Upload
nurul-shn
View
98
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam (Ibadah)
Kelas: 4 Bestari
Tarikh/ Hari: 2 Jamadil Awal 1435/ 4 Mac 2014/ Selasa
Masa: 8.30-9.30 pagi (60 minit)
Bilangan Murid: 25 orang (Lelaki: 15, Perempuan: 10)
Tajuk: Rukun Solat
Standard Kandungan: 4.3 Memahami dan mengamalkan konsep asas rukun solat dengan sempurna
Standard Pembelajaran: 4.3.1 Menyatakan erti rukun solat
4.3.2 Memperincikan rukun solat
Objektif: Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan erti rukun solat dengan betul setelah aktiviti sumbang saran
2. Menyatakan rukun solat dengan betul setelah aktiviti nyanyian
3. Memperincikan rukun solat dengan sempurna setelah penerangan guru
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengetahui cara menunaikan solat
Kemahiran Berfikir: Murid dapat menunjuk cara rukun solat
Gabung jalin: Akidah- Beriman kepada Allah
Penyerapan: Sains- Hikmah solat
Penerapan Nilai: Disiplin diri, bertakwa, taat.
E.M.K: 1- Teknologi Maklumat- Penggunaan video untuk menarik minat murid
2- Keusahawanan:
EK 1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan
EK 1.4 Daya kreativiti dan inovasi
EK 1.6 Keinginan pada maklum balas segera
3- Daya kreativiti dan inovasi- Murid dapat mengeluarkan banyak idea ketika sesi sumbang saran
Bahan Bantu Mengajar: 1) Video
2) Slaid
3) Kad perkataan
4) Audio
FASA PENGAJARAN
(MASA)
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN CATATAN
Mukadimah
(3 minit)
Bacaan doa:
� ح�يم ح م�ن� الر� � الله� الر� م �س ب
�ك� م�ت �ا ح�ك ن �ي �ح ع�ل �له�م� اف ت �ل "ا
�ن� ائ �ا م�ن خ�ز� �ين ر ع�ل ش� و�ان
." ح�م�ين� ح�م� الر� ر� �ا أ �ك� ي ح م�ت ر�
Bacaan Syahadah:
� الله �ال �ه� إ �ل �ن ال� إ ه�د� أ �ش "ا
س�ول� �ن� م�ح�م�د0 ر� ه�د� أ �ش و�أ
الله.
1. Seorang murid diminta oleh guru
mengetuai bacaan doa.
2. Murid-murid lain diminta mengaminkan
bacaan doa.
3. Semua murid melafazkan kalimah
Syahadah bersama-sama.
Adab berdoa
Fasa Persediaan (10 minit)
1.1 Pemerhatian Audio Azan
Soalan:
1. Apa yang kamu dengar
daripada audio ini?
2. Berapa kalikah Azan dilaungkan
1. Murid mendengar audio yang dipasang
oleh guru.
2. Soal jawab tentang audio.
3. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk pelajaran.
EK 1.6
Keinginan pada maklum
balas segera
Kaedah: Soal jawab
Bahan bantu: Audio
dalam sehari?
3. Apakah tujuan Azan?
1.2 Analisis Erti rukun solat 1. Guru melakukan aktiviti sumbang saran
dengan murid mengenai erti rukun
solat.
2. Setiap idea hendaklah di kumpul dan
dikembangkan oleh murid lain.
3. Guru merumuskan jawapan murid dan
memaparkan pengertian rukun solat
menerusi slaid.
4. Guru latih tubi murid membaca
pengertian rukun solat.
EK 1.4
Daya kreativiti dan
inovasi
Kaedah: Sumbang
saran
Bahan bantu: Slaid
Fasa Imaginasi (18 minit)
1.3 Penjanaan Idea Rukun solat
Nyanyian lagu rukun solat
1. Guru menayangkan video rukun solat
kepada murid.
2. Murid memerhatikan video lagu dengan
teliti.
3. Guru mengedarkan lirik lagu rukun
solat kepada murid.
4. Guru menyanyikan lagu tersebut
terlebih dahulu.
5. Murid mendengar dengan teliti sambil
Kaedah: Nyanyian
Bahan Bantu: Lagu
Perkara yang wajib dilakukan semasa melakukan ibadah
solat, jika ditinggalkan, solat itu tidak sah.
melihat kertas lirik lagu.
6. Murid menyanyi lagu bersama-sama
dengan bimbingan guru berulang kali.LIRIK LAGU RUKUN SOLAT
Jom solat!
Jom solat!
Rukun solat ada 13 perkara
Mestilah di laksana kesemuanya
Kalaulah tertinggal satu daripadanya
Solat yang di tunai tak diterima
Niat, takhbiratul ihram, berdiri betul
Baca Al-Fatihah, rukuk, iktidal
Sujud, duduk sujud, duduk tahiyat akhir,
Baca tahiyat akhir, selawat, salam
Tertib!
Rukun solat ada… tiga belas
Janganlah di lupa… semuanya
Bahagi pada tiga…
Rukun qalbi
Rukun qauli
1.4 Sintesis Idea Video rukun solat 1. Guru menayangkan video rukun solat
kepada murid.
2. Guru memberi penerangan mengenai
rukun solat.
3. Murid mendengar penerangan guru
dengan teliti.
4. Guru memberikan tunjuk cara rukun
solat.
Kaedah: Penerangan
Bahan Bantu: Video
Rukun fi’li
Wahai kawan-kawan!
Jom solat!
Nanti Allah sayang
Jom solat!
Hidup bahagia…
Jangan malas!
Jom solat!
5. Murid meniru perbuatan guru.
Fasa Perkembangan (17 minit)
1.5 Penambahbaikan Permainan kotak beracun 1. Guru menyediakan permainan kotak
beracun yang mengandungi kad
perkataan rukun solat.
2. Murid akan memegang kotak beracun
secara bergilir-gilir dengan iringan lagu
nasyid.
3. Murid yang memegang kotak tersebut
ketika lagu telah berhenti dikehendaki
mengambil kad di dalam kotak.
4. Murid perlu melakukan perbuatan
seperti yang diarahkan.
5. Permainan akan berterusan sehingga
EK 1.1
Bertanggungjawab
terhadap keputusan
Kaedah: Permainan
Bahan Bantu: Kad
perkataan, lagu, kotak
beracun
kad telah habis.
1.6 Penilaian Lembaran kerja (kuiz) 1. Lembaran kerja (kuiz) diedarkan oleh
guru kepada murid.
2. Murid membuat lembaran kerja (kuiz).
3. Jawapan tugasan murid disemak oleh
guru bersama dengan murid.
4. Jawapan yang salah dibetulkan oleh
guru.
Fasa Tindakan (12 minit)
1.7 Pelaksanaan Penutup kognitif
- Menyebut semula rukun
solat dan penjelasannya.
1. Murid diminta menyebut semula rukun
solat dan penjelasannya.
2. Murid menyebut rukun solat dan
penjelasan tersebut.
1.8 Amalan Berterusan Penutup sosial
- Mengingat dan menasihati
murid supaya
melaksanakan solat di
rumah.
- Kerja lanjutan: senarai
semak solat.
1. Murid dinasihati supaya melaksanakan
solat di rumah.
2. Murid diberi senarai semak solat dan
ibu bapa diminta menandatanganinya.
Refleksi kendiri: