431
MEMPERKASA KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA

MEMPERKASA KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIAinfad.usim.edu.my/web/wp-content/uploads/2019/02/Draf-MZK2017_latest.pdf · institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan

  • Upload
    lexuyen

  • View
    341

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

MEMPERKASA

KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

DI MALAYSIA

MEMPERKASA

KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

DI MALAYSIA

Penyunting:

Zahari Mahad Musa

Azman Ab Rahman

Adibah Abdul Wahab

Penerbit USIM

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai

Negeri Sembilan

2017

CETAKAN PERTAMA 2017

© Hak Cipta Universiti Sains Islam Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan

semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada apa-apa bentuk dengan sebarang

cara sekalipun tanpa izin bertulis daripada Penerbit USIM terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

PENERBIT USIM

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800 Nilai

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel: +06-798 8226/6081 | Faks: +06-798 6083

www.penerbit.usim.edu.my

[email protected]

Penerbit USIM adalah anggota

MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM)

Dicetak di Malaysia oleh:

ZARASA ENTERPRISE

C-7-G, Jalan Jati 9,

Acacia Avenue, Putra Nilai,

71800 Nilai, Negeri Sembilan.

[email protected]

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

MEMPERKASA KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DIMALAYSIA / Penyunting:

Zahari Mahad Musa, Azman Ab Rahman, Adibah Abdul Wahab

Includes index

ISBN 978-967-440-385-0

1. Zakat--Malaysia. 2. Islam--Charitie--Malaysia. 3.Islamic Giving

I. Zahari Mahad Musa. II. Azman Ab. Rahman, Prof.Madya, Dr.

III. Adibah Abdul Wahab.

297.5409595.

v

KANDUNGAN

Kandungan ................................................................................................................................. v

Kata Pengantar .......................................................................................................................... ix

Prakata ...................................................................................................................................... xi

Bab 1 Analisis Had Kifayah Semasa di Malaysia: Satu Semakan Semula

Baharuddin Sayin, Azri Bhari & Mohd Afandi Mat Rani .......................................................... 1

Bab 2 Skim Agihan Zakat Asnaf Al-Ghārimīn di Institusi-Institusi Zakat di Malaysia

Halim Ismail & Mohd Noor Daud ...................................................................................... 11

Bab 3 Perakaunan Zakat Korporat di Kota Medan, Indonesia

Zahri Hamat & Irfan ............................................................................................................... 21

Bab 4 Perakaunan Zakat Pertanian di Malaysia: Analisis dari Perspektif Cendekiawan Islam

Klasik dan Kontemporari

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat ...................................................................................... 35

Bab 5 Status Kelayakan Membayar Zakat Pendapatan Berdasarkan Had Kifayah Perbelanjaan

Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Salwa Amirah Awang

& Mohd Yahya Mohd Hussin ................................................................................................... 59

Bab 6 Amalan Kutipan Zakat Rentas Sempadan Tanpa Tauliah: Satu Penelitian Awal

Sarip Adul, Mohamed Hadi Abd Hamid & Ibrahim Ismail ..................................................... 73

Bab 7 Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Institusi Kewangan Islam

Muhammad Ikhlas Rosele & Luqman Haji Abdullah .............................................................. 89

Bab 8 Model Taksiran Zakat Padi di Malaysia

Nor Aini Ali & Luqman Abdullah ............................................................................................ 97

Bab 9 Had Kifayah Zakat Pendapatan Berasaskan Maqasid Syariah

Azman Ab. Rahman, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz,

Khairil Faizal Khairi & Zulhilmi Mohamed Nor .................................................................. 115

Bab 10 Agihan Dana Zakat Melalui Mikro Kredit di Malaysia

Nurul Ilyana Muhd Adnan & Zahri Hamat ............................................................................ 131

Bab 11 Analisis Perbandingan Pembayaran Zakat Fitrah dan Ketirisan di Negeri-Negeri

Terpilih

Mohd Yahya Mohd Hussin , Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad

& Fatimah Salwa Abdul Hadi ............................................................................................... 141

Bab 12 Kedudukan Zakat Sebagai Rebat Cukai Pendapatan dalam Akta Cukai Pendapatan

1967

Izlawanie Muhammad, Nur Shahira Mohamad Nor & Azman Ab Rahman .......................... 157

Bab 13 Keperluan Kerangka Syariah dalam Tadbir Urus Zakat

Mohamad Amin bin Ibrahim .................................................................................................. 165

vi

Bab 14 Pelaksanaan Konsep Maqasid Syariah dalam Agihan Zakat Fakir Miskin di Selangor

Mohd Fariz bin Abdul Razak ................................................................................................. 177

Bab 15 Pengurusan Tadbir Urus Syariah: Pengalaman Lembaga Zakat Selangor

Adibah Abdul Wahab ............................................................................................................. 189

Bab 16 Tranformasi Pemerkasaan Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia

Azman Ab Rahman ................................................................................................................. 201

Bab 17 Zakat Harta Individu Berasaskan Nisab Emas: Kajian Syariah dan Pelaksanaannya di

Selangor

Syaharina binti Abdullah ....................................................................................................... 217

Bab 18 Kajian Migrasi Zakat dari Selangor ke Luar Negeri Selangor oleh Pihak Tidak

Bertauliah: Analisis dari Sudut Hukum Syarak dan Perundangan

Mohammad Farid bin Mohammad Zainal ............................................................................. 229

Bab 19 Pengiraan Zakat ke Atas Unit Amanah: Satu Penilaian Semula

Ahmad Basri bin Ibrahim & Muhammad Hafiz bin Zainudin ............................................... 241

Bab 20 ‘Bizzakat’

Halidan Bin Md Daud............................................................................................................ 255

Bab 21 Usaha Penentuan Ukuran Isipadu Gantang dan Kepentingannya dalam Pemerkasaan

Kutipan Zakat Fitrah

Dg. Nooremah Ag. Said, Azman Ab Rahman & Hafidzi Hamdan ......................................... 265

Bab 22 Usaha Penentuan Ukuran Isipadu Cupak Sebagai Rujukan Pembayaran Zakat di

Malaysia

Hafidzi Hamdan, Azman Ab Rahman & Dg. Nooremah Ag. Said ......................................... 275

Bab 23 Penambahbaikan Urus Tadbir Berkenaan Uruf Zakat Emas Perhiasan di Institusi

Zakat

Tutasting@ Rawi Nordin & Noraini Saro ............................................................................. 281

Bab 24 Pendedahan Maklumat Zakat bagi Pelaporan Institusi Islam: Kajian Terhadap Majlis

Agama Islam Negeri di Malaysia

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan, Azlina Ahmad,

Azizah Harun & Ainol Basirah Abdul Wahab ....................................................................... 287

Bab 25 Analisis Hukum Penggunaan Nilai Wang dalam Pembayaran Zakat Fitrah di Malaysia

Azri Bhari , Luqman Abdullah, Mohammad Mahyuddin Khalid, Mohd Ashrof Zaki Yaakob

& Baharuddin Sayin .............................................................................................................. 301

Bab 26 Analisis Terhadap Ijtihad Umar Bin Al-Khattab Tentang Zakat Kuda

Irwan Mohd Subri, Azman Ab Rahman, Abdul Manan Ismail, Mushaddad Hasbullah

& Nur Fatin Halil .................................................................................................................. 309

Bab 27 Keperluan Modul Intervensi Kemahiran Daya Tindak (MIDK) bagi Asnaf Mahasiswa

di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia

Kamariah Derasol, Mohd Salleh Amat & Hairunnizam Wahid ............................................ 327

vii

Bab 28 Peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam Pembangunan Pendidikan Asnaf Mualaf:

Kajian Kes Kolej Dar Al-Hikmah

Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid ..................................................... 339

Bab 29 Inovasi Gamifikasi Global Zakat Game (GZG) dalam Pendidikan Islam

Nurkhamimi Zainuddin, Azman Ab. Rahman, Zahari Mahad Musa, Norlina Ismail

& Siti Zulaikha Mokhtar ........................................................................................................ 355

Bab 30 Kajian Retrospektif Terhadap Perlaksanaan Agihan Asnaf Fisabilillah di Zaman Nabi

Muhammad SAW dan Implementasi di Lembaga Zakat Selangor

Hamizul bin Abdul Hamid ..................................................................................................... 371

Bab 31: Kesan Tadbir Urus yang Baik ke Atas Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat: Kerangka

Konsep Pelaksanaan Kawalan Dalaman

Nazifah Mustaffha .................................................................................................................. 385

Bab 32 Kesalahan Memungut Zakat oleh Orang yang Tidak Dilantik atau Diberikuasa oleh

Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri di Malaysia

Syed Mohd Najib Syed Omar, Azman Ab. Rahman, Zahari Mahad Musa

& Ahmad Anis Muhd Fauzi ................................................................................................... 393

Bab 33 Tadbir Urus Zakat dalam Institusi Perbankan dan Kewangan Islam

Shamsiah binti Mohamad, Silmi binti Mohamed Radzi

& Dk Syaida Mahyana binti Pg Hj Idris ............................................................................... 409

ix

KATA PENGANTAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas

limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa Muzakarah

Zakat Kebangsaan 2017 yang terlibat dalam menjayakan muzakarah ini. Usaha murni

yang diambil untuk menghasilkan buku ini memperlihatkan kesungguhan dan

komitmen semua ke arah perkongsian dan pendedahan tentang isu-isu kontemporari

mengenai kutipan dan agihan zakat di Malaysia.

Zakat merupakan satu instrumen penting bagi pembangunan ekonomi Islam

dan dapat menyucikan harta dan jiwa seseorang muslim serta dapat menyumbang

kepada kemajuan ekonomi ummah. Majlis Agama Islam Negeri dan institusi zakat

mesti sentiasa proaktif dalam memperkasakan pengurusan kutipan dan agihan zakat di

Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang

kewajipan berzakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat yang secara langsung

dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Saya yakin buku ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan oleh

institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi perbankan dan kewangan Islam,

ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam mengetahui secara terperinci

tentang isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan pemerkasaan kutipan dan agihan

zakat di Malaysia. Buku ini diharapkan dapat memberi idea dan panduan dalam

mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik bagi memperkasakan institusi zakat

dalam aspek kutipan dan agihan di Malaysia di samping memberi kefahaman yang

jelas kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan

pengurusan dan pentadbiran zakat di Malaysia.

Semoga usaha kecil ini akan mendapat ganjaran sebagai sebahagian daripada

amal soleh oleh Allah SWT. Jazakallahu Khairan Kathira

HAJI HUSIN BIN ALI

Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Zakat Selangor

Majlis Agama Islam Selangor

xi

PRAKATA

Alhamdulillah, segala puji dan setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah SWT

Yang Maha Penyayang kerana dengan taufik dan inayah-Nya buku ini dapat

disempurnakan dengan jayanya.

Zakat merupakan satu elemen penting yang digariskan dalam Rukun Islam,

yang mana wajib ditunaikan oleh semua Muslim. Pengurusan institusi zakat secara

berkesan dan efisien amat penting bagi memastikan objektif zakat yang diwajibkan ke

atas setiap muslim tercapai. Pelbagai isu yang berkaitan kutipan dan agihan zakat

sentiasa timbul yang memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah

dan harmoni bagi memastikan keputusan dan pelaksanaan yang dilakukan menepati

kehendak syarak. Justeru, buku ini diterbitkan dengan harapan menjadi wadah untuk

memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di

Malaysia.

Buku ini merupakan hasil kompilasi artikel-artikel daripada penganjuran

Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017 anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS),

Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM, Sekretariat

Pusat Zakat Negeri-Negeri (SPZN), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Persatuan Kakitangan Akademik USIM

(PKAUSIM). Penerbitan buku ini membincangkan pelbagai isu semasa yang meliputi

isu-isu kontemporari kutipan dan agihan zakat, institusi amil, hukum-hakam serta

cabaran yang berkaitan dengan pemerkasaan kutipan dan agihan zakat sama ada

secara langsung atau tidak langsung di Malaysia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang

artikel dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan penerbitan buku ini.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada institusi-

institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, ahli akademik, para pelajar dan

masyarakat awam di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

ZAHARI MAHAD MUSA

AZMAN AB RAHMAN

ADIBAH ABDUL WAHAB

Sidang Penyunting

Muzakarah Zakat Kebangsaan 2017

Bab 1

ANALISIS HAD KIFAYAH SEMASA DI MALAYSIA:

SATU SEMAKAN SEMULA

Baharuddin Sayini, Azri Bhari

ii & Mohd Afandi Mat Rani

iii

i Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IkaZ), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),

Universiti Teknologi MARA (UiTM). [email protected] ii

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

[email protected] iii

Timbalan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

[email protected]

Abstrak Had kifayah merupakan satu cara untuk menentukan sama ada seseorang itu pembayar atau

penerima zakat. Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung

perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Realitinya wujud perbezaan kadar

had kifayah di antara negeri-negeri di Malaysia. Kemelut ekonomi yang melanda negara kita

pada hari ini memerlukan kepada satu semakan semula kadar had kifayah agar lebih sesuai

dengan tuntutan semasa. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menganalisis perbandingan

dalam penetapan kadar had kifayah dan cadangan semakan semula had kifayah di Malaysia.

Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dan temubual berstruktur sebagai medium

pengumpulan data dan maklumat. Dapatan dalam artikel ini menjelaskan bahawa wujud

perbezaan kadar dan mencadangkan satu pendekatan baru had kifayah negeri-negeri di

Malaysia.

Kata Kunci: Had Kifayah, Semakan, Kadar, Malaysia.

PENDAHULUAN

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjangkakan kos sara hidup

pada tahun 2017 ini akan terus meningkat berikutan beberapa isu peningkatan harga

barangan dan perkhidmatan (Ringgit, 2017). Selain isu peningkatan harga barangan,

nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan. Apatah lagi,

sebagaimana laporan persatuan majikan (Astro Awani, 23/2/2017), mereka

menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu

bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan yang besar

dalam kehidupan seharian (Sinar Harian, 1/1/2017). Senario tersebut ada

hubungkaitnya dengan kemiskinan dan pengurusan zakat di Malaysia.

Pada tahun ini, Selangor mencatatkan pertambahan lebih 6,000 permohonan

zakat, berbanding seramai 46,500 keluarga yang menerima bantuan itu pada tahun

lalu (Utusan, 11/3/2017). Peningkatan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Zakat Selangor (LZS), En. Hussin Mohd. Ali. Antara faktor pertambahan

berkenaan adalah pertama disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup yang memberi

kesan kepada masyarakat khususnya mereka yang berpendapatan 40 peratus terendah

(B40); kedua, peningkatan penghijrahan warga dari negeri lain ke Selangor untuk

mencari rezeki; dan ketiga, kehilangan pekerjaan, hilang tempat bergantung akibat

kematian, pengabaian nafkah serta masalah kesihatan (Utusan 11/3/2017). Pelbagai

2

usaha telah dan sedang dijalankan oleh pelbagai pihak termasuklah oleh pusat zakat

negeri-negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan dan peningkatan kos sara hidup.

Had kifayah adalah antara pendekatan yang digunakan oleh pusat zakat negeri-negeri

untuk mengenalpasti golongan miskin berkenaan.

HAD KIFAYAH OLEH PUSAT ZAKAT NEGERI

Had kifayah adalah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang

ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa (JAWHAR, 2009) oleh institusi zakat.

Had kifayah ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah kadar yang perlu dibantu

untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi (Lembaga Zakat Selangor: Modul

Agihan). Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi kadar had kifayah

adalah tergolong dikalangan kaya dan wajib mengeluarkan zakat mengikut kelayakan.

Mujaini Tarimin (2005) menjelaskan bahawa zakat adalah cara yang paling

berkesan untuk membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Islam

menekankan umatnya untuk mengambil serius peranan zakat dalam memperbaiki

kehidupan sosial umat Islam yang miskin (Hasan Bahrom et. al. 2011). Kadar zakat

yang diterima oleh golongan miskin sepatutnya membantu mereka meningkatkan

taraf hidup, iaitu, dalam memenuhi daruriyyat dan hajiyyat mereka yang menjadi

keperluan minimum dalam kehidupan (Syed Othman, 1988). Oleh itu, zakat yang

diterima haruslah membolehkan mereka untuk meningkatkan keperluan kehidupan.

PZN lazimnya menggunakan pendekatan kewangan ketika menentukan garis

kemiskinan sesebuah keluarga iaitu berdasarkan kaedah Had Kifayah (Kumpulan

Penyelidik USIM (2015).

GARIS PANDUAN HAD KIFAYAH DI MALAYSIA

JAWHAR (2009), telah menetapkan garis panduan dalam menentukan komponen

asas had kifayah yang perlu diambil kira. Komponen asas ersebut adalah seperti

berikut:

• Perlindungan iaitu perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk diri dan

tanggungan di bawahnya merangkumi sewa rumah atau bayaran ansuran

rumah murah, bil air, dan elektrik serta segala yang bersangkutan dengan

keperluan asasi sebuah tempat tinggal berasaskan keperluan minima.

• Makanan iaitu segala bahan makanan dan minuman asasi yang diperlukan

atau dimakan oleh seseorang individu dan tanggungan di bawahnya yang

memenuhi keperluan asasi sama ada ketika berada di dalam atau di luar

rumah.

• Pakaian iaitu segala bentuk pakaian yang diperlukan oleh seseorang individu

dan tanggungan di bawahnya yang memenuhi keperluan asasi sama ada ketika

berada di dalam atau di luar rumah.

• Perubatan iaitu merujuk kepada segala bentuk perubatan, rawatan biasa,

pembelian ubat biasa, pembelian alat-alat perubatan biasa, rawatan minor

daripada mana-mana pusat perubatan dan rawatan alternatif lain.

3

• Pendidikan iaitu merujuk kepada bentuk pendidikan, perbelanjaan pendidikan

Fardhu Ain, perbelanjaan berkaitan pendidikan diri, ahli keluarga sama ada di

peringkat pra sekolah, rendah, menengah, kolej dan IPTA. Ianya juga meliputi

keperluan yang berkaitan pendidikan tersebut seperti pembelian peralatan

pelajar.

• Pengangkutan iaitu segala perbelanjaan yang berkaitan pengangkutan

berbayar (tambang) oleh seseorang individu dan tanggungannya serta musafir

yang diharuskan oleh syarak.

ANALISIS HAD KIFAYAH SEMASA DI MALAYSIA

Pendapatan isi rumah dalam bentuk Ringgit Malaysia adalah faktor utama dalam

menentukan had kifayah yang digunapakai oleh Pusat Zakat Negeri (Baharuddin

Sayin et.al, 2016). Kajian yang dilakukan, menunjukkan terdapat jurang yang agak

besar mengenai kadar had kifayah antara negeri-negeri. Bagi sebuah keluarga yang

mempunyai 6 orang isi rumah (rumah berbayar1 dan rumah tidak berbayar

2) iaitu

suami dan isteri yang bekerjaya, seorang anak dewasa berumur 18 tahun ke atas yang

masih belajar di institusi pengajian tinggi, seorang remaja bersekolah dalam

kumpulan umur 13-17 tahun, seorang kanak-kanak bersekolah dalam kumpulan umur

7-12 tahun dan seorang kanak-kanak dalam kumpulan umur 0-6 tahun dalam kawasan

bandar dan luar bandar.

Bagi rumah berbayar di kawasan bandar Terengganu mempunyai kadar had

kifayah tertinggi iaitu berjumlah RM2,600 sebulan, diikuti oleh Wilayah Persekutuan

RM2,470.00 sebulan dan diikuti oleh Selangor RM2,040.00, sementara bagi kawasan

bandar dan Kedah merupakan negeri yang mempunyai nilai terendah iaitu RM960.00.

Manakala bagi rumah berbayar di kawasan luar bandar pula Terengganu direkodkan

mempunyai nilai had kifayah tertinggi iaitu RM2,260.00, diikuti Johor RM1,695.00

dan Selangor RM1,640.00, sementara Kedah terendah iaitu RM960.00 sebulan (lihat

rajah 1). Perbezaan yang direkodkan kadar had kifayah bagi 11 buah negeri antara

kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar adalah disebabkan oleh kos

sara hidup yang berbeza diantara bandar dan luar bandar terutamanya kos dalam

pemilikan rumah kediaman dan nilai sewa yang ditetapkan (Mohd Faisol et.al. 2014).

Bagi rumah tidak berbayar pula di kawasan bandar Terengganu mempunyai

kadar had kifayah tertinggi iaitu berjumlah RM2,300 sebulan, diikuti oleh Selangor

RM1,715.00, sementara Kedah merupakan negeri yang mempunyai nilai terendah

iaitu RM815.00 sebulan. Manakala bagi rumah tidak berbayar di kawasan luar bandar

Terengganu direkodkan mempunyai nilai had kifayah tertinggi iaitu RM2,070.00,

diikuti Selangor RM1,440.00 dan Kedah terendah iaitu RM815.00 sebulan (lihat rajah

2).

1 Rumah berbayar bermaksud rumah yang dibayar ansuran bulanan atau rumah sewa.

2 Rumah tidak berbayar bermaksud rumah yang diduduki secara percuma contohnya rumah pusaka.

4

Rajah 1: Analisa Had Kifayah 11 Buah Negeri Bagi Rumah Berbayar.

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500

3,000

Joh Ked Kel Mel N9 Per PP Sab Sel Ter WP

Bandar

L Bandar

Rajah 2: Analisa Had Kifayah 11 Buah Negeri Bagi Rumah Tidak Berbayar.

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500

Joh Ked Kel Mel N9 Per PP Sab Sel Ter WP

Bandar

L Bandar

ANALISA HAD KIFAYAH BAGI PERLINDUNGAN DAN PENGANGKUTAN

Tujuh daripada sebelas negeri yang di analisa membuat perbezaan kadar bagi

menyediakan keperluan asas untuk perlindungan di antara kawasan bandar dan luar

bandar. Sebagai contoh Selangor menetapkan RM480 sebulan bagi rumah berbayar

dikawasan bandar dan RM155 bagi rumah tidak berbayar dilokasi yang sama,

sementara RM350 sebulan bagi rumah berbayar dikawasan luar bandar dan RM150

bagi rumah tidak berbayar dilokasi yang sama. Kedah pula menetapkan RM180

sebulan bagi rumah berbayar sama ada dikawasan bandar dan luar bandar, sementara

RM30 bagi rumah tidak berbayar dilokasi yang sama. Melaka satu-satunya negeri

yang tidak dapat dikenalpasti bagaimanakah kadar perlindungan ditentukan.

5

Bagi pengangkutan pula negeri Johor, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Pulau

Pinang tidak membezakan kadar had kifayah pengangkutan antara kawasan bandar

dan luar bandar. Johor dan Kedah menetapkan kadar yang sama iaitu RM165.00

sebulan, Pulau Pinang RM180.00 sebulan sementara Wilayah Persekutuan RM380.00

sebulan. Perak, Sabah dan Selangor menyediakan kadar had kifayah pengangkutan

yang berbeza antara kawasan bandar dan luar bandar. Selangor meletakkan kadar

RM400.00 bagi kawasan bandar dan RM340.00 bagi luar bandar, Sabah RM290.00

dibandar dan RM 155.00 diluar bandar sementara Perak RM390.00 dibandar dan

RM241.00 diluar bandar. Jadual 1 menunjukkan analisa bagi perlindungan dan

pengangkutan bagi 11 buah negeri.

Jadual 1: Analisa Had Kifayah Bagi Perlindungan dan Pengangkutan

Bil Negeri Bandar/Rumah RM L. Bandar/Rumah RM Pengangkutan RM

Berbayar Percuma Berbayar Percuma Bandar L. Bandar 1 Johor 400.00 400.00 300.00 300.00 165.00 165.00 2 Kedah 180.00 30.00 180.00 30.00 165.00 165.00 3 Kelantan 312.00 60.00 234.00 36.00 390.00 241.00 4 Melaka - - - - - - 5 N. Sembilan 390.00 90.00 280.00 80.00 185.00 159.00 6 Perak 312.00 60.00 234.00 36.00 390.00 241.00 7 Pulau Pinang 200.00 40.00 200.00 40.00 180.00 180.00 8 Sabah 350.00 350.00 300.00 300.00 290.00 155.00 9 Selangor 480.00 155.00 350.00 150.00 400.00 340.00

10 Terengganu 360.00 60.00 260.00 60.00 620.00 570.00 11 Wilayah

Persekutuan 550.00 100.00 - - 380.00 380.00

Cadangan

Pemerhatian yang dilakukan oleh penulis sendiri terhadap nilai rumah dan nilai sewa

rumah yang termasuk dalam kategori had kifayah perlindungan bagi 11 buah negeri

yang dikaji memang terdapat asas kewujudan kadar yang berbeza antara negeri-

negeri, walaubagaimanapun kadar semasa adalah jauh lebih tinggi dari kadar yang

ditetapkan oleh PZN. Contohnya sebuah rumah teres 3 bilik berharga RM160,000

dikawasan luar bandar (mungkin di Hulu Perak), pembeli perlu membayar sekurang-

kurangnya RM1,000 sebulan. Sedangkan Perak hanya menetapkan RM312.00 sebulan

bagi rumah berbayar. Adalah dicadangkan agar PZN dapat menilai semula kadar

jumlah perlindungan sedia ada kepada kadar yang lebih realistik

Begitu juga dengan kadar had kifayah yang ditetapkan bagi pengangkutan,

adalah sesuatu yang kurang jelas; samaada kadar tersebut ditentukan berdasarkan

tambang pengangkutan awam atau kos petrol menggunakan kenderaan sendiri seperti

kereta atau motosikal. Penulis mencadangkan agar kadar had kifayah bagi

pengangkutan hendaklah ditentukan berdasarkan kos pengangkutan awam terendah

seperti penggunaan bas dan LRT.

6

ANALISA HAD KIFAYAH BAGI MAKANAN DAN PAKAIAN

Jadual 2 menunjukkan analisa bagi makanan dan pakaian. 4 buah negeri iaitu Johor,

Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan tidak membezakan kadar had kifayah

makanan dan pakaian diantara kawasan bandar dan luar bandar. Masing-masing

memberi kadar RM800.00, RM285.00, RM330.00 dan RM810.00 bagi makanan dan

RM170.00, RM80.00, RM80.00 dan RM210.00 bagi pakaian. Manakala Perak, Sabah

dan Selangor memberi kadar yang berbeza bagi pakaian diantara kawasan bandar dan

luar bandar. Masing-masing memberi kadar RM337.40 dan RM270.00, RM590.00

dan RM500.00 serta RM750.00 dan RM700.00 bagi makanan dan RM180.00 dan

89.40, RM240.00 dan RM140.00 serta RM210.00 dan RM120.00 bagi pakaian.

Jadual 2: Analisa Had Kifayah Bagi Makanan dan Pakaian

Bil Negeri Makanan RM Pakaian RM

Bandar L. Bandar Bandar L. Bandar 1 Johor 800.00 800.00 170.00 170.00 2 Kedah 285.00 285.00 80.00 80.00 3 Kelantan 337.40 270.00 180.00 89.40 4 Melaka - - - - 5 N. Sembilan 480.00 440.00 156.00 72.00 6 Perak 337.40 270.00 180.00 89.40 7 Pulau Pinang 330.00 - 80.00 - 8 Sabah 590.00 500.00 240.00 140.00 9 Selangor 750.00 700.00 210.00 120.00 10 Terengganu 1,160.00 980.00 170.00 170.00 11 Wilayah Persekutuan 810.00 - 210.00 -

Cadangan

Semakan harga yang penulis lakukan terhadap premis perniagaan meliputi pasaraya

besar, pasar mini, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), kedai runcit, kedai pakaian

biasa dan pasar basah bagi 11 buah negeri, mendapati wujud keseragaman harga

kepada hampir keseluruhan barangan mentah keperluan asas. Sebagai contoh KR1M

menjual 10 biji telur gred C dengan harga RM3.90 dan beras SST 5% harga bagi 10

kg RM24.50 di seluruh negara. Ubi kentang import dari China dijual antara RM1.99 –

RM2.15 sekilogram di pasaraya MyDin seluruh Semenanjung. Begitu juga barangan

makanan yang siap dimasak menunjukkan keseragaman harga dikebanyakan restoran

dan kedai makan biasa di seluruh semenanjung. Hanya barangan makanan siap

dimasak menunjukkan harga yang agak tinggi di Sabah. Adalah kurang jelas bagi

penulis bagaimanakah PZN menentukan kadar had kifayah tersebut, apakah

berdasarkan bahan mentah untuk dimasak sendiri atau bahan sedia dimasak. Begitu

juga mengapakah wujud perbezaan kadarnya bagi negeri-negeri. Adalah dicadangkan

agar PZN dapat menyeragamkan kadar minima had kifayah makanan RM800.00

sebulan bersadarkan kiraan bahan mentah untuk dimasak sendiri (lihat jadual 3).

7

Jadual 3: Cadangan Had Kifayah Bagi Makanan (Masak Sendiri)

Bil Item Kuantiti Harga 1 Beras SST 5% (20 kg) 10 kg RM25.00 RM50.00 2 Daging lembu impot dingin beku (5 kg) 1 kg RM19.00 RM95.00 3 Ayam (5 kg) 1 kg RM9.00 RM45.00 4 Ikan Cincaru saiz M (5 kg) 1 kg RM10.00 RM50.00 5 Telur gred C (160 biji) 10 biji RM03.40 RM61.20 6 Minyak masak (5 kg) 1 botol RM21.95 RM21.95 7 Kicap lemak manis 345ml (6 botol) 1 botol RM05.25 RM31.50 8 Garam (1 kg) 1 kg RM02.00 RM02.00 9 Santan kelapa (3 kg) 1 kg RM15.00 RM45.00

10 Serbuk kari (1 kg) 250gm RM04.15 RM16.60 11 Serbuk kunyit (1 kg) 250gm RM04.70 RM18.80 12 Bawang merah (5 kg) 1kg RM03.00 RM15.00 13 Bawang putih (1 kg) 1 kg RM14.00 RM14.00 14 Ubi kentang (5 kg) 1 kg RM02.50 RM12.50 15 Cili hijau (2 kg) 1 kg RM09.00 RM18.00 16 Cili kering (1kg) 1 kg RM16.00 RM16.00 17 Sayur-sayuran berdaun (10kg) 1 kg RM03.00 RM30.00 18 Sayur-sayuran jenis buah (10kg) 1 kg RM06.00 RM60.00 19 Gas LPG 12 kg (2 tong) 1 tong RM27.00 RM54.00

Jumlah RM656.55 20 Gula (6 kg) 1 kg RM02.95 RM17.70 21 Susu pekat manis 500ml (11 tin) 1 tin RM03.00 RM33.00 22 Teh uncang (100 bag) (3 kotak) 1 kotak RM13.00 RM39.00 23 Roti Sandwich 400gm (10 buku) 1 buku RM02.40 RM24.00 24 Tepung gandum (10 kg) 1 kg RM02.45 RM24.50

Jumlah RM138.20 Jumlah Besar RM794.75

Begitu juga semakan harga terhadap pakaian di pasaraya Giant seluruh

Malaysia, penulis mendapati wujud keseragaman harga. Sebagai contoh sehelai seluar

panjang dan sehelai kemeja T lelaki dewasa dijual dengan harga antara RM60.00–

RM70.00. Semakan harga pakaian diluar bandar khususnya di pasar malam dan pasar

tani mendapati harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding bagi kawasan bandar.

Sebagai contoh sehelai seluar panjang dan sehelai kemeja T lelaki dewasa dijual

dengan harga antara RM80.00–RM90.00. Adalah dengan ini dicadangkan agar had

kifayah bagi pakaian dapat diseragamkan bagi seluruh negara dengan had kifayah

pakaian di luar bandar sedikit tinggi berbanding bagi kawasan bandar.

ANALISA HAD KIFAYAH BAGI PERUBATAN DAN PENDIDIKAN

Berdasarkan jadual 4, Wilayah Persekutan dicatatkan memberi kadar tertinggi bagi

had kifayah perubatan iaitu RM210.00 sebulan dan diikuti oleh Perak RM179.60.

Johor dan Selangor masing-masing meletakkan kadar RM60.00 sebulan. Manakala

kadar had kifayah pendidikan pula Terengganu merekodkan kadar tertinggi iaitu

8

RM230.00 sebulan dan diikuti Johor RM190.00 sebulan sementara Kedah memberi

nilai terendah iaitu RM90.00 sebulan.

Semakan harga yang penulis lakukan terhadap ubat-ubatan seperti panadol dan

ubat batuk, rawatan biasa diklinik dan hospital kerajaan didapati wujud keseragaman

harga, begitu juga semakan terhadap yuran sekolah, buku-buku, buku kerja dan alat

tulis didapati wujud keseragaman harga diseluruh Malaysia. Sekali lagi penulis

merasa kurang jelas bagaimanakah PZN menentukan kadar had kifayah bagi

perubatan dan pendidikan, apakah item-item yang perlu diambil kira, begitu juga

mengapakah wujud perbezaan kadarnya bagi negeri-negeri dan bagi kawasan bandar

dan luar bandar. Adalah dicadangkan agar diwujudkan keseragaman kadar antara

negeri-negeri di Malaysia terhadap had kifayah perubatan dan pendidikan.

Jadual 4: Analisa Had Kifayah Bagi Perubatan dan Pendidikan

Bil Negeri Perubatan RM Pendidikan RM

Bandar L. Bandar Bandar L. Bandar 1 Johor 60.00 60.00 190.00 190.00 2 Kedah 90.00 90.00 90.00 90.00 3 Kelantan 179.60 79.60 180.00 180.00 4 Melaka - - - - 5 N. Sembilan 103.00 65.00 150.00 90.00 6 Perak 179.60 79.60 180.00 180.00 7 Pulau Pinang 85.00 - 150.00 - 8 Sabah 165.00 165.00 155.00 155.00 9 Selangor 60.00 30.00 120.00 100.00 10 Terengganu 60.00 60.00 230.00 230.00 11 Wilayah Persekutuan 210.00 - 130.00 -

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Perbahasan mengenai had kifayah zakat sebenarnya berkait rapat dengan isu

kemiskinan. Kemiskinan pula bukanlah hanya isu yang melanda negara, bahkan ianya

merupakan isu sejagat yang perlu ditangani bersama oleh semua pihak. Di Malaysia,

antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan selain

dari Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri ialah Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (agensi peneraju), Kementerian

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian

Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan beberapa

agensi sokongan di peringkat persekutuan dan negeri. Selain itu, pembasmian

kemiskinan turut disokong oleh sektor swasta dan badan-badan tertentu di negara ini

seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Pembasmian Kemiskinan

(YBK) (Mohd Ayop Abd Razid, 2013).

Merupakan satu keperluan yang begitu mendesak dewasa ini untuk menyemak

dan mengkaji semula had kifayah zakat berikutan isu peningkatan kos sara hidup

9

yang melibatkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan serta nilai mata wang

negara yang rendah. Instrument yang digunakan dalam menentukan seseorang itu

layak untuk menerima zakat atau tidak adalah berdasarkan kepada pendapatan dan

perbelanjaan asas mereka. Perbelanjaan asas merangkumi enam (6) perbelanjaan asas

iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

Sudah sampai masanya Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat Negeri mengetuai semua

agensi yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan duduk semeja,

bermuzakarah dan berganding bahu bagi mengkaji secara menyeluruh untuk

menentukan keperluan asas minima bagi setiap keluarga ketika menentukan had

kifayah zakat. Adalah diharapkan selepas ini tidak ada lagi perbezaan atau double

standard ketika menentukan kemiskinan di Malaysia.

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah

mengizinkan kami menjalankan penyelidikan Had Kifayah (600-RMI/FRGS 5/3

(21/2015). Semoga dengan ini akan menjadi dorongan dan sokongan kepada kami

untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

RUJUKAN

Astro Awani 23/2/2017.

Baharuddin Sayin, Mohd Afandi Mat Rani & Azri Bhari (2016). “Kajian Semula Had

Kifayah di Malaysia: Satu Penemuan Awal”. dlm Abdul Halim Mohd Noor,

Strengthening Zakat and Waqf Governance. Indonesia: IMZ Publishing, hal.

79-94.

Baharuddin Sayin, Mohd Afandi Mat Rani, Azri Bhari & Rafeah Saidon (2016). “Had

Kifayah Zakat di Malaysia: Satu Analisis Perbandingan”. dlm Norliana Ismail

et.al, Isu Kontemporari Had Kifayah Zakat dan Pengurusan di Malaysia.

Nilai: Penerbitan USIM, hal. 9-23.

Hasan Bahrom, Abd Halim Mohd Noor & Rawi Nordin (2011). Fiqh Zakat Malaysia.

Shah Alam: UPENA, UiTM.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), (2009). Manual Pengurusan Agihan

Zakat. Kuala Lumpur: JAWHAR.

Kumpulan Penyelidik USIM (2015). Laporan Eksekutif Kajian Pentafsiran Asnaf

Lapan: Satu Analisisi Kontemporari di Wilayah Persekutuan.

Lembaga Zakat Selangor: Modul Agihan Zakat (bahan tidak diterbitkan).

Mohd Ayop Abd Razid (2013). Kejayaan Malaysia Dalam Program Basmi

Kemiskinan. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Mohd Faisol Ibrahim, Ahmad Fahme Mohd Ali & Mohd Nasir Ali (2014). “Pengiraan

Had Kifayah Bagi Kemiskinan di Malaysia: Kajian Kes di Negeri Selangor”,

10

dlm e-prosiding Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2014.

Selangor: Kolej Universiti Islam Selangor, hal 306-318.

Mujaini Tarimin (2005). Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur:

Utusan Publications.

Ringgit (2017). Edisi April 2017 (Ringgit merupakan penerbitan usaha sama di antara

Bank Negara Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan).

Syed Othman al-Habshi (1988, November). “Peranan Zakat Dalam Membantu

Pembangunan Ekonomi Negara”. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen

Zakat Kebangsaan 1988. Anjuran Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Pulau

Pinang & Jabatan Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang.

Utusan 11.3.2017.

Bab 2

SKIM AGIHAN ZAKAT ASNAF AL-GHĀRIMĪN DI INSTITUSI-

INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA

Halim Ismaili & Mohd Noor Daud

ii,

i Pelajar Ph.D. Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected]

ii Profesor Madya, Dr. Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected]

Abstrak Kajian ini mengupas tentang pelaksanaan skim agihan zakat terhadap asnaf al-Ghārimīn oleh

institusi-institusi zakat terpilih di Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah

penyelidikan kualitatif dan dianalisa menggunakan metod deduktif, induktif dan

perbandingan. Kajian menunjukkan bahawa skim-skim agihan zakat asnaf al-Ghārimin

dilaksanakan secara berbeza-beza antara institusi-institusi zakat di Malaysia. Terdapat skim-

skim yang dilaksanakan oleh kesemua institusi-institusi zakat yang dikaji, di samping terdapat

juga skim yang dilaksanakan oleh institusi zakat tertentu sahaja. Kajian ini memberi implikasi

terhadap pelaksanaan skim agihan zakat asnaf al-Ghārimīn oleh institusi-institusi zakat di

Malaysia.

Kata kunci: Zakat, al-Ghārimīn, Skim agihan.

PENDAHULUAN

Perlembagaan Persekutuan melalui Jadual Kesembilan Senarai Dua memperuntukkan

kepada kerajaan-kerajaan negeri bidang kuasa untuk menggubal undang-undang atau

peraturan keagamaan. Raja-raja Melayu merupakan Ketua Agama di negeri masing-

masing, manakala Yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Agama bagi negeri-negeri

yang tidak beraja. Urusan zakat fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam

seumpamanya terletak di bawah bidang kuasa negeri. Melalui peruntukan ini, negeri-

negeri di Malaysia telah menubuhkan Majlis Agama Islam sebagai sebuah badan

berkuasa di negeri bagi menguruskan perkara-perkara yang berkaitan pungutan dan

agihan zakat. Untuk menjalankan tanggungjawab keagamaan ini, setiap negeri

menubuhkan sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam. Majlis ini

diberi kuasa untuk mengurus dan mengendalikan pentadbiran zakat berdasarkan

peruntukan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri masing-masing. (Ahmad

Hidayat Buang, 1997: 2; Suwaid Tapah, 1995: 67-68). Institusi-institusi zakat di

Malaysia ada menyediakan skim-skim tertentu bagi membantu asnaf al-Ghārimīn di

negeri-negeri masing-masing.

Artikel ini akan membincangkan tentang skim agihan zakat asnaf al-Ghārimīn

di institusi-institusi zakat di Malaysia. Sebanyak lima buah institusi zakat akan

dibincangkan iaitu Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK),

12

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Zakat Pulau Pinang (ZPP), Pusat Zakat Sabah

(PZS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS)1.

Berikut adalah penerangan tentang skim-skim agihan zakat yang dilaksanakan

oleh institusi-institusi zakat tersebut.

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT NEGERI KELANTAN

(MAIK)

Skim agihan zakat asnaf al-Ghārimin di MAIK dilaksanakan menerusi bantuan bagi

membayar hutang keperluan asasi yang tertunggak. Asnaf al-Ghārimīn adalah

golongan yang menanggung hutang yang banyak dan tidak mampu

menyelesaikannya. Bantuan zakat meliputi hutang keperluan asasi seperti makanan

dan pakaian, hutang sewa rumah, hutang utiliti, hutang pengajian dan hutang rawatan

perubatan. (Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Kelantan MAIK, t.t.:10;

Pegawai Urusan Sumber Agihan Zakat MAIK, temu bual pada 19 Mac 2017)

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)

Skim Bantuan Asnaf al-Ghārimīn di Melaka dilaksanakan secara al-Qard al-Hasan

dalam bentuk Pinjaman Am. Berikut ialah skm-skim yang dilaksanakan. (Bahagian

Zakat Majlis Agama Islam Melaka (t.t): 17)

1 Hutang keperluan asasi bagi diri dan tanggungan.

2 Hutang akibat bencana alam.

3. Hutang untuk membiayai rawatan/perubatan.

4. Hutang orang yang hendak berkahwin tetapi menghadapi kesulitan kewangan.

5. Hutang kerana penglibatan dalam aktiviti kebajikan kemasyarakatan seperti

pengurusan anak yatim, rumah rawatan, pembinaan rumah ibadah atau apa-apa

perbuatan baik dalam memenuhi keperluan am kebajikan masyarakat.

6. Hutang Pelajaran. Skim Pinjaman bagi tujuan pendidikan telah disalurkan kepada

pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk tujuan

penyelarasan. Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:

a. Bantuan RM1000, bayaran sehari RM1.00

b. Bantuan RM2000, bayaran sehari RM2.00

c. Bantuan RM3000, bayaran sehari RM3.00

d. Mulai Mac 2013, kadar pinjaman telah dinaikkan kepada RM5000. (Majlis

Agama Islam Melaka, 2017: 15)

1 Institusi-institusi zakat ini akan menggunakan perkataan ringkasan dalam penerangan selanjutnya,

iaitu Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam Melaka

(MAIM), Zakat Pulau Pinang (ZPP), Pusat Zakat Sabah (PZS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS)

13

ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)

Berikut ialah skim-skim zakat asnaf al-Ghārimīn yang dilaksanakan oleh ZPP, Majlis

Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP):

1. Bantuan kerana kesusahan berat dan sumbangan kepada institusi Islam yang

menghadapi masalah kewangan. Tujuan pelaksanaan skim ialah untuk

meningkatkan kualiti hidup asnaf yang berkesusahan berat dan institusi agama

Islam yang memerlukan bantuan. (Skim Zakat Asnaf al-Ghārimīn ZPP; Zakat

Pulau Pinang, http://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/jenis-

agihan. Diakses pada 18 April 2017)

2. Skim bantuan rawatan dan pembedahan pesakit kronik. Tujuan agihan adalah

untuk meningkatkan taraf kesihatan asnaf. Contohnya menerusi Pusat

Heamodialisisi Zakat (PHZ). Tujuan PHZ ditubuhkan adalah untuk membantu

asnaf dalam mendapatkan rawatan dialisis secara percuma. Hal ini kerana kos

rawatan haemodialisis sangat mahal, ditambah pula kekerapan rawatan iaitu

tiga kali seminggu yang sememangnya tidak mampu untuk ditanggung oleh

mereka. Di PHZ keseluruhan kos perbelanjaan rawatan ditanggung

sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang. Projek ini dimulakan pada tahun 2001

dan sehingga kini terdapat lapan lokasi PHZ di seluruh Pulau Pinang.

Antaranya di Kampung Gajah Butterworth, Taman Seri Genting, Barat Daya,

Permatang. Rawa, Taman. Jawi Jaya, Kepala Batas, Georgetown dan Tasek

Gelugor.

3. Skim Bantuan Yuran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tujuan skim ialah

untuk meningkatkan taraf pendidikan asnaf bagi mewujudkan masyarakat

celik ilmu.

PUSAT ZAKAT SABAH (PZS)

Berikut ialah skim-skim zakat asnaf al-Gharimin yang dilaksanakan oleh PZS (Pusat

Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (t.t); Penolong Setiausaha Kebajikan Asnaf

Pusat Zakat Sabah, temu bual pada 4 Mei 2017, Skim Zakat Asnaf al-Gharimin PZS.

http://www.zakat.sabah.gov.my/index. diakses pada 4 Mei 2017):

1. Bantuan Sara Hidup Sementara

2. Bantuan Kewangan Perubatan

3. Bantuan Pembedahan Kronik

4. Bantuan Bayaran Bil Perubatan

5. Bantuan Tiket Penerbangan Pesakit dan Pengiring Pesakit

6. Bantuan Kewangan Pengiring Pesakit

7. Bantuan Alat GantiAnggota Badan (Palsu)

8. Bantuan Alat Perubatan / Sokongan hayat

9. Bantuan Membina Rumah

10. Bantuan Membaikpulih Rumah

11. Bantuan Sewa Rumah

14

12. Bantuan Pemasangan Utiliti

13. Bantuan Melangsaikan Hutang (Asasi)

14. Bantuan Bencana Alam (Berkelompok)

15. Bantuan Bencana Alam (Individu)

16. Bantuan Pengurusan Jenazah

17. Bantuan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad

Tahfiz

18. Bantuan Rawatan Dialisis (Persendirian)

19. Bantuan Membaikpulih Masjid dan Surau

20. Bantuan Menyelesaikan Hutang Pendidikan Pelajar Tahun

Akhir

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

LZS Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melaksanakan lima skim agihan

zakat asnaf al-Ghārimīn (Lembaga Zakat Selangor, 2015: 54: Eksekutif Syariah

Bahagian Agihan, Lembaga Zakat Selangor, temu bual pada 14 April 2017) iaitu:

1. Skim Bantuan Hutang Kerana Keperluan Hidup

2. Skim Bantuan Hutang Badan/ Persatuan Kerana Permasalahan Ummah

3. Skim Bantuan Hutang Perubatan

4. Skim Hutang Dialisis

5. Skim Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.

Contoh Skim Bantuan Hutang Perubatan yang dilaksanakan oleh LZS ialah

bantuan kepada Danial Ikhwan Ahmad, 14 tahun yang menghidap ‘Juvenile

Idiophatic Arthritis (JIA)’ seperti tersiar di akhbar Harian Metro pada 20 Januari 2012

dan Berita Harian pada 23 Januari 2012. Bantuan yang diberikan ialah di bawah asnaf

al-Ghārimīn bagi membiayai kos rawatan berkenaan, iaitu sebanyak RM500 sebulan

selama enam bulan. Selepas dari tempoh tersebut, pesakit boleh mengemukakan

semula permohonan bagi meneruskan bantuan. (LZS.

http://www.zakatselangor.com.my/terkini/lzs-perjelas-isu-pesakit-radang-sendi-rayu-

bantuan. Diakses pada 19 April 2017)

Skim Hutang Dialisis yang dilaksanakan oleh LZS pula contohnya seperti

maklum balas LZS terhadap berita bertajuk ‘Kembalikan hak saya’ yang tersiar di

akhbar Harian Metro pada hari ini 25 Ogos 2011, di muka surat 41 ruangan Setempat.

LZS prihatin dengan masalah yang diajukan oleh dua orang warga emas, Shahrum

Ayumi dan Hasimah Awang. Mengikut rekod LZS, kedua-dua pengadu menerima

bantuan bagi rawatan dialisis dan suntikan aprex sejak tahun 2007 dan 2008. Walau

bagaimanapun mereka bukanlah asnaf fakir atau miskin dan bantuan yang diberikan

adalah di bawah asnaf al-Ghārimīn iaitu atas dasar sumbangan dan terhad kepada 12

kali rawatan sahaja. Selain Shahrum dan Hasimah, perkara ini turut dimaklumkan

kepada Presiden Persatuan Kebajikan Buah Pinggang Selangor, Omar Othman dalam

pertemuan dengan wakil LZS sebelum ini. (LZS.

15

http://www.zakatselangor.com.my/terkini/pesakit-buah-pinggang-bukan-asnaf-

miskin. diakses pada 19 April 2017).

Ini bermaksud sekiranya mereka memerlukan rawatan melebihi 12 kali, maka

perbezaan kos perlu ditanggung oleh pesakit itu sendiri. Dalam kes Shahrum dan

Hasimah, sekiranya mereka memerlukan bantuan lanjut, LZS sedia untuk

mempertimbangkannya kerana sebelum ini terdapat pesakit yang berhadapan kes

yang sama telah menerima bantuan daripada LZS apabila permohonan mereka

diluluskan.

Ketika ini terdapat hampir 1,000 orang yang menerima rawatan dialisis dan

menerima bantuan daripada LZS, di mana lebih separuh daripada mereka bukan asnaf

fakir atau miskin. Mengikut dasar agihan zakat, sekiranya seseorang itu asnaf fakir

atau miskin, maka LZS akan menanggung keseluruhan kos rawatan dialisis mereka,

namun jika sebaliknya, terdapat had yang telah ditentukan.

KESIMPULAN SKIM AGIHAN ZAKAT DI INSTITUSI-INSTITUSI ZAKAT

DI MALAYSIA

Jadual 1 di bawah menunjukkan kesimpulan skim agihan zakat asnaf al-Ghārimīn di

institusi-institusi zakat di Malaysia. Berdasarkan jadual tersebut, terdapat skim-skim

yang dilaksanakan oleh kesemua institusi zakat dan terdapat juga skim yang

dilaksanakan oleh institusi zakat tertentu sahaja.

Jadual 1: Kesimpulan Skim Agihan Zakat Asnaf al-Ghārimīn di Institusi-Institusi Zakat

di Malaysia

Skim Agihan Zakat Asnaf al-Ghārimīn MAIK MAIM ZPP PZS LZS

Skim Hutang Asasi / / / / / Skim Hutang Utiliti / / Skim Hutang Sewa Rumah / Skim Hutang Pengajian / / / /

Skim Hutang Perubatan / / / / / Skim Hutang Bencana Alam / / Skim Hutang Perkahwinan / Skim Hutang Aktiviti Kebajikan Masyarakat / /

Skim Hutang Kesusahan Berat /

Skim Hutang Institusi Islam / / /

Skim Hutang Membina Rumah / Skim Hutang Baik Pulih Rumah / Skim Hutang Pengurusan Jenazah / /

Sumber: Institusi-Institusi Zakat di Malaysia

Berdasarkan Jadual 1: Kesimpulan Skim Agihan Zakat Asnaf al-Ghārimīn di

Institusi-Institusi Zakat di Malaysia dapat dilihat bahawa semua institusi zakat yang

dikaji ada menawarkan skim bantuan hutang asasi dan hutang perubatan. Skim hutang

asasi meliputi hutang asas kehidupan seperti makanan, minuman dan pakaian.

16

Termasuk juga di dalam kategori kesusahan asasi ialah kesusahan berat, iaitu skim

bantuan al-Ghārimīn yang ditawarkan oleh ZPP. Hal ini menepati sabda Rasulullah

SAW daripada Qabīṣah ibn Makhālik al-Hilālī:

لت حمالة فأت يت رسول الله صلى ال له عليه وسلم أسأله فيها ف قال أقم حتى تأتي نا الصدقة تحمل حمالة فحلت له ف نأمر لك بها قال ثم قال يا قبيصة إن المسألة ل تحل إل لحد ثلثة رجل تحم

حتى يصيب ها ثم يمسك ورجل أصاب ته جائحة اجتاحت ماله فحلت له المسألة حتى يصيب المسألة ن ق ومه ا م قواما من عيش أو قال سدادا من عيش ورجل أصاب ته فاقة حتى ي قوم ثلثة من ذوي الحج

يش فما لقد أصابت فلنا فاقة فحلت له المسألة حتى يصيب قواما من عيش أو قال سدادا من ع سواهن من المسألة يا قبيصة سحتا يأكلها صاحب ها سحتا

Terjemahan: Aku sedang menanggung sebuah beban (seperti hutang) lalu

aku datang kepada Rasulullah SAW untuk bertanya kepada baginda

tentangnya. Rasulullah menjawab: “Tunggulah sehingga ada orang datang

kepada kami memberi sedekah. Aku akan menyuruh mereka bersedekah

kepada engkau.” Kemudian Rasulullah menyambung: Wahai Qabīṣah,

Sesunggguhnya perkara ini (meminta sedekah), tidaklah ia halal kecuali

terhadap salah satu daripada tiga sebab berikut. Seseorang yang memikul

beban yang berat, maka dihalalkan baginya meminta sedekah sehingga dia

dapat mencukupi dirinya sendiri, kemudian dia berhenti (dari meminta). Dan

seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, maka

dihalalkan baginya menerima sedekah sehingga dia dapat mencukupi

keperluan hidupnya. Dan seseorang yang ditimpa kesulitan sehingga

disaksikan oleh tiga orang dari kaumnya: “Sungguh dia ditimpa kesulitan.”

Maka dihalalkan baginya sedekah sehingga dapat mencukupinya. Selain

yang tiga ini, jika seseorang meminta sedekah, wahai Qabīṣah, adalah haram,

peminta tersebut sama dengan orang yang memakan barang haram. (Muslim,

Sahih Muslim, 1992, Jil. 5. No. 1730: 253)

Skim hutang pengajian pula ditawarkan oleh empat buah institusi sahaja iaitu

MAIK, MAIM, ZPP dan PZS. Tiga buah institusi iaitu ZPP, PZS dan LZS

menawarkan skim hutang institusi Islam. Hal ini menepati definisi Mazhab Syafii

iaitu hutang untuk maslahah masyarakat turut di ambil kira sebagai asnaf al-

Ghārimīn. (Al-Syāfiʿe, 1961: 97)

Skim Hutang Utiliti ditawarkan oleh MAIK dan PZS, Skim Hutang Bencana

Alam ditawarkan oleh MAIM dan PZS dan Skim Hutang Pengurusan Jenazah pula

ditawarkan oleh PZS dan LZS. Skim hutang bencana alam adalah sangat penting bagi

membantu mangsa bencana alam yang terpaksa berhutang kerana menanggung

kerugian yang dialami. Golongan yang ditimpa musibah ini layak menerima agihan

zakat berdasarkan kerugian yang dialami bagi menampung hutang yang ditanggung.

Jika golongan yang ditimpa bencana ini tidak berhutang, mereka turut layak

17

menerima agihan zakat bagi kategori asnaf fakir dan miskin (Al-Syāfiʿe, 1961: 72).

Mujāhid berkata:

يل بمال : ثلثة من الغارمين ورجل له عيال وليس له ،ه ورجل أصابه حريق فذهب بماله رجل ذهب السفق على عياله ،مال ان وي ن ف هو يد

Terjemahan: Tiga golongan al-Ghārimīn, iaitu seseorang yang hartanya

dihanyutkan banjir, seseorang yang ditimpa kebakaran sehingga kehilangan

hartanya dan seseorang yang berkeluarga tetapi tidak memiliki harta

sehingga memaksanya berhutang untuk memberi nafkah kepada

keluarganya. (Ibn Abi Syaibah, 1989: 207)

Selain itu, terdapat skim-skim yang hanya ditawarkan oleh sebuah institusi

sahaja iaitu Skim Hutang Sewa Rumah (MAIK), Skim Hutang Perkahwinan (MAIM),

Skim Hutang Membina Rumah (PZS) dan Skim Hutang Baik Pulih Rumah (PZS).

Sebuah institusi zakat iaitu MAIM telah melaksanakan agihan terhadap asnaf

al-Ghārimīn secara al-Qarḍ al-Hasan. Hal ini sangat menarik kerana institusi-

institusi zakat lain tidak menawarkan skim ini. Pinjaman Am yang ditawarkan adalah

berisiko rendah dengan amaun pinjaman yang rendah dan kadar bayaran balik yang

rendah. Kadar bayaran balik adalah seperti berikut:

a. Bantuan RM1000, bayaran sehari RM1.00

b. Bantuan RM2000, bayaran sehari RM2.00

c. Bantuan RM3000, bayaran sehari RM3.00

d. Mulai Mac 2013, kadar pinjaman telah dinaikkan kepada RM5000. (Majlis

Agama Islam Melaka, 2017 :15)

Walaupun amaun pinjaman maksimum ialah RM5000 sahaja, nilai itu sangat

bererti bagi asnaf yang memerlukan. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan asnaf

daripada terjebak dengan pinjaman ceti tanpa lesen atau ‘ah long’, yang secara jelas

lebih memudaratkan asnaf. Menurut Yūsuf al Qaraḍāwi (1999), situasi masa kini

mendorong kepada keperluan dilaksanakan al-Qarḍ al-Ḥasan terhadap asnaf zakat.

Antaranya ialah faktor kekurangan dana zakat. Masalah ini wujud akibat kekurangan

kesedaran membayar zakat dalam kalangan individu muslim. Selain itu,

bercambahnya institusi-institusi kewangan berasaskan riba menyebabkan ramai yang

terlibat dengan belenggu riba. Hal ini menyebabkan institusi kewangan yang

menawarkan al-Qarḍ al-Ḥasan sangat sukar ditemui.

Sebuah institusi zakat iaitu LZS ada menawarkan skim bantuan perubatan

kepada individu yang diisytiharkan muflis disebabkan oleh hutang kad kredit. Hal ini

menunjukkan individu muflis yang layak turut menerima agihan asnaf al-Ghārimīn.

Situasi ini menepati pandangan bebrapa pengkaji bahawa sekiranya individu muflis

menanggung beban hutang kerana membiayai mana–mana keperluan asasi bagi diri

dan tanggungannya, individu tersebut dikira layak menerima zakat asnaf al-Ghārimīn.

Individu muflis juga layak menerima zakat sekiranya beliau menanggung beban

18

hutang kerana menjaga kepentingan masyarakat dan umat Islam. (Raziah Md Tahir et.

al, 2014: 489-490)

KESIMPULAN

Skim-skim agihan zakat asnaf al-Ghārimin dilaksanakan secara berbeza-beza oleh

institusi-institusi zakat di Malaysia. Terdapat beberapa skim yang dilaksanakan oleh

kesemua institusi zakat yang dikaji seperti skim hutang asasi dan skim hutang

perubatan. Walaubagaimanapun, terdapat skim-skim yang dilaksanakan oleh institusi-

institusi zakat tertentu sahaja seperti skim hutang sewa rumah, baik pulih rumah,

pengurusan jenazah dan sebagainya. Oleh itu, dicadangkan supaya diwujudkan

keselarasan skim di antara institusi-institusi zakat supaya agihan zakat asnaf al-

Ghārimīn di Malaysia dapat mencapai objektif pengagihan yang diharapkan. Isu-isu

asnaf masa kini seperti al-Qarḍ al-Ḥasan, mangsa bencana alam dan status individu

muflis sebagai penerima zakat asnaf al-Ghārimīn memerlukan penelitian dan kajian

lanjutan dalam kalangan pengkaji.

RUJUKAN

Abū Husain Al-Muslim bin Al-Hajaj al-Qusyairy An-Niysabūri (1992), Al-Jāmi’ Al-

Sāhih. Kaherah: Dar al-Fikr.

Ahmad Hidayat Buang. (1997). Pengurusan Zakat Profesional: Satu Kajian Kes.

Dalam Seminar Pengurusan Zakat Professional. Melaka: Majlis Agama Islam

Melaka.

Al-Syafi’e, Muhammad Ibn Idris (1961M) Al-Umm. Kaherah: Maktabah Al-Kulliyat

Bahagian Zakat Majlis Agama Islam Melaka (t.t) Panduan Asas Agihan Zakat Negeri

Melaka.

Eksekutif Syariah Bahagian Agihan, Lembaga Zakat Selangor, temu bual pada 14

April 2017 di LZS. Ibn Abī Syaibah, Abdullah Ibn Muḥammad Ibn Ibrāhim (1989) Musnaf Ibn Abi

Syaibah. Kaherah: Dar al-Fikr.

Lembaga Zakat Selangor (2015) Laporan Pengurusan Zakat Selangor: Budi Disemai

Bakti Dituai. Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor.

LZS.http://www.zakatselangor.com.my/terkini/lzs-perjelas-isu-pesakit-radang-sendi-

rayu-bantuan/ (diakses pada 19 April 2017)

MAIK, http://www.e-maik.my/portal/index.php/ms/.(diakses pada 22 April 2017)

Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Kelantan MAIK (t.t) Kertas Dasar

Agihan Zakat MAIK.

Majlis Agama Islam Melaka (2017) Transformasi Zakat Negeri Melaka. Majlis

Agama Islam Melaka.

Pegawai Urusan Sumber Agihan Zakat MAIK. Temu bual pada 19 Mac 2017 di

MAIK.

Penolong Setiausaha Kebajikan Asnaf Pusat Zakat Sabah. Temu bual pada 4 Mei

2017.

19

Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (t.t) Pengurusan Zakat di Negeri

Sabah: Pengurusan Kutipan dan Agihan Zakat di Negeri Sabah. PZS,

http://www.zakat.sabah.gov.my/index. (diakses pada 22 April 2017).

Raziah Md Tahir dan Syarifah Md Yusof (2014) Status Individu Muflis dalam Asnaf

Al-Gharimin. dlm International Journal of Business and Technopreneurship

Volume 4, No. 3, Oct 2014. Suwaid Tapah. (1995). Undang-undang Pentadbiran Zakat di Malaysia. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya.

Yusūf al-Qaradāwī (1999), Fiqh Al-Zakāt Dirāsat Muqāranah Li Ahkāmihā Wa

Falsafatihā Fi Ḍaw’ Al-Qurān Wa Al-Sunnah. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.

Zakat Pulau Pinang (t.t) Brosur Program Agihan Zakat Pulau Pinang MAINPP. ZPP.

http://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/jenis-agihan (diakses pada

18 April 2017).

Bab 3

PERAKAUNAN ZAKAT KORPORAT DI KOTA MEDAN,

INDONESIA

Zahri Hamati & Irfan

ii

i Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia. [email protected]

ii Pensyarah, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara. [email protected]

Abstrak Makalah ini bertujuan untuk menganalisis perakaunan zakat korporat yang diamalkan dalam

kalangan muzakkī korporat di kota Medan, Indonesia. Dalam kalangan muzakkī korporat di

Indonesia kebanyakan menggunakan kaedah modal kerja dalam membuat taksiran zakat

masing-masing. Persoalannya, apakah kaedah perakaunan zakat korporat yang diamalkan

dalam kalangan muzakkī di kota Medan? Bagaimanakah pula dalam mengiktiraf pendapatan,

belanja operasi, aset semasa dan liabiliti semasa ketika membuat taksiran zakat tersebut? Bagi

mendapatkan data primer di lapangan, satu set soal selidik telah diedarkan kepada semua

korporat yang membayar zakat di Badan Amil Zakat Nasional di Kota Medan, Indonesia.

Dapatan kajian mempamerkan bahawa pertama, majoriti muzakkī korporat di kota Medan

menggunakan kaedah keuntungan dalam perakaunan zakat korporat masing-masing

disebabkan kaedah tersebut lebih praktikal untuk diamalkan. Kedua, masih wujud

ketidakseragaman dalam mengiktiraf pendapatan, belanja operasi yang dibenarkan, aset

semasa yang dikenakan zakat dan liabiliti semasa yang dikecualikan zakat ketika membuat

taksiran zakat. Implikasinya ialah, Majelis Ulama Indonesia bersama dengan Badan Amil

Zakat Nasional perlulah melangkah ke arah mengeluarkan satu fatwa tentang kaedah

perakaunan zakat korporat yang sepatutnya diamalkan oleh kalangan muzakkī korporat di

Indonesia.

Kata Kunci: Perakaunan zakat korporat, Keuntungan, Aset semasa, Liabiliti semasa.

PENDAHULUAN

Perakaunan zakat dalam bahasa Arab ialah muhasabah al-zakat. Dari segi istilah,

perakaunan zakat ialah satu bidang ilmu perakaunan bagi menentu dan menilai harta

yang diwajibkan zakat, menentukan kadar zakatnya, membuat taksiran zakat yang

dikenakan dan memungut serta mengagihkan kepada penerima zakat berdasarkan

kaedah yang ditetapkan oleh syarak (Husain Shahatah, 1990). Perakaunan zakat

korporat pula bermaksud proses mengenal pasti aset atau harta korporat yang

diwajibkan zakat, menentukan syarat-syarat harta yang diwajibkan zakat, memastikan

kadar zakat yang dikenakan dan kemudian membuat taksiran zakat ke atas harta

tersebut.

Pada dasarnya zakat perniagaan hanya diwajibkan ke atas barangan

perniagaan. Hal ini berasaskan Hadith Rasulullah SAW seperti yang dilaporkan oleh

Abu Dawud daripada Samurah b. Jundub yang bermaksud:

“Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya mengeluarkan zakat ke atas

barangan yang disediakan untuk dijual” (Abu Dawud, No. 1557).

22

Sesuatu barangan dikategorikan sebagai barangan perniagaan sekiranya

barangan tersebut diperoleh melalui perniagaan dan diniatkan untuk tujuan perniagaan

semasa barangan itu diperoleh1. Namun begitu seperti mana yang dilaporkan daripada

Maimun b. Mahran dalam Kitab al-Amwal, zakat perniagaan dikenakan ke atas modal

kerja bagi sesuatu perniagaan bukan hanya ke atas barangan perniagaan. Maimun b.

Mahran melaporkan seperti berikut:

“Apabila sudah tiba waktu kamu mengeluarkan zakat, kiralah berapa jumlah

wang tunai yang ada pada mu, kira berapa nilai barangan perniagaan yang

kamu miliki, kemudian dinilai keseluruhan barangan tersebut dengan nilai

wang tunai, dan kiralah hutang yang dapat dijelaskan (yang diberi

persetujuan untuk dibayar), dan tolaklah hutang yang perlu dijelaskan,

kemudian keluarkanlah zakat bakinya”. (Abu ‘Ubayd, 1991: 362)2

Kaedah ini tidak menimbulkan sebarang masalah bagi perniagaan yang hanya

terbabit dalam urusan jual beli barangan yang telah siap. Namun begitu, syarikat yang

mengilang sendiri barangan yang dijual, perniagaan yang terlibat dalam kerja-kerja

pembinaan dan perniagaan yang terlibat dalam pembangunan hartanah akan

menimbulkan sedikit masalah (Zahri Hamat, 2014)3. Harta-harta tersebut masih

belum sedia untuk dijual, walau pada dasarnya harta-harta tersebut dibuat atau

diusahakan dengan niat untuk dijual. Barangan perniagaan separa siap seperti kerja-

kerja dalam proses, kerja-kerja dalam pelaksanaan dan tanah yang masih belum

dibangunkan adalah tidak diwajibkan zakat (JAWHAR, 2008).

Kaedah perakaunan zakat korporat berasaskan modal kerja ini turut

menimbulkan masalah “ketidakadilan” dalam merealisasikan kefarduan zakat

perniagaan. Hal ini berlaku apabila sesuatu perniagaan akan dikecualikan zakat selagi

modal kerja adalah negatif walaupun operasi syarikat memperoleh keuntungan

lumayan. Apatah lagi bagi syarikat-syarikat besar yang lebih dikenali sebagai syarikat

1 Bagi maksud kaedah perakaunan zakat perniagaan, nilai sesuatu barangan perniagaan sepatutnya

berasaskan harga pasaran pada masa zakat diwajibkan tanpa melihat kepada harga belian atau kos

barangan tersebut (Abu ‘Ubayd, 1991). 2 Berdasarkan kepada kaedah modal kerja tersebut, terdapat empat langkah yang perlu diambil dalam

membuat taksiran zakat perniagaan. Pertama, kira semua wang tunai yang ada pada masa itu;

kedua, kira barangan perniagaan yang dimiliki pada masa itu dan kemudian nilai keseluruhan

barangan perniagaan tersebut berasaskan mata wang; ketiga, kira berapa jumlah hutang sebenar

yang pasti dapat dipungut daripada pihak pemberi hutang; keempat, kira jumlah hutang yang perlu

dibayar dan seterusnya menjumlahkan tunai, nilai barangan perniagaan dan hutang yang akan

diterima, kemudian menolak hutang yang perlu dibayar. Zakat dikenakan pada kadar 2.5% ke atas

baki yang dikenali sebagai modal kerja perniagaan (Yusuf al-Qaradawi, 1999). 3 Barangan perniagaan separa siap yang masih dalam bentuk kerja-kerja dalam proses bagi syarikat

yang mengilang sendiri, kerja-kerja dalam pelaksanaan bagi syarikat yang terlibat dalam pembinaan

dan tanah yang masih belum dibangunkan bagi syarikat yang terbabit dalam pembangunan hartanah

bukan merupakan barangan perniagaan.

23

korporat. Zakat terhadap syarikat korporat dikenali sebagai zakat korporat4. Modal

kerja negatif ini boleh berlaku apabila perniagaan tersebut terlalu bergantung kepada

pinjaman jangka pendek dalam operasi perniagaan. Ini akan menyebabkan modal

kerja menjadi negatif (Zahri Hamat, 2014). Wan Rohana Mat Saad dan Harunnizam

Wahid (2016) membuktikan bahawa sebuah syarikat yang dikaji memperoleh

keuntungan sebelum cukai sebanyak RM525,011 pada tahun 2008, RM551,491 pada

tahun 2009, RM1,509,796 pada tahun 2010 dan RM3,106,192 pada tahun 2011, tetapi

syarikat tidak dikenakan zakat. Mereka telah merujuk kepada pegawai Lembaga

Zakat Selangor untuk membuat taksiran zakat perniagaan. Dengan menggunakan

kaedah modal kerja terselaras, didapati bahawa syarikat tidak dikenakan sebarang

zakat untuk keempat-empat tahun tersebut.

Persoalannya ialah, apakah telahpun berlaku pembaharuan dalam perakaunan

zakat korporat khususnya di Malaysia? Apakah kaedah perakaunan zakat korporat

yang diamalkan dalam kalangan muzakkī di Kota Medan? Bagaimanakah dalam

menentukan pendapatan, belanja operasi, aset semasa dan liabiliti semasa ketika

membuat taksiran zakat tersebut?

Makalah ini berhasrat membincangkan perkembangan kaedah perakaunan

zakat korporat khususnya kaedah perakaunan zakat korporat yang diamalkan di

Malaysia. Kemudian meneroka kaedah perakaunan zakat korporat yang diamalkan

oleh syarikat-syarikat korporat di Kota Medan, Indonesia. Penulis berpendapat kaedah

perakaunan zakat perniagaan adalah tidak rigid malah mempunyai ruang

perbincangan yang terbuka berdasarkan alasan-alasan berikut:

i. Ayat al-Qur’an (al-Baqarah, 2: 267) yang dijadikan hujah tentang kewajipan

zakat perniagaan adalah berbentuk umum daripada segi aplikasinya. Ayat ini

tidak menjelaskan kaedah perakaunan zakat perniagaan.

ii. Hadith Rasulullah SAW yang dilaporkan oleh Abu Dawud menyebut bahawa

hanya barangan yang disediakan untuk perniagaan sahaja yang diwajibkan

zakat. Ia telah disokong oleh beberapa Hadith lain.

iii. Dilaporkan bahawa Maimun b. Mahran seorang tabi’in melaporkan bahawa

kaedah perakaunan zakat perniagaan adalah berasaskan kepada modal kerja

(Abu Ubayd, 1991). Ia merupakan satu perubahan dalam kaedah perakaunan

zakat perniagaan.

iv. Dilaporkan bahawa Abu Ishaq al-Shatibi berpendapat bahawa zakat barangan

perniagaan hanya dikenakan setelah barangan perniagaan itu dijual. Zakat

dikenakan pada harga jualan dan setelah melampau satu tahun (Muhammad

Khalid Masud, 1977). Ia bermaksud bahawa pendapatan boleh dijadikan asas

dalam kaedah perakaunan zakat perniagaan.

4 Dalam makalah ini istilah perakaunan zakat perniagaan dan perakaunan zakat korporat akan

digunakan secara bertukar ganti bersesuaian dengan konteks sesuatu ayat atau kenyataan. Secara

umumnya kedua-dua istilah tersebut member maksud yang sama.

24

v. Dilaporkan bahawa Ibn ‘Abbas berpendapat tidak mengapa untuk menunggu

sehingga barangan perniagaan dijual dan kemudian zakat dikenakan pada

harga tersebut (Abu ‘Ubayd, 1991). Taksiran zakat perniagaan juga adalah

berasaskan pendapatan.

vi. Dilaporkan bahawa kandungan surat Khalifah Umar Abdul Aziz telah

menyebut bahawa tidak boleh dipungut zakat ke atas keuntungan para peniaga

sehingga ia melampaui tempoh satu tahun (Abu Ubayd, 1991). Malah ada

dalam kalangan fuqaha’ berpendapat bahawa zakat dikecualikan ke atas

operasi perniagaan pada tahun-tahun yang mengalami kerugian.

PEMBAHARUAN DALAM PERAKAUNAN ZAKAT KORPORAT

Berdasarkan alasan-alasan yang disebut sebelum ini mempamerkan bahawa kaedah

perakaunan zakat perniagaan atau korporat adalah tidak rigid. Al-Qur’an menyebut

kewajipan zakat perniagaan dalam bentuk umum (al-Baqarah, 2: 267). Hadith

Rasulullah SAW kemudian menjelaskan barangan perniagaan yang diwajibkan zakat.

Maimun b. Mihran seorang tabi’in memperkenalkan kaedah modal kerja. Pendapat

Abu Ishaq al-Shatibi, Ibn Abbas dan Khalifah Umar Abdul Aziz pula mempamerkan

bahawa kaedah pendapatan turut boleh dipakai. Ini merupakan satu pembaharuan ke

atas perkembangan kaedah perakaunan zakat perniagaan.

Oleh sebab kaedah perakaunan zakat korporat yang disebut dalam al-Qur’an

dan Hadith Rasulullah SAW dalam bentuk umum, maka para ulama telah

membahaskan kaedah tersebut dalam tulisan masing-masing. Asas umum yang

dipakai dalam perbahasan tersebut ialah perkataan ‘urud al-tijarah yang bermaksud

barangan perniagaan. Pelbagai tafsiran telah dibuat ke atas perkataan ‘urud al-tijarah

dan kesannya ialah berlakunya kepelbagaian dalam kaedah perakaunan zakat

perniagaan.

Di Malaysia paling tidak terdapat tiga kaedah perakaunan zakat korporat

(Mohamed Abdul Wahab et al., 1995). Pertama, zakat perniagaan hanya dikenakan ke

atas aset semasa. Kaedah perakaunan ini diamalkan di negeri Perak, Kedah dan

Kelantan. Kedua, zakat perniagaan dikenakan ke atas aset semasa dicampurkan

dengan keuntungan daripada pelaburan. Kaedah ini diamalkan oleh Baitulmal Perlis

dan Lembaga Tabung Haji. Ketiga, zakat dikenakan ke atas keuntungan perniagaan

dicampurkan dengan modal kerja.

Bagi tujuan menyelaraskan kepelbagaian kaedah tersebut, satu Konvensyen

Zakat Kebangsaan telah diadakan pada 18 hingga 19 September 2001. Hasil daripada

konvensyen tersebut, maka dua kaedah perakaunan zakat perniagaan dicadangkan

untuk diamalkan. Pertama, kaedah modal berkembang, iaitu mengambil kira ekuiti

pemilik entiti perniagaan, sumber pembiayaan dan dibuat pelarasan bagi item-itrm

tertentu. Kedua, kaedah modal kerja, iaitu mengambil kira kedudukan aset semasa

perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan bagi

item-item tertentu. Kedua-dua kaedah tersebut sebenarnya merupakan kaedah yang

25

telah dipersetujui oleh pakar di bidang Syariah, perakaunan dan profesional di

beberapa bengkel dan persidangan yang telah dianjurkan oleh Pusat Zakat Selangor.

Untuk menyelaraskan amalan kaedah perakaunan zakat perniagaan oleh

negeri-negeri di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun

2001, pihak JAKIM telah menerbitkan sebuah buku berjudul Panduan Zakat di

Malaysia. Pada tahun 2008, buku tersebut telah diterbit semula oleh Jabatan Wakaf,

Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan judul Manual Pengurusan Pengiraan Zakat.

Dalam buku tersebut telah dicadangkan dua kaedah perakaunan zakat perniagaan.

Pertama, kaedah modal berkembang terselaras. Kedua, kaedah modal kerja

terselaras5.

Kaedah modal berkembang terselaras mengambilkira ekuiti pemilik entiti

perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan

sama ada dicampur atau sebaliknya. Dengan kata lain, kaedah modal berkembang

ialah modal dicampur dengan keuntungan. Kaedah modal berkembang terselaras

dapat dirumuskan seperti berikut:

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset

Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk

Kepada Pengiraan Zakat.

Kaedah modal kerja terselaras pula mengambilkira kedudukan harta semasa

perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan.

Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah

dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan. Kaedah modal kerja dapat

dirumuskan seperti berikut:

Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan

Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat.

Kedua-dua tersebut adalah konsisten dengan kaedah yang telah dirumuskan

oleh Muhammad Kamal ‘Atiyah (1995). Pertama ialah kaedah modal kerja, iaitu

mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan

semasa perniagaan. Kedua ialah kaedah modal berkembang, iaitu mengambil kira

5 Pelarasan dibuat perlu dibuat kerana tiga sebab (JAWHAR, 2008). Pertama, semasa mengambilkira

harta semasa, item-item bukan milik sempurna dan tidak produktif perlu ditolak daripada aset

semasa. Kedua, semasa mengambilkira harta semasa juga semua sumbangan, derma dan sedekah

yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (suku tahun terakhir) perlu kebajikan

masih dikenakan zakat dan perlu dicampur kepada aset semasa, kecuali kalau sumbernya adalah

dari tabung kebajikan. Ketiga, semasa mengambil kira tanggungan semasa, item-item tertentu tidak

dibenarkan tolak daripada tanggungan semasa. Bagi item-item liabiliti semasa yang boleh ditolak

adalah yang bersifat operasi sahaja termasuk pemiutang perdagangan (trade creditors), belanja-

belanja operasi seperti gaji, elektrik, telefon, dan cukai. Zakat perniagaan dikenakan ke atas baki

yang dikenali sebagai modal kerja bersih pada kadar 2.5 peratus. Kaedah kerja terselaras sahaja

diamalkan oleh negeri-negeri di Malaysia.

26

ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut dan sumber-sumber pembiayaan kewangan.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)

(1998) menamakan kaedah pertama sebagai kaedah aset bersih, manakala kaedah

kedua sebagai kaedah dana pelaburan bersih.

Kaedah modal kerja berdasarkan laporan daripada Maimun b. Mahran.

Kaedah modal kerja adalah merupakan kaedah yang paling hampir dengan kehendak

Syarak kerana selain daripada Maimun b. Mahran, kaedah modal kerja juga disokong

oleh beberapa orang tabi’in. Antaranya ialah Hasan Basri dan Ibrahim Nakha’i (Yusuf

al-Qaradawi, 1999). Mohammed Obaidullah (2016) antara penulis kontemporari turut

menyokong kaedah modal kerja.

Kaedah modal berkembang adalah berdasarkan ekuiti pemilik perniagaan,

iaitu modal dicampurkan dengan keuntungan. Ia merupakan pendapat di kalangan

fuqaha’ Hanbali. kaedah modal berkembang merupakan kaedah yang diamalkan di

negara Saudi Arabia. Di negara Arab Saudi, taksiran zakat dibuat berdasarkan penyata

kewangan yang disahkan oleh akauntan bertauliah. Sekiranya penyata kewangan tidak

dapat disahkan, maka anggaran zakat akan dibuat. Anggaran dibuat berasaskan modal

asal dicampurkan dengan anggaran keuntungan. Sekiranya perniagaan tidak aktif,

maka keuntungan dianggarkan pada kadar 15 peratus daripada modal asal.

Sebaliknya, jika perniagaan beroperasi secara aktif, keuntungan dianggarkan pada

kadar 15 peratus daripada perolehan setelah ditolak 30 peratus daripada keuntungan

tersebut sebagai belanja (Abdul Aziz Jamjoom (1995).

AAOIFI melalui Financial Accounting Standard No. 9 (FAS 9) (1998) pula

menggariskan barangan perniagaan perlu memenuhi empat syarat utama. Pertama

ialah hak milik sempurna; kedua ialah berkembang; ketiga ialah cukup nisab; dan

keempat ialah sampai haul. Selain empat syarat utama, terdapat juga beberapa syarat.

Pertama ialah barangan yang halal. Barangan yang haram sama ada segi zatnya

seperti arak dan khinzir ataupun hasil perniagaan seperti perjudian dan riba adalah

tidak diwajibkan zakat. Kedua ialah barangan itu bukan untuk kegunaan peribadi.

Barangan yang diambil untuk kegunaan sendiri atau tanggungan boleh menyebabkan

terputus haul. Sekiranya berlaku kekurangan nisab pada waktu itu, zakat tidak

diwajibkan (JAWHAR, 2008). Ketiga ialah barangan itu bukan terdiri daripada bahan

mentah dan kerja dalam pelaksanaan. Bahan mentah dan kerja dalam pelaksanaan

atau kerja dalam proses tidak diwajibkan zakat (JAWHAR, 2008). Keempat ialah

hutang yang diyakini boleh dipungut. Hanya hutang yang betul-betul diyakini boleh

dipungut sahaja yang diwajibkan zakat. Hutang yang diragui boleh dipungut tidak

diwajibkan zakat. Hutang tersebut akan diwajibkan zakat apabila ia dipungut kelak

(JAWHAR, 2008).

Walaupun kaedah perakaunan zakat perniagaan telah dirumuskan, namun

terdapat beberapa masalah dari segi amalannya yang masih belum selesai. Mohamed

el-Badawi dan Sultan al-Sultan (1992) misalnya membangkitkan masalah perniagaan

yang terlalu bergantung kepada pinjaman jangka pendek akan menyebabkan modal

27

kerja menjadi negatif. Syarikat tidak dikenakan zakat walaupun pada dasarnya

syarikat memperoleh keuntungan. Menurut mereka lagi, keadaan ini boleh diatasi

sekiranya kaedah modal berkembang bersih dipakai. Ia boleh diatasi dengan harta

semasa diselaraskan jika terdapat hutang jangka pendek digunakan untuk membeli

harta tetap ataupun membuat bayaran hutang jangka panjang.

Shaari Hamid, Clarke dan Craig (1996) pula membangkitkan tentang penilaian

ke atas barangan perniagaan yang dibuat berdasarkan kos sejarah, iaitu kos semasa

barangan perniagaan itu diperoleh. Sepatutnya barangan perniagaan mestilah dinilai

pada harga pasaran apabila zakat wajib dikeluarkan. Barangan perniagaan yang dinilai

pada kos sejarah adalah tidak sesuai untuk perakaunan zakat.

Haul atau tempoh satu tahun pula mestilah berdasarkan tahun Hijrah. Apabila

cukup satu tahun, maka zakat untuk perniagaan dikenakan pada kadar 2.5 peratus.

Muhammad Kamal ‘Atiyah (1995) berpendapat jika penyata kewangan disediakan

berdasarkan tahun Masihi bukan tahun Hijrah, maka kadar zakat perlu diselaraskan

kepada 2.424 peratus. Kadar ini berlainan dengan kadar yang ditetapkan oleh AAOIFI

(1998) yang mencadangkan zakat dikenakan pada kadar 2.575 peratus.

Abdullah Ibrahim (1997) antara yang berpendapat zakat boleh dikenakan

terhadap pendapatan daripada sesuatu kegiatan ekonomi. Hal ini khususnya untuk

pendapatan daripada kegiatan perlombongan, perikanan, sewaan, perindustrian dan

pengangkutan. Zakat terhadap pendapatan tersebut boleh diqiyaskan kepada zakat

pertanian. Dengan kata lain, semua kegiatan ini boleh dikelaskan semula mengikut

sektor. Antara sektor yang telah disebut oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an ialah

pekerjaan (al-Mulk, 67: 15), pertanian (Qaf, 50: 7) dan ternakan (al-Nahl, 16: 66),

perindustrian seperti alatan peperangan (al-Anbiya’, 8: 60), tekstil (al-A’raf, 7: 26; al-

Nahl, 16: 92), kaca (al-Naml, 27: 44), keluli (al-Kahfi, 18: 96), pembinaan seperti

bangunan (Saba’, 34: 13), perkapalan (Hud,11: 37) dan perdagangan (al-Nisa’ 4:29).

Kepentingan sektor-sektor tersebut boleh berubah bersesuaian dengan perubahan

masa dan keadaan.

Malah Muhammad Akram Khan (2013) menyatakan bahawa tiada hujah yang

kuat mengapa kaedah perakaunan zakat perniagaan berlainan dengan kaedah

perakaunan zakat pertanian. Menurut beliau lagi, adalah tidak adil dikenakan zakat

terhadap sesuatu perniagaan yang mengalami kerugian. Bahkan kaedah perakaunan

zakat perniagaan berasaskan pendapatan ini telahpun diamalkan oleh Baitul Mal Aceh

Darussalam. Qanun Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Nomor 7 Tahun 2004

Tentang Pengelolaan Zakat, Bab IX - Kadar, Nisab dan Haul, Fasal 29 menyebut

seperti berikut:

“harta perdagangan, perusahaan dan perindustrian yang keuntungan telah

mencapai nisab senilai 94 gram emas setahun wajib dikeluarkan zakatnya

sebesar 2.5% setahun.”

28

Apatah lagi kajian Irfan (2016) terhadap semua syarikat perniagaan yang

membayar zakat di Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA), Sumatera Utara mendapati

bahawa majoriti menggunakan kaedah keuntungan. Hal ini selari matalamat sesebuah

syarikat perniagaan atau korporat, iaitu untuk memperoleh keuntungan (Mohammad

Taqiuddin Mohamad, Joni Tamkin Borhan, Mohd Sollehudin Shuib, Ahmad Azam

Sulaiman@Mohamad, 2012).

Pembaharuan dalam perakaunan zakat ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang

baru. Paling terserlah adalah semasa pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin (Zahri

Hamat, 2011). Pembaharuan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori.

Pertama, hukum zakat terhadap kuda telah dikaji semula walaupun semasa Rasulullah

SAW kuda tidak diwajibkan zakat. Kedua, asas harta wajib zakat telah diperluaskan

misalnya, hasil keluaran laut dan pertanian seperti kacang, kapas dan buah zaitun

diwajibkan zakat. Ketiga, perubahan kadar zakat turut dibuat di mana zakat madu

dikenakan pada kadar 5 - 10 peratus tertakluk kepada guna tenaga yang digunakan.

Dalam konteks Malaysia, majoriti peniaga kecil menghadapi masalah dalam

pengurusan modal kerja disebabkan rekod kewangan tidak disimpan dengan teratur

(Zahri Hamat, Nor Malina Malek, Khoo Suet Leng, Parthiban & Aiman Syazwan

Husain, 2014). Dengan itu amat sukar untuk peniaga kecil di Malaysia dalam

menentukan amaun zakat yang perlu dibayar dengan menggunakan modal kerja.

PERAKAUNAN ZAAT KORPORAT DI KOTA MEDAN

Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) Provinsi Sumatera Utara ditubuh berdasarkan

UU No. 38 Tahun 1999 tentang Pengelolaan Zakat dan Surat Keputusan Gubernur

Sumatera Utara Nomor: 451.7.05/K/2001. Dalam hal ini, BAZNAS adalah

bertanggujawab terhadap pungutipan dan pengagihan zakat, infaq dan sedekah.

BASNAZ turut bertanggunjawab sebagai penyelaras untuk Badan Amil Zakat yang

dibentuk oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Bilangan sebenar syarikat korporat yang membayar zakat di kota Medan

Indonesia tidak diketahui secara pasti. Syarikat korporat yang dipilih untuk kajian ini

adalah berdasarkan kriteria sesebuah syarikat yang secara aktif membayar zakat

korporat melalui BAZNAS Provinsi Sumatera Utara. Sebanyak lapan syarikat

korporat telah dikenalpasti dan dipilih. Senarai syarikat yang membayar zakat

korporat di kota Medan Indonesia adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Sektor, Kaedah Perakauanan dan Korporat

Bil. Sektor Kaedah Perakaunan Nama Korporat 1. Perkhidmatan Keuntungan PT Bank Sumut Syariah, PT BPR Puduarta

Insani, PT Garuda Plaza Hotel, PT Garuda

Transport dan Pesantren Al-Muchlishin 2. Perdagangan Modal Kerja PT Garuda Citra Sarana dan Gelora Plaza 3. Perkilangan Modal Kerja PT Madju Medan Cipta

29

Jadual 1 mempamerkan sebanyak lapan syarikat korporat yang membayar

zakat korporat di kota Medan Indonesia. Syarikat-syarikat tersebut boleh

dikategorikan kepada tiga sektor iaitu perkhidmatan, perdagangan dan perkilangan.

Majoriti (62.5 peratus) syarikat korporat di Kota Medan menggunakan kaedah

keuntungan dalam perakaunan zakat masing-masing. Tiga sektor yang terlibat ialah

sektor perkhidmatan seperti perbankan, perhotelan dan pengangkutan. Syarikat

tersebut ialah PT Bank Sumut Syariah, PT BPR Puduarta Insani, PT Garuda Plaza

Hotel, PT Garuda Transport dan Pesantren Al-Muchlishin.

Sebanyak tiga buah syarikat (37.5 peratus) lagi menggunakan kaedah modal

kerja dalam perakaunan zakat korporat mereka. Dua buah syarikat terlibat dalam

sektor perdagangan iaitu PT Garuda Citra Sarana dan Gelora Plaza dan sebuah

syarikat terlibat dalam sektor perkilangan iaitu PT Madju Medan Cipta.

PERAKAUNAN ZAKAT KORPORAT BERASASKAN KEUNTUNGAN

Majoriti ahli tafsir memberikan takrifan keuntungan adalah berpandukan surah al-

Baqarah ayat ke-16 yang bermaksud:

“Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak

beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”

(al-Baqarah, 2 : 16).

Imam al-Tabari (1968) misalnya berpendapat bahawa keuntungan daripada

peniagaan bermaksud pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada

nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian barangan tersebut. Sekiranya

nilai pertukaran itu kurang daripada harga beliannya maka ia dianggap rugi. Dalam

dunia perniagaan, keuntungan atau laba bermaksud perbezaan antara pendapatan

dengan perbelanjaan yang dapat direalisasi timbul daripada urusniaga untuk satu

tempoh kendalian atau operasi. Keuntungan merupakan angka yang penting dalam

penyata kewangan kerana dijadikan penilaian prestasi sesebuah syarikat korporat.

Bagi kalangan muzakkī korporat di Kota Medan, semua informan sependapat

menyatakan semua hasil sama ada daripada pendapatan kendalian dan pendapatan

tidak kendalian diwajibkan zakat6. Mereka juga bersetuju bahawa pendapatan tidak

halal perlu ditolak daripada pendapatan kendalian. Semua informan turut menyatakan

syarikat korporat mereka menolak perbelanjaan kendalian dan perbelanjaan bukan

kendalian daripada pendapatan. Namun terdapat tiga informan yang masih

6 Hasil ialah pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh

daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan. Hasil terbahagi kepada dua

iaitu partama, hasil kendalian iaitu pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti

utama sesuatu perniagaan. Contoh; klinik, dan firma audit - hasil daipada perkhidmatan yang diberi,

kedai jam - hasil diperolehi daripada hasil jualan jam. Kedua, hasil bukan kendalian ialah

pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu

perniagaan. Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung

pelupusan aset bukan semasa.

30

memperhitungkan belanja faedah bank sebagai tolakan pendapatan kerana mereka

belum memisahkan transaksi yang tidak patuh Syariah.

Keadaan ini dapatlah dirumuskan bahawa zakat korporat berasaskan kaedah

keuntungan tahunan masih belum seragam baik dalam mengiktirafkan pendapatan

wajib zakat mahupun dalam perbelanjaan kendalian dan perbelajaan bukan kendalian.

PERAKAUNAN ZAKAT KORPORAT BERASASKAN MODAL KERJA

Berdasarkan Kitab al-Amwal tulisan Maimun b. Mahran, zakat korporat di dikenakan

ke atas modal kerja. Modal kerja bermaksud aset semasa ditolak dengan liabiliti

semasa. Aset semasa ialah wang tunai atau aset lain yang mudah ditukarkan kepada

wang tunai, yang boleh dijual atau digunakan dalam pembuatan barang pada tempoh

yang terpanjang antara satu tahun perakaunan atau satu kitaran kendalian. Misalnya

pelaburan jangka pendek, akaun belum terima, inventori dan belanja bayar dahulu

Liabiliti semasa ialah tanggungan yang perlu dijelaskan dalam tempoh terpanjang

antara satu tempoh perakaunan atau satu kitaran kendalian.

Aset semasa syarikat korporat di Kota Medan adalah seperti dipamerkan

dalam Jadual 2. Aset semasa boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama,

tunai dan simpanan di bank; kedua, pelaburan jangka pendek; ketiga, akaun belum

terima; keempat, inventori atau stok barangan perniagaan; dan kelima, belanja bayar

dahulu.

Jadul 2: Aset Semasa, Liabiliti Semasa dan Kefarduan Zakat

Jadual 2 mempamerkan semua informan sepakat mengatakan bahawa wang

tunai dan wang tunai dalam akaun bank sama ada di bank konvensional mahupun

perbankan Syariah diwajibkan zakat. Begitu juga dengan simpanan di bank dalam

bentuk tabungan dan simpanan jangka pendek diwajibkan zakat tanpa mengambil kira

ia dibuat di bank Islam ataupun di bank konvensional.

Bagi pelaburan dalam bentuk instrumen kewangan, dapatan kajian

mempamerkan semua informan menyatakan bahawa instrumen kewangan yang tidak

berasaskan riba sahaja yang akan diwajibkan zakat ke atasnya. Walaupun korporat

tidak mempunyai akaun pelaburan, namun informan masih mengatakan bahawa

instrumen kewangan yang berasaskan riba merupakan pelaburan yang diharamkan.

Bil. Aset, Liabiliti, Inventori Item Zakat 1. Aset Semasa tunai dan simpanan di bank

instrumen kewangan akaun belum terima Inventori belanja bayar dulu

wajib wajib yang halal wajib wajib inventori siap wajib

2. Liabiliti Semasa perdagangan bukan perdagangan

wajib wajib

3. Inventori inventori atau barangan siap Penyata kewangan

31

Dengan kata lain, instrumen tersebut merupakan harta haram. Harta haram tidak

diwajibkan zakat.

Dapatan kajian mempamerkan semua informan mewajibkan zakat ke atas

semua akaun belum terima baik yang berasal daripada akaun belum terima

perdagangan atau operasi mahupun akuan belum terima bukan perdagangan. Akauan

belum terima ini adalah akaun belum terima bersih setelah ditolak peruntukan hutang

ragu. Kedua-dua jenis akaun belum terima ini diwajibkan zakat kerana memenuhi

syarat milik sempurna dan boleh dipungut balik daripada pihak yang berhutang.

Dapatan kajian turut mempamerkan enam informan (75 peratus) yang

menyatakan zakat hanya diwajibkan ke atas inventori atau barangan siap. Dua orang

informan (25 peratus) menyatakan bahawa zakat diwajibkan ke atas semua barangan

perniagaan sama ada barangan siap, separa siap mahupun stok bahan mentah.

Berdasarkan dapatan kajian lapangan mempamerkan bahawa semua informan

menyatakan bahawa akaun bayar dahulu masih dikira menjadi komponen aset semasa.

Mestinya akaun bayar dahulu bukan aset wajib zakat dan tidak dikenakan zakat,

kerana akaun bayar dahulu pada waktunya akan menerima layanan perkhidmatan

yang diharapkan.

Dapatan kajian mempamerkan semua informan menyatakan semua liabliti

semasa boleh ditolak daripada aset semasa ketika membuat taksiran zakat korporat7.

Namun perlu dipastikan liabiliti yang berkaitan dengan faedah bank tidak termasuk ke

dalam liabiliti semasa yang boleh ditolak daripada aset semasa.

Untuk penilaian inventori atau barangan perniagaan, hanya seorang informan

(33 peratus) yang berpendapat kaedah menilai barangan pernigaan boleh dibuat

berdasarkan sama ada nilai kos, nilai pasaran, nilai saksama, nilai dalam penyata

kewangan ataupun nilai kos penggantian. Informan tersebut iaitu PT. Madju Medan

Cipta manakala dua orang informan (67 peratus) menyatakan bahawa penilaian

barangan perniagaan adalah berdasarkan kepada nilai dalam penyata kewangan.

Dapatan kajian ini terhadap kaedah perakaunan zakat korporat di Kota Medan

dapatlah dirumuskan bahawa masih terdapat perbezaan dalam kalangan syarikat

korporat ketika menentukan aset semasa yang diwajibkan zakat dan liabiliti semasa

yang dikecualikan zakat.

7 Liabiliti semasa pula boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu liabiliti perdagangan dan liabiliti

bukan perdagangan. Liabiliti perdagangan ialah liabiliti yang wujud hasil daripada belian barang

atau perkhidmatan, semasa menjalankan aktiviti biasa perniagaan. Liabiliti bukan perdagangan pula

ialah liabiliti untuk menjelaskan sejumlah wang yang jumlahnya tetap, tanpa bergantung pada harga

barang atau perkhidmatan pada masa yang akan datang. Liabiliti bukan perdagangan ini seperti bon

belum bayar, nota belum bayar, dan akaun belum bayar.

32

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis ke atas dapatan kajian lapangan yang telah dilaksanakan, maka

beberapa kesimpulan berikut boleh dibuat. Pertama, terdapat dua kaedah perakaunan

zakat korporat yang diamalkan oleh muzakkī di kota Medan, Indonesia. Kaedah

tersebut iaitu kaedah modal kerja dan kaedah keuntungan tahunan. Namun begitu,

masih wujud ketidakseragaman dalam mengiktiraf aset semasa yang dikenakan zakat

walaupun pada korporat yang mengamalkan kaedah modal kerja.

Oleb sebab itu, maka satu kaedah yang seragam perlu dibentuk untuk

diamalkan oleh semua korporat di Indonesia. Hal ini sebenarnya telah dibangkitkan

oleh beberapa penyelidik sebelum ini. Majelis Ulama Indonesia oleh itu boleh bekerja

sama dengan Badan Amil Zakat Nasional untuk mengeluarkan satu fatwa secepat

mungkin tentang perakaunan zakat korporat di Indonesia.

Pihak berkuasa seperti Ikatan Akuntan Indonesia perlu mengambil langkah

untuk membuat standard penyata penyata kewangan untuk taksiran zakat yang sesuai

untuk diamalkan. Antara lain ialah nota yang mengandungi ringkasan dasar

perakaunan yang signifikan dan nota penjelasan lain bagi menyatakan pendapatan

non-halal dan perbelanjaan yang tidak berkait dengan operasi dikeluarkan daripada

penyata kewangan. Apabila penyata kewangan sudah diselaraskan, usaha seterusnya

ialah melatih para pegawai korporat untuk memahami penyata kewangan

dimaksudkan.

Pendedahan tentang zakat korporat secara umumnya kepada masyarakat dan

khususnya kepada korporat boleh dibuat. Hal ini kerana potensi zakat korporat di

Indonesia adalah sangat besar. Malah muzakkī korporat boleh mengambil inisiatif

membuat taksiran sendiri mengenai nilai zakat yang perlu dibayar terhadap syarikat

korporat masing-masing.

RUJUKAN

Abdullah Ibrahim. (1997). Zakat: Beberapa masalah semasa dan penyelesaiannya.

Kelantan: Pustaka Reka.

Abu Dawud Sulaiman Ibn al-Aash'ath al-Azdi. (1984). Terj. Ahmad Hasan. Sunan

Abu Dawud. Vol. II. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.

Abu Jaafar Ibn Jarir al-Tabari (1968). Jami’ al-Bayan an Ta’wil al-Quran. Mesir:

Mustafa al-Babi al-Halabi,

Abu Ubayd al-Qasim b. Salam. (1991). Terj. Noor Mohammad Ghiffari, Kitab al-

Amwal. Islamabad: Pakistan Hijra Council.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI).

(1996). Accounting and Auditing Standards for Islamic Financial Institutions.

Bahrain: Accounting and Auditing Organization For Islamic Financial

Institutions.

33

Clarke, F., Craig, R. and Hamid, S. (1996). Physical Asset Valuation and Zakat,

International Accounting. Vol. 9.

El-Badawi, M.H. and S.M. Al-Sultan. (1992). Net Working Capital versus Net

Owner's Equity Approaches to Computing Zakatable Amount: A Conceptual

Comparison and Application. The American Journal of Islamic Social

Sciences. Vol. 9. No. 1.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). (2001). Manual Pengurusan Pengiraan

Zakat. Putrajaya: Jabatan Wakaf. Zakat dan Haji.

Mohammad Taqiuddin Mohamad. Joni Tamkin Borhan. Mohd Sollehudin Shuib.

Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad. (2012). Analisis Kaedah Pengukuran

Untung (Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam. Jurnal Teknologi. Vol. 59.

No. 1.

Mohammed Obaidullah. (2016). Revisiting estimation methods of business zakat and

related tax incentives. Journal of Islamic Accounting and Business Research.

Vol. 7. Issue: 4.

Muhammad Khalid Masud. (1977). slami L al hil s hy A Stu y f A s āq

al-Shā i ī's Life and Thought. New Delhi: International Islamic Publisher.

Yusuf al-Qaradawi. (1999). Fiqh az-Zakat: A Comparative Study. Terj. Monzer Kahf.

London: Dar Al Taqwa Ltd.

Zahri Hamat. (2011). Perubahan Dalam Perakaunan Zakat di Malaysia. Jurnal

Pengurusan JAWHAR. Vol. 5. No. 11.

Zahri Hamat. (2014). Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zahri Hamat. Nor Malina Malek. Khoo Suet Leng. Parthiban. dan Aiman Syazwan

Husain. (2014). An Exploratory Study on Working Capital Management

Among Petty Traders in Kuala Nerang. Kedah. Journal of Human Capital

Development. Vol. 7. No. 2.

Bab 4 PERAKAUNAN ZAKAT PERTANIAN DI MALAYSIA: ANALISIS

DARI PERSPEKTIF CENDEKIAWAN ISLAM KLASIK DAN

KONTEMPORARI

Mohd Shukri Hanapii & Zahri Hamat

ii

iPensyarah Kanan, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

(USM), Pulau Pinang. [email protected] / [email protected]. iPensyarah Kanan, Bahagian Perancangan Pengurusan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains

Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. [email protected].

Abstrak Terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat pertanian di Malaysia pada ketika ini. Ada

beberapa negeri yang mengenakan zakat ke atas hasil kasar (HK) tanpa menolak kos tanaman

(KT) dan kos sara hidup (KSH); ada pula beberapa negeri yang mengenakan zakat ke atas

hasil bersih (HB) setelah ditolak KT sahaja atau ditolak kedua-dua kos iaitu KT dan KSH

daripada HK. Persoalannya, kenapakah ada negeri yang membenarkan KT ditolak daripada

HK sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan

KT tersebut ditolak daripada HK? Kenapakah pula ada negeri yang bukan sahaja

membenarkan penolakan KT, malah turut ditolak juga KSH? Apakah pandangan

cendekiawan Islam klasik dan kontemporari berhubung perkara ini? Berdasarkan isu inilah,

kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis perakaunan zakat pertanian

komersial di Malaysia sama ada ia patut dikenakan ke atas HK atau HB. Penganalisisan ini

dibuat berdasarkan pandangan cendekiawan Islam klasik dan kontemporari. Hasilnya, artikel

ini mendapati sebahagian besar negeri di Malaysia mengenakan zakat pertanian ke atas HK

tanpa menolak sebarang kos, kecuali empat buah negeri, iaitu Perlis, Pulau Pinang, Sarawak

dan Sabah. Sabah dan Sarawak mengenakan zakat pertanian ke atas HB setelah ditolak KT

daripada HK, manakala Perlis dan Pulau Pinang bukan sahaja membenarkan penolakan KT,

malah turut ditolak KSH daripada HK.

Kata Kunci: Perakaunan, Zakat pertanian, Hasil kasar, Hasil bersih.

PENGENALAN

Zakat pertanian merupakan salah satu daripada zakat mal (harta). Menurut pegangan

Mazhab al-Syafi‘iy, zakat pertanian hanya diwajibkan terhadap hasil pertanian yang

dikategorikan sebagai makanan asasi yang mengenyangkan setelah cukup nisab.

Makanan asasi yang mengeyangkan itu pula terdiri daripada biji-bijirin yang tahan

lama jika disimpan seperti padi atau beras, kurma, jagung, gandum dan sebagainya

(Muhammad Arsyad al-Banjari, 2008:531). Bagi penduduk Malaysia, makanan asasi

mereka ialah nasi. Nasi pula dihasilkan daripada padi. Maka hasil pertanian yang

diwajibkan zakat bagi umat Islam di Malaysia ialah padi.

Realiti zakat pertanian di Malaysia pada ketika ini mempunyai pelbagai

kaedah perakaunan. Ada negeri yang mengenakan zakat ke atas hasil kasar (HK)

36

tanpa menolak kos tanaman (KT)1 dan kos sara hidup (KSH)

2; ada pula negeri yang

mengenakan zakat ke atas hasil bersih (HB) setelah ditolak KT sahaja atau ditolak

kedua-dua kos iaitu KT dan KSH daripada HK. Persoalannya, kenapakah ada negeri

yang membenarkan KT ditolak daripada HK sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh

majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan KT tersebut ditolak daripada HK?

Kenapakah pula ada negeri yang bukan sahaja membenarkan penolakan KT, malah

turut ditolak juga KSH? Apakah pandangan cendekiawan Islam klasik dan

kontemporari berhubung perkara ini?

Bagi menjawab semua persoalan tersebut, kajian ini dilakukan bagi mencapai

dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah perakaunan zakat pertanian di

Malaysia; dan kedua, menganalisis perakaunan zakat pertanian di Malaysia sama ada

ia patut dikenakan ke atas HK atau HB berdasarkan pandangan cendekiawan Islam

klasik dan kontemporari.

Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, kajian kualitatif ini melibatkan data

primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui temu bual tidak berstruktur

dengan lima orang informan. Pertama, Mohd Nazim Mohd Noor, Pengurus Baitulmal,

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) yang dipilih mewakili

negeri yang mengenakan zakat terhadap HB setelah ditolak KT dan KSH; kedua,

Mohd Fahmi Salleh Hilmi, Penolong Pegawai Zakat, Jabatan Zakat Kedah yang

dipilih mewakili negeri yang mengenakan zakat terhadap HK dengan kadar 5 peratus

atau 10 peratus; ketiga, Azhari Ahmad, Eksekutif Zakat, Zakat Pulau Pinang yang

dipilih mewakili negeri yang mengenakan zakat terhadap HB setelah ditolak KT dan

KSH; keempat, Mohd. Latif Tolib, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam

dan Adat Melayu Perak (MAIPs) yang dipilih mewakili negeri yang mengenakan

zakat terhadap HK dengan kadar 5 peratus; dan kelima, Dr. Tabrani Lateh (Wisoot

Lateh), Ketua Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Luar Negeri, Majlis Agama Islam

Songkla; Pengarah, Pejabat Syaikhul Islam dan Pusat Penyelarasan Hal Ehwal Islam

Wilayah Selatan Thailand, serta Imam Besar dan Ketua Komuniti Ban Nua, Hatyai

Thailand yang dipilih mewakili negara minoriti Muslim. Data sekunder pula diperoleh

melalui kajian perpustakaan.

Kesemua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara

umumnya, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada enam bahagian.

Pertama, membincangkan kaedah perakaunan zakat pertanian negeri-negeri di

Malaysia; kedua, membincangkan pandangan cendekiawan Islam klasik dan

kontemporari terhadap kaedah perakaunan zakat pertanian; ketiga, membincangkan

1 Kos tanaman (KT) disebut juga sebagai kos pengeluaran. Ia merangkumi segala kos modal

penanaman padi seperti kos sewa tanah (jika disewa), membajak dan menanam, baja, racun

serangga, upah menuai, dan upah pengangkutan. 2 Kos sara hidup (KSH) disebut juga sebagai kos sara diri. Ia merangkumi segala kos keperluan asasi

seperti perbelanjaan diri sendiri, pemberian kepada isteri, nafkah anak, pemberian kepada ibu bapa,

perubatan, dan hutang daruriyyah (kenderaan dan rumah).

37

pandangan informan terhadap kaedah perakaunan zakat pertanian; keempat,

menganalisis kaedah perakaunan zakat pertanian di Malaysia berdasarkan pandangan

cendekiawan klasik dan kontemporari; kelima, contoh pengiraan zakat pertanian ke

atas HB; dan keenam, rumusan dan cadangan.

DEFINISI OPERASI

Bagi memudahkan perbincangan dalam kajian ini, dua konsep penting diberikan

definisi secara operasi yang digunakan. Konsep pertama ialah zakat; dan konsep

kedua ialah perakaunan zakat hasil pertanian.

a) Zakat

Secara etimologi zakat bermaksud pertambahan (nammu), penyucian (zakka) dan

keberkatan (barakah). Dari segi terminologi pula, zakat bermaksud mengeluarkan

harta tertentu dengan kadar tentu kepada golongan yang berhak menerimanya (asnaf)

(al-Qaradawi, 1969:34). Selain itu, zakat juga bermaksud hak yang wajib dikeluarkan

daripada harta yang telah ditetapkan oleh syariat. Maksud zakat ini telah diperincikan

lagi oleh Mujaini Tarimin (1999:5) sebagai penyerahan wajib sebahagian harta

kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang

bertauliah bagi mencari keredaan Allah SWT, penyucian diri dan harta untuk

membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat3 yang ditentukan oleh syarak.

Berdasarkan definisi istilah zakat yang dikemukakan ini, Zahri Hamat (2013:16)

menyimpulkan bahawa zakat mempunyai tiga konotasi. Pertama, zakat dari segi

bahasa yang bermaksud penyucian atau pembersihan daripada kekotoran; kedua,

zakat dari segi agama bermaksud penyucian kerohanian; dan ketiga, zakat dari segi

perundangan yang bermaksud pemindahan hal milik harta tertentu kepada individu

tertentu.

b) Perakaunan Zakat Hasil Pertanian

Perakaunan zakat atau dalam Bahasa Arab muhasabah al-zakah bermaksud satu

bidang ilmu perakaunan untuk menentukan dan menilai harta yang diwajibkan zakat,

menentukan kadarnya, membuat taksiran zakat yang dikenakan, memungut dan

mengagihkan harta zakat yang dipungut kepada penerima zakat berdasarkan syarat-

syarat dan kedah yang ditetapkan oleh syarak (Syahatah, 2003:194). Menurut Zahri

Hamat (2013:16), proses perakaunan zakat melibatkan lima tahap. Pertama,

3 Sesuatu hasil tanaman itu wajib dikeluarkan zakat apabila ia telah memenuhi syarat-syarat yang

telah ditetapkan, iaitu Islam, merdeka, cukup nisab, milik sempurna dan hasil tanaman manusia.

Walau bagaimanapun, zakat pertanian tidaklah disyaratkan haul (genap tempoh setahun), tetapi ia

hendaklah dikeluarkan sebaik sahaja hasilnya dituai. Hal ini berdasarkan ayat 141 daripada Surah

al-An‘am (6) yang menjelaskan hasil pertanian wajib keluarkan zakatnya pada hari ia dituai atau

dipetik. Penuaian ini mestilah selepas biji-bijian itu matang dan keras. Tidak disyaratkan semuanya

matang, bahkan cukup dengan matang sebahagiannya maka dianggap matang semuanya.

Disyaratkan nampak matang pada tanaman kerana sebelum keadaan tersebut ia tidak dianggap

sebagai makanan asasi dan tidak sesuai untuk disimpan kerana berkemungkinan mudah rosak.

38

menentukan harta-harta yang diwajibkan zakat; kedua, menilai harta-harta yang

diwajibkan zakat; ketiga, menentukan kadar zakat yang sesuai; keempat,

mengagihkan hasil pungutan zakat kepada penerima zakat; dan kelima, menyediakan

laporan kepada pihak berkuasa tentang pungutan dan agihan zakat4. Definisi

perakaunan zakat hasil pertanian yang digunakan dalam artikel ini ialah proses

mengenal pasti ciri-ciri harta atau hasil pertanian yang diwajibkan zakat, menentukan

syarat-syarat hasil pertanian yang diwajibkan zakat, memastikan kadar zakat yang

dikenakan dan kemudian membuat taksiran zakat terhadap harta tersebut.

KAEDAH PERAKAUNAN ZAKAT PERTANIAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat pertanian yang diamalkan

pada ketika ini. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Perakaunan Zakat Pertanian di Malaysia

Bil. Negeri

Perakaunan Zakat Pertanian di Malaysia

Kategori Zakat Terhadap

HK Kategori Zakat Terhadap

HB

Zakat

dikenakan

Terhadap

HK

Dengan

Kadar 5%

Zakat

dikenakan

Terhadap HK

Dengan

Kadar 5% &

10%

Zakat

dikenakan

Sebanyak

10%

Terhadap HB

Setelah

ditolak KT

daripada HK

Zakat

dikenakan

Sebanyak 10%

Terhadap HB

Setelah ditolak

KT & KSH

daripada HK

1 Perlis

2 Kedah

3 Pulau Pinang

4 Perak

5 Wilayah Persekutuan

6 Selangor

7 Kelantan

8 Terengganu

9 Pahang

10 Negeri Sembilan

11 Melaka

12 Johor

13 Sarawak

14 Sabah Jumlah / Peratus 2 (14%) 8 (58%) 2 (14%) 2 (14%)

4 Perbincangan dalam artikel ini hanya tertumpu kepada tahap pertama, kedua dan ketiga. Aspek

pungutan dan laporan pengagihan zakat hasil pertanian tidak dibincangkan dalam artikel ini.

39

Nota: Diolah daripada maklumat perakaunan zakat pertanian yang terdapat dalam laman sesawang

pusat-pusat zakat mengikut negeri dan temu bual yang dijalankan.

Jadual 1 mempamerkan kepelbagaian kaedah perakaunan zakat pertanian yang

diamalkan di Malaysia pada ketika ini. Secara umumnya, ia boleh dibahagikan kepada

dua kategori. Pertama, zakat pertanian dikenakan ke atas HK tanpa menolak KT dan

KSH, tetapi diberi pengurangan kadar zakat sebanyak 5 peratus; dan kedua, zakat

pertanian dikenakan ke atas HB dengan kadar 10 peratus setelah ditolak KT sahaja

atau ditolak kedua-dua kos iaitu KT dan KSH daripada HK.

Setiap kategori ini, masing-masing dipecahkan pula kepada dua kaedah

perakaunan zakat pertanian. Dua kaedah perakaunan zakat pertanian bagi kategori

pertama ialah pertama, zakat pertanian dikenakan terhadap HK dengan kadar 5

peratus; kedua, zakat pertanian dikenakan terhadap HK dengan kadar 5 peratus atau

10 peratus. Manakala dua kaedah perakaunan zakat pertanian bagi kategori kedua

ialah pertama, zakat pertanian dikenakan terhadap HB dengan kadar 10 peratus

setelah ditolak KT; dan kedua, zakat pertanian dikenakan terhadap HB dengan kadar

10 peratus setelah ditolak KT dan KSH.

Terdapat dua buah negeri (14%) iaitu Perak dan Selangor yang mengenakan

zakat pertanian terhadap HK dengan kadar 5 peratus; 8 buah negeri (58%) iaitu

Kedah, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan,

Melaka dan Johor yang mengenakan zakat pertanian terhadap HK dengan kadar 5

peratus atau 10 peratus; dua buah negeri (14%) iaitu Sarawak dan Sabah yang

mengenakan zakat pertanian terhadap HB dengan kadar 10% setelah ditolak KT; dan

dua buah negeri (14%) iaitu Perlis dan Pulau Pinang yang mengenakan zakat

pertanian terhadap HB dengan kadar 10 peratus setelah ditolak KT dan KSH.

Jelas di sini bahawa hanya Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang

mengenakan zakat pertanian terhadap HB sebanyak 10 peratus. Daripada empat buah

negeri ini, dua buah negeri iaitu Sarawak dan Sabah menolak KT daripada HK dalam

perakaunan zakat pertanian mereka (Pusat Zakat Sabah, 2014; Tabung Baitulmal

Sarawak, 2014), manakala Pulau Pinang dan Perlis mengenakan zakat pertanian

terhadap HB setelah ditolak KT dan KSH (Mohd Nazim Mohd Noor, 2014; Azhari

Ahmad, 2014).

Sebenarnya, perakaunan zakat pertanian di Sarawak dan Sabah adalah

berpandukan Manual Pengurusan Pengiraan Zakat yang dikeluarkan oleh Jabatan

Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2008:46), iaitu perakaunan zakat pertanian

dibuat dengan menolak KT daripada HK. Hal ini berbeza dengan perakaunan zakat

pertanian di Perlis dan Pulau Pinang yang bukan sahaja menuruti Manual Pengurusan

Pengiraan Zakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

(2008:46), malah lebih daripada itu kerana selain menolak KT, mereka juga menolak

KSH daripada HK.

Perlis mengamalkan perakaunan zakat pertanian dengan menolak KT dan

KSH daripada HK. HB daripada penolakan itu dikenakan zakat dengan kadar 10

40

peratus (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, 2001:16-20). Menurut

Mohd Nazim Mohd Noor (2014), perkara ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa

Negeri Perlis. Lagipun, dalam Undang-Undang Tubuh Negeri telah dinyatakan

bahawa Perlis tidak terikat dengan sebarang mazhab dalam pengamalan hal-hal

keagamaan. Jelas di sini bahawa Perlis boleh berbeza dalam perakaunan zakat

pertanian kerana mereka tidak terikat dengan sesuatu mazhab tertentu dalam

pengamalan soal agama.

Begitu juga dengan Pulau Pinang yang mengenakan zakat pertanian terhadap

HB dengan kadar zakat 10 peratus setelah ditolak KT dan KSH. Menurut Azhari

Ahmad (2014), penolakan KT dan KSH ini adalah untuk memberi keadilan kepada

semua pihak. Hal ini lebih-lebih lagi KT dan KSH yang kian meningkat dan

kebanyakan petani pula bergantung kepada sumber pendapatan daripada padi semata-

mata. Demikianlah antara pertimbangan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri

Pulau Pinang.

PANDANGAN CENDEKIAWAN ISLAM KLASIK DAN KONTEMPORARI

TERHADAP KAEDAH PERAKAUNAN ZAKAT PERTANIAN

Perbincangan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, perbincangan tentang

pandangan cendekiawan Islam klasik dan kontemporari terhadap KT; dan kedua,

perbincangan tentang pandangan cendekiawan Islam klasik dan kontemporari

terhadap KSH.

a) Pandangan Cendekiawan Islam Klasik dan Kontemporari Terhadap Kos

Tanaman

Cendekiawan Islam klasik dan kontemporari mempunyai pelbagai pandangan

mengenai KT. Semua pandangan ini dapat dikelompokkan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah pandangan yang tidak membenarkan KT ditolak daripada HK

dan zakat dikenakan ke atas HK, manakala bahagian kedua ialah pandangan yang

membenarkan KT ditolak daripada HK dan zakat dikenakan ke atas HB.

Cendekiawan Islam yang berpandangan zakat pertanian dikenakan ke atas HK

tanpa membenarkan penolakan KT ialah seperti al-Zuhayli (1989), al-Khin, al-Bugha

dan al-Syarbaji (2009), dan al-Nuri (2000). Menurut al-Zuhayli (1989:812), KT

mestilah ditanggung oleh para petani walaupun dibebani dengan kos sewaan tanah

atau tapak semaian. Nisab zakat dikira apabila mereka memperoleh hasil tanaman (al-

An‘am, 6:141)5. Dalam hal ini, tidak dibenarkan penolakan KT daripada HK kerana

5 Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-

kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan

tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang

bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah daripada buahnya

ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan

janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya

Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau”.

41

tiada nas yang menyatakan demikian. Nas yang ada hanyalah Hadith yang

menerangkan kadar pengeluaran zakat sebanyak 5 peratus atau 10 peratus berdasarkan

kaedah pengairan yang digunakan (Riwayat al-Bukhari, Hadith No. 1483). Al-Buhuti

(1999:274) memperincikan perkara ini dengan menyatakan kadar 10% dikenakan jika

pengairan yang sampai ke ladang tidak mengeluarkan modal yang banyak atau kerja

yang berat kerana beban pengairan menyebabkan tinggi rendahnya kadar tersebut.

Tanaman yang dikenakan zakat pada kadar 5 peratus ialah tanaman yang diairi

dengan bantuan binatang, kincir air, jentera dan sebagainya6. Oleh itu, berdasarkan

zahir Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Majah sebelum ini, tiada

penolakan KT dilakukan, tetapi pengurangan kadar sahaja.

Al-Khin, al-Bugha dan al-Syarbaji (2009) dan al-Nuri (2000) bersependapat

dengan al-Zuhayli (1989) tidak membenarkan penolakan KT daripada HK ketika

hendak mengeluarkan zakat pertanian. Meskipun tiada penolakan KT daripada HK,

namun pengurangan kadar zakat bergantung kepada jenis pengairan jelas dibenarkan

syarak.

Bagi para cendekiawan Islam yang berpandangan zakat pertanian dikenakan

ke atas HB setelah ditolak KT pula ialah seperti Abu Ubayd (1988), Sabiq (2009), al-

Qaradawi (2003), ‘Atiyyah (1988), Syahatah (2001), Abu Nasir (2010), Tabrani Lateh

(2015).

Menurut Abu ‘Ubayd (1988), kos yang ada kaitan dengan pertanian boleh

ditolak daripada hasil tuaian kerana KT ini merupakan satu bebanan yang ditanggung

oleh petani. Pandangan Abu ‘Ubayd (1988) ini berdasarkan satu peristiwa yang

diriwayatkan oleh Jabir bin Zaid r.a mengenai tindakan seorang lelaki yang telah

berhutang dan menggunakan wang hasil hutangnya untuk perbelanjaan keluarga dan

ladangnya. Bagi menjelaskan perkara ini, Jabir bin Zaid r.a merujuk kepada

pandangan Ibn ‘Abbas r.a. dan Ibn ‘Umar r.a. seperti berikut:

“Ibn ‘Abbas r.a berpandangan bahawa lelaki itu boleh membelanjakan

hutangnya itu untuk ladangnya. Ibn ‘Umar r.a. pula berpendapat orang itu

boleh membelanjakannya untuk ladang dan keluarganya”.

Abu ‘Ubayd (1988:611) menyatakan Ibn ‘Abbas r.a. dan Ibn ‘Umar r.a.

bersependapat bahawa zakat pertanian dikeluarkan setelah petani menolak hutang

yang dijadikan modal untuk kos mengusahakan sesuatu tanaman (KT). Oleh itu,

dapatlah disimpulkan bahawa adalah wajar menolak hutang KT sebelum dikenakan

zakat terhadap sesuatu tanaman berdasarkan pandangan Ibn ‘Abbas r.a. dan Ibn

‘Umar r.a.

6 Diriwayatkan daripada ‘Abd Allah bin ‘Amru r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud: Tanaman yang diairi oleh hujan, sungai-sungai dan mata air atau yang mendapat air

dari saliran (atau melalui akarnya) hendaklah dikeluarkan (zakatnya) sepersepuluh (1/10). Tanaman

yang diairi dengan unta pengangkut air atau dengan penimba, hendaklah dikeluarkan seperduapuluh

(1/20) (Riwayat al-Bukhari, Hadith No. 1483, Ibn Hajar, 1989:443).

42

Jelas di sini bahawa sekiranya seseorang petani itu berhutang untuk membeli

bahan input untuk penanaman padinya seperti berhutang untuk membeli baja, racun,

biji benih, upah menuai, membajak dan sebagainya, maka petani tersebut dibenarkan

menolak terlebih dahulu KT daripada HK. HB barulah dikenakan zakat. Amalan

perakaunan sebegini dipersetujui oleh al-Qaradawi (2003:419-425) melalui

pandangan beliau seperti berikut:

Pengiraan hutang bagi setiap pertanian yang diusahakan hendaklah

dilakukan. Setelah dikenal pasti jumlah hutang, ia hendaklah ditolak

daripada HK. Jika lebihan tolakan itu cukup nisab, ia dikenakan zakat

dengan kadar 10 peratus dan tidak diwajibkan zakat sekiranya tidak

mencukupi nisab. Sebenarnya, hutang KT itulah yang menghalang

kewajipan zakat.

Berdasarkan pandangan al-Qaradawi (2003) ini, sesuatu hasil pertanian

hendaklah ditaksir kos yang digunakan untuk mengusahakannya (KT). Setelah

dikenal pasti jumlah KT, ia hendaklah ditolak daripada HB. Jika cukup nisab, lebihan

daripada tolakan itu dikenakan zakat sebanyak 10 peratus. Berhubung tolakan KT

daripada HK ini, al-Qaradawi (2003:420) menyatakan KT perlu ditolak terlebih

dahulu kerana ia merupakan bebanan bagi para petani. Pandangan al-Qaradawi (2003)

ini bersandarkan pandangan Ahmad bin Hanbal r.a. berikut:

“Sesiapa yang memerlukan perbelanjaan untuk tanaman dan keluarganya,

maka lakukan taksiran ke atas perbelanjaan pertaniannya dan bukan ke atas

perbelanjaan keluarganya kerana perbelanjaan pertanian adalah sebahagian

daripada beban yang ditanggung dalam mengusahakan sesuatu pertanian”.

Selain bersandarkan pandangan Ahmad bin Hanbal r.a., al-Qaradawi (2003)

turut mengemukakan tiga hujah KT perlu ditolak daripada HK terlebih dahulu.

Ketiga-tiga hujah beliau adalah seperti berikut:

1. Bebanan dan kos merupakan faktor yang memberi kesan dalam hukum. Kadar

pengeluaran zakat berbeza disebabkan adanya bebanan dan kos. Contohnya,

bagi pengairan yang memerlukan peralatan atau tenaga manusia kadar

pengeluaran zakat ialah 5 peratus sahaja.

2. Bagi zakat binatang ternakan pula, sekiranya penternak perlu mencari

makanan untuk binatang ternakannya sepanjang tahun, maka binatang

ternakan tersebut tidak dikenakan zakat ternakan. Jika diqiaskan perkara ini

dengan zakat padi, maka wajarlah KT itu tidak dikenakan zakat.

3. Zakat diwajibkan kerana adanya pertumbuhan. Apabila adanya pertumbuhan

ini bererti wujud pertambahan. Dalam konteks ini, pertambahan tidak

mewujudkan kekayaan kerana KT juga besar.

Pandangan al-Qaradawi (1969) ini dikuatkan dengan pandangan ‘Atiyyah

(1988), Syahatah (2001), Abu Nasir (2010), dan Tabrani Lateh (2015) yang

berpandangan KT terkait secara langsung dengan pertanian. Misalnya, kos pembelian

43

bahan kimia (racun dan baja), upah (tenaga kerja dan penghantaran), biji benih,

bayaran sewa tanah, cukai dan perbelanjaan pemulihan tanah.

Dalam menyatakan pandangan berhubung KT ini, Syahatah (2001)

bersandarkan ketetapan yang dibuat oleh al-Hay’ah al-Syar‘iyyah al-‘Alamiyyah li al-

Zakah (Pertubuhan Zakat Sedunia) bahawa kos yang dibenarkan untuk tolakan itu

adalah kos yang ada kaitan dengan perbelanjaan pertanian, tanpa membenarkan

penolakan perbelanjaan yang tiada kaitan dengan pertanian.

Berdasarkan pandangan cendekiawan Islam yang membenarkan penolakan KT

dapat disimpulkan bahawa KT dibenarkan ditolak daripada HK pertanian. Pandangan

ini selari dengan athar yang diriwayatkan oleh Jabir bin Zaid bahawa Ibn Umar r.a.

dan Ibn ‘Abbas r.a. yang membenarkan penolakan hutang atau perbelanjaan terhadap

pertanian, kemudian lebihan daripada hasil pertanian barulah dikeluarkan zakat.

Oleh itu, Abu ‘Ubayd (1981), Sabiq (2009), ‘Atiyyah (1988), Syahatah

(2001), al-Qaradawi (2003), Abu Nasir (2010), dan Tabrani Lateh (2015) berijtihad

bahawa setiap kos berhubung peralatan pertanian, jentera, perbelanjaan dan upah

pekerja merupakan beban seperti pengairan yang perlu dikurangkan kadar zakat.

Namun begitu, apabila keseluruhan kos yang dinyatakan sebelum ini ditolak daripada

hasil pertanian, maka ketetapan hukum asal yang menjelaskan pertanian yang tiada

bebanan dikenakan 10 peratus kadar zakat pertanian diambil kira.

Peningkatan KT adalah faktor utama para ulama berijtihad menolak KT

daripada HK. KT pada ketika ini berbeza dengan KT pada suatu masa dahulu yang

bergantung kepada air sahaja dan tidak memerlukan peralatan pertanian, upah pekerja,

baja dan racun. Hal ini sudah pasti tidak melibatkan kos yang banyak seperti

sekarang.

Sebaliknya, pendapat cendekiawan Islam yang tidak membenarkan penolakan

KT masih terikat dengan kefahaman Hadith secara zahir. Pada hakikatnya Hadith

riwayat al-Bukhari (Hadith No. 1483) sebelum ini adalah berbentuk umum. Sekiranya

dahulu pertanian memerlukan air sahaja, maka kaedah perakaunan zakat dengan

mengurangkan kadar zakat kepada 5 peratus. Namun apabila kaedah pertanian

berubah, maka KT meningkat hampir satu pertiga daripada modal yang menyebabkan

kaedah penolakan KT wajar dilakukan dalam perakaunan zakat pertanian semasa

(Syahatah, 2014).

Tambahan lagi, sifat pertanian dahulu adalah lebih kepada sara diri,

berbanding pertanian sekarang bersifat komersial yang memerlukan peralatan

sokongan seperti jentera membajak, mesin menuai, biji benih berkualiti tinggi, baja

dan racun yang sejajar dengan kemajuan teknologi kini. Namun di sebalik kesejajaran

tersebut sudah pasti KT meningkat sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada

petani jika berlakunya bencana alam yang merosakkan tanaman secara keseluruhan.

Berdasarkan pandangan cendekiawan Islam yang tidak membenarkan

penolakan KT daripada HK dapat disimpulkan bahawa pandangan ini dibuat

44

berdasarkan zahir Hadith yang diriwayatkan al-Bukhari (Hadith No. 1483) bahawa 10

peratus bagi pertanian yang diairi dengan air semula jadi dan 5 peratus untuk

pertanian yang diairi dengan daya usaha manusia7. Pandangan ini selari dengan

pandangan Imam al-Syafi‘i yang dijelaskan dalam Kitab al-Umm bahawa penolakan

hanya berkaitan dengan kaedah pengairan sahaja seperti yang dijelaskan dalam

Hadith sebelum ini.

b) Pandangan Cendekiawan Islam Klasik dan Kontemporari Terhadap Kos

Sara Hidup

Cendekiawan Islam klasik dan kontemporari mempunyai pelbagai pandangan

mengenai KSH. Semua pandangan ini dapat dikelompokkan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah pandangan yang tidak membenarkan KSH ditolak daripada

HK dan zakat dikenakan ke atas HK, manakala bahagian kedua ialah pandangan yang

membenarkan KSH ditolak daripada HK dan zakat dikenakan ke atas HB.

Para cendekiawan Islam yang berpandangan zakat pertanian dikenakan ke atas

HK tanpa membenarkan penolakan KSH ialah seperti ‘Atiyyah (1988:31), al-Khin,

al-Bugha dan al-Syarbaji (2009), al-Nuri (2000), Haykal (2007), dan Abu Nasir

(2010). Mereka berpandangan bahawa KSH bukanlah sebahagian beban atau kos

yang terlibat secara langsung dengan pertanian. Malah ia tidak dijelaskan dalam al-

Qur’an dan Hadith yang berkaitan zakat pertanian.

Pandangan mereka yang tidak membenarkan penolakan KSH ini adalah

berdasarkan zahir ayat al-Qur’an (al-An‘am, 6:141) yang memerintahkan agar zakat

dikeluarkan daripada hasil yang dituai. Selain ayat al-Qur’an, mereka juga

bersandarkan athar yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawa kos yang

terlibat dengan pertanian boleh ditolak dan zakat dikenakan ke atas lebihannya.

Dalam hal ini, KSH merupakan kos yang tidak terlibat secara langsung dengan

pertanian.

Abu ‘Ubayd (1988:611), Yahya Ibn Adam (t.t.:162) dan Ibn Qudamah

(1997:265) menyatakan walaupun Ibn ‘Abbas r.a. dan Ibn ‘Umar r.a. bersependapat

bahawa hutang yang digunakan untuk KT boleh ditolak terlebih dahulu sebelum

dikenakan zakat, tetapi mereka tidak bersependapat tentang hutang yang dibelanjakan

untuk KSH petani. Ibn ‘Umar r.a. sahaja yang berpendapat bahawa zakat dikira

setelah ditolak hutang KT dan KSH.

7 Diriwayatkan daripada ‘Abd Allah bin ‘Amru r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud, “Tanaman yang diairi oleh hujan, sungai-sungai dan mata air atau yang mendapat air

dari saliran (atau melalui akarnya) hendaklah dikeluarkan (zakatnya) sepersepuluh (1/10). Tanaman

yang diairi dengan unta pengangkut air atau dengan penimba, hendaklah dikeluarkan

seperduapuluh (1/20)” (Riwayat al-Bukhari, Hadis No. 1483, Ibn Hajar, 1989:443).

45

Bagi para ulama yang berpandangan zakat pertanian dikenakan ke atas HB

setelah ditolak KSH ialah seperti Abu Ubayd (1988), al-Qaradawi (2003), Syahatah

(2001), al-Syamum (2011), dan Tabrani Lateh (2015). Semua ulama ini bersepakat

membenarkan penolakan KSH daripada HK pertanian. Lebihan daripada keperluan

diri dan tanggungan barulah dikenakan zakat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT

yang bermaksud:

“Dan mereka bertanyakan kamu tentang perkara yang perlu di infak (zakat).

Katakanlah (perkara yang perlu diinfakkan itu adalah) lebihan (al-Baqarah,

2:219).

Menurut al-Tabari (1992:376-377), Ibn Kathir (1992:263) dan al-Qurtubi

(1993:41-42), keperluan diri dan tanggungan mestilah diutamakan sebelum

menggunakan harta untuk keperluan-keperluan lain. Jika terdapat lebihan barulah

dipenuhi segala keperluan tersebut. Al-Tabari (1992:376-377) bersandarkan

pandangan Ibn ‘Abbas r.a. bahawa al-awf merupakan lebihan daripada keperluan

keluarga. Pendapat yang sama turut dinyatakan oleh ‘Ata’, al-Hassan bin Yahya dan

al-Suddi. Hal ini berdasarkan Hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah

r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Berikanlah terlebih dahulu untuk kepentingan dirimu; apabila lebih

berikanlah untuk isterimu; apabila masih lebih berikanlah kepada keluarga

yang terdekat dengan mu; dan apabila masih lebih berikanlah kepada yang

lain-lain” (Riwayat Muslim No. Hadith No. 997)

Hadith ini menjelaskan kos untuk menyara kehidupan lebih diutamakan

sebelum dikeluarkan zakat ke atas sesuatu hasil pertanian. Sehubungan itu, KSH

wajar diambil kira dan perlu ditolak terlebih dahulu daripada HK sebelum dikenakan

zakat pertanian. Tambahan pula Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang

kesejahteraan sosial para petani. Mengikut amalan Rasulullah SAW, baginda meminta

supaya penaksir zakat menolak 1/3 atau 1/4 daripada hasil tanaman dan zakat ditaksir

berdasarkan 2/3 atau 3/4 daripada hasil tanaman. Hal ini sebagaimana yang

dilaporkan oleh Sahal bin Abu Hathrnah yang bermaksud:

“Apabila kamu membuat penaksiran hendaklah kamu ambil zakatnya dan

tinggalkan 1/3. Jika kamu tidak tinggalkan 1/3 hendaklah tinggalkan1/4”

(Abu ‘Ubayd, 1988:585).

Meskipun dibenarkan penolakan KSH daripada HK pertanian, Abu ‘Ubayd

(1981) menyatakan ia hanya terhad kepada keperluan daruriyyat berasaskan

pandangan Ibn ‘Abbas r.a, Ibn ‘Umar r.a, Ahmad Ibn Hanbal r.a dan lain-lain. Al-

Qaradawi (2003:421) mengatakan pandangan Abu ‘Ubayd (1981) ini adalah tepat.

Selain itu, Syahatah (2001:139-141) dan Tabrani Lateh (2015) menyatakan

penolakan KSH sangat diperlukan kerana taraf hidup sekarang yang semakin

meningkat. Disebabkan peningkatan itu, terdapat tiga pendapat ulama berhubung

penolakan KSH. Pertama, tidak dibenarkan penolakan KSH dan dikeluarkan zakat

46

daripada HK. Kedua, membenarkan penolakan KSH dan dikeluarkan zakat daripada

HB. Ketiga, membenarkan penolakan KSH, tetapi penolakan itu tidak melebihi 1/3

daripada perbelanjaan keperluan. Daripada tiga pendapat ini, pendapat kedua lebih

sesuai dipraktikkan dalam perakaunan zakat pertanian.

Di samping itu, seseorang yang dikenakan zakat merupakan golongan yang

sudah memenuhi keperluan sara hidupnya dan lebihan daripada keperluannya barulah

dikenakan zakat apabila mencapai nisab sesuatu harta itu. Justeru, KSH ini mesti

diambil kira sebagai tanggungan para petani yang merupakan ketua keluarga. Mereka

terpaksa menanggung nafkah keperluan harian, bulanan atau tahunan ahli keluarga

(Nor Aini Ali, 2013).

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah yang

paling sesuai untuk diamalkan dalam perakaunan zakat pertanian pada masa kini

adalah dengan membenarkan penolakan KSH daripada HK. Asas dalam pengeluaran

zakat harta ialah orang yang mengeluarkan zakat mestilah orang kaya kerana

penerima zakat terdiri daripada golongan fakir miskin. Hal ini berdasarkan amalan

pada zaman Rasulullah SAW, iaitu baginda telah memerintahkan supaya zakat

dipungut daripada orang kaya sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Ambillah daripada orang-orang kaya dan kembalikan kepada orang yang

miskin” (Riwayat al-Jama‘ah, Hadith No. 1531, al-Syawkani, 1996:431-

432).

Sebenarnya indikator kekayaan seorang petani itu tidak hanya dilihat pada

hasil tanamannya yang mencukupi kadar nisab tanpa mengambil kira sama ada

pendapatan daripada hasil pertaniannya mencukupi untuk keperluan perusahaan

pertanian dan perbelanjaan keluarganya. Oleh sebab nafkah adalah tanggungjawab

ketua keluarga, sudah tentu seseorang itu perlu menunaikan tanggungjawab tersebut

terlebih dahulu sebelum membelanjakan kekayaannya untuk perbelanjaan-

perbelanjaan lain (Riwayat Muslim, Hadith No. 997).

