9
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 169 PENGARUH FAKTOR KEFAHAMAN WAKAF DAN KEPATUHAN BERAGAMA MASYARAKAT ISLAM TERHADAP BERWAKAF DI MALAYSIA 1 Zakaria Bahari 2 Email : [email protected] Email : [email protected] Abstrak Wakaf merupakan salah satu instrumen yang berinovatif dalam ekonomi Islam pada umumnya dan berperanan penting dalam sosio-ekonomi masyarakat Isiam. Pada umumnya dilakukan oleh muttawalli MAIN sebagai pengurus dan pemegang amanah tunggal dalam perkara wakaf. Namun penglibatan masyarakat ini sangat kurang difahami oleh masyarakat umum Islam. Mungkin ini disebabkan kurangnya maklumat tentang wakaf baru, kurang promosi, ciri-ciri wakaf dan perkhidmatan MAIN dalam menyebarkan pengetahuan wakaf istibdal. Oleh itu, kertas kerja ini dilakukan bagi menjawa dua persoalan? Pertama, apakah kefahaman merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf? Kedua, adakah faktor lain yang lebih mendominasi pewakif untuk berwakaf? Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan data primer kajian lapangan melalui instrumen soal selidik yang diedarkan di bandar-bandar utama terpilih di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Analisis data menggunakan regresi berganda statistik inferens. Dapat kajian memperlihat pengaruh kefahaman yang signifikan dalam mempengaruhi orang berwakaf. Begitu juga faktor ekstrinsik seperti dimensi pemasaran, ciri-ciri produk wakaf dan perkhidmatan signifikan mempengaruhi pewakif berwakaf. Faktor kepatuhan beragama merupakan faktor yang signifikan dan utama yang mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf. 1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Zakaria Bahari

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 169

PENGARUH FAKTOR KEFAHAMAN WAKAF DAN KEPATUHAN

BERAGAMA MASYARAKAT ISLAM TERHADAP BERWAKAF DI

MALAYSIA1

Zakaria Bahari2

Email : [email protected]

Email : [email protected]

Abstrak

Wakaf merupakan salah satu instrumen yang berinovatif dalam ekonomi Islam pada

umumnya dan berperanan penting dalam sosio-ekonomi masyarakat Isiam. Pada

umumnya dilakukan oleh muttawalli MAIN sebagai pengurus dan pemegang amanah

tunggal dalam perkara wakaf. Namun penglibatan masyarakat ini sangat kurang

difahami oleh masyarakat umum Islam. Mungkin ini disebabkan kurangnya

maklumat tentang wakaf baru, kurang promosi, ciri-ciri wakaf dan perkhidmatan

MAIN dalam menyebarkan pengetahuan wakaf istibdal. Oleh itu, kertas kerja ini

dilakukan bagi menjawa dua persoalan? Pertama, apakah kefahaman merupakan

faktor yang signifikan mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf? Kedua, adakah

faktor lain yang lebih mendominasi pewakif untuk berwakaf? Kajian ini berbentuk

kuantitatif dengan menggunakan data primer kajian lapangan melalui instrumen soal

selidik yang diedarkan di bandar-bandar utama terpilih di negeri-negeri di

Semenanjung Malaysia. Analisis data menggunakan regresi berganda statistik

inferens. Dapat kajian memperlihat pengaruh kefahaman yang signifikan dalam

mempengaruhi orang berwakaf. Begitu juga faktor ekstrinsik seperti dimensi

pemasaran, ciri-ciri produk wakaf dan perkhidmatan signifikan mempengaruhi

pewakif berwakaf. Faktor kepatuhan beragama merupakan faktor yang signifikan

dan utama yang mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf.

1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management

Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

(USM), Pulau Pinang.

