27
ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI KESAN MEDIA DAN ICT TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT KOM3362

Kom4562 nota 4 kesan media

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kom4562 nota 4 kesan media

ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

KESAN MEDIA DAN ICT TERHADAP INDIVIDU DAN

MASYARAKAT

KOM3362

Page 2: Kom4562 nota 4 kesan media

Objektif

Merumuskan kajian-kajian media dan masyarakat

Merumuskan penemuan-penemuan kajian tentang media dan ICT

Membuat kesimpulan mengenai kesan media dan ICT terhadap masyarakat.

Page 3: Kom4562 nota 4 kesan media

Definisi Media

Newsom dan Jim Haynes (1991) menyatakan media merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat melalui radio, televisyen, surat khabar, majalah, filem dan juga Internet.

Page 4: Kom4562 nota 4 kesan media

Definisi Masyarakat

Menurut Mohd. Hamdan Adnan, publik ialah “sekumpulan individu yang bergabung bersama kerana berkongsi minat dan kepentingan yang sama” (p.131).

Khalayak ditakrifkan sebagai entiti berkumpulan yang wujud kerana individu-individu berkongsi pengalaman tertentu, tradisi dan gaya hidup.

Page 5: Kom4562 nota 4 kesan media

Revolusi Media Tempatan

Akhbar pertama di Malaysia, The Prince Of Wales Island Gazette juga diterbitkan oleh British di Pulau Pinang pada tahun 1805.

Ini diikuti oleh akhbar bahasa Cina, The Chinese Monthly yang diterbitkan di Melaka pada 1815.

Akhbar pertama dalam bahasa Melayu ialah Jawi Peranakan yang diperkenalkan pada tahun 1876.

Page 6: Kom4562 nota 4 kesan media

Penyelidikan Media

Kelahiran Internet dengan ruang IRC, e-mel, laman web dan lain-lain

kemudahan berkomunikasi telah mengubah landskap media pada awal abad ini.

ICT baru telah menambah ketidaktentuan golongan penerima yang sinis tentang kegunaannya, berbanding golongan yang optimis.

Page 7: Kom4562 nota 4 kesan media

Punca kerosakan moral dan keganasan dalam masyarakat

Permainan video

Televisyen dan wayang gambar

Muzik popular masa kini

Internet

Page 8: Kom4562 nota 4 kesan media

Kajian Awal Kesan Media di Amerika Syarikat (Sebelum Perang Dunia

Kedua) a) Kajian Dana Payne Pada 1929, Dana Payne membiayai 12 kajian untuk meneliti kesan wayang gambar terhadap masyarakat.

Golongan remaja banyak dipengaruhi oleh wayang gambar.

Namun begitu tiada bukti kukuh yang mengaitkan filem dengan kerosakan remaja.

Page 9: Kom4562 nota 4 kesan media

Kajian Awal Kesan Media di Amerika Syarikat (Sebelum Perang Dunia Kedua)

b) Kajian Cantril Pada 1938, drama radio ‘War of the Worlds’ telah disiarkan menerusi radio dan meninggalkan rasa panik di kalangan pendengar.

Individu berpendidikan tahap rendah lebih mudah mempercayai kebenaran siaran radio.

Page 10: Kom4562 nota 4 kesan media

Kajian Awal Kesan Media di Amerika Syarikat (Sebelum Perang Dunia Kedua

C) Kajian Lazarfeld Pada 1940, sebelum kehadiran televisyen Paul Lazarfeld telah mengkaji pengaruh media khususnya radio terhadap keputusan orang ramai dalam pilihanraya politik.

Golongan pemimpin pendapat(opinion leaders) dan bukannya media yang mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Page 11: Kom4562 nota 4 kesan media

Kajian kesan Keganasan Televisyen di Amerika Syarikat (1950 an – 1990an)

1952 – Kongres Amerika mula usaha kaji kesan media.

1954-1955 – Kongres menyimpulkan bahawa rancangan media berunsur keganasan yang keterlaluan membawa kesan membahayakan kanak-kanak.

Di antara kumpulan penyelidik Amerika Syarikat yang menghasilkan kajian keganasan di televisyen termasuk (Wilson & Wilson 2001: 439-444)

Page 12: Kom4562 nota 4 kesan media

Teori Keganasan Media

Kajian Gerbner et.al (1980) menghasilkan indeks keganasan untuk mengukur jumlah aksi ganas dalamkandungan sesebuah rancangan televisyen.

Hasil beberapa kajian yang dijalankan untuk mencari hubungan di antara kesan keganasan media dan masyarakat, telah mencetuskan teori-teori keganasan media.

Page 13: Kom4562 nota 4 kesan media

Teori Keganasan Media

Teori Social Learning – Albert Bandura Teori Cultivation / Penyuburan – George

Gerbner Teori Peluru Ajaib (Magic Bullet)

Page 14: Kom4562 nota 4 kesan media

WACANA KESAN MEDIA DAN ICT DALAM MASYARAKAT

Menurut Prof. Jazmyn Chelliah, seorang pakar psikologi di Singapura berpendapat bahawa televisyen yang telah mengambil alih peranan guru, mentor, bapa dan ibu kepada anak-anak kita yang perlu dipersalahkan kerana menayangkan terlalu banyak keganasan, seks, penyalahgunaan dadah dan alkohol.

