Hikayat Indraputera.doc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hikayat

Citation preview

HIKAYAT INDRAPUTERA

Sumber :http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CDQQFjAA&url=http%3A%2F%2Fmymanuskrip.fsktm.um.edu.my%2FGreenstone%2Fcollect%2Fpublishe%2Findex%2Fassoc%2FDHikayat.dir%2Fdoc.doc&ei=4VYeUd-wDMfprAfGi4GABg&usg=AFQjCNEppOo7vRrzD5TuzqZGi-zoj-Fb2g&bvm=bv.42553238,d.bmk

BAB IRAMALAN NUJUM

(ADHI)Wa-bihi nasta'inu billahi ala. Ini pada menyatakan hikayat Inderaputera yang terlalu amat indah-indah keterangannya cinta berahi itu, pada masanya belum jadi johar patut dengan segala arif bijaksana, ialah yang terlalu amat masyhur di tanah manusia dan di tanah jin dan di tanah indera dan cendera dan di tanah mambang dan peri dan pada tanah dewa. Syahadan yang terlalu amat elok rupanya serta dengan sikapnya dan terlalu amat pantas barang kelakuannya. Syahadan kepada zaman itu seorang pun tiada tandingnya dengan Inderaputera itu lagi dengan arif bijaksananya dan terlalu perkasa serta dengan saktinya. Syahadan beberapa yang tiada dapat dikerjakan oleh orang banyak dapat dikerjakannya. Bermula ialah yang disuruhkan oleh RajaSyahian kepada] Berma sakti dengan dewa Lela Mengerna dan ialah yang (diterbangkan) oleh jin Tamarbuga, dan ialah yang bertemu dengan bukit emas dan bukit permata, dan ialah yang bertemu dengan tasik Bahrul Ajaib, dan ialah yang bertemu dengan tasik BaharuI Asyik, dan ialah yang menjalani jalan yang tiada dijalani orang; demikianlah gagah perkasa Inderaputera, dan ialah yang berjalan dalam gua sebulan lamanya, dan ialah yang membunuh gergasi yang bernama Mamdu; maka beberapa hikmat' Raja. Talela Syah hendak membunuh gergasi itu tiada juga dapat membunuh dia, maka dengan mudahnya juga dibunuhi oleh Inderaputera. Syahadan ialah yang dibuangkan oleh menteri Raja Syahian ke dalam laut tiga tahun lamanya, dan ialah yang beroleh (kain sutera) rambuti seperti air embun rupanya dan ialah yang (bertemu) dengan Dewa Langkurba di dalam laut dan ialah yang berjalan di dalam laut jin, dan ialah yang bertemu dengan Derma Gangga; maka diberinya panah kesaktian dan beberapa pula hikmat hulubalang akan Inderaputera. Demikianlah akan gagah perkasa Inderaputera. Ada sekali persetua ada seorang maharaja di negeri Sementa Pura dan nama raja itu Raja Bikrama Buspa dan akan raja itu terlalu amat besar kerajaannya. Arakian beberapa raja-raja yang takluk kepada raja itu memberi ufti pada tiap-tiap tahun dan empat puluh raja-raja yang memakai pakaian yang keemasan sentiasa dengan alat senjata di bawah istana Maharaja Bikrama Buspa, demikianlah peri kebesarannya baginda itu. Hatta beberapa lamanya Maharaja Bikrama Buspa dalam kerajaannya demikian maka pada suatu hari yang baik, ketika yang sempurna, isteri Maharaja Bikrama Buspa yang bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi pun hamillah, (dan) beberapa lamanya ia mengandung. Setelah genaplah bulannya maka kepada empat belas haribulan maka Tuan Puteri pun sakitlah. Pada ketika hariraya besar dan segala mergastua belum lagi mencari mangsanya maka dewasa itu Tuan Puteri pun beranaklah seorang laki-laki terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilanggemilang. Setelah itu maka baginda pun berasa amat sukacitanya. Maka dititahkan oleh Baginda akan orang memalu segala bunyibunyian seperti adat raja-raja beroleh putera demikianlah adanya. Maka lalu Baginda menamai akan anakanda baginda Inderaputera. Maka Baginda pun menyuruh akan orang memanggil segala ahlil nujum dan sastrawan. Setelah datanglah segala ahlil nujum maka baginda pun memberi titah kepada segala ahlil nujum, Maka lihatlah oleh tuan-tuan sekalian betapakah kebesaran anakku ini. Maka sekalian mereka itu pun menyembah serta takzimnya akan melihat nujumnya. Setelah dilihatnya maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya seraya ia berdatang sembah, Ampun Tuanku Syah Alam, terlalu sekali bahagianya paduka anakanda itu akan memangku kerajaan yang amat besar hingga tujuh tahun juga lamanya paduka anakanda ini bersama-sama dengan Duli Syah Alam nescaya cerai lah juga ia dengan Duli Tuanku. Maka Paduka anakanda itu akan melihat kekayaan Tuhan Yang Mahabesar dan Mahatinggi, Demikianlah lagi sembah segala ahlil nujum Ampun Tuanku Syah Alam. Adapun jika Paduka anakanda itu hendak bermain-main binatang jangan Tuanku beri, kerana sebab binatang itulah anakanda itu beroleh bencana. Maka Maharaja Bikrama Buspa mendengar sembah segala ahlil nujum itu demikian. Maka Baginda pun memberi anugerah akan segala ahlil nujum itu sastrawan dan pada segala fakir dan miskin pun menjadi kayalah daripada limpah kurnia Baginda memberi sedekah dan persalinan pada segala anak raja-raja dan pada segala menteri hulubalang dan pada segala orang kaya-kaya Setelah sudah memberi persalinan maka baginda pun berjaga-jaga sekira empat puluh hari dan empat puluh malam makan minum bersuka-sukaan dengan segala anak raja-raja dan segala menteri hulubalang dan orang kaya-kaya. Maka setelah genaplah empat puluh hari dan empat puluh malam maka Maharaja Bikrama Buspa pun mengarak lah akan anakanda baginda itu berkeliling negeri. Setelah genaplah tujuh kali diarak oleh orang anakanda baginda berkeliling negeri dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala anak raja-raja dan segala menteri dan hulubalang dan segala orang kaya-kaya dan segala alat tenteranya. Setelah sampailah ke istana maka anakanda baginda pun didudukkan oleh orang di atas takhta kerajaan dan diriba oleh baginda dan dipeliharakannya dengan sepertinya seperti adat raja-raja besar; dan beberapa lamanya anakanda baginda itu maka ia pun besar panjang lalu disuruh oleh baginda serahkan mengaji kepada seorang mualim Bersapian namanya. Hatta beberapa lamanya sekira-kira tujuh lamanya maka Inderaputra pun tahulah sudah mengaji Quran dan Maharaja Bikrama Buspa pun semakin sangat kasih gemar 'akan anakanda baginda dan seketika pun tiada mahu bercerai daripada anakanda baginda daripada sebab lagi pesanan segala ahlil nujum. Seberrnula maka baginda dihadapi oleh segala menteri hulubalang dan anak raja-raja yang besar-besar demikianlah baginda tiada mahu bercerai barang seketika dengan anakanda baginda itu.

104

BAB IIPERISTIWA MERAK EMAS

(AHSHONAT)Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera diterbangkan oleh Merak Emas dan peri mengatakan tatkala Inderaputera diangkat cucu oleh nenek kebayan dan peri mengatakan tatkala Inderaputera diangkat anak oleh Perdana Menteri dan peri mengatakan tatkala Inderaputera direstui oleh Menteri Raja Syahian. Hatta kalakian pada suatu hari Raja Bikrama Buspa semayam dihadap segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat jelata dan orang kaya-kaya dan sekalian hina dina. Maka Inderaputera pun diribai oleh baginda itu. Maka tatkala itu datanglah orang menghantar akan ufti daripada sebuah negeri serta membawa dua orang utusan dan seorang utusan pandai emas dan seorang utusan itu pandai kayu.Maka dipersembahkan pada maharaja itu, maka titah baginda kepada kedua pandai itu, Perbuatkan olehmu barang kepandaianmu itu supaya kulihat. Maka pandai kedua itu pun menyembah dan diperbuatkannya oleh pandai kayu itu seekor ikan terlalu amal (elok) rupanya seperti ikan yang sedia. Maka dipersembahkan kepada baginda ditaruhkan (oleh) maharaja ikan itu pada pasu, dibubuhkan air. Maka ia pun tertawa dan berpantun (dan) berseloka. Maka baginda pun hairanlah melihat ikan tertawa berpantun dan berseloka itu. Maka titah baginda kepada pandai emas pula. Hai pandai emas perbuatkan olehmu barang kepandaianmu itu stipaya kulihat. Maka pandai emas pun menyembah keada yang Dipertuan lalu diperbuatnya suatu gambar merak daripada emas. Maka terlalu elok rupanya. Maka dipersembahkan kepada baginda itu. Maka dilihat oleh baginda merak emas itu elok rupanya indah sekali. Maka ditaruh oleh baginda pada talam emas dan perak. Maka merak itu pun mengigal terlalu amat indah-indah lagunya seraya ia berpantun dan berseloka. Maka Maharaja Bikrama Buspa pun memberi titah kepada utusan yang membawa pandai emas dan pandai kayu dan berkata baginda, Hai kamu kedua, pada hari inilah aku tiada mengambil ufti pada kedua negerimu itu. Maka kedua utusan itu pun sujud akan Maharaja itu dengan sukacitanya. Hatta dalam berkata-kata maka Inderaputera pun turun daripada ribaan ayahanda baginda pergi melihat merak emas mengigal di atas talam itu. Maka tiba-tiba merak itu pun menyambar Inderaputera seraya diterbangkannya. Maka Inderaputera pun/ ghaibIah daripada mata baginda dan orang sekalian dan Maharaja Bikrama Buspa pun melihat anakanda baginda hilang. Maka baginda pun murca seketika. Setelah sedarlah akan dirinya dan baginda pun menangis dan segala isi istana pun gemparlah bertangis-tangisan, dan isi negeri pun dukacita mendengar Inderaputera hilang itu dan Maharaja B'ikrama Buspa pun terlalu dukacita sentiasa. Hatta maka Inderaputera pun diterbangkan merak emas. Maka jatuhlah ia kepada suatu negeri dan pada suatu kebun nenek kebayan. Maka Inderaputera pun berjalanlah perlahan-lahan lalu berhenti di bawah pohon delima. Maka Inderaputera pun makanlah buah-buahan.Setelah sudah makan maka nenek kebayan pun pulanglah daripada berjual bunga. Maka bakulnya pun ditaruhkannya. Maka datanglah ia ke dalam kebunnya itu. Maka fnderaputera pun setelah melihat orang tua perempuan datang itu maka ia pun ingat akan dirinya, dan bercintalah ia akan ayahanda dan bondanya. Maka ia fikir dalam (hatinya). Sudahlah dengan nasibku. Maka setelah itu nenek - kebayan pun sampailah kepada pintu kebunnya. Maka dilihatnya ada terikat, dan dilihatnya di dalam kebunnya itu ada seorang kanak-kanak duduk di bawah pohon delimanya itu. Maka rupanya terlalu amat indah penuh dengan pakaiannya. Maka ujar nenek kebayan, Anak siapa gerangan ini dan daripada mana gerangan datangnya. Lagi pun pintu pagar ini ada terikat dan kampungku pun terlalu jauh daripada kampungnya orang banyak. Maka bertanya nenek kebayan, Hai cucuku kanak-kanak siapa cucuku ini dan dari mana cucuku datang ini. Maka ujar Inderaputera. Akulah anak raja Bikrama Buspa dan namaku disebut orang Inderaputera. Adapun sebabnya aku sampai ke mari ini diterbangkan oleh merak emas. Dan segala hal-ahwalnya sekalian habis diceterakannya kepada nenek kebayan. Maka ujar nenek kebayan, Hai cucuku mahukah cucuku duduk bersama dengan hamba?Maka ujarnya Inderaputera, Baiklah nenekku: ke mana lagi hamba hendak membawa dirinya hamba lagi. Maka nenek kebayan pun terlalu suka hatinya sebab beroleh kanak-kanak itu. Maka segera dimandikannya; setelah sudah seraya dibawanya pulang ke rumahnya. Maka segala pakaian Inderaputera itu habis ditanggalkannya oleh nenek kebayan. Maka diberinya pakaian yang lain. Maka keesokan harinya maka nenek kebayan pun pergi berjual bunga. Maka Inderaputera pun dibawa sertanya berjalan dan rupanya Inderaputera terlalulah elok parasnya dan sekalian orang pun bertanya, Hai nenek kebayan, siapa orang yang tuan hamba bawa ini Maka sahut nenek kebayan, Adapun inilah cucuku. Maka katanya sekalian itu. Selamanya mengapa tiada dibawa oleh nenek? Maka sahut oleh nenek kebayan, Adapun sekian lamanya tiada hamba bawa kerana kanak-kanak ini kurang bahasanya lagi. Itulah sebabnya maka tiada hamba bawa berjalan-jalan. Maka segala orang yang melihat rupa Inderaputera itu terlalu kasih hatinya. Ada yang memberi kain dan pakaian daripada seorang kepada seorang. Demikianlah peri sebab kasih kepada Inderaputera itu; dan sesiapa yang memandang pada Inderaputera itu nescaya kasih hatinya, tiadalah lepas lagi daripada hatinya, demikianlah perinya. Maka. adalah pada tiap-tiap hari demikianlah nenek kebayan pulang ke rumahnya tiada terbawa pemberian orang kepada Inderaputera itu pada sehari-hari. Arakian selama nenek kebayan beroleh Inderaputera maka kebun bunga nenek kebayan pun terlalulah lebat tiada lagi terkira-kira bunganya dan beberapa lamanya, maka nenek kebayan pun kayalah sebab beroleh harganya bunga dan pemberian orang pada Inderaputera. Hatta maka pada suatu hari nenek kebayan pergi kepada Perdana Menteri dipersembahkan bunga dengan Inderaputera. Maka ia kedua pun berjalanlah pergi kepada rumah Perdana Menteri. Setelah sampai ke rumah Perdana Menteri seraya mempersembahkan bunga pada Perdana Menteri. Maka dilihat oleh Perdana Menteri nenek kebayan datang membawa bunga dan membawa seorang kanakkanak itu terlalu amat indah rupanya. Maka Perdana Menteri itu pun bertanya, Hai nenek kebayan, anak siapa kaubawa ini? Maka sembah nenek kebayan seraya berkata. Ya tuanku Perdana Menteri, inilah cucu hamba. Maka kata Perdana Menteri, Hai nenek kebayan, selamanya mengapa tiada engkau bawa? Maka ujar nenek kebayan, Sebab selamanya tiada hamba bawa kerana ia lagi kanak-kanak dan kurang budi bicaranya lagi. Sebab itulah tiada hamba bawa ia. Maka ujar Perdana Menteri, Siapa namanya dan apa bangsanya? Maka sahut nenek kebayan, Tnderaputera namanya dan bangsanya daripada manusia. Maka Perdana Menteri pun memandang kepada Inderaputera, diamatinya rupanya dan sikapnya dan lakunya seperti anak rajaraja yang besar-besar juga rupanya. Setelah demikian maka ujar Perdana Menteri, Hai Inderaputera mari anakanda hampir ke mari. Maka Inderaputera pun hampirlah seraya menyembah kepada Perdana Menteri serta dengan takzimnya. Maka Perdana Menteri menyuruhkan orang mengangkat kerusi lalu disuruh Inderaputera duduk dan Inderaputera tiada mahu duduk seraya menyembah; dan lagi disuruh oleh Perdana Menteri orang mengangkat hidangan kehadapan Inderaputera. Maka ujar Perdana Menteri, Hai fnderaputera, marilah anakanda makan. Maka fnderaputera pun menyembah seraya berkata, Santap Tuanku dahulu, patik kemudian. Dan beberapa budi bicara Perdana Menteri mengajak makan bersama-sama dengan ia, tiada juga ia mahu. Maka Perdana Menteri pun lalu bangkit sendirinya memegang tangan Inderaputera. Maka fnderaputera pun menyembah serta dengan takzimnya juga, tiada ia mahu. Setelah sudah Perdana Menteri makan maka diberikannyalah Inderaputera itu baharulah ia mahu makan. Setelah sudah maka ujar Perdana Menteri, Hai nenek kebayan, biarlah Inderaputera itu duduk di sini. Maka ujar nenek kebayan serta menyembah, Ya Tuanku Perdana Menteri, seketika pun tiada dapat patik bercerai dengan cucunya hamba. Maka kata Perdana Menteri, Hai nenek kebayan, biarlah siang pada beta malam pada nenek kebayan, kerana beta tiada beranak. Maka ujar nenek kebayan, Baiklah ya Tuanku Perdana Menteri peliharakanlah Tuanku seperti adat anak sungguh. Demikianlah Perdana Menteri memeliharakan Inderaputera serta diberinya kain baju dan segala pakaian yang mulia-mulia. Maka Perdana Menteri pun terlalu kasih akan Inderaputera. Kalakian maka nenek kebayan itu pun bermohon pulang ke rumahnya. Maka Inderaputera pun tinggallah kepada Perdana Menteri. Setelah hari malam maka Inderaputera . pun disuruh hantarkan pulang oleh Perdana Menteri ke rumah nenek kebayan dan demikianlah seharihari. Hatta beberapa lamanya maka Inderaputera duduk dengan Perdana Menteri maka dilihat oleh Perdana Menteri lakunya dan: duduknya dan makannya dan pekertinya terlalu manis juga. Sebermula maka Perdana Menteri duduk dihadap oleh orang. Maka Inderaputera pun hadirlah juga bersama-sama duduk di belakang Perdana Menteri dengan hormatnya. Maka Perdana Menteri pun bertambah-tambah cinta kasihnya akan Inderaputera itu, maka nenek kebayan pun tiadalah berjual bunga lagi sehingga hambanya juga. Syahadan beberapa lamanya maka Perdana Menteri pun bertambah kasihnya akan Inderaputera itu. Maka Jnderaputera pun sudah besar panjang makin sangat bijaksana dan rupanya pun bertambahtambah eloknya. BAB IIIMENCARI UBAT BERANAK

