24
1 TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN AMALAN SEMASA 1 Oleh Dr Shamsiah Mohamad 2 PENDAHULUAN Konsep tanāzul banyak digunakan dalam produk kewangan Islam terutama produk pasaran modal Islam. Penggunaan konsep tanāzul ini kadang-kadang bagi menunjukkan tanda penghargaan kepada satu pihak lain yang sama-sama berusaha menjayakan suatu projek pelaburan yang menghasilkan keuntungan sebagaimana yang diharapkan sebagaimana yang berlaku dalam sukuk. Kadang-kadang ia digunakan bagi memberikan satu kelebihan/keutamaan kepada pihak lain sebagaimana yang berlaku dalam saham keutamaan. Penggunaan tanāzul yang rata-ratanya bersifat upfront tanāzul (tanāzul sebelum terhasilnya sesuatu yang hendak ditanāzulkan dan selepas ini penulis menggunakan istilah tanāzul awal) telah menimbulkan perbahasan dan pertikaian di kalangan para cendekiawan Islam semasa. Pertikaian ini timbul ekoran daripada terdapatnya para ulamak terdahulu yang tidak membenarkan upront tanāzul. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan cuba membicarakan tentang perbincangan para fuqaha terdahulu tentang upront tanāzul dan tanāzul muʿallaq dan seterusnya membuat penilaian terhadap amalan semasa dalam sukuk dan saham keutamaan. 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2016 kali ke 11, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pada 23 November 2016. 2 Penyelidik Kanan, International Shari`ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

1

TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN AMALAN

SEMASA1

Oleh

Dr Shamsiah Mohamad2

PENDAHULUAN

Konsep tanāzul banyak digunakan dalam produk kewangan Islam terutama produk pasaran

modal Islam. Penggunaan konsep tanāzul ini kadang-kadang bagi menunjukkan tanda

penghargaan kepada satu pihak lain yang sama-sama berusaha menjayakan suatu projek

pelaburan yang menghasilkan keuntungan sebagaimana yang diharapkan sebagaimana

yang berlaku dalam sukuk. Kadang-kadang ia digunakan bagi memberikan satu

kelebihan/keutamaan kepada pihak lain sebagaimana yang berlaku dalam saham

keutamaan.

Penggunaan tanāzul yang rata-ratanya bersifat upfront tanāzul (tanāzul sebelum

terhasilnya sesuatu yang hendak ditanāzulkan dan selepas ini penulis menggunakan istilah

“tanāzul awal”) telah menimbulkan perbahasan dan pertikaian di kalangan para

cendekiawan Islam semasa. Pertikaian ini timbul ekoran daripada terdapatnya para ulamak

terdahulu yang tidak membenarkan upront tanāzul.

Sehubungan dengan itu, kertas ini akan cuba membicarakan tentang perbincangan para

fuqaha terdahulu tentang upront tanāzul dan tanāzul muʿallaq dan seterusnya membuat

penilaian terhadap amalan semasa dalam sukuk dan saham keutamaan.

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2016 kali ke 11, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pada 23 November 2016. 2 Penyelidik Kanan, International Shari`ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Page 2: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

2

PENGERTIAN TANĀZUL DAN KAITANNYA DENGAN ISQĀṬAL-ḤĀQ DAN

IBRĀ’

Istilah tanāzul banyak digunakan oleh para fuqaha baik dalam bab muʿamalāt (hal ehwal

kewangan), munākaḥāt (hal ehwal perkahwinan), jenayah dan lain-lain. Ketiga-tiga istilah

tersebut kadang-kadang digunakan secara bergilir-gilir sebagaimana dalam teks berikut:

ريح نحو أن يقول الشفيع: أبطلت الشفعة أو أسقطتها أو أبرأتك عنها نحو و "فالتنازل الص

ذلك".

Maksudnya: Tanāzul yang nyata adalah seperti al-shafīʿ (penuntut hak shufʿah) berkata:

Saya telah batalkan al-shufʿah atau saya mengugurkannya atau saya bebaskan awak

daripada tuntutan hak shufʿah atau sebagainya” (Wizārat al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-

Islāmiyyah, 1992).

Pengunaan ketiga-tiga istilah berkenaan sebagaimana dalam teks di atas membuktikan

ketiga-tiganya mempunyai perkaitan yang rapat dan boleh dikatakan tidak banyak

perbezaan yang besar antara ketiga-tiganya.

Dalam penulisan fekah klasik memang para fuqaha terdahulu tidak memberi definisi secara

khusus kepada istilah tanāzul. Dalam penulisan mereka, istilah isqāṭ al-ḥaq dan ibrā’

banyak digunakan berbanding istilah tanāzul. Penggunaan istilah tanāzul ini dapat dilihat

dalam penulisan semasa. Contohnya dalam Shariah Standard yang diterbitkan oleh

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI):

ذا ل إ "يجوز للمؤسسة ان تتنازل عن جزء من الثمن عند تعجيل المشتري سداد التزاماته

يكن بشرط متفق عليه في العقد".

Maksudnya: “Adalah diharuskan kepada sesebuah institusi untuk tanazul daripada

sebahagian harga apabila pembeli membuat pembayaran awal sekiranya ia bukan

berdasarkan persetujuan bersama dalam kontrak” (AAOIFI, 2015, Standard 8, Article 5/9).

Page 3: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

3

Penggunaan istilah tanāzul ini dapat juga dilihat dalam keputusan Majlis Penasihat Syariah

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagaimana berikut:

“Majlis Penasihat Syariah (MPS) dalam mesyuaratnya yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah

memutuskan bahawa saham keutamaan asas (bukan kumulatif) adalah diharuskan

berasaskan kepada konsep tanazul” (Suruhanjaya Sekuriti, 2006, h. 102).

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (2006), perkataan tanāzul diertikan sebagai “mengugurkan

tuntutan haknya”. Ini bermakna, perkataan tanazul mempunyai makna yang sama dengan

pengguguran hak atau disebut dalam Bahasa Arab sebagai isqāṭ al-ḥaq.

Mengikut al-Shulaybik (1999), perkataan isqāṭ boleh membawa dua maksud iaitu sama

ada yang melibatkan pengguguran hak milik (isqāṭ al-milk) seperti pembebasan hamba

atau yang melibatkan pengguguran hak (isqāṭ al-ḥaq) seperti al-ʿafw (pemberian maaf oleh

waris si mati kepada pembunuh) atau al-shufʿah (hak untuk membeli balik aset yang telah

dijual oleh rakan kongsi atau jiran kepada pihak ketiga walaupun tanpa kerelaan pihak

ketiga tersebut).

Sementara perkataan ibrā’ pula bermaksud pengguguran hak yang ada dalam tanggungan

orang lain seperti pengguguran hutang. (Wizārah al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyah,

1992). Ini kerana hutang adalah suatu yang ada dalam tanggungan seseorang dan hutang

ini pula menjadi hak kepada pemberi hutang. Walau bagaimanapun pemberi hutang boleh

menggugurkan haknya ke atas hutang berkenaan.

Pengertian ibrā’ tersebut menunjukkan bahawa istilah ini digunakan khusus bagi

menunjukkan pengguguran suatu hak yang ada dalam tanggungan/liabiliti seseorang yang

lain. Suatu pengguguran yang tidak melibatkan hak yang berada dalam liabiliti orang lain

biasanya tidak digunakan istilah ibrā’ tetapi lebih kepada penggunaan istilah yang lebih

umum seperti tanāzul atau isqāṭ(al-Zuḥaylī, 1997).

Malah perkataan isqāṭ merangkumi perlbagai bentuk pengguguran hak sebagaimana dapat

difahami daripada apa yang terkandung dalam teks berikut (al-`Ayni, 2000, vol.6, 3):

Page 4: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

4

واإلسقاطات أنواع يختلف أسماؤها باختالف أنواعها، فإسقاط الحق من الرق عتق،

وإسقاط الحق عن البضع طالق، وإسقاط ما في الذمة براءة، وإسقاط الحق عن

القصاص والجراحات عفو.

“Dan pengguguran [hak] ada pelbagai jenis yang mana namanya berbeza mengikut

perbezaan jenis. Pengguguran hak ke atas hamba dinamakan sebagai ʿitq (pembebasan

hamba), pengguguran hak bersama isteri dinamakan talāq (perceraian), pengguguran apa

yang ada dalam suatu tanggungan dinamakan barā’ah [iaitu ibrā’] dan pengguguran hak

ke atas qiṣāṣ dan kecederaan dinamakan ʿafw (pemberian maaf).

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga istilah tanāzul, isqāṭ al-ḥaq dan ibrā’ membawa maksud

pengguguran hak, akan tetapi istilah istilah ibrā’ lebih khusus maknanya. Dengan kata lain,

boleh dikatakan semua ibrā’ adalah tanāzul atau isqāṭ tetapi tidak kesemua tanāzul atau

isqāṭ itu adalah ibrā’ (Badri & Mohamad, 2014; al-Zuhayli, 1997).

Dalam penulisan seterusnya penulis akan menggunakan istilah tanāzul (pengguguran hak)

memandangkan istilah ini lebih popular dalam amalan semasa berbanding istilah isqāṭ dan

ibrā’.

HUKUM-HAKAM BERKAITAN TANĀZUL

a) Tanāzul selepas wujudnya hak

Tiada perselisihan pandangan dalam kalangan para fuqaha bahawa suatu hak boleh

digugurkan apabila hak tersebut telah wujud. Pandangan ini diasaskan kepada hadis

Rasulullah s.a.w. “ ال طالق إال فيما تملك، وال عتق إال فيما تملك” yang

bermaksud “ Tidak sah talāq melainkan ke atas apa yang telah dimiliki [telah

berkahwin dengan perempuan] dan tidak sah pembebasan hamba melainkan ke atas

[hamba] yang telah dimiliki.” Berdasarkan pandangan ini, apabila hutang telah

sabit dalam tanggungan seseorang, pemberi hutang boleh menggugurkan hak

tuntutan ke atas hutang tersebut sama ada keseluruhan hutang atau sebahagian

Page 5: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

5

daripadanya dan penguguran itu dikira terpakai atau berkuatkuasa. Sama juga

apabila suatu pelaburan berasaskan kontrak musyārakah misalnya, jika keuntungan

telah dihasilkan, maka pada ketika itu mana-mana rakan kongsi boleh

menggugurkan haknya ke atas keuntungan tersebut sepenuhnya atau sebahagian

sahaja dan memberikannya kepada rakan kongsi yang lain.

b) Tanāzul sebelum wujudnya hak

Para fuqaha mempunyai pandangan yang berbeza dalam masalah kedua ini.

Perbincangan tentang masalah kedua ini boleh dibahagikan kepada dua senario

berikut:

i) Tanāzul yang dibuat sebelum wujudnya sebab kepada wajibnya (iaitu

sabitnya) sesuatu hak ( qabl wujūd sabab al-wujūb)

ii) Tanāzul yang dibuat selepas wujudnya sebab kepada wajibnya (iaitu

sabitnya) sesuatu hak ( baʿd wujūd sabab al-wujūb)

Pandangan fuqaha terhadap senario pertama:

Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa dalam situasi ini, tanāzul tidak dibolehkan. Ini

kerana, jika sebab kepada kewujudan sesuatu hak tidak ada, maka ini bermakna hak

tersebut memang belum wujud lagi. Jika hak masih belum wujud, bagaimana ia hendak

digugurkan.

Al-Kāsānī (1986, 5:19) menyatakan:

، وإسقاط الحق "وال يصح تسلي وجود و قبل وجوبه الشفعة قبل البيع لنه إسقاط الحق

حال".سبب وجوبه م

“Adalah tidak sah untuk menarik diri daripada shufʿah sebelum berlaku jual beli kerana ia

merupakan pengguguran hak , dan pengguguran hak sebelum ia sabit atau sebelum wujud

sebabnya adalah suatu yang tidak munasabah”

Page 6: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

6

Dalam al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah (1992, 4:250-251), dinyatakan bahawa

semua para fuqaha sepakat mengatakan ibrāʾ or isqāṭ adalah tidak sah jika ia dibuat

sebelum wujudnya sebab kepada sabitnya suatu hak:

، وقبل وجود سبب سقاط قبل وجوب الحق ة اإل فق الفقهاء على عدم صح يت

سقاط الحق الوجوب، لن ر ورود اإل قبل ذلك غير موجود بالفعل، فال يتصو

عليه، فإسقاط ما ل يجب، وال جرى سبب وجوبه ال يعتبر إسقاطا، وإنما

سقاط مس د وعد ال يلزم منه اإل تقبال، كإسقاط الشفعة قبل البيع، وإسقاط مجر

الحاضنة حقها في الحضانة قبل وجوبها، فكل هذا ال يعتبر إسقاطا، وإنما

جوع في في المستقبل، ويجوز الر ة ه والعود إلى المطالب هو امتناع عن الحق

. بالحق

Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa pengguguran hak (isqāṭ) tidak

mendatangkan apa-apa kesan sekiranya ia dibuat sebelum sabitnya hak atau

sebelum wujud sebab kepada pensabitan hak tersebut. Ini kerana hak

tersebut belum wujud dan suatu yang sukar untuk digambarkan bagaimana

pengguguran boleh berlaku ke atas suatu yang masih belum wujud.