PANDANGAN INFORMAN TERHADAP KAEDAH PERAKAUNAN ZAKAT

PERTANIAN DI MALAYSIA

Perbincangan pandangan informan terhadap kaedah perakaunan zakat pertanian di

Malaysia dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, pandangan informan terhadap

zakat pertanian yang dikenakan ke atas HB setelah ditolak KT daripada HK; dan

kedua, pandangan informan terhadap zakat pertanian yang dikenakan ke atas HB

setelah ditolak KSH daripada HK. Perincian kedua-dua bahagian ini adalah seperti

berikut.

a) Pandangan Informan Terhadap Zakat Pertanian Yang Dikenakan Ke Atas

HB Setelah Ditolak KT Daripada HK

Berdasarkan hasil temu bual yang dijalankan ke atas empat informan, didapati

pandangan informan terhadap penolakan KT daripada HK terbahagi dua kumpulan.

47

Kumpulan pertama, tidak membenarkan penolakan KT daripada HK, manakala

kumpulan kedua, membenarkan penolakan KT daripada HK. Perkara ini digambarkan

dalam Jadual 2:

Jadual 2: Pembahagian Pandangan Informan Terhadap Penolakan KT

Bil Informan Negeri

Pandangan Tidak

Membenarkan

Penolakan KT

Membenarkan

Penolakan KT

1 Mohd Nazim Mohd Nor Perlis

2 Mohd Fahmi Salleh

Hilmi Kedah

3 Azhari Ahmad Pulau Pinang

4 Mohd Latiff Tolib Perak

Jadual 2 mempamerkan dua informan dari Kedah dan Perak yang tidak

membenarkan zakat pertanian dikenakan terhadap HB setelah ditolak KT. Manakala

dua informan lagi iaitu dari Perlis dan Pulau Pinang membenarkan zakat pertanian

dikenakan terhadap HB setelah ditolak KT. Kedua-dua kumpulan pandangan

informan ini masing-masing mempunyai alasan. Semua alasan mereka seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Pembahagian Pandangan Informan Terhadap Penolakan KT

Bil. Informan Negeri Pandangan

1 Mohd Nazim Mohd Nor

(2014) Perlis

Penolakan KT dibenarkan kerana bebanan yang

ditanggung oleh para petani dalam tanaman padi.

Dalam konteks Malaysia, tidak ada masalah tentang

pengairan berbanding keadaan pertanian di Tanah Arab

yang memerlukan kos pengairan. Sistem pengairan di

Malaysia adalah bersifat semulajadi yang tidak

memerlukan kos pengairan. Berdasarkan Hadith yang

menjelaskan tanaman yang diairi dan tidak diairi, jelas

bahawa bebanan pada ketika itu adalah air, manakala

bebanan pertanian moden adalah jentera, upah dan

bahan kimia. Oleh itu, membenarkan penolakan KT

adalah diqiaskan dengan beban yang ditanggung oleh

para petani yang terdapat dalam Hadith tentang

pengurangan kadar apabila pertanian itu diairi.

2 Mohd Fahmi Salleh Hilmi

(2014) Kedah

Tiada penolakan KT disebabkan berhati-hati dalam

melaksanakan kewajipan zakat dengan cara melebihkan

sukatan. Lagipun, ini adalah cara terbaik bagi mengatasi

penolakan yang tiada kaitan dengan pertanian. Jika

dibenarkan penolakan KT daripada HK pertanian, maka

para petani akan mengambil kesempatan dengan

menolak kos-kos sampingan. Oleh itu, mengekalkan

kaedah perakaunan yang lama adalah terbaik untuk

menentukan kadar selamat daripada kekurangan

menunaikan zakat pertanian.

3 Azhari Ahmad (2014) Pulau Majlis Fatwa Negeri mengeluarkan ijtihad

48

Pinang membenarkan penolakan KT bagi meringankan beban

kerana pertanian padi masa kini menggunakan peralatan

jentera, upah, baja dan racun bagi mengawal penyakit

serta binatang perosak. Hal ini secara tidak langsung

membantu petani meningkatkan hasil pertanian dan

menghasilkan modal kepada petani untuk menambah

baik kualiti pertanian mereka. Selain itu, penolakan KT

memberikan keadilan kepada para petani sekali

pembayar zakat.

4 Mohd Latiff Tolib (2014) Perak

Tiada penolakan KT, tetapi dikurangkan kadar zakat 5

peratus. Hal ini berdasarkan Hadith yang menjelaskan

pertanian yang dibebani dengan tanggungan dikenakan

zakat dengan kadar 5 peratus. Sifat padi adalah bijirin

yang berbeza dengan tamar kerana padi mempunyai

selaput kulit di luar. Hasil padi akan berkurangan

apabila kulit luarnya dibuang. Penetapan kadar 5

peratus membantu memudahkan para petani

mengeluarkan zakat padi kerana kebanyakan petani

tidak mempunya rekod aliran tunai yang dicatat bagi

melakukan taksiran dengan menolak KT.

Berdasarkan pandangan-pandangan informan terhadap penolakan KT daripada

HK dalam Jadual 3, didapati pandangan Mohd Nazim Mohd Nor (2014) dan Azhari

Ahmad (2014) bersetuju untuk membenarkan penolakan KT daripada HK kerana

banyak bebanan yang ditanggung oleh para petani dalam mengusahakan tanaman

mereka, khususnya tanaman padi. Mereka terpaksa menggunakan kos yang tinggi

untuk jentera membajak, upah, baja dan racun kawal penyakit serta binatang perosak.

Dalam hal ini, jelas Mohd Nazim Mohd Nor (2014) membenarkan penolakan

KT daripada HK berdasarkan kaedah qias, iaitu mengqiaskan KT dengan beban

pengairan tanaman yang ditanggung oleh para petani sehinggakan kadar zakat

pertanian dikurangkan sebanyak 5 peratus. Jelas di sini bahawa illah-Nya (alasannya)

adalah beban yang ditanggung oleh para petani. Kalau dahulu kadar zakat pertanian

dikurangkan kerana terdapat beban mengairi tanaman, begitu juga dengan zaman

sekarang para petani terpaksa menanggung beban KT yang tinggi untuk jentera

membajak, upah, baja dan racun kawal penyakit serta binatang perosak. Oleh sebab

beban yang ditanggung oleh para petani pada zaman moden ini lebih berat berbanding

beban mengairi tanaman yang ditanggung oleh para petani pada suatu ketika dahulu,

maka penolakan KT daripada HK amatlah wajar. Inilah yang dinamakan Qias al-

Awla8.

Dalam hal ini, Azhari Ahmad (2014) juga menggunakan kaedah qias selain

bersandarkan dua alasan yang lain iaitu pertama, terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh

8 Qiyas al-Awla ialah hukum furu‘ lebih kuat. Contoh, haram memukul ibu bapa (furu‘) diqiyaskan

kepada haram mengatakan “ah” (asal) kepada keduanya dengan ‘illah (alasan) menyakiti.

49

Majlis Fatwa Negeri (MFN) Pulau Pinang yang membenarkan penolakan KT

daripada HK bagi tujuan meringankan beban para petani kerana pertanian padi

sekarang menggunakan jentera membajak, upah, baja dan racun kawal penyakit serta

binatang perosak; dan kedua, untuk memberikan keadilan kepada para petani selaku

pembayar zakat.

Kalau Mohd Nazim Mohd Nor (2014) menggunakan Qias Awla, Azhari

Ahmad (2014) pula menggunakan Qias al-Musawi iaitu ‘illah bagi hukum asal dan

cabangan adalah sama. Dalam hal ini, Azhari Ahmad (2014) membenarkan penolakan

KT kerana mengqias kepada zakat pendapatan yang menolak kos-kos harian bulanan

dan tahunan. Sedangkan zakat pendapatan adalah zakat mustangilat yang wujud

daripada qias zakat pertanian. Oleh sebab itu, Azhari Ahmad (2014) mencadangkan

supaya kaedah yang sama seharusnya digunakan dalam zakat pertanian.

Bagi dua informan lain iaitu Mohd Fahmi Salleh Hilmi (2014) dan Mohd

Latiff Tolib (2014), mereka tidak membenarkan penolakan KT daripada HK. Mohd

Fahmi Salleh Hilmi (2014) berhujah dengan mengekalkan kaedah perakaunan zakat

pertanian yang lama adalah amat baik untuk menentukan kadar selamat daripada

kekurangan dalam menunaikan zakat pertanian. Begitu juga dengan pandangan Mohd

Latiff Tolib (2014) yang tidak membenarkan penolakan KT daripada HK, tetapi

sekadar mengurangkan kadar zakat sebanyak 5 peratus apabila wujud bebanan.

Menurut Syahatah (2001:139), amalan perakaunan zakat pertanian sebegini adalah

selari dengan amalan perakaunan zakat pertanian yang diamalkan oleh ulama silam

dan kontemporari yang tidak membenarkan KT ditolak daripada HK sebelum

dikeluarkan zakat. Meskipun begitu, Asmak Ab Rahman dan Pazim@Fadzim Othman

(2005) menyatakan kaedah ini mestilah mengambil kira KT sekarang yang meningkat

sehingga para petani terpaksa membuat pinjaman wang bagi menampung KT. Selain

itu, kekerapan bencana alam yang boleh mengakibatkan kerugian kepada petani juga

patut dititikberatkan.

Kedua-dua situasi ini dapat disimpulkan bahawa jika kadar zakat pertanian

dikenakan sebanyak 5 peratus atau 10 peratus tanpa menolak KT, maka sudah pasti

tidak ada keadilan kepada para petani. Hal ini berlaku apabila HK yang diperoleh oleh

para petani masih tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kerana terpaksa

membayar hutang KT yang banyak. Jika pertanian dilanda bencana alam pula, HK

yang diperoleh menyamai KT. Maka sudah pasti keadilan tidak ada apabila petani

terpaksa membayar zakat daripada HK sedangkan keadaan petani ketika itu tidak

mendapat keuntungan setelah ditolak KT. Situasi ini jelas bercanggah dengan Hadith

Rasulullah SAW yang menganjurkan zakat diambil daripada orang yang kaya iaitu

mencukupi keperluannya lalu diberikan kepada fakir dan miskin.

b) Pandangan Informan Terhadap Zakat Pertanian Yang Dikenakan Ke Atas

HB Setelah Ditolak KSH Daripada HK

Berdasarkan hasil temu bual yang dijalankan ke atas empat informan, didapati

pandangan informan terhadap penolakan KSH daripada HK terbahagi dua kumpulan.

50

Kumpulan pertama, tidak membenarkan penolakan KSH daripada HK, manakala

kumpulan kedua, membenarkan penolakan KSH daripada HK. Perkara ini

digambarkan dalam Jadual 4:

Jadual 4: Pembahagian Pandangan Informan Terhadap Penolakan KSH

Bil Informan Negeri

Pandangan Tidak

Membenarkan

Penolakan KSD

Membenarkan

Penolakan KSD

1 Mohd Nazim Mohd Nor Perlis

2 Mohd Fahmi Salleh Hilmi Kedah

3 Azhari Ahmad Pulau Pinang

4 Mohd Latiff Tolib Perak

Jadual 4 mempamerkan dua informan dari Kedah dan Perak tidak

membenarkan zakat pertanian dikenakan terhadap HB setelah ditolak KSH. Manakala

dua informan lagi iaitu dari Perlis dan Pulau Pinang membenarkan zakat pertanian

dikenakan terhadap HB setelah ditolak KSD. Kedua-dua kumpulan pandangan

informan ini masing-masing mempunyai alasan. Semua alasan mereka seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Pembahagian Pandangan Informan Terhadap Penolakan KSD

Bil. Informan Negeri Pandangan

1 Mohd Nazim Mohd Nor

(2014) Perlis

Penolakan KSH dibenarkan dengan syarat seseorang

petani hanya bergantung kepada sumber pendapatan

hasil daripada pengusahaan pertanian dan tidak

memiliki sumber pendapatan yang lain. Jika

seseorang petani mempunyai sumber pendapatan

yang lain, maka penolakan KSH tidak dibenarkan

kerana sumber tersebut boleh meringankan beban

tanggungan KSH yang semakin meningkat. Lagipun,

zakat yang dikeluarkan adalah harta lebihan daripada

keperluan hidup setiap individu. Hal ini bersandarkan

Hadith yang menyatakan zakat dikenakan terhadap

orang kaya yang mempunyai lebihan harta daripada

keperluan hidup. Begitu juga dengan pendapat Imam

Abu Hanifah r.a. yang mengenakan zakat ke atas

lebihan harta sahaja.

2 Mohd Fahmi Salleh Hilmi

(2014) Kedah

Penolakan KSH tidak dibenarkan kerana terikat

dengan Majlis Fatwa Negeri yang memfatwakan

tidak membenarkan penolakan sebarang kos daripada

HK pertanian. Jika penfatwaan ini tidak dikeluarkan,

maka para petani dikhuatiri tidak akan mengeluarkan

zakat pertanian kerana kos pengusahaan padi yang

memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan

hasil yang baik.

3 Azhari Ahmad (2014) Pulau

Pinang

Penolakan KSH dalam taksiran zakat pertanian

adalah bertepatan dengan Majlis Fatwa Negeri yang

memfatwakan kebenaran penolakan KSH bagi zakat

51

pertanian. Hal ini kerana realiti semasa sangat

bersesuaian dengan keadaan KSH yang semakin

meningkat dan memerlukan kewangan yang banyak.

Bagi petani yang bergantung sepenuhnya kepada

pendapatan pertanian, penolakan KSH memberikan

keadilan kepada mereka. Kaedah penolakan KSH

merupakan lambang tanggungjawab dan keadilan

yang dipamerkan oleh sesebuah institusi yang

menguruskan zakat.

4 Mohd Latiff Tolib (2014) Perak

Penolakan KSH termasuk dalam perkara yang tidak

disepakati dalam kalangan ulama. Oleh sebab itu,

timbul kecenderungan untuk mengambil sesuatu

hukum yang disepakati dalam kalangan ulama.

Meskipun terdapat pendapat daripada Ibn ‘Abbas r.a.

dan Ibn ‘Umar r.a. berhubung penolakan ¼ bahagian

kepada diri, keluarga dan tetamu yang datang

menziarahi, namun perkara ini tidak mendapat kata

sepakat dalam kalangan ulama. Justeru, lebih baik

cenderung kepada pendapat yang tidak membenarkan

penolakan KSH.

Berdasarkan pandangan-pandangan informan terhadap penolakan KSH

daripada HK dalam Jadual 5, didapati pandangan Mohd Nazim Mohd Nor (2014) dan

Azhari Ahmad (2014) bersetuju untuk membenarkan penolakan KSH daripada HK.

Walau bagaimanapun, pandangan Mohd Nazim Mohd Nor (2014) dibatasi dengan

syarat seseorang petani hanya bergantung kepada sumber pendapatan hasil daripada

pengusahaan pertanian dan tidak memiliki sumber pendapatan yang lain. Manakala

pandangan Azhari Ahmad (2014) terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis

Fatwa Negeri yang membenarkan penolakan KSH bagi zakat pertanian. Fatwa ini

dikeluarkan berikutan KSH semasa yang semakin meningkat.

Pandangan kedua-dua informan ini adalah selari dengan pandangan al-

Qaradawi (2003:420-421) dan al-Syamum (2011:201-205) yang membenarkan

penolakan KSH daripada HK dalam perakaunan zakat pertanian dengan bersandarkan

kaedah yang diajarkan oleh Nabi SAW iaitu mengambil harta daripada orang kaya

(melebihi keperluan) dan diberikan kepada miskin dan berhutang. Tidak wajar sama

sekali seseorang petani yang tidak mencukupi keperluan diri dikenakan zakat.

Sebenarnya, penolakan KSH daripada HK ini berasaskan ayat 219 daripada

Surah al-Baqarah (2) yang menjelaskan zakat pertanian dikenakan setelah keperluan

diri dan keluarga dapat dipenuhi. Hal ini selari dengan athar yang diriwayatkan

daripada Ibn Umar r.a. yang membenarkan perbelanjaan untuk diri dan keluarga serta

berpandukan Hadith kaedah muamalat yang betul dalam urusan ibadah harta apabila

harta diambil daripada orang kaya dan dikembalikan kepada orang miskin. Oleh itu,

pendapat ini lebih konsisten dan sesuai diamalkan dalam kaedah perakaunan zakat

pertanian semasa.

52

Sebaliknya, pendapat yang tidak membenarkan penolakan KSH daripada HK

dalam perakaunan zakat pertanian seperti pandangan Mohd Fahmi Salleh Hilmi

(2014) adalah disebabkan terikat dengan MFN yang selari dengan pandangan al-Khin,

al-Bugha dan al-Syarbaji (2009), al-Nuri (2000), dan Haykal (2007) bahawa

penolakan KSH tidak jelaskan dalam Hadith (Riwayat Ibn Majah, Hadith No. 581).

Dalam hadith tersebut hanya membenarkan pengurangan kadar zakat disebabkan

kaedah pengairan yang terlibat secara langsung dengan pertanian. Selain itu, ‘Atiyyah

(1988:31) juga berpandangan tidak membenarkan penolakan KSH daripada HK.

Beliau bersandarkan athar Ibn ‘Abbas yang tidak menolak KSH daripada HK.

Pandangan Mohd Latiff Tolib (2014) pula lebih cenderung kepada hukum

yang disepakati dalam kalangan ulama. Dalam hal ini beliau merasakan dengan

berpegang kepada hukum yang disepakati adalah lebih selamat.

Berdasarkan perbincangan ini, didapati bahawa pandangan yang

membenarkan penolakan KSH daripada HK adalah lebih konsisten kerana ia

berdasarkan athar (Abu Ubayd, 1981), dan ijtihad (al-Qaradawi, 2003). Tambahan

pula hal ia bersesuaian dengan keadaan semasa yang dibelenggu beban peningkatan

KSH.

ANALISIS KAEDAH PERAKAUNAN ZAKAT PERTANIAN DI MALAYSIA

BERDASARKAN PANDANGAN CENDEKIAWAN ISLAM KLASIK DAN

KONTEMPORARI

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, di Malaysia hanya empat buah negeri

iaitu Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang mengenakan zakat pertanian ke

atas HB. Dua daripadanya iaitu Sabah dan Sarawak hanya membenarkan penolakan

KT daripada HK, manakala Perlis dan Pulau Pinang mengenakan zakat pertanian

terhadap HB setelah ditolak KT dan KSH. Jelas di sini bahawa kaedah perakaunan

zakat pertanian yang diamalkan di Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bukan

sahaja selari dengan pandangan cendekiawan Islam klasik dan kontemporari, malah

berasaskan fleksibiliti (murunah) hukum itu sendiri. Murunah merupakan salah satu

ciri-ciri khusus syariat Islam. Sejarah telah membuktikan banyak masalah fiqh

berbeza dari segi hukum kerana pelbagai faktor dengan nilai-nilai semasa dan

setempat menjadi faktor utama. Hal ini berfalsafah penyesuaian hukum bagi sesuatu

permasalahan yang timbul bagi mencapai maqasid syari‘ah (matlamat pensyariatan

sesuatu perkara) iaitu tahqiq masalih al-‘ibad (memelihara kemaslahatan manusia)

dan menghindarkannya daripada kerosakan. Pemeliharaan kemaslahatan berpaksikan

al-daruriyyah (kepentingan) iaitu penjagaan al-daruriyyat al-khams (kepentingan

yang lima) merangkumi hifz al-din (menjaga agama), hifz al-nafs (menjaga nyawa),

hifz al-‘aql (menjaga akal), hifz al-nasb (menjaga keturunan) dan hifz al-mal

(menjaga harta).

Dalam meneliti maqasid (matlamat) pensyariatan zakat, zakat pertanian

menjadi salah satu faktor penting dalam memelihara maslahah (sesuatu yang

menghasilkan kebaikan) sama ada bagi muzakki (para petani pembayar zakat)

53

ataupun asnaf khususnya di Malaysia. Sehubungan itu, perlunya transformasi dalam

perakaunan zakat pertanian di Malaysia dengan berlandaskan maqasid syari‘ah dalam

penyesuaian hukum berdasarkan nilai-nilai semasa dan setempat.

Jelas di sini bahawa penolakan KT dan KSH daripada HK pertanian masa kini

telah mencapai maqasid syari‘ah iaitu untuk memelihara kemaslahatan manusia dan

menghindarkannya daripada kemudaratan. Dalam hal ini, pihak pengurus zakat di

Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak melihat KT dan KSH sebagai satu bebanan

bagi para petani. Bebanan dan kos merupakan faktor yang memberi kesan terhadap

hukum dan kehidupan para petani, maka ia perlu ditolak.

Bagi membuktikan kaedah perakaunan zakat pertanian di Perlis, Pulau Pinang,

Sabah dan Sarawak mementingkan aspek kemaslahatan manusia dan

menghindarkannya daripada kemudaratan, kekayaan seseorang petani itu tidak hanya

dilihat pada hasil tanamannya yang mencukupi nisab untuk dikeluarkan zakat.

Sebenarnya indikator kekayaan seseorang petani itu tidak cukup jika hanya dilihat

pada pertambahan hasil tanamannya yang mencukupi kadar nisab tanpa mengambil

kira sama ada pendapatan daripada hasil pertaniannya mencukupi untuk menampung

KT dan KSH keluarganya atau tidak. Misalnya, pada masa kini kemajuan dan

perkembangan dalam sektor pertanian memerlukan petani mengamalkan pertanian

moden. Mereka perlu membeli benih padi yang bermutu tinggi dan pelbagai jenis baja

untuk mendapat hasil tanaman yang baik dan berkualiti. Oleh sebab tanaman padi

sering terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit karah, virus merah,

hawar seludang, hawar bakteria, bintik perang dan pelbagai jenis penyakit lagi yang

boleh mengakibatkan kerugian terhadap para petani, maka para petani perlu membeli

pelbagai jenis racun untuk mengawal dan merawat penyakit-penyakit tersebut. Selain

itu, petani padi juga menggunakan jentera untuk memudahkan dan mempercepatkan

proses penanaman, penuaian dan pengangkutan padi ke kilang pemprosesan padi.

Semua aktiviti ini akan menambah KT padi berbanding penanaman padi yang

dijalankan secara tradisonal pada zaman dahulu yang menggunakan kos yang sangat

minimum.

Di samping KT, seseorang petani itu juga mempunyai tanggungjawab

terhadap KSH untuk dirinya dan orang yang berada di bawah tanggungannya seperti

isteri, anak-anak, ibu bapa yang uzur dan sebagainya. KSH di sini merupakan

keperluan asasi seorang manusia mengikut tahap keperluan semasa seperti makanan,

pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan juga keperluan-keperluan asas yang lain

sesuai dengan keperluan semasa. Jika KSH ini tidak ditolak, maka ia menjadi satu

bebanan kepada para petani. Berdasarkan aspek bebanan yang ditanggung oleh para

petani inilah, maka amalan perakaunan zakat padi di Perlis dan Pulau Pinang tidak

dikenakan terhadap pertambahan HK pertanian. Meskipun wujud pertambahan hasil

pertanian, namun disebabkan bebanan yang perlu ditanggung oleh para petani seperti

hutang KT dan KSH ahli keluarga yang agak besar, maka pertambahan seperti itu

tidak mewujudkan kekayaan.

54

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERTANIAN KE ATAS HASIL BERSIH

Cadangan pengiraan zakat pertanian ini dikemukakan dalam dua bentuk. Pertama,

cadangan pengiraan zakat pertanian yang melibatkan penolakan KT daripada HK; dan

kedua, cadangan pengiraan zakat pertanian yang melibatkan penolakan KT dan KSH

daripada HK.

a) Pengiraan Zakat Pertanian Yang Melibatkan Penolakan KT

Cadangan pengiraan zakat pertanian yang hanya melibatkan penolakkan KT daripada

HK sebagaimana yang diamalkan di Negeri Sabah dan Sarawak adalah seperti

berikut:

1. Mula Mengusaha Tanah : 1 Muharram 1436

2. Hasil Diperoleh : 19 Rejab 1436

3. Jumlah Hari : 195 hari

4. Hasil Perolehan Padi : RM12,000 (tidak termasuk subsidi)

5. Penolakan KP

Jadual 2: Kos Penanaman

Bil Perkara Kos (RM) i. Sewa Tanah (Jika Disewa) RM - ii. Membajak Dan Menanam RM1,250.00 iii. Harga Baja RM6.00 iv. Racun Serangga RM250.00 v. Upah Menuai RM650.00 vi. Upah Pengangkutan RM200.00

Jumlah Kos Pengeluaran RM2,356.00

6. Jumlah Zakat Yang Perlu Dibayar

Pendapatan Kasar (RM12,000.00) – KP (RM2,356.00) = RM1,459.80 (PB).

RM9,644 melebihi nisab RM542.69. Jumlah zakat yang perlu dibayar =

RM9,644 x 10% iaitu sebanyak RM964.90

*** Nisab zakat pertanian iaitu 2 kunca 7 naleh atau 986.7 kg bersamaan

RM542.69. Jika baki mencapai jumlah RM542.69 atau lebih, maka baki itu

didarab dengan 10%

b) Pengiraan Zakat Pertanian Yang Melibatkan Penolakkan KT dan KSH

Cadangan pengiraan zakat pertanian yang melibatkan penolakkan KT dan KSH

daripada HK sebagaimana yang diamalkan di Negeri Perlis dan Pulau Pinang adalah

seperti berikut:

1. Mula Mengusaha Tanah : 1 Muharram 1436

2. Hasil Diperoleh : 19 Rejab 1436

3. Jumlah Hari : 195 hari

4. Hasil Perolehan Padi : RM12,000 (tidak termasuk subsidi)

55

5. Penolakan KP

Jadual 3: Kos Penanaman

Bil Perkara Kos (RM) i. Sewa Tanah (Jika Disewa) RM - ii. Membajak Dan Menanam RM1,250.00 iii. Harga Baja RM6.00 iv. Racun Serangga RM250.00 v. Upah Menuai RM650.00 vi. Upah Pengangkutan RM200.00

Jumlah Kos Pengeluaran RM2,356.00

6. Penolakan KSH

Jadual 4: Kos Sara Hidup

Bil Perkara Kos (RM) i. Diri RM14.12 x 195 hari

(maksimum RM5000.00 setahun) RM2,754.00

ii. Isteri RM8.47 x 195 hari (maksimum RM3000.00 setahun)

RM1,652.00

iii. Anak RM3.38 x 195 hari x 2 orang (maksimum RM1,200.00 setahun untuk seorang

anak) RM1,318.20

iv. Pemberian Kepada Ibu Bapa (Jumlah yang sebenar jika diberi)

RM -

vi. Perubatan (perbelanjaan sebenar) RM140.00 vii. Ibu bapa RM300.00 viii. Hutang Daruriyyat (Kenderaan & Rumah)

Kenderaan Rumah

RM975.00

RM - Jumlah Kos Keperluan Asasi RM7,139.20

7. Jumlah Zakat Yang Perlu Dibayar

Pendapatan Kasar (RM12,000.00) – KP + KSH (RM2,356.00 + RM7,139.20

= RM9,495.20) = RM1,459.80 (PB). RM1,459.80 melebihi nisab RM542.69

Jumlah zakat yang perlu dibayar = RM1,459.80 x 10% RM145.90

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan perbincangan sebelum ini dapatlah dirumuskan bahawa perakaunan

zakat hasil pertanian yang diamalkan di Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak

adalah selari dengan pandangan cendekiawan Islam klasik dan kontemporari iaitu

mengenakan zakat ke atas HB pertanian. Di samping itu, perakaunan zakat hasil

pertanian di keempat-empat buah negeri ini juga jelas berasaskan fleksibiliti

(murunah) hukum itu sendiri. Perubahan kaedah perakaunan zakat pertanian daripada

dikenakan ke atas HK kepada HB merupakan penyesuaian hukum bagi sesuatu situasi

iaitu bebanan KT dan KSH yang semakin meningkat yang ditanggung oleh para

56

petani masa kini. Penolakan KT dan KSH daripada HK pertanian menjadi salah satu

faktor penting dalam memelihara maslahah bagi muzakki (para petani pembayar

zakat). Aspek kekayaan tidak hanya dilihat pada hasil tanaman yang mencukupi nisab

untuk dikeluarkan zakat, tetapi melihat kepada kecukupan pendapatan daripada hasil

pertaniannya untuk menampung keperluan perusahaan pertanian dan perbelanjaan

keluarganya atau tidak. Tidak bermakna jika zakat dikenakan pada hasil pertanian

semata-mata, sedangkan seseorang petani itu mempunyai bebanan yang perlu

ditanggung seperti hutang KT dan keperluan asasi ahli keluarga serta tanggungannya

(KSH). Sehubungan itu, perlunya transformasi dalam perakaunan zakat pertanian di

Malaysia dengan berlandaskan maqasid syari‘ah dalam penyesuaian hukum

berdasarkan nilai-nilai semasa dan setempat.

Penghargaan:

Makalah ini adalah sebahagian daripada hasil kajian yang berjudul Perakaunan Zakat

Pelaburan di Malaysia (1001/CISDEV/816289) yang dibiayai oleh Geran Universiti

Penyelidikan (RUI), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

RUJUKAN

‘Atiyyah, Muhammad Kamal. (1988). Halat Tatbit fi Muhasibah al-Zakah.

Iskandariah, Mesir: Dar al-Ma‘arif.

Abu ‘Ubayd, al-Qasim bin Salam. (1988). Kitab al-Amwal. Beirut, Lubnan: Beirut

Dar al-Fikr.

Abu Nasir, ‘Aisam. (2010). Al-Itar al-Fiqh wa Muhasib li al-Zakah. Kaherah, Mesir:

Dar al-Nasyir li al-Jami‘ah.

Al-Buhuti, Mansur bin Yunus bin Idris. (1999). Kasyf al-Qina‘, Jil. 2. Beirut, Lubnan:

Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-Khin, Mustafa; al-Bugha, Mustafa; & al-Syarbaji, ‘Ali. (2009). Al-Fiqh al-

Manhaji, Jld. 2. Terjemahan Zulkifli Mohamad al-Bakri. Bangi, Selangor:

Darul Syakir Enterprise.

Al-Nawawi, Muhyi al-Din Abi Zakariyya Yahya bin Syarf. (1997). Sahih Muslim bi

Syarh Imam al-Nawawi, Jld. 7. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Al-Nuri, Muhammad Qasim. (2000). Al-Bayan fi Mazhab Imam al-Syafi‘iy. Beirut,

Lubnan: Dar al-Minhaj.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1969). Fiqh al-Zakah Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa

Falsafatiha fi Daw’ al-Qur’an wa al-Sunnah. Beirut, Lubnan: Dar al-Irsyad.

Al-Qaradawi, Yusuf. (2003). Fiqh al-Zakah. Mesir: Maktabah Wahbah.

Al-Qurtubi, Abu ‘Abd. Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari. (1993). Al-Jami‘ li

Ahkam al-Qur’an, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Syamum, Muhammad Qasim (2011). Zakah al-Zuru‘ wa al-Thamar fi Daw’

Tatawur al-Zira‘ah fi al-‘Asr al-Hadith. Syiria: Dar al-Nawadiri.

57

Al-Syawkani, Muhammad bin ‘Ali. (1996). Nayl al-Awtar min Ahadith Sayyid al-

Akhyar Sayrh Muntaqa al-Akhbar, Jld. 4. Beirut, Lubnan: Dar al-Khayr.

Al-Tabari, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992). Tafsir al-Tabari al-Musamma

Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah.

Al-Zuhaili, Wahbah. (1989). Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, Jld. 2. Damsyik: Dar al-

Fikr.

Asmak Ab. Rahman & Pazim@Fadzim Othman (2005). Kaedah Taksiran Zakat Padi

dan Kesannya Terhadap Petani: Kajian di Selangor, Jurnal Syariah,

2005;13(1), hlm. 37-63.

Hayqal, Muhammad ‘Iwaz. (2007). Kifayah al-Akhyar. Kaherah, Mesir: Dar al-

Salam.

Husayn, Ahmad Husayn Ali (2006). Muhasabah al-Zakah. Iskandariah, Mesir: Al-

Maktabah al-Jami‘iy al-Hadith.

Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani. (1989). Fath al-Bari Syarh Sahih

al-Bukhari, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Kathir, Abi al-Fida’ Isma‘il al-Qursyi al-Dimasyqi. (1992). Tafsir al-Qur’an al-

‘Azim, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Qudamah, Mawaffaq al-Din ‘Abd Allah Ibn Ahmad al-Maqdisi. (1997). Al-

Mughni, Jld. 4. Riyad: Dar ‘Alam al-Kutub.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), (2008). Manual Pengurusan Pengiraan

Zakat. Putrajaya: JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Zakat Negeri Kedah (2014). Jenis Zakat. Diakses daripada

http://www.zakatkedah. com/ilmu-zakat/jenis-zakat/, pada 2 Julai 2014.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) (2001). Panduan

Mengeluarkan Zakat. Kangar, Perlis: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat

Melayu Perlis.

Muhammad Arsyad al-Banjari (2008). Kitab Sabil al-Muhtadin. Diterjemahkan oleh

MKA Kreatif Enterprise. Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa.

‘Atiyyah, Muhammad Kamal. (1995). Perakaunan Zakat: Teori dan Praktis,

terjemahan Mohd Nor Ngah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mujaini Tarimin (1999). Zakat Pertanian, Sistem dan Perlaksanaannya. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Aini Ali (2013). Taksiran dan Aplikasi Zakat Padi di Malaysia. Tesis Ijazah

Doktor Falsafah yang diserahkan kepada Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.

Pusat Zakat Pulau Pinang (2013). Zakat Pertanian. Diakses daripada

http://www.zakat penang. com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-

zakat/zakat pertanian, pada 2 Julai 2014.

Pusat Zakat Sabah, (2014). Zakat Pertanian. Diakses daripada

http://www.zakat.sabah. gov.my/ pungutan/jenis-jenis-zakat/zakat-

harta/pertanian.html, pada 13 Julai 2014.

Sabiq, Sayyid. (2000). Fiqh al-Sunnah. Mesir: Dar al-Fateh li I‘lam al-‘Arabiy.

58

Syahatah, Husayn Husayn (1990). Muhasabah al-Zakah: Mafhuman wa Nizaman wa

Tatbiqan. Kaherah, Mesir: Maktabah al-A‘lam.

Syahatah, Husayn Husayn (2001). Al-Tatbiq al-Mu‘asar li al-Zakah, Muhasabah al-

Zakat “Kaifa Tuhsi u Zakat Malik”. Kaherah, Mesir: Dar al-Nasyir li al-

Jami‘ah.

Syahatah, Husayn Husayn (2003). Kaedah Agihan Zakat Harta, Pengertian, Sistem

dan Agihannya. Diterjemah oleh Hamid Fahmy Zarkasyi dan Harun Ar-

Rashid Hj. Tuskan. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), (2013). Zakat Tanaman dan Pertanian. Diakses

daripada http:// www.tbs.org.my/www/?page=97, pada 13 Julai 2014.

Yahya Ibn Adam. (t.t.). Kitab al-Kharaj. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Zahri Hamat (2013). Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Senarai Temu Bual

Temu bual Mohd Nazim Mohd Noor, Pengurus Baitulmal, Majlis Agama Islam dan

Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pada 27 Februari 2014, jam 4.00 pm

hingga 5.00 pm, bertempat di Pejabat Baitulmal.

Temu bual Mohd Fahmi Salleh Hilmi, Penolong Pegawai Zakat, Jabatan Zakat

Kedah, pada 10 Jun 2014, jam 9.00 am hingga 10.00 am, bertempat di pejabat

Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Temu bual Azhari Ahmad, Eksekutif Zakat, Zakat Pulau Pinang, pada 16 Jun 2014,

jam 10.55 am hingga 12.00 am, bertempat di Pejabat Zakat Pulau Pinang.

Temu bual Mohd. Latif Tolib, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam dan

Adat Melayu Perak (MAIPs), pada 17 Jun 2014, jam 12.05 pm hingga 1.00

pm, bertempat di pejabat MAIPs, Ipoh, Perak.

Temu Bual Tabrani Lateh (Dr.), Ketua Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Luar

Negeri, Majlis Agama Islam Songkla; Pengarah, Pejabat Syaikhul Islam dan

Pusat Penyelarasan Hal Ehwal Islam Wilayah Selatan Thailand, serta Imam

Besar, Masjid Ban Nua, di Masjid Ban Nua, Hatyai Thailand, pada 14

November 2015 (Sabtu), jam 9.30 pm hingga 10.00 pm.

Bab 5

STATUS KELAYAKAN MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN

BERDASARKAN HAD KIFAYAH PERBELANJAAN Fidlizan Muhammad

i*, Azila Abdul Razak

ii, Salwa Amirah Awang

iii & Mohd Yahya Mohd

Hussiniv

iJabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900

Tanjong Malim, Perak. [email protected]

*penulis koresponden iiJabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900

Tanjong Malim, Perak. [email protected] iii

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), 35950 Behrang Stesen, Tanjong

Malim, Perak. ivJabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900

Tanjong Malim, Perak. [email protected]

Abstrak Kajian ini bertujuan menganalisis status kelayakan membayar zakat pendapatan individu

berdasarkan had kifayah perbelanjaan keperluan asasi hidup (PKA) melibatkan tiga buah

negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak. Maklumat had kifayah yang diteliti adalah

berdasarkan dua sumber iaitu manual agihan dan kalkulator zakat. Maklumat persamaan dan

perbezaan berkaitan jenis dan kadar PKA daripada dua sumber berkenaan dianalisis secara

kualitatif. Selanjutnya, analisis kuantitatif mudah digunakan bagi menganalisis status

kelayakan pembayar zakat melalui dua sumber yang digunakan. Hasil analisis kualititatif

mendapati bahawa terdapat enam jenis perbelanjaan yang diambil kira dalam mengenal pasti

status antara pembayar dan penerima zakat iaitu perbelanjaan bagi tujuan perlindungan atau

kediaman, pengangkutan, makanan, pakaian, kesihatan atau ubatan dan pendidikan.

Berpandukan manual agihan, jumlah had kifayah dihitung berdasarkan sebuah isi rumah yang

terdiri daripada ketua keluarga iaitu suami, pasangan, dan empat orang anak meliputi pelbagai

peringkat umur dan pengajian dengan nilai perbelanjaan tertentu. Namun demikian, terdapat

sedikit perbezaan maklumat pada kalkulator zakat iaitu anak yang berusia antara tujuh hingga

17 tahun digabungkan dengan satu nilai tolakan perbelanjaan sama seperti yang dilaksanakan

di Selangor dan Perak. Senario di Johor pula agak berlainan kerana tidak mengasingkan anak

mengikut kategori umur dan pengajian. Rentetan daripada perbezaan yang dikenal pasti,

analisis kuantitatif mudah yang dilaksanakan mendapati bahawa status kelayakan membayar

zakat individu menggunakan dua sumber maklumat berkenaan adalah berbeza. Pendapatan

individu yang layak membayar zakat daripada pengiraan kalkulator zakat adalah lebih kecil

berbanding manual agihan. Implikasi daripada dapatan ini menunjukkan bahawa status

kelayakan pembayar zakat memerlukan penelitian mendalam. Hal ini penting untuk diberi

keutamaan memandangkan pelaksanaan zakat adalah bertujuan untuk mencapai keadilan

antara dua kumpulan iaitu pembayar dan penerima zakat. Keadaan ekonomi dan kos sara

hidup semasa yang semakin meningkat turut mendorong agar individu yang selayaknya

sahaja membayar dan menerima zakat.

Kata kunci: Zakat pendapatan, Had kifayah, Perbelanjaan asas, Kelayakan membayar,

Ekonomi Islam.

60

PENGENALAN

Zakat merupakan instrumen penting dalam pelaksanaan ekonomi Islam dan

merupakan rukun Islam yang wajib kepada individu Muslim yang berkelayakan.

Melalui zakat, pengagihan kekayaan serta pengukuhan hubungan dapat dilaksanakan

antara individu berkemampuan dengan individu yang dikategorikan sebagai asnaf

zakat. Di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Pusat Pungutan Zakat

(PPZ) merupakan institusi yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan agihan

zakat. Bagi memastikan urusan berkaitan zakat berjalan dengan lancar, pihak

berautoriti telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan berterusan (Mohd Faisol,

2016). Antaranya ialah pengiraan zakat secara kendiri menggunakan kalkulator atas

talian bertujuan memudahkan pengiraan dan pembayaran zakat oleh individu

berkelayakan, dan manual agihan yang mengandungi maklumat had kifayah bagi

memudahkan pegawai zakat mengenal pasti jumlah agihan yang diperlukan oleh

kumpulan asnaf. Menariknya, dalam kedua-dua situasi berkenaan, had kifayah

perbelanjaan keperluan asasi merupakan titik persamaan yang digunakan sebagai

kayu ukur mengenai status kelayakan zakat individu sama ada dikategorikan sebagai

layak membayar atau menerima zakat. Memandangkan terdapat dua sumber

maklumat mengenai had kifayah, kajian ini cuba menyelidiki persamaan dan

perbezaan, dan kesan secara khusus terhadap penentuan status kelayakan individu

sebagai pembayar zakat. Dalam kajian ini, fokus kajian adalah berdasarkan zakat

pendapatan atas tiga justifikasi. Pertama, zakat pendapatan merupakan sumber

kutipan zakat paling tinggi oleh setiap MAIN di Malaysia, keduanya ialah pengiraan

sendiri zakat pendapatan menggunakan kalkulator zakat atas talian berpandukan jenis

perbelanjaan yang sama digunakan dengan manual pengagihan zakat, dan ketiganya

ialah had kifayah yang ditetapkan dalam menentukan agihan jarang diketahui oleh

masyarakat amnya, dan pembayar zakat khususnya.

Bagi memudahkan perbincangan, kajian ini disusun dalam enam bahagian.

Bahagian kedua menerangkan secara ringkas berkaitan jenis perbelanjaan dalam had

kifayah dan konsep asas pembayaran zakat pendapatan, bahagian ketiga dan keempat

ialah kajian lepas dan kaedah kajian, dapatan kajian pada bahagian kelima, dan

diakhiri dengan kesimpulan pada bahagian keenam.

HAD KIFAYAH DAN KONSEP ASAS PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Had kifayah merupakan garis pengukur yang digunakan bagi menentukan kecukupan

perbelanjaan sesebuah isi rumah. Terdapat enam jenis perbelanjaan yang

dikategorikan sebagai keperluan asasi bagi sesebuah isi rumah dalam menetapkan

garis had kifayah iaitu kediaman atau perlindungan, pengangkutan, makanan, pakaian,

ubatan dan pendidikan. Umumnya, jenis perbelanjaan ini diukur bagi sebuah isi

rumah yang terdiri daripada suami dan pasangan, dan empat orang anak pada pelbagai

lapisan umur dan tahap pendidikan. Penetapan jenis perbelanjaan mengikut kategori

tanggungan ditunjukkan dalam Jadual 1.

61

Jadual 1: Jenis Perbelanjaan dalam Penetapan Had Kifayah

Keperluan Ketua

Keluarga Pasangan

Anak (IPT)

Anak

(Sekolah

Menengah)

Anak

(Sekolah

Rendah)

Anak (0-

6 tahun/

Tadika) Kediaman √ - - - - - Makanan √ √ √ √ √ √ Pakaian √ √ √ √ √ √ Perubatan √ √ √ √ √ √ Pengangkutan √ √ - - - - Pendidikan - - √ √ √ -

Nota: Laman Sesawang Zakat Selangor

Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa setiap individu dalam sebuah isi rumah

ditetapkan dengan perbelanjaan kifayah atau minimum tertentu dalam tempoh

sebulan. Contohnya, ketua keluarga atau suami perlu memperuntukkan sejumlah

wang pendapatannya bagi kegunaan untuk lima jenis perbelanjaan, manakala

pasangan atau isteri dan anak-anak pula ditetapkan empat jenis perbelanjaan iaitu

tanpa kediaman dan pendidikan bagi isteri, manakala tanpa kediaman dan

pengangkutan untuk anak-anak. Namun demikian, penetapan ini tidak semestinya

sama oleh semua negeri disebabkan urusan mengenai agama termasuk zakat adalah

tertakluk kepada bidang kuasa agama setiap negeri. Sehubungan itu, jenis dan nilai

perbelanjaan bagi setiap keperluan dan individu yang ditetapkan turut berbeza-beza

antara setiap negeri.

Walau bagaimanapun, perbezaan dalam menetapkan jenis dan kadar minimum

perbelanjaan bagi setiap keperluan ini lebih relevan untuk diteliti kesannya kepada

mengenal pasti status kelayakan individu sebagai pembayar zakat. Isi rumah yang

mempunyai pendapatan di bawah garis had kifayah layak dikategorikan sebagai

kumpulan asnaf sama ada kategori fakir atau miskin. Perbezaan antara pendapatan

yang diperoleh oleh sesebuah isi rumah dengan garis had kifayah merupakan jumlah

agihan yang layak diterima daripada kutipan zakat. Oleh yang demikian, had kifayah

adalah penting sebagai garisan yang membezakan antara dua kumpulan iaitu

kumpulan yang layak menerima zakat dan kumpulan yang tidak layak menerima

zakat sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Kedudukan Had Kifayah dalam Pengagihan Zakat

Had Kifayah

Tidak Layak Menerima Zakat

Layak Menerima Zakat

62

Namun demikian, bagi kumpulan tidak layak menerima zakat, persoalannya,

adakah mereka merupakan individu yang layak membayar zakat? Dalam menjawab

persoalan ini, kadar minimum bagi setiap jenis perbelanjaan keperluan dan nisab

zakat perlu dibincangkan bersama-sama khususnya melibatkan pengiraan zakat

pendapatan berdasarkan kaedah tolakan perbelanjaan. Berdasarkan kaedah tolakan,

pengiraan zakat pendapatan dihitung dengan mengira gaji setahun (termasuk

pendapatan lain berkaitan gaji) ditolak dengan keperluan asasi dan tanggung jawab

utama. Formula pengiraan zakat pendapatan berdasarkan kaedah tolakan ditunjukkan

dalam persamaan (1).

(1)

di mana;

A - Jumlah Gaji

B - Jumlah Tolakan Perbelanjaan dibenarkan

Berdasarkan persamaan (1), sekiranya terdapat lebihan pendapatan yang

melebihi nisab (A-B), maka individu tersebut berkewajiban membayar zakat

pendapatan. Manakala, bagi lebihan pendapatan yang tidak melebihi nisab dan

pendapatan melebihi had kifayah, maka individu berkenaan tidak layak membayar

dan menerima zakat. Senario ini dapat ditunjukkan berdasarkan Rajah 2.

Rajah 2: Kelayakan Membayar Zakat

Berdasarkan Rajah 2, terdapat tiga kumpulan dalam mengurus zakat

pendapatan iaitu kumpulan layak membayar, kumpulan tidak layak membayar dan

menerima dan kumpulan layak menerima agihan zakat. Bagi kumpulan pembayar

zakat, pendapatan minimum mereka dapat dirumuskan sebagai jumlah campuran

Had kifayah

Nisab

Jum

lah

Pen

dap

atan

Layak Membayar

Zakat Pendapatan

Tidak Membayar &

Menerima Zakat

Layak Menerima

Agihan Zakat

63

antara had kifayah dan nisab. Memandangkan had kifayah merupakan faktor penting

mengelaskan antara kumpulan layak menerima dan tidak layak menerima, maka amat

penting keselarasan nilai tolakan perbelanjaan keperluan asasi yang diaplikasikan

dalam pengiraan zakat berdasarkan kaedah tolakan.

KAJIAN LEPAS

Zakat telah dibincangkan dalam pelbagai aspek berdasarkan kajian-kajian lepas

berbentuk empirikal dan bukan empirikal. Perbincangan kajian lepas yang

dikemukakan pada bahagian ini lebih berfokus kepada kajian yang meneliti mengenai

had kifayah. Antara kajian yang berkaitan ialah Bayu Taufiq (2016), Fidlizan et al.

(2015, 2016), Ahmad Fahmee et al. (2014), dan Mansor et al. (2013) yang menyentuh

berkaitan ketidakseragaman dalam kaedah pengiraan zakat pendapatan. Perbezaan

item-item pendapatan yang digunakan dalam membentuk jumlah penggajian tahunan

merupakan faktor penting yang diperoleh. Analisis komprehensif had kifayah di

Malaysia pula dapat diteliti dalam kajian oleh Baharudin et al. (2016) yang

membandingkan amalannya dalam kebanyakan negeri di Malaysia.

Perbincangan had kifayah pula didapati tertumpu bagi mengenal pasti

kedudukan pemohon atau penerima zakat dalam kategori fakir atau miskin (Ahmad

Fahmee & Muhammad Ridhwan, 2014; Ahmad Fahmee et al., 2014; Ahmad Fahmee

et al., 2013; Mansor et al., 2013). Faktor sama iaitu isu ketidakseragaman didapati

menyebabkan status asnaf individu berbeza-beza antara negeri. Hal ini dipengaruhi

oleh kuasa penetapan had kifayah adalah mengikut negeri yang menyebabkan garis

kecukupan perbelanjaan keperluan asasi juga berbeza-beza (Khairudin, Sharina

Farihah & Azila, 2015). Walaupun demikian, penelitian had kifayah dalam

menentukan status kelayakan membayar zakat masih sedikit. Hal ini signifikan untuk

diteliti atas faktor zakat tidak memberikan sebarang manfaat kepada pembayar

sekiranya individu pembayar juga berada dalam keadaan mempunyai bebanan yang

perlu ditanggung seperti hutang dan keperluan asasi ahli keluarganya (Mohd Shukri,

2014).

Sehubungan itu, kesan perbezaan had kifayah yang dilaksanakan terhadap

status kelayakan sebagai pembayar zakat akan dibincangkan dalam kajian ini. Melalui

hasil penelitian berkenaan, dapatan yang diperoleh diharap dapat menyumbang ke

arah usaha untuk menyelaras bentuk-bentuk ketidakseragaman dalam pengurusan

zakat dan meminimumkan rungutan masyarakat mengenai pengurusan zakat.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif bagi mengenal pasti

persamaaan dan perbezaan kadar perbelanjaan yang ditetapkan oleh pihak MAIN

dalam menentukan kelayakan individu sebagai pembayar atau penerima zakat. Dua

sumber maklumat digunakan iaitu kalkulator zakat atas talian berdasarkan pengiraan

zakat berasaskan kaedah tolakan dan manual agihan zakat. Kajian awalan ini

melibatkan analisis terhadap tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Johor.

64

Selanjutnya, maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif

kuantitatif mudah bagi mengetahui status kelayakan pembayar zakat yang diamalkan

oleh ketiga-tiga buah negeri. Bagi memudahkan pengiraan, nisab pendapatan yang

digunakan bagi ketiga-tiga negeri ialah RM14,500 dan bilangan isi rumah yang

dihitung dalam pengiraan adalah sebagaimana Jadual 1 iaitu enam orang, iaitu suami,

isteri, dan empat orang anak yang mana setiapnya sedang menuntut di pelbagai

peringkat pengajian iaitu pengajian tinggi, sekolah menengah, sekolah rendah dan

tadika.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian awal dapatan analisis membincangkan mengenai jumlah pendapatan isi

rumah yang diperlukan bagi menentukan statusnya sebagai layak menerima zakat atau

sebaliknya di tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Johor. Maklumat yang

dikumpulkan ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Jenis dan Kadar Perbelanjaan dalam Had Kifayah

Negeri Selangor Perak Johor

Senarai Perbelanjaan (RM)

Perlindungan 480.00 312.00 400.00

Pengangkutan 400.00 390.00 165.00

Makanan 750.00 337.40 800.00

Pakaian 210.00 180.00 170.00

Ubatan 60.00 179.60 60.00

Pendidikan 120.00 180.00 190.00 Jumlah Pendapatan

Kifayah 2020.00 1579.00 1785.00 Sumber: Baharudin et al. (2016), Laman Sesawang Zakat Selangor

Berdasarkan Jadual 2, didapati jumlah pendapatan kifayah untuk menentukan

kelayakan menerima zakat di setiap negeri adalah berbeza-beza. Sesebuah isi rumah

di Selangor yang memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM2020 dikategorikan

tidak layak menerima zakat, manakala RM1579 dan RM1785 masing-masing di Perak

dan Johor. Penelitian mengenai nilai minimum bagi setiap jenis perbelanjaan telah

mendapati beberapa isu penting. Pertama, nilai perbelanjaan bagi makanan dan

pendidikan didapati paling tinggi di Johor iaitu RM800 dan RM190, manakala

perbelanjaan paling kecil bagi pendidikan di Selangor iaitu RM120 dan makanan

berjumlah RM337 pula di Perak. Bagi kes perbelanjaan pendidikan, didapati bahawa

negeri Perak dan Johor menetapkan satu jumlah perbelanjaan tertentu bagi anak yang

berusia antara 0 hingga 7 tahun atau berada di Tadika, dan sebaliknya pula di

Selangor. Maklumat ini dapat diringkaskan sebagaimana Jadual 3 berikut:

65

Jadual 3: Perbelanjaan Pendidikan Mengikut Kategori Tanggungan

Negeri Kategori Pendidikan (RM)

IPT Sekolah Menengah Sekolah Rendah Tadika Selangor √ (60) √ (60) √ (60) X Perak √ (72) √ (54) √ (36) √ (36) Johor √ (10) √ (50) √ (50) √ (50)

Bagi kes perbelanjaan makanan pula, jumlah yang ditetapkan di Selangor dan

Johor dapat dijustifikasi dengan harga barang yang semakin meningkat harga.

Namun, sekiranya alasan ini diterima, maka ia menimbulkan kejanggalan berkaitan

jumlah perbelanjaan yang ditetapkan di Perak. Oleh yang demikian, kewajaran nilai

perbelanjaan makanan minimum di Perak ini memerlukan pihak bertanggungjawab

meneliti semula. Keperluan untuk menyemak semula ini juga penting dalam isu kedua

iaitu perbelanjaan kesihatan yang mana nilai yang ditetapkan di negeri Perak adalah

paling tinggi iaitu RM179.60 berbanding RM60 di Selangor dan Johor. Perbezaan

jumlah yang menghampiri RM120 ini menimbulkan persoalan mengenai definisi

perbelanjaan kesihatan yang diaplikasi di Perak. Hal ini diamati berdasarkan

perbezaan nilai perbelanjaan kesihatan yang ditetapkan bagi setiap individu dalam isu

rumah yang ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Perbelanjaan Kesihatan Mengikut Ahli dalam Isi Rumah

Negeri Ahli (RM)

Ketua Pasangan Anak (IPT) Anak

(SM) Anak

(SR) Anak

(Tadika) Selangor 10 10 10 10 10 10 Perak 31.50 31.50 29.50 29.50 28.80 28.80 Johor 10 10 10 10 10 10

Isu ketiga pula berkaitan perbelanjaan pengangkutan yang mana nilai

perbelanjaan paling kecil adalah di Johor iaitu RM165, manakala nilai hampir sama

pula di Selangor dan Perak. Penelitian lebih terperinci berkaitan nilai perbelanjaan

pengangkutan mengikut tanggungan menunjukkan satu isu tambahan sebagaimana

ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Perbelanjaan Pengangkutan Mengikut Ahli dalam Isi Rumah

Negeri Ahli (RM)

Ketua Pasangan Anak

(IPT) Anak

(SM) Anak

(SR) Anak

(Tadika) Selangor 200 200 - - - - Perak 97.50 97.50 78 58.50 58.50 58.50 Johor 70 - - 45 30 30

Berdasarkan Jadual 5, didapati Selangor tidak menetapkan perbelanjaan

khusus bagi semua kategori anak. Keadaan ini berbeza dengan Perak yang

menetapkan perbelanjaan khusus bagi semua kategori ahli termasuk anak, dan kecuali

pasangan dan anak (IPT) pula di Johor. Bagi kategori anak di sekolah menengah dan

66

rendah, kesesuaian kadar yang ditetapkan dirujuk kepada harga pengangkutan

bulanan bas sekolah sebagaimana Jadual 6.

Jadual 6: Jadual Tambang Bas Sekolah

Jenis Bayaran Kadar Bayaran Bulanan RM27.43 (1 km pertama)

RM2.02/km (setiap tambahan km.) Harian RM0.62 (1 km pertama)

RM0.05/ km (setiap tambahan km.) Sumber: Jadual Tambang, Laman Sesawang SPAD

Berdasarkan Jadual 6, pengiraan jarak kediaman dengan sekolah dapat

diketahui yang mana jarak maksimum dengan kadar perbelanjaan pengangkutan

dalam Jadual 5 sebanyak RM58.50 di Perak ialah 16 kilometer, manakala jarak antara

sembilan (9) hingga 10 kilometer bagi sekolah menengah dan dua (2) hingga tiga (3)

kilometer bagi sekolah rendah di Johor.

Rentetan daripada maklumat dalam Jadual 2 dan beberapa isu yang

ditunjukkan dalam Jadual 3 hingga 5, maka sejauh mana kelayakan individu diiktiraf

sebagai layak atau tidak layak membayar zakat pendapatan dilakukan. Ukuran

kelayakan ini dilakukan menggunakan dua sumber maklumat secara serentak iaitu

maklumat nilai tolakan dalam kalkulator zakat dan nilai perbelanjaan mengikut

keperluan dalam had kifayah. Hasil pengiraan ditunjukkan dalam Jadual 7.

Berdasarkan Jadual 7, didapati wujud perbezaan ketara berkaitan tolakan perbelanjaan

dalam kalkulator zakat dan manual agihan khususnya di negeri Perak dan Johor.

Perbezaan bagi negeri Selangor pula adalah amat kecil yang mana kadar tolakan

perbelanjaan lebih tinggi sedikit berbanding manual agihan. Senario ini merumuskan

bahawa kalkutor zakat yang diaplikasikan di Selangor menggunakan had kifayah

yang sama bagi mengkategorikan antara kumpulan layak dan tidak layak menerima

zakat.

Bagi kes di Perak untuk kategori iaitu suami, isteri dan anak (IPT), didapati

kadar tolakan ditetapkan dalam kalkutor zakat lebih tinggi berbanding manual agihan,

dan sebaliknya pula bagi kategori anak (SM), anak (SR) dan anak (Tadika). Senario

sama ditunjukkan di Johor dengan dapatan di Perak, kecuali pada kategori anak di

IPT. Rentetan daripada maklumat berkaitan, timbul tiga isu berkaitan amalan yang

dilaksanakan oleh pihak MAIN dalam pengurusan zakat. Pertama, apakah kadar atau

nilai perbelanjaan minimum untuk membezakan antara kumpulan layak dan tidak

layak menerima zakat, misalnya antara nilai RM750 dan RM549 di Perak bagi

kategori suami, dan nilai RM83 dan RM280 bagi anak (SM) di Johor. Isunya, apakah

kategori bagi individu yang berada antara kedua-dua nilai tersebut. Hal ini

memerlukan pihak MAIN di Perak dan Johor melakukan penelitian semula terhadap

nilai yang digunakan agar menepati konsep kifayah dalam perbelanjaan. Senario ini

dapat diatasi dengan menggunapakai aplikasi yang diamalkan di Selangor. Sekiranya

situasi perbezaan ini tidak diatasi, maka isu kedua yang timbul adalah mengenai kadar

atau nilai agihan minimum yang digunakan dalam pengagihan zakat. Pengagihan

67

zakat sehingga mencukupkan perbelanjaan bagi kategori suami kepada nilai RM549

atau RM750 bakal menimbulkan persoalan nilai sebenar yang diperlukan bagi

memenuhi kecukupan perbelanjaan bagi keperluan asasi kehidupan. Persoalan ini

seterusnya menimbulkan isu ketiga iaitu apakah nilai kos sebenar yang dianggap

mencukupi untuk perbelanjaan keperluan asasi. Kesemua isu berkenaan memerlukan

penelitian terperinci dalam menguruskan zakat agar objektif dan falsafah zakat

mampu direalisasikan sama ada kepada kumpulan pembayar dan penerima zakat.

Memandangkan ketidakseragaman antara nilai yang diperoleh dalam

kalkulator zakat dan manual agihan, simulasi pengiraan status kelayakan individu

sebagai pembayar zakat dilaksanakan. Dapatan analisis ditunjukkan dalam Jadual 8.

68

Jadual 7: Perbandingan Kadar Perbelanjaan dalam Kaedah Tolakan dan Manual Agihan

Negeri Selangor Perak Johor

Kategori Ahli Tolakan

Perbelanjaan

(Setahun)

Kadar

Tolakan

(Sebulan)a

Manual

Agihan

(Had

Kifayah)

Tolakan

Perbelanjaan

(Setahun)

Kadar

Tolakan

(Sebulan)a

Manual

Agihan

(Had

Kifayah)

Tolakan

Perbelanjaan

(Setahun)

Kadar

Tolakan

(Sebulan)a

Manual

Agihan

(Had

Kifayah)

Diri Sendiri 10750.00 895.83 895.00 9000.00 750.00 549.00 9000.00 750.00 665.00

Isteri 5000.00 416.67 415.00 3000.00 250.00 236.50 3000.00 250.00 210.00

Belajar IPT 2800.00 233.33 255.00 3500.00 291.67 274.00 1000.00 83.33 210.00

SM 2200.00 183.33 180.00 1000.00 83.33 236.50 1000.00 83.33 280.00

SR 2200.00 183.33 180.00 1000.00 83.33 179.50 1000.00 83.33 210.00 0-6 tahun 1450.00 120.83 120.00 1000.00 83.33 179.50 1000.00 83.33 210.00

Nota: a Tolakan perbelanjaan (setahun) dibahagi 12 bulan.

Jadual 8: Pengiraan Status Kelayakan Membayar Zakat dalam Kaedah Tolakan dan Manual Agihan

Negeri Selangor Perak Johor

Keterangan

Tolakan

Perbelanjaan

(Setahun)

Manual Agihan

(Had Kifayah*12

bulan)

Tolakan

Perbelanjaan

(Setahun)

Manual Agihan

(Had Kifayah*12

bulan)

Tolakan

Perbelanjaan

(Setahun)

Manual Agihan

(Had Kifayah*12

bulan)

Pendapatan Setahun (A) 24400.00 24540.00 18500 19860.00 16000.00 21420.00 aPendapatan Bulanan= A/12 2033.33 2045.00 1541.67 1655.00 1333.33 1785.00

Nisab (B) 14500.00 14500.00 14500.00 14500.00 14500.00 14500.00

Jumlah Pendapatan (setahun),

C= A + B 38900.00 39040.00 33000.00 34360.00 30500.00 35920.00

bJumlah Pendapatan

(Sebulan), C/12 3241.67 3253.33 2750.00 2863.33 2541.67 2993.33

Nota: a Kelayakan untuk menerima agihan;

b Kelayakan untuk membayar.

69

Berdasarkan Jadual 8, didapati bahawa kriteria kelayakan membayar zakat

tidak dipenuhi oleh semua negeri. Hasil pengiraan jumlah pendapatan setahun

(C=A+B) menunjukkan bahawa lebihan pendapatan yang dimiliki oleh pembayar

zakat masih belum melepasi kadar nisab. Senario bagi ketiga-tiga negeri ditunjukkan

dalam Rajah 3 berikut.

Rajah 3: Status Kelayakan Pembayar Zakat

Ilustrasi status kelayakan pembayar zakat berdasarkan Rajah 3 menunjukkan

bahawa pengiraan zakat berdasarkan kalkulator zakat dan maklumat tolakan

perbelanjaan yang digunakan oleh ketiga-tiga buah negeri memerlukan penelitian

semula oleh pihak MAIN. Oleh yang demikian, kutipan zakat yang diperoleh oleh

pihak MAIN masih sukar untuk dibuktikan ditunaikan oleh kumpulan pembayar

menggunakan kaedah pengiraan tanpa atau dengan tolakan perbelanjaan dibenarkan

bersama-sama.

Memandangkan zakat merupakan urusan di bawah MAIN masing-masing,

dapatan ini dapat memberi satu maklumat baharu untuk pihak berkaitan

membincangkan secara lebih terperinci mengenai konsep had kifayah yang sama

digunakan dalam manual dan kalkutor zakat. Penyelarasan nilai yang digunakan bagi

mengenal pasti antara kumpulan layak atau tidak layak menerima zakat dan kumpulan

layak atau tidak layak membayar zakat diyakini dapat menyerlahkan konsep keadilan

yang dimatlamatkan di dalam rukun zakat kepada semua pihak.

Had kifayah Pendapatan +

Nisab

RM2045 RM3253.33

Negeri: Selangor

RM3241.67

Had kifayah Pendapatan +

Nisab

RM1655 RM2863.33

Negeri: Perak

RM2750.00

Had kifayah Pendapatan +

Nisab

RM1785 RM2993.33

Negeri: Johor

RM2863.33

70

KESIMPULAN

Maklumat berkaitan zakat amat penting untuk diselaraskan bagi tujuan merealisasikan

konsep keadilan yang dimatlamatkan. Oleh yang demikian, usaha pihak MAIN untuk

menambahbaik pengurusan zakat secara berterusan memerlukan sokongan pelbagai

pihak. Dalam kajian ini, maklumat yang digunakan oleh tiga buah negeri dalam

menguruskan zakat didapati mempunyai skop yang perlu diteliti secara lebih

terperinci. Hal ini penting untuk memastikan rukun zakat dapat dilaksanakan

sebagaimana ditetapkan oleh syarak. Dalam isu yang dibincangkan ini, keperluan

perbincangan bersama antara golongan ilmuwan, pengkaji dan pihak MAIN amat

penting. Perbincangan ini mampu menghasilkan satu nilai atau had kifayah yang

relevan untuk digunapakai pada masa depan dan selanjutnya meminimumkan

beberapa isu berkaitan pengurusan zakat dalam beberapa kajian lepas.

RUJUKAN

Ahmad Fahme Mohd Ali & Muhammad Ridhwan Ab. Aziz. (2014). Zakat Poverty

Line Index and Gender Poverty in Malaysia: Some Issues and Practices.

International Journal of Business and Social Science 5(10): 286-293

Ahmad Fahme Mohd Ali, Mohd Faisol Ibrahim, Muhammad Ridwan Ab. Aziz &

Fuadah Johari. (2013). Had Kifayah, Kemiskinan Bandar dan Wanita di

Malaysia: Sorotan Literatur. Dalam, Proceeding of the 5th Islamic Economics

System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The

Islamic Economics System", 4th-5th September, 2013, Faculty Economics and

Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

Ahmad Fahme Mohd Ali, Mohd Faisol Ibrahim, Muhammad Ridhwan Ab Aziz &

Fuadah Johari. (2014). Konsep dan Isu Had Kifayah, Kemiskinan Bandar dan

Jantina dalam Pengagihan Zakat. Labuan e-Journal of Muamalat and Society

8: 14-26.

Baharuddin Sayin, Mohd Afandi Mat Ran, Azri Bhari & Rafeah Saidon. (2016). Had

kifaya Zakat di Malaysia: Satu Analisis Perbandingan. Dalam Isu

Kontemporari Had Kifayah Zakat dan Pengurusan di Malaysia (penyunting)

Norlina Ismail, Siti Zulaikha Mokhtar & Tengku Mansur Tengku Zainal

Abidin. Negeri Sembilan (Nilai): USIM.

Bayu Taufiq, P. (2016). Had Kifayah Zakat and Adequacy of Income Redistribution:

A Proposal Framework. International Journal of Zakat 1(1): 36-49.

Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang & Abdul

Majid Tahir Mohamed. (2012). Kepelbagaian Kaedah Pungutan Zakat:

Analisis Di Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Dari Tahun 2003-2009. Jurnal Syariah 20(3): 329-348.

Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohd Yahya Mohd Hussin & Noor

Hamizah Saidin. (2015). Analisis Kepatuhan Menghitung Zakat berasaskan

Sumber Pendapatan. Dlm Isu Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran

71

Zakat di Malaysia. Edited by Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohammad

Taqiuddin Mohamad. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan & Jabatan Syariah & Ekonomi, APIUM.

Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang & Abdul

Majid Tahir Mohamed. (2016). Islam di Malaysia: Tertunaikah bayaran Zakat

pendapatan? GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space

12(8): 48-60.

Khairudin Abdul Rashid, Sharina Farihah Hasan & Azila Ahmad Sarkawi.

(2015). Haddul Kifayah: Its comprehensiveness, sufficiency and currency in

meeting the needs of the asnaf faqr and asnaf miskin. In National Conference

on Zakat and Economic Development (NCOZ 2015), 1 June 2015. Pahang,

Kuantan: Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, UMP.

Mansor Sulaiman, Hasan Ahmad, Ahmad Irfan Ikmal Hisham, Noradilah Md Nordin

& Saharudin Ramli. (2013). Had al-Kifayah di kalangan Masyarakat Islam:

Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin dan Kaya Berasaskan

Sunnah di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa

Sunnah Nabawiyah (Musnad 2): Realiti dan Cabaran, 3-4 Julai 2013, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mohd Faisol Ibrahim. (2016). Analisis Kaedah Bayaran Zakat Harta oleh Institusi

Zakat di Malaysia. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research

13(2): 109-124

Mohd Shukri Hanapi. (2014). Perakaunan Zakat Padi dan Hubungkaitnya dengan

Kesejahteraan Sosial Petani: Kajian Kes di Negeri Perlis. Kertas kerja

dibentangkan dalam International Social Development Conference

(ICDC2014), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

(UUM), 12-13 Ogos 2014, Hotel Bayview, Langkawi, Kedah.

Bab 6

AMALAN KUTIPAN ZAKAT RENTAS SEMPADAN TANPA

TAULIAH: SATU PENELITIAN AWAL

Sarip Adul (Dr)i, Mohamed Hadi Abd Hamid

ii & Ibrahim Ismail

iii iAhli Jawatankuasa Syariah, Etiqa Takaful Berhad & Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Sabah.

iiKetua, Nasihat dan Penyelidikan Syariah, Etiqa Takaful Berhad.

iiiProfesor Madya, Jabatan Undang-Undang Sivil, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Abstrak Kutipan zakat tanpa tauliah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan satu kesalahan

seperti mana yang terkandung di dalam kebanyakan enakmen/akta jenayah Syariah yang ada

di setiap negeri. Artikel ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal ke atas amalan kutipan

zakat rentas sempadan (kutipan dari satu negeri dan dipindahkan ke negeri lain) yang

dilakukan tanpa tauliah MAIN. Tinjauan ini mendapati terdapat ketidakseragaman undang-

undang di antara negeri-negeri yang menyaksikan sesetengah negeri tidak mempunyai

peruntukan kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah, manakala majoriti negeri mempunyai

peruntukan tersebut. Tinjauan juga mendapati terdapat kes pendakwaan yang telah dibawa ke

Mahkamah Syariah atas pertuduhan mengutip zakat tanpa tauliah dan tertuduh juga telah

disabitkan kesalahan. Ini menunjukkan bahawa kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah

bukanlah suatu sangkaan atau spekulasi semata-mata tetapi kejadian yang benar-benar

berlaku. Beberapa cadangan diberikan untuk memperkemaskan penguatkuasaan ke atas

amalan kutipan zakat tanpa tauliah supaya wang zakat tidak ‘tiris’ dan jatuh ke tangan pihak-

pihak yang tidak bertanggungjawab, sekaligus melindungi usaha MAIN untuk membantu

para asnaf melalui pengagihan zakat yang menjadi bidang kuasa mereka.

Kata Kunci: Zakat, ‘Amil, Tanpa Tauliah, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN),

Penguatkuasaan.

PENDAHULUAN

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan jenayah Syariah berkenaan

kutipan zakat atau ‘amil (pengutip) zakat tanpa tauliah yang dikeluarkan oleh Majlis

Agama Islam negeri-negeri (MAIN). Memandangkan zakat merupakan bidang kuasa

negeri di bawah skema Perlembagaan Persekutuan, kutipan dan agihan zakat adalah

di bawah bidang kuasa agensi negeri yang lazimnya ditadbir oleh MAIN. Oleh kerana

terdapat 14 buah negeri di dalam persekutuan Malaysia, maka terdapat 14 buah

MAIN yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal agama Islam bagi tiap-tiap

negeri.

Untuk tujuan artikel ini, penyelidikan memberi fokus kepada kutipan zakat

tanpa tauliah yang merentasi sempadan negeri, iaitu zakat yang dikutip di sesebuah

negeri tetapi disalurkan ke MAIN negeri lain. Penyelidikan merangkumi peruntukan

undang-undang sedia ada, kajian hukum fiqh, fatwa yang berkaitan dan pendakwaan

di Mahkamah Syariah. Sebagai rumusan, artikel mencadangkan beberapa saranan

bagi memperkasakan kutipan zakat negeri-negeri bagi mengatasi pelanggaran

74

undang-undang yang telah termaktub di dalam undang-undang jenayah Syariah

negeri-negeri.

KUTIPAN ZAKAT DAN BIDANG KUASA NEGERI

Zakat merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang mukallaf

dan menjadi salah satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Di bawah skema

Perlembagaan Persekutuan, urusan kutipan zakat telah diperuntukkan di bawah

Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Ini bermaksud, urusan kutipan zakat

tertakluk di bawah bidang kuasa 14 buah negeri-negeri yang bergabung di bawah

Persekutuan Malaysia. Item 1 Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan,

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri mempunyai bidang kuasa

di dalam hal ehwal berikut:

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi

orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang

berhubungan dengan …. Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil

agama Islam yang seumpamanya;...

Rentetan daripada bidang kuasa yang telah diperuntukkan ini, kesemua negeri-

negeri telah mempunyai institusi kutipan zakat yang lazimnya dikenali dengan

pelbagai nama seperti Pusat Pungutan Zakat, Pusat Kutipan Zakat atau pun unit zakat

di bawah MAIN. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor ditubuhkan oleh Majlis

Agama Islam Selangor bagi tujuan menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri

Selangor dengan sistematik dan berkesan.1

Bagi melengkapkan bidang kuasa yang telah diberikan kepada negeri-negeri

berkenaan dengan hukum Syarak berhubungan dengan zakat, Item 1, Senarai II –

Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan juga telah

memperuntukkan bidang kuasa negeri untuk “pewujudan dan penghukuman

kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah

agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai

Persekutuan”. Ekoran daripada peruntukan ini, tiap-tiap negeri telah menggubal

enakmen jenayah Syariah yang terpakai untuk individu yang menganut agama Islam

di negeri tersebut dan individu Muslim yang terlibat boleh didakwa di bawah

Mahkamah Syariah, iaitu satu institusi kehakiman yang diserahkan bidang kuasanya

kepada negeri-negeri.2

1 http://www.zakatselangor.com.my/info-lzs/sejarah-lzs/

2 Item 1, Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan bahawa negeri mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang

berkenaan keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai

bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-

mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini.

75

Namun begitu, negeri-negeri terikat dengan peruntukan di bawah Item 1,

Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang

menyatakan bahawa mahkamah Syariah “tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan

dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan”.

Disebabkan peruntukan ini, parlimen telah menggubal Akta Mahkamah Syariah

(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai Akta 355. Melalui pindaan

terakhir yang dibuat pada tahun 1984, parlimen telah mengehadkan bidang kuasa

jenayah untuk Mahkamah Syariah kepada hukuman tiga tahun penjara, denda

RM5000 dan enam kali sebatan sahaja, hukuman yang biasanya dirujuk sebagai

formula “356”. Kini usaha dan kempen sedang giat dijalankan untuk meminda Akta

355 supaya hukuman jenayah Syariah yang lebih berat boleh dikenakan terhadap para

pesalah Syariah.

Buat masa ini, kesemua negeri telah mempunyai undang-undang jenayah

Syariah yang terpakai kepada negeri masing-masing.3 Namun begitu, senarai

kesalahan jenayah Syariah yang telah digubal oleh satu-satu negeri adalah berbeza

dengan negeri yang lain, malah kadar hukuman yang digubal juga tidak seragam di

antara sesama negeri.

HUKUM PEMINDAHAN ZAKAT KE NEGERI LAIN

Sebelum mengulas mengenai kesalahan jenayah Syariah yang dikanunkan di dalam

undang-undang jenayah Syariah negeri-negeri, adalah wajar bagi kita untuk

menelusuri hukum pemindahan zakat dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Hukum

ini kemudiannya dijadikan asas oleh majoriti negeri dalam menggubal kesalahan

mengutip zakat atau menjadi ‘amil tanpa tauliah MAIN.

Secara umumnya, hukum yang diterimapakai dalam mazhab Syafie berkenaan

isu pemindahan zakat dari satu negeri ke satu negeri lain adalah jelas. Zakat yang

diwajibkan di sesebuah negeri yang ada golongan penerimanya, tidak harus

dipindahkan ke negeri lain.4 Perbuatan tersebut dianggap telah menyinggung perasaan

golongan yang berhak menerima zakat (asnaf) di negeri itu kerana asnaf menaruh

keyakinan dan bergantung harap kepada pembayar zakat yang kaya di dalam negeri

3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Enakmen Jenayah Syariah

Selangor 1995, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 (Perlis), Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah 2014 (Kedah), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, Enakmen Jenayah

(Syariah) 1992 (Perak), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Enakmen Kesalahan

Syariah (Negeri Melaka) 1991, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Pahang), Enakmen

Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Johor), Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 (Kelantan),

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah 1995 (Sabah) dan Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 (Sarawak) 4 Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab al-Syafie, Jilid 2 (Terjemahan oleh Dr Zukifli Mohamad al-Bakri, et

al), Dr Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia, 2011, hlm. 69

76

tersebut. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal r.a ketika

baginda mengutusnya ke Yaman:

فأعلمهم أن اهلل افترض عليهم صدقة في أموالهم تؤخذ من أغنيائهم وترد على فقرائهمTerjemahan: Beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan zakat ke atas

mereka yang diambil daripada golongan yang kaya dan diberikan kepada

yang fakir di kalangan mereka.5

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi bertegas dalam soal pengagihan zakat ini

dengan menetapkan bahawa zakat hendaklah diagihkan kepada asnaf di tempat mana

ia dikutip. Ini terpakai kepada zakat harta manakala untuk zakat wang pula,

pengagihan zakat mengikut lokasi di mana harta itu berada dan bukan mengikut di

mana pemilik itu tinggal6. Pemindahan zakat dari satu wilayah A ke wilayah B dalam

keadaan wilayah A masih mempunyai ramai asnaf adalah tidak wajar dan bercanggah

dengan maksud kutipan zakat yang tujuannya untuk membasmi kemiskinan di

wilayah A7. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga berpandangan bahawa pemindahan

zakat dari satu wilayah ke wilayah lain hanya boleh dilakukan oleh pihak kerajaan

setelah berunding dengan alim ulamak di negeri tersebut dan pemindahan tersebut

hendaklah semata-mata untuk manfaat bersama umat Islam. Di Malaysia, perkara

sebegini bukanlah sesuatu yang asing. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor telah

mengagihkan zakat sebanyak RM10.2 juta kepada mangsa banjir besar di negeri

Kelantan bagi tujuan membina kediaman baharu untuk mereka8.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad

Albakri mengambil pendekatan bahawa sebarang pembayaran zakat ke negeri lain

hanya boleh dilakukan melalui perantaraan MAIN setelah diberi keutamaan kepada

asnaf negeri tersebut terlebih dahulu9. Beliau memetik sepotong hadis Rasulullah

SAW daripada Abu Juhaifah r.a bahawa Abu Juhaifah r.a berkata:

قدم علينا مصدق النبي صلى اهلل عليه وسلم فأخذ الصدقة من أغنيائنا فجعلها في فقرائناTerjemahan: Telah datang wakil Rasulullah SAW untuk mengutip zakat

dalam kalangan kami, maka dia mengambil zakat daripada kalangan kami

yang kaya dan membahagikan zakat itu kepada orang miskin dalam

kalangan kami.10

5 Hadis riwayat Bukhari (1331) dan Muslim (19).

6 Yusuf al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah (Terjemahan oleh Monzer Kahf), Islamic Book Trust, Kuala

Lumpur, 2011 hlm. 539 7 Ibid., hlm. 540

8 http://www.zakatselangor.com.my/terkini/kenyataan-akhbar-pencapaian-agihan-dan-kutipan-zakat-

negeri-selangor-2015/ 9 http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/503-isu-bayar-

zakat-secara-kredit-dan-memindahkan-zakat 10

Hadis riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Tabrani

77

Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abdul

Wahid di dalam salah satu wawancaranya11

dengan Majalah Asnaf, Lembaga Zakat

Selangor telah menegaskan bahawa perbuatan memindahkan hak zakat ke negeri-

negeri lain dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Ini kerana sesuatu

zakat itu dikeluarkan adalah berdasarkan kepada tempat di mana seseorang individu

itu mencari rezeki, juga berdasarkan tempat atau negeri sesebuah syarikat itu

beroperasi. Alasan untuk memindahkan hak zakat ke negeri lain dengan

mengagihkannya sendiri dan menyatakan bahawa mereka lebih susah dan amat

memerlukan bantuan adalah tidak tepat. Ini kerana pada ketika ini, semua negeri di

Malaysia telah mempunyai institusi zakat mereka sendiri dan mengagihkan zakat

dalam kawasan negeri masing-masing. Sekiranya benar ada pusat zakat negeri yang

memperoleh kutipan zakat yang rendah, maka adalah lebih berdisiplin sekiranya

institusi zakat tersebut memohon kepada LZS bagi menampung sebahagian

kekurangan yang dihadapi.

Berdasarkan tinjauan rawak penulis mengenai kefahaman para pembayar

zakat, terdapat satu pemahaman di kalangan para penduduk di negeri yang ‘kaya’

bahawa negeri tersebut sudah mengutip begitu banyak wang zakat, maka tiada

keperluan mendesak bagi negeri ‘kaya’ ini untuk mengutip lagi wang zakat. Persepsi

ini sebenarnya tidak tepat kerana meskipun sesebuah negeri itu mempunyai ramai

penduduk yang berpendapatan tinggi, namun kos sara hidup di kawasan bandar juga

tinggi. Perbandingan mudah yang boleh diberikan ialah seseorang yang tinggal dan

bekerja di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar dengan pendapatan RM2,000

sudah tentulah tidak sama kos sara hidupnya berbanding mereka yang tinggal di

kampung-kampung di luar bandar. Oleh itu, ‘kaya’ di kampung tidak semestinya

bermaksud ‘kaya’ di bandar.

FATWA PEMINDAHAN ZAKAT KE NEGERI LAIN

Seiring dengan hukum yang telah termaktub di dalam fiqh mazhab Syafie, Jabatan

Mufti Negeri Selangor telah mengeluarkan satu fatwa berkenaan dengan hukum

kutipan zakat atau menjadi ‘amil tanpa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2016 yang bersidang pada

4 Oktober 2016 telah memutuskan seperti berikut:

Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organization (NGO) atau

individu yang dilantik oleh mana-mana pihak selain daripada MAIS dan

LZS bagi mengutip zakat di negeri Selangor dan mengagihkan keluar negeri

Selangor tanpa izin ulil-amri adalah tidak sah dari segi hukum syarak dan

bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

11

http://www.muftiselangor.gov.my/bm/40-mengenai-kami/mufti/interview/43-isu-mengeluar-dan-

mengagihkan-zakat-secara-sendiri

78

Di samping mengaplikasikan hukum berdasarkan mazhab Syafie,

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga mengingatkan bahawa amalan kutipan

zakat tanpa tauliah adalah bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada,

seperti yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Setakat

penelitian penulis, buat masa ini Selangor merupakan satu-satunya negeri yang

mengeluarkan fatwa secara khusus mengenai kutipan zakat tanpa tauliah MAIS dan

LZS untuk disalurkan ke luar negeri Selangor. Menurut Mufti Perak, Tan Sri Dato’

Seri (Dr) Haji Harussani Zakaria, negeri Perak tidak mengeluarkan fatwa khusus

mengenai larangan kutipan zakat tanpa tauliah tetapi Jabatan Agama Islam Perak

sentiasa membuat pemantauan terhadap aktiviti sebegini yang boleh dianggap sebagai

tindakan ‘membawa lari’ hak asnaf di negeri Perak ke negeri lain.12

PERUNTUKAN KESALAHAN JENAYAH BERKENAAN KUTIPAN ZAKAT

Setelah jelas hukum mengutip zakat atau menjadi ‘amil tanpa tauliah MAIN,

bahagian artikel ini membincangkan mengenai peruntukan kesalahan jenayah Syariah

yang telah dikanunkan di dalam enakmen/akta jenayah Syariah negeri-negeri. Untuk

tujuan artikel ini, perbandingan terpilih telah dilakukan terhadap kesemua undang-

undang jenayah Syariah yang ada di 14 buah negeri di Malaysia.

Berdasarkan analisis, majoriti negeri mempunyai peruntukan khusus untuk

kesalahan menjadi ‘amil atau mengutip zakat tanpa tauliah oleh MAIN negeri masing-

masing. Namun begitu, terdapat segelintir negeri seperti negeri Kelantan, Kedah dan

Perlis yang tidak mempunyai peruntukan sebegini. Ketiadaan peruntukan kesalahan

ini akan diulas dalam bahagian artikel yang berikutnya. Perbandingan peruntukan

kesalahan jenayah Syariah untuk kesalahan menjadi ‘amil atau mengutip zakat tanpa

tauliah oleh Majlis Agama Islam Negeri dapat diteliti menerusi Jadual A berikut:

Jadual A: Perbandingan Kesalahan Kutipan Zakat Tanpa Tauliah di Negeri-Negeri

No. Negeri

Peruntukan

Undang-

Undang

Seksyen Berkaitan Ulasan

1. Perlis Enakmen

Jenayah

Dalam

Syarak 1991

TIADA PERUNTUKAN -

2. Kedah Enakmen

Kesalahan

Jenayah

Syariah 2014

TIADA PERUNTUKAN

-

3. Pulau

Pinang

Seksyen 33,

Enakmen

Mana-mana orang yang

memungut zakat atau fitrah atau

Denda RM3000

atau penjara

12

Temubual dengan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani Zakaria pada 4 Jun 2016 di kediaman

beliau di Ipoh, Perak

79

Kesalahan

Jenayah

Syariah

Pulau Pinang

1996

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis adalah

melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi RM3000 atau

dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya, dan Mahkamah

hendaklah memerintahkan

supaya pungutan itu dirampas

dan dibayar ke dalam Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah

subseksyen 90(1) Enakmen

Pentadbiran.

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

4. Perak Seksyen 41,

Enakmen

Jenayah

(Syariah)

1992

Sesiapa yang memungut zakat

atau fitrah atau menyebabkan

zakat atau fitrah dipungut tanpa

diberi kuasa yang sah, adalah

bersalah atas suatu kesalahan

dan hendaklah, apabila

disabitkan, dikenakan hukuman

denda tidak melebihi RM3000

atau penjara selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya. Mahkamah

hendaklah memerintah pungutan

itu dirampas dan diserahkan

kepada Baitulmal.

Denda RM3000

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

5. Selangor Seksyen 37,

Enakmen

Jenayah

Syariah

Selangor

1995

Mana-mana orang yang

memungut zakat atau fitrah atau

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis adalah

melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi tiga ribu ringgit

atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

Denda RM3000

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya.

Tiada

peruntukan

untuk

Mahkamah

Syariah

merampas

kutipan zakat

dan diserahkan

kepada

Baitulmal.

6. Wilayah Seksyen 33, Mana-mana orang yang Denda RM3000

80

Persekutuan Akta

Kesalahan

Jenayah

Syariah

(Wilayah-

Wilayah

Persekutuan)

1997

memungut zakat atau fitrah atau

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis adalah

melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi RM3000 atau

dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya, dan Mahkamah

hendaklah memerintahkan

supaya pungutan itu dirampas

dan dibayar ke dalam Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah

seksyen 60 Akta Pentadbiran.

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

7. Negeri

Sembilan

Seksyen

118(3),

Enakmen

Jenayah

Syariah

Negeri

Sembilan

1992

Mana-mana orang yang

membuat atau mengambil

bahagian di dalam mana-mana

pungutan zakat atau fitrah

tersebut yang berlawanan dengan

Enakmen Pentadbiran Hukum

Syarak (Negeri Sembilan) tanpa

diberi kuasa yang sah adalah

melakukan satu kesalahan dan

hendaklah apabila disabitkan

dikenakan hukuman denda tidak

melebihi RM1000 atau penjara

selama tempoh tidak melebihi

satu tahun atau kedua-duanya.

Denda RM1000

atau penjara

tidak melebihi

satu tahun atau

kedua-duanya.

Tiada

peruntukan

untuk

Mahkamah

Syariah

merampas

kutipan zakat

dan diserahkan

kepada

Baitulmal.

8. Melaka Seksyen 89,

Enakmen

Kesalahan

Syariah

(Negeri

Melaka)

1991

Sesiapa yang membuat atau

mengambil bahagian di dalam

sesuatu pungutan yang

berlawanan dengan Enakmen

Pentadbiran Hukum Syarak

(Negeri Melaka) 1991 adalah

merupakan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan kesalahan

boleh dikenakan hukuman denda

tidak melebihi RM2000 atau

dipenjara selama tempoh tidak

melebihi 18 bulan atau kedua-

duanya sekali dan Mahkamah

hendaklah memerintahkan

supaya semua wang pungutan

Denda RM2000

atau penjara

tidak melebihi

18 bulan atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

81

yang telah diperolehi dirampas

dan dimasukkan ke dalam

Baitulmal.

9. Johor Seksyen 33,

Enakmen

Kesalahan

Jenayah

Syariah 1997

Mana-mana orang yang

memungut zakat atau fitrah atau

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis adalah

melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi RM3000 atau

dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya, dan Mahkamah

hendaklah memerintahkan

supaya pungutan itu dirampas

dan dibayar ke dalam Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah

seksyen 39 Enakmen

Pentadbiran.

Denda RM3000

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

10. Pahang Seksyen 38,

Enakmen

Kesalahan

Jenayah

Syariah 2013

Mana-mana orang yang

memungut zakat atau fitrah atau

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis

melakukan suatu kesalahan dan

boleh, apabila disabitkan,

didenda tidak melebihi RM3000

atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya, dan Mahkamah

hendaklah memerintahkan

supaya pungutan itu dirampas

dan dibayar ke dalam Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah

seksyen 67 Enakmen

Pentadbiran.

Denda RM3000

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

11. Kelantan Enakmen

Kanun

Jenayah

Syariah 1985

TIADA PERUNTUKAN

12. Terengga-

nu

Seksyen 40,

Enakmen

Kesalahan

Jenayah

Mana-mana orang yang

memungut zakat atau fitrah atau

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

Denda RM3000

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

82

Syariah

(Takzir)

(Terengganu)

2001

sebagai amil atau selainnya

diberi kuasa oleh Majlis adalah

melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda

tidak melebihi RM3000 atau

dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya, dan Mahkamah

hendaklah memerintahkan

supaya pungutan itu dirampas

dan dibayar ke dalam Kumpulan

Wang yang ditubuhkan di bawah

seksyen 58 Enakmen

Pentadbiran.

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

13. Sabah Seksyen 67,

Enakmen

Zakat &

Fitrah 1993

Mana-mana orang yang, sebagai

tidak dibenarkan di bawah

Enakmen ini untuk berbuat

sedemikian memungut atau cuba

memungut zakat atau penalti di

bawah Enakmen ini ada

melakukan suatu kesalahan dan,

apabila disabitkan, boleh

didenda tidak melebihi RM5000

atau dipenjara selama tempoh

tidak melebihi tiga tahun atau

kedua-duanya sekali.

Denda RM5000

atau penjara

tidak melebihi

tiga tahun atau

kedua-duanya.

Tiada

peruntukan

untuk

Mahkamah

Syariah

merampas

kutipan zakat

dan diserahkan

kepada

Baitulmal.

14. Sarawak Seksyen 30,

Ordinan

Kesalahan

Jenayah

Syariah 2001

Mana-mana orang yang

memungut zakat atau fitrah atau

menyebabkan dipungut zakat

atau fitrah tanpa dia dilantik

sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis adalah

melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh

dikenakan denda tidak melebihi

RM3000 atau pemenjaraan

selama tempoh tidak melebihi

dua tahun atau kedua-duanya,

dan Mahkamah hendaklah

memerintahkan supaya pungutan

itu dirampas dan dibayar ke

dalam Baitulmal yang

ditubuhkan di bawah seksyen 45

Denda RM3000

atau penjara

tidak melebihi

dua tahun atau

kedua-duanya

dan pungutan

boleh dirampas.

83

Ordinan Majlis Islam Sarawak,

2001.

Berdasarkan Jadual A ini, peruntukan kesalahan jenayah Syariah berkenaan

kutipan zakat boleh dikategorikan kepada tiga jenis klasifikasi seperti berikut:

Jadual B: Rumusan Perbandingan Kesalahan Kutipan Zakat Tanpa Tauliah di Negeri-

Negeri

1. Tiada Peruntukan

Kesalahan Jenayah

Syariah

2. Denda atau penjara atau

kedua-duanya. Tiada

peruntukan untuk

Mahkamah Syariah

merampas kutipan zakat

3. Denda RM3000 atau

penjara dua tahun atau

kedua-duanya dan kutipan

boleh dirampas

Perlis

Kedah

Kelantan

Selangor (Denda RM3000

atau penjara dua tahun

atau kedua-duanya)

Melaka (Denda RM2000

atau penjara 18 bulan

atau kedua-duanya)

Negeri Sembilan (Denda

RM1000 atau penjara satu

tahun atau kedua-duanya)

Sabah13

(Denda RM5000

atau penjara tiga tahun

atau kedua-duanya)

Pulau Pinang

Perak

Wilayah Persekutuan

Sarawak

Terengganu

Johor

Pahang

Berdasarkan Jadual A di atas, majoriti negeri mengambil pendekatan

mengkanunkan kesalahan mengutip zakat atau menjadi ‘amil zakat tanpa tauliah.

Terdapat dua senario berkenaan dengan kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah:

i) Tiada tauliah mengutip zakat tetapi mengutip zakat untuk diagihkan

dengan cara dan kaedah tersendiri;

ii) Tiada tauliah mengutip zakat tetapi mengutip zakat bagi pihak MAIN

negeri lain.

Secara umumnya, kutipan zakat tanpa tauliah dalam senario pertama jarang

didengar berbanding senario kedua. Ini kerana kutipan zakat secara terbuka oleh ‘amil

tanpa tauliah MAIN pastinya akan mengundang tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Lazimnya apa yang berlaku ialah individu Muslim sendiri yang menyerahkan zakat

secara peribadi kepada pihak-pihak yang dianggapnya sebagai asnaf yang layak

menerima zakat. Jika ada pun penyerahan zakat kepada mana-mana orang tengah

untuk diserahkan kepada asnaf, perbuatan tersebut berlaku secara terpencil dan tidak

diwar-warkan. Manakala senario kedua pula telah mencetuskan polemik yang

13

Sabah menggubal enakmen khas untuk zakat dan fitrah yang mengandungi peruntukan kesalahan

mengutip zakat tanpa tauliah yang biasanya diperuntukkan dalam enakmen jenayah Syariah di

negeri-negeri lain.

84

membawa kepada pendakwaan kes di Mahkamah Syariah dan senario ini akan diulas

dalam bahagian artikel yang berikutnya.

Berdasarkan maklumat yang dibentangkan di dalam Jadual B, tujuh (7) buah

negeri mempunyai peruntukan undang-undang yang standard untuk hukuman bagi

kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah. Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan,

Sarawak, Terengganu, Johor dan Pahang memperuntukkan bahawa kesalahan

mengutip zakat tanpa tauliah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi

RM3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali dan kutipan

zakat tersebut boleh dirampas atas arahan Mahkamah Syariah untuk dimasukkan ke

dalam Baitulmal negeri masing-masing.

Empat negeri (Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah)

memperuntukkan hanya hukuman denda dan penjara, tanpa mempunyai peruntukan

bagi Mahkamah Syariah merampas kutipan zakat tersebut. Kadar hukuman yang

dikenakan adalah berbeza-beza, iaitu Sabah mempunyai kadar hukuman paling tinggi

dengan denda maksimum RM5000 atau penjara maksimum tiga tahun (Denda

RM5000 dan penjara tiga tahun ialah had maksimum hukuman yang diberikan kepada

Mahkamah Syariah oleh Akta 355).

Tiga negeri lagi (Kelantan, Perlis dan Kedah) tidak mempunyai peruntukan

untuk kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah MAIN. Ini bermakna dari sudut

penguatkuasaan undang-undang, kegiatan ‘amil mengutip zakat tanpa tauliah MAIN

bukanlah satu kesalahan di negeri Kelantan, Perlis dan Kedah. Kajian lanjut perlu

dilakukan untuk memastikan punca-punca mengapa kesalahan kutipan zakat tanpa

tauliah tidak dikanunkan sedangkan 11 negeri lain mempunyai peruntukan kesalahan

yang hampir seragam.

PENDAKWAAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH

Terdapat satu kes mahkamah terkini yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah

Syariah Sepang di negeri Selangor berkenaan kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah

MAIS. Di dalam kes Pendakwa Syarie Selangor lawan Mohd Azmee dan Omar [Kes

Jenayah No: 10006-145-0116-2016 dan 10006-145-0117-2016], kedua-dua tertuduh

telah diberkas oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam

Selangor. Fakta-fakta kes yang dipersetujui seperti mana yang terkandung di dalam

penghakiman mahkamah adalah seperti berikut:

1. Tangkapan telah dilakukan oleh PPA berdasarkan aduan awam yang diterima.

2. Pemerhatian awal mendapati terdapat dua buah meja berasingan yang

diletakkan di satu sudut berhampiran dengan Café Apron, Pejabat Korporat

Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor.

3. Tertuduh yang berada di meja 2 dilihat sedang memberikan penerangan

kepada seorang wanita yang duduk bertentangan dengannya di meja tersebut.

4. Hasil siasatan mendapati bahawa lelaki tersebut sedang memberikan

penerangan tentang pembayaran zakat melalui potongan gaji atau pindah

85

bayaran dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke pihak pengurusan

zakat Majlis Agama Islam Perlis.

5. Hasil siasatan lanjut pula mendapati bahawa, Tertuduh telah disahkan oleh

LZS, MAIS bahawa Tertuduh ini tidak pernah diberikan kebenaran untuk

membuat sebarang kutipan zakat atau fitrah di dalam Negeri Selangor.

6. Di atas meja juga terdapat borang pemotongan zakat

(pendapatan/perniagaan/emas) melalui skim pemotongan gaji yang masih

belum diisi apa-apa butiran.

7. Tertuduh disyaki melakukan kesalahan percubaan melakukan aktiviti yang

menyebabkan pungutan zakat dilakukan oleh orang ramai melalui potongan

gaji tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Tertuduh telah didakwa di bawah seksyen 52(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah

Selangor 1995 (EJSS) yang dibaca bersama seksyen 37 EJSS iaitu percubaan

memugut zakat atau fitrah tanpa diberikuasa oleh LZS/MAIS.

Di dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Rendah Syariah Sepang Tuan

Muhamad Hafiz bin Moksin telah menelusuri peruntukan Perlembagaan Persekutuan

dan menegaskan bahawa perkara mengenai zakat, fitrah, derma, sedekah, wakaf

adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri sebagaimana yang telah di

berikan oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah, Senarai II, Senarai Negeri, Jadual

Kesembilan. Dalam konteks ini, Perlembagaan telah meletakkan soal agama dan

hukum syarak di bawah Senarai Negeri, kecuali mengenai Wilayah Persekutuan.

Perkara-perkara mengenai agama Islam dan hukum syarak yang dimaksudkan telah

disenaraikan secara terperinci dalam Jadual tersebut.

Hakim seterusnya menegur atau mengingatkan mana-mana individu atau

Pihak Berkuasa Negeri yang ingin melaksanakan perbuatan atau perkara-perkara yang

terkandung di bawah Senarai II tersebut, supaya mematuhi undang-undang yang

digubal di sesebuah negeri. Dalam kes ini, mana-mana individu atau mana-mana

permerbadanan perlu menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang

telah digubal oleh kerajaan negeri Selangor dengan meminta kebenaran bertulis dan

atau tauliah untuk mengutip zakat atau fitrah di Selangor. Dalam erti kata lain, mana-

mana individu yang mendakwa dari mana-mana pertubuhan, pemerbadanan atau

Pihak Berkuasa Negeri mana-mana Negeri perlu meminta izin dengan sepatutnya dan

selayaknya daripada Pihak Berkuasa Negeri khususnya Duli Yang Maha Mulia

(DYMM) Sultan Selangor yang diberi kuasa pentadbiran kepada MAIS dengan cara

memohon kebenaran bertulis atau tauliah sebelum melaksanakan perbuatan

memungut zakat atau fitrah yang termasuk di dalam kawasan atau jajahan takluk ke

bawah DYMM Sultan Selangor.

Tertuduh-tertuduh telah mengaku bersalah di atas kesalahan yang mereka

lakukan. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah telah

mensabitkan tertuduh-tertuduh atas kesalahan yang didakwa dan menjatuhkan

86

hukuman denda sebanyak RM 2,000 atau penjara selama tempoh 9 hari jika tidak

dapat membayar denda tersebut.

Walaupun di dalam rayuan tertuduh-tertuduh menyatakan bahawa mereka

tidak mengetahui perbuatan mereka merupakan suatu kesalahan, namun Mahkamah

tidak dapat menerima alasan tersebut kerana di dalam dunia tanpa sempadan kini,

maklumat adalah cukup mudah dan berada dihujung jari dan boleh diakses jika benar-

benar tertuduh-tertuduh peka akan perkara ini. Mahkamah tetap menegaskan bahawa

perbuatan percubaan memungut zakat atau fitrah dengan tujuan untuk menyalurkan

ke pihak pengurusan Majlis Agama Islam Perlis adalah dilarang sama sekali. Bagi

Mahkamah, tertuduh-tertuduh seharusnya mengambil cakna akan undang-undang

yang sedia ada dan kesan sekiranya undang-undang tidak dipatuhi seperti tidak

menghormati pemerintah di sesebuah negeri seperti di negeri Selangor.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Penulisan artikel ini hanyalah merupakan satu tinjauan awal untuk meneliti amalan

kutipan zakat rentas sempadan tanpa tauliah di Malaysia. Berdasarkan dapatan-

dapatan yang diperoleh daripada peruntukan undang-undang sedia ada, fatwa dan

kajian kes di mahkamah, berikut adalah rumusan yang dapat disimpulkan:

1. Terdapat ketidakseragaman yang ketara di antara negeri-negeri yang

mengkanunkan jenayah mengutip zakat tanpa tauliah MAIN. Tiga negeri tiada

peruntukan kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah MAIN manakala 11 negeri

mempunyai peruntukan untuk kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah,

meskipun di antara 11 negeri tersebut terdapat ketidakseragaman dari sudut

jumlah denda dan penjara yang dikenakan. Sebagai cadangan, ketiadaan

peruntukan kesalahan mengutip zakat tanpa tauliah MAIN di Kelantan, Perlis

dan Kedah perlu disemak semula kerana perbuatan mengutip zakat tanpa

tauliah MAIN ini bukanlah satu sangkaan atau spekulasi semata-mata, bahkan

telah terbukti berlaku seperti yang berlaku di dalam kes Pendakwa Syarie

Selangor lawan Mohd Azmee dan Omar. Ketiadaan peruntukan ini akan

membuka pintu kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk

mengutip zakat tanpa tauliah MAIN, sama ada untuk kepentingan sendiri atau

untuk disalurkan ke MAIN negeri lain. Secara tidak langsung, jumlah zakat

sebenar yang sepatutnya dikutip oleh MAIN di sesebuah negeri akan

berkurangan akibat ‘ketirisan’ pembayaran zakat ke pihak lain.

2. Dakwaan tertuduh di dalam kes Pendakwa Syarie Selangor lawan Mohd

Azmee dan Omar bahawa dia mengutip zakat untuk disalurkan ke MAIN

negeri lain perlu diteliti dan MAIN yang terlibat perlu mengambil pendirian

jelas mengenai perbuatan individu yang mengutip zakat di negeri B untuk

disalurkan ke negeri A. Adakah perbuatan ejen-ejen ini diiktiraf dan direstui

oleh MAIN negeri yang terbabit? Walau apa pun kisah yang berlaku di sebalik

tabir, jika ejen-ejen ini mendapat tauliah daripada MAIN negeri A sekalipun,

mereka tidak dibenarkan untuk mengutip zakat di negeri B kerana kutipan

87

zakat di negeri B tetap tertakluk kepada tauliah yang dikeluarkan oleh MAIN

negeri B.

3. Negeri-negeri yang mempunyai peruntukan undang-undang untuk kesalahan

mengutip zakat tanpa tauliah perlulah bersikap proaktif dalam membanteras

perbuatan individu-individu atau organisasi yang mengutip zakat tanpa tauliah

MAIN, sama ada untuk agihan sendiri atau disalurkan kepada MAIN negeri

lain. Jika Pegawai Penguatkuasa Agama tidak melakukan pemantauan yang

sewajarnya, dikhuatiri peruntukan undang-undang sedia ada hanyalah tinggal

‘hiasan’ semata-mata tanpa penguatkuasaan. Akhirnya, berlaku ketirisan

terhadap kutipan zakat yang mungkin menyebabkan lebih ramai asnaf tidak

dapat dibantu di negeri tersebut. Setakat ini, hanya segelintir MAIN seperti

MAIS sahaja yang dilihat serius dalam membanteras kegiatan ‘amil tanpa

tauliah dengan pelbagai peringatan dan kempen kepada masyarakat melalui

sebaran am dan media sosial.14

4. Negeri-negeri yang tidak memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah Syariah

untuk mengeluarkan perintah supaya kutipan zakat yang tidak sah ini

dirampas perlulah meminda peruntukan enakmen jenayah Syariah yang sedia

ada agar jumlah kutipan zakat secara tidak sah ini boleh diambil semula dan

disalurkan ke Baitulmal MAIN untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

5. Setiap MAIN perlu membuat siasatan dan penyelidikan menyeluruh mengenai

punca-punca mengapa masyarakat awam boleh membayar zakat mereka

kepada ‘amil tanpa tauliah. Adakah kerana faktor kurangnya ketelusan dan

persepsi buruk yang dilemparkan kepada insitusi zakat sendiri, atau pun

masyarakat awam sebenarnya tidak memahami maksud kesalahan membayar

zakat kepada ‘amal tanpa tauliah? Mungkinkah masyarakat menyangka

mereka telah membayar zakat tanpa menyedari bahawa pembayaran zakat

mereka sebenarnya tidak sah? Satu kajian lanjut diperlukan untuk

merungkaikan persoalan-persoalan yang berbangkit mengenai isu ini.

RUJUKAN

Buku

Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji. (2011). Al-Fiqh Al-Manhaji

Mazhab al-Syafie, Jilid 2 (Terjemahan oleh Dr Zukifli Mohamad al-Bakri, et

al). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Yusuf al-Qaradawi. (2011). Fiqh al-Zakah (Terjemahan oleh Monzer Kahf), Kuala

Lumpur: Islamic Book Trust.

14

Sebagai contoh, “Berhati-hati dengan individu atau pertubuhan yang kutip zakat tanpa tauliah”,

Lembaga Zakat Selangor, 4 Jun 2016, http://www.zakatselangor.com.my/terkini/berhati-hati-

dengan-individu-atau-pertubuhan-yang-kutip-zakat-tanpa-tauliah/, “Salah kutip zakat tanpa

tauliah”, Sinar Harian, 22 Jun 2016, http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/salah-kutip-

zakat-tanpa-tauliah-1.535080

88

Laman sesawang

http://www.zakatselangor.com.my/info-lzs/sejarah-lzs/

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/503-

isu-bayar-zakat-secara-kredit-dan-memindahkan-zakat

http://www.muftiselangor.gov.my/bm/40-mengenai-kami/mufti/interview/43-isu-

mengeluar-dan-mengagihkan-zakat-secara-sendiri

“Salah kutip zakat tanpa tauliah”, Sinar Harian, 22 Jun 2016,

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/salah-kutip-zakat-tanpa-

tauliah-1.535080

Temu bual

Temubual dengan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani Zakaria pada 4 Jun 2016 di

kediaman beliau di Ipoh, Perak.

Statut

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 (Perak)

Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 (Perlis)

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992

Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995

Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 (Kelantan)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 (Sabah)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Johor)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Pahang)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 (Kedah)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991

Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 (Sarawak)

Bab 7

ISU PEMILIKAN DALAM AMALAN PEMBAYARAN ZAKAT

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Muhammad Ikhlas Rosele (Ph.D) i & Luqman Haji Abdullah (Ph.D) ii iPensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[email protected] ii

Pensyarah Kanan. Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[email protected].

Abstrak Pembayaran zakat oleh entiti atau syarikat telah menimbulkan isu dan polemik dalam

kalangan intelektual Islam. Hal yang sama wujud dalam pembayaran zakat institusi

kewangan Islam di Malaysia. Antara isu yang timbul antaranya adalah isu kapasiti institusi

sebagai entiti yang layak membayar zakat, isu wakalah dan isu pemilikan. Oleh itu, artikel ini

dengan menggunakan pendekatan kualitatif akan menganalisis isu pemilikan yang wujud

dalam amalan pembayaran zakat institusi kewangan Islam. Kajian mendapati sememangnya

wujud perbahasan mengenai pemilikan institusi dalam pembayaran zakat namun setelah

penelitian dilakukan syarikat dan institusi layak membayar zakat dengan kapasiti milkiyyah

yang tersendiri.

Kata kunci: Zakat syarikat, institusi kewangan Islam, pemilikan, zakat perniagaan.

PENDAHULUAN

Perbincangan mengenai zakat dilihat berkembang selaras dengan perkembangan

globalisasi. Banyak isu-isu baharu telah timbul dalam aspek fiqh zakat berikutan

perkembangan tersebut. Antara isu yang dibincangkan khususnya di Malaysia adalah

isu potongan gaji, zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, zakat saham, zakat

sukuk dan zakat institusi kewangan Islam atau zakat syarikat.

Mengenai isu zakat institusi kewangan Islam juga telah menimbulkan pelbagai

persoalan yang memerlukan penyelesaian dari sudut pandang fiqh. Keadaan ini jelas

berpunca daripada kecenderungan syarikat atau entiti untuk membayar zakat.

Persoalan yang timbul dari situasi tersebut adalah siapakah yang hakikatnya

membayar zakat, adakah pengurus syarikat (pemegang saham) atau syarikat. Hal

dijadikan tumpuan dalam kajian ini dalam menjelaskan kedudukan syarikat sebagai

pembayar zakat. Pembayaran zakat oleh syarikat atau institusi kewangan Islam

berkait rapat dengan perbincangan syakhsiyyah i’tibariyyah dalam hukum Islam.

Intelektual semasa berbeza pendapat dalam penerimaan konsep syakhsiyyah

al-i’ti ariyyah. Kesan daripada perbezaan tersebut memberi kesan terhadap hukum

pembayaran zakat oleh syarikat. Kajian ini akan merumuskan pandangan intelektual

semasa terhadap pembayaran zakat oleh syarikat berteraskan konsep syakhsiyyah

i‘ti ariyyah sebagaimana berikut (al-Khalil, 1462H; al-Ghafili, 2008):

i. Golongan yang menerima konsep syakhsiyyah i‘ti ariyyah dan

mengharuskan pembayaran zakat olehnya.

90

ii. Golongan yang tidak menerima konsep syakhsiyyah i‘ti ariyyah

justeru menafikan kewajibannya menunaikan zakat.

iii. Golongan yang menerima konsep syakhsiyyah i‘ti ariyyah namun

menyempitkan ruang dari sudut keharusan membayar zakat olehnya.

Kajian ini cenderung kepada pendapat golongan yang pertama, iaitu menerima

konsep syakhsiyyah i‘ti ariyyah dan mengharuskan pembayaran zakat olehnya.

Antara hujah lain yang mendokong keharusan pembayaran zakat oleh syarikat adalah

penerapan konsep zakat al-khultah, prinsip rangkuman harta zakat dan mengguna

pakai ‘illah al-nama’ pada harta syarikat.

1. Mencampurkan harta zakat.

Asas lain yang menjadi dokongan kewajipan harta zakat adalah prinsip

mencampurkan harta zakat. Sifat syarikat umumnya mempunyai harta yang berbagai

bentu, jenis dan pemilikan. Oleh itu, harta-harta tersebut dianggap dibawah pemilikan

yang satu untuk dizakatkan, iaitu di bawah pemilikan syarikat. Asasnya pronsip ini

wujud dalam perbahasan fiqh di mana dibenarkan binatang ternakan yang dipelihara

secara bersama (antara dua orang atau lebih), untuk menggabungkan binatang

ternakannya agar mencukupi nisab (al-Dusuqi, t.t.; al-Ramli, 1984). Begitu juga

halnya dalam syarikat, secara asasnya ia merupakan gabungan modal individu-

individu yang membentuk syarikat dan keuntungan/hasil yang diperoleh digabungkan

untuk membayar zakat.

2. Merangkumkan harta zakat.

Selain itu prinsip merangkumkan harta zakat juga menjadi hujah dokongan bahawa

harta syarikat dikenakan zakat. Ia bermaksud merangkumkan kesemua harta zakat

(yang sama sifat atau jenisnya) antara satu sama lain. Seperti merangkumkan harta

dengan hutang yang berada ditangan pemiutang dan situasi yang seumpanya. Contoh

lain adalah keharusan membayar zakat sebelum tiba haul (Husain Syahatah, 2009), ini

kerana ia merangkumkan hartanya dalam tempoh haul tersebut secara tanggapan dan

mencukupi nisab lalu membayar zakat sebelum tiba waktu cukup haul. Asas

rangkuman harta ini juga boleh berlaku dalam syarikat dimana harta dalam syarikat

tersebut akan dirangkumkan untuk membayar zakat.

3. Harta yang berkembang (al-nama’)

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh syarikat adalah satu bentuk perkembangan harta

yang tergolong dalam prinsip al-nama’. Al-Nama’ (subur) merupakan salah satu ciri

atau syarat harta yang wajib dikeluarkan zakat (al-Qaradawi, 1994). Oleh itu, apabila

dilihat secara keseluruhannya harta syarikat merupakan harta yang layak dikeluarkan

zakat kerana prinsipnya sebagai harta yang subur.

Oleh itu pembayaran zakat yang diamalkan oleh sebahagian syarikat adalah

harus dan diterima. Pendirian ini selaras dengan keputusan fatwa Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia;

91

Syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi

syarat-syarat seperti berikut:

i. Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam.

ii. Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam yang merdeka.

iii. Sempurna milik.

iv. Cukup nisab.

v. Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3hari)

vi. Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.

Syarikat yang dimiliki bersama antara orang islam dan bukan islam,

maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang islam

sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi.

Walaupun penerimaan konsep ini dalam pembayaran zakat institusi kewangan

Islam adalah sesuatu yang jelas, namun beberapa persoalan lain juga timbul seperti

kedudukan harta pelanggan, pencarum atau pendeposit, isu pemilikan syarikat

(institusi kewangan Islam), status Islam syarikat hingga melayakkannya membayar

zakat dan selainnya. Isu-isu ini perlu diperjelaskan bagi mengukuhkan pandangan

syarikat boleh membayar zakat atas kapasitinya yang tersendiri. Lantaran itu, kajian

ini akan menjelaskan mengenai isu pemilikan dalam pembayaran zakat institusi

kewangan Islam di Malaysia.

KONSEP PEMILIKAN SEMPURNA

Pemilikan sempurna dalam konteks ini adalah dilihat dari aspek kebiasaan, kerana

pada hakikatnya semua harta adalah milik mutlak Allah SWT. Pemilikan sempurna

pula adalah merujuk kepada pemilikan terhadap dua aspek iaitu benda dan manfaat.

Ulama juga mengistilahkan pemilikan sempurna sebagai memenuhi pemilikan al-yad

(harta berada dalam tangan) dan pemilikan al-raqabah (harta dibawah kuasa dan

kawal selia).

Al-Zabidi (2009) di dalam kitab al-Jawharah al-Nayyirah menjelaskan

konsep al-Milk al-Tam sebagai;

Milik sempurna adalah apa yang terangkum padanya pemilikan dan dalam

tangan. Sekiranya wujud milik tanpa berada dalam tangan seperti memiliki

barang belian sebelum penyerahan, atau mahar sebelum diserahkan atau harta

dalam tangan tetapi tiada kuasa milik seperti hamba al-Mukatib dan hutang

maka tidak wajib untuk dizakatkan.

Golongan Malikiyyah menafsirkan milik sempurna sebagaimana berikut (al-

Dasuqi, t.t.);

Pemilikan sempurna terdiri daripada dua perkara iaitu milik dan

kesempurnaannya, tidak dikenakan zakat bagi harta yang dirampas dan harta

yang dijumpai kerana tidak wujud milik dan tidak dikenakan zakat ke atas

92

hamba dan orang yang berhutang kerana tidak mempunyai kesempurnaan

pemilikan.

Menurut golongan Hanabilah pula, milik sempurna diertikan sebagai (al-

Bahuti, 1983);

Pemilikan sempurna adalah mengenai sesuatu yang berada dalam tangan

pemilik dan tidak berkait dengan milik orang lain, mempunyai hak untuk

menjalankan transaksi mengikut kehendaknya, faedah dan hasil yang diperolehi

daripada harta tersebut adalah miliknya.

Daripada pentafsiran dan kefahaman terhadap konsep milik sempurna yang

dikemukakan, jelas menunjukan terdapat dua elemen atau aspek penting dalam

memenuhi konsep tersebut iaitu; memiliki kuasa dan barang. Apabila kedua-dua

elemen tersebut dipenuhi maka sesuatu harta akan dianggap sebagai milikan penuh.

ISU PEMILIKAN DALAM AMALAN ZAKAT INSTITUSI KEWANGAN

ISLAM

Perbahasan dalam sub-topik ini adalah menjurus kepada dua perbincangan penting

iaitu isu pemilikan dalam syakhsiyyah i’tibariyyah (institusi kewangan Islam) dan isu

pemilikan dalam hubungan antara institusi dengan pelanggan atau pihak

berkepentingan. Terdapat tiga institusi kewangan Islam yang dipilih dalam kajian ini

iaitu institusi A (tabungan), institusi B (bank) dan institusi C (takaful). Namun

institusi-institusi tersebut akan difokuskan dalam perbincangan yang kedua, manakala

perbincangan pertama lebih terfokus kepada konsep zakat institusi secara umum.

(i) Isu Pemilikan dalam Zakat Syakhsiyyah I’tibariyyah

Perbincangan zakat syakhsiyyah i‘ti ariyyah juga mempunyai perkaitan dengan teori

pemilikan (ownership), adakah syarikat mempunyai pemilikan penuh terhadap

hartanya. Ulama fiqh silam melihat konsep pemilikan sempurna dan pemilikan tidak

sempurna berdasarkan pemisahan harta dengan manfaat. Ini bermakna pemilikan

sempurna adalah yang memiliki harta beserta dengan manfaat dan pemilikan tidak

sempurna adalah yang memiliki salah satu daripada keduanya. Sedangkan para

intelektual moden melihat pemilikan sebagai hak-hak yang mana boleh diagihkan

kepada kumpulan manusia ataupun entiti korporat (syarikat) (Mahmoud, 2006).

Perlu diketahui bahawa pemilikan sempurna dalam zakat mempunyai

pentakrifan yang berbeza-beza. Terdapat golongan yang menyatakan milik penuh

bermaksud kekayaan itu berada di bawah pengawasan dan kuasanya. Manakala ada

sebahagian lain yang mensyaratkan kekayaan tersebut harus berada di tangannya yang

mana tidak bersangkut dengan hak orang lain (al-Kasani, 2003).

Perbezaan kefahaman pemilikan sempurna mendatangkan kesan yang berbeza

dalam pembayaran zakat. Contohnya, jumhur ulama (selain golongan Hanafiyyah)

mewajibkan zakat ke atas harta wakaf yang diwakafkan kepada orang tertentu (iaitu

al-mawquf ‘alayh) (al-Mardawi, 1956) sedangkan orang yang mendapat harta wakaf

93

itu tidak mempunyai milikan yang sempurna ke atas harta tersebut. Contoh lain

adalah jumhur ulama juga mewajibkan zakat pada tanah ‘usyr yang diwakafkan (al-

Babarti, 1315H; al-Ma’bari, 2004) sedangkan al-mawquf ‘alayh tidak memiliki harta

tersebut dengan pemilikan yang sempurna.

Berdasarkan itu, pemilikan sempurna boleh dikatakan cukup sekadar

mempunyai kekuasaan dan pengawasan terhadap harta. Keadaan ini wujud dalam

syarikat kerana harta-hartanya diuruskan atas nama syarikat. Syarikat (syakhsiyyah

i‘ti ariyyah) juga mempunyai kapasiti tertentu terhadap harta sebagaimana yang telah

dijelaskan. Oleh itu, tidak ada halangan untuk mewajibkan zakat ke atas syarikat jika

hartanya memenuhi syarat untuk dizakatkan (al-Qurrah al-Daghi, 2013).

Oleh itu, pembayaran zakat syarikat ini tidak menafikan konsep al-milk al-tam

kerana asasnya syarikat mempunyai pemilikan harta tersendiri dan zakat dibayar atas

prinsip mencampurkan harta zakat yang dilaksanakan oleh syarikat dengan

kapasitinya sebagai syakhsiyyah i‘ti ariyyah (Lajnah I‘dad al-Manahij bi al-Jami‘ah,

t.t.). Syarikat, institusi atau koperasi dilihat menepati prinsip syakhsiyyah i‘ti ariyyah

iaitu entiti yang boleh memiliki dan mengawal dengan sempurna (milk al-tam)

hartanya melalui milk al-hiyazah dan milk al-tasarruf yang menghalang pihak lain

dari mencabuli hartanya (LZS, 2007).

(ii) Isu Pemilikan dalam Hubungan Institusi dengan Pihak Berkepentingan

Dalam amalan institusi kewangan Islam, pihak institusi membayar zakat bagi pihak

pendeposit dan pemegang saham. Persoalan mengenai syakhsiyyah i‘ti ariyyah masih

lagi berbangkit, kerana institusi mempunyai kapasiti sendiri untuk membayar zakat

bagi pihak orang lain (Mohamad Zaki, et.al, 2014). Oleh kerana konsep syakhsiyyah

i‘ti ariyyah diterima maka tidak menjadi permasalahan jika institusi kewangan Islam

bertindak membayar zakat bagi pihak orang lain.

Selain itu, perlu diperincikan hubungan antara institusi kewangan Islam

(institusi A, B dan C) dengan pemegang saham dalam pembayaran zakat oleh

syarikat. Harta syarikat dan harta pemegang saham dizakatkan berasaskan prinsip

mencampurkan harta zakat (zakat al-khultah) dan pembayaran tersebut diandaikan

dibawah pemilikan yang satu (Syahatah, 1998). Di bawah prinsip ini semua harta

tersebut dicampurkan tanpa melihat nisab setiap pemilik saham tersebut cukup atau

tidak sebagaimana yang disebut dalam mazhab Syafi’i (Hassan Ibrahim, 1989).

Atas asas tersebut pemegang saham tidak lagi perlu membayar zakat atas

hartanya yang terdapat dalam institusi kewangan Islam. Kewajipan zakat tersebut

telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut (‘Afanah, 2007). Perlu difahami bahawa

kewajipan zakat adalah pada harta tersebut, jika harta tersebut telah dizakatkan maka

tidak ada lagi zakat pada harta yang sama. Sedangkan kewajipan individu adalah

tanggungjawabnya menunaikan zakat atas harta tersebut.

Walaupun hartanya boleh dikeluarkan oleh syarikat sebagai zakat yang

membuatkan hartanya bersih (dari kewajipan zakat), sebagai pemilik harta tersebut

94

dia (pemegang saham) juga perlu berniat untuk mengeluarkan zakat hartanya semasa

menyerahkan wang sebagai modal (saham) kepada syarikatnya atau ketika zakat

diserahkan kepada asnaf.

Mengenai pendeposit agar sukar untuk ditentukan. Ia perlu dilihat kontrak

yang dilakukan ketika menyerahkan harta. Dengan melihat kontrak yang dilakukan

dapat dipastikan pemilikan sempurna harta tersebut dan siapakah yang bertanggung

jawab mengeluarkan zakat. Bagi institusi A, simpanan yang dilakukan pendeposit

adalah berasaskan wa i’ah ya al-damanah. Kontrak ini membolehkan institusi A

menggunakan atau meminjam wang simpanan pendeposit bagi tujuan perniagaan,

oleh itu sebarang keuntungan adalah milik institusi tersebut. Manakala pembahagian

keuntungan adalah atas dasar budi bicara pihak institusi A. Berasaskan simpanan ini

zakat perniagaan telah dibayar oleh institusi A bagi pihak pendeposit (Muhammad

Ikhlas, 2016).

Dalam perbankan Islam seperti institusi B pula kontrak simpanan pendeposit

dalam akaun simpanan dan akaun semasa adalah berasaskan kontrak wa i’ah.

Berasaskan simpanan ini institusi B telah membayar zakat bagi pihak pendeposit.

Manakala akaun pelaburan adalah berasaskan kontrak mudarabah dan institusi B jelas

menyatakan akan membayar zakat bagi pihak pendeposit bagi akaun ini (Muhammad

Ikhlas, 2016).

Institusi C pula tidak ada hubungan yang langsung dengan peserta, kerana

peserta menyumbang ke dalam dana takaful adalah berasaskan akad wakalah bi al-

ta arru‘ (mewakilkan takaful untuk mendermakan harta). Oleh itu, harta yang

terdapat dalam dana ta arru‘ bukannya milik peserta secara sempurna. Peserta

mempunyai pemilikan bagi harta yang terdapat dalam PIA (personal investment

account) sahaja. Berasaskan produk deposit tersebut dapat diringkaskan bahawa

kontrak yang berlaku antara pendeposit dengan institusi kewangan Islam adalah

wa i‘ah ya al-damanah, mudarabah dan ta arru‘.

Pada dasarnya pembayaran zakat bagi pihak pendeposit tidak boleh dilakukan

atas asas khultah kerana wujud jurang antara pemilikan harta pendeposit dengan harta

syarikat susulan kontrak yang termeterai antara dua pihak tersebut. Pandangan ini

berbeza dengan amalan yang dilakukan oleh institusi B yang menganggap bahawa

zakat harta pendeposit berasaskan prinsip khultah yang tidak memerlukan kepada

kontrak wakalah. Pembayaran zakat bagi pihak pendeposit boleh dilakukan

berasaskan prinsip rangkuman harta zakat, iaitu harta milik pendeposit dan milik

institusi dirangkumkan sekali dalam pembayaran zakat. Pembayaran zakat oleh

institusi bagi pihak pendeposit, peserta atau ahli-ahlinya boleh dilakukan dengan

syarat mendapat keizinan daripada pemilik harta tersebut. Pembayaran zakat ini

adalah berasaskan kontrak wakalah yang mana institusi menjadi wakil untuk

membayar zakat bagi pihak pemilik harta.

Namun keizinan kontrak wakalah tersebut mestilah jelas dan pemilik harta

bersetuju untuk mewakilkan institusi untuk membayar zakat bagi pihaknya. Begitu

95

juga pemilik harta mestilah mengizinkan institusi membayar zakat bagi pihaknya, jika

keizinan dan kerelaan tidak berlaku ia boleh menyebabkan pembayaran zakat tersebut

tidak sah dan terhenti. Ini berikutan kontrak wakalah yang dilakukan adalah bersifat

ghayru lazim, bermakna kontrak tersebut boleh ditamatkan oleh sebelah pihak tanpa

meminta persetujuan daripada pihak yang satu lagi (Humaisy & Syawat, 2001; Azila,

1998). Sekiranya tidak mendapat keizinan daripada pemilik harta pembayaran zakat

tersebut tergolong dalam tasarruf fuduli yang boleh menjejaskan hukum pembayaran

zakat yang dilakukan (al-Kasani, 2003). Perkara ini perlu dititik beratkan oleh

institusi, pemegang saham, pendeposit dan ahli-ahli yang terlibat.

Berasaskan prinsip-prinsip kontrak tersebut jelas pemilikan yang sempurna

bagi harta yang didepositkan adalah pendeposit kecuali bagi kontrak ta arru‘. Ini

menunjukkan bahawa institusi kewangan Islam hanya berperanan sebagai penjaga

harta dan yang menjalankan tugas untuk memperniagakan atau melaburkan harta

tersebut. Justeru itu, yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi harta tersebut

adalah pendeposit (al-Qahtani, 1431H). Institusi kewangan Islam hanya

bertanggungjawab mengeluarkan zakat apabila memperolehi bahagiannya daripada

keuntungan perniagaan atau hasil pelaburan yang dijalankan daripada wang deposit

tersebut. Begitu juga zakat dikenakan daripada sebarang caj perkhidmatan institusi

kewangan Islam yang dikenakan ke atas pendeposit.

KESIMPULAN

Perbahasan mengenai pembayaran zakat syarikat atau dalam konteks kajian ini adalah

institusi kewangan Islam merupakan suatu kepentingan. Kerana ia mewujudkan

banyak persoalan hukum yang perlu diselesaikan. Kajian dalam artikel ini cuba untuk

menjelaskan isu pemilikan dalam pembayaran zakat institusi kewangan Islam. Kajian

ini menyimpulkan bahawa syarikat atau institusi merupkan syakhsiyyah i’ti ariyyah

yang mempunyai kapasiti pemilikan harta yang tersendiri. Oleh itu, wujud ruang

dalam penjelasan fiqh yang boleh disandarkan kepada pemilikan harta syarikat yang

boleh dianggap sebagai pemilikan yang layak dikeluarkan zakat. Manakala hubungan

pemilikan antara institusi kewangan Islam dengan perlu dilihat melalui kontrak yang

termetrai. Manakala pemegang saham institusi kewangan Islam dianggap khultah

sehingga zakat diwajibkan sebagai pemilikan yang satu.

RUJUKAN

‘Afanah, Hisam al-Din. (2007). Yas’alunak ‘an al-Zakat. Baitul Maqdis: Lajnah

Zakat al-Quds.

‘Ali bin Sulayman al-Mardawi. (1956). Al- nsaf fi Ma‘rifah al-Rajih min al-Khilaf.

t.t.p: al-Malik al-Sa‘ud.

Al-Babarti, Akmal al-Din. (1315H). Syarh al-‘ nayah ‘ala al-Hidayah. Misr:

Matba‘ah al-Kubra al-Amiriyah.

96

Al-Bahuti, Mansur bin Yunus. (1983(. Kasysyaf al-Qina’ ‘an Matn al- qna’. Bayrut:

‘Alim al-Kutub.

Al-Dasuqi, Muhammad ‘Arafah. (t.t). Hasiyah al-Dasuqi ‘ala Syarh al-Kabir. Al-

Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyah.

Al-Kasani, Abu Bakr bin Mas‘ud. (2003). Ba ai‘ al-Sanai‘ fi Tarti al-Syarai‘.

Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Ma’bari, Ahmad Zayn al-Din. (2004). Fath al-Ma‘in i Syarh Qurrah al-‘Ayn i

Muhimmat al-Din. Bayrut: Dar Ibn Hazm.

Al-Qahtani, Sa’id bin ‘Ali, (1431H). Al-Zakat fi al- slam fi Daw’ al-Kitab wa al-

Sunnah. Al-Qasb: Markaz al-Da’wah wa al-Irsyad.

Al-Qurrah al-Daghi, ‘Ali Muhyi al-Din. (2013). Buhuth fi Fiqh Qadaya al-Zakah al-

Mu‘asirah. Bayrut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

Al-Zabidi, Abu Bakr bin ‘Ali. (2009). al-Jawharah al-Nayyirah Syarh Mukhtasar al-

Qayduri. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Azila Ahmad Sarkawi. (1998). “Akad-Akad Muamalah dalam Fiqh: Satu Analisa.”

Jurnal Syariah, 6.

Hassan Ibrahim. (1989). Asas Pengiraan Zakat Perniagaan, Penggajian dan

Pendapatan Bebas. Kuala Lumpur: Pusat Kebajikan Islam Hasil Dalam

Negeri, 1989.

Humaisy, ‘Abd al-Haq & Syawat, al-Hussayn. (2001). Fiqh al-‘Uqu al-Maliyyah.

‘Amman: Dar al-Bayariq.

Hussayn Hussayn Syahatah. (1998). “Muhasabah al-Zakat li al-Masarif al-Islami

bayna al-Fikr wa al-Tatbiq.” Makalah Nadwah al-Tatbiq al-Mu‘asir li al-

Zakat, 14-16 Disember 1998, Universiti al-Azhar.

Lajnah I‘dad al-Manahij bi al-Jami‘ah. (t.t). Fiqh al-Nawazil. U.S.A: The American

Open University.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS). (2007). Panduan Zakat Perniagaan. Shah Alam:

Lembaga Zakat Selangor.

Mahmoud A. El-Gamal. (2006). Islamic Finance: Law, Economics and Practice. New

York: Cambridge University Press.

Mohamad Zaki Razali, Mohd Zainoddin Mustaffa, Munirah Zakaria, Mahasin Saja &

Siti Aishah Sokhibul Fadil. (2014). “Isu dan Cabaran Zakat Perniagaan:

Kajian di Negeri Johor. ” Kertas kerja yang dibentangkan di International

Conference on Masjid, Zakat and Waqf, 1-2 Disember 2014, Kuala Lumpur.

Bab 8 MODEL TAKSIRAN ZAKAT PADI DI MALAYSIA

Nor Aini Alii* & Luqman Abdullah

ii

i Pensyarah Kanan. Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[email protected].

*penulis koresponden ii

Pensyarah Kanan. Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[email protected].

Abstrak Zakat padi adalah satu-satunya sumber zakat tanaman di Malaysia. Berdasarkan garis

panduan institusi zakat, zakat padi dikenakan pada kadar 5 peratus atau 10 peratus daripada

hasil kasar atau hasil bersih setelah cukup nisab iaitu 5 awsuq. Walaupun begitu, majoriti

institusi zakat di Malaysia menggunakan kaedah hasil kasar dalam taksiran zakat padi.

Kaedah taksiran zakat padi berdasarkan hasil kasar dikatakan tidak menjamin keadilan sosial

dalam kalangan petani. Ini kerana revolusi penanaman padi secara moden memerlukan petani

mengeluarkan kos yang tinggi termasuklah kos input seperti baja, benih dan racun serta kos

buruh untuk membajak dan menuai. Kos-kos ini tidak ditolak dalam taksiran zakat padi yang

menggunakan kaedah taksiran berdasarkan hasil kasar padi. Oleh itu, artikel ini

membincangkan kaedah yang sesuai digunapakai bagi menaksir zakat padi dengan

pembuktian data empirikal. Kajian ini mengumpulkan data melalui pengedaran soal selidik.

Dapatan kajian menunjukkan model taksiran hasil bersih lebih sesuai digunakan dalam

menaksir zakat padi. Penggunaan model hasil bersih ini akan menjamin kemaslahatan petani

dan petani yang benar-benar layak sahaja diwajibkan membayar zakat padi.

Kata Kunci: Taksiran zakat padi, hasil kasar, hasil bersih, model.

PENDAHULUAN

Sektor pertanian merupakan penyumbang keempat tertinggi kepada Keluaran Dalam

Negara Kasar iaitu sekitar 7.0 peratus hingga 8.9 peratus dalam tempoh 2011 hingga

2016 selepas sektor perkhidmatan, pembuatan dan perlombongan (Laporan Ekonomi

2012/2013: 58; Laporan Ekonomi 2013/2014: 103; Laporan Ekonomi 2014/2015: 86;

Laporan Ekonomi 2015/16: 3-9; Laporan Ekonomi 2016/17: 51). Kepentingan sekor

pertanian dalam membekalkan keperluan makanan asasi kepada rakyat tidak dapat

dipertikaikan lagi. Berdasarkan kepada pengeluaran padi semasa, Malaysia telah

berjaya mencapai tahap sara diri (SSL) 72.2 peratus bagi beras pada tahun 2011

melebihi sasaran 70 peratus di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini adalah

disebabkan oleh pengenalan jenis padi berhasil tinggi, pertanian berskala besar dan

penggunaan amalan pertanian terbaik serta penambahbaikan sistem pengairan.

Inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan beras wangi dan organik jenis baharu untuk

penanaman padi tanpa pengairan dijangka dapat mengurangkan kebergantungan

kepada beras import dan meningkatkan pendapatan petani. Sumbangan 6.8 peratus

sektor padi kepada sektor pertanian merupakan petanda bahawa sektor ini perlu diberi

perhatian yang lebih serius oleh semua pihak termasuk petani dan kerajaan (Laporan

Ekonomi 2012/2013: 78). Tambahan pula, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas,

kerajaan mensasarkan 100% kadar sara diri beras menjelang 2020 (Unit Perancangan

98

Ekonomi, 2015: 2-23). Sasaran ini boleh dicapai dengan penanaman padi secara

berkelompok atau secara mini estet di luar kawasan jelapang padi (Radin Firdaus

Radin Badarudin et al., 2017: 359).

Tidak dinafikan kerajaan telah menubuhkan pelbagai organisasi untuk

mengembangkan sektor pertanian seperti Institut Penyelidikan dan Pembangunan

Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga

Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan

Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), serta

menyediakan sistem pengairan yang baik. Walaupun begitu, dari sudut sejarahnya,

sektor padi adalah sektor yang termiskin. Oleh sebab itu, insentif kerajaan dalam

bentuk pelaburan perlu disalurkan secara langsung bagi mengurangkan kemiskinan

dan meningkatkan pendapatan (Johnson, C.L., 2000: 196). Bagi memastikan sektor

ini memberikan hasil yang lumayan, petani memerlukan peralatan dan bahan-bahan

yang bermutu seperti biji benih, baja, dan racun serta penggunaan traktor dalam

melicinkan aktiviti penanaman padi. Jadi, modal yang banyak diperlukan bagi

mendapat hasil yang diingini. Tambahan pula, penanaman padi bukan lagi dilakukan

secara tradisional tetapi, dibuat secara moden dan bersifat komersial. Di samping

perbelanjaan untuk kos-kos tersebut, petani juga dikehendaki membayar zakat padi

jika mencukupi nisab. Oleh kerana kebanyakan institusi zakat negeri menaksir zakat

padi berdasarkan hasil kasar padi, maka petani membayar zakat padi dalam jumlah

yang lebih tinggi dan terdapat juga petani yang miskin terpaksa membayar zakat padi.

Justeru, artikel ini ingin meneliti model taksiran zakat padi yang sesuai digunakan di

Malaysia dengan melakukan kajian tinjauan di Selangor, Kelantan, Kedah dan Perlis.

TAKSIRAN ZAKAT PADI

Jenis Zakat Tanaman

Memandangkan Malaysia berpegang kepada mazhab Syafi‘i, maka hanya padi sahaja

diwajibkan zakat tanaman. Walaupun begitu, dalam peruntukan undang-undang di

Malaysia, bukan hanya tanaman padi sahaja yang dikenakan zakat tanaman, tetapi

juga tanaman lain seperti jagung, kacang hijau, kacang soya dan sekoi.1

Nisab Zakat Padi

Imam Malik (1989: 148), al-Syafi‘i (1993, jil. 2: 40-42), al-Bahuti (1999: 271), Ibn

‘Umar, Jabir, Abu Imamah bin Sahl, ‘Umar bin ‘Abd ‘Aziz, Jabir bin Zaid, al-Hasan,

‘Ata’, Makhul, al-Hukam, al-Nakha‘i, ahli al-Madinah, al-Thauri, Auza‘i, Ibnu Abi

Laili, Abu Yusuf dan Muhamad (Ibn Qudamah, 1984, jil. 2: 552-553) bersepakat

1 Untuk huraian lanjut lihat Seksyen 74 (1), Enakmen No. 2, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Agama Islam (Terengganu) (2001); Seksyen 2, Zakat and Fitrah Rules (Pulau Pinang) (1979); Fasal

4 (1), Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah (Perak) (1975); Peraturan 2, Peraturan-peraturan Zakat

dan Fitrah (Johor) (1962); Seksyen 10, Peraturan Zakat dan Fitrah (Melaka) (1960).