(ANDANTI)Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera disuruhkan Syahian pergi kepada Berma Sakti dan peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh pedang daripada Laksamana dan peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan tengkorak berkata-kata. Hatta kalakian diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya. Adapun raja dalam negeri itu Raja Syahian namanya. Adapun baginda itu terlalu amat besar kerajaannya juga. Syahadan menteri Maharaja itu yang muda-muda kurang se1 empat puluh dan Maharaja Syahian itu tiada beranak.Maka pada suatu hari Raja Syahian pergi berbaru ke dalam hutan. Setelah beroleh perburuan maka Raja itu pun kembalilah pada istananya dengan segala menteri hulubalang dan rakyat balanya. Setelah itu maka diterjamukan makan minum dengan segala menteri hulubalang rakyat sekalian. Demikianlah pekerjaan baginda. Hatta maka datanglah kepada suatu hari Maharaja pun pergilah berburu rusa daripada pagi-pagi hari datanglah sampai pada petang i hari, seekor rusa pun tiada diperolehnya. Maka raja tengah hendak'~ kembali dan melompat seekor kijang. Maka dipanah oleh baginda, akan kijang itu, lalu kena terus ke belakangnya, seraya mati. Datang: pula anak kijang itu berteriak-teriak ia mendapat akan ibunya. Maka disandarinya ibunya itu oleh anaknya itu; dan dilihat oleh baginda akan anak kijang itu. Maka baginda itu pun hairanlah melihat anak kijang itu serta fikir dalam hatinya demikian-sedangkan binatang lagi demikian melihat ibunya, jikalau manusia berapa lagi. Setelah baginda sudah berfikir itu maka baginda pun kembali dengandukacitanya, Jangankan membunuh binatang, menggentas daun kayu sehelai pun tiada ku mau. Maka Maharaja itu pun kembalilah ke istananya dan ia pun masuklah keperaduannya Ialu tidur serta berkelubung. Arakian maka menteri hulubalang itu pun hairanlah melihat hal baginda itu. Maka ujar segala menteri sama sendirinya, Apa juga sebabnya duli Yang Dipertuan pada sehari ini tiada keluar, dengan masyghulnya juga kita lihat kerana tiada pernah yang demikian ini; dan pada sehari-hari jikalau datang daripada berburu baginda bersuka-suka dengan menteri hulubalang dan rakyat sekalian, dan pada sehari ini sangat Yang Dipertuan masyghul kita lihat. Setelah sudah segala menteri itu berkata-kata sama sendirinya demikian, masing-masing kembali ke rumahnya. Maka hari pun malamlah. Setelah hari siang maka baginda pun duduk di atas singgahsana kerajaan oleh segala menteri hulubalang rakyat bala tenteranya sekalian. Maka Maharaja pun memberi titah kepada segala menteri hulubalang dan pada rakyat yang hina dina. Hai kamu sekalian hendaklah engkau apa bicarakan hasratku hendak beranak. Maka segala menteri itu pun berdatang sembah demikian katanya, Ya tuanku Syah Alam, patik memohonkan ampun ke bawah duli Syah Alam, jikalau dapat memohonkan janji ke bawah duli Syah Alam, jikalau dapat bertangguhan barang empat puluh hari supaya patik sekalian bicarakan ya Syah Alam. Maka titah Maharaja, Baiklah aku beri janji menantikan jikalau tiada kamu bicarakan hasratku ini nescaya kubunuh engkau sekalian. Maka sekalian menteri itu pun sujud serta menundukkan kepalanya ke tanah. Maka Raja Syahian pun berangkat masuk ke dalam .. .istana dengan dukacitanya. Maka segala menteri hulubalang sekalian 'ierta rakyat hina dina habis lah keluar mesyuarat. Maka berkata seorang menteri, Bagaimana bicara tuan-tuan se~ikalian kerana yang Maha Mulia di atas batu kepala kita. Maka titahnya sudah kita ketahui.Maka ujar segala menteri yang muda-muda, Baiklah kita menyu. ruh memukul mongmong berkeliling negeri ini kalau-kalau ada orang yang tahu ubat beranak atau hikmat beranak supaya kita persembahkan ke bawah duli Syah Alam itu. Maka kata menteri yang tua itu, Baiklah mana bicara tuan hamba itu kalau-kalau ada orang yang tahu. Setelah sudah bermesyuarat itu maka segala menteri itu pun pulang ke rumahnya. Setelah pagi-pagi hari maka disuruhkan oleh orang memukul mongmong berkeliling negeri itu. Maka ujar orang yang memukul mongmong itu. Siapa kamu tahu akan ubat beranak atau hikmat beranak. Demikianlah kata orang memukul mongmong itu. Hatta beberapa lamanya pada sehari-hari memukul mongmong itu maka katanya. Siapa yang tahu hubanya-hubaya katakan ubat beranak atau hikmat beranak itu supaya aku persembahkan ke bawah duli Syah Alam nescaya kamu beroleh anugerah daripada baginda itu.Arakian beberapa lamanya ia memukul mongmong itu sehari-hari kurang asa empat puluh hari maka seorang pun tiada menyahut kata orang yang memukul mongmong itu. Maka ia pun kembali kepada menteri mengatakan halnya tiada orang yang bercakap. Adapun segala menteri-menteri itu pun berhimpunlah duduk bermesyuarat di balai istana. Maka titah segala menteri yang muda-muda itu, Apa bicara kita sekalian ini kerana janjinya kita dengan Duli Syah Alam empat puluh hari, akan sekarang kurang sehari empat puluh hari. Maka kata Perdana Menteri yang tua dari sekelian menteri yang banyak-banyak itu demekian katanya. Ada hamba dengar cetera daripada nenek hamba tatkala hamba lagi kanak-kanak, ayahanda hamba bercetera, pada suatu gunung Mali Kisna namanya, dan ada seorang maharesyi pertapa pada gunung ini bernama Berma Sakti dan baginda itu terlalu sakti. Syahadan hamba mendengar baginda itu apabila raja itu sakit atau hendak beranak maka pergilah orang ke sana meminta ubat kepada baginda itu nescaya sembuhlah penyakitnya, atau beroleh kanak-kanak daripada baginda itu. Tetapi tempatnya terlalu lah susah dan beberapa melalui hutan rimba belukar dan beberapa bertemu dengan binatang-binatang buas-buas, lagi pun beberapa zaman lamanya hamba dengar. Setelah Perdana Menteri berceterakan demikian itu maka sahut tuan-tuan itu, Siapa akan dapat pergi ke sana kerana tempatnya terlalu sukar. Adapun pada bicara hamba daripada kita mati dalam hutan rimba itu baiklah kita mati dalam negeri ini. Sebermula jika kita mati dibunuh; oleh baginda sekalipun apatah daya kita lagi. Setelah sudah segala menteri-menteri yang muda-muda muafakat itu maka didengar oleh Tnderaputera perkataan segala menteri itu, maka Inderaputera pun tersenyum. Maka Perdana Menteri pun tunduk berdiam dirinya, syahadan dengan masyghulnya.Maka dilihat oleh Inderaputera Perdana Menteri duduk masyghul itu maka fikir Inderaputera di dalam hatinya, Kerana Perdana Menteri itu banyaklah kasihnya padaku akan pekerjaan ini di atas batu kepala Perdana Menteri juga tertanggung. Jikalau demikian baiklah nyawaku akan balasnya. Setelah sudah fikirnya itu maka Inderaputera pun berkata pada Perdana Menteri, Ya Tuanku Perdana Menteri janganlah tuan hamba bercinta lagi. Adapun hambalah pergi ke sana kepada Berma Sakti itu. Setelah didengar oleh Perdana Menteri kata Inderaputera, maka lalu dipeluknya dan diciumnya oleh Perdana Menteri akan Inderaputera maka ujar Perdana Menteri, Sungguhkah anakku bercakap hendak pergi kepada Berma Sakti itu supaya ku persembahkan kepada Paduka Baginda. Setelah didengar kata Perdana Menteri itu oleh Inderaputera maka sahut Inderaputera, Ya tuanku Perdana Menteri sungguhlah seperti kata hamba. Maka berkata-kata segala menteri yang muda-muda, Janganlah tuan hamba persembahkan ke bawah Duli Syah Alam kata kanakkanak itu. Dimanakan boleh ia sampai ke sana kerana tempat itu terlalu sukar kalau tiada sungguh kalau-kalau bertambah-tambah murka Yang Dipertuan akan kita ini. Maka kata Perdana Menteri, Jangan kamu sekalian berkata demikian itu kalau-kalau siapa tahu mudah-mudahan ditolong oleh Tuhan Yang Mahabesar akan anak hamba ini. Maka pada bicara hamba baiklah juga kita persembahkan ke bawah Duli Syah Alam. Maka sahut pula menteri yang muda-muda, Jangan didengar kata kanak-kanak itu bukan kadar dirinya itu sampai akan ke sana. Setelah sudah Perdana Menteri itu menengar demikian maka muka Perdana Menteri pun seperti api bernyala-nyala dan segala hulubalang dan orang kaya-kaya pun memandang pada segala menteri yang muda-muda itu serta dengan marahnya. Maka Inderaputera pun menyerah diri kepada Tuhan Yang Mahabesar akan menyampaikan barang sesuatu hajat hambanya. Setelah sudah mesyuarat maka segala menteri hulubalang itu pun pulang ke rumahnya masing-masing dengan kesusahan hatinya akan Inderaputera. Tetapi segala menteri yang muda-muda itu juga yang sakit hati, Inderaputera takut dibunuh oleh Maharaja. Hatta keesokan harinya maka Raja Syahian pun keluar dengan segala raja. Maka baginda pun duduklah semayam di atas takhta kerajaannya dihadap oleh segala raja-raja Menteri hulubalang dan sekalian rakyat hina dina. Syahadan pedang baginda sudah terhunus. Maka titah baginda pada Bentara, Pergilah engkau panggilkan padaku Perdana Menteri. Maka Bentara pun menyembah seraya pergi kepada Perdana Menteri. Maka dilihat oleh Perdana Menteri Bentara itu datang lalu diterpa Perdana Menteri. Maka kata Bentara kepada Perdana Menteri, Tuanku dipanggilkan oleh Yang Dipertuan serta anak tuan hamba bersama-sama. Setelah Perdana Menteri menegar titah Baginda panggilkan iaitu, maka Perdana Menteri dengan Inderaputera pun datang dengan bersegera mengadap pada Baginda lalu duduk di belakang Baginda dua dengan Inderaputera. Maka titah baginda, Hai segala menteriku, dapatkah yang seperti hasratku itu? Maka sembah menteri yang tua-tua dan segala menteri yang mudamuda, Ya Tuanku Syah Alam, patik sekalian memohonkan ke bawah Duli Syah Alam empat puluh hari telah patik suruhkan orang memalukan mongmong tiada juga yang bercakap melainkan ampun Syah Alam juga akan patik-apa sekalian ini. Setelah Maharaja mendengar sembah segala menteri yang tua-tua dan segala yang muda-muda maka Raja Syahian pun murkalah akan segala menteri hulubalang dan rakyat serta memandang kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri pun berdatang sembah, YaTuanku Syah Alam, adalah patik mendengar cetera daripada nenek patik, dan nenek patik bercetera kepada ayah patik dan ayah patik bercetera pula kepada patik. Adapun pada tatkala itu patik masih kanak-kanak.