8
REFLEKSI MINGGUAN (MOHAMAD IDAD B ZAHARI .. PA1 SEM 4) Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum Pada tarikh Jun 2013 merupakan kuliah pertama kami untuk subjek Pengurusan Kokurikulum ( WAJ 3108 ) bagi pelajar semester 4 IPG Kampus Kota Bharu. Kuliah pertama kami menyentih bab pertama iaitu Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum. Dalam bab ini menyentuh semua pengenalan asas yang perlu diketahui oleh seorang guru. Melalui tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan falsafah gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang guru, maklumat-maklumat ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung dengan gerak kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang guru dapat menguruskan kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup. Selain itu, saya juga dapat menerangkan komponen dan jenis- jenis gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Di sekolah, bukan hanya terdapat satu jenis gerak kerja kokurikulum. Malah terdapat beberapa seperti sukan, badan beruniform dan kelab akademik. Dengan tahu dan faham mengenai setiap jenis gerak kerja ini, senang bagi seorang guru mengurus malah menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang kelak. Dalam tajuk ini juga ada menyentuh mengenai carta organisasi gerak kerja kokurikulum. Carta organisasi amat penting untuk mengetahui siapa yang berkuasa memberi arahan atau kelulusan.

Refleksi Portfolio Krs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi krs

Citation preview

Page 1: Refleksi Portfolio Krs

REFLEKSI MINGGUAN (MOHAMAD IDAD B ZAHARI .. PA1 SEM 4)

Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Pada tarikh Jun 2013 merupakan kuliah pertama kami untuk subjek Pengurusan

Kokurikulum ( WAJ 3108 ) bagi pelajar semester 4 IPG Kampus Kota Bharu. Kuliah

pertama kami menyentih bab pertama iaitu Pengenalan Kepada Gerak Kerja

Kokurikulum. Dalam bab ini menyentuh semua pengenalan asas yang perlu

diketahui oleh seorang guru.

Melalui tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan

falsafah gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang guru, maklumat-maklumat

ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung dengan gerak

kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang guru dapat menguruskan

kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup.

Selain itu, saya juga dapat menerangkan komponen dan jenis-jenis gerak kerja

kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Di sekolah, bukan hanya terdapat satu

jenis gerak kerja kokurikulum. Malah terdapat beberapa seperti sukan, badan

beruniform dan kelab akademik. Dengan tahu dan faham mengenai setiap jenis

gerak kerja ini, senang bagi seorang guru mengurus malah menjayakan sesuatu

aktiviti yang dirancang kelak.

Dalam tajuk ini juga ada menyentuh mengenai carta organisasi gerak kerja

kokurikulum. Carta organisasi amat penting untuk mengetahui siapa yang berkuasa

memberi arahan atau kelulusan. Saya sendiri dapat menyediakan diri seandainya

memerlukan kelulusan untuk sesuatu. Saya tahu siapa yang perlu saya jumpa.

Di samping itu juga, saya dapat mengetahui akta, surat pekeliling Ikhtisas dan

peraturan-peraturan am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum. Seorang guru

penasihat harus mengetahui semua peraturan-peraturan untuk memudahkan kerja.

Saya tidak mustahil akan menjadi guru pembimbing untuk sesebuah kelab di

sekolah nanti. Tanpa mengetahui peraturan, kemungkinan saya akan melanggar

etika dan memberi contoh yang buruk kepada ahli kelab saya nanti. Oleh itu, dengan

memahami bidang tugas saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Page 2: Refleksi Portfolio Krs

Sistem Ikatan dan Simpulan

Dalam minggu ini, kami dapat mempelajari ikatan dan simpulan asas yang

sesuai untuk diamalkan oleh semua orang terutama bagi ahli penyelamat

apatah lagi kami ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang mana akan

menjalani perkhemahan unit kokurikulum di Lata Belatang. Dalam kuliah

ini kami menjemput pensyarah jemputan khas dari unit Persatuan Bulan

Sabit Merah untuk membantu memberi sedikit sebanyak tentang ikatan

dan simpulan yang kami akan guna nanti sewaktu perkhemahan terutama

bagi membuat gajet.

Seperti biasa sebelum kami masuk ke dalam dewan Gerko, kami perlulah

berbaris di bawah dewan terbuka blok NN, disini kami berkawad asas

seperti hari-hari biasa. Selepas selesai berkumpul dan berkawad

sementara menunggu ahli yang dating cukup kami bergerak segera ke

dewan gerko untuk mendengar sedikit kuliah berkenaan ikatan dan

simpulan.

Tujuan utama kami belajar ikatan adalah untuk membiasakan diri dengan

ikatan dan simpulan dan sentiasa mengamalkannya di samping

membentuk dan menggunakan ikatan dengan cepat dan kemas. Selain itu

juga, objektifnya juga adalah ikatan yang dipelajari hendaklah dibuka

dengan mudah walaupun ia diikat dengan kuat dan kemas.

Dalam kuliah ini juga kami mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan

terutama bagi mengikat sesuatu benda namun begitu ia hendaklah

disesuaikan dengan situasi dan keadaan ikatan atau simpulan yang mahu

digunakan. Oleh itu kemahiran dalam ikatan dan simpulan akan

mempercepatkan operasi menyelamat atau ketika kita hendak mengikat

sesuatu benda benda dengan kemas dan kuat dan dapat membukanya

balik dengan senang.

Selain itu, kami juga turut belajar jenis-jenis tali dan kesesuaian yang

boleh digunakan untuk kerja mengikat atau dengan kata mudah kerja

menyelamat. Untuk kerja menyelamat tali belati tidak berminyak lebih

sesuai digunakan kerana ia begitu kukuh dan selamat untuk digunakan.