99

bahawa zakat tanaman diwajibkan apabila hasil tanaman mencukupi nisab iaitu lima

awsuq. Hujah mereka adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak wajib zakat jika kadarnya kurang daripada lima awsuq” (Riwayat

al-Bukhari)2

Jadual 1: Jumlah Nisab Zakat Tanaman di Semenanjung Malaysia

Negeri Jumlah Nisab Zakat Tanaman dalam gantang/tan/kilogram

Selangor 363 gantang Malaysia

Perak 363 gantang Malaysia (padi, gandum, sekoi)/ 183 gantang Malaysia

(jagung)

Melaka 400 gantang Melaka (padi)/ 200 gantang Melaka (beras, jagung, kacang

hijau, kacang soya)

Negeri Sembilan 363 gantang/ 1.306 tan/ 1 306 kg

Johor 358 1/3 gantang (padi, gandum) / 179 1/6 gantang (jagung, kacang

hijau, kacang soya)

Kedah 1 300.449 kg (padi)

Perlis 480 gantang (padi)

Pulau Pinang 363 gantang (padi, jagung)

Terengganu 600 gantang Baghdad (padi, jagung atau lain-lain makanan asas)

Kelantan 600 gantang Baghdad/ 375 gantang Malaysia/ 875 kg (padi)

Pahang 400 gantang (padi) Sumber: Enakmen negeri

3 dan laman web institusi zakat

4

Di Malaysia, zakat padi dikenakan apabila mencapai nisab iaitu lima ausuq itu

ditakrifkan dengan jumlah yang berbeza oleh institusi zakat negeri-negeri antara 358

1/3 gantang hingga 600 gantang Baghdad.5 Penggunaan gantang pula pelbagai iaitu

gantang Malaysia, gantang Melaka dan gantang Baghdad. Penggunaan gantang yang

berbeza ini akan memberikan penilaian jumlah nisab yang berbeza jika ditukarkan

kepada tan atau kilogram.

2 al-`Asqalani, Ahmad bin `Ali bin Hajar. t.t.. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, jil. 3, Kitab al-

Zakah, Bab Laysa fi ma Duna Khamsah Awsuq Sadaqah, no. hadis 1484. 3 Seksyen 4 (1) dan 4 (2), Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah (Perak) (1975); Seksyen 15,

Peraturan Zakat dan Fitrah (Melaka) (1960); Peraturan 6 (3), Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah

(Johor) (1962); Fasal 13, Seksyen 9, Undang-undang Zakat (Kedah) (1374) (1955) (Pindaan

6/1983); Seksyen 5, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Perlis) (Pindaan) (1966); Sekyen

10, Zakat and Fitrah Rules (Pulau Pinang) (1979); Seksyen 74 (1), Enakmen No. 2, Enakmen

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (2001); Kaedah 3, Kaedah-kaedah Zakat dan

Fitrah (Pahang) (1970). 4 Lembaga Zakat Selangor. t.t..a, Pusat Zakat Negeri Sembilan. t.t., Majlis Agama Islam dan Adat

Istiadat Melayu Kelantan. t.t..a. 5 Penetapan jumlah nisab zakat padi negeri-negeri di Malaysia adalah berdasarkan peruntukan

enakmen dalam undang-undang atau fatwa negeri berkenaan. Walaupun fatwa kebangsaan telah

mengeluarkan fatwa berkenaan nisab zakat padi sebanyak 363 gantang, tetapi institusi zakat negeri-

negeri boleh menggunakan jumlah nisab tersebut atau menggunakan jumlah nisab yang lain.

100

Kadar Zakat Padi

Menurut Ibn Qudamah (1984, jil. 2: 556-557), para fuqaha sependapat tentang

penentuan kadar zakat padi iaitu sepuluh peratus apabila dijirus dengan air hujan atau

mata air dan lima peratus apabila dijirus dengan tenaga manusia. Nas yang menjadi

asas kepada penentuan ini adalah hadis Rasulullah SAW:

“Pada apa yang dijirus oleh langit atau air mata air atau takungan sepuluh

peratus, dan apa yang dijirus dengan tenaga, lima peratus”. (Riwayat Ibn

Majah)6

Jadual 2 menunjukkan kadar zakat padi adalah berbeza antara negeri-negeri di

Semenanjung Malaysia. Semua negeri kecuali Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan

menetapkan satu kadar zakat padi atau tanaman iaitu pada kadar 5 peratus atau 10

peratus tanpa mengambilkira jenis pengairan yang digunakan oleh petani. Hanya

institusi zakat di Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan sahaja menetapkan dua kadar

sama ada 5 peratus atau 10 peratus. Petani bebas memilih mana-mana kadar zakat

padi yang sesuai bergantung kepada jenis pengairan yang digunakan oleh mereka.

Jadual 2: Kadar Zakat Tanaman di Semenanjung Malaysia

Kadar Zakat Tanaman Negeri

5 peratus Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis7

10 peratus Kedah, Perlis, Perak, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu,

Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan Sumber: Enakmen negeri

8 dan laman web insitusi zakat

9

Penolakan Kos Tanaman

Dalam pentaksiran zakat hasil tanaman termasuk zakat padi, majoriti ulama mazhab

yang empat menggunakan kaedah hasil kasar iaitu tidak mengambil kira kos tanaman

yang ditanggung oleh petani dalam penghasilan hasil tanaman (al Zuhayli, 2011:

1894). Walaupun begitu, Abu Hanifah tidak mewajibkan zakat tanaman jika petani

berhutang untuk membeli input-input tanaman (al-Kasani, 1986, jil. 2: 10). Manakala

menurut Ibn Hazm, terdapat khilaf dari kalangan ulama salaf termasuk terdapat

6 al-Qazwayni, Abu ‘Abdillah Muhammad bin Yazid. t.t.. Sunan, Kitab al-Zakah, Bab Sadaqah al-

Zuru‘ wa al-Thimar, no. hadis 1806. 7 Untuk huraian lanjut, lihat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, 2001: 17-22.

8 Seksyen 31 (1) dan 32, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam (Selangor) (1989) (Pindaan

9/2001); Fasal 13, Seksyen 9, Undang-undang Zakat (Kedah) (1374) (1955) (Pindaan 6/1983);

Seksyen 5, Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Perlis) (Pindaan) (1966); Seksyen 4 (1) dan

4 (2), Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah (Perak) (1975); Peraturan 6 (3), Peraturan-peraturan

Zakat dan Fitrah (Johor) (1962); Seksyen 15, Peraturan Zakat dan Fitrah (Melaka) (1960); Kaedah

3, Kaedah-kaedah Zakat dan Fitrah (Pahang) (1970); Seksyen 74 (1), Enakmen No. 2, Enakmen

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (2001); Sekyen 10, Zakat and Fitrah Rules

(Pulau Pinang) (1979). 9 Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. t.t., Majlis Agama Islam dan Adat

Istiadat Melayu Kelantan. t.t.b., Pusat Zakat Negeri Sembilan.t.t.

101

riwayat dalam kalangan sahabat iaitu riwayat Ibn Abbas dan Ibn ‘Umar tentang isu ini

walaupun Ibn Hazm sendiri menerima pakai pandangan majoriti ulama mazhab yang

empat (Ibn Hazm, 2015, jilid 4: 66). Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas membolehkan petani

menolak hutang yang dibelanjakan untuk tanaman dalam taksiran zakat tanaman (Abu

‘Ubayd, 1988: 611).

Dalam isu ini, terdapat ulama semasa yang menerima pakai kaedah hasil

bersih iaitu mengambil kira kos yang ditanggung oleh petani dalam pengiraan zakat

tanaman. Konsep taksiran yang dilakukan ialah sebagaimana paandangan Yusuf al-

Qaradawi (1994, jil. 1: 446) dan Muhammad Kamal ‘Atiyah (1995: 28) yang

menyarankan penolakan kos tanaman dalam pengiraan zakat tanaman. Menurut

Muhammad Kamal ‘Atiyah lagi (1995: 28), penolakan semua kos tanaman tersebut

termasuk cukai, sewa dan sebagainya tetapi tidak termasuk kos pengairan. Fatwa di

Mesir juga membenarkan penolakan hutang bagi perbelanjaan seperti benih, baja dan

sebagainya sebelum zakat tanaman dikeluarkan. Fatwa ini juga membenarkan

penolakan kos untuk mengangkut tanaman (al-Salus, 2006: 559).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan soal selidik dalam mengumpulkan data berkaitan

pembayaran zakat padi dalam kalangan petani. Pengedaran soal selidik dilakukan

kepada 400 orang petani di Selangor (120), Kelantan (80), Kedah (120) dan Perlis

(80). Seterusnya, data soal selidik dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif

bagi membuat ringkasan data supaya mudah difahami (Zikmund, 2000: 436; Rohana

Yusof, 2003: 186; Sabitha Marican, 2005: 244).

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Taburan Demografi Responden

Responden kajian ini adalah petani yang membayar zakat padi. Mereka terdiri

daripada pembayar zakat padi kepada sama ada institusi zakat atau kepada asnaf.

Daripada Jadual 3, majoriti responden adalah lelaki dan berkahwin. Responden juga

terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebahagian besar responden di keempat-

empat negeri berumur antara 46 hingga 65 tahun. Terdapat juga 58 orang responden

yang berumur lebih daripada 65 tahun. Dari aspek jumlah tanggungan responden pula,

majoriti responden mempunyai tanggungan antara 3 hingga 4 orang, diikuti oleh

responden yang mempunyai tanggungan 5 hingga 6 orang dan 1 hingga 2 orang.

Majoriti responden di Selangor, Kedah dan Perlis mempunyai tanggungan antara 3

hingga 4 orang manakala majoriti responden di Kelantan mempunyai tanggungan 1

hingga 2 orang. Terdapat juga responden yang mempunyai tanggungan 9 orang atau

lebih.

102

Jadual 3: Demografi Responden

Demografi Negeri

Selangor Kedah Kelantan Perlis JUMLAH

Jantina

Lelaki 110 (27.5%) 110 (27.5%) 65 (16.3%) 70 (17.5%) 355 (88.8%)

Perempuan 10 (2.5%) 10 (2.5%) 15 (3.8%) 10 (2.5%) 45 (11.3%)

Taraf Perkahwinan

Bujang 7 (1.8%) 2 (0.5%) 4 (1.0%) 1 (0.3%) 14 (3.5%)

Duda 3 (0.8%) 2 (0.5%) 1 (0.3%) 5 (1.3%) 11 (2.8%)

Berkahwin 110 (27.5%) 108 (27.0%) 71 (17.8%) 68 (17.0%) 357 (89.3%)

Janda 0 (0.0%) 8 (2.0%) 4 (1.0%) 6 (1.5%) 18 (4.5%)

Umur

25–35 tahun 9 (2.3%) 7 (1.8%) 6 (1.5%) 0 (0.0%) 22 (5.5%)

36–45 tahun 29 (7.3%) 24 (6.0%) 11 (2.8%) 5 (1.3%) 69 (17.3%)

46–55 tahun 37 (9.3%) 37 (9.3%) 24 (6.0%) 28 (7.0%) 126 (31.5%)

56–65 tahun 29 (7.3%) 36 (9.0%) 27 (6.8%) 33 (8.3%) 125 (31.3%)

>65 tahun 16 (4.0%) 16 (4.0%) 12 (3.0%) 14 (3.5%) 58 (14.5%)

Bilangan Tanggungan

1–2 orang 32 (8.0%) 22 (5.5%) 27 (6.8%) 25 (6.3%) 106 (26.5%)

3–4 orang 34 (8.5%) 43 (10.8%) 17 (4.3%) 26 (6.5%) 120 (30.0%)

5–6 orang 32 (8.0%) 41 (10.3%) 16 (4.0%) 21 (5.3%) 110 (27.5%)

7–8 orang 12 (3.0%) 12 (3.0%) 13 (3.3%) 6 (1.5%) 43 (10.8%)

9–10 orang 9 (2.3%) 2 (0.5%) 6 (1.5%) 1 (0.3%) 18 (4.5%)

>10 orang 1 (0.3%) 0 (0.0%) 1 (0.3%) 1 (0.3%) 3 (0.8%)

Sumber: Kajian Sampel

Maklumat Penanaman Padi

Berdasarkan Jadual 4, majoriti responden (77.3 peratus) menanam padi di tanah

seluas 0.4 hingga 5 ekar dan penyumbang utama kepada jumlah ini adalah responden

dari Kedah diikuti oleh Selangor, Perlis dan Kelantan.

Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Keluasan Penanaman Padi dan

Negeri

Jumlah Keluasan Penanaman Padi

Negeri

Selangor Kedah Kelantan Perlis JUMLAH

0.4–5 ekar 84 (21.0%) 101 (25.3%) 47 (11.8%) 77 (19.3%) 309 (77.3%) 5.1–10 ekar 22 (5.5%) 16 (4.0%) 11 (2.8%) 3 (0.8%) 52 (13.0%) 10.1–15 ekar 6 (1.5%) 1 (0.3%) 11 (2.8%) 0 (0.0%) 18 (4.5%) 15.1–20 ekar 5 (1.3%) 2 (0.5%) 4 (1.0%) 0 (0.0%) 11 (2.8%) >20 ekar 3 (0.8%) 0 (0.0%) 7 (1.8%) 0 (0.0%) 10 (2.5%) Sumber: Kajian Sampel

Jadual 5 pula menunjukkan pemilikan tanah untuk penanaman padi yang

paling banyak dalam kalangan responden adalah sendiri, diikuti oleh pemilikan

melalui sewaan. Kebanyakan responden mengusahakan tanah sendiri sahaja (46.3

peratus) dan terdapat juga responden yang menyewa tanah orang lain di samping

mengusahakan tanah sendiri. Majoriti responden di Selangor, Kedah dan Perlis

memiliki sawah sendiri manakala majoriti responden di Kelantan menyewa tanah

sawah orang lain.

103

Jadual 5: Taburan Responden Berdasarkan Pemilikan Sawah dan Negeri

Jenis Pemilikan Sawah Negeri

Selangor Kedah Kelantan Perlis JUMLAH

Sendiri 64 (16.0%) 44 (11.0%) 26 (6.5%) 51 (12.8%) 185 (46.3%) Sendiri & pawah 3 (0.8%) 2 (0.5%) 0 (0.0%) 5 (1.3%) 10 (2.5%) Sendiri & sewa 18 (4.5%) 32 (8.0%) 12 (3.0%) 9 (2.3%) 71 (17.8%) Sewa 25 (6.3%) 42 (10.5%) 42 (10.5%) 8 (2.0%) 117 (29.3%) Pawah 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 3 (0.8%) 3 (0.8%) Upah 5 (1.3%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 5 (1.3%) Sendiri, sewa & pawah 4 (1.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 2 (0.5%) 6 (1.5%) Sewa & pawah 1 (0.3%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 1 (0.3%) 2 (0.5%) Sendiri & diupah 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 1 (0.3%) 1 (0.3%) Sumber: Kajian Sampel

Hasil Padi

Jadual 6 menunjukkan majoriti responden di Selangor, Kedah dan Kelantan

memperolehi hasil padi antara RM400 hingga RM5,000 bagi semusim penanaman

padi. Manakala kebanyakan responden di Perlis memperolehi hasil padi antara

RM5,001 hingga RM10,000. Terdapat juga sebilangan kecil responden memperolehi

hasil padi lebih dari RM25,000 bagi semusim penanaman padi.

Jadual 6: Taburan Responden Berdasarkan Hasil Padi Semusim (RM) dan Negeri

Hasil Padi (RM) Negeri

Selangor Kedah Kelantan Perlis JUMLAH

400–5,000 45 (11.3%) 39 (9.8%) 43 (10.8%) 34 (8.5%) 161 (40.3%) 5,001–10,000 34 (8.5%) 37 (9.3%) 17 (4.3%) 43 (10.8%) 131 (32.8%) 10,001–15,000 8 (2.0%) 17 (4.3%) 10 (2.5%) 2 (0.5%) 37 (9.3%) 15,001–20,000 6 (1.5%) 13 (3.3%) 2 (0.5%) 1 (0.3%) 22 (5.5%) 20,001–25,000 10 (2.5%) 5 (1.3%) 3 (0.8%) 0 (0.0%) 18 (4.5%) >25,000 17 (4.3%) 9 (2.3%) 5 (1.3%) 0 (0.0%) 31 (7.8%) Sumber: Kajian Sampel

Kos-kos Penanaman Padi

Jenis-jenis kos yang terlibat bagi penanaman padi adalah kos input, kos buruh dan

kos-kos lain. Terdapat 10 jenis kos input yang terlibat dalam penanaman padi dan

terdapat 22 jenis kos buruh manakala terdapat 5 jenis kos lain iaitu sewa tanah,

bayaran pawah tanah, cukai tanah, cukai taliair dan pinjaman. Jadual 7 menunjukkan

jenis kos yang responden belanjakan dalam penanaman padi dan jumlah responden

yang terlibat dalam mengeluarkan kos tersebut. Bagi kos input, sebahagian besar

responden mengeluarkan kos input seperti benih, baja dan racun. Jumlah kos purata

bahan input yang dikeluarkan oleh mereka sekitar RM113.70 hingga RM636.25.

Manakala bagi kos buruh pula, sebahagian besar responden mengeluarkan kos buruh

untuk membajak, menuai, mengangkut padi, mengangkut baja subsidi, merata tanah,

membaja, menabur benih, meracun rumpai sebelum putaran tanah dan sebagainya.

104

Kos purata tenaga kerja yang dikeluarkan oleh mereka sekitar RM59.75 hingga

RM1,751.50. Di samping kos bahan input dan buruh, responden juga mengeluarkan

belanja untuk cukai tanah, sewa tanah, cukai taliair, bayaran pawah tanah dan

membayar pinjaman yang dibuat untuk penanaman padi. Kos purata yang paling

tinggi adalah bayaran pinjaman kepada Agro Bank.

Jadual 7: Jenis Kos, Jumlah Kos Purata dan Bilangan Responden

Kos lain

Cukai tanah 79.20 (217)

Jenis Kos Jumlah Kos Purata (RM) (Bil)

Kos bahan input

Benih 636.25 (394)

Baja 470.25 (180)

Racun kawalan serangga 345.20 (180)

Pelbagai racun 431.85 (168)

Racun kawalan rumpai 220.40 (165)

Racun kawalan siput gondong emas 158.85 (152)

Racun kawalan penyakit 176.80 (121)

Racun kawalan tikus 113.70 (99)

Bahan rawatan semaian benih 135.35 (75)

Kapur 238.35 (6)

Kos buruh

Membajak 817.30 (374)

Menuai 705.20 (367)

Mengangkut padi 209.35 (217)

Mengangkut baja subsidi 70.00 (216)

Merata tanah 361.60 (210)

Membaja 284.00 (196)

Menabur benih 225.25 (194)

Meracun rumpai sebelum putaran tanah 357.10 (108)

Mengepam air 197.25 (97)

Mencuci batas 222.75 (93)

Memotong tunggul jerami 170.00 (80)

Upah kawalan perosak padi 360.50 (80)

Membadai 275.45 (79)

Menyulam 362.60 (74)

Mencabut padi angin 508.50 (65)

Menyedia lorong kerja 133.10 (46)

Membaiki/membina parit 317.35 (40)

Mencedung 310.70 (29)

Membakar jerami 79.10 (27)

Merendam/menyejat/merawat benih 59.75 (20)

Menyemai semaian benih 1,751.50 (8)

Menabur kapur 144.60 (7)

105

Sewa tanah 2,385.25 (198)

Cukai taliair 27.10 (58)

Bayaran pawah tanah 2,476.35 (18)

Bayaran pinjaman Agro Bank 5,357.70 (13)

Bayaran pinjaman PPK 1,756.15 (9)

Bayaran pinjaman dari institusi lain 1,987.50 (4) Sumber: Kajian Sampel

Pendapatan Bersih10

Merujuk kepada Jadual 8, terdapat 35 orang responden mempunyai pendapatan bersih

defisit bagi semusim penanaman padi. Defisit yang terpaksa ditanggung oleh

responden sampai mencecah RM13,695. Penyumbang utama kepada data ini adalah

responden di Selangor diikuti oleh Perlis dan Kedah. Manakala tiada responden di

Kelantan yang mempunyai pendapatan bersih defisit. Sebanyak 34.8 peratus

responden pula memiliki pendapatan bersih kurang daripada RM2,001. Pendapatan

bersih defisit juga dialami oleh petani di Indonesia (Hendri Metro Purba, 2005).

Jadual 8: Taburan Responden berdasarkan Pendapatan Bersih Semusim (RM) dan

Negeri

Pendapatan Bersih (RM)

Negeri

Selangor Kedah Kelantan Perlis JUMLAH

(40) – (13,695) 15 (3.8%) 9 (2.3%) 0 (0.0%) 11 (2.8%) 35 (8.8%) 40–1,000 23 (5.8%) 20 (5.0%) 23 (5.8%) 12 (3.0%) 78 (19.5%) 1,001– 2,000 15 (3.8%) 18 (4.5%) 15 (3.8%) 13 (3.3%) 61 (15.3%) 2,001–3,000 12 (3.0%) 13 (3.3%) 12 (3.0%) 14 (3.5%) 51 (12.8%) 3,001–4,000 9 (2.3%) 12 (3.0%) 8 (2.0%) 14 (3.5%) 43 (10.8%) 4,001–5,000 6 (1.5%) 10 (2.5%) 6 (1.5%) 6 (1.5%) 28 (7.0%) > 5,000 40 (10.0%) 38 (9.5%) 16 (4.0%) 10 (2.5%) 104 (26.0%) Sumber: Kajian Sampel

Berdasarkan Jadual 9, pendapatan hasil padi bersih kebanyakan responden

(104 orang) adalah lebih daripada RM5,000 bagi semusim penanaman padi. Selain

pendapatan bersih mereka yang rendah, majoriti responden mempunyai tanggungan

antara 5 orang hingga 6 orang, diikuti oleh tanggungan 3 orang hingga 4 orang, 1

orang hingga 2 orang dan 7 orang hingga 8 orang. Terdapat juga responden yang

mempunyai tanggungan 9 orang atau lebih. Dalam kalangan responden yang

memperolehi pendapatan defisit, terdapat 16 orang yang mempunyai tanggungan

seramai 3 orang hingga 4 orang dan terdapat juga 10 orang responden yang

mempunyai tanggungan 5 orang hingga 10 orang.

10

Pendapatan bersih padi merujuk kepada pendapatan hasil kasar padi semusim ditolak dengan

jumlah kos yang dikeluarkan untuk penanaman padi termasuklah kos input, kos buruh dan kos lain

seperti sewa tanah, pawah tanah, cukai tanah dan cukai tali air.

106

Jadual 9: Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Bersih Semusim (RM) dan

Bilangan Tanggungan

Pendapatan Bersih (RM)

Bilangan Tanggungan

JUMLAH 1–2 3–4 5–6 7–8 9–10 >10 (40)–(13,695) 9 (2.3%) 16 (4.0%) 7 (1.8%) 1 (0.3%) 2 (0.5%) 0 (0.0%) 35 (8.8%)

40–1,000 28 (7.0%) 25 (6.3%) 12 (3.0%) 9 (2.3%) 4 (1.0%) 0 (0.0%) 78 (19.5%)

1,001– 2,000 14 (3.5%) 21 (5.3%) 17 (4.3%) 7 (1.8%) 1 (0.3%) 1 (0.3%) 61 (15.3%)

2,001–3,000 14 (3.5%) 13 (3.3%) 17 (4.3%) 3 (0.8%) 3 (0.8%) 1 (0.3%) 51 (12.8%)

3,001–4,000 13 (3.3%) 12 (3.0%) 13 (3.3%) 4 (1.0%) 1 (0.3%) 0 (0.0%) 43 (10.8%)

4,001–5,000 6 (1.5%) 9 (2.3%) 11 (2.8%) 2 (0.5%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 28 (7.0%)

>5,000 22 (5.5%) 24 (6.0%) 33 (8.3%) 17 (4.3%) 7 (1.8%) 1 (0.3%) 104 (26.0%)

JUMLAH 106 (26.5%) 120 (30.0%) 110 (27.5%) 43 (10.8%) 18 (4.5%) 3 (0.8%) 400 (100%)

Sumber: Kajian Sampel

Dengan situasi yang dipaparkan ini, maka adakah wajar petani yang

mengalami pendapatan bersih defisit atau tidak cukup nisab membayar zakat padi?

Jika insitusi zakat masih menggunakan kaedah taksiran zakat padi berdasarkan hasil

kasar, maka petani yang miskin juga akan dikenakan zakat padi. Sedangkan

Pendapatan Garis Kemiskinan Keseluruhan (PGK) bagi tahun 2011 di Semenanjung

Malaysia adalah RM720 (Unit Perancang Ekonomi, t.t.) dan Pendapatan Garis

Kemiskinan Tegar di Semenanjung Malaysia adalah RM430 (Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, t.t.). Dalam konteks ini juga, dalam menentukan

jumlah minimum kos sara hidup yang diperlukan oleh seseorang individu, Lembaga

Zakat Selangor telah menetapkan enam aspek yang diambilkira dalam penilaian had

kifayah iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan

pengangkutan. Berdasarkan enam aspek tersebut, had kifayah bagi seorang ketua

keluarga adalah RM680 sebulan (Lembaga Zakat Selangor, t.t.b.). Bagi kes seorang

suami yang mempunyai tanggungan seorang isteri yang tidak bekerja, had kifayahnya

adalah RM920. Ini hanyalah kes yang paling minimum (Lembaga Zakat Selangor,

t.t.b.). Had kifayah ini digunakan bagi menentukan asnaf fakir dan miskin. Dengan

dua kaedah pengukuran kemiskinan tersebut, maka ini membuktikan bahawa terdapat

segelintir petani yang miskin membayar zakat padi. Dapatan ini menyokong hasil

kajian Ismail Muhd Saleh dan Rogayah Ngah (1980), Abdul Aziz Muhamad (1986)

dan Asmak Ab Rahman (2004) yang mendapati bahawa petani yang membayar zakat

padi tergolong dalam golongan miskin. Sedangkan zakat hanya dikenakan kepada

orang kaya.

Pendapatan hasil padi yang tidak seberapa ini menyebabkan petani

menjalankan pekerjaan lain. Berdasarkan Jadual 10, majoriti responden yang

bersawah padi sebagai pekerjaan utama tidak mempunyai pekerjaan lain. Walaupun

begitu, perbezaan jumlah responden yang pekerjaan utamanya adalah bersawah

mempunyai pekerjaan lain atau tidak adalah kecil iaitu 8 orang. Ini menunjukkan

lebih kurang separuh daripada responden yang bersawah sebagai pekerjaan utama

mempunyai pekerjaan lain. Selain bersawah padi, seramai 264 orang responden

mempunyai pekerjaan lain seperti berkebun, berniaga, cikgu dan bertukang.

107

Jadual 10: Taburan Responden berdasarkan Status Pekerjaan Bersawah dan Status

Pekerjaan Lain

Status Pekerjaan Lain Status Pekerjaan Bersawah

Pekerjaan Utama Pekerjaan Sampingan JUMLAH

Ada Pekerjaan Lain 118 (29.5%) 146 (36.5%) 264 (66.0%) Tiada Pekerjaan Lain 126 (31.5%) 10 (2.5%) 136 (34.0%) JUMLAH 244 (61.0%) 156 (39.0%) 400 (100.0%) Sumber: Kajian Sampel

Daripada Jadual 11 didapati bahawa jumlah pendapatan bulanan keseluruhan11

kebanyakan responden adalah kurang daripada RM1,001 di mana penyumbang

tertinggi kepada dapatan ini adalah responden dari Selangor diikuti oleh Kedah, Perlis

dan Kelantan. Walaupun begitu, responden yang memperolehi pendapatan bulanan

yang tinggi juga datangnya dari Kedah dan Selangor. Realiti yang berlaku

menunjukkan bahawa walaupun responden melakukan pekerjaan lain, tetapi ia masih

tidak mampu untuk menampung kos sara hidup mereka sepertimana jumlah had

kifayah yang telah disebutkan sebelum ini.

Jadual 11: Taburan Responden berdasarkan Jumlah Pendapatan Keseluruhan Sebulan

(RM) dan Negeri

Jumlah Pendapatan

Keseluruhan Sebulan

(RM)

Negeri

Selangor Kedah Kelantan Perlis JUMLAH

<1,001 36 (9.0%) 27 (6.8%) 20 (5.0%) 26 (6.5%) 109 (27.3%) 1,001–1,500 16 (4.0%) 18 (4.5%) 23 (5.8%) 22 (5.5%) 79 (19.8%) 1,501–2,000 13 (3.3%) 8 (2.0%) 8 (2.0%) 21 (5.3%) 50 (12.5%) 2,001–2,500 8 (2.0%) 13 (3.3%) 5 (1.3%) 4 (1.0%) 30 (7.5%) 2,501–3,000 6 (1.5%) 10 (2.5%) 10 (2.5%) 1 (0.3%) 27 (6.8%) >3,000 41 (10.3%) 44 (11.0%) 14 (3.5%) 6 (1.5%) 105 (26.3 %) Sumber: Kajian Sampel

IMPLIKASI MODEL TAKSIRAN ZAKAT PADI YANG BERBEZA

Bagi menerangkan berkaitan implikasi model taksiran zakat padi, penulis

mengemukakan dua contoh kes. Kes pertama, hasil padi dan kos penanaman padi

Encik Ismail bagi semusim penanaman padi adalah seperti Jadual 12. Formula yang

digunakan bagi kaedah taksiran zakat padi dan pengiraannya adalah seperti berikut:

i) Formula pengiraan zakat padi berdasarkan hasil kasar adalah seperti berikut:

11

Jumlah pendapatan keseluruhan adalah jumlah pendapatan hasil padi dan jumlah pendapatan dari

pekerjaan lain.

108

Jumlah Zakat Padi = 5 % × Hasil Kasar Padi

= 5 % × RM56,925.00

= RM2,846.25

Jumlah Zakat Padi = 10 % × Hasil Kasar Padi

= 10 % × RM56,925.00

= RM5,692.50

ii) Formula pengiraan zakat padi berdasarkan hasil bersih adalah seperti berikut:

Jumlah Zakat Padi = 5 % × (Hasil Kasar Padi – Kos Tanaman)

= 5 % × (RM56,925.00 – RM32,897.00)

= 5 % × 24,028.00

= RM1,201.40

Jumlah Zakat Padi = 10 % × (Hasil Kasar Padi – Kos Tanaman)

= 10 % × (RM56,925.00 – RM32,897.00)

= 10 % × 24,028.00

= RM2,402.80

Jadual 12: Hasil Padi dan Kos Penanaman Padi Encik Ismail

Perkara RM RM A) Pendapatan

Hasil padi

56,925.00

B) Kos Tanaman

Benih 2,500.00

Racun kawalan serangga 2,000.00

Racun kawalan penyakit 2,000.00

Racun kawalan rumpai 1,000.00

Racun kawalan tikus 500.00

Racun kawalan siput gondong 510.00

Upah membajak 3,355.00

Upah menabur benih 549.00

Upah membadai 915.00

Upah membaja 1,649.00

Upah kawalan perosak padi 1,649.00

Upah menuai 3,355.00

Upah mengangkut padi 915.00

109

Kes kedua, hasil padi dan kos penanaman padi Encik Jamal bagi semusim

penanaman padi adalah seperti Jadual 13. Formula yang digunakan bagi kaedah

taksiran zakat padi dan pengiraannya adalah seperti berikut:

i) Formula pengiraan zakat padi berdasarkan hasil kasar adalah seperti berikut:

Jumlah Zakat Padi = 5 % × Hasil Kasar Padi

= 5 % × RM11,800.00

= RM590.00

Jumlah Zakat Padi = 10 % × Hasil Kasar Padi

= 10 % × RM11,800.00

= RM1,180.00

ii) Formula pengiraan zakat padi berdasarkan hasil bersih adalah seperti berikut:

Jumlah Zakat Padi = 5 % × (Hasil Kasar Padi – Kos Tanaman)

= 5 % × (RM11,800.00 – RM8,165.00)

= 5 % × RM3,635.00

= RM181.75

Jumlah Zakat Padi = 10 % × (Hasil Kasar Padi – Kos Tanaman)

= 10 % × (RM11,800.00 – RM8,165.00)

= 10 % × RM3,635.00

= RM363.50

Sewa tanah 12,000.00

Jumlah Kos Tanaman 32,897.00

Jadual 13: Hasil Padi dan Kos Penanaman Padi Encik Jamal

Perkara RM RM A) Pendapatan

Hasil padi

11,800.00

B) Kos Tanaman

Benih 1,440.00

Baja 100.00

Racun kawalan serangga 100.00

Racun kawalan penyakit 150.00

Racun kawalan tikus 100.00

110

Jadual 14: Perbandingan Jumlah Zakat Padi Berdasarkan Kadar Zakat Padi dan

Kaedah Taksiran Zakat Padi yang Berbeza

Kaedah Taksiran Zakat Padi

Kes 1 Kes 2

Jumlah Zakat Padi (RM) Jumlah Zakat Padi (RM)

5 % 10 % 5 % 10 %

Hasil Kasar 2,846.25 5,692.50 590.00 1,180.00

Hasil Bersih (tolak kos tanaman) 1,201.40 2,402.80 181.75 363.50

Berdasarkan contoh yang diberikan Jadual 12, 13 dan 14, kaedah taksiran

zakat padi yang berbeza memberikan implikasi yang berbeza kepada jumlah

pembayaran zakat padi. Walaupun institusi zakat menetapkan kadar zakat padi

sebanyak 5 peratus dengan menggunakan taksiran zakat padi berdasarkan hasil kasar,

ia masih tidak boleh menampung kos tanaman yang dikeluarkan oleh petani. Ini

membuktikan bahawa penolakan kos tanaman memberikan kesan yang besar kepada

jumlah zakat yang perlu dibayar oleh petani. Jadi, kaedah taksiran zakat padi

berdasarkan hasil kasar dengan kadar zakat padi sebanyak 5 peratus adalah tidak

sesuai diaplikasikan kerana perbezaan kadar zakat padi sebanyak 5 peratus atau 10

peratus tidak boleh menampung kos yang tinggi yang dikeluarkan oleh petani. Apatah

lagi jika kadar zakat padi yang ditetapkan adalah 10 peratus tanpa menolak apa-apa

kos tanaman, maka jumlah zakat yang dibayar oleh petani akan menjadi lebih tinggi.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dan penemuan kajian, maka wajarlah model taksiran zakat

padi dikira berdasarkan hasil bersih iaitu menolak kos tanaman. Ini kerana

mengambilkira penanaman padi yang diusahakan secara moden yang memerlukan kos

yang tinggi. Jika kos-kos ini tidak ditolak dalam taksiran zakat padi, maka

kemaslahatan petani tidak dijaga dan petani yang miskin juga akan dikenakan zakat.

Di samping itu, kadar zakat padi sama ada lima peratus atau sepuluh peratus yang

ditetapkan oleh institusi zakat perlulah mengambilkira jenis pengairan yang

digunakan oleh petani sebagaimana hadis Rasulullah SAW.

Upah merata tanah 1,000.00

Upah mengangkut baja 75.00

Upah membajak 2,000.00

Upah menabur benih 225.00

Upah menuai 1,800.00

Upah membaja 450.00

Upah mengangkut padi 625.00

Cukai tanah 100.00

Jumlah Kos Tanaman 8,165.00

111

RUJUKAN

al-`Asqalani , Ahmad bin `Ali bin Hajar. (t.t). Fath al-bari bi syarh sahih al-Bukhari,

jil. 3. Beirut: Dar al-Ma`rifah.

‘Atiyah, Muhammad Kamal. (1993). Sistem Perakaunan dalam Islam. (Mohd. Nor

Ngah, Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz bin Muhammad. (1986). Zakat and Rural Development in Malaysia: An

Ethical Analysis of The Concepts of Growth and Redistribution of Income and

Wealth in Islam and Their Practices an A Contemporary Muslim Society.

Tesis Ph.D, Temple University, USA.

Abu ‘Ubayd, al-Qasim bin Salam. (1988). Kitab al-amwal. Beirut: Dar al-Fikr.

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995). al-Musnad. Kaherah: Dar al-Hadith.

Asmak Ab. Rahman. (2004). Pemikiran Ekonomi Islam dalam Bidang Pertanian dan

Amalannya di Malaysia. Tesis Ph.D, Institut Pengajian Siswazah, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

al-Bahuti, Mansur bin Yunus bin Idris. (1999). Kasyaf al-Qina‘, jil. 2. Lubnan: Dar

Ihya' al-Turath al-‘Arabi.

Hendri Metro Purba. (2005). Analisis Pendapatan dan Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Produksi Cabang Usahatani Padi Ladang di Kabupaten

Karawang. Tesis Sarjana Pertanian, Fakultas Pertanian, Institut Pertanian

Bogor, Indonesia.

Ibn Hazm al-Andalusi, Ali bin Ahmad bin Said. (2015). Al-Muhalla. Beirut: Dar al-

Kutub al-Ilmiyyah,.

Ibn Majah, Abu ‘Abd Allah bin Yazid al-Qazwani. (t.t.). Sunan Ibn Majah. Lubnan:

Maktabah al-‘Ilamiyyah.

Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad.(1984). al-Mughni wa al-

Syarh al-Kabir, jil. 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Ismail Muhd Salleh & Rogayah Ngah. (1980). Distribution of Zakat Burden on Padi

Producers in Malaysia. Dalam M. Raquibuz Zaman (Ed.). Some Aspects of the

Economics of Zakat. Indiana: American Trust Publications.

Johnson, C. L. (2000). Government Intervention in The Muda Irrigation Scheme,

Malaysia: 'Actors', Expectations and Outcomes. The Geographical Journal.

166 (3). 192-214.

al-Kasani, ‘Ala’ al-Din Abi Bakr bin Mas‘ud al-Hanafi. (1986). Kita Ba a’i‘ al-

Sana’i‘ fi Tarti al-Syara’i‘, jil. 2, cet. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (t.t). Pendapatan garis kemiskinan

(PGK).

http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/PENDAPATAN_GARIS_KEMISKI

NAN2007.pdf, (diakses pada 31 Januari 2011).

Laporan Ekonomi 2013/2014,

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1314/bab3.pdf (diakses pada 10

Julai 2017).

112

Laporan Ekonomi 2014/2015,

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1415/bab3.pdf (diakses pada 10

Julai 2017).

Laporan Ekonomi 2015/16,

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1516/bab3.pdf (diakses pada 10

Julai 2017).

Laporan Ekonomi 2016/17,

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1617/bab3.pdf (diakses pada 10

Julai 2017).

Lembaga Zakat Selangor. (t.t.)a. Kadar Nisab Terdahulu. http.//www.e-

zakat.com.my/kadar-nisab/ (diakses pada 31 Januari 2012).

Lembaga Zakat Selangor. (t.t.)b. Zakat Pertanian. http://www.e-zakat.com.my/zakat-

harta/zakat-pertanian/ (diakses pada 20 Mei 2011).

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. (t.t.)a. Kadar Nisab Zakat

Tanaman (Padi). http://www.e-http:www.e-

mamaik.my/public_new/index.php?option=com_content

&view=article&id=237:info-zakat&catid=168:perkhidmatan&Itemid=1094

(diakses pada 1 Mei 2009).

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. (t.t.)b. Kadar Zakat

Tanaman. http://www.e-

maik.my/public_new/index.php?option=com_content&view=article&id=

259: kadar-zakat&catid=168:perkhidmatan&Itemid=790 (diakses pada 20 Mei

2009).

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (2001). Panduan Mengeluarkan

Zakat. Perlis: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Malik bin Anas. (1989). Al-Muwatta’, cet. 1. Beirut: Dar al-Fikr.

Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. (t.t). Zakat Pertanian.

http://www.zakatpenang.com/index.php/info-zakat/jenis-zakat/zakat-pertanian

(diakses pada 20 Mei 2009).

Pusat Zakat Negeri Sembilan. (t.t). Zakat Pertanian (Padi). http://www.zakatns.

com.my/ver4/info-zakat/jenis-zakat/zakat-pertanian-padi (diakses pada 30 Mei

2009).

al-Qaradawi, Yusuf. (1994). Fiqh al-zakah, jil. 1, cet. 21. Qaherah: Maktabah

Wahbah.

al-Qazwayni al-Ma`ruf bi Ibn Majah, Muhammad bin Yazid (Tahqiq: Mahmud

Muhammad Mahmud Hasan Nassar). (1998). Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar

al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Radin Firdaus Radin Badarudin, Mohamad Shaharudin Samsurijin, Paramjit Singh

Jamir Singh, Mohd Haizzan Yahaya, Abdul Rais Abdul Latiff, Siti Rahyla

Rahmat & Kumarashwaran Vadevelu. (2017). Ke arah Mencapai 100% Kadar

Sara Hidup (SSL) Beras: Satu Sasaran Realistik atau Retorik?. Prosiding

Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar. Dalam

113

Nooriah Yusof, Asyirah Abd. Rahim & Anisah Lee Abdullah (Eds.). Pulau

Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.

al-Salus, ‘Ali Ahmad. (2006). Mausu‘ah al-Qadaya al-Fiqhiyah al-Mu‘asirah wa al-

Iqtisad al-Islami, cet. 10. Mesir: Dar al-Thaqafah Qatar.

al- Syafi‘i, Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Idris. (1993). al-Umm, jil. 2. Beirut: Dar

al-Kutub al-Ilmiyyah.

Unit Perancang Ekonomi. (t.t). Bab IV. http://www.epu.gov.my/chapter4 (diakses

pada 31 Januari 2011).

Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.

Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi.

http://epu.gov.my/sites/default/files/Buku%20RMKe-11.pdf (diakses pada 10

Julai 2017).

Zikmund, W. G. (2000). Business Research Methods, 6th

edition. New York: The

Dryden Press.

al-Zuhayli, Wahbah. (2011). Al-fiqh al-Islami wa Adillatuh. Dimasyq: Dar al Fikr.

Bab 9

HAD KIFAYAH ZAKAT PENDAPATAN BERASASKAN

MAQASID SYARIAH

Azman Ab. Rahmani, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin

ii, Muhammad Ridhwan Ab.

Aziziii

, Khairil Faizal Khairiiv & Zulhilmi Mohamed Nor

v

iProfesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] iiPelajar Sarjana, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] iii

Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] ivPensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] vPensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected]

Abstrak Had kifayah zakat pendapatan merupakan sebuah indikator keupayaan ekonomi individu yang

berpendapatan samada layak dikategorikan sebagai muzakki ataupun asnaf. Had tersebut

melibatkan item-item yang diiktiraf oleh syarak sebagai keperluan asasi bagi setiap individu

agar dapat menjalani kehidupan yang normal. Namun, sehingga kini belum terdapat satu garis

panduan khusus yang digunapakai oleh institusi-institusi zakat di Malaysia membawa kepada

kepelbagaian kaedah pentaksiran had kifayah zakat di setiap negeri. Penetapan had kifayah

zakat pendapatan seharusnya dilihat berdasarkan kepada kehendak syarak (maqasid syariah)

agar objektif yang hendak dicapai melalui pensyariatan zakat dapat direalisasikan secara

menyeluruh. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep had kifayah dan

maqasid syariah dalam konteks zakat. Artikel ini turut menganalisis item-item had kifayah

zakat pendapatan seterusnya mencadangkan sebuah model had kifayah zakat pendapatan

berasaskan maqasid syariah. Artikel mendapati bahawa model yang dibentuk mengandungi

dua komponen utama iaitu had kifayah umum dan had kifayah khusus. Had kifayah umum

merupakan keperluan asas yang perlu dilengkapi oleh setiap individu manakala had kifayah

khusus adalah tertentu bagi seseorang individu berdasarkan tanggungannya. Implikasi artikel

ini boleh dijadikan panduan kepada institusi-institusi zakat dalam menjalankan kajian yang

lebih mendalam berkenaan taksiran had kifayah zakat di setiap negeri. Kajian lanjutan dapat

dilakukan bagi mengenal pasti keperluan-keperluan asasi individu menurut maqasid syariah

dengan mengambilkira faktor sosial dan ekonomi masyarakat setempat.

Kata Kunci: Zakat, Had Kifayah, Maqasid Syariah.

PENDAHULUAN

Had kifayah merupakan ukuran bagi tahap kecukupan ekonomi seseorang yang

membolehkannya menjalani kehidupan secara normal. Dalam konteks zakat, had

kifayah merupakan garis pemisah antara mereka yang perlu membayar zakat

(muzakki) dan mereka yang berhak menerima zakat (asnaf). Pemahaman konsep had

kifayah zakat amat penting umumnya di kalangan masyarakat dan khususnya kepada

pihak-pihak yang berkuasa dalam bidang pentadbiran zakat. Institusi zakat dan Majlis

Agama Islam Negeri berperanan penting dalam menentukan had kifayah zakat di

116

negeri masing-masing berdasarkan pendekatan dan metodologi yang tertentu dengan

mengambil kira keperluan masyarakat pada masa kini.

Penetapan had kifayah zakat seharusnya dilihat berdasarkan kepada kehendak

syarak (maqasid syariah) khususnya dalam menjaga agama, nyawa, akal, keturunan

dan harta agar objektif yang hendak dicapai melalui pensyariatan zakat dapat

direalisasikan secara menyeluruh. Item-item had kifayah zakat perlu mengambil kira

faktor ekonomi dan sosial masyarakat melalui ontologi daruriyyat (keperluan asas),

hajiyyat (keperluan tambahan) dan tahsiniyyat (keperluan pelengkap).

HAD KIFAYAH MENURUT ISLAM

Had kifayah adalah kayu ukur kepada kelayakan seseorang untuk menerima atau

mengeluarkan zakat. Jika seseorang itu tidak melepasi had kifayah, maka dia layak

untuk menerima zakat. Tetapi jika seseorang yang melepasi had kifayah, maka dia

layak untuk mengeluarkan zakat. Had kifayah juga dijadikan sebagai mekanisma

dalam menentukan kadar yang perlu dibantu atau diberikan kepada golongan fakir

dan miskin agar dapat menjalani kehidupan yang normal serta mengeluarkan diri

daripada belenggu kemiskinan tersebut.

Al-kifayah berasal daripada perkataan kifayah yakfi kafaa dalam lisan al-Arab

yang bermaksud cukup atau mencukupi apa yang paling penting kepadanya, atau apa

yang mencukupi untuk hidup (Ibn Manzur, 1992). Manakala dari segi istilah, ‘had

kifayah’ bermaksud perbelanjaan yang perlu bagi memenuhi keperluan sara hidup

dengan mengambil kira tahap purata kehidupan dalam masyarakat. (al-Fanjari, 2010).

Had Kifayah secara umumnya adalah kadar (keupayaan ekonomi) yang

selayaknya bagi menjamin kelangsungan kehidupan seorang individu serta mereka

yang di dalam tanggungannya. Ia bukan sekadar penentuan had minimum semata-

mata tetapi menjangkaui persoalan tahap yang selayaknya bagi memastikan

kelangsungan kehidupan seseorang serta tanggungannya (Uwais, 2004).

HAD KIFAYAH MENURUT AL-QURAN

Istilah had kifayah tidak digunakan secara khusus di dalam al-Quran, tetapi

merupakan istilah yang diambil oleh para ulama daripada kefahaman yang mendalam

terhadap nas-nas tersebut.

Firman Allah SWT:

ويسألونك ماذا ي نفقون قل العفو Terjemahan: “Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka

nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan”. (Al-Baqarah: 219)

Ibnu Abbas berkata di dalam mentafsirkan ayat ini: (العفو) ialah apa-apa yang

lebih untuk keluarga kamu. Pandangan ini turut diriwayatkan daripada Umar,

117

Mujahid, Atha’, Sa’id bin Jubair, Muhammad bin Ka’ab, al-Hasan al-Basri, Qatadah,

al-Qasim, Salim A’tha’ al-Khurosani, Rabi’ bin Anas dan lain-lain. Mereka berkata:

adalah apa-apa yang lebih. Hal ini menunjukkan bahawa zakat dan infaq tidak (العفو)

menjadi suatu kewajipan melainkan pada perkara-perkara yang melebihi keperluan

asasi diri seseorang dan tanggungannya (Ibn Kathir, 1401H).

Antara tanggungan-tanggungan yang wajib bagi seseorang individu muslim

pula diterangkan dalam ayat yang berikut:

وعلى المولود له رزق هن وكسوت هن بالمعروف Maksudnya: “Dan kewajian (bapa) pula ialah memberi makan dan pakaian

kepada ibu mengikut cara yang sepatutnya.”(Al-Baqarah : 33)

HAD KIFAYAH MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

Secara umumnya, tidak terdapat hadis yang secara jelas menyebut lafaz had kifayah

secara nas bagi seseorang. Tetapi ia dapat difahami melalui nas-nas hadis yang

menerangkan perbezaan antara orang miskin dan kaya serta had kecukupan yang

menafikan seseorang daripada menerima zakat, antaranya:

Sabda Rasulullah SAW:

ي أو ليس المسكين الذي ت رده الكلة والكلتان، ولكن المسكين الذي ليس له غنى، ويستحي .ل يسأل الناس إلحافا

Terjemahan: “Bukanlah dinamakan seorang miskin jika ia merasa cukup

dengan satu atau dua suapan, tetapi miskin adalah seseorang yang tidak

memiliki kecukupan, malu (menahan diri) atau tidak meminta-minta

manusia secara mendesak”. (Sahih al-Bukhari, 1422H: Kitab al-Zakah,

2/124).

Sabda Rasulullah SAW:

كن ليس المسكين الذي يطوف على الناس ت رده اللقمة واللقمتان، والتمرة والتمرتان، ول ق عل .يه ول ي قوم ف يسأل الناس المسكين الذي ل يجد غنى ي غنيه، ول ي فطن به، ف يتصد

Terjemahan: “Bukanlah dinamakan seorang miskin jika dia meminta

kepada manusia dan cukup baginya sesuap dan dua suap, sebiji tamar dan

dua biji tamar, tetapi seorang yang miskin adalah yang tidak memiliki

kekayaan yang mencukupkannya, tidak diketahui orang akan

kemiskinannya, lantas diberikan sedekah kepadanya, dan dia tidak berdiri,

meminta-minta manusia”. (Sahih al-Bukhari, 1422H: Kitab al-Zakah,

2/125).

118

Kedua-dua hadis ini menerangkan tentang sifat seorang yang tidak memiliki

kecukupan di dalam hidupnya, dan dia layak dinamakan sebagai seorang miskin.

Miskin bukanlah seseorang yang tidak memiliki sesuatu pun, dia masih memiliki

harta, tetapi masih tidak mencukupi. Kadar ketidakcukupan inilah yang dianggap

sebagai seseorang yang berada di bawah had kifayah. Walau bagaimanapun, ulama

berbeza pandangan dalam menentukan had sebenar dan berdasarkan pandangan al-

Imam al-Shafi’i, had kifayah diukur mengikut kepada keperluan seseorang dan

tanggungannya.

HAD KIFAYAH MENURUT FUQAHA

Pendapat yang masyhur di kalangan al-Malikiyyah, al-Shafi’iyyah dan salah satu

riwayat Imam Ahmad menyatakan bahawa kekayaan diukur berdasarkan kecukupan

(al-kifayah). Oleh itu, zakat tidak boleh diserah kepada mereka yang mampu

mencukupkan diri dan tanggungannya. Namun begitu, zakat boleh diberi kepada

mereka yang tidak mampu mencukupkan diri dan tanggungannya, walaupun dia

memiliki harta yang melebihi nisab (Mohammad Farid, t.th).

Penelitian teks-teks karya para fuqaha mendapati bahawa terdapat beberapa

aspek al-kifayah yang disepakati oleh mereka, dan terdapat juga beberapa aspek lain

yang tidak disepakati. Para fuqaha bersependapat bahawa makanan, pakaian dan

tempat tinggal merupakan tiga aspek bagi al-kifayah, manakala selain daripada tiga

aspek ini telah menjadi perselisihan mereka sama ada diterima sebagai aspek al-

kifayah atau tidak (Anhar, 2016).

Al-Hanafiyyah

Ibn Nujaim (970H) menyatakan bahawa kelengkapan peperangan, peralatan

pekerjaan, perabot rumah, binatang tunggangan dan buku-buku ilmiah termasuk

dalam aspek al-kifayah yang perlu diambil kira. Beliau menyatakannya di dalam al-

Bahr al-Ra’iq:

بما يدفع ... وفسرها الحاجة الصلية لن المال المشغول لها كالمعدوم وشرط فراغه عنوالول كالنفقة ودور السكنى وآلت الهلك عن اإلنسان تحقيقا أو تقديرا فالثاني كالدين

أو البرد وكآلت الحرفة وأثاث المنزل ودواب الركوب الحرب والثياب المحتاج إليها لدفع الحر وكتب العلم لهلها

Terjemahan: “Dan disyaratkan tidak mencukupi keperluan asasnya, kerana

harta yang sedang digunakan seumpama tiada dan penafsirannya…

dengan sesuatu yang boleh menolak kebinasaan daripada seseorang

manusia sama ada secara sebenar atau perkiraan andaian. Maka yang

kedua (perkiraan andaian) adalah seperti hutang, adapun yang pertama

(sebenar) adalah seperti nafkah, rumah tempat tinggal, kelengkapan

perang, pakaian yang diperlukan untuk mengelakkan panas atau sejuk,

119

peralatan pekerjaan, perabot rumah, binatang tunggangan (kenderaan), dan

buku-buku ilmiah dalam bidangnya”.

Selain itu, al-Hanafiyyah juga berpandangan bahawa khadam (pembantu

rumah) juga termasuk dalam aspek al-kifayah. Perkara ini sebagaimana dijelaskan di

dalam al-Fatawa al-Hindiyyah:

مسكنه وأثاث مسكنه وثيابه وخادمه ومركبه ون فاضل عن حاجته الصلية وهيوالشرط أن يك وسلحه

Terjemahan: “Dan syaratnya ialah hendaklah lebih daripada keperluan

asasnya iaitu tempat tinggal, perabot rumah, pakaian, khadam (pembantu

rumah), kenderaan dan senjata”.

Ibn ‘Abidin (2000) pula menyatakan bahawa pinggan mangkuk serta cawan

yang menjadi keperluan untuk makan dan minum juga termasuk dalam aspek al-

kifayah. Adapun perhiasan selain emas dan perak, para ulama mazhab mereka

berselisih pendapat dalam memasukkannya sebagai aspek al-kifayah atau tidak. Ibn

‘Abidin menyatakan di dalam Radd al-Muhtar:

والذي يظهر ،وسئلت عن المرأة هل تصير غنية بالجهاز الذي تزف به إلى بيت زوجها: قلت من مما مر أن ما كان من أثاث المنزل وثياب البدن وأواني الستعمال مما ل بد لمثالها منه فهو

وحاصله ثبوت الخلف من أن الحلي غير النقدين من الحوائج الصلية... الحاجة الصلية Terjemahan: “Aku berkata: Dan ditanya tentang seorang wanita adakah

dianggap kaya dengan peralatan perkahwinan ke rumah suaminya. Dan

apa yang zahir daripada perbincangan sebelum ini bahawa sebarang

peralatan dalam kategori perabot rumah, pakaian dan peralatan makan

minum untuk kegunaan yang mesti dengan yang sepertinya maka ia

merupakan keperluan asasi… Dan hasilnya telah berlaku perselisihan

pendapat tentang alatan perhiasan selain emas dan perak sama ada

termasuk dalam keperluan asasi atau tidak”.

Al-Malikiyyah

Al-Malikiyyah memasukkan khadam (pembantu rumah) sebagai aspek yang diambil

kira bagi al-kifayah, sependapat dengan al-Hanafiyyah. Perkara ini dapat difahami

daripada pernyataan dalam al-Mudawwanah:

إن الدور تختلف فإن : وسألناه عن الرجل تكون له الدار والخادم هل يعطى من الزكاة فقالثمنها دارا وفضلت فضلة يعيش فيها رأيت كانت دارا ليس في ثمنها فضل إن بيعت اشترى من

... أن يعطى ول يبيع مسكنه

120

Terjemahan: “Dan kami pernah bertanya kepadanya berkaitan seorang

lelaki yang mempunyai rumah dan khadam (pembantu rumah) adakah

boleh diberikan zakat kepadnya. Dia menjawab: Sesungguhnya rumah

berbeza-beza, sekiranya harga rumah tersebut tiada lebih, jika dijual dia

beli dari hasil jualannya rumah yang lain dan ada lebihan yang

membolehkannya hidup, aku berpandangan dia diberikan zakat dan tidak

perlu menjual rumahnya”.

Al-Shafi’iyyah

Al-Nawawi (1997) menjelaskan tentang had kecukupan dengan menyebutnya sebagai

memenuhi keperluan seseorang termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan

semua perkara yang diperlukan bersesuaian dengan keadaannya tanpa berlebih-

lebihan. Ubat dan bayaran rawatan kepada doktor perubatan juga termasuk dalam

aspek al-kifayah ini. Perkara ini sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Nawawi (676H)

dalam Raudhah al-Tolibin:

أن القريب تلزم كفايته من كل وجه حتى الدواء وأجرة الطبيب فاندفعت حاجاتهTerjemahan: “Sesungguhnya kerabat wajib diberikan kecukupan

keperluan asasnya daripada semua perkara termasuk ubatan dan upah

kepada tabib (doktor perubatan) sehingga terlunas keperluannya”.

Al-Nawawi (676H) juga memasukkan buku-buku ilmiah dalam sesuatu bidang

walaupun ilmu fardhu kifayah ke dalam aspek al-kifayah. Ia sependapat dengan al-

Hanafiah yang menyatakan di dalam al-Raudhah:

وإن كان يدرس للقيام بفرض الكفاية لم يبع ول تسلبه اسم المسكنة لنها حاجة مهمةTerjemahan: “Dan jika dia belajar melaksanakan tanggungjawab fardhu

kifayah, tidak perlu jual. Tempat tinggal tidak akan menghilangkan

kelayakannya kerana ia adalah keperluan yang sangat penting”.

Disamping itu, al-Sharbini (977H) berpendapat bahawa nikah termasuk dalam

aspek yang menyempurnakan al-kifayah. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam

Mughni al-Muhtaj:

محتاج إلى النكاح فله أخذها لينكح لنه من وأنه لو كان يكتسب كفايته من مطعم وملبس ولكنه تمام كفايته

Terjemahan: Dan sesungguhnya jika seseorang bekerja bagi mencukupkan

keperluannya daripada makanan dan pakaian, tetapi berhajat untuk

berkahwin, dia boleh mengambil harta zakat untuk tujuan berkahwin

kerana ia termasuk dalam kesempurnaan keperluan asasnya.

121

Menerusi karya yang sama al-Sharbini juga sependapat dengan al-Hanafiah

yang menyatakan bahawa perabot rumah dan buku-buku ilmiah sebagai aspek al-

kifayah. Ini berdasarkan pernyataannya:

ثياب شتاء يحتاجها في صيف ول ول يخرجه عن المسكنة أثاث يحتاجه في سنته ول ملكه ... عكسه ول ملك كتب

Terjemahan: “Dan tidak mengeluarkannya daripada tempat tinggal iaitu

perabot rumahnya yang diperlukan dalam setahun. Begitu juga tidak

mengeluarkannya dari miliknya pakaian sejuk yang diperlukan pada

musim panas dan tidak sebaliknya, dan tidak juga pemilikan buku-buku

ilmiah”.

Manakala al-Mawardi (t.th) menyatakan bahawa kadar pemberian (zakat)

yang dikira adalah berpandukan kepada al-kifayah (kecukupan) sehingga seseorang

itu bebas daripada mencari atau meminta-minta untuk perkara yang asas. Al-kifayah

tersebut meliputi tiga bentuk, iaitu pertama: bilangan individu yang menjadi

tanggungannya daripada zuriat dan hamba; kedua: bilangan yang berkaitan dengannya

daripada kuda (tunggangan) dan pekerja; dan ketiga: tempat yang menentukan

ketinggian atau rendahnya nilai atau harga. Maka dikadarkan kecukupannya di sudut

nafkah, pakaian pada tahun keseluruhannya.

Al-Hanabilah

Ibn Qudamah (620H) dalam kitab al-Mughni menukilkan kata-kata al-Qadhi dengan

menyatakan bahawa kadar keperluan dan kecukupan seseorang yang diberikan zakat,

bertambah bagi seseorang yang memiliki anak, dengan sebab anaknya, begitu juga

seseorang yang memiliki kuda dengan sebab kudanya, juga bagi seseorang yang

memiliki hamba untuk tujuan peperangan berdasarkan tanggungan mereka untuk

mencukupkannya. Kadar kecukupan tersebut dilihat berdasarkan harga atau nilai

mereka di negara masing-masing, kerana harga bagi setiap negara adalah berbeza.

Ibn Qudamah (620H) juga berpandangan bahawa buku-buku ilmiah dan

barang perhiasan wanita adalah termasuk dalam aspek al-kifayah. Hal ini

sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Mughni: للبس لها حليومن له كتب يحتاج إليها للنظر فيها والحفظ منها ل يلزمه بيعها والمرأة إذا كان

... أو لكراء تحتاج إليه لم يلزمها بيعه في الفطرة وما فضل من ذلك عن حوائجه الصليةTerjemahan: “Dan sesiapa yang mempunyai buku-buku yang diperlukan

untuk tujuan penelitian dan hafazan tidak perlu menjualkannya. Dan

begitu juga seorang wanita yang mempunyai barang perhiasan sama ada

untuk dipakai atau disewakan tidak perlu menjualkannya, dan apa yang

lebih daripada keperluan asasinya…”

122

Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, terdapat beberapa aspek yang

tidak disepakati oleh para fuqaha dalam al-kifayah, iaitu: kelengkapan peperangan,

peralatan pekerjaan, perabot rumah, binatang tunggangan (kenderaan), buku-buku

ilmiah, khadam (pembantu rumah), kelengkapan makan minum, perhiasan selain

emas dan perak, ubat-ubatan, kos rawatan perubatan, nikah dan barang perhiasan

wanita.

MAQASID SYARIAH

Al-Raisuni (1992) telah mentakrifkan maqasid syariah sebagai tujuan (sebenar) yang

ingin dihasilkan bagi ketetapan hukum syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan

manusia. Secara umumnya, maqasid syariah bermaksud segala tujuan di sebalik

penciptaan syariat pada keseluruhannya dan di sebalik setiap hukum di dalamnya

secara satu persatu (Mahmood Zuhdi et al., 2012). Allah SWT menjelaskan dalam al-

Quran bahawa perutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk kebaikan dan rahmat

bagi sekalian alam, sebagaimana firman-Nya:

لمين وما أرسلنك إل رحمة للعTerjemahan: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Al-

Anbiya’: 107)

Maqasid syariah yang ingin dicapai perlu menjadi tonggak dan hala tuju dalam

pensyariatan hukum-hakam dan ajaran Islam. Pemahaman dan penggunaan kaedah

maqasid syariah merupakan unsur penting bagi setiap mujtahid dalam proses

berijtihad dan pengaplikasian hukum syarak ke alam realiti dan kehidupan semasa,

seiring dengan kehendak dan tujuan pensyariatan ajaran Islam yang diturunkan

(Ahmad Wifaq, 2016b).

Konsep Maqasid Syariah

Al-Raisuni (1992) membahagikan maqasid kepada tiga kategori iaitu al-maqasid al-

‘ammah (maqasid umum), al-maqasid al-khassah (maqasid khusus) dan al-maqasid

al-juz’iyyah (maqasid cabang).

Al-Maqasid al-‘ammah merujuk kepada maqasid syariah yang lebih umum,

iaitu keseluruhan syariah ini diturunkan adalah semata-mata bertujuan untuk menjaga

dan memelihara keamanan dan keharmonian kehidupan manusia. Manakala al-

maqasid al-khassah pula ialah hikmah-hikmah yang lebih khusus yang diambil kira

oleh syarak dalam menentukan sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu,

contohnya hukum kekeluargaan. Al-Maqasid al-juz’iyyah pula merupakan objektif

pecahan yang lebih kecil seperti hukum sunat melangsungkan perkahwinan dan

sebagainya (Mohd Fikri, 2012).

Ibn ‘Asyur (1999) menjelaskan bahawa al-maqasid al-‘ammah ialah

pengertian dan hikmah yang dapat diperhatikan pada semua atau sebahagian besar

123

daripada hal ehwal pensyariatan dan bukan khusus pada satu-satu jenis hukum sahaja.

Terdapat dua formula yang dihimpunkan dalam al-maqasid al-‘ammah. Pertama, ia

dikenali sebagai al-dharuriyat al-khams (اخلمس iaitu menjaga lima ,(الضروريات

kepentingan hidup, iaitu memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta.

Kedua, formula ataupun kaedah raf’ul haraj (احلرج yang bermaksud (رفع

mengelakkan kesempitan dengan menegakkan keadilan sesama manusia. Keadilan ini

mampu mengeluarkan manusia daripada runtunan hawa nafsu dan mengembalikannya

kepada fitrah semula jadi manusia yang sentiasa menginginkan kebaikan.

Peringkat Kepentingan Manusia

Imam Al-Syatibi (1996) menyatakan bahawa tahap kepentingan manusia berbeza

berdasarkan keperluan diri, sosioekonomi, latar belakang pendidikan dan sebagainya.

Syariat Islam bersifat dinamis dan fleksibel menyusun objektif syariah selari dengan

keperluan dan kepentingan manusia sejagat. Berdasarkan kepada perspektif syarak,

Maslahah tahap kepentingan yang perlu dijaga dikategorikan kepada tiga bahagian

iaitu al-daruriyyat, al-hajiyyat dan al-tahsiniyyat (Al-Syatibi, 1996), sepertimana

yang disepakati oleh ulama’ seperti Imam al-Haramayn, al-Ghazali, al’Izz al-Din

‘Abd al-Salam, al-Qarafi, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim;

1. Al-Daruriyyat: merupakan keperluan sesuatu maslahah yang diperlukan dan

dihajati sehingga ke tahap darurah iaitu satu keadaan yang sangat memerlukan

dan mendesak sehingga berada dalam keadaan yang merbahaya dan mengancam

nyawa seseorang apabila luputnya keperluan tersebut. Daruriyyat terdiri daripada

perkara-perkara utama dalam agama digelar al-daruriyyat al-khamsah iaitu

memelihara agama (ad-Din), jiwa (al-Nafs), akal (al-`Aql), keturunan (al-Nasl)

dan harta (al-Mal) (Izz al-Din ‘Abd Aziz Ibn ‘Abd al-Salam, t.th).

2. Al-Hajiyyat: merupakan sesuatu objektif atau tujuan yang diperlukan untuk

mencapai kelapangan dalam kehidupan, sekali gus menghilangkan kesempitan

yang pada kebiasaannya membawa kesusahan. Apabila maqsad itu tidak diambil

perhatian maka banyak kesukaran akan dihadapi. Walaupun begitu, ia tidaklah

sampai peringkat darurat atau menghancurkan sistem kehidupan manusia secara

keseluruhan (Al-Syatibi, 1996).

3. Al-Tahsiniyyat: merupakan perbuatan melakukan sesuatu amalan atau adat yang

baik dan terpuji serta menjauhi perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh

akal yang sempurna (Al-Syatibi, 1996). Al-Ghazali berpendapat kepentingan

Tahsiniyyat ialah membantu dan menampung dalam usaha mencapai keperluan

biasa dan kepentingan asas, ia bersifat pelengkap kepada pencapaian hajiyyat dan

daruriyyat (al-Ghazali, 1993).

124

MODEL HAD KIFAYAH ZAKAT PENDAPATAN BERASASKAN MAQASID

SYARIAH

Pembahagian item-item had kifayah zakat pendapatan berdasarkan maqasid syariah

merupakan satu kaedah yang lebih sistematik dan sesuai untuk diaplikasikan. Secara

umumnya dalam menentukan item had kifayah zakat pendapatan, ia perlu mengambil

kira semua aspek bagi memastikan penetapan yang dilaksanakan bertepatan dengan

syarak dan kehendak semasa. Namun begitu, perkara ini perlu dilihat secara terperinci

agar segala penetapan yang dibuat bersifat sederhana dan patuh syariah. Maka

cadangan model had kifayah zakat pendapatan berasaskan maqasid syariah adalah

sebagai satu alternatif yang boleh dilihat dan dibincangkan oleh semua pihak bagi

menetapkan had kifayah zakat pendapatan di negeri masing-masing.

Rajah 1: Model Had Kifayah Zakat Pendapatan Berasaskan Maqasid Syariah MODEL HAD KIFAYAH ZAKAT PENDAPATAN

BERASASKAN MAQASID SYARIAH

UMUM KHUSUS

Makanan Pakaian Pendidikan Daruriyyat Hajiyyat Tahsiniyyat

Pengangkutan Tempat Tinggal Hutang Komunikasi Buku Ilmiah

Kesihatan

Tanggunga

n ibu bapa

Kelengkapan

Pekerjaan

Pendidikan

Sepanjang

Hayat

Persiapan

Perkahwinan

Sumbangan

Derma

Rajah 1 menunjukkan Model Had Kifayah Zakat Pendapatan berasaskan

Maqasid Syariah yang telah dibangunkan. Model tersebut terbahagi kepada dua

komponen utama iaitu had kifayah umum dan had kifayah khusus. Had kifayah umum

adalah item yang perlu dipenuhi oleh semua individu bagi kelangsungan hidup

meliputi enam item utama iaitu makanan, pakaian, pendidikan, pengangkutan, tempat

tinggal dan kesihatan.

Manakala had kifayah khusus hanya diberikan kepada individu-individu

tertentu bergantung kepada keadaan yang dialaminya. Terdapat tiga pecahan bagi had

kifayah khusus mengikut tahap keutamaan iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.

Item daruriyyat termasuklah hutang yang membebani kehidupan seseorang individu

dan tanggungan bagi ibu bapa yang memerlukan bantuan. Item hajiyyat pula meliputi

perbelanjaan bagi kemudahan komunikasi, kelengkapan pekerjaan dan persiapan

perkahwinan. Manakala item Tahsiniyyat merangkumi pembelian buku-buku ilmiah,

pendidikan sepanjang hayat dan sumbangan derma.

125

Daruriyyat (Keperluan Asas)

Daruriyyat didefinisikan sebagai keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh seseorang

individu sama ada dalam perkara berbentuk keagamaan (akhirat) ataupun keduniaan.

Kegagalan untuk memenuhi tuntutan daruriyyat ini akan mengakibatkan kecelakaan

atau kemudaratan yang besar kepada kehidupan individu tersebut waima kesusahan di

dunia ataupun mendapat azab di akhirat.

Dalam konteks item had kifayah zakat pendapatan, ialah keperluan untuk

memastikan seseorang individu tersebut boleh menjalani kehidupan secara normal

termasuklah keperluan terhadap makanan, pakaian, tempat tinggal, pengangkutan,

kesihatan dan pendidikan (Azman Ab Rahman et.al, 2016). Makanan dan tempat

tinggal sebagai contoh amat penting bagi pemeliharaan agama dan nyawa seseorang

individu, manakala pendidikan sangat penting untuk memelihara akal. Demikian juga

pakaian dan pengangkutan penting bagi memelihara keturunan dan harta.

Selain itu, terdapat beberapa perkara asas yang perlu dipenuhi oleh individu

bergandung kepada keadaan-keadaan tertetu. Perkara tersebut termasuklah mereka

yang perlu dibebani dengan hutang ataupun menanggung ibu bapa yang tidak

berkemampuan.

Maka dapat dibahagikan keperluan asas atau daruriyyat bagi seseorang

individu itu kepada dua bahagian; pertama: keperluan asas umum, dan kedua;

keperluan asas khusus:

Keperluan Asas Umum diertikan sebagai keperluan yang mesti dimiliki oleh

setiap individu tanpa sebarang pengecualian, ia merangkumi:

Makanan

Iaitu segala perbelanjaan asas bagi menyediakan keperluan makanan dan minuman isi

rumah sama ada makanan di dalam atau di luar rumah.

Pakaian

Iaitu segala perbelanjaan asas bagi segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli

rumah seperti pakaian harian, pakaian sekolah, pakaian kerja dan seumpamanya yang

dianggap sebagai asasi.

Tempat Tinggal

Iaitu segala perbelanjaan asas bagi menyediakan perlindungan untuk isi rumah seperti

bayaran sewa atau ansuran rumah, bayaran asas utiliti dan segala perkara yang

bersangkutan dengan keperluan asas perlindungan isi rumah.

126

Pengangkutan

Iaitu segala perbelanjaan asas yang keperluan pengangkutan isi rumah seperti petrol,

bayaran ansuran kenderaan, cukai jalan, insuran kenderaan, tambang pengangkutan

awam dan segala bentuk pengangkutan berbayar.

Pendidikan

Iaitu segala perbelanjaan asas bagi menyediakan pendidikan isi rumah seperti yuran

asas sekolah/kolej/universiti, pembelian buku-buku asas, wang saku dan segala

perkara asas yang berkaitan dengan pendidikan.

Kesihatan dan Perubatan

Iaitu individu atau tanggungan yang memerlukan rawatan secara berterusan

merangkumi, kos pergi balik, ubatan dan sebagainya atau segala perbelanjaan asas

bagi memelihara kesihatan isi rumah seperti belanja rawatan, pembelian ubat-ubatan

sama ada di klinik awam ataupun swasta, rawatan di hospital awam atau pembelian

ubat-ubatan di kedai ubat atau farmasi dan segala perbelanjaan bagi kesihatan yang

dianggap sebagai asasi. Perbelanjaan perubatan juga termasuklah caruman untuk

takaful perubatan.

Keperluan Asas Khusus adalah keperluan yang mesti bagi individu-individu

tertentu dan tidak perlu bagi individu yang lain, ia merangkumi:

Tanggungan Ibu bapa

Iaitu bagi ibu bapa yang miskin dan tidak berpendapatan, maka menjadi kewajipan

bagi anak menanggungnya.

Hutang

Iaitu bagi individu yang memiliki bebanan hutang yang mengganggu kehidupannya

dan untuk memenuhi keperluan asasi seperti perlindungan, pakaian, makanan,

perubatan dan pendidikan atau mengalami bencana alam atau musibah seperti banjir,

rumah terbakar, kerosakan akibat tanah runtuh atau ribut taufan yang memerlukan

perbelanjaan.

Definisi hutang adalah bersesuaian dengan tafsiran yang digunapakai oleh

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bagi asnaf al-gharimin dan kadarnya adalah

sama sebagaimana yang diberikan kepada asnaf tersebut.

Hajiyyat (Keperluan Tambahan)

Menurut al-Syatibi (1996), hajiyyat bermaksud sebuah objektif atau tujuan yang

diperlukan untuk mencapai kelapangan dalam kehidupan, sekaligus menghilangkan

kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kesusahan. Sekiranya perkara hajiyyat

ini tidak diberikan perhatian, maka terdapat kesukaran yang perlu dihadapi tetapi

127

tidaklah membawa kepada keadaan darurat yang menghancurkan kehidupan manusia

secara keseluruhannya.

Dalam konteks had kifayah zakat pendapatan, komunikasi merupakan item

yang dikategorikan sebagai keperluan tambahan kepada seseorang individu (Azman

Ab Rahman et.al, 2016). Kehidupan pada zaman moden sekarang ini memerlukan

kepada kemudahan komunikasi seperti telefon dan jaringan internet. Kemudahan-

kemudahan ini diperlukan dalam banyak perkara sama ada untuk kehidupan harian

ataupun pekerjaan.

Contoh lain juga seperti kelengkapan pekerjaan seperti komputer, alat tulis,

fail, alat tukangan, alat jahitan dan sebagainya yang diperlukan untuk mencari rezeki.

Hal ini termasuk dalam keperluan yang perlu dipenuhi kerana tanpa alatan tersebut,

seseorang itu akan mengalami kesukaran dalam mencari pendapatan ataupun

mendapat rezeki yang kurang.

Komunikasi

Iaitu segala perbelanjaan asas yang berkaitan dengan perhubungan seperti bil telefon

dan jaringan internet sama ada di rumah ataupun telefon bimbit.

Kelengkapan Pekerjaan

Iaitu segala alatan yang memudahkan urusan pekerjaan seseorang merangkumi,

komputer (bagi penulis dan sebagainya), alat tukangan (bagi tukang kayu).

Persiapan Perkahwinan

Iaitu termasuklah simpanan bulanan, perbelanjaan bagi mahar dan walimah serta

segala bentuk persediaan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan bagi individu

yang bujang.

Tahsiniyyat (pelengkap)

Tahsiniyyat pula ditakrifkan sebagai perbuatan melakukan sesuatu amalan atau adat

yang baik dan terpuji serta menjauhi perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh

akal yang sempurna (al-Syatibi, 1996). Al-Ghazali berpendapat bahawa kepentingan

Tahsiniyyat ialah membantu dan menampung dalam usaha mencapai keperluan biasa

dan kepentingan asas, iaitu bersifat pelengkap kepada pencapaian hajiyyat dan

daruriyyat (Al-Ghazali, 1993).

Dalam konteks had kifayah zakat pendapatan, buku-buku ilmiah, program-

program pendidikan sepanjang hayat dan sumbangan derma dilihat wajar

dikategorikan sebagai pelengkap bagi individu. Namun, ia boleh berubah mengikut

keperluan dan kehendak semasa.

128

Buku Ilmiah

Iaitu segala bentuk bacaan ilmiah tambahan seperti buku-buku agama, pengetahuan

am dan majalah-majalah yang berunsurkan ilmiah.

Pendidikan Sepanjang Hayat

Iaitu lanjutan pendidikan formal atau tidak formal termasuklah diploma lanjutan,

sarjana, kedoktoran ataupun kelas-kelas kemahiran dan sebagainya.

Sumbangan Derma

Iaitu segala jenis pemberian dan sumbangan derma sama ada kepada badan-badan

tertentu atau persendirian.

KESIMPULAN

Had kifayah merupakan kayu ukur kepada kelayakan seseorang untuk menerima atau

mengeluarkan zakat. Pendekatan maqasid syariah dalam penentuan had kifayah zakat

penting bagi memastikan pengurusan kutipan dan agihan zakat bersesuaian dengan

kehendak syariat. Model had kifayah berasaskan Maqasid Syariah mampu

memberikan gambaran keperluan asas individu dan tanggungan dengan lebih jelas

serta mematuhi kehendak syarak. Perkara ini dapat dijadikan asas kepada taksiran

semula zakat pendapatan yang ingin dijalankan agar setiap perubahan yang dilakukan

sejajar dengan kehendak syarak serta memenuhi keperluan hidup masyarakat. Selain

daripada item makanan, pakaian dan tempat tinggal yang disepakati ulama, terdapat

item-item tambahan lain yang perlu dilihat selari dengan keperluan masyarakat.

Setiap institusi zakat negeri perlu melihat sendiri item-item yang menjadi keperluan

masyarakat dengan mengambilkira ‘uruf semasa dan setempat selari dengan

perkembangan ekonomi.

RUJUKAN

Ahmad Wifaq Mokhtar. (2016). Prinsip-Prinsip Asas Maqasid al-Syariah: Pendekatan

al-Syatibi. Kertas Kerja Seminar Nasional Maqasid al-Shari’ah 2016

Maqasid al-Shari’ah & Fiqh Demokrasi. Shah Alam: Institut Darul Ehsan.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1422H). Sahih al-Bukhari, tahqiq: Muhammad

Zuhair bin Nasir al-Nasir, Dar Tauq al-Najah.

Al-Fanjari, Muhammad Shauqi. (2010). al-Islam wa al-Tawazun al-Iqtisadi baina al-

Afrad wa al-Dual. Jil. 1. Wizarat al-Auqaf. 38-39.

Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad. (1993). al-Mustasfa min ‘ lm al-Usul.

Baghdad: Maktabat al-Muthanna.

Al-Mawardi, ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad al-Basri. (t.th). al-Ahkam al-

Sultaniyyah, Kaherah: Dar al-Hadith.

Al-Nawawi, Yahya bin Sharf. (1997). Al-Majmu’. Beirut: Dar al-Fikr.

129

Al-Nawawi, Yahya bin Sharf. (1405H), Raudhah al-T li in Wa ‘Um ah al-Muftin.

Cetakan kedua. Beirut: al-Maktab al-Islami.

Al-Sharbini Muhammad bin Ahmad al-Khatib. (977H). Mughni al-Muhtaj Ila

Ma’rifati Ma’ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Syatibi. (1996). Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Ma’rifah. 99.

Azman Ab Rahman, Tengku Mansur bin Tengku Zainal Abidin & Zulhimi Mohamed

Nor. (2016). Konsep Had Kifayah Zakat Pendapatan Menurut Perspektif

Syarak. eProsiding Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET)

2016. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. 14-23.

Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin bin Umar. (2000). Hasyiah Radd al-Muhtar ‘Ala al-

Durr al-Mukhtar. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn ‘Asyur, Muhammad al-Tahir. (1999). Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut:

Dar Salam. 34-35.

Ibn Nujaim, Zainuddin bin Ibrahim (970H). Al-Bahr al-Ra’iq Sharh Kanz al-Daqa’iq.

Cetakan kedua. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad Ibn Mukram. (1992). Lisan al-Arab. Ed. Ke-2.

Beirut: Dar Ehya’ al-Turath al-Arabi. 221.

Ibn Qudamah, ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah. (1968). al-

Mughni, Kaherah: Maktabah al-Qaherah.

Izz al-Din, Abd Aziz Ibn Abd al-Salam. (t.th). Qawa’i al-Ahkam fi Masalih al-

Anam. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Wok Mahmud & Akhtarzaite Abdul Aziz.

(2012). Maqasid al-Syari’ah. Selangor: IIUM Press. 3-4.

Mohammad Farid bin Mohamad Zainal. (t.th). Prinsip Had Kifayah Negeri Selangor.

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor. 2-5.

Mohd Fikri Che Hussain. (2012). Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah. Johor Bharu:

Jahabersa. 45-46.

Muslim bin al-Hajjaj. (t.th). Sahih Muslim, tahqiq: Muhammad Fuad Abd al-Baqiy.

Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.

Uwais, Abd al-Halim. (2004). Mausu’ah al-Fiqh al-Islami al-Mu’asir, Jil.1,

Mansurah: Dar al-Wafa’. 334.

Bab 10 AGIHAN DANA ZAKAT MELALUI MIKRO KREDIT DI

MALAYSIA

Nurul Ilyana Muhd Adnani & Zahri Hamat

ii iPensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[email protected] iiPensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau

Pinang. [email protected]

Abstrak Baitul Mal Aceh mempamerkan kejayaan dalam pelaksanaan agihan dana zakat melalui

mikro kredit. Malah di Baitul Mal Aceh jumlah pinjaman turut meningkat sebanyak Rp 500

000 secara purata kerana pulangan yang memberangsangkan melebihi daripada 75%. Secara

teorinya, sekiranya Aceh berjaya melaksanakan kaedah agihan begini, nescaya tidak mustahil

Malaysia boleh melaksanakannya. Namun, apakah agihan sebegini berpotensi untuk

dilaksanakan di Malaysia? Berdasarkan analisis kandungan terhadap pandangan cendekiawan

di Malaysia mempamerkan agihan zakat melalui mikro kredit berpotensi untuk dilaksanakan.

Kebanyakan cendekiawan berpendapat bahawa pengagihan zakat melalui mikro kredit boleh

dilaksanakan dalam bentuk akad qard al-hasan.

Kata Kunci: Agihan zakat, Mikro kredit.

PENDAHULUAN

Konsep asas dalam agihan zakat adalah untuk penyucian harta dan membasmi

kemiskinan. Pendekatan yang boleh dibuat adalah melalui pengagihan zakat

produktif. Menurut Yusuf al-Qaradawi (1994), antara pendekatan adalah melalui

penyediaan modal pusingan daripada dana zakat melalui mikro kredit. Hal ini

kerana modal pusingan berbentuk mikro kredit daripada dana zakat merupakan

bantuan zakat bermatlamat jangka panjang.

Modal ini diperuntukkan kepada asnaf yang berminat untuk berniaga

tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan. Mereka bukan

sahaja memerlukan modal permulaan, bahkan mereka memerlukan modal

tambahan untuk membesarkan perniagaan. Peruntukan ini diberi dengan kadar

yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan

asnaf. Modal yang diberi hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang

hendak dijalankan. Mustahiq (penerima zakat) dalam jangka masa tertentu,

diharapkan mampu mengubah status daripada mustahiq kepada muzakki (pembayar

zakat). Hal ini selari dengan tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang pernah

mengarahkan petugas zakatnya dengan berkata, yang bermaksud:

“Apabila mengagihkan zakat kepada orang-orang miskin, berilah dengan

berlebihan agar mereka berpuas hati; ulangi memberikannya kepada

mereka walaupun mereka mendapat seratus ekor unta” (Abu Ubayd,

1981:502).

Berdasarkan pernyataan Khalifah Umar al-Khattab di atas, jelas menunjukkan

132

bahawa zakat harus diagihkan sehingga mustahiq dapat bertukar menjadi muzakki

pada masa akan datang (Yusuf al-Qaradawi, 2002). Ini menunjukkan bahawa bantuan

dalam bentuk modal adalah bermatlamat jangka panjang. Selain itu, hal ini juga

menunjukkan bahawa agihan zakat boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, iaitu dalam

bentuk tunai atau peralatan.

Secara umumnya mikro kredit daripada zakat mempunyai potensi yang besar

untuk dilaksanakan di institusi-institusi zakat di Malaysia. Hal ini dibuktikan

dengan kejayaan Baitul Mal Aceh dalam pelaksanaan agihan dana zakat melalui

mikro kredit. Jumlah pinjaman yang diberikan meningkat sebanyak Rp 500 000

secara purata kerana pulangan yang memberangsangkan melebihi daripada 75%.

Tambahan pula, kutipan zakat di setiap negeri di Malaysia meningkat setiap tahun

(Laporan Zakat, 2012). Tujuan utama zakat adalah membangunkan ekonomi umat

Islam dan membasmi kemiskinan.

Persoalannya, apakah agihan sebegini berpotensi untuk dilaksanakan di

Malaysia? Secara teori, kaedah agihan zakat dalam bentuk bantuan modal amat

berpotensi untuk dilaksanakan di Malaysia. Sekiranya Aceh berjaya melaksanakan

kaedah agihan begini, nescaya tidak mustahil Malaysia boleh melaksanakannya.

Artikel ini berhasrat membincangkan pandangan cendekiawan di Malaysia1

tentang beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam potensi pelaksanaan agihan zakat

melalui mikro kredit. Pertama, sumber dana yang digunakan. Kedua, sektor-sektor

yang berpotensi. Ketiga, mekanisme yang sesuai untuk dilaksanakan.

SUMBER DANA

Semua responden kajian berpendapat mikro kredit daripada dana zakat berpotensi

untuk dilaksanakan di Malaysia. Namun, sumber dana harus difikirkan. Yusof Al-

Qaradawi (1994), misalnya berpendapat, mikro kredit boleh diberikan kepada orang

yang memerlukan yang diambil daripada bahagian gharimin. Menurut beliau lagi,

jika hutang boleh dibayar menggunakan dana zakat, apatah lagi memberi mikro

kredit tanpa riba kepada orang yang memerlukan.

Sanep Ahmad (2013), pula berpendapat kaedah ini berpotensi sekiranya dana

diambil daripada peruntukan khas yang diambil daripada hak asnaf tertentu. Beliau

mengatakan:

“Boleh diwujudkan dana seperti ini yang diambil daripada bahagian

sesetengah asnaf. Jika dana ini wujud maka kredit boleh diberi kepada

semua golongan.”

Pernyataan di atas menunjukkan mikro kredit daripada dana zakat berpotensi

1 Cendekiawan terpilih terdiri daripada pakar ekonomi, pakar Usul Fiqh, tokoh agama dan ahli

akademik. Mereka dipilih kerana mereka dapat memberi pandangan tentang potensi pelaksanaan

bantuan modal perniagaan secara mikro kredit daripada dana zakat di Malaysia.

133

untuk dilaksanakan di Malaysia. Namun sumbernya mesti diambil daripada dana

khas. Sumber dana khas tersebut boleh diambil daripada bahagian sesetengah asnaf.

Contohnya hak amil. Hak amil boleh diambil kerana agihan kepada amil adalah

berdasarkan insentif dan motivasi. Dalam hal ini, amil mengambil sebahagian

daripada haknya dan sebahagian lagi dimasukkan ke dalam dana khas yang

diperuntukkan untuk mikro kredit. Dengan adanya dana seperti ini, maka mikro

kredit boleh diberi kepada semua golongan.

Hal ini disokong oleh Luqman Abdullah (2014). Beliau mengatakan:

“...kaedah ini boleh dilaksanakan, tetapi sumber harus difikirkan. Sumber

mesti selain daripada hak milik asnaf fakir miskin. Contohnya daripada

asnaf amil.”

Selain daripada itu, Hasan Bahrom (2013), turut sependapat dengan Luqman

Abdullah. Beliau mengatakan bahawa sumber dana boleh diambil daripada

peruntukan asnaf amil Jelas beliau:

“Amil mengambil sebahagian daripada wang yang diperuntukkan

untuknya. Wang peruntukan selebihnya pula diberi pinjam kepada orang

yang memerlukannya. Di mana amil ambil sebahagian dan selebihnya

diberi pinjam kepada orang yang memerlukannya”.

Mek Wok Mahmud (2013), pula berpendapat dana yang hendak diagihkan

dalam bentuk mikro kredit diambil daripada wang pelaburan zakat. Beliau

mengatakan:

“…daripada zakat iaitu daripada duit pelaburan zakat.”

Pernyataan Mek Wok Mahmud ini disokong oleh Mahmood Zuhdi Abd.

Majid (2013). Beliau turut memberi pendapat bahawa wang zakat harus dilaburkan

untuk menjalankan sesuatu projek. Beliau mengatakan:

“... jadi saya cadangkan supaya guna wang zakat untuk pelaburan.”

Shamsiah Mohamad (2013) pula mengatakan:

“Mikro kredit boleh diberi daripada lebiha zakat yang ada. Iaitu sumber

dana mikro kredit boleh diambil daripada dana lebihan zakat. Itupun

setelah ditunaikan semua hak asnaf zakat yang ada”.

Jelas di sini menunjukkan terdapat pelbagai sumber yang boleh diambil untuk

agihan zakat dalam bentuk mikro kredit. Yakni sumber dana tidak boleh diambil

daripada hak asnaf fakir miskin itu sendiri kerana asnaf fakir miskin mempunyai hak

pemilikan mutlak terhadap harta zakat. Justeru, sekiranya satu sumber khas

boleh disediakan sebagai dana untuk mikro kredit, itu adalah lebih baik. Walau

bagaimanapun, jikalau sumber khas belum wujud, sumber harus diambil sama ada

daripada asnaf amil, asnaf gharimin atau asnaf yang sudah tidak wujud di Malaysia

seperti asnaf al-riqab.

134

SEKTOR-SEKTOR YANG BERPOTENSI

Terdapat banyak sektor yang berpotensi untuk diberi modal dalam bentuk mikro

kredit. Antaranya ialah perniagaan, pertanian, agro industri, perikanan, perlautan,

pembuatan, kemahiran dan pelajaran.

Bidang perniagaan berpotensi kerana ramai asnaf yang berminat untuk

menjalankan perniagaan. Namun mereka tiada atau kurang modal permulaan.

Tambahan pula, agihan ini adalah sebagai galakan kepada orang Islam agar

mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan. Tujuannya agar setanding dan

dapat bersaing dengan yang bukan Islam.

Hal ini disokong oleh Mek Wok Mahmud (2013), di mana beliau

mengatakan:

“Dana beri pada bidang niaga seperti makanan, minuman, buah-buahan,

kerepek. ...beri dana dalam bentuk kemahiran seperti jahitan, buka

bengkel, kursus-kursus kemahiran. Sejauh mana bidang tu berpotensi,

boleh bagi dana.”

Pihak lembaga zakat harus mengenal pasti bidang perniagaan berpotensi

untuk diberi pinjaman modal. Misalnya, perniagaan makanan, minuman, buah-

buahan, kerepek, sayuran, hasil ternakan dan lain-lain yang mempunyai nilai

komersil. Selain daripada bidang perniagaan, bidang kemahiran juga berpotensi

untuk diberi modal.

Selain daripada itu, bidang agroindustri juga merupakan satu bidang yang

sangat berpotensi untuk dibangunkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Islam

terutamanya Melayu ramai berkecimpung dalam bidang pertanian. Jadi, amatlah

elok sekiranya bidang agro tani ini diberi bantuan. Agar masyarakat tani dapat

sekurang-kurangnya memasarkan sendiri hasil pertanian mereka (Mahmood Zuhdi

Abd. Majid, 2013).

Pandangan Mahmood Zuhdi Abd. Majid ini disokong oleh Mek Wok

Mahmud. Beliau berpendapat jika bidang agro industri boleh diperluaskan, maka

dana yang dapat diberi pun meluas. Tidak hanya tertumpu pada satu bidang sahaja.

Beliau mengatakan:

“Kalau macam dalam bentuk pertanian bagus juga. Maknanya kalau

sekarang ni padi tak berapa menjadi, buatlah tanaman lain seperti sayur-

sayuran hidro ataupun tanaman yang ada nilai komersial. Lepas tu buat

penternakan ayam, penternakan ikan, maknanya meluasi.”

Mahmood Zuhdi Abd. Majid turut menambah, bidang pelajaran juga

berpotensi untuk diberi mikro kredit. Mikro kredit boleh diberi dalam bentuk bantuan

jangka pendek. Menurut beliau, mikro kredit untuk pelajaran adalah sebagai

sokongan moral sebelum pelajar mendapat PTPTN. Ini adalah sebagai alternatif

kepada asnaf yang layak. Beliau berkata:

135

“...dalam bidang pelajaran. Dalam bentuk bantuan jangka pendek.

Kemudian sementara nak dapat PTPTN, dia berhutang. Sekarang ni

kerajaan pun bagi. Tapi mungkin tidak menyeluruh. Maknanya bila

masyarakat ada alternatif, dia dapat 1 ribu 2 ribu sementara dia dapat

ptptn, boleh bayar balik.”

Luqman Abdullah juga ada menyebut bahawa mikro kredit daripada dana

zakat boleh diberi untuk pelajaran. Walaupun bantuan pelajaran telah ada disediakan

oleh institusi zakat, namun sekiranya pelajar memerlukan wang tambahan, mereka

boleh mendapatkan pinjaman. Ini adalah sebagai sokongan moral dan kewangan

kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Di samping itu, bidang pembangunan juga berpotensi untuk diberi modal

jangka pendek. Sebagai contoh apa yang dikatakan oleh Mahmood Zuhdi Abd.

Majid (2013):

“Macam badan-badan khairat yang memerlukan modal untuk membina

masjid. Jika dana dikumpul secara tabungan, mungkin 10 tahun baru

dapat. Mengapa kita tidak beri dana yang mereka tidak dapat perolehi

daripada bank pada hari ini? Ini akan membolehkan mereka dapat

menyiapkan pembinaan dalam masa yang singkat. Di mana sementara

dana dikumpul, modal permulaan telah diberi. Apabila dana mencukupi,

mereka dapat membayar balik pinjaman yang diberi.”

Jelas pernyataan di atas menunjukkan bahawa dengan adanya mikro kredit

daripada dana zakat, sesuatu projek pembangunan yang dananya tidak mencukupi

boleh dibantu. Hal ini akan menjimatkan masa pembinaan dan dapat mengelakkan

daripada terbengkalai.

Mahmmod Zuhdi Abd. Majid juga turut menyarankan agar bantuan mikro

kredit ini diberi kepada mereka yang ingin menunaikan haji tetapi simpanan mereka

masih berkurangan daripada had yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Maksud beliau ialah mikro kredit tersebut dijadikan sebagai pengganti alternatif

kepada kad kredit. Dengan kata lain, jemaah boleh membelanjakan dahulu kemudian

mereka membayar dengan cara yang telah ditetapkan. Hal ini seperti mengambil

helah operasi kad kredit seperti bay’ inah, tawarru’ dan sebagainya tetapi

dilaksanakan dalam bentuk mikro kredit.

Jelas di sini menunjukkan bahawa sektor di atas adalah berpotensi untuk

diberi bantuan pinjaman, terutamanya di Malaysia. Oleh itu, pihak institusi zakat

wajar menyediakan bantuan modal sedemikian. Ini bagi membantu asnaf yang

berkelayakan dan memerlukan.

Di samping itu, dana zakat akan semakin bertambah dengan adanya kaedah

pengagihan melalui mikro kredit ini. Masyarakat pula akan dapat melihat hasil

daripada dana zakat ini. Tidaklah mereka tertanya-tanya ke mana pergi wang zakat.

Mahmmod Zuhdi Abd. Majid berkata:

136

“Apabila kita buat macam tu, duit zakat bertambah. Orang nampak

kemajuannya.”

Ini menunjukkan perkara ini bukan suatu perkara yang mustahil malah ianya

adalah sesuatu yang perlu. Masyarakat akan melihat kemajuan dalam bidang

pengagihan zakat. Jika kita berada di takuk lama, sampai bila umat Islam akan

maju. Sedangkan kita mengatakan zakat untuk memajukan dan membangunkan

ekonomi.

MEKANISME YANG SESUAI

Berdasarkan perbincangan di atas, ternyata agihan dana zakat dalam bentuk

mikro kredit mempunyai potensi yang besar untuk dilaksanakan di Malaysia. Namun

begitu, harus diteliti dan dibincang apakah mekanisme yang sesuai untuk

dilaksanakan. Tujuannya agar tidak timbul isu- isu di kemudian hari.

Terdapat beberapa cadangan pelaksanaan pembiayaan mikro kredit yang

boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Antaranya ialah

pertama, pemberian zakat dalam bentuk modal ataupun keperluan perniagaan.

Perniagaan yang biasa mendapat pembiayaan melibatkan industri makanan, jahitan

dan ternakan.

Kedua, institusi-institusi zakat dengan kerjasama pihak atau badan-badan lain

menubuhkan satu lembaga pengeluaran berasaskan kontrak di mana hasil akan

dijamin dari segi pemasarannya. Para asnaf yang terpilih akan mengusahakan projek

tersebut secara berkelompok dan sebahagian daripada hasil pendapatan mereka akan

digunakan untuk membayar kembali modal awal projek sebagaimana yang

dipersetujui dalam perjanjian.

Ketiga, institusi-institusi zakat tanpa kerjasama pihak luar menyediakan

keperluan perniagaan berskala besar dan memilih asnaf yang layak untuk

mengusahakannya. Para asnaf terpilih yang benar-benar berkelayakan sahaja akan

mengendalikannya. Mereka dikehendaki membuat pembayaran balik ke atas modal

awal penyediaan keperluan perniagaan tersebut. Sekiranya gagal, mereka akan

disingkirkan daripada program dan kemudahan perniagaan akan ditarik balik.

QARD AL-HASAN

Aplikasi ini memerlukan amil bertindak sebagai pihak yang memberi hutang

(pemiutang) manakala mustahiq bertindak sebagai pihak yang meminjam

(penghutang). Amil meminjamkan sejumlah wang kepada mustahiq sebagai modal

permulaan dengan syarat mustahiq membayar balik pinjaman tersebut. Pinjaman

tersebut dibayar secara ansuran mengikut kemampuan mustahiq. Bayaran balik

dikenakan tanpa sebarang faedah dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan.

Wang bayaran balik itu akan diagihkan segera kepada mustahiq lain yang

mana hak mereka tertunda sebelumnya. Ini bermakna wang bayaran tersebut bukan

menjadi milik Baitul Mal ataupun amil. Bahkan ia tetap menjadi hak milik mustahiq

137

sebagai dana berpusing. Amil hanya sebagai pemudah cara sahaja.

Kaedah qard al-hasan ini disokong oleh Hasan Bahrom, Mek Wok

Mahmud dan Shamsiah Mohamad. Mereka mengatakan mikro kredit daripada dana

zakat boleh dilaksanakan dengan kaedah qard al-hasan. Ini kerana pinjaman

berbentuk demikian adalah pinjaman tanpa faedah. Ianya tidak membebankan

peminjam kerana hanya perlu membayar harga modal sahaja. Hasan Bahrom

mengatakan:

“... boleh guna kaedah qard al-hasan sebagai akad dalam mikro kredit.”

Selain beliau, Mek Wok Mahmud dan Shamsiah Mohamad juga menegaskan:

“... boleh berasaskan qard al-hasan...”

Menurut Nadjamuddin Zakaria (2014), kaedah ini dilaksanakan di Majlis

Agama Islam Melaka (MAIM). Mereka memberi bantuan pinjaman modal kepada

asnaf yang layak dalam bentuk qard al-hasan. Beliau turut mengatakan asnaf yang

meminjam tidak terbeban dan dapat membayar balik sebagaimana yang dimeterai

dalam perjanjian. Pulangan balik pun semakin meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, pihak institusi-institusi zakat boleh menyediakan mikro

kredit dalam bentuk qard al-hasan iaitu pemberian pinjaman tanpa dikenakan apa-

apa bayaran tambahan untuk sektor perniagaan. Namun mereka boleh dikenakan

bayaran perkhidmatan. Bayaran itu mestilah kos sebenar untuk menyediakan

perkhidmatan tersebut (Abdul Rahim Abdul Rahman, 2007).

Dalam sektor pertanian juga boleh digunakan akad qard al-hasan. Para

peserta di sektor pertanian diagihkan zakat dalam bentuk sara hidup semasa

menunggu hasil tanaman mereka dituai. Apabila hasil tanaman telah dituai, misalnya

tanaman padi atau tanaman komersial seperti kelapa sawit, sayur-sayuran

hidrophonik maka ansuran modal kerja yang diambil perlulah dibayar sepenuhnya.

Bagi mereka yang tidak mampu membayar sepenuhnya, maka ansuran dibuat

bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Dengan mikro kredit ini, petani

telah dapat memperluas kawasan pertanian mereka sehingga pendapatan dan taraf

hidup mereka menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Selain daripada itu, sektor penternakan juga boleh diberikan modal dalam

bentuk mikro kredit. Misalnya, penternakan ayam, penternakan ikan, kambing dan

sebagainya. Hal ini disokong oleh Mek Wok Mahmud:

“Kalau macam dalam bentuk pertanian bagus juga. Maknanya kalau

sekarang ni padi tak berapa menjadi, buatlah tanaman lain seperti sayur-

sayuran hidro ataupun tanaman yang ada nilai komersial. Lepas tu buat

penternakan ayam, penternakan ikan.”

Nadjamuddin Zakaria turut mengatakan:

“Terdapat beberapa sektor yang kita beri bantuan pinjaman modal ini.

138

Antaranya sektor perniagaan, pertanian dan pendidikan.”

Jelas di sini menunjukkan qard al-hasan sesuai untuk sektor perniagaan,

pertanian dan pendidikan.

KESIMPULAN

Ansuran dan keuntungan yang diperolehi daripada tiga instrumen fiqh muamalat

yang ditawarkan adalah bukan hak milik pusat zakat. Bahkan amil hanya bertindak

sebagai pengurus pusingan modal. Tujuannya agar modal tersebut berkembang dan

dapat mengembangkan dan meningkatkan ekonomi fakir miskin.

Jelas di sini menunjukkan bahawa agihan dalam bentuk mikro kredit

merupakan satu model agihan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat fakir

miskin. Tambahan pula, bantuan modal merupakan kunci untuk menggerakkan

ekonomi masyarakat, terutamanya masyarakat miskin.

Kaedah agihan zakat tidak dinyatakan dalam Al-Quran. Oleh sebab itu, ia

membuka ruang dan peluang pintu ijtihad kepada para pemerintah untuk

mengagihkan zakat mengikut keperluan mustahiq dalam kalangan had yang

ditentukan dalam surah At- Taubah:60. Sebahagian ulama’ berpendapat zakat boleh

diagihkan dalam bentuk modal. Lagipun, agihan dalam bentuk tamlik tetap diberikan.

Amalan seperti ini tergolong dalam muamalah yang tiada hukumnya dalam Al-

Quran. Bahkan diserahkan kepada hasil ijtihad para ulama’ agar dapat memberi

maslahah kepada masyarakat fakir miskin.

Institusi-institusi zakat memainkan peranan penting dan signifikan dalam

pembangunan sosio ekonomi dan peningkatan kemajuan umat Islam. Zakat yang

diagihkan dengan berkesan akan meningkatkan tahap sosio ekonomi ummah dan

membantu mengurangkan kadar kemiskinan. Oleh sebab itu, institusi-institusi zakat

harus sentiasa berusaha dengan lebih konsisten untuk meningkatkan jumlah agihan

zakat yang mencakupi segenap aspek keperluan masyarakat dan ummah.

Dengan itu, fungsi zakat bukan hanya semata-mata ibadah tetapi juga

memberi impak positif kepada ekonomi masyarakat. Dengan kata lain, apabila

zakat mengembalikan hak asnaf, bermakna zakat dapat memperbaiki

ketaksamarataan dan ketidakseimbangan kekayaan yang berlaku dalam masyarakat

hari ini.

Oleh itu, pihak institusi zakat perlu membina semula konsep agihan dan

dana zakat yang berasaskan prinsip yang padu, agar agihan menjadi lebih berkesan

dan berdaya maju. Hal ini kerana ia dapat membuka tafsiran dan sasaran agihan

kerja yang lebih luas hingga dikategorikan ke dalam lapan asnaf. Konsep ini

akan dapat menjamin saraan sepanjang hayat kepada setiap asnaf.

Di samping itu, kaedah ini berupaya merealisasikan konsep agihan dana zakat

yang didominasikan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Beliau mengatakan zakat harus

diagihka kepada asnaf sehingga asnaf boleh menjadi kaya, seterusnya berkemampuan

139

untuk menjadi pembayar zakat serta mampu membangunkan sosio ekonomi

peradaban ummah. Justeru, ini menunjukkan bahawa Malaysia juga boleh berjaya

sebagaimana Aceh.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rahman. (2007). Islamic microfinance: A missing component

in islamic banking. Diakses daripada http://www.asafas.kyotou.ac.jp

/kias/contents/ pdf/kb1.../06abd_rahim.pdf/

Abu Ubayd Al-Qasim B. Salam. (2007). Kitab al-Amwal. Misr: Dar Al-Huda Al-

Nabawi Lil- Nashr Wa-Al-Tawzi'.

Laporan Zakat PPZ-MAIWP. (2012). Pusat Pungutan Zakat, MAIWP.

Yusuf Al-Qaradawi. (1994). Fiqh az-zakat - dirasah muqaranah li ahkamiha wa

falsafatiha fi daw’ al-quran wa al-sunnah. Qaherah: Maktabat Wahbah.

Yusuf Al-Qaradawi. (2002). Fiqh al-zakah. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Senarai Temu bual

Hasan Bahrom. Pensyarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Universiti

Teknologi MARA (UiTM). 10 November, 2013.

Luqman Abdullah. Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya. 24 Mac, 2014.

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Pensyarah Jabatan Fiqh Wal Usul Fiqh, Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia. 29 Mei, 2013.

Mek Wok Mahmud. Pensyarah Jabatan Fiqh Wal Usul Fiqh, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia. 12 Disember, 2013.

Sanep Ahmad. Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia. 5 November, 2013.

Shamsiah Mohamad. Penyelidik kanan International Shariah Research Academy for

Islamic Finance (ISRA). 11 November, 2013.

Bab 11 ANALISIS PERBANDINGAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

DAN KETIRISAN DI NEGERI-NEGERI TERPILIH

Mohd Yahya Mohd Hussin i*

, Azila Abdul Razakii, Fidlizan Muhammad

iii & Fatimah Salwa

Abdul Hadiiv

iJabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900

Tanjong Malim, Perak. [email protected]

*penulis koresponden iiJabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900

Tanjong Malim, Perak. [email protected] iii

Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

35900 Tanjong Malim, Perak. [email protected] ivJabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900

Tanjong Malim, Perak. [email protected]

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis pembayaran zakat fitrah dan

ketirisan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan menggunakan data jumlah

kutipan zakat fitrah, bilangan umat Islam dan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri dari tahun

2003 sehingga 2016, hasil kajian ini menunjukkan bahawa jumlah kutipan dan pembayar

zakat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, jumlah ketirisan kutipan zakat fitrah

menunjukkan peratus penurunan yang amat memberangsangkan sepanjang tempoh kajian.

Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa institusi zakat masih ada ruang untuk

melakukan penambah baikan yang berterusan dari aspek kutipan zakat agar matlamat holistik

penubuhan institusi zakat sebagai institusi yang memastikan semua masyarakat Islam yang

layak membayar zakat menunaikan ibadah zakat dapat direalisasikan.

Kata Kunci: Kutipan, ketirisan, zakat fitrah, ketirisan, MAIN.

PENDAHULUAN

Umat Islam telah disyariatkan dan diwajibkan untuk mengeluarkan sebahagian

daripada harta mereka iaitu ibadah zakat bertujuan untuk membersihkan diri dan

menyuburkan harta pembayar zakat berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya

dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan

mereka (dari akhlak yang buruk)". (Surah at-Taubah, 9: 103)

Selain itu juga, zakat dapat mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang

diberikan oleh Allah SWT berdasarkan firman yang bermaksud;

“Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada,

dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat

selagi aku hidup”. (Surah Maryam, 19: 31)

Amalan berzakat juga mampu mengelakkan golongan yang kaya daripada sifat

kedekut, bakhil serta tamak. Segala bentuk kekayaan yang telah dikurniakan Allah

SWT di muka bumi tidak hanya boleh dinikmati oleh golongan yang kaya sahaja,

142

sebaliknya kekayaan itu perlu dikongsi dalam kalangan semua ahli masyarakat

(Patmawati, 2008). Zakat bukan sahaja disyariatkan untuk membantu golongan

kurang berkemampuan tetapi sangat penting untuk pembangunan ummah.

Zakat terbahagi kepada dua jenis, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat

fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal,

sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada

bila-bila masa apabila cukup nisab dan/atau haul. Zakat merupakan salah satu

daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam yang berkemampuan

berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada

hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami

keluarkan dari bumi untuk kamu". (Surah Al-Baqarah, 2: 267)

Sistem zakat melibatkan pungutan wang oleh wakil-wakil kutipan (‘amil) yang

dilantik oleh pihak berkuasa daripada individu atau syarikat tertentu untuk kegunaan

tertentu. Tetapi dari segi falsafah dan konsepnya, sistem zakat dan pencukaian adalah

berbeza (Kamil, 2006).

Pungutan wang zakat bertujuan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf

seperti yang telah dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu fakir, miskin, ‘amil, muallaf,

riqab, gharimin, fisabilillah dan ibnu al-sabil.

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang

fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan

orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba

yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang,

dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang

keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)

sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah

Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah At-Taubah, 9: 60)

Selain itu, masyarakat Islam perlu mempelajari tentang hukum-hakam

mengenai zakat supaya mereka tidak tergolong dalam golongan murtad (Shofian dan

Amir Husin, 2002). Mereka perlu tahu bahawa zakat bukan perkara yang boleh

dipandang remeh kerana ianya melibatkan tentang keberkatan hidup di dunia dan

akhirat. Ianya seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan

bahawa mereka yang membayar dan mengagihkan zakat tanpa melalui institusi zakat

yang dilantik adalah sah tetapi berdosa kerana tidak mengikut arahan pemerintah

(JAKIM, 2007). Di samping itu, menurut Qardawi (2000), agihan terus kepada asnaf

zakat tanpa melalui institusi formal turut akan menimbulkan beberapa isu. Antaranya

adalah berkaitan dengan 1) penerimaan bantuan berganda oleh golongan asnaf zakat

tertentu, 2) golongan asnaf tertentu tidak dapat menerima bantuan zakat walaupun

layak berikutan kekurangan kutipan zakat, 3) jumlah bantuan zakat yang diterima

tidak sama banyak /tidak adil antara sata asnaf dengan asnaf yang lain, 4) penerima

143

zakat bukan golongan asnaf zakat, 5) maruah penerima zakat tidak terpelihara dan

sebagainya.

Rentetan itu, Fidlizan et al. (2015) telah melakukan kajian berkaitan kutipan

zakat fitrah secara keseluruhannya di Malaysia tanpa mengasingkan mengikut negeri-

negeri dan mendapati jumlah ketirisan zakat fitrah (zakat fitrah yang tidak dibayar

melalui institusi zakat) adalah sebanyak RM19.5 juta hingga RM28.9 juta setahun

dari tempoh 2003 hingga 2009. Ini membuktikan bahawa masih ramai umat Islam di

Malaysia yang membayar zakat fitrah terus kepada golongan asnaf zakat. Penemuan

ini adalah seiring dengan hasil kajian oleh Mohd Yahya et al. (2013) yang membuat

kajian di Negeri Selangor dan mendapati bahawa jumlah ketirisan zakat fitrah dari

tahun 1995 hingga 2011 adalah sekitar RM1.8 juta sehingga RM5.2 juta setahun.

Namun begitu, bagaimana pula dengan senario umat Islam di negeri Perak dan Negeri

Sembilan? Adakah masih ramai penduduk Islam yang melakukan ibadah zakat fitrah

dengan cara terus membayar zakat kepada golongan penerima zakat atau sebaliknya.

Oleh itu, kajian ini cuba memfokuskan kepada analisis prestasi dan perbandingan

kepatuhan dan ketirisan kutipan zakat fitrah dalam kalangan umat Islam di negeri

Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

ZAKAT FITRAH

Menurut al-Bukhari (2002), individu muslim lelaki dan perempuan yang

berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan wajib membayar zakat

fitrah. Seperti mana yang telah diketahui, zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan

sahaja, iaitu mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal, sebelum mendirikan solat sunat

Hari Raya Aidilfitri. Zamzuri (2006) menjelaskan bahawa zakat fitrah juga dirujuk

sebagai zakat yang diwajibkan dengan sebab futur iaitu berbuka atau tamat puasa

pada bulan Ramadhan. Al-Qardawi (1998) mengatakan apabila pembayaran dilakukan

setelah melakukan solat Aidilfitri, ia tidak lagi dinamakan zakatul fitrah tetapi hanya

dianggap sedekah biasa.

Kewajipan membayar zakat fitrah ini dapat menyucikan amalan individu pada

bulan Ramadhan dan seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat sebagaimana

firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan pada harta mereka ada bahagian tertentu untuk orang miskin yang

meminta dan juga yang tidak meminta”. (Al-Ma’arij, 70: 24-25)

Zakat fitrah berbeza dengan zakat harta benda. Hal ini kerana, zakat fitrah

berfungsi mengembalikan seseorang muslim kepada fitrahnya, dengan menyucikan

jiwa mereka daripada dosa-dosa yang disebabkan oleh pengaruh pergaulan dan

sebagainya sehingga manusia itu menyimpang dari fitrahnya (al-Zuhaili, 2011). Ianya

diwajibkan kepada seluruh umat Islam sama ada kanak-kanak atau dewasa. Kadar

zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan

ketentuan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing mengikut

timbangan satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.60 kilogram atau senilai

144

dengannya. Menurut al-Sayuti (2005), asas atau syarat utama kewajipan zakat fitrah

adalah memiliki lebihan makanan pada malam dan pagi 1 Syawal atau Hari Raya.

Menurut al-Zuhaili (2011), pelbagai mazhab telah membahaskan konsep lebihan

makanan. Sebagai contoh, ulama Malikiyyah berpendapat bahawa wajib membayar

zakat fitrah melalui hutang seandainya individu meyakini hutang tersebut mampu

dilangsaikan. Manakala ulama Hanafiyyah menjelaskan bahawa wajib membayar

zakat fitrah bagi individu yang memiliki lebihan makanan untuk diri dan keluarga

pada malam dan pagi hari raya Aidil Fitri. Dengan itu, zakat fitrah diwajibkan bukan

sahaja terhadap dirinya, bahkan meliputi individu yang wajib nafkah ke atasnya

disebabkan hubungan kerabat, hubungan pernikahan atau kepemilikan. Bagi individu

yang tidak mempunyai tanggungan, zakat fitrah dilaksanakan oleh individu itu

sendiri. Manakala bagi mereka yang mempunyai tanggungan, ia wajib membayar

zakat fitrah untuk dirinya sendiri serta orang-orang yang berada di bawah

tanggungannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik kepatuhan membayar zakat fitrah dalam

kalangan umat Islam di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dengan

menggunakan data jumlah kutipan zakat fitrah, kadar zakat fitrah dan jumlah populasi

penduduk setiap negeri dari tahun 2003 hingga tahun 2016. Ianya seiring dengan

keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan bahawa mereka yang

mengagih zakat sendiri adalah berdosa kerana tidak mengikut arahan pemerintah

(JAKIM, 2007). Menerusi analisis ini, jumlah bilangan individu yang menunaikan

zakat fitrah melalui institusi formal, jumlah ketirisan zakat dan jumlah umat Islam

yang membayar zakat tanpa melalui institusi zakat dapat dikenal pasti. Justeru, hasil

kajian ini juga boleh menjadi penanda aras agar pihak berkepentingan dapat membuat

penambahbaikan dalam kerangka tadbir urus institusi zakat di negeri masing-masing.

KAJIAN LITERATUR

Terdapat banyak kajian yang membincangkan keberkesanan peranan yang dimainkan

oleh institusi formal dalam kutipan zakat di Malaysia. Dapatan kajian oleh Sanep et

al. (2006) yang menjalankan kajian berkaitan isu ini di enam negeri yang

menswastakan institusi zakat iaitu Selangor, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka mendapati bahawa masyarakat

di kesemua negeri-negeri ini cenderung untuk memilih institusi formal bagi

membayar zakat. Kajian mereka membuktikan bahawa perasaan puas hati masyarakat

terhadap perlaksanaan pengurusan zakat yang lebih telus, amanah dan cekap oleh

sesebuah institusi formal adalah berhubungan positif dengan darjah kepatuhan

masyarakat membayar zakat dengan institusi formal. Walaupun masyarakat

cenderung membuat pembayaran zakat di institusi formal, namun 60 peratus daripada

responden masih kurang berpuas hati dengan tahap kecekapan pengurusan zakat yang

mendorong kepada isu bocoran dan ketirisan wang zakat.

145

Berdasarkan kajian empirikal yang dijalankan oleh Mohd Yahya et al. (2013)

ke atas tren pembayaran zakat fitrah di Selangor, mereka mendapati bahawa jumlah

ketirisan pembayaran zakat yang tidak melalui institusi zakat adalah di antara RM1.8

juta hingga RM5.2 juta bersamaan dengan 20.6 peratus hingga 44.8 peratus untuk

tempoh tahun 1995 hingga tahun 2011. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

elemen kurang keyakinan masyarakat terhadap pengurusan zakat di institusi formal

masih wujud. Ianya turut disokong dengan hasil penemuan oleh Fidlizan et al. (2015)

yang membuat kajian berkaitan ketirisan kutipan zakat fitrah melalui institusi formal

di Malaysia di mana penyelidik mendapati jumlah ketirisan zakat fitrah adalah sekitar

RM 19.5 juta hingga RM28.9 juta setahun bagi tempoh kajian 2003 sehingga 2009.

Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh Siti Saufirah, Hairunnizam dan Sanep

(2016) di negeri Terengganu mendapati bahawa ketirisan zakat fitrah tidak berlaku

pada kadar zakat minimum, sebaliknya wujud pada kadar zakat pertengahan dan

maksimum. Ini mungkin disebabkan majoriti masyarakat Islam di Terengganu

tertumpu dan memilih untuk membayar zakat pada kadar minimum.

Kajian oleh Hairunnizam et al. (2009) pula mendapati bahawa sebanyak 47.6

peratus responden yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat turut

tidak akan membayar zakat melalui institusi zakat. Antara punca ketidakpuasan hati

dan sifat kurang yakin masyarakat terhadap institusi zakat adalah disebabkan kaedah

pengagihan zakat yang tidak jelas, maklumat pengagihan yang tidak menyeluruh,

ketidakseimbangan pengagihan mengikut asnaf dan ketidakcukupan jumlah

pengagihan zakat dalam kalangan asnaf. Bagi menyelesaikan masalah maklumat

pengagihan zakat yang tidak menyeluruh, Hairunnizam et al. (2009) turut

menyarankan agar institusi zakat menerbitkan penyata perakaunan zakat setiap bulan

untuk menampakkan ketelusan pengurusan zakat dan untuk makluman setiap

pembayar zakat. Saranan ini disokong oleh Ram al Jaffri et al. (2010)

yang

mengatakan bahawa institusi zakat perlu lebih telus dalam menyebarkan segala

maklumat berkaitan pengurusan dan kewangan institusi bagi membina persepsi positif

masyarakat terhadap institusi tersebut. Selain itu, masalah birokrasi juga mengganggu

proses pengagihan zakat kepada asnaf. Azman et al. (2012) yang membuat kajian

berkaitan pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Universiti al-Azhar

mendapati bahawa masalah birokrasi melambatkan proses permohonan zakat mereka

di mana mereka dikehendaki membuat permohonan zakat yang baharu kepada pihak

MAIN setiap tahun sepanjang pengajian.

Dari aspek perundangan, Ahmad Shahir et al. (2010) mendapati bahawa

peruntukan undang-undang sedia ada dalam Enakmen Jenayah Syariah agak longgar

dan tidak memberi kuasa yang jelas kepada institusi zakat dalam menggalakkan

masyarakat membayar zakat dengan institusi formal. Kajian-kajian lain yang

mengaitkan aspek perundangan dengan pengurusan zakat juga dijalankan oleh Kamil

(2006) dan Siti Mashitoh (2007) yang mendapati bahawa penguatkuasaan undang-

undang zakat di Malaysia agak lemah sehingga meningkatkan ketidakpatuhan

membayar zakat dan juga mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap perundangan

146

zakat sedia ada. Ini kerana keberhasilan sesuatu dasar itu bukan hanya bergantung

semata-mata kepada norma yang telah terbentuk, tetapi juga dipengaruhi oleh

perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang bersifat paksaan (Timur Kuran,

1995). Kenyataan ini disokong oleh Jasni dan Anwar (2012) yang menegaskan

bahawa penguatkuasaan undang-undang yang efektif, pengurusan institusi yang

teratur dan matlamat yang terfokus akan memberikan impak positif kepada kutipan

zakat serta meningkatkan kepatuhan masyarakat dalam membayar zakat kepada

institusi formal. Di samping itu, Jasni dan Anwar (2012) juga mendapati bahawa

catatan kutipan zakat yang tinggi di Jabatan Zakat Negeri Kedah adalah berpunca

daripada langkah kerajaan Malaysia yang memberikan rebat atau pelepasan daripada

cukai pendapatan. Perbezaan pandangan antara setiap mazhab terhadap bentuk

bayaran zakat juga menyumbang kepada permasalahan ini (Azman et al., 2012).

Sebagai contoh, mengikut pandangan mazhab Syafie, zakat fitrah tidak boleh dibayar

dalam bentuk wang, manakala mazhab Hanafi membenarkan kaedah transaksi ini.

Oleh itu, mereka yang cenderung kepada pandangan mazhab Syafie akan membayar

zakat dalam bentuk aset benar seperti padi/beras. Dengan ini, mereka akan lebih

cenderung berurusan tanpa melalui institusi formal iaitu bayaran terus kepada asnaf

zakat.

Namun, isu ketirisan atau kebocoran pembayaran zakat bukan hanya berpunca

daripada masalah kepincangan pengurusan zakat oleh institusi formal semata-mata.

Sikap individu yang enggan membayar zakat dalam kalangan masyarakat Islam kini

juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah ketirisan. Kajian

oleh Abdul Rahim (2004) mendapati bahawa hanya 10 peratus daripada 5,000 orang

peniaga yang layak membayar zakat harta menunaikan tanggungjawab mereka di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian oleh Mohd. Ali et al. (2003) pula

mendapati bahawa peratusan individu profesional yang membayar zakat pendapatan

adalah relatif lebih kecil berbanding yang tidak membayar zakat. Kajian ini disokong

oleh Hairunnizam et al. (2007) yang mendapati bahawa majoriti masyarakat yang

bekerja (70 peratus) di negeri-negeri terpilih di Malaysia tidak membayar zakat

pendapatan berbanding mereka yang membayar (30 peratus). Mereka mendapati

ketidakpatuhan membayar zakat oleh sebahagian individu ini adalah berkait rapat

dengan soal keimanan dan ketaatan dalam menjalankan perintah Allah SWT dan

kecenderungan mereka membayar zakat terus kepada asnaf zakat. Selain itu,

pengenalan kepada kaedah pembayaran zakat yang moden misalnya melalui

pemotongan gaji, mesin ATM, perbankan elektronik dan sebagainya juga kurang

mempengaruhi kepatuhan masyarakat membayar zakat sehingga mereka merasakan

kaedah tersebut tidak sah disebabkan tiada ijab dan kabul jika dibandingkan

pembayaran di kaunter-kaunter pemungutan zakat (Ahmad Shahir et al., 2010). Oleh

itu, kajian ini akan menganalisis kepatuhan membayar zakat fitrah di negeri Perak,

Selangor dan Negeri Sembilan dengan memberi penumpuan kepada jumlah kutipan

dan ketirisan.

147

METODOLOGI KAJIAN

Analisis kajian ini menggunakan data kadar zakat fitrah dan jumlah kutipan zakat

fitrah di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagaimana yang dilaporkan

oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Lembaga Zakat Selangor

dan Pusat Zakat Negeri Sembilan. Tempoh kajian adalah dari tahun 2003 hingga

tahun 2016.

Bagi memperoleh bilangan pembayar zakat fitrah melalui institusi formal,

persamaan yang dipelopori oleh Mohd Yahya et al. (2013) digunakan seperti berikut:

KZF

JKFX tK

t (1)

di mana;

Xt = Bilangan Patuh Membayar Zakat Fitrah melalui Institusi Formal

JKFK = Jumlah Kutipan Zakat Fitrah Keseluruhan

KZF = Kadar Bayaran Zakat Fitrah

t = Tahun

Dengan menggunakan anggaran tetap bahawa penduduk Islam di Perak adalah

sebanyak 55.3 peratus, Selangor 57.9 peratus dan Negeri Sembilan 60.3 peratus

sepanjang tempoh kajian, maka bilangan individu beragama Islam yang dianggap

dalam kategori “ketirisan” dapat dihitung berpandukan rumus yang dicadangkan oleh

Fidlizan et al. (2015) seperti berikut:

Zt = ( Peratus * PKt ) – Xt (2)

di mana;

Z = Bilangan individu yang tidak menyalurkan bayaran zakat fitrah kepada

institusi formal

PKt = Populasi keseluruhan penduduk di negeri Perak atau Selangor atau Negeri

Sembilan pada tahun t.

Xt = Bilangan Patuh Membayar Zakat Fitrah melalui Institusi Formal

Peratus = Peratus jumlah penduduk Islam di Negeri Perak atau Selangor atau Negeri

Sembilan.

Hasil (peratus* PKt ) dalam persamaan (2) juga dapat diringkaskan sebagai Pi iaitu

bilangan penduduk Islam pada sesuatu tahun untuk negeri-negeri tertentu.

ANALISIS PRESTASI

Dengan menggunakan rumus dalam persamaan (1) dan (2), maka analisis keseluruhan

dari tahun 2003 hingga 2016 diperoleh seperti dalam Jadual 1.

148

Jadual 1: Analisis Kutipan dan Ketirisan Zakat Fitrah, Tahun 2003-2016

Tahun

Jumlah

Kutipan

Fitrah

– JKF

(RM)

Kadar

Zakat

Fitrah

- KZF

(RM)

Bilangan

Pembayar

Zakat - X

(orang)

Populasi

Penduduk

- PK

(orang)

Penduduk

Islam - Pi

(orang)

Penduduk

Islam

Tidak

Membayar

Zakat

Melalui

Institusi

Formal - Z

(orang)

Sasaran

Kutipan Zakat

Fitrah

(RM)

RM Jumlah

Ketirisan /

Peratus

PERAK

2003 4,306,117.00 4.50 956,915 2,192,100 1,212,231 255,316 5,455,041 1,148,924

(21 %)

2004 4,815432.50 4.50 1,070,096 2,222,100 1,228,821 158,725 5,529,696 714,263

(12.9 %)

2005 4,863,126.70 4.50 1,080,695 2,251,100 1,244,858 164,163 5,601,862 738,736

(13.2 %)

2006 4,915,149.00 4.50 1,092,255 2,279,300 1,260,453 168,198 5,672,038 756,889

(13.3 %)

2007 5,489,489.00 5.00 1,097,898 2,306,400 1,275,439 177,541 6,377,196 887,707

(13.9 %)

2008 7,713,356.00 7.00 1,101,908 2,331,600 1,289,375 187,467 9,025,624 1,312,268

(14.5 %)

2009 7,602,882.00 7.00 1,086,126 2,355,700 1,302,702 216,576 9,118,915 1,516,033

(16.6 %)

2010 7,663,986.00 7.00 1,094,855 2,352,700 1,315,586 220,731 9,209,102 1,545,116

(16.8 %)

2011 7,820,627.00 7.00 1,117,232 2,402,700 1,328,693 211,461 9,300,852 1,480,225

(15.9 %)

2012 7,976,983.00 7.00 1,139,569 2,427,000 1,342,131 202,562 9,394,917 1,417,936

(15.1 %)

2013 8,017,590.00 7.00 1,145,370 2,443,000 1,350,979 205,609 9,456,853 1,439,262

(15.2 %)

2014 8,143,380.00 7.00 1,163,340 2,459,900 1,360,325 196,985 9,522,273 1,378,896

(14.4 %)

2015 8,239,339.00 7.00 1,177,048 2.477,700 1,370,168 193,120 9,591,176 1,351,837

(14.1 %)

2016 8,397,398.00 7.00 1,199,628 2,499,400 1,382,168 182,540 9,675,176 1,277,778

(13.2 %)

SELANGOR

2003 8,277,365 4.50 1,839,414 4,577,300 2,650,257 810,843 11,926,156.50 3,648,791.5

(30.5 %)

2004 9,085,932 4.70 1,933,177 4,712,800 2,728,711 795,534 12,824,941.70 3,729,009.7

(29.1 %)

2005 9,338,255 4.70 1,986,863 4,849,600 2,807,918 821,055 13,197,214.6 3,858,959.6

(29.2 %)

2006 9,896,315 4.70 2,105,599 4,986,200 2,887,010 781,411 13,568,947 3,672,632

(27 %)

2007 11,554,176 5.20 2,221,957 5,127,100 2,968,591 746,634 15,436,673.2 3,882,497.2

(25 %)

2008 12,267,963 5.20 2,359,224 5,268,500 3,050,462 691,238 15,862,402.4 3,594,439.4

(22.6 %)

2009 16,618,483 7.00 2,374,069 5,417,800 3,136,906 762,837 21,958,342 5,339,850

(24. 3%)

2010 17,321,308 7.00 2,474,473 5,502,100 3,185,716 711,243 22,300,012 4,978,704

(22.3 %)

149

2011 17,975,566 7.00 2,567,938 5,600,300 3,242,574 674,636 22,698,018 4,722,452

(20.8 %)

2012 18,849,873 7.00 2,692,839 5,702,400 3,301,690 608,851 23,111,830 4,261,957

(18.4 %)

2013 19,541,361 7.00 2,791,623 5,796,200 3,356,000 564,377 23,492,000 3,950,639

(16.8 %)

2014 20,564,439 7.00 2,937,777 5,866,400 3,396,646 458,869 23,776,522 3,212,083

(13.5 %)

2015 21,495,047 7.00 3,070,721 5,874,100 3,401,104 330,383 23,807,728 2,312,601

(9.7 %)

2016 22,239,217 7.00 3,177,031 5,946,700 3,443,139 266,108 24,101,973 1,862,756

(7.7 %)

NEGERI SEMBILAN

2003 2,510,461.10 4.90 512,339 916,800 552,830 40,491 2,708,867 198,405.9

(7.3 %)

2004 2,537,278.80 4.90 517,812 933,700 563,021 45,209 2,758,802.9 221,524.1

(8 %)

2005 2,604,746.90 4.90 531,581 950,300 573,031 41,450 2,807,851.9 203,105

(7.2 %)

2006 2,666,163.50 4.90 544,115 967,000 583,101 38,986 2,857,194.9 191,031.4

(6.6 %)

2007 2,784,190.00 5.00 556,838 983,500 593,051 36,668 2,965,255 181,065

(6.1 %)

2008 3,612,654.50 6.50 555,793 999,600 602,759 46,966 3,917,933.5 305,279

(7.8 %)

2009 3,705,286.00 6.50 570,044 1,014,900 611,985 41,941 3,977,902.5 272,616.5

(6.8 %)

2010 3,771,306.50 6.50 580,201 1,029,500 620,789 40,588 4,035,18.5 263,822

(6.5 %)

2011 3,895,989.50 6.50 599,383 1,042,900 628,869 29,486 4,087,648.5 191,659

(4.7 %)

2012 4,035,681.00 6.50 620,874 1,056,200 636,889 16,015 4,139,778.5 104,097.5

(2.5 %)

2013 4,089,039.50 6.50 629,083 1,070,100 645,270 16,187 4,194,255 105,215.5

(2.5 %)

2014 4,189,445.00 6.50 644,530 1,084,100 653,712 9,182 4,249,128 59,683

(1.4 %)

2015 4,275,323.00 6.50 657,742 1,098,500 662,396 4,654 4,305,574 30,251

(0.7 %)

2016 4,351.951.50 6.50 669,531 1,113,100 671,199 1,668 4,362,793.5 10,842

(0.2 %)

Berdasarkan Jadual 1, beberapa dapatan kajian penting diperoleh iaitu

bilangan populasi masyarakat Islam (Pi) di Perak menunjukkan peningkatan iaitu dari

1.212 juta orang pada tahun 2003 kepada 1.382 juta orang pada tahun 2016.

Pertumbuhan populasi masyarakat Islam ini secara puratanya adalah sebanyak 14

peratus untuk sepanjang tempoh yang dikaji. Selangor juga mencatatkan pertumbuhan

dalam populasi masyarakat Islam sebanyak 30 peratus iaitu 3.443 juta orang pada

tahun 2016. Negeri Sembilan pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 21.4 peratus

menjadikan populasi masyarakat Islam sebanyak 671 ribu orang.

Dari aspek kadar bayaran zakat fitrah (KZF), Perak menunjukkan tren

peningkatan dari RM4.50 pada tahun 2003 sehingga 2006, menjadi RM5.00 tahun

150

2007 dan RM7.00 pada tahun 2008 hingga tahun 2016. Selangor juga menunjukkan

senario yang sama dari RM4.50 pada tahun 2003, menjadi RM4.70 dari 2004 - 2006,

RM5.20 dari tahun 2007 - 2008 dan RM7.00 dari tahun 2009 hingga tahun 2016.

Manakala Negeri Sembilan turut merekodkan peningkatan dari RM4.90 pada tahun

2003 sehingga 2006, menjadi RM5.00 tahun 2007 dan RM6.50 pada tahun 2008

hingga tahun 2016. Keadaan ini secara tidak langsung telah mempengaruhi jumlah

kutipan zakat (JKF) yang menunjukkan aliran meningkat dari RM4.306 juta pada

tahun 2003 kepada RM8.397 juta pada tahun 2016 (Perak), RM8.277 juta pada tahun

2003 kepada RM22.239 juta pada tahun 2016 (Selangor) dan RM2.510 juta pada

tahun 2003 kepada RM4.351 juta pada tahun 2016 (Negeri Sembilan).

Bilangan pembayar zakat fitrah melalui institusi formal di Perak juga

menunjukkan peningkatan sebanyak 242,713 orang, 1,337,617 orang (Selangor), dan

157,192 orang (Negeri Sembilan) sepanjang tempoh 2003 hingga 2016. Di samping

itu, jumlah penduduk Islam yang tidak membayar zakat melalui institusi formal

(dikenali sebagai jumlah ketirisan – Z) untuk ketiga-ketiga buah negeri menunjukkan

penurunan sebanyak 72,776 orang di Perak, 544,735 orang di Selangor, dan 38,823

orang di Negeri Sembilan.

Berdasarkan jumlah penduduk Islam di tiga buah negeri kajian yang tidak

membayar zakat melalui institusi formal (Z), sekiranya diandaikan bahawa 70 peratus

daripadanya merupakan golongan yang membayar zakat terus kepada golongan asnaf,

maka jumlah penduduk yang tidak membayar zakat (30 peratus) adalah jumlah yang

membimbangkan iaitu antara 47 ribu orang hingga 76 ribu orang di Perak setiap tahun

dalam tempoh kajian. Manakala, bilangan penduduk yang tidak membayar zakat di

Negeri Sembilan adalah sedikit iaitu antara 500 orang hingga 14 ribu orang, dan di

Selangor pula 79,000 hingga 246,000 orang. Pengiraan berdasarkan kadar 70 peratus

yang dibincang, diandai dan dianalisis adalah lebih tinggi berbanding dapatan kajian

oleh Hairunnizam, Mohd Ali dan Sanep (2005) yang mendapati bahawa hanya 47

peratus responden yang membayar zakat harta, manakala 53 peratus tidak membayar

zakat.

ANALISIS PERBANDINGAN

Berdasarkan Jadual 2, didapati negeri Selangor mencatatkan peratus peningkatan

kutipan yang tertinggi iaitu sebanyak 168 peratus dari tahun 2003 hingga 2016, diikuti

oleh Perak (95%) dan Negeri Sembilan (73.3%). Dari aspek peratus pertumbuhan

pembayar zakat fitrah melalui institusi zakat, didapati bahawa Selangor mencatatkan

peningkatan yang tertinggi (72.7%), diikuti oleh Negeri Sembilan (30.6%) dan Perak

(25.3%).

151

Jadual 2: Analisis Perbandingan Kutipan Zakat Fitrah dan Ketirisan di Negeri Perak,

Selangor dan Negeri Sembilan

Perkara Perak Selangor Negeri

Sembilan Peratus perubahan kutipan zakat fitrah

dari tahun 2003-2016 95 168 73.3

Peratus pertumbuhan populasi

masyarakat Islam dari tahun 2003-2016. 14 30 21.4

Peratus pertumbuhan pembayar zakat

fitrah melalui institusi zakat (formal) dari

tahun 2003 – 2016.

25.3 72.7 30.6

Peratus perubahan ketirisan pembayar

zakat fitrah (orang) dari tahun 2003-

2016.

- 28.5 - 67.2 - 95.8

Jumlah (RM) ketirisan pada tahun 2016 RM1,277,778 RM1,862,756 RM10,842

Jumlah ketirisan pembayar zakat fitrah

tahun 2016 182,540 266,108 1,668

Peratus jumlah ketirisan tahun 2016 13.2 7.7 0.2

Namun begitu, dilihat dari aspek peratus perubahan ketirisan pembayar zakat

fitrah, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah penurunan yang tinggi iaitu 95.8 peratus,

manakala Perak mencatatkan peratus penurunan yang terendah iaitu hanya 28.5

peratus. Dari aspek nilai jumlah ketirisan pada tahun 2016, Selangor mencatatkan

jumlah yang tertinggi iaitu RM1.862 juta, diikuti oleh Perak iaitu sebanyak RM1.277

juta dan Negeri Sembilan hanya mencatatkan jumlah ketirisan sebanyak RM10,842

sahaja. Jika dilihat dari aspek penduduk Islam yang tidak membayar zakat fitrah

melalui institusi zakat (formal), Negeri Sembilan hanya mencatatkan seramai 1,668

orang, Perak mencatatkan sebanyak 182,540 orang, manakala Selangor merekodkan

sebanyak 266,108 orang. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa

faktor. Antaranya, pembayaran zakat fitrah dilakukan secara terus kepada asnaf tanpa

melalui institusi zakat formal. Maka di sini jelas bahawa fatwa kebangsaan yang

menjelaskan bahawa mereka yang mengagih zakat sendiri adalah berdosa kerana tidak

mengikut arahan pemerintah tidak diendahkan. Sewajarnya pihak yang

bertanggungjawab perlu menyebar luaskan fatwa-fatwa berkaitan dengan zakat

kepada segenap lapisan masyarakat agar ianya dapat diketahui dan diaplikasikan oleh

masyarakat yang beragama Islam. Dalam senario ini, Siti Mashitoh (2007) dan Kamil

(2006) berpendapat bahawa akta dan undang-undang yang menyokong khusus

berkaitan pembayaran zakat adalah penting untuk dilaksanakan bagi meningkatkan

kefahaman dan kesedaran membayar zakat sepertimana patuhnya pembayar cukai

dengan akta cukai. Maka secara keseluruhannya didapati bahawa Negeri Sembilan

mencatatkan jumlah kutipan zakat fitrah yang paling menyeluruh dengan jumlah

ketirisan yang dicatatkan adalah sebanyak 0.2 peratus sahaja. Manakala negeri Perak

pula mencatatkan jumlah ketirisan yang tertinggi iaitu sebanyak 13.2 peratus.

152

IMPLIKASI DASAR

Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh Mohd Yahya et al. (2013) berkaitan

ketirisan zakat fitrah di Selangor, pengkaji masih menyokong penemuan tersebut dan

kini ingin menjelaskan semula bahawa kadar ketirisan di Selangor menunjukkan

penurunan yang amat memberangsangkan iaitu dari 20.8 peratus pada tahun 2011

kepada hanya 7.7 peratus pada tahun 2016. Begitu juga penemuan terkini untuk

jumlah ketirisan di Negeri Sembilan yang hanya mencatatkan sebanyak 0.2 peratus

pada tahun 2016 berbanding 4.7 peratus pada tahun 2016. Di Perak pula, peratus

penurunan ketirisan zakat fitrah juga berjaya dicatatkan kepada 13.2 peratus (2016)

berbanding 15.9 peratus (2011). Ini semua mungkin hasil dari usaha pihak yang

terlibat dalam memastikan jumlah ketirisan dapat dikurangkan melalui promosi

dakwah yang komprehensif dan juga penyediaan amil yang berkelayakan di seluruh

pelusuk negeri masing-masing.

Namun begitu, pihak-pihak yang berkewajipan tidak boleh berpuas hati

dengan statistik penurunan peratus ketirisan zakat fitrah ini kerana terdapat beberapa

perkara yang perlu diambil kira dalam mentafsirkan kejayaan penurunan kadar

ketirisan zakat fitrah. Pertama adalah berkaitan dengan fungsi institusi zakat yang

bukan hanya tertumpu kepada aspek kutipan dan agihan zakat sahaja, bahkan untuk

memastikan setiap individu muslim yang berkelayakan perlu menunaikan zakat

kepada institusi yang dipertanggungjawabkan. Ini penting untuk diperhalusi kerana

adakah jumlah kutipan zakat fitrah mengikut negeri/daerah/mukim/kampung selari

dengan statistik jumlah penduduk setempat?

Kedua berkaitan dengan pembayar zakat fitrah. Adakah pembayar itu zakat itu

merupakan penduduk setempat yang mewakili populasi masyarakat Islam di negeri

tersebut? Mungkin ada kebarangkalian pembayar zakat di negeri tersebut merupakan

masyarakat Islam di negeri lain ataupun pembayar zakat tersebut merupakan mereka

yang baharu bermigrasi dan ianya tidak dihitung dalam mengira jumlah populasi

sesebuah negeri. Begitu juga dengan kehadiran warganegara asing yang bekerja sama

ada secara sah atau tidak sah. Ini kerana data terkini bancian yang dilakukan oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia terhadap populasi penduduk di Malaysia adalah pada

tahun 2010. Maka data untuk tahun 2011 hingga 2016 merupakan data anggaran

sahaja.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, jumlah kutipan zakat fitrah di negeri Perak, Selangor dan

Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan sejajar

dengan peningkatan kadar zakat dan juga peningkatan populasi penduduk Islam.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, jumlah ketirisan sama ada dari sudut jumlah

pembayar zakat fitrah atau pun nilai kutipan menunjukkan tren penurunan.

Namun begitu, semua dapatan kajian ini adalah berasaskan kepada beberapa

andaian. Andaian pertama berkaitan dengan jumlah penduduk Islam dan populasi di

153

negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan adalah tetap sepanjang tempoh yang

dikaji iaitu 55.3 peratus, 57.9 peratus dan 60.3 peratus daripada keseluruhan

penduduk di negeri-negeri tersebut.

Andaian kedua pula, kesemua penduduk Islam di negeri Perak, Selangor dan

Negeri Sembilan membayar zakat fitrah di kawasan negeri masing-masing dan tidak

ada penduduk Islam dari negeri lain yang membayar zakat fitrah di negeri-negeri

tersebut.

Andaian ketiga pula berkaitan dengan warganegara asing yang menginap di

negeri-negeri tersebut mestilah mereka yang memasuki negara ini secara sah. Ini

kerana jumlah populasi penduduk sesebuah negeri tidak mengambil kira warganegara

asing yang tidak mempunyai permit yang sah.

Oleh yang demikian, penemuan dalam kajian ini diharapkan dapat menjadi

satu panduan umum kepada pihak berkepentingan dan juga masyarakat agar masalah

ketirisan terutamanya berkaitan zakat fitrah dapat diselesaikan.

RUJUKAN

Abdul Majid Omar (2007). ‘Hukum Mengagihkan Zakat secara persendirian dan

Qada’ Zakat’, Seminar Peningkatan Profesionalisme Penolong Pendaftar

Nikah Daerah Kuala Langat (Hotel Concorde Inn, KLIA Sepang, 22 Ogos

2007).

Abdul Rahim Abdul Rahman (2004), ‘Menangani Cabaran Semasa Institusi Zakat di

Malaysia: Satu Analisis’, IKIM Jurnal 12(1), 103-115.

Ahmad Hidayat Buang (2006), ‘Dilema Perundangan Zakat di Malaysia: Antara

Penguatkuasaan dan Strategi Pujukan/Galakan/Intensif Membayar Zakat’,

Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (ed. Abdul Ghafar

Ismail dan Hailani Muji Tahir) Bangi, Penerbit UKM.

Ahmad Shahir Makhtar dan Adibah Abdul Wahab (2010), ‘Pengurusan Zakat di

Selangor: Isu dan Cabaran’ Prosiding Konvensyen Kebangsaan &

Pengurusan Harta dalam Islam, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam,

Bangi: UKM, 1-33.

Aidit Ghazali (1989), ‘Fenomena Pembayaran Zakat Melalui Saluran Tidak Rasmi -

Satu Analisis Empirik’, Zakat Ditinjau dari Perspektif Sosial, Undang-

undang dan Taksiran (ed. Mohd Ali Baharom) Kuala Lumpur: Dewan Pustaka

Islam.

Al-Sayuti (2005), ‘Sunan al-Nasa’i al-Musamma bi al-Mujtabi bi Syarh al-Hafiz Jalal

al-Din al-Sayuti’, Jilid 3 (5-6), No hadis. 2431-2765, Beirut: Dar a-Fikr.

Azman Ab Rahman, Mohammad Haji Alias dan Syed Mohd Najib Syed Omar

(2012), ‘Zakat Institutions in Malaysia: Problem and Issues’ Global Journal

At-Thaqafah, 2(1): 35-41.

154

Azman A. R., Syed, M. N., Ahmed, W. M., Wan Mohd, F. A. (2012), Persepsi dan

Pengetahuan Mahasiswa tentang Proses Permohonan Zakat: Kajian ke atas

Mahasiswa Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Nilai, USIM, N. Sembilan,

Malaysia.

Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor dan Sanep Ahmad (2005), “Kesedaran

Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya” International Journal of

Management Studies, 12(2), 171-189.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Radiah Abdul Kader (2009), ‘Pengagihan

Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam Tidak

Berpuas Hati?’, Jurnal Syariah 17(1), 89-112.

Hasnan Kasan (2006), ‘Penginstitusian Pentadbiran Hukum Syarak di Semenanjung

Malaysia’, Sari, 24, 173-189.

Hussin, M. Y. M., Muhammad, F., & Roshidi Ahmad M. A, (2013) ‘Kepatuhan

Membayar Zakat: Analisis Kutipan Dan Ketirisan Zakat Fitrah Di Selangor’,

Jurnal Syariah, 21(2), 191-206.

Imam al-Bukhari (2002)‚ Terjemahan Hadis Shahih Bukhari, No. hadis 781, Jilid II

(terj. Zainuddin Hamidy et al.) Singapore: Darel Fajr Publishing House.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011), ‘Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas

Demografi 2010’, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

JAKIM (2007), “Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian dan Qada Zakat”,

17 Januari 2007, atas talian http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

negeri/hukum-mengagihkan-zakat- secara- persendirian-dan-qada, 24

Februari 2013

Jasni Sulong dan Anwar Mohd Ali (2012), Kajian Perbandingan dalam Pentadbiran

Undang-undang Kutipan Zakat di Provinsi Aceh dan Negeri Kedah, Kajian

Malaysia, 30(1), 107- 138.

Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail (1997) “Zakat penggajian: Suatu

tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan muslimin negeri Perlis’, Kertas

kerja di bentangkan di Seminar Penyelidikan Universiti (Universiti Utara

Malaysia, Sintok, Kedah).

Kamil Md. Idris, (2006)‘Kesan Persepsi Undang-undang dan penguatkuasaan zakat

terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji’, Zakat: Pensyariatan,

Perekonomian dan Perundangan (ed. Abdul Ghafar Ismail dan Hailani

Muji Tahir) Bangi, Penerbit UKM.

Kamil Md. Idris (2006), Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat

terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji, Journal of Ethics, Legal

and Governance, 2, 32-41.

Kementerian Kewangan Malaysia (2006), ‘Bajet 2007’, Kuala Lumpur: Kementerian

Kewangan Malaysia.

Md Zyadi Tahir dan Mariani Majid (1999) , ‘Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat di

Malaysia’, Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi

dan Realiti di Malaysia, Bangi: Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

155

Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid dan Nor Ghani Md Nor (2004),

‘Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di kalangan Kakitangan Profesional

Universiti Kebangsaan Malaysia’, Islamiyyat, 26(2), 59-68.

Muhammad, F., Hussin, M. Y. M., Razak, A. A., & Awang, S. A. (2015). Ketirisan

Bayaran Zakat Fitrah Terhadap Institusi Formal di Malaysia. Sains

Humanika, 5(1), 27-32.

Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad dan Nahid Ismail (2001), ‘Can

Privatization Improve Performance? Evidence from Zakat Collection

Institutions’, Kertas Kerja Bengkel Ekonomi Islam, (Fakulti Ekonomi,

Universiti Kebangsaan Malaysia).

Nur Barizah Abu Bakar and Hafiz Majdi Abdul Rashid (2010), ‘Motivations of

Paying Zakat on Income: Evidence from Malaysia’, International Journal of

Economics and Finance, 2(3), 76-84.

Patmawati Ibrahim (2008), ‘Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan

Empirikal’, Jurnal Syariah, 16(2), 223-244.

Ram al Jaffri Saad, Kamil Md. Idris dan Zainol Bidin (2009), ‘Peraturan Pembayaran

Zakat kepada Institusi Zakat: Sikap Peniaga dan Kesannya Terhadap Gelagat

Pembayaran Zakat perniagaan’, Jurnal Syariah 17(3), 607-630.

Ram al Jaffri Saad, Zainol Bidin, Kamil Md Idris dan Md Hairi Md Hussain (2010),

‘Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan’,

Jurnal Pengurusan 30 49-61.

Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2005), ‘Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya

terhadap Pembayaran zakat melalui Institusi Formal’, Jurnal Ekonomi

Malaysia, 39; 53-69.

Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2005) ‘Sumber zakat: Perluasan terhadap

harta yang diikhtilaf’, Jurnal Syariah, 13(1), 135-162.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006), ‘Penswastaan

Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di

Malaysia’, International Journal of Management Studies 13(2), 175- 196.

Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd. Nor (2002), Zakat Membangun Ummah,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Siti Mashitoh Mahamood (2007), ‘Sistem perundangan zakat di Malaysia: Antara

Realiti dan Harapan’, Persidangan Zakat & Cukai Kebangsaan 2007 (Kuala

Lumpur: PWTC, 22 Mei 2007).

Siti Saufirah Mohd Tahir, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad (2016), Kepatuhan

Membayar Zakat Fitrah: Analisis Kutipan dan Ketirisan Pembayar Zakat

Fitrah di Terengganu, Jurnal pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 7, 6-74.

Timur, K. (1995) "Further Reflection on the Behavioral Norms of Islamic Economic,"

Journal of Economic Behavior and Organization, 27(1), 159-163.

Wahbah al-Zuhaili (2011), ‘Fiqih Islam wa Adillatuhu’ Puasa, Iktikaf, Zakat, Haji,

Umrah, Jilid 3 (terj. Abdul Hayyie al-Kattani, dkk.) Jakarta: Darul Fikir.

Yusuf al-Qardawi (1988), ‘Hukum Zakat’ (terj. Salman Harun, Didin Hafidhuddin,

Hassanuddin) Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

156

Zamzuri Zakariya (2006), ‘Zakat Galian: Sumber yang diitifaq dan diikhtilaf’, Zakat:

Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan (ed. Abdul Ghafar Ismail dan

Hailani Muji Tahir), Bangi, Penerbit UKM.

Bab 12

KEDUDUKAN ZAKAT SEBAGAI REBAT CUKAI PENDAPATAN

DALAM AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Izlawanie Muhammadi, Nur Shahira Mohamad Nor

ii & Azman Ab Rahman

iii

i Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected]

iiPelajar Sarjana, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

iiiProfesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected]

Abstrak Zakat dan cukai adalah sumber pendapatan yang penting dalam sistem ekonomi Islam. Cukai

ditakrifkan sebagai suatu bayaran wajib kepada kerajaan berdasarkan pendapatan yang

diterima oleh seseorang. Kerajaan mengenakan cukai untuk meningkatkan pendapatan negara

yang digunakan untuk membayar pelbagai perbelanjaan kerajaan termasuk pentadbiran,

pertahanan dan kemudahan untuk masyarakat. Manakala zakat merupakan rukun Islam yang

ketiga yang memberi maksud tumbuh, berkembang atau bertambah dari segi bahasa. Allah

SWT telah mewajibkan pembayaran zakat bagi setiap individu yang berkelayakan. Al

Qardawi (1969) berpendapat bahawa zakat dan cukai adalah dua tanggungjawab berbeza yang

perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim. Ini memberi bebanan kepada masyarakat Muslim

kerana perlu membuat kedua-dua pembayaran ke atas sumber pendapatan yang sama dan

pada tahun yang sama. Bagi mengurangkan bebanan tersebut, Kementerian Kewangan

Malaysia telah melaksanakan rebat zakat ke atas cukai pendapatan individu melalui

peruntukan Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan (1967). Kajian ini menghurai dan

menjelaskan rebat zakat atas cukai pendapatan individu tersebut bagi memberi maklumat

kepada pembayar zakat dan cukai Muslim. Ia juga akan menghuraikan bagaimana kedua-dua

pembayaran adalah saling melengkapi dalam membangunkan sistem ekonomi negara dan

cadangan kepada pihak berkuasa bagi menambahbaikan pelaksanaan rebat zakat atas cukai

pendapatan juga diberikan di akhis artikel ini.

Kata Kunci: zakat, rebat zakat, cukai pendapatan individu.

PENGENALAN

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang kelima yang wajib ditunaikan oleh

setiap Muslim. Zakat telah mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kedua

Hijrah. Kewajipan membayar zakat juga telah disebut 30 kali di dalam al-Quran oleh

Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian

dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami

keluarkan dari bumi untuk kalian” (al-Quran, al-Baqarah 2: 267)

Zakat dari segi bahasa berasal daripada kata dasar dari “zaka” yang memberi

maksud tumbuh, berkembang atau bertambah (Yusof Qardawi, 1985). Zakat juga

berperanan besar membersihkan harta kerana ia merujuk kepada pembersihan diri

yang diperoleh selepas melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat (Afzal-ur

158

Rahman 1991). Allah SWT telah mewajibkan pembayaran zakat bagi setiap individu

yang berkelayakan.

Cukai pula adalah bayaran wajib oleh rakyat kepada kerajaan. Tujuan kerjaan

mengenakan cukai adalah untuk meningkatkan pendapatan negara yang digunakan

bagi membayar pelbagai perbelanjaan kerajaan termasuk pentadbiran, pertahanan dan

kemudahan untuk masyarakat. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis cukai yang

dikenakan ke atas rakyat seperti cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah, duti

setem dan cukai barangan dan perkhidmatan. Setiap individu bertanggungjawab untuk

melapor dan membayar cukai mengikut undang-undang.

Individu Muslim mempunyai tangggungjawab untuk membayar zakat dan

cukai pendapatan. Ini akan membebankan mereka kerana perlu melaksanakan kedua-

dua tanggungjawab membayar zakat dan cukai dari pendapatan yang sama. Antara

langkah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan beban individu

Muslim adalah dengan pemberian rebat zakat ke atas cukai pendapatan di bawah

Seksyen 6A(3) Akta Cukai Pendapatan (1967). Namun, masih ramai dalam kalangan

masyarakat yang masih keliru dan kurang faham tentang rebat zakat tersebut. Artikel

ini dapat dimanfaat oleh semua pembayar cukai Muslim untuk lebih memahami

tentang pelaksanaan rebat zakat ke atas cukai pendapatan individu.

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dari sumber

sekunder. Maklumat berkaitan zakat sebagai rebat cukai pendapatan diperolehi dari

Akta Cukai Pendapatan (1967), analisis kajian yang telah dilaksanakan oleh para

penyelidik dan laman web pusat zakat di Malaysia. Setelah memperolehi maklumat

yang relevan dengan kajian, langkah seterusnya adalah mengupas dan menghuraikan

kedudukan zakat sebagai rebat cukai pendapatan.

CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Cukai merupakan cara utama pemindahan sumber daripada pemilikan individu

kepada penggunaan awam. Cukai pendapatan adalah merupakan cukai langsung yang

dikenakan ke atas seseorang individu atau syarikat-syarikat sendirian dan awam dan

juga syarikat kerjasama. Beban cukai langsung ini tidak boleh dipindahkan kepada

orang lain. Cukai pendapatan ke atas rakyat dilaksanakan oleh hampir seluruh negara

di dunia. Walau bagaimanapun, setiap negara mempunyai struktur sistem percukaian

yang berbeza, mengikut tahap kemajuan dan tahap sumber ekonomi masing-masing.

Kadar cukai di negara membangun pada kebiasaannya adalah lebih tinggi dari negara-

negara maju (Muhammad et al., 2016).

Sistem percukaian di Malaysia adalah dibawah bidang kuasa Kementerian

Kewangan, Bagi cukai pendapatan, ia diurus tadbir oleh Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia (LHDNM) dan undang-undang tertakluk di bawah Akta Cukai

Pendapatan (1967). Di bawah akta tersebut, seorang individu perlu melaporkan

pendapatan tahunan dari pelbagai sumber seperti perniagaan, penggajian, dividen,

159

interest, sewa, royalti dan pencen. Jumlah pendapatan ini seterusnya akan ditolak

dengan pelbagai pelepasan seperti pelepasan individu, isteri, anak, perbelanjaan

perubatan yang sukar diubati, pembelian komputer dan perbelanjaan pemeriksaan

kesihatan. Semua pelepasan ini tertakluk dibawah Seksyen 7 Akta Cukai Percukaian

(1967). Selepas tolakan pelepasan, jumlah cukai pendapatan dikira dan seterusnya

rebat diberikan kepada individu yang berkelayakan.

REBAT ZAKAT

Seksyen 6A(3) Akta Cukai Pendapatan (1967) memberikan keistimewaan kepada

individu Muslim. Seksyen 6A(3) menjelaskan:

“Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang

bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana

pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun

taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak

berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-

undang bertulis”.

Rebat zakat atas cukai pendapatan individu hanya diberikan apabila memenuhi

beberapa syarat. Pertama, individu Muslim mestilah membuat pembayaran zakat

kepada pusat-pusat zakat negeri di seluruh Malaysia seperti Pusat Zakat Selangor dan

Pusat Zakat Negeri Sembilan. Ini bemakna, pemberian zakat yang diberikan terus

kepada golongan asnaf tidak boleh dituntut untuk rebat zakat. Kedua, resit asal

pembayaran zakat yang diberikan oleh pusat-pusat zakat mestilah di atas nama

individu tersebut kecuali resit zakat fitrah. Ketiga, jenis zakat yang layak untuk

mendapat rebat adalah segala jenis zakat yang wajib dibayar oleh individu pada tahun

taksiran berikut seperti zakat fitrah, zakat penggajian, zakat perniagaan, zakat emas

dan perak, zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, zakat pertanian dan zakat

penternakan. Keempat, resit pembayaran zakat mestilah disimpan oleh pembayar

cukai selama tujuh tahun seperti tertakluk di bawah Seksyen 82 Akta Cukai

Pendapatan (1967).

Kelima, rebat zakat perlu dintuntut berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar

di dalam tahun taksiran cukai pendapatan. Contohnya, jika seorang individu Muslim

membayar zakat pada tahun 2016, maka rebat zakat perlu dituntut pada tahun 2016

sahaja. Syarat terakhir adalah amaun rebat zakat adalah terhad kepada jumlah cukai

pendapatan pada tahun taksiran tersebut. Baki bayaran zakat yang tidak boleh dituntut

tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Semakin banyak jumlah bayaran zakat yang

dibuat, semakin sedikit jumlah cukai yang perlu dibayar. Jika amaun zakat menyamai

atau melebihi cukai yang perlu bibayar, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar

cukai pendapatannya.

ILUSTRASI REBAT ZAKAT CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Berikut merupakan ilustrasi pengiraan bagi menjelaskan dengan terperinci tentang

rebat zakat atas cukai pendapatan.

160

Ilustrasi pengiraan rebat cukai pendapatan

En. Hamid merupakan seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Pada

tahun 2016, beliau menerima RM7,600 sebulan dari majikan termasuk bayaran

kumpulan wang simpanan kerja sebanyak RM800 dan potongan cukai bulanan

RM150. En. Hamid mempunyai sebuah rumah di Kota Damansara yang disewakan

sejak tahun 2015. Pendapatan bersih dari sewa tersebut adalah sebanyak RM700

sebulan. Beliau mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak

yang masih bersekolah. Sepanjang tahun 2016, beliau telah membuat pelbagai

pembayaran termasuk:

a) Zakat fitrah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

(MAIK) sebanyak RM28

b) Zakat pendapatan kepada Pusat Zakat Selangor sebanyak RM500 sebulan

melalui potongan gaji.

c) Zakat yang dibayar terus kepada seorang fakir miskin sebanyak RM250

d) Zakat emas kepada Pusat Zakat Selangor sebanyak RM200

En. Hamid menyimpan resit pembayaran bagi semua zakat yang dibayar kepada pusat

zakat.

Pengiraan cukai pendapatan En. Hamid bagi tahun 2016

Oleh kerana En. Hamid tidak mempunyai pendapatan perniagaan, beliau perlu

menghantar borang BE 2016. Pengiraan cukai yang perlu dibayar oleh En Hamid bagi

tahun 2016 adalah seperti berikut:

Jadual 1: Ilustrasi Bahagian B Borang BE 2016 untuk En. Hamid

BIL PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN,

CUKAI KENA DIBAYAR DAN KEDUDUKAN CUKAI

AMAUN

(RM)

B1 Pendapatan berkanun penggajian (RM 7600 x 12) 91,200

B2 Pendapatan berkanun sewa (RM 700 x 12) 8,400

B3 Pendapatan berkanun faedah, diskaun, royalti, premium, pencen,

anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan atau keutungan

lain

-

B4 PENDAPATAN AGREGAT (B1+B2+B3) 99,600

B5 Tolak: Jumlah derma dan hadiah yang diluluskan

B6 JUMLAH PENDAPATAN (SENDIRI) (B4-B5) (Isi “0” jika

nilai negatif)

99,600

B7 JUMLAH PENDAPATAN YANG DIPINDAHKAN DARI

SUAMI /ISTERI *bagi taksiran bersama

-

B8 JUMLAH PENDAPATAN YANG DISATUKAN (B6+B7) 99,600

B9 Jumlah pelepasan 22,000

B10 PENDAPATAN BERCUKAI (B6-B9) atau (B8-B9) ( si “0” jika

nilai negatif)

77,600

B11 PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

B11a Cukai ke atas yang pertama 5,600

161

Cukai ke atas RM70,000 yang pertama = RM 5,600

B11b Cukai ke atas baki

Cukai ke atas baki RM 7,600 @ 21%

1,596

B12 JUMLAH CUKAI PENDAPATAN (B11a+B11b) 7,196

B13 Tolak: Jumlah rebat *a) sendiri b) suami/isteri c)zakat dan fitrah

*Jumlah zakat dan fitrah = RM 3500

a) Zakat fitrah = RM 28

b) Zakat pendapatan (RM 500 x 12) = RM 6,000

c) Zakat emas = RM 200

Jumlah zakat = (RM 28 + RM 6,000 + RM 200)

6,228

B14 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B12-B13) 548

B15 Tolak: a) seksyen 110 (lain-lain) b) Seksyen 132 dan 133 -

B16 CUKAI KENA DIBAYAR (B14-B15) 548

B17 ATAU: CUKAI DIBAYAR BALIK (B15-B14) -

B18 Ansuran/Potongan cukai bulanan (PCB) yang telah dibayar untuk

pendapatan tahunan 2016 (RM 150 X 12)

1,800

B19 Baki cukai kena dibayar (B16-B18) / Cukai terlebih bayar (B18-

B16)

1,252

Jadual 1 menunjukkan ilustrasi borang BE iaitu bagi individu yang tidak

mempunyai pendapatan perniagaan. Dalam melaporkan jumlah pendapatan, En.

Hamid perlu menjumlahkan pendapatan agregat (B4) yang diperoleh iaitu dengan

mencampurkan item-item yang diperoleh dari B1, B2 dan juga B3. Punca pendapatan

En. Hamid adalah dari pendapatan penggajian (RM7,600 x 12 = RM 91,200) dan

sewa (RM700 x 12 = RM8,400). Jumlah pendapatan agregat En. Hamid adalah

sebanyak RM 99,600. Selepas jumlah pendapatan agregat diperoleh (B4), sekiranya

En. Hamid ada menyumbangkan derma kepada pihak yang diluluskan oleh LHDNM,

jumlah tersebut hendaklah ditolakkan selepas pendapatan aggregat (B5).

Individu hendaklah mengisikan ruang B6 dengan nilai “0” jika nilai yang

diperoleh selepas penolakan derma yang dibuat adalah negatif. Bagi ruangan B7, ia

hendaklah diisi oleh individu jika jumlah pendapatan yang dipindahkan dari suami

atau isteri adalah bertujuan untuk taksiran bersama. Untuk En. Hamid, tiada

pendapatan yang disatukan kerana isteri beliau tidak mempunyai pendapatan sendiri.

Ruangan B9 adalah jumlah pelepasan yang dibenarkan dibawah Seksyen 7

Akta Cukai Pendapatan (1967). Jumlah pelepasan untuk En. Hamid adalah seperti

berikut:

Jadual 2: Ilustrasi Jumlah Pelepasan 2016 untuk En. Hamid

BIL PELEPASAN AMAUN (RM)

P1 Individu 9,000

P2 Isteri 3,000

P3 Anak- Di bawah umur 18 tahun (RM 2000 X 2) 4,000

P4 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) (RM

800 X12 = RM 9600) *terhad RM 6000

6,000

5 Jumlah Pelepasan (P1+P2+P3+P4) 22,000

162

Pendapatan bercukai (B10) dikira setelah jumlah pelepasan ditolak dengan

pendapatan agregat. Pengiraan cukai pendapatan (B11) adalah berbeza mengikut

jumlah pendapatan bercukai seseorang individu. Kadar cukai ke atas yang pertama

dan juga kadar cukai ke atas baki iaitu peratus yang dikenakan juga adalah berbeza

mengikut jumlah pendapatan bercukai seseorang. Jadual cukai dan contoh bagi

pengiraan kedua-dua item ini boleh dirujuk di buku panduan yang telah disediakan

oleh pihak LHDNM.

Kiraan cukai pendapatan untuk En. Hamid adalah seperti berikut: Bagi

seseorang individu yang mempunyai pendapatan bercukai di antara RM 70,001- RM

100,000, kadar cukai ke atas RM 70,000 yang pertama adalah sebanyak RM 5600

(B11a). Manakala kadar cukai ke atas baki iaitu RM 5600 (RM 75,600 ditolakkan

dengan RM 70,000), kadar peratus pendapatan cukai yang dikenakan adalah 21%

iaitu sebanyak RM 1176 (B11b). Seterusnya, jumlah cukai pendapatan di ruangan

B12 akan diperoleh selepas menjumlahkan item di ruang B11a juga B11b iaitu

sebanyak RM 6776.

Bahagian B13 iaitu rebat zakat adalah fokus utama bagi artikel ini. En. Hamid

boleh menuntut rebat zakat bagi zakat fitrah, zakat pendapatan dan zakat emas yang

dibayar kepada pusat-pusat zakat. Jumlah rebat zakat yang boleh dituntut adalah

sebanyak RM 6,228. Manakala zakat yang dibayar terus kepada fakir miskin tidak

boleh dituntut kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang dijelaskan di atas.

Setelah rebat zakat ditolak dengan jumlah cukai pendapatan, jumlah cukai

yang perlu dibayar oleh En. Hamid hanyalah sebanyak RM 548 (B16). En. Hamid

juga telah membuat potongan cukai bulanan (PCB) sebanyak RM150 sebulan

menjadikan ia sebanyak RM1,800 setahun. Oleh iu, tiada baki cukai yang perlu

dibayar oleh En. Hamid. Sebaliknya, En. Hamid mempunyai cukai terlebih bayar

sebanyak RM1,252 yang perlu dipulangkan semula oleh LHDNM.

KEPENTINGAN REBAT ZAKAT

Secara umumnya jika dilihat secara relatifnya, rebat zakat ini akan mengurangkan

kutipan cukai dan pendapatan negara, namun ia memberi impak positif. Pertama,

kutipan zakat melengkapi sistem ekonomi negara. Kutipan zakat perlu diagihkan

kepada lapan golongan asnaf iaitu fakir, miskin, amir, muallaf, riqab, gharimin,

fisabilillah dan ibnu sabil. Agihan zakat dapat membantu kerajaan untuk membasmi

kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Contohnya, zakat diagihkan

kepada pelajar di peringkat rendah hinga ke universiti. Ini seiring dengan matlamat

kerajaan yang menyasarkan lebih ramai rakyat mempunyai pendidikan di peringkat

tertinggi. Ia penting bagi melahirkan ramai golongan intelektual bagi membantu

pembangunan negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Kedua, ia mengurangkan beban individu Muslim. Individu Muslim mungkin

terbeban dengan kedua-dua tanggungjawab pembayaran zakat dan cukai. Pembayaran

163

zakat dan cukai ini adalah dari punca pendapatan yang sama seperti pendapatan

penggajian dan perniagaan.

KESIMPULAN

Rebat zakat atas cukai pendapatan merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada

individu Muslim di Malaysia. Ia tidak diperoleh di kebanyakan negara-negara Islam

lain. Oleh itu, individu Muslim perlulah menuntut rebat zakat ini bagi meringankan

bebanan cukai. Namun, pembayaran zakat perlulah dilaksanakan ikhlas kerana Allah

SWT dan bukan dengan niat untuk tidak membayar cukai semata-mata. Allah telah

berjanji bahawa zakat adalah sebagai penyubur dan pertumbuhan kepada rezeki yang

diperoleh. Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali akan menyusahkan hambaNya

dalam memenuhi tuntutan syarak. Ini bersesuain dengan firman Allah yang

bermaksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki

kesukaran bagi kamu (al-Baqarah: 185).

Bagi tujuan penyebaran ilmu dan memberi kefahaman kepda semua pembayar

zakat, adalah dicadangkan agara pusat-pusat zakat mencetak di atas resit pembayaran

zakat fitrah dan harta makluman tentang rebat zakat atas cukai pendapatan. Pegawai-

pegawai di pusat zakat juga boleh memaklumkan dan mengingatkan kepada setiap

pembayar zakat tentang rebat zakat ini. Lebih banyak poster tentang rebat zakat ini

juga boleh ditampal di pusat-pusat zakat bagi tujuan penyebaran maklumat dan

pengetahuan.

Pihak LHDNM pula perlu memberikan statistik jumlah rebat zakat yang

dituntut setiap tahun sebagai maklumat am dan bagi tujuan penyelidikan. Ini dapat

membantu pusat zakat dan para penyelidik untuk mengetahui jumlah sebenar rebat

zakat yang dituntut oleh pembayar cukai. Para penyelidik juga boleh mengkaji

kesedaran pembayar cukai mengenai rebat cukai.

RUJUKAN

Al-Quran.

Al-Qardawi, Y. (1969). Fiqh-al-Zakaat. Dar al-Irshad, Beirut.

Afzal-ur Rahman.(1991). Doktrin Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Izlawanie Muhammad, Azman Ab Rahman, Fuadah Johari, Hisham Sabri, & Suhaila

Abdul Hamid. (2016). Sistem Pentadbiran Cukai dan Zakat di Negara Islam

Membangun. Universiti Sains Islam Malaysia.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). www.hasil.gov.my/ (diakses pada 12 Julai

2017)

Yusof Qardawi. (1985). Fiqh al-Zakah Dirasah Muqaranah li Ahkamika wa

Filsafatiha fi Dau’ al-Quran wa al-Sunnah. Jld 1. Beirut: Muasasah al-

Risalah.

Bab 13 KEPERLUAN KERANGKA SYARIAH DALAM TADBIR URUS

ZAKAT

Mohamad Amin bin Ibrahim Pengurus Syariah (Polisi & Kepatuhan), Lembaga Zakat Selangor. [email protected]

Abstrak Agenda tadbir urus syariah merupakan satu disiplin bagaimana hal ehwal syariah dalam

organisasi, khususnya untuk institusi kewangan Islam (IKI), ditadbir secara menyeluruh (end

to end) dan sistematik. Kajian ini cuba menilai tahap kesesuaian pengamalan dan penerapan

agenda tadbir urus syariah untuk dipraktikkan di institusi zakat (IZ) dinegara ini. Sebagai

sebuah institusi yang berlandaskan dan berteraskan sistem kehidupan maka adalah amat wajar

agar supaya institusi zakat dipandu oleh polisi yang komprehensif berkenaan tadbir urus

syariah yang mendasari keseluruhan pengurusan dan pentadbiran isu-isu syariah. Antara lain,

kajian ini melihat kepada kesesuaian penetapan fungsi fungsi utama dalam tadbir urus syariah

seperti penyelidikan syariah, semakan syariah, sekretariat syariah, pengurusan risiko syariah

dan audit syariah untuk diaplikasikan di institusi zakat di Malaysia. Kajian ini ini berbentuk

kajian kepustakaan yang menganalisa perkembangan dan amalan semasa berkenaan agenda

tadbir urus syariah yang dilaksanakan di institusi zakat di Malaysia berbanding dengan apa

yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia berdasarkan Shariah Governance

Framework (SGF) terbitan Bank Negara Malaysia dan pengamatan terhadap dokumen Zakat

Core Principles (ZCP) terbitan Sekretariat IRTI IDB, Bank Indonesia dan BAZNAS. Hasil

kajian ini mencadangkan bahawa agenda tadbir urus syariah di institusi kewangan Islam

adalah sangat baik untuk diterapkan di institusi zakat. Namun agenda tadbir urus syariah

untuk institusi zakat merupakan suatu sistem yang fleksibel dan unik serta perlu disesuaikan

mengikut perbezaan dalam saiz, model operasi dan sistem penubuhan institusi zakat negeri –

negeri Malaysia.

Kata Kunci: Tadbir Urus Syariah, Institusi Zakat, Semakan Syariah, Institusi Kewangan

Islam.

PENDAHULUAN

Tadbir Urus (governance) merupakan satu disiplin pengurusan peringkat polisi / dasar

yang menerangkan bagaimana sesuatu organisasi ditadbir kearah mencapai

matlamatnya berpandukan kepada undang-undang, polisi, proses, sistem dan

tingkahlaku1. Disiplin tadbir urus merupakan hasil (output) daripada dunia korporat

sehingga frasa “tadbir urus korporat” menjadi satu dan sukar untuk dipisahkan

sepertimana frasa “anjakan paradigma”. Topik tadbir urus khususnya tadbir urus

korporat (corporate governance) merupakan isu dan agenda yang penting dalam

ekosistem pelaburan sedunia. Di Malaysia secara khususnya Suruhanjaya Sekuriti

(SC) telah menerbitkan edisi kedua Malaysian Code of Corporate Governance

1 https://www.gov.uk/government/publications/charity-commission-governance-

framework/governance-framework

166

(MCCG) pada 2017 sebagai panduan kepada syarikat tersenarai awam (PLC) di Bursa

Malaysia.

Manakala tadbir urus syariah (selepas ini dirujuk sebagai TUS) pula

merupakan satu disiplin bagaimana hal ehwal syariah dalam organisasi, khususnya

untuk institusi kewangan Islam (IKI), ditadbir secara menyeluruh (end to end) dan

sistematik. Di Malaysia, panduan TUS untuk semua IKI diterbitkan oleh Bank Negara

Malaysia (dikenali sebagai Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah) dan diperingkat global

pula, polisi TUS ini diterbitkan oleh Islamic Financial Services Board (IFSB).

Manakala bagi institusi zakat, pada masa ini tidak terdapat satupun dokumen polisi

tadbir urus syariah kecuali dokumen tadbir urus secara umum untuk institusi zakat

yang diterbitkan oleh Sekretariat IRTI IDB, Bank Indonesia dan BAZNAS.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif utama kajian ini adalah seperti berikut:

• Mengenengahkan agenda tadbir urus syariah seperti yang diamalkan di

industri IKI dalam pengurusan institusi zakat di negara ini.

• Mencadangkan saranan pemakaian tadbir urus syariah yang jauh melangkaui

amalan sedia ada di institusi zakat yang hanya berpandukan kepada fatwa oleh

jawatankuasa fatwa negeri dan penyertaan mufti negeri dalam lembaga

pengarah di institusi zakat masing–masing.

PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan utama kajian ini adalah seperti berikut:

• Sejauh manakah institusi zakat perlu mengadaptasi tadbir urus syariah dalam

pentadbiran dan pengurusan hal ehwal kutipan, agihan zakat dan operasi am

institusi zakat seperti kewangan, sumber manusia dan sebagaimanya.

• Apakah tahap relevansi atau kesesuaian agenda tadbir urus syariah di institusi

kewangan Islam untuk diamalkan di industri zakat

• Apakah tadbir urus syariah di IKI yang komprehensif dan sistematik ini tidak

sesuai malahan tidak relevan di institusi zakat semata-mata kerana perbedaan

motif penubuhan institusi, iaitu keuntungan vs bukan keuntungan?

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini ini berbentuk kajian kepustakaan yang menganalisa perkembangan dan

amalan semasa berkenaan agenda tadbir urus syariah yang dilaksanakan di institusi

zakat di Malaysia berbanding dengan apa yang diamalkan oleh institusi kewangan

Islam di Malaysia berdasarkan Shariah Governance Framework (SGF) terbitan Bank

Negara Malaysia dan pengamatan terhadap dokumen Zakat Core Principles (ZCP)

terbitan Sekretariat IRTI IDB, Bank Indonesia dan BAZNAS.

TAKRIF

Oleh kerana agenda TUS untuk institusi zakat adalah satu agenda yang tersangat baru,

maka untuk membina takrif TUS bagi IZ, kita perlu merujuk kepada TUS institusi

167

kewangan sebagai panduan. Berdasarkan IFSB-10 “Guiding Principles on Shariah

Governance Systems for Institutions Offering Islamic Financial Services”2 yang

menyatakan TUS setiap Institusi Kewangan Islam (IKI) perlu mengandungi:

1. A set of institutional and organisational arrangement – Board of Directors,

Shariah committee, Shariah division, internal audit function.

2. An effective independent oversight on Shariah compliance

3. Shariah pronouncements, disseminations of info and an internal Shariah

review – ex-ante and ex-post aspects of the Shariah compliance framework.

Manakala pengurusan Tadbir Urus Syariah Institusi Kewangan Islam oleh

Bank Negara Malaysia (BNM) seperti berikut:

Bank Negara Malaysia (the Bank) places great importance in ensuring that the

overall Islamic financial system operates in accordance with Shariah principles.

This is achieved through two-tier Shariah governance infrastructure comprising

two (2) vital components, SAC BNM and an internal SC in each respective IFI.

(SAC) is a body established under S51 of the CBA 2009 that has positioned the

SAC as the apex authority for the determination of Islamic law for the purposes

of Islamic financial business3.

Oleh itu, berdasarkan adaptasi IFSB-10 dan RKTUS BNM, maka agenda TUS

untuk institusi zakat bolehlah ditakrifkan seperti berikut:

Penyusunan institusi dan kaedah-kaedah organisasi di institusi zakat,

melibatkan Lembaga Pengarah / Pemegang Amanah, Jawatankuasa Penasihat

Syariah (atau sekurang–kurangnya sesuatu Unit Syariah dalaman) dan

Pengurusan Tertinggi serta penetapan fungsi-fungsi utama kepatuhan syariah

untuk memastikan keseluruhan operasi dan akitiviti institusi zakat adalah

selaras dengan kehendak syarak.

Kepatuhan Syariah ini merangkumi keseluruhan operasi institusi zakat iaitu

pengurusan institusi zakat, operasi kutipan dan agihan zakat, seperti yang boleh

difahami melalui gambarajah berikut:

2 Islamic Financial Services Board (IFSB), “Guiding Principles on Shariah Governance Systems for

Institutions Offering Islamic Financial Services” (IFSB 10), ms 2 3 Bank Negara Malaysia, “Shariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions” (SGF),

m/s 1

168

Rajah 1: Tanda aras ex-ante dan ex post kepatuhan Syariah menurut IFSB-104

Daripada rajah diatas, jelas bahawa kepatuhan syariah bukan sekadar

wujudnya sesuatu fatwa atau panduan syariah tentang sesuatu operasi kutipan zakat,

agihan zakat atau operasi umum yang lain, malahan ianya merangkumi proses

penyebaran keputusan syariah tersebut sehinggalah kepada proses semakan syariah

yang sistematik bagi memastikan setiap fatwa atau panduan syariah tersebut sentiasa

dipatuhi sepenuhnya oleh institusi zakat.

METODOLOGI

Dalam membentuk Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah, institusi zakat harus merujuk

kepada piawai tadbir urus yang sudah matang dan diterima umum seperti terbitan

Islamic Financial Services Board (IFSB) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Ini

kerana industri / sektor zakat sedunia masih belum mempunyai piawaian tadbir urus

institusi amil zakat kecuali satu dokumen yang dinamakan Core Principles for

Effective Zakat Supervision (Zakat Core Principles atau ZCP). Dokumen ZCP ini

merupakan satu dokumen konsultatif melibatkan usahamama diantara Badan Zakat

Nasional (BAZNAS), Bank Indonesia dan Islamic Research and Training Institute,

Islamic Development Bank (IRTI IDB).

Walaubagaimanapun, tahap relevansi ZCP dalam inisiatif TUS untuk institusi

zakat adalah sangat minimum kerana objektif ZCP yang berbeza iaitu menentukan

suatu keperluan perundangan atau peraturan minimum bagi memastikan operasi

institusi zakat adalah efektif. Selain itu dokumen ZCP yang disediakan oleh

Sekretariat IRTI IDB, BI dan BAZNAS adalah dalam latarbelakang yang berbeza

iaitu sebagai dokumen universal yang merangkumi semua institusi zakat/ institusi

infaq samada yang memiliki autoriti daripada pemerintah mahupun institusi zakat

4 Mohd Nazri Bin Chik, 24th June 2013, “Shariah Framework & Governance In Bank Islam”,

Visitation by International Center for Development in Islamic Finance-Indonesian Banking

Development Institute (ICDIF-LPPI), slaid no 4

169

tanpa autoriti pemerintah di negara-negara dimana Islam tidak diberi bajet/ autoriti

secara khusus oleh pemerintah negara tersebut.

Dokumen ZCP juga menjelaskan dimensi TUS adalah merangkumi audit,

pendedahan dan ketelusan dalam memastikan kepatuhan syariah dalam setiap aspek

operasi zakat. Enam (6) skop/ dimensi utama di dalam dokumen ZCP adalah seperti

berikut5:

Dimensi Rujukan ZCP

Legal Foundations ZCP 1 – ZCP 3

Zakat Supervision ZCP 4 – ZCP 6

Zakat Governance ZCP 7 – ZCP 8

Intermediary Function ZCP 9 – ZCP 10

Risk Management ZCP 11 – ZCP 14

Shari’ah G v rnan ZCP 15 – ZCP 18

Selain itu, dokumen sampingan kepada ZCP iaitu Technical Notes on Good

Amil Governance for Zakat Institution menjelaskan bahawa dimensi dan indikator

bagi tadbir urus syariah bagi institusi amil seperti berikut6:

Dimensions Indicators

Shariah Compliant and

Regulations

1. The existence of clear provisions regarding shariah compliance

aspects and zakat regulations;

2. The existence of measurable assessment regarding shariah

compliance aspects and zakat regulations;

3. The existence of annual report regarding implementation of

shariah compliance aspects and zakat regulations.

Berdasarkan kepada rujukan-rujukan RKTUS BNM, IFSB 10, ZCP, penulis

mencadangkan supaya institusi zakat negara ini memberi perhatian khusus ke arah

perlaksanaan agenda semakan syariah atau audit syariah yang mungkin kurang diberi

perhatian oleh IZ di negara ini. Semakan atau audit syariah (الشرعي mungkin (التدقيق

merupakan terminologi baru tetapi ia bersandarkan konsep hisbah dalam prinsip

syarak amar makruf dan nahi munkar7. Hisbah yang telah diinstitusikan di awal

kerajaan Islam lebih menumpukan kepada tadbir urus secara umum. Prinsip hisbah ini

telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut:

رة طعام فأدخل يده فيها ف نالت أصا بعه ب لل أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر على صب ماء يا رسول الله قال أفل جعلته ف وق الطعام كي ف قال ما هذا يا صاحب الطعام قال أصاب ته الس

ي راه الناس من غش ف ليس مني

5 Sekretariat IRTI IDB, Bank Indonesia dan BAZNAS, 2016, “Zakat Core Principles – Core

Principles for Effective Zakat Supervision (ZCP)”, ms 24 6 Sekretariat IRTI IDB, Bank Indonesia dan BAZNAS, 2016, “Technical Notes on Good Amil

Governance for Zakat Institution”, ms 11 7 Mohd Nazri Chik, 9 Mei 2011, “Shariah Audit: Shariah Perspective”, International Shariah Audit

Conference, slide no 10

170

Terjemahan: Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan

(untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan

baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai

empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai

Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian

yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa

yang menipu, dia bukan dari pengikutku” Sahih Muslim

Muhtasib pertama yang dilantik selepas pembukaan kota Mekah ialah Sa’id

bin Sa’id bin Al-’As. Rasulullah SAW telah melantik seorang perempuan, Samra’

binti Nuhaik Al-Asadiyyah sebagai muhtasib dan Khalifah Umar r.a mengekalkan

jawatan beliau semasa pemerintahannya. Bahkan Khalifah Umar r.a sendiri

menjalankan peranan muhtasib secara melawat pasar dan memberi amaran kepada

mereka yang menjual dengan harga melampau tinggi dan menipu dalam urusniaga8.

Konsep hisbah ini terserlah secara sistematik dalam struktur hiraki dan autoriti

menurut TUS BNM yang digunakan di IKI9 dan boleh dijadikan sebagai panduan

oleh institusi zakat dalam membina polisi TUS masing–masing:

Oleh itu berdasarkan kepada dokumen dan hiraki autoriti TUS BNM diatas,

penulis mencadangkan supaya IZ menerapkan agenda TUS di IZ masing–masing

seperti berikut:

8 ibid

9 Bank Negara Malaysia, “Shariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions (SGF),”

m/s 1

171

CADANGAN APPLIKASI & ADAPTASI TUS ZI BERDASARKAN RKTUS BNM

PRINSIP DASAR DALAM

JAWATANKUASA

SYARIAH

HIRAKI IZ & KAITAN

DENGAN JAWATANKUASA

SYARIAH

FUNGSI TERAS & FUNGI

SAMPINGAN

o Pengawasan dan

pertanggungjawaban. Setiap

badan utama dalam institusi

zakat mempunyai peranan

yang tersendiri dan jelas.

Badan utama ini adalah

Lembaga Pengarah /

Pengurusan Tertinggi &

Jawatankuasa Syariah (atau

sekurang–kurangnya sesuatu

Unit Syariah dalaman)

o Kebebasan. Menekankan

peranan Lembaga Pengarah

dalam mengiktiraf

kebebasan Jawatankuasa

Syariah dalam menjalankan

tanggungjawab.

o Kompetensi. Menekankan

tentang keperluan / pra-

syarat dan tahap kompetensi

Jawatankuasa Syariah.

o Kerahsiaan dan Konsistensi

Menekankan kepentingan

memelihara kerahsiaan serta

konsistensi dalam

penghasilan keputusan atau

resolusi oleh Jawatankuasa

Penasihat

o Fungsi Kepatuhan Syariah

dan Fungsi Penyelidikan

Syariah

o Lembaga Pengarah sebagai

badan tertinggi

memastikan perlaksanaan

kepatuhan syariah.

o Jawatankuasa Syariah

sebagai badan tertinggi

(jika ada) dalam institusi

zakat menentukan

keputusan syariah.

(Tertakluk kepada fatwa

negeri).

o Pengurusan memastikan

Jawatankuasa Syariah

mendapat sokongan

sepenuhnya dalam

melaksanakan

tanggungjawab mereka.

o Fungsi Penyelidikan

Syariah melapor kepada

Jawatankuasa Syariah

o Fungsi Semakan Syariah

akan melapor kepada

Lembaga Pengarah (Jika

tiada Fungsi Audit Syariah

dan Fungsi Pengurusan

Risiko Syariah).

o Penyelidikan Syariah

(teras)

o Semakan Syariah (teras)

o Sekretariat Syariah (teras)

o Audit Syariah (pilihan)

o Pengurusan Risiko Syariah

(pilihan)

NOTA:

Kepatuhan syariah adalah

gabungan tiga fungsi iaitu

Semakan Syariah, Pengurusan

Risiko Syariah dan Audit

Syariah.

Namun fungsi yang paling asas

adalah Semakan Syariah yang

bersifat self – compliance oleh

“Unit Syariah” dalam sesebuah

IZ.

PERSAMAAN & PERBEZAAN IZ DAN IKI

Persamaan

Kedua-dua IZ dan IKI merupakan badan yang terlibat dalam perlaksaan kepatuhan

hukum Allah dalam bidang ibadah dan muamalat. Zakat sebagai ibadah maliiyah

ijtimaiyyah manakala IKI sebagai muamalat maliyyah yang umum.

172

Zakat berperanan melaksanakan syariat Allah dalam pemindahan sebahagian

harta pembayar zakat kepada penerima zakat melalui perantaraan amil. Manakala IKI

pula, melaksanakan pemindahan sumber kewangan daripada unit excess (pemegang

saham / pendeposit / pelabur) kepada unit defisit (peminjam) selaras dengan hukum

syarak.

Perbezaan

Penubuhan sebagi perniagaan berteraskan keuntungan. IKI sebagai alternatif kepada

institusi kewangan konvensional yang merupakan entiti korporat dengan pemilik atau

pemegang saham (samada persendirian atau senaraian awam) yang bertujuan mencari

keuntungan. Manakala di Malaysia, institusi zakat, dalam kepelbagaian bentuk swasta

milik Majlis Agama Islam Negeri–negeri (MAIN) ataupun sepenuhnya agensi

kerajaan, merupakan badan yang bukan mermotifkan keuntungan.

Fokus dalam IKI ialah kepada kepatuhan syariah dalam produk kewangan

merangkumi keseluruhan aspek, pembentukan, pemasaran dan keseluruhan

perlaksanaan produk kewangan tersebut10

. Manakala bagi IZ, fokus kepatuhan syariah

adalah dalam skop kutipan zakat, agihan zakat dan pentadbiran umum institusi zakat

tersebut.

Perbezaan seterusnya adalah zakat adalah bersifat tempatan atau lokal,

berdasarkan kepada prinsip ف قرائهم على وت رد أغنيائهم من yang diajarkan sendiri oleh ت ؤخذ

Rasulullah SAW kepada Saidina Muaz b Jabal semasa mengutuskan beliau ke

Yaman. Manakala bagi operasi muamalat maliyyah di IKI, tiada sebarang syarat

khusus berkenaan sempadan geografi yang mengikat dan terpulanglah kepada unit

excess, intermediari dan unit defisit dalam mencapai objektif kewangan masing-

masing.

SAMPEL POTENSI SKOP HISBAH ATAS OPERASI INSTITUSI AMIL

Dalam skop agihan semula zakat kepada pembayar, asas yang digunakan oleh IZ

dalam membenarkan pembayar mengagihkan semula sebahagian zakat kepada kaum

keluarga atau jiran atau kenalan ialah hadis berikut:

وا ودعوا الث لث فإن لم تدعوا أو قال أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا خرصتم فجذوا الث لث فدعوا الربع تجذ

Terjemahan: Rasulullah SAW telah memerintahkan kami, beliau bersabda:

"Apabila kalian telah memperkirakan buah yang ada di pohon maka

potonglah dan biarkan sepertiganya, apabila kalian tidak membiarkan atau

tidak memotong sepertiga maka tinggalkan seperempat. Riwayat Abu Daud

Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi menyatakan hadis tersebut sebagai asas kepada

amil untuk meninggalkan sepertiga atau seperempat kepada pemilik harta untuk

10

International Finance Council UK (IFC) & International Shariah Research Academy for Islamic

Finance (ISRA), 2012, “Enhancing Shariah Assurance – IFC & ISRA Joint Thought Leadership”,

ms 10

173

diagihkan kepada kaum keluarga atau jiran atau kenalan kepada pemilik harta

tersebut11

. Dalam konteks ini IZ perlu melakukan semakan syariah kerana terdapat

beberapa situasi dimana asnaf cadangan pembayar zakat bukanlah kaum keluarga atau

jiran atau kenalan ataupun pihak – pihak yang dikenali oleh pembayar, bahkan dalam

sesetengah kes, pembayar memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk mencari

dan menentukan siapakah penerima zakat yang mahu diserahkan agihan semula zakat

yang diperolehinya daripada institusi zakat. Ini merupakan contoh operasi agihan

zakat yang berkemungkinan berlaku situasi tidak patuh syariah.

Manakala dalam skop kutipan zakat oleh amil atau ejen kutipan yang dilantik

oleh IZ, amil atau ejen kutipan ini akan menerima mendapat upah dengan kadar yang

spesifik (contohnya 3.5%) daripada kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh agen-

agen ini. Terdapat isu bilamana agen kutipan zakat ini membayar zakat harta diri

mereka sendiri lalu menerima upah daripada bayaran zakat mereka sendiri.

Penulis berpandangan bahawa perbuatan mengambil upah daripada

pembayaran zakat diri sendiri ini adalah sama dengan perbuatan mengambil semula

zakat atau infaq yang jelas dilarang disisi syarak.

Larangan mengambil semula sedekah adalah dijelaskan dalam hadis larangan

Rasulullah SAW kepada Umar al Khattab r.a untuk membeli semula kuda beliau yang

telah diinfaqkan dijalan Allah12

. Sabda Rasulullah SAW:

"يئه ل تشتري، ول ت عد في صدقتك، وإن أعطاكه بدرهم، فإن العائد في صدقته كالعائد في ق "Terjemahan: “Kamu jangan beli. Kamu jangan ambil kembali sedekah

yang kamu beri sekalipun kamu memberi satu dirham sahaja. Kerana

orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti orang yang menelan

semula muntahnya”13

.

Walaupun zahir hadis menyebut larangan membeli, ia boleh difahami sebagai

larangan mendapatkan semula harta yang telah diinfaq samada secara belian atau

dengan cara lain. Ini juga selaras dengan sebuah hadis muttafaqun ‘alaih iaitu:

"صدقته كالكلب ي عود في ق يئه فإن العائد في" Terjemahan: “Barangsiapa yang mengambil kembali sadaqah (yang

diberikan olehnya) seumpama anjing yang menelan kembali muntahnya”

Pengajaran hadis ini adalah jika pengambilan semula sadaqah yang bersifat

sunat pun adalah suatu kesalahan, maka perbuatan mengambil semula zakat yang

wajib adalah jauh lebih besar kesalahannya. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab

11

Yusuf Qaradawi (terj), 2011, “Institusi Zakat Masa Kini, Bagaimana Menjayakannya”, Pusat Zakat

Selangor, ms 32 12

Ibnu Hajar Al ‘Asqalani (terj), 2011, “Fathul Bari Syarah Sahih al Bukhari”, Jilid 13, Pustaka Imam

Asy-Syafii, ms 476 13

ibid.

174

IZ untuk meneliti dan menyemak operasi kutipan zakat yang dibuat oleh amil / ejen

kutipan yang dilantik supaya tidak berlaku sebarang insiden ketidakpatuhan syariah.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian ini mendapati buat masa ini di Malaysia, tiada satupun polisi khusus

berkenaan tadbir urus syariah untuk institusi zakat kecuali kewujudan dokumen ZCP

terbitan bersama Sekretariat IRTI IDB, BI dan BAZNAS yang menjelaskan tentang

tadbir urus umum atau keseluruhan berkenaan pengawasan operasi institusi zakat.

Paradigma pengurusan syariah di IZ masih bertumpu kepada pencarian jawapan untuk

sesuatu isu / permasalahan syariah dan bukannya tentang pentadbiran keseluruhan hal

ehwal syariah di IZ. Oleh itu, penulis mencadangkan agenda TUS untuk IZ di negara

ini perlu dibangunkan dengan mengadaptasi tanda aras (benchmark) agenda TUS

yang sudah matang iaitu TUS untuk IKI yang diterbitkan oleh BNM. Namun secara

realistik, TUS untuk IZ perlu disesuaikan dengan ekosistem operasi IZ di negara ini

yang tertakluk dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri–negeri dan turut

diselaraskan dengan sais dan skala operasi sesuatu IZ.

Institusi zakat di Malaysia harus bersedia untuk melaksanakan tadbir urus

syariah yang jauh melangkaui amalan sedia ada yang hanya berpandukan kepada

fatwa oleh jawatankuasa fatwa negeri berkenaan dan penyertaan mufti negeri dalam

lembaga pengarah di institusi zakat masing–masing. Ini kerana tahap tadbir urus

syariah semasa di institusi zakat di Malaysia adalah masih tidak mencerminkan

agenda kepatuhan syariah secara holistik dan sistematik berbanding dengan amalan

tadbir urus syariah di institusi kewangan Islam.

RUJUKAN

Bank Negara Malaysia, “Shariah Governance Framework for Islamic Financial

Institutions” (SGF).

Ensiklopedia Hadis Kitab 9 Imam (Kutub Tis’ah) Online di http://app.lidwa.com/

Ibnu Hajar Al ‘Asqalani (terj), (2011). “Fathul Bari Syarah Sahih al Bukhari”, Jilid

13, Pustaka Imam Asy-Syafii.

Laman web https://www.gov.uk/government/publications/charity-commission-

governance-framework/governance-framework diakses pada 11 Julai 2017.

International Finance Council UK (IFC) & International Shariah Research Academy

for Islamic Finance (ISRA), (2012). “Enhancing Shariah Assurance – IFC &

SRA J int Th u ht L a rshi ”.

Islamic Financial Services Board (IFSB), “Guiding Principles on Shariah

Governance Systems for Institutions Offering Islamic Financial Services”

(IFSB 10).

Mohd Nazri Chik, 9 Mei 2011, “Shariah Audit: Shariah Perspective”, International

Shariah Audit Conference.

175

Mohd Nazri Bin Chik, 24th June 2013, “Shariah Framework & Governance In Bank

Islam”, Visitation by International Center for Development in Islamic Finance

– Indonesian Banking Development Institute (ICDIF-LPPI).

Sekretariat IRTI IDB, BI dan BAZNAS, (2016). Technical Notes on Good Amil

Governance for Zakat Institution.

Sekretariat IRTI IDB, Bank Indonesia dan BAZNAS, (2016). “Zakat Core Principles

– Core Principles for Effective Zakat Supervision (ZCP)”.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), (2006). “Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat

Syariah”.

Yusuf Qaradawi (terj), (2011). “Institusi Zakat Masa Kini, Bagaimana

Menjayakannya”, Pusat Zakat Selangor.

Bab 14 PELAKSANAAN KONSEP MAQASID SYARIAH DALAM

AGIHAN ZAKAT FAKIR MISKIN DI SELANGOR

Mohd Fariz bin Abdul Razak Eksekutif Kanan Syariah (Agihan) Lembaga Zakat Selangor.

Abstrak Al-Quran telah menetapkan zakat sebagai salah satu kefardhuan ke atas setiap orang Islam

untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang telah ditetapkan. Pendekatan maqasid syariah

dilihat sangat penting dalam pengagihan zakat kepada asnaf bagi memastikan agihan zakat

yang diberikan menepati kehendah syarak. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama

ada merangkumi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama,

nyawa, akal, keturunan dan harta. kajian ini membincangkan konsep maqasid syariah dalam

konteks agihan zakat dan memfokuskan kepada asnaf fakir dan miskin. Ia juga menilai

permasalahan yang berlaku di Selangor dalam menguruskan agihan zakat. Kajian ini

menggunakan pendekatan kualitatif dengan memberi penumpuan kepada kajian perpustakaan

dimana sumber dan data dianalisis secara kritis. Hasil kajian mendapati secara umumnya

skim-skim yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan

miskin merangkumi setiap aspek maqasid syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal,

keturunan dan harta dalam memenuhi keperluan fakir dan miskin di Selangor. Ketetapan ini

dibuat selaras dengan fiqh aulawiyat yang mampu menjadi contoh pelaksanaannya di institusi

amil yang lain.

Kata Kunci: Maqasid Syariah, Fakir, Miskin, Lembaga Zakat Selangor.

PENDAHULUAN

Islam menggariskan kehidupan manusia memerlukan lima perkara asas yang disebut

sebagai Maqasid Syariah yang menjadi tujuan syariah diturunkan kepada manusia.

Dalam Islam, keperluan hidup meliputi konsep yang lebih luas bukan sahaja

memenuhi keperluan jasmani (kebendaan) tetapi juga kerohanian. Kehidupan manusia

memerlukan lima perkara asas yang disebut sebagai Maqasid Syariah yang terdiri dari

agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh kerana Maqasid Syariah menjadi

tujuan syariah diturunkan kepada manusia maka matlamat bantuan zakat juga

mestilah untuk memenuhi Maqasid Syariah tersebut. Prinsip yang dinyatakan dalam

Maqasid syariat melihat kepada matlamat seseorang individu mestilah memenuhi 5

keperluan yang digariskan iaitu memelihara dan menjaga kesucian agama (hifz al-

din), menjamin keselamatan nyawa (hifz al-nafs), menjamin kemuliaan akal dan

fikiran (hifz al-aql), menjamin kehormatan dan maruah diri (hifz al-nasl) dan

menjamin kekayaan harta (hifz al-mal). Kegagalan dalam memahami prinsip maqasid

syariah akan mangakibatkan salah satu objektif agihan zakat gagal dilaksanakan iaitu

menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf di negeri Selangor sebagaimana

yang difardhukan oleh Allah (fatwa agihan 2013). Ini kerana setiap skim bantuan

yang disediakan perlulah melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah

iaitu memelihara agama, akal, nyawa, keturunan dan harta terutamanya asnaf fakir

miskin.

178

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dibuat secara kualitatif dengan memberi penumpuan kepada kajian

perpustakaan. Kaedah pengumpulan data menggunakan analisis dokumen, manakala

kaedah analisis data menggunakan pendekatan deskriptif. Selain membuat rujukan

terhadap artikel, jurnal, kitab dan kertas seminar, kajian ini memberikan penumpuan

kepada Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat 2013 dan Garis Panduan Agihan

Zakat Negeri Selangor sebagai sumber data yang utama dalam kajian ini. Ini kerana

kedua-dua sumber tersebut merupakan rujukan rasmi yang diguna pakai oleh

Lembaga Zakat Selangor (selepas ini dirujuk sebagai LZS) dalam menguruskan

agihan zakat di Selangor.

DEFINISI MAQASID SYARIAH

Al-Raisuni telah mentakrifkan maqasid syariah sebagai tujuan (sebenar) yang ingin

dihasilkan bagi ketetapan hukum syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan

manusia. (al-Raisuni, 1992). Secara umumnya, maqasid syariah bermaksud segala

tujuan di sebalik penciptaan syariat pada keseluruhannya dan di sebalik setiap hukum

di dalamnya secara satu persatu (Mahmood Zuhdi et al., 2012). Allah SWT

menjelaskan dalam al-Quran bahawa perutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk

kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam, sebagaimana firmanNya:

للعلمين ا أرسلنك إل رحمة وم Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

(Surah al-Anbiya’: 107) Tinjauan terhadap kedudukan maqasid syariah menurut perspektif syarak

menunjukkan bahawa setiap dalil syariat Islam dan hukumnya mempunyai maqasid

dan matlamat yang tertentu (al-Misawi, 1998). Justeru, tujuan pensyariatan hukum

adalah untuk kemaslahatan manusia di dunia hingga ke akhirat (al-Zuhaili, 1986).

Maqasid Syariah merupakan parameter dalam menilai sesuatu hukum yang

difatwakan. Usaha memahami sesuatu hukum mestilah seiring dengan kehendak

syarak serta mencapai piawaian maqasid yang selari dengan objektif syarak melalui

sumber perundangan al-Quran dan sunah (Ahmad Wifaq, 2016).

Matlamat utama syariat Islam diciptakan adalah untuk menghasilkan kebaikan

kepada manusia dan menolak keburukan daripada mereka املفاسدودرءاملصاحلجلب) ). Fuqaha

mentafsirkan kebaikan (maslahah) dan keburukan (mafsadah) merangkumi aspek

duniawi dan ukhrawi (al-Syatibi, 1996).

KONSEP MAQASID SYARIAH

Al-Raisuni (1992) membahagikan maqasid kepada tiga kategori iaitu al-maqasid al-

‘ammah (maqasid umum), al-maqasid al-khassah (maqasid khusus) dan al-maqasid

al-juz’iyyah (maqasid cabang).

179

Al-Maqasid al-‘ammah merujuk kepada maqasid syariah yang lebih umum,

iaitu keseluruhan syariah ini diturunkan adalah semata-mata bertujuan untuk menjaga

dan memelihara keamanan dan keharmonian kehidupan manusia. Manakala al-

maqasid al-khassah pula ialah hikmah-hikmah yang lebih khusus yang diambil kira

oleh syarak dalam menentukan sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu,

contohnya hukum kekeluargaan. Al-Maqasid al-juz’iyyah pula merupakan objektif

pecahan yang lebih kecil seperti hukum sunat melangsungkan perkahwinan dan

sebagainya (Mohd Fikri, 2012).

Ibn ‘Asyur menjelaskan bahawa al-maqasid al-‘ammah ialah pengertian dan

hikmah yang dapat diperhatikan pada semua atau sebahagian besar daripada hal ehwal

pensyariatan dan bukan khusus pada satu-satu jenis hukum sahaja (Ibn ‘Asyur, 1999).

Terdapat dua formula yang dihimpunkan dalam al-maqasid al- ‘ammah. Pertama, ia

dikenali sebagai al-dharuriyat al-khams ( الضرورياتاخلمس) , iaitu menjaga lima kepentingan

hidup, iaitu memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Kedua, formula

ataupun kaedah raf’ul haraj (احلرجرفع) yang bermaksud mengelakkan kesempitan

dengan menegakkan keadilan sesama manusia. Keadilan ini mampu mengeluarkan

manusia daripada runtunan hawa nafsu dan mengembalikannya kepada fitrah semula

jadi manusia yang sentiasa menginginkan kebaikan

Manakala Imam al-Syatibi (1996) pula menyatakan bahawa tahap kepentingan

manusia berbeza berdasarkan keperluan diri, sosioekonomi, latar belakang pendidikan

dan sebagainya. Syariat Islam bersifat dinamis dan fleksibel menyusun objektif

syariah selari dengan keperluan dan kepentingan manusia sejagat. Berdasarkan

perspektif syarak, maslahah tahap kepentingan yang perlu dijaga dikategorikan

kepada tiga bahagian, iaitu al-daruriyyat, al-hajiyyat dan al-tahsiniyyat (al-Syatibi,

1996), sebagaimana yang disepakati ulama seperti Imam al-Haramayn, al-Ghazali,

al’Izz al-Din ‘Abd al-Salam, al-Qarafi, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT DI SELANGOR

Pengurusan zakat di negeri Selangor diurus sepenuhnya meliputi kutipan dan agihan

zakat secara korporat oleh sebuah institusi yang dinamakan Lembaga Zakat Selangor

(LZS) yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 1994

kecuali pengurusan asnaf muallaf dan riqab yang masih dikendalikan oleh Sektor

Pembangunan Sosial MAIS . Walaupun pengurusan zakat diurus tadbir oleh LZS,

akan tetapi MAIS masih kekal sebagai pemegang amanah dan punca kuasa utama

bagi pihak DYMM Sultan Selangor sepertimana termaktub di bawah Seksyen 86

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu: Majlis hendaklah

berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar

di dalam Negeri Selangor mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia

Sultan (Ahmad Shahir 2016). Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah

melaksanakan pemindahan fungsi perkhidmatan yang berkaitan dengan pengurusan

180

agihan, bantuan kebajikan dan pendidikan bagi mualaf di negeri Selangor kepada LZS

berkuatkuasa pada 1 April 2017(MJKPS LZS 2017).

Dalam aspek agihan zakat, LZS memberikan penekanan kepada lima program

utama iaitu Program Pembangunan Sosial, Program Pembangunan Ekonomi, Pogram

Pembangunan Pendidikan, Program Pembangunan Institusi Agama dan Program

Pembangunan Insan. Melalui program ini, LZS telah merangka agenda dalam

membentuk asnaf yang bukan sahaja dapat mengeluarkan diri daripada kepompong

kemiskinan tetapi juga dapat memenuhi kehendak rohani dan menjadi insan yang

rabbani. Setiap program yang disusun ini akan memberi keutamaan kepada tiga asnaf

utama iaitu fakir, miskin dan mualaf. Pemilihan asnaf utama fakir miskin

dilaksanakan melalui jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan dan kelayakan mereka

dinilai berdasarkan haddul kifayah yang ditetapkan (Ahmad Shahir dan Adibah 2010).

Prestasi kutipan dan agihan zakat di Selangor meningkat saban tahun. Pada

tahun 2016, LZS telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di

negeri Selangor sebanyak RM697.5 juta berbanding RM676.0 juta pada tahun 2015.

Jumlah pengagihan ini dilihat meningkat sebanyak 3.2 peratus dengan perbezaan

sebanyak RM21.4 juta. Bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan pada tahun 2016

ialah seramai 13,522 keluarga. Manakala asnaf miskin adalah seramai 32,978

keluarga. Oleh itu jumlah keseluruhan fakir miskin adalah seramai 46,500 keluarga

iaitu peningkatan sebanyak 2,207 keluarga berbanding 44,293 keluarga tahun 2015.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

FAKIR MISKIN DI NEGERI SELANGOR

LZS telah mengguna pakai takrifan fakir miskin yang telah ditetapkan oleh fatwa

negeri Selangor. Asnaf fakir ialah “Orang Islam yang tiada harta atau pendapatan,

181

atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah

dirinya dan tanggungannya”. Kriteria fakir yang ditetapkan oleh fatwa Selangor ialah:

1. Orang yang tiada harta atau pendapatan kerana hilang upaya bekerja dengan

sebab :

i. Hilang keupayaan fizikal seperti tua, uzur, cacat, keilatan kekal, sakit

berpanjangan dan seumpamanya.

ii. Hilang keupayaan mental seperti gila, sakit mental, hilang ingatan dan

seumpamanya.

2. Orang yang ada harta atau pekerjaan atau pendapatan, tetapi tidak mencapai

50 peratus had kifayah dirinya dan tanggungannya.

3. Orang yang kehilangan sumber nafkah secara kekal dan tiada ahli keluarga

yang dapat menyara kehidupannya1.

4. Kefakiran berlaku bukan disebabkan malas bekerja atau tidak berusaha

mencari pekerjaan

5. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi masih tidak mencukupi

had kifayah.

Objektif agihan asnaf fakir yang digariskan oleh fatwa Selangor ialah:

1. Membantu memenuhi keperluan Had Kifayah asnaf.

2. Membantu meningkatkan pendapatan asnaf fakir yang berpotensi.

3. Membantu mengukuhkan kefahaman Islam, kerohanian dan asas-asas fardhu

ain.

4. Membantu meningkatkan tahap pendidikan, kemahiran dan sakhsiah diri asnaf

dan tanggungannya.

5. Membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi asnaf fakir melalui

pembinaan prasarana yang bersesuaian.

6. Pemberian bantuan adalah berdasarkan keperluan dan kelayakan.

7. Membantu asnaf yang berpotensi untuk keluar dari garis kefakiran.

Skim bantuan asnaf fakir:

a. Bantuan Sara Hidup

i. Kewangan Bulanan

ii. Makanan Bulanan

1 Contoh:

i. Wanita yang hilang tempat bergantung kerana suami meninggal dunia, ghaib, dipenjara atau ditahan

di pusat serenti.

ii. Wanita yang dianiaya dengan tidak diberikan nafkah oleh suami sama ada dalam tempoh

pernikahan atau selepas perceraian.

iii. Kanak-kanak yang hilang tempat bergantung kerana bapa / ibu meninggal dunia, ghaib, dipenjara

atau ditahan di pusat serenti.

iv. Kanak-kanak yang dianiayai kerana tidak diberikan nafkah oleh bapa, ibu atau penjaganya.

182

iii. Saguhati Ramadan / Hari Raya

iv. Sewa Rumah

v. Pembinaan Rumah Individu

vi. Membaik Pulih Rumah

vii. Kecemasan/Runcit

b. Bantuan Kesihatan

i. Rawatan dan Perubatan

c. Bantuan Kematian

i. Pengurusan Jenazah

d. Bantuan Program Pembangunan Insan

i. Program pemantapan aqidah

ii. Program penghayatan Islam

e. Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Insaniah (Tanggungan)

i. Yuran Sekolah Rendah / Menengah

ii. Keperluan Pendidikan

iii. Kursus / Latihan

iv. Pembiayaan / Dermasiswa Pelajaran

f. Bantuan Prasarana

i. Bantuan prasarana pusat-pusat kebajikan / perlindungan asnaf

ii. Kos pengurusan agihan secara manfaat

Takrif miskin ialah “orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang

hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi

masih belum mencukupi had kifayah”. Kriteria asnaf miskin yang ditetapkan oleh

fatwa Selangor ialah:

1. Orang yang memiliki harta atau pekerjaan atau pendapatan, tetapi tidak

mampu menampung Had Kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Harta atau pendapatan yang dimiliki hanya mampu menampung lebih 50

peratus keperluan asasi dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum

mencukupi had kifayah.

3. Orang yang memiliki harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk

menanggung kos keperluan asasi yang tinggi seperti kos rawatan atau

perubatan yang tinggi, tanggungan yang ramai dan seumpamanya.

4. Kemiskinan yang sementara atau mendesak2.

5. Orang yang kehilangan sumber nafkah secara sementara dan tiada ahli

keluarga yang dapat menyara kehidupannya3.

2 Contoh:

i. Orang yang musnah sebahagian hartanya dengan sebab kebakaran, banjir, kecurian, rompakan,

kemalangan, bencana atau seumpamanya.

ii. Orang yang hilang pendapatan dengan sebab diberhentikan kerja, kerugian dalam perniagaan atau

pekerjaan, tetapi mempunyai harta yang sedikit dan tidak mampu menampung keperluan asasi

dirinya dan tanggungannya.

183

6. Kemiskinan bukan disebabkan malas bekerja atau berusaha mencari

pekerjaan.

7. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi masih tidak mencukupi

Had Kifayah.

Objektif agihan asnaf miskin yang di gariskan oleh fatwa Selangor ialah:

1. Membantu memenuhi keperluan Had Kifayah.

2. Membantu meningkatkatkan tahap ekonomi dan pendapatan asnaf miskin

yang berpotensi.

3. Membantu mengukuhkan kefahaman Islam, kerohanian dan asas-asas fardhu

ain.

4. Membantu meningkatkan tahap pendidikan, kemahiran dan sakhsiah diri asnaf

dan tanggungannya.

5. Membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi asnaf fakir melalui pembinaan

prasarana yang bersesuaian.

6. Pemberian bantuan adalah berdasarkan keperluan dan kelayakan.

7. Membantu asnaf yang berpotensi untuk keluar dari garis kemiskinan.

8. Program ekonomi yang dapat menjana dan meningkatkan pendapatan isi

rumah bagi asnaf yang berpotensi.

Skim bantuan asnaf miskin:

a. Bantuan Sara Hidup

i. Makanan Bulanan

ii. Kewangan Bulanan

iii. Saguhati Ramadan / Hari Raya

iv. Sewa Rumah

v. Pembinaan & Baik Pulih Rumah Individu

vi. Pembiayaan Rumah Individu

vii. Kecemasan / Runcit

b. Bantuan Ekonomi (Asnaf berpotensi)

i. Modal Perniagaan

ii. Modal Perikanan

iii. Modal Penternakan

iv. Modal Pertanian

3 Contoh:

i. Wanita yang hilang tempat bergantung kerana suami meninggal, ghaib, dipenjara atau di pusat

serenti.

ii. Wanita yang dianiaya kerana tidak diberikan nafkah oleh suami sama ada dalam tempoh pernikahan

atau selepas perceraian.

iii. Kanak-kanak yang hilang tempat bergantung kerana bapa/ibu meninggal, ghaib, dipenjara atau di

pusat serenti.

iv. Kanak-kanak yang dianiayai kerana tidak diberikan nafkah oleh bapa, ibu atau penjaganya.

184

c. Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Insaniah (Asnaf & Tanggungan)

i. Yuran Sekolah Rendah / Menengah

ii. Keperluan Pendidikan

iii. Program pemantapan aqidah & pembangunan diri

iv. Program penghayatan Islam (termasuk program hari kebesaran Islam)

v. Pinjaman / dermasiswa Pelajaran

d. Bantuan Kematian

i. Pengurusan Jenazah

e. Bantuan Prasarana

i. Bantuan prasarana pusat-pusat kebajikan / perlindungan asnaf

ii. Kos pengurusan agihan secara manfaat

f. Bantuan Musibah

i. Kecemasan

ii. Kecemasan (Banjir)

iii. Kecemasan (Ribut)

iv. Kecemasan (Kebakaran)

LZS menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada asnaf zakat terutamanya

fakir miskin meliputi keperluan asas hidup seperti makan minum, tempat tinggal,

pendidikan, perubatan, pengangkutan pembangunan kerjaya dan modal insan. Setiap

bantuan (keperluan asas) terdapat jenis bantuan yang pelbagai dan tidak dikategorikan

mengikut keutamaan. Konsep mendahulukan perkara yang perlu didahulukan

(priority) juga dikenali sebagai aulawiyyat. Sebagaimana maslahah dibahagikan

kepada daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat, pendekatan yang sama perlu dilakukan

oleh LZS dalam agihan zakat. Ini kerana dikhuatiri kelemahan memahami maqasid

Syariah akan menyebabkan perkara yang perlu didahulukan tidak didahulukan.

Pusat Pengajian Sains Aktuari dari Universiti Teknologi MARA (UITM) telah

menjalankan satu kajian ke atas Zakat Selangor, bagi melihat berapakah jumlah wang

zakat yang diperlukan berdasarkan kepada pangkalan data asnaf dan trend agihan

yang dilaksanakan. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan bahawa, LZS

memerlukan sebanyak RM826 juta untuk menampung keperluan asnaf pada tahun

2016. Manakala pada tahun 2017, jumlah yang diunjurkan oleh kajian tersebut adalah

sebanyak RM1.019 billion (Kenyataan Akhbar 6 Mac 2017). Ia menjangkau

kemampuan kutipan zakat pada masa ini. Oleh itu, penyusunan semula skim bantuan

zakat adalah amat penting supaya LZS dapat menumpukan bantuan zakat kepada

fakir, miskin dan mualaf bagi memenuhi keperluan asas keluarga berpandukan kepada

maqasid syariah dan aulawiyat.

KONSEP MAQASID SYARIAH DALAM PENENTUAN SKIM BANTUAN

FAKIR MISKIN

Skim bantuan zakat khususnya fakir miskin perlu dilihat dalam konteks syarak

kemudian disesuaikan dengan keadaan semasa dan setempat. Pendekatan maqasid

syariah dilihat mampu mewujudkan satu model skim bantuan yang bertepatan dengan

185

kehendak Islam dan keperluan semasa. Skim bantuan fakir miskin yang berasaskan

maqasid syariah boleh diwujudkan dengan mengkategorikan item keperluan asas

kepada item daruriyyat, item keperluan tambahan kepada item hajiyyat dan item

keperluan pelengkap kepada item tahsiniyyat (rujuk Rajah 1).

Rajah 1: Prinsip Maqasid Syariah di LZS

Rajah 1 di atas menunjukkan prinsip maqasid syariah yang diamalkan di LZS

dalam menyediakan skim bantuan kepada asnaf mengikut tahap keperluan manusia.

Walau bagaimanapun, senarai item-item tersebut mungkin berubah mengikut keadaan

semasa dan setempat. Begitu juga dengan tahap keperluan manusia terhadap item-

item tersebut juga boleh berubah mengikut individu.

Daruriyyat

Al-daruriyyat merupakan keperluan sesuatu maslahah yang diperlukan dan dihajati

sehingga ke tahap darurat, iaitu satu keadaan yang sangat memerlukan dan mendesak

sehingga berada dalam keadaan yang merbahaya dan mengancam nyawa seseorang

apabila luputnya keperluan tersebut. Daruriyyat terdiri daripada perkara-perkara

utama dalam agama yang digelar al-daruriyyat al-khamsah, iaitu memelihara agama

(al-din), jiwa (al-nafs), akal (al-`aql), keturunan (al-nasl) dan harta (al-mal) (Izz al-

Din ‘Abd Aziz Ibn ‘Abd al-Salam t.th.)

Item-item yang dikategorikan sebagai keperluan asas (daruriyyat) termasuklah

makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan. Kelima-lima elemen

tersebut merupakan perkara asas yang sangat diperlukan oleh setiap individu bagi

mencapai maksud syarak. Makanan, tempat tinggal dan perubatan sebagai contoh

amat penting bagi pemeliharaan agama dan nyawa seseorang individu, manakala

pendidikan sangat penting untuk memelihara akal. Demikian juga pakaian penting

bagi memelihara keturunan dan harta.

186

Hajiyyat

Al-Hajiyyat merupakan sesuatu objektif atau tujuan yang diperlukan untuk mencapai

kelapangan dalam kehidupan, sekali gus menghilangkan kesempitan yang pada

kebiasaannya membawa kesusahan. Apabila maqsad itu tidak diambil perhatian, maka

banyak kesukaran akan dihadapi. Walaupun begitu, ia tidaklah sampai peringkat

darurat atau menghancurkan sistem kehidupan manusia secara keseluruhannya (al-

Syatibi, 1996).

Pengangkutan, utiliti dan komunikasi merupakan item yang dikategorikan

sebagai keperluan tambahan kepada seseorang individu. Ketiga-tiga item ini

memberikan kemudahan dan keselesaan kepada manusia. Sebaliknya, jika ketiga-tiga

item tersebut tidak dipenuhi akan mendatangkan kesulitan dan kesusahan kepada

manusia namun tidak membawa kepada kemudaratan yang boleh mengancam agama,

nyawa, akal, keturunan dan harta secara langsung.

Tahsiniyyat

Al-Tahsiniyyat merupakan perbuatan melakukan sesuatu amalan atau adat yang baik

dan terpuji serta menjauhi perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh akal yang

sempurna (al-Syatibi, 1996). Al-Ghazali berpendapat bahawa kepentingan tahsiniyyat

ialah membantu dan menampung dalam usaha mencapai keperluan biasa dan

kepentingan asas, iaitu bersifat pelengkap kepada pencapaian hajiyyat dan daruriyyat

(Al-Ghazali, 1993).

KESIMPULAN

Maqasid Syariah adalah objektif yang ingin dicapai oleh syarak dalam semua

peringkat hukum sama ada secara umum, khusus atau juz’ī. Penentuan hukum

berasaskan maqasid Syariah bermaksud penentuan hukum bersandarkan kepada

objektif yang diyakini menjadi kehendak syarak melalui himpunan nas-nas syarak

yang khusus. Komponen penting dalam maqasid syariah membuktikan bahawa Islam

adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensif dan relevan pada bila-bila masa.

Bagi memastikan agihan zakat diurus dengan baik, adil dan amanah, LZS menjadikan

maqasid syariah sebagai dasar dalam menguruskan agihan zakat dengan mengambil

kira lima aspek keutamaan dalam al-Dharuriyyat al-Khams bermula daripada

pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan

keturunan dan pemeliharaan harta. Oleh itu, dalam mendepani cabaran dan

peningkatan asnaf fakir miskin saban tahun, LZS sentiasa melaksanakan

penambahbaikan dan semakan semula skim bantuan berdasarkan keutamaan dalam

lima aspek pemeliharaan ini supaya matlamat dan objektif agihan yang digariskan

oleh syarak terlaksana. Ini bertujuan membolehkan kelapan-lapan asnaf di Selangor

memperolehi manfaat daripada zakat yang diuruskan oleh LZS dengan efisyen yang

berteraskan panduan syarak.

187

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Ahmad Shahir bin Makhtar dan Adibah bt Abdul Wahab. (2010). Pengurusan Zakat

di Negeri Selangor: Isu dan Cabaran. Konvensyen Kebangsaan Perancangan

dan Pengurusan Harta Dalam Islam.

Ahmad Shahir bin Makhtar, Shofian bin Ahmad, Mat Noor bin Mat Zain & Zaini bin

Nasohah. (2016). Transformasi institusi zakat di Malaysia: kajian berkaitan

pengurusan dan sistem perundangan. Persidangan Antarabangsa

Perundangan Islam, 485-498.

Ahmad Wifaq Mokhtar. (2016). Parameter (al-Dhawabit) Maqasid al-Shari’ah dalam

Pentadbiran Negara”. S minar Nasi nal Maqasi al-Shari’ah 2016 Maqasi

al-Shari’ah & Fiqh D m krasi. Shah Alam: Selangor: Institut Darul Ehsan.

Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad. (1993). al-Mustasfa min ‘ lm al-Usul.

Baghdad: Maktabat al-Muthanna.

Al-Misawi, Mohammad al-Tahir. (1998). n ’Asyur wa Kita uhu Maqasi al-

Syariah al-Islamiyyah. Kuala Lumpur: Dar al-Basyair li al-Intaj al-Ilmi.

Al-Raisuni, Ahmad. (1992). Nazariyyat al-Maqasi ’n a al-Imam al-Syatibi. Beirut:

al-Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami.

Al-Syatibi. (1996). al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Al-Zuhaili, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor. (2013). Jabatan Mufti

Negeri Selangor.

Garis Panduan Agihan Zakat Negeri Selangor. Lembaga Zakat Selangor.

Ibn ‘Asyur, Muhammad al-Tahir. (1999). Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut:

Dar Salam.

Izz al-Din, Abd Aziz Ibn Abd al-Salam. (t.th). Qawa’i al-Ahkam fi Masalih al-

Anam. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Kenyataan Akhbar 6 mac (2017). Kenyataan akhbar Yang Amat Dihormati Dato’

Setia Haji Mohammad Adzib Bin Mohd Isa Pengerusi Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) mengenai pencapaian agihan dan kutipan zakat 2016.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Wok Mahmud & Akhtarzaite Abdul Aziz.

(2012). Maqasid al-Syari’ah. Selangor: IIUM Press.

MJKPS LZS 2017. Mesyuarat Jawatan Kuasa Penasihat Syariah LZS BIL 14/2/2017.

Kertas kajian keutamaan jenis bantuan asnaf mualaf Lembaga Zakat Selangor

(MAIS).

Mohd Fikri Che Hussain. (2012). Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah. Johor Bharu:

Jahabersa.

Bab 15 PENGURUSAN TADBIR URUS SYARIAH: PENGALAMAN

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Adibah Abdul Wahab Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor. [email protected]

Abstrak Tadbir urus merupakan asas dalam pengurusan terbaik sesebuah organisasi. Manakala tadbir

urus syariah merupakan tunjang dalam gerak kerja memastikan institusi zakat ditadbir dengan

terbaik. Kajian ini dibuat bagi mengetahui mekanisma tadbir urus syariah yang menjadi

amalan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan membuat perbandingan dengan amalan terbaik

tadbir urus syariah di Malaysia iaitu Kerangka Tadbir Urus Syariah Institusi Kewangan Islam

yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sumber kajian ini adalah daripada

kajian perpustakaan melalui rujukan kepada kajian yang lalu, bahan yang diterbitkan dan

dokumen yang tidak diterbitkan. Hasil kajian mendapati LZS telah mengambil banyak

langkah proaktif dalam aspek tadbir urus syariah terutamanya dari aspek mewujudkan

pengawasan syariah dan kajian syariah. Dari aspek pengawasan syariah, LZS telah

melibatkan Mufti Selangor sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) semenjak

penubuhan. LZS juga mempunyai Jawatankuasa Penasihat Syariah dan menubuhkan satu

fungsi khas di dalam struktur organisasi Divisyen Dakwah dan Syariah. LZS juga mempunyai

pasukan penyelidikan syariah bagi menguruskan isu-isu syariah yang dihadapi oleh LZS. LZS

juga telah mengambil kira pengurusan risiko syariah dan kepatuhan syariah di dalam

kerangka pengurusan risiko dan kepatuhan LZS. LZS didapati terus memperkemaskan gerak

kerja pengurusan syariah dengan menjadikan amalan terbaik tadbir urus di Malaysia sebagai

tanda aras dalam membuat penambahbaikan dari seluruh aspek sama ada operasi kutipan,

operasi agihan dan hal ehwal pentadbiran. Kajian ini memberi sumbangan kepada khazanah

ilmu berkaitan tadbir urus syariah dalam konteks pengurusan institusi zakat. Kajian ini

menyarankan supaya institusi zakat di Malaysia mengadaptasi kerangka tadbir urus syariah di

negeri masing-masing.

Kata Kunci: Tadbir urus syariah, Amalan, Institusi zakat, Lembaga Zakat Selangor.

PENDAHULUAN

Institusi zakat merupakan institusi ibadah yang diwarisi daripada junjungan nabi

Muhammad SAW. Institusi zakat bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan

terhadap prinsip syariah dari semua aspek sama ada perkhidmatan, operasi kutipan,

operasi agihan dan amalan pengurusan. Kajian ini memilih LZS sebagai objek kajian

kerana LZS merupakan institusi zakat yang menguruskan kutipan dan agihan zakat

yang paling tinggi di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui, membuat

penilaian dan cadangan penambahanbaikan terhadap pelaksanaan gerak kerja

pengurusan syariah oleh LZS. Data kajian ini diperolehi dengan merujuk kepada

pelbagai sumber iaitu buku, tesis, artikel, dokumen yang diterbitkan dan tidak

diterbitkan. Kajian ini turut memanfaatkan pengalaman penyelidik selaku personel

yang terlibat secara langsung dengan subjek kajian di LZS.

190

KEDUDUKAN AMIL DI DALAM PENGURUSAN ZAKAT

Nabi Muhammad SAW telah memberi panduan dalam menguruskan institusi zakat

dengan mewujudkan satu perjawatan atau peranan iaitu amil. Baginda telah melantik

Mu’az bin Jabal ke Yaman bagi mengutip zakat di kalangan orang kaya sebagaimana

maksud hadis:

“Beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan, pada harta

mereka zakat yang dipungut dan orang-orang di kalangan mereka untuk

diberikan kepada orang-orang fakir di kalangan mereka” (Sahih Bukhari:

No.1395).

Selain Muaz, nabi Muhammad SAW telah melantik ramai sahabat baginda

SAW sebagai petugas zakat (amil), seperti al-Lutbiyyah sebagai petugas segala

urusan zakat (Sahih Bukhari: No.1500). Ibnu Sa’ad juga ada menceritakan nabi

Muhammad SAW mengutus petugas-petugas zakat kepada pelbagai kabilah bangsa

Arab di pendalaman seperti Uyaynah bin Hishn diutus kepada Bani Tamim, Buraidah

bin Hasib diutus kepada Bani Aslam dan Bani Ghifar, Ahmad bin Bishr Ashbili

diutus kepada Bani Sulaim dan Bani Muzainah, Busr bin Sufyan al-Kati diutus

kepada Bani Ka’ab, Amr bin al-As diutus kepada Bani Fazanah, Dahhak bin Sufyan

al-Kilab diutus kepada Bani Kilab dan sebagainya. Ibnu Ishaq menjelaskan bahawa

nabi Muhammad SAW juga ada menghantar golongan lain sebagai petugas zakat ke

daerah dan suku lain di Semenanjung Tanah Arab seperti Ala bin Hadrami diutus ke

Bahrain, Muhajir bin Abu Umayyah diutus ke daerah Sana, Ziyad bin Lahid diutus ke

Hadramaut, Adi bin Hatim diutus kepada Bani Thay dan Bani Asad. (Mohammad

Uda Kasim, 2005). Perlantikan-perlantikan ini membuktikan bahawa nabi

mengajarkan bahawa pembayaran zakat hendaklah dibuat kepada para amil yang

dilantik.

TUNTUTAN PENGURUSAN ZAKAT PERLU DITADBIR DENGAN BAIK

Para amil itu hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang kuat keimanannya,

berilmu terutamanya dalam fikah zakat dan mampu menanggung amanah harta

dengan tahap akauntabiliti yang tinggi. Ini kerana, apabila wang zakat sudah

diberikan kepada pihak amil, maka terlepaslah sudah beban di pundak para muzakki.

Kala itu, yang bertanggungjawab ke atas harta zakat adalah para amil yang

diamanahkan untuk mengelolakannya secara betul dan telus. Kegagalan para amil

atau pengurus zakat dalam menanggung amanah ini, bermakna berdosalah mereka di

sisi Allah SWT (Yusuf al-Qaradawi, 2006) sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh

Anas bin Malek yang bermaksud:

“Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apabila aku

menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku sudah bebas daripada

tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya?” Rasulullah SAW

menjawab: “Benar, apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada

utusanku maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada

191

Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahalanya, sedang

dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya” (Imam Ahmad).

Amil juga hendaklah berhati-hati supaya tidak mengambil harta zakat yang

tidak dihalalkan untuknya. Rasulullah SAW telah mengutuskan Ibnu Al-Latbiyyah

sebagai amil untuk mengutip zakat. Setelah ia kembali, 333ia telah menyerahkan

harta zakat kepada Rasulullah SAW dengan berkata: “Ini adalah untuk tuan dan yang

ini dihadiahkan kepadaku. Lalu, baginda Rasulullah SAW telah naik ke mimbar dan

bersabda: “Demi Allah, tiada sesuatupun yang diambil oleh seseorang dari engkau

semua yang tidak dengan haknya, melainkan ia akan menemui Allah Ta'ala, barang

itu akan dibawanya pada hari kiamat. Sungguh-sungguh saya tidak akan mengenal

seseorang dari engkau semua yang menemui Allah itu dengan membawa seekor unta

sambil bersuara, atau membawa seekor lembu sambil menguak atau seekor kambing

sambil mengembik. Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya sehingga

terlihatlah putihnya kedua ketiak beliau itu lalu bersabda: “Ya Allah, bukankah hal ini

telah aku sampaikan.”

Dari A’di bin A’mirah Al-Kindi RA katanya: Saya mendengar Rasulullah

SAW bersabda “Barangsiapa yang kami lantik di antara kalian sebagai petugas atas

sesuatu pekerjaan, kemudian menyembunyikan dari kami sebuah jarum, apa lagi yang

lebih besar dari jarum itu, maka hal itu adalah sebagai pengkhianatan yang akan

dibawanya sendiri pada hari kiamat.” Kemudian ada seorang lelaki berkulit hitam dari

kaum Ansar berdiri, seolah-olah saya pernah melihat padanya, lalu ia berkata: “Ya

Rasulullah terimalah kembali tugas yang engkau serahkan itu daripadaku (maksudnya

ia mohon dihentikan sebab takut akan berbuat serong sebagai petugas). Rasulullah

SAW bertanya: Mengapa engkau? Ia menjawab: Aku mendengar engkau bersabda

demikian, lalu Rasulullah SAW bersabda pula: “Aku berkata sekarang: “Barangsiapa

yang kami lantik sebagai petugas dari kalangan kamu semua untuk melaksanakan

sesuatu pekerjaan, maka hendaklah datang kepada kami dengan membawa hasilnya

samada sedikit atau hasil banyak. Maka apa-apa yang diberikan padanya ambillah ia,

dan apa-apa yang dilarang janganlah diambilnya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu

Daud).

Institusi zakat perlu memastikan tadbir urus pengurusan zakat dilaksanakan

dengan sebaiknya. Ini diperkukuhkan lagi apabila zakat merupakan satu ibadah,

malah ia menjadi rukun Islam. Tadbir urus terbaik terutama dari aspek pengurusan

syariah adalah sesuatu yang tiada kompromi.

TADBIR URUS SYARIAH

Di Malaysia, pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengawal selia sistem kewangan

Islam. Beberapa undang-undang telah diluluskan dan ditambah baik di parlimen sejak

tahun 1983 iaitu Akta Perbankan Islam 1983, Akta Takaful 1984, Akta Perbankan dan

Institusi Kewangan 1983, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Akta Bank Negara

Malaysia 1958 telah dipinda pada tahun 2003 dengan memberikan peranan dan fungsi

yang lebih besar kepada Penasihat Syariah sebagai tempat rujukan oleh mahkamah

192

jika ada kes berkaitan isu syariah. Selain itu Bank Negara Malaysia (BNM) telah

mengeluarkan Guidelines on the Disclosure of Reports and Financial Statements of

Islamic Banks (BNM/GPS8-i) dan Guidelines on the Governance of Sharia

Committee untuk IKI yang dikenali dengan BNM/GPS1. Manakala Suruhanjaya

Sekuriti Malaysia pula telah mengeluarkan Registration of Sharia Advisers Guidelines

2009 yang menggariskan kriteria pendaftaran Penasihat Syariah untuk sektor pasaran

modal. Selain itu, BNM dengan kerjasama kehakiman telah menubuhkan Mahkamah

Tinggi khas bagi membicarakan kes berkaitan Perbankan Islam mulai tahun 2003

(Zulkifli Hasan, 2010). Kini IKI bernaung di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

Rujukan utama terhadap tadbir urus syariah boleh dibuat terhadap amalan

Insitusi Kewangan Islam (IKI) kerana IKI telah mempunyai satu kerangka tadbir urus

syariah yang mantap. Kerangka tadbir urus syariah IKI ini telah dibangunkan Bank

Negara pada tahun 2010 dan telah diimplementasi oleh mulai 1 Januari 2011. Tadbir

urus syariah dalam sesebuah institusi kewangan Islam ini merupakan teras yang

membezakan operasi perbankan Islam jika dibandingkan dengan perbankan

konvensional. Melalui tadbir urus syariah inilah institusi kewangan Islam dapat

memastikan seluruh operasi perniagaannya mematuhi prinsip syariah.

Tadbir Urus Syariah ini menjadi kerangka peraturan (regulatory framework)

dan dapat membantu usaha memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap

sistem kewangan Islam. Tindakan ini dapat memacu perkembangan dan kemajuan

sektor industri kewangan Islam seara langsung. Rangka kerja tadbir urus syariah yang

dikeluarkan BNM (2011) adalah merupakan satu dasar yang perlu diperincikan gerak

kerja perlaksanaannya oleh IKI (M. Faiz M. Yusof et al., 2013). Rangka kerja Syariah

ini memberi penekanan kepada peranan dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah,

jawatankuasa penasihat syariah dan pengurusan dalam perkara yang berkaitan dengan

hal ehwal syariah termasuk memperkasa organ utama yang melaksanakan kepatuhan

syariah dan kajian syariah (Zulkarnain M.S. et al., 2015).

Rangka kerja tadbir urus Syariah ialah suatu pengaturan organisasi bagi

sesebuah institusi bagi memastikan keberkesanan pengawasan, tanggungjawab dan

akauntabaliti lembaga pengarah, pihak pengurusan dan jawatankuasa Syariah untuk

menjurus kepada persekitaran operasi yang sentiasa patuh kepada prinsip-prinsip

Syariah. Rangka kerja tadbir urus Syariah adalah bagi memenuhi objektif berikut:

a. Menggariskan jangkaan ke atas institusi amil berhubung dengan struktur,

proses dan pengaturan tadbir urus Syariah degan matlamat untuk memastikan

semua operasi dan aktivitinya sentiasa selaras dengan prinsip Syariah.

b. Menyediakan panduan menyeluruh kepada lembaga pengarah, jawatankuasa

Syariah dan pihak pengurusan institusi amil dalam melaksanakan

tanggungjwabnya berkaitan hal ehwal Syariah.

c. Memastikan pematuhan Syariah yang betul menerusi fungsi penilaian Syariah

dan fungsi audit Syariah yang berkesan.

193

Rajah 1: Model Rangka kerja Tadbir Urus Syariah Institusi Kewangan Islam

Terdapat dua peringkat tadbir urus syariah di IKI iaitu, Majlis Penasihat

Syariah Bank Negara yang menjadi penasihat secara keseluruhan dan peringkat kedua

adalah Penasihat Syariah di setiap IKI yang beroperasi. Penasihat syariah diberi kuasa

mutlak dalam menentukan perkara-perkara yang berkaitan isu kewangan syariah sama

ada dalam konteks operasi, aktiviti dan transaksi. Pada masa yang sama penasihat

syariah diberikan mandat untuk menyediakan panduan-panduan bagi perkara yang

berkaitan syariah. Ia adalah badan tertinggi yang berwibawa untuk memutuskan

semua perkara berkaitan Syariah. Jawatankuasa Penasihat Syariah mempunyai

peranan sebagaimana berikut:

a. Menentukan hukum Syariah berkaitan perkara-perkara pengurusan zakat dan

mengeluarkan keputusan apabila perkara tersebut dirujuk kepadanya.

b. Menasihati institusi amil mengenai isu-isu Syariah yang berhubung dengan

operasi atau aktiviti kutipan dan agihan zakat.

Anggota Jawatankuasa Penasihat Syariah mestilah terdiri dari kalangan

mereka yang berkelayakan dalam bidang Syariah atau mereka yang berpengetahuan

atau berpengalaman dalam Syariah, perbankan, kewangan, undang-undang atau

bidang lain yang berkaitan.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pemastian syariah di dalam sesebuah

organisasi adalah terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan

Risiko, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Pihak pengurusan.

Kerangka ini turut menetapkan garisan komunikasi di antara semua yang terlibat

(Bank Negara, 2010). Terdapat empat fungsi utama berkaitan syariah iaitu:

194

a. Pengurusan Risiko Syariah: Ia bertujuan untuk mengenal pasti semua

kemungkinan risiko ketidakpatuhan Syariah, dan sekiranya perlu

mencadangkan langkah pemulihan bagi mengurus risiko ini.

b. Semakan Syariah: Ia bertujuan untuk menyemak secara berterusan aspek

pematuhan Syariah dalam setiap aktiviti dan operasi organisasi. Apabila

ketidakpatuhan dikenal pasti, institusi amil dikehendaki mengambil langkah

pembetulan dengan segera dan mewujudkan mekanisme bagi mengelakkan

kejadian tersebut daripada berulang.

c. Kajian Syariah: Ia bertujuan untuk menjalankan penyelidikan Syariah dengan

mendalam sebelum dikemukakan kepada jawatankuasa Syariah.

d. Audit Syariah: Ia bertujuan untuk menjalankan audit tahunan untuk memberi

penilaian bebas tentang kecukupan dan pematuhan organisasi terhadap dasar

dan tatacara yang ditetapkan dan kecukupan proses tadbir urus Syariah.

Selain itu kerangka urustadbir syariah oleh BNM telah menggariskan tujuk

prinsip iaitu:

Prinsip 1: Ahli Lembaga Pengarah IKI hendaklah mewujudkan kerangka Tadbir Urus

Syariah masing-masing di mana mereka dapat mengurus risiko ketidakpatuhan

syariah dan implikasinya.

Prinsip 2: Kuasa mutlak terhadap kepatuhan syariah adalah tanggungjawab Ahli

Lembaga Pengarah walaupun Jawatankuasa Penasihat Syariah memainkan peranan

utama dalam memastikan kepatuhan di mana ahli jawatankuasa penasihat syariah

hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lima orang dan majoriti yang

berlatarbelakangkan syariah.

Prinsip 3: Jawatankuasa penasihat syariah perlulah bebas dalam membuat keputusan

yang objektif.

Prinsip 4: indivisu yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan syariah perlu

mempunyai kompetensi yang bersesuaian dan sentisa meningkatkan pengetahuan dan

kefahaman dalam bidang syariah khususnya dalam bidang system kewangan Islam.

Prinsip 5: Maklumat yang dibekalkan kepada Jawatankuasa Penasihat Syariah adalah

sulit dan tidak disalahgunakan.

Prinsip 6: Etika professional, kewibawaan dan konsistensi hendaklah dipastikan

dalam usaha memastikan kepatuhan syariah.

Prinssip 7: Fungsi kepatuhan syariah yang mencakupi fungsi semakan syariah dan

fungsi audit yang disokong oleh kawalan proses pengurusan risiko dan kapasiti kajian

dalaman hendaklah dilaksanakan dengan cekap.

Selain BNM, Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah mengikut jejak

langkah BNM dengan membangunkan GP28: Garis Panduan Tadbir Urus Syariah.

Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta)

untuk mengawal selia koperasi yang mempunyai dua skop utama iaitu (a)

195

pembentukan jawatankuasa Syariah; dan (b) tadbir urus Syariah koperasi. Pekeliling

garis panduan ini dibuat pada 14 Mei 2015 dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2015.

PENGURUSAN SYARIAH DI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Sejarah Penubuhan

Pengkorporatan pengurusan zakat di negeri Selangor bermula apabila MAIS

menubuhkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIS pada 15 Februari 1994 dengan nama

daftar syarikat MAIS Zakat Sdn Bhd. PPZ MAIS yang namanya ditukar kepada Pusat

Zakat Selangor (PZS) merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIS.

Semasa penubuhan lagi MAIS telah memperkasa pengurusan syariah dengan

melantik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor pada masa itu iaitu Dato Hj.

Nahrawi Hj. Hashim selaku Pengerusi Lembaga Pengarah dan almarhum Dato’ Hj.

Ishak bin Baharom (Mufti Selangor) sebagai ahli. Di samping itu ahli yang lain

adalah Dato’ Ahmadi bin Asnawi (Penasihat Undang-undang Negeri Selangor)

Othman bin Jantan (Bendahari Selangor) dan Dr. Ahmad Sobri bin Solamon

(Agamawan). (Ahmad Shahir, 2017). Berdasarkan kepada komposisi ahli lembaga

pengarah, jelas usaha MAIS dalam memastikan pengurusan zakat di Selangor dipandu

berasaskan gerak kerja syariah. Usaha menambahbaik pengurusan syariah telah dibuat

dengan persetujuan ahli lembaga pengarah untuk melantik penasihat syariah adalah

dalam mesyuarat pada 12 Oktober 1998 namun usaha ini tidak dapat dijayakan kerana

terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Gerak kerja pengurusan syariah

diteruskan terutama dalam konteks kajian Syariah.

Antara hasil kajian syariah yang memberikan impak utama adalah kajian

mengenai kewajipan Zakat Pendapatan yang telah diluluskan oleh jawatankuasa

Fatwa pada tahun 1998. Memandangkan banyak isu syairah yang perlu diuruskan,

LZS mewujudkan satu bahagian yang dinamakan Unit Penyelidikan dan

Pembangunan Syarie di bawah Bahagian Pembangunan Korporat mulai tahun 2000.

Kajian utama yang dihasilkan adalah dengan mengemaskini Fatwa Sistem Pengurusan

Agihan Zakat dan hasil kajian ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa pada

tahun 2003. Fatwa ini menjadi dokumen asas kepada LZS dalam membuat takrifan

asnaf, kriteria asnaf yang layak menerika zakat dan bantuan-bantuan yang layak

diberikan kepada pada asnaf.

Gerak kerja intensif LZS dalam konteks memperkasa keseluruhan fungsi

syariah adalah bermula daripada tahun 2012 iaitu dengan penubuhan Jawatankuasa

Penasihat Syariah.

Ahli Lembaga Pengarah

LZS dikawal selia oleh Ahli Lembaha Pemegang Amanah (ALPA) dan bukannya

Ahli Lembaga Pengarah. Ini adalah kerana LZS ditubuhkan di bawah Akta Pemegang

Amanah (Permerbadanan) 1952. ALPA LZS dianggotai oleh Mufti Selangor. Jawatan

196

ini secara langsung akan membantu ALPA membuat keputusan yang selari dengan

kehendak syarak.

Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS)

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah memulakan tugas pertama pada 22 Jun

2012. LZS telah membangunkan satu dokumen yang dinamakan Terma Rujukan yang

menggariskan lima perkara asas tentang penubuhan JKPS iaitu obkektif, fungsi &

tanggungjawab, perlantikan & keahlian, kuasa dan pengendalian mesyuarat. Ia juga

berperanan sebagai penimbang tara dalam penafsiran prinsip Syariah berkaitan hal

ehwal pengurusan zakat selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Menurut Terma Rujukan LZS, objektif penubuhannya adalah sebagaimana

berikut:

a. Menjadi badan penasihat kepada Lembaga Pemegang Amanah dan

pengurusan LZS jika melibatkan isu-isu berkaitan syariah hal ehwal operasi

semasa LZS; dan

b. Memastikan prinsip-prinsip syariah diguna pakai sebagai asas kepada amalan

kutipan dan agihan zakat mengikut fatwa negeri Selangor.

Kedua objektif ini diterjemahkan kepada fungsi sebagaimana berikut:-

a. Memastikan, menyemak, menyokong dan mengesahkan hal ehwal operasi

organisasi LZS adalah mematuhi keperluan Syariah;

b. Membuat semakan dan menyokong dasar, polisi, prosedur dan garispanduan

syariah; dan

c. Mengesahkan segala jawapan yang dikeluarkan oleh LZS hasil pertanyaan

masyarkat yang berkaitan hal ehwal zakat.

Sehingga tarikh kajian JKPS telah bersidang sebanyak 14 kali. Dengan

tertubuhnya satu divisyen baru iaitu Divisyen Dakwah dan Syariah, pengurusan

syariah di LZS semakin giat. Ini menjadikan kekerapan mesyuarat telah dibuat secara

berjadual iaitu setiap 3 bulan iaitu 4 kali setahun.

Sekretariat Syariah

LZS telah mewujudkan satu divisyen khusus bagi mengendalikan hal ehwal syariah

yang dinamakan Divisyen Dakwah dan Syariah. Divisyen ini berfungsi sebagai

sekretariat dalam hal ehwal syariah. Divisyen yang mula beroperasi April 2016 ini

bertangugungjawab untuk memberi konsultansi berkaitan isu syariah, memantau

kepatuhan syariah di LZS, memberikan penyelesaian isu syariah, menghasilkan kajian

syariah yang diperlukan oleh organisasi, membuat semakan syariah terhadap aktiviti

atau gerak kerja organisasi, menangani risiko syariah dan kepatuhan syariah. Namun

begitu pada peringkat awal penubuhan gerak kerja memberikan penumpuan kepada

membangunkan rangka kerja tadbir urus syariah dan memantapkan kajian syariah.

197

Kajian Syariah

Kajian syariah mengenai zakat dikembangkan lagi kepada tiga skop utama iaitu kajian

kutipan zakat, kajian agihan zakat dan kajian berkaitan pentadbiran zakat. Melalui

pengkhususan ini, tiga skop ini dapat dilihat secara eksklusif supaya penelitian dapat

dibuat terhadap keseluruhan operasi LZS di mana pengurusan zakat dilihat semakin

kompleks lantaran skala operasi yang semakin meningkat sama ada dari aspek kutipan

dan agihan. Kajian syariah dalam tiga bentuk sebagaimana berikut:

a. Operasi rutin: Kajian yang dibuat bagi menuhi keperluan rutin operasi seperti

berikut: kajian penetapan kadar nisab dan kajian penentuan kadar fitrah

b. Penambahbaikan: Kajian ini dibuat menambah baik ketetapan syariah atau

gerak kerja sedia ada seperti Kajian Semakan Semula Kadar Uruf Bagi

Pengiraan Zakat Emas, Kajian Semakan Semula Terhadap Kadar had Kifayah,

Kajian Harta Pemberian (Atiyah) sebagai Mal Mustafad, Kajian Zakat

Terhadap Harta Yang Diperolehi Secara Hutang dan Kajian Semakan

Pengiraan Zakat Padi

c. Penemuan baru: Kajian ini dibuat apabila tiada ketetapan syariah sebelum ini

mengenai pekara yang dihadapi atau terdapat permasalahan baru atau peluang

baru yang memerlukan ketetapan syariah. Kajian berbentuk penemuan baru ini

merupakan gerak kerja. Contoh kajian yang telah dibuat adalah:

• Kajian Kaedah Membuat Anggaran Pemilikan Muslim dalam Pengiraan

Zakat Syarikat.

• Kajian Penentuan Keutamaan dalam Pengagihan Zakat.

• Kajian Panduan Syariah dalam Membangunkan Asnaf Fakir dan Miskin.

• Kajian Mengenakan Ta’widh dan Ggaramah Kepada Pembekal.

• Kajian Garispanduan Syariah Terhadap Peraduan Zakat.

• Hukum Kutipan Zakat di Negeri Selangor oleh Ejen Kutipan Zakat Negeri

Lain.

Bagi melaksanakan kajian syariah, pelbagai pendekatan diperlukan iaitu sama

ada ia dibuat secara dalaman, penglibatan individu pakar tertentu atau dilantik

pembekal. Selain itu bagi memastikan kajian syariah yang dibuat memenuhi

keperluan sebenar LZS telah melantik wakil-wakil divisyen untuk menjadi Wakil

Syariah Divisyen WSD. WSD ini berperanan sebagai wakil perhubungan (liaison)

antara sekretariat dengan divisyen di LZS dan menjadi pusat sehenti bagi input-input

operasi divisyen untuk dikemukakan.

Pengurusan Risiko dan Kepatuhan Syariah

Kegagalan untuk menguruskan risiko pematuhan secara berkesan boleh

mengakibatkan ketidakcekapan, isu-isu operasi, litigasi dan menjejaskan reputasi

bukan sahaja untuk LZS sebagai badan tunggal yang dipertanggungjawabkan untuk

mengutip dan mengagihkan zakat dalam negeri Selangor tetapi juga kepada institusi

Islam yang berkaitan. Oleh itu, LZS berusaha menerapkan piawaian yang tinggi

dalam menjalankan tanggungjawabnya dan pada setiap masa bagi memastikan roh

198

dan semangat sentiasa mematuhi pensyariatan Syariah, undang-undang, kaedah dan

peraturan lain yang sedia ada.

Fungsi pematuhan di LZS adalah menyediakan perkhidmatan sokongan

kepada pejabat/sektor dalam menjalankan tanggungjawab pengurusan mereka.

Peranan fungsi pematuhan adalah memberikan nasihat, melakukan pemantauan dan

mendidik dalam menyokong tanggungjawab penyeliaan dan usaha-usaha pihak

pengurusan untuk mencapai pematuhan dari segi Syariah, Lembaga Zakat Selangor

atau undang-undang yang telah ditetapkan, sama ada dari pihak dalaman ataupun

luaran.

Bagi menentukan sama ada satu-satu perkara iatu patuh syariah atau

sebaliknya, LZS telah membuat kompilasi segala ketetapan syariah yang dibahagikan

kepada 3 sumber iaitu keputusan fatwa dan keputusan JKPS dan perkara yang umum

telah dimaklumi. Penentuan ketidak patuhan syariah perlu dibuat berdasarkan

kepatuhan kepada keputusan-keputusan syariah yang telah dibuat. Hasil kajian juga

mendapati, LZS meletakkan kepatuhan syariah sebagai perkara yang asas di dalam

setiap gerak kerja dan telah melaksanakan banyak inisiatif bagi memastikan

penambah baikan terhadap setiap gerak kerja.

KESIMPULAN

Hasil kajian mendapati, LZS yang ditubuhkan oleh MAIS sentiasa meletakkan

kepatuhan kepada tuntutan syarak sebagai tunjang pelaksanaan semua operasinya

sama ada operasi kutipan dan operasi agihan zakat. Selain itu, LZS turut memastikan

keseluruhan skop pengurusannya juga adalah mematuhi syarak. Usaha pertama yang

diambil adalah dari aspek penyeliaan di mana Mufti Selangor menjadi salah seorang

Ahli Lembaga Pemegang Amanah. LZS juga telah mempunyai Jawatankusa

Penasihat Syariah yang berperanan bagi membantu ALPA dari aspek syariah. LZS

juga telah mempunyai sekrateriat syariah yang berfungsi menguruskan secara

berpusat untuk perkara hal ehwal syariah di LZS. Dari aspek kepatuhan syariah LZS

telah mempunyai Kerangka Kepatuhan yang menyeluruh dan kepatuhan syariah

adalah salah satu daripadanya. Dalam aspek penyelidikan, LZS secara giat

menjalankan kajian syariah sama ada untuk tujuan penambahbaikan daripada gerak

kerja sedia ada atau membuat penemuan atau penyelesaian syariah kepada pelbagai

isu syariah yang sentiasa ada. Hasil kajian ini boleh diketengahkan di peringkat

negara supaya negeri-negeri lain mendapat manfaat daripada hasil-hasil kajian. Selain

itu, banyak ruang penambahbaikan yang boleh dibuat oleh LZS jika institusi zakat

mengambil gerak kerja pengurusan syariah oleh IKI sebagai tanda aras. Negeri-negeri

lain di Malaysia adalah disarankan untuk memperkasa pengurusan syariah masing-

masing bagi memastikan keseluruhan institusi zakat di Malaysia benar-benar diurus

cara yang terbaik.

199

RUJUKAN

Ahmad Shahir Makhtar. (2017). “Transf rmasi n urusan Zakat”. Tesis

Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Syaukani. 2000. Nailul Autar, jld 4. Kaherah: Darul Hadis.

Bank Negara Malaysia. (2011). Shariah Governance Framework for Islamic

Financial Institutions.

Bank Negara Malaysia. (2009). Laporan Kestabilan Kewangan Dan Sistem

Pembayaran.

Islamic Financial Services Board. (2015). Core Principles for Islamic Finance

Regulation (Banking Segment) (CPIFR). Kuala Lumpur: Bank Negara

Malaysia.

Lembaga Zakat Selangor, Terma Rujukan Jawatankusa Penasihat Syariah.

Lembaga Zakat Selangor, Rangka Kerja Kepatuhan.

M.Faiz M.Yusof, Joni Tamkin Borhan dan Nurhanais Romli (2016), “Tadbir Urus

Syariah Dalam Industri Takaful di Malaysia: Implikasi Pasca Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013”, Jurnal Pengurusan, 47 (2016), 91-103.

http://dx.doi.org/10.17576/pengurusan-2016-47-08

Mohammad Uda Kasim. (2005). Zakat: Teori, Kutipan dan Agihan, Kuala Lumpur:

Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). GP28: Garis Panduan Tadbir Urus Syariah.

Yusuf al-Qaradawi. (2006). Fiqh al-Zakah. Cetakan Kelima belas, Jld. 2, Kaherah:

Maktabah Wahbah

Zulkarnain Muhamad Sori, Shamsher Mohamad dan Mohamed Eskandar Shah Mohd

Rashid (2015) Shariah Governance Practices in Malaysian Islamic Financial

Institutions. Article in SSRN Electronic Journal March 2015.

https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=2579174

Zulkifli Hasan. (2010). “Sharia Governance in Islamic Financial Institutions and the

Effect of the Central Bank of Malaysia Act 2009”, Journal of International

Banking Law and Regulation, 25(3) 2010, 105-108.

Bab 16 TRANFORMASI PEMERKASAAN KUTIPAN DAN AGIHAN

ZAKAT DI MALAYSIA

Azman Ab Rahman Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai,

Negeri Sembilan. [email protected].

Abstrak Zakat merupakan salah satu instrumen kewangan yang membantu dalam pembangunan

ekonomi Islam. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh institusi zakat dan Majlis Agama Islam

Negeri dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Namun, transformasi

dan penambahbaikan terhadap pengurusan zakat perlu dilakukan secara berterusan dan

diuruskan secara berkesan agar objektif sebenar zakat tercapai. Justeru, objektif artikel ini

adalah untuk menilai dan mencadangkan transformasi dalam pemerkasaaan sistem kutipan

dan agihan zakat di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya. Terdapat tujuh perkara

utama yang diutarakan dalam aspek urus tadbir, kaedah kutipan, mekanisma agihan, dan

metodologi hukum zakat. Perkara ini amat penting bagi memastikan pengurusan zakat selari

dengan kehendak Syariah dan sesuai dengan keadaan semasa dan tempat. Implikasi daripada

artikel ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak yang berautoriti khususnya

institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri dalam mengambil kira pandangan dan

pendekatan yang dicadangkan. Manakala para penyelidik, ahli akademik, asnaf dan pembayar

zakat boleh sama-sama memikirkan kaedah dan mekanisma yang terbaik dalam pemerkasaan

kutipan dan agihan zakat di Malaysia.

Kata Kunci: Kutipan, Agihan, Zakat.

PENDAHULUAN

Zakat telah difardhukan pada tahun kedua hijrah kepada semua umat Islam yang

layak dan cukup syarat. Kewajipan zakat yang sudah hampir 1436 tahun ini telah

banyak membantu umat Islam dan negara Islam khususnya dalam pembangunan

ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Perkembangan institusi zakat daripada

zaman Rasulullah SAW, Khulafa Al-Rasyidin, Umaiyah, Abasiyah, Uthmaniyah

sehinggalah pada hari ini merupakan satu perjalanan yang besar dalam sejarah zakat.

Jika ditelusuri bagaimana pendekatan institusi zakat dalam mengutip dan mengagih

zakat ketika itu, sudah pasti banyak perkara yang boleh dipelajari dan diteladani oleh

institusi zakat di Malaysia pada hari ini. Secara umumnya, pada zaman Rasulullah

SAW tiada tempat khusus dalam mengutip dan mengagih zakat. Berbeza pada hari

ini, boleh dikatatkan setiap negeri di Malaysia memiliki bangunan atau tempat yang

khusus dalam pengurusan zakat. Manakala dalam konteks amil pula, sejarah

menunjukkan bahawa ramai amil yang dilantik pada zaman permulaan Islam telah

berperanan dalam mengutip dan mengagihkan zakat. Walaupun tanpa manual dan

garis panduan yang khusus tentang sistem kutipan dan agihan zakat, mereka dapat

menjalankan tugas dengan telus, cekap dan amanah. Ini menunjukkan bahawa

integriti amil ketika itu amat tinggi sehingga pengagihan zakat berjalan lancar tanpa

sebarang aduan dan keluhan umat Islam ketika itu.

202

Perbincangan berkaitan dengan zakat juga banyak melibatkan isu hukum-

hakam. Pada zaman Rasulullah SAW, sebarang persoalan dan pertanyaan yang

berkaitan dengan zakat akan dijawab terus oleh Rasulullah SAW. Perkara ini juga

berlaku pada masa sekarang, yang mana terdapat pelbagai isu semasa berkaitan zakat

yang memerlukan jawapan bagi memudahkan pihak institusi zakat menjalankan

urusan mereka. Umat Islam pula perlu diberikan penerangan yang jelas berkaitan

penetapan hukum-hakam zakat yang diputuskan agar keputusan yang dikeluarkan

dapat diterima dengan baik. Ini jelas menunjukkan bahawa keperluan kepada pakar

zakat dalam bidang fiqh dan kontemporari amat diperlukan.

Isu-isu berkaitan kutipan dan agihan zakat sentiasa timbul yang memerlukan

kepada perbincangan dan kajian zakat secara berterusan dari semasa ke semasa.

Transformasi dalam sistem kutipan dan agihan zakat sentiasa diperlukan bagi

memperkasakan institusi zakat di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya. Maka

pihak yang berautoriti, para penyelidik, ahli akademik, asnaf dan pembayar zakat

harus bekerjasama dalam memberikan pandangan dan idea bagi memastikan hikmah

dan objektif pensyariatan zakat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

TRANSFORMASI PERMERKASAAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

Permerkasaan kutipan dan agihan zakat memerlukan kepada inovasi dan tranformasi

dalam memastikan pengurusan zakat selari dengan kehendak Syariah dan sesuai

dengan keadaan semasa dan tempat. Terdapat beberapa cadangan transformasi

pemerkasaan kutipan dan agihan zakat yang boleh diambil kira oleh institusi zakat di

Malaysia berdasarkan sejarah pengurusan zakat dalam Islam dan perkembangan

sistem urus tadbir Syariah di Malaysia.

Pertama: Tadbir Urus Syariah Institusi Zakat

Tadbir urus merupakan elemen utama yang sangat penting dalam memastikan sistem

tadbir urus zakat lebih sistematik dan efisien. Tadbir urus didefinisikan sebagai satu

sistem di mana organisasi diarah dan dikawal (The cadbury Report, UK-1992).

Manakala Ketua Setiausaha Negara (KSN), dalam surat arahan terhadap usaha bagi

mempertingkat tadbir urus dalam sektor awam bertarikh 9 Mac 2007 memberikan

definisi tadbir urus seperti berikut; “Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti

tatacara Ketua Eksekutif/Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat

pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi

pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi

serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan

(stakeholders) dan proses di mana agensi awam diurus/diarah, dikawal dan

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui” (Tan

Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan, 2007).

Manakala tadbir urus terbaik (Good Governance) didefinisikan sebagai

“konsep normatif nilai-nilai ke arah merealisasikan perlakuan tadbir urus dan kaedah

yang digunakan oleh sekumpulan aktor sosial yang berinteraksi mengikut konteks

203

sosial tertentu”. Oleh itu, tadbir urus terbaik perlu memberikan penekanan terhadap

dua aspek utama iaitu;

1. Prestasi yang mana pengurusan penyampaian adalah amat penting dalam

penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efisien, seperti yang diharapkan

oleh pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) di samping mempastikan

perkhidmatan tersebut “value for money” serta pengurangan terhadap

pembaziran sumber dan dana.

2. Pematuhan terhadap undang-undang iaitu setiap organisasi/agensi perlu mematuhi

segala peraturan, undang-undang, piawaian (standard) yang digunapakai dan

harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan integriti serta

ketelusan dalam perkongsian maklumat (ppums.ums.edu.my, 2008).

Prinsip Syariah adalah asas kepada institusi zakat di mana pematuhan kepada

rukun, syarat dan prinsip yang ditentukan Syarak menjadi ciri utamanya. Pematuhan

menyeluruh terhadap prinsip Syariah akan memperkukuh keyakinan masyarakat

terhadap kredibiliti sistem pengurusan zakat. Kelancaran pelaksanaan tadbir urus

Syariah dalam institusi zakat hendaklah berdasarkan penetapan akauntabiliti dan

tanggungjawab setiap fungsi utama seperti dalam carta 1.0 di bawah:

Carta 1.0: Fungsi Utama Tadbir Urus Syariah Dalam Institusi Zakat

Tadbir urus Syariah institusi zakat yang dianggotai oleh lembaga institusi

zakat, ahli jawatankuasa Syariah, pengurusan koperasi dan jawatankuasa audit

dalaman hendaklah mematuhi prinsip kerahsiaan pada setiap masa. Maklumat sulit

atau sensitif yang diperoleh semasa berkhidmat atau menjalankan tugas tidak boleh

disalah gunakan dalam apa-apa cara yang boleh memudaratkan institusi zakat.

Kajian tadbir urus syariah banyak melibatkan isu kewangan Islam. Terdapat

kajian-kajian dijalankan untuk menambah baik dan mengukuhkan aspek tadbir urus

syariah dalam kewangan Islam seperti Hasan (2011) mengulas bahawa tadbir urus

syariah berperanan memberikan pandangan dan khidmat nasihat kepada pihak

Institusi Kewangan Islam (IKI) untuk memastikan pematuhan syariah dalam

keseluruhan operasi dan aktiviti IKI yang merangkumi pematuhan syariah sama ada

sebelum atau selepas produk dan perkhidmatan kewangan Islam diimplementasikan

Tadbir Urus Syariah Institusi Zakat

Lembaga Institusi Zakat

Jawatankuasa Syariah Zakat

Pengurusan Koperasi

Jawatankuasa Audit Dalaman

204

dalam pasaran. DeLorenzo (2007) mengulas salah satu proses tadbir urus syariah iaitu

proses membuat keputusan dan resolusi syariah mengenai isu-isu syariah dalam

industri takaful. Oleh yang demikian, pihak pengawal selia seperti Jawatankuasa

Syariah perlu memastikan keputusan resolusi syariah melalui proses ijtihad dan kajian

yang mencukupi supaya keputusan syariah tersebut diterima oleh masyarakat Muslim

secara keseluruhannya. Karim (2014) juga mempunyai pandangan yang hampir sama

dengan DeLorenzo (2007) dengan mengulas bahawa tadbir urus syariah bergantung

kepada Jawatankuasa Syariah dalam sesuatu IKI, namun Karim (2014) menjelaskan

lanjut bahawa tadbir urus syariah turut perlu melibatkan Lembaga Pengarah, Pegawai-

Pegawai Kanan dan kakitangan-kakitangan dalam operasi IKI itu sendiri. Dalam

aspek perundangan dalam tadbir urus syariah, Hassan (2008) berpandangan bahawa

peruntukan perundangan berkaitan pematuhan syariah semasa Akta Takaful 1984

adalah tidak jelas dan mempunyai banyak kekurangan atau lacuna contohnya tiada

panduan jelas mengenai apakah unsur patuh syariah dan elemen-elemen tidak patuh

syariah serta tiada bidang kuasa yang jelas mengenai kuasa Badan Penasihat Syariah

dan industri takaful masih perlu bergantung kepada perundangan Akta Insurans 1996.

Justeru, dalam konteks tadbir urus syariah institusi zakat, perkara ini perlu

diberi perhatian sepenuhnya secara serius kerana terdapat ruang dan peluang

penambahbaikan dalam aspek pengurusan zakat. Pelbagai isu pengurusan zakat yang

timbul sama ada berkaitan institusi, amil, asnaf dan pembayar zakat yang memerlukan

jawapan yang jitu, tepat dan benar. Ketelusan, kesahihan dan amanah perlu

dipertonjolkan dan keyakinan masyarakat perlu ditingkatkan kepada institusi zakat

supaya kutipan dan agihan zakat tidak dipersoalkan pada kemudian hari.

Kedua: Prinsip Kutipan dan Agihan Rasulullah SAW dan Khilafah

Kajian mendalam terhadap kaedah kutipan dan agihan zakat yang dilakukan oleh

Rasulullah SAW dan para khalifah yang empat perlu dilihat secara menyeluruh.

Terdapat empat prinsip khusus yang boleh diteladani dan dipelajari oleh pengurusan

zakat seperti dalam carta 1.1 di bawah:

Carta 1.1: Prinsip Kutipan dan Agihan Rasulullah SAW dan Khilafah

Prinsip pertama ialah segera berdasarkan penelitian dan penulisan buku

berkenaan zakat bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat mengagihkan zakat

Prinsip Kutipan dan Agihan Rasulullah SAW dan Khilafah

Segera Amanah Ketepatan Pengurusan Organisasi

205

dengan begitu pantas dan segera. Sejarah mencatatkan bahawa tiada simpanan wang

atau zakat di baitulmal ketika zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan para Khulafa

al-Rasyidin. Ini jelas menunjukkan bahawa zakat ketika itu terus diagihkan oleh

Rasulullah SAW atau para sahabat setelah seseorang membayar zakat. Penjelasan

tentang bagaimana kaedah agihan ketika itu dilakukan tidak dapat diketahui secara

terperinci, namun berdasarkan fakta- fakta penulisan yang menyatakan bahawa

Rasulullah SAW tidak meninggalkan simpanan wang atau zakat di baitulmal dan

bagaimana para sahabat terus mengagihkan zakat kepada asnaf yang layak apabila

menerima zakat menunjukkan kecekapan dan kehebatan mereka dalam mennguruskan

zakat pada ketika itu.

Prinsip kedua ialah amanah yang mana menunjukkan bahawa Khalifah-

khalifah ketika itu menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin ketika

menguruskan zakat. Sejarah mencatatkan bahawa khalifah Abu Bakar Al-Siddiq

sangat berhati-hati dalam menguruskan zakat sehingga beliau memastikan agar tidak

mengambil walaupun sedinar ketika menjalankan tugas sebagai amil.

Prinsip ketiga ialah ketepatan dalam pengagihan zakat. Zakat menjadi

kewajipan kepada umat Islam apabila cukup syaratnya dan diberikan kepada asnaf

yang layak mengikut keperluan mereka. Setiap asnaf mempunyai keperluan yang

berbeza sama ada berbentuk kewangan mahupun peralatan. Khalifah Ali bin Abi

Talib sangat berhati-hati agar tidak memberi zakat kepada asnaf lebih daripada yang

diperlukan ketika menjalankan tugasannya. Ini adalah untuk memastikan duit zakat

benar-benar diberikan kepada yang layak manakala peruntukan diberikan berdasarkan

keperluan mereka. Perkara ini boleh dilihat dan diteliti oleh pihak institusi zakat yang

kebiasaannya mempunyai peruntukan tertentu kepada golongan atau individu tertentu.

Prinsip keempat ialah pengurusan organisasi dalam sistem pengurusan zakat.

Perkembangan Islam semakin pesat dan membangun ketika zaman pemerintahan

Khalifah Umar Al-Khattab. Negara yang ditakluki dan harta umat Islam yang

semakin banyak memerlukan kepada sebuah badan yang menguruskan harta-harta

tersebut. Maka, beliau telah menubuhkan sebuah dewan yang berperanan dalam

menguruskan harta umat Islam termasuk zakat ketika itu bagi memastikan pengurusan

harta Islam dapat diuruskan sebaik mungkin.

Kini, perkara yang sama juga turut berlaku di Malaysia yang mana setiap

negeri mempunyai unit baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Negeri atau pusat

zakat yang telah dikorporatkan. Diharapkan bentuk organisasi pengurusan zakat yang

dibangunkan benar-benar memberi impak yang besar kepada amil, pembayar zakat

dan asnaf berdasarkan pengalaman sejarah dan prinsip pengurusan zakat pada zaman

Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin.

Ketiga: Klasifikasi Fakir/Miskin Berasaskan Maqasid Syariah

Definisi fakir dan miskin telah melalui perbincangan dan perbahasan yang terperinci

oleh ulama terdahulu dan ulama kontemporari. Terdapat ulama yang membezakan

206

antara fakir dan miskin dan ada pula yang menyamakannya. Manakala dalam konteks

Malaysia, istilah miskin sahaja digunakan secara rasmi tanpa menggunakan istilah

fakir. Namun, sekiranya dilihat secara mendalam kategori pembahagian kemiskinan

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM), fakir dan miskin sudah termasuk dalam klasifikasi tersebut. Perbezaan

yang wujud adalah hanya dengan penggunaan satu istilah iaitu miskin. Jika dibuat

perbandingan antara definisi miskin oleh institusi zakat dan KPWKM, ia jelas

menunjukkan perbezaan yang besar dari sudut ciri-ciri dan kadar pendapatan

kemiskinan.

Isu kemiskinan agak sukar untuk diatasi secara menyeluruh, namun usaha

yang berterusan dijalankan bagi memastikan program pembasmian kemiskinan

sentiasa diberi keutamaan dan mencapai matlamat sebagaimana yang dirancang.

Pihak kerajaan mahupun swasta dan badan bukan kerajaan sentiasa menyediakan

aktiviti, program dan skim bantuan kepada fakir dan miskin dalam membantu mereka

menjalani kehidupan.

Kini, sudah tiba masanya pihak pengurusan zakat dan pihak-pihak yang

berautoriti memikirkan pendekatan baru dalam penyelesaian isu fakir dan miskin.

Keperluan klasifikasi kemiskinan dan kefakiran berasaskan maqasid Syariah sangat

relevan dibangunkan dan ditransformasikan dalam menyelesaikan isu kemiskinan di

Malaysia mengikut pendekatan Islam dan kontemporari. Klasifikasi kemiskinan

berasaskan maqasid Syariah ini boleh dibahagikan seperti dalam carta 1.2 berikut:

Carta 1.2: Klasifikasi Kemiskinan Berasaskan Maqasid Syariah

Klasifikasi miskin dharuriyyat, miskin hajiyyat dan miskin tahsiniyyat secara

tidak langsung dapat membantu pengurusan zakat mengagihkan wang zakat dan

penentuan skim bantuan zakat secara lebih tepat dan efisen. Pembahagian ini perlu

ditafsirkan secara terperinci dari segi kriteria dan tempoh bantuan yang diberikan.

Klasifikasi ini juga membantu pengurusan zakat untuk mengagihkan zakat mengikut

keutamaan bagi memastikan setiap asnaf mendapat bantuan sebagaimana yang

diperlukan.

Tempoh pemberian zakat kepada fakir dan miskin juga boleh difikirkan bagi

mengelakkan kebergantungan mereka kepada dana zakat sepanjang hidup mereka.

Zakat disyariatkan untuk membantu fakir dan miskin berdasarkan keperluan mereka

Klasifikasi Kemiskinan

Miskin Daruriyyat Miskin Hajiyyat Miskin Tahsiniyyat

207

mengikut syarat yang ditetapkan. Terdapat kemungkinan segelintir umat Islam yang

memang kehilangan keupayaan atau cacat kekal yang tidak mampu bekerja dan

sebagainya. Mereka ini berkemungkinan besar memerlukan bantuan zakat dalam

tempoh yang lama dan sebagainya. Namun, bagi mereka yang fakir dan miskin yang

mampu bekerja dan berdikari seharusnya perlu diberikan tempoh tertentu untuk

memastikan mereka mampu bekerja dan berdikari serta mencari pendapatan yang

diperlukan.

Langkah ini perlu diambil kira oleh institusi zakat bagi memastikan mereka

yang benar-benar asnaf menerima zakat manakala yang lain perlu diberikan tempoh

yang tertentu supaya pengantungan mereka kepada institusi zakat bukan sepanjang

hayat. Sebagai contoh miskin daruriyyat ditetapkan tempoh 5 tahun untuk keluar dari

kemiskinan. Miskin hajiyyat dalam tempoh 3 tahun dan miskin tahsinyyat dalam

tempoh 1 tahun. Penetapan tempoh ini sekurang-kurangnya menjadi sasaran kepada

pengurusan zakat dan asnaf dalam memastikan mereka dapat keluar dari kepompong

kemiskinan dan terus berdikari. Perkara ini amat penting bagi menyelaraskan kaedah

dan skim pembasmian kemiskinan di semua peringkat agar gejala kemiskinan dapat

dikurangkan semaksimum mungkin.

Keempat: Skim Bantuan Zakat Mengikut Maqasid Syariah

Al-Raisuni telah mentakrifkan maqasid syariah sebagai tujuan (sebenar) yang ingin

dihasilkan bagi ketetapan hukum syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan manusia

(al-Raisuni, 1992). Secara umumnya, maqasid syariah bermaksud segala tujuan di

sebalik penciptaan syariat pada keseluruhannya dan di sebalik setiap hukum di

dalamnya secara satu persatu (Mahmood Zuhdi et al., 2012). Allah SWT menjelaskan

dalam al-Quran bahawa perutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk kebaikan dan

rahmat bagi sekalian alam, sebagaimana firman-Nya:

وما أرسلناك إل رحمة للعالمين Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (surah

al-Anbiya’: 107)

Maqasid syariah yang ingin dicapai perlu menjadi tonggak dan hala tuju

dalam pensyariatan hukum-hakam dan ajaran Islam. Pemahaman dan penggunaan

kaedah maqasid syariah merupakan unsur penting bagi setiap mujtahid dalam proses

berijtihad dan pengaplikasian hukum syarak ke alam realiti dan kehidupan semasa,

seiring dengan kehendak dan tujuan pensyariatan ajaran Islam yang diturunkan

(Ahmad Wifaq, 2016).

