26
X PENGENALAN Terdapat dua kemahiran asas dalam pemikiran seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.1. T T o o p p i i k k 6 6 X Pemikiran Kritikal dan Kreatif HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan pemikiran kritikal, kreatif dan lateral; 2. Menjelaskan ciri-ciri pemikiran kritikal dan kreatif; 3. Memberikan contoh-contoh pemikiran kritikal dan kreatif; 4. Memperihalkan halangan-halangan dalam pemikiran kritikal; 5. Mengenal pasti aplikasi pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah; 6. Memperihalkan enam teknik pemikiran lateral; dan 7. Memperihalkan persilangan otak kanan dan kiri.

20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

PENGENALAN

Terdapat dua kemahiran asas dalam pemikiran seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

TTooppiikk

66

Pemikiran Kritikal dan Kreatif

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan pemikiran kritikal, kreatif dan lateral;

2. Menjelaskan ciri-ciri pemikiran kritikal dan kreatif;

3. Memberikan contoh-contoh pemikiran kritikal dan kreatif;

4. Memperihalkan halangan-halangan dalam pemikiran kritikal;

5. Mengenal pasti aplikasi pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah;

6. Memperihalkan enam teknik pemikiran lateral; dan

7. Memperihalkan persilangan otak kanan dan kiri.

Page 2: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

122

Rajah 6.1: Dua kemahiran asas pemikiran

Kemahiran pertama menekankan kebolehan analitikal: bagaimana untuk meneliti hujah, bagaimana membanding, mengkategori dan menyusun, dan bagaimana menggunakan penakulan deduktif dan induktif untuk mencapai kesimpulan. Kemahiran pemikiran ini dipanggil pemikiran kritikal. Kemahiran kedua memfokus kepada penerokaan idea, menjana kemungkinan-kemungkinan baru, melihat fleksibiliti dalam jawapan dan membangunkan pendapat yang membawa kepada penghuraian. Kemahiran pemikiran ini dipanggil pemikiran kreatif. Kedua-dua kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif adalah penting untuk menyelesaikan masalah dan memperoleh pengetahuan. Dalam topik ini, kita akan meneroka kedua-dua kemahiran berfikir, meneliti ciri-cirinya dan melihat bagaimana ia diaplikasi dalam penyelesaian masalah dalam dunia sebenar.

Page 3: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 123

PEMIKIRAN KRITIKAL

Apabila perkataan „kritikal‰ digunakan, ia selalunya mempunyai konotasi negatif. „Kritikal‰ sering dimaksudkan dengan „kecenderungan untuk mencari dan membawa perhatian terhadap kesilapan dan kecacatan,‰ seperti apabila seseorang itu „kritikal‰ terhadap apa yang kita lakukan atau katakan. Walau bagaimanapun, kritikal juga bermaksud „melibatkan atau menggunakan penilaian atau pemerhatian kemahiran.‰ Berdasarkan maksud inilah perkataan „kritikal‰ dalam „pemikiran kritikal‰ digunakan. Jadi, apabila kita menyebut „pemikiran kritikal,‰ kita maksudkan berfikir secara jelas dan intelektual. Pemikiran kritikal merangkumi pelbagai kemahiran kognitif dan ciri-ciri intelektual yang diperlukan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menilai dengan berkesan hujah atau kebenaran sesuatu dakwaan. Untuk berfikir secara kritikal bermaksud membongkar dan mengatasi prejudis dan bias peribadi, menyediakan alasan-alasan meyakinkan untuk menyokong kesimpulan dan membuat keputusan rasional dan bijak mengenai apa yang hendak dipercayai dan apa yang hendak dibuat. Dengan kata lain, pemikiran kritikal boleh didefinisi sebagai „pemikiran berdisiplin yang dikawal oleh piawai intelek yang jelas. Piawai intelek yang paling penting yang telah dikenal pasti adalah kejelasan, ketelitian, ketepatan, relevan, ketekalan, kebenaran logik, kesempurnaan dan keadilan (Bassham, 2000, ms. 7). Kita akan melihat secara ringkas setiap satu piawai intelek ini untuk memahaminya dengan lebih baik.

6.1

Dalam Topik 5, kita mempelajari mengenai fungsi-fungsi hemisfera kanan dan kiri otak manusia. Berdasarkan pemerihalan ringkas mengenai pemikiran kritikal dan kreatif dalam Pengenalan di atas, bagaimana anda fikir kedua-dua kemahiran pemikiran berpadanan dengan model kefungsian „otak kanan, otak kiri‰?

AKTIVITI 6.1

Page 4: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

124

6.1.1 Lapan Ciri Pemikiran Kritikal

Sekarang, mari kita lihat lapan ciri pemikiran kritikal. (a) Kejelasan

Langkah pertama yang terlibat sebelum menilai sesuatu hujah atau dakwaan seseorang adalah untuk memahami dengan jelas apa yang mereka katakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini boleh jadi mencabar kerana individu sering gagal meluahkan percakapan mereka dengan jelas dan lancar. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk malas, cuai atau kurang kemahiran asertif. Terdapat juga beberapa contoh yang disebabkan oleh usaha salah untuk nampak bijak, pintar atau penting. Jadi, dengan memberi perhatian terhadap bahasa, kita boleh menyelamatkan diri daripada salah komunikasi dan kekecewaan yang tidak sepatutnya berlaku. Wittgenstein (2001) pernah berkata, „Semua perkara yang boleh dikatakan boleh dikatakan dengan jelas.‰ („Everything that can be said can be said clearly‰).

Selain daripada mencari kejelasan dalam bahasa, pemikiran kritikal juga melihat kepada kejelasan maksimum pemikiran. Seperti mana penulis motivasi sentiasa mengingatkan kita untuk mencapai matlamat peribadi dalam hidup, kita memerlukan matlamat dan keutamaan yang jelas dibentuk, pegangan realistik mengenai kebolehan dan pemahaman jelas mengenai masalah dan peluang yang dihadapi. Namun demikian, pemahaman kendiri sebegitu hanya boleh dicapai jika kita menghargai dan mengamalkan kejelasan pemikiran. Charles Larmore (The National Post, 29 Julai 2000) pernah menyuarakan bahawa „kejelasan bukan setakat perhiasan intelek; ia adalah inti pati kemuliaan intelek.‰ („clarity is not mere embellishment of the intellect; it is the very heart of intellectual virtue‰).

(b) Ketelitian

Beberapa contoh terbaik pemikiran kritikal boleh dilihat dalam cerita-cerita detektif seperti Sherlock Holmes, iaitu penciptaan abadi oleh penulis British Sir Arthur Conan Doyle. Elemen penting cerita-cerita ini adalah: melalui pemerhatian yang teliti, Holmes mampu mencari petunjuk yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Ini diikuti dengan proses inferensi logik, di mana beliau dapat menggunakan petunjuk-petunjuk yang ada untuk menyelesaikan misteri.