(ANGGIA)Ada konon seorang maharesyi pada gununug Mali Kisna namanya. Pada gunung itulah baginda itu diam dan terlalu sakti baginda itu. Syahadan nama baginda itu Berma Sakti. Jikalau hendak seorang minta ubat sakit anak beranak pergilah kepadanya minta uhat kepada baginda itu dan penjalanannya itu terlalu amat sukar ya tuanku, dan beberapa zaman lah tclah hamba mendengar khabarnya itu, dan lagi pun beberapa melalui gunung yang besar-besar dan banyak pula binatang yang buas-buas. Maka bercetera kepada rakyat maka seorang pun tiada berdatang sembah seperti kata patik itu melainkan anak patik ini juga berdatang sembah yang bernama Inderaputera.Maka diIihat oleh raja akan rupa Inderaputera itu terlalu elok parasnya, berfikir di dalam hati baginda. Kanak-kanak ini raja yang besar-besar juga lakunya.Maka raja pun memberi titah kepada Inderaputera, Hai Inderaputera sungguhlah engkau bercakap akan dernikian ini maka pergi lah engkau dekat Berma Sakti itu. Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam jikalau dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha besar kiranya dan Syah Alam pun empunya daulat dapatlah patik bercakap pergi ke sana.Maka titah baginda, Hai Inderaputera pergilah. kamu kepada Indera Sakti itu, jikalau engkau beroleb ubat beranak itu nescaya kuanugerahkan barang kehendak kamu itu. Syahadan jikalau aku beroleh anak laki-laki akan jadi saudaramu dan jika beroleh anak perempuan akan jadi isterimu. Maka lnderaputerapun menyembah. Maka Raja Syahian pun memberi anugerah Inderaputera pakaian yang indah-indah. Setelah itu sudah demikian itu maka segala menteri yang muda-muda melihat Inderaputera itu, maka titah Baginda, Hai segala kamu mengapa maka engkau tertawa. Maka sembah segala menteri, Ya tuanku patik memohonkan ke bawah Duli Syah Alam pada bicara patik-v-apa dimanakan2 sampai kanak-kanak ini ke sana kerana tempat itu terlalu sukar. Setelah raja mendengar kata menteri segala yang muda-muda itu, maka Raja Syahian pun marah seraya katanya. Hai bidaah beberapa engkau makan hasil di dalam negeri ku ini. Mengapakah engkau-apa tiada mahu berbuat kebaktian aku, selang kanak-kanak tiada berapa hari di sini ia hendak berbuat kebaktian kepadaku. Hatta segala menteri-menteri yang muda-muda itu pun disuruh halaukan oleh Baginda. Maka raja pun berangkat masuk ke istananya dan Perdana Menteri dengan Inderaputera pun kembali ke tempatnya. Setelah ke rumahnya maka Perdana Menteri dan Inderaputera pun makanlah bersama-sama. Setelah sudah makan maka Perdana Menteri memberi pakaian akan Inderaputera. Setelah sudah, maka Inderaputera pun berpeluk dan bercium dengan Perdana Menteri dan bertangis-tangisan demikianlah katanya, Wahai sayang anakku.Maka Inderaputera bermohonkan ampun kepada Perdana Menteri supaya berpertaruhkan nenek kebayan pada Perdana Menteri. Maka Perdana Menteri pun berpesan pada Inderaputera, Hai anakku tuan, Inderaputera, ingat-ingatlah anakku berjalan itu. Maka janganlah lupa barang kerjarnu. Maka ujar oleh Inderaputera, Ya tuanku Perdana Menteri bahawa sekalian hamba Allah lupa dan tersalah juga bahagiannya, dan patik serahkan diri patik kepada Tuhan Yang Mahakuasa akan memeliharakan hambanyaSetelah itu maka ia pun berjalan ke rumah nenek kebayan; setelah orang melihat Inderaputera berjalan disuruhkan oleh Maharaja Syahian pergi kepada Berma Sakti, maka segala hati orang melihat Inderaputera itu belas hatinya maka sekalian orang itu habis semuanya mengiringkan ke rumah nenek kebayan daripada sangat kasihnya akan Inderaputera. Hatta maka Inderaputera pun sampailah ke rumah nenek kebayan. Maka berkata nenek kebayan, Hai cucuku dari mana tuan hamba beroleh pakaian yang indah-indah? Maka sahut Inderaputera itu disuruhkan oleh Raja Syahian pergi kepada Berma Sakti hendak minta ubat beranak. Maka kata nenek kebayan, Wahai cucuku sahaja hendak dibunuhnya. Di mana akan sampai ke sana kerana tempatnya itu terlalulah amat sukar.Maka ujarnya oleh Inderaputera, Hai nenekku serahkan hamba kepada Tuhan Yang Mahabesar. Maka nenek kebayan pun menangis dan Inderaputera pun menangis juga seraya bermohon dan dipeluknya dan diciumnya oleh nenek kebayan. Maka Inderaputera pun berjalanlah menuju matahari mati. Maka ia pun masuk hutan keluar hutan. Arakian maka hari pun malamlah maka Inderaputera pun berhenti di bawah pohon kayu.Syahadan beberapa memuji-muji nama Tuhan, setelah hari pun siang, maka Inderaputera berjalanlah melalui padang masuk rimba belantara dan beberapa melalui bukit yang besar-besar dan bertemu dengan binatang yang buas-buas. Kalakian maka Inderaputera pun berhenti, dan berkata-kata sekalian binatang yang liar-liar itu, Hai segala kaumku mari kita sekalian, pergi mengadap Tnderaputera , anak, Maharaja, Bikrama Buspa dan kepada Baginda itu dapatlah kita berlindungkan dirinya kita daripada seteru kita Hatta maka segala binatang itu pun datang kepada Inderaputera dan sekalian pun menundukkan kepalanya itu kepada Inderaputera. Maka ujar Inderaputera, Hai sekalian kamu binatang liar, apa kerjamu datang kepadaku ini. Maka kata segala binatang itu, Ya tuanku Inderaputera, kami ini sekalian datang hendak berlindungkan diri kami daripada seteru kami itu. Maka ujar Inderaputera, Di mana seteru kamu itu? Maka kata segala binatang, Ya tuanku Inderaputeia di Gunung Indera Kita itu. Maka ujar Inderaputera, Diamlah kamu sekalian di sini. Akulah melawan seterumu itu. Setelah sudah demikian maka segala binatang itu pun minta doa pada Tuhan Yang Mahabesar akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun berjalanlah pula menuju beberapa melalui gunung yang besar-besar. Maka Inderaputera pun berjalan pula kembali, maka bertemu dengan Gunung Indera Kila itu. Maka ujar Inderaputera, Diamlah kamu sekalian di sini.Maka dilihatnya di gunung itu tulang bertimbun-timbun dan fikir Inderaputera di dalam hatinya, Gunung inilah gerangan yang dikatakan oleh segala binatang itu.Setelah sudah ia fikir itu maka tiba-tiba didengarnya bunyi suatu suara demikian bunyinya, Hai Inderaputera, janganlah tuan hamba naik di gunung itu. Tiada juga didengar oleh Inderaputera suaranya yang berseru-seru di gunung itu. Maka Inderaputera pun menengar suara itu. Maka dilihatnya oleh Inderaputcra ke kanan dan ke kiri. Seorang pun tiada ada manusia. Maka ujar Inderaputera, Hai tengkorak tuan hambalah yang berseru-seru akan hamba tadi?Maka ujar tengkorak itu, Bahkan. Maka Inderaputera pun berkata-kata, Maka mengapa tuan hamba memanggil hamba Maka ujarnya tengkorak itu, Ampun tuanku, Hai Inderaputera, inilah tengkorak yang takluk kepada ayah tuan hamba itu. Sebermula adapun tatkala hamba daripada menghantar ufti kepada ayahanda tuanku itu maka hamba pun sesat melarat lalu sampailah di gunung, beberapa hari hambanya di sini tiada minum dan seketika maka hamba berhenti. Maka seorang raksaksa daripada atas gunung itu merupakan dirinya seperti seorang perempuan membawa suatu pedang pada tangannya.Maka ia datang kepada hamba. Maka ujarnya, Hai orang muda ambil olehmu pedang mi. Maka pada bicara patik mi manusia juga gerangannya ini. Baharu hamba hendak ambil pedang itu, maka diparangkannya pada hamba. Maka hamba pun matilah, lalu di makannya hamba.Maka kata Inderaputera, Adapun yang kasih tuan hamba itu sebenarnyalah, tetapi Tuhan juga yang memeliharakan kitaMaka kata tengkorak itu, Mudah-mudahan dipelihara Tuhan juga tuan hambaHatta maka Inderaputera pun naiklah ke atas gunung itu dan raksaksa itu pun mencium bau manusia itu. Maka ia pun merupakan dirinya seperti rupa orang tua dan pedang itu dipanggung3 nya kepada tangannya. Maka Inderaputera pun bertemu dengan raksaksa itu. Hai! katanya, Orang muda, ambil olehmu pedang pada tanganku ini. Maka Inderaputera pun melompat seraya bertempik merampas-l kan pedang pada tangannya raksaksa itu. Maka pedang itu pun dapat Inderaputeradengan ditolongkan oleh Tuhan Yang Mahabesar. Maka lalu diparangkannya kepada raksaksa itu jadi penggal dua.Maka ia merupakan dirinya seperti orang muda serta katanya, Pandang mukaku ini. Maka jangankan Inderaputera memandang, menoleh pun tiada mahu. Maka Inderaputera pun segera berjalan pula. Maka raksaksa itu pun menjadikan dirinya seperti bukit besarnya. Maka ia pun menghempaskan. dirinya lalu mati terguling-guling ke bawah gunung itu bunyinya seperti guruh. Maka yang mana kena tubuh raksaksa itu segala pohon kayu yang besar-besar habis roboh-roboh, maka segala binatang di hutan itu pun habislah lari berlarian mendengar bunyinya bahana itu.Hatta maka Inderaputera pun sampai ke atas gunung itu. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam gua itu. Maka dilihat oleh Inderaputera ada suatu perbendaharaan dan dibukanya pintu perbendaharaan itu dan dilihat oleh Inderaputera terlalu amat indahindah. Syahadan emas dan perak dan permata dan beberapa pakaian yang ajaib-ajaib.Maka ia pun berjalanlah dan dilihat oleh Inderaputera satu istana berisi daripada sakhlat ainulbanat dan baldu dewangga. Maka Inderaputera pun keluarlah dari dalam gua lalu berjalan ke atas gunung itu seperti bekas disapu oleh orang dan sehelai daun kayu dan rumput tiada tumbuh. Maka Inderaputera pun memandang ke sebelah kaki gunung itu seperti laut berombak-ombak juga rupanya. Maka ia pun turun ke sebelah kirinya gunung itu. Maka beberapa pula dilihatnya buahbuahan itu berbagai-bagai rupanya. Maka Inderaputera pun makanlah segala buah-buahan itu. Setelah sudah ia makan maka hairanlah sekali Inderaputera melihat kekayaan Tuhan. Maka ia pun menuju matahari hidup dan beberapa melalui bukit dan padang. Syahadan di pandang itu rumputnya seperti zamrut warnanya. Maka Inderaputera pun datanglah ke padang itu dan ada suatu bukit terlalu elok rupanya dan airnya pun mengalir daripada pihak bukit itu terlalu sejuk dan di bawah bukit itu beberapa pohon kayu berbagai-bagai rupanya, berbagai-bagai jenis warnanya. Kalakian maka didengar oleh Inderaputera bunyinya segala bunyibunyian itu seperti orang bernyanyi. Ada yang seperti orang bersyair dan bermadah dan berpantun. Maka Inderaputera pun berhenti melihat kekayaan Tuhan dan bertambah-tambah yang indah-indah itu. Setelah itu demikian maka Inderaputera pun kenyanglah rasanya sebab melihat sekalian itu. Maka ia pun mengucap syukurlah kepada Allah dan terkenanglah akan ayah bondanya.

