

mana akan melihat terdapat hubungan yang signifikan atau tidak hubungan antara pemboleh

ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini setelah diaplikasikan dalam SPSS.

Dalam kajian ini, pemboleh ubah bersandar ialah jumlah KDNK negara dan pemboleh ubah

bebas ialah KDNK sektor pembuatan mengikut wilayah (utara, selatan, tengah, timur dan luar

semenanjung).

Ŷ = b1X1 + b2X2 + b3X3 + b4X4 + b5X5 + b6X6 + α

dengan,

Ŷ : Jumlah KDNK negara (Pendapatan Negara)

b : Kecerunan garisan setiap faktor

α : Ralat

X1 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Utara

X2 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Selatan

X3 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Tengah

X4 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Timur

X5 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Luar Semenanjung

Rumus di atas menunjukkan b1, b2, b3, b4, b5, b6 merupakan parameter yang hendak

dianggarkan daripada sampel yang mengandungi data tentang X1, X2, X3 , X4, X5, X6

(pemboleh ubah bebas). Manakala Ŷ yang hendak diramal

Dapatan Kajian

Untuk bahagian ini, kesemua pembolehubah bebas diuji untuk mengetahui sama ada

pembolehubah berkenaan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu KDNK atau

sebaliknya. Berdasarkan output SPSS, hasil penganggaran persamaan regresi dapat

dirumuskan dalam persamaan seperti berikut:

KDNK = - 253823.84 – 6.538 utara – 20.204 selatan + 12.157 tengah + 28.796 timur

+ 12.161 luar semenanjung

Keputusan regresi linear ini menunjukkan nilai pekali penentu regresi (R²) bagi model

ini adalah bersamaan 0.99. Ini menunjukkan bahawa sebanyak 99 peratus daripada variasi

yang berlaku dalam KDNK dapat diterangkan oleh pembolehubah bebas iaitu wilayah utara,

tengah, selatan, timur dan luar semenanjung. Interpretasi berkenaan hubungan antara

pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas boleh dibuat berdasarkan hasil

penganggaran persamaan regresi. Contohnya pembolehubah bagi wilayah tengah, timur dan

luar semanjung berhubungan positif dengan KDNK. Sementara bagi wilayah utara dan selatan

menunjukkan hubungan negatif dengan KDNK negara. Ini bermakna peningkatan 1% dalam

sumbangan sektor pembuatan di wilayah tengah akan menyebabkan KDNK negara meningkat

sebanyak 12.16%. Bagi wilayah timur pula, peningkatan 1% dalam sumbangan sektor

pembuatan turut menyebabkan KDNK negara meningkat sebanyak 28.80% dengan

mengambil kira pembolehubah wilayah lain. Luar semenanjung juga menunjukkan

peningkatan 1% dalam sumbangan sektor pembuatan akan meningkatkan KDNK negara

sebanyak 12.16% dengan mengandaikan pembolehubah lain adalah konstan. Hanya wilayah

utara dan selatan berhubungan negatif dengan KDNK. Melalui kesignifikan model pula dapat

dilihat bahawa hanya satu pembolehubah yang signifikan dalam mempengaruhi KDNK iaitu

wilayah tengah (0.008) pada aras keertian 5 peratus (rujuk jadual 1). Secara jelasnya

menunjukkan bahawa negeri dalam wilayah tengah memainkan peranan penting dalam

meningkatkan prestasi KDNK di Malaysia.

Jadual 1: Hasil Penganggaran Persamaan Regresi

Pembolehubah Statistik-t Kebarangkalian

Konstan -2.595 0.081

Utara -1.055 0.369

Selatan -2.556 0.083

Tengah 6.270 0.008

Timur 1.515 0.227

Luar semenanjung 1.087 0.357

R² = 0.993 Ȓ² = 0.982 DW = 2.565

Berdasarkan kepada nilai F statistik, model dalam menentukan sumbangan sektor pembuatan

kepada KDNK negara yang dikaji secara umumnya adalah signifikan dan boleh diterima.

Nilai F statistik persamaan adalah 85.93 dan model ini didapati signifikan pada aras keertian 5

peratus. Ini menunjukkan bahawa keseluruhan model yang dibentuk adalah baik.