Page 2: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 170

PENGENALAN

Peranan wakaf sebagai salah satu instrumen penting dalam penjanaan ekonomi Islam

tidak dapat dinafikan. Khususnya pada zaman kegemilangannya pada zaman

kerajaan empayar Turki iaitu Empayar Uthmaniah. Dikatakan pada ketika itu hampir

semua kemudahan kepada rakyat jelata seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan

awam lain datang daripada sistem wakaf yang baik dan cekap. Namun keunggulan

sistem wakaf ini sudah tentu ada kaitannya dengan pihak-pihak berkepentingan

seperti orang yang menguruskan wakaf (muttawalli), penerima wakaf (mawkuf

alaihi), pemberi wakaf (wakif) dan pihak pemerintah yang bersama-sama memahami

konsep wakaf dan pengurusan wakaf tersebut. Keberhasilan sistem wakaf ini juga

berlaku kerana berlakunya jenis-jenis wakaf baru yang lebih inovatif

direkabentukkan dan dapat memungkinkan orang ramai untuk ikut serta berwakaf,

tidak seperti wakaf tradisional (wakaf tanah, bangunan dan kebun). Antara bentuk

wakaf baharu ialah wakaf tunai (terdiri daripada wakaf tunai badal dan tunai); wakaf

saham; wakaf kaki; wakaf istibdal; wakaf sukuk, wakaf bertempoh dan sebagainya.

Namun apabila dilihat dalam kes di Malaysia, masih banyak lagi harta wakaf yang

belum dibangunkan sepenuhnya. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan harta

wakaf tersebut tidak boleh bermanfaat dan berfungsi sebagaimana mengikut niat

pewakif. Oleh itu perlu ada usaha mengenal pasti masalah-masalah dan cabaran yang

dihadapi dalam membangunkan harta wakaf tersebut (Zakaria Bahari, 2013).

Dalam konteks kes di Malaysia, telah banyak jenis-jenis wakaf baharu telah

diwujudkan seperti disebutkan di atas, namun hanya pihak pengurusan wakaf

(muttawalli) sahaja yang memahami dan melaksanakan. Walau bagaimanapun

sambutan daripada masyarakat amatlah tidak memberangsangkan, misalnya dalam

melaksanakan wakaf tunai di Pulau Pinang (Mohammad Zulfakhairi Mokthar, 2015).

Banyak fasiliti untuk memudahkan masyarakat mengakseskannya, seperti melalui

laman sesawang, promosi dan pengiklanan, namun masih tidak mendapat sambutan

seperti yang diharapkan.

Persoalan yang timbul ialah mengapakah perkara ini berlaku? Mungkinkah

masyarakat Islam secara umum masih tidak faham tentang konsep wakaf itu sendiri?

Bagaimanakah hendak berurusan dengan pengurusan wakaf? Perkara ini disebabkan

kefahaman melibatkan pengetahuan dalam pemikiran seseorang untuk mendapatkan

maklum balas untuk menolak atau menerima dengan penuh yakin mengenai sesuatu

isu atau persoalan ditanggapi (Mohd. Shahrul Imran Lim Abdullah (2009). Apabila

seseorang telah memahami sesuatu perkara maka dengan mudah ia untuk mengikuti

perkara tersebut.

Bagaimanakah pula peranan pengurusan wakaf dalam memberi keyakinan dan

maklumat kepada orang ramai? Umpamanya mengenai jenis-jenis wakaf baru yang

diterbitkan dapat memberi gambaran dan penjelasan mudah untuk difahami. Di

samping itu juga perkara mengenai perkhidmatan yang mudah diakses oleh orang

ramai daripada pengurusan wakaf juga mempengaruhi keinginan orang berwakaf.

Page 3: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 171

Misalnya World Meteorological Organization (2014) menyatakan perkhidmatan

yang baik ialah apabila pengurusan dapat mendekati pengguna, dapat memenuhi

keperluan pengguna dengan reka bentuk dan pembangunan perkhidmatan dan

produk, dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan mendapat maklum

balas daripada orang ramai. Bagi tujuan untuk menyampaikan keempat-empat

perkhidmatan ini, maka diperlukan komunikasi iaitu melalui pemasaran. Oleh itu

diperlukan rantaian pemasaran yang singkat langsung kepada orang ramai, agar

orang ramai dapat mengetahui kewujudan wakaf baru dan konsep serta

pelaksanaanya.

Sepatutnya masyarakat Islam yang menghayati cara hidup Islam akan mudah

melakukan sedekah atau berwakaf. Hal ini memang sudah menjadi ajaran Islam

untuk orang Muslim memberi infak dan sedekah, apa lagi sedekah yang pahalanya

berterusan. Persoalannya, sudah pastikah orang Islam yang patuh beragama akan

mudah untuk berwakaf? Namun realitinya berwakaf masih lagi di perinngkat yang

tidak sepenuhnya berhasil.

Berdasarkan kepada persoalan-persoalan di atas, kertas kerja ini mempunyai dua

bertujuan utama. Pertama, mengenal pasti pengaruh kefahaman dan kepatuhan

masyarakat Islam Semenanjung Malaysia dalam membuat pilihan berwakaf. Kedua,

mengenal pasti terdapat faktor lain selain kefahaman dan kepatuhan beragama yang

mempengaruhi masyarakat berwakaf. Dalam kertas kerja ini membincangkan sub-

topik perbincangan dengan memulakan perbincangan pengenalan, sorotan karya,

metodologi, perbincangan penganalisisan dapatan kajian dan terakhir kesimpulan.

SOROTAN KARYA

Kajian tentang kefahaman wakaf secara umum telah dikaji oleh Zakaria Bahari

(2015), dan Jasni Sulong (2015). Jasni Sulong (2015) mendapati bahawa kefahaman

wakaf masyarakat Islam di Terengganu agak sederahana secara umum dan rendah

pada kefahaman tentang wakaf istibdal. Hal yang sama juga berlaku pada kajian

kefahaman berwakaf yang dilakukan di Semenanjung Malaysia oleh Zakaria Bahari

(2015). Dapatan ini disokong oleh kajian Azrin Hamiza (2015) yang melihat

kefahaman masyarakat Islam di Selangor dan Kedah. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa kefahaman masyarakat terhadap istibdal wakaf masih belum

sempurna. Namun masyarakat Islam di Selangor dikatakan lebih baik kefahamannya

berbanding masyarakat Islam di Kedah terhadap Istibdal wakaf. Begitu juga kajian

yang dilakukan oleh Zahri Hamat (2015) di Kelantan. Beliau mendapati secara

puratanya kefahaman masyarakat Kelantan terhadap kefahaman Istibdal wakaf

adalah sederhana. Secara keseluruhan hasil kajian-kajian di atas menunjukkan secara

umum masyarakat.

Kajian tentang kepatuhan beragama terhadap berwakaf pernah dilakukan oleh

Mohammad Zulfakhairi Mokthar (2015), tetapi kajiannya mengkhususkan wakaf

tunai. Beliau juga menggunakan faktor instrinsik yang merangkum dimensi pemurah

dan kefahaman dan faktor ekstrinsik yang terdiri daripada dimensi kewangan,

penyampaian maklumat dan pengesyoran. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan

faktor instrinsik dan ekstrinsik signifikan mempengaruh pekerja Universiti Sains

Page 4: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 172

Malaysia (USM) untuk berwakaf tunai. Namun demikian pengaruh dimensi

kefahaman, pengesyoran dan pemurah sahaja yang mempengaruhi pekerja USM

berwakaf tunai. Selain kajian faktor-faktor terhadap berwakaf, terdapat juga kajian

yang melihat pengaruh faktor ekstrinsik, intrinsik dan kepatuhan beragama yang

dilakukan oleh Mohd. Adli Zahri (2015), dan Inke Kesumawati Adnan (2010) yang

terfokus kepada kewangan Islam. Misalnya Mohd. Adli Zahri (2015), mendapati

faktor ekstrinsik dan kepatuhan beragama signifikan mempengaruh pelajar Muslim

Universiti Sultan Zainal Abidin terhadap pemilihan pelaburan dana amanah Islam.

Faktor instrinksi pula tidak signifikan3. Perkara yang sama juga berlaku pada kajian

Juniza Mohammad Jamari (2012), faktor pelajar Muslim USM terhadap pemilihan

takaful hayat4. Kajian Inke Kesumawati Adnan (2010) menunjukkan faktor

ekstrinsik sangat signifikan mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah di Bandung,

Indonesia5.

Dalam hal psikologi, Mustapha Achoui (2009:67) mengusulkan dimensi kepatuhan

beragama (keimanan) boleh mempengaruhi seseorang bertingkah laku dalam

keadaan tertentu. Perkara ini juga disokong oleh Yasien Mohamed (2009:248),

menyatakan bahawa jiwa manusia yang membuatkan manusia berasa senantias

berada di bawah lindungan Allah SWT sehinggakan mereka merasakan selamat,

tenang dan dizahirkan melalui penyembahan dan meminta pertolongan daripada Dia.

Berkaitan dengan kepatuhan beragama pengaruhinya terhadap berwakaf telah dikaji

oleh Mohammad Zulfakhairi Mokthar (2015) dan didapati tidak signifikan pada aras

5 peratus.

Berdasarkan kepada sorotan karya di atas, maka kajian ini telah menggunakan faktor

intrinsik yang terdiri daripada kefahaman berwakaf sebagai faktor intransik,

pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan sebagai faktor ekstrinsik. Bagi melihat

peranan kepatuhan beragama, iaitu pengamalan penghayatan Islam masyarakat yang

merupakan faktor utama dalam menimbulkan perasaaan untuk berwakaf. Setakat ini

amat minimum kajian yang langsung melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

masyarakat Islam untuk berwakaf pada peringkat nasional. Oleh itu kajian ini

mengenal pasti perangan kefahaman dan kepatuhan beragama dalam menentukan

seseorang untuk berwakaf.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengaplikasi reka bentuk diskriptif dan merupakan kajian empirikal.

Pensampelan yang digunakan merupakan persampelan rawak di masjid-masjid di dua

buah bandar utama di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dengan 979 orang

3 Faktor intrinsik terdiri daripada kefahaman dan pulangan maslahat; faktor ekstrinsik terdiri daripada

pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan dan faktor kepatuhan beragama terdiri daripada

pertimbangan halal, haram dan syubhah dan keyakinan dan ibdat. 4 Faktor intrinsic terdiri daripada kefahaman terhadap takaful hayat, penggunaan mengikut keutamaan

dan pulangan muslahat; faktor ekstrinsik terdiri daripada pemasaran dan pengiklanan, ciri-ciri produk

dan perkhidmatan dan keselesaan terhadap perkhidmatan; dan faktor kepatuhan beragama. 5 Manakala Inke Kesumawati Adnan menggunakan dimensi kefahaman terhadap takaful hayat,

penggunaan mengikut keutamaan, pulangan muslahat dan penggunaan berasaskan keutamaan sebagai

faktor intrinsik; keselesaan terhadap perkhidmatan bank dan pertimbangan halal, haram dan syubhat

sebagai faktor ekstrinsik.

Page 5: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 173

responden Muslim. Pembagian lokasi mengikut 4 buah zon: iaitu Zon Tengah terdiri

daripada negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor; Zon Selatan terdiri

daripada negeri Johor dan Melaka; Zon Pantai Timur terdiri daripada negeri

Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan Zon Utara terdiri daripada negeri Perlis,

Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sebelum ke lapangan, ujian kesahan dan

kebolehpercayaan telah dibuat dalam kajian rintis. Analisis data menggunakan

Statistic Pakage For Social Sciences (SPSS) versi 20. Analisis melihat pengaruh

antara konstruk bebas terhadap berwakaf dan pengarush setiap dimensi terhadap

berwakaf.

ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI KONSTRUK BERWAKAF

Sebelum dilakukan regresi pelbagai, beberapa prasyarat ujian perlu dilakukan.

Antaranya ialah melibatkan saiz sampel yang memcukupi, tiada data terpencil, tidak

wujud masalah multikolinearan dan singulariti dan bertaburan normal. Korelasi yang

tinggi antara pemboleh ubah bebas akan menyebabkan masalah singulariti. Perkara

ini akan menyebabkan ketepatan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas

dengan bersandar akan terjejas. Kajian ini dapat dikesan melalui ujian Varian

Inflation Factor dan nilai Tolerance. Nilai Varian Inflation Factor hendaklah berada

dalam lingkungan di antara 0.00 hingga 10.00 dan nilai Tolerance berada di antara

0.00 hingga 1.00 barulah dikatakan tidak wujudnya malasah multikolinearan.