BAB IVDI NEGERI JIN ISLAM

(ANNISA)Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan anak jin yang bernama Nobat Rom Syah dan nama ayahnya Maharaja Tahir Johan Syah, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera beristerikan saudara Nobat Rom Syah yang bernama Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Rakna, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera membunuh Tamar Jalis anak raja jin Tamar Bunga, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera berteguh-teguhan janji dengan Nobat Rom Syah.Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian bunyinya. Adapun pada ketika itu Raja Sunam pergi kepada sisi bukit ajaib akan memberi makan kudanya dan segala anak rajaraja jin itu masing-masing naik seorang kudanya serta dengan panjipanjinya dan suatu busar dan tangannya pedang dan suatu pendahan (lembing pendek atau pisau yang dilemparkan). Setelah sudah ia bermain-main maka ia memberi makan kudanya lalu ia pergi mandi pula pada air yang mengalir di bawah bukit ajaib itu dan makan segala buah-buahan. Demikianlah kerjanya pada sehari-hari maka anak raja jin kafir pun datang. Demikian jua yang diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini. Hatta maka anak raja jin kafir datang pada Padang Darsal itu dengan segala kaumnya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari atas bukit ajaib kepada pihak maghrib seperti awan hitam datang menuju Padang Darsal itu. Maka fikir Inderaputera, Awan hendak hujankah gerangan ini? Dan dilihat oleh Inderaputera seperti mega merah rupanya daripada pihak masyrik itu. Maka fikir Inderaputera, Awan apakah ini, mega apakah ini datang terlalu sekali.Syahadan maka lebu duli pun berterbanganlah ke udara terang cuaca menjadi kelam-kabut dan diperamat-amatinya oleh Inderaputera. Maka dilihatnya datang kuda daripada pihak maghrib itu dan segala pakaiannya itu serba hitam bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka Inderaputera pun memandang pula kepada pihak masyrik dan dilihatnya oleh Inderaputera suatu kaum orang berkuda dan pakaiannya itu serba merah bertatahkan ratna mutu maknikam. 'Arakian rupanya terlalu indah-indah itu datangnya serta dengan soraknya dan tempiknya, Setelah sudah sampai ke sana maka ia memberi makan kudanya sambil berpanah-panahan Sama sendirinya dan tangkis-menangkis, seorang pun tiada berkenaan. Maka ketika itu pun bermain kuda dan pedang dari atas kudanya terlalulah indah sekali dilihat oleh Inderaputera ; ada seorang anak raja jin tu laksana merak mengigal rupanya, ia bermain-main senjata di atas kudanya terlalu sekali gagah perkasa rupanya itu. Hatta maka Inderaputera pun hairanlah melihat kelakuan anak raja itu. Setelah sudah bermain-main itu maka kudanya itu pun ditinggalkannya dan segala pakaiannya. Maka diberinya makan akan kudanya itu rumput itu. Maka segala anak rajajin itu pun pergi mandi dan makan buah-buahan. Kalakian maka Inderaputera pun memandang ke sebelah bukit itu. Maka dilihatnya segala kaum jin kafir itu pun bermain-main juga, dan segala anak raja jin kafir itu pun bermain-main akan pendahandahannya di atas kudanya, tikam-menikam tangkis-menangkis seorang pun tiada memberi mudarat daripada pantasnya anak-anak raja-raja itu. Setelah sudah bermain-main senjata maka sekalian anak raja-raja itu hendak memberi makan kudanya. Maka ujar anak raja-raja jin yang bernama Tamar Jalis itu, Adapun fikir hamba baiklah kita pergi ke sebelah bukit tempat Nobat Rom Syah memberi makan kudanya itu. Maka sahut menterinya, Jangan demikian tuanku kita pergi ke sana, kerana bukan adat daripada dahulu-dahulu. Setelah sudah demikian kata menterinya itu tiada juga didengarkannya oleh Tamar Jalis kata menterinya itu. Maka ia pun marah serta memacukan kudanya dan mengunus pedangnya dan menyandangkan busarnya dan menghalakan tombaknya. Setelah dilihat oleh segala kaumnya Tamar Jalis itu memacu kudanya ke sebelah bukit itu, maka sekalian kaumnya pun mengusirlah Tamar Jalis itu. Maka dilihat oleh Nobat Rom Syah lebu duli berbangkit ke udara sebelah bukit itu. Maka ujar Nobat Rom Syah, Hai segala kaumku, apa sebab lebu duli berbangkit ke udara itu dari sebelah bukit dan pergilah kamu periksa ke atas bukit itu. Maka seorang bentara Nobat Rom Syah pun naiklah ke atas kudanya lalu dipacunya ke kaki bukit itu serta sampai maka ia pun turun dari atas kudanya lalu naik ke atas bukit itu dan dilihatnya oleh bentaranya yang datang itu Tamar Jalis dengan segala rakyat serta dengan alat senjatanya. Maka bentara itu pun segera kembali kepada Nobat Rom Syah seraya menyembah, Tuanku, Tamar Jalis yang datang itu dengan segala kaumnya dan rakyat. Seketika berkata maka Tamar Jalis pun datanglah dengan segala kaumnya dan bertemu dengan Nobat Rom Shah. Maka kata Nobat Rom Syah, Hai Tamar Jalis, ke mana engkau datang dengan segera ini? Maka sahut Tamar Jalis, Aku hendak memberi makan kudaku pula pada tempat ini. Setelah didengar oleh Nobat Rom Syah maka kata Nobat Rom Shah, Tiada patut demikian. Perintah ini daripada nabi kita dahulu pada tempatnya juga ada dengan masing-masing. Maka Tamar Jalis pun berkata, Tiada demikian, kerana sekalian bumi Allah juga yang empunya. Maka kata Nobat Rom Syah, Sungguhpun bumi Allah, tetapi masing-masing dengan bahagian yang empunya dia seorang hambanya. Maka kata Tamar Jalis, Janganlah kamu banyak kata, sahaja beta hendak memberinya makan kudanya beta pada tempat ini. Setelah itu Nobat Rom Syah mendengar kata demikian itu dan ia pun marahlah seperti harimau akan menerkam rupanya serta ia berkata, Hai kafir laanatullah mengapa maka engkau kata demikian? Dan Tamar Jalis pun marah seperti ular berbelit-belit lakunya. Setelah sudah ia menengar kata Nobat Rom Syah, Tamar Jalis pun segera menangkis kan dengan camti kudanya. Setelah itu maka lalu ditikam oleh Nobat Syah akan Tamar Jalis seraya Nobat Syah menggertakkan kudanya serta berkata-kata, Hai Tamar Jalis, ingat engkau. Maka diparangnya kena Tamar Jalis. Maka ia pun segera melompat ke udara lalu ghaib seketika. Maka Tamar Jalis pun kena tubuhnya berasap keluar api bernyala-nyala. Maka Tamar Jalis pun segera turun daripada atas kudanya lalu memarang kepada Nobat Rom Syah. Setelah dilihat oleh Nobat Rom Syah Tamar Jalis memarang akan dia itu, maka Nobat Rom Syah segera menangkis pedang Tamar Jalis dan kena kudanya Tamar Jalis penggal dua. Maka Nobat Rom Syah pun berdiri di tanah. Hatta maka kedua anak raja itu sama sakti. Maka Tamar Jalis pun ghaib ke udara dan dipanah Nobat Rom Syah. Maka tubuh Tamar Jalis pun keluarlah asap berasap-asap dan berapi bernyalanyala. Maka Tamar Jalis pun marah serta ia turun lalu memarang Nobat Rom Syah dengan pedangnya. Maka kena tubuh Nobat Rom Syah, keluarlah asap pula menjadi kelam-kabut daripada saktinya tiadalah lut.Kalakian maka Inderaputera pun hairan meliha anak raja kedua itu berperang tiada beralah-alahan terlalu ramai sekali. Kemudian maka Nobat Rom Syah pun ghaib pula ke udara. Maka dipanah oleh Tamar Jalis kena tubuh Nobat Rom Syah, keluar api bernyalanyala, memancar-mancar ke udara cemerlang seperti kilat sabungmenyabung. Tetapi raja kedua itu sama saktinya, ia berperang itu laksana rajawali keduanya anak raja itu gagah perkasa dan bijaksana terlalu indah-indah dilihat oleh Inderaputera lakunya anak raja itu. Maka dilihat Inderaputera kedua kaum itu berdahulu-dahuluan terlalu ramai bunyi sorai kedua pihak berperang itu, berpanah-panahan dan bertikam-tikaman pedang dan berpanahan. Maka jadilah gegak gempita terlalu azmat bunyinya parang-memarang tikam-menikam tengkis-menengkis panah-memanah menjadi gelap gelita bunyi gertak kudanya. Maka duli pun berbangkit ke udara dan bunyi tempik soraknya mereka itu seperti guruh di langit. Ada yang mati, ada yang pecah kepalanya, tetapi banyak juga yang luka daripada yang mati daripada kaum Tamar Jalis itu. Arakian maka masing-masing terjun di atas kudanya itu bertikam.tikaman dan berpegang-pegangan dan bertangkap-tangkapan terlalu c rama! sekali perang itu kerana jin kafir dari dalam rongga batu dan jin Islam yang di dalam rongga kayu sekalian habis kena tubuhnya serta memancar-mancar api nya bernyala-nyala. Maka Tamar Jalis pun ghaib ke udara seribu kesaktian dirasanya daripada sangat darab perang, Inderaputera itu ia datang menolong Nobat Rom Syah. Maka kata Nobat Rom Syah, Hai Inderaputera ingat-ingat tuan hamba, maka Tamar Jalis melompat ke udara itu. Syahadan maka ia pun mengisarkan pedangnya maka Nobat Rom Syah memanah tubuhnya Tamar Jalis. Maka keluarlah api memancar-mancar dan Tamar Jalis pun gugur ke bumi serta ia pun datang menikam Inderaputera. Maka ia pun segera memarang dengan pendahannya. Itu pun patah penggal tiga dan Tamar Jalis pun marah serta memanah akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun menangkis dengan hulu pedangnya. Maka pedang Tamar Jalis pun patah dan Tamar Jalis pun marah yang amat sangat serta memarang juga. Maka Inderaputera pun memarang juga. Maka di parang oleh Inderaputera itu pun patah pedang. Maka di lihat oleh Nobat Rom Syah laku Inderaputera itu terlalu amat pantas. Maka Nobat Rom Syah pun hairan melihat hal Inderaputera berperang itu sangat gagah perkasa. Maka Tamar Jalis pun ghaib ke udara seketika. Maka dipanah oleh Nobat Rom Syah kena tubuh Tamar Jalis serta keluarnya api. Maka keluar pula seperti awan hitam rupanya. Maka Tamar Jalis pun tahulah akan dirinya mati. Maka keluar pula satu cahaya dari kepalanya. Kata Inderaputera, Hai Tamar Jalis ingat engkau. Maka kata Tamar Jalis, Hai Inderaputera, tetakkanlah aku sekali lagi olehmu.Maka sahut Inderaputera, Hai kafir, tiada adat memarang jin itu dua kali, melainkan dengan sekali tetak juga. Maka Tamar Jalis pun penggal dua lalu mati. Maka Nobat Rom Syah pun datang memeluk mencium Inderaputera. (AUZORA)Maka ujar Nobat Rom Syah, Hai saudaraku Inderaputera, bahawa dunia sampai akhirat, tuan hamba jadi saudaralah kepada hamba kerana tuan hamba menolong hamba menghapuskan kemaluan hamba kerana tiada adat daripada dahulu kala daripada nenek moyang hamba, jin kafir ke mari pada tempat hamba memberi makan kudanya, sebab inilah akan hamba maka jadi hamba berperang dengan Tamar Jalis itu. Maka sekarang saudara hamba yang menghapuskan malu hamba itu. Maka ujar Inderaputera, Pujian itu hanya Tuhan sarwa sekalian alam juga, dan hamba ini sehingga jadi sebab juga. Maka ujar Nobat Rom Syah, Hai saudaraku marilah tuan hamba bermain ke negeri hamba. Maka kata Inderaputera, Baiklah. Maka Nobat Rom Syah pun membawa Inderaputera ke negerinya lalu masuk ke dalam kota. Maka dibawanya berjalan lalu ke istananya. Maka segala orang dalam negeri itu semuanya hairan melihat rupanya Inderaputera dan sikapnya terlalu baik. Setelah Nobat Rom Syah sampai ke balairung duduk di atas kerusi yang keemasan bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka Inderaputera dan Nobat Rom Syah pun menyembah pada Raja Tahir Johan Syah. Maka titah baginda, Hai anakku Nobat Rom Syah, siapa yang anakku bawa sama-sama itu 7 Maka sembah Nobat Rom Syah, Ya tuanku, inilah membunuh Tamar Jalis. Inderaputera namanya, anak Maharaja Bikrama Buspa. Maka diceterakan oleh Nobat Rom Syah segala perihal ahwalnya semuanya dikatakannya kepada ayahanda baginda itu. Setelah didengar oleh baginda kata anakanda baginda Nobat Rom Syah itu maka baginda pun hairan. Maka Raja Tahir Johan Syah pun berbangkit memeluk mencium Inderaputera. Maka hidangan nasi pun diangkat oranglah. Maka Raja Tahir Johan Syah pun santaplah. Maka Nobat Rom Syah pun santap dua orang sehidangan. Maka segala menteri dan hulubalang bentara sekalian pun makanlah pada hidangannya. Setelah sudah makan maka minuman pula diangkat orang. Maka piala yang bertatahkan ratna mutu maknikam itu pun diperedarkan oranglah. Setelah bunga selasih mabuknya maka biduan yang baik suaranya itu pun bernyanyilah berbagai lagu, masing-masing melakukan kesukaannya. Setelah hari malam maka Raja Tahir Johan Syah pun berangkat masuk ke istana. Maka Nobat Rom Syah pun membawa Inderaputera masuk ke istana beradu. Maka segala menteri dan hulubalang bentara sekalian masing-masing kembali ke rumahnya. Syahadan maka Inderaputera pun berceterakan halnya kepada Nobat Rom Syah tatkala ia diterbangkan oleh merak emas dan perinya disuruhkan oleh Raja Syahian kepada Berma Sakti semuanya diceterakan oleh Inderaputera. Maka Nobat Rom Syah pun hairan mendengarkan dia. Setelah hari siang maka Inderaputera dan Nobat Rom Syah pun pergi mengadap Raja Tahir Johan Syah. Maka dipandang Raja Tahir Johan Syah barang kelakuan Inderaputera itu terlalu baik. Maka baginda pun sangat kasih akan Inderaputera dan Inderaputera pun sangat berhambakan dirinya kepada Raja Tahir Johan Syah. Demikianlah sediakala kelakuan Inderaputera selama duduk dalam negeri itu. Sebermula maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera; setelah beberapa lamanya Inderaputera duduk sama Nobat Rom Syah, sekali persetua maka Nobat Rom Syah pun datang kepada ayahanda bonda baginda]. Maka sembah Nobat Rom Syah, Ya ayah ku, patik lihat Inderaputera itu terlalulah baik pekertinya dan lakunya serta ia kasih akan patik. Maka lihat pula ia berbuat akan khidmat ke bawah duli Syah Alam. Jikalau dapat baik juga ayah ku bicarakan. Lagipun sembah patik ia anak raja besar juga. Setelah didengar oleh ayah bondanya akan sembah Nobat Rom Syah itu maka ayahanda bondanya pun tahulah akan sembah anakanda baginda itu. Setelah sudah berbicara maka Raja Tahir Johan Syah pun menyuruh memulai pekerjaan berjaga-jaga pada hari yang baik empat puluh hari dan empat puluh malam. Setelah sudah maka disuruh orang oleh baginda berjaga-jaga akan menghiasi Indera. putera pula. Maka Inderaputera pun dikahwinkan oranglah dengan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna) Maka antara keduanya itu pun terlalu elok parasnya dan lemah-lembut barang lakunya laksana bulan empat belas hari rupanya makin dipandang makin bercahaya gilang-gemilang tiadalah bandingnya. Syahadan Inderaputera pun demikian juga rupanya. Setelah sudah beberapa hari ia kahwin itu maka Jnderaputera pun terlalulah kasih akan isterinya dan beberapa lamanya ia duduk dalam negeri Raja Tahir Johan Syah katanya, Ya tuanku Syah Alam patik memohon akan ampun ke bawah duli Syah Alam. Adapun anakanda itu petaruh patik ke bawah duli Syah Alam kerana patik hendak pergi mendapat akan kepada Berma Sakti. Maka ujar baginda, Hai anakku Inderaputera, pada bicaraku baiklah juga anakku duduk di sini barang setahun dua lagi supaya puas rasanya hatiku. Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam sampailah kasih tuanku akan patik. Adapun patik ini disuruh oleh Raja Syahian kepada Berma Sakti itu belum lagi sampai. Jikalau ada hayat patik datang juga mengadap duli Syah Alam.Setelah sudah ia bermohon maka Jnderaputera pun pulanglah ke istananya. Maka ujar Inderaputera akan isterinya Tuan Puteri Jamjam Dewi Ratna, Tinggallah tuan dahulu kakanda hendak pergi kepada Berma Sakti. Maka demi tuan puteri mendengar kata suaminya itu maka ia pun menangis. Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berpantun demikian, bunyinya! Gajah putih dalam kota, Dang Kemayat lalu berlembu, janganlah puteri sedih kan beta, adalah hayat kita bertemu. Maka tuan puteri pun menangis juga dan Inderaputera pun mencium akan isterinya. Maka dipujukkannya dengan perkataan dengan lemah-lembut serta berpantun yang memberi akan rawan hati tuan puteri dengan berseloka. Maka tuan puteri pun tertidurlah. Maka dilihat oleh Inderaputera akan isterinya sudah lena itu maka Lalu diangkat kepalanya ditaruhkannya kepada bantal seraga. Maka Nobat Rom Syah pun datang mendahului mendapatkan Inderaputera. Maka Inderaputera pun bermohon kepada Nobat Rom Syah. Maka keduanya anak raja itu pun keluarlah berjalan. Maka Inderaputera pun berjalanlah. Setelah sampai keluar kota maka Inderaputera pun dengan Nobat Rom Syah pun berpeluk dan bercium-ciumkan serta bertangis. Maka kata Nobat Rom Syah kepada Inderaputera, Hai saudaraku, jikalau ada barang-barang sesuatu yang sukar kepada saudaraku citalah nama hamba supaya segera hamba datang.Setelah sudah berpesan maka Inderaputera pun bermohon kepada Nobat Rom Syah. Maka Inderaputera pun berjalan menuju matahari mati berjalan masuk hutan rimba belantara dan masuk padang terbit pada beberapa melalui gunung dan bukit yang besar-besar dan beberapa ia bertemu dengan binatang yang buas-buas dan beberapa melihat yang berbagai-bagai warna rupanya.

