28
PENGENALAN KEPADA HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sastera Hikayat, Brunei,

Citation preview

Page 1: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

PENGENALAN KEPADA HIKAYAT AWANG

KAMARUDDIN

Page 2: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Hikayat Awang Kamaruddin merupakan salah sebuah teks karya prosa lama Brunei.Hikayat ini berasal daripada dua buah cerita lisan dan telah disusun tulis menjadi sebuah hasil sastera tulisan.

Page 3: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Siapa Pengarangnya?

Orang yang menyelenggarakan teks Hikayat Awang Kamaruddin ialah Rahim Dulani hasil daripada perakaman cerita penuturnya iaitu Hjh. Siti Alam binti Mail.

Page 4: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Penggunaan bahasa :

Buku teks Hikayat Awang Kamaruddin menggunakan bahasa Melayu Dialek Kedayan dan bahasa Melayu Baku atau Standard.

Kandungan teks :

Terdiri daripada 11 bab dengan mempunyai tajuk-tajuk di setiap bab.

Bab 1 : kisah Lamang Labai Bab 2 hingga 11 : kisah Awang Kamaruddin

Page 5: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN SEBAGAI

SASTERA RAKYAT

Page 6: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Hikayat Awang Kamaruddin tergolong ke dalam karya prosa tradisional sebagai sastera lisan di bawah kategori besar iaitu Sastera Rakyat.

Bagi masyarakat Kedayan Brunei, sastera lisan ini disebut ‘pitaran’.

Jika sastera lisan itu disampaikan secara berlagu dengan iringan pukulan dombak atau rebana, maka ia disebut ‘labai’.

Dalam masyarakat Melayu Brunei pula, sastera seumpama ini disebut ‘diangdangan’.

Masyarakat kita memang memiliki beberapa cerita diangdangan dan Hikayat Awang Kamaruddin merupakan salah satu daripadannya.

Page 7: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SEBAGAI SASTERA RAKYAT

JENIS PENGLIPUR LARA

Page 8: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

• Hikayat Awang Kamaruddin adalah sastera rakyat jenis penglipur lara.

• Penglipur lara adalah bentuk cereka yang popular dalam kesusasteraan rakyat. Ia mengisahkan tentang manusia istimewa, iaitu putera dan puteri raja.

• Watak manusia istimewa ini bukan sahaja cantik rupa parasnya, juga gagah dan sakti. Kecantikan dan kebolehan watak-watak ini luar biasa, melebihi dari apa-apa yang ada pada manusia biasa.

• Cerita tentang mereka ini pula berlaku di serata ruang dunia iaitu di daratan, di lautan dan di kayangan.

• Walaubagaimanapun Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai keistimewaan tersendiri yang memang jarang terdapat dalam cerita-cerita penglipur lara yang lain.

Page 9: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

KAJIAN DALAM HIKAYAT AWANG

KAMARUDDIN

Sinopsis Peristiwa-peristiwa penting

Watak dan perwatakan Latar tempat, masa dan waktu, masyarakat / suasana dan peralatan

Plot Persoalan dan tema Perutusan atau pengajaran Perbandingan watak Konflik dalaman watak Unsur penyamaran Unsur pengembaraan Unsur-unsur kesaktian Unsur-unsur pengaruh Nilai-nilai murni Teknik penceritaan Gaya bahasa

Page 10: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

WATAK DAN

PERWATAKAN

Page 11: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

• Watak dan perwatakan merupakan aspek yang terpenting dalam struktur penciptaan karya sastera termasuk karya prosa tradisional seperti Hikayat Awang Kamaruddin.

• Watak adalah pelaku-pelaku yang memegang peranan sama ada watak-watak itu binatang, tumbuh-tumbuhan, benda, makhluk asing dan sebagainya. Peranan watak ini akan menimbulkan pelbagai peristiwa dan terjalinnya cerita dalam sesebuah cereka itu.

• Perwatakan pula ialah ciri penting kepada seseorang watak atau sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang watak sama ada sifat fizikal, sahsiah dan sikapnya serta apa jua yang berkaitan dengan dirinya.

Page 12: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

JENIS WATAK

Page 13: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Terdapat dua jenis watak iaitu :i. watak utama. ii. watak sampingan atau watak pembantu.

Watak utama berperanan besar dalam menghidupkan dan mengembangkan cerita sesebuah karya. Ia membolehkan persoalan-persoalan dalam sesebuah karya itu dilahirkan.

Watak sampingan merupakan watak pembantu yang juga berperanan menghidupkan suasana dalam sesebuah karya. Watak sampingan atau watak pembantu tidak tertakluk kepada jumlahnya.

Kemudian watak-watak tersebut boleh kita bahagikan lagi kepada beberapa kategori sama ada watak Protagonis, Antagonis dan Neutral.

