19
RAKAN KONGSI INFORMASI

SISTEM PENDAWAIAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perkongsian informasi menjana teknologi mencerna kreativiti mencetus inovasi demi suatu transformasi mengungguli generasi MADANI....http://www.facebook.com/elektrikduniaku

Citation preview

RAKAN KONGSI INFORMASI

PENERANGAN 

Sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pangalir, penebat, perlindungan mekanikal dan aksesori-aksesori elektrik. Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel boleh digunakan. Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua keadaan.

      Faktor Pemilihan.  

             Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancangkan dahulu agar tidak merugikan. Sebaliknya sistem itu mengawal kecekapan dan selamat. Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut :

• Jenis beban yang hendak dipasang.• Keadaan tempat pemasangan.• Kos perbelanjaan.• Tempoh ketahanan pemasangan.• Kekemasan dan kecantikan.• Keadaan sekeliling.• Tempoh masa menyiapkan.• Perubahan atau penambahan litar

masa akan datang.• Jenis voltan bekalan. • Keselamatan dan kelulusan pihak

yang berkenaan (TNB, JKR dll).

Jenis-jenis sistem pendawaian

Jenis-jenis pendawaian yang disenaraikan di bawah ini seperti telah dinyatakan, ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi. Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan:

.          

Sistem pendawaian permukaan.i.  Sistem pendawaian tersembunyi. ii. Sistem pendawaian penyokong katenari.iiii  Sistem pendawaian konduit. iv.   Sistem pendawaian sesalur.v.         Sistem pendawaian salur.vi.       Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum.vii.      Sistem pendawaian kabel penebatan kertas pelapik plumbum. 

       Sistem pendawaian permukaan Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan

Ciri-ciri pemilihan

Berikut ialah beberapa ciri-ciri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan: 

i.   Bekalan voltan jenis satu fasa (fasa tunggal).ii.  Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.iii. Kos perbelanjaan murah.iv. Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.v.  Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang.vi.Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan vii.pendawaian. vii. Kadar kuasa beban yang paling kecil

   Jenis-jenis kabel yang digunakan

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut, ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan

terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai

digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel pvk atau getah.

Kaedah pemasangan kabel 

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip ke permukaan dinding,

tiang atau siling. Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada

bahan jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan

diklipkan atas atau satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling. Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan

iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong.

Pendawaian klip plumbum

Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel bolehlah merujuk

jadual di bawah.Jarak bagi penyokong kabel

 

 

 

 

  

Garispusat keseluruha

n kabel 1

Jarak maksimum bagi klip

Kabel Getah tanpa perisai, pvk atau plumbum-bersalut  

 Kabel berperisai

 

Kabel penebat mineral salut

kuprum atau salut aluminium

Umum Dalam karavan

Mendatar2

Menegak3

Mendatar4

Menegak5

Mendatar 6

Menegak7

Mendatar8

Mengek9

mm9

mm250

mm400

mm mm mm mm mm600

mm800

91520

 

152040

 

300350400

 

400450550

 

 150

 

 250

 

350400450

 

450550600

 

900500

 

12002000

 

 

 

   Sistem pendawaian penyokong katenari

 

Sistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan sistem ini masih diperlukan. Ciri-ciri pemilihaI Bangunan atau dewan yang silingnya terlalu tinggi.ii.       Pendawaian di pusat atau kandang ternakan.iii.      Penyambungan kabel bekalan diantara dua bangunan.iv.      Kawasan luar bangunan yang mempunyai halangan.

      Jenis kabel yang digunakan

Kabel yang sesuai digunakan adalah daripada jenis kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan penghalang api.

      Kaedah pemasangan kabel

 Kabel akan dimasukkan ke lubang yang terdapat di penyokong katenari, dengan diikuti oleh dawai pengikat. Setelah kerja memasukkan kabel dan dawai pengikat selesai, barulah disangkutkan kedua-dua penghujung dawai pengikat ke dinding atau tiang bangunan. Ikatan dawai pengikat di dinding atau tiang mestilah kuat dan kemas. Pada kebiasaanya hanya dua kabel sahaja bolah disokong oleh penyokong katenari.

Sistem pendawaian konduit 

Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan di salurkan kabel

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit  i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak.ii.   Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.iv.  Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

Jenis-jenis kabel yang digunakan Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut satu lapis atau dua lapis.

        Jenis-jenis konduit Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu : i. Konduit logam tolok berat – digunakan sebagai sistem pendawaian.ii. Konduit bukan logam – diperbuat daripada polivivinil klorid dan digunakan di luar bangunan seperti gerai-gerai makanan dan rumah kediaman.iii.Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik.

Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm. 

Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di

bawah.

Faktor konduit dilarian lurus pendek Garispusat konduit

mmFaktor

16 290

20 460

25 800

32 1400

Jadual faktor kabel larian lurus pendek dan faktor kabel dilarian lurus panjang atau larian yang mengandungi

bengkok  

 Jenis pengalir

 

 Luas muka keratan rentas

pengalir mm²

 

 Faktor kabel dilarian lurus

pendek

 

 Faktor kabel dilarian

panjang atau larian yang mengandungi bengkok

Faktor Faktor

 Pejal

 

1 22 16

1.5 27 22

2.5 39 30

4   43

6   58

10   105

 Lembar

 

1.5 31  

2.5 41  

4 58  

6 88  

10 146