Upload
versa-lee
View
610
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
1.1 ABSTRAK
ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM KALANGAN
MASYARAKAT CINA DI TAMAN MAJU SATU,
SUNGAI JELOK, KAJANG.
Kajian ini bertajuk adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Cina
di Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti adat–adat menyambut kelahiran bayi oleh masyarakat Cina dan mengkaji faktor-
faktor yang mengakibatkan peminggiran adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan
masyarakat penduduk Cina di tempat kajian tersebut. Kaedah-kaedah yang telah
digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, pemerhatian dan rujukan. Instrumen
borang soal selidik dibentuk berdasarkan objektif kajian. Kaedah soal selidik melibatkan
seramai 30 orang penduduk di Taman Maju Satu dipilih secara rawak sebagai responden
kajian ini. Hasil kajian dianalisis menunjukkan peratusan responden yang mengamalkan
semua adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat Cina hanya 16.67% atau 5
orang.
1
1.2 KANDUNGAN
Bilangan Butiran Muka Surat
1. 1.1 Abstrak 1
2. 1.2 Kandungan 2
3. 1.3 Penghargaan 3
4. 1.4 Pengenalan 4
5. 1.5 Objektif Kajian 6
6. 1.6 Lokasi Kajian 7
7. 1.7 Metodologi Kajian 13
8. 1.8 Dapatan Kajian dan Perbincangan 16
9. 1.9 Rumusan dan Kesimpulan 42
10. 1.10 Rujukan 44
11. 1.11 Lampiran 45
2
1.3 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak membantu saya dalam menyempurnakan
kajian ini. Terutamanya kepada pihak pentadbiran sekolah dan Penolong Kanan
Tingkatan Enam Encik Chiew Kiang Keng kerana telah banyak memberi sokongan dan
bimbingan kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pengajian am
saya, Puan Nurul Hafiza kerana sudi menjelaskan segala maklumat yang penting kepada
saya sepanjang kajian ini dilaksanakan. Saya amat menghargai masa diluangkan oleh
beliau, kerana saya mendapat gambaran yang lebih jelas dan dapat menyempurnakan
kerja kursus ini pada masa yang ditentukan.
Selain itu, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang saya sayangi kerana memberi
galakan dan sokongan tidak kira atas masa atau kewangan kepada saya sepanjang masa.
Saya juga ingin berterima kasih kepada semua responden yang memberikan kerjasama
untuk menjawab soal selidik dan ditemu bual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
3
1.4 PENGENALAN
Adat resam boleh ditakrifkan sebagai aturan atau segala macam perbuatan dan cara
hidup. Adat resam yang didefinisikan ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan.
Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat, dan timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila adat dizahirkan, adat resam
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan pada musim yang ditetapkan
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Ini ialah perkara yang difahami oleh khalayak
berkenaan dengan adat resam. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Walaupun dari aspek bunyinya berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, adalah konsep
yang saling bergantung dan sama. Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang
bersifat majmuk dan pelbagai. Adat resam juga merupakan upacara dalam kalendar
kehidupan sepanjang tahun. Contohnya, adat mengenai pertanian dari menanam hingga
menuai padi dan upacara puja pantai bagi para nelayan. Terdapat juga perayaan tahunan
seperti menyambut Tahun Baru Cina, perayaan Hari Raya Puasa Islam, perayaan
Thaipusam dan Deepavali Tamil atau perayaan Gawai Iban dan Keamatan
Kadazandusun. Adat resam adalah cerminan budi bahasa.
Adat resam merupakan amalan leluhur yang diturunkan daripada satu generasi
kepada satu generasi. Setiap bangsa dan masyarakat mempunyai adat resam dan pantang
larangnya yang tersendiri, yang akhirnya menjadi kepercayaan dalam komuniti tersebut.
Uniknya, terdapat persamaan antara bangsa, kaum, masyarakat dan negara. Malah, adat
resam turut menjadi citra kepada sesuatu bangsa. Setiap adat resam mempunyai kesan
positif, misalnya dari sudut kesopanan, kebersihan dan silaturahim. Setiap masyarakat
mempunyai sikap dan pendirian dalam mempertahankan adat resam yang menjadi
pegangan mereka. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakarakat tidak kira apa
bangsa tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari
kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat
di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamallkan oleh sesuatu
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
4
Masyarakat Cina mempunyai adat resam yang agak unik. Kehidupan seharian
mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai pekara, tukang titik mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan
kematian. Kelahiran bermaksud menyambut kedatangan seorang nyawa yang baharu ke
dunia ini. Pada zaman lampau, nenek moyang yang dalam masyarakat Cina telah
menetapkan ada–adat untuk menyambut kelahiran bayi melaui beberapa kaedah. Hal ini
demikian kerana mereka menganggap kelahiran bayi tersebut boleh mewarisi keterunan
mereka secara turun temurun dalam keluarganya. Oleh sebab itu, mereka menginginkan
kelahiran bayi dapat disambut dengan mengamalkan adat–adat yang ditentukan.
Pada zaman modern ini, generasi baru dalam masyarakat Cina telah mengubah
persepsi mereka terhadap adat menyambut kelahiran bayi. Persoalannya, adakah mereka
masih mengamalkan adat tersebut? Bagaimanakah adat tersebut semakin diminggir
dalam masyarakat tersebut? Demi mengetahui tentang amalan adat kelahiran bayi dan
faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat ini, saya menjalankan kerja kursus
ini untuk mendapatkan persepsi penduduk di Taman Maju Satu, supaya mengenal pasti
amalan adat kelahiran bayi dalam masyarakat Cina dan mengkaji faktor–faktor yang
mengakibatkan peminggiran adat ini.
Bagi memastikan adat resam tidak hapus atau luput ditelan zaman. Hilang dan tidak
diketahui sebagaimana semakin hilang dan pudarnya budaya masyarakat kita yang
semakin terbuka dan beracuan Barat. Semoga khazanah persuratan dari aspek budaya
masyarakat Cina dan bangsa lain dapat terus dilestarikan sebagai tatapan generasi akan
datang. Hargailah warisan leluhur kita.