Tinjauan terhadap kedudukan maqasid syariah menurut perspektif syarak

menunjukkan bahawa setiap dalil syariat Islam dan hukumnya mempunyai maqasid

dan matlamat yang tertentu (al-Misawi, 1998). Justeru, tujuan pensyariatan hukum

adalah untuk kemaslahatan manusia di dunia hingga ke akhirat (al-Zuhaili, 1986).

Maqasid syariah merupakan parameter dalam menilai sesuatu hukum yang

208

difatwakan. Usaha memahami sesuatu hukum mestilah seiring dengan kehendak

syarak serta mencapai piawaian maqasid yang selari dengan objektif syarak melalui

sumber perundangan al-Quran dan sunnah (Ahmad Wifaq, 2016a).

Ulama telah bersependapat bahawa hukum syarak mengandungi hikmah dan

maqasid yang tersendiri. Hukumnya berkisar tentang tatacara menjaga kemaslahatan

manusia di dunia hinggalah ke akhirat (al-Qaradawi, 1993). Pengamatan terhadap

hukum-hakam ini telah menghasilkan satu jalinan yang berkait rapat antara hukum

syarak dengan maqasid yang disyariatkannya (al-Misawi, 1998).

Matlamat utama syariat Islam diciptakan adalah untuk menghasilkan kebaikan

kepada manusia dan menolak keburukan daripada mereka (جلب المصالح ودرء المفاسد).

Fuqaha mentafsirkan kebaikan (maslahah) dan keburukan (mafsadah) merangkumi

aspek duniawi dan ukhrawi (al-Syatibi, 1996).

Imam al-Syatibi (1996) menyatakan bahawa tahap kepentingan manusia berbeza

berdasarkan keperluan diri, sosioekonomi, latar belakang pendidikan dan sebagainya.

Syariat Islam bersifat dinamis dan fleksibel menyusun objektif syariah selari dengan

keperluan dan kepentingan manusia sejagat. Berdasarkan perspektif syarak, maslahah

tahap kepentingan yang perlu dijaga dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu al-

daruriyyat, al-hajiyyat dan al-tahsiniyyat (al-Syatibi, 1996), sebagaimana yang

disepakati ulama seperti Imam al-Haramayn, al-Ghazali, al’Izz al-Din ‘Abd al-Salam,

al-Qarafi, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

i. Al-daruriyyat merupakan keperluan sesuatu maslahah yang diperlukan dan

dihajati sehingga ke tahap darurat, iaitu satu keadaan yang sangat

memerlukan dan mendesak sehingga berada dalam keadaan yang merbahaya

dan mengancam nyawa seseorang apabila luputnya keperluan tersebut.

Daruriyyat terdiri daripada perkara-perkara utama dalam agama yang digelar

al-daruriyyat al-khamsah, iaitu memelihara agama (ad-din), jiwa (al-nafs),

akal (al-`aql), keturunan (al-nasl) dan harta (al-mal) (Izz al-Din ‘Abd Aziz

Ibn ‘Abd al-Salam, t.th.).

ii. Al-hajiyyat merupakan sesuatu objektif atau tujuan yang diperlukan untuk

mencapai kelapangan dalam kehidupan, sekali gus menghilangkan

kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kesusahan. Apabila maqsad

itu tidak diambil perhatian, maka banyak kesukaran akan dihadapi. Walaupun

begitu, ia tidaklah sampai peringkat darurat atau menghancurkan sistem

kehidupan manusia secara keseluruhannya (al-Syatibi, 1996).

iii. Al-tahsiniyyat merupakan perbuatan melakukan sesuatu amalan atau adat

yang baik dan terpuji serta menjauhi perkara-perkara yang dianggap tidak

baik oleh akal yang sempurna (al-Syatibi, 1996). Al-Ghazali berpendapat

bahawa kepentingan tahsiniyyat ialah membantu dan menampung dalam

usaha mencapai keperluan biasa dan kepentingan asas, iaitu bersifat

pelengkap kepada pencapaian hajiyyat dan daruriyyat (Al-Ghazali, 1993).

209

Secara ringkasnya, al-daruriyyat al-khams merupakan satu pemeliharaan yang

begitu sempurna untuk dilaksanakan oleh umat Islam dalam pelbagai situasi dan

keadaan. Pemeliharaan yang diwujudkan Islam ini mencakupi segala ruang yang tidak

terdapat dalam mana-mana ajaran sebelum atau selepasnya. Cadangan model maqasid

syariah dalam skim bantuan zakat dalam carta 1.3 di bawah:

Carta 1.3: Model Maqasid Syariah dalam Skim Bantuan Zakat

Model dalam carta 1.3 dibangunkan untuk menyelaraskan skim-skim bantuan

zakat mengikut tahap keutamaan. Tahap keutamaan dibahagikan kepada tiga kategori

utama, iaitu daruriyyat (keperluan asas), hajiyyat (keperluan tambahan) dan

tahsiniyyat (pelengkap). Daruriyyat merupakan keperluan paling utama yang perlu

dilengkapi dalam kehidupan manusia diikuti dengan hajiyyat dan tahsiniyyat. Ketiga-

tiga kategori ini dapat dibahagikan pula kepada beberapa tahap keperluan asas yang

perlu dipenuhi mengikut keutamaan masing-masing bagi mencapai maqasid syariah,

iaitu pertama keperluan menjaga agama, diikuti oleh penjagaan nyawa, akal,

keturunan dan akhirnya harta. Keperluan asas meliputi keperluan-keperluan penting

yang perlu dipenuhi dalam kehidupan manusia meliputi makanan, pakaian, tempat

tinggal, pengangkutan dan kesihatan. Keperluan untuk memenuhi keperluan-

keperluan asas tersebut mestilah dilakukan mengikut turutan seperti yang telah

disebutkan. Misalnya, keperluan untuk menjaga agama mesti didahulukan daripada

keperluan untuk menjaga nyawa. Begitulah juga keperluan untuk menjaga nyawa

mesti diutamakan sebelum penjagaan akal (turutan ini boleh dilihat melalui kod M1,

M2, M3, M4 dan M5 seperti dalam Rajah 3.1).

Skim-skim bantuan akan dibahagikan kepada lima kategori utama, agama

(M1), iaitu pembangunan hal ehwal agama, nyawa (M2), iaitu pembangunan

kemanusiaan, akal (M3), iaitu pembangunan pendidikan, keturunan (M4), iaitu

pembangunan sosial dan harta (M5), iaitu pembangunan ekonomi. Bagi M1,

210

pembangunan hal ehwal agama meliputi semua perkara yang berkaitan dengan

penjagaan kesucian Islam dan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang

boleh menggugat akidah penerima bantuan. Aspek penjagaan agama ini mesti

menjadi keutamaan yang paling tinggi oleh semua pemberi skim bantuan zakat.

Contohnya, program dan skim bantuan zakat yang disediakan mestilah mengambil

kira aspek penjagaan akidah penerima seperti menyediakan skim dan bantuan untuk

meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan rukun iman dan Islam dalam kalangan

penerima bantuan.

Aspek dalam M2 juga mesti diberi keutamaan selepas keperluan dalam M1

dipenuhi bagi menjaga nyawa meliputi bantuan seperti bantuan kesihatan dan ubat-

ubatan bagi penerima yang menghidapi penyakit kritikal. Selepas semua keperluan

M2 dipenuhi, barulah bantuan yang hendak diberi boleh dijuruskan kepada keperluan-

keperluan dalam M3, iaitu akal. Dalam hal ini, bantuan bagi memulihkan penerima

yang terlibat dalam ketagihan dadah misalnya perlu diberi keutamaan sebelum diberi

bantuan bagi keperluan-keperluan dalam M4, iaitu bagi menjaga keturunan. Termasuk

juga dalam keperluan dalam M3 adalah semua aspek dalam pembangunan pendidikan

dan kemahiran penerima seperti menyediakan kursus intensif yang boleh membantu

penerima meningkatkan kemahiran dalam aspek-aspek tertentu. Bagi M4, pihak

pemberi bantuan perlu mengenal pasti penerima yang belum berkahwin dan yang

telah memenuhi rukun dan syarat untuk berkahwin supaya diberi bantuan seperti mas

kahwin bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam kancah penzinaan dan seterusnya

menjaga kesucian keturunan masing-masing.

Apabila semua keperluan M4 telah disempurnakan, maka pemberi bantuan

boleh meneruskan skim bantuan bagi menjaga keperluan dalam M5, iaitu bagi

menjaga harta dan pembangunan ekonomi. Hal ini meliputi bantuan dalam bentuk

kursus-kursus intensif bagi meningkatkan dan menjana pendapatan penerima melalui

aktiviti perniagaan. Keperluan ini mesti juga diambil kira walaupun diletakkan pada

bahagian terakhir daripada segi keutamaan bagi menyempurnakan kesemua

keperluan-keperluan asas penerima terbabit.

Model ini tentunya akan menjadi panduan kepada agensi-agensi pemberi

bantuan dalam menilai skim-skim bantuan yang disediakan bagi memenuhi keperluan

asasi penerima berdasarkan lima prinsip maqasid (daruriyyat al-khams). Model ini

adalah penting bagi memastikan setiap skim bantuan zakat yang disediakan

memenuhi kehendak syarak dan menjamin kemaslahatan golongan asnaf di Malaysia.

Kelima: Pengunaan Qaul Muktamad Dalam Enakmen Bagi Fatwa Zakat

Berdasarkan kepada penelitian dan penilaian terhadap pengunaan qaul muktamad

mazhab dalam pengeluaran fatwa mengikut akta, enakmen atau ordinan. 13 buah

negeri menyatakan bahawa dalam mengeluarkan apa-apa fatwa hendaklah pada

lazimnya mengikut qaul muktamad mazhab muktabar. Manakala sebuah negeri

menyatakan bahawa menyatakan bahawa dalam mengeluarkan apa-apa fatwa

hendaklah mengikut al-Quran dan Sunnah.

211

Ini jelas menunjukkan bahawa isu-isu yang berkaitan dengan zakat juga

tertakluk dengan enakmen yang diperuntukkan. Seharusnya semua isu-isu dan hukum

hakam yang berkaitan zakat perlu mengikut metodologi pengeluaran fatwa yang telah

ditetapkan. Sebagai contoh, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor),

S54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti:

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa dibawah seksyen 48 atau memperakukan apa-

apa pendapat dibawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya

mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad

Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan

terhasil, Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut qaul muktamad Hanafi, Maliki atau

Hanbali.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad

daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang

berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa

itu megikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab

yang empat itu.

Perbincangan tentang qaul muktamad mazhab jelas menunjukkan bahawa

kepentingan dalam mempelajari dan meningkatkan kemahiran metodologi

pengeluaran fatwa bidang zakat dalam kalangan pegawai penyelidik syariah di

institusi zakat, pelajar, pengkaji, ahli akademik, mufti, mujtahid dan sebagainya.

Pengetahuan tentang ilmu ini amat penting bagi memastikan kaedah pengeluaran

fatwa bidang zakat bertepatan dengan peruntukkan perundangan dan seiring dengan

metodologi yang ditetapkan oleh para ulama dan fuqaha.

Terdapat berberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh semua

pihak bagi memastikan ilmu qaul muktamad difahami secara jelas dan tepat serta

sohih iaitu pemahaman definisi qaul muktamad mazhab muktabar, bengkel

metodologi qaul muktamad mazhab muktabar, terjemahan buku metodologi

pengeluaran fatwa mazhab syafie dan mazhab muktabar dalam bidang zakat, sistem

(database) rujukan qaul muktamad mazhab syafie dan mazhab muktabar bidang

zakat, mewujudkan garis panduan pengeluaran fatwa bidang zakat mengikut qaul

muktamad mazhab.

Realiti semasa jelas menunjukkan bahawa majoriti negeri menggunakan qaul

muktamad mazhab dalam mengeluarkan fatwa termasuk isu zakat. Maka satu garis

panduan penyelidikan zakat di Malaysia berasaskan qaul muktamad dan mengikut

peruntukan perundangan boleh diwujudkan seperti dalam carta 1.4 berikut:

212

Carta 1.4: Garis Panduan Penyelidikan Zakat Di Malaysia Berasaskan Qaul Muktamad

Carta 1.4 menunjukkan garis panduan bagi qaul muktamad (pendapat-

pendapat yang diterima) dalam penyelidikan fatwa. Fatwa dalam bidang zakat

hendaklah mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie, namun boleh mengikut qaul

muktamad Hanafi, Maliki atau Hanbali jika menghasilkan suatu keadaan yang

berlawanan dengan maslahah umum. Garis panduan ini dapat menjadi panduan

kepada penyelidik syariah institusi zakat dan jawatankuasa fatwa negeri dalam

menentukan sesuatu keputusan dan fatwa. Garis panduan ini amat penting bagi

menyelaraskan fatwa di peringkat negeri khususnya isu zakat dan tidak mustahil ia

boleh berlaku sekiranya menggunakan metodologi yang sama dalam penyelidikan

zakat.

Keenam: Sinergi Semua Agensi dalam Skim Bantuan

Usaha penyelarasan dan penyeragaman skim bantuan kemiskinan oleh semua agensi

pemberi bantuan, sama ada kerajaan atau swasta perlu dipandang serius oleh semua

pihak. Perkara ini amat penting agar langkah-langkah pembasmian kemiskinan dapat

digembleng bersama melalui satu model baharu yang dipersetujui semua pihak.

Model baharu kemiskinan perlu dibangunkan segera bagi menyelaras kaedah dan

skim pembasmian kemiskinan di semua peringkat agar gejala kemiskinan dapat

dikurangkan semaksimum mungkin.

Kerjasama yang lebih erat antara semua agensi pemberi bantuan sangat

penting bagi mengurangkan kes-kes di mana terdapat pertindanan bidang kuasa yang

berkaitan pelaksanaan pengurusan kemiskinan di Malaysia. Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata pada perasmian

penutup Program Perbincangan Meja Bulat antara Pemegang Taruh Berkaitan

Pengurusan Kemiskinan Siri 1, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus

Qaul Muktamad Mazhab dalam Penyelidikan Fatwa

Mazhab Syafie Mazhab Hanafi Mazhab Maliki Mazhab Hanbali

Fatwa Bidang Zakat

213

Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 5 Mac 2017, bahawa pertindihan tugas di

antara agensi kerajaan berhubung pembasmian kemiskinan menyebabkan masalah

berkaitannya agak sukar diatasi. Pihaknya sudah mengenal pasti terdapat pertindihan

tugas dalam agensi kerajaan berhubung pembasmian kemiskinan sehingga masalah

utama berkenaan gagal diatasi. Pertindihan tugas perlu dikurangkan supaya kita dapat

mencapai sasaran kumpulan di bawah garis kemiskinan yang perlu dibantu.

Pengurusan kemiskinan adalah merupakan tanggungjawab bersama antara

pelbagai agensi, sektor bukan kerajaan, swasta dan seluruh masyarakat. Justeru,

penyelarasan dan koordinasi pelbagai agensi adalah amat diperlukan dan kerjasama

penuh merupakan tunjang kepada keselarasan dan jaringan koordinasi. Tujuh jenis

skim bantuan boleh diselaraskan antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan

kerajaan seperti dalam carta 1.5:

Carta 1.5: Penyelarasan Skim Bantuan Berpusat

Berdasarkan carta 1.5, skim bantuan berbentuk keagamaan, makanan, pakaian,

tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan ekonomi serta keusahawanan boleh

diselaraskan antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) agar

bantuan yang disampaikan lebih efektif dan tidak menafikan hak umat Islam yang

layak. Pembangunan keupayaan melalui latihan dan kerjasama antara agensi juga

amat penting dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kemiskinan.

Ketujuh: Pembangunan Sistem Bank Data Penerima Skim Bantuan Kemiskinan

Berpusat

Pembangunan sistem bank data penerima skim bantuan kemiskinan berpusat di

Malaysia oleh pihak kerajaan atau pihak berwajib perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Sistem ini dilihat mampu mengelakkan pertindihan individu yang sama memperoleh

skim bantuan atau manfaat tersebut yang menyebabkan individu-individu lain yang

layak dinafikan hak sebenar mereka. Di samping itu, melalui sistem ini seseorang

penerima bantuan berkemungkinan tidak akan mendapat bantuan yang sama oleh

Penyelarasan Berpusat

Agama Makanan Pakaian Tempat Tinggal

Pendidikan Perubatan Ekonomi & Keusahawanan

Agensi Kerajaan Agensi Swasta NGO

214

agensi pemberi bantuan lain kerana maklumat bantuan yang diberi telah disimpan di

dalam sistem.

Sistem ini juga dapat mendedahkan pemohon kepada skim-skim bantuan yang

ditawarkan oleh pelbagai agensi pemberi bantuan seluruh Malaysia termasuk kaedah

dan proses pemohonan. Pemohon boleh mendapatkan maklumat secara tepat dan

mudah mengikut keperluan mereka. Pembangunan sistem ini secara tidak langsung

memudahkan urusan agensi pemberi bantuan dalam mendapatkan maklumat pemohon

termasuk skim-skim dan kadar bantuan yang telah diperoleh kerana sistem ini

membolehkan maklumat pemohon yang layak menerima bantuan diakses bagi tujuan

perancangan, permohonan bantuan dan penentuan saluran penyampaian bantuan yang

bersesuaian.

Kekurangan maklumat yang tepat dari segi pendapatan dan sara hidup

individu dilihat antara punca masalah kemiskinan sukar diselesaikan. Sekiranya

diwujudkan sistem bank data berkenaan, program serta rangka strategi untuk

membasmi kemiskinan dapat dinilai sejauh mana keberkesanannya. Sistem bank data

tersebut mestilah mengandungi maklumat seperti dalam carta 1.6 di bawah:

Carta 1.6: Maklumat Dalam Sistem Bank Data

Sistem bank data tersebut yang mengandungi profil individu, program/bantuan

yang diterima daripada agensi pemberi bantuan serta permohonan bantuan dan

pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima dapat membantu

merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Komponen data terdiri

daripada maklumat asas ketua isi rumah dan ahlinya, maklumat lokasi, kediaman,

pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, pemilikan harta, kesihatan, pendapatan serta

bantuan. Data yang tersusun dan tepat akan memastikan penyampaian bantuan

kemiskinan dapat dilaksana dengan lebih berkesan dan strategik.

KESIMPULAN

Perbincangan transformasi pemerkasaan kutipan dan agihan zakat amat meluas yang

memerlukan kepada pembacaan dan penilaian yang teliti termasuk menelusuri sejarah

institusi zakat sejak zaman Rasulullah SAW lagi sehingga kini. Kajian-kajian yang

berterusan dalam kalangan ulama, pengkaji, pegawai zakat dan lain-lain perlu sentiasa

Sistem Bank Data

Skim bantuan yang

ditawarkan

Profil pemohon/ penerima bantuan

Program/ bantuan yang

diterima

Pemantauan keberkesanan

program/bantuan

215

diteruskan bagi mengkaji dan mengeluarkan hasil dan inovasi yang baharu dalam

memperkasakan kutipan dan agihan zakat. Sudah tiba masanya semua pihak duduk

bersama, para ahli akademik dan pemain industri berbincang dalam mewujudkan

BAITUL HIKMAH ZAKAT MALAYSIA (BAHIZAM) yang mengumpulkan para

ilmuan zakat dan semua bahan zakat dari artikel, tesis, buku, inovasi dan lain-lain

secara berpusat dan bersistem. Pusat ini berperanan mengkaji, memberi pandangan

dan nasihat, cadangan dan sebagainya dalam memperkasakan pengurusan zakat di

Malaysia termasuk pembangunan asnaf. Kewujudan BAHIZAM ini diyakini dapat

memimpin institusi zakat di Malaysia dalam semua aspek dan menjadi tempat rujukan

oleh negara luar dalam mempelajari pengurusan zakat di Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Wifaq Mokhtar. (2016)a. Parameter (al-Dhawabit) Maqasid al-Shari’ah

dalam Pentadbiran Negara. Kertas Kerja Seminar Nasional Maqasid al-

Shari’ah 2016: Maqasid al-Shari’ah & Fiqh Demokrasi. Shah Alam: Selangor:

Institut Darul Ehsan.

Ahmad Wifaq Mokhtar. (2016)b. Prinsip-Prinsip Asas Maqasid al-Syariah:

Pendekatan al-Syatibi. Kertas Kerja Seminar Nasional Maqasid al-Shari’ah

2016: Maqasid al-Shari’ah & Fiqh Demokrasi. Shah Alam: Institut Darul

Ehsan.

Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad. (1993). al-Mustasfa min cIlm al-Usul.

Baghdad: Maktabat al-Muthanna.

Al-Misawi, Mohammad al-Tahir. (1998). n ’Asyur wa Kita uhu Maqasi al-

Syariah al-Islamiyyah. Kuala Lumpur: Dar al-Basyair li al-Intaj al-Ilmi.

Al-Raisuni, Ahmad. (1992). Nazariyyat al-Maqasi ’n a al-Imam al-Syatibi. Beirut:

al-Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami.

Al-Syatibi. (1996). Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Al-Zuhaili, Wahbah. (1986). Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

Al-Zuhaili, Wahbah. (1996). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Cet. ulangan).

Damsyiq: Dar al-Fikr.

Cadbury, A. (1992). Report of the committee on the financial aspects of corporate

governance (Vol. 1): Gee

DeLorenzo, S.Y.T. (2007). Shari’ah C m lian Risk. Chicago Journal of

International Law 7: 397-408.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. (Seksyen 44 - 54)

Hasan, Z. (2011). A survey on shariah governance practices in Malaysia, GCC

countries and the UK. International Journal of Middle Eastern Finance and

Management 4(1): 30-51.

Hassan, A.A.H. (2008). Akta takaful 1984: Satu analisa dalam Sistem Takaful di

Malaysia: Isu-Isu Kontemporari, disunting oleh A.A. Rahman, J.T. Borhan,

P.H. Ibrahim, C.A. Seman & N.A. Ali, 103-117. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

216

Karim, G. (2014). Shari‘ah Risk And Corporate Governance Of Islamic Banks.

Corporate Governance 14(1): 86-103.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Wok Mahmud & Akhtarzaite Abdul Aziz.

(2012). Maqasid al-Syari’ah. Selangor: IIUM Press.

Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan. (2007). Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara:

Usaha Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam. Kuala

Lumpur, Malaysia: KSN.

Bab 17 ZAKAT HARTA INDIVIDU BERASASKAN NISAB EMAS:

KAJIAN SYARIAH DAN PELAKSANAANNYA DI SELANGOR

Syaharina binti Abdullah Eksekutif Kanan Syariah (Kutipan), Lembaga Zakat Selangor.

[email protected]

Abstrak Zakat merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua

umat Islam yang telah menepati syarat-syaratnya. Setiap individu Muslim yang berkelayakan

perlu menunaikan ibadah zakat harta mereka pada setiap tahun bagi memastikan harta yang

dicari atau diperolehi dan dimiliki adalah bersih daripada hak orang lain di dalamnya. Tujuan

kajian ini dibuat adalah bagi membincangkan beberapa isu utama berkaitan dengan gabungan

kepelbagaian harta individu Muslim berasaskan nisab emas yang diwajibkan zakat serta

kaedah pelaksanaannya di negeri Selangor. Isu-isu tersebut antaranya dalam aspek jenis harta

zakat, perluasan sumber zakat seiring dengan peredaran zaman serta kaedah pentaksirannya

yang menyeluruh mengikut ketetapan fatwa dan kehendak hukum syarak. Kajian ini juga

turut membincangkan matawang kertas dari sudut pandangan syarak iaitu nilaiannya dan

sejauh mana ia boleh dianggap sebagai suatu matawang menurut nilai syarak. Metodologi

yang digunakan berbentuk kajian perpustakaan di mana fakta-fakta dianalisis secara kritis

untuk mendapat maklumat keputusan sebenar mengenai isu-isu yang dibincangkan. Hasil

kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis harta individu yang mempunyai unsur harta

zakawi yang berasaskan nisab emas sama ada ianya tergolong dalam kategori mal mustafad

mahupun tergolong dalam kategori harta-harta lain seperti wang simpanan dan pelbagai

bentuk pelaburan seiring dengan peredaran zaman masa kini. Ia terangkum kemas dalam satu

kaedah pentaksiran di mana setiap harta yang mempunyai persamaan jenis hendaklah

digabungkan untuk kecukupan nisab. Pelaksanaan kaedah pentaksiran ini juga dilihat mampu

menjadi contoh terbaik kepada institusi-institusi amil yang lain kerana ia sangat lengkap dan

menyeluruh bagi membantu setiap individu Muslim menyempurnakan ibadah zakat harta

mereka. Ini sesuai dengan objektif tazkiyyah untuk diversifikasi dalam sumber zakat harta

individu pada masa kini bertepatan dengan kehendak hukum syarak.

Kata Kunci: Harta individu, Nisab emas, al-Mal al-Mustafad, Zakat nuqud.

PENDAHULUAN

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap orang

Islam yang berkemampuan. Perkataan zakat berasal daripada Bahasa Arab yang

dituturkan oleh masyarakat Arab. Dari sudut bahasa ia bermaksud berkat,

menyuburkan, mensucikan dan memperbaiki (Yusof Qardawi, 1994). Malah

perkataan sedekah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis juga memberi makna

kepada zakat apabila ianya merujuk kepada sedekah yang wajib (Al-Mawardi,

m.536H).

Zakat mempunyai peranan tersendiri dalam memajukan ekonomi umat Islam

serta dilihat mampu menstabilkan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat (Muhsin &

Suhaili, 2016). Kepentingan untuk mengeluarkan zakat dapat dilihat apabila ia juga

218

merupakan kewajipan yang seiringan dengan ibadah sembahyang. Abdullah bin

Mas’ud (m.32H), Abdullah bin Umar (m.73H) dan Ali bin Abi Talib (m.40H) ada

meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW berkaitan dengan balasan orang yang

tidak membayar zakat yang bermaksud: “Tidak sempurna sembahyang seseorang

yang tidak menunaikan zakat dan tidak sempurna zakat seseorang yang tidak

menunaikan sembahyang”1. Oleh yang demikian, setiap individu muslim yang telah

mencukupi syarat-syarat wajib zakat perlu untuk menunaikan tanggungjawab mereka

termasuklah menunaikan kewajipan zakat ke atas kepelbagaian harta mereka yang

mempunyai unsur harta zakawi.

PERMASALAHAN KAJIAN

Namun, perbahasan zakat masih mempunyai banyak isu yang menjadi polemik dan

persoalan termasuklah hukum zakat ke atas harta individu yang berasaskan nisab

emas. Antaranya dalam aspek jenis harta zakat, syarat zakat (pensyariatan haul atau

tanpa haul), kaedah pentaksiran dan perluasan sumber harta zakat individu tersebut

seiring dengan peredaran zaman moden. Isu-isu ini walaupun asas hukumnya

dipersetujui oleh sebilangan besar intelektual Islam dan para fuqaha masa kini, namun

polemik dan perbezaan tetap wujud dalam perlaksanaannya.

Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk membincangkan persoalan yang

berlaku termasuklah dalam aspek jenis-jenis zakat harta individu yang berasaskan

nisab emas, kaedah pentaksirannya dan pelaksanaannya di negeri Selangor. Kajian ini

turut membincangkan mengenai kepelbagaian zakat harta individu masa kini

khususnya dengan merujuk kepada zakat mal al-Mustafad, emas pelaburan dan emas

perhiasan serta zakat nuqud (matawang) kerana kesemuanya ini berkait rapat dengan

pelaksanaan ibadah zakat oleh majoriti para pembayar di negeri Selangor. Ia adalah

selaras dengan ketetapan hukum syarak dan ketetapan fatwa daripada Majlis

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

KEPENTINGAN IJTIHAD DALAM SUMBER HARTA ZAKAWI

Persoalan zakat telah ditegaskan dalam al-Quran melalui ayat-ayat al-Quran secara

umum dan mutlak. Kewajipan zakat harta tidak terbatas kepada harta yang disebutkan

secara formal atau verbal (harfiyah) dalam himpunan hadis dan kitab-kitab fiqh turath

semata-mata. Menurut Muhammad al-Ghazalli (1981), Al-Quran merupakan

merupakan sebuah kitab fiqh yang hidup, bukan sebuah kitab yang membuat hukum-

hukum yang terbatas (mahdud). Oleh itu, sesuai dengan peredaran zaman moden,

ijtihad memainkan peranan yang sangat penting sebagai sumber atau dalil

perundangan Islam selepas kitab al-Quran dan al-Hadis pada masa kini.

1 Sila rujuk: Ibn Abi Syaybah, op.cit., halaman 353; Abu Ubayd, halaman 146 dan Zayd b. Ali, Dar

al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, 1983, halaman 179.

219

Allah SWT menyebutkan secara mutlak harta yang diwajibkan zakat iaitu

dengan perkatan amwal (harta-harta) tanpa perincian yang khusus. Sebagai contoh,

firman Allah:

يهم بها رهم وت زك خذ من أموالهم صدقة تطه

Terjemahan: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat

itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk

mereka.” (At-Taubah ayat 103).

هب والفضة ول رهم والذين يكنزون الذ .بعذاب أليم ينفقون ها في سبيل الله ف بش

Terjemahan: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan

tidak menafkahkannya (zakat) pada jalan Allah, maka beritahulah kepada

mereka, bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih”. (Surah al-

Taubah ayat 34)

أموالهم حق معلوم والذين في Terjemahan: “Orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian

tertentu.” (Surah al-Ma’arij ayat 24)

ا أخرجنا لكم من الرض .يا أي ها الذين آمنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم وممTerjemahan: “Wahai orang-orang beriman! Nafkahkanlah (keluarkan

zakat) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan

sebahagian daripada apa yang kamu keluarkan daripada hasil bumi”

(Surah al-Baqarah ayat 267)

Sebagai contoh, di dalam ayat 267 Surah al-Baqarah, Allah swt

memerintahkan setiap orang beriman mengeluarkan zakat terhadap segala hasil usaha

dan kepakaran mereka masing-masing. Begitu juga sebagaimana firman Allah dalam

Surah At-Taubah ayat 103, di mana harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta

yang bernilai iaitu emas dan perak. Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi (1994), emas dan

perak hanyalah sebahagian daripada contoh kepada harta-harta kekayaan individu

yang diwajibkan zakat berdasarkan kata ganti (dhomir) yang terdapat dalam ayat

tersebut.

Sebenarnya usaha memperluas zakat harta bukanlah satu perkara yang baru

malah sebenarnya ia telah dilakukan seawal zaman Khalifah Umar al-Khattab. Beliau

telah mengenakan zakat ke atas kuda yang diperniagakan sedangkan zakat kuda tidak

pernah dikenakan pada zaman-zaman sebelumnya. Oleh demikian, kewajipan zakat

harta dan sumbernya (resource) wajar diperluaskan lagi seiring dengan harta moden

masa kini yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Ini termasuklah perluasan sumber

harta moden dalam bentuk pendapatan dan pelbagai bentuk harta individu yang

berasaskan nisab emas seperti zakat matawang (nuqud) yang biasanya dalam bentuk

simpanan dan pelaburan. Dalam muktamar zakat yang pertama pada 30 April 1984 di

Kuwait sebagai contoh, telah dibincangkan tentang beberapa jenis harta individu yang

wajib dizakatkan seperti saham, bon dan hasil harta mustaghalllat (Muhammad Kamal

220

‘Atiyyah, 1995). Ini merupakan salah satu usaha ijtihad jamaie pada masa kini dalam

memahami harta individu moden yang berunsur harta zakawi.

EMAS SEBAGAI NISAB ZAKAT WANG

Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

Matawang wajib dizakatkan kerana di masa kini ianya digunakan secara meluas di

semua negara di dunia untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Oleh itu

wang sama ada berbentuk kertas, syiling dan sebagainya setaraf dengan emas dan

perak sebagai satu kuasa membeli atau untuk memperolehi sesuatu barangan atau

perkhidmatan (buying power). Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi

nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak 595 gram. Pada masa kini, harta al-Mal

al-Mustafad adalah kebiasaannya berbentuk wang (nuqud). Begitu juga kebanyakkan

harta individu yang lain yang berbentuk wang simpanan, pelaburan danlain-lain lagi

yang menggunakan emas sebagai penentuan nisab.

MATAWANG KERTAS DARI SUDUT PANDANGAN SYARAK

Sebagaimana yang telah dibincangkan di atas, salah satu jenis harta yang diwajibkan

zakat ke atas individu termasuklah zakat wang (zakat nuqud). Namun, ada golongan

yang berpandangan bahawa matawang kertas tidak langsung mempunyai nilai di sisi

syarak. Malah ada yang beranggapan bahawa matawang kertas tidak boleh

digabungkan pengiraan zakatnya dengan harta individu yang lain dalam bentuk emas

yang dilaburkan bagi penentuan kecukupan nisab zakat harta individu. Kesan

daripada pandangan ini ia membawa kepada banyak isu permaslahan berkaitan

dengan hukum syarak kerana di masa kini matawang kertas digunakan secara

berleluasa di seluruh dunia.

Antara isu tersebut termasuklah tidak berlakunya riba ke atas wang kertas

kerana hadis baginda Rasulullah SAW berkenaan dengan riba yang jelas melibatkan

emas dan perak, boleh berlakunya penangguhan apabila dijualbeli dengan emas dan

perak, tidak wajib bayar zakat matawang seperti simpanan, pelaburan dan sebagainya

(Aznan Hasan, 2015)2. Mereka beranggapan bahawa emas dan perak mempunyai

instrinsic value, jadi walaupun tidak digunakan sebagai matawang, maka ia tetap

bernilai, berbeza dengan matawang fiat.

Dalam kontek sekarang, duit kertas adalah matawang utama dan diterima pakai di

seluruh dunia secara meluas. Malah matlamat kewujudan matawang pada masa kini

sebenarnya adalah sebagai alat perantara untuk pertukaran (medium of exchange) dan

pemegang nilai (store of value). Ini juga adalah adat dan uruf semasa. Para ulama

pada masa kini sama ada melalui fatwa secara individu, fatwa secara kolektif (ijtihad

jamaie) atau pun melalui resolusi persidangan badan-badan fatwa atau kajian Syariah

2 Sila rujuk komentar Prof. Madya Dr. Aznan Hasan. Dalam seminar Wang Kertas dan Emas :

Adakah Item Ribawi? di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 18 Mac 2015.

www.asas.my> seminar-pelaburan-emas, dilayari pada 10 Julai 2017.

221

yang terkenal, telah bersepakat bahawa mata wang kertas yang ada pada hari ini

adalah sama hukumnya dengan emas dan perak dari sudut hukum riba, zakat dan

salam serta lain-lain hukum yang berkaitan. Antara contoh fatwa berkenaan dengan

penggunaan matawang ini ialah fatwa oleh Dr. Wahbah al-Zuhayli (2004) di mana

beliau menjelaskan bahawa kedudukannya adalah sama dengan emas dan perak, dan

ia mengambil sepenuhnya hukum emas dan perak. Manakala berikut adalah petikan

daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji pula:

جة الن، يعتبر فكل ما يجري التعامل به من الثمان ويقوم مقام الذهب والفضة كالعملت الرائ مال ربويا ويجري فيه الربا إلحاقا بالذهب والفضه

Terjemahan: Setiap apa yang digunakan sebagai duit berfungsi seperti

emas dan perak seperti matawang yang digunakan secara meluas sekarang

adalah dianggap sebagai barang ribawi, berlaku padanya riba mengambil

hukum emas dan perak.

Pandangan ini merupakan pandangan yang diterima pakai oleh pelbagai

institusi dalam bentuk ijtihad jamaie dan hampir kebanyakkan ulama masakini yang

lain. Antara ijtihad jamaie dalam pelbagai institusi berkaitan ialah Majma’ al-Fiqh al-

Islami (OIC), Majlis al-Majma’ al-Fiqh al-Rabitah, Fatawa Majma’ Fiqh al-Hindi

1410H, Fatwa Majma’ Buhuth al-Islamiyyah 1385H, Mi’yar al-Syar’I AAOIFI,

Tawsiyat al-Muktamar al-Thani li al-Masraf al-Islami Kuwait 1403H dan lain-lain

lagi.

Sebagai contoh Majlis Fatwa Fiqh Islam Antarabangsa OIC (Majma al-Fiqh

al-Islami al-Dawli) di dalam persidangan ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada

8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16 Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang

berbunyi:

ها صفة الثمنية كاملة ولها الحكام : كام العملت الورقية بخصوص أح أن ها ن قود اعتبارية في لم وسائر أحكام هب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والس رعية المقررة للذ اهم الش

Terjemahan: “Berkaitan hukum-hakam mata wang kertas, bahawa ia

adalah mata wang (nuqud) secara i’tibari, yang mempunyai sifat

harga/nilai (al-thamaniyyah) yang sempurna, dan ia mengambil hukum-

hakam syarak yang telah ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut

hukum riba, zakat, salam, dan segala hukum-hakamnya”. (Majallah

Majma’ al-Fiqh al-Islāmī, bil: 3, j. 3 h. 1650).

Kesimpulannya, mata wang kertas yang digunakan pada hari ini adalah

termasuk dalam item ribawi seperti emas dan perak. Antara hujah-hujah yang

dikemukakan ialah illah di dalam emas dan perak adalah “mutlak al-thamaniyyah”

(store of value), oleh kerana matawang kertas pada masa kini telah menjadi “thaman”,

maka ia mengambil hukum yang sama seperti hukum emas dan perak (Aznan Hasan,

2015). Oleh itu, pandangan yang menganggap bahawa matawang kertas tidaklah

222

dianggap sebagai matawang boleh membawa kepada mafsadah yang amat besar

antaranya berlaku riba dalam kehidupan, pembatalan hukum-hukum Islam yang amat

banyak seperti dalam urusan jual beli, pengurusan harta pusaka, hukum jenayah dan

penyelewengan, pengurangan yang amat besar kepada harta zakat.

ZAKAT HARTA INDIVIDU: AL-MAL AL-MUSTAFAD

Zakat al-Mal al-Mustafad adalah merujuk kepada zakat pendapatan seseorang

individu Muslim. Ia bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan pada tahun

semasa yang merangkumi penggajian, pendapatan bebas professional, hasil

mustaghallat dan pemberian. Dr. Yusof al-Qaradawi adalah antara ulama yang

pertama membincangkan secara ilmiah dan praktis mengenai persoalan zakat al-Mal

al-Mustafad di mana beliau berpendapat bahawa segala jenis pendapatan tersebut di

atas dikelompokkan ke dalam zakat al-Mal al-Mustafad. Majoriti ulama yang

berpendapat bahawa zakat al-Mal al-Mustafad adalah wajib kerana berdasarkan dalil-

dali umum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Antara dalil yang masyhur tentang ini

ialah sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 267 kerana menjurus

kepada penafsiran “ma kasabtum” (al-Zamakhsyari, 1998).

Namun, terdapat pandangan ulama yang berbeza tentang kewajipan zakat ke

atas al-Mal al-Mustafad di mana sebahagian fuqaha’ mengatakan tidak wajib zakat

manakala sebahagian pula menyatakan bahawa ia wajib dizakatkan. Bagi golongan

fuqaha yang menyatakan tidak wajib zakat harta al-Mal al-Mustafad ialah pendapat

para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a. Manakala Mazhab Syafie,

Hanafi dan Maliki pula berpandangan bahawa zakat mal mustafad hanyalah

dikenakan setelah memenuhi syarat haul. Ulama masakini yang menyokong

pandangan ini ialah Syauqi Ismail Syahatah.

Bagi golongan yang berpandangan bahawa zakat al-Mal al-Mustafad adalah

wajib tanpa syarat haul ialah Ibn Abbas, Muawiah dan Ibn Mas’ud daripada golongan

sahabat, manakala daripada golongan tabiin pula ialah Umar Abd Aziz dan Ibn.

Hazm. Di kalangan mazhab yang empat, hanya golongan mazhab Ahmad Ibn Hanbal

sahaja yang menyatakan tidak perlunya syarat haul bagi zakat harta al-Mal al-

Mustafad. Oleh yang demikian segala harta al-Mal al-Mustafad adalah diwajibkan

zakat sebaik sahaja ianya dimiliki. Imam Yusuf al-Qardawi adalah salah seorang

ulama tersohor masa kini yang mempunyai pandangan yang sama.

Menurut Yusuf Al-Qardawi (1994), kewajipan zakat al-Mal al-Mustafad tanpa

syarat haul ini secara kasarnya akan dikumpulkan pada satu tahun untuk

mencukupkan nisab, jika nisab sudah mencukupi barulah ia bermula kewajipan zakat

al-Mal al-Mustafad tersebut. Pandangan Yusuf Al-Qardawi ini dilihat benar dan

memenuhi konsep ta’jil al-zakat kerana beliau bukanlah mewajibkan zakat al-Mal al-

Mustafad sebelum cukup nisab (Uqlah, 1982).

Dalam konteks Malaysia, khususnya di negeri Selangor, ijtihad adalah

berdasarkan kepada kaedah Mazhab Syafie tetapi kaedah-kaedah mazhab lain diambil

223

pakai jika kaedah Mazhab Syafie tidak dapat memenuhi keperluan dan maslahah

masyarakat. Namun perbincangan tentang ijtihad terhadap al-Mal al-Mustafad dilihat

menjurus kepada kaedah mazhab lain daripada Mazhab Syafie kerana ia lebih sesuai

dengan keperluan semasa dan kepentingan ummah.

Walaupun zakat pendapatan telah diklasifikasikan sebagai harta yang ikhtilaf

untuk dikenakan zakat, namun ia telah diwajibkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Malaysia pada tahun 1997. Sesungguhnya logik akal boleh mempersoalkan bahawa

jika para petani padi membayar zakat di setiap kali musim menuai mengapa tidak

dengan para pekerja yang memperolehi pendapatan atau bergaji tetap secara bulanan

sedangkan mereka juga memperolehi hasil yang lumayan?

Polemik tentang isu zakat berlaku termasuklah dalam isu kepatuhan

mengeluarkannya daripada harta-harta termasuklah di bawah pemilikan individu. Isu

kepatuhan membayar zakat bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa kerana keseragaman

perundangan dan adanya fatwa tentang kewajipannya bukan satu-satunya faktor

penentu ketaan mengeluarkan zakat (Aidit, 1988). Yusuf Qardawi (1994) juga jelas

menyatakan bahawa ketaatan berzakat adalah berkait rapat dengan tahap keimanan

seseorang kepada Allah.

ZAKAT AL-MAL AL-MUSTAFAD DI NEGERI SELANGOR

Di negeri Selangor, zakat pendapatan telah diwartakan pada 9 Mei 2002 di bawah

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang menyatakan bahawa zakat

pendapatan hukumnya adalah wajib ke atas umat Islam yang tinggal atau bekerja di

Selangor, dan mereka hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat

(Lembaga) Zakat Selangor. Namun zakat al-Mal al-Mustafad di negeri Selangor tidak

tertakluk kepada syarat haul. Oleh itu zakat al-Mal al-Mustafad perlu dibayar sebaik

sahaja diterima atau diperolehi. Ini bertepatan dengan dalil syarak yang terdapat di

dalam Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 yang

berdasarkan athar sahabat dan tabi’in (Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud,

Mu’awiyah bin Abi Sufyan, dan Umar bin Abdul Aziz):

"هيد ف ت س ي ين ح يه ك ز ي ال ق ال م يد ف ت س ي ل ج ي الر ف "Terjemahan: “Seseorang yang memperolehi al-Mal al-Mustafad wajib

zakat semasa diperolehi.”

Ini juga merupakan pandangan Imam Yusuf al-Qardawi (1994) sendiri di

mana beliau memilih tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan sebagaimana

yang telah dibincangkan sebelum ini. Ini berlaku kerana menurut beliau hadis dan

athar yang berkaitan dengan pensyariatan haul ke atas zakat bukanlah pada peringkat

sahih ataupun hasan. Oleh itu ianya tidak boleh dijadikan sebagai hujah dalam zakat

al-Mal al-Mustafad.

224

Pengertian zakat al-Mal al-Mustafad berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan

Zakat Negeri Selangor 2013 selepas pengemaskinian fatwa pengurusan kutipan zakat

yang telah diluluskan pada 31 Januari 2013 ialah:

“Zakat yang diwajibkan ke atas harta pendapatan yang diperolehi daripada

kerja atau usaha dan hasil pemberian (harta yang diperolehi daripada jalan

bukan pekerjaan) seperti gaji, upah, subsidi, elaun, honorium, pendapatan,

hibah, sedekah, harta pusaka, mahar perkahwinan dan lain-lain lagi.”

Namun bagi tujuan memudahkan taksiran zakat harta ke atas individu yang

berasaskan mal al-Mustafad ini, ianya telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja ( كسب العمل والرواتب واألجور )

2. Zakat Harta Hasil Kerja Bebas ( ة المهن ر الح )

3. Zakat Hasil Harta Mustaghallat ( ستغالت ( الم

4. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan (العطية)

Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja bermaksud “Harta yang diperolehi

oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada

kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk

fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama,

sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.” Contohnya ialah gaji,

upah, bonus, gratuiti, pencen dan apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau

penggajian.

Walau bagaimanapun, pendapatan dari sumber-sumber seperti tuntutan lojing,

perbatuan (mileage), dan tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan dengan pekerjaan

tidak perlu dizakatkan kerana ianya tidak termasuk di dalam kategori pendapatan.

Sebaliknya ia diperolehi sebagai ganti pendahuluan kos yang terpaksa ditanggung

oleh individu dalam menjalankan tugas atau kerja yang dilakukan. Pendahuluan

tersebut dibayar menggunakan gaji pekerja yang telah dibayar zakat. Sekiranya

diwajibkan zakat, maka akan berlaku zakat sebanyak 2 kali.

Selain itu, Zakat Harta Hasil Kerja Bebas pula merujuk kepada harta yang

diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa

ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contohnya bayaran royalti atau komisen yang diterima daripada hasil penulisan,

penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya, bayaran perkhidmatan konsultansi

profesional, keuntungan projek bermusim, komisyen dan residual income–

pendapatan dari jualan insuran, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.

Zakat Hasil Harta Mustaghallat adalah merujuk kepada segala harta yang

diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan

atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Antara contoh ialah hasil

sewaan rumah, bangunan, kilang, premis perniagaan, Hasil sewaan kenderaan atau

pengangkutan, Hasil sewaan peralatan, aset dan Hasil yang dikeluarkan oleh binatang

ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

225

Manakala Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan bermaksud “harta yang

diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia

merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam

tahun semasa” dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al

‘aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib. Sebagai contoh, hibah, hadiah, saguhati,

pencen pasangan, sedekah, mahar perkahwinan, harta pusaka dan lain-lain lagi yang

merupakan hasil pemberian bukan daripada jalan pekerjaan. Penambahan zakat harta

pemberian atau sumbangan ini yang dikategorikan di bawah kumpulan zakat al-Mal

al-Mustafad merupakan salah satu bentuk pengemaskinian yang dibuat terhadap

Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2013 pada bulan Januari 2017 baru-

baru ini.

Keempat-empat jenis pendapatan individu berasaskan nisab emas ini

digabungkan di bawah kategori harta al-Mal al-Mustafad tanpa syarat haul. Hanya

gabungan harta al-Mal al-Mustafad yang diperolehi pada tahun semasa sahaja yang

akan ditolakkan haddul kifayah. Ini kerana syarat khusus bagi pengiraan zakat al-Mal

al-Mustafad ialah ia mesti melebihi keperluan asasi (Had al-Kifayah), sebagaimana

firman Allah SWT:

اذا ينفقون قل العفو ويسألونك م Terjemahan: “Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka

akan belanjakan (infaq)? katakanlah: (Infaqkanlah apa-apa) yang berlebih

dari keperluan(kamu).” (Surah al-Baqarah ayat 219)

ZAKAT HARTA INDIVIDU YANG LAIN BERASASKAN NISAB EMAS DI

SELANGOR

Selain harta-harta individu yang bersifat al-Mal al-Mustafad yang telah dibincangkan

seperti di atas, terdapat juga harta-harta individu lain yang digolongkan dalam

kelompok jenis yang dipanggil: Zakat Harta Lain Berasaskan Nisab Emas. Ini kerana

harta-harta ini merupakan harta individu yang tertakluk kepada syarat haul dan

kaedah taksirannya dibuat di hujung haul. Antara contohnya ialah emas pelaburan,

emas perhiasan (yang melebihi uruf), wang simpanan dan pelaburan harta individu

moden dalam pelbagai bentuk seperti saham amanah (unit trust), saham di pasaran

modal (equity), sukuk, Dana Dagangan Bursa (Exchange Traded Fund) dan lain-lain

lagi.

PELAKSANAAN KAEDAH GABUNGAN HARTA INDIVIDU YANG SAMA

JENISNYA

Seperti mana yang telah dibincangkan sebelumnya, pada 31 Januari 2017 yang lalu,

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah meluluskan dan memperakui

beberapa pengemaskinian terhadap Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor

2013. Antara pengemaskinian tersebut ialah termasuklah pelaksanaan kaedah

gabungan harta individu yang sama jenisnya yang bersandarkan nisab emas

(diqiyaskan kepada nisab asal jika jenis-jenisnya bersamaan ‘illah ( علة) hukum). Oleh

226

itu, setiap harta yang mempunyai persamaan jenis hendaklah digabungkan hartanya

untuk kecukupan nisab.

Perincian dan pengemaskinian yang dibuat adalah menyediakan borang

taksiran zakat gabungan harta individu untuk harta yang bersandarkan kepada nisab

emas (iaitu kebanyakan jenis harta seperti pendapatan, emas, perniagaan, wang

simpanan, KWSP dan lain-lain). Gabungan taksiran zakat harta yang bersandarkan

kepada nisab emas ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

a. Harta-harta lain sama ada dalam bentuk emas atau wang yang bersandarkan

kepada nisab emas, iaitu wang simpanan, wang pelaburan dan emas

(pelaburan dan perhiasan yang melebihi uruf). Wang simpanan ialah wang

yang disimpan oleh pemiliknya sama ada di dalam simpanan seperti tabung,

peti besi, bekas dan seumpamanya atau disimpan di dalam akaun simpanan

milik institusi kewangan, perbankan, koperasi, takaful (cash value) dan

seumpamanya. Manakala pelaburan harta individu merujuk kepada pelbagai

bentuk pelaburan pada masa kini yang telah dibincangkan sebelum ini seperti

saham amanah (unit trust), saham di pasaran modal (equity), sukuk, Dana

Dagangan Bursa (Exchange Traded Fund) dan lain-lain lagi.

b. Harta yang bersifat al-Mal al-Mustafad: Iaitu harta yang diperolehi melalui

penggajian, hasil pendapatan professional, hasil mustaghallat dan hasil

pemberian (a’tiyyah).

Sebelum pengemaskinian tersebut dibuat, fatwa yang sedia ada hanya

menjelaskannya secara umum. Berikut ialah petikan fatwa berkenaan:

“Mana-mana jenis zakat selain di atas, nisabnya diqiyaskan kepada nisab

asal jika jenis-jenisnya bersamaan ‘illah ( علة) hukum tersebut.

Seorang yang memiliki pelbagai jenis binatang (lembu, kambing, unta)

zakatnya berdasarkan nisab setiap jenis binatang. Jika ia memiliki

ternakan kambing dari pelbagai jenis contohnya biri-biri, kibash, kambing

gurun, boer, jamnapari zakatnya ditaksirkan berasaskan nisab kambing.”

Oleh itu, berdasarkan ketetapan pengemaskinian Fatwa Sistem Kutipan Zakat

Negeri Selangor 2013 yang telah diperakui dan diluluskan oleh Ahli-ahli Mesyuarat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, maka setiap individu Muslim di negeri

Selangor yang telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat adalah wajib untuk

mengeluarkan zakat harta mereka sama ada ianya bersifat al-Mal al-Mustafad yang

diperolehi melalui pendapatan pada tahun semasa dan harta-harta mereka yang lain.

Harta-harta lain ini merupakan harta atau aset yang berasaskan nisab emas yang

ditaksir di hujung haul seperti yang telah dibincangkan terdahulu di atas iaitu seperti

emas pelaburan, emas perhiasan wanita (yang melebihi uruf), wang simpanan dan

pelaburan. Bagi emas perhiasan wanita, ianya ditaksir bersama harta–harta ini

sekiranya melebihi uruf yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor iaitu 800 gram. Hanya lebihan daripada 800 gram emas perhiasan

227

wanita sahaja yang akan dimasukkan dalam taksiran kerana ia terikat dengan uruf

pemakaian emas di Selangor selaras dengan keputusan institusi fatwa negeri tersebut.

Bagi tujuan taksiran, oleh itu segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang

sama dengan emas akan dicampurkan kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti

jumlah wang simpanan di bank-bank, wang pelaburan serta jongkong/ dinar emas

dan lain-lain lagi digabungkan sebagai penentuan kecukupan nisab emas iaitu 85

gram.

KESIMPULAN

Seiring dengan peredaran zaman, ijtihad jamaie memainkan peranan yang sangat

penting sebagai sumber hukum selepas kitab al-Quran dan hadis Rasulullah SAW

terutamanya dalam membincangkan hukum-hukum berkaitan dengan ibadah zakat.

Perundangan dan ketetapan fatwa yang dibuat secara kolektif sama ada di peringkat

pusat atau negeri ke atas hukum-hukum berkaitan dengan zakat dilihat sangat penting

kerana pada masa kini terdapat banyak isu dan polemik tentang zakat demi

memelihara maslahah dan kebajikan umat Islam yang masih mempunyai tahap

ekonomi yang rendah. Isu dan polemik ini boleh merugikan zakat sebagai satu

mekanisme dalam meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam khususnya golongan

asnaf fakir dan miskin. Sebagai contoh, isu haul dalam zakat al-Mal al-Mustafad

tidak akan menjadi polemik jika umat Islam memahami dan menerima konsep ta’jil

al-Zakah iaitu menyegerakan pembayaran zakat sebelum tiba tempoh haul sedangkan

ianya sudah mencukupi nisab.

Pelaksanaan kaedah pentaksiran ini juga dilihat mampu menjadi contoh

terbaik kepada institusi–institusi amil yang lain kerana ia adalah satu kaedah taksiran

zakat harta individu berasaskan nisab emas yang sangat lengkap dan menyeluruh

dalam membantu umat Islam menunaikan ibadah zakat harta mereka yang terdiri

daripada pelbagai sumber dan jenis harta berdasarkan kehendak hukum syarak dan

ketetapan fatwa.

RUJUKAN

Aidit Ghazali. (1998). Zakat-Satu Tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Al-Khin, Mustafa; al-Bugha, Mustafa & Al-Syarbaji, ‘Ali.(2011) Al-fiqh al-manhaji

Mazhab al-Shafie; penterjemah: Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri & rakan-

rakan.

Al-Mawardi, Ali bin Muhammad (1973). al-Ahkam al-Sultaniyah, Mustafa al-Halabi,

Kaherah, hal. 112.

Al-Zamakhsyari, Mahmud bin ‘Umar. Al-Kasysyaf ‘an Haqaiq Ghawami al-Tanzil

wa ‘Uyunal-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil. Riyad: Maktabah al-Ghuraba’ al-

Athariyyah.

Al-Zuhayli, Wahbah (2004). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Dimasyq: Dar al-Fikr.

228

Aznan Hasan (2015). Wang Kertas dan Emas: Adakah Item Ribawi? Kertas kerja

yang disampaikan di UIAM pada 18 Mac 2015.

Muhammad Kamal ‘Atiyyah (1995). Perakaunan Zakat: Teori dan Praktis. (terj.)

Mohd Nor Ngah. Kuala Lumpur: DBP.

Muhammad al-Ghazalli, Kayfa Nata’amal al-Quran, The International Institute of

Islamic Thought, Herndon, 1981. p. 74.

Muhsin Paizin & Suhaili Sarif (2016). Kemudahan Pembayaran Zakat: Tinjauan di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Labuan e-Journal of

Muamalat and Society, 10 (2016), 66-76.

Muhammad “Uqlah (1982). Ahkam al-Zakah wa al-Sadaqah. ‘Amman: Maktabah al-

Risalah Al-Hadithiyah.

Yusof Qardawi. 1985. Fiqh al-Zakah Dirasah Muqaranah li Ahkamika wa Filsafatiha

fi Dau’ al-Quran wa al-Sunnah. Jld. 1. Beirut: Muasasah al-Risalah.

Fatwa dan Perundangan

Fatwa Sistem Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013, Lembaga Zakat Selangor.

Bab 18 KAJIAN MIGRASI ZAKAT DARI SELANGOR KE LUAR

NEGERI SELANGOR OLEH PIHAK TIDAK BERTAULIAH:

ANALISIS DARI SUDUT HUKUM SYARAK DAN

PERUNDANGAN

Mohammad Farid bin Mohammad Zainal Eksekutif Syariah, Lembaga Zakat Selangor (LZS). [email protected]

Abstrak Zakat adalah salah satu di antara rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam yang

mencukupi syarat-syaratnya. Ia juga merupakan ibadah yang diwajibkan berdasarkan nas-nas

Syarak. Menurut perlembagaan Malaysia, DYMM Sultan adalah ketua agama Islam bagi

negeri di bawah jajahannya. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah pihak yang

berautoriti melaksanakan pentadbiran halaehwal Islam bagi pihak DYMM Sultan Selangor

termasuklah kuasa mengutip dan mengagih zakat dan fitrah di negeri Selangor. Kajian ini

dilakukan bagi menilai hukum kutipan zakat yang dilakukan oleh individu atau kumpulan

tertentu di negeri Selangor dan dipindahkan ke luar Selangor tanpa tauliah daripada MAIS

dari sudut hukum Syarak dan undang-undang. Kaedah kajian ini dilakukan secara kajian

perpustkaan dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh, Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri-Negeri (EPAIN) dan Perlembagaan Malaysia dan maklumat daripada laman web

rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS). Hasil kajian mendapati tindakan pihak yang mengutip

zakat di negeri Selangor tanpa mendapat tauliah daripada MAIS dan memindahkannya ke

negeri lain adalah bercanggah dengan hukum Syarak kerana para fuqaha bersepakat bahawa

seorang amil itu mesti dilantik oleh pemerintah yang sah di satu-satu tempat. Ia juga

bercanggah dengan undang-undang sebagaimana yang termaktub di dalam EPAIS dan

Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa kuasa agama adalah tertakluk di bawah

kuasa DYMM Sultan bagi sesebuah negeri. Semoga kajian ini dapat dijadikan sebagai

panduan oleh masyarakat awam dan institusi zakat negeri-negeri bagi menangani masalah

yang berlaku.

Kata Kunci: Zakat, Migrasi, Amil, MAIN, Hukum syarak,Undang-undang, EPAIN, EPAIS.

PENDAHULUAN

Zakat adalah salah satu diantara rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam

yang mencukupi syarat-syaratnya. Mengurus zakat adalah tanggungjawab pemerintah

Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

Baginda SAW telah melantik para amil dan utusan-utusan yang ditugaskan mengutip

zakat daripada orang-orang kaya untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf.

Perkara ini diteruskan sejak zaman Khulafa Ar-Rasyidin sehinggalah kerajaan Islam

hari ini. Oleh itu, Zakat hendaklah dikeluarkan dengan menyerahkan kepada pihak

yang berkuasa untuk diagihkan kepada asnaf zakat yang layak1.

1 Abdul Muhaimin, M. (2009). Tuntutan Agama Dalam Membuat Perancangan Harta. In Seminar

Perancangan Harta Individu dan Harta Syarikat Islam (pp. 1-30). Hotel Flamingo Ampang.

230

Di Malaysia, pemerintah Islam yang bertanggungjawab dalam mengurus dan

mengumpul zakat adalah di bawah bidang kuasa MAIN (Sanep, Hairunnizam, &

Adnan, 2006)2. Di negeri Selangor, DYYM Sultan adalah pihak yang berkuasa

terhadap hal ehwal agama Islam. Kuasa DYYM Sultan Selangor telah dilaksanakan

oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Zakat adalah dia antara salah satu

perkara yang terletak di bawah bidangkuasa MAIS. MAIS telah melantik LZS sebagai

institusi amil di negeri Selangor magi mengutip dan mengagih zakat bagi umat Islam

di negeri Selangor. Justeru, sebarang urusan kutipan dan agihan zakat di negeri

Selangor tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana pihak melainkan setelah

mendapat izin daripada LZS.

Oleh itu, perbuatan mana-mana individu atau kumpulan yang mengutip atau

mengagih zakat tanpa kebenaran LZS boleh dianggap sesuatu yang bercanggah

dengan hukum Syarak. Ia juga bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang

termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (EPAIS)

dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri (EPAIN) setiap negeri di Malaysia.

Artikel ini berusaha untuk menganalisis percanggahan-percanggahan tersebut.

URUSAN ZAKAT ADALAH BIDANG KUASA PEMERINTAH (AL-IMAM)

Istilah Amil diambil daripada nas Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT:

إنما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليهاTerjemahan: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang

fakir, miskin dan para amil yang ditugaskan...” (At-Taubah: 60)

Perkataan “عليها bermaksud “petugas yang dilantik” disebut oleh Allah ”والعاملني

SWT di dalam Al-Quran sebagai salah satu asnaf yang layak menerima zakat. Para

fuqaha memberikan pelbagai takrifan tentang makna istilah amil. Walau

bagaimanapun mereka bersepakat bahawa amil mestilah petugas zakat yang dilantik

oleh pemrintah.

Al-Kasani dari kalangan mazhab Hanafi menyatakan: “Mereka adalah orang

yang dilantik oleh pemerintah untuk mengutip harta zakat”3. Taqiyyuddin Al-Husaini

dari kalangan ulama Syafiiyyah pula berpendapat: diserahkan kepada mereka yang

berhak sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT4.

Berdasarkan takrifan di atas, perkataan amil digunakan khusus untuk petugas-

petugas yang dilantik untuk menguruskan zakat. Pelantikan ini hanya sah apabila ia

dilakukan oleh ‘Al- mam’ atau pemerintah Islam. Para ulama juga berittifaq bahawa

2 Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan, M. (2006). Penswastaan Institusi Zakat Dan Kesannya

Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. IJMS, 13(2), 175-196. 3 Al-Kasani, Badai’ As-Sonai’, Beirut: Darul Kutub Al-I’lmiyyah, jld. 2, ms. 44

4 Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini, Kifayah Al-Akhyar, Damsyiq: Dar Al-Basyair,

jld.1, ms. 233-234)

231

di antara syarat untuk seseorang itu layak dilantik sebagai amil ialah pelantikan itu

mesti dilakukan oleh pemrintah. Tiada khilaf di kalangan ulama berkaitan perkara ini.

Berikut dikemukakan perbahasana para ulama5;

- Imam As-Syafie berpendapat: “عليها ialah sesiapa yang dilantik oleh ”العاملون

untuk mengutip dan mengagihkan zakat (pemerintah) ”الوايل“6

- Abdul Qadir bin Umar As-Syaibani dari kalangan faqih mazhab Hanbali

berpendapat: “العاملون عليها” mereka adalah pengutip yang diutus oleh “االمام”

(pemerintah) untuk mengambil zakat daripada pemiliknya.7

- Imam Ibnu Hazmin Az-Zahiri: “العاملون عليها” adalah amil-amil yang keluar bagi

pihak “االمام” (pemerintah) yang wajib ditaati. Mereka ditugaskan untuk

mengagih zakat dan mengutip zakat.8

- Imam Al-Qurtubi mufassir dan faqih mazhab Maliki berkata: “العاملون عليها”

mereka adalah jurukira dan pengutip yang dihantar oleh “االمام” (pemerintah).9

- Imam An-Nawawi berkata: Wajib ke atas “االمام” (pemerintah) menghantar

pengutip untuk mengambil zakat.10

Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, para fuqaha bersepakat

menyatakan bahawa para amil yang ditugaskan untuk mengurus harta zakat mestilah

seorang yang dilantik oleh ‘Al- mam’ atau pemerintah Islam. Bahkan, zakat adalah

sebahagian daripada harta Baitulmal dan ianya mesti diuruskan oleh pemerintah

Islam. Kewajipan ini tidak boleh dilakukan oleh mana-mana individu atau kumpulan

tanpa izin pemerintah.

Perkara ini sangat bertepatan dengan perintah Allah SWT kepada Rasulullah

SAW selaku ketua negara Islam Madinah sebagaimana firmannya:

يهم بها رهم وت زك خذ من أموالهم صدقة تطهTerjemahan: “Dan ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah

(zakat) untuk membersihkan harta dan mensucikan jiwa mereka.” (At-

Taubah: 103)

Ibnu Kathir menjadikan ayat ini sebagai hujah bahawa zakat wajib diserahkan

kepada Rasulullah SAW sebagai pemimpin Madinah dan khalifah-khalifah selepas

baginda SAW11

.

5 Dr. Umar Sulayman Al-Asyqor, Abhath Fiqhiyyah Fi Qodhoya Az-Zakah Al-Mua’soroh, Beirut:

Dar An-Nafais, j.2, h.720 6 Muhammad Bin Idris As-Syafei’, Ahkam Al-Quran, Kaherah: Maktabah Al-Khonji, ms. 163

7 Abdul Qadir Bin Umar As-Syaibani, Nail Al-Maarib Bi Syarhi Dalilu At-Tolib, Kuwait: Maktabah

Al-Falah, jld.1, ms.263 8 Ibni Hazmin, Al-Muhalla Bi Al-Aathar, Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, jld.4, ms.273

9 Ahkam Al-Quran Li Al-Qurtubi (2/177)

10 An-Nawawi, Raudhah At-Tolibin, Beirut: Dar Al-Kutib Al-Ilmiyyah, jld.2, ms.175

232

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) ADALAH PIHAK BERKUASA

AGAMA YANG SAH DI DALAM SESEBUAH NEGERI

Perlembagaan Persekutuan, Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang

Bagi Persekutuan, Perkara 3: Agama Bagi Persekutuan, Fasal (2) menyatakan:

“Kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat

yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu.”

Di negeri Selangor, DYMM Sultan Selangor merupakan ketua agama Islam

yang sah. Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Sultan

Sebagai Ketua Agama Negeri, XLVIII. Fasal (1) menyatakan: “Duli Yang Maha

Mulia hendaklah menjadi Ketua agama negeri dan Duli Yang Maha Mulia boleh

menyebabkan diperbuat undang-undang bagi maksud mengawal selia hal ehwal

agama dan bagi penubuhan suatu Majlis Agama Islam yang dalam bahasa Inggeris

hendaklah dikenali sebagai “Council of Religion of Islam”, untuk membantu dan

menasihati Duli Yang Maha Mulia dalam semua perkara yang berhubungan dengan

agama Negeri.”

Peruntukan undang-undang ini dengan jelas menyatakan bahawa DYMM

sultan Selangor adalah pihak yang berkuasa bagi hal ehwal agama Islam di negeri

Selangor. Tugas DYMM Sultan sebagai ketua agama dilaksanakan oleh MAIS selaku

pihak yang membantu dan menasihati DYMM dalam urusan berkaitan agama Islam.

Oleh itu, peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam EPAIS dengan

jelas menyatakan bahawa MAIS adalah pihak berkuasa agam yang sah di negeri

Selangor. Justeru, segala hal ehwal berkaitan agama Islam termasuk urusan kutipan

dan agihan zakat di negeri Selangor adalah di bawah bidangkuasa MAIS.

Undang-undang negara jelas memperuntukkan bahawa zakat hendaklah

dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing ataupun kepada

badan-badan yang dilantik sebagai amil bagi menerima pembayaran zakat (Siti

Mashitoh, 2007).12

Pihak yang mengutip atau mengagih zakat di negeri Selangor tanpa kebenaran

daripada MAIS dianggap telah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan

tindakan undang-undang.

Sementara itu, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,

Bahagian VI - Kewangan (Zakat dan Fitrah), Seksyen 86 - Kuasa Majlis memungut

zakat dan fitrah pula menyatakan: “Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan

fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Selangor

mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.”

11

Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-A’zim, Riyadh; Dar Toyyibah Li An-Nasyri Wa At-Tauzi’, jld.4,

207 12

Siti Mashitoh, M. (2007). Sistem Perundangan Zakat di Malaysia: Antara Realiti dan Harapan. In

Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan (pp. 1-21).

233

Klausa ini dengan jelas menyatakan bahawa MAIS yang mewakili DYMM

Sultan Selangor adalah satu-satunya pihak yang berautoriti untuk memungut zakat

dan fitrah di negeri Selangor. MAIS selaku pihak yang diberi kuasa untuk memungut

zakat dan fitrah di Selangor pula telah mengambil inisiatif dengan melantik Lembaga

Zakat Selangor (LZS) untuk melaksanakan tugas selaku amil bagi menguruskan harta

zakat umat Islam di Selangor.

Oleh itu, LZS adalah institusi amil tunggal yang diberi kuasa MAIS untuk

mengurus harta zakat di negeri Selangor. Dengan pelantikan ini, LZS berhak melantik

kakitangan sebagai amil individu untuk melaksanakan tugas mengutip dan mengagih

zakat di negeri Selangor. LZS juga berhak melantik pembantu amil dari kalangan

AJK Masjid atau ejen-ejen dari kalangan individu, syarikat atau kumpulan bagi

membantu LZS melaksanakan urusan kutipan atau agihan zakat.

Berdasarkan perkara di atas, mana-mana indvidu atau kumpulan yang tidak

mendapat tauliah daripada LZS adalah tidak layak diiktiraf sebagai amil. Mereka juga

tidak boleh melakukan urusan mengutip atau mengagih zakat di dalam negeri

Selangor. Perbuatan mereka yang mengutip atau mengagih zakat tanpa kebenaran

LZS adalah bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan dan

hukuman. Perbuatan mereka juga boleh dianggap sebagai mencabar kedaulatan dan

kuasa DYMM Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam yang telah diserahkan kepada

MAIS dan LZS.

MAJLIS AGAMA ISLAM HANYA MEMPUNYAI BIDANG KUASA DI

DALAM WILAYAH NEGERINYA SAHAJA

Ada sebahagian pihak menyatakan bahawa, individu atau kumpulan yang

melaksanakan kutipan zakat di negeri Selangor tanpa tauliah daripada MAIS, mereka

mendapat tauliah daripada MAIN yang lain. Oleh itu, mereka boleh dianggap sebagai

amil dan layak melaksankan urusan kutipan zakat di mana-mana sahaja. Kenyataan

ini sebenarnya adalah suatu perkara yang bercanggah syarak dan undang-undang

sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

Perlu diingat bahawa, setiap MAIN hanya mempunyai bidangkuasa di dalam

wilayah negerinya sendiri sahaja dan tidak boleh melangkaui wilayah pentadbiran

negeri lain. Perkara ini amat jelas sebagaimana yang termaktub di dalam setiap

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri (EPAIN) masing-masing.

Berikut dikemukakan contoh-contoh peruntukan yang termaktub di dalam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam setiap negeri:

i. Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994

Di dalam bab “Mukaddimah” enakmen ini menyatakan: “Suatu Enakmen bagi

menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk

membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dalam perkara-perkara yang

234

bersangkutan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu dalam Negeri

Kelantan.”

ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006

Di dalam Enakmen 4, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006, dalam bab

“Tajuk Panjang Dan Mukaddimah” menyatakan: “Suatu Enakmen bagi mengadakan

peruntukan baru tentang pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu;

penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah; penubuhan dan fungsi Majlis

Agama Islam di dalam Negeri Perlis; dan perkara-perkara lain yang berkaitan

dengannya.”

Peruntukan ini dinyatakan dengan jelas di dalam EPAIN setiap negeri di

Malaysia. Ini menjadi suatu hujah bahawa, setiap MAIN hanyalah mempunyai

bidangkuasa di dalam wilayah negeri mereka sahaja dan tidak boleh menceroboh

kedaulatan negeri lain. Setiap MAIN juga mempunyai kedaulatan di dalam wilayah

negeri masing-masing dan negeri lain tidak boleh mencampuri urusan hal ehal agama

Islam negeri lain yang berada di bawah kuasa DYMM Sultan negeri tersebut.

Apa yang lebih menarik, dalam bab “Zakat Dan Fitrah” yang termaktub di

dalam EPAIN dengan jelas menyatakan, setiap MAIN hanya berkuasa memungut

zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena bayar di dalam negeri tersebut

bagi pihak DYMM Sultan. Berikut dikemukakan contoh-contoh;

i. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Bahagian VI -

Kewangan (Zakat dan Fitrah), Seksyen 86 - Kuasa Majlis memungut zakat dan fitrah

menyatakan: “Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap

orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Selangor mengikut Hukum Syarak

bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.”

ii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003

Enakmen 16 tahun 2003, Eenakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003,

Fasal 86: Kuasa Majlis Memungut Zakat & Fitrah menyatakan: “Majlis hendaklah

berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di

dalam Negeri Johor mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia

Sultan.”

iii. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006, Bahagian IV: Kewangan (Zakat dan

Fitrah), Seksyen 86 (Kuasa Majlis memungut zakat dan fitrah) juga menyatakan:

“Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam

yang kena dibayar di dalam Negeri Perlis mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli

Yang Maha Mulia Raja Pemerintah.”

235

Oleh itu, tindakan pihak MAIN lain yang melantik mana-mana individu atau

kumpulan untuk mengutip zakat di negeri Selangor boleh dianggap satu

pencerobohan kedaulatan negeri Selangor yang dan dianggap mencampuri urusan hal

ehwal agama Islam di negeri Selangor. Tindakan ini sudah pasti menimbulkan

suasana yang tidak harmoni di kalangan negeri Selangor. Ia bukan sahaja bercanggah

dari sudut undang-undang, bahkan bercanggah dengan hukum syarak. Ia juga boleh

dianggap merampas hak para asnaf yang ada di dalam negeri Selangor.

HUKUM MIGRASI HARTA ZAKAT UMAT ISLAM DI SELANGOR KE

LUAR SELANGOR

i. Perkara Yang Disepakati (Muttafaq A’laih)

Ulama berittifaq bahawa memindahkan zakat dari tempat wajibnya ke tempat yang

lain adalah harus dengan syarat penduduk di tempat tersebut telah dipenuhi segala

keperluannya daripada harta zakat. 13

Bahkan Malikiyyah dan Syafiiyah menyatakan wajib memindahkannya dalam

keadaan sedemikian. Ad-Dusuqi berkata: “Jika di tempat wajib zakat harta itu atau

yang dekat dengannya tiada mereka yang layak menerimanya, maka hendaklah

dipindahkan -secara wajib- ke tempat lain yang ada orang yang layak menerimanya,

walaupun tempat itu jaraknya boleh dilakukan Qasar.” 14

Di dalam Mughni Al-Muhtaj dinyatakan: “Jika ia (harta zakat) berlebihan

(untuk penduduk tempat wajib zakat), maka wajib dipindahkan harta tersebut ke

negeri yang terdekat dengan negeri tempat wajib zakat tersebut. Namun jika

dipindahkan ke negeri yang lebih jauh, maka ia menjadi perselisihan.”15

ii. Perkara Yang Tidak Disepakati (Mukhtalaf Fihi)

Ulama berselisih pendapat tantang hukum memindahkan zakat dari tempat wajib

dikeluarkan dalam keadaan masih ramai lagi asnaf yang memerlukan bantuan di

tempat tersebut dan dana zakat yang diperlukan tidak mencukupi.

Dr. Usman Syibir dalam membahaskan perbincangan fuqaha berkaitan perkara

ini telah menulis secara terperinci pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para

fuqaha sebagaimana berikut:16

13

Dr. Mohammad Usman Syibir, Abhath Fiqhiyyah Fi Qodhoya Az-Zakah Al-Muasoroh, Beirut: Dar

Al-Nafais, jld. 1, hlmn. 455-456 14

Ad-Dusuqi, Hasyiah Ad-Dusuqi A’la As-Syarhi Al-Kabir, Dar Ihya Al-Kutub Al-A’rabiyyah, jld.1,

ms.501 15

Syamsuddin Muhammad Bin Al-Khotob As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj, Beirut; Dar Al-Makrifat

(1/601) 16

Dr. Mohammad Usman Syibir, Abhath Fiqhiyyah Fi Qodhoya Az-Zakah Al-Muasoroh, Beirut: Dar

Al-Nafais, jld. 1, hlmn. 455-475

236

i. Memindahkan zakat dari tempat wajibnya adalah diharuskan. Pendapat As-

Syafiiyyah (Ghair Al-Asoh) dan salah satu pendapat yang diriwayatkan dari

Imam Malik17

.

ii. Zakat tidak harus dipindahkan dari tempat wajib mengeluarkannya. Pendapat

Malikiyyah,18

Pendapat Syafiiyah (Al-Asoh)19

dan Hanabilah20

.

iii. Pendapat dan dalil yang mengatakan makruh. Mazhab Hanafiyyah,21

pendapat

Hassan Al-Basri, Ibrahim An-Nakhai’e, dan salah satu pendapat Qadhi Abi Ya’la

Al-Farraa,22

Ibnu Al-Banna dari kalangan Hanabilah23

.

iv. Pendapat dan dailil yang mengatakan harus kerana maslahat tertentu (harus

bersyarat). Salah satu Mazhab Malikiyyah,24

pendapat Al-Qadhi Abi Ya’la Al-

Furraa Al-Hanbali25

dan Seikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah Al-Hanbali26

.

Dalam mentarjihkan pandangan fuqaha di atas, Dr. Usman Syibir telah

mengemukakan kesimpulan-kesimpulan seperti berikut:

i. Hukum asal bagi agihan zakat adalah “harta mesti diagihkan di tempat ia

diwajibkan zakat”. Harta zakat tidak boleh dipindahkan selagimana wujud golongan

yang berhak menerimanya kerana di dalam hadith-hadith sohih dengan jelas

menyatakan bahawa zakat hendaklah diambil dari kalangan orang kaya di sesuatu

tempat dan diserahkan kepada orang miskin di tempat tersebut.

Ia juga kerana orang miskin di sesuatu tempat yang diwajibkan zakat,

pandangan mereka sentiasa terarah kepada kekayaan yang di miliki oleh orang-orang

kaya di tempat mereka. Justeru, kekayaan itu mesti deserahkan kepada mereka supaya

tidak timbul perasaan benci, dengki dan dendam kepada orang-orang kaya.

Islam sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan tercapainya jaminan

sosial dalam kalangan masyarakat samada di peringkat keluarga, negeri ataupun

negara. Justeru, pengagihan zakat di tempat harta diwajibkan zakat dapat memenuhi

keperluan individu di tempat. Ibnu Taimiyyah berkata: “Sesungguhnya para Salaf

berkata: Jiran harta adalah lebih berhak terhadap harta zakat. Oleh itu, makruh

17

Ahkam Al-Quran, Ibni Al-Arabi (2/975), Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi (8/175), Al-

Majmu’, An-Nawawi (6/172) 18

Hasyiah Ad-Dusuqi (1/501) 19

Al-Majmu’, An-Nawawi (6/171) 20

Al-Mughni, Ibnu Qudamah (2/671) 21

Al-Majmu’, An-Nawawi (6/171) 22

Tobaqot Al-Hanabilah (2/193 ) 23

Tobaqot Al-Hanabilah (1/41 ) 24

Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi (8/175) 25

Al-Insof, Al-Mardawi (3/201) 26

Al-Ikhtiyarat, Al-Ba’li (99)

237

memindahkan harta zakat ke tempat As-Sulton dan lain-lainnya, agar penduduk

daerah berdekatan mampu dipenuhi keperluan mereka.” 27

ii. Pemindahan harta zakat hanya diharuskan sekiranya ia membawa kepada

maslahat yang lebih besar untuk umat islam secara umumnya. Sekiranya kita

berpaling dari usul ini, dengan tidak mengambilkira asas dan maslahah Syara’ dalam

memindahan harta zakat, maka ia tidak akan membawa kepada hikmah dan kebaikan.

Justeru, memindahkan harta zakat hanya diharuskan sekiranya ia diikat dengan syarat

dan wujud maslahat Syara’. Inilah yang dilakukan oleh para pengutip zakat ketika

membawa harta zakat mereka kepada Rasulullah SAW dan khulafa Ar-Rasyidin

selepas baginda.

Humaid bin Zanjawaih menyatakan di dalam kitab Al-Amwal: “Sunnah di sisi

kami ialah pemerintah menghantar utusan kepada setiap kaum untuk mengambil zakat

daripada orang kaya di kalangan mereka, lalu diagihkan kepada orang fakir di

kalangan mereka. Akan tetapi, Al-Imam adalah bertanggungjawab kepada Islam

umatnya dan orang-orang beriman adalah bersaudara. Oleh itu, jika Al-Imam melihat

ada keperluan untuk mengagihkan harta zakat sesuatu kaum yang tidak diperlukan

untuk diagihkan kepada kaum lain yang sangat memerlukan, ia boleh melakukannya

mengikut ijtihad dan pandangannya.28

Imam Malik berkata: “Tidak harus

memindahkan zakat melainkan berlaku keadaan yang sangat memerlukan di sesuatu

tempat, lalu pemerintah memindahkannya berdasarkan ijtihad dan pandangannya.” 29

Berdasarkan asas-asas dia atas, diharuskan bagi pemerintah untuk berijtihad

memindahkan zakat dari satu tempat ke satu tempat yang lain sekiranya terdapat

maslahat yang memerlukan pelaksanaan tersebut. Begitu juga pengutip zakat dan

institusi yang dilantik untuk mengutip dan mengagihkan zakat.

iii. Hanya pemerintah atau pemilik harta yang boleh melakukannya atas dasar

maslahah. Hanya pemerintah, institusi amil atau pemilik harta sahaja yang boleh

memindahkan harta zakat atas dasar maslahat dan keperluan yang sangat penting.

Ibnu Zanjawih menyatakan: “Imam adalah pihak yang memerhatikan keperluan hal

ehwal Islam dan umatnya. Begitu juga pemilik harta yang ingin mengagihkan

hartanya. Mereka boleh membawa harta tersebut ke tempat lain untuk diberikan

kepada saudara mara atau sahabat-sahabat atau diberikan kepada sesiapa yang ditimpa

musibah.” 30

iv. Zakat tidak boleh dipindahkan ke tempat lain dalam keadaan para asnaf masih

memerlukan harta zakat.Ini adalah pendapat yang disepakati oleh para ulama.

Keharusan memindahkan harta zakat hanya boleh dilakukan dalam keadaan tiada lagi

27

Al-Ikhtiyarat (99) 28

Al-Amwal Li Ibni Zanjawaih (3/1196) 29

Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran (8/175) 30

Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran (8/175)

238

asnaf yang berhak menerima zakat dan pemerintah mempunyai lebihan harta zakat

yang dihimpunkan.

Dalam isu migrasi zakat dari Selangor ke luar negeri Selangor yang dilakukan

oleh individu atau kumpulan yang tidak mendapat tauliah dari MAIS, syarat-syarat

yang dikemukakan oleh para fuqaha sebagaimana di atas langsung tidak dipenuhi. Ini

berdasarkan beberapa fakta seperti berikut:

a. Masih Ramai Jumlah Asnaf Fakir Dan Miskin Di Negeri Selangor

Berdasarkan laporan yang diperolehi daripada Kenyataan Akhbar Pengerusi MAIS:

Prestasi Pencapaian Agihan Dan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2016 menyatakan,

jumlah asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor pada tahun 2016 adalah seramai

46,500 keluarga, iaitu peningkatan sebanyak 2,207 keluarga berbanding 44,293

keluarga pada tahun 2015.31

Jumlah 46,500 keluarga ini adalah satu jumlah yang sangat besar dan terus

meningkat pada setiap tahun. Dalam keadaan umat Islam di negeri Selangor yang

masih ramai dan sangat memerlukan bantuan zakat, maka tidak sepatutnya ada pihak

lain yang bertindak mengutip wang zakat dan membawanya ke negeri lain. Perbuatan

memindahkan zakat dari negeri Selangor ini boleh dianggap sebagai merampas hak

fakir dan miskin di negeri Selangor.

b. Jumlah Dana Yang Dikutip Oleh LZS Masih Belum Mampu Menampung

Keperluan Asnaf Di Negeri Selangor

Berdasarkan laporan yang sama, bagi tahun 2016 LZS telah mengagihkan sebanyak

RM697.5 juta berbanding kutipan sebanyak RM673.7 juta.32

Laporan ini

membuktikan bahawa kutipan yang berjaya dikumpulkan oleh LZS tidak mampu

menampung keperluan sebenar asnaf yang ada di negeri Selangor.

Oleh itu, tindakan pihak tertentu yang mengutip zakat di negeri Selangor dan

membawanya ke luar negeri Selangor adalah satu tindakan yang amat tidak wajar dan

telah menzalimi hak asnaf yang berada di negeri Selangor. Apatahlagi perbuatan ini

dilakukan oleh pihak yang tidak layak dianggap amil di negeri Selangor.

KESIMPULAN

Tindakan individu atau kumpulan tertentu yang memindahkan kutipan zakat daripada

negeri Selangor ke negeri lain tanpa mendapat tauliah daripada MAIS adalah tidak

sah dan bercanggah dengan hukum Syara’ sebagaimana yang telah dibahaskan oleh

para ulamak di dalam kitab-kitab feqah. Individu dan kumpulan tersebut tidak layak

dianggap sebagai amil di negeri Selangor kerana bukan dilantik oleh MAIS selaku

pihak berkuasa agama yang sah di negeri Selangor.

31

http://www.zakatselangor.com.my/terkini/kenyataan-akhbar-prestasi-agihan-dan-kutipan-2016/ 32

http://www.zakatselangor.com.my/terkini/kenyataan-akhbar-prestasi-agihan-dan-kutipan-2016/

239

Tindakan ini juga bercanggah dengan undang-undang yang telah termaktub di

dalam EPAIS dan juga EPAIN di seluruh Malaysia. Ia dianggap mencabul kedaulatan

undang-undang dan kuasa DYMM Sultan Selangor. Ia juga telah mencampuri bidang

kuasa MAIS yang dianggap pihak berkuasa agam yang sah di negeri Selangor.

Tindakan seumpama ini pasti menimbulkan rasa tidak puashati kepada pihak MAIS

dan MAIN yang lain dan menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan

MAIN. Tindakan tersebut boleh dikenakan hukuman undang-undang kerana

melanggar enakmen yang telah termaktub di dalam EPAIS.

Tindakan melakukan migrasi harta zakat dari negeri Selangor ke luar

Selangor dilakukan dalam keadaan masih ramai lagi asnaf fakir dan miskin di negeri

Selangor serta asnaf-asnaf lain yang memerlukan bantuan zakat. Perbuatan ini telah

menafikan hak asnaf yang wujud di negeri Selangor yang sangat memerlukan harta

zakat daripada orang-orang kaya di negeri Selangor. Ia dianggap merampas hak asnaf

yang ada di negeri Selangor. Migrasi zakat seumpama ini adalah bercanggah dengan

ketetapan hukum syarak sebagaimana yang telah dibincangkan oleh para ulamak di

dalam kitab-kitab fiqh.

Oleh itu, tindakan individu atau kumpulan yang mengutip zakat di negeri

Selangor dan memindahkannya ke luar Selangor tanpa mendapat tauliah dari MAIS

perlu dihentikan demi memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan undang-

undang.

RUJUKAN

Abdul Muhaimin, M. (2009). Tuntutan Agama Dalam Membuat Perancangan Harta.

In Seminar Perancangan Harta Individu dan Harta Syarikat Islam (pp. 1-30).

Hotel Flamingo Ampang.

Abdul Qadir Bin Umar As-Syaibani. Nail Al-Maarib Bi Syarhi Dalilu At-Tolib.

Kuwait: Maktabah Al-Falah.

Ad-Dusuqi. Hasyiah Ad-Dusuqi A’la As-Syarhi Al-Kabir. Dar Ihya Al-Kutub Al-

A’rabiyyah.

Al-Kasani. Ba ai’ As-S nai’. Beirut: Darul Kutub Al-I’lmiyyah.

An-Nawawi. Raudhah At-Tolibin. Beirut: Dar Al-Kutib Al-Ilmiyyah, jld.2, ms.175

Ibni Hazmin. Al-Muhalla Bi Al-Aathar. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah.

Ibnu Kathir. Tafsir Al-Quran Al-A’zim. Riyadh; Dar Toyyibah Li An-Nasyri Wa At-

Tauzi’.

Muhammad Bin Idris As-Syafei’. Ahkam Al-Quran. Kaherah: Maktabah Al-Khonji.

Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan, M. (2006). Penswastaan Institusi Zakat Dan

Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. IJMS, 13(2),

175-196.

Siti Mashitoh, M. (2007). Sistem Perundangan Zakat di Malaysia: Antara Realiti dan

Harapan. In Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan (pp. 1-21).

240

Syamsuddin Muhammad Bin Al-Khotob As-Syarbini. Mughni Al-Muhtaj. Beirut; Dar

Al-Makrifat.

Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini. Kifayah Al-Akhyar. Damsyiq:

Dar Al-Basyair

Umar Sulayman Al-Asyqor. Abhath Fiqhiyyah Fi Qodhoya Az-Zakah Al-Mua’s r h.

Beirut: Dar An-Nafais.

Laman sesawang

http://www.zakatselangor.com.my/terkini/kenyataan-akhbar-prestasi-agihan-dan-

kutipan-2016/

http://www.zakatselangor.com.my/terkini/kenyataan-akhbar-prestasi-agihan-dan-

kutipan-2016/

Bab 19 PENGIRAAN ZAKAT KE ATAS UNIT AMANAH: SATU

PENILAIAN SEMULA1

Ahmad Basri bin Ibrahim (Dr)i & Muhammad Hafiz bin Zainudin

ii

iNaib Presiden/ Ketua Jabatan Pengurusan Shariah, PNB. [email protected]

iiAssociate, Jabatan Pengurusan Shariah, [email protected]

Abstrak

Artikel ini cuba melihat cara pengiraan zakat ke atas unit amanah dari sudut pandang yang

berbeza. Pada ketika ini, pengiraan zakat ke atas unit amanah adalah sama seperti pengiraan

zakat ke atas saham iaitu menggunakan konsep Qiyas kepada zakat perniagaan. Ada juga

pandangan yang mengatakan bahawa cara pengiraan zakat ke atas unit amanah dan saham

boleh berbeza bergantung kepada niat pelabur. Cara pengiraan zakatnya mungkin seperti

zakat perniagaan dan mungkin juga seperti zakat al-mustaghallat. Artikel ini cuba

membuktikan bahawa pelaburan di dalam unit amanah adalah tidak sama dengan jual beli

saham. Oleh yang demikian, pengiraan zakat ke atas unit amanah adalah kurang tepat jika

diqiyaskan kepada zakat perniagaan. Artikel ini akan mengupas tentang perbezaan di antara

pelaburan unit amanah dan jual-beli saham, zakat perniagaan dan zakat al-mustaghallat dan

mencadangkan pengiraan zakat yang baru ke atas unit amanah. Hasil kajian artikel ini sangat

penting kepada pengurus- pengurus dana unit amanah terutamanya Permodalan Nasional

Berhad (PNB) yang merupakan pengurus dana terbesar di negara ini. Ini kerana sekiranya

PNB ingin membayar zakat bagi pihak para pelabur muslim seperti yang dilakukan oleh

Tabung Haji, maka sudah tentu PNB perlu mengetahui cara pengiraan yang tepat dan

disahkan oleh pihak yang berkuasa sebelum boleh melaksanakannya pada masa akan datang.

Kata Kunci: Zakat, Unit amanah.

PENDAHULUAN

Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib diikuti dan ditunaikan oleh

sekalian umat Islam. Zakat, dari segi bahasa bermaksud ‘bersih’, ‘suci’, ‘subur’ dan

‘berkembang’, manakala dari segi syarak, zakat bermakna mengeluarkan sebahagian

harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak2. Dari segi ekonomi, zakat

secara teori mampu menjana kemakmuran ekonomi oleh sebab zakat dibayar daripada

mereka yang mempunyai lebihan atau kekayaan, dan diberikan kepada golongan

miskin. Ini akan meningkatkan kuasa beli golongan miskin yang boleh menyebabkan

permintaan yang lebih tinggi terhadap barangan. ‘Penyucian’ atau ‘pembersihan’ juga

adalah objektif dan tujuan utama seseorang individu itu mengeluarkan zakat. Ini

termasuk membersihkan harta penyumbang terbabit kerana didalam harta tersebut,

sebahagian daripadanya adalah hak orang lain.

1 Artikel ini ditulis dengan bantuan Abdul Qahhar bin Abd Manab, Muhammad Taqiyuddin bin

Hashim dan Wan Nur Ilyani binti Habani, Jabatan Pengurusan Shariah, PNB. 2 http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/

242

Zakat tidak hanya dikenakan pada wang sahaja, tetapi juga untuk barangan

komersil atau barangan dagangan, hasil pertanian, ternakan, mineral termasuk emas,

perak dan juga harta karun yang bernilai. Melalui metodologi Qiyas, kemunculan dan

peningkatan jenis-jenis harta kekayaan pada zaman moden seperti bank deposit,

kewangan sekuriti seperti saham dan unit amanah juga layak untuk dikenakan zakat.

Ini adalah untuk memastikan bahawa penerima yang sah tidak dinafikan daripada

mendapat hak mereka dan juga untuk memastikan masyarakat pada umumnya tidak

mengalami krisis pengagihan semula yang tidak adil.

Objektif utama artikel ini adalah untuk membincangkan zakat secara umum

meliputi syarat dan hukum, zakat ke atas saham dan Qiyasnya kepada zakat

perniagaan. Seterusnya, artikel ini akan mengupas lebih lanjut akan perbezaan saham

dan unit amanah dan perkaitan zakat unit amanah antara zakat perniagaan dan zakat

al-mustaghallat.

Dari segi hukum pula, mengeluarkan zakat adalah wajib dan jelas termaktub

di dalam Al-Quran dan disebut beberapa kali di dalam pelbagai Surah didalam Al-

Quran, antaranya yang disebut melalui Surah An-Nur, ayat 56:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan

taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”.

SYARAT UMUM ZAKAT

Terdapat 7 syarat umum wajib zakat yang perlu diambil kira dan dipenuhi sebelum

membuat pengiraan. Berikut adalah syarat umum wajib zakat.

Jadual 1: Syarat umum zakat

Bil. Syarat-syarat Keterangan

1 Islam

Zakat diwajibkan ke atas pemilik harta yang beragama Islam

sahaja. Zakat tidak sah jika ditunaikan oleh orang yang bukan

beragama Islam, kerana zakat termasuk dalam kategori ibadat.

2 Merdeka Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib zakat.

3 Sempurna Milik

Sempurna milik bermaksud pemilikan seseorang terhadap harta

secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas

untuk mengurus dan memperolehi manfaat dari harta tersebut

tanpa sekatan atau kawalan undang-undang mahupun peraturan.

4 Harta Usaha Yang

Baik Sebagai

Sumber Zakat

Harta usaha tersebut termasuk pendapatan dan penggajian, hasil

sewa dan sebagainya. Para Fuqaha’ menerangkan bahawa semua

pendapatan tersebut sebagai “Mal Mustafa ” iaitu perolehan

baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan

zakat.

5 Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang

diwajibkan zakat ke atas harta tersebut. Nisab menjadi prasyarat

kewajipan zakat supaya dapat dipastikan bahawa kewajipan

zakat hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang memiliki

kekayaan sahaja. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya zakat (diwajibkan) hanya kepada orang yang

243

kaya” (Riwayat Bukhari). Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal

emas bersamaan 85gram emas atau 196 gram perak.

6 Cukup Haul

Haul ialah tempoh genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut

tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi pemilikan

kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat buah-

buahan, biji-bijian, galian dan harta karun. Syarat haul

ditetapkan dengan hadith. Sabda Nabi SAW: “Tidak diwajibkan zakat atas sesuatu kekayaan sehingga berlalu

masa setahun” (Riwayat Ibnu Umar).

7 Harta Yang

Berkembang

Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh

berkembang secara hakiki atau secara boleh diusahakan. Harta

yang berkembang secara hakiki adalah: i. Binatang ternakan berkaki empat seperti kambing, lembu,

kerbau, dan yang seumpama dengannya. ii. Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi,

jagung dan yang seumpama dengannya. iii. Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku

transaksi urusniaga di pasaran. Manakala, harta yang berkembang secara boleh diusahakan

adalah: i. Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti bijih timah,

minyak, gas asli, harta karun yang bernilai dan yang seumpama

dengannya. ii. Ternakan, tanaman dan lain-lain harta yang diusahakan secara

komersial.

INSTITUSI YANG MEMBAYAR ZAKAT

Antara institusi yang membayar zakat di Malaysia adalah seperti Tabung Haji (TH),

Felda, Pelaburan Hartanah Berhad dan lain-lain lagi. Berikut merupakan rumusan

keputusan pembayaran zakat yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Fatwa

Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia3.

Jadual 2: Keputusan mengenai pembayaran zakat oleh beberapa institusi-institusi

korporat di Malaysia

Institusi Rumusan

Tabung Haji

Lembaga adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-

penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari

harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.

Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga bagi pihak penyimpan-

penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di

antara penyimpan dengan Lembaga menurut peratus yang

ditentukan.

Lembaga sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta

3 http://www.zakat.com.my/info-zakat/fatwa-zakat/#1480302887890-0a46da6a-47ad

244

yang didapatinya dari (pernyataan ii) di atas.

Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam

negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di

negeri masing-masing.

Felda

FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya

dengan mengambilkira pendapatan anak-anak syarikat. Sekiranya

semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-

anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.

Walaubagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat

FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak

syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara

berasingan.

Pelaburan Hartanah

Berhad – Amanah

Hartanah Bumiputera

Zakat adalah perbelanjaan Dana yang dibenarkan. Dana membayar

zakat bagi pihak pemegang unit. Oleh itu, agihan pendapatan yang

diterima oleh pemegang unit adalah bersih selepas zakat.

ZAKAT KE ATAS SAHAM

Saham diambil daripada perkataan ‘sahmum’ berasal daripada perkataan bahasa Arab

yang bermaksud bahagian yang dimiliki. Dari segi istilah pula, saham mempunyai

pelbagai definisi yang kebanyakannya memberikan pengertian yang sama. Antara

definisi yang boleh diambil ialah suatu dokumen yang diberikan kepada pemodal

dalam sebuah syarikat saham bagi mewakili kadar bahagiannya dalam pemilikan

secara bersekutu terhadap modal syarikat tersebut (Fawzi, 2005: 137). Namun secara

umumnya saham boleh dikatakan mempunyai kriteria seperti berikut (Kertas Kajian

ISRA, 2015: 8):

i. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh menetapkan hak-hak

pemiliknya ketika berlaku tuntutan.

ii. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi

memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.

iii. Boleh bertukar milik melalui transaksi seperti jual beli.

iv. Mewakili hak pemilikan saham, sama ada hak berbentuk material seperti aset

nyata syarikat dan hak memperoleh keuntungan, atau pun hak maknawi seperti

hak pengundian dan hak untuk diutamakan ketika modal syarikat ditambah.

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan

kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual beli atau memiliki saham. Ia

diambil berdasarkan dalil al-Quran (al-Baqarah: 267) yang bermaksud: “Wahai orang-

orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha

kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk

kamu…”

Mengikut daripada kiraan yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor,

nilai zakat yang diwajibkan ke atas saham adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di

hujung Haul.Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan

sepanjang tahun hendaklah dicampurkan (Lembaga Zakat Selangor, 2017).

245

Sebagai contoh pelabur A bermain saham di Bursa Saham Kuala Lumpur dan

membeli saham pada kadar tetap RM 10/Unit dan jumlah unit dimiliki beliau adalah

10,000 unit. Transaksinya berlaku beberapa kali dalam setahun. Selepas membeli

saham, beliau menunggu hingga harga naik, dan ketika itu beliau menjualnya.

Namun, ada juga keadaan yang tertentu, beliau rugi kerana terpaksa menjual saham di

bawah paras harga belian. Dijangkakan jumlah keuntungan keseluruhan bagi saham

pelabur A pada tahun tersebut berjumlah RM 100,000. Oleh itu, zakat saham bagi

pelabur A bagi tahun tersebut adalah, RM 100,000 (keuntungan) + RM 100,000

(modal atau pokok) X 2.5 peratus sama dengan RM 5,000.

Kaedah pengiraan zakat saham ini hanya dikenakan kepada saham yang

dilaburkan ke dalam kaunter patuh shariah sahaja yang layak dizakatkan

keuntungannya. Jika dilaburkan dalam kaunter haram atau syubahah, maka hanya

pokok atau modal saham sahaja yang dikenakan zakat pada penghujung tahun

berkenaan, yakni keuntungannya tidak dizakatkan.

QIYAS KEPADA ZAKAT PERNIAGAAN

Saham merupakan harta yang boleh jual beli maka saham boleh diqiyaskan kepada

barang perniagaan ataupun dikenali dalam istilah Feqah sebagai ‘arud tijarah. Antara

hujah yang disandarkan saham diertikan sebagai ‘aru tijarah, adalah seperti berikut:

(Kertas Kajian ISRA, 2015: 9)

i) Saham dianggap sebagai harta yang dijual beli dan mempunyai pasarannya

yang tersendiri. Orang yang terlibat dalam jual beli saham boleh mendapat

keuntungan daripada perniagaan saham sebagaimana seorang perniaga

barang mendapat keuntungan daripada jualan baranganya. Ini menunjukkan

bahawa ia menyamai barang perniagaan atau ‘arud tijarah.

ii) Harga saham turun naik dan berubah-ubah bukan kerana faktor kenaikan

atau penurunan nilai aset-aset dalam syarikat, namun ia bergantung kepada

nilai saham di pasaran yang dipengaruhi pelbagai faktor seperti spekulasi

dan yang seumpamanya. Justeru, saham dianggap sebagai ‘arud tijarah yang

mempunyai nilainya sendiri yang berubah-ubah.

iii) Saham tidak mewakili pemilikan terhadap aset syarikat kerana pemegang

saham tidak memiliki hak untuk tasarruf terhadap aset-aset syarikat.

Malahan pemegang saham tidak memiliki hak untuk menggunakan mana-

mana aset syarikat secara bebas. Ini menunjukkan bahawa pemegang saham

tidak memiliki aset syarikat tersebut. Justeru, saham yang dimilikinya

dianggap sebagai ‘arud tijarah yang dibeli dan boleh dijual semula.

Ulama telah bersepakat bahawa ‘arud tijarah hendaklah dikeluarkan zakatnya

kerana setiap barang yang hendak diniagakan, terdapat kewajipan zakat apabila

mencukupi haulnya (Ibnu Qudamah, 1388H, 3: 58). Justeru, hukum kewajipan

menunaikan zakat ‘arud tijarah juga terpakai pada saham yang jatuh di bawah

kategori ini (Majma al-Fiqh al-Islami, 1418H, 64; AAOIFI, 2010, 475; Al-Ashqar et

al, 14430H, 2: 870)

246

Namun begitu terdapat isu shariah apabila syarikat-syarikat yang disenaraikan

di bursa Malaysia atau mana-mana bursa di dunia yang memperniagakan sahamnya

secara harian kepada orang awam dan memperdagangkan di bursa-bursa saham,

adakah dari segi zakatnya dianggap sebagai barangan yang diniagakan dan tertakluk

kepada hukum zakat ‘arud tijarah atau saham tersebut dianggap sebagai pegangan ke

atas sesuatu aktiviti yang menjana keuntungan (dividen) justeru ia tertaluk kepada

hukum zakat al-mustaghallat4? Serta adakah saham-saham yang tertaluk kepada

hukum ‘arud tijarah dikenakan zakat ke atas nilai semasa saham tersebut, atau ia

tertakluk kepada zakat al-mustaghallat dimana zakat di kenakan hanya ke atas

keuntungan (dividen) dan aset-aset yang dikenakan zakat (zakatable asset) yang

wujud dalam sesebuah syarikat itu sahaja?

Berdasarkan keputusan Majma’ Fiqhi al-Islami: Zakat tersebut bergantung

kepada niat seseorang itu membeli saham sama ada bertujuan untuk mendapatkan

dividen atau untuk diperdagangkan. Jika ia dibeli untuk mendapatkan dividen, maka

zakat yang dikenakan adalah zakat terhadap syarikat perniagaan iaitu perlu

mengambil kira harta-harta yang dikenakan zakat dalam syarikat tersebut (zakatable

asset), dan dibuat tolakan hutang dan sebagainya kemudian barulah dikeluarkan zakat.

Adapun jika niat seseorang itu membeli saham- saham untuk tujuan diperdagangkan

jika wujud kenaikan harga (capital gain) maka keseluruhan nilai saham tersebut perlu

dizakatkan, ini kerana saham dianggap sebagai barang dagangan. (Islamic Fiqh

Academy, 13 Julai 2017).

PERBEZAAN UNIT AMANAH DAN SAHAM

Unit amanah dan saham merupakan dua perkara yang berbeza. Unit amanah

merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang

mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka,

dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan

oleh badan pelaburan yang profesional. Pelaburan unit amanah turut dikenali sebagai

unit trust merupakan suatu bentuk pelaburan yang memberi ruang dan peluang kepada

pelabur-pelabur kecil untuk melabur dalam jumlah yang kecil serta risiko yang

dihadapi juga rendah. Manakala saham adalah sekuriti yang melambangkan pemilikan

terhadap sesuatu perniagaan. Pemegang-pemegang saham adalah pemilik kepada

sesuatu perniagaan. Mereka berkongsi terhadap kejayaan atau kegagalan perniagaan

tersebut. Kejayaan sesuatu perniagaan boleh diukur melalui jumlah dividen yang

diperolehi oleh pemegang-pemegang saham dan juga harga saham sesuatu syarikat

yang disebut harga di dalam pasaran saham. Unit amanah hanya dikenakan cas

perkhidmatan semasa mendaftar sahaja dan apabila pelabur mahu menjual balik, tiada

4 Maksud harta al-Mustaghallat ialah harta yang tidak dikenakan zakat pada ainnya, dan tidak

dijadikan sebagai barang dagangan, tetapi dijadikan sebagai alat untuk menjana keuntungan dan

dividen.

247

sebarang cas perkhidmatan yang akan dikenakan. Manakala untuk saham, kedua-dua

cas perkhidmatan tersebut akan dikenakan.

Apabila membeli unit amanah, pelabur secara langsung menjadi pemilik

bersama sebuah dana (fund), bukannya tertakluk pada satu saham sahaja. Ini kerana

satu dana diwakili oleh minimum sekitar 30 saham ekuiti dan juga pasaran wang/bon

daripada syarikat-syarikat yang tersenarai. Contohnya dengan membeli dana A,

pelabur membeli saham Petronas (Oil & Gas), TM (telekomunikasi), TNB (elektrik),

IOI (perladangan), Nestle (produk pengguna) dan sebagainya. Oleh itu risikonya

adalah sederhana kerana mempunyai pelbagai kategori saham di dalam satu dana.

Sekiranya salah satu syarikat ini mengalami kerugian, prestasi syarikat-syarikat lain

mampu menampung kerugian tersebut seminimum mungkin. Manakala bagi

pelaburan saham pula, pelabur hanya membeli saham syarikat itu sahaja. Seterusnya,

modal yang diperlukan untuk melabur dalam unit amanah tidaklah banyak seperti

yang diperlukan untuk melabur dalam pasaran saham. Unit amanah juga mempunyai

risiko yang lebih rendah berbanding saham yang mengamalkan konsep risiko yang

tinggi untuk pulangan yang tinggi (high risk, high return). Selain itu, pelaburan dalam

unit amanah merupakan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang, tetapi ia

adalah cair. Ini bermakna pelaburan tersebut boleh dijual semula untuk mendapatkan

wangnya kembali. Manakala pelaburan saham pula adalah pelaburan jangka masa

pendek sama ada sehari, sebulan ataupun setahun. Dalam unit amanah, duit pelaburan

yang dikumpul banyak membantu dalam pembelian saham-saham syarikat blue chip

seperti TNB, Telekom dan sebagainya. Manakala untuk saham, modal yang besar

diperlukan untuk membeli syarikat-syarikat blue chip.

Berdasarkan kepada perbezaan di atas, beberepa perkara boleh disimpulkan

seperti berikut:

1) Pelabur-pelabur unit amanah adalah bukan peniaga, bahkan mereka mungkin

tidak ada langsung pengetahuan tentang selok-belok perniagaan saham

berbeza dengan broker-broker saham. Mereka ini mesti mahir di dalam ilmu

saham.

2) Di dalam unit amanah, jual beli saham diuruskan 100% oleh pengurus dana

sementara jual beli saham diuruskan sendiri oleh pelabur atau ejen-ejen yang

dilantik

3) Kebiasaannya, orang yang membeli unit amanah tidak ada niat untuk berniaga

saham berbeza dengan pelaburan saham

4) Keuntungan pelabur di dalam unit amanah adalah bergantung kepada jumlah

pokok dan tempoh yang dilaburkan berbeza dengan keuntungan jual beli

saham. Mungkin dengan jumlah pokok yang tidak sebegitu besar boleh

mendapat untung berlipat kali ganda dalam waktu yang singkat.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, zakat ke atas unit amanah adalah lebih mirip

kepada zakat al-mustaghallat berbanding dengan zakat perniagaan.

248

ZAKAT AL-MUSTAGHALLAT

Al-mustaghallat ialah harta-harta yang tidak dikenakan zakat, ia juga tidak

diperdagangkan, akan tetapi ia digunakan untuk menyuburkan harta atau

memperolehi pendapatan dengan cara tertentu. Ia menjadi sumber pendapatan bagi

tuannya dalam bentuk faedah atau usaha dengan cara menyewakan atau menjual

hasilnya (al-Qaradawi, 1973: 457).

Konsep al-mustaghallat

Al-mustaghallat adalah harta atau aset tetap yang pada asalnya tidak dikenakan zakat.

Ia adalah harta tetap seperti tanah pertanian atau pertanian bukan perniagaan, rumah

atau bangunan yang tidak diniagakan, dan peralatan yang diguna dalam perniagaan

atau bagi mengeluarkan hasil. Ia juga tidak diniagakan, seperti alat pengangkutan

darat, udara dan lautan, peralatan dan segala jentera perindustrian atau kilang dan

sebagainya.

Pada dasarnya tanah, bangunan dan peralatan tersebut tidak dikenakan zakat,

tetapi jika diguna bagi mendapat manfaat atau hasil kewangan daripadanya melalui

sewa atau pajakan atau bagi mengeluarkan hasil tunai atau barangan yang dijual dan

sebagainya, maka semua harta tersebut menjadi al-mustaghallat iaitu harta yang

bukan lagi keperluan asas untuk pertanian atau kediaman atau lain-lain kegunaan.

Ketika ini tanah, bangunan dan peralatan itu adalah harta yang ada mengeluarkan

(mendatangkan) hasil atau pulangan kepada pemilik dan bukan bertujuan bagi

memenuhi keperluan asas sahaja.

Hukum zakat al-mustaghallat

Mengenai hukum zakat bagi harta al-mustaghallat, ulama berbeza pendapat kepada

dua golongan iaitu:

i. Golongan pertama menolak kewajipan zakat ke atas harta al-mustaghallat.

Golongan ini secara asasnya mempunyai pandangan yang ketat dalam isu-isu

zakat seperti tidak mewajibkan zakat perniagaan, sayur-sayuran, buah-buahan

dan lain-lain (al-Qaradawi, 1973: ms 462). Pandangan ini adalah pandangan

sebahagian ulama salaf, Ibn Hazm, al-Zahiri, al-Shawkani dan Siddiq Hassan

Khan.

ii. Golongan kedua pula berpendapat wajib mengeluarkan zakat pada harta al-

mustaghallat. Pendapat ini adalah pendapat sebahagian mazhab al-

Malikiyyah, al-Hanabilah dan al-Hadawiyah daripada mazhab al-Zaidiyyah.

Ulama kontemporari yang bersetuju dengan pandangan ini antaranya ialah

Muhammad Abu Zuhrah, Abdul Wahab Khallaf, Abdul Rahman Hasan, Yusuf

al-Qaradawi dan Wahbah al-Zuhaili.

Syarat zakat al-mustaghallat

1. Hendaklah adanya harta yang digunakan untuk mendapat hasil ghillah (al-

mustaghallat).

249

2. Hendaklah mencukupi nisab yang ditentukan syarak iaitu 20 misqal emas

yang juga bersamaan dengan 85 gram emas atau 196 gram perak.

3. Hendaklah melalui haul selama satu tahun Qamari. Sekiranya ada harta al-

mustafad ketika haul, hendaklah digabungkan sekali pengiraannya dalam haul

tersebut.

Kaedah pengiraan zakat al-mustaghallat

i. Pendapat pertama dinukilkan daripada al-Wafa’ Ibn ‘Uqayl daripada golongan

Hanbali yang menyatakan zakat dikenakan pada nilai harta al-mustaghallat

dan jumlah hasil yang diperolehi daripadanya (Ibn Qayyim, t.t: 143). Menurut

Ibn Qayyim pendapat ini merupakan pendapat Imam Malik dan golongan

Hadawiyah. Kaedah pengiraan ini diqiyaskan kepada zakat harta perniagaan

(‘aru tijarah) di mana barang dan nilai keuntungan dikira sekali untuk

dizakatkan dengan ‘illah al-nama’ yang wujud pada harta al-mustaghallat.

ii. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa zakat tidak diwajibkan pada nilai

‘ain harta al-mustaghallat tersebut bahkan ia hanya dikenakan pada jumlah

bersih hasil perolehannya. Kemudian 2.5% daripada jumlah tersebut akan

dizakatkan apabila cukup nisab dan cukup haul. Pendapat ini merupakan

pendapat jumhur fuqaha’ daripada golongan Hanafiyah, Malikiyyah,

Syafi‘yyah, Hanabilah dan Zahiriyyah (al-Mawaq, 1995: 152).

iii. Pendapat ketiga merupakan pendapat sebahagian ulama kontemporari

antaranya Muhammad Abu Zuhrah, Abdul Wahab Khallaf, Abdul Rahman

Hassan, Yusuf al-Qaradawi dan Mustafa al-Zarqa. Umumnya pendapat ini

menjelaskan bahawa zakat harta al-mustaghallat dikira seperti zakat pertanian,

iaitu zakat dikenakan sebanyak 1/10 atau 1/5 daripada jumlah hasil yang

diperolehi. Menurut Yusuf al-Qaradawi, zakat al-mustaghallat wajib dibayar

sama ada 1/10 jika dapat mengira jumlah bersih atau 1/5 jika tidak dapat

mengetahui jumlah bersih, nisab bagi harta ini pula adalah sebagaimana nisab

zakat mata wang (al-nuqud) iaitu senilai 85 gram emas dan dibayar secara

tahunan setelah ditolak hutang, pembiayaan harta dan sara hidup (Al-

Qaradawi, 1973: 466).

ZAKAT UNIT AMANAH ANTARA ZAKAT PERNIAGAAN DAN ZAKAT

AL-MUSTAGHALLAT

Pendapatan wang didefinisikan sebagai semua pendapatan atau perolehan hasil yang

diperolehi daripada kegiatan ekonomi yang diterima dalam bentuk wang secara

langsung seperti perolehan daripada bon, saham dan usaha pendapatan bebas serta

pendapatan al-mustaghallat.

Banyak aktiviti ekonomi dan harta semasa masa kini boleh mendatangkan

pendapatan wang yang lumayan misalnya pendapatan bebas, bon, saham, dividen dan

royalti. Oleh itu, unit amanah boleh dikategorikan sebagai pendapatan wang kerana

pelaburan dalam unit amanah menghasilkan pulangan dalam bentuk dividen dan

keuntungan modal. Dengan itu, zakat akan dinilai berdasarkan hasilnya atau

250

pulangannya dalam bentuk wang. Disebabkan ia bersifat wang maka pemilik boleh

dikenakan zakat berdasarkan sifatnya sebagai orang kaya yang memiliki wang.

Dengan itu setiap usaha yang mendatangkan wang maka hasilnya akan dijumlahkan

dan wajar untuk dizakat.

Zakat perniagaan yang juga dikenali sebagai ‘arud tijarah iaitu zakat yang

dikenakan ke atas aset perniagaan. Perakaunan untuk taksiran zakat perniagan ialah

dikenakan ke atas barang dagangan sahaja iaitu aset yang diperniagakan. Zakat

perniagaan boleh dimaksudkan sebagai mengeluarkan zakat daripada sesuatu yang

dimiliki melalui perniagaan apabila ia telah cukup haul dan mencapai nisab pada

akhir haul dengan kadarnya adalah 2.5% meliputi modal dan keuntungan (al-

Qaradawi, 1973: 314).

Zakat al-mustaghallat dikenali juga sebagai zakat ke atas pendapatan sewa.

Zakat wajib dibayar ke atas pendapatan sewa dan hanya dibayar ke atas pendapatan

sewa harta yang dimiliki oleh orang Islam sahaja. Sekiranya Muslim dan bukan

Muslim memiliki harta bersama, hanya bahagian dari pendapatan sewa Muslim sahaja

yang tertakluk kepada zakat. Pendapatan sewa dari harta tanah yang diperoleh melalui

pembiayaan atau kemudahan kredit yang lain tidak tertakluk kepada zakat. Harta al-

mustaghallat merupakan harta yang tidak memenuhi syarat-syarat harta perniagaan

mahupun harta-harta zakat yang lain. Maksud harta al-mustaghallat di sini ialah

harta-harta yang tidak dikenakan zakat, ia juga tidak diperdagangkan akan tetapi ia

digunakan untuk menyuburkan harta atau memperolehi pendapatan dengan cara

tertentu. Ia menjadi sumber pendapatan bagi tuannya dalam bentuk faedah atau usaha

dengan cara menyewakannya (al-Qaradawi, 1973: 457).

Merujuk kepada perbincangan di atas, kajian ini berpandangan bahawa

pengiraan zakat unit amanah adalah lebih tepat dikategorikan sebagai zakat al-

mustaghallat berdasarkan ciri-ciri unit amanah dan al-mustaghallat yang mempunyai

banyak persamaan. Ini bertepatan dengan pandangan yang mengatakan zakat ke atas

saham itu berbeza bergantung kepada niat si pelabur.

PILIHAN PNB UNTUK MEMBAYAR ZAKAT BAGI PIHAK PARA

PELABUR

PNB menjalankan tanggungjawab korporat sosialnya iaitu membayar zakat

perniagaan dari dana syarikat. Pembayaran zakat ini adalah dikira mengikut ‘haul’

dan ‘nisa ’. Namun yang demikian, zakat perniagaan yang dibayar adalah tidak

meliputi agihan pendapatan untuk pemegang unit amanah yang melabur dalam tabung

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). PNB mengambil pendekatan dengan

mengikut saranan yang diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Malaysia yang telah bersidang pada 16 Ogos 2001 bahawa anak syarikat

milik PNB tidak dikenakan zakat tetapi zakat hanya dikenakan pada pelaburan

perseorangan dan pemegang saham sahaja. Pelabur dinasihatkan untuk melunaskan

sendiri bayaran zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah yang dilabur oleh

mereka.

251

Secara konsepnya, terdapat tiga (3) cadangan kaedah pembayaran zakat yang

melibatkan dana-dana ASNB, iaitu:

i) Pembayaran pukal (pokok & dividen),

ii) Pembayaran pukal (dividen sahaja),

iii) Pembayaran terus dari setiap akaun para pelabur yang cukup syarat wajib

zakat.

Bagi kaedah pertama iaitu pembayaran pukal (pokok & dividen), sejumlah

wang yang diperuntukkan untuk pembayaran zakat akan ditolak terus dari akaun

untung rugi setiap dana. Kaedah pengiraan bagi wang pembayaran zakat ini adalah

berdasarkan jumlah pokok dan dividen dan jumlah tersebut tidak akan dikreditkan ke

dalam akaun pelabur. Pelabur tidak lagi perlu membayar zakat kerana PNB akan

membayar zakat bagi pihak mereka.

Bagi kaedah kedua pula, konsep kaedah pertama adalah digunapakai namun

pengiraan wang bagi tujuan pembayaran zakat adalah hanya berdasarkan pulangan

dividen semata-mata.

Kaedah ketiga iaitu pembayaran terus dari setiap akaun pelabur yang cukup

syarat wajib zakat. Pengiraan bagi jumlah zakat tersebut akan dilakukan setelah

pengisytiharan dividen dengan mengambil baki terendah iaitu jumlah yang tetap ada

di dalam simpanan sepanjang tahun sebagai asas pengiraan. Bagi pelabur yang

membuat pinjaman, pengiraan hanya berdasarkan dividen yang diisytiharkan sahaja.

Kedua-dua situasi ini iaitu berdasarkan baki terendah dan pinjaman, penolakan akan

ditolak terus dari akaun pelabur dan pelabur tidak lagi perlu membayar zakat.

Beberapa faktor akan diambilkira bagi ketiga-tiga kaedah pembayaran zakat

ini seperti:

i. 12 dana akaun ada tarikh Akhir Tahun Kewangan berbeza

ii. Akaun yang 100% Bumiputera tidak semestinya 100% Muslim/Islam

iii. Jumlah akaun Muslim/Islam yang cukup nisab

iv. Ada yang membuat pinjaman – pembayaran zakat cuma dari dividen

v. E-Penyata dan resit zakat

Berikut adalah jadual mengenai kebaikan serta kelemahan bagi ketiga-tiga

kaedah tersebut.

Jadual 3: Kebaikan serta kelemahan kaedah pembayaran zakat

Kaedah Kebaikan Kelemahan

Pembayaran

pukal (pokok

& dividen)

Pelabur akan dapat dividen akhir

setelah di tolak zakat.

Kesudahannya, para pelabur tidak

perlu membayar lagi zakat diatas

simpanan sebab zakatnya telah di

bayar.

Perlu mendapat persetujuan 2/3

dari pelabur-pelabur

Penolakan zakat tiada dalam

Surat Ikatan

Penolakan zakat tersebut tidak

ada dalam akaun setiap pelabur.

Para pelabur tiada resit untuk

252

rebat LHDN

Tidak menepati konsep keadilan

Pembayaran

pukal (dividen

sahaja)

Pelabur akan dapat dividen akhir

setelah di tolak zakat.

Kesudahannya, para pelabur tidak

perlu membayar lagi zakat

pendapatan sebab zakatnya telah

dibayar.

Perlu mendapat persetujuan 2/3

dari pelabur-pelabur

Penolakan zakat pendapatan tiada

dalam Surat Ikatan

Penolakan zakat tersebut tidak

ada dalam akaun setiap pelabur.

Para pelabur tiada resit untuk

rebat LHDN

Tidak menepati konsep keadilan

Pembayaran

terus dari

akaun

Pelabur akan dapat dividen akhir

setelah di tolak zakat.

Kesudahannya, para pelabur tidak

perlu membayar lagi zakat

pendapatan sebab zakatnya telah

dibayar.

Para pelabur boleh mencetak e-

penyata dan mendapat rebat dari

LHDN.

Perlu mendapat persetujuan dari

setiap pelabur untuk persetujuan

penolakan zakat

Memerlukan pembangunan

system IT yang cekap

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pelaburan unit amanah

adalah berbeza dengan pelaburan saham. Oleh yang demikian, pengiraan zakat ke atas

unit amanah adalah sama dengan pengiraan zakat ke atas pelaburan saham iaitu

dengan metodologi Qiyas kepada zakat perniagaan adalah kurang tepat. Kajian ini

berpandangan bahawa sepatutnya pengiraan zakat unit amanah dikategorikan sebagai

zakat al-mustaghallat. Walaubagaimanapun, Fuqaha’ berbeza pandangan tentang cara

pengiraan zakat tersebut kepada tiga pandangan. Kajian ini berpandangan bahawa

pandangan kedua iaitu pandangan yang menyatakan bahawa zakat tidak diwajibkan

pada nilai ‘ain harta al-mustaghallat tersebut bahkan ia hanya dikenakan pada jumlah

bersih hasil perolehannya dengan kadar 2.5% daripada jumlah tersebut apabila cukup

nisab dan cukup haul. Sekiranya perkara ini boleh dipersetujui, maka mudahlah bagi

para pengurus dana seperti PNB untuk merancang dan membina sistem penolakan

zakat bagi pihak pelabur pada masa akan datang.

RUJUKAN

Nur Barizah Abo Baker & Abdul Rahim Abdul Rahman. (20070. A Comparative

Study of Zakah and Modern Taxation. Islamic Economics, 20(1).

Dalil Kewajipan Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/ (diakses pada

12 Julai 2017)

Syarat Umum Wajib Zakat. http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/syarat-

umum-wajib-zakat/ (diakses pada 12 Julai 2017)

253

Golongan Wajib Zakat. http://www.ukm.my/zakat/kutipan/info-zakat/golongan-

wajib-zakat (diakses pada 12 Julai 2017)

Fawzi. (2005). Al-Sharikat al-Tijariyyah Fi al-Qawanin al-Wa i’yyah wa al-Shari’ah

al-Islamyyah. Manshurat al-Halabi al-Huquqiyah.

Fatwa kebangsaan mengenai zakat ke atas institusi, http://www.zakat.com.my/info-

zakat/fatwa-zakat/#1480302887890-0a46da6a-47ad (diakses pada 12 Julai

2017)

Zakat Saham. http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-

saham/ (diakses pada 12 Julai 2017)

Lokmanulhakim Hussain, Dr. Mohammed Fairooz Abdul Kadir & Mohd Bahroddin

Badri. (2015). Kertas Kajian ISRA Zakat Saham: Status Kewajipan Ke Atas

Individu Pemegang Saham Dan Kaedah Pengiraan.

Ibnu Qudamah. (1388H). al-Mughni. Egypt: Maktabah Al-Qahirah

Islamic Fiqh Academy. (2017). Zakat Asham fi Syarikah. http://www.iifa-

aifi.org/1707.html (diakses pada 13 Julai 2017)

Majmaʿ al-Fiqh al-Islami. (1418H). Qararat waTawṣiyat Majlis Majmaʿ al-Fiqh al-

Islami. Damsyik: Dār al-Qalam

AAOIFI. (2010). Al-Maʿayir al-Sharʿiyyah. Bahrain: Hay’ah al-Muḥasabah wa al-

Murajaʿah li al-Mu’assasat al-Maliyyah al-Islamiyyah.

Al-Ashqar, Sulayman et al. (1430H). Ab ath Fiqhiyyah fi Qaḍaya al-Zakat al-

Muʿaṣarah. Amman: Dar al-Nafa’is.

Suhailah Binti Jaafar. (2015). Pengurusan Dana Unit Amanah Islam MAAKL Mutual

dan Public mutual: Suatu Perbandingan. Jabatan Syariah dan Ekonomi

Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Dr. Nurdin Ngadimon. Saham Keutamaan: Antara Hutang & Ekuiti. Jabatan Shariah,

Pasaran Modal Islam: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Perbezaan Antara Pelaburan Saham dan Unit

Trust.https://liyafendi.wordpress.com/2011/10/28/perbezaan-antara-pelaburan-

saham-dan-unit-trust/(diakses pada 11 Julai 2017)

Al-Qaradawi, Yusuf. (1973). Fiqh al-Zakat. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Ibn Qayyim, Muhammad bin Abi Bakar. (t.t). Ba ai‘ al-Fawaid. Beirut: Dar ‘Alim

al-Fawaid.

Muhammad bin Yusuf al-Mawaq. (1995). Al-Taj wa al-Iklil li Mukhtasar Khalil.

Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Sumber Zakat: Persepsi dan

Kesedaran Terhadap Sumber Zakat Perluasan Yang Diikhtilaf. Kumpulan

Kajian Ekonomi&Kewangan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1973). Fiqh al-Zakat. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Zakah Islam’s Third Pillar.http://www.pgmamd.org/pdfs/Zakah.pdf (diakses pada 7

Julai 2017)

Bab 20 ‘BIZZAKAT’

Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud Pengurus Besar Kanan, Pusat Kutipan Zakat Pahang, [email protected]

Abstrak Di Pusat Kutipan Zakat Pahang, setiap pembayar zakat diberikan pelbagai jenis cenderahati

apabila membuat bayaran zakat. Bentuk-bentuk cenderahati yang diberikan adalah

bergantung kepada kategori tertentu. Di antara tujuannya adalah sebagai penghargaan kepada

pembayar zakat dan juga sebagai peringatan supaya meneruskan bayaran pada masa-masa

yang berikutnya. Pembayar zakat perniagaan adalah satu kategori khusus yang diberikan

perhatian oleh PKZ Pahang memandangkan zakat yang dibayar adalah bergantung kepada

prestasi perniagaan masing-masing. Oleh itu PKZ Pahang merangka satu bentuk penghargaan

kepada pembayar zakat dalam kategori tersebut yang boleh mendatangkan manfaat jangka

panjang kepada para perniaga dan usahawan zakat seterusnya memberi impak kepada zakat

yang mampu dibayar oleh mereka. Lebih dari itu, kaedah yang dicadangkan ini dapat

memberi manfaat kepada umat Islam sebagai pengguna. Dari satu sudut yang lain pula, apa

yang diwujudkan ini boleh menjadi satu bentuk dakwah yang mencerminkan satu hubungan

yang harmoni di antara usahawan atau perniaga dengan masyarakat.

Kata Kunci: Pusat Kutipan Zakat Pahang, Pembayar zakat perniagaan.

PENGENALAN

Allah SWT telah merakamkan penganugerahan kelebihan dan keuntungan kepada

hambaNya yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT melalui al-Quran

seperti firmanNya dalam surah al Baqarah ayat 265 dan surah al A’araf ayat 156

yang mengambarkan bahawa antara golongan yang mendapat rahmat di sisi Allah

SWT adalah golongan yang mengeluarkan zakat. Rahmat tersebut berupa pahala yang

besar dan ganjaran yang mulia disamping memperoleh faedah dan keuntungan dunia

dan akhirat. Hadis-hadis Nabi SAW juga menyatakan bahawa harta yang telah

dizakatkan itu terbenteng dan terpelihara dalam pemeliharaan Allah SWT kerana

harta itu bersih dan telah diberkati.

Perlaksanaan kewajipan zakat akan menghasilkan atau mendatangkan rahmat

dan kebaikan iaitu kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Perbicaraan artikel ini

adalah berkaitan kebaikan di dunia berdasarkan kepada realiti semasa. Antara

kebaikannya adalah bahawa melalui zakat ia dapat membantu mengelakkan

masyarakat daripada tekanan kemiskinan. Di Malaysia, dari sudut kenegaraan,

peraturan atau kebenaran rebat cukai bagi bayaran zakat individu merupakan satu

insentif yang sangat berkesan bagi menggalakkan orang ramai membayar zakat.

Justeru itu, kitaran antara Muzakki dan Mustahiq dalam pensyariatan zakat

telah memberi idea kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang untuk merealisasikan

pembinaan ukhuwah yang mantap ini lalu ianya sekaligus menepati apa yang telah

difirman Allah SWT di dalam surah al Maidah ayat 2. Di Pusat Kutipan Zakat

256

Pahang, secara tradisinya setiap pembayar zakat diberikan pelbagai jenis cenderahati

mengikut kategori-kategori tertentu. Cenderahati yang diberikan kepada pembayar

zakat tersebut mempunyai beberapa tujuan. Selain ianya sebagai menghargai para

pembayar zakat, ianya juga bertujuan untuk mengingatkan para pembayar supaya

berterusan membayar zakat. Di samping itu ianya juga merupakan dakwah kepada

mereka-mereka yang belum membayar zakat.

Bentuk-bentuk cenderahati yang biasa digunakan adalah benda-benda yang

boleh digunakan atau mendatangkan manfaat kepada pengguna seperti pen, buku

nota, payung, bahan-bahan bacaan dan lain-lain seperti dalam gambar 1 berikut:

Gambar 1: Bentuk-bentuk cenderahati di Pusat Kutipan Zakat, Pahang

LATAR BELAKANG

Pemberian cenderahati sebagai penghargaan kepada pembayar zakat ini sentiasa

diperbincangkan. Ini bertujuan untuk mempelbagaikan lagi bentuk-bentuk cenderahati

tersebut. Walaubagaimanapun, PKZ telah menilai kembali pendekatan untuk

memberikan cenderahati khususnya kepada pembayar-pembayar zakat perniagaan.

Pendekatan dicari agar satu bentuk hubungan yang lebih bermakna diwujudkan

dengan pembayar zakat perniagaan. Pembayar-pembayar zakat perniagaan ini secara

umumnya adalah para pengusaha atau perniagaan yang menawarkan perkhidmatan

atau menjual barangan untuk para pengguna atau orang ramai. Zakat yang dibayar

pula berpunca daripada kejayaan perniagaan mereka hasil daripada titik peluh dan

usaha mereka sendiri. Oleh itu adalah sangat sesuai jika diadakan satu pendekatan

agar PKZ boleh memainkan peranan bagi mempromosi perniagaan serta perusahaan

mereka tersebut.

Sekiranya PKZ dapat berperanan untuk mempromosikan perniagaan para

pembayar zakat dengan berkesan, kebaikan yang diperolehi ialah perniagaan mereka

akan terus berkembang dan seterusnya keupayaan untuk membayar zakat akan turut

meningkat. Pendekatan yang dikira sebagai ‘Win Win’ ini tidak terbatas kepada

257

pembayar zakat sedia ada sahaja malah akan menarik pembayar baharu untuk

membayar zakat.

Maklumbalas daripada orang ramai semasa sesi kempen zakat di seluruh

negeri juga memberi peranan dalam merangka strategi dan pendekatan yang berkesan

dalam pengurusan zakat. Di antara saranan atau permintaan umum yang diterima

adalah orang ramai ingin mengetahui para peniaga yang membayar zakat agar mereka

dapat membantu perniagaan pembayar tersebut dengan menggunakan perkhidmatan

atau membeli barangan yang disediakan oleh pembayar zakat.

Jadual 1: Statistik Pembayar Zakat Perniagaan Negeri-Negeri

PRODUK

Hasil daripada beberapa sesi perbincangan, PKZ telah memilih pendekatan untuk

mewujudkan satu direktori yang menyenaraikan seluruh pembayar zakat perniagaan

PKZ. Senarai ini disusun mengikut kategori tertentu serta mengikut kawasan masing-

masing. Tujuan direktori ini diwujudkan adalah untuk orang ramai mendapat

maklumat tentang barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembayar zakat.

Direktori ini boleh diakses atau dicapai melalui laman web dan aplikasi telefon

mudah alih.

Perincian Produk

a. Pengenalan Produk

Produk yang dihasilkan adalah sebuah applikasi yang diberi nama sebagai ‘BizZakat’.

Ianya menempatkan sebuah direktori yang menyenaraikan para peniaga atau

usahawan di negeri Pahang yang mempunyai rekod pembayar zakat di Pusat Kutipan

Zakat Pahang.

NEGERI-

NEGERI TAHUN

2012 2013 2014 2015 2016

Selangor 4,934 5,393 5,864 6,204 6,838 Johor 3,983

4,276 4,607

Pahang 2,579 2,639 2,610 2,657 2,806 T'ganu 2,433 2,436 2,629 2,537 2,704 Kedah 2,137 2,340 2,535 2,644 3,115 WP 1,844 2,101 2,447 2,454 2,558 Perak 1,832 1,915 2,027 2,170 2,674

Kelantan 1,752 1,874 2,024 2,060 2,223

N.Sembilan 1,278 1,461 1,575 1,603 1,742 Melaka 1,094 1,212 1,396 1,508 1,664 P.Pinang 949 967 1,095 1,166 1,559 Sabah 819 972 969 965 1,191

Sarawak 399 430 603 611 703

258

Para usahawan tersebut disenaraikan mengikut kategori perniagaan masing-

masing seperti Makan dan Minuman, Peruncitan, Pertanian, Ternakan, Perkhidmatan

dan Kontraktor. Disamping itu diwujudkan satu kategori khas untuk Usahawan Asnaf.

b. Objektif Produk

i) Menyediakan promosi secara percuma dan eksklusif untuk peniaga atau usahawan

yang mempunyai rekod di PKZ.

ii) Menyediakan kemudahan kepada masyarakat umum di negeri Pahang mahupun di

luar negeri Pahang untuk berurusniaga (membeli barang dan mendapatkan

perkhidmatan) dengan mudah dan bermaklumat dari kalangan pembayar zakat dengan

moto “Lebih Terjamin, Lebih Berkat”.

iii) Menjadi tarikan kepada usahawan dan peniaga untuk memahami dan

melaksanakan ibadah zakat.

c. Maklumat yang dimasukkan untuk dipaparkan di dalam applikasi ini adalah;

i- Nama bisnes

ii- Lokasi dan alamat

iii- Gambar premis dan produk

iv- No Telefon, Facebook, Laman Web dan lain-lain

v- Peta navigasi

vi- Keterangan Produk dan Perkhidmatan

d. Kategori

Kesemua peniaga dan usahawan di dalam BizZakat ini ditempatkan di dalam 6

kategori dan sub kategori mengikut jenis perniagaan atau perkhidmatan yang

ditawarkan.

Jadual 2: Kategori dan Sub kategori

Bil Kategori Bil Sub Kategori

1. Makan dan Minum i.

ii.

iii.

iv.

Katering

Kedai Makan dan Restoran

Makanan Mentah

Proses Makanan

2. Peruncitan i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

Kedai Runcit & Mini Market

Pakaian

Penjaja & Pasar Malam

Peralatan

Perhiasan & Kecantikan

Stesen Minyak

3. Pertanian dan Ternakan i.

ii.

iii.

Ayam & Itik

Kambing & Biri-biri

Lembu & Kerbau

4. Perkhidmatan i.

ii.

Agen

Kenderaan

259

iii.

iv.

v.

vi.

vii

viii.

Media

Pakaian

Pendidikan

Penginapan

Perubatan

Profesional

5. Kontraktor i.

ii.

iii.

Am

Elektrik

Pembekal

6. Usahawan Asnaf i.

ii.

iii.

iv.

Katering

Kedai Makan & Restoran

Makanan Mentah

Proses Makanan

Pengambilan data perniagaan

Data peniaga untuk dimasukkan ke dalam direktori BizZakat dibahagikan kepada 4

kumpulan iaitu;

i. Data pembayar zakat sedia ada

ii. Data pembayar yang baru membayar zakat

iii. Data para peniaga yang belum layak membayar zakat

iv. Data usahawan asnaf

i. Data pembayar zakat sedia ada mengikut rekod pembayar zakat di bawah kategori

zakat perniagaan di PKZ Pahang pada 31/12/2015 adalah 2,656. Data inilah dijadikan

asas untuk dihubungi dan kunjungi supaya maklumatnya dikemaskini serta ditokok

tambah mengikut paparan yang diperlukan di dalam BizZakat. Di antara ciri utama

maklumat yang diperlukan ialah gambar-gambar premis serta produk, lokasi dan

maklumat multimedia seperti Laman Web, FB, Instagram dan lain-lain. Pelaksanaan

untuk mendapat dan memasukkan data ini dijalankan dalam dua peringkat;

a. Kunjungan atau lawatan oleh unit operasi di cawangan-cawangan atau daerah

b. Menyemak dan meluluskan data oleh kakitangan ibu pejabat.

ii. Data pembayar yang baru membayar zakat. Ini juga dilakukan dalam dua

peringkat;

a. Dengan menyemak dan mengenalpasti keperluan perniagaan tertentu untuk

dimasukkan ke dalam direktori ini, unit operasi di daerah akan mencari dan

mendapatkan peniaga tersebut untuk membayar zakat dan memasukkan ke

dalam direktori. Contohnya, di daerah X, masih kurang atau tiada peniaga atau

usahawan yang menyediakan perkhidmatan membaiki motorsikal, maka unit

operasi akan meninjau di sekitar daerah atau bandar berkenaan untuk

mendapatkan perniaga tersebut. Selanjutnya dibuat taksiran zakat dan peniaga

tersebut membayar zakat maka datanya akan dimasukkan ke dalam direktori

BizZakat dan dalam sub kategori ‘perkhidmatan bengkel’. Pendekatan ini

sudah dijalankan.

260

b. Apabila applikasi ini dipasarkan untuk kegunaan umum, adalah dijangkakan

bahawa peniaga-peniaga atau usahawan yang belum membayar zakat tetapi

ingin supaya dimasukkan ke dalam direktori ini, maka mereka akan membayar

zakat. Dengan itu maklumat akan dimasukkan ke dalam direktori mengikut

langkah-langkah dan peraturan tertentu. Pendekatan ini belum dilaksanakan.