Ketelitian diperlukan dalam pelbagai bidang khusus seperti perubatan, matematik, seni bina dan kejuruteraan. Pemikir-pemikir kritikal sedar tentang kepentingan pemikiran yang teliti dalam kehidupan seharian

Page 5: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 125

untuk mengkaji kekeliruan dan ketidaktentuan yang mengelilingi banyak masalah dan isu. Adalah wajib memperoleh jawapan-jawapan teliti bagi soalan-soalan yang teliti. Menurut Peirce (dlm. Bassham et al., 2011), „Idea-idea berharga hanya boleh diperoleh melalui perhatian yang teliti.‰ („Really valuable ideas can only be had at the price of close attention‰).

(c) Ketepatan

Slogan yang terkenal mengenai sistem input-output menyatakan, „Sampah masuk, sampah keluar.‰ Otak manusia bekerja atas konsep yang sama. Seorang individu boleh dikatakan sangat bijak tetapi jika beliau membuat keputusan berdasarkan maklumat palsu, kemungkinan keputusan tersebut merupakan keputusan yang tidak baik. Pemikir-pemikir kritikal bukan sahaja menghargai kebenaran tetapi juga mempunyai obsesi terhadap maklumat yang tepat dan bersesuaian. Mereka mencuba bersungguh-sungguh membuat keputusan berdasarkan perkara yang tersedia maklum.

Memetik kata-kata Socrates (dlm. Bassham et al., 2011): „Hidup yang tidak diteliti tidak berbaloi jika individu berhenti belajar, berkembang dan bertanya‰ („An unexamined life is not worth living if an individual stops learning, growing and inquiring‰).

(d) Relevan

Pada masa kita mendapati diri dalam sesuatu situasi di mana persekitaran dan manusia adalah membosankan, kita mula menghargai kepentingan menumpukan perhatian terhadap idea dan maklumat yang relevan. Ramai pendebat telah berjaya menggunakan teknik membangkitkan isu-isu tidak penting untuk mengalihkan perhatian pendengar dan pihak lawan. Abraham Lincoln sewaktu beliau seorang peguam, pernah menggunakan jenaka dan cerita untuk mengambil hati juri dan peguam lawan sering mengadu kepada hakim bahawa cerita-cerita Lincoln adalah tidak relevan dan mengalih perhatian juri.

Seperti Plato (dlm. Bassham et al., 2011) pernah berkata, „Tiada perbincangan yang remeh dan tidak relevan akan dibenarkan; apa yang

Dalam pengukuran saintifik, perbezaan antara „ketelitian‰ dan „ketepatan‰ adalah jelas. Bagaimana anda membezakan antara dua konsep ini dari segi pemikiran kritikal?

SEMAK KENDIRI 6.1

Page 6: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

126

diperkatakan mestilah jitu‰. Ini jelas menunjukkan bahawa relevan adalah sebenarnya faktor penting dalam pemikiran kritikal.

(e) Ketekalan

Logik memberitahu kita bahawa jika seseorang memegang kepercayaan-kepercayaan yang tidak tekal, maka sekurang-kurangnya satu daripada kepercayaan tersebut mestilah tidak benar. Pemikir-pemikir kritikal menghargai kebenaran, jadi mereka sentiasa mencari ketidaktekalan, dalam kedua-dua keadaan iaitu pemikiran mereka sendiri dan dalam hujah dan dakwaan orang lain. Ketidaktekalan logik, yang melibatkan percakapan atau mempercayai perkara-perkara yang tidak konsisten adalah jenis ketidaktekalan pertama yang perlu kita elakkan. Jenis kedua ialah ketidaktekalan praktikal, yang melibatkan mengatakan satu perkara tetapi melakukan perkara lain. Kebanyakan masa individu sedar bahawa apabila kata-kata bertentangan dengan tindakan, mereka dilabelkan sebagai hipokrit. Namun demikian, contoh-contoh sebegitu tidaklah begitu menarik daripada pandangan pemikiran kritikal. Lebih menarik adalah situasi-situasi di mana individu tidak menyedari bahawa kata-kata mereka bertentangan dengan perbuatan mereka. Apa yang penting dalam situasi-situasi sebegitu adalah manusia sentiasa mempamerkan kebolehan luar biasa terhadap penipuan diri. Seperti perumpamaan Morpheus yang berbunyi, „Terdapat perbezaan antara mengetahui jalan dan melalui jalan tersebut‰ („There is a difference between knowing the path and walking the path‰) (dlm. Bassham et al., 2011).

Pemikiran kritikal membantu kita daripada terperangkap dalam ketidaktekalan logik dan praktikal. Ketidaktekalan praktikal mungkin tidak disedari tetapi ia terhasil melalui tindakan kita dan pemikiran kritikal membantu kita menyedarinya. Bagi ketidaktekalan logik, Socrates telah menyedari bahawa ketidaktekalan logik yang tidak disedari adalah lebih kerap berlaku daripada yang selalu disangka. Dengan pemikiran kritikal, ini boleh dikenal pasti dan dielakkan.

(f) Kebenaran Logik

Untuk berfikir secara logik adalah untuk menakul secara tepat; dengan kata lain, ia bermaksud untuk membuat rumusan berasas daripada kepercayaan-kepercayaan yang kita pegang. Untuk berfikir secara kritikal, kita bukan sahaja memerlukan kepercayaan-kepercayaan tepat dan berasas tetapi kita juga perlu tahu menggunakannya untuk mencapai kesimpulan logik. Talmud mengatakan, „Kecerdasan bermaksud seseorang yang boleh

Page 7: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 127

mengenal pasti implikasi dan mencapai kesimpulan‰ (dlm. Bassham et al., 2011).

(g) Kelengkapan

Kebanyakan masa, kita memilih pemikiran cetek dan dangkal daripada pemikiran mendalam dan lengkap. Kita sering terlibat dalam perbincangan dangkal: mengutuk penyiasatan jenayah yang kurang teliti, perbincangan juri yang terburu-buru, arahan memandu yang tidak jelas dan diagnosis perubatan yang tidak tepat. Pemikiran adalah lebih baik apabila ia adalah mendalam daripada cetek, dan menyeluruh daripada dangkal. Hsun Tzu (dlm. Bassham et al., 2011) pernah mengatakan, „Hanya apabila ada kesempurnaan dan ketuntasan adanya kesarjanaan‰

(h) Keadilan

Ciri terakhir pemikiran kritikal adalah keadilan yang merangkumi fikiran terbuka, tidak berat sebelah dan bebas daripada bias dan tanggapan awal. Walau bagaimanapun, ini agak sukar dicapai. Menurut H. G. Wells, „Ia bukanlah satu pemikiran yang baik tentang sesuatu kecuali anda memikirkannya dengan mendalam‰ (dlm. Bassham et al., 2011).

