Upload
isharsmiaa
View
4.098
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
KELAS INTENSIFSEJARAH SPM
SIRI 4( TEMA 10: BAB 1 -
2 )
TEMA 10: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA
PERANG DUNIA KE-2
Bab 1: Kemunculan Dan Perkembangan
Nasionalisme Di Asia TenggaraBab 2: Nasionalisme Di Malaysia Sehingga
Perang Dunia Kedua
BAB 1 KEMUNCULAN & PERKEMBANGAN NASIONALISMEDI ASIA TENGGARA
1) Nasionalisme di Asia Tenggara
2) Perkembangan Nasionalisme tahap 1 dan 2
ASPEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR
MAKSUD NASIONALISME
Maksud nasionalisme ialah ________________________ cinta akan bangsa dan ______________________. Selain itu juga merujuk kepada ___________________ membebaskan ____________________. Namum tidak terhad kepada ________________ kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada ekonomi dan ____________________ asing.
perasaannegara
gerakan
tanah air
pembebasan
kebudayaan
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME
CONTOH PENULISAN JAWAPANF1: Dasar Penjajahan Barat
F1 : Dasar Penjajahan BaratH1a : Perasaan tidak puas hatiH1b : Sistem birokrasi BaratH1c : Dasar ekonomi menindas pendudukC1 : Sistem Tanaman Paksa
Antara faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ialah dasar penjajahan barat. Hal demikian menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat tempatan. Ini kerana sistem birokrasi Barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Malahan dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi. Contohnya, Sistem Tanaman Paksa di Indonesia.
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISMEF2: Pengaruh Agama
F2 : Pengaruh AgamaH2a : Menyatukan rakyatH2b : Golongan agama pencetus nasionalismeC1 a : Gerakan Islah C2 b : Persatuan Buddha
Selain itu ialah pengaruh agama. Ini kerana agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian. Golongan agama juga turut menjadi pencetus nasionalisme sebagai alat perpaduan menentang penjajahan Barat. Contohnya, Gerakan Islah di Indonesia dan Persatuan Buddha di Burma.
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME
F3: Sistem Pendidikan
F3 : Sistem pendidikanH3a : Pilih kasih C3 : Sekolah vernakular sukar mendapat
pekerjaan
Di samping itu sistem pendidikan juga merupakan faktor yang mencetuskan nasionalisme. Ini kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan dan peluang pekerjaan. Contohnya, di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
PERBANDINGAN PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME TAHAP 1 & 2
ASPEK TAHAP 1 TAHAP 2SIFAT Setempat NasionalORGANISASI Tidak
berorganisasiBerorganisasi
MATLAMAT Ekonomi dan sosial
Kemerdekaan
CORAK PERJUANGAN Terbuka RadikalPEMIMPIN Golongan
pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat
Golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat
Perbandingan gerakan nasionalisme tahap 1 dan 2 ialah dari aspek sifat perjuangan. Ini kerana pada tahap 1, perjuangannya adalah bersifat setempat sahaja, manakala pada tahap 2 lebih bersifat nasional.
TAHAP KEDUA
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA
TAHAP PERTAMA
Jose Rizal memimpin gerakan dakyah Menuntutkan Filipina dijadikan wilayah
Sepanyol, bangsa Filipina dan diberi hak
yang sama seperti bangsa Sepanyol dan
kebebasan bersuara Penubuhan Liga Filipina yang mendesak
kerajaan Sepanyol melakukan
pembaharuan politik, ekonomi dan sosial Kerajaan Sepanyol berasa terancam lalu
bertindak menangkap dan menjatuhkan
hukuman buang negeri terhadap Jose Rizal
• Penentangan secara terbuka bermula apabila Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan
• Matlamatnya menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui Revolusi
• Katipunan menggunakan akhbar Kalayam untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
• Kerjasama Emilio Aguinaldo dengan Amerika Syarikat berjaya mengusir Sepanyol tetapi telah memulakan penguasaan Amerika terhadap Filipina
• Pada 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal
TAHAP KEDUA
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA
TAHAP PERTAMA
Para nasionalis memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan
Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karya Raden Adjeng Kartini “ Habis Gelap Terbitlah Terang” dan “Penulisan seorang Putri Jawa” telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda
Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekuralisme Barat serta agama Kristian.
• Perjuangan Parti-Parti Politik redikal seperti Serekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI)
• Parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan
• PNI dibawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia
• Belanda bertindak balas dengan menangkap pemimpin yang redikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI
TAHAP KEDUA
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND
TAHAP PERTAMA
• Tidak bersifat anti penjajah• Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan
politik kerabat di raja• Penentangan rakyat terhadap system raja
berkuasa mutlak• Pendidikan Barat mendedahkan fahaman
liberal , system demokrasi, dan system raja berpelembagaan kepada golongan intelek
• Kelemahan system pentadbiran• Sikap boros Raja Vajiravudh• Parti rakyat melancarkan Revolusi Thai pada
tahun 1932 dan menamatkan system raja berkuasa mutlak
• Disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina
• Perdana Menteri Phibul Songram meluluskan undang-undang
• Menyekat kebebsan dan penguasaan ekonomi orang cina
• Sekolah dan akhbar cina dibubarkan• Penduduk pribumi digalakkan terlibat
dalam aktiviti ekonomi• Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya
untuk pengganut agama Budha• Menukar nama Negara Siam kepada
Thailand (tanah Bebas) pada tahun 1939• Bekerjasama dengan Jepun semasa PD2• Berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di
IndoChina dan Tanah Melayu.
BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
1) Sebab-Sebab Penentangan
2) Perjuangan tokoh tempatan
3) Faktor pemankin nasionalisme
ASPEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH PELAJAR
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
F1: DASAR PENAKLUKAN BRITISH
SEBAB-SEBAB PENENTANGANTugasan: Minta pelajar ringkaskan skrip jawapan berdasarkan fakta, huraian dan contoh)
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Ini kerana dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
F2: EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI TEMPATANSEBAB-SEBAB PENENTANGAN
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Ini kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
F3: PELAKSANAAN PENTADBIRAN BARATSEBAB-SEBAB PENENTANGAN
Di samping itu, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. Hal demikian kerana British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah tersebut akan dikenakan cukai. Peraturan ini jelas bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan kerana wujudnya sistem paksaan dalam sistem pentadbiran Barat terhadap penduduk tempatan.
F4: PEMBESAR TEMPATAN KEHILANGAN KUASASEBAB-SEBAB PENENTANGAN
Antara sebab-sebab penentangan pembesar tempatan ialah mereka kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana James Brooke telah mengambil kawasan pentadbiran dan seterusnya campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran, ekonomi dan sosial. Contohnya, James Brooke mengambil kawasan kekuasaan Sharif Masahor di Sungai Rajang. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British. Isi
HuraianContohInferens
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN (SHARIF MASAHOR)BIODATA
Nama sebenarnya Sayyid Mashhur Bin Muhammad Al-Shahab
Lebih dikenali sebagai Sharif Masahor Pembesar Sarikei di kaws Sg. Rajang yg dilantik oleh Sultan
BruneiSEBAB-SEBAB PENENTANGAN James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang Hilang kuasa memunggut cukai Hilang pengaruh terhadap penduduk tempatan Pembinaan kubu di Kanowit
PERISTIWA & KESAN PENENTANGAN Menyerang kubu Brooke di Kanowit Bersama Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang Brooke di
Kuching tetapi gagal Melarikan diri ke Brunei tetapi ditangkap Sultan Brunei menyerahkan Sharif Masahor kepada Brooke Dibuang negeri ke Singapura
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN (MAT SALLEH)BIODATA
Nama sebenarnya Mohammad Salleh bin Datu Balu
Pemerrintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut
Berketurunan suku Sulu PaitanSEBAB-SEBAB PENENTANGAN
SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh Sistem cukai kepala dan perahu yang membebankan Sikap kasar pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan SBUB tidak melayan perbincangan Mat Salleh di Sandakan Gabenor Baeufort menyerang dan membakar kampung Mat Salleh
PERISTIWA & KESAN PENENTANGAN Mat Salleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya SBUB menawarkan pelan damai dengan menawarkan
Tambunan SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Salleh menyerang
SBUB SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh Mat Salleh tewas dan meninggal dunia pada tahun 1900
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN (TOK JANGGUT)BIODATA
Namanya sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas
Mendapat pendidikan agama di Makkah Mahir dalam ilmu persilatanSEBAB-SEBAB PENENTANGAN Menentang Sistem Penasihat British Membantah pelaksanaan sistem cukai Bantahannya tidak dilayan Tindakan pihak polis hendak menangkap Tok
JanggutPERISTIWA & KESAN PENENTANGAN
Menyerang dan menndudukii Pasir Puteh Membentuk sebuah kerajaan Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri British menyerang dengan menggunakan senjata moden Tok Janggut terkorban Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu dan digantung di pasar
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN(HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG)
BIODATA Namanya sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid Digelar Limbong kerana sering mengajar agama di Limbong,Kemaman Merupakan seorang ulama
SEBAB-SEBAB KEBANGKITAN TANI Tidak puas hati dengan cukai dan undang-undang tanah
British Pas kebenaran yang membebankan Penguatkuasaan Undang-undang Kawalan Binatang Buas Peraturan British bertentangan dengan Syariat IslamPERISTIWA & KESAN PENENTANGAN Mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah tanpa
menghiraukan peraturan tanah British 300 penduduk membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Melancarkan penentangan bersenjata British menggunakan kuasa dan nama Sultan untuk
menangkap Haji Abdul Rahman kerana rakyat tidak akan menderhaka
Haji Abdul Rahman ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah
FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME
F1: PENGENALAN SISTEM POLITK BARATFAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialah tindakan Sir Andrew Clarke memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.
F2: PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKANFAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19. Ini kerana perkembangan sistem pendidikan telah melahirkan golongan intelektual melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. Contohnya, Zaba yang membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bersatu padu.
F3: DASAR BRITISHFAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu. Ini kerana British telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Akibatnya ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Contohnya imigran cina yang menguasai ekonomi dalam bidang perlombongan bijih timah.
F4: KEMUNCULAN MESIN CETAKFAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN
Di samping itu ialah kemunculan mesin cetak. Ini kerana kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Idea menentang penjajah dan membangkitkan semangat nasionalisme disebarkan melalui buku, akhbar, majalah, dan kitab agama. Contohnya, Akhbar Majlis yang mengkritik dasar British.