Ianya akan dibuka sebaik sahaja applikasi ini dilancarkan.

iii. Data para peniaga yang belum layak membayar zakat.

Adalah dijangkakan bahawa akan ada perniagaan yang belum cukup syarat untuk

membayar zakat seperti perniagaan yang belum cukup haul atau perniagaan yang

belum cukup nisab atau belum memenuhi syarat-syarat zakat yang lain. Mungkin juga

terdapat perniagaan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat umum

seperti pembekal ‘kanopi’ atau perkhidmatan membaiki basikal. Oleh kerana ianya

satu perniagaan yang kecil, maka ianya mungkin mengambil masa untuk mencapai

tahap cukup nisab. PKZ akan menimbangkan untuk memasukkan data ini ke dalam

direktori dengan ditandakan sebagai bertaraf ‘perintis’.

iv. Data Usahawan Asnaf

Dalam usaha untuk membangunkan dan memajukan Asnaf, pelbagai pendekatan telah

dilakukan oleh setiap negeri di Malaysia. Bantuan dalam pelbagai bentuk seperti

latihan kemahiran, peralatan, modal perniagaan dan lain-lain merupakan usaha badan-

badan yang menguruskan zakat di setiap negeri bagi melatih dan membimbing para

asnaf untuk keluar dari kelompok kemiskinan. Mereka ini memerlukan pelbagai

bentuk sokongan. Dengan memasukkan mereka ini ke dalam direktori BizZakat

adalah diharapkan agar perniagaan mereka akan meningkat maju.

Kawalan Data

Kawalan data adalah sangat perlu bagi memastikan kualiti ahli BizZakat akan

terjamin. Dari segi strategi pemasaran, direktori BizZakat ini dapat memastikan

bahawa pembayar zakat perniagaan akan terus ‘Istiqomah’ dalam membayar zakat

perniagaan kepada PKZ kerana para usahawan ini secara tidak langsung mendapat

kesan daripadanya.

Walau bagaimanapun, kepentingan masyarakat umum atau pengguna

applikasi BizZakat adalah lebih diutamakan. Oleh itu satu pendekatan untuk

mengawal mutu ahli BizZakat adalah sangat perlu. Di dalam applikasi ‘BizZakat’ ada

disediakan ruang ‘maklumbalas’ daripada pengguna. Maklumbalas yang diharapkan

akan meliputi komen dan syor terhadap applikasi ini. Adalah diharapkan bahawa

maklumbalas ini dapat serba sedikit mengawal mutu BizZakat.

Keterangan Applikasi BizZakat

Paparan yang disediakan adalah seperti berikut;

i. Gambar premis dan produk (3 keping)

ii. Keterangan asas perniagaan atau perkhidmatan

261

iii. Kawasan dan lokasi

iv. No telefon

v. Waktu operasi

vi. Peta dan navigasi

vii. Laman sosial (FB, Instagram, Whatsup, Web dll)

viii. Maklumat tambahan (Alamat lengkap, keterangan perniagaan, tawaran

produk)

ix. Maklumat rakan hamper (Near Me)

x. Khidmat sampingan

- Borang penyertaan menjadi ahli BizZakat

- Borang maklumbalas

262

Strategi Pemasaran

Applikasi yang baik jika tidak digunakan dengan meluas ianya tidak bermakna.

Justeru itu dalam usaha meningkatkan penggunaan applikasi ini PKZ, telah

merancang beberapa tindakan seperti berikut;

i. Mempelbagaikan iklan

- Iklan di FB

- Video rakaman dari Ikon Zakat

- Video lakonan penggunaan BizZakat

- Iklan di kenderaan awam

- Iklan di media masa

- Stiker kenderaan

- Wawancara radio

- Banner dan Banting

- Pelancaran BizZakat

- Pengumuman di masjid

ii. Menekankan Tag Line tertentu mengikut kesesuaian

- Bizzakat lebih Terjamin, Lebih Berkat

- Explore, Discover & Experience

- Teroka, Temani & Alami

- Direktori Pelbagai Barangan, Pelbagai Perkhidmatan

HALATUJU BIZZAKAT

Pada masa ini applikasi BizZakat dibina untuk menempatkan data para peniaga atau

usahawan yang membayar zakat di negeri Pahang. Para peniaga atau ahli BizZakat ini

263

dikumpulkan mengikut kategori perniagaan masing-masing. Disamping itu mereka

juga diasingkan mengikut daerah-daerah di negeri Pahang.

Para pengguna boleh mendapatkan barangan dan perkhidmatan daripada ahli

Bizzakat ini melalui carian yang pelbagai seperti berikut;

i. Kata kunci produk atau perkhidmatan

ii. Nama kedai atau perniagaan

iii. Saringan mengikut kategori dan sub kategori

iv. Saringan mengikut daerah

Objektif untuk mengajak masyarakat menggunakan BizZakat sebagai usaha

memartabatkan pembayar zakat seharusnya diterapkan dalam masyarakat. Oleh itu,

Applikasi ini dicadangkan supaya digunapakai oleh badan yang mengurus zakat di

negeri-negeri lain. Juga seeloknya BizZakat ini ditambah baik dan disesuaikan

mengikut keperluan negeri-negeri massing-masing berbanding dengan mewujudkan

applikasi yang berlainan bagi setiap negeri.

Sekira BizZakat dapat diterima pakai oleh semua negeri maka pengguna akan

membuat pilihan ‘negeri’ terlebih dahulu sebelum meneroka ke dalam BizZakat untuk

memilih daerah-daerah pula.

Bizzakat juga boleh dipromosi untuk digunasama oleh orang bukan Islam

sebagai carian mudah untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. BizZakat

boleh juga dikembangkan penggunaannya untuk tujuan pelancongan dengan

menawarkan penggunannya kepada ‘pelancong’ dari luar Malaysia. Justeru itu

Bizzakat boleh dipertingkatkan dengan menyediakan pelbagai bahasa di dalam

applikasi ini.

CABARAN

Cabaran utama applikasi BizZakat ini adalah saingan daripada pelbagai applikasi dan

perkhidmatan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan keupayaan yang lebih

luas dan sofistikated.

i. Google maps; dengan ciri carian yang mudah dan sofistikated serta data yang

lengkap dan pelbagai. Penggunaannya sudah sangat meluas dan diterima

umum.

ii. ‘Online Store’; seperti Lelong, Lazada, Mudah, My Bazar dan lain-lain.

Carian barang dan premis perniagaan yang luas dan spesifik.

iii. Direktori; seperti Yellow pages, Visit Pahang, Halal2U dan lain-lain.

Applikasi ini menawarkan ciri-ciri yang hampir sama dengan apa yang ada

dalam BizZakat. Walaubagaimanapun, hampir kesemua applikasi tersebut

mempunyai keunikan yang berbeza berdasarkan objektif masing-masing.

BizZakat pula mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu ahli-ahli yang

membayar zakat atau mempunyai kaitan dengan institusi zakat. Kemungkinan berlaku

manipulasi dalam ahli BizZakat. Mungkin akan ahli Bizakat yang tidak menepati ciri

264

usahawan Islam yang baik akhlaknya, jujur dalam menjalankan perniagaan, menjaga

kebersihan dan lain-lain.

Pemantauan melalui mekanisma hubungan dengan badan-badan mengurus

zakat seperti mengadakan kunjungan serta pelbagai bentuk komunikasi adalah sangat

penting. Selain itu, pengawalan dari segi memasukkan dan mengeluarkan ahli

daripada direktori ‘BizZakat’ perlu mempunyai mekanisma yang jelas dan mudah

untuk dilaksanakan.

KESIMPULAN

Penggunaan BizZakat merupakan satu usaha untuk memperluaskan potensi bagi

pembayar zakat mengembangkan perniagaan masing-masing. Kesan langsung kepada

pembayar zakat adalah peningkatan dalam jumlah bayaran zakat apabila hasil

perniagaan mereka meningkat disebabkan oleh promosi yang berkesan melalui

BizZakat. Para pengguna mempunyai pilihan yang mudah untuk mendapatkan

barangan dan perkhidmatan daripada pengusaha dan peniaga yang seharusnya dibantu

oleh masyarakat. Pengguna di atas tag line ‘Lebih terjamin, Lebih Berkat’.

BizZakat boleh mengangkat martabat institusi zakat dan secara tidak langsung

mengangkat martabat Agama Islam itu sendiri kerana para pembayar zakat

seharusnya mempunyai kualiti tersendiri seperti sikap jujur dan ikhlas yang tinggi.

BizZakat secara tidak langsung merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam

usaha meningkatkan kutipan zakat khususnya zakat perniagaan di negeri-negeri.

RUJUKAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2013). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Kepada Pengertian Al-Quran. Darul Fikri

Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Laporan Zakat 2014 Satu Sumber Maklumat Zakat di

Malaysia.

Bab 21 USAHA PENENTUAN UKURAN ISIPADU GANTANG DAN

KEPENTINGANNYA DALAM PEMERKASAAN KUTIPAN

ZAKAT FITRAH

Dg. Nooremah Ag. Saidi, Azman Ab Rahman

ii & Hafidzi Hamdan

iii

iMetrologis, Kumpulan Bendalir, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM Berhad.

[email protected] iiProfesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang–undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

[email protected] iii

Metrologis, Kumpulan Bendalir, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM Berhad.

[email protected]

Abstrak Zakat fitrah di Malaysia ditentukan berdasarkan unit kilogram sebagaimana lazimnya

makanan seperti beras dijual pada masa kini. Namun penggunaan unit kilogram ini adalah

kurang tepat memandangkan gantang (صاع), selain bentuk fizikalnya, merupakan unit lama

untuk sukatan isipadu ( لمكيا ) dan bukannya berat atau timbangan ( انميز ). Kajian ini adalah

bertujuan untuk menghapuskan kekeliruan dalam penukaran sukatan gantang ke unit metrik.

Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) di bawah Akta Sistem Pengukuran

Kebangsaan 2007 (Akta 675) adalah bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan unit

metrik yang tepat dalam setiap aktiviti pengukuran di Malaysia selain menjadi rujukan

kebolehkesanan (traceability) untuk setiap standard rujukan kebangsaan. Beberapa buah

gantang Baghdad milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK),

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Agama Islam

Negeri Sembilan telah ditentukur di Makmal Isipadu, NMIM. Melalui perbandingan dengan

nilaian isipadu gantang yang diperolehi menerusi kajian literatur, julat nilaian gantang telah

diperolehi. Daripada julat ini, penyeragaman isipadu gantang dapat dilaksanakan dengan

memilih satu nilai purata yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan standard rujukan

gantang kebangsaan. Ini seterusnya dapat membantu usaha penyeragaman pembayaran zakat

fitrah dan penentuan nisab zakat pertanian di seluruh Malaysia.

Kata Kunci: Gantang, Sa’, Cupak, Mudd, Zakat Fitrah.

PENDAHULUAN

Malaysia mengambil pendapat Imam Abu Hanifah yang membenarkan zakat fitrah

ditunaikan dengan nilaian wang. Namun, terdapat kecelaruan di dalam penentuan

kadar zakat fitrah yang antaranya disebabkan oleh kekeliruan di dalam penukaran

gantang Baghdad ke sistem metrik. Misalnya, JAKIM pada tahun 2003 telah

menyeragamkan segantang Baghdad sebagai bersamaan dengan 2.6 kg beras untuk

Semenanjung Malaysia dan 2.7 kg untuk Sabah dan Sarawak. Hakikatnya, gantang

Baghdad adalah penyukat isipadu dan bukannya berat kerana beratnya adalah

berlainan mengikut bahan yang kita isi. Misalnya, segantang padi adalah lebih ringan

berbanding segantang beras. Apatah lagi jika kita bandingkan berat segantang kapas

dengan segantang emas. Kecelaruan ini berlaku disebabkan penukaran sistem timbang

dan sukat tradisional kepada sistem metrik; beras dan bahan makanan lain yang

266

sebelumnya disukat menggunakan gantang kini diurusniagakan menggunakan

timbangan beratnya dengan unit kilogram (kg).

Penyeragaman segantang Baghdad dalam unit kilogram (timbangan berat)

dilakukan dengan tujuan memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah, namun adalah

dikhuatiri nilaian berat ini sebenarnya tidak mencukupi untuk jenis beras yang lebih

berat. Misalnya, sesetengah jenis beras mungkin mencecah 2.9 kg untuk segantang;

impaknya, bayaran zakatnya adalah tidak cukup kerana dia membayar mengikut

nilaian 2.6 kg.

Pada sisi lain, kewajipan menunaikan zakat fitrah adalah didasarkan kepada

sukatan 1 gantang bagi setiap orang. Segantang makanan adalah jumlah yang

mencukupi untuk makanan sehari bagi sebuah keluarga. Pada zaman tersebut,

terdapat standard berat yang dikenali sebagai kati (ratl) yang lebih mudah untuk

ditukar kepada unit kilogram namun Rasulullah SAW sebaliknya telah mensyariatkan

zakat dibayar sebanyak satu gantang makanan yang biasa dimakan; bukannya sekati.

Pasti terdapat sebab di atas pensyariatan ini. Antaranya, gantang dan cupak boleh

didapati dengan mudah dan banyak di Madinah memandangkan ekonomi Madinah

adalah pertanian. Selain itu, menyukat makanan adalah lebih mudah berbanding

menimbang. Standard penyukat juga adalah lebih murah berbanding standard

penimbang berat terutama untuk kapasiti yang lebih besar.

FUNGSI NMIM

Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) adalah bertanggungjawab

memastikan setiap aktiviti pengukuran di Malaysia dijalankan dengan tepat dan

mematuhi sistem metrik yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Ini meliputi

penukaran unit tradisional kepada unit metrik seperti kati ke kilogram, ela ke meter

dan gantang kepada liter. Selain itu, NMIM menjadi sumber rujukan untuk standard

rujukan kebangsaan (Akta 675). Sebagai contoh, di Malaysia, standard berat

(kilogram) yang mempunyai ketepatan yang paling tinggi (kelas E1) adalah

diselenggara dan dijaga di NMIM yang mana ianya dijadikan rujukan untuk seluruh

Malaysia. Standard ini pula adalah dirujuk kepada standard berat yang paling tepat

yang terdapat di Biro Pengukuran Antarabangsa (BIPM), Paris di mana setiap negara

akan merujuk kepada standard di BIPM. Rantai kebolehkesanan (traceability chain)

ini terdapat di semua negara bagi memastikan keharmonian pengukuran di seantero

dunia. Kendatipun, belum ada satu standard rujukan untuk gantang dan cupak waima

di peringkat kebangsaan (di Malaysia) apatah lagi di peringkat antarabangsa (dunia

Islam). Walaupun demikian, terdapat negara seperti Arab Saudi yang mempunyai

standard gantang (Sa’ Nabawi) yang disimpan oleh organisasi standard mereka

(National Measurement Centre, Saudi Arabia Standard Organisation - SASO).

267

Gambar 1: Standard Isipadu yang Ditentukur di Makmal Isipadu, NMIM

PENENTUKURAN ISIPADU GANTANG BAGHDAD / NABAWI / SYAR’IE

Usaha penyeragaman gantang hanya dapat dilakukan dengan memahami definisi

gantang yang sebenar. Ini dapat dilihat di dalam Jadual 3, Akta Timbang dan Sukat

1972 di mana

1 gantang Malaysia = 4.54609 dm3 = 4.54609 liter.

Nilai ini ditakrifkankan sehingga lima titik perpuluhan kerana disandarkan dengan 1

gallon UK.

Gambar 2: Standard Gallon (gantang) yang dibelakangnya tertera Federation of Malaya

Ini secara umumnya bermaksud penyeragaman gantang perlu dilakukan

dengan menyeragamkan isipadu (saiz) gantang tersebut dalam unit desimeter padu

atau lebih dikenali sebagai liter. Namun, sebelum usaha penyeragaman boleh

dilakukan, isipadu gantang Baghdad / Nabawi perlulah ditentukan terlebih dahulu.

Justeru, usaha ini dimulakan dengan pengumpulan gantang yang terdapat di seluruh

Malaysia dari pusat–pusat zakat dan individu perseorangan.

Gantang yang pertama diperolehi adalah daripada Majlis Agama Islam dan

Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di mana gantang ini pernah digunakan oleh

pihak JAKIM pada tahun 2003 untuk penyeragaman ke unit kilogram. Gantang ini

dibuat daripada kepingan tembaga berbentuk silinder dengan sedikit konikal. Di

bahagian bawahnya mempunyai nota mengatakan gantang tersebut diperolehi oleh

Tuan Haji Tahir Bunut Payung dari Makkah, beliau adalah seorang Qadhi di Kelantan

yang pernah menuntut ilmu di Makkah. Gantang ini ditentukan ukuran isipadunya di

Makmal Isipadu, Kumpulan Bendalir, NMIM pada tahun 2012. Kaedah penentukuran

yang dijalankan adalah secara gravimetrik dan volumetrik. Gravimetrik adalah kaedah

268

mendapatkan jisim (berat) bahan (air) yang diukur dengan cara menimbang; dengan

menggunakan ketumpatan, isipadu dapat dikira menggunakan beberapa siri

persamaan yang ditetapkan standard antarabangsa (ISO/TR 20461: 2000). Air telah

digunakan sebagai medium tentukuran, sama seperti standard ukuran isipadu lain

yang ditentukur di Makmal Isipadu, NMIM. Air digunakan sebagai medium

tentukuran kerana sifatnya yang universal dan menempati ruang secara seragam selain

memenuhi keperluan prosedur tentukuran standard antarabangsa (ISO 4787: 2010).

Air diisi sehingga penuh dan diratakan. Berat air direkodkan bersama suhu air dan

keadaan persekitaran (suhu, kelembapan dan tekanan udara). Kaedah volumetrik pula

adalah kaedah menuang air yang diketahui isipadunya (silinder penyukat) ke dalam

bekas yang tidak diketahui isipadunya (gantang).

Gambar 3: Bahagian Belakang Gantang Baghdad MAIK

Gambar 4: Penentukuran Isipadu Gantang Baghdad MAIK secara Gravimetrik.

Gambar 5: Penentukuran Isipadu Gantang Baghdad MAIK secara Volumetrik.

269

Gantang kedua yang ditentukur di Makmal Isipadu, NMIM diperolehi

daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Gantang

MAIDAM ini diperbuat daripada tembaga melalui proses penarikan (drawing) dan

diukir dengan tulisan jawi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Tahun

1435H/ 2014. Gantang ini ditentukan ukuran isipadunya di Makmal Isipadu, NMIM

pada Oktober 2014. Kaedah penentukuran yang digunakan adalah kaedah gravimetrik

memandangkan ianya adalah lebih mudah untuk dijalankan.

Gambar 6: Penentukuran Isipadu Gantang Baghdad MAIDAM secara Gravimetrik.

Gantang ketiga diperolehi melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

(MAINS) yang juga digunakan oleh JAKIM pada tahun 2003. Gantang ini diperbuat

daripada kayu berbentuk piala (silinder). Terdapat retakan yang besar pada gantang

dan bentuknya adalah tidak sekata (condong sedikit); oleh itu, proses penentukuran

dilakukan secara volumetrik dengan teori isipadu yang ditempati di dalam gantang

adalah sama dengan isipadu yang ditempati di dalam penyukat isipadu standard

(silinder penyukat). Medium tentukuran yang digunakan pula adalah beras yang

diperolehi daripada Makmal Kelembapan Padi, NMIM di mana kelembapan beras ini

adalah standard. Beras ini diisi penuh di dalam gantang, diratakan dan kemudiannya

dipindahkan ke silinder penyukat lalu isipadunya dibaca. Walaupun kaedah ini adalah

kurang tepat berbanding kaedah gravimetrik namun ia adalah sesuai digunakan untuk

gantang yang diperbuat daripada bahan yang tidak kalis air seperti kayu. National

Institute of Standards and Technology (NIST), USA di dalam Handbook 44 (standard)

mencadangkan penggunaan kaedah volumetrik menggunakan rapeseed tetapi

memandangkan bijian tersebut sukar didapati, ianya telah digantikan dengan beras.

Gambar 7: Beras diisi dan diratakan di dalam gantang Baghdad MAINS

270

Gambar 8: Penentukuran Isipadu Gantang Baghdad MAINS secara Volumetrik

– beras dipindahkan ke silinder penyukat

Selain daripada tiga gantang ini, terdapat empat buah cupak yang diperolehi

daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan juga individu

perseorangan (sebuah cupak bersanad dari Muzium Al-Ka’ki Madinah, sebuah cupak

bersanad dari Syeikh Yusof Mutola (UK) dan sebuah lagi dari Johor). Empat cupak

adalah bersamaan dengan satu gantang (Shaharir dan Abdul Razak, 2001). Terdapat

juga sebuah gantang yang diperbuat daripada plastik yang didapati dari Arab Saudi

bertulis Gantang Syar’ie namun atas beberapa sebab teknikal gantang ini masih belum

ditentukur.

PERBINCANGAN

Isipadu gantang dan cupak (didarab 4) yang ditentukur isipadunya dibandingkan

dengan isipadu gantang yang diperolehi melalui kajian literatur (Rajah 1).

Rajah 1: Perbandingan Isipadu Gantang yang Ditentukur dengan Kajian Literatur

Didapati keputusan tentukuran isipadu gantang MAIK dan MAIDAM adalah

berhampiran dengan gantang SASO, gantang Al-Ghafili (yang ditentukur di SASO)

dan gantang Syeikh Yusof Mutola yang mana ketiga–tiga gantang ini bersanad ke

gantang Rasulullah SAW. Isipadu gantang MAIK juga bersamaan dengan isipadu

2.75

3 3.03 3.09 3.10 3.11 3.11 3.144 3.18

3.3

4.2125

2.600 2.700 2.800 2.900 3.000 3.100 3.200 3.300 3.400 3.500 3.600 3.700 3.800 3.900 4.000 4.100 4.200 4.300

Perbandingan Isipadu Gantang (Sa’ ) (L

271

yang diterangkan oleh Abi Syuja’ di dalam kitab beliau. Juga, isipadu ini masih

berhampiran dengan nilaian gantang oleh Syeikh Mustafa Al–Khin (2011). Isipadu

gantang (yang didarab 4 dari cupak) MAIAMP berbeza hanya sebanyak 36 mL

berbanding gantang Al-Ghafili dan dikira masih di dalam julat yang diterima. Walau

bagaimanapun, isipadu gantang kayu MAINS adalah agak besar iaitu 3.3 L, dengan

perbezaan 156 mL berbanding isipadu gantang Al-Ghafili. Justeru, nilaian ini adalah

dikira terkeluar berdasarkan rekabentuk gantang MAINS itu sendiri yang kasar dan di

bawah daripada standard kerja (working standard).

Selain gantang MAINS, nilaian isipadu gantang Syeikh Yusof Al–Qardawi

juga agak jauh daripada yang lain, dengan minimum beza sebanyak 250 mL

berbanding nilaian isipadu gantang oleh Syeikh Mustofa Al-Khin (2011). Terdapat

kesilapan teknikal di dalam pengiraan yang dilakukan iaitu menggunakan berat kati

(ratl) Baghdad di dalam pengiraan orang Madinah. Ini kerana orang Madinah

menganggarkan segantang setara dengan 5 1/3 ratl Madinah sedangkan orang

Baghdad menganggarkan segantang setara dengan 8 ratl Baghdad (Azman et.al.,

2017).

1 ratl Baghdad bersamaan 406.25 g manakala 1 ratl Madinah bersamaan

609.375 g (Hinz, 2003). Seharusnya;

8 ratl Baghdadi = 8 x 406.25 g = 3.25 kg

5 ⅓ ratl Madinah = 5 ⅓ x 609.375 g = 3.25 kg

Iaitu saiz (isipadu) gantang Baghdad dan gantang Madinah adalah sama. Ini

bertepatan dengan kisah Abu Yusuf (anak murid Imam Abu Hanifah dari Baghdad)

dan 50 gantang Madinah yang diukurnya selepas menunaikan haji. Beliau mendapati

semua saiz (isipadu) gantang adalah sama dengan anggaran berat segantang setara

dengan 5 1/3 ratl Madinah. Ini juga menjadi asas untuk menolak nilaian gantang Hinz

(2003) yang jauh tersasar melebihi 1.0685 L berbanding nilaian isipadu gantang Al–

Ghafili, iaitu hampir sepertiga lebih besar berbanding gantang lain.

PENUTUP

Julat isipadu gantang yang ditunjukkan oleh garisan merah di dalam Rajah 9 iaitu dari

3.00 L hingga ke 3.18 L adalah satu dapatan penting yang boleh digunakan sebagai

rujukan di dalam usaha pembangunan standard rujukan gantang kebangsaan. Namun,

nilaian untuk standard tersebut hanyalah 1 nilai dan bukan dalam bentuk julat. Ini

sangat penting bagi tujuan penyeragaman (isipadu) gantang tersebut. Selain itu,

penyeragaman isipadu gantang dapat membantu di dalam penyeragaman nisab zakat

pertanian.

Usaha penentukuran isipadu gantang dan cupak yang diperolehi telah

membawa kepada usaha pembangunan standard rujukan gantang kebangsaan. Nilaian

gantang diperolehi daripada purata nilaian gantang MAIK dan MAIDAM dan masih

bersandar kepada nilaian gantang bersanad Syeikh Yusof Mutola iaitu bersamaan 3.10

272

L. Namun, nilai ini masih perlu diperkuat dengan hasil tentukuran gantang-gantang

bersanad seperti gantang SASO dan dari beberapa khilafah Islam lain seperti

Abasiyyah (Baghdad, Iraq), Uthmaniyyah (Turki) dan Umayyah (Andalusia,

Sepanyol). Lebih baik lagi sekiranya dapat dijalankan satu perbandingan

penentukuran gantang antara organisasi standard negara–negara Islam lalu usaha

penyeragaman di peringkat antarabangsa adalah lebih mudah untuk dilaksanakan.

Gambar 10: Pembangunan Standard Rujukan Gantang Kebangsaan di NMIM.

RUJUKAN

Abi Syuja’ Ahmad bin al-Husain al-Ishfahani. (1994). Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb

fil Fiqh asy-Syafi’i. Ed. 2. Beirut: Dar Ibnu Hazm. Translated by Majid al-

Hamawi (Original work published 593H). 109 – 122.

Abdullah bin Mansur al-Ghafili. (n.d.). Sa’ tw n Ol an N w Stan ar . Saudi

Arabia.

Azman Ab Rahman, D.N.A. Said, H. Hamdan, K. M. Nor. (2017). Determination of

Sa’ Baghdadi Volume using Volumetric Method. Advanced Science Letter,

Volume 23, Number 5, American Scientific Publishers.

Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, (2003). Fatwa

Kesembilan, Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat: Cara Penetapan Zakat

Fitrah Seluruh Malaysia. 38 – 40.

Dg. Nooremah Ag. Said, Dr. Abdul Rahman Mohamed, Kamarudin Mohamad Nor,

Hafidzi Hamdan. Sukatan Metrik Gantang Baghdad dan Kepentingannya

dalam Pembayaran Zakat. In Proceeding of the International Conference of

Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014). Kuala Lumpur. (2014) 77 – 87.

International Organization for Standardization. Laboratory Glassware – Volumetric

Instruments – Methods for Testing of Capacity and for Use. ISO 4787:2010.

International Organization for Standardization. Determination of Uncertainty for

Volume Measurements Made Using the Gravimetric Method. ISO/TR

20461:2000/Cor.1:2008(E).

Khalid bin Yusuf al-Khalf, Sulaiman bin Muhammad as-Siyan, Abdul Aziz

Muhammad Yusuf. (2001/1422H). Saudi Arabian Standards Organization

273

(SASO) Achievements in 20 Years of Sovereignty of King Fahd bin Abdul

Aziz. Saudi Arabia. 16–26.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha and Ali as-Syarbajy. (2011). al-Fiqh al-Manhaji.

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Translated by Dr. Zulkifli

Mohamad al-Bakri (Original work published 1982/1402H). 1 427 – 430.

National Institute of Standards and Technology. (2016). Specifications, Tolerances,

and Other Technical Requirements for Weighing and Measuring Devices

(NIST Handbook 44). Tina Butcher, Clark Cooney, Linda Crown and Rick

Harshman (Ed.). USA: U.S. Department of Commerce. 433–437.

Shaharir Mohamad Zain & Abdul Razak Salleh. Sistem Nombor dan Angka Melayu

Berdasarkan Kajian Etimologi dan Penyukatan. Jurnal Bahasa 1(3)

(September 2001): 423 – 443.

Walther Hinz. (2003). Measures and Weights in the Islamic World. Kuala Lumpur:

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Translated by Dr. M. Ismail Marcinkowski (Original work published 1955). 1

– 77.

Yusuf al-Qardawi. (1994). Fiqh al Zakah, Jeddah: Scientific Publishing Centre of

King Abdul Aziz University. Translated by Dr. Monzer Kahf (Original work

published 1973). 1 175 – 187.

Undang-Undang Malaysia (2010). Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71), Kuala

Lumpur. 1–30.

Undang-Undang Malaysia (2007). Akta Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675),

Kuala Lumpur. 8–12.

Bab 22 USAHA PENENTUAN UKURAN ISIPADU CUPAK SEBAGAI

RUJUKAN PEMBAYARAN ZAKAT DI MALAYSIA

Hafidzi Hamdani, Azman Ab Rahman

ii & Dg. Nooremah Ag. Said

iii

iMetrologis, Kumpulan Bendalir, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM Berhad.

hafidzi @sirim.my iiProfesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang–undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),

[email protected] iii

Metrologis, Kumpulan Bendalir, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM Berhad.

nooremah @sirim.my

Abstrak Cupak merupakan alat pengukuran sukatan yang telah digunapakai sekian lama di kalangan

umat Islam khususnya dalam pembayaran zakat, fidyah dan kaffarah. Terdapat kekeliruan

dalam pelbagai pendapat oleh para ulama dan ahli pemikir Islam sejak dahulu lagi tentang

nilai sebenar yang sepatutnya bagi isipadu cupak, namun begitu ianya tidak dibincangkan dan

dikaji dari sudut saintifik dan teknikal secara tentukuran. Satu cupak telahpun ditentukur oleh

Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) untuk menentukan isipadu dan seterusnya

menganalisis nilai cupak tersebut dengan kajian-kajian dan pendapat terdahulu. Penggunaan

unit ukuran yang tepat bagi alat sukatan dan kaedah gravimetrik memberikan kebolehkesanan

yang tinggi terhadap nilai cupak yang didapati seterusnya membolehkan usaha penentuan

nilai cupak adalah lebih jitu. Kajian ini diharapkan membantu usaha penyeragaman nilai

cupak bagi pembayaran zakat di Malaysia.

Kata Kunci: Cupak, Mudd, Fidyah, Kaffarah, Zakat Fitrah.

PENDAHULUAN

Nilai harga pembayaran zakat di setiap negeri di Malaysia telah pun menjadi isu sejak

sekian lama sebelum diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

kali ke-57 yang bertarikh 10 Jun 2003 di mana keputusannya adalah seperti

berikut (Portal Rasmi MAIWP, 2017):

“Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah

berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super

Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan

2.60kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah

berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-

masing bagi beras Vietnam White bagi negeri Sabah dan bagi negeri

Sarawak pula adalah beras Thai White mengikut timbangan satu gantang

Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.”

Kebiasaanya apabila menjelang bulan Ramadan, Jawatankuasa Syariah atau

Fatwa Negeri akan menetapkan nilai harga beras semasa mengikut daerah atau gred

dan jenis beras yang dimakan oleh penduduk di negeri berkenaan. Ini kemudiannya

276

diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir

kepada 2.60 kg. Jadi setiap penduduk muslim di Malaysia diwajibkan membayar

mengikut kaedah yang telah ditetapkan, di mana harga nilaian pembayaran zakat

adalah berbeza mengikut negeri kerana harga setempat beras di setiap negeri adalah

berbeza.

Penetapan nilaian timbangan satu gantang baghdad oleh Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebang saan menunjukkan bahawa kaedah pengukuran terlibat

dalam memutuskan nilaian berkenaan. Di Malaysia, satu badan yang

bertanggunggjawab terhadap aktiviti pengukuran di peringkat nasional adalah Institut

Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), di mana semua alat pengukuran

terutamanya bagi aktiviti perdagangan dan jual-beli perlu mendapat kelulusan dan

ditentusahkan di sini (Akta Pengukuran Kebangsaan, 2007). Inisiatif pengukuran

gantang baghdad bagi tujuan pembayaran zakat telahpun bermula sejak tahun 2012.

Seterusnya dengan menjalinkan kerjasama bersama Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM) pada tahun 2015, kajian gantang telah pun berkembang kepada pengukuran

cupak (mudd).

Dari hasil kajian NMIM yang dilakukan oleh Makmal Isipadu, Kumpulan

Bendalir telah pun menyatakan bahawa ukuran timbangan dalam unit kilogram (kg)

sepatutnya ditukarkan kepada unit liter (L). Bermakna nilai ukuran alatan gantang

adalah dalam unit isipadu membolehkan usaha penyeragaman nilaian satu gantang

baghdad dapat diselaraskan di seluruh negara. Ini membawa kepada satu rujukan

standard kebangsaan yang boleh digunapakai oleh Jabatan Mufti di setiap negeri di

Malaysia. Berpandukan nilaian gantang, nilai isipadu cupak juga perlu diseragamkan

dan diambilkira kepentingannya sama seperti gantang, kerana cupak juga terlibat

dalam pembayaran fidyah terutamanya. (Dg. Nooremah et. al, 2013).

CUPAK DI MALAYSIA

Cupak merupakan satu unit ukuran isipadu bahan kering (dry measure), yang mana

ukuran isipadunya adalah lebih kecil daripada gantang atau pun lebih tepat 1/4

gantang. (Shaharir et. al, 2001). Penggunaan cupak memainkan peranan yang besar

dalam hukum Islam yang mana ia adalah asas kepada pengiraan fidyah. Fidyah adalah

salah satu cara untuk seseorang Islam itu menebus atau membayar denda bagi amal

ibadat yang tidak mampu ditunaikan kerana sebab-sebab tertentu. Antara contoh

fidyah adalah yang berkaitan dengan puasa di mana hukum membayar fidyah adalah

wajib seperti dalam firman Allah SWT:

ة من أيام أخر وعلى الذين يط يقونه فدية أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدرا ف هو ر لكم إن كنتم ت علمون طعام مسكين فمن تطوع خي ر له وأن تصوموا خي خي

Terjemahan: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu;

maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia

berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu

pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya

277

berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi

makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan

(bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu

kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi

kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Surah Al-

Baqarah 2: 148)

Penggunaan cupak juga memainkan peranan penting sebagai unit pengukuran

utama dalam perdagangan di Madinah semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Walaupun terdapat segelintir ulama dan ahli pemikir Islam yang mempunyai pendapat

berbeza terhadap berapa sebenarnya nilai cupak ini, namun begitu ada yang telah

menetapkan nilai cupak yang digunakan pada zaman Rasulullah SAW bagi kegunaan

umat Islam bersama.

Di Malaysia contohnya, melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP) menyatakan bahawa kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang

ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah ini adalah

berdasarkan kadar harga beras iaitu makanan asasi penduduk berkenaan. Nilai fidyah

bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai zakat fitrah yang telah

ditetapkan. Melalui MAIWP, kadar cupak yang diambil kira adalah sebanyak 675

gram. Pengiraan kalkulator fidyah melalui portal rasmi e-maklumat oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga mengambil kira nilai satu cupak bersamaan

675 gram (Portal Rasmi e-Muamalat,2017). Namun begitu di Kedah, Majlis Agama

Islam Kedah (MAIK) menetapkan 650 gram bersamaan dengan satu cupak bagi

pengiraan pembayaran fidyah di sana. (Portal Rasmi MAIK,2017)

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan nilai isipadu secara

eksperimental melalui tentukuran berasaskan gravimetrik bagi tujuan penyeragaman

yang belum pernah dilakukan lagi sebelum ini di Malaysia khususnya. Bagi tujuan ini

juga, nilai-nilai cupak yang didapati daripada kajian dan literasi yang telah dijalankan

sebelum ini akan diambilkira sebagai rujukan penentuan nilai isipadu yang boleh

diguna pakai di Malaysia pada masa hadapan.

ANALISIS NILAI-NILAI CUPAK BERDASARKAN NILAIAN GANTANG DI

MALAYSIA

Hasil kajian oleh NMIM yang telah bermula pada 2012 hingga 2016 (Jadual 1)

menunjukkan beberapa nilai isipadu cupak. Nilai-nilai isipadu cupak ini diambil

daripada pelbagai sumber rujukan termasuk ujian makmal bagi nilai isipadu cupak di

Malaysia dan rujukan literatur yang dipetik daripada kitab-kitab fiqh termasuk

pendapat para ulama (Dayang et. al, 2014).

Jadual 1: Rujukan cupak dan isipadu setiap rujukan cupak dalam mililiter (mL)

Cupak (Mudd) / Rujukan Isipadu Cupak (Mudd) (mL)

Al – Qardawi 688*

Al – Khin 750*

278

SASO 758*

MAIDAM* 772.5*

Mutola 775

MAIK* 777.5*

Abi Syuja’ 777.5*

Al – Ghafili 786

MAIAMP* 796

MAINS* 825*

Hinz 1053

Nilai isipadu cupak (Mudd) yang ditandakan (*) adalah nilai yang diambilkira

daripada 1/4 nilai gantang yang telah ditentukur atau nilai rujukan daripada literatur.

Dapat diperhatikan bahawa hanya terdapat empat nilai cupak yang telah didapati

melalui kajian eksperimen yang dilakukan di Makmal Isipadu, NMIM.

Empat nilai cupak yang telah didapati daripada kajian eksperimen adalah

daripada Majlis Agama islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis

Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat

Melayu Perak (MAIAMP) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Rajah 1: Perbandingan Isipadu cupak (mudd)

PERBINCANGAN

Daripada Rajah 1 di atas, menunjukkan perbandingan isipadu-isipadu cupak yang

menjadi rujukan kepada penentuan isipadu cupak yang boleh digunapakai di

Malaysia. Jelas diperhatikan daripada Rajah 1, nilai isipadu cupak daripada MAIAMP

adalah di dalam lingkungan 750 mL hingga 850 mL, yang boleh dikatakan sebagai

‘lingkungan nilai rujukan cupak’, dengan perbezaan paling besar antara nilai-nilai lain

dalam lingkungan tersebut iaitu sebanyak 46 mL. Keputusan yang didapati ini adalah

hampir kepada nilai oleh Al-Ghafili; yang mana beliau menyatakan bahawa satu

687.5

750

757.5 772.5 775 777.5 777.5 786

795

825

1053.125

650

700

750

800

850

900

950

1000

1050 Perbandingan Isipadu Cupak (Mudd) (mL

279

cupak bersamaan 786 mL. Kebolehkesanan nilai cupak yang diperolehi oleh Al-

Ghafili ini adalah daripada cupak yang dikatakan digunakan oleh Nabi Muhammad

SAW untuk membayar zakat. Cupak ini telah ditentukur oleh National Measurement

Centre, Saudi Arabian Standards Organisation (SAS0) menggunakan air sebagai

medium. (Dg. Nooremah et. al, 2014).

Dengan membuat perbandingan kepada nilai-nilai cupak lain yang diambilkira

daripada nilai gantang (sa’), perbezaannya adalah lebih kecil kecuali nilai daripada

MAINS yang berada di luar ‘lingkungan nilai rujukan cupak’. Ini kerana gantang

daripada MAINS mempunyai perbezaan saiz yang amat ketara daripada saiz dan

pembuatannya adalah daripada kayu. Perbezaan nilai cupak MAIAMP daripada nilai

cupak yang dikira daripada gantang yang diperolehi MAIK adalah 18.5 mL, manakala

nilai daripada gantang MAIDAM adalah 23.5 mL. Perbezaan kecil ini dilihat

menepati penemuan yang dilakukan oleh Abu Yusof, yang mana kesemua saiz 50

gantang (sa’) yang telah digunapakai pada zaman Rasulullah SAW di Madinah adalah

mempunyai saiz yang hampir sama (Al-Qardawi, 1994).

Nilai cupak yang dicadangkan oleh Al- Qardawi (1994) dan Hinz (2003),

daripada Rajah 1 yang dilihat berada di luar lingkungan nilai rujukan cupak ini juga

telah dibincangkan secara teknikal oleh Dg. Nooremah et. al. (2014), yang meliputi

wujudnya salah faham terhadap penukaran nilai-nilai isipadu gantang oleh Al-

Qardawi dan tiada wujudnya kebolehkesanan kepada nilai cupak pada zaman

Rasulullah SAW bagi nilai yang dicadangkan oleh Hinz.

KESIMPULAN

Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa keputusan nilai isipadu yang didapati

terus daripada tentukuran cupak MAIAMP oleh NMIM adalah nilai yang signifikan

jika dibandingkan dengan nilai-nilai daripada literatur terdahulu yang lain.

Tentukuran yang menggunakan kaedah gravimetrik ini juga adalah bersesuaian dan

mempunyai kebolehkesanan yang tinggi kepada unit S.I (Systeme International), iaitu

Unit Sistem Antarabangsa bagi berat iaitu kilogram. Namun begitu, penggunaan unit

metrik yang sesuai bagi cupak adalah mililiter (mL) memandangkan cupak adalah

satu alat sukatan dan bukannya alat timbangan (Akta Timbang dan Sukat, 1972).

Dengan penggunaan unit metrik yang betul, usaha penentuan ukuran isipadu cupak

dapat dilaksanakan bagi menjadi rujukan pembayaran zakat di Malaysia pada masa

hadapan.

RUJUKAN

Dg. Nooremah Ag. Said, Dr. Abdul Rahman Mohamed, Kamarudin Mohamad Nor,

Hafidzi Hamdan (2013) “Calibration of Gantang (Saa’) and its Impact towards

Zakat Payment in Malaysia” Kertas Kerja Prosiding 2nd International

Conference of Islamic Economics and Economies of the OIC Countries, Kuala

Lumpur, 29 – 30 January 2013

280

Dg. Nooremah Ag. Said, Dr. Abdul Rahman Mohamed, Kamarudin Mohamad Nor,

Hafidzi Hamdan (2014). “Sukatan Metrik Gantang Baghdad dan

Kepentingannya dalam Pembayaran Zakat” Kertas Kerja Prosiding

International Conference of Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) Kuala

Lumpur,. 1 – 2 December 2014.

Khalid bin Yusuf al-Khalf, Sulaiman bin Muhammad as-Siyan, Abdul Aziz

Muhammad Yusuf (2001). Saudi Arabian Standards Organization (SASO)

Achievements in 20 Years of Sovereignty of King Fahd bin Abdul Aziz. Saudi

Arabia.

Maghniyyah, A. M. J., & Husayn, M. (1992). Fasting according to the Five Schools

of Islamic Law. Mujahid Husayn, trans., Al-Tawhid: A Journal of Islamic

Thought and Culture, 9, 4.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugha and Ali as-Syarbajy, (1982/1402H). al-Fiqh al-

Manhaji. Damsyik: Dar al-Qalam

Shaharir Mohamad Zain & Abdul Razak Salleh (2001). “Sistem Nombor dan Angka

Melayu Berdasarkan Kajian Etimologi Dan Penyukatan” Jurnal Bahasa 1(3)

(September): 423-443

Walther Hinz (2003). Measures and Weights in the Islamic World. Kuala Lumpur:

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Translated by Dr. M. Ismail Marcinkowski (Original work published 1955).

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) “Fatwa Zakat:

Zakat Fitrah” diakses 17 Julai 2017. http://www.zakat.com.my/info-

zakat/fatwa-zakat/#1480318835259-c1e42328-c515

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) “Fidyah dan Kaffarah” diakses 16

Julai 2017.

http://www.maik.gov.my/ms/Page?type=zByNQuF9FYw=&pid=9j+sfrHKrpI

=

Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) “Kalkulator Fidyah” e-Muamalat.

Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam. diakses 16 Julai 2017. http://e-

muamalat.islam.gov.my/kalkulator-fidyah

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) “Fidyah: Hukum

Fidyah” diakses 15 Julai 2017. http://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/

Undang-Undang Malaysia (1972). Akta Timbang dan Sukat (Akta 71), Kuala Lumpur.

Undang-Undang Malaysia (2007). Akta Pengukuran Kebangsaan (Akta 675), Kuala

Lumpur.

Bab 23 PENAMBAHBAIKAN URUS TADBIR BERKENAAN URUF

ZAKAT EMAS PERHIASAN DI INSTITUSI ZAKAT

Tutasting@ Rawi Nordini & Noraini Saro

ii

iPensyarah, Center for Islamic Philanthropy & Social Finance (CIPSF), UiTM Kampus Alor Gajah,

Melaka. [email protected] iiPelajar Sarjana, Center for Islamic Philanthropy & Social Finance (CIPSF) UiTM Kampus Alor

Gajah, Melaka. [email protected]

Abstrak Di Malaysia kutipan zakat emas terbahagi kepada dua kategori pengiraan yang berbeza, iaitu

zakat emas simpanan dan juga zakat emas perhiasan. Namun begitu kebanyakan negeri

mengklasifikasikan kutipan ini sebagai zakat emas sahaja. Dalam aspek penetapan zakat

terhadap emas perhiasan pula, setiap negeri mempunyai pemakaian uruf yang berbeza-beza

sebagaimana yang telah ditetapkan di negeri masing-masing. Artikel ini menggunakan kajian

perpustakaan, pengumpulan maklumat melalui dokumen rasmi daripada institusi zakat serta

sesi temu bual bersama pentadbir zakat. Objektif artikel ini ialah melihat sejauhmana

pengurusan terhadap uruf zakat emas perhiasan yang dilaksanakan oleh institusi zakat di

Malaysia. Penemuan menunjukkan, bahawa penambahbaikan terhadap pelaksanaan uruf zakat

emas perhiasan boleh memberi impak kepada peningkatan jumlah kutipan zakat emas di

Malaysia.

Kata Kunci: Urus tadbir ,Uruf, Zakat, Emas Perhiasan, Institusi Zakat.

PENDAHULUAN

Pengurusan zakat di Malaysia bermula sejak era pre-kolonial, namun ketika itu

pengurusan zakat belum ditadbir secara formal dan pembayar zakat akan membayar

zakat kepada ustaz atau guru agama iaitu dikenali sebagai amil dan mereka akan

mengagihkannya kepada asnaf yang layak. Di Malaysia, pengurusan zakat terletak di

bawah bidang kuasa dan tanggungjawab negeri-negeri yang dinaungi oleh Seri

Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPBA) dan Duli-Duli Yang Maha Mulia

(DYMM) Sultan mahupun Raja. Sebagai contoh bagi negeri Selangor zakat diuruskan

dibawah Lembaga Zakat Selangor manakala negeri Pahang pula diuruskan dibawah

Pusat Zakat Pahang. Corak pelaksanaan uruf zakat emas, ianya sangat berkait rapat

dengan pengurusan institusi zakat itu sendiri dalam mengurus tadbir berkaitan zakat

emas khususnya emas perhiasan. Justeru impak pelaksanaan uruf zakat emas

perhiasan ini dapat dilihat juga daripada segi pengurusannya oleh institusi itu sendiri.

Setiap negeri mempunyai enakmen berkaitan dengan zakat yang telah ditetapkan.

emas merupakan salah satu daripada jenis zakat harta, yang mana ia wajib

dikeluarkan apabila telah cukup syarat yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Di

samping itu kiraan bagi kadar berkenaan zakat emas juga terbahagi kepada dua iaitu

zakat emas simpanan dan zakat emas perhiasan. Uruf terhadap zakat emas perhiasan

ia dilaksanakan di semua negeri kecuali negeri Kelantan.

282

PERBINCANGAN

Pengertian Emas Perhiasan

Dari segi bahasa arab, perhiasan merupakan “al-haly”, manakala kata jamaknya pula

ialah “al-huliy”, yang mana membawa maksud kepada sesuatu yang dibuat perhiasan

daripada tempaan bahan galian dan juga batu permata (Ibn Manzur. (t.th); al-Fayruz

Abadi. (t.th)). Sebagaimana Firman Allah SWT:

ن ثيابا أولئك لهم جنات عدن تجري من تحتهم الن هار يحلون فيها من أساور من ذهب وي لبسو رق متكئين فيها على الرائك نعم الث واب وحسنت مرت فقاخضرا من سندس وإس تب

Terjemahan: mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang

mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya

dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera

yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya

dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). demikian itulah

balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat

yang semolek-moleknya. (Al-Kahf. 18:31)

Pandangan Ulama Terhadap Zakat Emas Perhiasan

Para ulama telah bersepakat bahawa perhiasan yang dibuat dari logam yang lain dari

emas dan perak walaupun harganya lebih mahal dari emas dan perak (seperti nikel,

platinum, tembaga dan sebagainya, begitu juga perhiasan dari batu-batu berharga

seperti permata, zamrud dan sebagainya) tidak wajib dikeluarkan zakat sama ada yang

dipakai oleh lelaki atau wanita. Terdapat dua pandangan terhadap emas perhiasan

yang dipakai oleh wanita (Yusuf Al-Qardhawi. 2000):

a) Menurut Imam Abu Hanifah; zakat diwajibkan ke atas semua jenis emas dan

perak sekalipun yang dijadikan perhiasan yang harus dipakai oleh wanita

(gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya).

b) Menurut jumhur ulama (Imam Malik, Syafiie dan Ahmad); zakat tidak

diwajibkan ke atas emas dan perak yang dijadikan perhiasan oleh wanita.

Walau bagaimanapun pandangan yang rajih (kuat) ialah pandangan jumhur

fuqaha, yang ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Fiqh Zakatnya,

Majlis Fatwa Mesir dan Fatwa negeri-negeri di Malaysia. Jadi, emas dan perak yang

dipakai oleh kaum wanita sebagai perhiasan tidak wajib dikeluarkan zakat, dikecuali

dalam dua keadaan (Yusuf Al-Qardhawi, 1973);

a) Perhiasan emas dan perak yang dibuat bukan untuk dipakai, tetapi untuk

disimpan (sebagai aset simpanan), wajib dikeluarkan zakat ke atasnya kerana

tujuannya telah beralih dari perhiasan kepada simpanan.

283

b) Jika perhiasan yang dimiliki itu terlalu banyak sehingga masuk dalam

kategori berlebihan serta melampaui kadar yang biasa dipakai oleh wanita-

wanita setempat (kadar uruf setempat), maka wajiblah dikeluarkan zakat.

Pemakaian Uruf Zakat Emas Di Negeri-Negeri Malaysia

Berikut adalah kenaan dengan uruf zakat emas perhiasan yang diguna pakai di negeri-

negeri berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil soal selidik yang dilakukan di

institusi zakat di Malaysia.

Negeri Uruf Emas Perhiasan

(Lama)

Uruf Emas Perhiasan

(Baru)

Perak 500 Gram 500 Gram

Kedah 170 Gram 170 Gram

Pulau Pinang 165 Gram 165 Gram

Perlis 170 Gram 170 Gram

Selangor 800 Gram 800 Gram

Wilayah Persekutuan 150 Gram 150 Gram

Negeri Sembilan 850 Gram 200 Gram

Melaka RM 5000 180 Gram

Johor 800 Gram 850 Gram

Pahang 200 Gram 500 Gram

Terengganu 850 Gram 850 Gram

Kelantan Tiada Tiada

Sabah RM 5000 125 Gram Sumber: Borang kaji selidik uruf zakat emas perhiasan 2017

Perbezaan Emas Simpanan Dan Emas Perhiasan

Terdapat dua bentuk perbezaan dalam aspek pengiraan bagi zakat emas simpanan dan

emas perhiasan. Ini dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Bil Perkara Emas Simpanan Emas Perhiasan

1 Pengiraan Berat emas x harga semasa x

2.5% = Jumlah Zakat

100 gram x RM144.38=

RM14,438x 2.5% =

RM360.95

Berat emas – Uruf) x harga emas

semasa x 2.5%

(1000 gram – 800 gram) x

RM144.38 = RM 28,876 x 2.5% =

RM 721.90

2 Penggunaan

Uruf

Tiada Kenaan Uruf hanya

berdasarkan kepada nisab

sebanyak 2.5% sahaja.

Kenaan uruf yang ditetapkan

mengikut negeri-negeri. Namun

bagi negeri Kelantan mereka tiada

kenaan uruf keatas emas perhiasan,

namun pembayaran zakat tetap

dikenakan apabila cukup nisab

2.5% seperti emas simpanan.

Sumber: http://www.zakat selangor.com.my

284

Urus Tadbir Berkenaan Uruf Zakat Emas Perhiasan Di Institusi Zakat

Hasil penelitian mendapati terdapat dua isu yang boleh diketengahkan dalam aspek

pengurusan kenaan uruf zakat emas perhiasan di institusi zakat yang terdapat di

Malaysia.

1. Pendokumentasian

Tanpa mengenepikan peranan yang telah dimainkan oleh institusi zakat dalam usaha

untuk mengutip zakat emas berada tahap yang terbaik, namun di sana terdapat

kelompongan dari aspek kutipan emas tersebut sama ada ianya dikategorikan dalam

emas simpanan atau emas perhiasan.

Apa yang ketara ialah, kebanyakan kutipan yang dijalankan tidak

diklasifikasikan jenis bayaran sama ada zakat emas simpanan atau zakat emas

perhiasan. Pihak institusi hanya membezakan jenis pengiraan sahaja, resit serta jenis

bayaran hanya diletakkan sebagai zakat emas. Secara tidak langsung, kesemua

bayaran zakat yang dilakukan diklasifikasikan sebagai zakat emas sahaja. Justeru

sistem dokumentasi yang lebih baik dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan

mengenal pasti jumlah kutipan zakat emas simpanan atau zakat emas perhiasan.

Sistem dokumentasi yang baik juga mampu mengekalkan serta meningkatkan lagi

jumlah kutipan mengikut jenis zakat emas simpanan mahupun zakat emas perhiasan.

Secara tidak langsung juga, pihak yang berkaitan boleh mengenal pasti permasalahan

terhadap kutipan zakat emas yang dilaksanakan dengan lebih tepat (Temu Bual

Pegawai Pusat Zakat Negeri-negeri Malaysia 2017).

2. Program/Aktiviti Berfokus

Institusi zakat mempunyai pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan dalam

usaha menarik kesedaran masyarakat ke arah melaksanakan kewajipan zakat

khususnya kenaan zakat emas. Namun apa yang dapat dilihat dari keseluruhan

temubual yang dijalankan bersama pegawai-pegawai institusi zakat, kebanyakan

program yang dijalankan merupakan program umum. Tiada pengkhususan bagi

program yang berkaitan zakat emas perhiasan. Uruf zakat emas perhiasan ini juga

tidak begitu dikenali oleh masyarakat, terutamanya bagi golongan wanita. Kurangnya

promosi mengenai uruf zakat emas perhiasan terhadap masyarakat menjadi salah satu

faktor zakat emas perhiasan kurang dikenali dan difahami oleh masyarakat (Temu

Bual Pegawai Pusat Zakat Negeri-negeri Malaysia 2017).

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Zakat merupakan kewajipan ke atas umat Islam yang telah memenuhi syarat-syarat

sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Zakat emas perhiasan

merupakan salah satu kewajipan kepada seluruh umat Islam khususnya kalangan

mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh hokum syarak.

Antara cadangan untuk penambahbaikan urus tadbir terhadap uruf zakat emas di

institusi zakat ialah:

285

Pertama: Langkah pertama yang perlu diatur ialah dengan menambahkan lagi

kesedaran masyarakat terhadap uruf zakat emas perhiasan. Institusi zakat perlu

mempromosikan uruf zakat emas perhiasan di kalangan masyarakat dengan lebih

kerap, sistematik dan berfokus. Selain itu pihak yang berkaitan juga perlu sering

mengetengahkan dan menerapkan konsep uruf zakat emas perhiasan agar dapat

memberi maklumat berterusan dan lebih difahami oleh masyraakat Islam. Ini boleh

dilakukan melalui peranan secara kerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan spt

institusi pendidikan, agensi khusus yang berkaitan dengan emas dan juga media. Hal

ini kerana, untuk membentuk kesedaran tinggi masyarakat terhadap kewajipan uruf

zakat emas perhiasan, ia memerlukan usaha dan kerjasama yang berterusan.

Kedua: Pengurusan dan pentadbiran adalah perkara tunjang dalam

memastikan kejayaan sesuatu rancangan. Dari segi pentadbiran, perlu dibangun dan

diperkembangkan lagi akan segala fungsi, sistem dokumentasi bagi meningkatkan

lagi kutipan zakat emas perhiasan yang masih ramai tidak mengetahui kewajipan

keatasnya. Pengklasifian bagi pembayaran zakat emas simpanan mahupun uruf zakat

emas perhiasan penting, yang mana ia memudahkan pihak institusi mengenal pasti

jenis pembayaran yang dilaksanakan oleh pembayar. Selain itu, dengan adanya

klasifikasi pembayaran, pihak institusi juga turut dapat mengesan kecenderungan

pembayar zakat serta turun naik kadar pembayaran zakat emas simpanan dan emas

perhiasan dengan lebih baik. Dengan pengklasifian jenis-jenis pembayaran zakat

emas simpanan atau zakat emas perhiasan pihak institusi turut boleh mengambil

langkah bagi mengekalkan momentum pembayaran dari masa ke semasa. Pengurusan

dan perlaksanaan zakat khususnya dalam urus tadbir kenaan zakat emas perhiasan

yang cekap, sistematik, telus, berkualiti dan kompeten mampu memberi kesedaran

dan menarik kesediaan masyarakat dalam menjalankan tanggungjawab terhadap zakat

emas perhiasan. Keperluan kepada khidmat pakar mungkin boleh diambil kira dalam

memastikan urus tadbir secara lebih efesyen dalam digembeling dalam mencapai

maksud yang dikehendaki sama ada oleh institiusi juga masyarakat. Penambahbaikan

dalam urus tadbir ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada kutipan zakat

bagi institusi tersebut secara keseluruhannya.

KESIMPULAN

Dari kajian ini juga, didapati uruf zakat emas perhiasan ini dilaksanakan dengan

sebaiknya oleh pihak-pihak pusat zakat mengikut negeri-negeri di Malaysia. Namu

masih ada segelintir masyarakat yang keliru dengan pemakaian uruf yang berbeza-

beza di setiap negeri dan ada juga yang tidak tahu langsung mengenai uruf zakat emas

perhiasan yang diwajibkan. Disini kuliah agama memainkan peranan yang sangat

besar dalam dakwah dan penerangan kepada masyarakat Islam dan ia masih relevan

lagi untuk diguna pakai pada masa kini. Namun begitu pihak pusat-pusat zakat,

perlulah menggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih efisien bagi memenuhi

tuntutan dakwah kepada masyarakat,dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan

zakat emas perhiasan yang tidak begitu dititik beratkan dalam kutipan zakat

harta.Penambahbaikan dari pihak-pihak yang berkaitan bagi pelaksanaan uruf zakat

286

emas perhiasan yang lebih efisien akan dapat meningkatkan kefahaman, kesedaran

pelbagai pihak mengenai uruf zakat emas perhiasan pada masa kini. Tambahan lagi,

ia juga turut dapat meningkatkkan jumlah kutipan zakat emas yang sedia ada.

Penghargaan

Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam

merealisasikan artikel ini sama ada dalam bentuk dana penyelidikan mahupun sumbangan

kepakaran antaranya adalah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Universiti

Teknologi Mara (Alor Gajah) 600–RMI/FRGS 5/3 (33/2015) Profail Uruf Dalam Nisab

Zakat Emas Perhiasan di Malaysia.

RUJUKAN

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Muhammad bin Mukram. (t.th). Lisan al-Arab, Beirut: Dar

Sadir.

al-Fayruz Abadi. (t.th). al-Qamus al-Muhit. Beirut: Dar al-Jabal.

Yusuf Al-Qardhawi. (2000). Fiqh al-Zakah. Jilid 1. King Abdul Aziz Universiti

Jeddah Cetakan (1) Pertama.

Yusuf Al-Qardhawi, (1973). Fiqh Al-Zakah. Beirut: Maktabah al-Risalah.

Soal Kaji Selidik (FRGS) Terhadap Pusat-Pusat Zakat Negeri di Malaysia.

http://www.zakat selangor.com.my/ Kajian Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas

Di Kalangan Wanita Islam Di Negeri-Negeri Seluruh Malaysia; 2014.

Temu Bual Pegawai Pusat Zakat Negeri-negeri Malaysia 2017.

Bab 24 PENDEDAHAN MAKLUMAT ZAKAT BAGI PELAPORAN

INSTITUSI ISLAM: KAJIAN TERHADAP MAJLIS AGAMA

ISLAM NEGERI DI MALAYSIA1

Hairunnizam Wahidi, Mohd Fairuz Md Salleh

ii, Norida Basnan

iii, Azlina Ahmad

iv,

Azizah Harunv & Ainol Basirah Abdul Wahab

vi

i Pensyarah kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM; [email protected]

iiPensyarah kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, FEP, UKM;[email protected]

iiiPensyarah kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, FEP, UKM; [email protected]

ivPensyarah kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, FEP, UKM; [email protected]

vPensyarah kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, FEP, UKM; [email protected]

vPensyarah, Pusat Pengajian Perakaunan, FEP, UKM; [email protected]

Abstrak Perakaunan zakat merupakan satu cabang kajian yang penting pada masa kini dalam

mentadbir urus segala transaksi kewangan sesebuah institusi zakat. Pengurusan dana

kumpulan wang zakat merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar yang dipikul

oleh institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan pelaporan dana zakat tersebut perlu

dipersembahkan dalam bentuk penyata kewangan yang sistematik dan profesional mengikut

kerangka konseptual akauntabiliti dan maqasid syariah agar ia dapat menggambarkan

ketelusan serta tahap profesional yang tinggi institusi Islam berkaitan dalam menguruskan

dana tersebut dan seterusnya dapat menzahirkan akauntabilitinya kepada Allah SWT dan

kepada ummah. Pendedahan maklumat zakat dalam laporan kewangan institusi berkenaan

diharapkan dapat memuaskan pihak pemegang taruh yang berkaitan pengurusan dana zakat

termasuklah pihak pembayar zakat, asnaf, pihak institusi, pihak kerajaan dan masyarakat

secara am, yang akhirnya akan menjadikan sesebuah institusi Islam sebagai sebuah institusi

yang mapan dan kekal berdiri sebagai syiar kebanggaan institusi umat Islam. Kajian ini

meneliti pandangan pihak pelaksana dalam bidang perakaunan, pihak pakar dan akademik,

pihak pembuat dasar di institusi MAIN serta pihak kerajaan yang terlibat terhadap item

pendedahan maklumat zakat agar akhirnya dapat dibentuk satu piawaian perakaunan Islam

secara khususnya dalam pengurusan zakat. Hasil kajian ini mendapati persepsi yang diberikan

oleh pihak yang berkepentingan adalah di tahap persetujuan yang tinggi bagi lima item utama

pendedahan maklumat zakat. Ini jelas menunjukkan kesemua pihak ingin melihat satu

piawaian perakaunan Islam diwujudkan secepat mungkin agar satu garispanduan dalam

menentukan pendedahan minimum maklumat berkaitan zakat dapat digunapakai. Namun

beberapa isu berkenaan pengiktirafan dan pengukuran dana zakat serta pendedahan maklumat

zakat perlu ditangani secara ilmiah mengikut syariah agar kewujudan piawaian perakaunan

Islam dalam pengurusan zakat dapat direalisasikan di masa akan datang.

Kata Kunci: Zakat, Pelaporan, Institusi Islam.

1 Penghargaan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atas geran yang diberikan. Kod

Projek EP-2017-027

288

PENGENALAN

Zakat merupakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas umat Islam yang

mukallaf serta telah memenuhi syarat-syarat bagi mengeluarkan sebahagian dari

hartanya untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Istilah zakat

selepas solat sebanyak 27 kali dalam Al Quran menggambarkan signifikan

pelaksanaannya oleh umat Islam (Qardawi, 2000). Zakat adalah sejumlah harta yang

wajib dikeluarkan oleh pemeluk agama Islam yang wajib diberikan kepada yang

berhak menerima, sesuai yang ditetapkan oleh syariah. Zakat merupakan rukun Islam

yang ketiga dari lima rukun Islam. Mengeluarkan zakat ini seiring dengan perintah

daripada rukun Islam yang lainnya iaitu sahadat, shalat, puasa dan haji. Perintah

mengeluarkan zakat ialah datang daripada Allah SWT, sepertimana firman Allah

SWT yang bermaksud:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan

taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”.

(al-Nur: 56).

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA, baginda akan memerangi

orang-orang yang tidak membayar zakat kerana harta yang diperoleh daripada orang

kaya juga terdapat hak untuk orang miskin. Ini bererti tanpa mengeluarkan zakat

seperti juga tanpa sembahyang, puasa dan sebagainya, keislaman seseorang itu tidak

boleh tegak dengan baik atau tidak tertegak langsung. (Mahmood Zuhdi, 2002).

Berkaitan dengan agihan zakat pula, ianya telah dijelaskan dalam surah At-Taubah

ayat 60:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang

fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang

muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang

hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan

untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang

keputusan) dalam perjalanan (ketetapan hukum yang demikian itu ialah)

sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah)

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

(al-Taubah (9) : 60)

Pengurusan Zakat di Malaysia adalah termasuk di bawah Perkara 74 (2)

Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu di bawah bidang kuasa Enakmen

Pentadbiran Agama Islam Negeri. Berdasarkan peruntukan yang diberikan tersebut,

setiap negeri bebas membentuk struktur pentadbiran hal ehwal Islam termasuk

pentadbiran zakat mengikut kesesuaian masing-masing. Secara umumnya, MAIN

telah ditubuhkan di setiap negeri bagi mengendalikan urusan berkaitan agama Islam.

Antara tanggungjawab MAIN ialah menguruskan pentadbiran zakat dan

menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu bagi pihak Sultan (iaitu bagi negeri-

negeri yang mempunyai Raja atau Sultan) dan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong

289

(iaitu bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan) (Ahmad Shahir et

al, 2016).

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan dan kecekapan

Institusi zakat dalam menguruskan dana zakat (contohnya Ali, 1990; Ismail, 2000;

Noor et al, 2004; Dollah et al, 2004; Halidan, 2006; Ismail, 2006; Kamil, 2005; Abu-

Bakar et al, 2006; Zainal Abidin, 2006). Kebanyakan kajian mendapati bahawa

kurang maklumat pendedahan mengenai jumlah agihan dan kepada siapa agihan telah

dibuat (Wahid dan Kader, 2010). Selain itu, lebihan dana zakat yang tidak diagihkan

pada akhir tempoh perakaunan dan lebihan kumulatif dana zakat yang agak besar

merupakan satu isu yang perlu dibincangkan. Seperti yang disentuh di bahagian lain

dalam kajian ini, jenis maklumat yang perlu dilaporkan ialah satu isu penting untuk

wakaf, zakat dan baitulmal. Berkaitan dengan isu tersebut, ia adalah penting, pada

permulaannya, untuk mengenal pasti jenis-jenis maklumat yang dianggap relevan

oleh pengguna. Penentuan siapa pihak berkepentingan akan mempunyai kesan ke atas

jenis-jenis maklumat yang akan didedahkan (Connolly dan Hyndman, 2013). Begitu

juga, Zainon et al. (2014) menyokong perdebatan ini apabila mereka berhujah bahawa

ia adalah perlu untuk mengenal pasti keperluan maklumat pihak berkepentingan

badan amal untuk memastikan bahawa maklumat yang didedahkan adalah relevan. Ini

adalah penting kerana pendedahan maklumat yang memenuhi keperluan pihak yang

berkepentingan boleh mengukuhkan dan mengekalkan hubungan positif badan amal

itu dengan penderma. Mereka mencadangkan senarai semak item yang boleh

membantu penyedia laporan untuk melaksanakan pelaporan untuk badan kebajikan

supaya dapat memenuhi keperluan pihak-pihak berkepentingan terhadap maklumat

yang berguna dan relevan. Selaras dengan hujah sebelumnya, Sapingi, et al. (2014)

membangunkan indeks pendedahan untuk membolehkan seseorang untuk menentukan

kualiti maklumat yang didedahkankan oleh Institusi zakat.

Menurut kajian oleh Fisul et al. (2017), Perkara 106 dan 107 Perlembagaan

Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengikut apa-

apa cara yang difikirkannya patut, memeriksa, menyiasat dan mengaudit Penyata

Kewangan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah,

Selangor dan Terengganu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan

menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Selangor dan Terengganu menitahkan untuk

dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing. Bagi memenuhi fungsi dan

tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan dua jenis pengauditan

iaitu pengauditan Penyata Kewangan dan Pengauditan Pengurusan Kewangan.

Pengauditan Penyata Kewangan berpandukan kepada Piawaian Perakaunan Kerajaan

bertujuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Institusi Zakat bagi

tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod

perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Pengauditan Pengurusan Kewangan pula bertujuan untuk menilai sama ada

290

pengurusan kewangan di Institusi Zakat dilaksanakan mengikut undang-undang dan

peraturan kewangan. Selaras dengan keperluan pengauditan ini, Jabatan Audit Negara

telah memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) pada tahun 2007. Ini

menggambarkan isu kutipan dan agihan zakat merupakan isu yang selalu

dibangkitkan oleh masyarakat terutamanya pihak pemegang taruh termasuklah

pembayar zakat. Satu piawaian perakaunan zakat berdasarkan kerangka konseptual

akauntabiliti dalam Islam dan maqasid syariah adalah perlu diadakan bagi menangkis

tomahan negatif masyarakat Islam. Piawaian yang akan dicadangkan adalah termasuk

piawaian berkaitan pendedahan maklumat kewangan dan bukan kewangan yang juga

melibatkan maklumat berkaitan dana zakat. Bagi tujuan pembentukan piawaian

tersebut, satu senarai item pendedahan bagi pelaporan institusi Islam termasuk

institusi mentadbir zakat telah dilakukan oleh kajian Salleh et al (2016) dan kajian ini

juga mendapatkan respons daripada pihak berkepentingan atau pihak pemegang taruh

terhadap item pendedahan wakaf, zakat dan baitulmal.

Sebagai lanjutan daripada kajian Salleh et al. (2016), kajian ini akan; (1)

menganalisis tahap persetujuan terhadap item pendedahan pengurusan zakat dalam

penyata kewangan, (2) mengkaji dan menyusun mengikut keutamaan terhadap item

pendedahan zakat, dan (3) membincangkan beberapa isu perakaunan zakat dan

amalan oleh MAIN. Hasil kajian ini amat signifikan untuk membentuk satu piawaian

perakaunan Islam dalam pengurusan zakat negeri.

Proses pembangunan pendedahan bagi pelaporan maklumat zakat:

Dalam membangunkan indeks pendedahan bagi pelaporan institusi zakat di MAIN,

beberapa prosedur telah dilakukan oleh kajian ini seperti yang ditunjukkan di Rajah 1

(lihat Salleh et al, 2016)

Rajah 1: Proses Pembangunan Indeks Pendedahan

Sumber: Salleh et al (2016)

Kajian ini mendapati langkah pertama ialah pengenalpastian item-item

pendedahan bermula dengan deraf awal indeks termasuklah maklumat berkenaan

aspek dan kesemua item ini dikenalpasti berdasarkan Al-Quran, Hadith, jma’

Mengenalpasti item-item

pendedahan berdasarkan

Al-Quran, Hadith, Ijma’

dan Qiyas, kajian lepas dan AAOIFI

Sharia Standards

Maklumbalas Institusi,

Pakar kewangan

dan Perakaunan Islam, serta

Pakar pengurusan

zakat terhadap item pendedahan

Pemetaan item

pendedahan dengan

Maqasid Syariah

Semakan Perundangan

(Enakmen Negeri)

Pengesahan Pakar

kewangan dan

perakaunan Islam

291

dan/atau Qiyas, serta dapatan kajian-kajian lepas berkaitan perakaunan dan pelaporan

dari perspektif Islam serta cadangan pendedahan oleh AAOIFI sharia standards. Ini

seterusnya diikuti oleh langkah kedua iaitu mendapatkan pandangan dari pihak

institusi zakat dan baitulmal, pakar perakaunan dan kewangan Islam. Menurut kajian

tersebut, satu deraf awal indeks pendedahan telah diedarkan kepada MAIN yang

berkaitan untuk mendapat pandangan mereka yang terlibat secara langsung dengan

perakaunan dan pelaporan tentang item-item pendedahan dalam deraf awal indeks

berkenaan. Selepas pandangan daripada pihak institusi dan pakar diperolehi, pindaan

dibuat terhadap deraf awal indeks pendedahan yang mana terdapat item pendedahan

dalam deraf berkenaan yang sama maksud/bertindih dan tidak relevan dengan ciri dan

persekitaran institusi berkenaan. Item-item ini dikeluarkan dan sebahagian item lain

ditambah mengikut cadangan pihak institusi dan pakar.

Langkah seterunya iaitu ketiga ialah proses pemetaan indeks pendedahan

dengan Maqasid Syariah dimana setiap item pendedahan dalam deraf indeks

pendedahan yang telah dibuat pindaan dalam Langkah 2 dipetakan dengan maqasid

syariah yang diaplikasikan dalam pelaporan seperti yang telah dibincangkan di atas.

Tujuan pemetaan ini adalah untuk memastikan setiap item yang dicadangkan

memenuhi tuntutan syariah agar keseluruhan pelaporan institusi zakat adalah

berlandaskan prinsip perakaunan dan pelaporan Islam dalam memenuhi tuntutan

akauntabiliti secara holistik melalui pelaporan. Selain pemetaan berdasarkan 5 elemen

dalam maqasid syariah iaitu agama, jiwa/nyawa, akal, keturunan dan harta, darjah

keutamaan untuk kemaslahatan ummah atau masyarakat sejagat seperti yang

dibincangkan sebelum ini juga diambilkira. (untuk melihat pemetaan yang lengkap,

sila lihat Mohd Fairuz et al, 2016). Langkah seterusnya yang amat penting ialah

proses menyemak kepada perundangan (Enakmen Negeri) dimana dalam proses

semakan perundangan, enakmen yang digunapakai oleh kerajaan negeri yang telah

dirujuk adalah Enakmen Pentadbiran Agama Islam khususnya bagi pengurusan

kewangan zakat atau Enakmen Zakat dan Fitrah. Akhirnya langkah kelima ialah

pengesahan item pendedahan oleh pakar perakaunan dan kewangan Islam dimana

langkah terakhir ini adalah langkah penting untuk memuktamadkan indeks

pendedahan bagi pelaporan institusi zakat yang memenuhi tuntutan syariah sekaligus

memenuhi tuntutan akauntabiliti kepada Allah SWT dan akauntabiliti kepada

masyarakat sejagat. Pada peringkat ini indeks pendedahan dan hasil pemetaan indeks

dengan maqasid syariah dibawa kepada pakar perakaunan dan kewangan Islam2 untuk

mendapatkan pandangan dan pengesahan mereka.

METODOLOGI

Kaedah Pensampelan Data: Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu:

2 Pakar yang terlibat ialah Dr Zaharuddin Abdul Rahman (IIUM) dan Prof Dr Wan Abdul Rahim

(USIM).

292

(1) menggunakan data primer melalui borang soal selidik yang telah diedarkan dan

telah dikutip di Seminar Penyelidikan Perakaunan Dan Pelaporan Kewangan Islam

Bagi Institusi Wakaf, Zakat Dan Baitulmal Di Malaysia pada hari Selasa, 25 Oktober

2016 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya anjuran oleh

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang bertujuan sebagai platform bagi

mendapatkan maklumbalas dan membincangkan dapatan kajian berkaitan pendedahan

perakaunan semasa di institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal di Malaysia. Hampir

seratus lapan puluh dua (182) borang soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 96

borang adalah sesuai untuk dianalisis. Responden adalah terdiri daripada panel pakar

perakaunan dan syariah, audit, piawaian perakaunan serta pengamal perakaunan di

Institusi Wakaf, Zakat dan Baitulmal daripada seluruh negeri di Malaysia.

(2) Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dengan mendapatkan maklumbalas

secara khusus daripada pihak pelaksana yang terdiri daripada ahli jawatankuasa

MAIN, pihak jabatan mufti negeri, akauntan dan pegawai kewangan MAIN dan

sebagainya. Kajian ini juga telah meneliti Laporan Ketua Audit Negara mengenai

penyata Kewangan MAIN bagi tahun 2014/2015. Ini bertujuan untuk meneliti segala

perekodan dan maklumat kewangan yang berkaitan.

Kaedah Analisis Data: Maklumbalas yang lengkap menjadi data terkumpul

yang kemudiannya dianalisis mengikut turutan soalan dan disusun dalam bentuk

jadual. Setiap item pendedahan yang dirujuk adalah dijwab oleh responden

berdasarkan satu skala menggambarkan tahap persetujuan iaitu bernilai 1 adalah

sangat tidak setuju sehingga bernilai 5 menggambarkan tahap sangat setuju. Setelah

itu, data yang diperoleh bagi setiap item pendedahan dianalisis dengan rujukan

terhadap statistik deskriptif, iaitu daripada nilai skor min yang diperoleh. Kajian oleh

Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly (2010) menunjukkan apabila ia dikaitkan dengan

skala Likert, analisisnya adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual interpretasi min yang

digunapakai oleh kajian ini diadaptasi daripada kajian Bahril B. Balli dan Wahid

Razzaly (2010) yang mengubahsuai daripada jadual interpretasi oleh Wiersma untuk

kajian pendidikan, sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistik

Skor min Interpretasi 1.00 hingga 2.40 Rendah 2.41 hingga 3.80 Sederhana 3.81 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Bahril B. Balli & Wahid Razzaly (2010)

HASIL KAJIAN

Berdasarkan Jadual 2, nilai min item kutipan zakat sebagai terimaan adalah 4.69,

diikuti agihan zakat sebagai pembayaran (4.68) dan amaun zakat belum agih adalah

4.69. Kesemua item menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi.

293

Jadual 2: Pendedahan Penyata Berasingan Kumpulan Wang Zakat (termasuk nota

kepada akaun)

Bil Item Nilai Min1

Tahap Persetujuan2

1. Kutipan zakat sebagai terimaan (bukan

sebagai hasil) 4.69 Tinggi

2. Agihan zakat sebagai pembayaran (bukan

sebagai belanja) 4.68 Tinggi

3. Amaun zakat belum agih 4.69 Tinggi

Purata 4.68 Tinggi Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

Sumber: Soal Selidik, 2016

Manakala Jadual 3 pula menunjukkan item yang mempunyai nilai min

tertinggi adalah item laporan prestasi pengurusan zakat (4.64), diikuti maklumat

kumpulan penerima zakat mengikut kategori asnaf (4.62) dan seterusnya intipati

fatwa semasa berkaitan zakat (4.60). Min purata untuk konstruk ini ialah 4.56 iaitu

pada tahap persetujuan yang tinggi.

Jadual 3: Pendedahan penting maklumat Zakat

Bil Item Nilai Min1

Tahap Persetujuan2

1. Intipati Fatwa semasa berkaitan zakat 4.60 Tinggi

2. Kumpulan penerima zakat mengikut kategori

asnaf

4.62 Tinggi

3. Peratus agihan zakat per kategori berbanding

jumlah agihan

4.57 Tinggi

4. Carta/ Jadual kutipan dan agihan zakat –

tahun semasa dan tahun-tahun kebelakang

4.47 Tinggi

5. Carta/ Jadual amaun zakat yang belum diagih

pada akhir tahun dan zakat belum diagih

terkumpul

4.54 Tinggi

6. Carta/ Jadual belanja operasi kutipan dan

agihan zakat – tahun semasa dan tahun-tahun

kebelakang

4.53 Tinggi

7. Laporan prestasi pengurusan zakat secara

keseluruhan (termasuk ukuran kecekapan dan

keberhasilan (outcome)

4.64 Tinggi

Purata 4.56 Tinggi Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

Sumber: Soal Selidik, 2016

Jadual 4 menunjukkan item maklumat kutipan zakat. Kajian ini mendapati

item yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah item amaun kutipan zakat

mengikut jenis (4.69), diikuti oleh item amaun kutipan zakat mengikut sumber (4.60)

dan amaun zakat mengikut sektor (4.35). Nilai min keseluruhan ialah 4.39 iaitu pada

tahap persetujuan yang tinggi.

294

Jadual 4: Pendedahan Maklumat Kutipan Zakat

Bil Item Nilai Min1

Tahap Persetujuan2

1. Amaun kutipan mengikut lokasi 4.31 Tinggi

2. Amaun kutipan mengikut sektor 4.35 Tinggi

3. Amaun kutipan mengikut jenis (Zakat fitrah,

Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Emas

dll.)

4.69 Tinggi

4. Amaun kutipan zakat mengikut sumber

(Contoh: Penggajian, perniagaan, saham)

4.60 Tinggi

5. Sasaran amaun kutipan zakat mengikut jenis 4.33 Tinggi

6. Perbandingan kutipan sebenar dan kutipan

sasaran bagi setiap jenis zakat

4.29 Tinggi

7. Indikator prestasi kutipan (termasuk ukuran

kecekapan dan ukuran keberhasilan (outcome)

4.34 Tinggi

8. Strategi dan perancangan masa depan tentang

kutipan zakat (termasuk sumber penemuan

zakat baru. Contoh: Zakat keatas saham dan

cara kutipan masa hadapan seperti contoh

melalui kad debit/kredit.)

4.23 Tinggi

Purata 4.39 Tinggi Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

Sumber: Soal Selidik, 2016

Jadual 5 menunjukkan item yang berkaitan dengan maklumat agihan zakat.

Kajian ini mendapati purata min keseluruhan item di bahagian maklumat agihan zakat

ialah 4.44 iaitu berada pada tahap persetujuan yang tinggi. Kajian mendapati nilia min

item yang tertinggi ialah item amaun agihan mengikut klasifikasi asnaf (4.76), diikuti

oleh item peratusan agihan mengikut klasifikasi asnaf (4.70) dan amaun agihan

mengikut keutamaan asnaf (4.70).

Jadual 5: Pendedahan Maklumat Agihan Zakat

Bil Item Nilai Min1

Tahap Persetujuan2

1. Amaun agihan mengikut klasifikasi asnaf 4.76 Tinggi

2. Peratusan agihan mengikut klasifikasi asnaf 4.70 Tinggi

3. Amaun agihan mengikut keutamaan asnaf 4.70 Tinggi

4. Agihan mengikut lokasi – Bandar dan Luar

Bandar

4.38 Tinggi

5. Agihan mengikut jenis (tradisional (tunai),

atau produktif & jangka panjang. (Contoh:

bantuan modal, penajaan biasiswa))

4.44 Tinggi

6. Kriteria penilaian kelayakan penerima zakat 4.44 Tinggi

7. Kaedah permohonan zakat. Contoh online,

borang, temuduga keberhasilan (outcome)

4.16 Tinggi

8. Kumpulan penerima zakat baharu mengikut

kategori asnaf

4.32 Tinggi

9. Agihan secara tidak berpusat/ agihan melalui 4.22 Tinggi

295

wakil dilantik (Decentralization)

10. Indikator prestasi agihan (termasuk ukuran

kecekapan dan ukuran keberhasilan

(outcome))

4.32 Tinggi

Purata 4.44 Tinggi Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

Sumber: Soal Selidik, 2016

Jadual 6 menunjukkan pendedahan maklumat berkaitan lebihan kutipan zakat.

Item yang tertinggi nilai min ialah amaun zakat belum diagih (4.67) dan purata nilai

min keseluruhan ialah 4.63. Nilai min purata berada pada tahap persetujuan yang

tinggi.

Jadual 6: Pendedahan Maklumat Lebihan Kutipan Zakat

Bil Item Nilai Min1

Tahap Persetujuan2

1. Amaun zakat belum diagih 4.67 Tinggi

2. Justifikasi bagi zakat belum agih 4.60 Tinggi

3. Laporan tentang zakat belum agih (Contoh:

dilaburkan) 4.63

Tinggi

Purata 4.63 Tinggi Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

Sumber: Soal Selidik, 2016

Berdasarkan Jadual 7, nilai min responden yang tertinggi adalah item

pendedahan penyata berasingan kumpulan wang zakat (4.68) diikuti oleh pendedahan

maklumat kutipan zakat (4.63) dan seterusnya pendedahan penting maklumat zakat

(4.56). Manakala pendedahan maklumat agihan dan kutipan zakat masing-masing

berada kedua terakhir dan terakhir untuk nilai min iaitu 4.44 dan 4.39. Namun secara

keseluruhannya nilai min ialah 4.54 dan berada pada tahap persetujuan yang tinggi.

Jadual 7: Senarai Pendedahan Maklumat Zakat Berdasarkan Keutamaan

Bil Item Nilai Min1

Tahap Persetujuan2

1. Pendedahan Penyata Berasingan Kumpulan

Wang Zakat (termasuk nota kepada akaun) 4.68

Tinggi

2. Pendedahan Maklumat Lebihan Kutipan

Zakat 4.63

Tinggi

3. Pendedahan penting maklumat Zakat 4.56 Tinggi

4. Pendedahan Maklumat Agihan Zakat 4.44 Tinggi

5. Pendedahan Maklumat Kutipan Zakat 4.39 Tinggi

Purata 4.54 Tinggi Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril B. Balli & Wahid

Razzaly, 2010)

Sumber: Soal Selidik, 2016

296

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Para pembuat dasar termasuklah para akauntan dan para pegawai daripada institusi

MAIN secara umumnya telah bersetuju bahawa pendedahan maklumat berkenaan

zakat adalah perlu seiring dengan hasrat JANM yang ingin melihat institusi MAIN

mempunyai satu bentuk perakaunaun zakat yang sesuai mengikut syariah. Malah apa

yang diperlukan kini adalah mewujudkan satu piawaian perakaunan Islam yang boleh

diaplikasikan oleh kesemua MAIN. Respons yang diberikan sudah cukup

membuktikan pihak MAIN terutamanya di bahagian perakaunan dan kewangan

menanti-nantikan satu piawaian perakaunan yang bertepatan dengan falsafah Islam

untuk memastikan peranan institusi MAIN menguruskan harta umat Islam mengikut

bidang kuasa di negeri masing-masing dengan cekap dan menepati syariah.

Perkara utama yang menjadi pokok perbincangan ini adalah bagaimana pihak

institusi MAIN melalui institusi zakat dapat berperanan dalam melaporkan segala

aktiviti pengurusan kewangan zakat. Dana zakat di bahagian kumpulan wang zakat

merupakan satu bentuk wang amanah yang bersifat liabiliti yang perlu diuruskan oleh

institusi zakat secara telus dan intigriti. Kajian ini mendapati pihak akauntan zakat

telah menjalankan tugas dengan baik dalam merekodkan segala aktiviti kutipan dan

agihan zakat namun daripada aspek yang lain, pihak MAIN juga perlu memberi

perhatian kepada aspek pelaporan kewangan zakat kepada pemegang taruh

termasuklah masyarakat yang sentiasa menanti-nantikan satu laporan zakat yang

berbentuk komprehensif dan professional. Justeru beberapa istilah perakaunan untuk

zakat perlu diubahsuai agar ia mencerminkan keadaan yang sebenar falsafah zakat.

Antara istilah yang perlu diberi perhatian ialah istilah hasil dan belanja berkaitan

zakat. Ini adalah kerana dalam piawaian perakaunan Islam, beberapa istilah mungkin

perlu diselaraskan kerana dana kumpulan wang zakat merupakan liabiliti yang perlu

diuruskan dengan cekap dan amanah. Berdasarkan Jadual 2, majoriti responden sudah

boleh menerima istilah terimaan dan pembayaran zakat untuk menggantikan istilah

hasil dan belanja yang tidak sesuai diaplikasikan kepada dana berbentuk amanah.

Hasil kajian daripada penelitian dokumen penyata kewangan MAIN juga

menunjukkan bahawa wujudnya amalan oleh MAIN dalam menggunakan dana zakat

untuk membeli aset tertentu seperti rumah transit untuk asnaf fakir dan miskin, rumah

perlindungan untuk mualaf atau asrama untuk kegunaan pelajar di bawah kategori

asnaf fisabilillah dan sebagainya. Pihak Jawatankuasa fatwa di peringkat negeri

sebenarnya telah meluluskan kaedah ini berdasarkan penyata kewangan tersebut.

Kaedah ini juga disokong oleh pandangan Qardawi (2000) yang mengharuskan

institusi zakat membangunkan kilang-kilang, premis-premis kediaman, kompleks-

komplek perniagaan dan pelbagai lagi harta aqar dengan menggunakan harta-harta

zakat. Namun harta-harta aqar tersebut dijadikan milik asnaf dengan pemilikan penuh

atau pemilikan separa. Ia bertujuan agar harta-harta aqar tersebut dapat menjana

pendapatan bagi mereka yang dapat memenuhi kecukupan mereka dengan sempurna.

(Bunasir dan Wahid, 2017). Namun begitu amalan semasa oleh MAIN menunjukkan

pihak MAIN hanya merekodkan sahaja aset tersebut dalam rekod daftar aset tanpa

297

mengakaunkan aset tersebut. Ini kerana berdasarkan amalan pengagihan zakat oleh

MAIN hanya melibatkan belanja habis sahaja dan tiada melibatkan pembelian aset.

Justeru pembelian aset dianggap belanja sahaja. Masalahnya dalam penyata akaun

zakat, wujud pula belanja penyelenggaraan aset tetapi aset zakat tiada dilaporkan

dalam penyata kewangan. Sekiranya mengiktiraf aset zakat, maka akan menimbulkan

beberapa isu lain yang berkaitan termasuklah isu pengukuran aset dan isu bagaimana

aset tersebut didedahkan dalam penyata kewangan dan ini memerlukan pandangan

pakar dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Isu aset zakat sebagai harta amanah juga merupakan satu isu penting. Isu yang

timbul adalah berkait dengan pemilikan sesuatu aset. Adakah dibenarkan MAIN

memiliki aset zakat? Pemerhatian yang dilakukan oleh kajian ini mendapati aset

tersebut sememangnya telah didaftarkan kepada MAIN. Namun terdapat satu

pandangan lain yang mencadangkan agar aset tersebut dipindahkan milik sepenuhnya

kepada pihak MAIN untuk menyelesaikan masalah ini. Ini dapat dilakukan sekiranya

berlaku terlebih dahulu pindah milik aset kepada asnaf seperti pandangan Qardawi

(2000). Persoalannya bagaimanakan kaedah yang sesuai untuk memindahkan aset

tersebut kepada asnaf yang secara praktikalnya adalah ramai. Kemudian harta ini

dipindahkan milik kepada MAIN melalui serahan oleh asnaf terhadap MAIN tetapi

adakah dibenarkan pemindahan milik ini berlaku sekiranya wujud unsur paksaan

pemindahan milik oleh asnaf kepada pihak MAIN yang berkemungkinan boleh

mencacatkan kontrak tersebut?

Kajian ini juga mendapati isu lebihan zakat yang tidak diagihkan setiap tahun

adalah isu yang berkait dengan perakaunan. Ini disebabkan pembayaran zakat yang

tinggi oleh pembayar zakat yang berlaku di bulan Disember (lihat kajian Kamsani et

al, 2016) dan lebihan ini akan digunakan untuk pengagihan di tahun berikutnya dan

sekiranya ada lebihan selepas diagihkan pada tahun berikutnya, lebihan tersebut akan

dipindahkan ke akaun lebihan wang zakat terkumpul. Isu yang berlaku di sini ialah

(1) wujud MAIN yang menggabungkan kesemua lebihan wang terkumpul dalam satu

akaun seperti menggabungkan lebihan terkumpul wang zakat, wakaf dan baitulmal.

Sekiranya pengiktirafan dana kumpulan wang zakat dan wakaf sebagai wang amanah,

maka adalah tidak wajar digabungkan dengan lebihan terkumpul wang baitulmal yang

bukan merupakan wang amanah tetapi dimiliki sepenuhnya oleh Baitulmal. (2)

Konsep lebihan wang terkumpul daripada aspek perakaunan merupakan konsep ekuiti

pemilik seolah-olah milik sepenuhnya entiti berkenaan namun amalan MAIN

mengakaunkan lebihan wang zakat dan wakaf di bahagian ini yang jelas menunjukkan

ketidaksesuaian item ini di bahagian ekuiti pemilik jika diaplikasikan piawaian

perakauanan Islam. Justeru kemungkinan item lebihan terkumpul wang zakat perlu

diletakkan di bahagian liabiliti yang menggambarkan bayaran zakat yang belum

dilunaskan oleh MAIN dan sebagainya.

Berdasarkan beberapa amalan pengurusan zakat oleh MAIN seperti yang telah

dijelaskan sebelum ini, kajian ini mencadangkan satu enakmen zakat yang khusus

seperti Enakmen Wakaf perlu diadakan memandangkan pengurusan kumpulan wang

298

zakat telah menjadi semakin kompleks seperti pembelian aset bangunan, aset

kenderaan, pemilikan aset zakat, pendahuluan wang zakat dariapada kategori asnaf

fisabilillah untuk tujuan pembangunan wakaf atau baitulmal, pendefinisian asnaf yang

semakin luas, bantuan zakat yang telah melangkaui sempadan geografi dan

sebagainya. Penggunaan enakmen pentadbiran agama Islam negeri yang sedia ada

untuk pengurusan zakat didapati adalah amat terhad sedangkan perkembangan semasa

menunjukkan pengurusan zakat semakin mencabar bukan sahaja untuk

mempelbagaikan kaedah pengagihan zakat ke arah yang lebih produktif, malah

menyahut cabaran pihak pemegang taruh untuk menjadikan pengurusan zakat ke arah

lebih profesional. Ini juga memerlukan satu perubahan dan anjakan paradigma amil

dan pengurus zakat, asnaf zakat serta pembayar zakat. Justeru, satu piawaian

perakaunan zakat sememangnya diperlukan untuk memenuhi lompang yang sedia

ada.

KESIMPULAN

Ayat al-Quran menunjukkan setiap urusniaga atau transaksi kontrak bukan sahaja

perlu memenuhi rukun serta syarat kontrak malah ia juga perlu direkodkan untuk

memastikan konsep keadilan terpelihara serta mengelakkan pertelingkahan dalam

kalangan masyarakat terutamanya yang berkaitan dengan kontrak hutang. Namun

keadaan semasa menuntut MAIN bukan sekadar merekodkan transaksi yang berlaku

dalam buku rekod dan sebagainya, malah kajian ini mencadangkan segala rekod

kewangan ini perlu dijadikan satu bentuk pelaporan kewangan yang komprehensif

dan profesional yang menggambarkan kekuatan Islam itu sendiri. Justeru satu

piawaian perakauanan Islam bagi mengakaunkan zakat, wakaf dan baitulmal adalah

perlu bagi menjamin ketelusan dan intigriti institusi yang menjalankan amanah ini.

Tindakan ini diharapkan akan meningkatkan keyakinan masyarakat Islam khususnya

dan bukan Islam umumnya terhadap institusi MAIN dalam menguruskan harta umat

Islam.

RUJUKAN

Abu-Bakar, N. B., Abdul-Rahman, A. R., & Rashid, H. M. A (2006). Motivations of

paying zakat on income: An evidence. Paper Presented at the National Seminar

in Islamic Banking and Finance: Islamic Wealth Management Prospects,

Issues and Challenges, Kuala Lumpur, 2006.

Ahmad Shahir Makhtar, Shafian Ahmad, Mat Noor Mat Zain & Zaini Nasobah.

(2016). Tranformasi Pengurusan Zakat Dan Model Pelaksanannya di

Malaysia. Prosiding Antarabangsa Perundangan Islam.

Ali, A. A. (1990). A comparative study of zakah administration system in Muslim

countries: Zakatable funds of the state and modes of their collection. Paper

Presented at the Institutional Framework of Zakah: Dimensions and

Implications, Malaysia, 19-22 May 1990.

299

Bunasir, M.A & Wahid, H (2017) Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap

Model Pembangunan Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor. dalam

Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) 2017 anjuran Pusat

Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Connolly, C., & Hyndman, N. (2013). Towards charity accountability: Narrowing the

gap between provision and needs? Public Management Review, 15(3), 945-

968.

Dollah, A., Ahmad, M., Wahid, A., Roni, M. S. M., & Bakar, N. A. (2004). Kajian

terhadap amalan perakaunan pengurusan dalam aspek agihan dana zakat

dari perspektif pengurus zakat. Isu-Isu kontemporari zakat di Malaysia, 1.

Halidan, M. D. (2006). Pengalaman Pengurusan Zakat. Pahang: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ismail, H. (2006). Pengurusan Zakat: Pengalaman Negri Melaka. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ismail, S. S. (2000). Limitations on the Use of Zakah Funds in Financing the

Socioeconomic Infrastructure of Society. Management of Zakah in Modern

Muslim Society, 2, 57-76.

Kamil, M. I. (2005). The Role of Intrinsic Motivational Factors on Compliance

Behavior of Zakah on Employment Income. Isu-isu kontemporari zakat di

Malaysia, 1.

Kamsani, N.Z, Wahid, H & Khalid, N (2016) Anomali Kutipan Zakat Bulanan oleh

Institusi Zakat di Malaysia. dalam Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia

(PERKEM) 2016 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Noor, A. H. M., Musa, A., Tarimin, M., Bahrom, H., & Kaswal, S. (2004). Prestasi

pengagihan dana zakat di Malaysia. Isu-isu kontemporari zakat di Malaysia,

1.

Qardawi, Yusuf. (1420H/2000). Fiqhuz Zakah, Dirasatu Muqaranati li Ahkamiha wa

Falsafatiha fi Dhau’il Qur’an was Sunnah. Vol. 2. Ed. Ke-24. Bairut. Al-

Resalah Publisher.

Salleh, M.F., Basnan, N., Ahmad, A., Harun, A., Naim, M.A & Wahid, H. (2016).

Cadangan item pendedahan bagi pelaporan institusi wakaf, zakat dan

baitulmal. IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting

Management. 6: 23-44.

Sapingi, R., Sheikh Obid, S. N., & Nelson S.P. (2014). Towards developing a

disclosure index for Malaysian zakat institutions. The Journal of Muamalat

and Islamic Finance Research, 11(1).

Wahid, H., & Kader, R. A. (2010). Localization of zakat distribution: Perception of

amil and zakat recipients. Paper presented at the Seventh International

Conference – The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi,

6-7 January 2010.

300

Zainal Abidin, J. (2006). Pengurusan agihan zakat: Pengalaman Baitulmal Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainon, S., Atan, R., & Bee Wah, Y. (2014). An empirical study on the determinants

of information disclosure of Malaysian non-profit organizations. Asian

Review of Accounting Asian Review of Accounting, 22(1), 35-55.

Bab 25 ANALISIS HUKUM PENGGUNAAN NILAI WANG DALAM

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI MALAYSIA

Azri Bhari (Dr)i*, Luqman Abdullah (Dr)

ii, Mohammad Mahyuddin Khalid

iii, Mohd Ashrof

Zaki Yaakobiv & Baharuddin Sayin

v

i Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

[email protected].

*penulis koresponden ii

Ketua Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

[email protected] iii

Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Shah

Alam. [email protected] iv Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

[email protected] v Prof. Madya, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

[email protected]

Abstrak Fatwa berkaitan amalan pembayaran zakat fitrah di Malaysia melalui nilai mata wang bagi

menggantikan satu gantang beras bagi setiap orang Islam adalah berdasarkan pandangan

mazhab Hanafi walaupun mazhab Syafie mempunyai pandangan yang tersendiri di dalam isu

ini. Ini merupakan salah satu dari contoh keputusan fatwa dan praktis amalan berkaitan

ibadah zakat di Malaysia yang dilihat mengambil kira pandangan di luar kerangka mazhab

Syafie. Secara umumnya, para sarjana hukum fiqh berbeza pandangan tentang pelaksanaan

zakat fitrah sama ada dengan mengeluarkan makanan asasi tempatan atau boleh digantikan

dengan menggunakan nilai harga. Perbezaan pandangan ini adalah berkisar kepada persoalan

berkaitan penggunaan nilai wang dalam memenuhi syarat dan pelaksanaan zakat fitrah. Oleh

yang demikian, artikel ini memfokuskan kepada analisis hukum penggunaan nilai wang

dalam pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan metode pengumpulan data penyelidikan

perpustakaan. Analisis pandangan hukum menunjukkan bahawa jawatankuasa-jawatankuasa

fatwa negeri di Malaysia telah mengambil kira pertimbangan maslahah dalam menentukan

fatwa berhubung penggunaan nilai wang dalam pembayaran zakat fitrah. Ini menunjukkan

bahawa fatwa yang telah diputuskan tidak berasaskan kepada pandangan mazhab Syafie itu

adalah bertujuan untuk mencapai maqasid syariah sesuai dengan prinsip hukum Islam yang

bersifat fleksibel.

Kata Kunci: Hukum, Fatwa, Nilai Wang, Zakat Fitrah.

PENDAHULUAN

Amalan pelaksanaan zakat fitrah di Malaysia ditunaikan dengan nilai mata wang bagi

menggantikan satu gantang beras bagi setiap orang Islam telah diputuskan oleh

Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan juga Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan Malaysia. Fatwa ini dilihat mengambil pandangan di luar mazhab Syafie

yang membolehkan pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan wang dan bukan

dengan makanan asasi penduduk tempatan (Azri Bhari & Luqman Abdullah, 2016).

Pandangan yang membolehkan pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan wang

302

adalah berdasarkan pandangan daripada mazhab Hanafi. Berikut adalah contoh fatwa-

fatwa yang telah dikeluarkan:

i) Fatwa pembayaran zakat fitrah menggunakan wang di Kedah (Portal Rasmi

Fatwa Malaysia, 2016) ialah:

Pembayaran Zakat Fitrah Dengan Wang

Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 11

November 1989 telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Fitrah

Dengan Wang. Mesyuarat berpendapat adalah harus kaum muslimin di

negeri ini mengeluarkan zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan

harga makanan yang biasa dimakan (beras).

Keterangan/Hujah:

Taqlid kepada Mazhab Imam Abu Hanifah.

ii) Fatwa pembayaran zakat fitrah menggunakan wang di Selangor (Portal Rasmi

Fatwa Malaysia, 2016) ialah:

Menetapkan Harga Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun 1430H/2009M

Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2009 yang

bersidang pada 18 Mac 2009 telah membincangkan dan memutuskan

berkenaan Menetapkan Harga Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun

1430H/2009M adalah seperti berikut:

Harga zakat fitrah bagi tahun 1430H bersamaan tahun 2009M adalah

ditetapkan sebanyak RM7.00/seorang; dan

Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah

membayar zakat fitrah kepada penolong amil yang dilantik oleh Majlis

Agama Islam bagi tahun 1430H/2009M.

Menurut Abdullah Basmeh (1985), terdapat dua asas yang mengharuskan

pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan wang iaitu pertama disebabkan

darurah. Keadaan ini terjadi apabila makanan utama di dalam sesebuah negara

didapati berkurangan dan berada dalam keadaan tidak mencukupi. Asas kedua

disebabkan oleh arahan atau perintah daripada pihak berkuasa iaitu dalam konteks di

Malaysia ialah institusi fatwa. Pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya

pembayaran zakat fitrah menggunakan wang dengan mengambilkira maṣla ah asnaf,

kos pungutan, kos penyimpanan dan kerosakan hasil pungutan (Fatwa Mufti Kerajaan

Johor, 1981).

303

PANDANGAN SARJANA HUKUM TENTANG PEMBAYARAN ZAKAT

FITRAH MENGGUNAKAN NILAI WANG

Para sarjana hukum fiqh berbeza pandangan tentang pelaksanaan zakat fitrah sama

ada dengan mengeluarkan makanan asasi tempatan atau boleh digantikan dengan

menggunakan nilai harga. Persoalannya adakah penggunaan nilai wang itu memenuhi

syarat dan pelaksanaan zakat fitrah tersebut dianggap sah (al-Zuḥaylī, 1985).

Dalam permasalahan pelaksanaan zakat fitrah dengan menggunakan nilai

harga, sarjana hukum fiqh memberikan pandangan yang pelbagai antaranya ialah

tidak diharuskan secara mutlak, diharuskan tanpa sebarang syarat, diharuskan tetapi

disertai makruh dan diharuskan pada keadaan tertentu sahaja (Muhammad ‘Uqlah,

1982; al-Qaradawi, 2006). Al-Qaraḍāwī (2006) dan Muḥammad ‘Uqlah (1982)

menjelaskan sebab utama perbezaan pandangan sarjana hukum fiqh ialah berpunca

daripada perbezaan pandangan tentang hakikat zakat. Adakah zakat merupakan

ibadah dan semata-mata pengabdian kepada Allah SWT atau merupakan kewajipan

terhadap harta orang kaya untuk golongan miskin dengan maksud lain cukai harta

yang diwajibkan ke atas pemilik nisab. Beliau mengulas lanjut, sebenarnya zakat

meliputi dua hakikat tersebut iaitu ibadah dan kewajipan harta. Namun, Imām Shāfi‘ī,

Imām Aḥmad, sebahagian ulama Mālikī dan ulama mazhab Ẓāhirī mengangkat makna

ibadah dan pengabdian kepada Allah SWT ke atas zakat. Oleh sebab itu, mereka

mewajibkan untuk mengeluarkan zakat seperti yang disebut dalam nas. Sebaliknya

Imām Abū Ḥanifah mengangkat makna kewajipan harta yang bertujuan memenuhi

keperluan golongan miskin, maka diharuskan menggunakan nilai harga (Muhammad

‘Uqlah, 1982).

Majoriti sarjana hukum fiqh berpandangan pembayaran zakat fitrah dan zakat

harta tidak diharuskan dalam bentuk nilai harga (al-Zuḥaylī, 1985). Menurut al-

Nawāwī (t.t), dalam mazhab Syafie tidak mengharuskan pembayaran zakat dalam

bentuk harga kerana zakat adalah hak Allah dan oleh sebab itu, ianya terikat dengan

ketentuan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam nas dan tidak harus diganti

dengan sesuatu yang lain. Ibn Qudāmah (2003) menyatakan mengikut mazhab

Ḥanbali, Imām Mālik dan Imām Shāfi‘ī, bayaran nilai harga tidak sah sama ada dalam

zakat fitrah atau zakat harta. Seterusnya menyatakan Aḥmad Ibn Ḥanbal pernah

ditanya tentang pembayaran zakat fitrah dalam bentuk mata wang dirham. Jawapan

yang diberikan Aḥmad Ibn Ḥanbal ialah bimbang ianya tidak sah kerana bertentangan

dengan hadis. Apabila diberitahu tentang ‘Umar Ibn ‘Abd al-‘Azīz dikatakan pernah

menerima zakat dalam bentuk tersebut, beliau menyatakan itu hanya satu dakwaan

semata-mata.

Berbeza dengan pandangan yang dikemukakan oleh al-Thauri, Abū Ḥanifah,

‘Umar ‘Abd al-‘Azīz dan Ḥasan al-Baṣrī telah menyatakan nilai harga boleh dibayar

sebagai zakat Ibn Qudāmah (2003). Begitu juga al-Ghumarī (t.t), Muḥammad ‘Uqlah

(1982), ‘Alī Jum‘ah (2006), Sultan (2004) dan ‘Ulwan (2007) turut bersetuju

mengharuskan pelaksanaan zakat dengan mengeluarkan nilai harga.

304

Menurut al-Kasani (2003), kewajipan mengeluarkan makanan yang dinaskan

sebagai zakat ialah berasaskan ianya harta yang bernilai secara umum dan bukan

berasaskan hakikat bahawa ia adalah jenis atau bahan tertentu. Oleh sebab itu, zakat

boleh dibayar dengan harga bahan-bahan berkenaan, sama ada dalam bentuk mata

wang atau barangan atau apa sahaja. Al-Kasānī (2003) mengulas lanjut pada

hakikatnya yang wajib ialah “mencukupkan” kedudukan fakir dan miskin. Oleh sebab

itu, usaha mencukupkan golongan fakir dan miskin boleh dilakukan dengan

membayar nilai harga. Malah pembayaran nilai harga lebih berkesan dalam

memenuhi keperluan kehidupan golongan tersebut. Justeru itu, jelaslah bahawa nas

yang menyebut bahan-bahan makanan berkenaan adalah berasaskan kepada konsep

“mencukupkan”. Hal ini adalah selaras dengan sabda Nabi SAW sebagaimana berikut

(Ali al-Baihaqi, 2001):

أغنوهم عن المسألة في مثل هذا اليومTerjemahan: Cukupkan mereka daripada meminta seperti hari ini.

Mahmood Zuhdi (2004) menyatakan huraian yang dibuat oleh al-Kasānī ini

menarik sekali dan wajar diterima. Agak jelas sekali apabila Nabi SAW menyebut

bahawa bahan-bahan seperti itu, pertimbangannya ialah bahawa ia boleh memberi

halangan kepada fakir miskin memandangkan sifatnya sebagai bahan utama dalam

keperluan hidup. Maka sekiranya harga bahan-bahan seperti itu boleh memainkan

peranan yang sama, mengapa tidak ia dibenarkan sahaja mengambil tempat. Malah

pada hari ini mata wang lebih berkesan fungsinya dalam melegakan hidup seseorang

berbanding dengan bahan makanan. Berdasarkan pandangan Abū Ḥanifah ini,

pembayaran dalam bentuk mata wang bukan sahaja boleh pada masa ini tetapi lebih

baik.

LARANGAN MENGELUARKAN ZAKAT DENGAN NILAI HARGA

Imām al-Ḥaramayn bermazhab Syafie menyatakan zakat merupakan suatu pengabdian

diri kepada Allah dan tertakluk mengikut segala perintah Allah SWT secara mutlak.

Beliau menganalogikan arahan yang diberikan kepada wakil untuk membeli kain

perlu dipatuhi. Namun wakil berasakan tujuan membeli kain tersebut adalah untuk

berniaga, lalu wakil menggantikan dengan membeli barang lain yang lebih

bermanfaat untuk diniagakan. Beliau menegaskan sewajarnya tidak boleh menyalahi

dengan kehendak orang yang mewakilkan walaupun dilihat bermanfaat (Muḥammad

‘Uqlah, 1982).

Oleh hal yang demikian, apa yang diperintahkan oleh Allah SWT lebih utama

dipatuhi. Illah dalam hal ini adalah ketaatan, demikian itu dilihat bertentangan dengan

nas dan terkeluar dari makna ibadah. Begitu juga tidak dibenarkan dalam hal zakat

untuk mengeluarkan nilai harga kambing, unta, tanaman dan sebagainya kerana

dilihat bertentangan dengan nas dan makna ketaatan (al-Qaraḍāwī, 2006). Qādī Abū

Bakr Ibn ‘Arabī al-Mālikī menjelaskan perintah dan ujian mengeluarkan zakat bukan

sekadar mengurangkan harta sahaja seperti yang dijelaskan Abū Ḥanifah. Secara

305

fitrah, pemilik harta ingin mengekalkan zat hartanya dan yang dikeluarkan bukan dari

zat harta tersebut tetapi nilai harga. Oleh sebab itu, pemilik harta perlu membayar

dalam bentuk zat harta bagi mendidik hati (al-Qaraḍāwī, 2006).

Selain itu, terdapat nas yang menjelaskan zakat perlu dibayar dengan zat harta

secara langsung tanpa mengambil nilai harga. Sekiranya diambil dengan nilai harga,

maka ianya dilihat bertentangan dengan maksud hadis, contohnya hadis (Abu Dawud,

2008):

والشاة من الغنم والبعير من اإلبل والبقرة من البقر خذ الحب من الحبTerjemahan: Ambillah biji-bijian dengan biji-bijian, kambing dari

kambing, unta dari unta dan lembu dari lembu.

Makna nas tersebut wajib diikuti dan tidak boleh menukar dengan mengambil

nilai harga. Hal demikian akan menyebabkan zakat yang diambil daripada hasil

tanaman adalah bukan daripada tanaman dan zakat yang diambil daripada hasil

kambing adalah bukan daripada kambing. Ini adalah bertentangan dengan maksud

yang terdapat dalam hadis tersebut (al-Qaraḍāwī, 2006).

KEHARUSAN MENGELUARKAN ZAKAT DENGAN NILAI HARGA

Pendapat yang mengharuskan pengeluaran zakat dengan nilai harga sebagai ganti

kepada harta adalah berdasarkan kepada hujah daripada dalil-dalil aqli dan naqli.

Antara hujah yang digunakan oleh golongan ini adalah bersandarkan kepada firman

Allah SWT seperti berikut (Surah al-Taubah 9:103):

خذ من أموالهم صدقة Terjemahan: Ambillah sedekah dari sebahagian harta mereka.

Nas di atas menunjukkan bahawa yang diambil itu adalah harta. Nilai harga

juga adalah merupakan harta seperti yang dimaksudkan oleh nas tersebut. Adapun

penjelasan Nabi SAW terhadap keumuman (mujmal) ayat al-Quran iaitu setiap empat

puluh ekor kambing perlu dikeluarkan zakat seekor kambing (al-Tirmidhi, 2008; al-

Mubarakfuri, t.t), adalah bertujuan memudahkan pemilik ternakan tersebut dan bukan

bermaksud mewajibkan dengannya iaitu mesti mengeluarkan kambing atau harta

berkenaan secara zat. Hal ini kerana adakalanya pemilik ternakan tidak memiliki

wang pada waktu itu dan mengeluarkan zakat dengan apa yang dimiliki adalah lebih

memudahkan (al-Qaraḍāwī, 2006).

Selain itu, terdapat riwayat daripada Mu‘az ketika di Yaman yang

menganjurkan pelaksanaan zakat dengan mengeluarkan kain atau pakaian sebagai

ganti kepada biji-bijian dan gandum sebagaimana riwayat (Ibn al-Mulaqqin, t.t)

berikut:

ر للمهاجرين بالمدينة أو ائ توني بخميس لبيس، آخذه منكم في الصدقة، ف هو أهون عليكم، وخي

306

Terjemahan: Berikanlah kepada aku baju atau pakaian, akan aku ambil

sebagai ganti zakat kalian kerana lebih memudahkan kalian dan lebih

bermanfaat untuk kaum muhajirin di Madinah.

Hal ini terjadi kerana penduduk Yaman terkenal sebagai tukang tenun kain,

maka mengeluarkan kain atau pakaian sebagai zakat adalah lebih memudahkan.

Apatah lagi dalam keadaan penduduk muhajirin Madinah sangat memerlukan kain

dan pakaian tersebut. Riwayat Mu‘az ini menjadi hujah kepada tidak memahami

hadis-hadis lain yang mengandungi makna mengambil zakat harta yang sejenis atau

mengambil dalam bentuk zat harta (al-Qaraḍāwī, 2006) seperti contoh hadis setiap

empat puluh ekor kambing perlu dikeluarkan zakat seekor kambing (al-Tirmidhi,

2008; al-Mubarakfuri, t.t).

Selain itu, terdapat beberapa athar yang mengharuskan pengeluaran zakat

dengan nilai harga (al-Ghumarī, t.t), antaranya ialah:

رل بأس أن تعطي الدراهم في صدقة الفطTerjemahan: Tidak mengapa diberikan dirham (duit) pada sedekah (zakat)

fitrah.

أدركتهم وهم يعطون في صدقة الفطر الدراهم بقيمة الطعامTerjemahan: Aku sempat dengan zaman sahabat, mereka memberi dirham

(duit) pada zakat fitrah dengan nilai makanan.

نصف درهم: عن كل انسان أو قيمته نصف صاع Terjemahan: Setengah gatang dari setiap Muslim atau nilainya yang

bersamaan dengan setengah dirham (wajib dikeluarkan sebagai zakat

fitrah).

Al-Qaraḍāwī (2006) merumuskan berdasarkan analisis terhadap hujah-hujah

yang dibentangkan di atas bahawa pandangan golongan Ḥanāfī adalah lebih sesuai

pada zaman ini, lebih mudah kepada manusia dan senang diuruskan oleh institusi

zakat.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada analisis pandangan hukum yang telah dilakukan terhadap isu

penggunaan nilai wang dalam pembayaran zakat fitrah di atas, ia menunjukkan

bahawa jawatankuasa-jawatankuasa fatwa negeri di Malaysia telah mengambil kira

pertimbangan maslahah dalam menentukan fatwa berhubung penggunaan nilai wang

dalam pembayaran zakat fitrah. Walaupun jawapan atau keputusan fatwa ini dilihat

mengambil kira pandangan di luar kerangka mazhab Syafie serta bersifat ringkas

tanpa huraian lanjut, namun berdasarkan analisis hukum yang telah dilakukan

menunjukkan fatwa yang diputuskan mengambil kira elemen maslahah. Hal ini

menunjukkan bahawa fatwa yang telah diputuskan tidak berasaskan kepada

pandangan mazhab Syafie itu adalah bertujuan untuk mencapai maqasid syariah

sesuai dengan prinsip hukum Islam yang bersifat fleksibel.

307

RUJUKAN

Abī Bakar Aḥmad bin al-Ḥusayn bin ‘Alī al-Baīhaqī. (2001). Al-Minnatu al-Ku rā

Shar wa takhrīj Sunan al-Ṣu hrā, ed. Muḥammad Ḍīā’ Ar Raḥmān al- ‘aẓmī.

Rīyāḍ: Maktabah āl-Rusyd.

Abī Dāwūd, Abī Dāwūd Sulaīmān bin Āl-’Ash‘ath. (2008). “Sunan Ābī Dāūd” dalam

Maws ‘at al-Ḥa īth al-Sharīf al-Kutub al-Sittah, ed. Ṣālih bin ‘Abd al-‘Azīz

Āl al-Shaykh. Rīyāḍ: Dār al-Salām.

Abdullah Basmeh, Shaikh. (1985). Zakat, Sedekah dan Khairat. Kuala Lumpur:

Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

‘Alī Jum‘ah. (2006). al-Bayān al-Qawim li Taṣ i a’ al-Mafāhim. Misr: Dār al-

Sands lil Turath al-Islāmī.

Azri Bhari & Luqman Abdullah. (2016). Maqasid Syariah Dalam Fatwa-fatwa Zakat

di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Studies. Vol.2. Issue 2.

Selangor: Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam.

Azri Bhari & Luqman Abdullah. (2016). Senario Fatwa-fatwa Zakat di Malaysia:

Perspektif Maqasid Syariah. Jurnal Fiqh. No.13. Kuala Lumpur: Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya.

Fatwa Mufti Kerajaan Johor. (1981). Johor: Bahagian Penerbitan Jabatan Agama

Johor. cet. ke-3. jilid 1.

al-Ghumarī, Aḥmad bin Muḥammad al-Ṣiddiq al-Ḥasani. (t.t). Ta qīq al-‘Amal fī

’ khrāj Zakāh al-Fi r i al-Maāl. t.tp.: t.p.

Ibn al-Mulaqqīn, Sirāj al-Dīn Abī Ḥafs ‘Umar bin ‘Alī bin Aḥmad al-’Anṣarī al-

Shāfi‘ī. (t.t). Badr al-Munīr fī Takhrīj al-’A a ith wa al-’Athār al-Wāqi‘ah fi

al-Sharh al-Ka īr. t.tp.: Dār al-Hijrah lil Nashr wa al-Tawzī‘. jilid 7.

Ibn Qudāmah al-Maqdisī. (2003). al-Mu hnī. Urdun: Bayt al-’Afkār al-Duwaliyah.

cet. ke-6. jilid 1.

al-Kasānī, al-Imām ‘Ala al-Dīn Abī Bakr bin Mas‘ūd al-Ḥanāfī. (2003). Ba ā‘i al-

Ṣana‘i. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. cet. ke-2. jilid 2.

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

al-Mubārakfūrī, al-Imām al-Ḥāfiẓ Abī al-‘Alī Muḥammad ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd

al-Rahīm. (t.t). Tu fah al-’Ahwazīi i Shar Jāmi‘al-Tirmi hī. t.tp.: Dār al-

Fikr lil Ṭiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzī‘.

Muḥammad ‘Uqlah. (1982). ’A kām al-Zakāh wa al-Ṣa aqah. Urdun: Maktabah al-

Risālah al-Ḥadithah.

al-Nawawī, al-Imām Abī Zakariyyā Muḥy al-Dīn bin Sharaf. (t.t). Kitā al-Majm ‘

Shar al-Muhaz ha lil Shīrāzī. al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘ūdiyyah:

Maktabah al-Irshad. jilid ke-5.

Portal Rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa JAKIM. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

negeri/pembayaran-zakat-fitrah-dengan-wang (diakses pada 2 Februari 2016).

308

Portal Rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa JAKIM. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

negeri/menetapkan-harga-zakat-fitrah-negeri-selangor-tahun-1430h2009m

(diakses pada 2 Februari 2016).

al-Qarāḍāwī, Yūsuf. (2006). Fiqh al-Zakāh Dirāsah Muqāranah li Ahkamihā wa

falsafatihā fi Daw’ al-Qur’ān wa al-Sunnah. Qāhirah: Maktabah Wahbah. cet.

ke-25. Jilid 1.

Sulṭan, Aḥmad ‘Abd al-Tawwab. (2004). Kayfa Tuqa ar wa Tu’a a Zakāh al-Fi r.

Qāhirah: Maktabah Wahbah.

al-Tirmidhī, Abī ‘Īsā Muḥammad bin ‘Īsā At-Tirmidhī. (2008). “Jāmi‘At-Tirmidhī”

Maws ‘at al-Ḥa īth al-Sharīf al-Kutub al-Sittah, ed. Ṣālih bin ‘Abd al-‘Azīz

Āl al-Shaykh. Rīyāḍ: Dār al-Salām.

‘Ulwān, ‘Abd Allāh Nāṣih. (2007). A kām al-Zakāh ‘alā Daw’ al-Ma hāhi al-

’Ar a‘ah. Qāhirah: Dār al-Salām. cet. ke-8.

al-Zuḥaylī, Wahbah. (1985). al-Fiqh al- slāmī wa A illatuh. Dimashq: Dār al-Fikr.

cet. ke-2. jilid ke-2.

Bab 26 ANALISIS TERHADAP IJTIHAD UMAR BIN AL-KHATTAB

TENTANG ZAKAT KUDA

Irwan Mohd Subrii*, Azman Ab Rahman

ii, Abdul Manan Ismail

iii, Mushaddad Hasbullah

iv &

Nur Fatin Halilv

i Pengarah, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) & Prof. Madya, Fakulti

Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). [email protected].

*penulis koresponden ii Prof. Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

[email protected] iii

Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) & Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan

Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). [email protected] iv Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM). [email protected] v Eksekutif Penyelidik. [email protected]

Abstrak Artikel ini bertujuan untuk menganalisis ijtihad Umar bin Al-Khattab berkaitan zakat

terhadap kuda. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan

analisis kandungan dan analisis induktif untuk menjelaskan pandangan Umar serta

mendapatkan justifikasi beliau berkenaan zakat yang dikenakan ke atas kuda. Hasil kajian

menunjukkan bahawa ijtihad Umar dalam zakat kuda merupakan ijtihad yang bersesuaian

dengan zaman beliau (kerana kuda dikomersialkan dan diperdagangkan pada zaman tersebut)

walaupun tidak selari dengan nas dan pelaksanaan pada zaman Rasulullah SAW. Zakat

terhadap kuda juga merupakan satu bentuk evolusi dalam sejarah zakat yang dipelopori oleh

Umar bin Al-Khattab dan turut dilaksanakan dalam mazhab Hanafi. Justeru, ijtihad Umar bin

Al-Khattab boleh diaplikasikan juga terhadap sumber-sumber lain pada hari ini melalui takyif

(penyesuaian) zakat kuda.

Kata Kunci: Umar Al-Khattab, Ijtihad, Zakat, Kuda.

PENDAHULUAN

Harta-harta yang dikenakan zakat telah dijelaskan secara khusus melalui Al-Quran

dan Al-Sunnah. Secara umumnya nas-nas daripada Al-Quran dan Al-Sunnah

menyentuh beberapa bentuk harta yang jazim (tetap) pada kehidupan masyarakat

Arab seperti ternakan, emas dan perak, pertanian (bagi masyarakat Madinah) dan

perniagaan (bagi masyarakat Makkah) (Ahmad Hidayat Buang, 1998). Pada zaman

Rasulullah SAW, harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat berasal daripada sumber-

sumber kekayaan yang diketahui umum meliputi binatang ternak seperti unta, biri-

biri, lembu, kambing; barang berharga seperti emas, perak; produk pertanian seperti

gandum, kismis dan kurma dan juga barangan perdagangan (Yusuf Al-Qardawiyy,

1973). Kuda pada asalnya tidak termasuk dalam harta yang diwajibkan zakat menurut

nas Al-Quran dan Al-Sunnah serta pengamalan pada zaman Nabi SAW.

Walaubagaimanapun, pada zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab,

terdapat pembaharuan yang dilakukan iaitu zakat ke atas kuda telah dikenakan (Wan

310

Sofiah Wan Ahmad et.al, 2015). Perluasan asas zakat sebenarnya telah dilakukan oleh

Umar bin Al-Khattab dan beliau telah mengenakan zakat atas kuda yang

diperniagakan sedangkan zakat kuda tidak dikenakan sebelumnya (Sanep Ahmad &

Hairunnizam Wahid, 2005).

Menurut Yusuf Al-Qaradawiyy (1973), pada asalnya Umar agak teragak-agak

apabila diminta oleh orang-orang dari Syam untuk mengenakan zakat terhadap kuda

kerana perkara ini tidak dilakukan oleh Rasulullah dan khalifah sebelumnya iaitu

Saidina Abu Bakar RA. Namun, Umar bin Al-Khattab telah berijtihad untuk

mengenakan zakat terhadap kuda apabila beliau menyedari tingginya nilai kuda pada

zaman pemerintahan beliau kerana seekor kuda nilainya menyamai seratus ekor unta.

Kadar zakat yang dikenakan kepada kuda ini adalah kadar bagi zakat binatang yang

diternak untuk tujuan perniagaan iaitu sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan yang

dijual (Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,

Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat, 21 Mei 2010).

Pada asalnya, zakat tidak dikenakan terhadap kuda pada zaman Rasulullah

kerana kuda hanya digunakan untuk peperangan dan pengangkutan (Zahri Hamat,

2007). Rasulullah SAW juga tidak mewajibkan zakat terhadap kuda berdasarkan

hadis:

قد عفوت عن صدقة الخيل والرقيقTerjemahan: “Aku telah maafkan (kecualikan) sadaqah (zakat) kuda dan

hamba…” (Hadis. Sunan Al-Tirmidhiyy. Bab Zakat Emas dan Wang. No.

620).

Ini bermakna ijtihad Umar bin Al-Khattab dilihat seolah-olah tidak selari

dengan nas dan pengamalan Rasulullah SAW. Namun, mazhab Hanafi juga telah

menetapkan kewajipan zakat ke atas kuda dengan syarat tertentu (Ibn Abidin, 1992).

Justeru, artikel ini akan menjelaskan dan menganalisis dengan lebih terperinci

berkenaan hukum zakat terhadap kuda seterusnya menjelaskan ijtihad Umar serta

mengetahui justifikasi tindakan beliau dalam isu zakat kuda.

KAJIAN LEPAS

Pengenalan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Para ulama terdahulu telah

mengklasifikasikan makna zakat kepada makna dari sudut bahasa dan istilah. Dari

sudut bahasa, perkataan zakat dalam Bahasa Arab (زكاة) berasal daripada masdar (kata

terbitan) zaka (زكا) yang bermaksud sesuatu perkara apabila ia berkembang dan

bertambah. Oleh yang demikian, perkataan “zakat” membawa maksud keberkatan,

pengembangan, penyucian dan pembaikan (Al-Mu’jam Al-Wasit, 2010). Menurut

Ibnu Manzur (2010), dari sudut bahasa bermaksud penyucian, pengembangan,

keberkatan dan pujian. Semua maksud ini telah digunakan dalam Al-Quran dan

311

Hadis. Zakat juga dikenali sebagai sadaqah dan menurut Al-Mawardiyy (2010),

sadaqah dan zakat adalah dua nama yang berbeza untuk maksud yang sama.

Dari segi istilah pula, zakat mempunyai pengertian yang agak luas.

Kebanyakan fuqaha mentakrifkan zakat harta berasaskan kepada empat unsur utama

iaitu kadar tertentu daripada jenis harta tertentu, untuk golongan tertentu dan dengan

syarat-syarat tertentu (Zamzuri Zakaria, 2006). Menurut istilah syarak zakat secara

umumnya ditakrifkan sebagai mengeluarkan harta tertentu daripada kadar yang

tertentu yang melebihi nisab dan mencukupi tempoh tertentu yang diwajibkan oleh

Allah SWT ke atas pemiliknya untuk dikeluarkan dan diserahkan kepada golongan

yang berhak (Al-Bahutiyy,1982). Manfaat harta tersebut bukan lagi menjadi milik

pemilik asal.

Zakat itu bukanlah semata-mata merupakan urusan ibadat, tetapi ia adalah satu

hak yang wajib ke atas harta orang-orang kaya untuk diberikan kepada orang-orang

miskin (Ibn Rusyd, 1988). Tujuan utama zakat sepertimana yang disebut oleh banyak

orang adalah untuk mengagihkan semula kekayaan dalam kalangan masyarakat

kerana kekayaan itu secara hakikinya adalah milik Allah SWT (Ahmad Hidayat

Buang, 2000).

Terdapat beberapa sebab mengapa zakat mesti dikeluarkan daripada harta-

harta. Pertama sebagaimana yang diterangkan oleh takrif dari sudut istilah di atas

yang mana terdapat hak tertentu daripada harta itu kepada orang-orang tertentu dan

kedua untuk membersihkan harta tersebut daripada kesalahan dan kekotoran (Ahmad

Hidayat Buang, 1998).

Dari sudut harta yang diwajibkan zakat pula, para ulama telah menentukan

harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-

Sunnah. Secara umumnya harta yang dikenakan zakat terbahagi kepada beberapa

bentuk harta:

1. Emas dan perak.

2. Binatang ternak: Unta, lembu (termasuk kerbau) dan kambing (termasuk

kambing biri-biri atau kibas).

3. Hasil tanaman:

a) Biji-bijian daripada jenis-jenis yang mengenyangkan dan tahan disimpan

seperti gandum, padi, jagung dan lain-lainnya.

b) "Buah-buahan": Tamar dan anggur sahaja.

4. Barang-barang perniagaan.

5. Benda-benda galian (daripada logam emas dan perak).

6. "Rikaz", iaitu harta benda yang terpendam yang ditanam oleh orang-orang

dahulu- zaman jahiliyah. (Sumber: Laman Web Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM)).

Walau bagaimanapun, majoriti ulama berpendapat walaupun zakat itu satu

bentuk ibadat tetapi ia melibatkan kehartaan. Maka dengan demikian kaedah qiyas

312

dan ijtihad boleh digunakan untuk mewajibkan beberapa bentuk harta yang tidak

disebutkan oleh nas secara langsung (Ahmad Hidayat Buang, 1998). Pandangan ini

berbeza dengan pendirian Ibn Hazm Al-Zahiriyy (2010) yang berfatwa bahawa zakat

hanya diwajibkan kepada lapan bentuk harta sahaja iaitu: unta, lembu, kambing,

gandum, barli, tamar, emas dan perak.

Definisi Kuda dan Zakat Kuda

Kuda atau al-khayl dalam Bahasa Arab bermaksud satu kata nama untuk sekumpulan

fursan (kuda) (Al-Fayruz Abadiyy, 2005). Fursan atau furs pula didefinisikan sebagai

seekor kuda (Namer Umar Safuriyy, 2016). Antara perkataan lain dalam Bahasa Arab

yang memberi maksud kuda juga adalah perkataan hisan yang bermaksud kuda jantan

(Namer Umar Safuriyy, 2016).

Dalam Al-Quran, perkataan al-khayl disebut di beberapa tempat antaranya:

ة ومن رباط الخيل ت رهبون به عدو الله وعدوكم وا لهم ما استطعتم من ق و وأعدTerjemahan: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa

saja yang kalian sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk

berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh

Allah, musuh kalian” (al-Quran. Al-Anfal: 60).

Selain itu, ia juga disebut dalam Surah Al-Isra’:

هم بصوتك وأ جلب عليهم بخيلك ورجلك وشاركهم في الموال واست فزز من استطعت من والولد وعدهم وما يعدهم الشيطان إل غرورا

Terjemahan: “Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat

memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu

yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan

turut-campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan

anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)".

Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya

semata-mata” (al-Quran. Al-Isra’: 64).

Allah juga bersumpah dengan kuda perang dengan menggunakan lafaz al-cadiyat pada lima ayat terawal dalam surah al-

cAdiyat:

بحا فأث رن به ن قعا ف وسطن به جمعا والعاديات ضبحا فالموريات قدحا فالمغيرات ص Terjemahan: “Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran

kencang nafasnya, Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, Dan

meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, Sehingga menghamburkan

debu pada waktu itu, Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah

kumpulan musuh” (al-Quran. Al- cAdiyat: 1-5).

Ulama terdahulu seperti Ibn Al-Qayyim (1993) pernah menulis sebuah kitab

bertajuk “Al-Furusiyah” (kegiatan berkuda) yang khusus menyentuh tentang isu kuda

313

yang melibatkan perlumbaan dan pertempuran. Namun kitab ini tidak meliputi

perbincangan berkenaan fiqh seperti hukum memakan daging kuda atau hukum zakat

kuda. Beberapa tulisan ilmiah kontemporari yang berkisar berkenaan kuda pula

antaranya seperti “Kitab Al-Khayl” oleh Abu Ubaydah Mi’mar Al-Muthanna Al-

Taymiyy (1986), “Al-Khayl Fi Al-Sunnah Al-Na awiyyah” oleh Fatimah Fadl Al-

Sa’diyy (2013) dan “Ahkam Al-Khayl Fi Al-Syariah Al- slamiyyah” oleh Namer

Umar Safuriyy (2016).

Manakala isu berkenaan zakat kuda telah dibincangkan dalam kitab-kitab

hadis dan fiqh terdahulu antaranya kitab “Sahih nu Khuzaymah” (2003), “Taj Al-

Iklil Li Mukhtasar Al-Khalil” (1994), “Bi ayah Al-Mujtahi ” (2004), “Al-Ikhtiyar Li

Ta’lil Al-Mukhtar” (1937) dan banyak lagi. Buku-buku terkini yang menyentuh isu

zakat kuda pula antaranya “Fiqh Zakat” oleh Yusuf Al-Qaradawiyy (1973).

Ijtihad Umar bin Al-Khattab

Kajian lepas mendapati bahawa Umar bin Al-Khattab banyak menggunakan

pandangannya (al-ra’y) dalam berijtihad. Oleh kerana itu, terdapat banyak ijtihad

dalam pelbagai isu yang dilakukan oleh beliau agak berbeza daripada nas dan

pendekatan yang biasa. Pada hakikatnya, menggunakan pandangan dalam berijtihad

adalah suatu perkara yang dibenarkan kerana ia dilakukan bukan sahaja digunapakai

untuk mencari hukum perkara yang tidak di-naskan sahaja, bahkan medannya adalah

mencakupi nas-nas syarak sama ada untuk memahami nas-nas tersebut atau untuk

melaksanakannya (Fathi Al-Durayniyy, 2013).

Perkara ini dikuatkan dengan kata-kata Al-Ghazaliyy (1993): “Ilmu yang

paling mulia ialah yang berhimpun padanya akal dan pendengaran, bersama padanya

pandangan atau pendapat dansyarak. Ilmu usul fiqh adalah daripada kumpulan ilmu

ini kerana diambil daripada kejernihan syarak dan akal yang sama, ia bukan kerja akal

semata-mata, hingga bercanggah dengan syarak, dan tidak dibina dengan taklid

semata-mata tanpa disokong dan diperbetulkan oleh akal”.

Menurut Amzan Satiman (2016), antara ijtihad-ijtihad Umar berdasarkan

pandangannya adalah dalam masalah orang muallaf, masalah pembahagian tanah Iraq,

tidak melaksanakan hukum potong tangan pencuri pada tahun berlaku kebuluran dan

masalah haram berkahwin dengan perempuan ahli kitab ajnabiyyah ketika pembukaan

Parsi. Semua ini adalah masalah yang sudah ada nas tentang hukumnya tetapi Umar

ada pandangan dan pendapat sendiri dari segi pelaksanaannya. Ketajaman akal dan

kefahaman yang mendalam tentang tabiat ijtihad ini menunjukkan bahawa

menggunakan pandangan (al-ra’y) tidak terhad ruang lingkupnya hanya kepada

masalah yang tidak ada nas sahaja bahkan menjangkau pada masalah yang sudah ada

nas dan hukumnya. Sehingga kebersamaan akal dan syarak berjalan seiring secara

mutlaq dalam menentukan hukum sesuatu.

Antara ijtihad Umar yang dianggap bertentangan dengan nas adalah

pelaksanaan hukuman minum arak yang ditambah kepada 80 sebatan. Pada zaman

314

Khalifah Abu Bakar, hukuman yang pemah dilaksanakan ialah 40 rotan.

Walaubagaimanapun, ada riwayat yang mengatakan, menjelang akhir

pemerintahannya Khalifah Umar menambah 40 rotan lagi menjadikan semuanya 80

rotan. Begitulah juga yang dilakukan oleh Khalifah Uthman Ibn 'Affan (Mahmood

Zuhdi Hj Ab Majid, 2004).

Selain itu, dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA beliau

berkata:

صلى اهلل عليه وسلم وأبي بكر وسنتين من خلفة عمر طلق كان الطلق على عهد رسول اهللالثلث واحدة فقال عمر بن الخطاب إن الناس قد استعجلوا في أمر قد كانت لهم فيه أناة فلو

أمضيناه عليهم فأمضاه عليهم

Terjemahan: Pada masa Rasulullah SAW, Abu Bakar dan dua tahun

pertama masa kekhalifahan Umar, talak tiga dikira sebagai satu kali talak.

Maka berkatalah Umar bin al-Khattab: “Orang-orang terlalu terburu-buru

dalam urusan yang seharusnya boleh dilakukan dengan tenang. Andai kata

kami jalankan apa yang mereka lakukan dengan terburu-buru itu (bahwa

talak tiga itu jatuh tiga)” Lalu beliau memperlakukan hal itu terhadap

mereka (Hadis Riwayat Muslim. Bab Talak Tiga. No. 1472).

Hadis ini menunjukkan tindakan Umar yang bertentangan dengan pengamalan

khalifah sebelumnya tetapi dilaksanakan kerana menyesuaikan dengan keadaan

semasa.

Menurut Wan Sofiah Wan Ahmad et.al (2015), dalam konteks pengurusan

zakat pada zaman Umar, beliau telah menyenaraikan barang-barang zakat untuk

dijadikan sumber kekayaan baru yang telah dikecualikan di bawah tadbir Rasulullah

SAW dengan menggunakan ijtihad. Terdapat beberapa pembaharuan yang dilaksana

oleh Khalifah Umar seperti kuda, kacang merah dan kacang kuda. Umar bin Al-

Khattab juga telah membatalkan pemberian zakat kepada asnaf mualaf selepas

kewafatan Rasulullah SAW. Tindakannya dilihat seperti memansuhkan ketetapan

yang telah dibuat oleh Al-Quran namun menurut pendapat beliau, Islam sudah kuat

pada masa itu dan tidak perlu lagi untuk dipujuk hati golongan bukan Islam seperti

yang berlaku di zaman Nabi SAW (Muhamad Rahimi Osman, 2009).

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis kandungan. Analisis

kandungan menurut Naorem Binita Devi (2009) juga dikenali sebagai analisis teks

dokumen. Menurut Fraenkel dan Wallen (1993), analisis dokumen adalah proses

menganalisis bahan yang berbentuk bertulis atau visual merangkumi buku teks, esei,

surat khabar, novel, artikel majalah, buku masakan, ucapan politik, iklan dan gambar

yang mengandungi hampir apa-apa jenis tulisan atau komunikasi visual yang boleh

dianalisis dalam pelbagai cara. Kepercayaan, sikap, nilai dan idea seseorang individu

atau sebuah kumpulan itu didedahkan melalui dokumen yang mereka hasilkan. Kajian

315

terhadap dokumen adalah penting untuk memperoleh maklumat secara mendalam

terhadap apa yang dikaji, dapat menyusun dan mengenalpasti masalah yang dikaji,

menajamkan perasaan untuk meneliti, membuat analisis yang lebih kritis dan

memperluaskan pengalaman ilmiah (Ahmad Sunawari Long, 2014).

