37
ISLB212 ISLAMIC STUDIES 2 SLIDES PRESENTATION BY: 1. Adibah Hanusi EP088687 2. Maisarah Mazlan ME088700 3. Nooraini Ghazali CE089350 4. Nor Fasilah Baharudin EP088714 5. Nur Syazwani Mazli ME088517

Rabiatul adawiyah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rabiatul adawiyah

ISLB212 ISLAMIC STUDIES 2

SLIDES PRESENTATIONBY:1. Adibah Hanusi EP0886872. Maisarah Mazlan

ME0887003. Nooraini Ghazali CE0893504. Nor Fasilah Baharudin

EP0887145. Nur Syazwani Mazli

ME088517

Page 2: Rabiatul adawiyah
Page 3: Rabiatul adawiyah

LATAR BELAKANG RABIATUL ADAWIYAH

Page 4: Rabiatul adawiyah

BIOGRAFIRABIATUL ADAWIYAH

Beliau di gelar Ummul-khayr.

Beliau merupakan seorang wali yang mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Nama sebenar : RABI’AH BINTI ISMAIL

AL-ADAWIYYAH.

Lahir di Basrah,Iraq

Rabiah telah dikebumikan di Baitul

Maqdis pada tahun 135 Hijrah.

“Rabiah” adalah nama yang diberikan oleh ayahnya

bersempena anaknya yang keempat.

Dilahirkan dalam keadaan keluarga yang miskin.Rabiatul Adawiyah tidak mempunyai saudara lelaki dan kesemua adik beradiknya adalah kakak.

Tidak dapat tarikh yang tepat bagi

kelahiran Rabiatul ini,hanya dapat di

simpulkan sekitar awal kurun ke 2 Hijjrah.

Page 5: Rabiatul adawiyah

Peristiwa yang boleh menunjukkan kemiskinan keluarga Rabiatul Adawiyah ialah pada saat dia dilahirkan, ibunya meminta supaya ayahnya meminta pertolongan jiran untuk memberikan sehelai

kain dan setitik minyak. Walaupun ayahnya sedikit keberatan dengan permintaan itu, namun ayahnya tetap juga mengetuk pintu beberapa buah

rumah jiran tetapi seorang pun tidak membuka pintu.

Pulanglah ayahnya dan berkata kepada isterinya…

KELAHIRAN RABIATUL ADAWIYAH

Page 6: Rabiatul adawiyah

“ Isteriku, tetangga kita sedang tidur lena. Bersyukurlah kepada Allah kerana selama hayat kita belum

pernah kita meminta-minta. Lebih baik selimuti sahaja anak kita dengan

sehelai kain yang masih basah itu. Percaya & tawakal kepada Allah. Tentu Dia akan memberikan jalan

keluar yang terbaik untuk kita. Percayalah wahai isteriku tercinta.”

Page 7: Rabiatul adawiyah

Dia telah dididik oleh ayahnya untuk menjadi muslimah yang berjiwa bersih.

Pendidikan yang diberikan oleh bapanya kpd Rabiatul Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran semata-mata demi untuk menjaga jiwa anaknya agar menjadi muslimah yang berjiwa bersih.

Kesannya dia sendiri begitu gemar membaca Al-Quran dan menghayati isi Al-Quran hingga berjaya menghafal dan menghayati makna-maknannya.

KEHIDUPAN RABIATUL ADAWIYAH

Page 8: Rabiatul adawiyah

• Ayahnya seorang guru agama,namun ketika itu kejahilan menyelubungi masyarakat arab sehinggakan kebanyakan sekolah agamaditutup. Oleh itu,ayahnya terpaksa bekerja sebagai pendayung sampan.

• Bagi menarik minat orang ramai supaya menaiki sampan, ayah Rabiatul Adawiyah mendendangkan lagu dengan merdu sekali.

Page 9: Rabiatul adawiyah

• Setelah ayahnya meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah telah menggantikan tempat ayahnya mendayung sampan.

• Suaranya yg merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.

Page 10: Rabiatul adawiyah

RABIATUL ADAWIYAH BERKHIDMAT UNTUK

RAJA

Page 11: Rabiatul adawiyah

• Setiap hari dia melayan raja dan tetamu raja dengan menyanyi dan menuang arak.

• Namun suatu hari dia tersedar dan merasa insaf,dia berfikir sedangkan ayahnya seorang guru agama tetapi kenapa dia membuat kerja sebegitu dan mulai hari itu dia duduk bersendirian dan berzikir kepada Allah.

• Raja menyuruh pengawal melepaskan kalajengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana tidak senang dengan aktiviti Rabiatul Adawiyah berzikir kepada Allah tetapi kalajengking itu malah menerkam pengawal itu kembali.

Page 12: Rabiatul adawiyah

• Raja itu menyiksa dia dengan kerja yang berat.• Raja pernah mengintai dia ketika dia sedang

bermunajad kepada Allah saat bilik gelap ada cahaya yang sedang meyuluh kearahnya.

• Raja juga pernah bermimpi didatangi seorang lelaki tua supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi meyiksaannya, kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian putih naik ke atas langit.

Page 13: Rabiatul adawiyah

• Segera raja melihat Rabiatul Adawiyah di bilik untuk memastikan Rabiatul Adawiyah masih ada biliknya atau sudah pergi.

• Namun kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

• Sesudah habis tempoh khidmat Rabiatul Adawiyah kepada raja, akhirnya Raja melepaskan Rabiatul Adawiyah tanpa dia meminta apa-apa daripada raja walaupun raja membenarkan dia meminta apa jua.

