Upload
chaya-indah
View
178
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ASAS GRAFIK DALAM EDU 3053
Citation preview
Disediakan oleh :
NURUL FADHILAH BINTI SALLEH
PISMP 4.02
5
PENGENALAN
PRINSIP-PRINSIP
CIRI-CIRI JENIS-JENIS
SUMBANGAN
KESAN DALAM PdP
ASAS GRAFIK
PENGENALAN
ASAS GRAFIK
Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai
media utama dalam penyaluran sesuatu
mesej.
Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan
atau persembahan reka bentuk komunikasi
visual sama ada dalam bentuk bercetak,
persembahan elektronik
mahupun digital.
APA ITU GRAFIK ?
bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan
gambar.
gambaran dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya
dalam proses penyampaian maklumat.
Berasal perkataan Greek “graphikos” bererti
lukisan.
PRINSIP – PRINSIP ASAS
GRAFIK
KESATUAN
KESEIMBANGAN
KONTRA
HARMONI
KESATUAN
Kesatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
KESEIMBANGAN
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
- Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
- Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.
PENEGASAN• Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat
minat dan pusat perhatian.• Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea
tersebut
KONTRA Prinsip kontra mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka
perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih.
Idea utama di sebalik kontra adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.
Kontra ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontra antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk dengan warna hangat.
HARMONI• Menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.• Tujuan : memudahkan kejelasan visual.• Harmoni dari segi ton warna dan tulisan.
PERGERAKAN Boleh dilihat melalui pola atau corak berkaitan dengan soal
susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual.
Antaranya : Pola mengikut bentuk geometri Pola mengikut huruf (C, T, Z)
CIRI-CIRI GRAFIK YANG BAIK
Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat:
membawa makna yang tersurat dan tersirat
meringkaskan maklumat
menyampaikan maklumat dengan tepat
Mempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.
JENIS-JENIS GRAFIK
Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.
FOTOGRAF (GAMBAR FOTO)
Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar.
Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi.
Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latar belakang bagi teks dan grafik.
LUKISAN Merujuk kepada imej yang kurang
realistik berbanding dengan fotograf.
Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar.
Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.
KARTUN Sejenis lukisan yang berada di
dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang
berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya.
Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja.
Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna.
Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang membantu serta membimbing pengguna di sepanjang perjalanan sesebuah aplikasi.
DIAGRAM Diagram merujuk kepada sejenis
lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal.
Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.
GRAF/CARTA
Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numeric.
Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.
SUMBANGAN GRAFIK
DALAM KEHIDUPAN
a. Lebih menarik – dapat merangsang minatdan perhatian terhadap sesuatu aspek
b. Mesej dapat disampaikan dengan lebihcepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.
c. Membantu meningkatkan daya ingatan –teks dan gambar boleh membantu mengingatdengan lebih baik berbanding dengan tekssahaja.
d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusundan mengikut urutan yang telah ditetapkan olehpenyampai.
e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalambentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graftidak memerlukan maklumat lisan yang banyakuntuk memberi kefahaman kepada pelajar.
f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif daninovatif.
KESAN PENGGUNAAN
GRAFIK DALAM PdP
Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur
Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (pelajar)
Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visualseperti tutur atau perkataan