5
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Tajuk kajian ini ialah adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Cina di
Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang.
Objektif kajian ini adalah :
i ) Mengenal pasti adat–adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan oleh penduduk
masyarakat Cina di Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang.
ii ) Mengkaji faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat menyambut kelahiran
bayi dalam kalangan penduduk masyarakat Cina di Taman Maju Satu, Sungai Jelok,
Kajang.
6
1.6 LOKASI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di tempat kediaman saya iaitu Taman Maju Satu, Sungai
Jelok, Kajang, Selangor.
Peta 1 : Negeri Selangor.
Sumber : http://www.selangor.gov.my/
7
Negeri Selangor juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan. Ia merupakan salah
satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah
Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara,
Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan danhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Selat_Melaka
Selat Melaka di sebelah barat. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan
bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama
yang lain ialah Petaling Jaya yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri
ini. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar
raya. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan
pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang. Selangor juga
merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan
mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam.
Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan
kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.
Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Ampang,
Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih.
8
Peta 2 : Daerah Hulu Langat
Sumber : http://www.selangor.gov.my/hululangat.php/pages/
Hulu Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri
Selangor Darul Ehsan. Ia merupakan daerah ke-5 terbesar di negeri Selangor. Daerah
ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang. Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna
oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan
keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan
yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir,
selain Wilayah Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat dibahagian selatan
Hulu Langat. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah
Kanun Tanah Negara iaitu Mukim Ampang, Mukim Beranang, Mukim Cheras,
Mukim Ulu Langat, Mukim Ulu Semenyih, Mukim Semenyih dan Mukim Kajang.
9
Peta 3: Bandar Kajang
Sumber : https://maps.google.com
Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam
Daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah
tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan
jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran
Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak
Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa
penempatan Melayu, Cina dan India. Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh
orang-orang melayu. Orang-orang Cina tinggal secara berselerak di sekitar Bandar
Kajang. Manakala kawasan-kawasan ladang getah didiami oleh orang-orang
berketurunan India. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan
dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai
seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-
kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk
penempatan di Mukim Kajang.
10
Foto 1 : Taman Maju Satu, Sungai Jelok
Sumber : Kerja Lapagan 2015
Kajian ini dijalankan di kawasan Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Taman
Maju Satu adalah kawasan perumahan yang pegangan bebas yang terletak di Kajang,
Selangor. Sebagai salah satu kawasan kediaman tertua Kajang, pembangunan kediaman
ini terletak berhampiran kediaman lain di ITS Sungai Jelok sebelah timur seperti Taman
Kajang Baru, Taman Berlian, Taman Megah dan Taman Sungai Jelok. Di barat ITS
adalah Taman Sri Minang, Taman Kantan Permata, Taman Saga Emas, Taman Angkasa
Indah Mulia and Taman Kajang. Sebagai bandar Kajang itu terletak hanya pendek lima
minit pemanduan dari Taman Maju Satu, memudahkan penduduk dihubungkan dengan
kemudahan yang mencukupi seperti Giant dan Tesco pasar raya boleh mencari produk
segar atau barangan runcit. Selain itu, terdapat juga pusat membeli seperti Plaza Metro
11
Kajang. Kemudahan perubatan seperti klinik, pakar seperti Hospital KPJ, Pakar Hospital
Kajang dan Hospital Kajang. Kemudahan lain seperti 99 Speedmart, kedai roti, Ibrahim
Maju restoran, kafe, balai polis, bank-bank, kedai-pejabat boleh dijumpai. Taman Maju
Satu terletak dalam 2 km jarak dari beberapa buah sekolah iaitu Sungai Kantan SA, SJKC
Yu Hua dan SMJK Yu Hua. Jalan Minang adalah salah satu laluan utama untuk
mendapatkan akses ke Taman Maju Satu. Bagi penduduk yang memilih untuk melakukan
perjalanan melalui pengangkutan awam boleh mencari KTM / stesen MRT Kajang pada
kedudukan kira-kira 2.6 km dari Taman Maju Satu. Masa Depan Bandar Saujana Kajang
dan stesen MRT adalah 2.5 km jauhnya.
12
1.7 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi adalah satu set kaedah yang diaplikasikan untuk melaksanakan kajian
yang tertentu. Bagi mencapai objektif kajian yang ditetapkan, kaedah soal selidik, kaedah
temu bual dan kaedah rujukan telah digunakan dalam kajian ini. Dengan mengaplikasikan
kaedah–kaedah tersebut, kajian dilancarkan dengan tersusun dengan maklumat yang
diperolehi selaras dengan matlamat kajian. Kaedah digunakan dengan betul memudahkan
pengumpulan data dan maklumat dengan tepat dan melengkapkan kajian dengan
sempurna.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini telah menggunakan cara meninjau pendapat dan pemahaman daripada
responden. Kajian ini bertujuan mengenal pasti adat–adat menyambut kelahiran bayi
yang diamalkan oleh penduduk masyarakat Cina dan mengkaji faktor–faktor yang
mengakibatkan peminggiran adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan penduduk
masyarakat Cina di Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini untuk mengumpulkan data berkaitan dengan persepsi dan perspektif
responden adalah borang soal selidik.
Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari lokasi kajian Taman
Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Daripada jumlah responden, penduduk yang
melibatkan diri dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan.
Untuk memperoleh data yang lebih tepat, 30 set borang soal selidik diedarkan kepada
responden yang dipilih secara rawak. Kaedah pemerhatian dijalankan di kawasan lokasi
kajian untuk mengetahui adat resam tersebut. Kaedah rujukan juga dilakukan oleh
pengkaji melalui laman web dan buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.
Kaedah soal selidik
Borang soal selidik direka bentuk berdasarkan obkjektif penyelidikan iaitu
mengandungi 25 soalan termasuklah maklumat demografi responden, amalan adat
13
menyambut kelahiran bayi yang diamalkan dan faktor–faktor yang mengakibatkan
peminggiran adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan penduduk masyarakat
Cina. Kajian ini menggunakan skala permarkahan likert lima mata yang mengandungi
lima aras, iaitu 1= Sangat setuju, 2= Setuju, 3= Tidak pasti, 4= Tidak setuju, 5= Sangat
tidak setuju.
