fungsi-komponen dalam litar

  • Published on
    19-Jun-2015

  • View
    1.842

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fungsi komponen dalam litar

Transcript

<ul><li> 1. FUNGSI KOMPONEN DALAM LITAR Disediakan oleh: PISMP 4 RBT 1 KHAMALIEANA ROSLAN NURULHASANAH HUSSIN ROZIANA ISMAIL MOHAMAD HELMI YASO MOHAMAD AZRI HAZIQ OTHMAN IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TEKNOLOGI ELEKTRIK &amp; ELEKTRONIK (RBT 2107) </li></ul> <p> 2. Nama, simbol dan fungsi UMUM komponen elektronik 3. KOMPONEN ELEKTRONIK PERINTANG TETAP SIMBOL FUNGSI - Untuk mengawal pengaliran arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar - Digunakan pada radio, televisyen dan amplifier. - Unit sukatan diukur dalam ohm 4. KOD WARNA PERINTANG TETAP Jalur pertama Jalur kedua Jalur ketiga Jalur keempat KOD WARNA Hitam 0 Perang 1 Merah 2 Jingga 3 Kuning 4 Hijau 5 Biru 6 Unggu 7 Kelabu 8 Putih 9 Kod Warna Jalur Keempat Emas 5% Perak 10% Tiada warna 20% 5. KOD WARNA Hitam 0 Perang 1 Merah 2 Jingga 3 Kuning 4 Hijau 5 Biru 6 Unggu 7 Kelabu 8 Putih 9 Hanya Pada Mu Jiwa Ku Hancur Berderai Untuk Kekasih Pertama Haji Pak Mat Jiran Kita Hidup Berkebun Ubi Kayu Putih 6. CONTOH MENGIRA NILAI RINTANGAN MERAH PERANG BIRU PERAK NILAI RINTANGANNYA 2 1 000000 OHM 21000 K 21 M HAD TERIMA PERAK = 10% 21000000 X 10% = 2100000 OHM = 2100 K = 2.1 M 2 1 6 7. PERINTANG BOLEH LARAS Simbol FUNGSI - Mengawal jumlah arus yang mengalir dalam litar - Digunakan pada radio, televisyen, kipas angin dan ketuhar - Nilai rintangannya dapat dilaraskan dari 0 hingga nilai maksimumnya. 8. DIOD PEMANCAR CAHAYA ( L.E.D. ) FUNGSI - Sebagai penunjuk saja - Bercahaya apabila adanya arus mengalir melaluinya. - Arus mengalir pada satu arah sahaja. - Digunakan dalam alat elektronik sebagai lampu penunjuk, alat hi-fi, lampu disko. 9. KAPASITOR SIMBOL -Untuk menyimpan dan membuang cas elektrik -Sebagai penstabil voltan dalam litar Kapasitor Elektrolitik Kapasitor Seramik 10. TRANSISTOR NPN PNP b b c e c e FUNGSI - Untuk meninggikan voltan, arus dan kuasa serta sebagai suis kawalan - Digunakan pada radio, televisyen, komputer dan sebagainya 11. PERINTANG PEKA CAHAYA FUNGSI - Sebagai perintang boleh ubah - Nilai rintangan bergantung kepada cahaya yang diterima - Nilai rintangan menjadi rendah apabila didedahkan kepada cahaya - Digunakan dalam alat-alat elektronik kendalian cahaya, spt kamera automatik, lampu malam automatik dsb 12. Buzer Buzer Buzer menghasilkan bunyi apabila disambungkan ke punca bekalan dan digunakan sebagai penggera. Wayar penghubung pada buzer biasanya dalam kod warna hitam (negatif) dan merah (positif). Jika sambungannya salah, ia tidak akan berfungsi. simbol Elektromagnet Piezo 13. PEMBESAR SUARA SIMBOL FUNGSI -Menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi -Dilabelkan dengan nilai impedans dan kadaran kuasa -Nilai impedans dalam unit ohm dan kadaran kuasa dalam unit watt 14. Suis Tekan Tutup Mengalirkan arus elektrik apabila ditekan dan berhenti apabila punat dilepaskan. 15. Suis Tekan Buka Memutuskan aliran arus apabila punat ditekan dan menyambung semula bekalan arus apabila punat dilepaskan. 16. Suis Togel Digunakan untuk membuka dan memutuskan arus. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah. (SPST) 17. FUNGSI TRANSISTOR SEBAGAI PENGUAT 18. Penguat ialah satu proses menguatkan isyarat AU. Contohnya, jika bunyi daripada radio kurang jelas, bunyi tersebut akan dikuatkan. Litar yang digunakan untuk proses penguatan isyarat sebagai penguat. Sifat utama litar penguat ialah mempunyai gandaan iaitu nisbah nilai keluaran terhadap nilai masukan. Terdapat tiga jenis gandaan penguat iaitu gandaan voltan, gandaan arus dan gandaan kuasa. 19. Jenis-jenis gandaan Jenis gandaan Simbol Voltan Arus Kuasa Av Ai Ap Jenis tatarajah Gandaan voltan, Av Gandaan arus, A I Gandaan kuasa, A p Perbandingan fasa isyarat masukan dan keluaran Pemancar sepunya 100 1000 100 1000 Melebihi 1000 Isyarat keluaran berbeza fasa 180 dengan isyarat masukan Pemungut sepunya Lebih kurang 1 100 1000 100 1000 Isyarat keluaran sama dengan isyarat masukan Tapak sepunya 100 1000 Kurang daripada 1 100 1000 Isyarat keluaran sefasa dengan isyarat masukan 20. Satu contoh penguat kuasa ialah penguat audio yang digunakan untuk menguatkan isyarat dalam julat frekuensi dari 20Hz ke 20kHz. 21. Contoh bentuk fizikal transistor kuasa adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Setiap transistor