Perbincangan Dapatan Kajian

Wilayah tengah memberi pengaruh positif terhadap KDNK negara. Wilayah tengah terdiri

daripada negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2014 Selangor dan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur merupakan negeri yang memberi sumbangan tertinggi terhadap KDNK

negara. Sumbangan pertumbuhan ekonomi Selangor dalam KDNK negara pada tahun 2014

adalah sebanyak 22.4 peratus. Kemudian diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sebanyak 15.1 peratus. Dalam sektor pembuatan, Selangor menyumbang sebanyak 28.8

peratus. Seperti yang diketahui umum, Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terlibat

dengan pelbagai subsektor pembuatan. Sumbangan sektor pembuatan yang signifikan ini

didorong oleh permintaan yang tinggi ke atas produk elektrik dan elektronik (E&E), produk

kimia serta aktiviti farmaseutikal. Sumbangan tertinggi daripada wilayah tengah ini juga

dibantu oleh Melaka dan Negeri Sembilan yang menunjukkan peningkatan dalam produk

petroleum bertapis.

Antara faktor lain yang menjadikan Selangor sebagai salah sebuah negeri memberi

sumbangan tertinggi kepada KDNK negara adalah disebabkan kedudukan pelabuhan Klang

yang berada di daerah Selangor. Dengan wujudnya pelabuhan akan menarik minat modal-

modal asing untuk masuk ke Malaysia khususnya Selangor. Kedudukan pelabuhan yang

strategik antara laluan kapal dagang antarabangsa menjadikan pelabuhan ini salah satu pusat

singgahan bagi kapal-kapal dagang yang melalui kawasan tersebut. Dengan pengenalan

pelabuhan Klang sebagai zon perdagangan bebas secara tidak lansung lebih menarik banyak

kapal-kapal luar untuk singgah. Oleh yang demikian, pelabuhan Klang menjadi salah satu

nadi dagangan antarabangsa. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan utama yang

dikenalpasti sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau. Pelabuhan

akan meraih hasil daripada kapal yang singgah serta kargo yang diproses. Hal ini menjadikan

pelabuhan sebagai salah satu penyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ekonomi

negara. Secara umumnya, pelabuhan di Malaysia mengendalikan hampir 90 peratus dagangan

negara.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga merupakan penyumbang

tertinggi dalam sektor perkhidmatan di Malaysia iaitu sebanyak 49.9 peratus. Perkembangan

sektor pembuatan secara tidak lansung membantu sektor perkhidmatan untuk terus

berkembang. Sektor pembuatan menjadi salah satu sektor penting di negeri Selangor dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, sektor tersebut memerlukan tenaga

buruh yang ramai. Hal ini secara tidak lansung turut meningkatkan penggunaan guna tenaga

di negeri-negeri tersebut. Seperti yang diketahui umum, Kuala Lumpur dan Selangor

menyediakan banyak peluang pekerjaan disebabkan negeri-negeri tersebut memiliki banyak

kawasan penjanaan ekonomi seperti kawasan perindustrian dan perkhidmatan. Setiap sektor

dalam ekonomi saling berkait rapat antara satu sama lain di dalam penawaran dan permintaan

output. Sebarang suntikan pelaburan ke atas sektor pembuatan ini akan menarik sektor-sektor

lain untuk turut berkembang

Kesimpulan

Sektor pembuatan merupakan sektor penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Selaras

dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang juga jelas menunjukkan

bahawa beberapa sub industri sektor pembuatan berperanan penting sebagai penjana utama

pendapatan negara. Malah proses globalisasi dan liberasasi perdagangan yang berlaku juga

memerlukan firma pembuatan tempatan meningkatkan lagi daya saing bagi menghadapi

persaingan dengan firma asing di pasaran luar mahupun dalam negara.

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa salah satu sumber pendapatan

negara adalah daripada sumbangan sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Setiap negeri di

Malaysia mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam sektor-sektor ekonomi. Antara negeri

yang banyak memberi sumbangan dalam sektor pembuatan adalah Pulau Pinang, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Labuan serta Terengganu. Sektor pembuatan kini menjadi salah satu sektor utama negara

yang memberikan sumbangan tertinggi dalam membantu meningkatkan KDNK negara. Hasil

kajian yang dilakukan menunjukkan wilayah tengah yang terdiri daripada negeri Melaka,

Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur yang paling banyak

menyumbang kepada KDNK negara. Walaupun ekonomi dunia mengalami kelembapan pada

tahun 2012, sektor pembuatan mengalami pertumbuhan positif disebabkan beberapa faktor

iaitu permintaan yang tinggi daripada negara ASEAN, peningkatan permintaan daripada

Kesatuan Eropah (EU) khususnya Belgium, Jerman, Itali, Belanda dan Poland serta

peningkatan import daripada rakan FTA seperti Australia, Chile, China, New Zealand dan

Republik Korea.

Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam

mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada

negara berpendapatan tinggi. Pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun,

menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi diperlukan bagi mencapai daya

saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi. Globalisasi telah

meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara yang mempunyai upah, suasana

bekerja dan kualiti hidup yang lebih baik. Berdasarkan Laporan World Bank (2011), masalah

brain drain yang dihadapi oleh Malaysia semakin membimbangkan. Bagi mengatasi masalah

ini, Malaysia perlu berusaha mengekalkan modal insan tempatan yang berkepakaran tinggi

melalui pemberian gaji yang kompetitif, menjamin prospek kerjaya mereka, memperbaiki

kualiti hidup serta perlaksanaan dasar secara adil dan saksama tanpa mengira etnik.

Selain pendidikan yang berorientasikan akademik, pendidikan teknikal dan latihan

vokasional (TVET) perlu di arusperdanakan. Peluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan

latihan vokasional yang berkualiti dijangka dapat mengelakkan masalah ketidakpadanan

(mismatch) berlaku dalam kalangan pekerja. Tambahan pula dengan melibatkan pekerja

dalam TVET, firma akan memperoleh manfaat yang optimum dan menjana produktiviti yang

lebih tinggi. Kerajaan perlu mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk

membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf serta memperluaskan program

tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan pekerja mereka bagi

memenuhi keperluan sub sektor. Penekanan akan diberikan kepada latihan kemahiran bagi

memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan sub sektor,

meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi.

Rujukan

Adofu, Taiga & Tijani. 2015. Manufacturing sector and economic growth in Nigeria (1990-

2013). Donnish Journal of Economics and International Finance. 1 (1): 001-006

Habibah Ahmad, Poo Bee Tin & Ishak Yussof. 2012. Keperluan tenaga manusia sektor

pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VII. 2: 1331-1348

Hasmahani Hanipah & Poo Bee Tin. 2012. Guna tenaga dan produktiviti buruh dalam sektor

pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VII. 2: 942-958

Hasnah Ali, Sanep Ahmad, Noraziah Ali & Zakimi Ibrahim. 2009. Kepentingan sektor

pembuatan dalam pertumbuhan ekonomi wilayah di Malaysia. Prosiding PERKEM IV.

219-235.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2015

M. A. Loto. 2012. Global economic downturn and the manufacturing sector performance in

the Nigerian economy (A quarterly empirical analysis). Journal Of Emerging Trends

in Economics and Management Sciences (JETEMS). 3 (1): 38-45

Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof & Noorasiah Sulaiman. 2011. Pekerja

berkemahiran tinggi dan produktiviti sektor pembuatan di Malaysia. Prosiding

PERKEM VI. 2:208-318

Mohd Yusof Saari & Zakariah Abdul Rashid. 2008. Kajian input-output wilayah: Aplikasi

dan Analisis di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia. 42: 23-43.

Tan Beng Ann, Zulridah Mohd Noor & Liew Chei Siang. 2011. Produktiviti pekerja dalam

sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Prosiding PERKEM VI. 2: 345-354

Rancangan Malaysia Kesembilan 2016-2010.

Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.

LAMPIRAN

Model Summaryb

Model R R Square Adjusted R

Square

Std. Error of the

Estimate

1 .997a .993 .982 11010.012

a. Predictors: (Constant), LUARSEMENANJUNG, SELATAN,

TENGAH, TIMUR, UTARA

b. Dependent Variable: KDNKBENAR

ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1

Regression 52081120805.2

31 5

10416224161.0

46 85.928 .002

b

Residual 363661070.769 3 121220356.923

Total 52444781876.0

00 8

a. Dependent Variable: KDNKBENAR

b. Predictors: (Constant), LUARSEMENANJUNG, SELATAN, TENGAH, TIMUR, UTARA

Coefficientsa

Model Unstandardized Coefficients Standardized

Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1

(Constant) -253823.836 97797.052 -2.595 .081

UTARA -6.538 6.195 -.254 -1.055 .369

SELATAN -20.204 7.904 -.514 -2.556 .083

TENGAH 12.157 1.939 1.190 6.270 .008

TIMUR 28.796 19.009 .336 1.515 .227

LUARSEMENANJUNG 12.161 11.187 .210 1.087 .357

a. Dependent Variable: KDNKBENAR