Borang soal selidik dikumpul balik selepas diisikan oleh responden untuk tujuan analisis
data. Melalui kaedah ini, data kajian dapat dikumpul mudah kerana setiap set borang
yang diedarkan adalah mengandungi soalan yang sama. Mutu hasil penyelidikan kajian
ini juga dijaminkan.
Kaedah pemerhatian
Seterusnya, kaedah pemerhatian dilaksanakan terhadap penduduk yang mendiami
di kawasan kajian tersebut iaitu di Taman Maju Satu. Tujuan dominan pemerhatian yang
dijalankan adalah untuk megetahui pemahaman dan persepsi responden terhadap amalan
adat menyambut kelahiran bayi dan faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat
menyambut kelahiran bayi dalam kalangan penduduk masyarakat Cina. Galeri gambar
ditunjuk dalam bahagian lampiran dapat membuktikan pengkaji berada di lokasi kajian
semasa kajian dijalankan.
Skala Likert
1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju
2 = Tidak setuju 5 = Sangat setuju
3 = Tidak pasti
14
Kaedah rujukan
Kaedah rujukan juga digunakan oleh pengkaji untuk melancarkan kajian ini. Secara
melayari sesawang yang berkaitan dengan topik kajian ini, bahan–bahan dan maklumat
telah dirujukkan oleh pengkaji untuk pemahaman tentang kajian tersebut dengan lebih
lanjut. Buku rujukan dan Kamus Dewan telah memberikan banyak maklumat sebagai
sokongan hasil kerja dalam menyempurnakan kajian ini.
Data–data yang dikumpul daripada responden melalui kaedah soal selidik perlu
dianalisis supaya mencapai objektif kajian yang ditentukan. Dalam aspek penganalisisan
data, pengiraan manual akan digunakan untuk mendapat hasil kajian tersebut. Hasil
daripada analisis data akan dibentangkan dalam bentuk jadual, graf ataucarta dan huraian
untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan mudah difahami. Metodologi diharap
dapat menjamin kesahan dapatan kajian yang disediakan oleh pengkaji.
15
1.8 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap mengenal pasti amalan adat menyambut kelahiran bayi dan faktor-faktor yang
mengakibatkan peminggiran amalan adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat
Cina di kawasan Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang.
1.8.1 Demografi Responden :
Demografi responden telah dikumpul berdasarkan pada aspek jantina, agama, umur,
bilangan anak dan pendapatan bulanan. Maklumat ini dinyatakan dalam soal selidik
untuk mendapat statistik responden di kawasan kajian tersebut.
AgamaLelaki Perempuan
Bilangan (orang) Peratusan (%) Bilangan
(orang) Peratusan (%)
Buddha 8 80 15 75
Kristian 2 20 5 25
Jumlah 10 100 20 100
Jadual 1.0 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina dan agama di Taman Maju
Satu
16
Buddha Kristian0
2
4
6
8
10
12
14
16
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA DAN AGAMA
Lelaki
Perempuan
Agama
Bilangan Re-sponden (orang)
Rajah 1.0 menunjukkan graf bar kompaun berganda yang memaparkan bilangan
responden mengikut jantina dan agama di Taman Maju Satu
17
Berdasarkan graf bar kompaun berganda dalam Rajah 1.0 di atas, menunjukkan
demografi responden mengikut jantina dan agama di kawasan Taman Maju Satu, Sungai
Jelok, Kajang. Sebanyak 30 orang penduduk yang terdiri daripada orang Cina beragama
buddha dan Kristian telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Responden
daripada kaum lain tidak terlibat dalam soal selidik kajian ini. Berdasarkan graf ini,
respoden yang beragama Buddha didapati merupakan majoriti responden daripada 30
orang responden iaitu 23 orang, terdiri daripada 8 orang lelaki dan 15 orang perempuan.
Peratusan dicatatkan ialah 80.00% dan 75.00% masing-masing. Sementara itu, bilangan
responden yang beragama Kristian adalah terdiri daripada 7 orang. Bagi responden yang
beragama Kristian, 5 orang atau 25.00% adalah perempuan. Bilangan lelaki yang
beragama Kristian adalah lebih rendah berbanding dengan perempuan iaitu 2 orang atau
20.00%. Secara keseluruhannya, terdapat 10 orang responden lelaki dan 20 orang
responden perempuan melibatkan diri dalam kajian ini dengan menjawab borang soal
selidik.
Kumpulan Umur (tahun ) Bilangan (orang) Peratusan (%)
21 – 30 5 16.67
31 – 40 10 33.33
41 – 50 9 30
> 50 6 20
Jumlah 30 100
Jadual 2.0 menunjukkan bilangan responden mengikut kumpulan umur di Taman
Maju Satu
18
21 - 30
31 - 40
41 - 50
> 50
0 2 4 6 8 10 12
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT
KUMPULAN UMUR
Bilangan Responden ( orang )
Kumpulan Umur ( tahun )
Rajah 2.0 menunjukkan graf bar mudah mendatar yang memaparkan bilangan responden
mengikut kumpulan umur di Taman Maju Satu
19
Berdasarkan graf bar mudah mendatar dalam Rajah 2.0 di atas, menunjukkan
demografi responden mengikut kumpulan umur 21 – 30 tahun, 31 – 40 tahun, 41 – 50
tahun, dan > 50 tahun. Di kawasan Taman Maju Satu, lokasi kajian ini terdapat seramai
30 orang penduduk telah disoal selidik. Bagi kumpulan umur 21 – 30 tahun, bilangan
responden sebanyak 5 orang dan mencapai 16.67%. Responden terdiri daripada
kumpulan umur 31 – 40 tahun adalah paling ramai iaitu sebanyak 10 orang atau 33.33%
daripada sejumlahnya. Seterusnya, bilangan responden yang berumur 41 – 50 tahun
adalah 1 orang kurang berbanding dengan kumpulan umur sebelumnya dan juga
mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu berjumlah 30.00%. Terdapat 6 orang responden
yang berumur lebih 50 tahun iaitu 20% daripada responden yang terpilih.