Page 3: Refleksi Portfolio Krs

Kelas Gadjet dan Pionering

Dalam kuliah gerko pada minggu ini, kami diberikan pendedah mengenai cara-cara

membuat gadjet. Gadjet sangatlah penting kegunaannya ketika didalam

perkhemahan didalam hutan kerana ia memudahkan kerja. Semasa hendak

melakukan gadjet ada prinsip-prinsipnya bukan boleh buat sebarangan macam itu

sahaja. Gadjet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan

oleh semua ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) . selain itu juga, jangan gunakan kayu

atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh kerana bahan ini

tidaklah begitu kukuh dan kuat. Kita perlulah menggunakan ikatan yang betul bagi

membuat ikatan pada gadjet dengan betul dan gadjet yang hendak digunakan

perlulah dan sebaik-baiknya menggunakan bahan semulajadi.

Selain itu juga, bahan yang hendak digunakan hendaklah merujuk kepada tiga

perkara iaitu merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan dengan

kata lain dimana perkhemahan itu hendak dilakukan. Selain itu, bahan yang hendak

digunakan untuk membuat gadjet perlulah menggunakan bahan semulajadi sesuai

dengan persekitaran perkhemahan dan seboleh bolehnya menggunakan bahan dari

seluruh bahagian pokok.

Di samping itu, gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan

dan boleh menampung beban yang berat sesuai berdasarkan jenis-jenis gadjet.

Gadjet yang hendak dibuat mestilah baik dan ringkas tetapi praktikal. Cara-cara

hendak membuat gadjet mestilah mulakan dengan membuat gadjet yang ringkas

dahulu. Kemudian barulah fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet dan

tidak membahayakan semasa perkhemahan. Gadjet direka, dibuat dan diletakkan

ditempat yang sesuai dan gadjet yang dibuat adalah ciptaan atau rekaan sendiri..

Antara faedah membina gadjet hendaklah tidak mencemarkan alam sekitar dan

sebab itulah kita diharuskan menggunakan bahan semulajadi bagi membuat gadjet

di samping dapat menjimatkan kos membeli barang-barang. Selain itu juga, ia

memudahkan penyimpanan barang apabila berkhemah terutamanya barang

memasak dan sebagainya, disamping kita belajar menyesuaikan diri dengan

keadaan sekeliling. Dengan itu kita dapat memanfaatkan sumber alam semula jadi

dengan sebaiknya

Page 4: Refleksi Portfolio Krs

Pengelolaan Aktiviti Dan Pertandingan

Melalui kuliah yang disampaikan, saya mengetahui bagaimana untuk menjayakan

sesebuah persatuan ataupun kelab di sesebuah sekolah. Antaranya ialah, guru

penasihat dan pihak pentadbir sekolah memainkan peranan. Dengan itu, barulah

aktiviti ko- kurikulum di sekolah berjalan dengan lancar. Selain itu juga, pelbagai

aktiviti dapat dilaksanakan di sekolah dan dilaksanakan secara mingguan, bulanan,

semester, penggal dan tahunan. Melalui pendedahan ini, dapat membantu kami

dalam mempratikkannya di sekolah apabila kami sudah bergelar guru kelak.

Melalui kuliah tajuk ini juga, saya mendapati bahawa terdapat prosedur-prosedur

tertentu yang perlu diikuti semasa mengadakan sebarang aktiviti kokurikulum. Hal ini

perlu dititikberatkan oleh urusetia atau pengerusi bagi sesuatu pengelolaan aktiviti

tersebut agar aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan

mencapai objektif pengelolaan aktiviti tersebut.

Semasa menjalani kuliah ini, kami dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan dan

juga takwim pengelolaan aktiviti sesebuah sekolah. Bukan itu sahaja, malah aktiviti

ko- kurikulum ini mempunyai tujuannya pelaksanaannya iaitu mengimbangkan

antara akademik dan kurikulum. Seterusnya, memantapkan lagi pengurusan jurulatih

dan penasihat dalam sesebuah persatuan ataupun kelab yang dikelolakan oleh

mereka. Dari sini, sebagai seorang bakal guru kami telah mengetahui perkara ini

justeru memudahkan kami apabila mengendalikan aktiviti kelak justeru dapat

membaiki kelemahan yang sedia ada agar lebih baik lagi di masa akan datang.

Secara keseluruhannya, bagi memastikan setiap aktiviti atau program yang

dianjurkan berjalan dengan lancar, beberapa perkara perlu diambil kira seperti

kertas kerja aktiviti, pemantauan aktiviti serta penilaian aktiviti. Satu penilaian dan

mesyuarat post mortem perlu dijalankan bagi melihat keberkesanan program yang

dijalankan supaya segala kelemahan dan kekurangan yang timbul dapat diatasi

serta dapat dielakkan pada program – program yang akan dianjurkan pada masa

akan datang.

Page 5: Refleksi Portfolio Krs

Teknik-teknik Orienteering

Dalam kuliah kali ini, saya didedahkan mengenai orienteering. Dengan memahami

tajuk ini, saya dapat menerangkan tujuan utama sesuatu pengetahuan berkaitan

dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan

menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan

rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan

baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik

kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan

yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut

susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini

boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu

arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang

latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi,

cabaran dan risiko tersendiri.

Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan

orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah

campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun

tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari

negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan

dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak

jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan

angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan

pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada

keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap

digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke

barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air

ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat

perkampungan dan arah tiupan angin

Jelaslah pengetahuan tentang kompas sangatlah penting kepada seseorang ketika

sesat di hutan. Hanya kompas sahaja yang dapat mencari arah pergerakan dengan

tepat dan betul. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk belajajar orienteering.