(Dipetik dari kertas kerja Seminar “Parental Viewing Control Devices for Malaysian Broadcasters” 1998)

Page 15: Kom4562 nota 4 kesan media

Contoh Kajian yang dirujuk oleh Gauntlett

Kajian Hagell & Newburn (1994) - Kajian ini mendapati bahawa remaja

delinkuen kurang menonton televisyen dan video berbanding remaja lain.

Kajian Buckingham - Hasil penemuan menunjukkan kanak-

kanak yang dikaji itu bijak bercakap tentang media.

Page 16: Kom4562 nota 4 kesan media

Contoh Kajian yang dirujuk oleh Gauntlett

Kajian Milavsky, Kessler, Stipp & Rubens - Dalam kajian tersebut, faktor-faktor perubahan

biologi, perkembangan fizikal dan persekitaran diambil kira ketika meneliti kesan media ke atas responden.

Kajian Kualitatif Buckingham et al - Kajian kualitatif yang dijalankan secara mendalam

oleh Buckingham(1993, 1996), Hill(1997), Schlesinger, Dobash, Dobash&Weaver (1992), Gray(1992) dan Palmer(1986) mendapati bahawa khalayak media mempunyai interpretasi mereka masing-masing terhadap kandungan media.

Page 17: Kom4562 nota 4 kesan media

Kredibiliti Media

Apabila televisyen mula menembusi masyarakat, generasi televisyen pula dikritik oleh generasi yang rosak perkembangan kognitifnya kerana mamalan menonton yang didakwa menghasilkan :

1. Tumpuan perhatian yang singkat.2. Kemampuan linguistik yang lemah3. Imaginasi yang berkurangan.4. Selalu menginginkan gratifikasi segera.5. Tidak berupaya membezakan maklumat dengan

kebijaksanaan.

Generasi radio pula dipuji kerana keupayaan berimaginasi tinggi, kreatif dan boleh mempersembahkan peristiwa dramatik.

Page 18: Kom4562 nota 4 kesan media

Implikasi ICT kepada masyarakat Literasi Media dan ICT

1. Literasi media(termasuk ICT) merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam semua bentuk media-cetak, elektronik atau on-line, serta mengakses, memahami, menganalisis dan menilai imej dan visual, perkataan dan bunyi yang menjadi budaya media dan ICT masa kini.

2. Pendidikan media penting untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak ini kerana kehidupan mereka tepu dengan mesej media. Pengguna media yang bijak bukan sahaja berupaya mengkritik media yang tidak bertanggungjawab, tetapi juga berupaya menggunakan maklumat dengan sebaik-baiknya untuk tujuan berguna.

Page 19: Kom4562 nota 4 kesan media

Implikasi ICT kepada masyarakat3. Falsafah Center for Media Literacy yang

memperjuangkan “pemerkasaan menerusi pendidikan”. Falsafah tersebut merangkumi tiga konsep yang saling berkait.

1. Literasi media ialah pendidikan sepanjang hayat dalam

dunia media global.2. Intipati literasi media ialah proses pencarian maklumat –

kesedaran, analisis, renungan, tindakan yang boleh membantu memperkasakan diri dengan kemahiran “mengemudi” iaitu merangkumi kebolehan untuk mengakses, menganalisis dan meneroka, menilai dan mengeluarkan pandangan dan mencipta mesej sendiri.

3. Literasi media adalah alternatif kepada penapisan, pemulauan atau menyalahkan media, iaitu kemampuan membuat keputusan yang terbaik.

Page 20: Kom4562 nota 4 kesan media

Kumpulan Pemantau Media

Kumpulan pengguna dalam masyarakat yang seringkali menjadi sasaran pengiklan dan penjual barangan serta perkhidmatan. Setiap individu dalam masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijaksana supaya tidak mudah diperalatkan oleh pengiklan atau pengamal media yang tidak bertanggungjawab.

Ibu bapa khususnya perlu lebih prihatin tentang kandungan media yang didedahkan kepada ahli keluarga mereka. Ibu bapa boleh menyuarakan kritikan kepada pihak media sekiranya terdapat kandungan media yang dianggap boleh merosakkan kesihatan minda dan akal budi masyarakat.

Page 21: Kom4562 nota 4 kesan media

Kesan Media Terhadap Individu

Page 22: Kom4562 nota 4 kesan media
Page 23: Kom4562 nota 4 kesan media

Kesan Media Terhadap Masyarakat

Page 24: Kom4562 nota 4 kesan media

Kesan Media Terhadap Masyarakat

Page 25: Kom4562 nota 4 kesan media

Kesan Media Terhadap Masyarakat

Page 26: Kom4562 nota 4 kesan media

Kesan Media Terhadap Masyarakat

Page 27: Kom4562 nota 4 kesan media

Rumusan

Perkembangan dan penggunaan media banyak memberi kesan terhadap individu mahupun masyarakat.

Media dilihat bukan sahaja memberikan kesan yang positif malah turut mengundang beberapa kesan negatif dari pelbagai aspek.