Upload
wany-hardy
View
7.177
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
PENDEKATAN PENGAJARAN
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam: Falsafah,Pedagogi dan Metadologi,
- wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri. Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar.
• menyatakan suatu pendapat, falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.
• Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.
• Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran.
• bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
• guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah.
• Menurut pendapat Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses PnP serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,
• contohnya:-a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui
• Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.
• Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.
PENDEKATAN PENGAJARAN
KESEPADUAN
INDUKTIF DEDUKTIF
EKLEKTIF
KESEPADUAN• Kesepaduan ialah kaedah pengajaran dan cara
mengelola program pengajaran agar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran dalam kurikulum boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain.
• Pendekatan ini memberi kesepaduan kepada pengalaman sekolah murid.
KESEPADUAN• Merupakan strategi induktif yang direka bentuk
untuk membolehkan murid meningkatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai bentuk pengetahuan, disamping mengamalkan pemikiran aras tinggi tentang maklumat yang sedang mereka pelajari.
• Model kesepaduan ini melihat murid sebagai seorang yang secara aktif membentuk fahaman mereka tentang topik yang dipelajari.
KESEPADUANTujuan pendekatan kesepaduan ialah:
Mengajar murid berdikari dan menjadi penyelesai masalah yang bergantung kepada diri sendiri;
Membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait antara satu sama lain dan bukannya wujud berasingan;
KESEPADUANMewujudkan minat murid yang tinggi
terhadap pembelajaran yang berbentuk peribadi dan individu.
Membentuk situasi di mana murid boleh belajar tentang apa mereka mahu dan ingin mengetahui berbanding dengan apa yang ditekankan dalam kurikulum ;dan
KESEPADUANMenekankan proses pembelajaran dan bukan
isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran semata-mata.
Pendekatan ini mementingkan nilai sosial pembelajaran di mana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajarlain.
INDUKTIF• Dalam pendekatan ini guru memberi beberapa
contoh yang kesemuanya mempunyai konsep dan peraturan konsep yang sama.
• Walau bagaimanapun peraturan konsep tidak dinyatakan. Murid cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberi.
INDUKTIF• Melalui teknik penyoalan, guru mencungkil
attribute kritikal dan bukan kritikal yang merupakan ciri-ciri penting dan tidak penting konsep yang dipelajari. Melalui latihan sedemikian, murid akan mulai faham akan konsep yang sama yang terdapat dalam semua contoh.
INDUKTIF• Guru menunjukkan beberapa contoh dan
bukan contoh konsep yang dipelajari.
• Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang dipelajari.
INDUKTIFContoh
Guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas dan
meminta murid memberi pelbagai contoh
binatang
Murid-murid dikehendaki
mengenalpasti ciri dan bukan ciri
binatang berdasarkan contoh yang diberi.
Binatang-binatang ini dikategorikan ke dalam kumpulan masing-masing.
Murid menyatakan satu peraturan am dan merumuskan bahawa binatang
terdiri daripada 5 kumpulan yang nyata
DEDUKTIF• Dalam pendekatan ini, guru memulakan
dengan peraturan konsep, atau suatu pernyataan am tentang apa yang akan dibuktikan dalam sesi pengajaran berkenaan.
• Guru memberi contoh yang memberi bukti tentang peraturan konsep. Guru mencungkil ciri-ciri penting dan bukan penting konsep berkenaan dengan menyoal murid.
DEDUKTIF• Guru membincangkan beberapa lagi contoh
dan bukan contoh konsep yang dipelajari.
• Murid dikehendaki mengkategorikan contoh-contoh tersebut kepada contoh dan bukan contoh dan menerangkan sebab berdasarkan ciri-ciri penting peraturan konsep yang sedang dipelajari.
DEDUKTIFContoh :
guru mengajar topik Teorem
Pythagoras dalam Matematik
Guru memberi beberapa contoh dan bukan contoh
Guru menerangkan formula Teorem
Pythagoras dengan merujuk
kepada sebuah segi tiga bersudut tepat
Murid dikehendaki menyelesaikan
beberapa soalan
EKLEKTIF• Pendekatan eklektif adalah gabungan kaedah
pengajaran seperti gabungan pendekatan induktif dan deduktif.
• Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru.
EKLEKTIFContoh :
guru menunjukkan contoh-contoh ayat
tunggal
Guru menyuruh murid mengenalpasti ciri-ciri
yang terdapat pada contoh ayat tersebut.
guru akan memberi huraian yang lebih lanjut
tentang ciri-ciri ayat tunggal.
guru meminta murid membina ayat lain yang
mempunyai ciri yang sama
EKLEKTIF• Pengajaran eklektik amat penting dalam
membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.
• Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.
EKLEKTIF• Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman
bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan.
• Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.
EKLEKTIF• Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi
merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut
• Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.
EKLEKTIF• Walau bagaimanapun penggabungan tidak
boleh disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan.