Click here to load reader

Sepang dan jepun

  • View
    241

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Sepang dan jepun

PowerPoint Presentation

AMALAN TERBAIK DI BANDAR SEPANG DAN JEPUN( TUGASAN 4 )AINEEN NABIELA BT KAMALA 149450LMCP 1532-PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

PROF. DATO IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Perancangan bandar yang terancang adalah penting dalam setiap pembangunan hari ini yang memberi kesan drastik kepada perkembangan pada masa hadapan.

Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara.

AMALAN TERBAIK BANDAR

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BANDAR SEPANG

Melalui Udara

Semua penerbangan jet berjadual, samada dalam negeri atau antarabangsa, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak kira-kira 50km ke barat daya Kuala Lumpur, di dalam daerah Sepang , Selangor. Ia telah dirasmikan pada tahun 1998 dan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada lapangan terbang terbaik di dunia dan lebih daripada 50 buah syarikat penerbangan menggunakan KLIA.

Sebuah terminal tambang-murah yang baru (LCCT) telah dibuka pada bulan Mac 2006, dan kini digunakan oleh AirAsia [3], Tiger Airways [4], and Cebu Pacific [5]. Walaupun Terminal tambang-murah ini hanya bersebelahan daripada landasan terbang di Bangunan Terminal Utama, namun ianya terletak sejauh hampir 20km melalui jalanraya. Kekerapan bus-bus ulang-alik yang menghubungkan kedua-dua terminal ini mengenakan tambang RM1.50 bagi setiap perjalanan.

Dengan Keretapi

Pelawat ke Sepang, termasuk juga ke Litar Formula 1, boleh menggunakan perkhidmatan rel yang baik di antara Kuala Lumpur dan KLIA. Sila lihat bahagian Get in KLIA' untuk maklumat yang lebih terperinci berkenaan servis keretapi laju KLIA Ekspres dan KLIA Transit diantara pusat pengangkutan Kuala Lumpur, KL Sentral, dengan lapangan terbang tersebut dimana terdapat juga lain-lain sambungan ke beberapa kawasan di Sepang.

Pelawat juga boleh menggunakan Komuter KTM ke Sepang. Keretapi boleh diambil ke stesen Nilai, Negeri Sembilan. Dari sana bas Syarikat Sepang Omnibus memberi servis ke beberapa bahagian di daerah Sepang, termasuk KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (bagi sambungan ke Port Dickson, Negeri Sembilan) dan Sungai Pelek.

Dengan Bas

Pelawat juga boleh menggunakan pelbagai rangkaian bas di antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk sampai ke Sepang

Syarikat Transnasionalmempunyai rangkaian servis dari Perhentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan Sungai Pelek. Transnasional juga menggendalikan bas tempatan dari Sepang dan Sungai Pelek ke Tanjung Sepat dan Banting di daerah Kuala Langat yang bersebelahan. Perjalanan ini melalui ladang-ladang kelapa sawit yang berbatu-batu, dan beberapa kampung Melayu pinggir laut yang amat cantik.

Sepang Omnibus pula menyediakan laluan tempatan terus dari Seremban di Negeri Sembilan ke Sungai Pelek melalui Nilai, KLIA, Salak Tinggi dan Sepang; dan Seremban ke Banting melalui Nilai, KLIA, Salak Tinggi dan Bukit Changgang. Ia juga mempunyai perkhidmatan bas dari Sungai Pelek ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Sepang. Sementara di utara pula, Sepang Omnibus menyediakan perkhidmatan dari Sungai Pelek ke Tanjung Sepat di daerah bersebelahan iaitu Kuala Langat.

Dengan TeksiTeksi-teksi tempatan menyediakan perkhidmatan dari semua bandar utama, kecuali dari KLIA. Dari KLIA anda hanya boleh menggunakan sistem teksi berkupon.

GAMBAR PENGANGKUTAN AWAM DI BANDAR SEPANG

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA , SEPANGKLIA TRANSIT

KTM NILAITERMINAL BAS NILAI

SISTEM PENDIDIKAN BANDAR JEPUN

Sekolah Rendah

Kanak-kanak Jepun memasuki gred pertama di sekolah rendah pada bulan April selepas hari lahir ke enam tahun mereka (umur tujuh tahun). Terdapat kira-kira 30 hingga 40 pelajar dalam setiap bilik darjah. Subjek yang dipelajari adalah meliputi subjek Bahasa Jepun, Matematik, Sains, Muzik, Kraftangan, Sosial, dan Ekonomi Rumahtangga ( untuk belajar asas memasak dan menjahit).