Kaji dua contoh berikut mengenai situasi yang mennggunakan pemikiran kritikal: (a) Pemikiran Kritikal di dalam Kelas

Apabila pelajar-pelajar mendaftar di kolej, mereka terkejut bila mendapati profesor-profesor kurang berminat dengan bagaimana mereka mendapat kepercayaan-kepercayaan berbanding dengan sama ada kepercayaan-kepercayaan itu mampu bertahan dengan penelitian kritikal. Secara umumnya, fokusnya adalah terhadap pemikiran tahap tinggi, penilaian aktif, penilaian bijak mengenai idea-idea dan maklumat. Jadi, pemikiran kritikal memainkan peranan penting dalam kurikulum kolej.

Dalam kursus pemikiran kritikal, antara kemahiran yang dipelajari oleh pelajar-pelajar yang boleh meningkatkan kebolehan-kebolehan mereka dalam kelas adalah:

(i) Memahami hujah-hujah dan kepercayaan orang lain;

(ii) Menilai hujah-hujah dan kepercayaan secara kritikal; dan

(iii) Membangun dan mempertahankan hujah-hujah dan kepercayaan mereka yang mempunyai sokongan kuat.

John J. Mearsheimer pernah berkata, „Kita tidak mahu anda hanya menerima kebijaksanaan konvensional mengenai subjek tertentu.

Page 8: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

128

Sesungguhnya, naluri pertama anda adalah sepatutnya untuk mempersoalkannya‰ (dlm. Bassham et al., 2011).

(b) Pemikiran Kritikal di Tempat Kerja

Sekarang ini, majikan bukan sahaja mencari pekerja-pekerja yang mahir dengan kelayakan akademik yang tinggi tetapi juga individu-individu dengan kemampuan baik untuk berfikir dan berkomunikasi secara berkesan di tempat kerja. Mereka mencari individu yang boleh belajar dengan pantas, boleh menyelesaikan masalah, berfikir secara kreatif, mengumpul dan menganalisis maklumat, menghasilkan kesimpulan bersesuaian dengan data dan menyampaikan idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan. Seperti yang dikatakan oleh Pusat Pemikiran Kritikal (Foundation for Critical Thinking), „Tiada yang lebih praktikal daripada pemikiran yang baik‰

6.1.2 Permainan Klasifikasi dalam Pengajaran Pemikiran Kritikal

Adalah dipercayai bahawa klasifikasi memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran logik dan konsep-konsep abstrak daripada kanak-kanak awal hingga dewasa. Gerhard (1975) menyatakan bahawa kemahiran klasifikasi adalah penting terhadap perkembangan perbendaharaan-konsep, dan seterusnya, terhadap pembacaan dan penyimpanan maklumat. Menurut Furth dan Wachs (1974), semua tugas klasifikasi memerlukan pengenal pastian fitur dan pengasingan kepada kategori-kategori mengikut peraturan-peraturan tertentu. Terdapat beberapa bahan komersil dengan analogi lisan, penyelesaian masalah bergambar dan simbolik, teka-teki logik dan permainan fitur. Walau bagaimanapun, aplikasi pelbagai objek persekitaran mesti dipatuhi. Gabungan aktiviti-aktiviti klasifikasi kepada kawasan kandungan juga adalah penting untuk menentukan kegunaan mereka. Sekarang ini, aplikasinya kepada matematik dan sains, khususnya pendekatan penerokaan dalam sains, adalah jelas. Menurut teori skema, maklumat yang perlu disimpan mesti dikumpulkan dengan sesuatu yang sudah tersedia ada dalam ingatan (Tonjes & Zintz, 1987). Teknik-teknik melibatkan percambahan minda yang membantu dalam memahami proses dicadangkan untuk membantu pelajar-pelajar mengingat kembali pengetahuan lama mengenai tajuk tertentu untuk dibaca, dan kemudian mengkategori dan menyimpan maklumat baru ini dalam ingatan mereka.

Page 9: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 129

Devine (1986) menyatakan bahawa adalah perlu untuk menyusun semula skema pelajar-pelajar bila pengalaman lepas yang terhad kepada perspektif berbeza menghalang pemahaman konsep baru. Beliau menggunakan contoh pelajar-pelajar yang berhadapan masalah memahami hubungan antara konsep kelas sosial dan sistem kasta. Dalam latihan hubungan-perkataan, pelajar-pelajar diminta membuat senarai mengenai semua yang mereka tahu tentang setiap istilah secara berasingan. Kemudian, mereka diminta untuk mencari persamaan, contohnya, semasa mengkategori fakta dan peristiwa, mengenal pasti ciri-ciri yang sama antara kedua-duanya dan melabelkannya, seterusnya membangunkan konsep atau skema baru.

6.1.3 Halangan kepada Pemikiran Kritikal

Walaupun pemikiran kritikal adalah penting, ramai individu yang berpendidikan tinggi dan bijak mendapatinya sesuatu yang mencabar untuk diamalkan. Berikut adalah beberapa halangan biasa kepada pemikiran kritikal:

• Kurang maklumat latar belakang yang relevan

• Kemahiran membaca yang lemah

• Bias

• Prejudis

• Kepercayaan karut

• Pemikiran berpusat kendiri

• Pemikiran berpusat

• Tekanan rakan sebaya

• Keakuran

• Pegangan kedaerahan

• Pemikiran sempit

• Pemikiran tertutup

• Ketidakpercayaan terhadap penakulan

• Pemikiran kerelatifan

• Stereotaip

• Andaian tak berasas

• Menyalahkan orang lain

Page 10: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

130

• Rasionalisasi

• Penafian

• Pemikiran angan-angan

• Pemikiran jangka pendek

• Persepsi berpilih

• Ingatan berpilih

• Dikuasai emosi

• Penipuan diri

• Menyelamatkan maruah

• Takut kepada perubahan

6.1.4 Kepentingan Pemikiran Kritikal

Pertamanya, pemikiran kritikal mengelak kita daripada melakukan keputusan peribadi yang kurang bijak dengan mengajar kita untuk berfikir mengenai keputusan hidup yang penting dengan lebih berhati-hati, jelas dan logik. Keduanya, ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan proses demokratik. Albert Einstein (www.leadershipnow.com/probsolvingquotes.htm) pernah berkata bahawa, „masalah-masalah penting yang kita hadapi tidak boleh diselesaikan pada tahap pemikiran di mana kita berada sewaktu kita menciptanya‰. Ketiganya, pemikiran kritikal dipercayai membawa kekayaan peribadi dalam hidup kita. Pemikiran kritikal boleh membebaskan manusia daripada andaian-andaian yang tidak diteliti dan bias mengenai cara kita dibesarkan dan masyarakat. Howard Kahane (dlm. Bassham et al., 2011) pernah berkata bahawa, „warganegara yang berfikir untuk diri mereka sendiri, daripada menelan segala apa yang pemimpin-pemimpin katakan kepada mereka, adalah ramuan yang perlu ada untuk masyarakat menjadi bebas dalam erti kata yang sebenar‰.

Huraikan mana-mana lima halangan seperti yang disenaraikan di atas.

SEMAK KENDIRI 6.2

Page 11: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 131

PEMIKIRAN KREATIF

Didapati bahawa sebelum pertengahan tahun 1950-an, tidak banyak perhatian telah diberikan kepada kreativiti. Seorang penyelidik yang mengkaji lebih daripada 121,000 senarai artikel dalam jurnal Psychological Abstracts sejak 23 tahun kebelakangan ini mendapati hanya 186 artikel, yang diterjemahkan kepada kurang dua-persepuluh daripada 1% keseluruhan, yang mempunyai isi mengenai kreativiti. Dari tempoh itu dan seterusnya, perhatian terhadap kreativiti meningkat dengan hebatnya dan banyak buku telah ditulis mengenai subjek ini. Penyelidik-penyelidik telah mengkaji secara menyeluruh kehidupan individu-individu kreatif, meneroka proses kreatif dan menguji prestasi kreatif dalam pelbagai situasi yang dapat difikirkan dan pada setiap tahap umur. Usaha-usaha mereka membantu memperbaiki pemahaman kita mengenai kreativiti dan menyelesaikan banyak salah faham yang selama ini tidak dicabar. Menggantikan tanggapan-tanggapan salah tersebut dengan fakta adalah langkah penting dalam mengembangkan potensi kreatif seseorang. Fakta-fakta berikut adalah antara yang paling penting:

(a) „Melakukan perkara secara sendiri‰ bukan semestinya tanda kreativiti

(b) Kreativiti tidak memerlukan bakat intelektual khas atau IQ tinggi

(c) Penggunaan ubat-ubatan menghalang kreativiti

(d) Kreativiti mencerminkan kesihatan mental Pemikiran kreatif boleh didefinisikan sebagai „berada dalam keadaan minda yang optimum yang boleh menjana idea-idea baru‰ (www.brainstorming.co.uk). Dalam kata lain, pemikiran kreatif adalah pemikiran yang bertujuan meningkatkan peluang pemikiran-pemikiran baru terhasil. Beberapa penulis percaya bahawa pemikiran kreatif adalah berfikir di luar kotak yang mana seseorang menghasilkan idea-idea asli, berlainan dan rumit (Rajah 6.2). „Berfikir di luar kotak adalah sukar untuk sesetengah orang. Teruskan mencuba.‰

6.2

Dalam kumpulan tiga atau empat orang, definisikan ciri-ciri pemikiran kritikal berikut: kejujuran intelek, keterbukaan minda, keadilan minda, keberanian intelek dan ketabahan intelek.

AKTIVITI 6.2

Page 12: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

132

Rajah 6.2: Pemikiran kreatif melibatkan berfikir di luar kotak yang mungkin boleh jadi

sukar sesetengah masa

6.2.1 Lima Ciri Pemikiran Kreatif

Sekarang, mari kita baca lebih lanjut mengenai lima ciri pemikiran kreatif. (a) Dinamisme

Pada asasnya, dinamisme bermaksud idea perubahan perubahan sebagai respons kepada, dan mungkin terkehadapan dari keadaan atau maklumat. Ia bermaksud interaksi aktif, berbanding dengan penerimaan pasif. Minda pemikir kritikal tidak pernah dibiarkan untuk menjadi pasif, tidak bertanya dan menerima. Sebaliknya, bagi pemikir kreatif semangat ingin tahu selalunya terbakar, atau sekurang-kurangnya dinyalakan semula dari semasa ke semasa. Sikap suka bermain dikatakan satu elemen penting dalam dinamik ini. Individu kreatif boleh dianggap sebagai kanak-kanak kecil yang suka menyusun semula blok mainan mereka dalam kombinasi yang pelbagai, dan melihatnya dari perspektif berbeza. Isaac Newton (dlm. Ruggiero, 2009, ms.6) pernah menulis, „Saya tidak tahu apakah tanggapan dunia terhadap saya; tetapi kepada diri sendiri, saya seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki bermain di tepi pantai, dan sekali sekala menemui....batu kerikil yang lebih licin atau kerang yang lebih cantik daripada yang biasa padahal saya masih belum menemui segala

Page 13: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 133

lautan kebenaran luas yang terbentang di hadapan saya‰ („I do not know what I may appear to the world; but to myself, I seem to have been only like a boy playing at the seashore, and diverting myself in now and then finding...a smoother pebble or a prettier shell than ordinary whilst the great ocean of truth lay all undiscovered before me‰).

Einstein (dlm. Ruggiero, 2009, ms.6) membuat spekulasi satu langkah lagi: beliau nampak sikap suka bermain sebagai „ciri penting dalam pemikiran produktif.‰ Satu daripada sumbangan paling penting sikap suka bermain dalam kalangan individu kreatif adalah ia memberikan individu-individu ini dengan koleksi idea yang lebih kaya dan pelbagai berbanding individu biasa.

(b) Keberanian

Berfikir adalah satu pengembaraan bagi orang-orang kreatif. Ini kerana mereka bebas daripada idea dan tanggapan awal dan pandangan-pandangan prejudis. Tambahan pula, individu-individu kreatif kurang cenderung untuk menerima pandangan sedia ada, mempunyai perspektif yang lebih luas dan kurang berkemungkinan untuk bersetuju dengan orang lain di sekeliling mereka. Orang-orang kreatif boleh menghasilkan idea-idea berani. Mereka sanggup mencuba idea-idea yang tidak diterima oleh orang lain dan bereksperimen dengan kebarangkalian yang tidak disukai oleh orang lain. Ciri ini dikongsi oleh Galileo, Columbus, Edison dan adik beradik Wright. Individu-individu ini bersedia untuk menerima idea kreatif baru berbanding orang-orang lain yang sezaman dengan mereka. Keberanian adalah satu kemuliaan kerana ia menjadikan individu-individu yang memiliki ciri ini kurang terdedah untuk menyelamatkan maruah berbanding orang lain. Individu-individu yang berani menerima pengalaman-pengalaman buruk, menggunakan sifat ingin tahu dan belajar daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Jadi, mereka kurang berkemungkinan untuk mengulang kegagalan yang sama berbanding orang lain.