Pengguguran terhadap hak yang belum wujud dan juga yang belum berlaku

sebabnya tidak dinamakan sebagai penguguran.Ia hanyalah sekadar janji,

dan ia tidaklah menjadikan pengguguran itu mengikat pada masa akan

datang. Contohnya termasuklah mengugurkan hak shuf`ah sebelum berlaku

jual beli, ibu menggugurkan hak penjagaan anak sebelum hak tersebut sabit

ke atasnya. Kedua-duanya tidak dikira pengguguran. Ia hanyalah sekadar

pernyataan kehendak untuk melepaskan hak pada masa akan datang. Oleh

itu ia boleh menarik balik hasratnya itu dan menuntut kembali haknya.

Pandangan fuqaha terhadap senario kedua:

Bagi senario kedua di mana tanāzul atau pengguguran hak dilakukan selepas wujudnya

sebab kepada sabitnya hak, para fuqaha ada dua pandangan:

Page 7: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

7

Pandangan Pertama: Pengguguran hak tidak sah.

Pandangan ini dikemukakan oleh sebahagian fuqaha Hanafi dan juga Mazhab Shafiʿi.

Contoh kepada senario ini ialah pemilik hak shufʿah (al-shafīʿ) menggugurkan hak shufʿah

tersebut sebelum jiran atau rakan kongsinya menjual tanahnya kepada pihak ketiga.

Walaupun sebab kepada sabitnya hak shufʿah telah ada iaitu tanah al-shafīʿ ada hubungkait

dengan tanah rakan kongsinya atas asas perkongsian atau atau dengan tanah jirannya atas

asas kejiranan, tetapi mengikut pandangan pertama ini, pengguguran tersebut tetap tidak

sah kerana hak masih belum wujud walaupun sebabnya sudah ada. Walau bagaimanapun

sekiranya pengguguran hak shufʿah dilakukan selepas jiran atau rakan kongsinya menjual

tanah atau bahagian milik masing-masing kepada pihak ketiga, maka pengguguran tersebut

dikira sah. Mengikut al-Zaylaʿi (n.d.), sesuatu sebab hanya diambil kira setelah syarat

kepada sebab tersebut dipenuhi. Oleh itu, jika jiran atau rakan kongsi al-shafīʿ belum

menjual bahagian miliknya kepada pihak ketiga, maka keberkaitan tanah al-shafīʿ dengan

tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada sabitnya hak

shufʿah. Ini bermakna, tanpa memenuhi syarat kepada sebab berkenaan, maka pengguguran

tidak dikira sah walaupun sebab sudah ada sekalipun.

Al-Ramlī (1984, 4:79-80) juga menyatakan bahawa pandangan yang azhar (lebih kuat)

dalam Mazhab Shāfiʿī adalah pengguguran hak adalah tidak sah walaupun selepas

wujudnya sebab sebagaimana dalam teks berikut:

ا ل يجب وهو مان ل يبرأ في الظهر( إذ هو إبراء عم غير ")لو أبرأه المشتري عن الض

مان."وإن وجد سببه، والث صحيح، اني يبرأ لوجود سبب الض

“(Sekiranya pembeli melepaskan penjual daripada apa-apa tanggungan gantirugi [ekoran

daripada kewujudan kecacatan ( ʿayb) pada barang jualan] penjual tidak akan terlepas

daripada tanggungan bayaran gantirugi tersebut, mengikut pandangan yang lebih azhar).

Ini kerana dia memberi pelepasan tanggungan terhadap suatu yang belum ada, dan ini

adalah tidak sah, meskipun sebabnya sudah ada. Walau bagaimanapun mengikut

Page 8: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

8

pandangan kedua, penjual tersebut dikira sudah terlepas daripada apa-apa tanggungan

gantirugi kerana sebab kepada sabitnya gantirugi sudah ada.”

Pandangan Kedua: Pengguguran hak adalah sah.

Pandangan ini dikemukakan oleh sebahagian fuqaha Ḥanafi (al-Kāsānī, 1986; al-Sarakhsī,

1993), mazhab Hanbali (al-Buhūtī, 1982), salah satu pandangan dalam Mazhab Maliki

(ʿAlīsh, n.d.) dan pandangan kedua (kurang kuat) dalam Mazhab Shafiʿi (al-Ramlī, 1984).

Al-Kāsānī (1986, 6:14) menyebut:

براء عن الحق براء عن الجرة قبل قبل الوجوب الوجوب بعد وجود سبب واإل جائز كاإل

جارة. مدة اإل مضي

“Dan pengguguran hak yang dibuat selepas wujudnya sebab walaupun sebelum sabitnya

hak adalah diharuskan seperti menggugurkan hak ke atas bayaran sewa sebelum tamat

tempoh sewaan.”

Al-Sarakhsī (1993, 24:92) menyatakan bahawa al-ʿafw (pemberian maaf oleh mangsa

jenayah atau keluarga mangsa jenayah) adalah pengguguran hak sebelum sabitnya hak

berkenaan, tetapi ia tetap sah dan diiktiraf oleh syarak kerana ia berlaku selepas wujudnya

sebab (iaitu kecederaan/kematian telah berlaku) sebagaimana dalam teks berikut:

سقاط "فإن العفو إسقاط ". بعد وجود السبب، واإل بعد وجود السبب، وقبل الوجوب يصح

“al-ʿAfw (pemberian maaf) adalah pengguguran hak selepas wujudnya sebab, dan

pengguguran yang dibuat selepas wujudnya sebab walaupun sebelum sabitnya hak adalah

sah.”

Al-Buhūtī (1982, 3:280) memberikan pandangan yang sama ketika mengulas pandangan

al-Hijāwī sebagaimana berikut:

سقاطه حقه بعد ( عفوه إل اد انعق )وإن عفا مجروح عمدا أو خطأ عن قود نفسه أو ديتها صح

سببه، ولن الجناية عليه فصح عفوه عنها كسائر حقوقه.

Page 9: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

9

“(Sekiranya pihak yang cedera sama ada ia berpunca daripada jenayah yang disengajakan

atau tidak, telah memberi maaf dan melepaskan haknya untuk membalas balik atau hak ke

atas bayaran diyah, maka pengguguran hak tersebut adalah sah kerana ia berlaku selepas

wujudnya sebab kepada sabitnya hak berkenaan dan kerana jenayah telah berlaku ke

atasnya maka sah pemberian maaf tersebut (iaitu pengguguran hak berkenaan)

sebagaimana juga [pengguguran hak] terhadap keseluruhan hak-hanya [yang lain].”

Pandangan Pilihan

Selepas meneliti kedua-dua pandangan dan hujah-hujah mereka, penulis memilih

pandangan kedua yang mengatakan pengguguran sah dilakukan selepas wujudnya sebab.

Ini kerana hujah yang diberikan oleh pandangan kedua tersebut lebih kuat berbanding

pandangan pertama. Apabila al-Sarakhsī menjadikan al-ʿafw sebagai contoh kepada

keharusan pengguguran hak selepas wujudnya sebab, dia sebenarnya memberikan suatu

bukti daripada al-Quran sendiri yang mengiktiraf perkara tersebut. Allah SWT berfirman

dalam Surah al-Baqarah ayat 178:

نثى يا أيها الذين آمنوا كتب عليك القصاص في القتلى الحر بالحر والعبد بالعبد وال

لك تخفيف بالنثى فمن عفي له من أخيه شيء فات باع بالمعروف وأداء إ ن ليه بإحسان ذ م

لك فله عذاب ألي ب ك ورحمة فمن اعتدى بعد ذ ر

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas"

(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang

merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan

perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya

(pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara

yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan

bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu

keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang

melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak

terperi sakitnya.”

Dalam Surah al-Shura, ayat 40, Allah SWT Berfirman:

إنه ال ي ثلها فمن عفا وأصلح فأجره على للا حب الظالمين وجزاء سي ئة سي ئة م

Page 10: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

10

“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang

bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan

berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan

yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku

zalim.”

Berdasarkan kepada dua ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa Allah SWT mengiktiraf

al-ʿafw dan ia merupakan pengguguran hak yang dilakukan sebelum sabit/ wujudnya hak

tetapi selepas berlakunya sebab kepada pensabitan hak tersebut. Pengiktirafan ini

menunjukkan bahawa kewujudan sebab kepada pensabitan hak sudah memadai untuk

menjadikan pengguguran suatu hak itu sah dan tidak perlu menunggu sehingga sabitnya

hak tersebut. Dalam konteks ini, mangsa jenayah boleh memberi maaf sebaik sahaja

jenayah ke atasnya telah dilakukan walaupun hukuman qisas atau diyah belum diputuskan.

Sebagai kesimpulan, penulis berpandangan tanāzul awal (upront tanāzul) adalah

dibolehkan dengan syarat telah berlaku sebab yang mensabitkan hak tersebut. Sebagai

contoh, jika kontrak ijārah telah dilakukan, maka pengguguran hak ke atas bayaran sewa

boleh dilakukan kerana kontrak itu adalah sebab kepada sabitnya hak pemberi sewa ke atas

bayaran sewa, meskipun hak tersebut belum benar-benar berkuatkuasa iaitu setelah berlalu

atau tamat tempoh sewaan. Walahu aʿlam.

c) Tanāzul Muʿallaq

Dalam membincangkan isu tanāzul muʿallaq ini, penulis merujuk kepada perbincangan

para fuqaha tentang isqāṭ muʿallaq. Ini kerana kedua-dua istilah tersebut mempunyai

perkaitan yang rapat sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini.

Dalam perbincangan tentang isqāṭ muʿallaq, al-Shulaybik (1999) membahagikan isqāṭ

kepada tiga jenis iaitu (i) isqāṭ semata-mata (isqāṭ maḥḍ) seperti talak dan shufʿah , (ii)

isqāṭ dengan balasan (isqāṭ bi ʿiwaḍ) tetapi tidak melibatkan pertukaran hak milik seperti

Page 11: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

11

khuluʿ dan (iii) isqāṭ tanpa balasan tetapi melibatkan pertukaran pemilikan seperti

pengguguran hutang daripada tanggungan seseorang (ibra’ ʿan dayn).

i) isqāṭ semata-mata

Para fuqaha sepakat membolehkan isqāṭ mu`allaq sekiranya ia melibatkan isqāṭ

semata-mata. Sebagai contoh, jika sisuami berkata kepada isterinya: “jika awak

masuk rumah, jatuh talak satu”. Sekiranya berlaku apa yang menjadi subjek

taʿliq iaitu isteri memasuki rumah, maka jatuhlah talak tersebut (al-Kasani,

1968; Ibn Juzay, n.d.; al-Nawawi, 1991; al-Buhuti, 1982)

ii) Isqāṭ dengan balasan.

Para fuqaha berselisih pandangan sama ada isqāṭ jenis ini boleh ditaʿliq atau

tidak. Mengikut kebanyakan fuqaha Hanafi, Maliki, Shafi`i dan Hanbali (Ibn

`Abidin, 1966; al-Dasūqi, n.d.; al-Nawawi, 1991; Ibn Qudamah, 1995), isqāṭ

jenis ini boleh ditaʿliq seperti suami mentaʿliqkan khuluʿ dengan berlakunya

sesuatu perkara. Fuqaha Hanafi dan Hanbali tidak membenarkan taʿliq khulu`

jika dilakukan oleh isteri. (Ibn Nujaym, 1993; al-Buhūtī, 1982).

iii) Isqāṭ tanpa balasan tetapi melibatkan pertukaran hak milik

Mengikut fuqaha Hanafi (al-Kāsānī, 1986), Shafiʿi (al-Sharbīnī, n.d) dan

Hanbali (al-Buhūtī, 1982), isqāṭ muʿallaq tidak dibenarkan jika ia melibatkan

pertukaran hak milik. Ini kerana sebarang pemindahan hak milik mestilah bebas

dari sebarang syarat. Sebarang syarat ke atas pemindahan hak milik akan

menjadikan pemindahan hak milik tersebut suatu yang belum pasti. Ini kerana

apa yang disyaratkan itu juga belum pasti akan terjadi atau tidak pada masa

akan datang.

Walau bagaimanapun, mengikut fuqaha Maliki (al-Ḥaṭṭāb, 1992; al-Dasūqī,

n.d.), isqāṭ muʿallaq dibenarkan sekiranya ia tiada balasan meskipun ia

melibatkan pemindahan hak milik. Daripada apa yang dinyatakan ini, boleh

Page 12: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

12

ditafsirkan bahawa pemindahan hak milik tanpa balasan sama hibah

muʿallaqah.

Dalam konteks hibah muʿallaqah, ia dibenarkan oleh fuqaha Maliki (al-Dasūqī,

n.d.), sebahagian fuqaha Hanafi (al-Kāsānī, 1986) and sebahagian fuqaha

Hanbali seperti Ibn Taymiyyah and Ibn al-Qayyim (Ibn al-Qayyim, 1991).

Mereka berhujah berdasarkan hadith berikut:

عليه عنهما قال: قال النبي صلى للا رضي للا عن جابر بن عبد للا

فل «. لو قد جاء مال البحرين قد أعطيتك هكذا وهكذا وهكذا»وسل :

ا جاء مال يجئ مال البحرين حتى قب عليه وسل ، فلم ض النبي صلى للا

عليه وسل صلى للا البحرين أمر أبو بكر فنادى: من كان له عند النبي

عليه وسل ق عدة أو دين فليأتنا، فأتيته فقلت: إن النبي ال لي كذا صلى للا

.وكذا، فحثى لي حثية، فعددتها فإذا هي خمس مائة، وقال: خذ مثليها

Daripada Jābir ibn Abdillah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila harta daripada Bahrain sampai, saya akan berikan kepada

kamu sekian, sekian dan sekian.” Walau bagaimanapun harta dari

Bahrain tersebut tidak sampai sehingga Baginda wafat. Apabila harta

tersebut sampai pada zaman pemerintahan Abū Bakr RA, dia membuat

pengumuman : Mana-mana yang Nabi SAW telah berjanji [untuk

memberi sebahagian harta kepadanya] atau berhutang dengannya, maka

dia hendaklah datang kepadaku.” Aku pergi menemuinya dan berkata:,

“Nabi SAW telah memberitahuku [bahagianku] sekian dan sekian.”

Lalu dia [Abu Bakr] mengambil segenggam penuh harta tersebut dan

memberikannya kepadaku. Aku membilangnya dan aku dapati ia

berjumlah lima ratus dirham. Kemudian Abū Bakr RA berkata

kepadaku, “Ambil 2 kali ganda lagi sebanyak jumlah itu” (al-Bukhārī,

Hadith no. 2297, 3:96).

Page 13: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

13

Walau bagaimanapun, mengikut fuqaha Hanafi (al-Kāsānī, 1986), Shafiʿi (al-

Shīrāzī, 1995), sebahagian fuqaha Hanbali (Ibn Qudāmah, 1995) and Zahiri

(Ibn Ḥazm, n.d), hibah muʿallaqah tidak diharuskan kerana taʿliq dalam

sesuatu kontrak akan menjadikan kontrak tersebut ada unsur gharar yang

dilarang dalam Islam.

Penulis lebih cenderung kepada pandangan yang membenarkan hibah

muʿallaqah. Ini kerana gharar yang diharamkan dalam Islam hanya terhad

kepada gharar yang banyak (gharar fāhish) yang boleh membawa kepada

pertelingkahan dan pergaduhan antara pihak yang berkontrak serta boleh

menyebabkan kemudaratan kepada salah satu pihak yang berkontrak. Walau

bagaimanapun, dalam kontrak tabarruʿ, perkara-perkara tersebut tidak mungkin

berlaku memandangkan satu pihak memberi sesuatu kepada pihak yang lain

secara percuma tanpa meminta apa-apa balasan daripada pihak satu lagi. Oleh

itu tidak timbul isu sama ada yang diterima itu berpadanan dengan apa yang

diberi atau sebagainya kerana tiada apa yang ingin dipersoalkan atau

dibandingkan apabila suatu barang diterima atau diberi secara percuma. Ini

amat berbeza dengan kontrak pertukaran seperti jual beli di mana satu pihak

memberi sesuatu dengan harapan dia akan menerima daripada pihak satu lagi

sesuatu yang sepadan dengan apa yang diberi. Oleh itu, apabila wujud unsur

gharar yang banyak, tentu sekali akan menimbulkan pergaduhan antara penjual

dan pembeli dan juga ketidakadilan akan berlaku kerana apa yang diterima oleh

sebelah pihak tidak sepadan dengan apa yang diberi.

TANĀZUL DALAM AMALAN SEMASA

Dalam penulisan yang agak terhad ini serta kesuntukan masa, penulis hanya mampu

fokuskan kepada dua bentuk amalan sahaja iaitu tanāzul dalam sukuk mushārakah dan

muḍārabah dan tanāzul dalam saham keutamaan.

Page 14: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

14

Tanāzul dalam sukuk mushārakah dan muḍārabah

Perbincangan tentang tanāzul dalam sukuk hanya difokuskan kepada sukuk mushārakah

dan sukuk muḍārabah sahaja kerana pada kebiasaannya tanāzul diaplikasi dalam kedua-

dua sukuk ini walaupun tidak ia boleh juga berlaku dalam sukuk lain. Tambahan pula

aplikasi tanāzul awal dalam sukuk mushārakah dan muḍārabah banyak menimbulkan

persoalan berkaitan keselariannya dengan muqtaḍā ʿaqd kontrak perkongsian tersebut.

Dalam sukuk, ada beberapa senario di mana prinsip tanāzul diaplikasi (Badri & Mohamad,

2014):

Senario 1- Pelabur memberi persetujuan untuk tanāzul haknya ke atas keuntungan

yang melebihi kadar keuntungan jangkaan (expected profit) dan

memberikannya kepada penerbit sebagai bayaran insentif (incentive fee).

Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen

“Principal Terms and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:

1- Sukuk Musyarakah terbitan Putrajaya Holding Berhad:

“If the distributable profits generated from a Venture is more than the relevant

Expected Periodic Payment to be made in respect of a particular scheduled

Periodic Payment Date, the excess will be retained by the Manager as incentive

fee (“Incentive Fee”) for managing the Venture.”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-

file/4597)

2- Sukuk Musyarakah terbitan Mah Sing Group Berhad:

“…Upon dissolution of the Musharakah Venture pursuant to the Dissolution

Events (as defined in item 2(v) below) and/or Enforcement Events (as defined

in item 2(v) below) and if there is a positive balance in the Reserve, such

amount will be paid to the Issuer (as Manager) as an incentive fee by way of

the concept of tanazul.”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-

file/4563)

Page 15: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

15

3- Sukuk Musyarakah terbitan Kesas Sdn Bhd:

“In the event the Sukukholders’ entitlement to distributable income generated

from the Musharakah Venture is greater than the Expected Return, the

Sukukholders shall agree that the excess distributable income generated from

the Musharakah Venture shall be retained by the Manager as incentive fee.”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-

file/4473)

4- Sukuk Mudharabah terbitan Sunway Treasury Sukuk Sdn Bhd:

“Under the Mudharabah Venture, the Sukukholders have agreed upfront that

they shall receive profits up to the Expected Return. Any amounts in excess of

the Expected Return shall be given to the Mudharib as an incentive fee for

successfully managing the Mudharabah Venture. A partner may waive his

right under the Shariah principle of Tanazul on the profit payments from the

Mudharabah Venture, if he desires so.”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-

file/4612)

Senario 2- Pelabur junior tanāzul haknya terhadap keuntungan dengan memberikan

keutamaan kepada pelabur yang senior untuk memperolehi keuntungan

lebih dahulu.

Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen “Principal Terms

and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:

Sukuk Musyarakah terbitan Alpha Circle Sdn Bhd:

“Any profit or losses derived from the Musharakah Venture will be distributed

or borne by the Musharakah Partners in proportion to each Partner’s respective

capital contribution of the Musharakah Capital. However, subject to the

availability of profit and based on the priority of ranking in accordance with the

Tanazul arrangement, the Senior Sukuk investors are expected to receive their

Expected Periodic Distribution first, and if there remains sufficient profit, the

Page 16: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

16

Junior Sukuk investors will be able to receive their Expected Periodic

Distribution subsequently.”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-

file/4250)

Senario 3- Penerbit/mudarib bersetuju untuk tanāzul apa-apa keuntungan yang dia

berhak hasil daripada projek mudarabah.

Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen “Principal Terms

and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:

Sukuk Mudarabah terbitan KNM Capital Sdn Bhd:

“Profits from the Mudharabah arrangement shall be shared according to a fixed

preagreed Profit Sharing Ratio of 1:99 (Mudharib:Rabb al-mal). The Rabb al-mal

(Issuer) shall agree upfront that their entitlement (i.e refund of capital and h

expected profit sharing amounts) shall not exceed the aggregate amount stated in

Item 2(f) hereunder and the relevant profit sharing amounts due as per the rates (to

be determined) under Item 2(g) hereunder to service the debt obligations of the

Issuer under the ICP/IMTN Programme when it is due. However, pursuant to a

“Tanazul” (waiver) granted from the onset, the Mudharib shall agree to waive any

profits due to them from the Mudharabah arrangement.”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-file/1960)

Senario 4- Ketika dalam situasi pembubaran, pemegang sukuk subordinat

(subordinated sukukholders) bersetuju untuk tanāzul haknya terhadap

modal dengan memberikan keutamaan kepada pemegang sukuk senior

untuk memperolehi modalnya terlebih dahulu.

Antara contoh klausa yang berkaitan yang diperolehi dalam dokumen “Principal Terms

and Conditions (PTC)” adalah seperti berikut:

Subodinated sukuk musyarakah yang diterbitkan oleh Bank Muamalat Malaysia Bhd:

Page 17: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

17

“The obligation under the Subordinated Sukuk Programme pursuant to the

Purchase Undertaking will, in the event of a winding-up or liquidation of the Issuer,

be subordinated in right of payments to the claims of Senior Creditors...”

(http://issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/view-file/3539)

Daripada empat senario yang dinyatakan di atas, ada beberapa isu syariah yang berbangkit

sebagaimana berikut:

1) Tanāzul awal (upront tanāzul)

2) Tanāzul muʿallaq

3) Menyalahi muqtaḍā ʿaqd

Berkenaan dengan tanāzul awal, perbincangan terdahulu telah mengemukakan pandangan

yang menentang dan juga pandangan yang membenarkan. Penulis juga telah menyatakan

pendirian bahawa tiada masalah jika tanāzul awal ingin dilakukan dengan syarat ia dibuat

setelah sebab kepada pensabitan hak telah wujud. Dalam konteks sukuk mushārakah dan

muḍārabah, kontrak tersebut hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum tanāzul

dilakukan kerana kontrak itu merupakan sebab kepada pensabitan hak pihak yang

berkontrak terhadap keuntungan yang akan terhasil. Mungkin timbul persoalan adakah

syarat tersebut dipenuhi dalam amalan sukuk semasa. Pada pandangan penulis, syarat

tersebut telah dipenuhi kerana ketika kontrak mushārakah atau muḍārabah dilakukan,

syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama akan terpakai. Ini bermakna, persetujuan

untuk menerima pakai segala syarat yang telah dibuat sebelumnya semasa akad dilakukan

menjadikan syarat tersebut hanya terpakai setelah akad dilakukan. Tanpa berlakunya akad

terlebih dahulu, syarat tersebut tidak akan memberi apa-apa implikasi.

Bagi isu tanāzul muʿallaq pula, penulis telahpun menyatakan bahawa pandangan yang

membolehkannya adalah lebih kuat berdasarkan hujah-hujah yang telah penulis nyatakan

sebelum ini. Dalam aplikasi tanāzul seperti dalam senario 1, ia tidak melibatkan apa-apa

balasan walaupun melibatkan pemindahan hak milik. Oleh itu, ia merupakan satu

Page 18: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

18

pemberian sebelah pihak yang mana kewujudan gharar dilihat tidak akan membawa

kepada pertikaian dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bagi senario 2 yang melibatkan keutamaan diberikan kepada pelabur

senior untuk mendapat keuntungan jangkaan terlebih dahulu, ada kebarangkalian pelabur

junior tidak memperolehi keuntungan sekiranya tiada apa-apa yang berbaki setelah

diberikan kepada pelabur senior. Ini boleh membawa kepada isu tidak wujud perkongsian

keuntungan antara rakan kongsi sedangkan dalam akad mushārakah atau muḍārabah,

perkongsian keuntungan merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi. Jika tidak, ia akan

menyalahi muqtaḍā ʿ aqd tersebut (al-Kāsānī, 1986; Ibn Qudāmah, 1995; al-Sharbīnī, n.d.).

Keadaan yang sama juga boleh berlaku dalam senario 4 di mana pemegang sukuk

subordinat (subordinated sukukholders) memberikan keutamaan kepada pemegang sukuk

senior untuk memperolehi modalnya terlebih dahulu. Ada kebarangkalian pemegang sukuk

subordinat tidak mendapat kembali modalnya sekiranya tiada apa-apa yang berbaki setelah

pemegang sukuk senior memperolehi modalnya. Ini juga akan menimbulkan isu

tanggungan kerugian yang tidak berdasarkan peratus sumbangan modal sedangkan dalam

kontrak mushārakah, tanggungan kerugian mesti berdasarkan peratus sumbangan modal

masing-masing (al-Kāsānī 1986; Ibn Qudāmah, 1995; al-Sharbīnī, n.d.; al-Dasūqi n.d).

Bagi senario 3, di mana muḍārib menggugurkan keseluruhan haknya ke atas keuntungan.

Dalam akad muḍārabah, jika muḍārib bersetuju untuk tidak menerima apa-apa

keuntungan, kontrak tersebut bertukar menjadi kontrak ibdāʿ di mana pihak pengusaha

hanya mengusahakan modal secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa pulangan

(Malik, 1994). Walau bagaimanapun, majoriti fuqaha menyatakan kontrak mudarabah

terbatal jika terdapat persetujuan seumpama itu (al-Kāsānī 1986; Ibn Qudāmah, 1995; al-

Sharbīnī, n.d.). Pada pandangan penulis, memandangkan muqtaḍā ʿaqd muḍārabah ialah

perkongsian keuntungan, maka syarat seumpama tersebut dikira boleh membatalkan akad

muḍārabah jika sekiranya ia dibuat semasa akad ditandatangani. Walau bagaimanapun,

sekiranya muḍārib bersetuju untuk memberikan keseluruhan keuntungan kepada pemodal

setelah terhasilnya keuntungan, maka ianya tidak menyalahi muqtaḍā ʿaqd muḍārabah.

Page 19: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

19

Senario ini agak berbeza dengan scenario 1 di mana dalam senario 1, perkongsian

keuntungan tetap wujud kerana hanya bahagian lebihan sahaja yang diberikan kepada salah

satu pihak yang berkongsi.

Tanāzul dalam saham keutamaan

Secara umumnya saham keutamaan merujuk kepada saham yang memberikan kepada

pemegangnya; pulangan tetap, keutamaan untuk menerima keuntungan dan untuk

menuntut modal lebih dahulu berbanding pemegang saham biasa.

Berhubung dengan pemberian keutamaan kepada pemegang saham keutamaan untuk

menerima keuntungan lebih dahulu daripada pemegang saham biasa, pihak Majlis

Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) menyatakan ianya berdasarkan kepada

prinsip tanazul ( Suruhanjaya Sekuriti, 2006).

Antara contoh klausa berkaitan keutamaan untuk mendapat keuntungan lebih dahulu

adalah seperti dalam Circular of Islamic Irredeemable Covertible Preference Share (ICPS-

i) terbitan TH Heavy Engineering Berhad:

“The ICPS-i will rank ahead in regards to payment of dividends in all classes of shares in

our Company, subject to ratification by our Board at the point of dividend distribution.”

(http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-

announcements/4727741)

Walau bagaimanapun, tiada keputusan secara jelas daripada pihak MPS SC berkaitan

dengan keutamaan untuk mendapat balik modal ketika pembubaran (winding up) atau

pencairan aset (liquidation) sama ada ia juga berasaskan tanazul atau tidak.

Pada pandangan penulis, dalam situasi pembubaran syarikat atau pencairan aset syarikat,

apabila pemegang saham biasa memberi keutamaan kepada pemegang saham keutamaan

untuk mendapat modal mereka terlebih dahulu, ia juga diasaskan kepada prinsip tanāzul.

Ini kerana pemilik saham sebenarnya ada hak untuk memperolehi semula modal mereka

tetapi tertakluk kepada peratus kerugian yang masing-masing tanggung. Dengan kata lain,

jika dalam keadaan tiada kerugian berlaku, mereka mungkin boleh dapat kembali kesemua

modal mereka dan dalam keadaan berlaku kerugian, masing-masing tidak akan dapat

Page 20: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

20

keseluruhan modal mereka kerana mereka mesti menanggung kerugian berdasarkan

peratus sumbangan modal masing-masing. Oleh itu, tanāzul dalam konteks ini sebenarnya

merujuk kepada tanāzul daripada pihak pemegang saham biasa untuk menerima modal

secara serentak atau bersekali dengan pemegang saham keutamaan.

Antara isu Syariah yang boleh berbangkit daripada aplikasi tanāzul dalam saham

keutamaan ialah tanāzul awal dan pelanggaran muqtaḍā `aqd.

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, penulis berpandangan tiada halangan

untuk melakukan tanāzul awal berdasarkan hujah yang telah disebut sebelum ini. Walau

bagaimanapun, bila dirujuk kepada klausa dalam Circular of ICPS-i di atas, nampaknya

pemberian keutamaan tersebut yang berasaskan kepada konsep tanāzul adalah tertakluk

kepada pengesahan (ratification) daripada Lembaga Pengarah syarikat berkenaan ketika

pembahagian dividen dibuat. Dalam konteks ini, tanāzul yang dibuat ini adalah tanāzul

bersyarat atau tanāzul yang ada unsur taʿliq. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum

ini, penulis mentarjihkan pandangan yang membenarkan tanāzul muʿallaqah kerana dalam

konteks saham keutamaan ini tanāzul tersebut adalah dalam kategori tanāzul yang tiada

balasan walaupun ada pemindahan hak milik. Selain daripada itu, tidak berbangkit isu

tanāzul awal dalam ICPS-i tersebut kerana ianya hanya terpakai apabila Lembaga Pengarah

membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tersebut pada masa pembahagian

dividen dibuat. Ini kerana pada ketika ini keuntungan telah ada. Oleh itu, tanāzul tersebut

dibuat setelah kewujudan keuntungan dan bukan sebelumnya.

Merujuk kepada pemberian keutamaan kepada pemegang saham keutamaan untuk

mendapat balik modalnya terlebih dahulu berbanding pemegang saham biasa semasa

pembubaran syarikat/pencairan aset, penulis berpandangan tanāzul dalam konteks ini

boleh membawa kepada isu tanggungan kerugian oleh kedua-dua belah pihak tanpa

didasarkan kepada peratus sumbangan modal sedangkan mengikut peraturan kontrak

musyarakah, tanggungan kerugian mesti berdasarkan peratus sumbangan modal setiap

Page 21: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

21

rakan kongsi. Ini menyebabkan tanāzul ini dilihat bertentangan dengan muqtaḍā `aqd

mushārakah iaitu perkongsian kerugian berdasarkan peratus sumbangan modal.

Pertentangan dengan muqtaḍā `aqd ini boleh berlaku jika tanāzul itu dibuat sebelum

wujudnya sebab kepada pensabitan hak untuk menuntut balik modal.

Walau bagaimanapun, jika tanāzul itu dibuat ketika telah berlaku pembubaran syarikat atau

setelah aset dicairkan, maka tanāzul pada ketika itu tidaklah menyalahi muqtaḍā `aqd

musharakah. Ini kerana pembubaran/pencairan aset adalah sebab kepada sabitnya hak

terhadap modal. Oleh itu, masing-masing mempunyai kebebasan untuk membuat apa

sahaja yang dipersetujui bersama asalkan ia berasaskan kepada persetujuan bersama.