kuasa mempunyai kadaran maksimum yang berbeza. Kadaran maksimum bagi satu contoh transistor kuasa ditunjukkan dalam lampiran data dalam rajah. Jadual: Kadaran maksimum bagi satu contoh transistor kuasa. Arus pemungut maksimum (mengalir berterusan) = 1c(mak) 15 mA Voltan pemungut pemancar maksimum = VCE(mak) 400 V Kuasa lesapan maksimum = Pd(mak) 175 W 22. FUNGSI PEMUAT (KAPASITOR) 23. Pemuat ialah suatu alat penyimpan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas. Seperti perintang, pemuat ialah salah satu daripada komponen elektronik penting yang terdiri daripada dua pengalir yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan dielektrik. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, wax terpadat seramik, mika, atau kertas terpadat dengan elektrolit yang berkimia. 24. Fungsi pemuat dalam litar penapis Biasanya komponen penapis ialah pemuat.Jika didapati penapis pintas ia akan memutuskan fius pelindung. Pemuat yang terbuka boleh memberi kesan gangguan riak di keluaran.Jika beban dikeluaran memerlukan arus yang agak tinggi seperti amplifier kuasa audio, ia boleh membuatkan voltan keluaran berayunan atau motoboting atau humming. Selain dari pintas dan terbuka, penapis kerap juga berlaku bocor. Ini akan menyebabkan arus tidak stabil. 25. 1 level voltan at tanpa penapis 2 level voltan at dengan penapis 26. FUNGSI DIOD DALAM LITAR PENERUS 27. Rajah A menunjukkan litar penerus setengah gelombang. Bekalan 230 V AU dibekalkan kepada bahagian utama pengubah. Bahagian sekunder pengubah akan membekalkan voltan V dengan nilai maksimun V yang diperlukan kepada diod penerus. Pada kitar masukan positif, dengan kekutuban bekalan seperti dalam Rajah b (i), diod dipincang ke depan. Arus mengalir di dalam beban pada arah yang ditunjukkan dan menghasilkan gelombang keluaran seperti dalam rajah. 28. Pada kitar masukan negatif, dengan kekutuban voltan bekalan seperti dalam Rajah b (ii), diod dipincang balikan. Tiada arus mengalir dalam diod dan tiada voltan diperoleh merentasi beban, R.Dengan menggunakan hukum kirchhoff, V V V, dengan V ialah voltan merentasi diod. I = 0 kerana pincang balikan. Oleh itu, V = VD. Voltan maksimum merentasi diod adalah Vmaks. Bagi menghalang diod daripada rosak, nilai puncak voltan bekalan mestilah tidak melebihi kadaran voltan puncak balikan. PIV bagi diod. 29. Rajah C menunjukkan gelombang keluaran yang diperoleh merentasi beban RL jika voltan keluaran maksimum dari pengubah ialah Vmaks. Perhatikan, voltan keluaran tidak bertukar kekutuban kerana voltan ini ialah voltan AT berdenyut. Frekuensinya sama dengan frekuensi punca voltan. 30. LITAR PENERUS GELOMBANG PENUH Litar penerus gelombang penuh menghasilkan voltan riak pada kedua dua litar positif dan negatif pada masukan. Litar penerus gelombang penuh terbahagi kepada dua jenis iaitu penerus gelombang penuh dua diod dan penerus titi. 31. LITAR PENERUS GELOMBANG PENUH DUA DIOD 32. Rajah A menunjukkan litar penerus gelombang penuh dua diod serta gelombang keluarannya. Pengubah membekalkan voltan masukkan, V2 kepada penerus gelombang penuh. Bagi pengubah sadap tengah, voltan pada separuh lilitan sadap tengah (A ke O) adalah separuh daripada voltan di antara A dan B. Jika voltan di antara A dan B adalah Vmaks, voltan sekunder di antara A dan O adalah Vmaks/2. 33. Rajah A menunjukkan litar penerus gelombang penuh dua diod serta gelombang keluarannya. Pengubah membekalkan voltan masukkan, V2 kepada penerus gelombang penuh. Bagi pengubah sadap tengah, voltan pada separuh lilitan sadap tengah (A ke O) adalah separuh daripada voltan di antara A dan B. Jika voltan di antara A dan B adalah Vmaks, voltan sekunder di antara A dan O adalah Vmaks/2. 34. PENERUS TITI Rajah c menunjukkan litar bekaqlan kuasa penerus gelombang penuh dengan empat diod atau lebih dikenali sebagai penerus titi. Apabila voltan AU dibekalkan ke penerus titi, pada kadar masukan positif kekutuban voltan bekalan adalah seperti ditunjukkan dalam rajah d. Diod D1 dan D3 dipincang ke depan manakala diod D2 dan D4 dipincang balikan. Arus mengalir dalam beban RL mempunyai nilai Vmaks 2VD 35. Pada kitar masukan negatif, kekutuban voltan bekalan adalah seperti ditunjukkan dalam rajah e. Diod D2 dan D4 dipincang balikan. Perhatikan arah arus melalui RL adalah sehala. Voltan keluaran bagi kedua dua diperoleh merentasi beban RL adalah seperti dalam rajah f dengan nilai Vmaks 2VD. 36. SEKIAN, TERIMA KASIH.. </p>