Bilangan anak ( orang ) Bilangan responden ( orang ) Peratusan (%)
Satu 3 10.00
Dua 6 20.00
Tiga 10 33.33
Empat 8 26.67
≥Lima 3 10.00
Jumlah 30 100.00
Jadual 3.0 menunjukkan bilangan responden mengikut bilangan anak di Taman Maju
Satu
20
10%
20%
33%
27%
10%
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RE-
SPONDEN MENGIKUTBILANGAN ANAK
Satu Dua Tiga Empat ≥Lima
Rajah 3.0 menunjukkan carta pai yang memaparkan bilangan responden mengikut
kumpulan umur di Taman Maju Satu
21
Berdasarkan carta pai dalam Rajah 3.0 di atas, menunjukkan demografi responden
mengikut bilangan anak di kawasan Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Terdapat
30 orang responden yang mempunyai anak-beranak telah menjawab soal selidik untuk
kajian ini. Peratusan bilangan anak responden yang dicatatkan paling tinggi adalah tiga
orang anak iaitu 33.33% atau 10 orang responden. 8 orang responden yang mempunyai
empat orang anak juga telah mencapai peratusan yang tinggi iaitu 26.67%. Bagi
responden yang mempunyai dua orang anak adalah 6 orang atau 20 peratus daripada
jumlah responden. Bilangan responden yang hanya mempunyai satu orang anak
mencapai kesamaan dengan responden yang mempunyai ≥ lima orang anak, iaitu 10%
dengan bilangan 3 orang responden sahaja.
Pendapatan Bilangan responden ( orang ) Peratusan (%)
<RM2000 8 26.67
RM 2000 – RM 5000 16 53.33
>RM5000 6 20.00
Jumlah 30 100
Jadual 4.0 menunjukkan bilangan responden mengikut kumpulan pendapatan bagi lelaki
dan perempuan di Taman Maju Satu
22
26.67%
53.33%
20.00%
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT KUMPULAN PENDAPATAN
BULANAN
<RM2000 RM 2000 – RM 5000 >RM5000
Rajah 4.0 menunjukkan carta pai yang memaparkan bilangan responden mengikut
kumpulan pendapatan bulanan di Taman Maju Satu.
23
Berdasarkan carta pai dalam Rajah 1.3 di atas, menunjukkan bilangan responden
mengikut kumpulan pendapatan bulanan bagi 30 orang responden di kawasan Taman
Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Bagi responden dalam kumpulan pendapatan
<RM2000 terdapat 8 orang atau 26.67%. Peratusan 53.33% telah mencapai peratusan
yang paling tinggi iaitu bilangan responden dalam kumpulan pendapatan RM 2000 – RM
5000, sebanyak 16 orang. Terdapat 6 orang responden dalam kumpulan pendapatan
>RM5000, mencatatkan peratusan yang paling rendah iaitu 20.00%.
1.8.2 Amalan adat menyambut kelahiran bayi oleh responden :
24
Analisis data terhadap 30 responden mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi dalam
masyarakat Cina di Taman Maju Satu. Data dikumpul melalui soalan yang disediakan
dalam borang soal selidik iaitu responden diberikan pilihan tertentu dan dikehendaki
memilih jawapan sendiri.
Hasil analisis dibahagi kepada dua bahagian :
Amalan adat menyambut kelahiran bayi Bilangan
responden
( orang )
Peratusan
(%)
( A ) Menghadiahkan anak jed yang baik
melambangkan bertuah. 6 20.00
( B ) Perut bayi yang baru lahir diikat dengan sehelai
kain agar perutnya tidak dimasuki angin. 10 33.33
( C ) “Xi san” memandikan bayi dengan air herba dan
menjemput saudara-mara untuk menyaksikan
keseluruhan proses.
6 20.00
( D ) Mengadakan kenduri untuk bayi semasa “man
yue” (cukup bulan) dan “zhou sui” (cukup
tahun).
22 73.33
( E ) “Zhua zhou” iaitu menangkap benda-benda bagi
meramal masa hadapan anak. 13 43.33
Jadual 5.1 menunjukkan bilangan responden mengikut adat menyambut kelahiran bayi
yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
25
A B C D E0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
80.00%
66.67%
80.00%
26.67%
56.67%
20.00% 33.33% 20.00% 73.33% 43.33%
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT ADAT-ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN
BAYI DALAM MASYARAKAT CINA
YaTidak
Amalan adat menyambut kelahiran bayi
Peratusan responden
Rajah 5.1 menunjukkan graf bar komponen yang memaparkan bilangan responden
mengikut adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan di Taman Maju Satu
26
Merujuk kepada graf bar komponen dalam rajah 5.1 yang memaparkan bilangan
responden mengikut adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan di Taman Maju
Satu, terdapat 22 orang responden mengamalkan (D) adat mengadakan kenduri untuk
bayi semasa “man yue” (cukup bulan) dan “zhou sui” (cukup tahun), iaitu 73.33% yang
mencatatkan peratusan yang tertinggi. Fenomena ini menunjukkan kenduri untuk bayi
semasa cukup bulan dan tahun, lazimnya diadakan oleh penduduk Cina di Taman Maju
Satu. Mereka menganggap amat pentingnya terhadap adat tersebut untuk
memperkenalkan bayi kepada saudara–mara dan rakan–rakan.
Bilangan responden yang mengamalkan (A) adat menghadiahkan anak jed yang
baik melambangkan bertuah dan (C) adat “Xi san” memandikan bayi dengan air herba
dan menjemput saudara–mara untuk menyaksikan keseluruhan proses adalah
mencatakan peratusan yang sama iaitu 20.00% atau 6 orang daripada 30 orang responden.