(c) Panjang Akal (Banyak Sumber)

Panjang akal boleh didefinisi sebagai kebolehan untuk bertindak secara berkesan dan mengkonseptualkan pendekatan yang menyelesaikan masalah. Di samping itu, bersikap panjang akal juga bermaksud mampu menyelesaikan masalah yang membingungkan orang lain bila sumber yang ada tidak mencukupi. Walaupun kebolehan ini tidak diukur oleh ujian IQ, ia adalah satu aspek yang paling penting untuk kecerdasan praktikal. Contoh terbaik bagi

Page 14: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

134

menjelaskan ciri ini ialah satu penerbitan oleh Scientific American lebih daripada 50 tahun dahulu. Dalam artikel ini, seorang banduan dalam penjara daerah barat melepaskan diri tetapi ditangkap semula selepas beberapa minggu. Pegawai-pegawai penjara menyoal siasat beliau selama beberapa hari dan berulang kali bertanya tentang di mana beliau mendapatkan gergaji untuk memotong palang besi. Akhirnya, beliau menjawab bahawa beliau mengumpulkan cebisan daripada pintalan dalam kedai mesin, memasukkannya di dalam gam dan kemudian di dalam jejalur kayu, dan menyeludupnya masuk ke dalam sel penjaranya. Setiap malam selama tiga bulan, beliau telah menggergaji palang besi sebanyak 1 inci. Pegawai-pegawai penjara berpuas hati dengan penjelasan beliau, mengunci beliau dan merasa yakin bahawa banduan tersebut tidak akan mengunjungi kedai mesin itu lagi.

Walau bagaimanapun, selepas tiga setengah tahun dalam penjara, banduan tersebut melarikan diri sekali lagi di waktu malam. Pegawai-pegawai penjara menemui palang besi dipotong dengan cara yang sama seperti kali pertama beliau melepaskan diri. Namun, beliau tidak dapat ditangkap semula, dan cara bagaimana beliau melepaskan diri masih menjadi tanda tanya. Sebenarnya, beliau telah berbohong menggunakan bahan daripada kedai mesin pada kali pertama. Beliau lebih panjang akal daripada itu. Beliau telah menggunakan tali kapas daripada stokin beliau, membasahkannya dengan air liur, dan menggosoknya dalam debu di sel penjara beliau.

(d) Ketekunan

William Gordon (dlm. Ruggiero, 2009, ms.7) pernah berkata, „Semua masalah dibentangkan kepada minda sebagai ancaman kegagalan‰. Hanya individu-individu yang tidak takut dengan kemungkinan kegagalan dan mempunyai keinginan tidak berbelah bahagi untuk berjaya tidak kira apa usaha yang diperlukan, mempunyai peluang untuk berjaya. Individu-individu kreatif bersedia untuk memberikan komitmen yang diperlukan. Thomas Edison (dlm. Ruggiero, 2009, ms. 7) mempunyai komitmen dalam mindanya bila beliau berkata, „Orang genius adalah 99 peratus usaha dan 1 peratus inspirasi‰. Seorang lagi personaliti hebat, George Bernard Shaw (dlm. Ruggiero, 2009, ms. 7) pernah berkata, „Sewaktu saya muda, saya perhatikan bahawa sembilan daripada sepuluh perkara yang saya buat gagal. Saya tidak mahu menjadi seorang yang gagal, jadi saya usaha lebih sepuluh kali lagi‰.

Page 15: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 135

Satu ciri penting yang ada dalam orang-orang kreatif adalah kebolehan untuk menjadi terlalu asyik dengan sesuatu masalah dan memberikan sepenuh perhatian terhadap masalah tersebut. Di samping itu, oleh kerana sifat daya saing orang-orang kreatif, mereka memberikan perhatian lebih terhadap idea-idea mereka berbanding orang lain. Satu contoh yang baik ialah Lester Pfister, yang menghasilkan idea pembiakan daripada batang pokok dan bekerja dengan tangan, musim demi musim. Selepas lima tahun, beliau hanya mempunyai empat batang sahaja tinggal dan beliau sangat miskin. Orang-orang yang kurang keazaman mungkin akan berputus asa dengan kekecewaan dan kehampaan dalam situasi begitu tetapi Pfister tidak bersedia untuk menerima kegagalan. Beliau tabah dan akhirnya diberi ganjaran dengan sejenis baka yang lebih baik.

(e) Berdikari

Setiap kali kita memikirkan idea baru, kita mengasingkan diri daripada orang lain. Pengluahan idea sudah cukup untuk meningkatkan pengasingan ini sebanyak sepuluh kali ganda. Bagi kebanyakan orang, terutama mereka yang memperoleh kuasa daripada berkomunikasi dengan orang lain dan yang bergantung kepada orang lain untuk menjaga identiti mereka, pengasingan begini agak menakutkan. Individu-individu ini tidak berasa selesa meluahkan idea-idea baru kerana mereka bimbang ditolak oleh masyarakat. Individu-individu kreatif adalah berbeza. Walaupun menerima persahabatan dan sokongan daripada orang lain, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain itu. Mereka mencari kekuatan dari dalam diri sendiri dan dengan demikian, lebih yakin, lebih berdikari dan kurang takut tampil pelik atau luar biasa dalam khalayak ramai (Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Individu-individu kreatif dikatakan lebih berdikari

Sumber: http://www.h2euro.org/latest-news/eu-policy-news/fch-ju-independent-as-of-november-15th-2010

Page 16: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

136

Memahami dan mengetahui lima ciri ini boleh membantu anda membina kebolehan-kebolehan kreatif jika anda bersedia meletakkan usaha untuk mengembangkannya. Walau bagaimanapun, jika anda sudah memilikinya, ia akan membantu anda memperbaiki dan memperkasakannya. Ini suatu tugas yang sukar tapi tidak mustahil seperti ungkapan „Tabiat lama sukar hilang‰ („Old habits die hard‰). Namun begitu, hanya sedikit kemajuan pun boleh membawa perubahan dalam kualiti pemikiran anda.

6.2.2 Mengaplikasi Kreativiti kepada Masalah dan Isu

Dua aplikasi ekstensif kreativiti secara khusus yang menarik terhadap kebanyakan individu adalah menyelesaikan masalah dan isu-isu kontroversi. Kedua-duanya merujuk kepada situasi tidak menyenangkan yang mencabar kecerdasan kita, atau situasi yang tidak mempunyai penyelesaian sesuai. Situasi-situasi sedemikian seringkali memecah belahkan orang ramai kepada dua kumpulan berlawanan, satu dengan tanggapan bahawa ia adalah benar dan pihak lawan adalah salah. Metode paling penting untuk mengaplikasi kreativiti kepada masalah dan isu adalah:

• Mengambil pendekatan inovatif dan baru;

• Mencipta atau mengubah suatu proses atau sistem;

• Menghasilkan produk atau servis baru;

• Mencari kegunaan-kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada;

• Menambahbaik perkara-perkara sedia ada; dan

• Menemui atau mendefinisi semula konsep

Senaraikan lima ciri penting individu kreatif dan jelaskan setiap satunya dalam ayat anda sendiri.

SEMAK KENDIRI 6.3

Page 17: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 137

Sekarang, mari kita baca mengenai setiap metode bersama dengan contoh untuk benar-benar memahaminya. (a) Mengambil Pendekatan Inovatif dan Baru

Inspektor-inspektor Humane Society yang menjumpai dua ekor anjing di dalam kereta tertutup dalam panas terik 92ÀC telah menggunakan pendekatan baru untuk menghukum pemilik-pemilik anjing berkenaan. Mereka menawarkan pemilik-pemilik tersebut alternatif atas dakwaan kekejaman terhadap binatang: mereka sendiri menghabiskan masa satu jam di dalam kereta tertutup dalam suhu yang sama sepertimana dialami anjing-anjing itu sementara anjing-anjing menghabiskan masa satu jam di dalam bangunan Humane Society yang berhawa dingin [„Couple Learns Golden Rule...,‰ Oneonta Star, 29 Ogos 1981]. Satu lagi contoh yang baik untuk pengambilan pendekatan inovatif adalah kisah D. B. Kaplan, yang diberi tugas menghasilkan cara baru menulis menu untuk restoran. Beliau mengambil cabaran ini dan item-item yang dihasilkan dalam menu termasuk Tongue Fu, the Italian Scallion, Chive Turkey, Ike and Tina Tuna, Dr. Pepperoni, the Breadless Horseman, Annette Spinachello, dan Quiche and Tell. Bahan-bahannya juga adalah sama kreatif seperti nama-namanya.

(b) Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem

Sistem perpuluhan Dewey dan sistem Perpustakaan Kongres adalah dua teknik yang dicipta untuk mengklasifikasi buku-buku. Contoh-contoh lain adalah prosedur yang dicipta pada satu atau dua dekad lepas untuk menyiasat kesihatan fetus. Prosedur seperti amniosintesis dan persampelan chorionic villus melibatkan pengambilan cecair amniotik, sementara pengimejan ultrabunyi melibatkan lantunan gelombang bunyi dari fetus untuk membentuk imej. Cap jari DNA adalah satu lagi contoh kreativiti. Teknik ini berasaskan fakta bahawa setiap individu yang pernah hidup mempunyai pembawaan genetik unik. Sehelai rambut atau setitik air kencing, air liur atau semen yang ditemui di tempat kejadian jenayah boleh dibandingkan dengan sampel DNA suspek dan menjadi faktor penting dalam mencari identiti individu yang bersalah atau penjenayah.

(c) Menghasilkan Produk atau Servis Baru

Dalam tahun 1845, seorang lelaki memerlukan wang untuk membayar hutang beliau. Beliau berfikir mengenai apa yang boleh dicipta untuk

Page 18: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

138

membayar hutang tersebut. Tiga jam kemudian, beliau menghasilkan pin keselamatan, satu idea yang beliau jual dengan harga $400.

Contoh lain adalah Graffiti Gobbler, satu sebatian kimia yang boleh menghilangkan dakwat atau cat daripada kayu, batu atau besi, dan Moto-Stand, trak bermotor dengan tiga tayar dan berlapik yang telah dicipta oleh seorang lelaki yang lumpuh dari dada ke bawah. Kenderaan ini membolehkan beliau untuk bergerak di sekitar rumahnya dalam posisi berdiri [Crippled Inventor is Standing Proud, Oneonta Star, 30 November 1981].

(d) Mencari Kegunaan Baru untuk Perkara-perkara Sedia Ada

Sumber pertanian telah lama diguna untuk tujuan-tujuan luar biasa. Sebagai contoh, lin kapas telah digunakan untuk menghasilkan bahan letupan sementara tembakau yang dihancurkan digunakan untuk membuat racun serangga.

Ahli-ahli sains menemui cara-cara baru untuk menggunakan tanaman pertanian terbesar di Amerika iaitu jagung. Sebagai contoh, jagung telah digunakan untuk membuat bahan de-icing, pelekat, botol pakai buang dan beg sampah [„New Inventions from the Cornfield,‰ New York Times, 10 January 1988].

(e) Menambahbaik Perkara-perkara Sedia Ada

Beberapa contoh baik mengenai perkara-perkara sedia ada yang telah ditambahbaik adalah perkembangan terbaru dalam telefon, seperti menyekat dan mengesan panggilan, panggilan keutamaan, panggilan kembali, ulangan panggilan dan ID pemanggil. Setiap satu ciri ini dicipta sebagai respons kepada keperluan khusus yang tidak dipenuhi oleh alat sedia ada.

(f) Menemui atau Mendefinisi Semula Konsep

Kebanyakan kita mempunyai tanggapan bahawa banyak konsep yang membantu kita berfikir dan menangani realiti adalah kekal selama-lamanya. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya benar. Sama seperti produk dan servis dicipta, begitu juga dengan konsep-konsep. Konsep cukai dan hukuman penjenayah, sebagai contoh, mungkin sudah lama, tetapi ia adalah baru pada satu ketika dahulu.

Page 19: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 139

PEMIKIRAN LATERAL

Edward de Bono (www.generations.gs/TQ11/Creativity /sites/vs.htm) (tokoh terkenal dalam bidang pemikiran kreatif) mendefinisikan pemikiran lateral sebagai „penerokaan pelbagai kebarangkalian dan pendekatan dan bukannya mengejar satu pendekatan.‰ Selain daripada mengajar anda berfikir dalam cara kreatif, pemikiran lateral mempunyai kebolehan mengubah masalah-masalah kepada peluang, mencari penyelesaian alternatif dan meningkatkan secara signifikan bilangan idea asli dan praktikal dengan menggunakan teknik-teknik pemikiran luar biasa yang selalunya bukan dalam kebolehan pemikiran biasa kita. Pemikiran lateral selalunya digunakan oleh individu-individu yang diberikan tanggung jawab menghasilkan strategi-strategi baru dalam sektor penyelidikan dan pembangunan. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang sedang mencari inovasi, penjanaan idea, pembangunan konsep, penyelesaian masalah kreatif atau strategi untuk mencabar situasi sedia ada boleh mendapat manfaat dari pemikiran lateral. Umumnya, dalam dunia moden, individu-individu yang berhadapan dengan trend yang cepat berubah, persaingan sengit dan mereka yang perlu menghasilkan keputusan-keputusan luar biasa boleh mendapat faedah daripada pemikiran lateral.