Page 14: Rabiatul adawiyah

KISAH-KISAH SETELAH RABIATUL ADAWIYAH DIBEBASKAN OLEH

RAJA

Page 15: Rabiatul adawiyah

KISAH 1Rabiatul Adawiyah dan Pencuri

Page 16: Rabiatul adawiyah

Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Page 17: Rabiatul adawiyah

Pada masa yang sama, diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Namun pada ketika itu, Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Page 18: Rabiatul adawiyah

KISAH 2Rabiatul Adawiyah dan golongan cerdik pandai

Page 19: Rabiatul adawiyah

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandaitelah datang ke rumah Rabiatul Adawiyah. Tujuanmereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengujibeliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telahbersedia dengan satu persoalan yang menarik. Merekamenaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama iniRabiatul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah“Wahai Rabiatul Adawiyah, semua bentuk kebajikanyang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allahkepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita.”Ketua rombongan itu memulakan bicara.

Page 20: Rabiatul adawiyah

“Buktinya?” Balas Rabiatul Adawiyah. “Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki.” Jawab mereka pula dengan yakin. “Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akantetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat adapada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : “Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?” Dengan tenang, Rabiatul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud. Kemudian Rabiatul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Page 21: Rabiatul adawiyah

KISAH 3Rabiatul Adawiyah dan orang sakit

Page 22: Rabiatul adawiyah

Suatu hari, Rabiatul Adawiyah terlihat seseorangsedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabiatul Adawiyah bertanya, “Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?”“Kepalaku sakit.” Jawab orang itu dengan ringkas.“Sudah berapa lama?” Tanya Rabiatul Adawiyah lagi.“Sudah sekian hari.” Jawabnya dengan tenang.Lantas Rabiatul Adawiyah bertanya lagi, “Berapausiamu sekarang?”Orang itu menjawab, “Sudah 30 tahun”“Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?” Tanyabeliau lagi.“Alhamdulillah, sihat-sihat saja.” Jawabnya.“Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmubahawa kamu sihat selama ini?” Tanya RabiatulAdawiyah.

Page 23: Rabiatul adawiyah

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu."Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkantubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasangsebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagaitanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pastimanusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakitsedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi kesana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribubahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Page 24: Rabiatul adawiyah

KISAH 4Rabiatul Adawiyah dan Sufian Al-Tsauri

Page 25: Rabiatul adawiyah

Sufian al-Tsauri bertanyakan mengenai redha kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia berkata “ Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengharapkan redha Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak redha dengan ujian daripada Allah. Apa yang terjadi itu adalah kehendak Allah, apakah patut kita sebagai hambaNya berkeluh-kesah atas ketentuan qada dan qadar Allah.”

Page 26: Rabiatul adawiyah

• Demikianlah beberapa kisah untuk menunjukkan betapa Rabiatul Adawiyah sangat mencintai Allah s.w.t.

• Dia pernah dilamar beberapa lelaki tetapi cintanya pada Illahi telah mengatasi segala keinginan dunia.

• Kekasih Allah ini juga sering melihat-lihat kain kapannya yang sengaja dia letakkan berdekatan dengannya. Betapa ini menunjukan Rabiatul Adawiyah tidak sabar bertemu dengan Allah.

Page 27: Rabiatul adawiyah

RINTIHAN-RINTIHAN RABIATUL ADAWIYAH

Page 28: Rabiatul adawiyah

• Setiap malam selama 30tahun, dia bermunajat dan mengulangi kata-kata ini:

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika

aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku

daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu

maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang

Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Page 29: Rabiatul adawiyah

• Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah.

• Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada

suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

Selain itu,

Page 30: Rabiatul adawiyah

Syair Rabiatul Adawiyah

Page 31: Rabiatul adawiyah

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Page 32: Rabiatul adawiyah

Doa Rabiatul Adawiyah

Page 33: Rabiatul adawiyah

YA ALLAH..APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKUBERKENAAN DUNIABERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYADAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKUBERKENAAN AKHIRATBERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMANKERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHANYA ALLAHJIKA AKU BERIBADAHKERANA SYURGAMU..JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGAANDAINYA AKU BERIBADAHKERANA TAKUTKAN NERAKAMUMAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYATETAPI YA ALLAH..JIKA AKU BERIBADAHKERANA INGINKAN KEREDHAANMUMAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKUAMINN YA RABBAL ALAMIN...

Page 34: Rabiatul adawiyah

KESIMPULAN

Page 35: Rabiatul adawiyah

Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita, yang mempunyai 9 nafsu tidak langsung melihat kepada dunia walaupun sekelip??

Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita sebatang kara, yang tidak mempunyai apa2, tidak langsung terlintas dihatinya memerlukan rumah yang selesa, sedikit duit untuk makanannya, hatta ingin diberi percuma sekalipun, beliau menolak??

Bagaimanakah Rabiatul Adawiyah, seorang wanita yang cantik lagi solehah, tidak langsung terlintas dihatinya untuk berkahwin, walaupun yang meminangnya seorang raja dan seorang ulama'??

Page 36: Rabiatul adawiyah

Jom!!! Perkemaskan iman seperti Rabiatul Adawiyah

• Cintanya yang amat kukuh kepada Allah membuatkannya tidak menghirau sesiapa..Rabiatul Adawiyah, serikandi yang tercipta.

• Dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang tiada bandingan kepada Allah swt sehingga menolak untuk berkahwin. Hidupnya berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang kekal.

Page 37: Rabiatul adawiyah

SEKIAN…WALLAHU A’LAM BIS-SHAWAB