LAPORAN AKTIVITI DI ZOO MELAKA
& APLIKASI MUDAH ALIH
SEMESTER 2 2014/2015
NAMA KUMPULAN : STM
NAMA AHLI KUMPULAN :
NAMA NO. MATRIKNURLIYANA BINTI ZAINUDDIN A 149114NUR FARALISA SOFEA BINTI MISRAN A 150919NURUL AMIEZA BT AZMI A 150917NURUL FARHANA BT AHMAD ZAWAWI A 151053NUR QAIDAH BINTI MD KAMIS A 150684
NAMA JURULATIH : ENCIK HAMEEDUR RAHMAN
NAMA PENASIHAT KELAB: DR. NUR FAZIDAH BINTI ELIAS
LATAR BELAKANG KELAB
MADClub ini telah ditubuhkan baru sahaja tahun 2014 semata-mata untuk program dan
pelaksanaan Citra. Kelab ini sebenarnya dikendalikan oleh MyXLab yang terdapat dalam
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kelab ini diuruskan oleh
ketua penasihat, Dr. Zainal Rasyid bin Mahayuddin dan beberapa orang guru penasihat iaitu Prof
Madya Dr Haslina binti Arshad, Dr Norazwin bin Buang, Dr Nur Fazidah binti Elias, Prof
Madya Dr Mohd Zakree bin Ahmad Nazri, Puan Siti Aishah binti Hanawi, Dr Azrulhizam bin
Shapii, Dr Nazatul Aini bin Abdul Majid, Dr Lam Meng Chun dan Dr Ruzzakiah binti Zainal.
Antara jurulatih-jurulatih yang telah memimpin setiap kumpulan ialah Hameedur Rahman, Tan
Siok Yee, Ali Ghalib Younis Kahwaji, Ali Gabra Garba, Feras AlHaj, Mohamed Khalil Hamdan,
Siti Mardhiah Mohd Nazeri, Hairina Mohd Jais, Zakaria Alam, Shafinah, Waqas Khalid Obeidy,
Shahan Ahmad Chowdhury dan Arief Hydayat. Mereka terdiri daripada ahli MyXLab dan hanya
sebahagian daripada mereka sahaja yang menjadi jurulatih kepada kumpulan graduasi tahun
pertama. Pada semester kedua, kelab ini telah melaksanakan satu projek untuk membina sebuah
aplikasi mudah alih mengenai haiwan dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan citra. Di
samping itu juga, ia turut memberi pengalaman yang menakjubkan kepada para pelajar
terutamanya pelajar tahun satu dalam penghasilan aplikasi mudah alih. Bagi menghasilkan
aplikasi ini, jurulatih Ali telah menggunakan Apps Inventor yang telah sedia ada di Internet.
Apps Inventor ini hanya boleh digunakan secara atas talian. Jadi kami satu kumpulan seramai
lima orang telah bekerjasama menjayakan projek ini dan menamakan aplikasi kami sebagai
Animal Discovery. Pada 24 Jun 2015, semua ahli MADClub telah melaksanakan aktiviti
sukarelawan membersihkan Zoo Melaka. Kami ditugaskan untuk membersihkan kandang-
kandang haiwan, memberi makan kepada haiwan, dan menyediakan makanan haiwan. Di
samping itu juga, kami dapat berinteraksi secara dekat dengan binatang - binatang seperti
burung, ular dan lain-lain. Kami juga telah diberi tugasan masing – masing untuk projek zoo ini.
Nurliyana sebagai AJK Makanan manakala Faralisa,Amieza, Qaidah dan Farhana sebagai AJK
Dana.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG DI ZOO
Pada 24 Jun 2015, seramai 42 orang termasuk semua ahli MADClub, jurulatih iaitu Ali,Waqas
dan Hameed dan guru penasihat iaitu Dr.Zainal dan Dr.Fazidah telah mengikuti rombongan ke
Zoo Melaka ini. Kami memilih tempat ini kerana persetujuan majoriti dan ingin memenuhi
keperluan citra graduasi tahun pertama iaitu LMCK 2711 : TANGGUNGJAWAB ALAM
SEKITAR dan LMCK 1531: KEPIMPINAN & KREATIVITI. Kami telah diberi taklimat
penuh tentang aktiviti ini pada 22 Jun 2015, Jumaat selepas pembentangan 80 peratus aplikasi
mudah alih masing-masing sambil menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh ketua
penasihat kelab ini iaitu Dr Zainal Rasyid bin Mahayuddin pada petang tersebut. Kami
berkumpul pada awal pagi iaitu pukul 7.00 pagi di tempat letak kereta, Blok A dan bertolak ke
Zoo Melaka lebih kurang pada pukul 8.00 pagi.
Kami dijamu dengan sebuku roti dan sebotol air mineral yang telah disediakan oleh AJK
Makanan sepanjang perjalanan ke sana. Oleh sebab perjalanan yang mengambil masa lebih
kurang satu jam setengah, masing-masing merehatkan diri. Lebih kurang tepat jam 9.30 pagi,
kami telah sampai di sana. Kami merakam gambar di hadapan Zoo Melaka sebagai kenangan
bersama. Kami telah diberi taklimat oleh person-in-charge zoo tersebut untuk aktiviti
sukarelawan. Bagi kesemua ahli kumpulan STM ; Nurliyana dan Qaidah telah ditugaskan untuk
membersihkan tempat Bird Show. Faralisa dan Amieza telah ditugaskan untuk membersihkan
kandang arnab manakala Farhana telah ditugaskan di bahagian dapur.
Kami dapat melaksanakan citra LMCK 2711 dengan memberi perkhidmatan secara
sukarela membersihkan kandang-kandang haiwan tersebut. Kami mendapat banyak pengalaman
dan ilmu yang berguna yang kami peroleh dari jurulatih-jurulatih haiwan di zoo tersebut.
Antaranya adalah kami berpeluang berinteraksi dengan haiwan seperti ular, flamingo, bangau,
arnab dan lain-lain lagi dan mengenali mereka. Kami diberi tip-tip jika ingin cepat mesra dengan
haiwan tersebut dengan sentiasa berbual dan berinteraksi dengan mereka. Melalui aktiviti ini
telah mendedahkan kami sebanyak 15 peratus tugas zookeeper yang sebenarnya. Kami
bertungkus-lumus membersihkan kandang-kandang mereka supaya haiwan tersebut dapat
persekitaran yang selamat dan bersih serta tidak terjejas dengan penyakit.
Selepas aktiviti sukarelawan, kami diarahkan untuk berkumpul di kafe zoo untuk makan
tengah hari. Pada pukul 2.00 petang, kami telah disajikan dengan persembahan yang menarik
oleh burung-burung yang terlatih oleh 3 orang jurulatih yang berbakat. Kami meneruskan dengan
aktiviti yang telah dirancang oleh person-in-charge iaitu melawati semua tempat di dalam zoo
tersebut dengan menaiki tren yang telah disediakan. Kami selesai melawati semua tempat lebih
kurang 3.30 petang dan telah diberikan sijil penghargaan oleh pihak zoo tersebut.
Kami bertolak pulang ke UKM Bangi pada pukul 4.00 petang. Kami beristirehat sekejap
di perhentian R & R Melaka untuk menunaikan solat jamak qasar asar dan zohor. Kami telah tiba
di hadapan tempat letak kereta,Blok A pada pukul 6.30 petang dan terus bersurai.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MENYIAPKAN APLIKASI
Ketua kumpulan dan ahli-ahli kumpulan STM telah berkolaborasi dalam menyiapkan
aplikasi mudah alih . Kami memberi nama kepada aplikasi ini adalah Animal Discovery. Nama
ini dicipta oleh jurulatih kami iaitu Encik Hameedur Rahman. Aplikasi ini adalah sejenis aplikasi
flashcard yang memberi maklumat mengenai setiap binatang yang semakin pupus di atas muka
bumi ini serta memperkenalkan bunyi sebenar haiwan tersebut kepada pengguna aplikasi ini.
Target market kami adalah para pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun dan ke bawah.
Aplikasi ini mempunyai 3 kategori habitat iaitu tanah gersang, padang lapang dan laut. Kami
tidak menetapkan binatang-binatang tersebut mengikut jenis seperti mamalia, reptilia, amphibia
dan lain-lain lagi. Oleh sebab, kami menggunakan App Inventor, ia agak leceh dan App Inventor
mempunyai ruang yang agak terhad. Jika kami ingin membina projek tersebut, ia hanya
membenarkan projek yang kurang daripada 5MB sahaja. Kami hanya menggunakan tiga
binatang sahaja di setiap habitat iaitu Fennec Fox , Egypt Tortoise, harimau bintang, gajah,
harimau, beruang panda, ikan lumba-lumba, Narwhal dan paus biru. Tujuan aplikasi kami ini
adalah ingin memberi kesedaran kepada para pengguna aplikasi ini dengan memelihara dan
memulihara alam sekitar terutamanya haiwan- haiwan yang semakin terancam ini. Di samping
kami memberi hiburan kepada para pelajar, kami ingin menerapkan unsur-unsur kasih sayang
dalam diri setiap pelajar untuk sayang dan menghargai mereka. Kami bertungkus-lumus
menyiapkan aplikasi ini dengan menunaikan peranan masing- masing. Nurliyana ditugaskan
untuk mencipta user interface dan memberi fungsi pada setiap butang dalam aplikasi tersebut.
Farhana ditugaskan mengumpul maklumat tentang haiwan-haiwan tersebut dan membantu
Nurliyana untuk menyiapkan user interface. Qaidah ditugaskan untuk mencari setiap bunyi
binatang dan membina kod bunyi. Manakala, Amieza dan Faralisa ditugaskan untuk
melengkapkan kod-kod di setiap skrin. Walau bagaimanapun, kami agak sedikit kecewa kerana
aplikasi ini adalah pada mulanya khas dibina untuk dipromosikan kepada pengunjung di Zoo
Melaka pada 24 Jun tersebut tetapi disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu kami tidak diberi
keizinan untuk mempromosikan aplikasi kami ini kepada orang ramai.
HASIL DARIPADA AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Citra lmck 2711: tanggungjawab alam sekitar
a) Kami telah membina kefahaman dan sikap bertanggungjawab terhadap isu alam
sekitar dan impaknya kepada masyarakat dengan berjaya menubuhkan sebuah aplikasi
yang dapat menyedarkan khalayak ramai mengenai haiwan-haiwan yang hampir pupus di
atas muka bumi ini di samping memberi maklumat tambahan kepada orang ramai
terutamanya kepada kanak-kanak.
b) Prihatin terhadap isu pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar dalam membangun
dan menggunakan sains dan teknologi dalam kehidupan seperti penggunaan alat
komunikasi canggih atau lebih dikenali sebagai gadget yang sentiasa berkembang dari
semasa ke semasa.
c) Berkompeten menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat untuk memilih teknologi yang menjamin kelestarian alam sekitar dalam
kehidupan seharian.
d) Didedahkan kepada isu-isu alam sekitar serta memahami penghayatan alam sekitar
menerusi interaksi semua komponen alam sekitar.
e) Memperlihatkan kompetensi pemahaman isu pemuliharaan alam sekitar dari pelbagai
aspek disamping membentuk kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar.
Citra lmck 1531: kepimpinan & kreativiti
a) Mampu mengarah, menyelaras dan memimpin kumpulan secara terancang ke arah
mencapai matlamat.
b) Mampu berfikir secara kreatif melalui analisis, mentafsir dan menilai dalam mencapai
satu kesimpulan yang kukuh.
c) Berjaya memastikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan dilaksanakan
seperti yang telah ditetapkan dalam organisasi bagi mencapai matlamat yang jitu.
d) Mempunyai keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut dan diri pemimpin
sendiri.
e) Mempunyai semangat dalaman bahawa pemimpin berorientasikan pencapaian
matlamat/objektif organisasi.
f) Mampu dan sentiasa membuat tinjauan tentang peluang.
g) Mempunyai orientasi ke arah kebaikan.
h) Bersikap optimis, mempunyai sikap penggalak, sikap toleransi terhadap perkara yang
kurang pasti atau kabur.
i) Memberi motivasi kepada anggota/ahli yang lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah sepanjang aktiviti yang dijalankan pada semester
kedua ini adalah dapat membentuk semua ahli kelab menjadi pemimpin yang berkualiti, pandai
memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan sendiri, menitikberatkan permasalahan
yang dihadapi sepanjang menyiapkan aplikasi dan turut belajar untuk membangunkan aplikasi
sendiri dengan menggunakan App Inventor walaupun hanya baru graduasi tahun pertama. Di
samping itu, aktiviti yang berkaitan alam sekitar ini turut memberi kesedaran kepada kami untuk
memelihara dan memulihara haiwan-haiwan yang kian pupus. Jika kami tidak diberikan
pendedahan awal mengenai permasalahan ekosistem dunia kini, mungkin kami hanya
memandang serong sahaja tentang permasalahan ini.
RUJUKAN
Nurliyana binti Zainuddin, 2015, Laporan Akhir LMCK 1531: Kepimpinan & Kreativiti
Nurliyana binti Zainuddin,2015, Laporan Akhir LMCK 2711: Tanggungjawab Alam Sekitar
Pusat Citra Universiti, 2014, Panduan Prasiswazah Pusat Citra Universiti Sesi Akademik 2014-
2015
LAMPIRAN
AKTIVITI DI ZOO MELAKA
Pembersihan kandang arnab Beratur untuk mendapatkan tiket di kaunter
Rombongan dari pelajar taska Pencarian ilmu untuk pembaikan aplikasi
AKTIVITI MENYIAPKAN APLIKASI
Perbincangan aplikasi Perbincangan aplikasi
Pembentangan aplikasi Pembentangan aplikasi