Upload
muhammad-ikhlas
View
213
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Untuk Meningkatkan Hasil Kutipan Zakat di Malaysia secara sistematik.
Citation preview
MEMPERKASA ZAKAT PERTANIAN
DI MALAYSIA: SATU SOROTAN
Dibentangkan di “The 5th Islamic Economic System Conference”
(iECONS) 2013.
Pendahuluan
Falsafah zakat adalah memberi, Ia juga membawamotif perkongsian antara orang kaya dan golonganyang tidak bernasib baik serta merapatkan jurangsosial antara orang kaya dan orang miskin
dalam sebuah hadis ketika mana Rasulullahmenghantar Mu’az bin Jabal ke Yaman danberpesan, maksudnya :
“sesungguhnya Allah memfardukan keatas merekaagar menzakatkan harta mereka yang diambildaripada orang-orang yang kaya dikalangan merekadan diberikan kembali kepada orang yang miskindikalangan mereka”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hikmah dan Objektif Zakat
Bukti Keimanan
Membersih dan Mengembangkan Harta
Instrumen Persamarataan Pendapat
Memajukan Ekonomi Umat
Memperkasakan Negara dan Umat
Zakat Pertanian
Zakat pertanian umumnya adalah hak yang
wajib ditunaikan sebanyak 10% atau 5%
(mengikut kaedah pengairan) daripada
hasil pertanian (yang tertentu), pada
waktu hasil tersebut dituai (atau setelah
dilakukan pentaksiran) yang mencukupi
atau melebihi 5 ausuq.
Wajib al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’
Perlaksanaan Kutipan Zakat
Pertanian di Malaysia sektor pertanian antara sektor utama yang
menjadi tulang belakang kepada ekonomi diMalaysia di samping sektor perkhidmatan danperkilangan
Hasil pertanian yang wajib dikeluarkan diMalaysia adalah hasil pertanian yangberbentuk makanan asasi (qut al-balad) danmengenyangkan bagi sesebuah negeri.
zakat tanaman adalah diwajibkan ke atas padiapabila telah sempurna syarat-syaratnya.
Syarat-syarat wajib zakat pertanian,
tanaman atau lebih khususnya padi adalah
seperti berikut:
◦ Islam
◦ Sempurna Milik
◦ Merdeka
◦ Cukup Nisab
◦ Biji-bijian dan buah-buahan ditanam oleh
manusia
Nisab bagi zakat pertanian pula dilihat
berbeza di antara setiap negeri di Malaysia.
Kadar zakat yang perlu dikeluarkan apabilahasil pertanian sudah mencukupi ataumelebihi nisab adalah sebanyak 5% jika diarioleh alat bantuan seperti jentera dansebagainya.
Jika tanaman diairi oleh air hujan atau secaraalami maka kadar zakat yang wajibdikeluarkan adalah sebanyak 10%
Walaubagaimanapun ada antara negeri diMalaysia meletakkan kadar zakat sebanyak7.5% sekiranya kedua-dua kaedah pengairantersebut digunapakai, contohnya adalahnegeri Melaka, Sarawak, Wilayah Persekutuandan selainnya.
Pemerkasaan Zakat Pertanian
Memperbanyakkan sumber-sumberpertanian yang perlu dizakatkan
Pandangan Imam Abu Hanifah dilihat relevan padamasa kini. Ini kerana sumber kekayaan hasil bumibukanlah terhad hanya kepada jenis-jenis tanamantertentu sahaja. Di Malaysia perusahan tanamandan hasil pertanian juga berkembang pesat dansewajarnya hasil tersebut juga perlu dikenakanzakat seperti tebu, nanas, limau dan sebagainya.Perkara ini juga secara lansung dapatmeningkatkan hasil kutipan zakat pertanian diMalaysia dan dapat meningkatkan taraf ekonomiorang yang memerlukan serta melepaskan umatIslam dari kesusahan.
Menyelaraskan kadar nisab bagi setiap negeri
Terdapat 2 alternatif untuk menyelaraskantimbangan nisab zakat pertanian;
Pertama: Al-Qaradawi telah melakukan kiraannisab 5 awsuq mengikut kiraan semasa. Beliaumendapati bahawa 5 awsuq adalah bersamaandengan 653 kg gandum. Kadar berat ini bolehdigunapakai (diqiyaskan) dalam timbangan nisabbagi beras.
Kedua: Memilih satu kadar yang telah ditentukanoleh setiap negeri untuk menjadikan kadar nisabyang sesuai diaplikasikan di Malaysia. Kadar nisabyang dilihat sesuai adalah 363 gantang beras yangbersamaan 1300 kg beras. Timbangan inilah yangperlu kita selaraskan bagi setiap negeri di Malaysia.
Melakukan pentaksiran ke atas tanaman
Dicadangkan di Malaysia agar melakukan
pentaksiran ke atas semua jenis sumber-
sumber pertanian yang layak dikenakan zakat.
Ianya dapat melancarkan perakaunan zakat
pertanian, mampu menjamin keakuran petani
untuk membayar zakat serta memudahkan
para petani melakukan urusan terhadap hasil
pertaniannya dan memudahkan pengutip
zakat dalam melakukan urusan berkaitan
perlaksanaan zakat pertanian.
Zakat atas penyewa dan tuan tanah
Adalah wajar sekiranya zakat dikenakan ke
atas penyewa dan tuan tanah. Perkara ini
dapat meningkatkan hasil kutipan zakat di
Malaysia dalam rangka mempertingkatkan
ekonomi umat Islam.
zakat pertanian diwajibkan ke atas tanah
dan ke atas hasil pertanian, bukan ke atas
salah satu daripada dua perkara tersebut.
Ini bermakna pemilik tanah dan penyewa
hendaklah mengeluarkan zakat pertanian
Kesimpulan
Pemerkasaan zakat dapat memberikan
beberapa faedah antaranya,
mempertingkatkan taraf sosio ekonomi
umat Islam, menjamin pusingan kekayaan
(rounding wealth) di kalangan masyarakat,
membantu golongan yang memerlukan
terutamanya fakir miskin dan sebagainya.