6.3

1. „Semakin banyak pendidikan formal yang dimiliki oleh seseorang, semakin dia boleh menganalisis, tetapi semakin kurang dia boleh membuat improvisasi.‰

Bincangkan kenyataan ini dalam konteks pemikiran kritikal dan kreatif.

2. Menjadi kreatif bukan sahaja bermaksud memiliki ciri-ciri

tertentu tetapi juga bertingkah laku secara kreatif; mendekati cabaran yang dihadapi dengan imaginasi dan keaslian. Ia bermaksud mempamerkan kemahiran dalam mengaplikasi proses kreatif. Lakukan pencarian Internet untuk menentukan tahap-tahap yang terlibat dalam proses kreatif. Huraikan setiap tahap.

AKTIVITI 6.3

Page 20: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

140

Jadual 6.1 merumuskan enam teknik pemikiran lateral yang berbeza.

Jadual 6.1: Enam teknik pemikiran lateral

Teknik Penerangan

1. Alternatif/Penghasilan Konsep

Menggunakan konsep-konsep untuk menghasilkan idea-idea baru.

2. Fokus Menukar atau menumpukan fokus untuk memperbaiki usaha kreatif.

3. Cabaran Berfikir di luar cara operasi biasa yang diterima.

4. Kemasukan rawak Menggunakan input tidak berkaitan untuk meluaskan ruang pemikiran.

5. Pengumpulan hasil Memilih idea-idea yang paling sesuai dan membentuknya kepada pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan.

6. Rawatan idea Mengembangkan idea-idea untuk memasukkannya dalam situasi-situasi atau organisasi-organisasi tertentu.

Pemikiran lateral mungkin berguna bila diaplikasi dalam beberapa keadaan berikut:

(a) Mencabar situasi sedia ada dengan cara positif untuk memberi ruang kepada idea-idea baru.

(b) Mencari dan membina konsep di sebalik idea untuk menjana lebih banyak idea.

(c) Menyelesaikan masalah-masalah dengan cara-cara yang tidak difikirkan sebelumnya.

(d) Menggunakan alternatif untuk menghasilkan dan memanfaatkan tenaga kreatif sesuatu organisasi.

(e) Mengubah masalah kepada peluang.

(f) Memilih idea alternatif yang optimum dan meletakkannya dalam tindakan.

Page 21: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 141

PERSILANGAN OTAK KANAN DAN KIRI

Secara umum, seseorang individu menggunakan kedua-dua belah bahagian otak apabila membuat keputusan. Ini kerana apabila menggunakan sebelah bahagian otak sahaja, anda menafikan kepada diri anda peluang untuk menggunakan kesemua kuasa penuh otak dalam proses pembuatan keputusan. Persilangan otak kanan dan kiri menghasilkan keputusan rasional dan logik yang memberikan anda kepuasan. Hemisfera kanan otak adalah bertanggung jawab terhadap pemikiran intuitif, subjektif dan holistik. Maka, seorang individu yang hanya menggunakan otak sebelah kanan mungkin berakhir dengan membuat keputusan yang kurang penakulan logik dan objektif. Sebaliknya, otak sebelah kiri adalah bertanggungjawab terhadap penakulan logik, analitik, rasional dan objektif. Jadi, pengguna otak kiri yang bekerja dengan fakta-fakta, data dan logik tanpa komponen perasaan dalam membuat keputusan biasanya gagal menyedari kepentingan menggunakan emosi mereka. Individu-individu ini percaya bahawa fakta-fakta, data dan logik bukan sahaja lebih baik daripada emosi apabila membuat sesuatu keputusan tertentu tetapi juga selalu menghasilkan keputusan-keputusan yang lebih baik. Perasaan adalah komponen penting kewujudan manusia. Adalah penting untuk mengambil kira perasaan-perasaan sewaktu proses pembuatan keputusan untuk memastikan anda berpuas hati dengan keputusan akhir yang anda telah lakukan.

6.4

1. Soalan-soalan berikut dibentuk untuk menguji kebolehan anda menggunakan pemikiran lateral.

(a) Apa yang anda boleh pegang dengan tangan kanan anda, tetapi bukan dengan tangan kiri?

(b) Seorang lelaki dan anaknya terlibat dalam kemalangan kereta. Bapanya terbunuh dan anaknya dibawa ke hospital dengan kecederaan serius. Doktor yang merawatnya berkata dengan nada terkejut: „Tetapi, ini anak saya!‰. Bagaimana ini boleh berlaku?

(c) Namakan tiga hari berturut-turut dalam bahasa Inggeris tanpa menggunakan perkataan Tuesday, Thursday atau Saturday.

2. Jelaskan enam teknik pemikiran lateral.

SEMAK KENDIRI 6.4

Page 22: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

142

Alan Bean [Rajah 6.4(a)] dan Florence Nightingale [Rajah 6.4(b)] adalah antara individu yang memperoleh banyak pencapaian dalam kehidupan mereka dengan persilangan kuat otak kanan dan kiri. Alan Bean merupakan juruterbang ujian tentera, dan merupakan lelaki keempat yang menjejakkan kaki di bulan. Pekerjaan beliau memerlukan otak kiri yang kuat untuk menggunakan penakulan logik, analitik, rasional dan objektif. Selepas perletakan jawatan beliau dari NASA, Alan Bean menjadi pelukis sepenuh masa yang melukis pengembaraan Apollo yang berwawasan dan bersejarah; satu tugas yang memerlukan otak kanan yang kuat untuk menggunakan pemikiran intuitif, subjektif dan holistik. Florence Nightingale, seorang jururawat mempamerkan penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Beliau membuktikan kepentingan keadaan kebersihan dalam merawat pesakit-pesakit yang cedera. Beliau menggunakan otak sebelah kiri untuk ini manakala kualiti penyayangnya menunjukkan penggunaan otak sebelah kanan.

Rajah 6.4: Alan Bean (a) dan Florence Nightingale (b), kedua-duanya mempamerkan ciri-

ciri persilangan otak kanan dan kiri yang kuat Sumber: http://www.talentbookingusa.com/speakers/alan-bean.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Florence_Nightingale

1. “Pilihan mengenai otak sebelah mana yang mengawal situasi mana adalah apa yang membentuk personaliti dan menentukan karakter kita.” Bincangkan kenyataan ini.

2. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan kita sekarang meletakkan kepentingan tinggi terhadap otak sebelah kanan atau kiri? Cadangkan cara-cara dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki keadaan ini.