Bagi adat (B), perut bayi yang baru lahir diikat dengan sehelai kain agar perutnya
tidak dimasuki angin, sebanyak 10 orang responden yang mengamalkannya dan
mencatatkan 33.33 peratus daripada jumlahnya. Hal ini demikian kerana responden
berharap cara ini dapat mengelakan perut bayi dimasuki angin.
Seramai 43.33% atau 13 orang responden mengamalkan (E) adat “Zhua zhou”
iaitu menangkap benda–benda bagi meramal masa hadapan anak. Adat ini diamalkan
kerana responden berpendapat terhadap barang yang anak pilih pada masa itu dapat
menunjukkan kemahiran terhadap sesuatu kerjaya anak pada masa depan.
27
Amalan adat menyambut kelahiran bayi Bilangan
responden
(orang)
Peratusan
(%)
( F ) Memberikan kuih khas berbentuk bulat berwarna
merah atau kuning yang berintikan kacang serta
telur yang diwarnakan merah kepada saudara-mara. 25 83.33
( G ) Menjahit bantal dengan menggunakan kepisan
kain yang diminta daripada saudara-mara ataupun
jiran-jiran untuk anak.
5 16.67
( H ) Mencukur rambut bayi dan membungkus rambut
bayi dengan kain merah supaya dapat anak
membesar dengan sihat.
20 66.67
( I ) Memberi nama yang bermakna baik penting bagi
orang Cina mengikut unsur dan bermula dengan
nama keluarga.
30 100.00
( J ) Mengekalkan nama keluarga walaupun memakai
nama Inggeris pada pangkal nama (bagi orang cina
yang beragama Kristian).
7 23.33
Jadual 5.2 menunjukkan bilangan responden mengikut adat menyambut kelahiran bayi
yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
28
F G H I J0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
16.67%
83.33%
33.33%
76.67%
83.33% 16.67% 66.67% 100.00% 23.33%
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT ADAT-ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN
BAYI DALAM MASYARAKAT CINA
Tidak YaAmalan adat menyambut kelahiran bayi
Peratusan responden
Rajah 5.2 menunjukkan bilangan responden mengikut adat menyambut kelahiran bayi
yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
29
Merujuk kepada graf bar komponen dalam rajah 5.2 yang memaparkan bilangan
responden mengikut adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan di Taman Maju
Satu, adat (I) memberi nama yang bermakna baik penting bagi orang Cina mengikut
unsur dan bermula dengan nama keluarga merupakan adat yang dilaksanakan oleh semua
responden iaitu mencapai bilangan responden seramai 100% . Masyarakat Cina amat
mengambil kira terhadap nama diri sendiri. Mereka akan memberi nama mengikut unsur
“Yin and Yang” atau “Feng shui” yang bermakna baik. Mereka akan bertunjuk ajar
kepada tukang titik untuk menukarkan nama kalau mereka tidak memuas hati terhadap
nama sendiri. Hal ini demikian kerana, mereka amat percaya kepada nasib yang
ditentukan.
Terdapat 25 orang responden mengamalkan (F) adat memberi kuih khas bulat
berwarna merah atau kuning yang berintikan kacang serta telur yang diwarna merah
kepada saudara–mara, iaitu 83.33% daripada jumlahnya. Kuih khas bulat berwarna merah
atau kuning yang berintikan kacang serta telur yang diwarna merah akan diedarkan
kepada saudara–mara untuk memberi tahu saudara–mara tentang kelahiran bayi yang
berita baik.
Adat mencukur rambut juga diamalkan oleh masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
Seramai 20 orang atau 66.67% responden telah mengamalkan adat (H). Mereka
mempercayai anak dapat membesar dengan sihat melalui cara membungkuskan rambut
bayi dengan kain merah. Adat (G) menjahit bantal dengan menggunakan kepisan kain
yang diminta daripada saudara–mara ataupun jiran–jiran untuk anak merupakan adat
yang menunjukkan peratusan responden yang paling rendah iaitu 16.67% , hanya 5 orang
responden yang mengamalkanya. Hal ini demikian kerana kaedah jahitan tidak
dimahirkan oleh majoriti responden.
Bagi adat (J), semua orang Cina yang beragama Kristian telah mengekalkan nama
keluarga walaupun memakai nama Inggeris pada pangkal nama, iaitu mencatatkan
sejumlahnya 7 orang responden Cina beragama Kristian dan mencapai 23.33% daripada
keseluruhannya.
30
1.8.3 Faktor-faktor yang mengakibatkan peminggiran adat ini :
Menurut statistik yang didapati, amalan adat menyambut kelahiran bayi dalam
masyarakat Cina di Taman Maju Satu agak rendah pada hari ini. Fenomena ini berlaku
kerana kemunculan beberapa faktor yang mengakibatkan peminggiran adat ini dalam
kalangan masyarakat Cina. Sebanyak 10 faktor telah disenaraikan dalam borang soal
selidik supaya dapat mengkaji faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat ini
melalui data yang diperolehi. 30 orang responden telah menjawab soal selidik dengan
menggunakan skala likert, iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti, 4 =
setuju dan 5= sangat setuju.
Hasil analisis dibahagi kepada dua bahagian :
Faktor–faktor yang
mengakibatkan
peminggiran adat
Sangat tidak
setuju
[ 1 ]
Tidak
setuju
[ 2 ]
Tidak
pasti
[ 3 ]
Setuju
[ 4 ]
Sangat
setuju
[ 5 ]
F % F % F % F % F %
( A ) Kekurangan
terdedah kepada
pengetahuan
terhadap adat
tersebut.
3 10.00 3 10.00 6 20.00 8 26.67 10 33.33
( B ) Adat tersebut
melibatkan proses
yang rumit dan
sukar.
4 13.33 5 16.67 5 16.67 7 23.33 9 30.00
( C ) Adat tersebut tidak 5 16.67 4 13.33 5 16.67 9 30.00 7 23.33
31
diamalkan secara
turun-temurun
dalam keluarga.
( D ) Kurang kepakaran
tentang cara
melaksanakan.
5 16.67 4 13.33 5 16.67 7 23.33 8 26.67
( E ) Kesibukan dalam
kehidupan sehingga
terlupa.
7 23.33 10 33.33 2 6.67 5 16.67 6 20.00
Jadual 6.1 menunjukkan bilangan responden terhadap faktor–faktor yang mengakibatkan
peminggiran adat dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
32
A B C D E0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
10.00%13.33%
16.67% 16.67%
23.33%10.00%
16.67% 13.33% 13.33%
33.33%
20.00%
16.67% 16.67% 16.67%
6.67%26.67%
23.33%
30.00%23.33%
16.67%
33.33% 30.00% 23.33% 26.67% 20.00%
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN
PEMINGGIRAN ADAT
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pastiSetuju Sangat setuju
Faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat
Peratusan responden
Rajah 6.1 menunjukkan bilangan responden terhadap faktor–faktor yang mengakibatkan
peminggiran adat dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
33
Merujuk kepada graf bar komponen dalam rajah 6.1 yang memaparkan bilangan
responden terhadap faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat dalam
kalanganmasyarakat Cina di Taman Maju Satu. Berdasarkan jadual 6.1, seramai 10 orang
responden iaitu 33.33% sangat setuju bahawa faktor (A) , kekurangan terdedah kepada
pengetahuan terhadap adat tersebut. Bilangan setuju mencatat sebanyak 8 orang
responden atau 26.67%. Bagi responden yang memilih tidak pasti mencatatkan 20.00%
atau 6 orang responden. Terdapat 3 orang atau 10.00% responden berpendapat tidak
setuju dan sangat tidak setuju masing–masing. Faktor ini menunjukkan kekurangan
responden terdedah kepada pengetahuan terhadap adat yang berkaitan. Hal ini demikian
kerana orang Cina yang beragama Kristian semakin kurang mengamalkan adat yang
ditentukan.
Bagi faktor (B) adat tersebut melibatkan proses yang rumit dan sukar, terdapat 9
orang responden memilih sangat stuju iaitu mencatatkan 30.00%. 7 orang atau 23.33%
responden yang memilih setuju terhadap faktor tersebut. Bilangan responden yang
memilih tidak pasti dan tidak setuju adalah mencatatkan peratusan yang sama iaitu
16.67% dengan sebanyak 5 orang. Bilangan responden yang memilih sangat tidak setuju
menunjukkan peratusan yang paling rendah iaitu 13.33% dengan hanya 4 orang daripada
jumlahnya.
Faktor (C) yang menyatakan adat tersebut tidak diamalkan secara turun–temurun
dalam keluarga merupakan punca yang mempengaruhi generasi muda dalam keluarga
semakin melupakan adat menyambut kelahiran bayi. Seramai 7 orang atau 23.33%
responden sangat setuju bahawa penyataan ini. 30.00% responden juga memilih setuju
dengan sebanyak 9 orang responden. Terdapat 4 orang responden yang memilih tidak
setuju iaitu 13.33%. Bilangan responden yang memilih sangat tidak setuju sama dengan
responden yang memilih tidak pasti. Bilangan tersebut mencatakan 5 orang responden
dan mencatakan peratusan 16.67%.
Faktor (D) menyatakan bahawa kurang kepakaran tentang cara melaksanakan adat
tersebut. 26.67% orang responden memilih sangat setuju terhadap faktor tersebut dengan
sebanyak 8 orang responden. 7 orang responden yang berpendapat setuju dan mencapai
23.33%. Walaubagaimanapun , terdapat 4 orang atau 13.33% tidak setuju tentang faktor
34
tersebut. Bagi pemilihan skala tidak pasti dan sangat tidak setuju memaparkan bilangan
responden yang sama iaitu 5 orang atau 16.67% responden.
Faktor (E) tentang kesibukan dalam kehidupan sehingga terlupa bahawa adat
tersebut merupakan salah satu faktor menyebabkan peminggiran adat ini. Faktor ini
disetujui oleh sejumlah 11 orang responden iaitu 6 orang memilih sangat setuju
bersamaan 20.00% dan 5 orang memilih setuju bersamaan 16.67%. Peratusan dianalisis
yang paling rendah adalah 6.67% responden yang memilih tidak pasti dengan hanya 2
orang responden. Majoriti responden berpendapat tidak bersokong terhadap faktor ini
dengan jumlah 17 orang responden dan melebihi separuh bilangan responden yang
mencatatkan 56.66%. Terdapat 10 orang yang memilih tidak setuju bersamaan 33.33%
dan 7 orang responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 23.33%. Hal ini demikian
kerana kebanyakan responden bersusah payah dalam kerjayaan tersebut. Tetapi ini tidak
harus menjadi alasan untuk mengabaikan amalan adat tersebut, kerana generasi yang
lebih tua seperti dalam kumpulan umur 41 – 50 dan > 50 amat mementingkan terhadap
adat menyambut kelahiran bayi dan menganggap kelahiran bayi dalam keluarga tersebut
merupakan satu perkara yang bangga dan signifikan.
35
Faktor–faktor yang
mengakibatkan
peminggiran adat
Sangat tidak
setuju
[ 1 ]
Tidak
setuju
[ 2 ]
Tidak
pasti
[ 3 ]
Setuju
[ 4 ]
Sangat
setuju
[ 5 ]
F % F % F % F % F %
( F ) Membazir masa
untuk
mengamalkannya.15 50.00 10 33.33 5 16.67 0 0 0 0
( G ) Kos yang lumayan
atau tidak mampu
menanggung kos. 6 20.00 13 43.33 3 10.00 4 13.33 4 13.33
( H ) Adat tersebut
mengarut tidak
dibukti dengan sains. 18 60.00 8 26.67 3 10.00 1 3.33 0 0
( I ) Tidak bermakna
kepada bayi dan
keluarganya. 20 66.67 9 30.00 1 3.33 0 0 0 0
( J ) Cara hidup
dipengaruhi oleh
budaya Barat.
6 20.00 5 16.67 0 0 6 20.00 13 43.33
Jadual 6.2 menunjukkan bilangan responden terhadap faktor–faktor yang mengakibatkan
peminggiran adat dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
36
F G H I J 0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
50.00%
20.00%
60.00%
66.67%
20.00%
33.33%
43.33%
26.67%
30.00%
16.67%
16.67%
10.00%
10.00%3.33%
13.33%
3.33%
20.00%
13.33% 43.33%
TAMAN MAJU SATU : BILANGAN RESPONDEN TER-HADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN
PEMINGGIRAN ADAT
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti SetujuSangat setuju
Faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat
Peratusan responden
Rajah 6.1 menunjukkan bilangan responden terhadap faktor–faktor yang mengakibatkan
peminggiran adat dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu.
37
Merujuk kepada graf bar komponen dalam rajah 6.2 yang memaparkan bilangan
responden terhadap faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran adat dalam kalangan
masyarakat Cina di Taman Maju Satu. Berdasarkan jadual 6.2, kebanyakan responden
tidak menyokong terhadap faktor tersebut. Seramai 10 orang responden iaitu 50.00%
yang mencapai peratusan yang paling tinggi memilih sangat tidak setuju bahawa faktor
(F), iaitu membazir masa untuk mengamalkan adat tersebut. Bilangan responden yang
memilih tidak setuju mencatat sebanyak 10 orang responden atau 33.33% juga merekod
peratusan yang tinggi. Bagi responden yang memilih tidak pasti mencatatkan 16.67%
dengan hanya 5 orang responden. Tiada responden yang berpendapat setuju bahawa
faktor ini. Faktor ini menunjukkan responden amat mementingkan adat menyambut
kelahiran bayi.
Bagi faktor (G) menyatakan bahawa kos yang lumayan atau tidak mampu
menanggung kos, terdapat 13 orang responden yang tidak setuju mencatatkan peratusan
yang paling tinggi iaitu 43.33%. Bilangan responden yang memilih sangat tidak setuju
adalah mencatatkan 6 orang atau 20.00% responden yang memilih setuju terhadap faktor
tersebut. Hanya 3 orang responden yang memilih tidak pasti dan merekodkan 10.00%.
Bilangan responden yang memilih sangat setuju dan setuju adalah sama yang
menunjukkan peratusan yang paling rendah iaitu 13.33% dengan hanya 4 orang daripada
jumlahnya.
Faktor (H) menyatakan bahawa adat tersebut mengarut tidak dibukti dengan sains.
Terdapat 26 orang membantah tentang penyataan tersebut iaitu telah mencapai 86.67%.
18 orang responden memilih sangat tidak setuju terhadap faktor tersebut bersamaan
60.00% dan sebanyak 8 orang responden tidak setuju bersamaan 26.67%. 3 orang
responden yang yang tidak pasti telah mencapai 10.00%. Hanya seorang responden yang
setuju bahawa adat tersebut mengarut dan tidak dibukti dengan sains.
Faktor (I) menyatakan tentang adat tersebut tidak bermakna kepada bayi dan
keluarganya. Majoriti responden berpendapat tidak setuju terhadap faktor ini dengan
jumlah 29 orang responden dan hampir sermua responden yang mencatatkan 96.67%.
Terdapat 20 orang yang memilih sangat tidak setuju bersamaan 66.67% dan 9 orang
responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 30.00%. Hanya seorang responden
38
yang tidak pasti tentang faktor ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan responden
berpendapat adat menyambut kelahiran bayi amat bermakna terhadap anak mereka.
Bagi faktor (J) menyatakan bahawa cara hidup dipengaruhi oleh budaya Barat
merupakan salah satu faktor menyebabkan peminggiran adat ini. Faktor ini disetujui oleh
sejumlah 19 orang responden iaitu 6 orang memilih setuju bersamaan 20.00% dan 13
orang memilih sangat setuju bersamaan 43.33%. Peratusan dianalisis yang paling rendah
adalah 16.67% responden yang memilih tidak setuju dengan hanya 5 orang responden.
Bilangan responden yang sangat tidak setuju mencapai peratusan yang sama dengan
responden yang memilih setuju iaitu 20.00% dengan sebanyak 6 orang responden. Hal ini
demikian kerana semakin banyak cara hidup dalam masyarakat Cina telah dipengaruhi
oleh budaya Barat. Ada juga responden yang tidak lagi mengamalkan adat resam oleh
masyarakat Cina.
39
1.8.4 Permehatian:
Pengkaji telah mengunakan kaedah pemerhatian untuk mengenal pasti adat–adat
menyambut kelahiran bayi dan mengkaji faktor–faktor yang mengakibatkan peminggiran
adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan penduduk masyarakat Cina di Taman
Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang. Pemerhatian dijalankan di rumah jiran pengkaji yang
mempunyai seorang bayi yang baru cukup bulan dan seorang bayi yang berumur sudah
cukup setahun pada hari 26 JANUARI 2015, dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Gambar 1 menunjukkan benda – benda yang disediakan untuk menjalankan aktiviti “Zhua
zhou” bagi anak yang sudah berumur setahun.
40
Gambar 2 menunjukkan telur yang diwarna merah disediakan untuk mengedarkan kepada
saudara – mara.
Gambar 3 menunjukkan kuih khas berbentuk bulat yang berintikan kacang yang
disediakan untuk mengedarkan kepada saudara – mara.
41
1.9 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui amalan adat
menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Maju Satu, Sungai
Jelok, Kajang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti adat–adat menyambut
kelahiran bayi oleh masyarakat Cina dan mengkaji faktor–faktor yang mengakibatkan
peminggiran adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat penduduk Cina
di Taman Maju Satu, Sungai Jelok. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini telah
dilaksanakan dengan kerjasama seramai 30 orang penduduk yang tinggal di kawasan
lokasi kajian ini sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik.
Melalui beberapa kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini, data–
data yang diperoleh dianalisiskan dan juga hasil–hasil kajian dapat dibentangkan.
Kaedah–kaedah yang dipilih merupakan kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan
kaedah rujukan. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, seramai 30 orang responden
telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian. Hasil analisis menunjukkan
bahawa sebanyak 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan telah diluangkan masa untuk
menjawab satu set soal selidik yang disediakan oleh pengkaji dan kebanyakan orang
responden yang beragama Buddha daripada kalangan umur 41 – 50 tahun.