BAB VDUA GELIGA HIKMAT

(BAMBANG)Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh hikmat, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera melihat kesaktian Raja Dewa Lela Mengerna. Hatta diceterakan oleh orang yang empunya (cetera) ini tatkala Inderaputera berjalan itu maka ia pun bertemulah dengan tasik Semendera Jin namaya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik membesar seperti laut rupanya. Maka fikir Inderaputera, Laut apakah lni gerangannya?Maka lalu dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan gerseknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. Maka Inderaputera melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun berjalan di tepi tasik itu dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, Hai Inderaputera, ingat-ingat tuan hamba. Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu. Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu. Maka dilihat oleh Jnderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon kayu itu. Maka berkatalah Inderaputera, Hai mayat, tuan hambakah yang berseru-seru kan hamba ini. Maka sahut mayat itu, Bahkan. Adapun sebab hamba berserukan tuan hamba itu oleh seorang raksaksa di sini. Maka apabila ia keluar maka ombaklah tasik ini dan ia datang ke sisi hamba. Maka ditindih kepalanya hamba. Maka hamba pun tidurlah, antara tidur dengan jaga. Setelah itu maka tiadalah sedarkan diri. Maka tiadalah boleh bangun lagi, sebab itulah hamba memberitahu kepada tuanku. Maka kata Inderaputera pada mayat itu, Serahkanlah nyawamu itu kepada Tuhan Yang Mahakuasa.Hatta seketika lagi maka keluarlah geri daripada tasik itu. Maka berombak-ombaklah airnya itu. Maka dilihat oleh Inderaputera peri itu datang kepadanya. Maka ia pun tidurlah. Maka peri itu pun datanglah menghampiri akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun ingat. Maka baharu hendak ditindihnya itu, maka Inderaputera pun melompat seraya menangkap akan rambut peri itu. Maka berkata Inderaputera, Sekarang ini matilah engkau hai celaka. Maka peri itu pun berkata, Hai orang muda lepaskanlah rambutku ini apa kehendakmu aku berikan kepadamu. Maka kata Inderaputera, Sungguhkah engkau hendak memberi barang kehendakku ini? Maka sahut peri itu, Sungguhlah hamba beri. Maka kata Inderaputera, Apa yang engkau hendak berikan kepadaku ini?Maka berkatalah peri itu, Ada suatu Geliga Mayan Bedi namanya. Jika tuanku mau kuberikan. Adapun gunanya jikalau hendak mengeluarkan angin dan ombak atau kilat atau petir halalintar citalah namaku dan tambangkan (pemujaan atau penyembahan) geliga itu nescaya barang kehendak tuan jadilah. Maka Inderaputera pun melepaskanlah rambutnya peri itu. Maka ujar peri itu kepada Inderaputera, Hai orang muda, daripada hari inilah tuanku menjadi cucuku. Setelah diberinya yang demikian itu kepada Inderaputera maka Inderaputera pun terlalulah sukacita. Maka peri itu pun bertanya, Hai cucuku, siapa namanya tuan ini disebut oleh orang dan siapa ayah bondanya tuan ini dan bangsa mana tuan ini, dan apa kehendak tuan datang ke mari ini? Maka sahut oleh Inderaputera, Hai nenekku, adapun namaku Inderaputera dan nama ayah ku Maharaja Bikrama Buspa dan nama bondanya aku Puteri Jamjam Ratna Dewi. Demikianlah diceterakanlah oleh Inderaputera segala hal-ahwalnya kepada peri itu. Maka peri itu pun terlalulah sekali kasihnya ak-an Inderaputera. Maka ujar peri itu, Wahai cucuku hendak ke mana tuan sekarang? Maka sahut oleh Inderaputera, Hamba hendak pergi kepada Berma Sakti.Maka jawabnya peri itu, Wahai cucuku, di manakah boleh cucuku akan sampai ke sana kerana tempat Berma Sakti itu terlalu musykil. Maka sahut oleh Inderaputera, Boleh juga sampai ke sana jikalau ada dengan kurnia Tuhan Yang Mahakuasa akan menyampaikan hambanya. Maka bertanya Inderaputera, Hai nenekku tempat siapa ini? Maka kata peri itu, Hai cucuku, inilah tempat anak raja peri datang bermain-main dan seorang puteri terlalulah elok rupanya, dan namanya itu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan nama ayahnya itu Maharaja Syah Tokan, dan beberapa tamannya yang indah-indah an beberapa jambangan yang indah-indah dan beberapa jambangan daripada emas dan perak dan tembaga suasa, dan beberapa kolam yang beri kat emas yang bertatahkan ratna pudi maknikam yang merah. Adapun Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu ada pengasuhnya bidadari tujuh orang dan tujuh lapis pagar jala-jala dan ekor binatang yang menunggui dia itu. Demikianlah peri ayahnya memeliharakan anakanda baginda itu. Syahadan sejumaat sekali ia datang mandi ke tasik ini memungut bunga-bungaan dan memetik segala buah-buahan. Sebermula nenekkulah yang menunggu akan tasik ini.Maka kata Inderaputera, Wahai nenekku bagaimana kiranya cucu hendak melihat akan tuan puteri itu? Maka ujar peri itu, Jika cucuku lihat tuan puteri itu apa kehendak cucuku kerana tuan puteri itu sudah bertunangan, sama anak raja peri juga dan namanya Raja Mengerna Lela Dewa. Maka oleh Inderaputera, Hai nenekku sehingga melihat upanya' puteri itu juga. Maka peri itu pun tersenyum menengar kata Inderaputera itu n ujar oleh peri itu, Hai cucuku ada sesuatu kepada tuan puteri itu. Maka ujar Inderaputera, Hikmat apa kepada tuan puteri itu? Maka sahut peri, Hai cucuku jikalau ia hendak mengeluarkan sebuah negeri maka keluarlah dengan rakyatnya serta alat senjata dan beribu-ribu peri dan dewa-dewa. Demikianlah kebesarannya hikmat itu seperti gemala rupanya dan di taruh nya di atas kemuncak mahligainya itu. Maka Inderaputera pun hairan mendengar kata peri itu. Maka ujarnya Inderaputera, Hai nenekku bagaimana gerangan tipu daya hamba akan dapat melihat tuan puteri itu. Maka sahut peri itu, Wahai cucuku jikalau cucuku hendak juga bertemu kepada Tuan Puteri Seri Gemala Ratna Nehran itu, pada tatkala ia mandi pada tasik ini dan cucuku duduk bersembunyi jangan kelihatan olehnya dan tatkala ia mandi itu maka ia menanggalkan bajunya, ditaruhnya ke bumi itu. Maka segera Iah cucuku ambil bajunya itu sembunyikan baik-baik. Jika dipintanyajanganlah diberikan dan tatkala itulah berjanjilah dengan dia. Maka kata Inderaputera, Hai nenekku berapa hari lagi tuan puteri itu datang ia ke mari. Maka sahut oleh peri itu, Tiga hari lagi ia datang ke tasik ini mandi. Setelah sudah ia berkata-kata demikian maka ujar peri itu, Hai cucuku marilah cucuku ke rumahnya nenek. Maka sahut Inderaputera, Baiklah nenek. Maka Inderaputera pun dibawa oleh peri masuk di dalam tasik Semendera Jin itu. Maka Inderaputera pun berjalan. Maka ia pun hairan melihat indah-indah rupanya tasik itu. Maka Inderaputera pun sampailah kepada kota batu hitam dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu maknikam berbagaibagai rupanya. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam kota itu. Maka dilihatnya dalam kota itu beberapa taman dan beberapa pula bunga berbagai-bagai rupanya. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam kota itu. Maka dilihatnya di dalam itu beberapa taman dan beberapa kolam, ada yang berikatkan tembaga suasa. Syahadan beberapa pula bunga berbagai-bagai rupanya dan terlalu Iah harum baunya. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat kota itu. Arakian maka Inderaputera pun sampailah ke rumah peri itu. Maka dilihat oleh Inderaputera akan rumah peri itu daripada gading yang bersendi-sendi dengan emas. Maka Inderaputera pun duduklah di rumahnya itu,Hatta, kalakian datanglah kepada cetera Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran duduk semayam dihadap oleh segala bidadari dan dayang-dayang. Maka tuan puteri pun bersenda-senda dan bergurau-gurau dengan segala bidadari itu. Maka berdatang sembah bidadari, Ya tuanku Tuan Puteri, pada hari ini patik lihat muka tuan puteri pun pucat tiada berseri-seri. Apakah gerangan sebabnya itu patik lihat seperti bunga delima kena panas. Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar sembah bidadari itu. Maka ujarnya, Tuan puteri kita telah bermain-main semalam tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya. Maka datang se-ekor naga maka. dipagutnya pinggangku tiada lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah sekali. Seketika kita berselimut bau bunga rasanya) dan bau bunga itu pun datang sekarang kepada hidungnya kita rasanya. Kita cium baunya itu tidak berkeputusan adanya. Hatta maka naga itu pun melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai in) Sebab itulah mukaku pucat ini. Dan segala bidadari itu pun berdatang sembah seraya tertawa, Segera rupanya tuan Puteri ini akan kahwin dengan paduka kakanda itu Raja Lela Mengerna Dewa itu. Tuan Puteri pun tersenyum tunduk malu rupanya dan segala bidadari itu pun tertawa seraya ia berpantun demikian bunyinya: Burung bayan terbangnya tinggi, Terbang melayang berpangkat-pangkat, . Jikalau malam termimpi-mimpi, Jika siang terlihat-lihat. Dan setelah tuan puteri mendengar pantun itu adalah muka tuan puteri itu antara masam dengan tiada berseri. Maka tuan puteri pun berkata kepada inangdanya, Hai inangda bilamana kita akan pergi mandi ke tasik Semendera Jin itu? Maka sembah inangdanya, Ya tuanku tuan puteri, esoklah kita akan pergi mandi. Arakian maka bidadari itu pun pergilah berbuat bedak dan setengah buat langirdan setengah berbuat lulut, itu pun berbagai-bagai warnanya. Setelah sudah lengkap segala perbuatan itu masingmasing dengan kepandaiannya. Adapun sekaliannya itu di taruh pada sebiji ratna mutu maknikam dan segala perbuatan yang lain itu ditaruhnya kepada segala batil tembaga suasa dan biti perwira itu membawa pelbagai warnanya nikmat dan beberapa warnanya. Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun mengeluarkan segalabuah-buahan itu ditaruh oleh tuan puteri kepada batil emas bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka tuan puteri pun mengeluarkan pula sisir emas di tatahkan dengan permata pelbagai bentuk yang indah-indah, maka ditaruhnya pada serahi kaca. Setelah lengkaplah sekalian itu maka ditaruhnya tabak suasa.

(DEYANE)Setelah malam bulan itu pun belum lagi terang dan bintang pun I belum padam cahayanya dan segala mergastua pun belum lagi mencari mangsanya makaff'uan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju anta kesuma dan memakai pakaian yang indah-indah) Maka tabak itu pun dibubuhnya hikmat oleh tuan puteri. Maka tuan puteri dengan bidadari yang tujuh orang itu pun melayanglah. Maka tabak itu pun mengikut Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu seperti anak panah keluar daripada busurnya dan rupanya itu terlalu amat tingkas ia melayang.Hatta, kalakian maka tersebutlah perkataannya Inderaputera tatkala duduk di rumah peri itu, maka ujarnya Inderaputera kepada peri itu, Hai nenekku esoklah genaplah tiga hari hamba duduk di sini.Dan berkata peri itu, Hai cucuku pergilah cucu pada tengah malam ini duduk pada tepi tasik itu dan cucuku duduk bersembunyi baik-baik jangan kelihatan kepadanya. Syahadan barang siapa menanggalkan bajunya dahulu itu maka ditaruhnya pada sajian perak itu, dan yang berlangir dahulu itulah tuan puteri, dan barang tipu daya pun cucuku ambil juga bajunya itu Setelah sudah peri itu berpesan kepada Inderaputera maka Inderaputera pun pergilah kepada tasik itu seraya ia menambangkan geliga Mayan Bedi. Maka dicitanya nama peri itu. Maka ia pun datang ke tepi tasik itu lalu dikoreknya lubang kadar sehingga dapat ia berlindungkan diri juga. Maka diambilnya daun kayu yang kering itu ditudungkannya. Setelah sudah diperbuatkan maka lalu ia masuk ke dalam lubang itu dan ditudunginya dirinya itu dengan daun kayu yang kering itu. Hatta maka hari pun fajarlah dan tuan puteri pun datanglah ke tepi tasik itu ketujuhnya sekali seraya ia melayang itu, maka dilihatnya oleh Inderaputera dan ia pun dahsyat seketika dan tuan puteri dengan bidadari itu pun terurailah di tepi kolam itu. Maka tabak itu pun terletaklah di tepi kolam itu dan sekalian bidadari itu pun menanggalkan bajunya itu. Kemudian tuan puteri pula menanggalkan bajunya anta kesuma itu. Arakian Inderaputera melihat rupa tuan puteri terlalu amat elok gilang-gemilang kilau-kilauan tiada dapat dipandang nyata akan tuan puteri itu. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat rupa tuan puteri itu. Maka fikir Inderaputera, Sungguhlah seperti perkataan nenekku itu. Tiadalah bersalahan lagi seperti khabarannya itu. Maka Inderaputera itu pun berjalanlah hendak membuka tabak yang berisi langir dan bedak itu. Maka bidadari itu pun lalu terserandang kakinya dan tersebutlah nama Inderaputera. Maka sahut juan puteri, Gilakah diri ini menyebut nama yang tiada diketahui. Maka bidadari itu pun berkata seraya tertawa, Jahat sekali mulut yang durjana ini. Setelah itu maka Inderaputera melihat laku yang demikian itu. Maka tuan puteri pun membukakan pakaiannya lalu bergosokgosokkan bedak dan langir. Maka segala bidadari pun bergosokan juga seraya turun berenang mandi bersembur-semburan. Hatta maka segala kelakuan puteri itu pun habislah dilihat oleh Inderaputera dan bidadari pun selam-menyelam ketujuhnya itu sambil berpantun dan berseloka. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat laku tuan puteri dan mendengar suara tuan puteri itu pun terlalu amat merdu. Maka Inderaputera pun berbangkit perlahan-lahan mengambil bajunya tuan puteri yang bernama Anta Kesuma dan segala baju bidadari itu. Setelah sudah diambilnya baju itu maka segeralah ditaruh oleh Inderaputera ke dalam lubang itu yang diperbuat itu. Setelah sudah lalu dikambus dengan tanah seperti sediakala rupanya. Maka ia pun berlindungkan dirinya di balik pohon kayu tiada kelihatan oleh segala bidadari.Arakian maka Inderaputera pun segera turun ke dalam tasik itu dan citanya kepada tuan puteri pun tempat mandi. Maka ia pun turunlah mandi. Maka dicubitnya pinggang tuan puteri itu. Maka lalu terkejutlah tuan puteri seraya ia berbangkit daripada mandi itu lalu datang ke tepi tasik itu. Maka rambutnya Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun terhamparlah ke tanah seperti mayang di atas talam rupanya.Maka ujar man puteri itu kepada bidadari seraya memegang kainnya itu katanya, Kita dipagut oleh ular gerangannya tadi rasanya. Maka sekalian bidadari itu pun habis berbangkit daripada pasir m'andiannya itu datang mendapatkan tuan puteri dengan segeranya itu. Maka ada yang memangku tuan puteri dan ada yang meriba tuan puteri. Hatta maka Inderaputera pun keluarlah daripada dalam tasik itu lalu berjalan di bawah pohon kayu itu sambil memakan buah-buahan dan menghamburkan bunga-bunga. Maka terlihatlah oleh segala bidadari itu akan Inderaputera.Maka berkata segala bidadari, Ya tuan puteri segeralah tuan memakai dan bangkit, kerana manusia gerangan yang datang itu. Maka tuan puteri dan segala bidadari itu pun segeralah bangkit lari dengan tiada berketahuan lakunya hendak pergi mengambil baju masing-masing. Maka mencari akan bajunya sudah tiadalah lagi bertemu. Maka tuan puteri pun kemalu-maluan sebab melihat Inderaputera itu. Maka tuan puteri bersembunyi di balik pohon khorma dan bidadari pun mencari bajunya juga berulang-ulang tiada bertemu. Maka Inderaputera pun berjalanlah hampir kepada bidadari itu. Maka ujar Inderaputera, Apatah dicarinya oleh dayang berulangulang ini ? Maka segala bidadari itu pun tersenyum sama sendirinya. Maka bertanya pulak Inderaputera, Apakah dicari oleh adinda berulangulang ini ? Maka segala bidadari itu pun tersenyum sama sendirinya. Maka Inderaputera pun berpantun, demikian bunyinya: Apakah dicari bayan terbang, Rajawali menyambar dia, Apakah dicari dayang berulang-ulang. Orang bestari mendapat dia. Maka bidadari itu pun tertawa seraya memandang kepada Inderaputera dan dilihat oleh segala bidadari maka ia pun tertawa seraya memandang kepada Inderaputera dan dilihat oleh Inderaputera segala rupanya itu amat indah dan terlalu elok parasnya dan lakunya terlalu amat manis seperti laut madu laksana. Syahadan terlalu sikap jejaknya itu. Maka segala bidadari itu pun mendapat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Maka kata tuan puteri, Sudahkah dapat baju kita itu ? Maka sahut bidadari, Ya tuanku tuan puteri, tiada dapat baju itu. Maka ujarnya tuan puteri, Jikalau tiada dapat mengapa diri tersenyum-senyum.Maka kata bidadari, Ya tuan puteri malu sekali hamba melihat rupa orang muda itu terlalu elok parasnya dan sikapnya. Maka ia bertanya kepada hamba seraya berpantun demikian bunyinya: Apakah dicari bayan terbang, Rajawali menyambar dia, Apakah dicari dayang berulang-ulang, Muda bestari mendapat dia. Maka kata bidadari itu sambil tertawa. Maka demi tuan puteri mendengar bunyinya pantun Inderaputera itu demikian bunyinya itu, maka tuan puteri itu pun berfikir di dalam hatinya-dialah gerangan yang mengambil baju kita sekalian ituDia mana gerangan datangnya tadi, tiadalah kita lihat dan dewakah atau jinkah yang sakti-sakti. Maka sambut dayang itu, Sungguhlah seperti kata tuan puteri itu. Maka ujar tuan puteri itu, Pergilah diri kepadanya! Maka jawab bidadari itu, Hamba seorang malu hendak pergi. Maka kata tuan puteri, Pergilah juga diri! Maka bidadari yang tua itu pun pergilah kepada Inderaputera. Inderaputera pun lagi duduk di sisi tabak, itu sambil menulis tanah beberapa lukisan dan awan dan beberapa bagai mega yang tertulis itu. Maka bidadari itu pun bertanya, Hai orang muda, adakah tuan melihat bajuku sekalian tadi di sini. Maka sahut Inderaputera, Tiada beta lihat baju tuan hamba sekalian tadi serai gading tumbuh sepohon, batangnya lemah gemalai, buahnya lambung-lambungan, Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa itulah yang beta lihat tadi.Maka bidadari itu pun tersenyum-senyum menengar kata Inderaputera demikian itu. Maka segeralah ia kembali kepada tuan puteri. Maka ujar bidadari, Ya tuan puteri, maka sudahlah patik bertanya kepadanya itu. Maka demikian katanya tiada beta lihat bajunya tuan-tuan itu sekalian. Adapun yang beta lihat tadi serai gading tumbuh sepohon, batangnya lemah gemalai, buahnya lambung-lambungan, Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa itulah yang beta lihat tadi. Maka tuan puteri pun tersenyum-senyum seraya menggigit telunjuknya menengar Inderaputera itu. Maka katanya, Wahai! dilihatnya gerangan susu kita tadi, dilihatnya gerangan oleh anak mati .dibunuh itu. Maka segala bidadari itu pun tertawa seraya menampar-nampar dadanya. Wahai telah dilihatnya barang kelakuan kita tadi. Maka kata tuan puteri, Adapun pada fikir kami tiada yang lain mengambil akan baju kita ini, ialah juga rupanya. Pergilah pula diri bertanya. Maka bidadari itu pun pergilah bertanya kepada Inderaputera, Hai orang muda, adakah tuan hamba melihat baju-baju beta sekalian tadi? Maka sahut Inderaputera, Tiadalah beta melihat baju tuan-tuan sekalian, demi Raja Dewa Lela Mengerna, adapun beta lihat tadi melur kembang sekaki daunnya gugur melayang, Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa itulah beta lihat tadi. Maka segala bidadari itu sekalian pun tertawa-tawa sambil menepuk-nepuk tangannya dan pahanya, Wahai habis lah segala kelakuan kita tadi dilihat oleh Inderaputera itu, anak mati dibunuh itu, disumpahnya pula tunangan tuan puteri itu oleh anak mati dibunuh itu.