Dalam kajian ini, bahan yang terlibat dalam analisis kandungan adalah kitab

atau buku-buku berkaitan fiqh zakat yang mengandungi isu zakat terhadap kuda.

Selain itu, kitab-kitab yang berkaitan pemerintahan khalifah kedua, Saidina Umar bin

Al-Khattab dan ijtihad-ijtihad belau juga dirujuk. Selain itu, artikel dari jurnal-jurnal

berkaitan isu kontemporari zakat juga dikaji dan dianalisis. Laman-laman sesawang

rasmi bagi ulama-ulama kontemporari juga dirujuk untuk mendapatkan maklumat

yang berkaitan dengan kajian ini.

Selain itu, analisis yang dilakukan dalam kajian ini adalah analisis induktif.

Induktif bermaksud proses mengambil suatu kesimpulan daripada perkara-perkara

yang bersifat khusus menjadi kesimpulan yang bersifat umum. Dalam penelitian

kualitatif, penyelidik berusaha mengumpulkan fakta daripada fenomena atau

peristiwa-peristiwa yang bersifat khusus, kemudian berdasarkan fenomena atau

peristiwa yang bersifat khusus tadi, diambil kesimpulan yang bersifat umum (Anselm

Strauss & Juliet Corbin, 2003).

Analisis induktif yang dilaksanakan oleh penyelidik adalah dengan membuat

kesimpulan daripada isu yang khusus iaitu ijtihad Umar bin Al-Khattab terhadap

zakat kuda menjadi aplikasi secara umum dalam menetapkan zakat bagi sumber harta

yang lebih meluas di Malaysia. Analisis perbandingan antara ijtihad Umar bin Al-

Khattab terhadap zakat kuda dan pandangan Abu Hanifah dalam isu ini juga

dijalankan.

DAPATAN KAJIAN

Jenis-Jenis Kuda dan Hukum Zakatnya Menurut Fuqaha

Yusuf Al-Qaradawiyy (1973) dalam kitab Fiqh Zakat telah menjelaskan pandangan

ulama dalam isu zakat terhadap kuda. Jenis-jenis kuda dan hukum zakat terhadapnya

boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:

1. Kuda Persendirian dan Kuda Perang

Para ulama fiqh bersepakat bahawa semua kuda yang digunakan sebagai

pengangkutan persendirian, mengangkat barangan dan untuk berjihad di jalan Allah

tidak dikenakan zakat, sama ada kuda-kuda tersebut hidup dengan cara mencari

makanan sendiri atau diberi makan oleh tuannya. Ini kerana kuda tersebut digunakan

secara peribadi dan suatu aset yang tidak berkembang

2. Kuda Yang Diperdagangkan

Bagi kuda yang diperniagakan pula, majoriti ulama kecuali Mazhab Al-Zahiriyy

berpendapat bahawa wajib dikeluarkan zakat terhadapnya sama ada kuda-kuda

tersebut dipelihara dengan cara mencari makanan sendiri atau diberi makan oleh

316

tuannya. Ini kerana kuda yang dipelihara dengan tujuan perniagaan adalah komoditi

seperti barang dagangan yang lain serta dikembangkan keuntungan daripadanya (Al-

Kasaniyy, 1986).

3. Kuda Yang Diternak

Ulama bersepakat bahawa kuda ternakan yang diberi makan dengan usaha tuannya

sepanjang tahun atau melebihi setahun tidak dikenakan zakat kerana syarat wajib

zakat untuk haiwan ternakan adalah ia merumput atau mencari makanan sendiri

(sa’imah) (Al-Kasaniyy, 1986).

Manakala bagi kuda yang diternak dan mendapat makanan dengan cara

mencari makanan sendiri pula, terdapat dua pandangan dalam keadaan ini. Pandangan

pertama iaitu majoriti ulama menyatakan bahawa ia tidak diwajibkan zakat.

Pandangan ini diriwayatkan oleh Ibn Mundhir daripada 'Ali, Ibn 'Amr Al-Sha'biyy,

'Ata, Al-Husain Al-Abdiyy, 'Umar bin 'Abd al-Aziz, al Thawri, Abu Thawr, Abu

Khaithamah, Abu Bakar bin Shaybah. Selain itu, antara yang meriwayatkan

pandangan ini juga adalah Umar, Malik, Al-Awza'i, Al-Laith dan Daud (Al-

Nawawiyy, 2010).

Pandangan kedua iaitu Abu Hanifah pula menyatakan bahawa wajib

dikeluarkan zakat untuk kuda ternakan yang dibiarkan makan sendiri dengan syarat

tidak semua kuda yang dimiliki adalah kuda-kuda jantan kerana dengan ketiadaan

kuda jantan, ia tidak dapat berkembang biak (Ibn Abidin, 1992). Pandangan ini

walaubagaimanapun tidak dipersetujui oleh dua pengikutnya sendiri iaitu Abu Yusuf

dan Muhammad (Al-Jasas, 2010 dan Ibn Rusyd, 2004). Abu Yusuf dan Muhammad

cenderung dengan pandangan bahawa kuda yang diternak dengan cara mencari

makanan sendiri tidak dikenakan zakat.

Menurut Yusuf Al-Qaradawiyy (1973), Abu Hanifah adalah antara ulama

mazhab yang meluaskan kewajipan zakat terhadap pelbagai jenis harta lain.

Antaranya beliau mewajibkan zakat terhadap segala hasil yang keluar daripada bumi,

perhiasan dan ternakan kuda.

Dalil Jumhur Yang Tidak Mewajibkan Zakat Bagi Kuda Ternakan Sa’imah

Pendapat jumhur berdasarkan dalil-dalil yang berikut (Yusuf Al-Qaradawiyy, 1973):

1. Dalil pertama adalah hadis Nabi SAW:

ليس على المسلم فى عبده ول فى ف رسه صدقة Terjemahan: “Tidak ada sedekah (zakat) atas orang Islam, baik pada

hamba mahupun kudanya” (Hadis. Sahih Bukhari. Bab Tiada Zakat Ke

Atas Hamba Terhadap Muslim. No. 1395).

Hadis ini bersifat umum dan menunjukkan tiada zakat pada kuda meliputi

kuda sa’imah ataupun tidak serta kuda jantan mahupun betina.

2. Dalil yang kedua adalah hadis yang berbunyi:

317

ن صدقة الخيل والرقيققد عفوت ع

Terjemahan: “Aku telah maafkan (kecualikan) sadaqah (zakat) kuda dan

hamba…” (Hadis. Sunan Al-Tirmidhiyy. Bab Zakat Emas dan Wang. No.

620).

Ini menunjukkan Rasulullah telah mengecualikan zakat daripada kuda dan

hamba.

3. Dalil ketiga adalah sunnah ‘amaliyyah iaitu perlakuan yang ditunjukkan Nabi

SAW. Kuda tidak pernah dikenakan zakat sepanjang hayat baginda SAW. Binatang

ternakan yang dikenakan zakat hanyalah unta, lembu dan kambing.

4. Dalil keempat adalah dalil aqli

Secara logiknya, binatang ternakan diwajibkan zakat adalah kerana faktor ia

dikembang biak dan manusia mendapat manfaat daripadanya (seperti dagingnya,

susunya, dijadikan pengankutan dan mengangkat barang untuk kegunaan seharian).

Kuda walaubagaimanapun diternak untuk mendapat manfaat yang berbeza daripada

binatang ternakan seperti unta, lembu dan kambing. Fungsi kuda adalah untuk

bertempur dan berperang di medan jihad. Maka, mengqiyaskan zakat kuda dengan

zakat ternakan adalah tidak tepat.

Dalil Abu Hanifah Yang Mewajibkan Zakat Bagi Kuda Ternakan Sa’imah

1. Dalil pertama adalah berdasarkan pada hadis Nabi SAW:

أي )الخيل لرجل أجر ولرجل ستر وعلى رجل وزر فأما الذي له أجر فرجل ربطها في سبيل اهلل وتعففا ثم لم ينس حق فهي لذلك أجر، ورجل ربطها تغنيا ( ليركبها أو ليحمل عليها في الجهاد

اهلل في رقابها ول ظهورهاTerjemahan: “Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi

pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang

menjadi dosa. Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda

seseorang yang berjuang untuk untuk jalan Allah. Kuda yang diikat oleh

seseorang kerana ingin menjaga kehormatan diri (tidak minta-minta) dan

ia tidak lupa akan hak Allah SWT pada leher ataupun belakang kuda

itu…” (Hadis. Sahih Bukhari. Bab Kuda Untuk Tiga Perkara. No. 2705).

Abu Hanifah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan hak Allah dalam

sabda Nabi SAW: “Dan ia tidak lupa akan hak Allah SWT pada leher ataupun

lakan ku a itu…” adalah zakat iaitu pada kuda yang dipelihara (Al-Mula Al-

Harawiyy Al-Qari, 2002).

2. Dalil kedua adalah hadis Nabi SAW:

في كل فرس سائمة دينار أو عشرة دراهم

318

Terjemahan: “Untuk setiap kuda sa’imah dikeluarkan zakat satu dinar atau

sepuluh dirham” (Hadis. Sunan Dar Al-Qutniyy. 2/126; dan Al-

Bayhaqiyy. Sunan Al-Kubra. 4/119).

Hadis ini memberi petunjuk bahawa nilai zakat yang dikeluarkan untuk kuda

berjumlah satu dinar atau sepuluh dirham.

3. Dalil ketiga adalah qiyas

Abu Hanifah mengqiyaskan zakat kuda dengan zakat unta kerana kedua-duanya

binatang yang berkembang biak dan mempunyai manfaat kepada manusia. Sifat unta

yang sa’imah juga diqiyaskan kepada kuda sa’imah dan wajib dikeluarkan zakat.

Pandangan yang mengatakan qiyas kuda dengan binatang ternakan yang diwajibkan

zakat merupakan “qiyas yang tidak tepat kerana fungsi keduanya berbeza” adalah

pandangan yang tidak boleh terpakai kerana jika dilihat fungsi unta dan kambing juga

adalah sangat jauh berbeza. Setiap binatang juga mempunyai ciri dan kelebihan

tersendiri (Yusuf Al-Qaradawiyy, 1973).

4. Dalil keempat

Menurut Al-Zayla’iyy (1997), Al-Tahawiyy dan Al-Dar Qutniyy meriwayatkan

dengan sanad yang sahih, daripada Al-Saib bin Yazid: "Saya menyaksikan bapa saya

menilai kuda-kudaya dan membayar sadaqah (zakatnya) kepada Umar bin Al-

Khattab”.

'Abd Al-Razzaq dan Al-Bai'aqi meriwayatkan daripada Ya'la bin Umayyah

bahawa Abdul Rahman, saudara lelaki Ya'la, membeli kuda daripada seorang lelaki di

Yaman dengan harga seratus unta. Penjual berasa menyesal lalu pergi menemui Umar

Al-Khattab dan mengadu: "Ya'la dan saudaranya memaksa saya untuk menjual kuda

saya kepada mereka. Umar menulis surat meminta Ya'la untuk datang dan bertemu

dengan beliau. Kemudian Ya’la memberitahu Umar cerita yang sebenar. Umar

bertanya dengan perasaan ingin tahu: "Adakah kuda boleh mencapai nilai yang tinggi

di kawasan kamu? Saya tidak pernah menyedari bahawa seekor kuda akan mencapai

nilai tersebut. Selama ini kita hanya mengambil seekor kambing untuk setiap 40 ekor

kambing dan tidak mengambil apa-apa daripada kuda. Oleh itu, kumpulkan satu dinar

untuk setiap kuda”. Umar kemudian mengenakan zakat kuda pada kadar satu dinar

untuk seekor kuda (Al-Zayla’iyy, 1997).

Ibn Hazm (2010) meriwayatkan daripada Ibn Shihab Al-Zuhriyy bahawa Al-

Sa’ib bin Yazid memberitahunya bahawa beliau selalu membayar zakat kuda kepada

Umar bin Al-Khattab. Ibn Shihab menambah, Umar selalu mengutip zakat daripada

kuda. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Umar selalu mengumpulkan sepuluh

dirham untuk setiap unta betina dan lima dirham untuk unta jantan (Ibn Hazm, 2010).

Kadar Zakat Kuda

Nisab untuk zakat kuda tidak ditetapkan oleh Abu Hanifah (Yusuf Al-Qardawiyy,

1973). Ibn Abidin (1992) dalam ulasannya kepada kata-kata Al-Qahastaniyy

319

menyebut: Ada yang menyatakan kadar nisab kuda sebanyak tiga ekor dan sebahagian

lain mengatakan lima ekor. Barangkali anggaran lima ekor adalah tepat kerana

disamakan dengan nisab zakat unta. Kadar nisab ini dijelaskan oleh Ibn Abidin (1992)

daripada Abu Hanifah, di mana orang-orang Arab yang memiliki kuda diberi pilihan

untuk membayar satu dinar untuk setiap kuda atau mentaksir nilai kuda mereka

dengan membayar 5 dirham untuk setiap nilaian 200 dirham kuda yang dimiliki.

Kadar ini bersamaan 2.5% daripada jumlah keseluruhan. Bagi kuda-kuda yang

dimiliki bukan Arab, hanya kaedah pentaksiran nilai digunakan untuk menentukan

nisab kuda (Ibn Abidin, 1992).

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, pandangan Abu Hanifah yang menetapkan zakat

terhadap kuda sebenarnya tidak berkait secara langsung dengan ijtihad zakat kuda

yang dilaksanakan Umar bin Al-Khattab pada zamannya. Ini kerana riwayat yang

menceritakan Umar mewajibkan zakat adalah berdasarkan peristiwa Abdul Rahman,

saudara lelaki Ya'la yang membeli kuda daripada seorang lelaki di Yaman dengan

harga seratus unta (Al-Zayla’iyy, 1997), tidak boleh menjadi sandaran dan dalil untuk

Abu Hanifah mewajibkan zakat kuda ternakan sa’imah. Kuda dalam riwayat ini

adalah kuda yang diperdagangkan dan bukan diternak.

Ini diperkukuhkan lagi dengan riwayat Umar bin Al-Khattab sendiri yang

tidak mewajibkan zakat bagi kuda ternakan sa’imah seperti yang dinukilkan Al-

Nawawiyy (2010) dalam kitab Al-Majmu’. Oleh itu tindakan Umar bin Al-Khattab

yang menetapkan zakat terhadap kuda pada zaman pemerintahannya bukan kerana

faktor kuda sebagai binatang ternakan namun mengandungi faktor dan justifikasi

yang tersendiri. Antaranya:

1. Ijtihad Umar Adalah Untuk Kuda Yang Diperdagangkan

Walaupun kuda tidak pernah dikenakan zakat pada zaman Nabi SAW dan Khalifah

Abu Bakar, pandangan Umar dalam zakat kuda menepati pandangan jumhur ulama.

Ini kerana Umar hanya mewajibkan zakat pada zakat kuda yang dijual beli. Seperti

yang disebut dalam dapatan kajian, jumhur ulama kecuali Mazhab Al-Zahiriyy

berpendapat bahawa wajib dikeluarkan zakat terhadap kuda-kuda yang diniagakan

sama ada kuda-kuda tersebut dipelihara dengan cara mencari makanan sendiri atau

diberi makan oleh tuannya kerana barang dagangan semestinya memberi keuntungan

(Al-Kasaniyy, 1986).

Walaupun isu zakat kuda merupakan suatu masalah khilafiyyah (yang

diperselisihkan), ijtihad Umar untuk mewajibkan zakat kuda perlu ditaati kerana

kedudukan Umar sebagai pemimpin tertinggi pada waktu tersebut. Perkara ini

bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

حكم الحاكم في مسائل الجتهاد يرفع الخلف

320

Terjemahan: “Pelaksanaan hakim (meliputi pemerintah) dalam masalah

ijtihad menghilangkan perselisihan” (Al-Qarafiyy, 2010).

2. Ijtihad Umar Bersesuaian Dengan Keadaan Semasa

Menurut Afzal-ur-Rahman (1979), keputusan Umar untuk mengenakan zakat

terhadap kuda adalah keperluan pada masa tersebut. Kuda tidak pernah dibiakkan

untuk perdagangan pada skala besar pada zaman Nabi SAW, maka keputusan Nabi

tidak dapat meliputi sesuatu yang tidak wujud pada masa itu (Afzal-ur-Rahman,

1979).

Tindakan Umar yang mewajibkan zakat kuda walaupun pada hakikatnya Nabi

Muhammad SAW mengecualikan kuda daripada pembayaran zakat adalah menepati

peredaran zaman yang pantas berubah kerana kuda telah digunakan untuk tujuan

perdagangan pada era pemerintahan beliau. Oleh itu, adalah jelas bahawa proses

pemikiran yang berterusan sangat penting dalam hal ini (Muhammad Zeeshan

Farrukh, 2016).

Menurut Kuran (1986), institusi zakat pada zaman khalifah adalah sangat

dinamik. Sewaktu pemerintahan Abu Bakar RA dan Umar RA, zakat dikumpulkan

oleh kerajaan, namun, pada masa pemerintahan Uthman RA, orang ramai dibenarkan

membayar zakat secara persendirian. Begitu juga dengan zakat kuda dalam hal ini.

Mahmud (2001) menyatakan bahawa institusi zakat adalah fleksibel pada tahap

tertentu dan kerana itu zakat kuda tidak dikenakan pada zaman Nabi tetapi

diperkenalkan pada zaman Umar RA.

Perubahan ini berlaku atas faktor perkembangan ekonomi semasa. Kuda pada

zaman Khalifah Umar telah diternak secara besar-besaran dan dikomersialkan untuk

maksud perniagaan. Dengan itu kuda diwajibkan zakat. Polisi ini diteruskan oleh

Uthman bin al-Affan. Ali bin Abi Talib dan Umar bin Abd al-Aziz bagaimanapun

tidak mengenakan zakat ke atas kuda. Perubahan hukum zakat berlaku berdasarkan

perubahan kegunaan dan fungsi kuda. Khalifah Ali b. Abi Talib menarik balik zakat

ke atas kuda kerana kuda pada zaman beliau telah digunakan untuk pembajakan dan

pengangkutan (Zahri Hamat, 2007).

3. Ijtihad Umar Adalah Satu Bentuk Ijtihad Yang Dibenarkan Syarak

Tindakan Umar dalam menetapkan zakat kuda yang dilihat tidak selari dengan nas

dan pengamalan Rasulullah hakikatnya merupakan ijtihad yang dibenarkan. Menurut

Ahmad Hidayat Buang (2000), kategori harta yang disebutkan dalam nas bukanlah

satu-satunya penentu utama dalam menetapkan sesuatu harta diwajibkan zakat. Sifat

dan maksud harta itu juga memainkan peranan penting.

Mazhab jumhur berpendapat walaupun zakat itu satu bentuk ibadat tetapi ia

melibatkan kehartaan. Maka dengan demikian kaedah qiyas dan ijtihad boleh

digunakan untuk mewajibkan beberapa bentuk harta yang tidak disebutkan oleh nas

secara langsung. Ini menunjukkan tindakan Umar adalah suatu ijtihad yang tidak

321

bertentangan dengan syariat. Keperluan kepada ijtihad ini penting kerana masalah-

masalah zakat kebanyakannya berbentuk ijtihadi. Selain zakat terhadap kuda yang

menjadi ijtihad Umar pada zamannya, contoh amalan ijtihad sahabat yang lain adalah

pengenalan konsep mal al-zahir pada zaman Saidina Uthman serta banyak lagi

(Ahmad Hidayat Buang, 2000).

Umar memerintahkan zakat pada kuda kerana beliau sedar bahawa kuda telah

menjadi sumber kekayaan yang berharga. Ijtihad Umar diikuti oleh Abu Hanifah yang

turut mewajibkan zakat kuda. Abu Hanifah bersetuju dengan Umar mengenai isu ini

selama kuda dibela untuk dibiakkan dan mencari makanan sendiri (sa’imah). Namun,

kuda yang dikenakan zakat menurut Abu Hanifah bukan disebabkan ia

diperdagangkan tetapi dikategorikan sebagai haiwan ternakan.

Pelaksanaan Ijtihad Umar bin Al-Khattab Berkenaan Zakat Kuda Dalam

Konteks Perluasan Maksud Zakat Harta di Malaysia

Berdasarkan dalil-dalil yang dibentangkan berkenaan kewajipan zakat kuda dan

pengecualiannya di bahagian dapatan kajian, dapat dilihat bahawa setiap pandangan

mempunyai hujah masing-masing yang kukuh. Perkara ini juga disokong oleh Yusuf

Al-Qaradawiyy (1973) yang berpendapat bahawa Rasulullah SAW tidak menafikan

kewujudan zakat pada kuda dengan cara yang jelas (sarih), tetapi tidak juga baginda

mewajibkannya secara jelas. Ijtihad Umar dalam zakat kuda semestinya boleh

diaplikasikan pada hari ini dalam konteks negara Malaysia. Bukan sahaja aplikasi

secara langsung dilaksanakan dengan mewajibkan zakat bagi kuda yang diniagakan,

malah aplikasi zakat kuda juga boleh disesuaikan pada harta-harta lain yang

diniagakan dan mempunyai nilai yang tinggi seperti kuda melalui adaptasi atau takyif

(penyesuaian) ijtihad Umar.

Menurut Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid, (2005), langkah meluaskan

asas zakat sememangnya boleh dilakukan memandangkan terdapat banyak jenis harta

dan aktiviti ekonomi masa kini dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Dalam

sesetengah kes mungkin hasil usaha sesetengah aktiviti ekonomi mendatangkan hasil

yang jauh lebih lumayan berbanding hasil bagi harta yang diwajibkan zakat. Oleh itu

jika hasil usaha diambil kira maka adalah wajar zakat harta diperluaskan kepada harta

lain yang mendatangkan perolehan yang lumayan sebagaimana yang dilakukan oleh

Umar. Malah para ulama juga telah membincangkan soal mengenakan zakat kepada

harta yang diperselisihkan sebagaimana dibincangkan dalam bab zakat.

Pada hari ini, bukan sahaja perluasan makna zakat dilakukan terhadap jenis-

jenis harta zakat seperti zakat gaji dan pendapatan serta zakat ke atas syarikat. Malah,

makna zakat juga telah diperluaskan melalui ijtihad terhadap asnaf yang telah di-

naskan. Sebagai contoh, zakat untuk asnaf al-riqab (hamba) yang tidak lagi wujud

pada zaman moden kini telah diperluaskan konsepnya dan diinterpertasi bersesuaian

dengan keadaan semasa. Menurut Arieff Salleh Rosman et.al, (2013), pandangan

yang rajih adalah al-riqab terdiri daripada tiga golongan iaitu hamba mukatab, hamba

322

sahaya yang mahu dimerdekakan dan orang Islam yang dieksploitasi. Ini termasuklah

mereka yang dibelenggu dalam aktiviti pelacuran (Zulkifli al-Bakri, 2012).

Oleh itu, tidak mustahil ijtihad Umar terhadap kuda turut dilaksanakan pada

hari ini pada harta-harta lain. Tambahan lagi dengan perluasan makna kepada harta

zakat dapat meningkatkan lagi hasil kutipan zakat dan memberi manfaat yang besar

kepada ekonomi negara. Langkah ini wajar dipertimbangkan dan seterusnya

dilaksanakan berdasarkan kepada keadaan di mana banyak aktiviti ekonomi moden

hari ini memberi pulangan dan hasil yang lumayan.

Petani pada hari ini bukan lagi petani sara diri dan penternak juga bukan lagi

penternak sara diri, tetapi mereka telah menjadi pengusaha korporat (Sanep Ahmad &

Hairunnizam Wahid, 2005). Perusahaan secara besar-besaran dan yang mendatangkan

keuntungan besar seperti tanaman Harumanis di negeri Perlis dan usaha penternakan

ayam dan ikan air tawar misalnya, boleh jadi mendatangkan hasil jauh lebih lumayan

berbanding tanaman padi dan penternakan lembu dan kambing yang dikenakan zakat.

Oleh itu, penyelidik mencadangkan agar jawatankuasa fatwa di negeri-negeri

mengenalpasti sumber baru zakat harta yang boleh dikenakan zakat dan mengkaji

sejauh mana kesesuaian ijtihad Umar terhadap zakat kuda dapat diadaptasi dalam

harta-harta lain untuk diaplikasikan di Malaysia.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ijtihad Umar dalam zakat kuda tidak bercanggah dengan syarak dan

pengamalan Nabi SAW berdasarkan beberapa faktor dan justifikasi. Pertama, zakat

kuda yang dimaksudkan oleh Umar adalah zakat terhadap kuda yang diperdagangkan.

Kedua, ijtihad Umar bersesuaian dengan keadaan semasa pada waktu tersebut di

mana kuda menjadi barang dagangan yang mempunyai nilai yang tinggi; dan yang

terakhir, ijtihad Umar sememangnya adalah satu bentuk ijtihad yang dibenarkan

syarak.

Ijtihad Umar bin Al-Khattab terhadap zakat kuda ini juga mempunyai potensi

yang tinggi untuk dilaksanakan di Malaysia memandangkan perusahaan dalam

pelbagai bidang pada hari ini dilaksanakan secara besar-besaran dan mendatangkan

keuntungan yang lumayan. Aplikasi zakat kuda berdasarkan ijtihad Umar diharapkan

dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dan memberi manfaat yang besar kepada

ummah.

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Buku

Abu Hamid Muhammad Al-Ghazaliyy Al-Tusiyy. (1993). Al-Mustasfa. Dar al-Kutub

Al-‘Ilmiyyah.

323

Abu Ubaidah Mi’mar Al-Muthanna Al-Taymiyy. (1986). Kitab Al-Khayl. Maktabah

Al-Nahdhah Al-Masriyah.

Afzal-ur-Rahman. (1979). Economic Doctrines of Islam. Islamic Publication.

Ahmad Sunawari Long. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Bahutiyy, Mansur Ibn Yunus Ibn Idris. (1982). Kashshaf Al-Qina’ ‘An Matan Al-

qna’. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Fayruz Abadiyy. (2005). Al-Qamus Al-Muhit. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Al-Jasas. Ahkam Al-Quran. Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik pada 14 November

2010.

Al-Kasaniyy. (1986). Ba ai’ Al-Sanai’ Fi Tarti Al-Sharai’. Dar Al-Kutub Al-

Ilmiyyah.

Al-Mawardiyy. Al-Ahkam Al-Sultaniyah. (2010). Maktabah Al-Shamelah. Dimuat

naik pada 14 November 2010.

Al-mula Al-Harawiyy Al-Qari. (2002). Mirqat al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih.

Beirut: Dar Al-Fikr.

Al-Nawawiyy. (2010). Al-Majmu’ Sharh Al-Muhazzab. Maktabah Al-Shamelah.

Dimuat naik pada 14 November 2010.

Al-Qarafiyy. (2010). Al-Furuq. Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik pada 14

November 2010.

Al-Tirmidhiyy. (2010). Sunan Al-Tirmidhiyy. Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik

pada 14 November 2010.

Al-Zayla’iyy. (1997). Nasb Al-Raayah Li Ahadis Al-Hidayah. Beirut: Dar Al-Rayyan.

Anselm Strauss & Juliet Corbin. (2003). Dasar-dasar Penelitian Kualitatif,

Tatalangkah dan Teknik-teknik Teoritisasi Data. Penterjemah: Muhammad

Shodiq & Imam Muttaqien. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Devi, Naorem Binita. (2009). Understanding the qualitative and quantatitive methods

in the context of content analysis. Qualitative and Quantitative Methods in

Libraries. International Federation of Library Associations.

Fathi Al-Durayniyy. (2013). Al-Manahij Al-Usuliyyah Fi Al-Ijtihad Bi Al-Ra’y Fi Al-

Tashri’ Al-Islamiyy. Muassasah Al-Risalah.

Fatimah Fadl Al-Sa’diyy. (2013). Al-Khayl Fi Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. Arwiqah Li

Al-Dirasat Wa Al-Nasyr.

Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. (1993). How To design and Evaluate

Research in Education. New York: McGraw-Hill.

Ibn Abidin. (1992). Hasyiah Ibn Abidin. Beirut: Dar Al-Fikr

Ibn Al-Qayyim Al-Jawziyah. (1993). Al-Furusiyah. Arab Saudi: Dar Al-Andalus

Ibn Hazm. (2010). Al-Muhalla Bi Al-Athar. Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik

pada 14 November 2010.

Ibn Rusyd. (2004). Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid. Kaherah: Dar Al-

Hadis.

Ibnu Manzur. (2010). Lisan Al-‘Ara . Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik pada 14

November 2010.

324

Majma’ Al-Lughah Al-‘Arabiyyah Bi Al-Qaherah. (2010). Al-Mu’jam Al-Wasit.

Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik pada 14 November 2010.

Muhammad bin Ismail Abu Abdullah Al-Bukhari. (2010). Sahih Al-Bukhari.

Maktabah Al-Shamelah. Dimuat naik pada 14 November 2010.

Muslim bin Al-Hajjaj Abu Al-Hasan Al-Qushairiyy. (2010). Sahih Muslim. Maktabah

Al-Shamelah. Dimuat naik pada 14 November 2010.

Wahbah Al-Zuhayliyy. . Fiqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh. Damsyik: Dar

Al-Fikr.

Yusuf Al-Qaradawiyy. (1973). Fiqh Al-Zakah Dirasah Muqaranah Li Ahkamiha Wa

Falsafatiha Fi Daw Al-Quran Wa Al-Sunnah. Cet. 2. Beirut: Muassasah Al-

Risalah.

Yusuf Al-Qaradawiyy. . Fiqh Al Zakah (Volume I) A Comparative

Study of Zakah, Regulations and Philosophy in The Light Of Qur'an And

Sunnah. Jeddah: Scientific Publishing Centre King Abdulaziz University.

Tesis

Namer Umar Safuriyy. (2016). Ahkam Al-Khayl Fi Al-Syariah Al-Islamiyyah. Tesis

Yang Dikemukakan Untuk Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah. Universiti

Al-Najah Al- Wataniyyah, Nablus, Palestin

Jurnal

Ahmad Hidayat Buang. (1998). Harta-harta Yang Dikenakan Zakat: Satu Analisis

Hukum. Jurnal Syariah Vol. 6, No. 1.

Ahmad Hidayat Buang. (2000). Pengurusan Zakat: Satu Analisis dari Perspektif Al-

Quran dan Al-Sunnah. Shariah Journal 8.2 (2000): 89-102. Diikhtilaf. Jurnal

Syariah 13:1, 135 – 162.

Kuran, Timur. (1986). The Economic System in Contemporary Islamic Thought:

Interpretation and Assessment. International Journal of Middle East Studies,

Vol. 18, No. 2 (May, 1986), pp. 135-164. Cambridge University Press.

Mahmood Zuhdi Ab Majid. (2004). Siyasah Syar'iyah Dalam Pelaksanaan Undang-

undang Jenayah Islam. Jurnal Syariah, 12: 89-100

Mohd Faez Mohd Shah & Noor Naemah Abdul Rahman. (2014). Kepentingan

Kaedah Penyelidikan Moden Dalam Fatwa Semasa. Jurnal Pengurusan dan

Penyelidikan Fatwa. Vol. 4. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhammad Zeeshan Farrukh. (2016). The Need of Adequate Policies for Collection

& Distribution of Zakat. Journal of Islamic Banking and Finance vol 33, April

- June 2016. No. 2. Page 59.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2005). Sumber Zakat: Perluasan Terhadap

Harta Yang

Zamzuri Zakaria. (2006). “Zakat Galian Sum r yan Diittifaq an Diikhtilaf”

dalam Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan, ed. Abdul

Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Zulkifli bin Muhammad al-Bakri. (2013). Al-Riqab: Tafsiran aplikasi semasa dari

sudut Syarak. Jurnal Pengurusan JAWHAR. Vol 6, No2, 2012.

325

Prosiding

Amzan Bin Satiman. (2016). Penentuan Hukum Berasaskan Al-Ra’y (Al-Ijtihad Bi Al-

Ra’yi). Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD

2016). Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Arieff Salleh bin Rosman, Azman Ab Rahman dan Muhamad Firdaus Ab Rahman.

(2013). Kedudukan Ar-Riqab Sebagai Penerima Zakat Dalam Konteks Masa

Kini. Muzakarah Zakat Peringkat Kebangsaan. Siri 1, 11 Disember 2013,

Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Wan Sofiah binti Wan Ahmad, Ahmad Irdha bin Mokhtar dan Zulkefli bin Aini.

(2015). Pengurusan Khalifah Umar bin Al-Khattab Dalam Sistem Zakat.

Prosiding Seminar Pengurusan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laman sesawang

Berzakat Mekanisme Sumbangan Sosial.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0910&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz4lkik6hdu (diakses pada 3

Julai 2017).

Hak Zakat Golongan Mualaf.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0918&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm (diakses pada 11 Julai 2017).

Zakat Harta. http://www.zahrihamat.com/2007/10/zakat-harta.html (diakses pada 3

Julai 2017). Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan, Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat. http://e-

muamalat.islam.gov.my/sites/default/files/keputusan_muzakarah/2010/05/21_

Fatwa_Keduapuluhsatu.pdf. (diakses pada 3 Julai 2017).

Bab 27 KEPERLUAN MODUL INTERVENSI KEMAHIRAN DAYA

TINDAK (MIKD) BAGI ASNAF MAHASISWA DI INSTITUSI

PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

Kamariah Derasoli*, Mohd Salleh Amat

ii & Hairunnizam Wahid

iii

i Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Putra Malaysia. [email protected] Universiti

Kebangsaan Malaysia. [email protected]

*penulis koresponden ii

Timbalan Dekan Akademik Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected] iii

Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected]

Abstrak Mahasiswa asnaf penerima zakat di universiti adalah antara golongan yang kurang mendapat

perhatian dalam kajian di Malaysia. Masih banyak persoalan dan permasalahan yang dihadapi

oleh golongan ini yang belum diketahui secara ilmiah, termasuklah masalah akademik

mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan modul yang sesuai untuk

membantu mahasiswa asnaf, terutamanya untuk meningkatkan kemahiran daya tindak bagi

menangani masalah akademik dan tekanan. Salah satu keperluan untuk membina modul

adalah dengan menjalankan analisis keperluan. Sehubungan itu, analisis keperluan modul

dijalankan dengan menggunakan metedologi kajian kes eksplatori dengan menggunakan

kaedah tinjauan lapangan, analisis dokumen dan temu bual amil di universiti. Dapatan kajian

dapat membantu membina kerangka kandungan modul yang bertepatan dengan keperluan

pentadbir zakat di universiti dan memenuhi keperluan mahasiswa asnaf. Dengan adanya

modul yang sistematik dan menepati keperluan, mahasiswa yang menjalani modul intervensi

akan mendapat faedah dari aspek kemahiran daya tindak bagi menangani tekanan dalam

kampus, kemahiran daya tahan yang positif juga secara tidak langsung mempengaruhi

pencapaian akademik mereka. Implikasi kajian ini boleh digunakan oleh pentadbir zakat di

universiti bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa asnaf di universiti.

Implikasi penting bagi kajian ini adalah impak modul yang berkesan akan menyumbang

kepada kesihatan mental mahasiswa, meningkatkan modal insan mahasiswa sekali gus

menyumbang kepada keboleh pasaran graduan universiti, terutamanya graduan dari latar

belakang sosio ekonomi yang rendah.

Kata Kunci: Asnaf mahasiswa, Pembinaan modul, Daya tindak.

PENDAHULUAN

Zakat adalah mekanisme kewangan Islam yang berperanan untuk keadilan ekonomi,

sosial dan kemaslahatan ummah. Bagi menguruskan zakat kepada ummat Islam di

Malaysia, Majlis Agama Islam negeri mempunyai kaedah untuk mentadbir zakat,

tertakluk kepada bidang kuasa agama dan perundangan. Walaupun terdapat

kepelbagaian urus tadbir zakat di setiap negeri, kewujudan Jabatan Wakaf Zakat dan

Haji (JAWHAR) di bawah Jabatan Perdana Menteri memainkan peranan

penyelarasan urusan zakat dan waqaf di peringkat pusat.

328

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh JAWHAR, jumlah agihan

tertinggi zakat adalah negeri Selangor, diikuti oleh Wilayah Persekutuan dan Johor.

Sehubungan itu, kajian ini memfokus kepada institusi amil universiti di dalam negeri

Selangor. Bagi memastikan kecekapan kutipan zakat dan agihan, Lembaga Zakat

Selangor telah melantik 11 ejen amil di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk

menguruskan kutipan zakat. Antara institusi pengajian Tinggi yang diberi amanah

menguruskan zakat termasuklah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga

Nasional (UNITEN), Universiti Selangor (Unisel), Unitar International University

(UNITAR), Management And Science University (MSU), Infrastructure University

Kuala Lumpur (IUKL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Daripada kesemua institusi di atas, hanya dua universiti berstatus Universiti

penyelidikan iaitu UPM dan UKM yang menjadi fokus dalam kajian ini. Pentadbir

zakat di UPM dikenali dengan nama Pusat PengurusanWaqaf, Zakat dan Endowmen

(WAZAN). Manakala di UKM, zakat diuruskan oleh Unit Zakat di bawah Tabung

Amanah Zakat UKM dan Tabung Agihan Zakat UKM (JAZUKM).

Antara fungsi utama amil di universiti termasuklah bertanggungjawab dalam

melaksana segala urusan operasi kutipan zakat, sedekah dan sedekah jariah (wakaf)

dan agihan zakat, sedekah dan penggunaan Sedekah Jariah (Wakaf). Seiring dengan

perkembangan semasa dan agenda penjanaan wang universiti, amil zakat di universiti

turut dipertanggungjawabkan untuk menjana pendapatan universiti melalui zakat

korporat dan waqaf. Memandangkan lokaliti kutipan zakat di dalam institusi

pengajian tinggi, amil di universiti memainkan peranan untuk agihan zakat di dalam

komuniti universiti/ kolej yang memerlukan bantuan zakat, terutamanya kepada

mahasiswa dan kakitangan yang layak.

Selain itu, terdapat keperluan juga untuk memantau perkembangan mahasiswa

yang menerima bantuan zakat, terutamanya perkembangan akademik. Jika prestasi

akademik mahasiswa asnaf terjejas sehingga pinjaman pengajiannya digantung,

mahasiswa berkenaan berkemungkinan tidak dapat menyambung pengajian kerana

menghadapi masalah kewangan yang serius. Oleh sebab itu, data pencapaian

akademik mahasiswa asnaf zakat di universiti direkodkan oleh pentadbir zakat di

universiti bagi tujuan pemantauan. Namun begitu, berikutan kekurangan kakitangan,

kekangan tugas dan tenaga kepakaran, program intervensi untuk mahasiswa asnaf

penerima zakat dari universiti tidak dapat dijalankan dengan sistematik. Justeru itu,

kajian ini dijalankan bagi meninjau permasalahan dan keperluan bagi merancang

pembinaan modul yang bersesuaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

mahasiswa asnaf.

Kajian ini amat relevan dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke 11 di

mana kerajaan memberi penekanan untuk meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah

masyarakat kelas menengah. Untuk mencapai matlamat ini, keutaamaan diberikan

untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40, menangani

329

peningkatan kos sara hidup dan keberhutangan isi rumah yang tinggi serta

memastikan penyampaian program yang cekap. Dalam konteks ini, mahasiswa asnaf

zakat di universiti terutamanya dari asnaf fakir dan miskin tergolong dalam isi rumah

B40 yang menjadi sasaran agenda negara.

Berdasarkan laporan kertas strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-

10) 2011-2015 oleh Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, pendekatan

pembangunan inklusif merupakan strategi utama ke arah mencapai masyarakat yang

makmur dan saksama, tanpa mengira gender, kumpulan etnik, status sosioekonomi

dan kedudukan geografi. Pendekatan ini akan menyediakan peluang yang saksama

kepada rakyat Malaysia untuk terlibat dan mendapat manfaat daripada ekonomi.

Tumpuan telah diberikan untuk menangani poket kemiskinan dan ketidakseimbangan

sosioekonomi, terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan 40 peratus

terendah (isi rumah B40).

Berdasarkan laporan Institut Penyelidikan Khazanah di dalam Persidangan

Meja Bulat: Isu dan Cabaran Institusi Zakat di Malaysia, hampir 20% pendapatan isi

rumah B40 bergantung kepada pindahan tunai seperti BR1M, bantuan pendidikan,

zakat, dan sumbangan/ bantuan ahli keluarga seperti anak yang bekerja. Agenda

membantu golongan B40 ini meliputi kepentingan dan keutamaan rakyat seperti kos

sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan dan pekerjaan, keusahawanan

serta jaringan keselamatan sosial. Untuk itu, mahasiswa dari keluarga B40 perlu

dibantu bagi kelansungan akademik agar dapat bergraduat, bekerja dan membantu

keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan (Rodzi, Roshaiza & Nazli 2013)

RASIONAL PEMBINAAN MODUL

Kesihatan mental menjadi isu global yang dikaji di seluruh dunia termasuk kesihatan

mental dalam kalangan mahasiswa. Golongan mahasiswa adalah golongan yang

terdedah kepada masalah kesihatan mental terutamanya stress, kebimbangan dan

kemurungan kerana berhadapan dengan transisi peranan, pertambahan tanggungjawab

dan penyesuaian diri. Di dalam tinjauan yang dijalankan terhadap lebih 71 000

mahasiswa di Amerika Syarikat, tekanan adalah faktor utama daripada 6 faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik adalah (Reavley.N & Jorm.A.F 2010). Antara

faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental termasuklah masalah

kewangan, pengangguran, isu dan permasalahan keluarga, penyalahgunaan dadah dan

faktor persekitaran. Faktor ini turut dipengaruhi dengan kurangnya sokongan sosial

dan kemahiran daya tindak untuk menangani tekanan dan cabaran dalam kehidupan.

Untuk menangani tekanan (stress) individu memerlukan kemahiran daya tindak agar

tekanan tersebut tidak memberikan kemudharatan kepadanya (Lazarus R.S 2000)

Mahasiswa dari latar belakang sosial ekonomi yang rendah dan mempunyai

beban kewangan berisiko untuk mendapat masalah berkaitan kesihatan mental iaitu

kemurungan, kebimbangan dan tekanan, (Andrews & Wilding, 2004). Berdasarkan

kajian Bayram dan Bilgel (2008), mahasiswa universiti yang berasal dari kawasan

330

luar bandar dilaporkan mendapat skor yang lebih tinggi dari segi kemurungan,

kebimbangan dan tekanan berbanding mahasiswa dari kawasan bandar.

Berdasarkan data penerima zakat di universiti, majoriti penerima zakat yang

dikategorikan sebagai asnaf fakir dan miskin mempunyai dua ciri yang dinyatakan di

atas iaitu latar belakang sosio - ekonomi yang rendah dan berasal dari kawasan luar

bandar. Ini bermaksud, asnaf fakir dan miskin sangat berisiko mendapat masalah

berkaitan kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Latar

belakang asnaf fakir miskin yang melalui situasi kemiskinan melampau dan keluarga

bermasalah dikategorikan sebagai masalah mental yang berkaitan psikologi dan

persekitaran Zuria dan Salleh (2015).

Untuk membendung tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa ini, modul daya

tindak dibina untuk mendidik mahasiswa dari aspek pengurusan tekanan, pemilihan

daya tindak yang sesuai dan mengurus keutamaan dalam pengajian. Kemahiran daya

tindak telah dibuktikan berkesan mengurangkan tahap tekanan mahasiswa

berdasarkan kajian Bettis et. al. (2017), Kadhiravan & Kumar (2012) dan kajian lain

di dalam negara dan luar negara.

KAJIAN BERKAITAN MAHASISWA DAN ZAKAT

Berdasarkan sorotan literatur di dalam negara, hanya sebilangan kecil kajian yang

diperolehi berfokus kepada mahasiswa, terutamanya mahasiswa yang menerima

bantuan zakat iaitu mahasiswa asnaf. Antara kajian yang dijalankan termasuklah

kajian berkaitan pola perbelanjaan dan Haddul Kifayah Zakat bagi pelajar sarjana

muda di UKM (Sarah, Aisyah & Hairunnizam 2015). Berdasarkan kajian tersebut,

purata perbelanjaan sebulan bagi mahasiswa adalah RM 974.88. Jumlah perbelanjaan

ini adalah jauh lebih banyak berbanding kadar bantuan zakat yang hanya diberikan

sekali dalam tempoh satu semester, iaitu untuk kegunaan 5 hingga 6 bulan iaitu

bantuan sara diri maksimum RM 1000 (bagi mahasiswa ijazah sarjana muda dari

asnaf fakir dan miskin.

Selain itu, terdapat juga kajian mengenai penentuan haddul kifayah pelajar

institusi pengajian tinggi di UKM oleh Nurul Afifah, Aisyah dan Hairunnizam yang

mencadangkan kadar bantuan zakat terhadap mahasiswa peringkat siswazah

berjumlah RM 1265.36. Jumlah bantuan ini adalah dengan menimbangkan aspek

keperluan asas seperti makanan dan keperluan harian bukan makanan seperti

kesihatan, pakaian, pengajian, pengangkutan dan perlindungan tempat tinggal. Impak

dari kajian ini dapat dilihat dari segi kadar bantuan zakat kepada mahasiswa di UKM

adalah lebih tinggi daripada UPM.

Untuk menampung keperluan sara hidup dan keperluan dalam pengajian yang

semakin meningkat, mahasiswa universiti dan institusi pendidikan tinggi mengambil

inisiatif bekerja sambilan. Dalam kajian Suhaila, Rabi’atul, Nuzul & Siti Syuhada

(2016), terdapat empat faktor mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Selangor bekerja

331

sambilan, dan hasil analisis regresi mendapati faktor kewangan adalah faktor utama

mahasiswa bekerja sambilan, di samping faktor rakan sebaya.

Dari aspek masalah yang dihadapi oleh mahasiswa asnaf penerima bantuan

zakat, satu kajian telah dijalankan oleh Uzaimah (1999) terhadap pelajar-pelajar tahun

Satu kursus profesional di Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur. Data

diperolehi melalui Senarai Semak Masalah Mooney berkaitan isu yang dihadapi oleh

mahasiswa. Daripada kajian tersebut, 3 isu utama yang dihadapi oleh mahasiswa ialah

masalah akademik, masalah sosial dan masalah peribadi, termasuk masalah

kewangan. Kajian ini juga mendapati tiada terdapat perbezaan yang ketara di antara

kedua jantina pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di dalam perbandingan jenis dan

kekerapan masalah yang dikaji. Dalam kajian tersebut, pihak pentadbir disarankan

agar mengambil intervensi yang sesuai dengan masalah mahasiswa bagi membantu

mereka menangani isu yang dihadapi.

Berdasarkan kajian Azman & Siti Marthiah (2014), bantuan zakat yang

diperolehi oleh asnaf di negeri Selangor memberikan sumbangan yang cukup besar

dalam mengubah dan membangunkan ekonomi golongan asnaf khususnya dalam

bidang pendidikan. Selain daripada bantuan pendidikan am yang diberikan di

peringkat sekolah rendah dan menengah, Dana Dermasiswa Zakat juga diberikan

kepada mahasiswa asnaf fakir dan miskin yang menuntut di Kolej Agama Islam

Selangor (KUIS). Tajaan Dermasiswa Zakat ini menjadi pemangkin kepada

kecemerlangan mahasiswa asnaf di peringkat institusi pengajian tinggi.

Jika dilihat dari kajian luar negara, kajian berkenaan mahasiswa dari

kumpulan minoriti dan status ekonomi rendah dijalankan bagi menguji keberkesanan

intervensi daya tindak terhadap tahap tekanan, keupayaan daya tindak dan kesihatan

mental. Atal & Cheng (2016) mendapati daya tindak feksilibiliti dapat membantu

meningkatkan kualiti hidup berkaitan kesihatan dalam kalangan invividu berstatus

sosio-ekonomi rendah. Strategi daya tindak yang produktif penting kepada mahasiswa

dari kumpulan sosio-ekonomi rendah kerana mereka terdedah kepada tekanan dan

berisiko mendapat masalah gangguan kesihatan mental.

Jika diteliti senarai kajian dalam bentuk tesis dari seluruh universiti awam di

Malaysia yang didokumenkan oleh JAWHAR, kajian berkaitan asnaf mahasiswa

universiti masih belum dijalankan secara komprehensif. Lebih mengkhusus lagi,

kajian berbentuk modul intervensi untuk mahasiswa asnaf. Memandangkan maklumat

literatur yang berfokus kepada mahasiswa asnaf masih kurang, pendekatan

metedologi kajian kes adalah sesuai digunakan seperti mana saranan Rozmi (2015).

Menurutnya, kajian kes sesuai digunakan untuk situasi maklumat mengenai sesuatu

fenomena amat sedikit. Selain itu, penyelidik dapat mengumpulkan maklumat dengan

banyak, segera dan menjimatkan masa dan perbelanjaan.

332

METEDOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini dijalankan adalah kajian kes eksplatori dengan menggunakan

kaedah tinjauan lapangan, analisis dokumen dan temu bual amil di universiti.

Mengikut Rozmi (2015), kajian kes dari kategori ekplatori sebagai kajian rintis

bertujuan untuk mengumpul data sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian kes

bertujuan untuk meneroka dan meneliti ciri-ciri subjek tertentu dalam kajian agar

keputusan dapat dibuat sama ada kajian selanjutnya sesuai dijalankan dan

menentukan keupayaan kajian dapat dijalankan. Dalam konteks ini, kajian kes

dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dan kesesuaian pelaksanaan modul bagi

mahasiswa asnaf di universiti. Dengan menggunakan kaedah kutipan data melalui

tinjauan lapangan, analisis dokumen dan temu bual amil di universiti, data yang

diperolehi dapat ditriangulasikan dan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai

entiti zakat yang dikaji dan mahasiswa asnaf di universiti.

Selain itu, pengkaji turut terlibat dengan sesi perbincangan dengan pihak

pengurusan zakat di UKM bagi membincangkan modul yang bersesuaian untuk

keperluan mahasiswa asnaf di universiti. Pengkaji turut memperoleh data hasil

perbincangan dengan pengurusan zakat UPM berkaitan isu mahasiswa asnaf yang

mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Data dan maklumat mengenai

mahasiswa asnaf, prosedur permohonan zakat, organisasi pentadbir zakat di universiti

diperolehi melalui tinjauan lapangan dan laman web rasmi.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan tinjauan lapangan, analisis dokumen, perbincangan dan temu bual

dengan pegawai pentadbir zakat, serta maklumat dari informan, berikut adalah antara

dapatan yang diperolehi.

Bidang tugas pentadbir zakat semakin bertambah mencabar

Pentadbir zakat di universiti terutamanya Universiti Penyelidikan berdepan

tanggungjawab menjana pendapatan universiti melalui dana waqaf. Walaupun bidang

tugas ini berkait dengan pihak Bendahari universiti, pegawai zakat turut terlibat sama

ada dari segi pentadbiran, mesyuarat, pelaksanaan program dan kempen untuk

menggalakkan pembayaran zakat dan waqaf. Dengan pelbagai tugas yang rencam dan

sasaran Key Performance Indicator dari pihak universiti dan Lembaga Zakat, serta

kekangan jumlah kakitangan yang terhad, pegawai zakat di universiti berhadapan

dengan tekanan kerja untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan.

Selain dari tanggungjawab di atas, berdasarkan makluman responden UKM,

pentadbir zakat turut dipertanggungjawabkan mempunyai tanggungjawab untuk

mencari asnaf layak tetapi belum memohon bantuan zakat. Maklumat ini perlu

disalurkan oleh pihak fakulti, kolej kediaman agar mahasiswa yang memerlukan

bantuan kewangan dapat dibantu. Namun, usaha ini memerlukan sokongan dan

komitmen berterusan dari semua pihak di dalam universiti. Sistem rujukan mudah

333

juga perlu diujudkan bagi membolehkan mahasiswa yang menghadapi masalah

kewangan dapat dibantu dengan segera.

Sikap mahasiswa yang berkelayakan untuk bantuan zakat tetapi tidak

memohon bantuan zakat dapat difahami dari maklumat informan dari UPM.

Berdasarkan pengalamannya, mahasiswa yang mempunyai pencapaian akademik

rendah malu untuk memohon zakat. Berdasarkan dokumen yang dianalisis, kedua-dua

universiti mewajibkan mahasiswa yang ingin memohon zakat mengemukakan

dokumen keputusan akademik terkini, yang disahkan salinan benar oleh pensyarah,

penasihat akademik dan pegawai yang dibenarkan. Prosedur ini mempunyai kesan

terhadap mahasiswa yang mempunyai rasa rendah diri dan mengelak dari disoal

mengenai kemerosotan prestasi akademik. Mahasiswa yang menggunakan daya

tindak pengelakan akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan

pembuktian dokumen ini.

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji mengesyorkan agar sistem data pelajar

dari Bahagian Akademik diintegrasikan dengan sistem permohonan zakat agar pihak

pentadbir zakat di universiti dapat memeriksa data akademik mahasiswa secara “real

time” tanpa mahasiswa perlu mengemukakan dokumen keputusan peperiksaan

semester terkini.

Perkongsian data daripada bahagian akademik dan Bahagian Hal Ehwal

Pelajar juga adalah perlu diintegrasikan agar maklumat mahasiswa berkeperluan khas

seperti mahasiswa syarat pengambilan khas dari kumpulan B40, mahasiswa yang

ditimpa bencana (contohnya banjir), mahasiswa yang kehilangan ibu atau bapa

semasa pengajian dan lain-lain musibah dapat disalurkan segera ke pengurusan zakat

universiti. Dengan langkah proaktif ini, proses bantuan zakat kepada mahasiswa yang

bekeperluan dapat disegerakan berbanding menunggu mahasiswa datang ‘menyerah

diri’ ke kaunter zakat.

Selain itu, perkongsian data daripada Bahagian Akademik juga dapat

membantu pihak pentadbir zakat universiti membuat perancangan yang lebih pantas

dan tuntas untuk membantu asnaf penerima zakat yang memerlukan program

sokongan dan motivasi akademik.

Kaedah permohonan zakat dan penambahbaikan

Sistem permohonan zakat di UKM masih menggunakan cara manual di mana

mahasiswa memohon menggunakan borang cetakan berserta lampiran dokumen

sokongan sebagai bukti. Namun, pihak pentadbir zakat UKM sedang merintis usaha

ke arah penggunaan sistem permohonan dalam talian. Manakala sistem permohonan

zakat di UPM lebih mudah di mana mahasiswa memohon secara dalam talian dan

memuat naik dokumen sokongan dalam bentuk format Pdf ke dalam sistem. Kaedah

ini lebih cepat dan mesra alam. Cuma, sistem sedia ada masih ada ruang untuk dinaik

taraf terutamanya dari aspek penghasilan laporan secara automatik dan integrasi data

dengan bahagian Hal ehwal akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar

334

Sistem temu duga zakat

Berdasarkan garis panduan agihan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor, setiap

pemohon zakat perlu ditemu duga bagi membuat pengesahan maklumat dan

mengetahui masalah pemohon zakat. Prosedur permohonan zakat di UKM berbeza

dengan UPM dari segi pelaksanaan jadual temu duga zakat kepada pemohon. UKM

menggunakan sistem temu duga secara mingguan berselang seli; di mana minggu

ganjil diperuntukkan untuk mahasiswa menghantar borang permohonan dan minggu

genap untuk sesi temu duga. Purata jumlah pelajar yang ditemu duga setiap minggu

adalah seramai 400 orang (musim puncak) iaitu dengan purata sekitar 5 minit bagi

sesi temu duga, dan 80 orang pelajar diitemuduga dalam hari yang ditetapkan.

Manakala prosedur permohonan zakat di UPM menggunakan pendekatan

temu duga pada setiap hari bekerja, berdasarkan tarikh permohonan zakat dalam

talian, jumlah permohonan semasa dan keberadaan juru temuduga. Purata jumlah

permohonan yang ditemu duga setiap hari adalah 20 orang bagi seorang penemu

duga, dengan purata 300 orang pelajar ditemu duga dalam masa seminggu. Dengan

jumlah pemohon yang perlu ditemu duga bagi setiap sesi, seorang penemu duga

hanya mempunyai sekitar 10 -15 minit sahaja bagi setiap pemohon. Jika pemohon

mempunyai permasalahan tertentu, masa temu duga dilanjutkan sehingga 20 minit.

Dalam masa yang singkat itu, tidak banyak masalah mahasiswa asnaf yang dapat

diteroka dan dikenal pasti. Setelah selesai proses temu duga, penemu duga perlu

menghantar laporan dalam talian bagi proses kelulusan bantuan zakat. Proses

penerimaan wang bantuan zakat akan mengambil masa sebulan, kecuali bagi kes

bantuan tabung kecemasan.

Isu dan permasalahan yang dihadapi oleh asnaf

Berdasarkan pengalaman penemu duga zakat yang menjadi informan, masalah

mahasiswa asnaf dikategorikan sebagai masalah kewangan, peribadi, masalah agama,

akademik, sosial, keluarga. Masalah ini saling berkait antara satu sama lain,

terutamanya jika mahasiswa datang dari keluarga yang berantakan, bapa yang tidak

bekerja, ada ahli keluarga yang sakit. Terdapat juga masalah kewangan yang diadukan

oleh pemohon zakat kerana berlaku peristiwa yang tidak diingini seperti kehilangan

wang, kematian ibu atau bapa, komputer riba rosak atau dicuri.

Namun, bukan semua permasalahan ini diceritakan oleh mahasiswa semasa

sesi temu duga zakat. Mahasiswa yang tidak dapat menangani pelbagai masalah yang

dihadapinya menyebabkannya tertekan dan tumpuan terhadap akademik terganggu.

Dalam kes yang lebih serius, masalah yang tidak dapat diurus dengan baik

menyebabkan tumpuan akademik yang terganggu mengakibatkan mahasiswa

mendapat status amaran atau percubaan kerana gred peperiksaan semester kurang dari

2.0 mata. Kesannya, pinjaman pelajaran PTPTN digantung dan menyebabkan

mahasiswa tiada wang sara hidup dan tertunggak yuran pengajian.

335

Selain daripada masalah kewangan yang dinyatakan di atas, terdapat juga

masalah kewangan dalam kalangan mahasiswa sarjana muda dan mahasiswa sarjana

yang telah mendirikan rumah tangga. Masalah ini lazim dikenal pasti terutamanya

jika pasangan mahasiswa masih muda dan sama-sama masih menyambung pengajian.

Lebih kritikal lagi, apabila pasangan muda ini telah mendapat zuriat semasa masih

mempunyai komitmen belajar.

Program pembangunan diri asnaf

Selain daripada memberikan bantuan zakat kepada mahasiswa, pentadbir zakat

universiti turut memberikan khidmat tambahan bagi membantu memajukan diri asnaf.

Bagi pihak WAZAN UPM, terdapat dua sasaran utama program pembangunan asnaf

iaitu Rakan Bakti Putra (RBP) dan program pembangunan akademik. Rakan Bakti

Putera adalah program peluang bekerja sambil belajar kepada golongan asnaf untuk

menambah pendapatan di dalam kampus. manakala bagi Program Pembangunan

Akademik pula, program ini berfokus kepada kumpulan sasaran mahasiswa asnaf

yang memperoleh keputusan peperiksaan semester 2.5 ke bawah. Selain itu, program

keagamaan dan kelas membaca Al Quran turut dijalankan dengan kerjasama pihak

luar. Kelas pengajian al Quran telah dihentikan buat masa ini untuk pelaksanaan

program lain.

Bagi Unit Zakat UKM, fokus diberikan kepada program keagamaan seperti

kelas mengaji dan fardu ain. Namun kelas mengaji telah terhenti kerana kurangnya

penglibatan mahasiswa. Program pembangunan diri untuk asnaf mahasiswa yang

mempunyai pencapaian akademik yang rendah juga pernah dijalankan dengan

kerjasama pihak konsultan dan dijalankan di luar UKM. Isu yang dikenal pasti hasil

kajian ini adalah, pihak pentadbir zakat menghadapi cabaran bagi mendapatkan

penyertaan bagi program pembangunan diri asnaf. Malah, ada mahasiswa yang

menarik diri di saat akhir walaupun telah memberikan persetujuan untuk menghadiri

program. Antara maklum balas peserta program yang lepas termasuklah stigma “kalau

program zakat ni mesti mengenai hal agama je” (pengalaman informan). Namun

selepas menghadiri program, mahasiswa memberikan maklum balas positif. Kadar

penyertaan peserta bagi program yang dijalankan adalah sekitar 10-15% daripada

sasaran.

Selain itu, Unit Zakat UKM juga berkerjasama dengan pihak fakulti dengan

menyalurkan bantuan kewangan untuk menjayakan program akademik kepada

mahasiswa yang mempunyai pencapaian akademik rendah. Unit Zakat UKM turut

memperuntukkan sejumlah amaun bagi mahasiswa yang cemerlang akademik melalui

skim insentif kecemerlangan akademik.

Keperluan modul untuk mahasiswa asnaf

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pentadbir zakat di UKM dan UPM

menghadapi isu yang serupa iaitu keperluan untuk membantu meningkatkan prestasi

akademik mahasiswa asnaf. Namun, kekangan yang dihadapi adalah kekurangan

336

tenaga kepakaran untuk membina modul yang bersesuaian bagi membantu mahasiswa

yang berprestasi akademik rendah. Kedua-dua universiti memberikan respon yang

positif terhadap pembinaan modul daya tindak yang membantu mahasiswa membuat

pilihan yang baik sebelum bertindak apabila menghadapi masalah dan tekanan dalam

kehidupan. Dengan penggunaan daya tindak yang positif, tahap tekanan mahasiswa

adalah terkawal dan dapat fokus terhadap peranan akademik.

Berdasarkan maklum balas kedua-dua pentadbir zakat universiti, modul perlu

diselitkan dengan elemen keagamaan & kerohanian, kerana aspek agama tidak dapat

dipisahkan dalam kehidupan. Sehubungan itu daya tindak spiritual perlu

diintegrasikan dalam modul yang akan dibina. Antara saranan lain yang diperoleh

termasuklah modul dijalankan dalam tempoh yang pendek berdasarkan pengalaman

pentadbir zakat mengelolakan program sebelum ini. Elemen yang menarik minat

mahasiswa perlu diberi perhatian agar mahasiswa terus memberikan komitmen untuk

menghadiri keseluruhan pelaksanaan aktiviti modul. Kedua-dua pentadbir zakat di

UKM dan UPM bersedia berkerjasama dalam perancangan dan pelaksanaan modul

bagai mahasiswa asnaf sebagai nilai tambah kepada diri mereka.

KESIMPULAN

Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik mendapat bukti keperluan bagi

pembinaan modul latihan khusus buat asnaf mahasiswa di universiti. Kajian ini

menjangkakan kesan pembangunan modul yang akan dibina dan dilaksanakan kepada

mahasiswa asnaf akan berupaya mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan

kesihatan mental mahasiswa dengan pendidikan daya tindak yang positif, serta

peningkatan daya tahan mahasiswa terhadap tekanan. Keberkesanan modul ini secara

tidak lansung akan menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik

mahasiswa asnaf dan kemahiran insaniah sebagai persediaan melahirkan graduan

holistik. Graduan asnaf yang holistik dapat berdaya saing dalam pasaran pekerjaan

serta menjadi penyumbang zakat pula pada masa akan datang. Dengan itu, kitaran

zakat dari penerima kepada penyumbang akan dapat dicapai dan lebih ramai pula

asnaf yang dapat dibantu demi pembangunan ekonomi ummah. Pentadbir zakat di

UPM iaitu Waqaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Unit Zakat UKM telah

menjalankan peranan mereka dengan proaktif dan responsif terhadap isu-isu yang

dihadapi mahasiswa. Usaha mereka ini akan lebih berkesan dengan adanya sokongan

padu dari semua entiti di dalam universiti.

RUJUKAN

Azman Abd. Rahman & Siti Marthiah Anwar. (2014). Dana Zakat dalam pendidikan

asnaf dan sumbangannya terhadap ekonomi Malaysia. Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9). Prosiding. Ms 208-

215. Kuala Terengganu, Terengganu.

337

Alexandra H. Bettis, Mary Jo Coiro, Jessica England, Lexa K. Murphy, Rachel L.

Zelkowitz, Leandra Dejardins, Rachel Eskridge, Laura L. Hieber, Janet

Yarboi, Daniel Pardo & Bruce E. Compas. (2017). Comparison of Two

Approaches to Prevention of Mental Health Problems in College Students:

Enhancing Coping and Executive Function Skills, Journal of American

College Health, DOI: 10.1080/07448481.2017.1312411

Che Rozniza, Azizan., Asbah, Razali., & Rajalingam, Pillai. (2013). Promoting

Positive Mental Health among Students in Malaysia. Psychology and

Behavioral Sciences; 2(2): 73-82.

Kadhiravan, S. & Kumar, S. (2012). Enhancing Stress Coping Skills Among College

Students Journal of Arts, Science & Commerce. Vol.– III, Issue–4(1), October

2012[49]

Laman sesawang rasmi WAZAN.http://www.wazan.upm.edu.my/ diakses 12 Julai

2017

Laman sesawang rasmi Unit Zakat UKM. http://www.ukm.my/zakat/ diakses 15 Julai

2017

Lazarus R.S. (2000). Toward Better Research on Stress and Coping. American

Psychologist. Vol. 55. No. 6, 665 673 DOI: 10.1037//0003-066X.55.6.665

Mohd Rodzi Embong, Roshaiza Taha & Mohd Nazli Mohd Nor. Role of Zakat to

Eradicate Poverty in Malaysia. Jurnal Pengurusan 39 (2013) 141 – 150

Nurul Afifah Hasan, Aisyah Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid. (2015).

Penentuan Hadul Kifayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Siswazah

di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam Nor Aini Ali et. al (peny). Isu

Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia. Kuala

Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). hlm 79-92.

Othman, A. & Noor, A.H.M. (2012). Role of zakat in minimizing economic

inequalities among Muslim: A preliminary study on non-recipients of zakat

fund (NRZF). 3rd International Conference on Business and Economic

Research (3rd ICBER 2012) Proceeding. Golden Flower Hotel, Bandung,

Indonesia.

Reavley.N & Jorm.A.F (2010). Prevention and early intervention to improve mental

health in higher education student. Early Intervention in Psychiatry; 4: 132–

142

Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri, Putrajaya

Sarah Athirah Saruci, Aisyah Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid. (2015).

Penentuan Hadul Kifayah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Kajian

Prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam Nor Aini Ali et. al

(peny). Isu Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia.

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). hlm 61-

78.

Suhaila Nadzri, Rabi’atul ‘Adawiyah Seh Nilamuddin, Nuzul Akhtar Baharudin &

Siti Syuhada Abd.Rahman. (2016). Faktor yang mendorong mahasiswa IPT

338

membuat kerja sambilan. International Conference on Economics & Banking

2016. (2nd

. ICEB). Prosiding. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),

Selangor.

Statistik Agihan Zakat Mengikut Negeri. SPMJ JAWHAR. Accessed July 12, 2017.

http://intranet.jawhar.gov.my/spmj/public/zkt_agihan_stat.php.

Uzaimah A.N. (1999). Kajian Tentang Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar-Pelajar

Tahun Satu Kursus Profesional Di Institut Profesional Baitulmal. Tesis yang

tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2015). Kemahiran kaunseling sebagai stratergi

membantu. Bangi: Penerbit UKM.

Bab 28 PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ASNAF MUALAF: KAJIAN KES

KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Muhammad Haffiz Muhamad Isai & Hairunnizam Wahid

ii

iSarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. [email protected]

iiPensyarah kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.

[email protected]

Abstrak Pendidikan peringkat tertier atau pendidikan tinggi adalah suatu keperluan semasa yang

penting, lebih-lebih lagi dalam dunia global dengan perkembangan pesat ilmu pengetahuan

dewasa ini. Kelayakan akademik di peringkat pendidikan tinggi bukan sahaja dapat

memenuhi keperluan keilmuan seseorang dalam bidang akademik yang ditekuninya, tetapi

juga memberikan kelebihan-kelebihan lain seperti peluang pekerjaan yang baik dan

peningkatan status sosio-ekonominya. Dalam konteks perkembangan pendidikan golongan

asnaf mualaf, penelitian pengkaji sebelum ini mendapati asnaf mualaf di Malaysia cenderung

memilih aliran pendidikan akademik berbanding aliran pendidikan kemahiran. Justeru

melanjutkan penelitian lalu, kajian ini berhasrat meninjau peranan yang dimainkan oleh

Institusi pengajian Tinggi terpilih iaitu Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang dalam

pendidikan golongan asnaf mualaf di samping meninjau perkhidmatan pendidikan yang

disediakannya dan mengenalpasti aspek-aspek yang menjadikan sistem pendidikan di Institusi

Pengajian Tinggi releven bagi memenuhi keperluan golongan ini. Kajian ini dijalankan

dengan menggunapakai pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Teknik temu

bual mendalam dengan persampelan bertujuan digunakan bagi pengumpulan data, di samping

analisis dokumen merangkumi kajian kepustakaan serta penelitian teks dan dokumen. Data

dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan dan analisis tematik. Kajian mendapati

Kolej Dar al-Hikmah berperanan sebagai IPT panel di bawah Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS) dalam menampung keperluan pendidikan para asnaf mualaf yang berkelayakan di

samping menyediakan peluang kepada golongan asnaf mualaf untuk melanjutkan pengajian

peringkat diploma dalam bidang pengajian Islam dan sains kemanusiaan dengan beberapa

persyaratan. Perkhidmatan pendidikan yang disediakan di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) juga

dianggap memuaskan kerana memenuhi kriteria minima dalam apek fasiliti, pentadbiran dan

akademik seperti yang ditetapkan badan regulator berkaitan. Di samping itu, institusi ini

membangun model pendidikan tersendiri yang dikenali sebagai ‘Pendidikan al-Hikmah’ yang

mengadun acuan pendidikan holistik yang menggabungjalinkan elemen pendidikan akademik,

pengukuhan asas agama, pembentukan watak, kesedaran dakwah serta aktivisme sosial.

Terdapat dua aspek penting menjadikan institusi pengajian tinggi releven untuk membantu

membangun pendidikan golongan mualaf iaitu struktur akademik yang terkawalselia, dan

proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang. Beberapa cadangan dikemukakan untuk

kajian lanjutan di samping saranan kepada pihak berkepentingan khususnya pihak otoriti

keagamaan dalam merencana tindakan yang lebih pragmatik dalam memperkasa agenda

pembangunan pendidikan mualaf.

Kata Kunci: Asnaf Mualaf, Pendidikan Tinggi, Kolej Dar al-Hikmah.

340

PENGENALAN

Pendidikan merupakan keperluan asasi yang menempati hierarki keperluan yang

utama bagi seseorang manusia dalam era ini. Malah, menuntut ilmu menjadi suatu

saranan keagamaan yang penting dalam Islam sehinggakan secara jelas meletakkan

hukum wajib bagi setiap Muslim untuk menuntut ilmu: “Menuntut ilmu itu wajib atas

setiap Muslim” (Hadith riwayat Ibnu Majah, no. 224). Lebih daripada itu, Islam

menjanjikan ganjaran-ganjaran yang lumayan bagi mereka yang berusaha mencari

ilmu pengetahuan seperti yang tergambar dalam sabdaan Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka

akan dimudahkan oleh Allah SWT baginya jalan-jalan ke syurga.” (Hadith

riwayat Muslim, no. 2699).

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk meningkatkan

keupayaan diri dengan berusaha menuntut ilmu di samping para pemerintah Muslim

atau otoriti keagamaan berinisiatif menyediakan akses pendidikan kepada rakyat di

bawah pentadbirannya. Di Malaysia, undang-undang telah mewajibkan pendidikan

peringkat primer iaitu pendidikan peringkat sekolah daripada tahun satu sehingga

darjah enam sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Pendidikan Wajib di

bawah Akta Pendidikan (Pindaan 2002). Di bawah akta ini, dalam seksyen 29A (2)

memperuntukkan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini

perlu memastikan anak-anak mereka yang mencapai usia tertentu didaftarkan sebagai

murid sekolah rendah dan mengikuti pembelajaran sepanjang tempoh yang ditetapkan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Justeru, kerajaan Malaysia di bawah

mekanisme dan jentera yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) menyediakan banyak kemudahan untuk akses pendidikan pada peringkat ini.

Walaupun begitu, tidak semua rakyat Malaysia berpeluang melanjutkan

pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat pendidikan tertieri atau pendidikan

tinggi. Pendidikan peringkat tertier hari ini menjadi suatu keperluan semasa yang

penting, lebih-lebih lagi dalam dunia global dengan perkembangan pesat ilmu

pengetahuan. Kelayakan akademik di peringkat pendidikan tinggi bukan sahaja dapat

memenuhi keperluan keilmuan seseorang dalam bidang akademik yang ditekuninya,

tetapi juga memberikan kelebihan-kelebihan lain seperti peluang pekerjaan yang baik

dan peningkatan status sosio-ekonominya

Dalam perkembangan yang sama, salah satu golongan ‘minoriti’ dalam negara

majoriti Muslim di Malaysia iaitu golongan asnaf mualaf juga tidak terkecuali

daripada perintah keagamaan menuntut ilmu pengetahuan, khususnya ilmu-ilmu

berkaitan agama memandangkan mereka merupakan kelompok yang baharu

mengenal Islam dan memeluknya. Mualaf atau golongan yang baharu memeluk Islam

dapat dikenali juga sebagai ‘saudara baharu’. Mu’jam Lu hah al-Fuqaha’

memberikan definisi mualaf sebagai “seseorang yang diberi zakat untuk melembutkan

hati mereka supaya memeluk Islam” (Azman A.R. et al., 2015). Mualaf juga

dikategorikan sebagai salah satu kelompok yang layak menerima zakat sebagaimana

341

firman Allah: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-

orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan mualaf

yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan

dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah,

dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan...” (Surah al-Tawbah (9):

60).

Sesuai dengan perintah berzakat dalam Islam, otoriti keagamaan adalah

institusi yang mengemban amanah umat dalam membantu mengagihkan perolehan

zakat kepada golongan asnaf mualaf termasuklah menyediakan skim dan program

pendidikan bagi mereka. Dalam konteks golongan mualaf di Malaysia, adalah

menjadi keprihatinan bagi umat untuk sama-sama membantu mencari formula terbaik

dalam perkembangan pendidikan mereka. Tidak seperti pendidikan peringkat primer

dan sekunder iaitu persekolahan rendah dan menengah, pendidikan peringkat tertier

mempunyai kaedah, mekanisme dan juga sistem yang sama sekali berbeza dengan

yang dilalui dalam peringkat pendidikan sebelumnya. Malah, perbelanjaan yang besar

juga diperlukan bagi membiayai pengajian di peringkat ini, di samping syarat-syarat

kelayakan yang harus dipenuhi. Tanpa menafikan peranan kelas-kelas pengukuhan

agama dan inisiatif skim dan program pendidikan yang diinisiatifkan oleh banyak

pihak, laluan pendidikan peringkat tinggi juga wajar menjadi salah satu sasaran dalam

pembangunan pendidikan golongan ini.

Skim dan program pendidikan yang pelbagai diwujudkan dengan sokongan

dana zakat pendidikan menjadikan zakat sebagai mekanisme yang utama dalam

menyelesaikan masalah berkaitan pembiayaan pendidikan dalam kalangan golongan

ini, sepertimana dipetik daripada penelitian Azman Abdul Rahman et al. (2017).

Walaupun begitu, persoalan tentang keberkesanan dan kemapanan skim dan program

pendidikan oleh pihak-pihak terbabit wajar untuk diteliti. Selain daripada kelas-kelas

pengukuhan agama dan program-program keagamaan yang dibangunkan oleh pihak

tertentu, pengkaji berpendapat bahawa sistem pendidikan yang lebih teratur dan

bersistem seperti yang terdapat di Institusi Pengajian Tinggi adalah sesuai bagi

memenuhi keperluan semasa golongan ini.

Pengkaji sendiri sebelumnya telah mengenalpasti kecenderungan pemilihan

aliran pendidikan dalam kalangan asnaf mualaf di Malaysia melalui suatu kajian yang

khusus (Muhammad Haffiz & Hairunnizam Wahid, 2017). Kecenderungan aliran

pendidikan dalam kalangan asnaf mualaf juga merupakan salah satu aspek penting

yang perlu diambilkira. Kajian tersebut menggunakan pendekatan kuantitatif dengan

kaji selidik sebagai teknik pengumpulan data dengan strategi persampelan rawar

berstatifikasi tidak bernisbah dengan mensasarkan asnaf mualaf dalam kalangan 514

orang pelajar daripada empat buah pusat latihan mualaf di Malaysia. Daripada data

yang diperoleh, asnaf mualaf didapati cenderung memilih pendidikan aliran akademik

berbanding aliran kemahiran walaupun nisbah pemilihan antara kedua-dua aliran

hampir seimbang. Sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1, seramai 280 orang

mualaf (54%) berminat dengan aliran akademik berbanding seramai 234 orang mualaf

342

(45.5%) memilih aliran kemahiran justeru mengindikasikan secara jelas bahawa aliran

akademik adalah pilihan majoriti oleh asnaf mualaf. Kecenderungan terhadap aliran

pendidikan akademik oleh asnaf mualaf di Malaysia dikenalpasti didorong oleh faktor

utama motivasi dan minat. Dalam masa yang sama, minat mualaf terhadap aliran

pendidikan akademik ditentusahkan melalui kaedah ujian psikometrik minat kerjaya

model H llan ’s dan keputusannya adalah koheren (Muhammad Haffiz dan

Hairunnizam Wahid, 2017).

Diakui terdapat pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam membangun pendidikan

golongan mualaf, malah peruntukan yang besar juga dikeluarkan. Namun,

pemantauan dan kawal selia terhadap keberkesanan program pendidikan yang

dilaksanakan adalah amat minima. Malah kelemahan-kelemahan yang ketara

dikenalpasti dalam pelaksanaannya seperti kualiti isi kandungan pengajaran, kaedah

penyampaian, penilaian kefahaman peserta, pengawalseliaan kualiti program dan

konsistensi pelaksanaan. Atas sebab itu, dapat diandaikan bahawa kondisi pendidikan

yang lebih baik dan teratur mungkin dapat dimanfaatkan untuk pembangunan

pendidikan golongan mualaf. Sorotan terhadap kajian-kajian lepas juga

mengisyaratkan pentingnya untuk meneliti peranan sistem pendidikan berstruktur

yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi dalam membantu perkembangan

pendidikan golongan mualaf agar rencana dan strategi yang dirangka dalam membela

kelompok ini akan menatijahkan hasil yang bertepatan dengan kehendak dan

keperluan mereka, sekaligus memenuhi amanah pertanggungjawaban umat terhadap

golongan ini.

Justeru, sebagai lanjutan daripada kajian Muhammad Haffiz dan Hairunnizam

Wahid (2017), pengkaji berpendapat bahawa pendidikan di institusi pengajian tinggi,

sebagai satu bentuk daripada aliran pendidikan akademik wajar untuk diteliti,

memandangkan ia mempunyai ciri dan bentuk yang tersendiri. Oleh yang demikian,

penelitian terhadap sistem pendidikan tertieri di Institusi Pengajian Tinggi dan

kesesuaiannya dalam memenuhi keperluan semasa golongan asnaf perlu dilakukan.

Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh institusi seperti ini perlu dikenalpasti dan

dimanfaatkan untuk kejayaan agenda pembangunan pendidikan golongan mualaf.

Dalam penelitian ini, pengkaji memfokuskan tumpuan kajian ini kepada peranan yang

boleh dimainkan oleh Institusi Pengajian Tinggi dalam membangun pendidikan

mualaf. Memandangkan tidak semua institusi pengajian tinggi di Malaysia

mempunyai prosedur menyantuni golongan mualaf, maka pengkaji memilih salah

sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai pengalaman menguruskan pelajar

daripada golongan asnaf mualaf iaitu Kolej Dar al-Hikmah, Kajang sebagai kajian kes

bagi kajian ini.

Oleh yang demikian, penelitian ini meletakkan objektif-objektif berikut

sebagai tujuan kajian: (1) meninjau peranan yang dimainkan oleh Institusi Pengajian

Tinggi terpilih iaitu Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang dalam pendidikan golongan

mualaf; (2) meninjau perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kolej Dar al-

Hikmah (KDH), Kajang; (3) mengenalpasti aspek yang menjadikan sistem pendidikan

343

di Institusi Pengajian Tinggi releven untuk perkembangan pendidikan golongan

mualaf.

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan dengan menggunapakai pendekatan kaedah kualitatif dan

merangkumi dua teknik pengumpulan data iaitu temubual dan analisis dokumen.

Pengumpulan data secara temubual dikendalikan dengan kaedah temuramah

mendalam (in-depth interview) di mana pengkaji memilih strategi persampelan

bertujuan dengan bertemu sendiri dengan Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah dan

menemuramah responden tentang subjek kajian. Teknik ini tidak memerlukan

pengkaji menemubual responden dalam bilangan tertentu melainkan mengenalpasti

individu yang selayaknya yang mempunyai pengetahuan mendalam atau pengalaman

langsung dengan subjek kajian (Jasmi, K. A., 2012). Justeru, responden ditemubual

dengan berpandukan senarai soalan yang disediakan dengan pertanyaan soalan

tambahan sebagai huraian daripada jawapan responden atau mengikut keperluan

informasi oleh pengkaji. Teknik pengesahan peserta (participant validity)

sebagaimana disarankan oleh Lincoln and Guba (1985) digunakan sebagai langkah

memastikan terdapatnya kebolehpercayaan (reliability) dan kebolehbergantungan

(dependability) data. Teknik ini memerlukan pengkaji membentangkan hasil dapatan

kajian kepada responden atau informan untuk mengesahkan sama ada dapatan

tersebut menggambarkan pandangan atau maklumat sebenar yang telah beliau

berikan.

Manakala analisis dokumen dilaksanakan merangkumi kajian kepustakaan

serta penelitian teks dan dokumen-dokumen berkaitan model, silibus, dan

perkhidmatan pendidikan oleh Kolej Dar al-Hikmah seperti Laporan Tahunan

Prestasi KDH, Pelan Strategik Resolusi Camar Laut, Himpunan Pidato Kependidikan

Presiden KDH, laman portal web KDH dan sebagainya. Menurut Bowen (2009),

teknik analisis dokumen adalah prosedur sistematik untuk menyorot dan menilai

dokumen sama ada bahan bercetak ataupun elektronik. Teknik ini adalah sesuai

dijalankan bersama teknik temu bual sebagai suatu prosedur triangulasi atau

kombinasi metodologi dalam penelitian terhadap fenomena yang serupa (Denzin,

1970). Bukan sekadar membantu pengkaji memperoleh data berkaitan, triangulasi

seperti ini juga menunjukkan usaha pengkaji menyediakan pembuktian-pembuktian

daripada pelbagai jalur sumber yang menjadikannya berkredibiliti (Eisner, 1991).

Data yang telah terkumpul dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan

(content analysis) dan analisis tematik (thematic analysis) yang melibatkan proses

imbasan (skimming), pembacaan mendalam (thorough examination) dan pentafsiran

(Bowen, 2009).

HASIL KAJIAN

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Ditubuhkan

pada tahun 1989, ia merupakan antara institusi pendidikan Islam swasta yang terawal

di Malaysia. Ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah

344

pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan,

KDH merupakan buah hasil daripada pemikiran kependidikan para penggiat dan

aktivis ABIM. ABIM menubuhkan rangkaian institusi pendidikannya bermula dengan

Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah

Menengah Islam (SEMI) dan diperingkat pendidikan tertireri, ditubuhkan KDH

sebagai lanjutan daripada rangkaian institusi pendidikannya. (KDH, 2015).

KDH pada awalnya didirikan dengan nama Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam

(IPI). Ia dibangunkan dalam suasana masyarakat awam khususnya umat Islam yang

dahagakan ilmu khususnya yang berkaitan dengan ilmu-ilmu agama Islam. (Ghazali

Basri, 1994). Dalam masa yang sama, ketika awal penubuhannya, hanya terdapat tiga

institusi pendidikan formal di peringkat pengajian tinggi Malaysia yang menawarkan

pengajian Islam secara berstruktur iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di bawah

jabatan atau unitnya masing-masing. Kolej Islam Malaya juga merupakan institusi

yang awal namun fungsinya telah diambilalih UKM dengan penyerapan pelajar Kolej

Islam setelah penubuhan universiti ini (Mohd Halimi Abdul Hamid, 1996). Walau

bagaimanapun, institusi pendidikan yang tersebut mensyaratkan kelayakan akademik

tertentu bagi melayakkan individu menyertainya. Justeru, penubuhan IPI boleh

dikatakan tepat pada waktunya bagi mengisi kelompongan yang ditinggalkan oleh

institusi pengajian Islam formal yang lain (Mohd Halimi Abdul Hamid, 1996).

IPI mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada khalayak. Kuliah

dijalankan pada hujung minggu secara separuh masa. Sukatan pelajarannya

dibangunkan sendiri oleh para aktivis ABIM ketika itu khususnya yang terdiri

daripada para akademia dan pensyarah di universiti-universiti. Merekalah juga yang

secara sukarela menjadi tenaga pengajar di IPI walaupun imbuhan atau elaunnya

relatif kecil. Bukan sekadar institusi yang menyediakan pengajian ilmu-ilmu Islam,

IPI juga sebenarnya berfungsi sebagai medan eksperimentasi bagi pengembangan

teori-teori baharu dalam pemikiran Islam khususnya dalam wacana PengIslaman Ilmu

atau Islamisasi Ilmu (Ghazali Basri, 1994). Sesuai dengan peredaran zaman, dan

regulasi-regulasi baharu daripada otoriti, IPI juga turut mengalami perubahan. Ini

termasuklah pengambilan pelajar sepenuh masa, penubuhan kampus tetap,

pengurusan urustadbir secara sepenuh masa, dan persyaratan akreditasi untuk

program-program akademiknya. Menjelang tahun 2002, IPI ditukar nama kepada

namanya yang sekarang iaitu Kolej Dar al-Hikmah.

Kolej Dar al-Hikmah pernah dan sedang dipimpin oleh para akademia dan

golongan pendidik yang mengabdikan diri mereka dalam perjuangan kependidikan,

antaranya Profesor Emeritus Dato Dr. Osman Bakar sebagai pengarah pertama,

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa, Dr. Ghazali Basri, Dato’ Mokhtar Shafie, Haji Ahmad

Mohd Said, Prof Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Haji Fuad Bahari dan Haji Muhamad

Khailani Abdul Jalil. Para penggerak dan petugas di KDH menganggap kerja-kerja

mereka di KDH bukan semata-mata karier atau kerjaya, tetapi merupakan perjuangan,

kebajikan dan dakwah. (Muhamad Khailani Abdul Jalil, 2017).

345

Setelah hampir 30 tahun bertahan dalam arena pendidikan tinggi, KDH masih

lagi mengekalkan beberapa ciri unik yang tersendiri, antaranya pembudayaan ilmu

dalam kalangan warganya. Selain itu, aspek kebajikan juga menjadi prioriti KDH di

mana ia dapat dilihat pada struktur yuran pengajian yang relatif rendah, penyantunan

terhadap pelajar dalam golongan yang berpendapatan rendah, persediaan khusus

untuk golongan mualaf, dan penawaran biasiswa di bawah Dana Pendidikan al-

Hikmah bagi yang berkelayakan.

Bermula tahun 2008, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) telah dipilih sebagai salah

satu institusi pengajian tinggi panel oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi

menampung keperluan pendidikan golongan asnaf mualaf. MAIS menghantar para

pelajar dalam kalangan asnaf mualaf yang berkelayakan (menurut kriteria MAIS)

untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma di KDH dengan penajaan oleh

pihak MAIS. Jadual 2 menunjukan keputusan peperiksaan semester 1 bagi pelajar-

pelajar baharu tajaan MAIS di Kolej Dar al-Hikmah. Daripada 46 orang pelajar

baharu golongan mualaf tajaan MAIS tersebut, majoriti mencatatkan prestasi

pencapaian sederhana iaitu pada purata nilai gred kumulatif antara 2.01 hingga 3.00

iaitu sebanyak 43.5% (20 orang), diikuti pencapaian cemerlang dengan purata nilai

gred 3.01 hingga 4.00 iaitu sebanyak 34.8% (16 orang) dan pencapaian lemah kurang

2.00 sebanyak 9.6% (9 orang). Keputusan ini dinilai sebagai prestasi yang

memuaskan.

Daripada hasil temu bual, dengan menjurus kepada permasalahan kajian,

pengkaji mengenalpasti tema-tema yang kemudiannya dikodkan secara induktif.

Pengkaji mengkategorikannya ke dalam lima tema utama iaitu “Persediaan

Pendidikan”, “Struktur Pendidikan”, “Model Pendidikan”, “Pengajaran dan

Pembelajaran” dan “Pencapaian dan Pengiktirafan”. Tema “Persediaan Pendidikan”

didapati menjawab permasalah kajian bagi objektif pertama kajian (tentang peranan

KDH dalam pendidikan mualaf), manakala tema “Model Pendidikan” dan

“Pencapaian dan Pengiktirafan” menjawab permasalahan kajian bagi objektif kedua

(perkhidmatan pendidikan KDH). Seterusnya permasalahan kajian ketiga bagi

objektif mengenalpasti aspek kerelevenan institusi pengajian tinggi terhadap

pendidikan mualaf terjawab dengan tema “Struktur Pendidikan” dan “Pengajaran dan

Pembelajaran”

Peranan Kolej Dar al-Hikmah dalam pendidikan asnaf mualaf: Jadual 3

menunjukkan tema “Persediaan Pendidikan” yang mengindikasikan peranan Kolej

Dar al-Hikmah (KDH) dalam pendidikan asnaf mualaf. KDH menerima kemasukan

pelajar mualaf khususnya daripada pihak MAIS walaupun kriteria kelayakan di

peringkat kedua-dua pihak mungkin berbeza. Justeru ujian penempatan (placament

test) dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan pelajar dalam asas-asas agama. Selain

itu, ‘Kelas Pengukuhan Mualaf’ sebagai persediaan kepada pelajar mualaf sebelum

mengikuti subjek teras dalam program akademik peringkat diploma. Kelas ini

menempatkan para pelajar asnaf mualaf yang belum mencapai tahap memuaskan

dalam penguasaan pengetahuan-pengetahuan asas agama bagi memastikan mereka

346

tidak mengalami keciciran ketika mengikuti matapelajaran teras kelak. Tujuan kelas

ini diwujudkan adalah berdasarkan pengalaman pihak KDH mengendalikan pelajar-

pelajar asnaf mualaf sebelum ini khususnya yang mengikuti program akademik

diploma usuluddin dan diploma syariah. Dalam masa yang sama disyaratkan

penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan mewajibkan kelas

bahasa sehingga beberapa tahap di samping menekankan penguasaan pembacaan al-

Quran dengan mewajibkan kelas Tilawah al-Quran dan tajwid.

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan di Kolej Dar al-Hikmah:

Perkhidmatan pendidikan di Kolej Dar al-Hikmah dapat ditinjau melalui dua aspek

iaitu aspek fasiliti asas dan model pendidikan. Fasiliti asas di KDH dapat dianggap

memuaskan berdasarkan pengiktirafan keseluruhan 4 bintang dalam penarafan

“Sistem Penilaian Kualiti” (MyQUEST) untuk IPTS bagi dua kali penilaian berturut-

turut iaitu pada 2012/2013 dan 2014/2015. Penilaian ini merangkumi keseluruhan

pengurusan pentadbiran dan pengurusan akademik sesebuah kolej swasta. Manakala

dari aspek model pendidikan, KDH telah membangunkan model pendidikan tersendiri

dengan falsafah, nilai dan budaya yang dicerminkan dalam semua urusan melibatkan

warga institusi yang dikenali sebagai institusi ini membangun model pendidikan

tersendiri yang dikenali sebagai ‘Pendidikan al-Hikmah’. Ia mengadun acuan

pendidikan holistik yang menggabungjalinkan elemen pendidikan akademik,

pengukuhan asas agama, pembentukan watak pelajar, kesedaran dakwah serta

aktivisme sosial. Kedua-dua aspek perkhidmatan pendidikan ini dapat ditinjau dalam

Jadual 4 yang menggariskan tema “Pencapaian dan Pengiktirafan” dan “Model

Pendidikan”.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa, Kolej Dar al-Hikmah

diiktiraf sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang sah dan berdaftar di bawah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Oleh yang demikian, kesemua program

akademik di Kolej Dar al-Hikmah iaitu Diploma Usuluddin, Diploma Syariah,

Diploma Pengajian Islam Muamalat, Diploma Kaunseling, Diploma Perakaunan,

Diploma Psikologi dan Diploma Pendidikan Pra Sekolah mendapat pengiktirafan

daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kolej Dar al-Hikmah juga telah

memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelbagai institusi pendidikan

dalam dan luar negara untuk tujuan menghantar pelajarnya melanjutkan pengajian ke

peringkat lebih tinggi. Pemetraian MoU seperti ini hanya dapat berlaku melalui

persefahaman dan kepercayaan antara kedua-dua pihak yang memetrai memorandum.

Ternyata KDH adalah sebuah institusi yang berkredibiliti berdasarkan rekod

penglibatan para ilmuwan dan golongan pendidik yang berpengalaman di KDH

(Kolej Dar al-Hikmah, 2015)

Model ‘Pendidikan al-Hikmah’ yang dibangunkan di KDH digarap daripada

surah Luqman dengan 10 nilai yang terumus daripadanya iaitu pemurnian akidah,

kebaktian kepada ibu bapa, ketegasan bersikap, kesedaran, pelaksanaan solat, amar

makrif nahi munkar, berdaya tahan, menghindari keangkuhan, kesederhanaan, dan

kesantunan (Siddiq Fadzil, 2014). Kesemua nilai ini merupakan teras pembinaan

347

watak warga Kolej Dar al-Hikmah. Selain penekanan terhadap kecemerlangan

akademik, aktiviti ko-kurikulum adalah suatu kegiatan wajib dan aktiviti berpersatuan

adalah amat digalakkan di samping kegiatan kemasyarakatan. Suatu ciri menonjol

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) adalah penerapan pembudayaan ilmu dalam kalangan

warganya. Walaupun saiz fizikalnya relatif kecil, namun keaktifan dalam

pembudayaan ilmu boleh dianggap memberangsangkan. KDH mempunyai unit

penyelidikan dan penerbitannya yang tersendiri, dikenali sebagai Akademi Kajian

Ketamadunan (AKK). AKK yang ditubuhkan pada tahun 2004 berperanan

menganjurkan wacana ilmiah, seminar dan konferens serta menerbitkan buletin, buku

dan jurnal ilmiah. Dalam pemerhatian penyelidik, KDH melalui AKK telah

menerbitkan jurnal JAWHAR Jurnal Kajian Ketamadunan selama lima belas tahun

berturut-turut dan sehingga kini menerbitkan 15 jilid jurnal JAWHAR, tujuh terbitan

monograf, 13 terbitan buletin Madaniyyat, enam terbitan Siri Pendidikan Tinggi

Islam, dan 15 terbitan buku ilmiah tidak berkala,

Aspek kerelevenan IPT dalam membangun pendidikan asnaf mualaf: Kajian

ini mengenalpasti dua aspek kerelevenan utama institusi pengajian tinggi bagi

membantu membangun pendidikan golongan mualaf iaitu struktur akademik yang

terkawalselia, dan proses pengajaran-pembelajaran yang terancang. Ini dapat dilihat

dalam Jadual 5 yang menunjukkan tema “Struktur Pendidikan” dan “Pengajaran dan

Pembelajaran”.

Struktur Pendidikan di institusi pengajian tinggi, melalui penelitian terhadap

Kolej Dar al-Hikmah didapati mematuhi garis panduan serta arahan daripada

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 1996 (KPT) sesuai dengan persyaratan

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) iaitu suatu akta yang

memperutukkan syarat dan prosedur untuk penubuhan, pendaftaran, pengurusan,

pengawalseliaan dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi

pendidikan tinggi swasta (Kementerian Pengajian Tinggi, 2016). Secara umum, setiap

matapelajaran mempunyai tiga jam kredit, dan setiap semester pengajian di Kolej Dar

al-Hikmah adalah selama 14 minggu kuliah bertatap muka. Setiap matapelajaran

mempunyai objektif, sasaran hasil pembelajaran dan jam pembelajaran yang

ditentukan secara spesifik. Manakala, penilaian pelajar dibuat dengan pentaksiran

melalui ujian dan peperiksaan, pembentangan, penyertaan dalam kuliah, artikel

ilmiah, kajian lapangan dan latihan praktikal. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai badan pengaawalselia akan

melakukan penilaian berkala bagi memastikan kesemua program akademik di Kolej

Dar al-Hikmah dikawalselia. Sekiranya didapati pihak institusi pengajian tinggi tidak

mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil

termasuklah tidak memperbaharui lesen akreditasi program akademik dan

pergantungan lesen operasi institusi.

Pengajaran dan pembelajaran terancang menjadi ciri penting sistem

pendidikan di institusi pengajian tinggi. Melalui kajian terhadap Kolej Dar al-

Hikmah, kehadiran ke kuliah adalah diwajibkan. Ini menandakan rutin kelas

348

pengajian di institusi pengajian tinggi mempunyai kekerapan dan konsistensi yang

jitu. Sesi kuliah pula mengutilisasikan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor

LCD, nota kuliah dan lain-lain. Kemahiran interaksi antara guru-murid di peringkat

pengajian tinggi (tertieri) sudah semestinya berbeza dengan yang dialami ketika di

peringkat pendidikan rendah dan menengah. Di peringkat tertieri, pensyarah

berinteraksi dengan pelajar secara profesional dengan kemahiran andragogi (kaedah

pengajaran orang dewasa). Malah, proses penyaluran ilmu tidak lagi berifat guru-

sentrik melainkan para pelajar sendiri digalakkan untuk menyampaikan pandangan

mereka dalam sesi kuliah. Selain itu, pelajar dilatih untuk menjana pengetahuan

melalui pencarian maklumat dan pengkajian.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa Kolej Dar al-Hikmah

sebagai institusi terpilih untuk kajian ini memainkan peranan yang signifikan dalam

membantu membangun pendidikan golongan mualaf. Peranan KDH dalam merangka

persediaan pendidikan yang sistematik untuk golongan mualaf dapat menjadi model

asas bagi program khusus pendidikan mualaf di institusi pengajian tinggi. Ujian

penilaian bagi mengukur tahap pengetahuan asas agama golongan asnaf mualaf,

misalnya, adalah sangat penting agar tidak berlaku keciciran dalam pengajian

sekiranya pelajar tidak mencapai tahap kemampuan yang minima. Justeru, kelas

pengukuhan mualaf sebagai persediaan golongan ini sebelum mengikuti subjek teras

dilihat sangat releven dan prihatin dengan kondisi golongan ini. Perkhidmatan

pendidikan yang baik dari aspek fasiliti dan model pendidikan juga dapat dijadikan

keutamaan dalam menyediakan platform pendidikan yang sesuai untuk golongan

asnaf mualaf.

Dengan model pendidikan al-Hikmah seperti yang dibangunkan KDH ini,

golongan mualaf bukan sekadar membangun potensi mereka dalam bidang akademik

semata-mata, tetapi juga membangun watak yang terampil. Kajian juga memperoleh

dapatan penting di mana dua aspek kerelevanan institusi pengajian tinggi dikenalpasti

khusus dalam menciptakan wadah pendidikan yang berkesan untuk golongan asnaf

mualaf iaitu struktur akademik yang terkawalselia dan proses pengajaran dan

pembelajaran yang terancang. Tidak seperti keadaan pendidikan tidak-formal atau

non-formal, sistem pengajian di institusi pengajian tinggi adalah sangat

menitikberatkan pencapaian indeks-indeks tertentu dalam keberkesanannya. Oleh

yang demikian, pendisplinan pelajar khususnya golongan asnaf mualaf dapat

dikekalkan dalam proses pengajian mereka. Tambahan lagi, jika dana zakat

dibelanjakan untuk tujuan ini, sudah semestinya buah hasil yang positif dinatijahkan

agar berbaloi dengan perbelanjaan dan yang lebih penting lagi amanah umat dalam

membantu golongan ini dilunasi.

Kajian ini adalah lanjutan daripada penelitian terhadap kecenderungan aliran

pendidikan golongan mualaf yang mendapati bahwa golongan mualaf lebih meminati

aliran pendidikan akademik berbanding pendidikan kemahiran. Justeru, sebuah

349

institusi pengajian tinggi dipilih bagi meninjau kerelevenan sistem pendidikan IPT

untuk golongan mualaf. Kerangka kajian ini dapat dimanfaatkan untuk melanjutkan

penelitian bagi kajian kes di institut pengajian tinggi lain pula. Di samping itu,

pendekatan kajian bersifat kuantitatif juga dapat dijalankan untuk objektif yang sama

bagi mengesahkan dapatan kajian ini.

Di sini pengkaji mengusulkan beberapa saranan untuk kebarangkalian

tindakan oleh pihak yang berkenaan. Bagi pihak otoriti keagaamaan khususnya di

peringkat negeri wajar untuk mengenalpasti sisi-sisi pro dan kontra skim pembiayaan

pendidikan mereka yang rencam selama ini. Justeru, daripada pengenalpastian itu,

pihak otortiti agama dapat bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang

berwibawa dalam merangka pendekatan-pendekatan khusus, bagi membolehkan

golongan asnaf mualaf mengikuti pengajian di peringkat tertieri, dengan melalui

disiplin dan rutin yang teratur dalam sistem pembelajaran berstruktur yang

terkawalselia. Selain mampu menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang

ditekuni, ia juga penting dalam meminimakan keciciran pelajar dalam proses

pengajian mereka.

Selain itu, pihak institusi pengajian tinggi perlulah membuka ruang yang

fleksibel dalam ruang lingkup bidang kuasa mereka bagi menerima golongan asnaf

mualaf ini. Kemungkinan besar kriteria yang tinggi tidak mampu dicapai oleh

sesetengah individu dalam kalangan mualaf, tetapi home-grown course mampu

dibangunkan oleh pihak IPT untuk golongan seperti ini sebagai persiapan menempuh

alam pendidikan tinggi yang serba mencabar.

KESIMPULAN

Golongan mualaf wajar dibantu dalam pembangunan aspek pendidikan mereka.

Pelbagai dimensi mesti diambilkira dalam merencana agenda ini. Kelebihan yang ada

pada institusi pengajian tinggi mestilah dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk

menggarispandukan halatuju pendidikan golongan mualaf. Pihak otoriti agama yang

saban tahun membenlanjakan wang zakat untuk membiayai program berkait

pendidikan golongan mualaf wajar peduli terhadap keberkesanan perbelanjaan

mereka. Melalui kajian ini, didapati sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi

memang releven dalam melakarkan konstruk pembangunan pendidikan mualaf

khususnya aspek struktur akademik yang terkawalselia, dan proses pengajaran-

pembelajaran yang terancang.

Daripada penelitian terhadap Kolej Dar al-Hikmah, didapati peranan yang

dimainkan IPT ini dapat dijadikan model konsep dalam merencana penambahbaikan

untuk pembangunan pendidikan mualaf. Dengan komitmen pihak IPT sendiri untuk

memberi peluang kepada asnaf mualaf dengan menyediakan peluang mengikuti

pengajian dengan syarat yang fleksibel di samping persediaan pendidikan yang

sistematik untuk golongan ini, maka cita-cita mereka untuk mengikuti pengajian

peringkat tertieri tidak lagi sekadar mimpi. Malah nilai tambah lain seperti

pembudayaan ilmu, pembinaan watak, penekanan terhadap asas agama dan galakan

350

berpersatuan akan mampu membentuk peribadi invidu mualaf yang cemerlang.

Dengan kelayakan akademik di peringkat pendidikan tinggi di samping pengalaman

alam kampus kelak bukan sahaja dapat memenuhi keperluan keilmuan mereka, tetapi

juga memberikan kelebihan-kelebihan lain seperti peluang pekerjaan yang baik dan

peningkatan status sosio-ekonominya.

RUJUKAN

A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pow. (2015). Pengajaran Pendidikan

Islam Terhadap Muallaf: Satu Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar

Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Jabatan Pengajian Dakwah

dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

Aedy Norali Samad. (1999). Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam: Organisasi dan

Metodologi Dakwahnya: Satu Kajian di IPI, Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Kolej Islam Darul Ehsan: Tesis Diploma.

Azman, A.R, Irwan, M.S, Nuradli Ridzwan Shah, M.D, Mahazan, A.M, Wan Mohd.

Fazrul Azdi, W.R, Rose Irnawaty, Ibrahim & Norlina Ismail. (2015). Skim

Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia.

Kongres Pendidikan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (ECNA 2015), 11 Jun

2015, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM).

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar. (2014). Zakat Pendidikan kepada

Golongan Asnaf di Malaysia: Peranan dan Cabarannya pada Masa Kini.

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqaf

(IMAF 2014) Dec 2014. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar. (2014). Dana Zakat dalam Pendidikan

Asnaf dan Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia. Prosiding PERKEM

ke-9. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azman Ab Rahman, Hasanah Abd Khafidz, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri,

Nor Asiah Yaakub & Siti Martiah Anwar. (2017). Keperluan Kepada Skim

Bantuan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Lifelong Learning untuk

Fakir Miskin Menerusi Zakat. Prosiding International Conference on Islam,

Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017. UKM, Bangi, dan

Princess of Naradhiwat University, Thailand.

Bowen, Glenn A. (2009). Document Analysis as a Qualitative Research Method.

Qualitative Research Journal. Vol. 9, no. 2: 27-40.

Denzin, N. K. (1970). The Research Act: A Theoritical Introduction to Sociological

Methods.

New York: Aldine.

Eisner, E. W. (1991). The Enlightened Eyes: Qualitative Inquiry and the

Enhancement of Educational Practice. Toronto: Collier Macmillan Canada.

351

Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim, Ahmad Fahme

Mohd Ali. (2014). Zakat Distribution and Programme for Sustaining Muallaf

Belief and Thought. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 66:1 (2014).

Ghazali Basri. (1994). Institute for the Studies in Islamic Sciences (IPI)-ABIM: An

Introduction dlm Jurnal Pendidikan Islam, Jil. 6, Bil. 2. Kajang: Angkatan

Belia Islam Malaysia.

Hairunnizam Wahid dan Sanep Ahmad. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi

Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Seminar Kebangsaan

Ekonomi Islam 2008/2009, 10-11 Februari 2009 bertempat di APIUM.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif,

dlm. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka pada

28-29 Mac 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus

Temenggong Ibrahim, Johor Bharu.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002:

Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003.

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2016). Dokumen Slaid Sesi Pendengaran

Awam Cadangan Pindaan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Bahagian Governan IPTS.

Kolej Dar al-Hikmah. (2009). Pelan Strategik KDH 2009-2014: Kesepakatan Camar

Laut.

Kolej Dar al-Hikmah. Buletin al-Hikmah, Isu 1 (2014), Isu 2 (2015), Isu 3 (2016).

Lincoln, Y. S., & Guba, E. G. (1985). Naturalistic Inquiry. Newbury Park, California:

Sage Publications.

Mohd Halimi Abdul Hamid. (1996). Adult Learners Motivational Orientations and

Motivation Towards Programme of the Institute for the Studies in Islamic

Sciences. Univeriti Putra Malaysia: Tesis Sarjana.

Muhamad Khailani bin Abdul Jalil. Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah. Temu bual

01 Julai 2017.

Muhammad Haffiz & Hairunnizam Wahid. (2017). Dana Zakat untuk Pembiayaan

Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam

Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia. Makalah bakal dibentangkan dalam

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-12 pada 12-13

september 2017 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prospektus Kolej Dar al-Hikmah 2015. Bangi: Kolej Dar al-Hikmah.

Razaleigh Muhamat@Kawangit, Marlon Pontino Guleng. (2014). Respon Muallaf

Terhadap Pendidikan dan Latihan Amali yang Dilaksanakan oleh Institut

Dakwah Islamiah PERKIM, Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar

Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary

Perspective. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siddiq Fadzil. (2014). Pendidikan al-Hikmah: Himpunan Pidato Kependidikan (edisi

kemasini). Kajang: Akademik Kajian Ketamadunan.

Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan

Ai Pow. (2015). Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf: Satu

352

Tinjauan Literatur. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah

Pemantapan Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Martiah Anwar, Azman Ab Rahman, Nor Asiah Yaakub, Mohd Faez Abu Bakar.

(2014). Bantuan Zakat Pendidikan kepada Golongan Asnaf: Kajian

Perbandingan antara Negeri Sembilan dan Negeri Selangor. Muktamar

Waqaf Iqlimi 2014. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Suhaimi Samad. (1995). Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI): Peranan

Organisasi Kepimpinannya, Perkembangannya serta Keberkesanannya dalam

Dakwah Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Lampiran

Jadual: Taburan dapatan ujian psikometri pemilihan kerjaya responden golongan asnaf mualaf

Pilihan bidang

pengajian

Pilihan bidang

pengajian3

Ujian psikometri2

pemilihan kerjaya

Perbezaan (F)1

Kekerapan

(F)

Peratus

(%)

Kekerapan

(F)

Peratus

(%)

Kekerapan

(F)

Peratus

(%)

Aliran

akademik 280 54.5 266 51.8

14 2.7

Aliran

kemahiran 234 45.5 248 48.2

-14 -2.7

Jumlah 514 100.0 514 100.0 Nota: 1 Perbezaan nilai kekerapan (F) antara nilai (F) pilihan pengajian – nilai (F) ujian psikometri

2 berdasarkan Holland Code 3 berdasarkan Jadual 7

Sumber: Muhammad Haffiz & Hairunnizam Wahid (2017)

Jadual 2: Taburan purata nilai gred kumulatif keseluruhan pelajar mualaf bagi peperiksaan

Semester 1

Program Akademik Bilangan

(orang)

<2.00 2.01-3.00 3.01-4.00

Diploma Syariah 23 2 14 7

Diploma Usuluddin 17 5 4 8

Diploma Kaunseling 2 1 1 0

Diploma Psikologi 4 2 1 1

Jumlah 46 9 20 16

Sumber: Unit Peperiksaan Kolej Dar al-Hikmah (2017)

353

Jadual 3: Peranan KDH dalam pendidikan mualaf

Kod Induktif Tema

Persediaan Pendidikan

untuk asnaf Mualaf

Meletakkan syarat (yang minima) bagi kemasukan ke program akademiknya.

Mengadakan ujian penempatan (placament test) bagi semua pelajar baharunya

(mualaf) untuk menilai tahap pengetahuan pelajar.

Menyediakan Kelas Pengukuhan Mualaf sebagai persediaan kepada pelajar

mualaf.

Mensyaratkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan

mewajibkan kelas bahasa sehingga beberapa tahap.

Mensyaratkan penguasaan pembacaan al-Quran dengan mewajibkan kelas Tilawah

al-Quran dan tajwid.

Sumber: Temu Bual (2017)

Jadual 4: Model pendidikan perkhidmatan pendidikan yang disediakan di KDH

Kod Induktif Tema

Pengiktirafan

Pencapaian

KDH diiktiraf sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang sah dan berdaftar di

bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kesemua program akademik di KDH mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA).

KDH telah memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelbagai

institusi pendidikan dalam dan luar negara untuk tujuan menghantar pelajarnya

melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

KDH telah berusia 28 tahun dan diasaskan oleh ramai sarjana terkemuka.

KDH telah diiktiraf keseluruhan 4 bintang dalam penarafan “Sistem Peniliain

Kualiti” (MyQUEST) untuk IPTS bagi dua kali penilaian berturut-turut iaitu

pada 2012/2013 dan 2014/2015.

Model Pendidikan

KDH

Menerapkan model ‘Pendidikan al-Hikmah’ yang digarap daripada surah

Luqman.

Mewajibkan aktiviti ko-kurikulum setiap minggu serta menggalakkan aktiviti

berpersatuan.

Menerapkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warganya.

Memberi penekanan kepada pembinaan akhlak terpuji dalam pembentukan

watak pelajarnya.

Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dan kegiatan dakwah.

Sumber: Temu Bual (2017)

354

Jadual 5: Aspek kerelevenan IPT dalam membangun pendidikan asnaf mualaf

Kod Induktif Tema

Struktur Pendidikan di

IPT (KDH)

Struktur pendidikan di KDH adalah mematuhi garis panduan serta arahan daripada

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

Secara umum, setiap matapelajaran mempunyai tiga jam kredit, dan setiap semester

pengajian di KDH adalah selama 14 minggu kuliah (lebih kurang empat bulan).

Setiap matapelajaran mempunyai objektif, sasaran hasil pembelajaran dan jam

pembelajaran yang ditentukan secara spesifik.

Penilaian pelajar dibuat dengan pentaksiran terhadap ujian dan peperiksaan,

pembentangan, penyertaan dalam kuliah, kertas kerja ilmiah, kajian lapangan dan

latihan praktikal.

Kesemua program akademik dikawalselia melalui penilaian berkala oleh

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengajaran dan

Pembelajaran

Kehadiran ke kuliah adalah diwajibkan.

Sesi kuliah menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD,

nota kuliah dan lain-lain.

Pensyarah berinteraksi dengan pelajar secara profesional dengan kemahiran

andragogi (kaedah pengajaran orang dewasa).

Para pelajar digalakkan untuk menyampaikan pandangan mereka dalam sesi kuliah.

Pelajar dilatih untuk menjana pengetahuan melalui pencarian maklumat dan

pengkajian.

Sumber: Temu Bual (2017).

Bab 29 INOVASI GAMIFIKASI GLOBAL ZAKAT GAME (GZG)

DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Nurkhamimi Zainuddini, Azman Ab. Rahman

ii, Zahari Mahad Musa

iii, Norlina Ismail

iv & Siti

Zulaikha Mokhtarv

iPensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] iiProfesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] iii

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] ivPelajar Sarjana, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] vPembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected]

Abstrak Pendidikan secara fleksibel dapat ditingkatkan melalui inovasi yang dikenali sebagai

gamifikasi atau gamification. Gamifikasi dalam pendidikan merupakan pendekatan yang

menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Gamifikasi menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik dan interaktif. Menurut kajian

daripada University of Mississippi, pelajar yang belajar matapelajaran sejarah melalui

gamifikasi menunjukkan minat yang lebih tinggi dan penglibatan lebih aktif dalam

matapelajaran tersebut. Satu inisiatif perlu dibentuk dalam kalangan mereka yang

berkebolehan untuk membangunkan gamifikasi, dengan menerapkan nilai dan budaya

tempatan supaya kaedah ini, di samping berjaya dijadikan alat P&P ia juga dapat memberi

kefahaman masyarakat pelajar terhadap nilai budaya dan identiti negara. Objektif artikel ini

ialah untuk memperkenalkan konsep gamifikasi dalam pendidikan Islam khususnya subjek

zakat kepada masyarakat berasaskan produk Global Zakat Game. Fokus artikel kepada

pembangunan rekabentuk GZG yang mengadaptasi model rekabentuk instruksi Rapid

Prototyping. Hasil kajian mendapati bahawa Gamifikasi GZG mampu memotivasikan pelajar

untuk terus aktif dalam kelas, membantu guru menyediakan bahan pengajaran, mewujudkan

medium penghargaan kepada pelajar serta menarik perhatian mereka supaya lebih fokus dan

maju dalam pelajaran. Kaedah ini juga berupaya menunjukkan kepada mereka bahawa

pembelajaran adalah sesuatu yang menarik dan gembira untuk disertai. Implikasi artikel ini

boleh dijadikan rujukan kepada para guru dan pendidik dalam membentuk kaedah pengajaran

dan pembelajaran melalui gamifikasi. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi mengenalpasti

pendekatan gamifikasi yang lebih pelbagai dalam bidang pendidikan Islam.

Kata Kunci: Inovasi, Gamifikasi, Pendidikan Islam, Zakat.

PENGENALAN

Kemajuan dunia teknologi hari ini telah mewujudkan perkembangan yang begitu

pesat dalam bidang inovasi dan penyelidikan. Pelbagai sistem, alatan dan

kelengkapan terkini dicipta untuk membantu memudahkan manusia dalam melakukan

aktiviti harian mereka termasuk dalam sistem pendidikan. Kewujudan ilmu teknologi

356

dan maklumat (IT) serta hasil inovasi terkini juga mempengaruhi penciptaan kaedah

dan cara baru bagi penyampaian maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat

umumnya dan para penuntut ilmu khususnya. Ia telah menjadikan proses

penyampaian sesuatu mesej daripada seorang individu kepada individu yang lain

lebih cepat dan berkesan. Perkembangan ini juga berjaya melahirkan satu kaedah baru

dalam bidang IT iaitu kaedah gamifikasi.

Secara umumnya, gamifikasi ialah satu proses penerapan unsur permainan

dalam sesuatu subjek yang bukan permainan bertujuan menjadikannya lebih menarik

serta mewujudkan perasaan gembira bagi setiap individu yang terlibat. Gamifikasi

dalam bidang pendidikan pula boleh difahami sebagai satu proses penerapan unsur

permainan dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar. Istilah

gamifikasi mula dicetuskan pada tahun 2002 oleh pencipta permainan warga Britain

bernama Nick Pelling dan ia makin banyak digunakan pada tahun 2010 (Kamasheva

et al., 2015).

Selain daripada bidang pendidikan, kaedah gamifikasi turut digunakan untuk

meningkatkan motivasi pekerja, menjalinkan hubungan dengan pelanggan dalam

bidang perniagaan, serta mengumpulkan sumbangan dana secara kelompok.

Kemudahan peralatan teknologi yang wujud pada hari ini telah menjadikan kaedah

gamifikasi menjadi lebih menarik dan popular apabila masyarakat mula beralih

kepada kaedah yang lebih santai dan ringan dalam mempelajari dan memahami

sesuatu maklumat termasuk dalam pendidikan Islam.

MASALAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang

ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan bermatlamatkan untuk

melahirkan insan soleh yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Sehubungan

dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai al Din, bukan

sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah

diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada

Allah SWT. Mohamad Kamal (1988) menyebut bahawa Pendidikan Islam pada

hakikatnya bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat

yang sempit dan kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip

dan cara hidup berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan

manusia sepenuhnya.

Realiti pada hari ini jika dilihat kepada konsep pedagogi Pendidikan Islam

lebih menekankan kepada keupayaan dan kebolehan pelajar mengetahui dan

menghafal. Pelajar tidak memahami dan menghayati asas prinsip Pendidikan Islam

dan mempelajari Pendidikan Islam dengan berkesan, menyebabkan pelajar akan cepat

merasa bosan. Menurut Wan Mohd Zahid (1993) satu perkara yang amat ketara dalam

pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam masa kini ialah tumpuan yang

berlebihan kepada bidang kognitif. Bidang afektif dan psikomotor kurang diberikan

perhatian, malahan dalam bidang kognitif tumpuan ialah kepada pengumpulan

357

maklumat dan hafalan. Usaha meningkatkan daya berfikir, analisis, sintesis, kreatif

dan pemikiran tinggi kurang diberikan perhatian malahan mungkin diabaikan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang berkesan dalam

reformasi kurikulum perlu memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik

dan bukan akademik berpaksikan ilmu pengetahuan, teori dan aplikasi secara

kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar

(Kementerian Palajaran Tinggi, 2007). Perubahan yang dapat membawa kepada

pencapaian standard yang diharapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dapat

dimulakan dengan pedagogi pendidikan iaitu pelaksanaan model pengajaran simulasi.

Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi,

aktiviti “hands-on” dan peluang untuk penemuan kendiri (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan

kepada guru tetapi adalah berpusatkan pelajar, kerana fokus utama dalam pendidikan

adalah berpusatkan pelajar baik secara individu atau kumpulan (Abu Bakar Nordin

dan Ikhsan Othman, 2003).

Kepelbagaian pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi seperti gamifikasi

amat perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

di dalam bilik darjah. Keupayaan guru mempelbagaikan pendekatan strategi dan

kaedah pedagogi mampu meningkatkan keupayaan dan penguasaan prestasi akademik

pelajar, di samping sebagai pemangkin kepada perubahan sikap dan minat pelajar

kepada mata pelajaran Pendidikan Islam jika diterapkan di dalam pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran guru. Kesimpulannya jika dilihat kepada tuntutan

terhadap perkembangan pendidikan dan komitmen pihak kerajaan sendiri terhadap

perkembangan kualiti pendidikan negara, semestinya para pendidik sama-sama

menyahut cabaran tersebut untuk membentuk pengajaran dan pembelajaran yang

lebih berkesan, inovatif dan kreatif agar pelajar yang dihasilkan nanti juga akan

bersifat kreatif dan inovatif.

Satu inovasi kearah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok pelajar dengan melibatkan diri

secara aktif perlu dilaksanakan. Penekanan terhadap penguasaan ilmu, kemahiran dan

nilai menuntut kepada perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran Pendidikan Islam tidak akan berkesan tanpa adanya kaedah yang sesuai

dan menarik minat pelajar. Kesesuaian kaedah tersebut pula perlu diteliti supaya tidak

membebankan guru dan tidak pula membosankan pelajar. Maka penulis ingin

memperkenalkan Global Zakat Game serta tatacara rekabentuk pembangunannya

sebagai satu inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

INOVASI GZG DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di peringkat sekolah

dalam menerapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Kaedah gamifikasi dalam

pendidikan juga banyak digunakan sama ada di Malaysia mahupun luar negara dalam

memberikan kefahaman kepada pelajar tentang sesuatu topik. Gamifikasi GZG adalah

358

satu produk baru yang dihasilkan bagi menjadi alat bantu mengajar kepada guru-guru

termasuk pelajar dalam mendalami topik zakat.

Gamifikasi merupakan konsep yang diperkenalkan untuk menerangkan

tentang bagaimana sesuatu perkara boleh dipersembahkan dalam bentuk permainan.

Gamifikasi berfungsi sebagai kaedah yang menerapkan elemen permainan dalam

sesuatu subjek bertujuan untuk mewujudkan perasaan dan pengalaman bermain yang

mengembirakan. Pelbagai takrifan telah dikemukakan oleh para pengkaji kaedah

gamifikasi ini yang kebanyakannya menyentuh tentang konsep yang sama iaitu

melibatkan adaptasi permainan.

Secara literalnya, perkataan gamifikasi berasal daripada dua suku kata dalam

Bahasa Inggeris iaitu game dan ification yang digabungkan menjadi gamification.

Gamifikasi adalah sebuah proses menambah permainan atau unsur-unsur

seumpamanya dalam sesuatu perkara (sebagai satu tugasan) yang bertujuan untuk

menggalakkan sesebuah penyertaan (Meriam Webster, 2017). Gamifikasi juga

menerangkan tentang usaha menjadikan sesuatu aktiviti seakan-akan sebuah

permainan bertujuan menjadikan aktiviti tersebut lebih menarik dan diminati

(Cambridge, 2017).

Sejak awal 2003 lagi konsep gamifikasi mula diperdebatkan dan dibincangkan

secara serius di kalangan pereka dan pencipta permainan. Deterding et al. (2011)

menyatakan bahawa gamifikasi ialah penggunaan sesuatu bentuk permainan dalam

konteks bukan permainan. Di sebalik pelbagai takrifan ini, wujud perbahasan tentang

perbezaan antara makna perkataan game dan bermain (play). Perkataan bermain atau

play dilihat lebih umum dan ditakrifkan sebagai perbuatan melibatkan diri dalam

sesuatu aktiviti bagi tujuan rekreasi dan menikmati kesenangan.

Perkataan ini tidak berkait dengan persoalan apakah yang dilakukan tetapi

menjawab persoalan kenapa sesuatu itu dilakukan. Sebagai contoh, seseorang

individu boleh mendapatkan kegembiraan dengan bermain besbol namun bagi

seorang atlet besbol yang profesional, permainan tersebut ialah satu pekerjaan.

Berbeza dengan takrifan game, ia meliputi permainan papan, permainan kad,

permainan jubin, permainan pen dan kertas, sukan, dan permainan video yang

termasuk juga permainan menerusi komputer, telefon dan permainan berasaskan

internet (Mullich, 2016). Justeru, asas bagi sesebuah game perlu dikenal pasti terlebih

dahulu dalam memahami dan membina konsep gamifikasi.

IDEA MEMBANGUNKAN PRODUK GZG

Idea penghasilan produk ini timbul apabila melihat kutipan zakat di Malaysia masih

belum mencapai tahap yang maksimum. Statistik pembayar zakat di Wilayah

Persekutuan 2015 (Laporan Kutipan dan Agihan, 2015) menunjukkan bahawa hanya

166,787 orang sahaja yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP daripada 1.7 juta

orang penduduk. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah tahap

kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kewajipan berzakat masih lagi rendah.

359

Justeru, kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan dan kewajipan

berzakat perlu diterapkan di setiap peringkat umur bermula seawal di bangku sekolah

sehingga ke alam pekerjaan. Maka pada 1 Ogos 2016, penulis dan beberapa

penyelidik berbincang dalam membangunkan satu inovasi baru berbentuk permainan

yang boleh digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah digunakan oleh guru-guru dan pendidik

dalam memberi kefahaman kepada pelajar umumnya dalam subjek pendidikan Islam

dan khsususnya dalam bidang zakat.

Gambar 1: Perbincangan awal pembangunan produk GZG

Secara umumnya, jika dilihat kepada silibus dan buku pendidikan Islam

sekolah rendah dan menengah, ia memfokuskan kepada perkara-perkara yang

berkaitan dengan ibadat, jenayat, mualamat dan munakahat. Buku-buku teks yang

dihasilkan meliputi keseluruhan topik-topik yang berkaitan pendidikan Islam

termasuk juga haji, puasa, zakat, faraid dan sebagainya. Namun, tidak mustahil

walaupun buku-buku teks ini disediakan segala maklumat yang berkaitan topik yang

perlu diajar di sekolah rendah mahupun menengah. Para guru termasuk pelajar

mempunyai masalah dalam memahami sesuatu perkara secara mudah dan berkesan.

Topik zakat merupakan satu topik yang penting dalam pendidikan Islam

sentiasa diajar diperingkat sekolah rendah dan menengah mengikut sistem pendidikan

di peringkat Nasional mahupun negeri. Topik zakat yang melibatkan pengiraan jenis-

jenis zakat dan sebagainya memerlukan kepada kaedah yang terbaik dan mudah

difahami oleh guru termasuk pelajar. Atas dasar ini, penulis dan rakan-rakan

penyelidik telah berusaha membangunkan produk inovasi baru bagi menjadi salah

satu alternatif dan alat bantu mengajar kepada guru-guru dan pelajar yang dinamakan

Global Zakat Game: Bijak Zakat versi 1.0 (GZG). Produk ini berjaya dihasilkan dan

dirasmikan pada 11 Oktober 2016 di Konvensyen Zakat Kebangsaan di Universiti

Sains Islam Malaysia.

360

Gambar 2: Pelancaran Produk Global Zakat Game: Bijak Zakat versi 1.0 (GZG)

OBJEKTIF PEMBANGUNAN PRODUK GZG

Gambar 3: Antara muka kotak produk GZG

Permainan ilmiah GZG merupakan sebuah permainan papan bertemakan zakat yang

informatif lagi interaktif dan sesuai dijadikan sebagai medium baharu pengajaran dan

pembelajaran berkaitan subjek zakat. GZG direka khusus untuk meningkatkan

kefahaman tentang fiqh zakat dan mengukuhkan kemahiran pengiraan zakat meliputi

pelbagai jenis zakat harta termasuklah zakat pertanian, penternakan, perniagaan, emas

dan perak serta zakat harta karun.

Objektif GZG adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada

masyarakat di Malaysia dan pelajar-pelajar khususnya berkaitan fiqh zakat melalui

medium pembelajaran yang interaktif dan ilmiah. Ia juga boleh meningkatkan

kefahaman masyarakat tentang kewajipan berzakat dan mendorong mereka membayar

zakat. GZG turut menjadi salah satu alternatif dakwah kepada umat Islam dalam

memahami konsep zakat dan pengiraan zakat secara menyeluruh.

Kebolehgunaan GZG adalah sebagai salah satu kaedah latihan kepada amil

khususnya di Malaysia untuk mempelajari konsep zakat secara menyeluruh.

Transformasi dan inovasi baru dalam meningkatkan kefahaman masyarakat dan

pelajar khususnya di Malaysia terhadap perlaksanaan rukun Islam yang ke-3.

Mewujudkan konsep didik hibur dalam pendidikan dengan menggunakan permainan

ilmiah GZG sebagai alat bantu mengajar. Sangat relevan dengan corak Pendidikan

361

Abad ke-21 (PAK21), GZG membentuk suasana pembelajaran aktif serta interaktif

antara guru dan pelajar.

REKABENTUK PEMBANGUNAN PRODUK GZG

GZG merupakan permainan papan ilmiah bertemakan zakat menggunakan konsep

gamifikasi. GZG bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terutamanya pelajar

terhadap konsep zakat melalui medium pembelajaran yang interaktif dan ilmiah.

Bahan bantu mengajar ini dibina berasaskan konsep zakat yang menyeluruh melalui

tahapan soalan IQ yang berbeza serta kaedah pengiraan zakat meliputi semua jenis

zakat termasuk zakat pendapatan, perniagaan, penternakan, pertanian, emas dan harta.

Permainan GZG dibina sebagai media dan bahan bantu mengajar di dalam proses

P&P dibangunkan berdasarkan Model Permainan Digital ADDIE yang dibahagikan

kepada lima fasa utama (Analysis, Design, Development, Implementation,

Evaluation) yang diperkenalkan oleh Sabri et al. (2012). Disamping itu, GZG turut

mengadaptasi model rekabentuk instruksi Rapid Prototyping yang dihasilkan oleh

Tripp dan Bichelmever (1990) memandangkan cara ini sesuai dengan ciri-ciri dan isu

rekabentuk yang terdapat pada GZG.

Rajah 1: Model Rapid Prototyping oleh Tripp dan Bichelmever (1990)

Fasa satu: Analisis keperluan dan bahan kandungan

Fasa pertama ialah fasa analisis yang menjadi asas utama kepada pemilihan dan

pengumpulan data dan maklumat utama dalam pembangunan produk GZG. Fasa ini

merujuk kepada analisis keperluan yang merangkumi aspek-aspek penting iaitu

mengenal pasti latar belakang kumpulan pengguna sasaran dan keperluan

pembangunan produk. Sasaran utama ialah pelajar universiti, sekolah, pensyarah,

guru sekolah dan amil zakat di Malaysia yang terlibat dengan urusan berkaitan

pembelajaran dan urusan berkaitan zakat. Melalui kaedah temu bual, pemerhatian,

tinjauan dan soal selidik, mereka ditanyakan mengenai masalah dalam memahami hal

berkenaan zakat dan cara peneyelesaiannya.

Dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan, terdapat beberapa persoalan

utama yang boleh diajukan kepada kumpulan pengguna sasaran semasa proses

analisis iaitu:

1. Sejauh mana penguasaan mereka dalam ilmu berkenaan zakat?

362

2. Apakah kepentingan permainan dalam mempelajari bab zakat?

3. Apakah kemahiran yang diperlukan dalam memenuhi kepentingan dan keperluan

mereka dalam mempelajari bab zakat?

4. Apakah aktiviti yang diperlukan dalam mengukuhkan lagi kemahiran mereka

semasa mempelajari bab zakat?

5. Bagaimana bentuk metodologi yang berkesan yang diperlukan dalam pengajaran

dan pembelajaran bab zakat?

6. Bagaimana bentuk penilaian yang sesuai untuk menguji kemahiran mereka semasa

mempelajari bab zakat?

7. Apakah permasalahan lain yang boleh menganggu dan memberi kesan yang boleh

mengagalkan proses mencapai matlamat dan objektif pembelajaran bab zakat ini?

Inilah antara persoalan penting yang perlu diberikan jawapannya dalam

lakaran awal untuk fasa 1 pembangunan produk GZG. Analisis perlulah mengikut

langkah demi langkah iaitu bermula dengan menganalisa keperluan kumpulan sasaran

pengguna sehinggalah ke peringkat seterusnya hingga akhir. Kesemua hasil atau

output bagi fasa ini akan menjadi input bagi fasa reka bentuk dan seterusnya

Pengenalpastian kepada kumpulan sasaran ini penting supaya produk GZG yang akan

dibangunkan mampu menepati citarasa, keperluan dan kehendak mereka. Maklumat

yang diperoleh pada peringkat ini akan digunakan sebagai panduan pembentukan

tahap kesesuaian kumpulan sasaran dalam menggunakan produk GZG yang

dibangunkan. Dapatan atau maklumat yang diperoleh daripada fasa 1 ini akan

digunakan dalam fasa 2.

Fasa dua: Mereka bentuk objektif, perincian dan undang-undang permainan

Fasa kedua melibatkan perincian aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam

proses mereka bentuk modul supaya produk GZG yang dibangunkan menepati

objektif pembelajaran sebagaimana yang diinginkan. Semasa mereka bentuk produk

GZG, isi kandungan seperti tajuk atau pengagihan topik-topik yang akan dimuatkan

di dalam GZG dikenalpasti dan dibuat penelitian terlebih dahulu. Kemudian para

pengkaji akan menjalankan aktiviti-aktiviti utama dalam fasa ini iaitu (i) mereka

bentuk teori-teori pengajaran yang boleh diaplikasikan termasuk penerapan elemen

gamifikasi dalam produk GZG, (ii) Mereka bentuk prosedur atau tatacara permainan

yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kumpulan sasaran. Para pengkaji

menggunakan teori pembelajaran behaviourism, kognitif, konstruktif dan andragogi

dalam modul mengikut kesesuaian pembelajaran kumpulan sasaran.

Seterusnya, para pengkaji membina satu prosedur atau tatacara bermain

produk GZG. GZG menerapkan konsep yang hampir sama dengan permainan ular

tangga yang berasaskan lontaran buah dadu untuk memulakan pergerakan. Secara

umumnya, konsep permainan papan yang digunakan dalam GZG ini memerlukan

sekurang-kurangnya dua hingga empat orang pemain. Para pemain diwakili oleh

363

bidak yang bertanda dengan sepuluh jenis pekerjaan berbeza dipilih melalui proses

undian. Pemain perlu melontar buah dadu terlebih dahulu bagi menentukan giliran

pergerakan masing-masing. Jumlah yang paling banyak akan memulakan permainan,

diikuti yang kedua terbanyak dan seterusnya. Salah seorang pemain atau individu

yang turut serta dalam permainan ini perlu ditugaskan sebagai pegawai bank yang

bertanggungjawab mengurus aliran kewangan dan pembayaran zakat. Setiap pemain

perlu berusaha menamatkan permainan dengan mengurus aset dan wang yang

diperolehi dengan baik serta menurut perintah dan peraturan pembayaran zakat yang

telah ditetapkan.

Gambar 4: Bidak GZG dengan sepuluh jenis pekerjaan berbeza

Setiap petak yang perlu dilalui oleh pemain dalam permainan GZG ini

mempunyai makna yang tersendiri. Pemain yang memijak petak-petak berlabel

dengan perkataan “mula, gaji, denda, perintah, dan perniagaan” perlu melaksanakan

setiap arahan dan kewajipan yang dikenakan. Kiraan zakat perlu dibuat apabila

pemain masing-masing memijak petak ‘kira zakat’ yang terdapat dalam papan

permainan ini berdasarkan kaedah pembayaran zakat sebenar menurut fiqh zakat.

Pengiraan juga boleh dibuat berdasarkan manual yang dibekalkan bersama dengan set

permainan GZG. Setiap tugasan yang ditetapkan kepada individu pemain perlu

dilaksanakan dan catatan harus diambil bagi menentukan pemenang. Individu yang

paling banyak mengeluarkan zakat akan dikira sebagai juara dalam permainan GZG

ini.

Gambar 5: Papan permainan GZG

364

Perlu difahami bahawa kemahiran pengiraan zakat boleh dibentuk melalui

praktis pembayaran zakat yang dilakukan oleh pemain. Oleh itu GZG berfungsi

sebagai simulasi bagi pembayaran zakat sebenar apabila pemain dikehendaki mengira

semua jenis harta yang dimiliki dan sekiranya mencukupi jumlah nisab, mereka perlu

membayar zakat menggunakan wang kertas permainan kepada pihak bank yang

dalam permainan ini turut berperanan sebagai pusat zakat. Sebagai tanda kepada jenis

zakat yang dibayar, kad zakat tertentu akan diberikan kepada pemain tersebut.

Gambar 6: Kad ganjaran GZG

Kadar kiraan yang dibuat adalah berbeza bagi setiap jenis zakat. Sebagai

contoh, pemain perlu mengeluarkan 2.5% daripada jumlah pendapatannya apabila

mencapai nisab zakat pendapatan yang ditetapkan iaitu RM 12,750 ringgit. Perkara

yang sama diaplikasikan bagi pengiraan zakat emas dan perak serta zakat perniagaan.

Berbeza pula dengan zakat harta karun yang memerlukan cuma 20% tolakan daripada

jumlah harta tersebut. Pemain yang gagal atau enggan membayar zakat akan

kehilangan satu pusingan pergerakan dan perlu menjelaskan tunggakan zakat

sebanyak RM 500 yang bersifat sebagai denda.

Kemahiran pengiraan zakat melalui GZG tidak hanya tertumpu kepada zakat

perniagaan, pendapatan dan harta karun. Sebaliknya, kemahiran pengiraan bagi zakat

pertanian dan zakat ternakan yang berbeza nisab dan kaedah pembayarannya juga

turut dimuatkan dalam permainan ini. Pemain akan didedahkan dengan ilmu

pengiraan zakat yang pelbagai dalam bentuk yang lebih interaktif melalui GZG.

Setiap pemain akan mengenali istilah-istilah berasal daripada perkataan Arab seperti

tabi’, musinnah, bintu makhadh, bintu labun dan sebagainya.

Kesemua prosedur dan tatacara bermain yang telah siap dibina ini akan di nilai

dan disahkan kebolehgunaannya oleh 5 orang pakar yang terdiri dari Mufti Wilayah

Persekutuan, pegawai yang bertugas di pusat pungutan zakat negeri, pensyarah

universiti yang mahir dalam bab zakat dan guru sekolah yang mengajar subjek

Pendidikan Islam. Kemudian, maklumat yang telah disahkan dalam fasa 2 ini akan

digunakan dalam fasa 3.

Fasa tiga: Pembangunan prototaip

Fasa ketiga ialah pembangunan prototaip GZG. Fasa ini akan merealisasikan segala

aktiviti-aktiviti yang ditentukan dalam Fasa 1 dan Fasa 2 sehingga menghasilkan

365

sebuah produk permainan zakat yang lengkap. Dalam fasa ini dua peringkat aktiviti

utama dijalankan, iaitu (i) membangunkan prototaip papan permainan GZG, dan (ii)

menyediakan peralatan permainan GZG. Prototaip GZG dibangunkan berdasarkan

maklumat fasa analisis dalam fasa 1 dan fasa reka bentuk modul dalam fasa 2. Setelah

itu, prototaip produk GZG yang dibangunkan perlu mendapatkan pengesahan pakar-

pakar bidang untuk ditentukan kesahannya dan kebolehlaksanaannya. Seramai 5

orang pakar yang terdiri dari Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai yang bertugas di

pusat pungutan zakat negeri, pensyarah universiti yang mahir dalam bab zakat dan

guru sekolah yang mengajar subjek Pendidikan Islam dipilih untuk menilai dan

mengesahkan kebolehgunaan produk GZG. Mereka akan menilai reka bentuk dan

pembangunan produk yang telah dihasilkan. Seterusnya, penambahbaikan hasil

daripada cadangan dan pengesahan daripada pakar-pakar ini dilaksanakan sehinggalah

terhasil produk GZG yang sempurna.

