46
PENDAWAIAN SELONGSONG PVK, PEMBULUH, SESALUR PVK PENERANGAN Sistem pendawaian selongsong PVK digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap. Ianya bersaiz kecil dan nipis. Pendawaian jenis ini hanya dapat menampung kabel yang terhad.Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong PVK. Kerja pendawaian ini dilakukan dengan memasang selongsong PVK di permukaan dinding terlebih dahulu.Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransur-ansur, setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong. Berikut adalah senarai saiz selongsong PVK dan kegunaannya. Jadual 1 : Saiz dan kegunaan selongsong PVK Gambar 1: Pendawaian selongsong PVK Sistem pendawaian pembuluh PVK pula digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanikal yang minima. Sistem ini boleh dipasang di permukaan atau tersembunyi. Sistem pendawaian sesalur PVK mampu menampung kabel yang banyak. Ianya sesuai digunakan kerana lebih selamat dan apabila ianya dipasang di dalam sesebuah bangunan, ia biasanya dipasang bergabung dengan sistem pendawaian lain. Kebaikan 1. Kemas dan cantik 2. Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal bahan kimia dan haba Kelemahan 1. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan. 2. Punca kerosakan sukar dikesan

PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ele

Citation preview

Page 1: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

PENDAWAIAN SELONGSONG PVK, PEMBULUH, SESALUR PVK PENERANGANSistem pendawaian selongsong PVK digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap. Ianya bersaiz kecil dan nipis. Pendawaian jenis ini hanya dapat menampung kabel yang terhad.Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong PVK. Kerja pendawaian ini dilakukan dengan memasang selongsong PVK di permukaan dinding terlebih dahulu.Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransur-ansur, setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong. Berikut adalah senarai saiz selongsong PVK dan kegunaannya.

Jadual 1 : Saiz dan kegunaan selongsong PVK

Gambar 1: Pendawaian selongsong PVKSistem pendawaian pembuluh PVK pula digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanikal yang minima. Sistem ini boleh dipasang di permukaan atau tersembunyi.Sistem pendawaian sesalur PVK mampu menampung kabel yang banyak. Ianya sesuai digunakan kerana lebih selamat dan apabila ianya dipasang di dalam sesebuah bangunan, ia biasanya dipasang bergabung dengan sistem pendawaian lain.Kebaikan

1. Kemas dan cantik2. Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal bahan kimia dan haba

Kelemahan

1. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.2. Punca kerosakan sukar dikesan

Langkah-langkah membuat pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur PVK berdasarkan Rajah Bentangan dan Rajah Pendawaian:

1. Lukis rajah bentangan dan rajah pendawaian pada kertas A4.2. Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.3. Sediakan bahan dan peralatan tangan.4. Ambil ukuran dan potong selongsong, pembuluh dan sesalur mengikut rajah bentangan.5. Pasang alat tambah pada pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur.

Page 2: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

6. Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.7. Buat tamatan kabel8. Uji kefungsian litar.

Peralatan tangan dan kegunaanya

Jadual: Alatangan Alat Tambah Pendawaian

Jadual: AlatambahPeraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian selongsong PVK.

1. Rancang laluan selongsong terlebih dahulu. 2. Pendawaian selongsong hendaklah dipasang ditempat yang tidak dimasuki air seperti: (Air

hujan, Wap atau air memeluwap, Air terkumpul dan Air yang menitis). 3. Pastikan setiap sambungan kabel pada setiap alur keluar pada selongsong mestilah baik dari

aspek mekanikal dan elektrikal. 4. Pastikan selongsong yang dipasang pada struktur rintangan api seperti lantai atau dinding

tahan kebakaran mestilah ditutup rapi.

Page 3: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

5. Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau dikemaskan bagi mengelakkan kecederaan kabel.

6. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam selongsong PVK hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45%.

Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.

1. Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran. Biasanya ia dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara perkara yang diperhatikan:

2. Laluan kabel yang betul dan sempurna. 3. Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul. 4. Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar. 5. Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul. 6. Semua tamatan kabel ditandakan. 7. Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu. 8. Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI Pemasangan Pendawaian TersembunyiPendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau tersembunyi. Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel atau pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Contoh paling mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis, lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling, tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lamaJenis Pendawaian Tersembunyi

Page 4: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh

Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebatKaedah pemasangan kabel

Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan atau bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel yang hendak ditanam

Page 5: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan sebelum dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.

Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan tukul dan pahat

Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.

Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk mengelakkan kerosakan kabel:

a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumahb) Di atas bahagian tingkap dan pintuc) Tiang sokongan

Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasangKebaikan pendawaian tersembunyi:

Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik. Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba. Tahan lama

Kelemahan pendawaian jenis ini:

Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel Punca kerosakan sukar dikesan Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.

Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi

Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa; Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen; Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik; Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan; Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak; Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama; Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-Jenis Kabel

Page 6: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:

Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian TersembunyiRajah di bawah menunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi yang akan membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian tersembunyi nanti.

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi Amalan Semasa Mendawai Pendawaian TersembunyiBagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-amalan kerja berikut mestilah dilakukan:

Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah. Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar

daripada bertindih. Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu sebelum

kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan. Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang

telah ditetapkan.

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian TersembunyiSemasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah sama bagi semua jenis pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji. Walaupun begitu terdapat peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang hendak dilakukan. Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda gunakan perlulah dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya. Bagi mesin dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah dipastikan peralatan tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan peralatan yang tidak menepati piawai.Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan seperti kabel, dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.

Page 7: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah bagi laluan kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.

Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurahTeknik Melepa Alur Pendawaian TersembunyiSetelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip dalam lurah tersebut bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan. Setelah itu anda perlu menutup kabel dan lurah tersebut dengan menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan. Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah 3 untuk pasir.

Page 8: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabelPengujian Pendawaian Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan semua pemasangan litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan adalah:

1. Ujian keterusan2. Ujian rintangan penebatan3. Ujian kekutuban4. Ujian rintangan elektrod bumi5. Ujian peranti arus baki

Ujian KeterusanTerdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

1. Ujian keterusan pengalir pelindung2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang

Page 9: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian yang telah siap melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir keluar litar gelang sahaja. Ujian Keterusan Pengalir Litar GelangUjian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah – Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah Ujian Keterusan pengalir litar gelang dilakukan seperti berikut:

1. Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal neutral dan pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.

2. Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).3. Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).4. Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang

PENDAWAIAN PERMUKAAN

1. Pemasangan Pendawaian Permukaan.

Pemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak sesuai pada permukaan yang terdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian permukaan dibuat pada bangunan batu atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau siling bangunan tersebut.

Page 10: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 1: Gambar Foto Pendawaian Permukaan

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK/PVK). Kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal. Sistem pendawaian ini sesuai di tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak melebihi 65 ºC.

2 Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan.

Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;

1. Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan. 2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik. 3. Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik. 4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE. 5. Membuat pengujian visual. 6. Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati. 7. Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.

Page 11: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 2: Proses mendawai Pendawaian Permukaan

2.1. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :

1. Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding 2. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel

yang banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam. 3. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat

dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu. 4. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan. 5. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling. 6. Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.

3. Perbezaan Litar Skematik dan Litar Pendawaian.

Untuk membantu anda memulakan pendawaian permukaan anda perlu mengenalpasti Litar Skematik dan lakaran Litar Pendawaian. Litar skematik digunakan sebagai panduan untuk melakar litar panduan, ia merupakan gambaran ringkas tentang pendawaian yang akan dilakukan termasuk aksesori saiz kabel dan saiz fius yang akan digunakan. Lakaran gambarajah pendawaian digunakan sebagai panduan semasa melakukan pendawai. Rajah 3 adalah Litar Skematik dan Rajah 4 adalah Litar Pendawaian.

Page 12: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 3: Litar Skematik dua Suis Dua Hala kawal satu Lampu

Rajah 4: Gambarajah Pendawaian

4. Peralatan dan bahan yang diperlukan

Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana jenis pendawai yang hendak dilakukan adalah jenis pendawaian permukaan anda perlu tahu peralatan dan bahan yang diperlukan dalam pendawaian tersebut. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang diperlukan, sila rujuk pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah. Ada juga peralatan lain digunakan untuk membuat pendawaian bagi tujuan memudahkan kerja pendawaian. Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda digunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga bahan baki bahan yang digunakan seperti kabel, paku dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.

Page 13: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Peralatan Kegunaan

Pemotong Kabel

Memotong kabel dan membuang penebat pada kabel

Playar

Digunakan bersama-sama Pemotong Kabel bagi membuang penebat pada kabel

Penukul

Memaku paku pada klip timah semasa membuat pendawaian

Pembentuk Klip Pendawaian

Alat untuk membentuk klip timah sebelum dipaku pada dinding.

Pita ukur

Mengukur panjang kabel dan jarak pendawaian

Page 14: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Skru Driver

Mengetat skru ketika membuat tamatan dan memasang aksesori

Pena penguji

Menguji pendawaian ketika litar hidup

Multimeter penguji

Menguji keterusan dan penebatan setelah pendawaian telah siap

Jadual 1: Peralatan untuk medawai Pendawaian Permukaan

Bahan Kegunaan

Pemegang Lampu

Page 15: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Suis Dua Hala

Kabel

Klip Plumbum

Paku Wiring

Jadual 2: Bahan untuk medawai Pendawaian Permukaan

5. Kaedah Mengira Panjang Kabel

Untuk mengelak pembaziran dan menjimatkan kos anda perlu mengenal pasti panjang kabel yang diperlukan ketika membuat pendawaian tersebut. Sebelum mengira panjang kabel anda perlulah menentukan jenis kabel yang akan digunakan dahulu iaitu Hidup, Neutral dan Bumi. Semasa hendak menentukan kabel tersebut anda perlu melakar litar pendawaian dahulu dengan merujuk kepada litar skematik yang akan dibekalkan. Litar skematik juga boleh digunakan sebagai panduan untuk mengira panjang kabel-kabel tersebut. Ingat! Anda juga mengenalpasti bilang tamatan kabel pada setiap aksesori. Setiap tamatan kabel ditambah sebanyak 50mm bagi memudahkan kerja pendawaian. Bagi saiz kabel pula anda perlulah merujuk sama ada litar lampu atau litar kuasa. Oleh kerana litar yang hendak dilakukan pendawaian ialah litar lampu, maka saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm². Jadual 3 di bawah merupakan kaedah mengira panjang tiap-tiap kabel.

Kabel Panjang Panjang sebenar

Hidup (1 x 100) + (1 x 200) + (1 x 150) 100 + 200 150 =

450mm + 1 tamatan = 450

Page 16: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

450mm + 50 = 500mm

Neutral

(1 x 100) + (3 x 200) + (2 x 200) + (2 x 200) + (3 x 200) + (1 x 200) + (1 x 150) = 100 + 600 + 400 + 400 + 600 + 150

= 2150mm

2150 + 7 tamatan = 2150 + (7 x 50) = 2150 + 350 =

2500mm

Bumi(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x

150) 100 + 200 150 = 450mm

450mm + 1 tamatan = 450 + 50 = 500mm

Jadual 3: Pengiraan Panjang Kabel

6. Pemasangan Selamat dan Kelihatan Kemas.

Sekiranya pemasangan yang dilakukan mengikut peraturan sudah pasti pemasangan selamat dan kemas. Peraturan yang dimaksudkan ialah Peraturan IEE, peraturan ini digunakan untuk kerja-kerja pemasangan elektrik. Berikut, iaitu Jadual 4 merupakan Peraturan IEE bagi jarak maksimum antara klip pada pendawaian.

Jadual 4: Peraturan IEE (Jadual 11A)

Jarak maksimum bagi klip

Garis

pusat

Kabel getah tanpa perisai pvkatau plumbum – bersalut

Kabel beperisai Kabel penebat mineral salut kuprum atau salut

aluminiumKeseluruhan umum Dalam kawalan

Kabel

1

Mendatar

2

Memugak

3

Mendatar

4

Memugak

5

Mendatar

6

Memugak

7

Mendatar

8

Memugak

9

Mm

9

9 1515 20

20 40

Mm

250

300

350

400

Mm

400

400

450

550

Mm

150

Mm

250

Mm

350

400

450

Mm

450

550

600

Mm

600

900

500

Mm

800

1200

2000

Page 17: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 5: Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE

Rajah 6: Kedudukan Klip yang betul dan kemas

6.1 kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?

Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogam adalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidak perlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yang terjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap

Page 18: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.

7. Peraturan IEE membuat tamatan kabel pada alat tambah.

Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat tamabah

1. Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan spark yang akan mengakibatkankebakaran.

2. Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku penebat.

3. Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah, pastikan panjangnya betul-betul sepada dengan ikatan.

4. Pastikan ada kabel bumi 5. Mengikut peraturan IEE, setiap badan (rangka) logam perlu dibumikan 6. Lebihkan 12 inci pada kotak agihan 7. Lebihkan 4 inci pada soket

8. Untuk Keselamatan Setiap Pemasangan harus diuji. Apakah Pengujian yang dijalankan?

Menurut Peraturan IEE, “pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan yang telah siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-keperluan tertentu dipatuhi (413-20)”. Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan tersebut benar-benar selamat dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.

Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah dengan melakukan pengujian secara visual (penglihatan mata kasar). Berdasarkan peraturan IEE pemeriksaan secara mata kasar perlulah memastikan perlatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan betul. Iaitu;

1. Lengkap dan memenuhi kehendak piawaian British (ini dapat dipastikan melalui cop atau sijil yang dikeluarkan oleh pembuat alat-alat itu).

2. Pemilhan yang betul dan dipasang di tempat dan cara yang betul mengikut kehendak Peraturan IEE.

3. Tidak kelihatan tanda-tanda akan rosak atau pecah, dengan itu ia sentiasa selamat digunakan

Senarai pemeriksaan penglihatan yang dicadangkan melalui Peraturan IEE untuk memastikan keselamatan pengguna dan pemasangan adalah seperti berikut;

1. Sambungan pengalir. 2. Pengenal tugas pengalir 3. Pemilihan pengalir berdasarkan keupayaan membawa arus dan susutan voltan 4. Sambungan peranti satu kutub sebagai pelindung atau suis yang berada di pemasangan

pengalir hidup.

Pemasangan belum benar-benar selamat sekiranya pengujian berikut tidak dilakukan lagi. Pengujian yang dimaksudkan ialah Ujian Kekutuban, Ujian Keterusan dan Ujian Penebatan.

8.1. Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

1. Ujian keterusan pengalir pelindung

Page 19: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang 3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Dalam tajuk ini kita hanya belajar Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral. Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mempunyai keselenjaran yang sempurna dan litar pintas.dengan menggunakan alat uji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi memastikan kabel hidup, neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan lain atau litar pintas

“Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan mana-mana pelu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan mestilah dicatat bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan pengujian semula jika bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.”

8.2. Ujian Rintangan Penebatan

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan. Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut

1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off) 2. Semua beban hendaklah ditanggalkan 3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on) 4. Jalankan ujian 5. Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm

8.3. Ujian Kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut

1. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off) 2. Semua beban hendaklah ditanggalkan 3. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on) 4. Jalankan ujian 5. Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa 6. Menguji punca sambungan soket keluaran 7. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru 8. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

9. Peraturan IEE Aksesori

Aksesori pendawaian permukaan juga mempunyai Peraturan IEE. Berikut ialah Peraturan IEE bagi aksesori tersebut;

9.1. Peraturan IEE bagi pemegang lampu

1. Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi 250 volt.

Page 20: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

2. Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah di bumikan; dibekalkan atau di dalam pemegang lampu itu, atau diliputi dengan penebat sepenuhnya

3. Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas (perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135°C.

4. Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru, punca sentuhan luar itu hendaklah disambungkan ke punca neutral.

5. Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai lebihan arus dengan kadaran yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.

6. Pemegang lampu jenis pendant mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara pelepasan ketegangan bagi kord boleh lentur.

Rajah 7: Jenis-jenis Pemegang Lampu

Jenis pemegang lampu

Kadaran maksimum alat perlindungan arus lebihan yang melindungi litar

Pangkal kilas B 15

Pangkal kilas B 22

Skru Edison B 14

Skru Edison B 27

Skru Edison B 14

6 amp

16 amp

6 amp

16 amp

16 amp

Jadual 5: Peraturan IEE ( Jadual 55B )- Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu

8.2. Peraturan IEE bagi ros siling

1. Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 V 2. Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali

ia dibuat khas bagi berbilang keluaran . 3. Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada setiap

litar akhir

Page 21: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 8: Ros Siling

8.3 Peraturan IEE Suis

1. Setiap suis satu kutub mestilah disambung kepada dawai hidup. 2. Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan. 3. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah

diasingkan daripada peralatan tersebut. 4. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan di tempat yang tidak mudah

dicapai oleh pengguna 5. Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang

daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar 6. Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas , arus

nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas.

PENDAWAIAN ELEKTRIK PENGENALAN

Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil dan

sederhana. Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial (industrial dan commercial

area).

SISTEM PENDAWAIAN

Bekalan ke Rumah

Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya ialah AC 1-fasa 240 V, 50 Hz.

Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R, Y atau B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y).

Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran.

Page 22: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 1: Sistem bekalan pengguna kecil arus ulang-alik (1fasa)

Litar Pengguna

Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan penyambung (pangkalan perkhidmatan).

Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya.

Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam (Watt hour meter).

Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb)) atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.

Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit breaker atau RCCB - residual current circuit breaker).

Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan. Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup (live), neutral dan

bumi (earth). Fius – fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang berkadaran sama

ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan disambung daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.

Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir – tidak perlu melalui MCB lagi.

Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.

Page 23: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 2: Sistem Bekalan Elektrik Di Rumah (240 V, 1- Fasa, 50 Hz)

Litar Akhir

Litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau dengan kata lain litar yang bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan, kelengkapan atau soket alir keluar seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar seperti sterika, TV, peti sejuk dll.

Rajah 3: Pemencilan secara elektrik

Umumnya, litar akhir untuk kediaman boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:

Page 24: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Litar akhir pada kadaran arus kurang daripada 15 A. Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A. Litar akhir pada kadaran arus lebih daripada 15 A tetapi tertumpu pada soket alir keluar 13 A

sahaja.

Peraturan Litar Akhir

Litar akhir hendaklah diasingkan untuk peralatan yang berbeza (berlainan fius dan kawalannya) bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir lain mengalami kerosakan.

Sebagai contoh, antara lampu dan soket alir keluar hendaklah diasingkan fiusnya. Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik (neutral dan live

berlainan) kecuali ke bumi.

Rajah 3: Contoh gambar rajah skematik bagi pelbagai litar akhir

Litar Akhir untuk Soket Alir Keluar

Terdapat 2 cara pendawaian soket alir keluar (2, 5, 13, 15 dan 30 A) iaitu Litar Gelang (ring circuit) dan Litar Jejari (radial circuit).

Sambungan litar gelang – sambungan soket alir keluar yang bersambung antara satu sama lain dalam bentuk gelang.

Sambungan bermula dan berakhir pada tempat yang sama iaitu di papan fius agihan. Sambungan litar jejari – soket alir keluar disambung secara jejari atau selari. Saiz kabel yang biasa digunakan untuk litar gelang ialah 2.5 mm2 dan 4 mm2 bagi litar jejari.

Page 25: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 4: Litar jejari (radial circuit)

Rajah 5: Litar gelang (ring circuit)

Penentuan Saiz Kabel dan Peranti Perlindungan

Kadar fius atau pemutus litar miniatur yang mengawal sesuatu litar akhir hendaklah tidak melebihi kadar kemampuan membawa arus mana–mana kabel dalam litar tersebut.

Besar kecilnya kabel dan fius sesuatu litar adalah bergantung pada jenis beban yang hendak digunakan.

Umumnya, bagi rumah kediaman, saiz kabel yang digunakan ialah 1.5, 2.5 dan 4 mm2. Saiz fius yang biasa digunakan pula ialah 5 A, 15 A dan 30 A.

JENIS – JENIS PENDAWAIAN

Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:

Pendawaian Permukaan. Pendawaian Terbenam. Pendawaian Pembuluh (conduit) - (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii)

Sesalur, (iii) Salur

Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:

Jenis beban yang hendak dipasang

Page 26: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Keadaan tempat pemasangan Kos perbelanjaan Tempoh ketahanan pemasangan Kekemasan dan kecantikan Keadaan sekeliling Tempoh masa menyiapkan Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang Jenis voltan bekalan Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR

Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.

Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal.

Rajah 6: Pendawaian yang bertebat di permukaan

Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.

Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum. Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan

tambahan juga mudah dilakukan. Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan

perumahan baru untuk tujuan keselamatan). Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik

dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.

Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring)

Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.

Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.

Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan.

Page 27: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.

Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada perubahan cuaca, tahan lama dan kosnya juga rendah.

Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.

Pendawaian Pembuluh (conduit)

Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel. Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia,

contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel dll.

Rajah 7: Penyesuai dan pembuluh boleh lentur

Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi. Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir

perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat.

Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan. Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan

amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai. Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada

kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.

Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.

Page 28: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 8: Palang bas sesalur atas

Rajah 9: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas

Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup. Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai. Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan. Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90. Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah –

ubah kedudukannya.

Page 29: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 10: Sistem pendawaian salur bawah tanah

KABEL

Kabel ialah bahan pengalir yang membenarkan arus mengalir. Ia merupakan media yang amat penting dalam pemasangan elektrik. Ia menjadi perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan

elektrik. Oleh sebab kadaran arus, voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza – beza, kabel juga

dibuat berbeza – beza bagi menyesuaikannya dengan keperluan aplikasi tersebut.

Faktor Pemilihan Kabel

Saiz kabel mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel.

Susut voltan tidak melebihi 2.5 % voltan bekalan. Penebat kabel sesuai dengan keadaan (kabel PVK sesuaiuntuk suhu 0 - 65? C).

Bahagian–bahagian kabel dan Istilah Kabel

Sekurang – kurangnya kabel mempunyai bahagian yangdikenali sebagai Pengalir, Penebat dan Perlindungan Mekanik.

Teras (core) – pengalir bertebat, cth 1, 2, 3, 4 dll. Lembar (strand) – bilangan pengalir pada sesuatu teras, biasanya 3, 7, 19, 24, 37, 91 dll.

Contoh kabel 7/1.04 mm (7 lembar dan garis pusat setiap lembar ialah 1.04 mm). Sarung kabel (jacket). Luas keratan rentas pengalir – jumlah luas keratan rentas setiap lembar pengalir. Contoh

kabel 7/0.85 mm ialah kabel saiz 4mm2. Penebat – bahan penebat yang mengelilingi pengalir untuk mencegah arus daripada

terbocor. Contoh penebat getah, polivinil klorida (PVK), kertas dll. Pengalir – bahan yang selalu digunakan ialah kuprum, aluminium, perak dll. Kadaran voltan – kadar ketahanan kabel dari segi penebatnya apabila sesuatu voltan

dikenakan. Contoh 600/1000 V bermakna 600 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan bumi manakala 1000 V adalah ketahanan voltan antara pengalir dengan pengalir.

Kadaran arus – kadaran arus maksimum yang mampu dibawa oleh kabel tanpa memanaskan pengalir atau merosakkan penebatnya.

Page 30: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 11: Keratan rentas satu kabel yang menunjukkan pengalir, penebat dan perlindungan mekanik pada kabel bertebat pvc berperisai wayar keluli

Warna Teras Kabel (tidak boleh lentur) – Penebat PVC dan Getah Fungsi Kabel Pengenalan Warna

Bumi / Pengalir perlindungan Hijau dan kuning @ hijau Pengalir 1 fasa Merah @ kuning @ biru Fasa R bagi litar 3 fasa Merah Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning Fasa B bagi litar 3 fasa Biru Neutral bagi litar AC 1 fasa dan 3 fasa Hitam

PERLINDUNGAN

Perlindungan bermakna memberi jagaan kepada alat–alat pemasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya.

Di samping perlindungan daripada bahaya kilat, 3 jenis perlindungan yang perlu diadakan: (Perlindungan untuk mengawal pemasangan atau Pemencil, Perlindungan arus lebih (Fius, Pemutus Litar, Geganti), Perlindungan daripada renjatan elektrik).

Pemencil (Isolator)

Alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak.

Untuk bekalan 1 fasa – ia menggunakan suis 2 kutub berangkai. Untuk bekalan 3 fasa – ia menggunakan suis 3 kutub berangkai. Tujuan mengadakan pemencil – mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi

pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan renjatan.

Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar. Selain itu, pemencil boleh digunakan untuk memutuskan bekalan sebelum kerja – kerja

membaiki kerosakan atau membuat pendawaian tambahan. Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan kadaran arus bekalan dan beban. Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa arus beban penuh dan berkeupayaan

memutuskan dan menyambungkan bekalan seperti yang diperlukan.

Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection)

Alat ini boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan.

Alat ini dipasang pada dawai hidup di awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan.

Page 31: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Tujuan memasang pelindung arus lebih pada sesuatu pemasangan ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litar.

Di samping itu, ia juga melindungi kabel daripada rosak. Umumnya, pelindung arus lebih terbahagi kepada 3 iaitu: (Fius, Pemutus litar (circuit

breaker), Geganti (relay))

JENIS PELINDUNG ARUS LEBIH

Fius

Asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir melebihi had keupayaannya.Terdapat 4 jenis fius: (Fius yang boleh didawai semula, Fius katrij, Fius keupayaan pemutus tinggi dan Fius palam

Rajah 12: Fius separuh tertutup dan fius terdedah

Rajah 13: Fius katrij bentuk keranda dan bentuk bilah pisau

Pemutus litar (Circuit Breaker)

Dapat dikendali secara automatik dan boleh dilaraskan pada nilai (arus dan masa) yang dikehendaki.

Tidak perlu ditukar ganti, boleh dihidupkan semula.

Page 32: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 14: Pemutus litar jenis miniatur

Terdapat beberapa cara kendalian: (a. Cara terma, b. Cara magneto hidraulik, c. Cara elektromagnet

Geganti (Relay)

Memutuskan litar secara tidak langsung. Litar geganti biasanya dibuat secara kendalian terma atau magnet untuk disalingkuncikan

dengan bekalan utama melalui sesentuh. Banyak digunakan di litar pemula motor. Tidak perlu ditukar ganti, boleh direset semula. Geganti boleh dilaraskan ke beberapa kadaran arus yang diperlukan dan boleh dilaraskan

(reset) semula apabila sambungan telah terputus.

Pemutus Litar Cara Terma

Komponen yang terlibat dalam kendalian ini terdiri daripada lapisan dwilogam yang dicantumkan kepada satu sesentuh sebagai satu tempat sambungan suis.

Jika arus yang masuk ke litar itu tidak melebihi jumlah yang dihadkan, dwilogam itu tidak akan memberi apa-apa kesan (sesentuh masih membuat sambungan seperti biasa).

Tetapi apabila arus itu melebihi arus yang dihadkan masuk ke dalam litar, dwilogam akan menjadi panas dan seterusnya meleding (kerana kadar pengambangannya berbeza).

Apabila keadaan ini terjadi, litar akan terbuka kerana tarikan spring. Kadaran arus pemutus litar ini boleh dilaraskan dengan skru pelaras, jadi ia akan membuka

sambungan dengan cepat atau sebaliknya mengikut pelarasan skru itu.

Rajah 15: Pemutus litar jenis miniatur dengan kendalian cara terma

Pemutus Litar Cara Magneto Hidraulik

Page 33: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Komponen yang terlibat ialah gegelung magnet yang digulung pada satu despot dan di tengah–tengahnya dipasang omboh secara terus atau rangkaian ke suis sesentuh.

Kendaliannya bergantung pada kekuatan medan magnet dan kekuatan magnet itu pula bergantung pada kadaran arus yang mengalir padanya.

Gegelung ini dibuat dalam beberapa kadaran arus yang diperlukan dan gegelung ini menjadi penentu kadaran pelindung arus lebih yang dikehendaki.

Gegelung magneto-hidraulik akan menolak omboh apabila kadaran arus yang mengalir dalam litar itu melebihi hadnya dan seterusnya akan membuka sesentuh.

Rajah 16: Pemutus litar jenis miniatur dengan kendalian cara magnetohidraulik

Pemutus Litar Cara Elektromagnet

Satu atau lebih sesentuh mungkin dikendalikan oleh gegelung elektromagnet. Kadar pelarasan kawalan pelindung arus lebih dibuat dengan skru pelaras atau dengan

menambah bilangan belitan gegelung untuk perubahan besar. Setelah pemutus litar berkendali, ia boleh dikembalikan ke kedudukan asal dengan

menggunakan punat tekan set semula. Apabila arus yang masuk ke litar itu tidak melebihi kadaran yang dihadkan oleh pemutus litar,

gegelung elektromagnet tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menarik sesentuh dan seterusnya memutuskan litar kerana kekuatan sesentuh lebih besar daripada kekuatan gegelung elektromagnet.