Page 14: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

LATAR

Page 15: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Setiap karya sastera memerlukan latar atau seting, iaitu tempat sesuatu peristiwa itu terjadi dan watak berinteraksi dengan persekitarannya.

Latar adalah dunia watak-watak dalam cereka. Jadi latar adalah alam sekeliling watak-watak. Pekerjaan, kebudayaan, zaman, ekonomi, agama, pergaulan, makanan, pakaian, tempat tinggal, peralatan dan sebagainya itulah yang disebut sebagai latar.

Page 16: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

JENIS-JENIS LATAR

Page 17: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

1. LATAR TEMPAT2. LATAR MASA DAN WAKTU3. LATAR PERALATAN4. LATAR BUDAYA /

MASYARAKAT / SOSIAL / SUASANA

Page 18: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

LATAR TEMPAT

Page 19: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku seperti negeri, tempat kediaman, kampung, tempat tinggal seperti istana, tempat menuntut ilmu.

Latar tempat di dalam Hikayat Awang Kamaruddin adalah seperti tempat tinggal, kediaman (tempat peraduan), tempat pertapaan, tempat menuntut ilmu, tempat peperangan, tempat bertanam padi, tempat berjual, tempat bersukan dan bermain.

Page 20: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

LATAR MASA DAN WAKTU

Page 21: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

» Latar masa dan latar waktu adalah dua latar yang berbeza, namun saling berkait rapat.

» Latar masa adalah kelamaan suatu

penceritaan.

» Latar masa terbahagi kepada dua aspek utama: 1) masa kelamaan dari awal hingga akhir cerita.

2) masa kelamaan bagi satu-satu peristiwa yang berlaku pada sepanjang cerita.

» Latar waktu menunjukkan bila sesuatu peristiwa itu berlaku sama ada pagi, petang, malam, tengah malam, subuh, esok atau lusa.

Page 22: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

LATAR PERALATAN

Page 23: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Latar peralatan

• Cerita dan watak ialah alat-alat yang digunakan dalam kehidupan watak. Secara keseluruhannya peralatan watak boleh dibincangkan berdasarkan fungsi peralatan tersebut.

• Peralatan-peralatan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

i. peralatan perang ii. peralatan pakaianiii. peralatan hiasan pengantiniv. peralatan kenderaanv. peralatan perubatan

Page 24: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

LATAR BUDAYA / MASYARAKAT / SOSIAL/

BUDAYA

Page 25: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Latar budaya / masyarakat / sosial ialah cara hidup atau latar belakang sesebuah masyarakat. Kita boleh membicarakan hal-hal tentang susun lapis masyarakat, hubungan orang atasan (pemerintah) dengan orang bawahan (rakyat dan penduduk), bahkan kita boleh membincangkan unsur kepercayaan masyarakat, ekonomi, pendidikan, pekerjaan, majlis adat istiadat, dan sebagainya. Kita juga boleh mengkaji budaya, kepercayaan atau tingkah laku yang merupakan kebiasaan masyarakat dalam karya sastera dan membandingkannya dengan masyarakat sebenar yang memiliki karya itu.

Page 26: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Masyarakat di dalam HAK boleh dibahagikan kepada dua bahagian:i. Masyarakat manusia biasaMasyarakat manusia di dalam HAK merupakan masyarakat kedayan. Masyarakat ini terbahagi secara besarnya kepada dua iaitu golongan istana dan golongan rakyat biasa. Golongan istana merupakan fokus utama penceritaan HAK. Dengan kata lain, HAK merupakan cerita tentang golongan istana, ahli kerabat Awang Kamaruddin.

ii. Raksasa. Masyarakat raksasa hanya diwakili oleh Tuan Puteri Si Raksasa. Gambaran tentang masyarakat raksasa tidak dibezakan dari masyarakat manusia. Pencerita seolah-olah memperlihatkan kesamaan antara masyarakat raksasa dan masyarakat manusia.

Page 27: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

LATAR SUASANA

Page 28: Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

Latar suasana pula boleh dilihat melalui majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan yang diadakan sama iaitu meminang, bertunang, bersanding. Seperti yang kita maklumi, majlis perkahwinan memang majlis yang sangat meriah. Baik kanak-kanak, orang tua, golongan miskin dan kaya tetap berkeinginan untuk sama-sama meraikannya.

Masyarakat HAK juga melakukan hal yang sama yang digambarkan melalui puisi yang terdapat di dalam HAK. Suasana dan keramaian yang hadir digambarkan melalui perbandingan seperti giuk (ulat) diikuti dengan adanya gendang, anding dan alai yang pada masa ini jarang lagi diadakan disebabkan oleh arus pemodenan.