SEMAK KENDIRI 6.5

Page 23: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 143

Pemikiran kritikal adalah istilah umum yang diberikan kepada pelbagai

kemahiran kognitif dan karakter intelektual yang diperlukan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menilai hujah-hujah dan dakwaan-dakwaan kebenaran secara berkesan; untuk membongkar dan mengatasi prejudis dan bias peribadi; untuk membentuk dan mempersembahkan alasan-alasan meyakinkan dalam menyokong kesimpulan; dan untuk menghasilkan keputusan-keputusan munasabah dan bijak mengenai apa yang hendak dipercayai dan dilakukan. Ia merupakan pemikiran berdisiplin yang dikawal oleh penanda aras intelektual yang jelas telah terbukti nilainya melalui sejarah manusia.

Ciri-ciri penting pemikiran kritikal adalah: kejelasan, ketelitian, ketepatan, relevan, ketekalan, kebenaran logik, kelengkapan dan keadilan.

• Pemikiran kreatif penting dalam dunia persaingan hari ini. Orang-orang kreatif berkongsi beberapa ciri penting, antaranya ialah dinamik, keberanian, panjang akal, ketekunan dan berdikari.

• Cara-cara paling penting untuk mengaplikasi kreativiti kepada masalah dan isu adalah mengambil pendekatan inovatif dan baru; mencipta atau mengubah suatu proses atau sistem; menghasilkan produk atau servis baru; mencari kegunaan-kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada; menambahbaik perkara-perkara sedia ada; dan menemui atau mendefinisi semula konsep.

• Pemikiran lateral menggunakan inspirasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah dengan melihatnya daripada perspektif yang tidak dijangka; ia juga melibatkan membuang apa yang jelas, meninggalkan mod pemikiran tradisional, membuang konsepsi/tanggapan awal.

• Persilangan otak kanan dan kiri menghasilkan keputusan rasional dan logik kerana kedua-dua hemisfera otak bertanggung jawab untuk fungsii dan pendekatan berbeza dalam proses pembuatan keputusan.

Page 24: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

144

Persetujuan

Persilangan otak

Kelengkapan

Pemikiran kreatif

Pemikiran kritikal

Keberanian

Ketekunan

Dinamik

Keadilan

Pemikiran lateral

Kebenaran logik

Panjang akal

1. Berapa kegunaan untuk sepasang stokin lama yang boleh anda fikirkan?

Pastikan anda tidak meletakkan batasan dalam pemikiran anda dan menahan diri daripada menjana idea yang terlalu sedikit.

2. Sejauh mana pendidikan yang diterima menyediakan anda untuk berfikir secara jelas, teliti, tepat, logik dan sebagainya? Pernahkah anda bertemu dengan seorang individu yang menjadi model yang baik untuk piawaian pemikiran kritikal yang telah dibincangkan dalam topik ini? Jika pernah, bagaimana beliau melakukannya?

3. Fikirkan tentang tugas yang paling tidak menyenangkan yang pernah anda lakukan. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikannya lebih menyenangkan. Gunakan pengetahuan yang telah anda peroleh daripada topik ini untuk menjawab soalan ini.

4. Seorang wanita tinggal di tingkat 10 sebuah pangsapuri. Setiap pagi, beliau menaiki lif untuk turun ke tingkat bawah dan pergi ke tempat kerja. Pada waktu petang, beliau menaiki lif, dan jika ada orang lain di dalam lif beliau terus naik ke tingkat 10. Sekiranya tiada orang, beliau akan naik ke tingkat 8 dan menaiki tangga sehingga tingkat 10. Bagaimana anda menerangkan keadaan ini dengan menggunakan konsep pemikiran lateral?

5. Kategorikan ciri-ciri yang disenaraikan mengikut otak kanan dan kiri.

Page 25: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF 145

Menggunakan perasaan

Falsafah dan agama

Mengakui Menghargai Percaya

„Gambaran luas‰

Orientasi Perkataan dan bahasa

Simbol dan imej

Mengetahui

Mengambil risiko

Selamat Menggunakan logik

Peraturan fakta

Berasaskan fantasi

Peraturan imaginasi

Berasaskan realiti

Orientasi kepada perincian

Praktikal Boleh memahami

Bassham, G. (200). Critical thinking: A studentÊs introduction. Chapter 1:

Introduction to Critical Thinking, pp. 7. East Tennessee State University-ETSU, (2006). Seven Step Decision-Making Model. Retrieved June 2006 from: http://www.etsu.edu/acadvantage/acadv/decision.htm.

Bassham, G., Irwin, W., Nardone, H. & Wallace, J. M. (2011). Critical thinking: A

studentÊs introduction (4th. Ed.). New York: McGraw Hill International Edition.

Devine, T. G. (1986). Teaching reading comprehension: From theory to practice.

Boston: Allyn and Bacon. Dewey, J. (1910). How we think. Boston: Heath. Edward de Bono. Unleash your creativity. Retrieved December 1 dari

http://www.generations.gs/TQ11/Creativity/sites/vs.html Fisher, A. (2001). Critical thinking: An introduction. London: Cambridge

University Press. Furth, H. G. & Wachs, H. (1974). Thinking goes to school: PiagetÊs theory in

practice. New York: Oxford University Press. Gerhard, C. (1975). Making sense: Reading comprehension improved through

categorizing. Newark, DE: International Reading Association. Harrison, A. F. & Bramson, R. M. (2002). The art of thinking. New York: The

Berkley Publishing Group.

Page 26: 20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif

TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

146

Kahane, H. & Cavender, N. (2006). Logic and contemporary rhetoric: The use of reason in everyday life (10th. Ed.). USA: Thomson Learning.

Larmore, C. (2000). Robert FulfordÊs review of Hegel: A biography, by Terry

Pinkard. Retrieved December 1, 2011, dari http://www.Robertfulford.com/Hegel.html.

Meador, K. S. 91997). Creative thinking and problem solving for young learners.

Colorado: Teacher Ideas Press. Ruggiero, V. V. (2009). The art of thinking: A guide to critical and creative

thought (9th. Ed.). USA: Pearson Education, Inc. Tonjes, M. J. & Zintz, M. V. (1987). Teaching reading, thinking, study skills in

content classrooms. Dubuque, IA: Wm. C. Brown. Definitions. (1997-2011). Retrieved December 1, 2011 dari

http://www.brainstorming.co.uk/tutorials/definitions.html. Wittgenstein, L. (2001). Verfall und Ende des offentlichen Lebens. Die Tyrannei

Der Intimitat, (12th. Ed.). Frankfurt/M.:Fischer. Leading Thoughts: Quotes on problem solving. Retrieved December 1, 2011 dari

http://www.leadershipnow.com/probsolvingquotes.html.