Jadual 1: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti

Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti

Tolerance VIF

1. Intrinsik 0.7 99 1.251

2. Ekstrinsik 0.753 1.329

3. Kepatuhan Beragama 0.880 1.137

Hasil Ujian Statistik Kolinearan pada Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak

berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam data ini. Bukti

menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang

daripada 10.00. Begitu juga dengan nilai Tolerance yang lebih daripada 0.00 dan

kurang daripada 1.00.

Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi

berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot

Normal Regresi seperti di Rajah 1. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data

yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah

bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini membukti tidak ada lencongan

besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Ini menunjukkan tidak ada masalah

multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan

mempunyai varian sama (homodekasiti).

Page 6: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 174

Rajah 1: Graf Plot Normal Regresi

Jadual 2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Konstruk Terhadap Berwakaf

Model R R2 ΔR

2 F B Beta t Sig

1. Constant 0.493a 0.243 0.241 104.522 0.904 4.425 0.000

2. Intrinsik 0.204 0.129 4.135 0.000

3. Ekstrinsik 0.313 0.250 7.792 0.000

4. Kepatuhan

Beragama

0.369 0.273 9.169 0.000

Hasil regresi berganda seperti Jadual 2 menunjukkan bahawa kesemua konstruk

instrinsik yang terdiri daripada kefahaman wakaf dan kefahaman jenis wakaf adalah

signifikan. Begitu juga konstruk ekstrinsik dan kepatuhan beragama adalah

signifikan. Kesemua konstruk signifikan kurang daripada tingkat keyakinan 1

peratus. Ini menunjukan kesemua konstruk telah mempengaruhi berwakaf dengan

arah yang positif. Ini bererti semakin tinggi masyarakat Muslim yang faham tentang

wakaf dan jenis wakaf, maka semakin ramai yang ingin berwakaf. Begitu juga

dengan konstruk ekstrinsik yang diwakili oleh dimensi pemasaran, ciri-ciri produk

wakaf dan perkhidmatan mempengaruhi orang berwakaf. Kepatuhan beragama yang

tinggi akan cenderung mempengaruhi orang berwakaf. Namun apabila dirujuk

kepada nilai pekali konstruk, maka konstruk kepatuhan beragama mempunyai

kekuatan paling tinggi orang untuk berwakaf.

ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI DIMENSI BERWAKAF

Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan

singulariti dalam setiap dimensi.. Nilai dimensi yang paling tinggi sebesar 0.880

(dimensi kepatuhan beragama) dan paling rendah sebesar 0.655 (dimensi ciri-ciri)

Page 7: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 175

yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00 . Begitu juga dengan nilai

Tolerance iaitu nilai paling rendah 1.137 (dimensi kepatuhan beragama) dan paling

tinggi dimensi ciri-ciri produk wakaf (1.526). Bukti menunjukkan Varian Inflation

Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00.

Jadual 4.3 Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti

Pembolehubah Peramal (dimensi) Statistik Kolineariti

Tolerance VIF

1. Kefahaman 0.788 1.269

2. Pemasaran 0.741 1.350

3.Ciri-ciri produk 0.655 1.526

4. Perkhidmatan 0.772 1.295

5. Kepatuhan Beragama 0.880 1.137

Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi

berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot

Normal Regresi seperti di Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data

yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah

bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan

besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam

masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama

(homodekasiti).

Rajah 2: Graf Plot Normal Regresi

Page 8: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 176

Hasil regresi berganda seperti Jadual 4 menunjukkan bahawa kesemua dimensi

kefahaman wakaf yang mewakili (instrinsik), pemasaran, ciri-ciri produk wakaf,

perkhidmatan (mewakili ekstrinsik) dan kepatuhan beragama adalah signifikan.

Begitu juga konstruk ekstrinsik dan kepatuhan beragama adalah signifikan pada aras

keertian 1 peratus. Kesemua dimensi mempunyai arah hubungan yang positif,

kecuali dimensi ciri-ciri produk wakaf yang mempunyai hubungan negatif. Perkara

ini berlaku disebabkan semakin banyak inovasi dan jenis wakaf baru yang muncul

akan menimbulkan pertanyaan dan kefahaman orang terhadap wakaf tersebut dan

menunda harsat untuk berwakaf sehinggalah mereka mengetahui ciri-ciri wakaf baru

tersebut (Zakaria Bahari, 2015).

Namun sekira dilihat daripada kekuatan dimensi yang menyebabkan orang berwakaf

ialah dimensi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pemegang amanah tunggal

wakaf, iaitu Majlis Agama Islam Negeri dengan nilai betanya 0.360. Ini bermaksud

peranan MAIN dalam menguruskan harta wakaf dengan baik serta membuktikan

produk-produk wakaf dan mempromosinya melalui pelbagai mass media telah

menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap MAIN. Penemuan ini disokong oleh

Zakaria Bahari (2015) mendapati tahap persepsi masyarakat di Semenanjung

Malaysia tinggi terhadap pengurusan harta wakaf oleh MAIN.

Jadual 4.2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Dimensi Terhadap Berwakaf

Model R R2 ΔR

2 F B Beta t Sig

Constant 0.561a 0.315 0.311 89.331 0.760 3.892 0.000

1. Kefahaman 0.196 0.123 4.129 0.000

2. Pemasaran 0.097 0.104 3.383 0.001

3.Ciri-ciri -0.110 -0.102 -3.113 0.002

4. Perkhidmatan 0.328 0.360 11.924 0.000

5. Kepatuhan

Beragama

0.372 0.274 9.695 0.000

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepatuhan beragama merupakan faktor yang

paling besar mempengaruhi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia untuk

berwakaf. Perkara ini dapat dilihat dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.396.

Walau bagaimanapun kesemua faktor, faktor intrinsik dan ekstrinsik juga signifikan

mempengaruhi orang berwakaf. Analisis dari aspek pengaruh dimensi pula, didapati

perkhidmatan merupakan dimensi yang utama mempengaruhi orang ramai berwakaf,

iaitu nilai beta 0.360 dan diikuti dengan dimensi perkhimatan daripada muttawalli

(0.274) dan ketiga, pengaruh faktor kefahaman iaitu 0.123 nilai beta. Kesemua nilai

beta signifikan pada aras keertian 1 peratus. Hanya dimensi ciri-ciri produk

mempunyai hubungan yang negatif.

RUJUKAN

Page 9: Zakaria Bahari

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 177

Azrin Hamiza (2015). Kefahaman Aplikasi Istibdal Wakaf: Kajian Kes Selangor dan

Kedah. Prosiding Bengkel RUT ke 5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada

2-4 Mac.

Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish.

Australia: National Library of Australia.

Inke Kesumawati Adnan (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap

Pemilihan Kad Kredit Syariah. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat

Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.

Jasni Sulong. (2015). Kefahman Aplikasi Istibdal Wakaf di Terengganun. Prosiding

Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac.

Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains

Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana (tidak

diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains

Malaysia.

Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015). Konsep Niat Dalam Tingkah Laku

Berteraskan Islam dan Faktor-faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf

Tunai dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM).

Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan,

Universiti Sains Malaysia.

Mohd. Adli Zahri. (2015). Persepsi Pelajar Muslim Univerisiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA) Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI).

Disertasi Sarjana Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains

Malaysia.

Mustapha Achoui, (2009). Human Nature from a Comparative Psychological

Perspective. Psychology of Personality: Islam Perspective (4, 61-90).

Cengage Learning.

Yasion Mohamed. (2009). The Drives of Human Behavior in the Qur’an.

Psyschology of Personality: Islamic Perspective (12, 235-256). Cengage

Learning.

Zahri Hamat (2015) Persepsi Aplikasi Istibdal Wakaf dalam Kalangan Jemaah

Masjid di Kelantan. Prosiding Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan

Islam, pada 2-4 Mac.

Zakaria Bahari (2013). The Structure and Implementation of Wakaf Financing

Instruments in Islamic Economics. AMRON Journal of Muslim Studies: In

Collaboration of ASEAN Muslim Research Organization Net work. Vol 1,

Number 1, 2013 (323-340).

Zakaria Bahari (2015). Kefahaman dan Kesedaran Aplikasi Istibdal Wakaf: Kes

Kajian di Semenanjung Malaysia. Prosiding Bengkel RUT ke-5,

Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac.