REFLEKSI MINGGUAN (MOHAMAD IDAD B ZAHARI .. PA1 SEM 4)
Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum
Pada tarikh Jun 2013 merupakan kuliah pertama kami untuk subjek Pengurusan
Kokurikulum ( WAJ 3108 ) bagi pelajar semester 4 IPG Kampus Kota Bharu. Kuliah
pertama kami menyentih bab pertama iaitu Pengenalan Kepada Gerak Kerja
Kokurikulum. Dalam bab ini menyentuh semua pengenalan asas yang perlu
diketahui oleh seorang guru.
Melalui tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan
falsafah gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang guru, maklumat-maklumat
ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung dengan gerak
kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang guru dapat menguruskan
kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup.
Selain itu, saya juga dapat menerangkan komponen dan jenis-jenis gerak kerja
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Di sekolah, bukan hanya terdapat satu
jenis gerak kerja kokurikulum. Malah terdapat beberapa seperti sukan, badan
beruniform dan kelab akademik. Dengan tahu dan faham mengenai setiap jenis
gerak kerja ini, senang bagi seorang guru mengurus malah menjayakan sesuatu
aktiviti yang dirancang kelak.
Dalam tajuk ini juga ada menyentuh mengenai carta organisasi gerak kerja
kokurikulum. Carta organisasi amat penting untuk mengetahui siapa yang berkuasa
memberi arahan atau kelulusan. Saya sendiri dapat menyediakan diri seandainya
memerlukan kelulusan untuk sesuatu. Saya tahu siapa yang perlu saya jumpa.
Di samping itu juga, saya dapat mengetahui akta, surat pekeliling Ikhtisas dan
peraturan-peraturan am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum. Seorang guru
penasihat harus mengetahui semua peraturan-peraturan untuk memudahkan kerja.
Saya tidak mustahil akan menjadi guru pembimbing untuk sesebuah kelab di
sekolah nanti. Tanpa mengetahui peraturan, kemungkinan saya akan melanggar
etika dan memberi contoh yang buruk kepada ahli kelab saya nanti. Oleh itu, dengan
memahami bidang tugas saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik.
Sistem Ikatan dan Simpulan
Dalam minggu ini, kami dapat mempelajari ikatan dan simpulan asas yang
sesuai untuk diamalkan oleh semua orang terutama bagi ahli penyelamat
apatah lagi kami ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang mana akan
menjalani perkhemahan unit kokurikulum di Lata Belatang. Dalam kuliah
ini kami menjemput pensyarah jemputan khas dari unit Persatuan Bulan
Sabit Merah untuk membantu memberi sedikit sebanyak tentang ikatan
dan simpulan yang kami akan guna nanti sewaktu perkhemahan terutama
bagi membuat gajet.
Seperti biasa sebelum kami masuk ke dalam dewan Gerko, kami perlulah
berbaris di bawah dewan terbuka blok NN, disini kami berkawad asas
seperti hari-hari biasa. Selepas selesai berkumpul dan berkawad
sementara menunggu ahli yang dating cukup kami bergerak segera ke
dewan gerko untuk mendengar sedikit kuliah berkenaan ikatan dan
simpulan.
Tujuan utama kami belajar ikatan adalah untuk membiasakan diri dengan
ikatan dan simpulan dan sentiasa mengamalkannya di samping
membentuk dan menggunakan ikatan dengan cepat dan kemas. Selain itu
juga, objektifnya juga adalah ikatan yang dipelajari hendaklah dibuka
dengan mudah walaupun ia diikat dengan kuat dan kemas.
Dalam kuliah ini juga kami mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan
terutama bagi mengikat sesuatu benda namun begitu ia hendaklah
disesuaikan dengan situasi dan keadaan ikatan atau simpulan yang mahu
digunakan. Oleh itu kemahiran dalam ikatan dan simpulan akan
mempercepatkan operasi menyelamat atau ketika kita hendak mengikat
sesuatu benda benda dengan kemas dan kuat dan dapat membukanya
balik dengan senang.
Selain itu, kami juga turut belajar jenis-jenis tali dan kesesuaian yang
boleh digunakan untuk kerja mengikat atau dengan kata mudah kerja
menyelamat. Untuk kerja menyelamat tali belati tidak berminyak lebih
sesuai digunakan kerana ia begitu kukuh dan selamat untuk digunakan.
Kelas Gadjet dan Pionering
Dalam kuliah gerko pada minggu ini, kami diberikan pendedah mengenai cara-cara
membuat gadjet. Gadjet sangatlah penting kegunaannya ketika didalam
perkhemahan didalam hutan kerana ia memudahkan kerja. Semasa hendak
melakukan gadjet ada prinsip-prinsipnya bukan boleh buat sebarangan macam itu
sahaja. Gadjet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan
oleh semua ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) . selain itu juga, jangan gunakan kayu
atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh kerana bahan ini
tidaklah begitu kukuh dan kuat. Kita perlulah menggunakan ikatan yang betul bagi
membuat ikatan pada gadjet dengan betul dan gadjet yang hendak digunakan
perlulah dan sebaik-baiknya menggunakan bahan semulajadi.
Selain itu juga, bahan yang hendak digunakan hendaklah merujuk kepada tiga
perkara iaitu merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan dengan
kata lain dimana perkhemahan itu hendak dilakukan. Selain itu, bahan yang hendak
digunakan untuk membuat gadjet perlulah menggunakan bahan semulajadi sesuai
dengan persekitaran perkhemahan dan seboleh bolehnya menggunakan bahan dari
seluruh bahagian pokok.
Di samping itu, gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan
dan boleh menampung beban yang berat sesuai berdasarkan jenis-jenis gadjet.
Gadjet yang hendak dibuat mestilah baik dan ringkas tetapi praktikal. Cara-cara
hendak membuat gadjet mestilah mulakan dengan membuat gadjet yang ringkas
dahulu. Kemudian barulah fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet dan
tidak membahayakan semasa perkhemahan. Gadjet direka, dibuat dan diletakkan
ditempat yang sesuai dan gadjet yang dibuat adalah ciptaan atau rekaan sendiri..
Antara faedah membina gadjet hendaklah tidak mencemarkan alam sekitar dan
sebab itulah kita diharuskan menggunakan bahan semulajadi bagi membuat gadjet
di samping dapat menjimatkan kos membeli barang-barang. Selain itu juga, ia
memudahkan penyimpanan barang apabila berkhemah terutamanya barang
memasak dan sebagainya, disamping kita belajar menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling. Dengan itu kita dapat memanfaatkan sumber alam semula jadi
dengan sebaiknya
Pengelolaan Aktiviti Dan Pertandingan
Melalui kuliah yang disampaikan, saya mengetahui bagaimana untuk menjayakan
sesebuah persatuan ataupun kelab di sesebuah sekolah. Antaranya ialah, guru
penasihat dan pihak pentadbir sekolah memainkan peranan. Dengan itu, barulah
aktiviti ko- kurikulum di sekolah berjalan dengan lancar. Selain itu juga, pelbagai
aktiviti dapat dilaksanakan di sekolah dan dilaksanakan secara mingguan, bulanan,
semester, penggal dan tahunan. Melalui pendedahan ini, dapat membantu kami
dalam mempratikkannya di sekolah apabila kami sudah bergelar guru kelak.
Melalui kuliah tajuk ini juga, saya mendapati bahawa terdapat prosedur-prosedur
tertentu yang perlu diikuti semasa mengadakan sebarang aktiviti kokurikulum. Hal ini
perlu dititikberatkan oleh urusetia atau pengerusi bagi sesuatu pengelolaan aktiviti
tersebut agar aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan
mencapai objektif pengelolaan aktiviti tersebut.
Semasa menjalani kuliah ini, kami dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan dan
juga takwim pengelolaan aktiviti sesebuah sekolah. Bukan itu sahaja, malah aktiviti
ko- kurikulum ini mempunyai tujuannya pelaksanaannya iaitu mengimbangkan
antara akademik dan kurikulum. Seterusnya, memantapkan lagi pengurusan jurulatih
dan penasihat dalam sesebuah persatuan ataupun kelab yang dikelolakan oleh
mereka. Dari sini, sebagai seorang bakal guru kami telah mengetahui perkara ini
justeru memudahkan kami apabila mengendalikan aktiviti kelak justeru dapat
membaiki kelemahan yang sedia ada agar lebih baik lagi di masa akan datang.
Secara keseluruhannya, bagi memastikan setiap aktiviti atau program yang
dianjurkan berjalan dengan lancar, beberapa perkara perlu diambil kira seperti
kertas kerja aktiviti, pemantauan aktiviti serta penilaian aktiviti. Satu penilaian dan
mesyuarat post mortem perlu dijalankan bagi melihat keberkesanan program yang
dijalankan supaya segala kelemahan dan kekurangan yang timbul dapat diatasi
serta dapat dielakkan pada program – program yang akan dianjurkan pada masa
akan datang.
Teknik-teknik Orienteering
Dalam kuliah kali ini, saya didedahkan mengenai orienteering. Dengan memahami
tajuk ini, saya dapat menerangkan tujuan utama sesuatu pengetahuan berkaitan
dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan
rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan
baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik
kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan
yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut
susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini
boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu
arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang
latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi,
cabaran dan risiko tersendiri.
Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan
orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah
campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun
tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari
negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan
dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak
jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan
angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan
pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada
keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap
digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke
barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air
ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat
perkampungan dan arah tiupan angin
Jelaslah pengetahuan tentang kompas sangatlah penting kepada seseorang ketika
sesat di hutan. Hanya kompas sahaja yang dapat mencari arah pergerakan dengan
tepat dan betul. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk belajajar orienteering.