Pendekatan ini telah diambil oleh TH Heavy Engineering Berhad ketika menawarkan

ICPS-i sebagaimana dalam klausa berikut:

“The ICPS-i will rank in priority to THHE Shares in any distribution of

assets in the event of liquidation, dissolution, winding-up, reduction of

capital or other payment of capital other than on redemption of any other

class of redeemable shares) of our Company, subject to ratification by our

Board at the point of the liquidation, dissolution or winding-up of our

Company.” (http://www.bursamalaysia.com/market/listed-

companies/company-announcements/4727741)

Kesimpulan

Perkataan tanāzul, isqāṭ dan ibrā’ mempunyai perkaitan yang rapat, yang mana secara

umumnya kesemua istilah tersebut merujuk kepada pengguguran hak. Namun istilah ibrā’

lebih khusus maknanya berbanding istilah tanāzul dan isqāṭ.

Tanāzul yang dibuat sebelum wujudnya sebab kepada pensabitan sesuatu hak adalah tidak

sah. Walau bagaimanapun jika sebab telah ada, maka mengikut pandangan sebahagian

fuqaha, tanāzul adalah sah. Pandangan ini merupakan pandangan yang kuat berbanding

pandangan yang mengatakan tanāzul tidak sah kerana konsep al-ʿafw yang diperakui

Page 22: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

22

syarak secara jelas dalam al-Quran merupakan satu bentuk tanāzul sebelum hak wujud atau

sabit tetapi sebab kepada pensabitan hak tersebut telah berlaku iaitu perlakuan jenayah.

Tanāzul muʿallaq pula dibenarkan walaupun dalam perkara yang melibatkan pertukaran

hak milik dengan syarat ia tidak melibatkan tanāzul yang ada balasan. Ini kerana suatu

yang diberi tanpa balasan termasuk dalam kategori tabarruʿ. Oleh itu kewujudan taʿliq

tidak membawa kepada wujudnya gharar yang boleh membawa kepada pertelingkahan

antara kedua pihak yang terlibat.

Walau bagaimanapun tanāzul awal yang melibatkan pemulangan modal, ada kemungkinan

ia boleh membawa kepada isu pembahagian tanggungan kerugian yang tidak berdasarkan

peratus sumbangan modal. Oleh itu, sebelum pembubaran syarikat berlaku, tanāzul masih

belum boleh dilakukan. Ini kerana pembubaran tersebut merupakan “sebab” kepada

sabitnya hak rakan kongsi untuk menuntut modal masing-masing. Setelah

pembubaran/pencairan aset sudah berlaku, maka ketika ini tanāzul sah dilakukan kerana

sebab telahpun wujud.

RUJUKAN

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions. (2015). Shari’ah

Standards. Bahrain: AAOIFI.

ʿAlīsh. (n.d.). Fatḥ al-ʿAlī al-Mālik fī al-Fatwā ʿalā Madhdab al-Imām Mālik. Beirut: Dār

al-Maʿrifah.

Al-ʿAynī. (2000). Al-Bināyah Sharḥ al-Hidāyah. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Al-Buhūtī. (1982). Kashshāf al-Qinaʿ ʿan Matn al-Iqnāʿ. Beirut: Dār al-Fikr.

Al-Bukhārī. (1422AH). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. N.p.: Dār Ṭawq al-Najāh.

Al-Dasūqī. (n.d.). Ḥāshiyat al-Dāsūqī ʿala al-Sharḥ al-Kabīr. Beirut: Dār al-Fikr.

Al-Ḥattab. (1992). Mawāhib al-Jalīl lī Sharḥ Mukhtaṣār Khalīl. Beirut: Dār al-Fikr.

Page 23: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

23

Al-Kāsānī. (1986). Badāʾiʿ al-Ṣanāʾiʿ fi Tartīb al-Sharāʾiʿ. Beirut: Dār al-Kutub al-

ʿIlmiyyah.

Al-Nawawī. (1991). Rawḍat al-Tālibīn wa ʿ Umdat al-Muftīn. Beirut: Al-Maktab al-Islāmī.

Al-Ramlī. (1984). Nihāyat al-Muḥtāj ilā Sharḥ al-Minhāj. Beirut: Dār al-Fikr.

Al-Sarakhsī. (1993). Al-Mabsūṭ. Beirut: Dār al-Maʿrifah.

Al-Sharbīnī. (n.d.). Mughnī al-Muḥtāj ilā Maʿrifat Maʿānī Alfāẓ al-Minhāj. Beirut: Dār al-

Fikr.

Al-Shirāzī. (1995). Al-Muhadhdhab fī Fiqh Imām al-Shāfiʿī. Beirut: Dār al-Kutub al-

ʿIlmiyyah.

Al-Zaylaʿī. (n.d.). Tabyīn al-Ḥaqāʾiq Sharḥ Kanz al-Daqāʾiq. N.p.: Dār al-Kitāb al-Islāmī.

Al-Zuḥaylī, W. (1997). Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuh. Beirut: Dār al-Fikr.

Badri, M.B. & Mohamad, S. (2014). Tanazul in Sukuk Issuances: A Critical Analysis of

the Malaysian Applications, ISRA Research Paper No 75/2014. Kuala Lumpur: ISRA.

Bursa Malaysia, http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies.

Ibn al-Qayyim. (1991). Aʿlām al-Muwaqqiʿīn ʿan Rabb al-ʿĀlamīn. Beirut: Dār al-Kutub

al-ʿIlmiyyah.

Ibn ʿĀbidīn. (1966). Radd al-Muḥtār ʿalā al-Durr al-Mukhtār. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Ḥazm. (n.d.). Al-Muḥallā. Cairo: Dār al-Turāth.

Ibn Juzay. (n.d.). Al-Qawānīn al-Fiqhiyyah. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Nujaym. (1993). Al-Baḥr al-Rāʾiq, Sharḥ Kanz al-Daqāʾiq. Beirut: Dār al-Maʿrifah.

Ibn Qudāmah. (1995). Al-Mughnī. Beirut: Dār al-Kitāb al-ʿArabī.

Shulaybik, A.S. (1999). Aḥkām al-Isqāṭ fī al-Fiqh al-Islāmī. Urdun: Dār al-Nafā’is.

Securities Commission Malaysia. http://issuance.sc.com.my .

Page 24: TANAZUL DALAM KEWANGAN ISLAM: FEKAH KLASIK DAN …kliff.com.my/wp-content/uploads/2016/11/TANAZUL... · tanah jiran atau rakan kongsinya tidak boleh dianggap sebagai sebab kepada

24

Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

(Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

Wizārat al-Awqāf wa al-Shuʾūn al-Islāmiyyah. (1992). Al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al-

Kuwaytiyyah. Kuwait: Wizārat al-Awqāf wa al-Shuʾūn al-Islāmiyyah