Sementara itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian dengan memerhati
di kawasan tempat kajian untuk mendapatkan pandangan berkenaan objektif kajian
tersebut. Kaedah rujukan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
terhadap tajuk kajian iaitu adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat
Cina dengan melalui cara melayari sesawang dan buku–buku rujukan yang terlibat.
Setelah data–data dikumpul daripada responden, pengiraan manual akan diguna dalam
aspek penganalisisan data.
42
Hasil daripada dapatan kajian yang dilancarkan, didapati 5 orang yang mengamalkan
semua adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Cina di tempat kajian
Taman Maju Satu. Adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan oleh semua responden
adalah adat memberi nama yang bermakna baik penting bagi orang Cina mengikut unsur
dan bermula dengan nama keluarga. Adat menyambut kelahiran bayi yang paling rendah
diamalkan oleh responden adalah menjahit bantal dengan menggunakan kepisan kain yang
diminta daripada saudara-mara ataupun jiran-jiran untuk anak. Terhadap faktor dominan
yang meminggirkan adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Cina
merupakan cara hidup dipengaruhi oleh budaya Barat.
Daripada dapatan kajian ini, nyatalah bahawa amalan adat menyambut kelahiran
bayi dalam kalangan masyarakat Cina di tempat kajian Taman Maju Satu masih rendah,
diharapkan generasi baru dalam kalangan masyarakat Cina dapat mengamalkannya pada
masa yang akan datang.
43
1.10 RUJUKAN
1. Karya penulis
Hapidin Saat dan Norha Yahya, 2015. Nota & Latihan STPM Pengajian Am (Penggal
Cetakan Pertama. Petaling Jaya. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
2. Kamus dan Ensiklopedia
Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Internet
i ) http://maps.google.com.my/
ii ) http://en.wikipedia.org/wiki/
iii ) http://www.selangor.gov.my/
iv ) http://www.propwall.my/kajang/taman_maju_satu/
44
1.11 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) STPM Penggal 2/2015
Bahagian A : Maklumat Responden
Sila tandakan penyataan tersebut pada ruang yang disediakan.
1. Jantina :
Lelaki Perempuan
3. Agama :
Buddha Kristian
2. Umur :
21 - 30 Tahun 31 – 40 Tahun
Makluman kepada responden :
Bagi memenuhi keperluan Pernilaian Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap mata pelajaran
Pengajian Am 900/4, soal selidik ini diggunakan untuk mengkaji amalan adat menyambut
kelahiran bayi dalam masyarakat Cina di Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang, Selangor.
Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan digunakan bagi kepentingan kajian
sahaja.
45
41 – 50 Tahun > 50 Tahun
4. Bilangan anak :
Satu Tiga ≥ Lima
Dua Empat
5. Pendapatan bulanan:
< RM 2000 RM 2000 – RM 5000 >RM5000
Bahagian B : Amalan adat menyambut kelahiran bayi
Penyataan di bawah berkaitan dengan amalan adat menyambut kelahiran bayi dalam
kalangan masyarakat Cina.
Adakah anda melaksanakan adat…
No. Amalan adat menyambut kelahiran bayi Ya Tidak
1. Menghadiahkan anak jed yang baik melambangkan bertuah.
2. Perut bayi yang baru lahir diikat dengan sehelai kain agar
perutnya tidak dimasuki angin.
3. “Xi san” memandikan bayi dengan air herba dan menjemput
saudara-mara untuk menyaksikan keseluruhan proses.
4. Mengadakan kenduri untuk bayi semasa “man yue” (cukup
bulan) dan “zhou sui” (cukup tahun).
5. “Zhua zhou” iaitu menangkap benda-benda bagi meramal masa
hadapan anak.
46
6. Memberikan kuih khas berbentuk bulat berwarna merah atau
kuning yang berintikan kacang serta telur yang diwarnakan
merah kepada saudara-mara.
7. Menjahit bantal dengan menggunakan kepisan kain yang diminta
daripada saudara-mara ataupun jiran-jiran untuk anak.
8. Mencukur rambut bayi dan membungkus rambut bayi dengan
kain merah supaya dapat anak membesar dengan sihat.
9. Memberi nama yang bermakna baik penting bagi orang Cina
mengikut unsur dan bermula dengan nama keluarga.
10. Mengekalkan nama keluarga walaupun memakai nama Inggeris
pada pangkal nama (bagi orang cina yang beragama Kristian).
Bahagian C : Faktor-faktor yang mengakibatkan peminggiran adat ini
Anda tidak mengamalkan adat ini kerana…
No. Faktor-faktor 1 2 3 4 5
1. Kekurangan terdedah kepada pengetahuan
terhadap adat tersebut.
2. Adat tersebut melibatkan proses yang rumit dan
sukar.
3. Adat tersebut tidak diamalkan secara turun-
temurun dalam keluarga.
4. Kurang kepakaran tentang cara melaksanakan.
5. Kesibukan dalam kehidupan sehingga terlupa.
6. Membazir masa untuk mengamalkannya.
7. Kos yang lumayan atau tidak mampu
47
menanggung kos.
8. Adat tersebut mengarut tidak dibukti dengan
sains.
9. Tidak bermakna kepada bayi dan keluarganya.
10. Cara hidup dipengaruhi oleh budaya Barat.
PETUNJUK
Skala
1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju
2 = Tidak setuju 5 = Sangat setuju
3 = Tidak pasti
48
GALERI
Gambar 1.0 menunjukkan kawasan lokasi kajian ini, Taman Maju Satu, Sungai Jelok, Kajang.
Gambar 2.0 menunjukkan Jalan Maju Satu 1 di kawasan Taman Maju Satu.
49
Gambar 3.0 menunjukkan Jalan Maju Satu 2 di kawasan Taman Maju Satu.
Gambar 4.0 menunjukkan Jalan Maju Satu 3 di kawasan Taman Maju Satu.
50