Elemen kejutan dan cabaran sangat penting dalam mewujudkan persaingan

dan menarik minat pemain dalam sesuatu perlawanan. Kewujudan petak IQ dalam

GZG adalah antara cabaran yang terdapat dalam permainan ini. Terdapat tiga set

soalan memerlukan kepada tahap kefahaman dan jawapan yang berbeza. Apabila

seorang pemain memijak petak IQ, mereka dikehendaki supaya menjawab setiap

soalan dengan betul berdasarkan kefahamannya tentang zakat. Sekiranya jawapan

yang diberikan salah, pemain tidak dikenakan sebarang bayaran ataupun denda.

Pemain boleh memilih samada ingin menyimpan kad ganjaran berbentuk harta (cth:

kambing, lembu) atau menerima wang tunai.

Gambar 7: Wang kertas GZG

Petak IQ dilabel dengan tiga warna berlainan yang mewakili tiga aras soalan

yang berbeza. Kad IQ juga dapat dibezakan melalui label IQ 1, IQ2 dan IQ 3 yang

tertera pada kad tersebut. Tahap pertama atau kad IQ 1 menyediakan soalan pada aras

rendah. Soalan pada tahap ini berbentuk soalan zakat yang memerlukan jawapan sama

ada “Ya/Betul” atau “Tidak/Salah”. Kad IQ 2 pula mewakili tahap kedua atau soalan

aras pertengahan. Soalan pada aras kedua ini berbentuk pilihan jawapan. Contohnya

bentuk soalan seperti, “Pilih jenis zakat yang bukan zakat harta: a) Zakat Emas dan

366

Perak, b) Zakat Pertanian, c) Zakat Perniagaan d) Zakat Fitrah”. Manakala, di tahap

yang ketiga, pemain yang menerima kad IQ 3 perlu menjawab soalan aras tinggi yang

bersifat subjektif dan memerlukan jawapan yang tepat. Contohnya, soalan, “Apakah

maksud bintu labun?” Pemain perlu menyatakan maksud bintu labun dan menyatakan

sifatnya secara khusus. Melalui setiap soalan yang disediakan dalam kad IQ ini,

pemain akan didedahkan dengan ilmu zakat yang terdiri daripada pelbagai contoh

pengamalan zakat klasik dan kontemporari.

Gambar 8: Kad IQ 1, IQ 2 dan IQ3 dalam GZG

Kesemua soalan untuk kad IQ 1, IQ 2 dan IQ3 dirangka berdasarkan kepada

sukatan pelajaran pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan

Negeri dan buku-buku asas mazhab Shafi’i. Konsep didik hibur yang diterapkan

melalui soalan, denda, perintah dan belian tapak perniagaan mewujudkan unsur

persaingan bersih serta meningkatkan motivasi pelajar.

Konsep permainan yang mencerminkan kehidupan seharian memudahkan

aplikasi zakat secara praktikal. GZG yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah dapat membantu memperkasakan pelaksanaan

pembelajaran abad ke-21 yang menekankan 4 ciri-ciri utama iaitu; komunikasi,

pemikiran kritis, kolaborasi dan kreativiti pelajar. Keberkesanan pelaksanaan tersebut

dapat dinilai dengan menggunakan penilaian secara formatif dan sumatif terhadap

konstruk dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor.

Seterusnya produk GZG yang siap dibangunkan ini akan diimplementasikan

ke atas kumpulan sasaran bagi tujuan menguji kebolehgunaannya dan kesesuaiannya

dalam fasa 4.

Fasa empat: Pengujian prototaip

Fasa keempat merupakan medan untuk menguji kebolehgunaan dan daya praktikal

produk GZG. Dalam fasa ini, produk GZG yang siap dibangunkan dalam fasa ketiga

akan diimplementasikan ke atas pelajar universiti, sekolah, pensyarah, guru sekolah

dan amil zakat di Malaysia. Ia adalah kajian ke atas kumpulan pengguna sasaran bagi

mendapatkan maklumbalas berkaitan kebolehgunaan dan kesesuaian produk GZG ini.

Proses pengajaran dan pembelajaran ini turut berperanan melatih pengguna sasaran

menggunakan produk GZG yang dibangunkan melalui proses yang berlaku semasa

367

fasa 3. Seterusnya mereka akan menilai produk GZG daripada aspek kesesuaiannya

dan kebolehgunaanya mengikut perspektif masing-masing. Kemudian produk GZG

akan dibaiki dan dimurnikan untuk dinilai sepenuhnya dalam Fasa 5.

Fasa lima: Pemurnian akhir dan kelestarian produk

Fasa kelima ialah fasa terakhir. Dalam fasa ini produk GZG yang dibaiki dalam Fasa

4 akan dimurnikan demi memastikan aspek-aspek dari segi isi kandungan, objektif

pembelajaran produk, model pengajaran dan juga prosedur dan tatacara bermain

menepati kehendak pengguna sasaran.

Gambar 9: Antara anugerah inovasi yang dimenangi produk GZG

Para pengkaji turut merangka langkah-langkah untuk mempromosi dan kaedah

terbaik untuk melestarikan produk GZG. Antaranya adalah dengan menyertai

pertandingan inovasi, mengiklankan produk GZG di media massa dan

mengkomersialkan produk ini melalui saluran-saluran yang dicadangkan oleh pihak

sekolah, pusat pungutan zakat dan jabatan agama negeri. Rangkaian latihan dan

bengkel juga turut diberi kepada golongan kumpulan sasaran tentang kesedaran

berkenaan bab zakat. Melalui latihan dan bengkel sebegini, turut diselitkan slot di

mana produk GZG digunakan untuk membantu kefahaman dan cara untuk mengira

kiraan pembayaran zakat.

Gambar 10: Keratan akhbar berkenaan produk GZG

368

Demi untuk memastikan supaya produk GZG mampu mengorak langkah

seiring dengan kehendak pengguna sasaran masa kini, para penyelidik turut

membangunkan laman web (http://aogig.weebly.com/) dan aplikasi telefon pintar

untuk memberikan pengguna produk GZG akses yang lebih kepada interaksi sama

ada kepada para penyelidik sebagai pembangun produk atau kepada bahan kandungan

berkenaan zakat.

Gambar 11: Laman web produk GZG

KESIMPULAN

Kekuatan yang ada pada kaedah pendidikan melalui gamifikasi dan sistem

persekolahan biasa adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Pengaplikasian

elemen permainan dalam pembelajaran merupakan alternatif baru yang penting dan

perlu diterapkan dalam sistem pendidikan sedia ada pada hari ini. Dua elemen yang

disatukan ini boleh membawa kepada natijah yang penting untuk membina kemahiran

yang pelbagai dalam abad ke-21 ini.

Gamifikasi mampu memotivasikan pelajar untuk terus aktif dalam kelas,

membantu guru menyediakan bahan pengajaran, mewujudkan medium penghargaan

kepada pelajar serta menarik perhatian mereka supaya lebih fokus dan maju dalam

pelajaran. Kaedah ini juga berupaya menunjukkan kepada mereka bahawa

pembelajaran adalah sesuatu yang menarik dan gembira untuk disertai.

Dunia pendidikan Islam meletakkan maklumat yang betul dan tepat sebagai

asas utama yang perlu dititikberatkan. Kewujudan kaedah gamifikasi dalam

pendidikan membantu meringankan proses penyampaian ilmu-ilmu Islam yang sarat

dengan pautan sumber dan dalil al-Quran dan hadis. Inovasi baru yang diperkenalkan

dalam bidang zakat seperti GZG mampu menjadi model dan panduan khusus kepada

para ilmuan dan umat Islam untuk mencipta kaedah penyampaian ilmu yang lebih

kreatif dan berkesan. GZG juga diharapkan dapat menjadi platform dan medium

dakwah yang berkesan dalam usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran

masyarakat tentang zakat khususnya di Malaysia untuk menunaikan rukun Islam

ketiga ini.

369

Namun, tidak dinafikan bahawa cabaran yang perlu dihadapi oleh para ilmuan

Islam ialah bagaimana untuk mereka menterjemahkan idea dan kefahaman Islam

secara lebih efektif melalui wasilah teknologi yang kian pesat membangun tanpa

mengubah dan mengurangkan inti perbahasan dan ilmu Islam yang hendak

disampaikan. Semoga dengan memperkenalkan GZG di setiap lapisan masyarakat

umumnya dan di institusi pendidikan khususnya akan menjadi pencetus kepada

inovasi dalam konteks pendidikan Islam yang menerapkan konsep pendidikan sambil

bermain dan berhibur.

GZG juga tidak hanya tertentu penggunaannya untuk warga Malaysia sahaja,

tetapi ia bersifat inklusif dan mampu dimanfaatkan oleh masyarakat tidak kira bangsa.

Sifat global ini wujud apabila GZG tidak hanya diterbitkan dalam Bahasa Melayu,

malah versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab turut disediakan. Matlamat untuk

membangunkan kaedah yang kreatif dalam dunia pendidikan Islam perlu dicapai dan

dijadikan inspirasi kepada seluruh penyelidik dan masyarakat yang ingin melihat

bukan hanya fiqh zakat, tetapi seluruh ilmu syariah dihayati serta diterjemahkan

melalui amalan berdasarkan kefahaman yang jelas dan benar.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

Kuala Lumpur: Quantum Books.

Cambridge. 2016. http://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/gamification

(Diakses pada 28 Mei 2017).

Deterding, S., Dixon, D., Khaled, R., & Nacke, L. (2011). From game design

elements to gamefulness: defining gamification. In Proceedings of the 15th

international academic MindTrek conference: Envisioning future media

environments (pp. 9-15). ACM.

Kamasheva, A. V. (2015). Usage of Gamification Theory for Increase Motivation of

Employees. Mediterranean Journal of Social Sciences. MCSER Publishing:

Rome.

Kementerian Pengajian Tinggi, (2007). Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Melangkaui Tahun 2020.

http://jpt.mohe.gov.my/DASAR/babPTPTN/1_bm.pdf (Diakses pada 30 Mei

2017).

Laporan Zakat MAIWP (2015). Kutipan dan Agihan Zakat 2015, Pusat Pungutan

Zakat: Kuala Lumpur.

Meriam Webster, (2016). https://www.merriam-webster.com/dictionary/gamification

(Diakses pada 30 Mei 2017).

Mohd. Kamal, H. (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu.

Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, Malaysia.

370

Mullich, D. (2016). Defining Play, Game, and Gaming.

https://davidmullich.com/2016/01/11/defining-play-game-and-gaming/

(Diakses pada 1 Mei 2017).

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Masteri. KL: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Sahrir, M. S., & Yusri, G. (2012). Online Vocabulary Games for Teaching and

Learning Arabic. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(3).

Tripp, S. D., & Bichelmeyer, B. (1990). Rapid prototyping: An alternative

instructional design strategy. Educational Technology Research and

Development, 38(1).

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: agenda pengisian.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Bab 30 KAJIAN RETROSPEKTIF TERHADAP PERLAKSANAAN

AGIHAN ASNAF FISABILILLAH DI ZAMAN NABI

MUHAMMAD SAW DAN IMPLEMENTASI DI LEMBAGA

ZAKAT SELANGOR

Hamizul bin Abdul Hamid Pengurus Dakwah, Divisyen Dakwah Dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor (LZS).

[email protected]

Abstrak Fisabilillah merupakan asnaf di nombor urut ketujuh dari lapan asnaf. Kedudukannya, biar

pun termasuk dalam kategori asnaf muakkhar (terkemudian), namun mempunyai posisi yang

sangat penting. Ini kerana, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sendiri memberikan

kedudukan yang tinggi kepada mereka yang terlibat dalam fisabilillah dengan mendapat

pelbagai janji daripada Allah SWT dan Rasul. Mereka juga diberikan hak eksklusif menerima

santunan zakat, tanpa dibatasi kekayaan peribadi. Objektif kajian ini adalah untuk melihat,

bagaimanakah nabi meraikan asnaf fisabilillah pada zaman dahulu serta sejauh manakah ia

beperanan di hari ini, dari aspek roh dan amali. Kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif,

iaitu rujukan kepada pelbagai khazanah penulisan terutama buku, laporan, tesis, jurnal,

prosiding dan artikel bagi memberikan input kajian. Kaedah diskriptif digunakan untuk

menghuraikan hasil kajian. Hasil kajian menunjukkan, pelaksanaan agihan zakat fisabilillah

di zaman nabi sebenarnya lebih tertumpu kepada peperangan, namun sudah ada sedikit

keluasan iaitu untuk mendanai ibadah haji. Manakala praktis hari ini di Selangor, sangat

terbuka namun masih mematuhi prinsip asas fisabilillah. Biar pun amalinya berbeza, namun

rohnya tetap sama. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan panduan kepada institusi zakat

di Malaysia dalam mengendalikan urusan zakat, khususnya asnaf fisabilillah.

Kata Kunci: Agihan, Zakat, Fisabilillah.

PENDAHULUAN

Kaedah fiqh menyatakan, perubahan zaman, tempat dan keperluan akan melahirkan

inovasi dalam aspek hukum fikah. Inilah pandangan fuqaha seperti Ibnu Qayyim,

Abdul Karim Zaidan dan ramai lagi (Basri bin Ibrahim, 2011: 21). Demikianlah juga

dari aspek implementasi pengurusan zakat. Dari zaman ke zaman, ia mengalami

perubahan dan memerlukan ijtihad yang mendesak (Razali Md. Jani et.al, 2017: 35).

Natijahnya, hari ini berlakulah pelbagai perubahan kepada perlaksanaan agihan zakat.

Jika diteliti lebih awal, sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah

ke era pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin, telah berlaku beberapa inovasi dalam

agihan zakat. Misalnya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah

memberikan zakat kepada orang-orang yang masih belum Islam namun mereka

berpotensi memeluk Islam, atau dengan pemberian zakat itu mampu melunakkan hati

mereka sehingga dapat memberikan manfaat kepada Islam dan penganutnya. Mereka

termasuk sebagai golongan muallaf (Mohd. Saleh Haji Ahmad, 1999: 64).

372

Namun perubahan berlaku di zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a.

Baginda telah mengambil tindakan yang dilihat drastik dan kontroversi dengan

menamatkan pemberian zakat kepada orang-orang yang belum Islam. Umar berkata,

di zaman itu Islam dan umatnya telah menjadi kuasa yang kuat dan dominan. Jika

dahulu umat Islam memerlukan orang bukan Islam yang berpengaruh untuk

memberikan perlindungan, namun kini nonmuslim yang mendapatkan perlindungan

kepada Islam dan pemerintahannya (Ibid: 65).

Hal ini mencerminkan satu perkara, bahawa perubahan dalam hukum tidak

terbatas. Apatah lagi jika sesuatu dalil itu bersifat umum (mubhamah). Maka para

fuqaha yang kompeten, mampu memberikan penafsiran yang berbeza kepadanya

berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Hal ini sesuatu yang lumrah dalam dunia

fikah (Anwar Sadat, 2015: 182). Natijahnya, terhasillah pelbagai interpretasi terhadap

dalil sehingga melahirkan hukum-hukum baharu yang mungkin sedikit berbeda

dengan hukum sedia ada sebelumnya. Namun sekali lagi, ia mestilah dalam ruang

lingkup yang diizinkan syarak. Tidak mendobrak hukum asal. Apatah lagi menafikan

kefarduan yang sudah qatie datangnya daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Maka, kajian ke atas tajuk ‘Kajian Restropektif Terhadap Perlaksanaan

Agihan Asnaf Fisabilillah Di Zaman Nabi Muhammad SAW Dan Implementasi di

Lembaga Zakat Selangor’ ini bukan bermaksud melihat kelemahan atau kekuatan di

mana-mana zaman. Ia lebih kepada mengukuhkan, apa yang dilakukan pada hari ini

di Lembaga Zakat Selangor (LZS) khususnya. Agar dapat dipastikan, ia tidak

bercanggah dengan aspirasi yang telah digagaskan nabi dan benar-benar mematuhi

kehendak syarak. Biar pun zahirnya nampak agak berbeza, namun apa yang penting

adalah roh atau intipati kepada perlaksanaannya.

Objektif kajian ini ialah, agar pihak berkuasa zakat pada hari ini dapat

mengambil input berguna, bagaimanakah nabi memanfaatkan zakat untuk tujuan

fisabilillah pada zaman awal penubuhan negara Islam sehingga dapat menjamin

kelestarian Islam sepanjang zaman. Juga melihat, bagaimanakah isu-isu berkaitan

fisabillah itu berkembang, khasnya pada zaman moden yang sangat mencabar dan

memerlukan ruang inovasi yang lebih luas. Maka diharapkan hasil kajian ini dapat

memberi idea dan panduan kepada pihak-pihak berkenaan dalam kaedah menangani

isu-isu fisabilillah khususnya, yang semakin mencabar mutakhir ini.

FISABILILLAH: HIERARKI, DEFINISI DAN DIKOTOMI ANTARA

MAZHAB UTAMA

Allah SWT meletakkan asnaf fisabilillah di posisi ke tujuh dari lapan asnaf zakat.

Firman-Nya di dalam surah at-Taubah, ayat 60, maksud-Nya: “Sesungguhnya

sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang

miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan

hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-

orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang

musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu

373

ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Kalimah fisabilillah adalah gabungan dari tiga kalimah Arab, iaitu fi, sabil dan

Allah (Jamalia Idrus, 2011: 2). Secara harfiah ia bermakna ‘di-jalan-Allah’.

Memahami frasa ini secara literal, menunjukkan bahawa fisabilillah adalah asnaf

yang sangat erat dalam usaha memperkasakan agama Islam. Mereka yang berada di

dalamnya, sedang melakukan sesuatu untuk Allah SWT. Maka, tidak hairanlah wujud

penafsiran secara mutlak bahawa fisabillah bermakna berperang di jalan Allah, dan

inilah pandangan mufassirin terdahulu seperti Ibnu Katsir (Jamalia Idrus, 2011: 90).

Kamus Pelajar pula menyatakan, makna sabilillah ialah, jalan kepada Allah;

(yakni) segala perbuatan yang diredai Allah. Kamus Dewan Edisi Ke Empat pula

memperincikan, sabilillah atau sabilullah ialah jalan kepada Allah. Apabila

digabungkan dengan ‘perang sabilillah’ maka ia bermakna, perang untuk

mempertahankan agama Islam atau jihad. Jika mati sabilillah, maka ia mati dalam

menunaikan tugas agama (syahid). Ia termasuklah orang yang naik haji dan terlibat

dalam perang sabil dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dalam kamus fikah ia mempunyai makna yang sedikit

berbeza. Sabilillah diertikan sebagai jalan yang dapat menyampaikan seseorang

kepada keredaan Allah SWT. Ibnu al-Atsir misalnya menyatakan, sabilillah

mempunyai dua konotasi. Pertama, berjihad melawan orang-orang kafir (dalam

peperangan). Kedua, amal soleh yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah

SWT (Ahsin W. Alhafidz, 2013: 194).

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan, umumnya al-Quran menyebutkan

fisabilillah sebagai ‘di jalan Allah’. Namun begitu, beliau berpandangan bahawa

makna sebenarnya adalah ‘jalan yang menyampaikan kepada reda Allah,’ (Yusuf al-

Qaradawi, 2006: 610). Beliau turut menyinggung pandangan Ibnu al-Atsir, dengan

menjelaskan bahawa para fuqaha umumnya berbeza pandangan dalam mendefinisikan

maksud fisabilillah. Sebahagiannya bersifat rigid dengan mentafsirkan makna

fisabilillah sebagai usaha jihad menegakkan agama Allah SWT melalui peperangan

semata-mata, yakni jihad secara mutlak. Manakala, sebahagian yang lain bersifat

lebih anjal dengan membuka ruang erti fisabilillah, sehingga mencangkupi segala

usaha ke arah meninggikan agama Allah SWT secara umum (Ibid: 610).

Selain Dr. Yusuf al-Qaradawi, mufassirin kontemporari seperti al-Maraghi

dan Buya Hamka juga berkongsi pandangan yang sama, khususnya dalam

membahaskan ayat 60 dari surah at-Taubah. Mereka menyatakan, fisabilillah bukan

sekadar bermakna peperangan semata-mata; tetapi mempunyai konsep yang lebih

luas, mencangkupi segala usaha ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah (Jamalia

Idrus, 2011: 90).

374

PANDANGAN IMAM-IMAM MAZHAB

Mazhab Syafie nampaknya lebih meraikan makna fisabilillah sebagai berjihad di

jalan Allah dalam bentuk peperangan. Imam Nawawi sendiri berpandangan, mereka

yang berjihad di jalan Allah tanpa mendapat gaji tetap dan terpaksa meninggalkan

mata pencariannya untuk berjihad, itulah golongan fisabilillah. Ibnu Hajar pula

berpandangan, zakat boleh diberikan kepada mereka yang berjihad ini untuk

membantu dalam peperangan biar pun dia seorang yang kaya. Pandangan ini jugalah

yang dikemukakan lebih awal oleh Imam as-Syafie di dalam kitabnya, al-Umm

(Yusuf al-Qaradawi, 2006: 614).

Di sisi Mazhab Hanafi, Imam Abu Yusuf menegaskan bahawa ia bermakna

sukarelawan dalam peperangan Islam yang terputus bekalannya. Imam Muhammad

pula membuka ruang ijtihad dengan memasukkan jemaah haji yang kehabisan

bekalannya sebagai fisabilillah. Namun ada juga fuqaha dalam Hanafiyah yang

berpendapat, penuntut ilmu juga termasuk dalam kelompok fisabilillah. Di samping

itu, al-Kasani pula berpandangan, semua usaha ke arah mendekatkan diri kepada

Allah SWT hakikatnya adalah termasuk ke dalam asnaf fisabilillah (Ibid, 611).

Mazhab Maliki pula membuka luas makna fisabilillah, namun Qadhi Ibnu

Arabi mengutip pendapat Imam Malik dengan katanya, ulama sepakat bahawa

fisabilillah adalah orang-orang yang berperang di jalan Allah. Malah imam-imam

dalam mazhab ini meluaskan fisabilillah kepada segala aspek yang menjurus kepada

pertahanan dan persenjataan (ibid, 613).

Mazhab Hanbali mempunyai sudut pandang yang sama dengan Syafie dengan

memberikan fokus untuk tujuan peperangan mempertahankan dan mengembangkan

agama Allah. Namun mereka khilaf dalam membolehkah dana zakat fisabilillah

kepada jemaah haji, dengan sebahagian membolehkan bagi golongan fakir dan

sebahagian menolaknya (ibid, 617).

Umumnya, fuqaha silam mempunyai dua jalur pandangan. Pertama,

fisabilillah hanya untuk tujuan jihad atau berperang secara mutlak. Keduanya,

fisabilillah juga untuk tujuan selain berperang tetapi merangkumi segala perbuatan

yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun kelihatannya, pandangan pertama

lebih dominan. Khususnya dalam Mazhab Syafie.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dibuat secara kualitatif dengan memberi penumpuan kepada kajian

perpustakaan. Selain membuat rujukan terhadap artikel, jurnal, buku dan kertas

seminar, kajian ini turut memberikan penumpuan kepada ayat al-Quran dan hadis-

hadis yang berkaitan isu fisabilillah. Penulis secara fokus, akan mengkaji ayat ke 60

dari surah at-Taubah dan seterusnya melihat kepada beberapa buah hadis lain di

dalam kajian ini.

375

HASIL KAJIAN PENGURUSAN FISABILILLAH ERA MADINAH

Syariat zakat diturunkan secara jelas selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke

Madinah. Maka pengkaji akan memfokuskan pengurusan fisabilillah ini hanya di era

Madinah. Era Madinah bermula dari tahun 622 Masehi, iaitu dari tarikh penghijrahan

nabi ke Yathrib (Mahamoud A. Gulaid, 1995: 80). Di zaman Madinah inilah nabi

memikul dua tugas utama, iaitu sebagai nabi dan sebagai ketua negara yang mengatur

kehidupan manusia dalam bernegara (Nizar Abazhah, 2010: 38).

Dengan adanya sebuah negara yang berdaulat dan bebas, maka nabi dapat

bertindak sebagai ketua kerajaan (Muhammad Amin Saniman, 2012: 288). Beriringan

dengan pensyariatan zakat pada tahun kedua hijrah (Azura Mohd Noor dan Ram Al-

Jaffri Saad, 2015: 364, Anwar, 2014: 129 dan Hamizul, 2012: 103), maka ia dianggap

satu kebijakan politik yang sangat baik, kerana ia bukan sekadar satu ibadah ketaatan

kepada Allah SWT, tetapi juga suatu jaminan sosial dalam konsep bernegara yang

telah dijelaskan dengan ditil perlaksanaannya (Anwar, 2014: 129-130).

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyebut kalimah fisabilillah secara tepat di

dalam 45 ayat, dan menggabungkannya dengan kalimah jihad di dalam 10 ayat

(Jamalia Idrus, 2011: 2). Manakala, di dalam kitab hadis yang utama, iaitu Sahih al-

Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Tirmizi dan Sunan an-Nasai, ada kira-kira 34 buah

hadis yang menyentuh mengenai fisabilillah.

Di antaranya Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: “Sesungguhnya

sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang

miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan

hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-

orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang

musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu

ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 60)

Selain daripada ayat 60 surah at-taubah di atas, disebutkan juga di dalam surah

yang sama, di ayat ke-20, maksudnya: “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman

dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah

lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya

memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan

mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha bahawa fisabilillah bermaksud jihad

secara mutlak, maka ayat-ayat di atas ini merupakan penegasan penting, bahawa jihad

paling utama bagi umat Islam ialah berperang meninggikan Islam di atas dunia ini. Ia

disokong pula oleh banyak hadis lain di dalam kumpulan hadis sunan sittah (kitab

hadis Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam an-Nasai, Imam at-Tirmizi, Imam Ibnu

Majah dan Imam Abu Daud). Dari 34 hadis yang ditemui, kebanyakannya berkisar

376

mengenai keutamaan fisabilillah, kelebihan orang-orang yang berada di dalamnya dan

ganjaran bagi orang-orang yang meletakkan dirinya di sisi fisabilillah.

Sebagai contoh, Abu Hurairah r.a melaporkan, bahawa Rasulullah SAW

bersabda: “Demi Tuhan yang memegang jiwaku di tangan-Nya, andaikan aku tidak

memikirkan susahnya sebahagian kaum mukminin ketika mereka tidak mampu ikut

berjuang bersamaku kerana tidak mempunyai biaya dan aku pun tak dapat memberi

dana bagi mereka, nescaya aku tidak akan tidak hadir (menguzurkan diri) dari medan

juang fisabilillah (sentiasa ada). Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya,

sungguh aku ingin terbunuh dalam perang fisabilillah, lalu aku dihidupkan kembali,

dan berperang lagi hingga terbunuh, lalu dihidupkan lagi, dan

terbunuh fisabilillah, lalu dihidupkan lagi, kemudian terbunuh fisabilillah lagi.”

(Hadis Sunan an-Nasai)

Hadis lain daripada Abu Hurairah r.a, katanya Nabi Muhammad SAW

bersabda: “Allah menggembirakan hati orang yang berperang fisabilillah (di jalan

Allah), iaitu orang yang berperang semata-mata kerana iman kepada Allah dan Rasul-

Nya, bahawa dia akan kembali membawa kemenangan dan harta rampasan, atau

dimasukkan ke dalam syurga. Andai kata tidaklah akan menyulitkan umatku, nescaya

aku selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup

kembali dan terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula.” (Hadis Sahih Bukhari)

Pernyataan Rasulullah SAW bahawa ‘jika tidak memberatkan umatku’

menunjukkan, bahawa baginda amat menyintai berada dalam barisan fisabilillah,

berjuang demi meninggikan agama Allah SWT. Ini kerana, kita sudah sedia maklum

bahawa sesuatu perbuatan itu jika sering dilakukan oleh nabi, maka ia amat disukai

oleh nabi. Melihat kepada kepentingan jihad inilah, maka tidak hairanlah fuqaha silam

lebih cenderung untuk memperuntukkan dana zakat di bawah asnaf fisabilillah hanya

untuk tujuan untuk peperangan demi mempertahankan dan menyebarluaskan agama

Allah SWT.

Pandangan ini menurut Dr. Wahbah az-Zuhaily adalah sangat jelas, malah

beliau turut bersandar kepada dalil al-Quran, surah as-Shaff ayat 4: “Sesungguhnya

Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya dalam

barisan yang tesusun rapi,” dan juga surah al-Baqarah, ayat 190: “Dan perangilah

kerana (menegakkan dan mempertahankan agama Allah),” (Wahbah az-Zuhaili, 1999:

957).

Sementara itu, di dalam kesempatan lain Nabi Muhammad SAW dengan jelas

menyebutkan bahawa orang yang berjihad di dalam fisabilillah berhak ke atas zakat.

Dari Abu Said al-Khudri r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak halal

zakat bagi orang kaya/ berkecukupan kecuali bagi lima orang: (1) Bagi pemungutnya,

atau (2) bagi orang yang berperang di jalan Allah (fisabilillah), atau (3) bagi orang

yang membelinya (zakat tersebut) dengan wangnya, atau (4) bagi orang kaya yang

diberi hadiah orang miskin dari zakat yang diberikan kepadanya, atau (5) bagi orang

yang berhutang.” (Hadis Sunan Ibnu Majjah)

377

Merujuk kepada dalil-dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa Nabi

Muhammad SAW amat menggalakkan umat Islam untuk melibatkan diri di dalam

sebarang usaha memperjuangkan Islam. Umumnya Nabi Muhammad SAW telah

menggariskan lima keutamaan fisabilillah. Pertama, akan mendapat harta rampasan

perang di atas dunia. Kedua, berhak mendapat zakat. Ketiga, jika mati, dikategorikan

mati syahid yang sangat mulia. Keempat, masuk syurga dengan pintu istimewa

bernama Pintu Jihad. Kelima, dimasukkan ke dalam syurga yang tertinggi, iaitu

Syurga Firdaus. Pernyataan ini dapat dirujuk di dalam hadis-hadis sahih Imam al-

Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Majah.

Persoalannya, kenapakah Nabi Muhammad SAW begitu menitikberatkan

jihad fisabilillah dan menjanjikan pelbagai keistimewaan bagi orang-orang yang

berjihad di jalan Allah ini? Ada beberapa jawapan yang boleh ditawarkan.

Pertama, selama 13 tahun sejarah awal kebangkitan Islam di Mekah, umat

Islam menghadapi penindasan yang sangat luar biasa dari kaum musyrikin Mekah.

Maruah mereka diinjak, dihina, dipulaukan, disiksa, dizalimi malah dibunuh tanpa

ada sebarang ihsan dan simpati. Umat Islam ketika itu tidak mampu melawan dengan

kekuatan fizikal. Mereka digelar kaum yang lemah (musta h’afin). Namun, ia wajib

berubah ketika di Madinah. Umat Islam sudah mempunyai sebuah negara. Mereka

harus mempunyai kemuliaan (izzah) sebagai warganegara Madinah yang menjadikan

Islam sebagai dasarnya (Yusuf al-Qaradawi, 2006: 636). Wajib ada perasaan mampu

bersaing kekuatan fizikal dengan orang lain. Jadi, dengan ditiupkan semangat jihad

fisabilillah ini, maka umat Islam mendapat kekuatan dalaman. Mereka sedar bahawa

mereka kini bukan lagi ditindas, tetapi harus membebaskan diri dan seluruh dunia dari

penindasan sesama makhluk dan tunduk menghambakan diri hanya kepada Allah

SWT semata-mata (Ibid: 635).

Kedua, ketika itu umat Islam masih tidak ramai dan negara Madinah juga

masih sangat baharu. Negara-negara kufur dan musyrik memandang rendah kepada

Madinah. Maka, untuk memastikan kedaulatan Madinah tidak dengan sewenang-

wenangnya dicabuli oleh mana-mana pihak yang benci kepada Islam (khususnya dari

Negara Kafir Mekah yang masih dikuasai kaum muysrikin), maka harus ada satu arus

kekuatan luar biasa dari dalam Madinah untuk mempertahankannya. Arus kekuatan

itu namanya ialah jihad fisabilillah. Demi memastikan arus ini sentiasa kuat dan

berkekalan, maka nabi juga harus sentiasa meniupkan roh jihad yang menjanjikan

keutamaan dunia dan akhirat bagi orang-orang yang menyahutnya.

Ketiga, proses menyebarluaskan Islam tidak boleh hanya terhenti di Madinah.

Islam mesti disebarluaskan ke Mekah, ke seluruh Semenanjung Tanah Arab, bahkan

melebar hingga ke seluruh pelusuk alam. Proses ini memerlukan daya tahan dan daya

juang luar biasa. Ia memakan masa yang sangat lama. Maka, kekuatan jihad

fisabilillah itu hendaklah sentiasa kekal dan konsisten di dalam dada umat Islam. Dari

zaman terawal di Madinah dan seterusnya akan terus ditekuni dan dihayati oleh umat

Islam terkemudian sehinggalah ke hari kiamat. Maka, sesuai dengan sifat nabi sebagai

378

imam kerohanian, dengan adanya janji-janji yang benar ini mengenai kelebihan jihad

fisabilillah, ia berjaya meniup semangat jihad yang konsisten di dada sahabat dan

umat Islam sepanjang zaman. Akhirnya hari ini terbukti Islam berjaya memayungi

sebahagian besar dunia, termasuklah di benua nusantara.

Keempat, dengan adanya zakat sebagai imbalan kepada mereka yang terlibat

dengan jihad fisabilillah, maka ia menjadi jaminan sosial kepada mereka. Ertinya,

mereka tidak perlu bimbang tentang mata pencarian yang mungkin tergendala akibat

keterlibatannya di dalam jihad fisabilillah. Ia sekaligus mencerminkan keadilan Islam

kepada pejuangnya. Menurut fuqaha juga, pemberian zakat itu adalah harus, biar pun

mereka kaya, kecuali bagi tentera Islam yang sudah mendaftar sebagai tentera dan

dibayar gaji, maka mereka tidak lagi berhak ke atas wang zakat berkenaan (Mohamad

Uda Kasim, 2005: 166).

ANALISIS KAITAN ZAKAT DENGAN MAKNA FISABILILLAH SELAIN

JIHAD (PERANG)

Di samping pendapat jumhur bahawa maksud fisabilillah adalah untuk peperangan

meninggikan agama Allah, ada juga fuqaha yang berpandangan bahawa fisabilillah

juga merangkumi orang-orang yang mahu mengerjakan ibadah haji ke Mekah.

Pendapat ini dikongsi bersama oleh kalangan ulama mazhab Hanbali dan Hanafi

(Ahmad Sarwat, 2015).

Mereka mengambil hadis berikut untuk dijadikan sandaran: Ibnu Abbas r.a

ada meriwayatkan bahwa seseorang telah menyerahkan seekor haiwan untuk (tujuan

perang) fisabilillah, namun isterinya ingin pergi haji. (Maka) Nabi Muhammad SAW

bersabda: “Naikilah (haiwan itu), karena haji itu termasuk fisabilillah.” (Hadis

Riwayat Abu Daud)

Namun pandangan ini menerima khilaf di kalangan fuqaha, dan majoritinya

menolak untuk menerimanya. Ini kerana, salah satu syarat khusus mengerjakan haji

ialah mempunyai kemampuan (istit ’ah). Di antara kemampuan itu ialah, mempunyai

kewangan yang mencukupi bagi membawa diri ke Mekah, cukup juga bagi mereka

yang ditinggalkan di tanah air. Hal ini berbeza dengan zaman dahulu, kerana

kedudukan Mekah dan Madinah tidak begitu jauh dan mengerjakan haji ketika itu

juga tidak memerlukan dana yang besar seperti hari ini. Maka, pandangan fuqaha

yang tidak menyetujui agar dana zakat disalurkan kepada orang yang mahu

mengerjakan haji dirasakan lebih sesuai. Sesuai dengan zaman, masa dan keadaan

pada zaman ini.

Dr. Abdul Karim Zaidan (1999: 147) ada menyatakan di dalam tulisannya,

bahawa memang terdapat ulama yang membolehkan orang-orang yang mahu

menunaikan haji, diberikan wang zakat atas nama fisabilillah agar mereka dapat

menunaikan hajat berkenaan. Beliau memetik pandangan Imam Ahmad seperti

berikut: “Ibadah haji merupakan bahagian daripada perjuangan fisabilillah, sehingga

orang fakir dapat diberi bahagian zakat ini untuk melaksanakan ibadah haji,

379

sebagaimana orang-orang yang kehabisan bekal dalam menunaikan haji dapat

diberikan bantuan untuk menyempurnakan ibadah haji yang dilakukannya.’ (Ibid:

147)

Namun begitu, dalam perbahasan lanjut, Dr. Abdul Karim Zaidan juga

menyebut bahawa kalangan fuqaha secara jumhurnya menolak untuk bersetuju agar

menyalurkan dana zakat di bawah nama fisabilillah kepada mereka yang mahu

mengerjakan haji. Tulisnya lagi: “Pandangan ini tidak bersifat muafakat dalam

kalangan fuqaha, kerana ramai yang menyanggahinya. Bahkan menurut Ibn

Qudamah, Imam Ahmad juga pernah mengeluarkan pendapat bahawa zakat atas nama

fisabilillah tidak boleh diberikan kepada orang yang mahu menunaikan haji. Begitu

pula umumnya pandangan para ulama, seperti Syafie, Malik, Abu Hanifah, at-Tsawri

dan lain-lain. Itulah pendapat yang paling benar, kerana sesungguhnya bahagian zakat

fisabilillah secara mutlak, hanya boleh digunakan untuk tujuan peperangan di jalan

Allah.” (Ibid: 147)

Maka, di sini dapat dilihat bahawa sudah ada sedikit perbezaan terhadap

kedudukan fisabilillah yang memberikan ruang kepada orang-orang yang mahu

mengerjakan haji untuk menerima zakat. Biar pun pandangan ini ditolak oleh jumhur

fuqaha, namun hakikatnya ia menunjukkan bahawa fisabilillah bukanlah secara

mutlak merujuk kepada jihad peperangan sahaja.

HASIL KAJIAN FISABILILLAH ZAMAN INI OLEH LZS

LZS menerusi fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah

menerima pakai pandangan pelbagai fuqaha dengan tidak membataskannya hanya

kepada Mazhab Syafie sahaja. Fatwa berkenaan telah meluaskan lagi pemahaman

asnaf fisabilillah, sehingga nampaknya lebih meraikan pandangan Mazhab Hanafi

yang cenderung membuka ruang lingkup fisabilillah kepada semua usaha ke arah

mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia mencakupi kemaslahatan, taqarrub kepada

Allah SWT dan perbuatan-perbuatan yang baik yang bersesuaian dengan penerapan

asal dari kalimah fisabillah (Yusuf al-Qaradawi, 2006: 619).

Merujuk kepada Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor

2013 Siri 2, keputusan fatwa menyatakan bahawa, ‘Fisabilillah ialah perjuangan,

usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama

Allah.’ Definisi ini sama sekali tidak menjurus kepada peperangan. Malah ia

meraikan keperluan semasa umat Islam. Apatah lagi meraikan kondisi negara yang

aman dan tidak berperang dengan mana-mana pihak, maka dana zakat fisabilillah

dapat dimanfaatkan seoptimumnya. Ia lebih bermanfaat berbanding disempitkan

hanya untuk jihad peperangan sahaja.

Seterusnya fatwa berkenaan turut menggariskan kriteria tertentu bagi

melayakkan pihak berkenaan mendapatkan hak mereka di bawah nama asnaf

fisabilillah, iaitu:

380

1. Orang Islam atau Institusi Islam yang menjalankan usaha meninggikan dan

mempertahankan agama Islam.

2. Perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan

mempertahankan syariat atau syiar Islam dan perlaksanaannya mestilah

menepati syariat Islam.

3. Perjuangan, usaha dan aktiviti yang selari dengan pengertian jihad fisabilillah

melalui pelbagai kaedah, sama ada dakwah, penulisan, media, teknologi dan

seumpamanya.

4. Perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menentang dakyah dan

serangan terhadap agama Islam.

5. Perjuangan, usaha dan aktiviti bagi memelihara dan meningkatkan akidah

umat Islam.

6. Perjuangan, usaha dan aktiviti bagi menyampaikan dakwah kepada umat Islam

dan bukan Islam.

7. Usaha membasmi kejahilan dan meningkatkan taraf pendidikan serta

melahirkan kader dan intelektual Islam.

Manakala dari aspek objektif, agihan di bawah asnaf fisabilillah di Selangor

memberikan penekanan kepada konsep berikut:

1. Membantu usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk mengukuhkan dan

menegakkan agama Islam.

2. Membantu usaha bagi memelihara dan mengukuhkan akidah umat Islam.

3. Membantu usaha bagi mendidik dan menyampaikan dakwah kepada umat

Islam dan orang bukan Islam.

4. Membantu usaha dan aktiviti melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar.

5. Membantu usaha mengukuhkan syariat dan syiar Islam dalam semua aspek

kehidupan.

6. Membantu usaha mengukuhkan pendidikan, kefahaman dan penghayatan

Islam di kalangan masyarakat.

7. Mewujudkan prasarana bagi membolehkan umat Islam membina kekuatan

dari sudut ekonomi, budaya, pendidikan, latihan kemahiran, media massa, dan

keselamatan yang lestari.

Di Selangor, fatwa menetapkan bahawa kaedah pengagihan zakat untuk

fisabilillah ialah:

1. Memberi tumpuan dan keutamaan kepada usaha-usaha mengukuhkan dan

meninggikan agama Islam dan dakwah Islamiah.

2. Membantu dan membiayai pembangunan asas institusi agama dengan syarat

ada usaha terlebih dahulu untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak

kerajaan.

3. Pembiayaan yang boleh memberi pulangan yang baik kepada Islam dan

ummah dan meninggikan maruahnya.

381

4. Pembayaran yang tidak bersifat tetap (usaha mesti dilakukan untuk

mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi pembiayaan seperti

elaun KAFA dan kakitangan serta baik pulih surau, masjid dan sekolah

agama).

5. Pembiayaan/ sumbangan berdasarkan keperluan jika tiada peruntukan yang

mencukupi daripada kerajaan.

6. Usaha membebaskan ummah daripada kongkongan ekonomi.

7. Pengagihan zakat boleh dibuat bagi tujuan mencegah asnaf daripada

berlakunya kemudaratan.

Bentuk-bentuk bantuan zakat di bawah asnaf fisabilillah ialah seperti berikut:

1. Pendidikan

i. Elaun Guru KAFA

ii. Elaun Hufaz Al-Quran

iii. Biasiswa Pelajar Luar Negara IPT

iv. Biasiswa Pelajar Dalam Negara IPT

v. Anugerah Pelajar Cemerlang

vi. Elaun Kecil Pelajar SAMR/T

vii. Bantuan Umum Pelajaran

viii. Keperluan Sekolah Agama

ix. Pembinaan / Baik Pulih Sekolah Agama

x. Menampung Pembiayaan Asas Sementara Institusi Pendidikan MAIS

2. Dakwah Islamiah

i. Elaun Guru Agama / Penceramah

ii. Program Forum / Ceramah Agama

iii. Elaun Bulanan Pegawai Masjid

iv. Kursus Pegawai Masjid

v. Elaun Tahunan AJK Masjid

vi. Imbuhan Penolong Pendaftar Nikah

vii. Program Out Reach

viii. Bantuan Emolumen Institusi dan Kakitangan Lantikan MAIS.

ix. Elaun Ithbat Al-Quran

x. Saguhati Jawatankuasa Pentadbiran

3. Syiar Islam:

i. Peralatan Masjid / Surau / Institusi Agama

ii. Pembinaan / Baik Pulih Masjid

iii. Pembinaan / Baik Pulih Surau

iv. Pembinaan / Baik Pulih Surau Sekolah

v. Pembinaan / Baik Pulih Institusi Agama

vi. Pembinaan / Baik Pulih Institusi Agama Luar Negara

382

4. Aktiviti Amar Makruf Nahi Mungkar:

i. Persatuan / Badan Kebajikan Islam

ii. Saguhati Kaunselor Penguatkuasa

iii. Saguhati Kaunselor Sukarela

iv. Program Penerapan Nilai Islam

5. Ekonomi:

i. Dana operasi yang boleh meningkatkan syiar dan biah Islamiah

ii. Program bimbingan rangkaian penjanaan ekonomi dengan penglibatan pihak

berkeupayaan.

6. Budaya:

Aktiviti seni dan kebudayaan yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan

Islam

7. Media massa:

Aktiviti penulisan, percetakan. penerbitan, penyiaran dan seumpamanya yang

bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan Islam

8. Jaringan Keselamatan Sosial:

i. Badan Sukarelawan Zakat

ii. Aktiviti pendampingan, pembimbingan, pendorongan dan pemantauan

aktiviti zakat

PERBINCANGAN

Pengurusan dana zakat fisabilillah di zaman Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada

dua aspek. Pertama memberikan fokus yang sangat tinggi kepada kepada aspek

peperangan. Keduanya meraikan golongan yang mahu menunaikan haji ke Mekah.

Rasional nabi memberikan fokus kepada pendanaan peperangan, kerana ia amat

bertepatan dengan keperluan di waktu itu. Ini kerana, umat Islam waktu itu amat perlu

membina imej keislaman yang kuat, sehingga dapat menimbulkan kemuliaan (izzah)

di hati mereka, sekaligus menimbulkan kegerunan di hati musuh-musuh Islam.

Kekuatan roh jihad juga dapat memberikan momentum yang berpanjangan dan

berkekalan kepada umat Islam untuk terus menyebarluaskan agama Islam sehingga ke

akhir zaman. Dana fisabilillah ini juga menjadi jaminan sosial kepada individu yang

terpaksa meninggalkan pekerjaan demi menyahut seruan jihad.

Manakala pengurusan fisabilillah di LZS pada hari ini tidak lagi

memfokuskan kepada peperangan, sebaliknya membuka luas pintu fisabilillah kepada

segala aspek yang bersifat perjuangan, usaha-usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk

menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Konsep yang luas ini sebenarnya

masih menepati roh fisabilillah itu sendiri. Ini kerana, tujuan fisabilillah dalam bentuk

peperangan di zaman silam itu juga adalah untuk menegakkan dan mempertahankan

agama Allah SWT.

383

Di samping itu, keterbukaan fisabilillah kepada konsep yang lebih luas adalah

sesuai dengan kondisi negara yang aman dan tidak terlibat dalam mana-mana

peperangan fizikal. Dengan menerima pandangan bahawa fisabilillah adalah secala

usaha dan aktiviti yang bertujuan memelihara dan meninggikan agama Allah, maka

pelbagai aspek kehidupan yang menjurus ke arah itu dapat dimanfaatkan. Ia

termasuklah mendanai individu menyambung pendidikan tertinggi, mendanai

pertubuhan tertentu untuk tujuan dakwah, penyelidikan dan mempertahankan Islam

dari serangan berbentuk pemikiran. Apa yang penting adalah matlamt akhirnya wajib

menyamai maksud fisabilillah, seperti mana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan

Nabi Muhammad SAW.

KESIMPULAN

Pengurusan fisabilillah di zaman Nabi Muhammad SAW dan hari ini di LZS, biar pun

zahirnya nampak seperti berbeza, namun hakikatnya sama. Sama dalam erti kata, ia

tetap menjunjung tinggi roh jihad fisabilillah itu sendiri, iaitu mempertahankan agama

Islam dan seterusnya meninggikan agama Islam. Cuma apa yang jelas, LZS tidak lagi

menggunakan dana fisabilillah untuk mendanai jemaah haji. Hal ini kerana,

bersesuaian dengan keputusan fatwa yang tidak meraikan jemaah haji sebagai satu

daripada pihak yang berhak mendapat zakat. Pendapat ini pastilah berdasarkan

pandangan jumhur fuqaha dan memikirkan maslahah yang lebih besar, khususnya di

era Islam berdepan dengan pelbagai fitnah setempat dan ancaman global.

RUJUKAN

Abd al-Karim Zaidan. (1999). Ensaiklopedia Fiqh Wanita: Puasa dan Zakat.

Selangor: Syabab Media.

Ahmad Sarwat. (2015). Perluasan Makna Fi Sabilillah Sebagai Mustahiq Zakat.

http://www.rumahfiqih.com.

Ahsin W. Alhafidz. (2013). Kamus Fiqh. Jakarta: Amzah.

Anwar Sadat. (2015). Ikhtilaf Di Kalangan Ulama al-Mujtahidin. Al-Risalah. Volume

15 Nombor 2.

Anwar. (2014). Undang-Undang Pentadbiran Zakat Pada Zaman Awal Islam.

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF

2014) (e-ISBN 978-967-13087-1-4). Selangor: e-Prosiding, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor.

Azura Mohd Noor dan Ram Al Jaffri Saad. (2015). Ejen dan Impak Perubahan

Dalam Pengurusan Wang Zakat. Prosiding ‘International Islamic

Development Management Conference’ Kali Ke-9. Pulau Pinang: Islamic

Development Management Studies (Isdev), Universiti Sains Malaysia.

Basri bin Ibrahim. (2011). Metod Fatwa al-Qardawi Dalam Menangani Isu-isu

Semasa. Selangor: al-Hidayah Publication.

Hamizul Abdul Hamid. (2012). Eksklusif Zakat. Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

384

Jamalia Idrus. (2011). Makna Fi Sabilillah Dalam Al-Qur’an Suatu Kajian Tafsir

Mau hu’iy. Pekan Baru: Universiti Agama Islam Negeri Sunan Kalijaga.

Lembaga Zakat Selangor. (2013). Fatwa Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri

Selangor Siri 2.

Mahamoud A. Gulaid. (1995). Public Sector Resource Mobilization In Islam. Journal

of Islamic Economic Studies. Jeddah: Islamic Research and Training Institute,

Islamic Development Bank.

Mohamad Uda Kasim. (2005). Zakat: teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur:

Pusat Zakat Selangor dan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Saleh Haji Ahmad. (1999). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka

Haji Abdul Majid.

Muhammad Amin Saniman, Teoh Hao Xuan dan Kamarul Azmi Jasmi. (2012).

Peringkat Permulaan Islam. Prosiding Seminar Tamadun. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Nizar Abazhah. (2010). Ketika Nabi di Kota. Jakarta: Penerbit Zaman.

Razali Md. Jani, et.al. (2017). Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat. Kuala

Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.

Wahbah az-Zuhaili. (1999). Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 2. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf al-Qaradawi. (2006). Hukum Zakat. Jakarta: Pustaka Litera Antar Nusa.

Laman Sesawang

http://prpm.dbp.gov.my

http://www.rumahfiqih.com

Bab 31 KESAN TADBIR URUS YANG BAIK KE ATAS PRESTASI

KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT: KERANGKA KONSEP

PELAKSANAAN KAWALAN DALAMAN

Nazifah Mustaffha Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected]

Abstrak Tadbir urus yang baik memberi impak yang tinggi terhadap prestasi sesebuah institusi. Hal ini

kerana tadbir urus melibatkan proses membuat keputusan dan melaksanakan keputusan

tersebut. Pelaksanaannya merangkumi hala tuju, pencapaian, akauntabiliti dan sistem kawalan

dalaman. Kajian ini bertujuan untuk mencadangkan kerangka konsep berkaitan dengan sistem

kawalan dalaman yang boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi zakat. Kerangka konsep

tersebut disediakan melalui kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan kajian-kajian

lepas yang berkaitan dengan pengurusan zakat, tadbir urus dan sistem kawalan dalaman.

Sistem kawalan dalaman merupakan mekanisma yang dilaksanakan untuk menghasilkan

suatu jaminan yang munasabah terhadap pencapaian objektif akauntabiliti, keberkesanan dan

kecekapan pengurusan. Pelaksanaannya merangkumi semua langkah yang diambil oleh

institusi untuk menghasilkan jaminan munasabah bahawa setiap aspek dilaksanakan seperti

yang telah digariskan. Sistem kawalan dalaman yang baik mampu menjadikan institusi zakat

sebagai sebuah institusi yang efektif dan efisyen dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat.

Kesannya, pelaksanaan zakat mampu mencapai objektifnya yang mulia iaitu membangunkan

aspek sosio-ekonomi ummah melalui pengagihan kekayaan yang sempurna. Kerangka konsep

ini dicadangkan bukan sahaja sebagai panduan kepada institusi zakat, bahkan ia boleh diguna

pakai oleh institusi-institusi agama yang lain seperti institusi wakaf dan masjid.

Kata Kunci: Tadbir urus, kutipan zakat, agihan zakat, kawalan dalaman.

PENDAHULUAN

Institusi zakat telah dikenal pasti sebagai salah satu institusi awam yang perlu diurus

dan ditadbir dengan berkesan dan cekap. Ini amat penting kerana ia memainkan

peranan utama dalam memastikan sistem ekonomi Islam dapat dikekalkan

berlandaskan syariah. Institusi zakat merupakan institusi penghubung antara

pembayar dan penerima zakat. Ia menguruskan dana zakat dan merupakan salah satu

organisasi yang menyediakan kestabilan dan mengekalkan sistem sosio-ekonomi

Islam. Ia juga merupakan institusi penting yang membantu memperbaiki kehidupan

asnaf.

Di Malaysia, pihak berkuasa negeri yang terlibat dalam pengurusan zakat

menjalankan tanggungjawab seperti promosi, kutipan dan pengagihan zakat serta

menyalurkan bantuan kepada golongan fakir, miskin dan asnaf lain mengikut garis

panduan yang ditetapkan oleh syariah.

Sebagai sebuah pusat yang menguruskan dana awam, prestasi dan

akauntabiliti institusi zakat sentiasa dinilai oleh masyarakat. Tambahan pula, sebagai

386

sebuah institusi Islam, masyarakat mengharapkan pengurusan dan tadbir urusnya

adalah bersih daripada anasir-anasir negatif seperti salah guna kuasa, penyelewangan

dana zakat dan sebagainya.

Namun, sehingga kini isu keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan tadbir

urus institusi zakat belum berkesudahan. Isu ini menarik perhatian ramai, terutamanya

di kalangan masyarakat muslim. Setiap tahun, pasti ada laporan mengenai negatif

mengenai institusi zakat dilaporkan dalam media massa, terutamanya berkaitan

dengan pengagihan zakat (Hairunnizam, Sanep & Radiah, 2009). Walaupun kutipan

zakat bertambah dari tahun ke tahun, isu ini masih membelenggu masyarakat. Insiden

terbaru yang melibatkan skandal dan penyelewengan dana zakat dikesan dalam

pengurusan Zakat Pulau Pinang (New Straits Time, 10 Mei 2017). Dilaporkan bahawa

institusi itu telah menjalankan perakaunan dan pengauditan terhadap rekodnya sejak

tahun 2008. Yang terkini, mereka telah menjalankan proses audit bebas pada tahun

2015. Namun, mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dana zakat dalam

proses audit tersebut.

Walaupun kes itu masih disiasat, ia mewujudkan persepsi negatif masyarakat

kepada institusi zakat yang terlibat khususnya dan institusi lain amnya. Imej dan

reputasi institusi zakat telah dicemari akibat rasuah dan penipuan yang dilakukan oleh

pegawai zakat. Terdapat dua aspek utama yang boleh dipertikaikan berkaitan dengan

isu ini. Pertama, aspek prosedur kawalan dalaman yang diamalkan oleh institusi zakat

untuk mencegah dan mengelakkan penipuan. Sejauh manakah ia diberi mandat

sebagai panduan dalam pengurusan dan pelaksanaan operasi. Kedua, mengenai proses

audit, sejauh manakah keberkesanan prosedur audit yang telah dijalankan terhadap

institusi-institusi zakat ini.

Justeru, institusi zakat menghadapi cabaran besar akibat daripada kehilangan

keyakinan orang ramai. Sesuatu perlu dilakukan untuk membersihkan imej dan

reputasi mereka yang tercemar. Kajian tentang tadbir urus institusi zakat dapat

memberikan input dalam menjadikan institusi zakat lebih kompetitif dan teratur

sebagai input akan membantu institusi zakat dalam mengukur prestasi mereka dan

akan menunjukkan aspek mana yang harus diberi perhatian.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA

Sehingga kini, bidang kuasa pengurusan dan pentadbiran zakat di Malaysia adalah

terletak di bawah tanggungjawab negeri, iaitu di bawah tanggungjawab Majlis Agama

Islam Negeri masing-masing. Ini tidak termasuk di Wilayah Persekutuan, yang mana

tadbir urus zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan (Muhammad

Syukri, 2014). Secara umumnya, zakat ini diuruskan oleh institusi zakat berdasarkan

enakmen dan peraturan negeri masing-masing.

Di peringkat kebangsaan, ada jabatan yang bertanggungjawab untuk urusan

zakat di Malaysia. Jabatan Zakat, Waqaf dan Haji (JAWHAR) merupakan jabatan

kerajaan persekutuan yang dibentuk di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia telah

387

ditubuhkan pada tahun 2004 dengan objektif untuk memperbaiki pengurusan

kekayaan penduduk Malaysia yang beragama Islam dalam bentuk waqf, zakat, mal

dan haji. Ia berfungsi untuk membantu institusi yang sedia ada di peringkat negeri

untuk meningkatkan kecekapan pengurusan wakaf, zakat dan haji. Namun, ia tidak

menggantikan atau mengambil alih peraturan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri

Tetapi semata-mata melengkapkan fungsi dan peranan badan untuk memperkukuh

institusi wakaf, zakat, mal dan haji, seterusnya memberi manfaat kepada umat Islam.

Institusi zakat di Malaysia telah mengalami banyak perubahan dan

perkembangan sejak kerajaan telah melaksanakan dasar Islamisasi pada tahun 1980-

an. Salah satu perubahan dan pencapaian pengurusan zakat di Malaysia ialah

pengkorporatan beberapa institusi zakat. Institusi zakat yang dikorporatkan di

Malaysia telah mengguna pakai konsep tadbir urus korporat, tetapi masih tidak

menyeluruh berbanding dengan institusi dalam sektor swasta (Shawal & Hasan,

2007). Konsep ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan dan tanggungjawab

pengurusan untuk memupuk amalan pengurusan terbaik dalam memastikan integriti

pekerja untuk menarik keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat

(Sanep, Hairunnizam & Adnan, 2006).

Walaupun institusi zakat di Malaysia sudah banyak melalui proses

pembangunan dan perkembangan positif, masih terdapat beberapa isu dan cabaran

yang perlu ditangani untuk memastikan zakat memainkan peranan penting dalam

mencapai keadilan sosio-ekonomi. Ini termasuk isu-isu perakaunan, undang-undang

dan sumber manusia (Muhammad Syukri, 2014; Zainol & Wahab, 2011). Isu-isu ini

akan membawa kepada beberapa kelemahan dalam pengurusan dan pentadbiran

institusi zakat. Disebabkan isu-isu tersebut, penyelidik percaya bahawa prosedur

kawalan dalaman yang berkesan akan membantu meningkatkan pengurusan institusi

zakat seterusnya meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi

zakat.

Sebagai sebuah institusi agama yang menguruskan dana awam, institusi zakat

memainkan peranan yang penting untuk membina keyakinan di kalangan masyarakat

awam tentang kecekapan dan keberkesanan tadbir urus mereka. Hal ini adalah amat

penting untuk menarik lebih ramai lagi prospek pembayar zakat untuk membersihkan

harta mereka secara formal melalui institusi zakat. Justeru, pihak institusi zakat perlu

mengambil inisiatif untuk memperkasa sistem kawalan dalaman mereka dan dapat

membuat penyataan amalan kawalan dalaman secara terbuka kepada masyarakat.

SISTEM KAWALAN DALAMAN

Kawalan dalaman adalah aspek penting dalam sistem pengurusan tadbir urus dan

pengurusan risiko. Committee on Sponsoring Organisation (COSO) (2013)

mendefinisikan sistem kawalan dalaman sebagai proses yang diwujudkan untuk

menyediakan jaminan yang munasabah berkenaan dengan pencapaian objektif

institusi. Proses ini dipengaruhi oleh ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan

pekerja-pekerja lain dalam sesebuah institusi. Objektif-objektif tersebut dibahagikan

388

kepada tiga kategori: (i) kebolehpercayaan pada laporan kewangan; (ii) pematuhan

undang-undang dan peraturan yang berkaitan; (iii) keberkesanan dan kecekapan

operasi (Messier et. al., 2006, p. 202).

Ciri-ciri sistem kawalan dalaman yang berkesan adalah bergantung pada lima

komponen utama, iaitu (i) persekitaran kawalan, (ii) penilaian risiko, (iii) aktiviti

kawalan, (iv) maklumat dan komunikasi dan (v) pemantauan (COSO, 2013; Messier

et. al., 2006, p. 203).

i. Persekitaran kawalan. Komponen ini merupakan asas kepada sistem kawalan

dalaman. Ia menghuraikan garis panduan kepada sesebuah institusi untuk

mempunyai sistem tadbir urus yang baik (Sartini, 2012). Secara umumnya, ia

meliputi garis panduan berkenaan dengan etika dan nilai integriti yang perlu

ada pada setiap individu dalam institusi, tanggungjawab pihak pengurusan dan

jawatankuasa audit dalam institusi, kaedah dan falsafah pengurusan, deskripsi

tugas yang jelas dan polisi pengurusan (Messier et al, 2006, p. 204).

ii. Penilaian risiko. Komponen ini menghuraikan kaedah untuk mengenal pasti

risiko, membuat analisa terhadap risiko berkenaan dan menguruskannya

(Messier et al, 2006, p. 204). Komponen ini amat penting untuk memastikan

bahawa risiko yang dihadapi dapat dikawal dengan baik dan mengelakkan ia

daripada berulang.

iii. Aktiviti/prosedur kawalan. Komponen ini menyediakan polisi serta prosedur

untuk memastikan aktiviti yang dijalankan oleh institusi dapat mengurangkan

risiko (Messier et al, 2006, p. 204). Ia meliputi pengagihan tugas, kawalan aset

dan kawalan proses operasi.

iv. Informasi dan komunikasi. Komponen informasi menjelaskan keperluan untuk

mempunyai sistem informasi yang baik (contoh: sistem perakaunan) supaya ia

dapat menjadi garis panduan dan medium untuk menjalankan proses dan

operasi institusi. Komponen komunikasi pula termasuk garis panduan supaya

individu memahami peranan dan tangungjawab mereka berkenaan dengan

sistem kawalan dalaman ini (Messier et al, 2006, p. 204).

v. Pemantauan. Komponen terakhir ini merupakan proses untuk memastikan

sistem kawalan dalaman yang dibangunkan itu mencapai objektifnya. Ia

termasuk menilai semula komponen-komponen, objektif serta pelaksanaannya

dalam institusi (Messier et al, 2006, p. 204).

Kesimpulannya, kawalan dalaman boleh didefinisikan sebagai sistem

berintegrasi yang diwujudkan untuk memastikan sesebuah jabatan berada pada

landasan untuk mencapai misinya. Tujuan sistem kawalan dalaman ini ialah untuk

menggalakkan keberkesanan operasi dan pengurusan, mengurangkan risiko

kehilangan aset-aset dan memastikan kesahihan data. Sistem kawalan dalaman yang

berkesan mampu menggalakkan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan di

kalangan pekerja (Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussien Onn, 2017)

389

KERANGKA KONSEP SISTEM KAWALAN DALAMAN UNTUK INSTITUSI

ZAKAT

Untuk merealisasikan pemerkasaan sistem kawalan dalaman di institusi-institusi

zakat, penyelidik mencadangkan kerangka konsep sistem kawalan dalaman

berdasarkan kerangka yang digariskan oleh COSO (2013). Rajah 1 menunjukkan

kerangka konsep sistem kawalan dalaman yang dicadangkan. Kerangka tersebut

adalah berdasarkan lima komponen kawalan yang digariskan oleh COSO–

persekitaran kawalan, penilaian risiko, aktiviti/prosedur kawalan, informasi dan

komunikasi serta aktiviti pemantauan. Komponen-komponen tersebut merangkumi

objektif institusi di peringkat operasi, pelaporan dan pematuhan terhadap peraturan

yang berkaitan. Kerangka tersebut juga menggabungkan komponen-komponen

kawalan dalaman untuk tiga peringkat kawalan, iaitu peringkat pencegahan,

pengesanan dan pematuhan.

Rajah 1: Model Sistem Kawalan Dalaman Institusi

Sistem kawalan dalaman institusi zakat merujuk kepada proses yang

dipengaruhi oleh ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan individu lain dalam

institusi berkenaan. Proses tersebut akan menyediakan jaminan yang munasabah

berkenaan dengan pencapaian objektif-objektif institusi. Selari dengan objektif sistem

kawalan dalaman itu, objektif pelaksanaan sistem kawalan dalaman merangkumi: (i)

untuk mencapai keberkesanan dan kecekapan operasi institusi zakat; (ii) untuk

memastikan kebolehpercayaan serta ketepatan laporan kewangan, operasi dan aktiviti

institusi zakat - dari segi masa dan kualiti laporan; (iii) untuk memastikan kepatuhan

institusi zakat terhadap undang-undang dan enakmen yang berkaitan.

Berkaitan dengan komponen sistem kawalan dalaman, kerangka tersebut juga

mencadangkan lima komponen kawalan dalaman untuk institusi zakat yang perlu

dilaksanakan oleh semua peringkat institusi – pihak pengurusan, jabatan/bahagian dan

operasi. Ia selari dengan komponen yang digariskan oleh COSO (2013).

Persekitaran kawalan

Aktiviti pemantauan

Penilaian risiko

Aktiviti/prosedur kawalan

Informasi dan komunikasi

Operasi

Pelaporan

Pematuhan

Pencegahan

Pembetulan

Pengesanan

390

i. Persekitaran kawalan. Persekitaran kawalan dalaman institusi zakat boleh

dinilai melalui kewujudan struktur organisasi serta deskripsi tugas yang jelas,

kod etika pekerja, piagam pelanggan serta kewujudan juruaudit dalaman.

ii. Penilaian risiko. Risiko utama yang dihadapi oleh pusat zakat termasuk salah

guna dana zakat oleh penerima zakat, salah guna dana zakat oleh individu

dalam institusi zakat dan kekurangan kepercayaan terhadap institusi zakat

yang menyebabkan zakat disalurkan oleh pembayar terus kepada penerimanya

tanpa melalui saluran rasmi, iaitu institusi zakat (Ascarya, 2016). Risiko-risiko

seperti ini dapat dikurangkan dengan pelaksanaan sistem kawalan dalaman

yang menyeluruh.

iii. Aktiviti/prosedur kawalan. Aktiviti dan prosedur kawalan adalah termasuk

pengagihan tugas di kalangan individu pekerja (Messier et al, 2006, p. 204) di

institusi zakat. Contohnya, untuk pengurusan dana zakat, fungsi pengesahan

penerimaan/pembayaran dana, merekod dan membuat

pengeluaran/pembayaram dana perlu dilaksanakan oleh tiga individu berbeza

untuk mengelakkan daripada berlaku salah guna kuasa dan dana.

iv. Informasi dan komunikasi. Kewujudan sistem perakaunan berkomputer dan

sistematik merupakan contoh pelaksanaan komponen ini dengan baik. Sistem

perakaunan yang sistematik termasuk dokumentasi dan rekod transaksi

penerimaan/pembayaran dana zakat, seterusnya penyediaan laporan yang

menyeluruh. Sistem ini seharusnya diterangkan kepada semua individu dalam

institusi zakat berkenaan. Namun begitu, perlu ada had capaian ke atas fungsi-

fungsi dalam sistem, yang mana kuasa capaian hanya diberikan kepada

individu yang berkaitan sahaja.

v. Aktiviti pemantauan. Proses pemantauan perlu dilaksanakan di peringkat awal

lagi. Contohnya, untuk prosedur pengurusan dana zakat, pemantauan perlu

dilihat sejak dana itu diterima, sehinggalah penggunaan dana tersebut oleh

penerima yang berhak. Ini boleh dilaksanakan dengan menjalankan

audit/pemantauan secara berkala, mengejut atau juga berjadual.

Komponen-komponen sistem kawalan dalaman tersebut dilaksanakan di

semua peringkat institusi: operasi, penyediaan laporan dan juga pematuhan terhadap

peraturan dan enakmen yang berkaitan. Ia meliputi semua pihak dalam institusi, dari

ahli lembaga pengarah sehinggalah unit-unit kecil dalam pentadbiran dan operasi

zakat.

Secara umumnya, pelaksanaan sistem kawalan dalaman dapat mengurangkan

risiko dalam pengurusan dana zakat (pencegahan). Namun begitu, tidak semua risiko

boleh dielak. Justeru, sistem kawalan dalaman juga perlu merangkumi

aktiviti/prosedur untuk mengenal pasti risiko dan masalah yang dihadapi oleh institusi

zakat (pengesanan). Seterusnya, untuk risiko yang telah dikenal pasti, institusi zakat

perlu mengambil langkah proaktif untuk menguruskan risiko tersebut dengan

mengambil langkah pembetulan kepada risiko atau penambah baikan pada komponen

sistem kawalan dalaman sedia ada.

391

KESIMPULAN

Tujuan artikel ini ialah untuk mencadangkan kerangka konsep sistem kawalan

dalaman yang boleh diaplikasi oleh institusi zakat ke arah mencapai tadbir urus yang

lebih baik. Tadbir urus yang baik amatlah penting kepada sesebuah institusi zakat

kerana ia merupakan institusi agama yang menguruskan dana awam. Yang paling

penting ialah, zakat itu sendiri merupakan tuntutan wajib dalam agama Islam. Tadbir

urus yang baik dan cekap akan menggalakkan umat Islam untuk melaksanakan

kewajipan agama, terutamanya melalui institusi-institusi zakat supaya zakat dapat

diagihkan secara saksama, mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Kerangka konsep yang dicadangkan dalam artikel ini merupakan kerangka

yang diadaptasi daripada model sistem kawalan dalaman oleh Committee of

Sponsoring Organizations of the Treadway Commission (COSO) (2013) untuk

institusi korporat. Memandangkan sebilangan daripada institusi zakat di Malaysia

telah dikorporatkan, penyelidik berpendapat bahawa kerangka konsep tersebut sesuai

diaplikasi oleh mereka dalam tadbir urus institusi masing-masing. Kerangka konsep

ini juga boleh diguna pakai oleh institusi agama yang lain, walaupun institusi tersebut

belum dikorporatkan. Ini adalah kerana konsepnya adalah umum dan sesuai untuk

semua jenis organisasi.

Adalah diharapkan agar institusi-institusi agama seperti institusi zakat di

Malaysia khususnya mempunyai system kawalan dalaman yang baik serta

menggunapakai sistem tersebut dengan misi untuk menegakkan syiar Islam di

kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat bukan Islam umumnya.

RUJUKAN

Ascarya, Siti Rahmawati dan Irfan Syauqi Beik. (2016). Merancang Manajemen

Risiko Pengelolaan Zakat. Departmen Ekonomi dan Keuangan Syariah –

Bank Indonesia.

Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission (COSO),

(2013). COSO Internal Control- Integrated Framework Principles. (Diakses

pada 1 Jun 2017).

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan

Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapa Masyarakat islam Tidak

Berpuas Hati?. Jurnal Syariah, Vol. 17(1). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Messier, Glover, Prawitt & Margaret Boh. 2006. Auditing and Assurance Services in

Malaysia. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Mohd Shahril Ahmad Razimi, Abd Rahim Romle dan Muhammad Faris Muhamad

Erdris. (2016). Zakat Management in Malaysia: A Review. American-Eurasian

Journal of Scientific Research Vol. 11(6). IDOSI Publications.

392

Muhammad Syukri Salleh (2014). Organizational and Definitional Reconfiguration of

Zakat Management. International Journal of Education and Research, 2(5):

61-70.

Penang Zakat to Conduct Internal Investigation into Graft Scandal. New Straits

Times. https://www.nst.com.my/news/nation/2017/05/242275/penang-zakat-

conduct-internal-investigation-graft-scandal (diakses pada 24Mei 2017).

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan

Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di

Malaysia. Journal of International Management Studies. Vol. 13(2).

International Academy of Business and Economics.

Sartini Wardiwiyono. (2012). Internal Control System for Islamic Micro Financing:

An Exploratory Study of Baitul Maal wat Tamwil in the City of Yogyakarta

Indonesia. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and

Management, Vol. 5.

Shawal Kaslam & Hasan Bahrom. (2007). Amalan ‘Corporate Governance’ dalam

Pengurusan Institusi Zakat di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Vol.

1(2). Putrajaya: JAWHAR.

Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussien Onn.

http://uad.uthm.edu.my/v2/index.php/en/using-

joomla/extensions/components/content-component/article-categories. (diakses

pada 5 Julai 2017).

Zairy Zainol & Norazlina Abdul Wahab. (2011). Development of Zakat Institution in

Malaysia: Issues and Challenges. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Isu-

isu Kontemporari Zakat di Malaysia, Langkawi, Malaysia.

Bab 32

KESALAHAN MEMUNGUT ZAKAT OLEH ORANG YANG

TIDAK DILANTIK ATAU DIBERIKUASA OLEH PIHAK

BERKUASA AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA

Syed Mohd Najib Syed Omari, Azman Ab. Rahman

ii, Zahari Mahad Musa

iii & Ahmad Anis

Muhd Fauziiv

iPensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

iiProfesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] iii

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] ivTutor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected]

Abstrak Kebanyakan negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan khusus berkenaan kesalahan

memungut zakat tanpa lantikan atau diberikuasa oleh Majlis agama Islam negeri.

Walaubagaimanapun, peruntukan yang telah digubal adalah berbeza-beza antara satu negeri

dengan negeri yang lain. Tidak kurang juga negeri yang mempunyai peruntukan undang-

undang yang terlalu umum berkaitan kesalahan ini yang merangkumi semua jenis pungutan

yang dibenarkan oleh enakmen negeri dan terdapat juga negeri yang tidak menjadikan ia

sebagai kesalahan di bawah mana-mana enakmen yang ada di negeri itu. Artikel ini akan

mengenalpasti negeri-negeri yang mempunyai peruntukan khusus atau umum berkenaan

kesalahan ini dan negeri-negeri yang masih belum menggubal kesalahan tersebut. Artikel ini

juga akan membincangkan berkenaan kriteria-kriteria dalam peruntukan undang-undang bagi

kesalahan tersebut yang penting untuk mensabitkan kesalahan di mahkamah Syariah.

Kata Kunci: Kesalahan memungut zakat, Pihak Berkuasa Agama Islam.

PENDAHULUAN

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep persekutuan atau federalism,

perlembagaan negara secara jelas telah membahagikan kuasa di antara kerajaan

persekutuan atau kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Perkara yang paling ketara

adalah hal-ehwal agama Islam. Oleh yang demikian, Perlembagaan telah

memperuntukkan kuasa kepada Dewan Undangan negeri untuk menggubal undang-

undang khusus yang berkaitan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, Ketua agama Islam bagi negeri-negeri adalah sultan atau Yang

di-Pertuan Besar bagi negeri Sembilan dan Raja bagi negeri Perlis. Manakala bagi

negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan, ketua agama Islam adalah Yang di-

Pertuan Agong.

Oleh kerana perkara berkaitan zakat seperti kutipan, pengagihan zakat,

baitulmal, perlantikan amil adalah termasuk dibawah hal-ehwal agama Islam, Majlis

Agama Islam Negeri (MAIN) yang menjalankan kuasa bagi pihak sultan berdasarkan

enakmen pentadbiran negeri, mempunyai kuasa ataupun autoriti untuk menjalankan

394

tugas dan tanggungjawab tersebut. Bagi memastikan urusan yang berkaitan dengan

agama Islam khususnya zakat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan dipatuhi oleh

orang Islam di negeri berkenaan, beberapa enakmen lain turut di gubal seperti

enekmen jenayah Syariah yang memperuntukkan perbuatan-perbuatan atau

peninggalan tertentu yang dianggap sebagai kesalahan di bawah enkmen ini seperti

kesalahan mengutip atau memungut zakat oleh orang yang tidak dilantik oleh MAIN.

Di dalam bab ini akan membincangkan berkenaan kesalahan memungut zakat

atau fitrah tanpa lantikan atau diberikuasa oleh MAIN. Perbincangan ini akan

memfokuskan kepada undang-undang berkitan agama Islam yang terpakai di Wilayah

Persekutuan sebagai rujukan untuk dibandingkan dengan undang-undang yang

berkuatkuasa di negeri-negeri lain di Malaysia.

KUASA MEMUNGUT DAN MENGAGIHKAN ZAKAT DI MAJLIS AGMA

ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA.

Berkenaan dengan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk

mengutip dan memungut zakat dan fitrah di Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia

adalah berdasarkan kepada seksyen 107 dan 108 Enakmen Pentadbiran Hukum

Syarak 1952 (Enakmen No. 3, 1952) Negeri Selangor yang masih berkuatkuasa di

Kuala lumpur. Seksyen 107 memperuntukkan:

The Majlis shall have the power, and shall be under the duty, to collect on

behalf of His Highness the Sultan, and to dispose of as the Majlis with the

approval of His Highness may, subject to the provisions of this Enactment,

direct, all zakat and fitrah payable in the State in accordance with Muslim

law.

Seksyen 108

1) The Majlis, with the approval of His Highness the Sultan, may make

rules for and regulate all matters in connection with the collection,

administration and distribution of zakat and fitrah.

(2) Without prejudice to the foregoing generality the Majlis with the

approval of His Highness the Sultan, may make rules-

(a) to prescribe from time to time the amount of zakat and fitrah to be paid

by all Muslims in the State of Selangor;

(b) to provide for the method by which zakat and fitrah shall be collected;

(c) for the appointment of agents for the collection of zakat and fitrah; and

(d) to provide penalties for the collection or payment of zakat and fitrah

by or to unauthorised persons.

Penerimapakaian Enakmen negeri Selangor ini adalah berdasarkan kepada

Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran

Hukum Syarak) 1974 [P.U.(A) 44/74], 1981[P.U.(A) 390/81] dan 1988 [P.U.(A)

163/88] yang dibuat menurut seksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2)

1973 [Akta A206] dan berkuatkuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

395

menurut kuasa seksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan)

1984 [Akta A576].1

Apabila Kuala Lumpur di isytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan 1 Februari

19742, Pindaan Perlembagaan telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta

Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1973 [Akta A206] untuk mengubah sempadan Negeri

Selangor dan penyerahan Wilayah Persekutuan kepada Kerajaan Persekutuan.

Seksyen 6(4) Akta tersebut memperuntukkan:

(4) The Yang di-Pertuan Agong may, whenever it appears to him

necessary or expedient so to do whether for the purpose of removing

difficulties or in consequence of the passing of this Act, by order make

such modifications to any provisions in any existing laws as he may think

fit.

Berdasarkan seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong telah meluluskan Perintah-

Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum

Syarak) 1974 [P.U.(A) 44/74], 1981[P.U.(A) 390/81] dan 1988 [P.U.(A) 163/88].

Manakala, kemasukan Wilayah Persekutuan Labuan adalah berdasarkan

Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen

Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U.(A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585], dan kemasukan Wilayah

Persekutuan Putrajaya adalah berdasarkan Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya

(Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-

Wilayah Persekutuan) 1993) 2002 [P.U. (A) 250/2002] yang dibuat menurut seksyen

7 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A1095]3

Manakala seksyen 103, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-

wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan:

Bahagian I, II, III, IV, V, VIII dan X (kecuali seksyen 52 hingga 93 dan

107 hingga 109) Enakmen hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah-

Wilayah Persekutuan.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada penjelasan di atas menunjukkan

bahawa beberapa peruntukan daripada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952

(Enakmen No. 3, 1952) Negeri Selangor masih berkuat kuasa di Wilayah-wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, walaupun enakmen tersebut telah

pun di mansuhkan di negeri Selangor, tetapi setakat seksyen 52 hingga 93 dan 107

1 Seksyen 2 (1)(a) Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 1993

2 http://www.arkib.gov.my/web/guest/kuala-lumpur-merakam-sejarah-dan-pembangunan-

negara?p_p_id=56_INSTANCE_Oj0d&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_

p_col_id=column-inner-3&p_p_col_count=1&page=3 3 Seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

396

sahaja. Bagi maksud kuasa MAIWP untuk mengutip dan memungut dan mengagih

zakat dan fitrah kepada asnaf adalah berdasarkan seksyen 107 dan 108.

Di negeri Selangor, kuasa untuk memungut dan mengagih zakat dan fitrah di

beri kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berdasarkan kepada seksyen 86

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan:

Majlis hendaklah berkuasa memungut dan mengagih zakat dan fitrah

daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Selangor

mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Pada masa yang sama, MAIS juga diberi kuasa untuk mewujudkan apa-apa

peraturan berkaitan pungutan dan pengagihan zakat, perlantikan amil dan

mewujudkan kesalahan-kesalahan berkaitan. Seksyen 87 menyatakan:

(1) Majlis dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh

membuat peraturan-peraturan untuk mengawalselia semua perkara yang

berhubungan dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan

fitrah.

(2) Tanpa menjejaskan kuasa keseluruhan sebelum ini, Majlis boleh

membuat peraturan-peraturan untuk-

(a) menentukan dari semasa ke semasa nilai kadar zakat dan fitrah

yang kena dibayar oleh setiap orang Islam di dalam Negeri Selangor;

(b) mewujudkan tatacara pemungutan zakat dan fitrah;

(c) melantik amil-amil bagi menjalankan pemungutan zakat dan

fitrah; dan

(d) mewujudkan kesalahan dan memperuntukkan hukuman bagi

perkara-perkara yang berkaitan dengan pemungutan atau penyerahan

hasil pungutan zakat dan fitrah.

Hal yang sama juga berlaku di negeri-negeri lain iaitu majlis-majlis agama

Islam negeri diberikuasa oleh enakmen pentadbiran negeri masing-masing berkenaan

pemungutan zakat dan Fitrah.4 Walaubagaimanapun, di kedah kuasa untuk memungut

zakat dan fitrah diberi kepada Lembaga Zakat Kedah berdasarkan kepada seksyen 18

Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015.

4 Seksyen 86 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, seksyen 74 Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, seksyen 86 Enakmen Pentadbiran Agama Islam

(Negeri Johor) 2003, seksyen 75 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, seksyen 86

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, seksyen 86 Enakmen Pentadbiran

Agama Islam 2006, seksyen 82 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, seksyen 70

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu), seksyen 51 Enakmen Majlis Agama

Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, seksyen 65 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001,

seksyen 50 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004

397

KESALAHAN MEMUNGUT ZAKAT DAN FITRAH TANPA KEBENARAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, MAIWP mempunyai kuasa untuk

memungut dan melupuskan zakat dan fitrah di Wilayah-wilayah Persekutuan.

MAIWP juga mempunyai kuasa untuk melantik amil-amil untuk memungut zakat dan

fitrah. Oleh yang demikian, mana-mana orang yang memungut zakat dan fitrah tanpa

lantikan daripada MAIWP telah melakukan kesalahan menurut Seksyen 33 Akta

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu Pemungutan

zakat atau fitrah tanpa kuasa. Seksyen ini memperuntukkan:

Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan

dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya

diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan

Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan

dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 60

Akta Pentadbiran.

Secara umumnya, kriteria yang penting untuk mensabitkan kesalahan di

bawah peruntukan ini adalah orang yang melakukan perbuatan tersebut, perbuatan

memungut zakat atau menyebabkan perbuatan memungut zakat itu dilakukan, perkara

yang dipungut iaitu zakat ataupun fitrah, perbuatan memungut atau menyebabkan

zakat atau fitrah itu dipungut oleh orang yang tidak dilantik oleh MAIWP sebagai

amil atau apa-apa sahaja nama jawatan yang mempunyai fungsi yang sama seperti

amil iaitu memungut zakat.

Kriteria pertama iaitu orang yang melakukan perbuatan memungut zakat atau

fitrah merujuk kepada mana-mana individu tanpa mengira agama ataupun umur.

Walaubagaimanapun, memandangkan kesalahan ini hanya terpakai kepada orang

Islam5 dan pendakwaan, perbicaraan dan keputusan hanya boleh dibuat oleh

Mahkamah Syariah, orang yang beragama selain daripada Islam adalah terkeluar

daripada definisi dalam peruntukan ini. Begitu juga dengan orang yang belum

mencapai umur baligh dan tidak sempurna akal juga tidak berada di bawah kehendak

peruntukan ini.6 Bagi zakat atau fitrah yang dipungut oleh orang yang percaya bahawa

dia diberi kuasa yang sah untuk melakukan perbuatan tersebut sedangkan fakta yang

sebenar adalah sebaliknya, ia boleh dijadikan pembelaan di mahkamah untuk

melepaskan diri dari tuduhan tersebut atau mengurangkan hukuman yang dikenakan

kepadanya, contoh amil yang dilantik membuat pungutan zakat atau fitrah untuk

tempoh masa tertentu kemudian terus melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan

lantikan tersebut telah pun tamat tempoh atau ditamatkan perkhidmatan tanpa

5 Seksyen 1(2)(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

6 Seksyen 2(1), 51, 52 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

398

pengetahuannya dengan syarat ketika melakukan perbuatan tersebut dia percaya

dengan sucihati bahawa dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian7.

Kriteria kedua adalah perbuatan memungut merujuk kepada perbuatan

menarik atau mengutip (bia, cukai, derma sewa, toll dll), mengutip cukai (tambang,

sewa dll).8 Berdasarkan kepada makna yang diberikan, perbuatan mengutip atau

memungut tidak mengkhususkan bilangan perbuatan itu dilakukan. Selagi mana

perbuatan itu boleh dibuktikan telah dilakukan oleh orang tertentu, ia telah memenuhi

syarat dan maksud perkataan memungut dalam peruntukan ini. Selain itu juga,

perbuatan memungut juga merujuk kepada perbuatan yang dilakukan secara langsung,

iaitu mengambil secara terus zakat atau fitrah sama ada secara serahan tangan atau ia

dimasukkan ke dalam akaun bank, pindahan wang melaui perbankan atas talian,

pembayaran melalui kredit kad atau sistem pesanan ringkas dan lain-lain. Walaupun

ia telah memenuhi maksud dari segi Bahasa, tetapi ia masih belum cukup untuk

mensabitkan kesalahan yang dibincangkan ini.

Manakala perkataan “…m ny a kan i un ut zakat atau fitrah…”

bermaksud orang yang dipaksa, dipengaruhi, mengikut arahan, atau diberi upah

melakukan kesalahan tersebut.9 Fokus utama pernyataan ini dimasukkan adalah untuk

membolehkan orang yang memaksa atau mempengaruhi atau menyebabkan orang lain

percaya bahawa dia mempunyai kuasa memungut zakat atau fitrah, di dakwa dan

disabitkan dengan kesalahan ini di Mahkamah Syariah walaupun orang ini tidak

memungut zakat atau fitrah secara langsung. Oleh yang demikaian, seksyen 33

mempunyai dua kategori pelaku kesalahan iaitu orang yang memungut zakat atau

fitrah tanpa kuasa daripada MAIWP dan orang yang menyebabkan zakat atau fitrah

itu dipungut.

Bagi orang yang membuat pungutan tersebut kerana dipaksa atau dipengaruhi

untuk melanggar kesalahan ini boleh menggunakan seksyen 50 Akta yang sama

sebagai pembelaan. Manakala orang yang menerima arahan untuk memungut zakat

dan dia mengetahui bahawa orang yang memberi arahan tersebut tidak mempunyai

kuasa berbuat demikian, perlu membuktikan bahawa terdapat unsur paksaan yang

dikenakan kepadanya untuk terkeluar daripada maksud peruntukan ini. Begitu juga

orang diberi upah untuk melakukan kesalahan ini masih boleh didakwa, dan

disabitkan kesalahan kecuali dia membuktikan terdapat unsur paksaan, yang boleh

menjejaskan diri dan keluarganya atau orang lain atau sumber pendapatannya.

Kriteria ketiga yang perlu dibuktikan adalah wang atau harta yang dipungut

adalah zakat atau fitrah (Takrif zakat Hukum Syarak). Mana-mana bayaran yang

dipungut yang terkeluar daripada takrifan zakat atau fitrah sepertimana yang telah

7 Seksyen 50 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

8 http://prpm.dbp.gov.my

9 Siti Mashitoh Mahamood, Slide Isu-Isu Perundangan Dalam Pentadbiran Kutipan Zakat Di

Malaysia. Persidangan Zakat Kebangsaan 2016.11-12 Oktober 2016 Usim, Ppz

399

diterangkan tidak boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan ini. Oleh kerana itu,

agak sukar untuk membuktikan bahawa sesuatu bayaran yang dipungut adalah zakat

atau fitrah tanpa keterangan daripada saksi atau pihak yang membuat bayaran tersebut

atau bukti lain. Orang yang didakwa boleh menafikan bahawa bayaran yang diterima

adalah zakat atau fitrah. Antara perkara lain yang mungkin boleh dijadikan bukti

adalah iklan yang digunakan yang mempromosikan orang itu sebagai amil yang telah

dilantik, resit yang dikeluarkan, system pesanan ringkas dan yang paling utama adalah

kesanggupan pihak yang terlibat untuk memberi keterangan di dalam Mahkamah

Syariah.

Kriteria seterusnya adalah orang yang melanggar kesalahan ini bukan

dikalangan orang yang dilantik oleh MAIWP untuk menjadi amil. Mengikut seksyen

108(2)(c) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1952 (En. 3/52)

memperuntukkan bahawa MAIWP mempunyai kuasa, dengan kebenaran Yang di-

Pertuan Agong, melantik wakil-wakil untuk mengutip zakat dan fitrah.

Section 108. Rules.

(2) Without prejudice to the foregoing generality the Majlis with the

approval of His Highness the Sultan, may make rules-

( ) f r th a intm nt f a nts f r th ll ti n f zakat an fitrah;…

Jika orang yang memungut zakat atau fitrah itu mendakwa bahawa dia telah

dilantik oleh MAIWP, dia perlu mengemukakan surat lantikan atau tauliah untuk

membuktikan bahawa dakwaannya adalah benar. Selain itu juga perlu dipastikan

bahawa tarikh zakat atau fitrah itu dipungut adalah dalam tempoh lantikan yang

dinyatakan dalam surat berkenaan, melainkan pihak MAIWP boleh membuktikan

sebaliknya bahawa lantikan orang itu telah pun ditamatkan lebih awal daripada yang

dinyatakan dalam surat lantikan tersebut berdasarkan kepada rekod sedia ada. Oleh

yang demikian, seseorang itu dianggap telah melakukan kesalahan sekiranya dia

memungut zakat atau fitrah tanpa diberi kuasa atau tempoh lantikan telah tamat ketika

pungutan dibuat. Bagi amil yang diberi kuasa untuk memungut zakat dan fitrah

daripada pihak berkuasa agama di luar daripada Wilayah Persekutuan dan pungutan

telah di buat di Wilayah-wilayah Persekutuan juga dianggap melakukan kesalahan

kerana kuasa yang diberi tersebut hanya terpakai di negeri atau wilayah yang meberi

kuasa itu sahaja. Ini adalah kerana hal yang berkaitan dengan agama Islam

sepertimana yang dijelaskan dalam Jadual 9, Senarai II, Perlembagaan Persekutuan,

berada dalam bidangkuasa negeri dan oleh kerana KDYMM Sultan adalah ketua

agama Islam di negeri masing-masing, kuasa tersebut di jalankan oleh Majlis Agama

Islam Negeri dengan perkenan KDYMM Sultan. Begitu juga bagi negeri-negeri yang

tidak mempuyai Sultan, ketua agama Islam adalah Yang di-Pertuan Agong, dan kuasa

dari segi hal-ehwal agama Islam di jalankan oleh MAIN masing-masing. Bagi

Wilayah Persekutuan, MAIWP mempunyai kuasa dalam semua perkara berkaitan

dengan agama Islam, tertakluk kepada undang-undang yang memberi kuasa tersebut,

termasuklah berkaitan dengan zakat.

400

Apabila sesuatu pertuduhan di bawah kesalahan ini berjaya disabitkan oleh

Mahkamah Syariah, orang tersebut boleh dikenakan denda tidak lebih RM3000 atau

penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu Mahkamah hendaklah

memerintahkan supaya hasil pungutan tersebut dirampas dan dinayar kepada

Baitulmal yang ditubuhkan di bawah Seksyen 60 Akta Pentadbiran Undang-Undang

Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

PERBANDINGAN DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN: NEGERI YANG

MEMPUNYAI PERUNTUKAN YANG SAMA

Peruntukan undang-undang mengenai kesalahan memungut zakat dan fitrah tanpa

lantikan daripada pihak berkuasa agama atau MAIN turut terdapat di negeri-negeri

lain di Malaysia. Kebanyakannya menggunakan perkataan yang sama dengan

peruntukan yang terdapat di Wilayah Persekutuan. Diantaranya ialah Pulau Pinang,10

Perak,11

Selangor,12

Johor,13

Pahang,14

Terengganu15

dan Sarawak. Persamaan yang

dimaksudkan adalah dari segi kriteria kesalahan, hukuman, kuasa mahkamah untuk

merampas hasil pungutan dan kepada siapa pungutan itu mesti diserahkan. Perbezaan

yang wujud hanya dari segi penggunaan istilah sahaja iatu di Sarawak menggunakan

istilah Baitulmal untuk menyimpan wang pungutan zakat tanpa kuasa16

, manakala

negeri-negeri lain yang dinyatakan di atas mengunakan istilah kumpulan wang.

Namun, di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak memperuntukkan

kuasa khusus kepada Mahkamah Syariah di Selangor yang membolehkannya

merampas hasil pungutan tanpa diberikuasa dan memasukkannya ke dalam Baitumal

yang ditubuhkan di bawah seksyen 81 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Selangor) 2003.

NEGERI YANG MEMPUNYAI PERUNTUKAN YANG BERBEZA

Selain daripada itu, beberapa buah negeri lain mempunyai peruntukan undang-undang

tentang kesalahan pungutan zakat dan fitrah tanpa lantikan tetapi mengandungi sedikit

perbezaan dari segi ayat yang digunakan. Antaranya adalah Melaka,Kelantan dan

Sabah. Berdasarkan kepada seksyen 65 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka)

1991, memperuntukkan:

Sesiapa yang membuat atau mengambil bahagian di dalam sesuatu

pungutan yang berlawanan dengan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak

(Negeri Melaka) 1991 adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua

10

Seksyen 33, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 11

Seksyen 41, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 12

Seksyen 37, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 13

Seksyen 33, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 14

Seksyen 38, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 15

Seksyen 40, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 16

Seksyen 30, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001

401

ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan

atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan

supaya semua wang pungutan yang telah diperolehi dirampas dan

dimasukkan ke dalam Baitulmal.

Peruntukan ini sebenarnya tidak memfokuskan kepada kesalahan memungut

zakat dan fitrah tanpa lantikan semata-mata, tetapi merangkumi pungutan-pungutan

lain yang dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka)

1991 seperti wakaf, Nazr, amanah,17

dan pungutan khairat18

seperti sedekah dan

derma. Di dalam menghuraikan kriteria penting untuk mensabitkan kesalahan di

bawah peruntukan ini, penekanan akan diberikan kepada kesalahan memungut zakat

dan fitrah tanpa kuasa atau lantikan, walaupun peruntukan asal memberi maksud yang

lebih umum iaitu merangkumi pungutan wang yang lain. Sepertimana kesalahan

yang terdapat di Wilayah Persekutuan, Peruntukan ini menjadikan perbuatan

memungut zakat atau fitrah dan lain-lain sebagai kesalahan sekiranya berlawanan

dengan enakmen pentadbiran negeri Melaka. Untuk memahami Maksud “berlawanan

dengan enakmen” tersebut, beberapa peruntukan lain dalam enakmen pentadbiran

perlu dirujuk. Berkaitan dengan kesalahan memungut zakat dan fitrah tanpa lantikan,

seksyen 74 dan 75 difikirkan sebagai relevan untuk memahami seksyen 65 Enakmen

Kesalahan Syariah di Negeri Melaka. seksyen 74 menyatakan:

Majlis berkuasa memungut zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh tiap-

tiap orang Islam di dalam Negeri Melaka mengikut Hukum Syarak bagi

pihak Yang di- Pertuan Agong.

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang ini, pihak yang diberikuasa

untuk memungut zakat dan fitrah di Negeri Melaka adalah Majlis Agama Islam

Melaka (MAIM), oleh yang demikian mana-mana orang yang memungut zakat

pungutan tersebut adalah tidak sah kerana orang itu tidak diberikuasa oleh undang-

undang untuk menjalankan tugas bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua

agama Islam di Negeri Melaka. Seksyen 75 Enakmen yang sama memperuntukkan:

(1) Majlis dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong boleh membuat

peraturan-peraturan untuk mengawal selia semua perkara yang

berhubungan dengan pemungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat

dan fitrah.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, Majlis boleh

membuat peraturan-peraturan untuk-

(a) menentukan dari semasa ke semasa nilai kadar zakat dan fitrah yang

kena dibayar oleh tiaptiap orang Islam di dalam Negeri Melaka;

(b) mewujudkan tatacara pemungutan zakat dan fitrah;

(c) melantik amil-amil bagi menjalankan pemungutan zakat dan fitrah; dan

17

Seksyen 77 – 83 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991 18

Seksyen 94 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991

402

(d) mewujudkan kesalahan dan memperuntukkan hukuman bagi perkara-

perkara yang berkaitan dengan pemungutan atau penyerahan hasil

pungutan zakat dan fitrah.

Peruntukan ini mengukuhkan lagi kuasa MAIM, yang membolehkan badan ini

menggubal peraturan-peraturan yang berkaitan dengan zakat termasuk pelantikan

amil-amil untuk memungut zakat dan fitrah. Ini menjelaskan bahawa perbuatan

memungut zakat dan fitrah hanya dibenarkan sekiranya mendapat lantikan daripada

MAIM. Mana-mana orang yang melanggar dua peruntukan ini dikira bertindak

berlawanan dengan kehendak enakmen dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah di

Melaka berdasarkan seksyen 65 Enakmen Jenayah Syariah Melaka.

Kesalahan di bawah seksyen 65 bukan hanya terpakai kepada orang yang

memungut secara langsung, tetapi juga yang terlibat secara tidak lansung dalam

membuat pungutan zakat, fitrah dan lain-lain. Jika dibandingkan dengan kesalahan di

Wilayah Persekutuan, perkataan yang digunakan dalam enakmen Negeri Melaka lebih

umum iaitu:

“Sesiapa yang…mengambil bahagian di dalam sesuatu pungutan yang

berlawanan dengan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka)

1991 adalah merupakan suatu kesalahan…”

Tujuan ia diperkenalkan adalah untuk membolehkan pendakwaan dilakukan

terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam pungutan zakat fitrah dan lain-lain tanpa

lantikan di Mahkamah. Contohnya sindiket tertentu yang menyamar sebagai pegawai

zakat atau wakil MAIM dengan tujuan untuk mengutip zakat atau fitrah ataupun

institusi pendidikan yang membuat kutipan zakat tanpa kebenaran MAIM. Orang

yang membuat pungutan ini telah melakukan kesalahan di bawah bahagian pertama

peruntukan ini iaitu membuat kutipan langsung, manakala orang-orang terlibat

membuat perancangan dan mengarahkan orang lain membuat kutipan tersebut adalah

melakukan kesalahan di bawah bahagian yang kedua peruntukan ini.

Walaubagaimanapun, setakat mana keterlibatan seseorang yang didakwa melakukan

kesalahan ini adalah tidak begitu jelas. Contohnya, perancang kesalahan ini

mengarahkan orang lain untuk menyediakan dokumen palsu sebagai bukti mereka

mempunyai surat kebenaran daripada MAIM, tanpa dia mengetahui tujuan arahan itu

diberi. Begitu juga halnya dengan pemandu kenderaan yang menghantar pemungut-

pemungut zakat berkenaan, yang percaya bahawa tindakan yang dilakukan oleh

perancang adalah sah dari segi undang-undang.

Di dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 juga

memperuntukkan beberapa peruntukan berkaitan dibawah kecualian am yang boleh

digunakan sebagai pembelaan kepada orang-orang yang terlibat dalam kesalahan

pungutan yang berlawanan dengan Enakmen Pentadbiran iaitu seksyen 4 Perbuatan

yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa, atau oleh kerana silap faham fakta

percaya dirinya terpaksa, di sisi undang-undang; Seksyen 7. Perbuatan yang

dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh kerana silap

403

faham fakta percaya dirinya dibenarkan oleh undang-undang; Seksyen 21. Perbuatan

yang seseorang terpaksa melakukannya oleh kerana ugutan; Seksyen 10. Perbuatan

kanak-kanak yang belum baligh; Seksyen 11. Perbuatan seseorang yang tidak

sempurna akal.

Di negeri Kelantan, Peruntukan khusus berkenaan kesalahan memungut zakat

dan fitrah tanpa lantikan diperuntukkan di di bawah seksyen 107 Enakmen Majlis

Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 iaitu kesalahan memungut dan

membayar zakat dan fitrah tanpa mengikut peraturan. Peruntukan ini menyatakan:

Sesiapa selain daripada amil atau mana-mana orang yang diberi kuasa

oleh Majlis yang memungut atau mengambil zakat atau fitrah yang

ditaksirkan kena dibayar kepada Majlis, atau membayar zakat atau fitrah

yang ditaksirkan kena dibayar kepada Majlis kepada mana-mana orang

lain selain daripada amil atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Majlis, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama

tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Berbanding dengan peruntukan-peruntukan di negeri lain, peruntukan ini

menggabungkan dua jenis kesalahan iaitu kesalahan memungut zakat atau fitrah oleh

amil atau orang yang telah diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan (MAIK), dan kesalahan membayar zakat atau fitrah kepada selain

daripada yang dinyatakan di atas. Sabitan terhadap dua kesalahan ini hanya terpakai

bagi jumlah wang atau harta yang termasuk dalam bahagian yang wajib di bayar

sahaja sebagai zakat atau fitrah. Manakala lebihan yang dibayar bersama-sama

dengan jumlah yang wajib dibayar tersebut tidak termasuk di bawah peruntukan ini.

Begitu juga dengan wang atau harta yang belum sampai nisab atau haul (bergantung

kepada jenis zakat), tetapi dianggap dan dibayar sebagai zakat kepada selain dari

orang yang diberi kuasa oleh MAIK, juga terkeluar daripada peruntukan ini. Tafsiran

ini dibuat berdasarkan syarat yang dikenakan oleh peruntukan tersebut iaitu “…yang

itaksirkan k na i ayar k a a Majlis…”. Syarat atau perincian ini merupakan

perbezaan yang ketara berbanding dengan peruntukan di Wilayah Persekutuan dan

negeri-negeri lain di Malaysia.

Selain itu juga sabitan boleh dikenakan kepada orang yang melakukan

perbuatan memungut zakat dan fitrah secara langsung berdasarkan kepada maksud

perbuatan “memungut” dalam peruntukan tersebut. Manakala, perkataan

“…mengambil…” berkemungkinan terpakai kepada orang yang merancang

melakukan kesalahan ini tetapi dia tidak melakukan sendiri pungutan zakat atau fitrah

itu dan mengambil zakat atau fitrah untuk tujuan tertentu. Dari segi praktikalnya, agak

sukar untuk membuktikan bagaimana perbuatan “mengambil” itu telah dilakukan oleh

seseorang, namun dengan adanya keterangan yang dibuat oleh pemungut zakat atau

fitrah itu sendiri dan bahan bukti lain seperti bangunan yang dibina, kenderaan dan

lain-lain termasuk maklumat dalam akaun sumber pendapatan institusi berkenaan

404

yang bercanggah dengan perbelanjaan untuk membina bangunan atau apa-apa sahaja

aset yang dimiliki olehnya. Sekali lagi, sama ada selain daripada individu boleh di

dakwa atau sebaliknya di bawah peruntukan ini bergantung kepada definisi

“seseorang…” dalam enakmen ini.

Walaubagaimanapun, Peruntukan berkenaan kesalahan ini tidak menyebut

secara nyata kepada siapa hasil pungutan itu harus diserahkan dan Mahkamah Syariah

yang membicarakan kes itu tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah, di bawah

peruntukan ini, menyerahkannya kepada Baitulmal seperti kebanyakan negeri lain.

Berdasarkan kepada maksud umum seksyen 51 Enakmen Majlis Agama Islam Dan

Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, MAIK mempunyai kuasa dan tanggungjawab

untuk memungut dan membelanjakan pungutan itu. Seksyen itu memperuntukkan:

Majlis hendaklah mempunyai kuasa tunggal dan mempunyai kewajipan

memungut semua jenis zakat atau fitrah dalam Negeri ini dan

membelanjakan hasil pungutan itu sebagaimana yang dititahkan oleh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan berasaskan kepada

Hukum Syarak.

Hukuman yang dikenakan kepada pelaku kesalahan ini adalah denda sebanyak

tidak lebih daripada RM2000, sama seperti hukuman dalam peruntukan di Negeri

Melaka dan lebih rendah daripada peruntukan di Wilayah Persekutuan, atau hukuman

penjara tidak lebih daripada 6 bulan, tempoh masa yang paling rendah berbanding

negeri-negeri lain.

Bagi negeri Sabah, kesalahan memungut zakat atau fitrah tanpa lantikan

dikenali sebagai pemungutan tak berkebenaran. Ini dinyatakan dalam seksyen 67

Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993:

Mana-mana orang yang, sebagai tidak dibenarkan di bawah Enakmen ini

untuk berbuat sedemikian memungut atau cuba memungut zakat atau

penalti di bawah Enakmen ini ada melakukan suatu kesalahan dan, apabila

disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Peruntukan di bawah enakmen ini menjadikan perbuatan memungut zakat di

Negeri Sabah oleh mana-mana orang yang tidak dilantik oleh Majlis Ugama Islam

Negeri Sabah (MUIS) sebagai suatu kesalahan. Ketiadaan perkataan fitrah dalam

peruntukan ini mengecualikan perbuatan memungut fitrah oleh orang yang tidak

dilantik oleh MUIS daripada didakwa dan disabitkan di bawah peruntukan ini.

Walaubagaimanapun, terdapat peruntukan lain yang mewajibkan pembayaran fitrah

kepada amil yang dilantik iaitu seksyen 55 Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993:

Fitrah hendaklah dibayar pada tiap-tiap tahun kepada Amil tidak lewat

daripada satu haribulan dalam bulan Syawal sebelum bermulanya

sembahyang Hari Raya.

405

Dan perkataan Amil dalam peruntukan di atas sebagai seorang yang dilantik

oleh Majlis bagi memungut zakat di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak19

Ini menunjukkan bahawa fitrah hanya boleh dibayar kepada Amil yang dilantik oleh

MUIS. Tetapi tiada sebarang hukuman yang dikenakan seandainya fitrah dibayar

kepada orang yang dilantik oleh MUIS. Percubaan untuk memungut zakat juga

merupakan suatu kesalahan.

Selain itu juga, seksyen 67 juga menjadikan perbuatan memungut penalti oleh

orang yang tidak diberi kuasa sebagai suatu kesalahan. Melalui penilitian yang di buat

terhadap Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993, kesalahan yang boleh dikenakan penalti

boleh dijumpai dalam seksyen 58 Kegagalan memberi penyata atau memberi notis

tentang pengenaan zakat, 59 Penyata tak betul, dan 60 Pengelakan sengaja.

Pendakwaan yang hendak dilakukan di bawah seksyen 67 perlulah mendapat

kebenaran daripada Ketua Pendakwaraya Syarie.20

Hukuman yang dikenakan

terhadap pelaku setelah disabitkan kesalahan adalah tidak lebih RM5000 atau penjara

tidak lebih daripada tiga tahun. Ini merupakan hukuman yang paling tinggi

berbanding negeri-negeri lain. Peruntukan ini juga tidak menyebut secara nyata

berkenaan apa-apa kuasa Mahkamah Syariah di Negeri Sabah untuk merampas hasil

pungutan tersebut dan kepada siapa ia mesti diserahkan.

Walaubagaimanapun, oleh kerana MUIS mempunyai kuasa umum untuk

memungut zakat fitrah yang kena dibayar dalam Negeri Sabah21

, berkemungkinan

hasil pungutan tersebut diserahkan kepada badan tersebut atau Bahagian Zakat dan

Fitrah yang antara lainnya berfungsi menjalankan tugas memungut dan mengagihkan

zakat22

atau Baitulmal yang berfungsi antara lainnya menyimpan baki kutipan zakat

dan fitrah setelah ia diagihkah kepada asnaf-asnaf.23

Terdapat juga negeri-negeri yang tidak mempunyai peruntukan khusus

berkenaan kesalahan memungut zakat atau fitrah tanpa lantikan/diberikuasa iaitu

Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan. Walaupun di Negeri Perlis tidak

memperuntukkan secara khusus kesalahan tersebut, terdapat satu peruntukan umum

mengenainya seperti yang dinyatakan dalam seksyen 29 Enakmen Jenayah Dalam

Syarak 1991:

Sesiapa yang memungut atau mengambil bahagian dalam sebarang

pungutan wang atau derma bagi kegunaan khairat untuk mengembangkan

Agama Islam atau faedah orang-orang Islam mengikut hukum Syarak

dengan tidak menurut mana-mana syarat di dalam Undang-undang

Pentadbiran Agama Islam 1963 adalah melakukan satu kesalahan dan

19

Seksyen 2, Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993 20

Seksyen 70, Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993 21

Seksyen 50, Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 22

Seksyen 9(1), Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993 23

Seksyen 20(2)(c), Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998

406

boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima

ribu ringgit atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-

duanya dan segala wang yang dipungut hendaklah dirampas oleh

Mahkamah dan hendaklah menjadi hasil Baitulmal.

Oleh kerana fokus kesalahan ini adalah terhadap pungutan wang atau derma

bagi tujuan khairat, ia telah terkeluar dari maksud zakat dan fitrah kerana dalam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 mengandungi bahagian khusus mengenai

pungutan khairat24

yang berasingan daripada zakat dan fitrah yang dimasukkan dalam

bahagian yang lain.25

Ironinya, terdapat peruntukan lain yang memperuntukkan kesalahan

memungut wang bagi tujuan khairat di dalam seksyen 106(4) Enakmen Pentadbiran

Agama Islam 2006, yang kelihatan bertindih dengan kesalahan yang bincangkan di

atas. Bukan itu sahaja, ia juga memperuntukkan hukuman yang berbeza. Keadaan

yang sama juga berlaku di negeri Melaka. Walaupun, peruntukan berkenaan

kesalahan pungutan khairat ini juga wujud di negeri lain tetapi ia tidak bercanggah

dengan peruntukan kesalahan memungut zakat atau fitrah. Ini adalah kerana

peruntukan di Perlis dan Melaka umum dan tidak khusus untuk zakat atu fitrah sahaja.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini negeri Perlis, Kedah dan Negeri

Sembilan tidak mempunyai peruntukan khusus mengenai kesalahan memungut zakat

atau fitrah tanpa lantikan, sama ada di dalam enakmen pentadbiran agama Islam,

enakmen jenayah Syariah atau enakmen khusus untuk zakat, tetapi berdasarkan

kepada enakmen pentadbiran agama Islam untuk negeri Perlis dan Negeri Sembilan

memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam masing-masing untuk membuat

peraturan-peraturan bagi mewujudkan penalti dan memperuntukkan hukuman bagi

perkara-perkara yang berhubungan dengan pemungutan dan penyerahan hasil zakat

dan fitrah26

. Bagi negeri Kedah kuasa untuk memuat peratutan-peraturan tersebut di

beri kepada Lembaga Zakat Kedah Darul Aman27

. Walaubagaimanapun. Tidak

diketahui sama ada peraturan-peraturan itu telah diwujudkan oleh negeri-negeri

tersebut atau sebaliknya.

KESIMPULAN

Kewujudan peruntukan undang-undang mengenai kesalahan memungut zakat atau

fitrah tanpa lantikan atau kuasa dari pihak berkuasa agama Islam amat penting untuk

mengelakkan daripada berlakunya penipuan yang diakibatkan oleh orang yang cuba

mengambil kesempatan daripada masyarakat yang ingin melaksanakan kewajipan

sebagai seorang muslim. Di samping itu juga, peruntukan ini bolek memastikan

24

Bahagian VIII Pungutan Khairat, Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 25

Bahagian VI Kewangan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 26

Seksyen 87(2)(d) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, dan Enakmen

Pentadbiran Agama Islam 2006 27

Seksyen 22 Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015

407

bahawa zakat dapat disalurkan kepada golongan asnaf yang berada di negeri, tempat

zakat itu dibayar. Ini adalah kerana setiap negeri mempunyai pentadbiran yang

tersendiri yang bertanggungjawab terhadap warga tempatan masing-masing.

Semestinya perkara ini telah pun difahami oleh pihak berkuasa agama Islam di setiap

negeri dan masing-masing perlulah menghormati peraturan yang telah wujud sekian

lama untuk mengelakkan persengketaan sesama muslim. Walaubgbagaiamanapun

masih terdapat beberapa buah negeri yang masih tidak mempunyai peruntukan

undang-undang bagi kesalahan ini, mungkin kerana kes pungutan zakat oleh selain

daripada amil yang dilantik tidak berlaku, tetapi keperluan mewujudkannya adalah

penting untuk kemaslahatan umat Islam pada masa akan datang. Selain itu, ia perlu

dikuatkuasakan daripada semasa ke semasa mengikut keperluan setempat, dan

bantuan daripada masyarakat juga amat diperlukan untuk memberi maklumat

berkenaan kes-kes seumpama ini supaya pihak berkuasa agama Islam dapat

mengambil tindakan sewajarnya.

RUJUKAN

Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman Et.Al. (2017). Kerangka Perundangan

Pentadbiran Zakat Di Negeri Kedah: Satu Analisis Perbandingan. Journal Of

Global Business And Social Entrepreneurship. Vol. 3: No. 6

Muhsin Nor Paizin. (2014). Amalan Dakwah Zakat Di Wilayah Persekutuan

Malaysia: Satu Pemerhatian. Proceeding of the International Conference on

Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014. Kuala Lumpur.

Siti Mashitoh Mahamood. (2016) Slide Isu-Isu Perundangan Dalam Pentadbiran

Kutipan Zakat Di Malaysia. Persidangan Zakat Kebangsaan 2016

Statut

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 1993

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

Enakmen Jenayah (Syariah) 1992

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013

Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015

Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994

Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

408

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 (Enakmen No. 3, 1952) Negeri Selangor

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991

Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998

Enakmen Zakat Dan Fitrah 1993

Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001

Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001

Laman Sesawang

http://www.arkib.gov.my

http://prpm.dbp.gov.my

Bab 33 TADBIR URUS ZAKAT DALAM INSTITUSI PERBANKAN DAN

KEWANGAN ISLAM

Shamsiah binti Mohamad (Dr)i, Silmi binti Mohamed Radzi

ii & Dk Syaida Mahyana binti Pg

Hj Idrisiii

iPenyelidik Kanan, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Malaysia.

[email protected] iiManagement Trainee, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA),

Malaysia. [email protected] iii

Intern, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Malaysia. Email:

[email protected]

Abstrak Tadbir urus memainkan peranan yang penting dalam setiap bidang termasuk zakat. Tadbir

urus yang baik akan menjamin zakat diurus dan ditadbir dengan cekap dan amanah. Pada hari

ini institusi kewangan Islam di Malaysia turut serta dalam urusan pembayaran zakat yang

lebih dikenali dengan zakat korporat dan juga dalam pengagihan zakat. Sehubungan dengan

itu, artikel ini bertujuan membincangkan tentang kepentingan tadbir urus, hukum pembayaran

zakat oleh institusi dan seterusnya memberi contoh model urus tadbir zakat di institusi

perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Kajian ini bersifat kajian kualitatif di mana

sumber rujukan adalah tertumpu kepada penulisan atau dokumen berkaitan zakat dan tadbir

urus korporat dan juga tadbir urus Shariah. Temubual dengan sebuah bank juga dilakukan

untuk melihat model tadbir urus zakat di institusi tersebut. Oleh itu kajian ini terhad kepada

tadbir urus zakat di Bank A sahaja. Antara dapatan kajian ini ialah zakat bukanlah menjadi

suatu kewajipan ke atas institusi sebagai entiti perundangan kerana zakat merupakan satu

ibadah yang diwajibkan ke atas individu beragama Islam. Penulis juga mendapati Bank A

mempunyai tadbir urus yang baik dan sistematik. Bank A mempunyai polisi khusus berkaitan

pembayaran dan agihan zakat. Pembayaran dan agihan zakat tersebut perlu melalui prosedur

yang ketat dan tiada keputusan individu dalam hal-hal yang berkaitan zakat.

Kata Kunci: Tadbir urus, zakat, perbankan Islam, kewangan Islam.

PENDAHULUAN

Tadbir urus bukanlah suatu konsep yang baru, bahkan telah ada sejak peradaban

manusia terdahulu. Tadbir urus mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi

kedua, membawa erti cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dasar,

fungsi, atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dan sebagainya (Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2017). Zakat pula merupakan bahagian daripada lebihan harta yang

wajib dikeluarkan apabila telah sempurna syarat-syaratnya. Oleh kerana zakat adalah

salah satu daripada lima rukun Islam, maka zakat wajib dilaksanakan oleh setiap

individu beragama Islam.

Penubuhan baitulmal sebagai sebuah intitusi yang menyelenggara sumber

pendapatan dan perbelanjaan negara pada zaman Khalifah Umar ibn Al-Khattab

merupakan suatu pencapaian besar bagi pengurusan sistem zakat dalam sejarah Islam.

Sejarah silam telah membuktikan bahawa, tadbir urus zakat yang baik mampu

410

mewujudkan masyarakat muslim yang sejahtera dan stabil ekonominya sehingga pada

zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, dikatakan tiada lagi yang merasa layak untuk

mendapatkan harta zakat.

Perkembangan sektor ekonomi pada hari ini telah membuka ruang kepada

kewujudan sumber-sumber baru dalam ekonomi Islam. Sebagai contoh, wujudnya

institusi kewangan Islam seperti bank Islam yang menawarkan ‘Sistem Perbankan

Islam’ (SPI) dan pelbagai produk berasaskan Syariah kepada masyarakat. Sebagai

institusi yang menawarkan produk yang selari dengan Syariah dan memperolehi

pulangan daripadanya, persoalan tentang kewajipan zakat ke atas institusi seumpama

ini telah menjadi tajuk perbincangan sekian lama. Di Malaysia, sebahagian daripada

pihak institusi perbankan Islam membayar zakat korporat dan juga mengagihkan

sendiri sebahagiannya kepada asnaf. Oleh kerana institusi perbankan Islam terlibat

dengan pembayaran zakat dan pengagihan zakat, maka tadbir urus yang baik amatlah

diperlukan bagi menjamin ketelusan dan intergriti dicapai dan dipelihara.

Bertitik tolak daripada itu, artikel ini berhasrat untuk membicarakan secara

khusus tentang cara tadbir urus zakat di institusi-institusi perbankan dan kewangan

Islam di Malaysia. Adalah menjadi hasrat penulis untuk menemubual sebanyak

mungkin IKI di Malaysia tetapi kekangan masa menyebabkan hanya sebuah bank

sahaja yang sempat penulis dapatkan maklumat mengenai tadbir urus zakat di institusi

berkenaan. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan satu

sumbangan yang bermanfaat kepada pihak lain untuk memperbaiki tadbir urus zakat

di tempat masing-masing atau memberikan cetusan idea kepada para pengkaji lain

untuk terus membuat kajian lanjut berkaitan tadbir urus zakat di IKI atau mana-mana

institusi lain yang terlibat dengan pembayaran, kutipan dan pengagihan zakat.

Artikel ini akan dimulakan dengan membicarakan secara ringkas tentang

kepentingan tadbir urus, diikuti dengan perbincangan ringkas tentang zakat korporat

dan akhir sekali penulis akan membicarakan tentang tadbir urus zakat di salah sebuah

IKI di Malaysia yang selepas ini akan disebut sebagai Bank A.

KEPENTINGAN TADBIR URUS

Nihat Gumus dalam salah sebuah penulisannya di laman blog Bank Dunia menyebut:

“tadbir urus yang baik merupakan satu keutamaan kepada kewangan Islam. Ia

merupakan salah satu aspek kewangan antarabangsa yang telah berkembang pesat

sejak dekad yang lalu.” (Nihat Gumus, 2015).

Hal ini turut disokong oleh mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri

Dr Zeti Akhtar Aziz, di mana beliau menyatakan bahawa “Pembinaan institusi perlu

melibatkan tadbir urus yang kukuh bagi menyediakan asas struktur yang perlu untuk

bukan sahaja mencapai kejayaan tetapi juga memastikan kelangsungan hidup dalam

tempoh yang lebih mencabar” (Aziz, 2016).

Tumpuan terhadap amalan tadbir urus korporat yang semakin hangat

dibicarakan adalah kesan daripada kemajuan masyarakat, kemodenan teknologi

411

maklumat dan sifat agresif pemegang saham. Turut menjadi faktor penekanan

terhadap aspek tadbir urus adalah kejadian-kejadian penyelewangan dan isu salah

laku yang berleluasa di serata dunia.

Tadbir urus merupakan elemen yang amat penting dalam mana-mana

organisasi yang ingin terus wujud dan bernafas dalam jangka masa yang panjang.

Bagi institusi-institusi perbankan dan kewangan Islam di Malaysia yang baru berusia

tiga dekad, tadbir urus yang cekap diharap dapat meningkatkan prestasi mereka agar

terus berdaya saing dan lebih efisien serta lebih dipercayai oleh masyarakat Malaysia

berbanding perbankan konvensional yang jauh lebih lama dari segi kewujudannya.

Selain itu, tadbir urus yang mantap dapat membantu menangani masalah-masalah

yang timbul dengan baik dan efisyen dalam masa yang sama mengurangkan risiko-

risiko yang tidak diingini.

Amalan tadbir urus yang baik wajar dipraktiskan di setiap bahagian operasi

IKI tanpa mengenepikan satu bahagian daripada yang lain termasuklah zakat.

Kegagalan atau ketidak perihatinan dalam hal-hal berkaitan tadbir urus zakat bukan

sahaja boleh menghilangkan keberkatan dalam perniagaan, malah boleh membawa

kepada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang zakat yang seterusnya

akan menyebabkan hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap institusi berkenaan.

Tadbir urus yang baik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Suruhanjaya

Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCAP, 2009)

telah menggariskan lapan (8) ciri sepertimana berikut:

1) Berorientasikan persetujuan umum.

2) Bertanggungjawab (accountability).

3) Telus.

4) Peka.

5) Adil dan bersifat inklusif.

6) Cekap dan berkesan (effective & efficient).

7) Mematuhi undang-undang.

8) Partisipatif.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa objektif terbesar

daripada amalan tadbir urus yang baik adalah untuk mengimbangi kuasa sekaligus

mencapai integriti bagi sesebuah institusi.

ZAKAT KORPORAT DAN HUKUMNYA

Secara umumnya, zakat merupakan salah satu perkara yang diwajibkan ke atas orang

Islam seperti yang disebut dalam banyak ayat Al-Quran; antaranya firman Allah

SWT:

واركعوا مع الراكعين وأقيموا الصلة وآتوا الزكاة

Maksudnya: Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta

orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah: 43)

412

Juga firman Allah SWT:

ا أخرجنا لكم من الرض ول ت ي موا الخبيث يا أي ها الذين آمنوا أنفقوا من طيبات ما كسبتم ومم م أن الله غني حميد بآخذيه إل أن ت غمضوا فيه واعلموامنه ت نفقون ولستم

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan

Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari

apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu

memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal

kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan

mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha

Terpuji”. (Al-Baqarah: 267)

Hal yang sama turut dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW; antaranya yang

diriwayatkan oleh Imam Bukhari (al-Bukhari, 2002, hadis no. 8):

إل الله وأن شهادة أن ل إله : ني اإلسلم على خمس ب» :قال رسول الله صلى اهلل عليه وسلم ، وصوم رمضان دا رسول الله، وإقام الصلة، وإيتاء الزكاة، والحج «محم

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: “Islam terbina atas lima perkara:

kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad

utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan berpuasa di

bulan Ramadhan.”

Dewasa ini zakat bukan sahaja dibayar oleh individu tetapi juga oleh institusi.

Zakat yang dibayar oleh institusi dikenali sebagai zakat korporat yang mana institusi

tersebut mempunyai kuasa dan haknya seperti individu semulajadi (natural person).

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa zakat hanya ditaklifkan ke atas

individu sahaja dan bukannya ke atas institusi. Oleh itu, artikel ini berhasrat untuk

membincangkan sedikit tentang zakat korporat kerana keberkaitannya dengan institusi

perbankan Islam sebagai salah satu institusi kewangan Islam.

Ada tiga pendapat yang berlainan daripada para cendekiawan Islam sama ada

entiti perundangan (legal entity) bertanggungjawab untuk mengeluarkan zakat atau

tidak sebagaimana berikut:

Pandangan pertama: Zakat hanya diwajibkan ke atas individu sahaja dan tidak

ke atas institusi.

Pandangan ini dikemukakan oleh Muhammad Ramadan al-Buti, Wahbah al-Zuhaili,

Hassan al-Amin dan lain-lain. Menurut mereka, setiap pemilik harta atau pemegang

saham hendaklah mengeluarkan zakat apabila telah cukup haul dan nisab (Mohd

Noor & Haron, 2011).

Pandangan kedua: Zakat diwajibkan ke atas institusi tanpa mengambil kira

pemegang sahamnya.

413

Pandangan ini dikemukakan oleh sebahagian ulama seperti Faraj al-Sanhuri, Ali al-

Khafif, Mustafa al-Zarqa, Ahmad Muhammad al-Khuli, Ahmad Ali Abd Allah, Ali

Muhyiddin al-Qarahdaghi dan lain-lain (Bouheraoua, 2012).

Pandangan Ketiga: Zakat tidak diwajibkan ke atas institusi tetapi boleh

mengambil tanggungjawab membayar zakat bagi pihak pemegang saham.

Pandangan ini dinyatakan oleh Shawqi Ismail Syahatah, Mahmud al-Farfur, Ahmad

Majzub dan Ali Muhyiddin al-Qarahdaghi (Mohd Noor dan Haron, 2011). Beliau

menerima konsep entiti perundangan bagi sesebuah syarikat yang mana syarikat

korporat boleh mengeluarkan zakat sama seperti individu Muslim yang biasa di mana

syarikat tersebut dikira mewakili pemegang saham dalam pembayaran zakat mereka.

Selain daripada itu, Majmac al-Fiqh al-Islami al-Duwali (1988), juga

membincangkan tentang perkara ini sebagaimana berikut:

1. Setiap pemilik saham adalah diwajibkan untuk mengeluarkan zakat dan

syarikat boleh membayar zakat bagi pihak pemilik saham jika:

i. Undang-undang penubuhan syarikat menetapkan perkara tersebut.

ii. Mesyuarat Agung syarikat telah memutuskan sedemikian.

iii. Undang-undang yang mewajibkan syarikat untuk mengeluarkan zakat.

iv. Pelantikan daripada pihak pemegang saham untuk syarikat mengeluarkan

zakat bagi pihak mereka.

2. Pihak pengurusan syarikat hendaklah mengeluarkan zakat sebagaimana

seorang individu biasa mengeluarkan zakat hartanya di mana kesemua saham-

saham milik para pemegang saham hendaklah dianggap milik seorang

pemegang saham sahaja. Pengeluaran zakat hendaklah mengambil kira jenis

harta, nisab dan kadar zakat atau perkara-perkara lain yang diambil kira dalam

pembayaran zakat individu.

Merujuk kepada isu syarikat yang mempunyai pemilikan modal yang

bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, kewajipan zakat hanya terhad

kepada pemilik bahagian orang Islam sahaja (al-Qarahdaghi, t.t.; Hassan, 2011;Mohd

Noor & Haron, 2011). Walau bagaimanapun, menurut al-Qarahdaghi (t.t.), jika

pemilik bukan Islam bersetuju untuk mengikuti undang-undang yang mewajibkan

syarikat untuk mengeluarkan zakat, maka tidak ada masalah bagi mereka untuk

mengeluarkan zakat. Taksiran hendaklah dibuat melalui gross income syarikat

tersebut dengan tidak mengira sama ada pemilik saham adalah Islam ataupun bukan

Islam.

Walau bagaimanapun, menurut Mohd Noor dan Haron (2011), bagi institusi

kewangan Islam, pengiraan zakat bagi pemilikan syarikat bercampur antara individu

Muslim dan bukan Muslim hanya dibenarkan setakat pemilikan pemegang saham

individu Muslim sahaja. Manakala bahagian bagi pemegang saham orang bukan Islam

tidak diambil kira. Menurutnya lagi jika undang-undang syarikat mewajibkan mereka

414

untuk mengeluarkan zakat, bayaran zakat itu dianggap sebagai sumbangan amal dan

bukan zakat.

Pada pandangan penulis, pandangan kedua ini lebih menepati konsep zakat

dalam Islam, Ini kerana, jika pendekatan mewajibkan zakat kepada individu bukan

Islam melalui penguasaan undang-undang diterimapakai, penulis berpandangan

bahawa pendekatan tersebut bertentangan dengan pensyariatan zakat yang hanya

merupakan suatu ibadah khusus untuk orang-orang Islam sahaja dan tidak diwajibkan

kepada individu bukan Islam. Tambahan pula memang tiada khilaf di kalangan para

ulama bahawa zakat tidak diwajibkan ke atas individu bukan Islam (Bouheraoua,

2012). Malah pembayaran zakat oleh syarikat korporat hanya terhad kepada harta

yang halal sahaja dan zakat tidak dikenakan ke atas perniagaan yang menjalankan

aktiviti yang haram seperti riba dan perjudian (Hasan, 2011). Ini sebagaimana yang

dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW (Muslim, 1995, hadis no.224):

«...ل ت قبل صلة بغير طهور ول صدقة من غلول »

Maksudnya: “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci dan sedekah

(zakat) dari pencurian”.

Dalam erti kata lain, harta yang haram seperti harta curian atau riba tidak

diwajibkan zakat ke atasnya.

Sebagai kesimpulan, dalam konteks zakat ke atas institusi, penulis

berpandangan bahawa institusi tidak diwajibkan untuk membayar zakat atas kapasiti

sebagai entiti undang-undang. Ini kerana zakat merupakan satu ibadah khusus. Malah

ia merupakan salah satu daripada rukun Islam. Apabila dikatakan zakat adalah ibadah

khusus, maka kewajipan menunaikannya melibatkan manusia iaitu individu

semulajadi (natural person) sahaja. Ia menghasilkan pahala bagi individu yang

menunaikannya dan dosa bagi yang mengabaikannya malah boleh jatuh kafir jika

seseorang muslim menafikan kewajipannya. Jadi, adakah sesebuah institusi juga ada

kelayakan untuk mendapat pahala dan dosa atau dihukumkan kafir? Oleh itu, penulis

lebih bersetuju jika pendekatan yang lebih menepati konsep zakat dalam Islam

diambil kira dalam membicarakan zakat korporat ini. Pendekatan yang dimaksudkan

ialah sesebuah institusi itu boleh mengambil tanggungjawab untuk membayar zakat

bagi pihak pemegang saham individu Islam. Ini bermakna institusi berkenaan

hanyalah sebagai wakil kepada pemegang saham tersebut dan dosa pahala yang

berkaitan dengan zakat adalah kembali kepada pemegang saham dan bukannya

kepada institusi tersebut.

TADBIR URUS ZAKAT DI PERBANKAN ISLAM

Perbincangan tentang tadbir urus zakat di perbankan Islam dalam artikel ini hanya

terhad kepada satu model sahaja. Ini kerana dalam kesempatan masa yang ada,

415

penulis hanya berpeluang mengadakan temubual1 dengan sebuah bank sahaja (selepas

ini dinamakan Bank A). Moga dengan satu model ini dapat kita dapat melihat

kelebihan yang ada untuk dicontohi oleh institusi lain dan jika ada kelemahan boleh

dijadikan pengajaran untuk membuat penambahbaikan.

Berdasarkan temubual yang diadakan pada 10 Julai 2017, maklumat yang

diperolehi adalah seperti berikut:

1. Jabatan khusus

Bank A mempunyai jabatan khusus yang menguruskan perkara-perkara yang

berkaitan zakat (selepas ini akan disebut Jabatan Zakat). Pengurusan zakat oleh

jabatan ini merangkumi dari aspek pembayaran dan pengagihan zakat. Pembayaran

zakat oleh Bank A adalah atas kapasiti institusi.

2. Model tadbir urus zakat

Bank A menerima pakai Manual Pengurusan Zakat Perbankan yang diterbitkan oleh

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

3. Pihak yang terlibat dalam tadbir urus zakat

Pihak yang terlibat ialah Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Jawatankuasa Syariah,

Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Zakat Perniagaan “Bank A” di Bawah

Asnaf, Naib Presiden Pematuhan Syariah dan Jabatan Zakat.

4. Proses kelulusan pengiraan dan pembayaran zakat

Jabatan Akaun bertanggungjawab menyediakan kertas khusus yang melibatkan cara

pengiraan zakat perniagaan. Pihak jabatan ini akan mendapatkan kelulusan daripada

Jabatan Syariah terlebih dahulu sebelum dibentang kertas tersebut dalam mesyuarat

Jawatankuasa Syariah Bank A. Jawatankuasa Syariah Bank A bertanggungjawab

menyemak dan meluluskan dua perkara iaitu tatacara pengiraan dan jumlah zakat

yang wajib dikeluarkan. Setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah, kertas tersebut

akan dibawa kepada Lembaga Pengarah Bank A untuk mendapat kelulusan.

Ringkasan proses ini digambarkan dalam Rajah 1.

1 Nama pegawai dan institusi dirahsiakan atas permintaan pihak berkenaan.

416

Rajah 1: Proses Kelulusan Pengiraan dan Pembayaran Zakat di Bank A

Sumber: Temubual dengan Pengurus, Bank A.

5. Pembayaran zakat

Setelah mendapat kelulusan cara pengiraan dan jumlah zakat yang diluluskan

sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, pembayaran zakat akan dibuat

mengikut negeri. Ini bermaksud, pembayaran zakat di cawangan-cawangan yang ada

di setiap negeri di Malaysia akan dibuat kepada pihak berkuasa zakat di negeri-negeri

berkenaan.

6. Pengagihan zakat asnaf

Bank A ada menerima kembali sejumlah peratus (%) tertentu daripada pihak berkuasa

zakat. Wang zakat yang diterima ini akan diagihkan oleh pihak Bank A kepada asnaf.

Kelulusan pemberian zakat kepada asnaf ini melalui tapisan yang teliti. Kelulusan

tidak dibuat oleh individu tertentu dalam Bank A tetapi terdapat satu jawatankuasa

khas yang bertanggungjawab memberi kelulusan terhadap setiap permohonan bantuan

zakat. Permohonan bantuan zakat ini datang daripada pelbagai saluran.

Jika terdapat pihak berkuasa zakat negeri yang mengkhususkan agihan zakat

kepada kakitangan Bank A, maka barulah agihan tersebut dibuat kepada kakitangan

Bank A yang termasuk dalam kategori asnaf. Proses agihan zakat kepada asnaf di ibu

pejabat Bank A diringkaskan dalam Rajah 2.

417

Rajah 2: Proses pengagihan zakat kepada asnaf di ibu pejabat Bank A.

Sumber: Temubual dengan Pengurus, Bank A.

7. Peranan Jabatan Pengawasan Syariah dan Jabatan Audit Syariah

Jabatan Pengawasan Syariah dan Jabatan Audit Syariah di Bank A hanya terlibat

dalam membuat semakan dan pengawasan selepas bayaran zakat dibuat atau selepas

zakat diagihkan kepada asnaf. Penglibatan mereka penting selepas berlakunya

pembayaran dan agihan bagi memastikan ia berjalan mengikut prosedur yang betul

dan yang paling penting ialah kedua-dua pembayaran dan agihan zakat berkenaan

menepati peraturan dan kehendak Syariah dalam hal-hal berkaitan zakat.

Sekiranya jabatan-jabatan tersebut menemui apa-apa yang tidak selari dengan

polisi zakat yang telah ditetapkan, mereka akan menyediakan kertas laporan dan akan

membuat mesyuarat (exit meeting) dengan jabatan yang terlibat. Tujuan mesyuarat ini

adalah untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara tersebut. Sekiranya

justifikasi yang diberikan diterima oleh Jabatan Pengawasan Syariah atau Jabatan

Audit Syariah maka kes ditutup. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan

justifikasi yang diberi, kes tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Syariah bagi

mendapatkan pandangan mereka sama ada menerima atau menolak justifikasi

tersebut. Sekiranya Jawatankuasa Syariah memutuskan ada isu ketidakpatuhan

Syariah, jabatan yang terlibat perlu melakukan pelan tindakan pembetulan. Pelan

tindakan pembetulan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Syariah

KESIMPULAN

Tadbir urus, dalam apa jua aspek dan bidang, memainkan peranan yang amat penting

bagi mencapai objektif untuk mengimbangi kuasa sekaligus mencapai integriti bagi

sesebuah institusi. Tanpa tadbir urus yang baik akan boleh menyebabkan kepincangan

dan salah guna kuasa berlaku dan seterusnya akan menyebabkan kehilangan

kepercayaan daripada pihak berkepentingan terhadap institusi berkenaan.

418

Berhubung dengan zakat korporat, penulis berpandangan bahawa zakat yang

dibayar oleh institusi perbankan Islam hanyalah atas dasar wakil kepada pemegang

saham muslim. Ini bermakna, institusi perbankan Islam pada asalnya tidak ada

obligasi untuk membayar zakat atas kapasiti entiti perundangan.

Merujuk kepada amalan tadbir urus zakat di Bank A, penulis mendapati Bank

A mempunyai tadbir urus yang baik dan sistematik. Bank A mempunyai polisi khusus

berkaitan pembayaran dan agihan zakat. Pembayaran dan agihan zakat ini perlu

melalui prosedur yang ketat dan tiada keputusan individu dalam hal-hal yang

berkaitan zakat.

RUJUKAN

Buku

Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. (1442AH). Sahih al-Bukhari. n.p.: Dar Tawq al-

Najah

Bouheraoua, Said. (2012). Zakah Obligations on Islamic Financial Institutions. Kuala

Lumpur: ISRA.

Muslim, ibn al-Hajjaj. (1995). Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Fikr.

Artikel

Hasan, Aznan. (2011). Isu-isu syariah dalam kewajipan menunaikan zakat ke atas

entiti korporat. Jurnal Muamalat. Bil. 4. Kuala Lumpur: JAKIM. hh.215-242.

Kertas Kerja

Mohd Noor, Azman dan Haron, Muhammad Nasir. (2011). “Imposing zakat on Legal

Entities and Its applications to Islamic Financial Institutions.” Presented in

International Zakat Conference, Anjuran Dompet Zakat Indonesia. Bogor,

Indonesia pada 19-21Julai.

Laman sesawang

Aziz, Zeti Akhtar. (2016). Tadbir Urus Baik Penting Bagi Institusi Mampan.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tadbir-urus-baik-penting-bagi-

institusi-mampan-1.569646 (diakses pada 9 Julai 2017).

Al-Qarrahdaghi, Ali Muhyiddin. (t.t). al-Syakhsiyyah al-Ictibariyyah wa Ahkamuha fi

al-Dawlah al-Islamiyyah.

http://www.qaradaghi.com/chapterDetails.aspx?ID=271 (diakses pada 12 Julai

2017).

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kamus Pelajar Edisi Kedua.

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tadbir+urus (diakses pada 30 Mei

2017). (diakses pada 6 Jun 2017).

Gumus, Nihat. (2015). Islamic Finance: Strong Standards Of Corporate Governance

Are A ‘Sine Qua Non’. https://blogs.worldbank.org/psd/psd/islamic-finance-

strong-standards-corporate-governance-are-sine-qua-non (diakses pada 5 Jun

2017).

419

Majmaʿ al-Fiqh al-Islami al-Duwali. (1988). Fourth Conference, Resolution no 3,

4/08/1988, http://www.iifa-aifi.org/rr/d4sa (diakses pada 15 Julai 2017).

UNESCAP. (2009). What is good governance?

http://www.unescap.org/resources/what-good-governance, (diakses pada 7

Jun 2017).

Temubual

Pengurus, Bank A. 10 Julai 2017.