1
TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN AMALAN
SEMASA1
Oleh
Dr Shamsiah Mohamad2
PENDAHULUAN
Konsep tanāzul banyak digunakan dalam produk kewangan Islam terutama produk pasaran
modal Islam. Penggunaan konsep tanāzul ini kadang-kadang bagi menunjukkan tanda
penghargaan kepada satu pihak lain yang sama-sama berusaha menjayakan suatu projek
pelaburan yang menghasilkan keuntungan sebagaimana yang diharapkan sebagaimana
yang berlaku dalam sukuk. Kadang-kadang ia digunakan bagi memberikan satu
kelebihan/keutamaan kepada pihak lain sebagaimana yang berlaku dalam saham
keutamaan.
Penggunaan tanāzul yang rata-ratanya bersifat upfront tanāzul (tanāzul sebelum
terhasilnya sesuatu yang hendak ditanāzulkan dan selepas ini penulis menggunakan istilah
“tanāzul awal”) telah menimbulkan perbahasan dan pertikaian di kalangan para
cendekiawan Islam semasa. Pertikaian ini timbul ekoran daripada terdapatnya para ulamak
terdahulu yang tidak membenarkan upront tanāzul.
Sehubungan dengan itu, kertas ini akan cuba membicarakan tentang perbincangan para
fuqaha terdahulu tentang upront tanāzul dan tanāzul muʿallaq dan seterusnya membuat
penilaian terhadap amalan semasa dalam sukuk dan saham keutamaan.
1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2016 kali ke 11, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pada 23 November 2016. 2 Penyelidik Kanan, International Shari`ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).
2
PENGERTIAN TANĀZUL DAN KAITANNYA DENGAN ISQĀṬAL-ḤĀQ DAN
IBRĀ’
Istilah tanāzul banyak digunakan oleh para fuqaha baik dalam bab muʿamalāt (hal ehwal
kewangan), munākaḥāt (hal ehwal perkahwinan), jenayah dan lain-lain. Ketiga-tiga istilah
tersebut kadang-kadang digunakan secara bergilir-gilir sebagaimana dalam teks berikut:
ريح نحو أن يقول الشفيع: أبطلت الشفعة أو أسقطتها أو أبرأتك عنها نحو و "فالتنازل الص
ذلك".
Maksudnya: Tanāzul yang nyata adalah seperti al-shafīʿ (penuntut hak shufʿah) berkata:
Saya telah batalkan al-shufʿah atau saya mengugurkannya atau saya bebaskan awak
daripada tuntutan hak shufʿah atau sebagainya” (Wizārat al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-
Islāmiyyah, 1992).
Pengunaan ketiga-tiga istilah berkenaan sebagaimana dalam teks di atas membuktikan
ketiga-tiganya mempunyai perkaitan yang rapat dan boleh dikatakan tidak banyak
perbezaan yang besar antara ketiga-tiganya.
Dalam penulisan fekah klasik memang para fuqaha terdahulu tidak memberi definisi secara
khusus kepada istilah tanāzul. Dalam penulisan mereka, istilah isqāṭ al-ḥaq dan ibrā’
banyak digunakan berbanding istilah tanāzul. Penggunaan istilah tanāzul ini dapat dilihat
dalam penulisan semasa. Contohnya dalam Shariah Standard yang diterbitkan oleh
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI):
ذا ل إ "يجوز للمؤسسة ان تتنازل عن جزء من الثمن عند تعجيل المشتري سداد التزاماته
يكن بشرط متفق عليه في العقد".
Maksudnya: “Adalah diharuskan kepada sesebuah institusi untuk tanazul daripada
sebahagian harga apabila pembeli membuat pembayaran awal sekiranya ia bukan
berdasarkan persetujuan bersama dalam kontrak” (AAOIFI, 2015, Standard 8, Article 5/9).
3
Penggunaan istilah tanāzul ini dapat juga dilihat dalam keputusan Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagaimana berikut:
“Majlis Penasihat Syariah (MPS) dalam mesyuaratnya yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah
memutuskan bahawa saham keutamaan asas (bukan kumulatif) adalah diharuskan
berasaskan kepada konsep tanazul” (Suruhanjaya Sekuriti, 2006, h. 102).
Menurut Suruhanjaya Sekuriti (2006), perkataan tanāzul diertikan sebagai “mengugurkan
tuntutan haknya”. Ini bermakna, perkataan tanazul mempunyai makna yang sama dengan
pengguguran hak atau disebut dalam Bahasa Arab sebagai isqāṭ al-ḥaq.
Mengikut al-Shulaybik (1999), perkataan isqāṭ boleh membawa dua maksud iaitu sama
ada yang melibatkan pengguguran hak milik (isqāṭ al-milk) seperti pembebasan hamba
atau yang melibatkan pengguguran hak (isqāṭ al-ḥaq) seperti al-ʿafw (pemberian maaf oleh
waris si mati kepada pembunuh) atau al-shufʿah (hak untuk membeli balik aset yang telah
dijual oleh rakan kongsi atau jiran kepada pihak ketiga walaupun tanpa kerelaan pihak
ketiga tersebut).
Sementara perkataan ibrā’ pula bermaksud pengguguran hak yang ada dalam tanggungan
orang lain seperti pengguguran hutang. (Wizārah al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyah,
1992). Ini kerana hutang adalah suatu yang ada dalam tanggungan seseorang dan hutang
ini pula menjadi hak kepada pemberi hutang. Walau bagaimanapun pemberi hutang boleh
menggugurkan haknya ke atas hutang berkenaan.
Pengertian ibrā’ tersebut menunjukkan bahawa istilah ini digunakan khusus bagi
menunjukkan pengguguran suatu hak yang ada dalam tanggungan/liabiliti seseorang yang
lain. Suatu pengguguran yang tidak melibatkan hak yang berada dalam liabiliti orang lain
biasanya tidak digunakan istilah ibrā’ tetapi lebih kepada penggunaan istilah yang lebih
umum seperti tanāzul atau isqāṭ(al-Zuḥaylī, 1997).
Malah perkataan isqāṭ merangkumi perlbagai bentuk pengguguran hak sebagaimana dapat
difahami daripada apa yang terkandung dalam teks berikut (al-`Ayni, 2000, vol.6, 3):
4
واإلسقاطات أنواع يختلف أسماؤها باختالف أنواعها، فإسقاط الحق من الرق عتق،
وإسقاط الحق عن البضع طالق، وإسقاط ما في الذمة براءة، وإسقاط الحق عن
القصاص والجراحات عفو.
“Dan pengguguran [hak] ada pelbagai jenis yang mana namanya berbeza mengikut
perbezaan jenis. Pengguguran hak ke atas hamba dinamakan sebagai ʿitq (pembebasan
hamba), pengguguran hak bersama isteri dinamakan talāq (perceraian), pengguguran apa
yang ada dalam suatu tanggungan dinamakan barā’ah [iaitu ibrā’] dan pengguguran hak
ke atas qiṣāṣ dan kecederaan dinamakan ʿafw (pemberian maaf).
Secara kesimpulannya, ketiga-tiga istilah tanāzul, isqāṭ al-ḥaq dan ibrā’ membawa maksud
pengguguran hak, akan tetapi istilah istilah ibrā’ lebih khusus maknanya. Dengan kata lain,
boleh dikatakan semua ibrā’ adalah tanāzul atau isqāṭ tetapi tidak kesemua tanāzul atau
isqāṭ itu adalah ibrā’ (Badri & Mohamad, 2014; al-Zuhayli, 1997).
Dalam penulisan seterusnya penulis akan menggunakan istilah tanāzul (pengguguran hak)
memandangkan istilah ini lebih popular dalam amalan semasa berbanding istilah isqāṭ dan
ibrā’.
HUKUM-HAKAM BERKAITAN TANĀZUL
a) Tanāzul selepas wujudnya hak
Tiada perselisihan pandangan dalam kalangan para fuqaha bahawa suatu hak boleh
digugurkan apabila hak tersebut telah wujud. Pandangan ini diasaskan kepada hadis
Rasulullah s.a.w. “ ال طالق إال فيما تملك، وال عتق إال فيما تملك” yang
bermaksud “ Tidak sah talāq melainkan ke atas apa yang telah dimiliki [telah
berkahwin dengan perempuan] dan tidak sah pembebasan hamba melainkan ke atas
[hamba] yang telah dimiliki.” Berdasarkan pandangan ini, apabila hutang telah
sabit dalam tanggungan seseorang, pemberi hutang boleh menggugurkan hak
tuntutan ke atas hutang tersebut sama ada keseluruhan hutang atau sebahagian
5
daripadanya dan penguguran itu dikira terpakai atau berkuatkuasa. Sama juga
apabila suatu pelaburan berasaskan kontrak musyārakah misalnya, jika keuntungan
telah dihasilkan, maka pada ketika itu mana-mana rakan kongsi boleh
menggugurkan haknya ke atas keuntungan tersebut sepenuhnya atau sebahagian
sahaja dan memberikannya kepada rakan kongsi yang lain.
b) Tanāzul sebelum wujudnya hak
Para fuqaha mempunyai pandangan yang berbeza dalam masalah kedua ini.
Perbincangan tentang masalah kedua ini boleh dibahagikan kepada dua senario
berikut:
i) Tanāzul yang dibuat sebelum wujudnya sebab kepada wajibnya (iaitu
sabitnya) sesuatu hak ( qabl wujūd sabab al-wujūb)
ii) Tanāzul yang dibuat selepas wujudnya sebab kepada wajibnya (iaitu
sabitnya) sesuatu hak ( baʿd wujūd sabab al-wujūb)
Pandangan fuqaha terhadap senario pertama:
Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa dalam situasi ini, tanāzul tidak dibolehkan. Ini
kerana, jika sebab kepada kewujudan sesuatu hak tidak ada, maka ini bermakna hak
tersebut memang belum wujud lagi. Jika hak masih belum wujud, bagaimana ia hendak
digugurkan.
Al-Kāsānī (1986, 5:19) menyatakan:
، وإسقاط الحق "وال يصح تسلي وجود و قبل وجوبه الشفعة قبل البيع لنه إسقاط الحق
حال".سبب وجوبه م
“Adalah tidak sah untuk menarik diri daripada shufʿah sebelum berlaku jual beli kerana ia
merupakan pengguguran hak , dan pengguguran hak sebelum ia sabit atau sebelum wujud
sebabnya adalah suatu yang tidak munasabah”
6
Dalam al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah (1992, 4:250-251), dinyatakan bahawa
semua para fuqaha sepakat mengatakan ibrāʾ or isqāṭ adalah tidak sah jika ia dibuat
sebelum wujudnya sebab kepada sabitnya suatu hak:
، وقبل وجود سبب سقاط قبل وجوب الحق ة اإل فق الفقهاء على عدم صح يت
سقاط الحق الوجوب، لن ر ورود اإل قبل ذلك غير موجود بالفعل، فال يتصو
عليه، فإسقاط ما ل يجب، وال جرى سبب وجوبه ال يعتبر إسقاطا، وإنما
سقاط مس د وعد ال يلزم منه اإل تقبال، كإسقاط الشفعة قبل البيع، وإسقاط مجر
الحاضنة حقها في الحضانة قبل وجوبها، فكل هذا ال يعتبر إسقاطا، وإنما
جوع في في المستقبل، ويجوز الر ة ه والعود إلى المطالب هو امتناع عن الحق
. بالحق
Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa pengguguran hak (isqāṭ) tidak
mendatangkan apa-apa kesan sekiranya ia dibuat sebelum sabitnya hak atau
sebelum wujud sebab kepada pensabitan hak tersebut. Ini kerana hak
tersebut belum wujud dan suatu yang sukar untuk digambarkan bagaimana
pengguguran boleh berlaku ke atas suatu yang masih belum wujud.
Pengguguran terhadap hak yang belum wujud dan juga yang belum berlaku
sebabnya tidak dinamakan sebagai penguguran.Ia hanyalah sekadar janji,
dan ia tidaklah menjadikan pengguguran itu mengikat pada masa akan
datang. Contohnya termasuklah mengugurkan hak shuf`ah sebelum berlaku
jual beli, ibu menggugurkan hak penjagaan anak sebelum hak tersebut sabit
ke atasnya. Kedua-duanya tidak dikira pengguguran. Ia hanyalah sekadar
pernyataan kehendak untuk melepaskan hak pada masa akan datang. Oleh
itu ia boleh menarik balik hasratnya itu dan menuntut kembali haknya.
Pandangan fuqaha terhadap senario kedua:
Bagi senario kedua di mana tanāzul atau pengguguran hak dilakukan selepas wujudnya
sebab kepada sabitnya hak, para fuqaha ada dua pandangan:
7
Pandangan Pertama: Pengguguran hak tidak sah.
Pandangan ini dikemukakan oleh sebahagian fuqaha Hanafi dan juga Mazhab Shafiʿi.
Contoh kepada senario ini ialah pemilik hak shufʿah (al-shafīʿ) menggugurkan hak shufʿah
tersebut sebelum jiran atau rakan kongsinya menjual tanahnya kepada pihak ketiga.
Walaupun sebab kepada sabitnya hak shufʿah telah ada iaitu tanah al-shafīʿ ada hubungkait
dengan tanah rakan kongsinya atas asas perkongsian atau atau dengan tanah jirannya atas
asas kejiranan, tetapi mengikut pandangan pertama ini, pengguguran tersebut tetap tidak
sah kerana hak masih belum wujud walaupun sebabnya sudah ada. Walau bagaimanapun
sekiranya pengguguran hak shufʿah dilakukan selepas jiran atau rakan kongsinya menjual
tanah atau bahagian milik masing-masing kepada pihak ketiga, maka pengguguran tersebut
dikira sah. Mengikut al-Zaylaʿi (n.d.), sesuatu sebab hanya diambil kira setelah syarat
kepada sebab tersebut dipenuhi. Oleh itu, jika jiran atau rakan kongsi al-shafīʿ belum
menjual bahagian miliknya kepada pihak ketiga, maka keberkaitan tanah al-shafīʿ dengan
tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada sabitnya hak
shufʿah. Ini bermakna, tanpa memenuhi syarat kepada sebab berkenaan, maka pengguguran
tidak dikira sah walaupun sebab sudah ada sekalipun.
Al-Ramlī (1984, 4:79-80) juga menyatakan bahawa pandangan yang azhar (lebih kuat)
dalam Mazhab Shāfiʿī adalah pengguguran hak adalah tidak sah walaupun selepas
wujudnya sebab sebagaimana dalam teks berikut:
ا ل يجب وهو مان ل يبرأ في الظهر( إذ هو إبراء عم غير ")لو أبرأه المشتري عن الض
مان."وإن وجد سببه، والث صحيح، اني يبرأ لوجود سبب الض
“(Sekiranya pembeli melepaskan penjual daripada apa-apa tanggungan gantirugi [ekoran
daripada kewujudan kecacatan ( ʿayb) pada barang jualan] penjual tidak akan terlepas
daripada tanggungan bayaran gantirugi tersebut, mengikut pandangan yang lebih azhar).
Ini kerana dia memberi pelepasan tanggungan terhadap suatu yang belum ada, dan ini
adalah tidak sah, meskipun sebabnya sudah ada. Walau bagaimanapun mengikut
8
pandangan kedua, penjual tersebut dikira sudah terlepas daripada apa-apa tanggungan
gantirugi kerana sebab kepada sabitnya gantirugi sudah ada.”
Pandangan Kedua: Pengguguran hak adalah sah.
Pandangan ini dikemukakan oleh sebahagian fuqaha Ḥanafi (al-Kāsānī, 1986; al-Sarakhsī,
1993), mazhab Hanbali (al-Buhūtī, 1982), salah satu pandangan dalam Mazhab Maliki
(ʿAlīsh, n.d.) dan pandangan kedua (kurang kuat) dalam Mazhab Shafiʿi (al-Ramlī, 1984).
Al-Kāsānī (1986, 6:14) menyebut:
براء عن الحق براء عن الجرة قبل قبل الوجوب الوجوب بعد وجود سبب واإل جائز كاإل
جارة. مدة اإل مضي
“Dan pengguguran hak yang dibuat selepas wujudnya sebab walaupun sebelum sabitnya
hak adalah diharuskan seperti menggugurkan hak ke atas bayaran sewa sebelum tamat
tempoh sewaan.”
Al-Sarakhsī (1993, 24:92) menyatakan bahawa al-ʿafw (pemberian maaf oleh mangsa
jenayah atau keluarga mangsa jenayah) adalah pengguguran hak sebelum sabitnya hak
berkenaan, tetapi ia tetap sah dan diiktiraf oleh syarak kerana ia berlaku selepas wujudnya
sebab (iaitu kecederaan/kematian telah berlaku) sebagaimana dalam teks berikut:
سقاط "فإن العفو إسقاط ". بعد وجود السبب، واإل بعد وجود السبب، وقبل الوجوب يصح
“al-ʿAfw (pemberian maaf) adalah pengguguran hak selepas wujudnya sebab, dan
pengguguran yang dibuat selepas wujudnya sebab walaupun sebelum sabitnya hak adalah
sah.”
Al-Buhūtī (1982, 3:280) memberikan pandangan yang sama ketika mengulas pandangan
al-Hijāwī sebagaimana berikut:
سقاطه حقه بعد ( عفوه إل اد انعق )وإن عفا مجروح عمدا أو خطأ عن قود نفسه أو ديتها صح
سببه، ولن الجناية عليه فصح عفوه عنها كسائر حقوقه.
9
“(Sekiranya pihak yang cedera sama ada ia berpunca daripada jenayah yang disengajakan
atau tidak, telah memberi maaf dan melepaskan haknya untuk membalas balik atau hak ke
atas bayaran diyah, maka pengguguran hak tersebut adalah sah kerana ia berlaku selepas
wujudnya sebab kepada sabitnya hak berkenaan dan kerana jenayah telah berlaku ke
atasnya maka sah pemberian maaf tersebut (iaitu pengguguran hak berkenaan)
sebagaimana juga [pengguguran hak] terhadap keseluruhan hak-hanya [yang lain].”
Pandangan Pilihan
Selepas meneliti kedua-dua pandangan dan hujah-hujah mereka, penulis memilih
pandangan kedua yang mengatakan pengguguran sah dilakukan selepas wujudnya sebab.
Ini kerana hujah yang diberikan oleh pandangan kedua tersebut lebih kuat berbanding
pandangan pertama. Apabila al-Sarakhsī menjadikan al-ʿafw sebagai contoh kepada
keharusan pengguguran hak selepas wujudnya sebab, dia sebenarnya memberikan suatu
bukti daripada al-Quran sendiri yang mengiktiraf perkara tersebut. Allah SWT berfirman
dalam Surah al-Baqarah ayat 178:
نثى يا أيها الذين آمنوا كتب عليك القصاص في القتلى الحر بالحر والعبد بالعبد وال
لك تخفيف بالنثى فمن عفي له من أخيه شيء فات باع بالمعروف وأداء إ ن ليه بإحسان ذ م
لك فله عذاب ألي ب ك ورحمة فمن اعتدى بعد ذ ر
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas"
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang
merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan
perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya
(pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara
yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan
bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang
melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.”
Dalam Surah al-Shura, ayat 40, Allah SWT Berfirman:
إنه ال ي ثلها فمن عفا وأصلح فأجره على للا حب الظالمين وجزاء سي ئة سي ئة م
10
“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang
bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan
berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan
yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku
zalim.”
Berdasarkan kepada dua ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa Allah SWT mengiktiraf
al-ʿafw dan ia merupakan pengguguran hak yang dilakukan sebelum sabit/ wujudnya hak
tetapi selepas berlakunya sebab kepada pensabitan hak tersebut. Pengiktirafan ini
menunjukkan bahawa kewujudan sebab kepada pensabitan hak sudah memadai untuk
menjadikan pengguguran suatu hak itu sah dan tidak perlu menunggu sehingga sabitnya
hak tersebut. Dalam konteks ini, mangsa jenayah boleh memberi maaf sebaik sahaja
jenayah ke atasnya telah dilakukan walaupun hukuman qisas atau diyah belum diputuskan.
Sebagai kesimpulan, penulis berpandangan tanāzul awal (upront tanāzul) adalah
dibolehkan dengan syarat telah berlaku sebab yang mensabitkan hak tersebut. Sebagai
contoh, jika kontrak ijārah telah dilakukan, maka pengguguran hak ke atas bayaran sewa
boleh dilakukan kerana kontrak itu adalah sebab kepada sabitnya hak pemberi sewa ke atas
bayaran sewa, meskipun hak tersebut belum benar-benar berkuatkuasa iaitu setelah berlalu
atau tamat tempoh sewaan. Walahu aʿlam.
c) Tanāzul Muʿallaq
Dalam membincangkan isu tanāzul muʿallaq ini, penulis merujuk kepada perbincangan
para fuqaha tentang isqāṭ muʿallaq. Ini kerana kedua-dua istilah tersebut mempunyai
perkaitan yang rapat sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini.
Dalam perbincangan tentang isqāṭ muʿallaq, al-Shulaybik (1999) membahagikan isqāṭ
kepada tiga jenis iaitu (i) isqāṭ semata-mata (isqāṭ maḥḍ) seperti talak dan shufʿah , (ii)
isqāṭ dengan balasan (isqāṭ bi ʿiwaḍ) tetapi tidak melibatkan pertukaran hak milik seperti
11
khuluʿ dan (iii) isqāṭ tanpa balasan tetapi melibatkan pertukaran pemilikan seperti
pengguguran hutang daripada tanggungan seseorang (ibra’ ʿan dayn).
i) isqāṭ semata-mata
Para fuqaha sepakat membolehkan isqāṭ mu`allaq sekiranya ia melibatkan isqāṭ
semata-mata. Sebagai contoh, jika sisuami berkata kepada isterinya: “jika awak
masuk rumah, jatuh talak satu”. Sekiranya berlaku apa yang menjadi subjek
taʿliq iaitu isteri memasuki rumah, maka jatuhlah talak tersebut (al-Kasani,
1968; Ibn Juzay, n.d.; al-Nawawi, 1991; al-Buhuti, 1982)
ii) Isqāṭ dengan balasan.
Para fuqaha berselisih pandangan sama ada isqāṭ jenis ini boleh ditaʿliq atau
tidak. Mengikut kebanyakan fuqaha Hanafi, Maliki, Shafi`i dan Hanbali (Ibn
`Abidin, 1966; al-Dasūqi, n.d.; al-Nawawi, 1991; Ibn Qudamah, 1995), isqāṭ
jenis ini boleh ditaʿliq seperti suami mentaʿliqkan khuluʿ dengan berlakunya
sesuatu perkara. Fuqaha Hanafi dan Hanbali tidak membenarkan taʿliq khulu`
jika dilakukan oleh isteri. (Ibn Nujaym, 1993; al-Buhūtī, 1982).
iii) Isqāṭ tanpa balasan tetapi melibatkan pertukaran hak milik
Mengikut fuqaha Hanafi (al-Kāsānī, 1986), Shafiʿi (al-Sharbīnī, n.d) dan
Hanbali (al-Buhūtī, 1982), isqāṭ muʿallaq tidak dibenarkan jika ia melibatkan
pertukaran hak milik. Ini kerana sebarang pemindahan hak milik mestilah bebas
dari sebarang syarat. Sebarang syarat ke atas pemindahan hak milik akan
menjadikan pemindahan hak milik tersebut suatu yang belum pasti. Ini kerana
apa yang disyaratkan itu juga belum pasti akan terjadi atau tidak pada masa
akan datang.
Walau bagaimanapun, mengikut fuqaha Maliki (al-Ḥaṭṭāb, 1992; al-Dasūqī,
n.d.), isqāṭ muʿallaq dibenarkan sekiranya ia tiada balasan meskipun ia
melibatkan pemindahan hak milik. Daripada apa yang dinyatakan ini, boleh
12
ditafsirkan bahawa pemindahan hak milik tanpa balasan sama hibah
muʿallaqah.
Dalam konteks hibah muʿallaqah, ia dibenarkan oleh fuqaha Maliki (al-Dasūqī,
n.d.), sebahagian fuqaha Hanafi (al-Kāsānī, 1986) and sebahagian fuqaha
Hanbali seperti Ibn Taymiyyah and Ibn al-Qayyim (Ibn al-Qayyim, 1991).
Mereka berhujah berdasarkan hadith berikut:
عليه عنهما قال: قال النبي صلى للا رضي للا عن جابر بن عبد للا
فل «. لو قد جاء مال البحرين قد أعطيتك هكذا وهكذا وهكذا»وسل :
ا جاء مال يجئ مال البحرين حتى قب عليه وسل ، فلم ض النبي صلى للا
عليه وسل صلى للا البحرين أمر أبو بكر فنادى: من كان له عند النبي
عليه وسل ق عدة أو دين فليأتنا، فأتيته فقلت: إن النبي ال لي كذا صلى للا
.وكذا، فحثى لي حثية، فعددتها فإذا هي خمس مائة، وقال: خذ مثليها
Daripada Jābir ibn Abdillah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila harta daripada Bahrain sampai, saya akan berikan kepada
kamu sekian, sekian dan sekian.” Walau bagaimanapun harta dari
Bahrain tersebut tidak sampai sehingga Baginda wafat. Apabila harta
tersebut sampai pada zaman pemerintahan Abū Bakr RA, dia membuat
pengumuman : Mana-mana yang Nabi SAW telah berjanji [untuk
memberi sebahagian harta kepadanya] atau berhutang dengannya, maka
dia hendaklah datang kepadaku.” Aku pergi menemuinya dan berkata:,
“Nabi SAW telah memberitahuku [bahagianku] sekian dan sekian.”
Lalu dia [Abu Bakr] mengambil segenggam penuh harta tersebut dan
memberikannya kepadaku. Aku membilangnya dan aku dapati ia
berjumlah lima ratus dirham. Kemudian Abū Bakr RA berkata
kepadaku, “Ambil 2 kali ganda lagi sebanyak jumlah itu” (al-Bukhārī,
Hadith no. 2297, 3:96).
13
Walau bagaimanapun, mengikut fuqaha Hanafi (al-Kāsānī, 1986), Shafiʿi (al-
Shīrāzī, 1995), sebahagian fuqaha Hanbali (Ibn Qudāmah, 1995) and Zahiri
(Ibn Ḥazm, n.d), hibah muʿallaqah tidak diharuskan kerana taʿliq dalam
sesuatu kontrak akan menjadikan kontrak tersebut ada unsur gharar yang
dilarang dalam Islam.
Penulis lebih cenderung kepada pandangan yang membenarkan hibah
muʿallaqah. Ini kerana gharar yang diharamkan dalam Islam hanya terhad
kepada gharar yang banyak (gharar fāhish) yang boleh membawa kepada
pertelingkahan dan pergaduhan antara pihak yang berkontrak serta boleh
menyebabkan kemudaratan kepada salah satu pihak yang berkontrak. Walau
bagaimanapun, dalam kontrak tabarruʿ, perkara-perkara tersebut tidak mungkin
berlaku memandangkan satu pihak memberi sesuatu kepada pihak yang lain
secara percuma tanpa meminta apa-apa balasan daripada pihak satu lagi. Oleh
itu tidak timbul isu sama ada yang diterima itu berpadanan dengan apa yang
diberi atau sebagainya kerana tiada apa yang ingin dipersoalkan atau
dibandingkan apabila suatu barang diterima atau diberi secara percuma. Ini
amat berbeza dengan kontrak pertukaran seperti jual beli di mana satu pihak
memberi sesuatu dengan harapan dia akan menerima daripada pihak satu lagi
sesuatu yang sepadan dengan apa yang diberi. Oleh itu, apabila wujud unsur
gharar yang banyak, tentu sekali akan menimbulkan pergaduhan antara penjual
dan pembeli dan juga ketidakadilan akan berlaku kerana apa yang diterima oleh
sebelah pihak tidak sepadan dengan apa yang diberi.
TANĀZUL DALAM AMALAN SEMASA
Dalam penulisan yang agak terhad ini serta kesuntukan masa, penulis hanya mampu
fokuskan kepada dua bentuk amalan sahaja iaitu tanāzul dalam sukuk mushārakah dan
muḍārabah dan tanāzul dalam saham keutamaan.
14
Tanāzul dalam sukuk mushārakah dan muḍārabah
Perbincangan tentang tanāzul dalam sukuk hanya difokuskan kepada sukuk mushārakah
dan sukuk muḍārabah sahaja kerana pada kebiasaannya tanāzul diaplikasi dalam kedua-
dua sukuk ini walaupun tidak ia boleh juga berlaku dalam sukuk lain. Tambahan pula
aplikasi tanāzul awal dalam sukuk mushārakah dan muḍārabah banyak menimbulkan
persoalan berkaitan keselariannya dengan muqtaḍā ʿaqd kontrak perkongsian tersebut.
Dalam sukuk, ada beberapa senario di mana prinsip tanāzul diaplikasi (Badri & Mohamad,
2014):
Senario 1- Pelabur memberi persetujuan untuk tanāzul haknya ke atas keuntungan
yang melebihi kadar keuntungan jangkaan (expected profit) dan
memberikannya kepada penerbit sebagai bayaran insentif (incentive fee).
Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen
“Principal Terms and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:
1- Sukuk Musyarakah terbitan Putrajaya Holding Berhad:
“If the distributable profits generated from a Venture is more than the relevant
Expected Periodic Payment to be made in respect of a particular scheduled
Periodic Payment Date, the excess will be retained by the Manager as incentive
fee (“Incentive Fee”) for managing the Venture.”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-
file/4597)
2- Sukuk Musyarakah terbitan Mah Sing Group Berhad:
“…Upon dissolution of the Musharakah Venture pursuant to the Dissolution
Events (as defined in item 2(v) below) and/or Enforcement Events (as defined
in item 2(v) below) and if there is a positive balance in the Reserve, such
amount will be paid to the Issuer (as Manager) as an incentive fee by way of
the concept of tanazul.”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-
file/4563)
15
3- Sukuk Musyarakah terbitan Kesas Sdn Bhd:
“In the event the Sukukholders’ entitlement to distributable income generated
from the Musharakah Venture is greater than the Expected Return, the
Sukukholders shall agree that the excess distributable income generated from
the Musharakah Venture shall be retained by the Manager as incentive fee.”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-
file/4473)
4- Sukuk Mudharabah terbitan Sunway Treasury Sukuk Sdn Bhd:
“Under the Mudharabah Venture, the Sukukholders have agreed upfront that
they shall receive profits up to the Expected Return. Any amounts in excess of
the Expected Return shall be given to the Mudharib as an incentive fee for
successfully managing the Mudharabah Venture. A partner may waive his
right under the Shariah principle of Tanazul on the profit payments from the
Mudharabah Venture, if he desires so.”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-
file/4612)
Senario 2- Pelabur junior tanāzul haknya terhadap keuntungan dengan memberikan
keutamaan kepada pelabur yang senior untuk memperolehi keuntungan
lebih dahulu.
Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen “Principal Terms
and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:
Sukuk Musyarakah terbitan Alpha Circle Sdn Bhd:
“Any profit or losses derived from the Musharakah Venture will be distributed
or borne by the Musharakah Partners in proportion to each Partner’s respective
capital contribution of the Musharakah Capital. However, subject to the
availability of profit and based on the priority of ranking in accordance with the
Tanazul arrangement, the Senior Sukuk investors are expected to receive their
Expected Periodic Distribution first, and if there remains sufficient profit, the
16
Junior Sukuk investors will be able to receive their Expected Periodic
Distribution subsequently.”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-
file/4250)
Senario 3- Penerbit/mudarib bersetuju untuk tanāzul apa-apa keuntungan yang dia
berhak hasil daripada projek mudarabah.
Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen “Principal Terms
and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:
Sukuk Mudarabah terbitan KNM Capital Sdn Bhd:
“Profits from the Mudharabah arrangement shall be shared according to a fixed
preagreed Profit Sharing Ratio of 1:99 (Mudharib:Rabb al-mal). The Rabb al-mal
(Issuer) shall agree upfront that their entitlement (i.e refund of capital and h
expected profit sharing amounts) shall not exceed the aggregate amount stated in
Item 2(f) hereunder and the relevant profit sharing amounts due as per the rates (to
be determined) under Item 2(g) hereunder to service the debt obligations of the
Issuer under the ICP/IMTN Programme when it is due. However, pursuant to a
“Tanazul” (waiver) granted from the onset, the Mudharib shall agree to waive any
profits due to them from the Mudharabah arrangement.”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-file/1960)
Senario 4- Ketika dalam situasi pembubaran, pemegang sukuk subordinat
(subordinated sukukholders) bersetuju untuk tanāzul haknya terhadap
modal dengan memberikan keutamaan kepada pemegang sukuk senior
untuk memperolehi modalnya terlebih dahulu.
Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen “Principal Terms
and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:
Subodinated sukuk musyarakah yang diterbitkan oleh Bank Muamalat Malaysia Bhd:
17
“The obligation under the Subordinated Sukuk Programme pursuant to the
Purchase Undertaking will, in the event of a winding-up or liquidation of the Issuer,
be subordinated in right of payments to the claims of Senior Creditors...”
(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-file/3539)
Daripada empat senario yang dinyatakan di atas, ada beberapa isu syariah yang berbangkit
sebagaimana berikut:
1) Tanāzul awal (upront tanāzul)
2) Tanāzul muʿallaq
3) Menyalahi muqtaḍā ʿaqd
Berkenaan dengan tanāzul awal, perbincangan terdahulu telah mengemukakan pandangan
yang menentang dan juga pandangan yang membenarkan. Penulis juga telah menyatakan
pendirian bahawa tiada masalah jika tanāzul awal ingin dilakukan dengan syarat ia dibuat
setelah sebab kepada pensabitan hak telah wujud. Dalam konteks sukuk mushārakah dan
muḍārabah, kontrak tersebut hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum tanāzul
dilakukan kerana kontrak itu merupakan sebab kepada pensabitan hak pihak yang
berkontrak terhadap keuntungan yang akan terhasil. Mungkin timbul persoalan adakah
syarat tersebut dipenuhi dalam amalan sukuk semasa. Pada pandangan penulis, syarat
tersebut telah dipenuhi kerana ketika kontrak mushārakah atau muḍārabah dilakukan,
syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama akan terpakai. Ini bermakna, persetujuan
untuk menerima pakai segala syarat yang telah dibuat sebelumnya semasa akad dilakukan
menjadikan syarat tersebut hanya terpakai setelah akad dilakukan. Tanpa berlakunya akad
terlebih dahulu, syarat tersebut tidak akan memberi apa-apa implikasi.
Bagi isu tanāzul muʿallaq pula, penulis telahpun menyatakan bahawa pandangan yang
membolehkannya adalah lebih kuat berdasarkan hujah-hujah yang telah penulis nyatakan
sebelum ini. Dalam aplikasi tanāzul seperti dalam senario 1, ia tidak melibatkan apa-apa
balasan walaupun melibatkan pemindahan hak milik. Oleh itu, ia merupakan satu
18
pemberian sebelah pihak yang mana kewujudan gharar dilihat tidak akan membawa
kepada pertikaian dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, bagi senario 2 yang melibatkan keutamaan diberikan kepada pelabur
senior untuk mendapat keuntungan jangkaan terlebih dahulu, ada kebarangkalian pelabur
junior tidak memperolehi keuntungan sekiranya tiada apa-apa yang berbaki setelah
diberikan kepada pelabur senior. Ini boleh membawa kepada isu tidak wujud perkongsian
keuntungan antara rakan kongsi sedangkan dalam akad mushārakah atau muḍārabah,
perkongsian keuntungan merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi. Jika tidak, ia akan
menyalahi muqtaḍā ʿ aqd tersebut (al-Kāsānī, 1986; Ibn Qudāmah, 1995; al-Sharbīnī, n.d.).
Keadaan yang sama juga boleh berlaku dalam senario 4 di mana pemegang sukuk
subordinat (subordinated sukukholders) memberikan keutamaan kepada pemegang sukuk
senior untuk memperolehi modalnya terlebih dahulu. Ada kebarangkalian pemegang sukuk
subordinat tidak mendapat kembali modalnya sekiranya tiada apa-apa yang berbaki setelah
pemegang sukuk senior memperolehi modalnya. Ini juga akan menimbulkan isu
tanggungan kerugian yang tidak berdasarkan peratus sumbangan modal sedangkan dalam
kontrak mushārakah, tanggungan kerugian mesti berdasarkan peratus sumbangan modal
masing-masing (al-Kāsānī 1986; Ibn Qudāmah, 1995; al-Sharbīnī, n.d.; al-Dasūqi n.d).
Bagi senario 3, di mana muḍārib menggugurkan keseluruhan haknya ke atas keuntungan.
Dalam akad muḍārabah, jika muḍārib bersetuju untuk tidak menerima apa-apa
keuntungan, kontrak tersebut bertukar menjadi kontrak ibdāʿ di mana pihak pengusaha
hanya mengusahakan modal secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa pulangan
(Malik, 1994). Walau bagaimanapun, majoriti fuqaha menyatakan kontrak mudarabah
terbatal jika terdapat persetujuan seumpama itu (al-Kāsānī 1986; Ibn Qudāmah, 1995; al-
Sharbīnī, n.d.). Pada pandangan penulis, memandangkan muqtaḍā ʿaqd muḍārabah ialah
perkongsian keuntungan, maka syarat seumpama tersebut dikira boleh membatalkan akad
muḍārabah jika sekiranya ia dibuat semasa akad ditandatangani. Walau bagaimanapun,
sekiranya muḍārib bersetuju untuk memberikan keseluruhan keuntungan kepada pemodal
setelah terhasilnya keuntungan, maka ianya tidak menyalahi muqtaḍā ʿaqd muḍārabah.
19
Senario ini agak berbeza dengan scenario 1 di mana dalam senario 1, perkongsian
keuntungan tetap wujud kerana hanya bahagian lebihan sahaja yang diberikan kepada salah
satu pihak yang berkongsi.
Tanāzul dalam saham keutamaan
Secara umumnya saham keutamaan merujuk kepada saham yang memberikan kepada
pemegangnya; pulangan tetap, keutamaan untuk menerima keuntungan dan untuk
menuntut modal lebih dahulu berbanding pemegang saham biasa.
Berhubung dengan pemberian keutamaan kepada pemegang saham keutamaan untuk
menerima keuntungan lebih dahulu daripada pemegang saham biasa, pihak Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) menyatakan ianya berdasarkan kepada
prinsip tanazul ( Suruhanjaya Sekuriti, 2006).
Antara contoh klausa berkaitan keutamaan untuk mendapat keuntungan lebih dahulu
adalah seperti dalam Circular of Islamic Irredeemable Covertible Preference Share (ICPS-
i) terbitan TH Heavy Engineering Berhad:
“The ICPS-i will rank ahead in regards to payment of dividends in all classes of shares in
our Company, subject to ratification by our Board at the point of dividend distribution.”
(http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-
announcements/4727741)
Walau bagaimanapun, tiada keputusan secara jelas daripada pihak MPS SC berkaitan
dengan keutamaan untuk mendapat balik modal ketika pembubaran (winding up) atau
pencairan aset (liquidation) sama ada ia juga berasaskan tanazul atau tidak.
Pada pandangan penulis, dalam situasi pembubaran syarikat atau pencairan aset syarikat,
apabila pemegang saham biasa memberi keutamaan kepada pemegang saham keutamaan
untuk mendapat modal mereka terlebih dahulu, ia juga diasaskan kepada prinsip tanāzul.
Ini kerana pemilik saham sebenarnya ada hak untuk memperolehi semula modal mereka
tetapi tertakluk kepada peratus kerugian yang masing-masing tanggung. Dengan kata lain,
jika dalam keadaan tiada kerugian berlaku, mereka mungkin boleh dapat kembali kesemua
modal mereka dan dalam keadaan berlaku kerugian, masing-masing tidak akan dapat
20
keseluruhan modal mereka kerana mereka mesti menanggung kerugian berdasarkan
peratus sumbangan modal masing-masing. Oleh itu, tanāzul dalam konteks ini sebenarnya
merujuk kepada tanāzul daripada pihak pemegang saham biasa untuk menerima modal
secara serentak atau bersekali dengan pemegang saham keutamaan.
Antara isu Syariah yang boleh berbangkit daripada aplikasi tanāzul dalam saham
keutamaan ialah tanāzul awal dan pelanggaran muqtaḍā `aqd.
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, penulis berpandangan tiada halangan
untuk melakukan tanāzul awal berdasarkan hujah yang telah disebut sebelum ini. Walau
bagaimanapun, bila dirujuk kepada klausa dalam Circular of ICPS-i di atas, nampaknya
pemberian keutamaan tersebut yang berasaskan kepada konsep tanāzul adalah tertakluk
kepada pengesahan (ratification) daripada Lembaga Pengarah syarikat berkenaan ketika
pembahagian dividen dibuat. Dalam konteks ini, tanāzul yang dibuat ini adalah tanāzul
bersyarat atau tanāzul yang ada unsur taʿliq. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum
ini, penulis mentarjihkan pandangan yang membenarkan tanāzul muʿallaqah kerana dalam
konteks saham keutamaan ini tanāzul tersebut adalah dalam kategori tanāzul yang tiada
balasan walaupun ada pemindahan hak milik. Selain daripada itu, tidak berbangkit isu
tanāzul awal dalam ICPS-i tersebut kerana ianya hanya terpakai apabila Lembaga Pengarah
membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tersebut pada masa pembahagian
dividen dibuat. Ini kerana pada ketika ini keuntungan telah ada. Oleh itu, tanāzul tersebut
dibuat setelah kewujudan keuntungan dan bukan sebelumnya.
Merujuk kepada pemberian keutamaan kepada pemegang saham keutamaan untuk
mendapat balik modalnya terlebih dahulu berbanding pemegang saham biasa semasa
pembubaran syarikat/pencairan aset, penulis berpandangan tanāzul dalam konteks ini
boleh membawa kepada isu tanggungan kerugian oleh kedua-dua belah pihak tanpa
didasarkan kepada peratus sumbangan modal sedangkan mengikut peraturan kontrak
musyarakah, tanggungan kerugian mesti berdasarkan peratus sumbangan modal setiap
21
rakan kongsi. Ini menyebabkan tanāzul ini dilihat bertentangan dengan muqtaḍā `aqd
mushārakah iaitu perkongsian kerugian berdasarkan peratus sumbangan modal.
Pertentangan dengan muqtaḍā `aqd ini boleh berlaku jika tanāzul itu dibuat sebelum
wujudnya sebab kepada pensabitan hak untuk menuntut balik modal.
Walau bagaimanapun, jika tanāzul itu dibuat ketika telah berlaku pembubaran syarikat atau
setelah aset dicairkan, maka tanāzul pada ketika itu tidaklah menyalahi muqtaḍā `aqd
musharakah. Ini kerana pembubaran/pencairan aset adalah sebab kepada sabitnya hak
terhadap modal. Oleh itu, masing-masing mempunyai kebebasan untuk membuat apa
sahaja yang dipersetujui bersama asalkan ia berasaskan kepada persetujuan bersama.
Pendekatan ini telah diambil oleh TH Heavy Engineering Berhad ketika menawarkan
ICPS-i sebagaimana dalam klausa berikut:
“The ICPS-i will rank in priority to THHE Shares in any distribution of
assets in the event of liquidation, dissolution, winding-up, reduction of
capital or other payment of capital other than on redemption of any other
class of redeemable shares) of our Company, subject to ratification by our
Board at the point of the liquidation, dissolution or winding-up of our
Company.” (http://www.bursamalaysia.com/market/listed-
companies/company-announcements/4727741)
Kesimpulan
Perkataan tanāzul, isqāṭ dan ibrā’ mempunyai perkaitan yang rapat, yang mana secara
umumnya kesemua istilah tersebut merujuk kepada pengguguran hak. Namun istilah ibrā’
lebih khusus maknanya berbanding istilah tanāzul dan isqāṭ.
Tanāzul yang dibuat sebelum wujudnya sebab kepada pensabitan sesuatu hak adalah tidak
sah. Walau bagaimanapun jika sebab telah ada, maka mengikut pandangan sebahagian
fuqaha, tanāzul adalah sah. Pandangan ini merupakan pandangan yang kuat berbanding
pandangan yang mengatakan tanāzul tidak sah kerana konsep al-ʿafw yang diperakui
22
syarak secara jelas dalam al-Quran merupakan satu bentuk tanāzul sebelum hak wujud atau
sabit tetapi sebab kepada pensabitan hak tersebut telah berlaku iaitu perlakuan jenayah.
Tanāzul muʿallaq pula dibenarkan walaupun dalam perkara yang melibatkan pertukaran
hak milik dengan syarat ia tidak melibatkan tanāzul yang ada balasan. Ini kerana suatu
yang diberi tanpa balasan termasuk dalam kategori tabarruʿ. Oleh itu kewujudan taʿliq
tidak membawa kepada wujudnya gharar yang boleh membawa kepada pertelingkahan
antara kedua pihak yang terlibat.
Walau bagaimanapun tanāzul awal yang melibatkan pemulangan modal, ada kemungkinan
ia boleh membawa kepada isu pembahagian tanggungan kerugian yang tidak berdasarkan
peratus sumbangan modal. Oleh itu, sebelum pembubaran syarikat berlaku, tanāzul masih
belum boleh dilakukan. Ini kerana pembubaran tersebut merupakan “sebab” kepada
sabitnya hak rakan kongsi untuk menuntut modal masing-masing. Setelah
pembubaran/pencairan aset sudah berlaku, maka ketika ini tanāzul sah dilakukan kerana
sebab telahpun wujud.
RUJUKAN
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions. (2015). Shari’ah
Standards. Bahrain: AAOIFI.
ʿAlīsh. (n.d.). Fatḥ al-ʿAlī al-Mālik fī al-Fatwā ʿalā Madhdab al-Imām Mālik. Beirut: Dār
al-Maʿrifah.
Al-ʿAynī. (2000). Al-Bināyah Sharḥ al-Hidāyah. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Buhūtī. (1982). Kashshāf al-Qinaʿ ʿan Matn al-Iqnāʿ. Beirut: Dār al-Fikr.
Al-Bukhārī. (1422AH). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. N.p.: Dār Ṭawq al-Najāh.
Al-Dasūqī. (n.d.). Ḥāshiyat al-Dāsūqī ʿala al-Sharḥ al-Kabīr. Beirut: Dār al-Fikr.
Al-Ḥattab. (1992). Mawāhib al-Jalīl lī Sharḥ Mukhtaṣār Khalīl. Beirut: Dār al-Fikr.
23
Al-Kāsānī. (1986). Badāʾiʿ al-Ṣanāʾiʿ fi Tartīb al-Sharāʾiʿ. Beirut: Dār al-Kutub al-
ʿIlmiyyah.
Al-Nawawī. (1991). Rawḍat al-Tālibīn wa ʿ Umdat al-Muftīn. Beirut: Al-Maktab al-Islāmī.
Al-Ramlī. (1984). Nihāyat al-Muḥtāj ilā Sharḥ al-Minhāj. Beirut: Dār al-Fikr.
Al-Sarakhsī. (1993). Al-Mabsūṭ. Beirut: Dār al-Maʿrifah.
Al-Sharbīnī. (n.d.). Mughnī al-Muḥtāj ilā Maʿrifat Maʿānī Alfāẓ al-Minhāj. Beirut: Dār al-
Fikr.
Al-Shirāzī. (1995). Al-Muhadhdhab fī Fiqh Imām al-Shāfiʿī. Beirut: Dār al-Kutub al-
ʿIlmiyyah.
Al-Zaylaʿī. (n.d.). Tabyīn al-Ḥaqāʾiq Sharḥ Kanz al-Daqāʾiq. N.p.: Dār al-Kitāb al-Islāmī.
Al-Zuḥaylī, W. (1997). Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuh. Beirut: Dār al-Fikr.
Badri, M.B. & Mohamad, S. (2014). Tanazul in Sukuk Issuances: A Critical Analysis of
the Malaysian Applications, ISRA Research Paper No 75/2014. Kuala Lumpur: ISRA.
Bursa Malaysia, http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies.
Ibn al-Qayyim. (1991). Aʿlām al-Muwaqqiʿīn ʿan Rabb al-ʿĀlamīn. Beirut: Dār al-Kutub
al-ʿIlmiyyah.
Ibn ʿĀbidīn. (1966). Radd al-Muḥtār ʿalā al-Durr al-Mukhtār. Beirut: Dār al-Fikr.
Ibn Ḥazm. (n.d.). Al-Muḥallā. Cairo: Dār al-Turāth.
Ibn Juzay. (n.d.). Al-Qawānīn al-Fiqhiyyah. Beirut: Dār al-Fikr.
Ibn Nujaym. (1993). Al-Baḥr al-Rāʾiq, Sharḥ Kanz al-Daqāʾiq. Beirut: Dār al-Maʿrifah.
Ibn Qudāmah. (1995). Al-Mughnī. Beirut: Dār al-Kitāb al-ʿArabī.
Shulaybik, A.S. (1999). Aḥkām al-Isqāṭ fī al-Fiqh al-Islāmī. Urdun: Dār al-Nafā’is.
Securities Commission Malaysia. http://issuance.sc.com.my .
24
Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
(Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.
Wizārat al-Awqāf wa al-Shuʾūn al-Islāmiyyah. (1992). Al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaytiyyah. Kuwait: Wizārat al-Awqāf wa al-Shuʾūn al-Islāmiyyah