Pelajar juga turut mempelajari seni Jepun seperti Shodo (kaligrafi) dan Haiku. Seni Shodo melibatkan rendaman berus ke dalam dakwat dan digunakan untuk menulis perkataan Kanji dan Kana. Haiku pula adalah satu seni yang digunakan untuk memberitahu emosi mendalam kepada pembaca menggunakan ekpresi mudah.

Sekolah Tinggi Junior

Peringkat menengah rendah meliputi gred 7 hingga 9. Walaupun ianya dibolehkan untuk meninggalkan alam persekolahan dan mencari kerja selepas tamat persekolahan sekolah tinggi junior, namun peratus masyarakat epun yang berbuat sedemikian adalah sedikit sahaja iaitu 4 % pada lewat 1980-an. Pada tahun 1980-an, seperti sekolah rendah, kebanyakan sekolah tinggi junior adalah sekolah awam dengan hanya 5% daripadanya sekolah swasta. Pendidikan Kurikulum adalah melibatkan subjek Bahasa Jepun, Pendidikan Sosial, Matematik, Sains , Muzik, Kesihatan , Seni dan Pendidikan Jasmani.

Sekolah Tinggi

Walaupun pendidikan hanya diwajibkan untuk peringkat sekolah rendah, dan sekolah tinggi junior, namun kira-kira 98 % pelajar tetap hadir ke sekolah tinggi. Para pelajar kebiasaannya akan mengambil peperiksaan bagi memasuki sekolah tinggi.

Para pelajar boleh memilih sama ada mahu ke sekolah swasta ataupun sekolah awam. Dalam hal ini, terdapat kira-kira 55 % sekolah tinggi swasta di seluruh Jepun.

Kementerian pendidikan menganggarkan perbelanjaan untuk sekolah tinggi swasta adalah dua kali lebih tinggi berbanding sekolah awam iaitu sebanyak kira-kira 600 000 yen pada tahun 1980-an.

Aktiviti Kelab

Hampir semua pelajar sekolah tinggi junior mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum mengikut pilihan mereka sendiri sama ada dalam sukan, seni, mahupun kelab sains.

Kelab besbol merupakan kelab yang paling popular dalam kalangan pelajar lelaki. Tidak kurang juga dengan kelab bola sepak yang semakin diminati oleh pelajar-pelajar . Kelab judo pula menjadi pilihan oleh kedua-dua golongan pelajar perempuan dan lelaki. Antara kelab sukan lain yang popular adalah tenis, bola keranjang, gimnastik dan sebagainya.

Untuk kelab kebudayaan pula, satu kelab yang semakin popular adalah kelabgo.Gomerupakan sejenis permainan papan strategik yang dimainkan dengan dua batu iaitu hitam dan putih. Dalam hal ini, selepas komik berkenaan permainan tersebut diterbitkan semakin ramai para pelajar yang mencuba permainan tersebut. Antara pilihan lain bagi kelab kebudayaan adalah kelab kelab koir, kelab seni lukis , kelab upacara teh dan sebagainya

GAMBAR SISTEM PENDIDIKAN DI BANDAR JEPUN

KEMUDAHAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH JEPUNTADIKA DI JEPUN

KANAK-KANAK MEMBERSIHKAN SENDIRI PERSEKITARAN KELAS MEREKAKANAK-KANAK BERJALAN KAKI KE SEKOLAH

KESIMPULANSecara rumusannya, setiap bandar mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak dinafikan bahawa Negara Jepun mempunyai sistem yang jauh lebih sistematik berbanding dengan Bandar Sepang.

Namun begitu, Bandar Sepang juga mempunyai sistem yang baik dalam bidang pengangkutan awam yang patut dicontohi oleh bandar-bandar yang lain.

Oleh yang demikian, pengangkutan awam merupakan amalan terbaik di Bandar Sepang, manakala amalan terbaik di Bandar Jepun adalah sistem pendidikan.

RUJUKANwww.mpsepang.gov.my/sistem-pengangkutan-awam1

http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_japan

http://web-japan.org/kidsweb/explore/schools/index.html

SEKIAN.. TERIMA KASIH