(HASRI)Maka ujar tuan puteri, Pada fikirku ia juga yang mengambil baju kita sekalian tadi. Maka bidadari itu pun pergilah pula kepada Inderaputera lalu berkata, Hai orang muda, adakah baju kami sekalian tuan hamba lihat tadi ? Maka sahut Inderaputera seraya berkata sambil tertawa, Demi tunangan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itulah beta lihat tadi. Sambil berpantun demikian bunyinya: Anak geroda mudik sekawan, Seekor terlanggar gugur, sayapnya sedepa,Lekat di tangan Inderaputera bilangan, Anak Maharaja Bikrama Buspa Maka bidadari itu pun tertawa: mendengar pantun Inderaputera itu seraya kembali kepada tuan puteri. Setelah dikatakannya oleh segala bidadari itu segala perkataan Inderaputera itu dan segala pantun Inderaputera demikian katanya: Anak geroda mudik sekawan, Seekor terlanggar gugur, sayapnya sedepa, Lekat di tangan ada bilangan, Anak Maharaja Bikrama Buspa. Demi tuan puteri menengar demikian maka laju menggosok-gosok dadanya, Wahai dilihat oleh Inderaputera kelakuanku dan kelakuan kita sekalian tadi itu juga Syahadan siapakah gerangan mengatakan Inderaputera anak mati dibunuh itu ialah yang mencubit pinggang kita di dalam air tadi. Maka segala bidadari itu pun berkata, Jahat sekali lakunya itu dengan terlalu bijaksana menangkap perkataan kita sekalian. Jikalau kedapatan oleh Raja Dewa Lela Mengerna apatah jadinya kita sekalian ini, jadilah bertambah-tambah pula gusarnya kepada kita. Ya tuanku, hairan sekali patik melihat rupanya orang muda ifif. Arakian beberapa bagai ia menulis naga dan beberapa pula yang indah-indah ditulisnya seperti dapat berkata-kata dan rupanya terlalu elok sekali dan kepada bicara budi pekertinya akan orang itu sangat bangun bijaksana. Maka disahut oleh tuan puteri, Pada fikirnya kita ia juga mengambil baju kita itu. Maka sahut segala bidadari itu, Baik juga tuan puteri pergi bertanya sendiri mudah-mudahan juga ada kasihannya diberi baju itu akannya kita. Maka sahut tuan puteri, Malu aku pergilah pada ia, dan apa aku katakan kepadanya itu. Maka berkata sekalian bidadari itu seraya tertawa, Dan mana dapat patik sekalian katakan. Maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, Kami ini jadilah serba salah.Maka sahut bidadari itu seraya tertawa, Bagaimana kelak kita, tiadakah kembali dari sini? Apakah gerangan jadinya. Baik juga tuan puteri pergi sendiri, kerana patik apa sekalian ini sudahlah pergi tiada juga diberinya. Jikalau tuan puteri berkata kalau-kalau diberinya akan baju kita sekalian. Maka tuan puteri pun memakai. Setelah sudah lalu berjalan antara mahu dan tiada, berseri rupanya. Setelah sampai kepada Inderaputera maka dilihatnya oleh tuan puteri akan rupanya Inderaputera itu terlalulah manis dan sikapnya dan berfikir Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Maka ia bertanya kepada Inderaputera demikian katanya, Hai' saudaraku berbuat sangat apalah kiranya tuan hamba akan hambaapa sekalian ini, pulangkanlah baju hamba apa itu. Maka sahut oleh Inderaputera, Sebenarnyalah kita bersaudara juga. Maka ujar tuan puteri, Pulangkanlah baju kita dahulu, apa kihendak saudaraku hambalah beri.Maka kata Inderaputera, Apalah alamat orang bersaudara? Maka tuan puteri pun tunduk tersenyum sambil berkata itu. Maka kata Inderaputera itu pula Sungguhkah tuan puteri hendak memberi itu setiapnya kehendak hati beta pula.Maka berkata tuan puteri, Sungguhlah apakah kehendaknya tuan hamba itu kami beri lamun setia kita teguh bersaudara.Maka ujar Inderaputera, Sungguhkah tuan hamba hendak memberi kehendak hati hamba? Bersumpahlah dahulu supaya beta pulangkan baju tuan hamba itu. Maka tuan puteri pun terlalulah sukacita menengar ada bajunya itu. Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun berkata, Wahai orang muda, teguhlah setia tuan hamba bersaudara dengan hamba ini. Maka sahut oleh Inderaputera, Wahai tuan puteri sebenarnyalah hamba bersaudara dengan tuan puteri. Maka ujarnya tuan puteri, Jikalau ada kelak maksud saudaraku akan hamba nescaya hamba berikanlah maksudnya tuan hamba, tiadalah hamba lalui lagi demi hamba sampai-ke negerinya hamba. Maka Inderaputera pun terlalulah sukacita hatinya menengar kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Maka kata Inderaputera, Hai saudaraku jikalau ada dengan sungguhnya kasih saudaraku aRan hamba ada suatu gemala hikmat yang di atas kemuncak mahligai tuan puteri itu Maka kakanda pohonkan supaya hamba pulangkan baju itu. Setelah didengar oleh tuan puteri kata Inderaputera itu maka tuan puteri pun berdiam dirinya dengan seketika duduk berfikir di dalam hatinya. Di manalah gerangan ia tahu akan hikmat gemala? Syahadan jikalau tiada aku berikan gemala hikmat itu nescaya aku tiadalah kembali lagi dan lagipun aku sudah bersumpah akan ayahku. Jika demikian baiklah aku berikan kepadanya. Setelah sudah berfikir tuan puteri pun berkata ia, Hai saudaraku adapun kehendaknya saudaraku itu telah aku berikan, tetapi kakanda hendak berkata benar kepada adinda, tuan anak siapa dan siapa ayahanda kakanda itu. Arakian apa sebabnya kakanda datang sesat ke mari ini dan bagaimana kakanda tahu akan hal hikmat itu ? Maka ujar oleh Inderaputera, Hai adinda tuan puteri, adapun kakanda ini anak Maharaja Bikrama Buspa dan kakandalah yang sebenar-benar bernama Inderaputera disebut oleh orang maka dicetera akannyalah oleh Inderaputera daripada ahwaJnya permulaannya itu sampailah kesudahannya kepada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu. Setelah sudah tuan puteri menengar akan cetera oleh Inderaputera itu maka tuan puteri pun terlalu amat hairan. Hatta maka peri yang menggunakan tasik itu pun datanglah. Maka ujar bidadari itu, Ya tuan puteri, segeralah tuanku minta baju kita kerana yang menunggu tasik ini kelak datang diberinya puJa tahu kepada paduka ayahanda itu. Maka sahut oleh Inderaputera, Hai saudaraku janganlah saudaraku takut akan dia itu, kerana ia pun nenek kepada hamba. Maka peri itu pun datang seraya tertawa-tawa dan tuan puteri pun berceterakanlah hal-ahwalnya telah berjanji dengan Inderaputera itu. Maka kata peri itu, Ya tuanku tuan puteri, apalah salahnya tuan puteri bersaudara dengan Inderaputera kerana ia pun anak raja besar. Setelah tuan puteri menengar kata yang demikian itu makin bertambah-tambah kasih akan Inderaputera itu dan berkata segala bidadari itu, Ya tuanku tuan puteri, segeralah tuan puteri kembali kerana mahligai kita sunyi senyap. Maka berkatalah Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran, Hai kakanda, berilah mari bajunya beta itu dan gemala hikmat itu hamba berikan kepada kakanda.Maka diambil oleh Inderaputera baju itu lalu diberikan kepada tuan puteri. Maka kata tuan puteri, Hai kakanda, jikalau hendak akan hikmat itu marilah kakanda pergi ke mahligai hamba itu. Maka ujar Inderaputera, Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang, kerana adinda terbang di udara dan kakanda berjalan di bumi. Maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran, Hai kakanda Inderaputera duduklah kakanda di atas tabak itu. Janganlah kakanda memandang ke belakang nescaya gugur ke bumi. Hatta maka Inderaputera pun duduklah di atas tabak. Setelah sudah duduk maka Inderaputera pun berkata kepada tuan puteri, Maka janganlah adinda tuan mengubahi janjian dengan kakanda. Maka sahut oleh tuan puteri, Tiada demikian kerana sudah hamba bersumpah. Maka tuan puteri pun kembali dari tasik serta segala bidadari melayang mengiringkan tuan puteri. Maka tabak itu pun mengikut dari belakang dan dilihat oleh Inderaputera dunia ini seperti bukit juga besarnya kelihatan. Arakian maka datanglah ke padang Belantara Hairani. Maka hairanlah Inderaputera. Maka ia pun sampailah kepada tempat mahligai tuan puteri dan dilihat oleh tuan puteri Inderaputera lagi di padang Hairani itu. Maka dicita oleh tuan puteri akan tabak itu maka tabak itu pun terletaklah di padang Hairani. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat tabak itu tidak melayang lagi. Maka ia pun lalu berjalan. Maka dilihatnya ke udara maka tuan puteri dengan anak-anak segala bidadari itu pun ghaibiah daripada mata Inderaputera. Hatta maka dilihat oleh Inderaputera mahligai tuan puteri itu seperti gunung api rupanya itu memancar-mancar cahayanya. Maka Inderaputera pun fikir di dalam hatinya, Ke mana gerangan aku pergi ini? Sesalnya aku memberikan bajunya itu.Arakian ia pun berjalan menuju mahligai tuan puteri itu Seri Ratna Gemala Nehran. Maka dilihat oleh Inderaputera perbuatan mahligai itu pagarnya daripada jala-jala besi kharsani dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu maknikam dan terlalulah indah-indah rupanya itu sekali eloknya. Maka dihampirinya oleh Inderaputera, maka dilihatnya seekor gajah yang besar berdiri di muka pintunya itu terlalu hebat rupanya menghempashempas akan telinganya hendak mengusir akan Inderaputera rupanya. Maka dilihatnya oleh Inderaputera ada sepohon kayu beringin batangnya daripada emas dan daunnya daripada perak dan buahnya itu daripada maknikam yang merah . Syahadan gajah itu pun lagi ada terantai kepada pohon beringin itu. Maka Inderaputera pun dahsyat seketika melihat akan gajah itu dan fikir Inderaputera, Jika tiada terantai nescaya aku diterkamnya. Dan seketika lagi maka Inderaputera pun bertambah-tambah dahsyatnya dan sekalian bidadari itu pun tertawa melihat laku Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun makin menyesal akan dirinya memberikan baju itu. Maka fikir Inderaputera, Jikalau demikian baiklah kubunuh gajah ini, jikalau aku mati sekalipun. (HUSNUL)Maka Inderaputera pun mengunus akan pedangnya itu seraya menghampiri gajah itu, dilihatnya, diperamat-amatinya gajah itu matanya tiada terkelip. Maka fikir Inderaputera, Gajah hikmat juga ini rupanya. Maka dicarinya tali pesawat hikmat pada akar kayu beringin itu. Maka Inderaputera pun melompat seraya memarang. Tali pesawat itu pun putus. Maka gajah hikmat itu pun rebah terhantar tiada bergerak lagi. Maka dilihat oleh Inderaputera gajah itu tubuhnya daripada besi kharsani diperbuatnya. Kalakian gadingnya itu daripada hablor dan matanya itu daripada zamrud yang hijau dan kukunya itu daripada pirus. Maka pakaiannya itu daripada emas dan rantainya itu daripada emas dan pusparagam. Maka Inderaputera pun hairan melihat gajah hikmat itu dan beberapa pula perbuatannya yang indah-indah. Setelah sudah Inderaputera melihat itu maka Inderaputera pun berjalanlah pula pada selapis pagar jala-jala itu daripada tembaga suasa dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu dan berbagai-bagai pula perbuatannya yang indah-indah rupanya. Maka Inderaputera pun hendak masuk ke pintunya itu. Maka dilihat oleh Inderaputera ada seekor harimau di muka pintunya mengangakan mulutnya dan mencawatkan ekornya dan mendirikan telinga selaku-laku hendak menangkap rupanya itu. Maka dilihat oleh Inderaputera harimau itu terantai kepada pohon kayu delima. Maka Inderaputera pun hairan melihat sekali-kali lakunya harimau itu. Maka dihunuskan pedangnya serta ia melompat. Maka diparangkannya. Tali pesawat itu pun putuslah. Maka harimau itu pun rebahlah tiada bergerak lagi harimau itu dan tubuhnya harimau itu daripada tembaga suasa dan kukunya itu daripada mentia dan matanya itu daripada kaca biru dan lidahnya itu daripada maknikam yang merah dan kakinya itu daripada hablor. Maka Inderaputera pun hairan melihat segala perbuatannya itu terlalu indah-indahnya. Maka Inderaputera pun masuk ke dalam pintu itu. Maka dilihatnya pula terlalu indah-indah rupanya. Maka ia pun berjalan kepada ketiga lapis pagar jala-jala, pintunya itu daripada timah terlalu indah-indah rupanya. Maka dilihat oleh Inderaputera ada seekor singa terantai pada pohon anggur menganga akan mulutnya itu dan menghempaskan ekornya dan terjeling matanya itu. Maka singa itu hendak menelan akan Inderaputera rupanya. Maka Inderaputera pun berfikir di dalam hatinya itu akan singa itu pun kalau-kalau hikmat juga rupanya. Maka Inderaputera pun melompat seraya memarang tali pesawat itu. Maka singa itu pun rebahlah seperti dahulunya itu. Setelah sudah maka dilihat oleh Inderaputera, ia pun berjalanlah datang kepada pintunya yang keempat lapis pagar jala-jalanya itu daripada tembaga su asa dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu. Beberapa bunga-bunga pula yang terpahat pada pintunya itu. Maka dilihatnya oleh Inderaputera ada seekor badak terlalu hebat rupanya datang mengangakan mulutnya. Maka badak itu ada terantai pada pohon khorma dan dilihatnya oleh Inderaputera batang khorma itu bergoncang-goncang daunnya berpalu-palu seperti orang bersorak bunyinya. Maka Inderaputera pun hairan melihat kelakuan badak itu kalaukalau hikmat juga. Maka tuan puteri dengan segala bidadari itu pun tertawa melihat kelakuan Inderaputera itu. Hatta pada fikir Inderaputera, Badak hikmat juga ini. Maka dilihatnya oleh Inderaputera mata badak itu tiada gemerlap, Maka Inderaputera pun melompat memarang tali pesawatnya itu. Maka badak itu pun terpaling tiada bergerak lagi, dan dilihat oleh Inderaputera badak itu tubuhnya daripada hablur dan lidahnya daripada besi kharsani yang tajam. Setelah itu maka Inderaputera pun berjalanlah pada pintu yang kelima lapis pagar jala-jala. Pagar jala-jala itu daripada perak dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu. Syahadan maka Inderaputera pun bertemu dengan seekor naga berkepala tujuh mengangakan mulutnya mengulurkan lidahnya itu dan bergigit-gigit bibirnya. Maka dilihatnya oleh Inderaputera bibirnya yang di bawah sampai terletak kepada bumi dan bibir yang di atas itu sampai kepada pintu mahligai. Maka Inderaputera pun terkejutlah melihat laku naga itu. Maka tuan puteri dan segala bidadari itu pun tertawa-tawa. Maka fikirnya Inderaputera di dalam hatinya, Jika aku masuk nescaya ditelannya oleh naga aku ini. Maka Inderaputera pun melompat seraya memarang tali pesawat. Maka talinya pesawat itu pun rebahlah. Maka naga itu tiadalah bergerak lagi. Maka Inderaputera pun berjalan pula kepada pintu yang keenam lapis pagar jala-jalanya seperti dahulu itu juga. Maka dilihatnya pula oleh Inderaputera kepada pintunya ada seekor geroda pada muka pintunya terlalu hebat rupanya, kakinya itu terantai pada pohon cemara. Maka Inderaputera melihat geroda itu lalu dia dihampirinya. Maka fikirnya itu pun hikmatnya juga rupanya, terlalu hairan melihat perbuatan geroda itu daripada batu berani, matanya daripada pualam dan kukunya daripada intan dan paruhnya itu daripada besi khar..satii. Maka Inderaputera pun hairan melihat hikmat tuan puteri itu sambil ia melompat seraya memarang. Tali pesawat itu pun putus-putus. Maka geroda itu pun tertawanglah tiada bergerak lagi.Maka Inderaputera pun berjalan pula kepada pintu yang ketujuh. Pagar jala-jalanya itu daripada tembaga yang amat merah dan pintunya daripada zamrud yang hijau. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh berasap-asap rupanya. Maka dihampirinya pintu itu dan dilihatnya ada seorang raksaksa naik kuda yang hijau memegang pedang kedua tangannya serta memusing-musing. Maka Inderaputera terlalu hairan melihat laku raksaksa itu. Maka diambilnya satu kayu, maka disorongnya kepada raksaksa itu. Maka kayu itu pun putus seperti digunting-gunting rupanya sebab diparang raksaksa itu. Maka Inderaputera pun hairan melihat hikmat itu. Maka pada fikir Inderaputera kalau-kalau hikmat juga rupanya dan didengar oleh Inderaputera di dalam bumi itu berdengung-dengung. Maka Inderaputera pun menggali-gali dalam tanah itu ada suatu jentera daripada emas dan talinya itu daripada perak. Maka diparang oleh Inderaputera tali jentera itu pun putus dua. Maka raksaksa itu pun terhantar tiadalah bergerak lagi. Setelah itu maka habislah hikmat itu berhambalangan. Maka Inderaputera pun masuklah pada pintu itu seraya berjalan.Syahadan maka tuan puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun hairan pula sekali-kali melihat gagah perkasa dan arif bijaksana Inderaputera itu. Maka tuan puteri menyuruh menghiasi mahligai itu daripada tilam dewangga yang keemasan dan beberapa daripada sakhlat ainulbanat dan beberapa tanglung dian pelita kandil. Setelah itu maka tuan puteri pun menyuruhkan bidadari membawa langir dan bedak dan membawa kain yang mulia-mulia akan persalin Inderaputera itu. Maka bidadari yang keempat itu pun datang kepada Inderaputera membawa persai i n serta berdatang sembah, Tuanku dipersilakan oleh tuan puteri ke taman ghairah. Maka Inderaputera pun pergilah dipanggil oleh bidadari itu. Sebermula pagar taman itu berjala-jala tembaga suasa dan pintunya itu daripada emas dan batu sembilan dan bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka Inderaputera pun masuk ke taman itu. Maka dilihatnya di dalam taman itu beberapa bagai perbuatannya yang indah-indah. Maka sakhlat itu sudah terhamparinya dan bantal seraga yang keemasan pun hadirlah. Maka suatu balai di bawahnya ada sepohon kayu batangnya itu daripada emas dan daunnya itu daripada zamrud dan buahnya itu daripada nilam dan di atas pohon kayu itu ada seekor merak terlalu-lalu indah-indah rupanya. Hatta maka angin pun bertiup sepui-sepui bahasa dan daun kayu itu pun berpalu-palu seperti bunyi-bunyian. Maka terlalu lah merdu berbagai-bagai bunyinya. Maka bayan pun bersyair dan tiung bernyanyi dan nuri pun bercerita terlalu ramai suaranya itu. Arakian segala ikan yang di dalam kolam itu pun timbul, ada yang seperti orang bertanak dan ada yang seperti orang bersorak. Maka merak itu pun mengigal di bawah pohon kayu itu terlalu indah-indah rupanya. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat sekalian temasya itu. Maka Inderaputera pun memuji nama Tuhan Yang Mahabesar. Maka ia berfikir di dalam hatinya-sedang hambanya lagi demikian kekayaannya. Maka Inderaputera pun insaf akan dirinya . Hatta maka segala bidadari itu pun berdatang sembah kepada Inderaputera, Ya tuanku Inderaputera segeralah tuan mandi. Maka Inderaputera pun berkata Mandilah engkau supaya beta mandi.Maka bidadari itu pun tersenyum seraya berpantun demikian bunyinya: Jika sungguh bulan purnama, Mengapa tiada pagar bintang, Jika sungguh seperti nama, Mengapa tiada dapat dipandang. Maka Inderapura pun tersenyum seraya berpantun demikian bunyinya: Kain Melaka duanya hasta, Baju raja ke Inderagiri, Bukannya malu dipandang muka, Malu hamba diri sendiri. Maka bidadari itu pun tersenyum mendengar pantun Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun berpantun pula demikian bunyinya: Ikan dipelupuh beraksa, Akan dipalu di atas peti, Bukan malu memandang muka, Malu hamba di dalam hati. Maka bidadari itu pun tertawa dan Inderaputera pun menanggalkan bajunya seraya berbedak dan berlangir-langir lalu mandi dalam kolam. Maka dicium oleh Inderaputera air kolam itu seperti bau air mawar. Setelah Inderaputera sudah mandi maka bidadari memberikan bau-bauan dan pakaian persalinan yang indah-indah. Maka ujar bidadari, sama sendirinya, Terlalu baik sekali rupa Inderaputera ini layak sekali akan suami tuan puteri. Maka firus yang berisi kain baju dan bau-bauan itu pun dibawanya ke hadapan Inderaputera. Maka sembahnya, Ya tuanku Inderap