Tetapi sebaliknya, sebaik sahaja arus yang memasuki gegelung elektromagnet itu melebihi hadnya, gegelung magnet itu akan menarik sesentuh dan seterusnya litar itu akan terputus (buka @ off).

Rajah 17: Pemutus litar jenis miniatur dengan kendalian cara elektromagnet

Pemutus Litar Cara Geganti

Page 34: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan masuk mengikut arah anak panah dan seterusnya melengkapkan litar gegelung C.

Gegelung C akan memegang semua sesentuh S1, S2 dan S3 ke kedudukan bersentuh (on). Ini membolehkan arus mengalir ke motor (beban), arah anak panah. Jika motor ini dipasang pada beban yang tidak melebihi beban penuhnya, arus akan mengalir

dengan tidak memberi apa–apa kesan kepada pemanas P. Tetapi jika arus yang masuk itu lebih besar daripada yang dihadkanoleh geganti akibat

penambahan beban motor, maka arus yang lebih besar akan mengalir dan akan memanaskan P.

Seterusnya suis beban (suis beban lampau) akan ditolak dan terbuka (off). Apabila ini terjadi, motor akan berhenti sebab tiada arus yang mengalir. Oleh itu suis S1, S2 dan S3 akan terbuka (off).

Rajah 18: Geganti atau sesentuh sebagai pelindung arus lebih

Perlindungan dari Renjatan Elektrik

Peralatan, kelengkapan dan pemasangan elektrik mestilah dilindungi dari arus bocor atau disentuh oleh manusia dan haiwan.

Sentuhan ini mengakibatkan renjatan elektrik. Kecil atau besarnya sesuatu renjatan bergantung pada rintangan badan, voltan dan arus

bekalan. Oleh itu, pengalir mestilah ditebat dan tiada mana–mana bahagian litar terdedah kepada

sentuhan. Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut di bahagian pembumian.

PEMBUMIAN

Merupakan salah satu kaedah perlindungan. Ia juga merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi. Bumi merupakan pengalir yang terbesar dari segi saiz dan jumlah kawasan liputan

menyediakan laluan bergalangan rendah bagi arus rosak atau arus bocor. Sebarang benda yang disambung akan mempunyai keupayaan sifar. Bumi yang berada pada beza-upaya sifar (Beza-upaya rujukan) dapat menyahkan beza-

upaya yang besar dengan cepat. Inilah tujuan asas pembumian sesuatu alat atau benda iaitu sebagai laluan balik arus atau

untuk keselamatan. Oleh itu, pembumian memberi keselamatan daripada bahaya renjatan elektrik dan

kebakaran.

Apa Yang Perlu Dibumikan (Disambung ke Bumi)

Page 35: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti saluran logam, perisai pembuluh, salur, sesalur, dawai katenari dan sebagainya.

Struktur logam terdedah bagi suatu peralatan elektrik termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik seperti paip air, rangka rumah dan sbgnya.

Cara dan Istilah Pembumian (Rajah Berkaitan)

Pembumian dilakukan dengan menyambungkan apa yang perlu dibumikan ke dawai atau punca bumi pengguna;

0 – Dawai pengikat sama upaya 1 – Bumi, sambungan yang berkesan ke bumi 2 – Elektrod Bumi. Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau

sebarang benda berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan 3 – Pengalir perlindung litar 4 – Dawai pembumi 5 – Dawai pengikat sama upaya, 10 – Punca bumi pengguna.

Rajah 19: Istilah – istilah pembumian

Elektrod – elektrod Bumi

Berikut adalah jenis elektrod yang diperakui dan memenuhi kehendak peraturan pendawaian.

Rod–rod dan paip – paip bumi Pita–pita atau dawai – dawai bumi Plat–plat bumi Elektrod–elektrod bumi yang terbenam di dalam tanah Konkrit yang bertetulang logam Sistem – sistem paip logam Sarung plumbum dan sarung daripada logam yang digunakan untuk menyarung kabel dalam

tanah Struktur – struktur bawah tanah lain yang bersesuaian

Page 36: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 20: Jenis – jenis elektrod bumi

(a) Earth rods 4 pipes(b) Tapes or wires(c) Plates

Rajah 21: Jenis-jenis elektrod bumi

(d) Underground structural metalwork embedded in foundation(e) Welded metal reinforment of concrete (not prestressed)(f) Lead or metallic covering of cables

Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)

Pemutus litar bocor ke bumi digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana galangan bagi gelung litar rosak ke bumi terlalu tinggi sehingga tidak mampu untuk memutuskan pelindung arus lebih.

Pemutus litar ini boleh bekerja pada voltan yang rendah (50V).

Rajah 22 – Pemutus litar bocor ke bumi

Page 37: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Umumnya setiap rumah atau mana – mana pemasangan elektrik akan dipasang dengan alat ini. Terdapat beberapa jenis ELCB, antaranya yang kini digunakan:

Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus baki. Pemutus litar bocor ke bumi jenis arus imbang. Pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti.

Pemutus Litar Bocor ke Bumi Kendalian Arus Baki

• Alat ini digunakan untuk sistem 1 fasa.• Ia amat sensitif, berkendali pada nilai arus yang kurang daripada 2% daripada arus litar dan dapat mengawal pendawaian di rumah.• Merujuk kepada litarnya, apabila berlaku kebocoran, arus pada gelung Z dan Y menjadi tidak seimbang, dengan itu gegelung L akan mendapat voltan aruhan.• Keadaan ini menyebabkan gegelung berkendali (beroperasi) kerana mendapat tenaga elektrik daripada gegelung L dan seterusnya menarik suis pemutus litar ke kedudukan off.• Arus bocor akan masuk ke bumi melalui pengalir pelindung litar bumi jika kebocoran itu berlaku antara “live” dan “bumi”.

Rajah 23: Pemutus litar ke bumi kendalian arus baki

Pemutus Litar Bocor ke Bumi Jenis Arus Imbang

Alat ini digunakan pada pemasangan sistem 3 fasa. Alat ini dapat berkendali pada arus bocor yang tidak melebihi daripada 2% arus yang

mengalir. Apabila berlaku kebocoran, keseimbangan arus pada setiap talian 3 fasa itu tidak wujud lagi

dan arus berlebihan di mana–mana bahagian talian tersebut akan menyebabkan gegelung belantik mendapat voltan aruhan dan arus akan mengalir dalam litar.

Seterusnya suis pemutus litar akan ditarik ke kedudukan “off”

Page 38: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

Rajah 24 – Pemutus litar bocor ke bumi jenis arus imbang

Pemutus Litar Bocor ke Bumi dengan Menggunakan Geganti (Relay)

Kaedah ini lebih cekap dan litar asasnya seperti rajah. R adalah gegelung geganti yang akan menutup sesentuh apabila voltan gegelung mencapai

satu nilai yang boleh disetkan iaitu semasa berlaku arus bocor ke bumi. Apabila berlaku kebocoran arus ke bumi, litar gegelung akan berkendali kerana ia akan

menjadi lengkap, seterusnya ia akan menarik sesentuh utama pemutus litar ke kedudukan mati (off) dan dengan itu litar bekalan akan terputus.

Rajah 25: Pemutus litar ke bumi dengan menggunakan geganti

FIUS

FUNGSI

Fius digunakan untuk melindungi litar elektrik. Apabila litar elektrik menerima arus elektrik yang melebihi keupayaan fius, maka litar elektrik akan terbuka akibat fius terputus. Ini akan menyelamatkan alat elektrik yang digunakan. Tujuan meletakkan fius pada setiap litar elektrik ialah untuk mengelakkan litar elektrik tersebut daripada menerima arus yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan menyebabkan fius lebur dan terbuka.

Page 39: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

JENIS-JENIS FIUS

Fius dawai semula

Fius dawai semula menggunakan dawai yang berbeza-beza nilai amperenya untuk menggantikan dawai yang sedia ada pada sesuatu fius apabila fius tersebut putus atau lebur akibat arus yang berlebihan. Nilai terendah yang biasa digunakan untuk fius jenis ini ialah 5A dan nilai tertinggi sehingga 20A atau lebih. Fius jenis ini diletakkan dalam satu gulung mengikut pengkadaran amperenya

Fius katrij

Fius katrij terbahagi kepada 3 jenis iatu;

1. Fius biasa: Fius biasa yang tidak boleh diperbaharui adalah baik untuk melindungi litar daripada

Page 40: PENDAWAIAN SELONGSONG PVK

litar pintas dan hanya digunakan bagi lampu dan alat pemanas.

2. Fius beban lebih: Fius beban lebih memberi perlindungan umum kepada lampu dan litar-litar panas sehingga litar beban lebih. Fius ini boleh diperbaharui.

3. Fius lewat masa unsur kembar: Fius lewat masa unsur kembar pula memberikan perlindungan kepada litar daripada litar pintas dan juga beban lebih. Ia digunakan untuk motor elektrik yang kerap dihidupkan dan memerlukan arus yang tinggi. Fius ini akan lebur apabila beban lebih pada jangka masa yang lama. Ia juga digunakan pada motor elektrik yang sukar untuk dihidupkan disamping memerlukan arus permulaan yang tinggi ketika hendak dihidupkan.

Ketiga-tiga fius katrij ini direka bentuk untuk diletakkan dalam satu soket atau klip atau skru.

Fius berkeupayaan pemutus tinggi

Fius jenis ini digunakan untuk jangka masa yang singkat dan kadar keupayaanya 125% lebih daripada kadar ampere keupayaan motor. Ini disebabkan motor memerlukan pencapaian maksimumnya dalam masa yang singkat dalam keadaan beban yang banyak dan berat. Palam fius adalah salah satu jenis fius berkeupayaan tinggi kerana ia berkeupayaan 2 hingga 6 kali ganda arus larian motor.