6
1 NURUL AMIRAH BINTI MOHD SUHAIMI (12BI03054) Ringkasan Buku : Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu (Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy’ari). Allah akan mengangkat darjat ahli ilmu (ulama) yang sentiasa mengamalkan ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Dalam hadis Rasulullah menyatakan ulama adalah pewaris para nabi. Amalan seseorang atas ilmu pengetahuan menjadikan kehidupan bermanfaat di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda: Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap muslim baik lelaki mahupun perempuan. Segala makhluk bahkan ikan-ikan di lautan turut memohon keampunan kepada Allah bagi seorang penuntut ilmu. Antara fadhilat berkaitan dengan ilmu/penuntut ilmu berdasarkan hadis Rasulullah ialah : i. Para malaikat akan memohon rahmat kepada Allah kepada sesiapa yang segera mencari ilmu pengetahuan. ii. Pahala bagi orang yang menuju ke tempat pengajian untuk belajar dan mengajar ialah pahala melaksanakan ibadah haji secara sempurna. iii. Tinta seorang ulama dan darah syuhada akan dipertimbang pada hari kiamat. iv. Fudhail bin ‘Iyadh berkata : Seorang alim yang mengajar ilmunya akan diakui sebagai orang besar di alam malaikat yang berada di langit. Terdapat juga hadis Rasulullah yang menyatakan ancaman bagi ulama yang tidak mengamalkan ilmu yang benar. Antaranya tidak akan memperolehi syurga dan akan merelakan diri ditempatkan di neraka. Selain itu, Sufyan at-Tsaury berkata bahawa orang tersebut akan mengalami kerugian yang nyata. Adab Penuntut Ilmu. 1. Membersihkan hati daripada pelbagai penyakit hati. 2. Membangun niat yang luhur, mencari ilmu hanya untuk meraih redha Allah. 3. Bersegera dan tidak menunda-menunda waktu dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

  • Upload
    mm-su

  • View
    146

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

1

NURUL AMIRAH BINTI MOHD SUHAIMI

(12BI03054)

Ringkasan Buku :

Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu (Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy’ari).

Allah akan mengangkat darjat ahli ilmu (ulama) yang sentiasa mengamalkan ilmu

pengetahuan yang mereka miliki. Dalam hadis Rasulullah menyatakan ulama adalah pewaris

para nabi. Amalan seseorang atas ilmu pengetahuan menjadikan kehidupan bermanfaat di dunia

dan akhirat.

Rasulullah bersabda: Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib bagi setiap muslim baik lelaki

mahupun perempuan. Segala makhluk bahkan ikan-ikan di lautan turut memohon keampunan

kepada Allah bagi seorang penuntut ilmu.

Antara fadhilat berkaitan dengan ilmu/penuntut ilmu berdasarkan hadis Rasulullah ialah :

i. Para malaikat akan memohon rahmat kepada Allah kepada sesiapa yang segera mencari

ilmu pengetahuan.

ii. Pahala bagi orang yang menuju ke tempat pengajian untuk belajar dan mengajar ialah

pahala melaksanakan ibadah haji secara sempurna.

iii. Tinta seorang ulama dan darah syuhada akan dipertimbang pada hari kiamat.

iv. Fudhail bin ‘Iyadh berkata : Seorang alim yang mengajar ilmunya akan diakui sebagai

orang besar di alam malaikat yang berada di langit.

Terdapat juga hadis Rasulullah yang menyatakan ancaman bagi ulama yang tidak

mengamalkan ilmu yang benar. Antaranya tidak akan memperolehi syurga dan akan merelakan

diri ditempatkan di neraka. Selain itu, Sufyan at-Tsaury berkata bahawa orang tersebut akan

mengalami kerugian yang nyata.

Adab Penuntut Ilmu.

1. Membersihkan hati daripada pelbagai penyakit hati.

2. Membangun niat yang luhur, mencari ilmu hanya untuk meraih redha Allah.

3. Bersegera dan tidak menunda-menunda waktu dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Page 2: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

2

4. Redha dan sabar menghadapi kesukaran hidup dalam mencari ilmu.

5. Menyusun dan memanfaatkan waktu tanpa sedikitpun menyia-nyiakan.

6. Tidak berlebihan dalam makan dan minum kerana akan menghalang seseorang daripada

melakukan ibadah kepada Allah.

7. Bersikap berwaspada dan berhati-hati dalam setiap tindakan.

8. Tidak mengambil jenis-jenis makanan yang menumpulkan kecerdasan akal serta

melemahkan organ-organ tubuh (pancaindera).

9. Tidak tidur terlalu lama selagi ia tidak membawa kesan negatif bagi kesihatan jasmani

dan rohani.

10. Menjauhkan diri daripada pergaulan yang tidak baik.

Etika Pelajar Terhadap Guru

1. Pelajar hendaklah memohon petunjuk Allah tentang pemilihan guru dalam menimba ilmu

pengetahuan.

2. Bersungguh-sungguh dalam mencari seorang guru mahir dan diperakui keahliannya oleh

guru-guru lain.

3. Seorang pelajar haruslah patuh kepadanya, tidak berpaling pendapat dan perintahnya.

4. Memilik pandangan yang mulia terhadap guru serta meyakini akan darjat kesempurnaan

gurunya.

5. Mengerti akan hak-hak seorang guru serta tidak melupakan jasa-jasanya.

6. Bersabar di atas kerasnya sikap atau perilaku guru yang kurang menyenangkan.

7. Meminta izin terlebih dahulu setiap kali hendak memasuki ruang peribadi guru.

8. Apabila seorang pelajar duduk di hadapan guru, hendaklah ia duduk dengan penuh

beradab dan sopan santun.

9. Berbicara dengan baik dan sopan dihadapan guru.

10. Ketika pelajar mendengar gurunya sedang menjelaskan sesuatu yang telah ia ketahui

sebelumnya, hendaklah ia tetap menyemaknya dengan baik seolah-olah ia sama sekali

belum pernah mendengar.

11. Tidak mendahului guru dalam menjelaskan suatu persoalan atau menjawab pertanyaan

yang diajukan oleh pelajar lain.

Page 3: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

3

12. Jika seorang guru memberikan sesuatu bahan bacaan agar murid membacanya, hendaklah

mengambilnya dengan menggunakan tangan kanan kemudian memegangnya dengan

kedua belah tangan.

13. Adab tambahan :

i. Tidak duduk terlalu dekat dengan guru.

ii. Tidak meletakkan tangan, kaki, pakaian, ataupun anggota tubuh yang lain di atas

pakaian, tempat solatnya serta tempat tidur gurunya.

iii. Jika guru meminjam alat tulis, hendaklah membukakan penutupnya sebelum

memberikan kepada guru.

iv. Jika guru meminta memberikan sesuatu yang tajam, hendaklah ia memberikannya

dengan tidak mengarahkan hujung yang tajam tersebut kearah gurunya.

Etika Belajar Bagi Pencari Ilmu

1. Mempelajari empat bentuk ilmu yang hukumnya fardhu ain dahulu, iaitu:

i. Ilmu tentang Zat al-‘Aliyah (pengetahuan tentang Allah)

ii. Ilmu tentang sifat-sifat Allah.

iii. Ilmu fiqh.

iv. Ilmu yang berkaitan dengan ahwal (perilaku), maqamat (tahap-tahap penghayatan

dalam beribadah kepada Allah), dan masalah-masalah nafsiyyah (spiritual).

2. Mempelajari kitab suci Al-Quran.

3. Pelajar baru, hendaklah ia menjauhi perbahasan-perbahasan yang di dalamnya banyak

terdapat pertentangan (khilafiyah) di kalangan ulama.

4. Untuk menghafal sesuatu teks pengajian, hendaklah merujuk guru yang lebih memahami

supaya terhindar daripada kesalahan-kesalahan suntingan isi.

5. Tidak menunda-nunda waktu dalam memperlajari setiap cabang ilmu pengetahuan.

6. Apabila pelajar telah benar-benar menguasai perbahasan ilmu yang mudah, hendaklah ia

meneruskannya dengan perbahasan ilmu yang lebih kompleks, luas dan terperinci.

7. Aktif menghadiri halaqah pengajian yang diadakan oleh guru.

8. Mengucapkan salam kepada jemaah pengajian setiap kali memasuki ruang pengajian.

9. Seorang pelajar tidak bertanya hal-hal yang tidak relevan kepada gurunya.

10. Bersabar menunggu giliran untuk bertanya ketika orang orang lain sedang bertanya.

Page 4: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

4

11. Duduk dengan sopan di hadapan guru.

12. Tekun serta istiqamah dalam mempelajari setiap perbahasan dalam kitab.

13. Membantu dan mendukung kejayaan rakan yang lain dalam usaha meraih ilmu

pengetahuan.

Adab Ulama atau Guru

1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

2. Takut kepada kemurkaan Allah dalam setiap gerak, diam, perkataan dan perbuatan.

3. Sakinah (bersikap tenang).

4. Warak (berhati-hati dalam setiap perbuatan dan perkataan).

5. Tawaduk.

6. Khusyuk kepada Allah.

7. Sentisa berpegang kepada hukum Allah dalam setiap hal.

8. Tidak menjadikan ilmu yang dimiliki sebagai keuntungan dunia.

9. Tidak merasa rendah diri di hadapan pemuja dunia (orang yang mempunyai kedudukan

dan harta benda).

10. Zuhud dan rela hidup bersederhana.

11. Menjauhi pekerjaan yang dianggap hina menurut pandangan adat dan syariat.

12. Menghindari tempat- tempat yang menghindari fitnah.

13. Menghidupkan syiar Islam.

14. Menegakkan sunnah Rasulullah dan memerangi bidaah serta memperjuangkan

kepentingan umat Islam dengan kaedah yang menarik.

15. Menjaga hal-hal yang sangat dianjurkan syariat Islam.

16. Bergaul dengan masyarakat dengan akhlak yang terpuji.

17. Menyucikan jiwa dan raga daripada perkara-perkara tercela.

18. Selalu berusaha mempertajamkan ilmu dan amal.

19. Tidak segan mengambil faedah (ilmu) daripada orang lain terhadap apa jua perkara yang

belum difahami.

20. Meluangkan sebahagian waktu untuk kegiatan menulis.

Page 5: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

5

Adab Mengajar Bagi Ulama/Guru

1. Sebelum menghadiri majlis pengajian, seorang alim perlu menyucikan diri terlebih

dahulu daripada segala hadas.

2. Ketika keluar dari rumah, dianjurkan untuk berzikir dan berdoa.

3. Apabila tiba, hendaklah memberi salam kepada seluruh para hadirin, tenang dan duduk

menghadap kiblat.

4. Memberi penumpuan kepada seluruh para hadirin.

5. Sebelum memulai pengajian, hendaklah membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran

dengan maksud mengambil berkat dari ayat-ayat Allah.

6. Sekiranya menyampaikan lebih daripada satu pokok perbahasan, sebaik-baiknya

hendaklah ia memulakannya dengan perkara yang lebih penting terlebih dahulu.

7. Mengatur kadar suara sehingga tidak terlalu lantang atau terlalu perlahan.

8. Menjaga majlis daripada segala sesuatu yang mengganggu kelancaran proses pengajian.

9. Mengingatkan para hadirin betapa pentingnya kerjasama dan persaudaraan.

10. Memberikan peringatan tegas terhadap para pelajar yang melakukan hal-hal diluar batas.

11. Apabila tidak ketahui jawapan untuk sesuatu pesoalan, hendaklah mengakui

ketidaktahuan itu.

12. Apabila di dalam majlis pengajian dihadiri orang yang bukan daripada golongan mereka,

hendaklah diberi layan yang baik.

13. Menyebut dan menyertakan asma Allah baik ketika membuka dan menutup majilis

pengajiannya.

14. Menyampaikan ilmu sesuai dengan bidang kepakarannya.

Etika Guru Terhadap Pelajar.

1. Guru seharusnya membangun niat dan tujuan yang luhur demi mencari keredhaan Allah.

2. Guru hendaklah bersabar dan terus bersemangat memberi pendidikan apabila berhadapan

dengan para pelajar yang tidak serius.

3. Mencintai dan pengasihi para pelajar sebagaimana mencintai diri sendiri.

4. Mendidik dengan penjelasan yang mudah difahami sesuai dengan kemampuan pelajar.

5. Memahami metode - metode pengajaran dengan baik agar dapat mempermudahkan dan

mempercepatkan pemahaman mereka.

Page 6: Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu

6

6. Memastikan pelajar menggunakan sebahagian waktu mereka untuk mengulangkaji

pelajaran yang telah disampaikan.

7. Sekiranya pelajar tinggal di tempat yang jauh, guru hendaklah sedia maklum keadaan

pelajar tersebut.

8. Tidak memberi perhatian khusus kepada seseorang pelajar di hadapan pelajar yang lain.

9. Meratakan kasih sayang dan perhatian kepada pelajar.

10. Memberi contoh kepada pelajar tentang cara bergaul yang baik supaya dapat memahami

pentingnya hubungan sesama manusia termasuk hubungan dengan Allah.

11. Sekiranya guru berkemampuan, hendaklah ia membantu meringankan masalah pelajar

dalam hal yang berkaitan.

12. Hendaklah guru mengambil berat terhadap pelajar yang tidak hadir.

13. Guru berhak dihormati oleh pelajar-pelajarnya, hendaklah ia tetap tawaduk terhadap

mereka.

14. Melayan pelajar dengan baik dengan memanggil nama dan sebutan yang baik.

Adab Terhadap Kitab

1. Memahami isinya setelah memiliki buku itu.

2. Apabila meminjam buku orang lain, hendaklah segera memulangkan setelah selesai

digunakan tanpa meninggakan sesuatu pada buku tersebut tanpa izin pemiliknya.

3. Meletakkan buku di tempat yang terhormat.

4. Hendaklah ia memerhati adab dalam penyusunan buku mengikut tingkat keagungan

perbahasan ilmunya.

5. Memastika kesempurnaan susunan dan perbahasan isinya sebelum membeli sesebuah

buku.

6. Ketika berinteraksi dengan muatan ilmu syariat Islam, hendaklah dilakukan dengan

keadaan yang suci.