Transcript
Page 1: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

Bagaimanakah anda boleh pastikan ia normal?

Menjaga payudara anda

Masalah-masalah yang sering dialami

Bagaimanakah anda boleh pastikan ia normal?

Menjaga payudara anda

Masalah-masalah yang sering dialami

MASALAH

PAYUDARA YANG

SERING DIALAMI

MASALAH

PAYUDARA YANG

SERING DIALAMI

Diinspirasikan oleh HarapanDedikasi kepada Penjagaan

Satu Inisiatif Pendidikan oleh Pusat Barah Nasional Singapura

Page 2: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

KandunganPengenalan

Mengenai payudara anda

Perubahan biasa

Bagaimanakah anda boleh pastikan ia normal?

Menjaga payudara anda

Masalah yang sering dialami

Ujian-ujian yang boleh dilakukan

Pertanyaan-pertanyan yang anda boleh tanyakan doktor anda

Jawapan kepada soalan yang sering ditanya

Unit-unit rawatan & sokongan di NCCS

Sumber-sumber Internet

Glosari

Ucapan terima kasih khas kepada individu-individu berikut yang telah menyumbang kepada pembikinan buku ini:

Kandungan: Dr Ho Gay Hui | Konsultan Kanan, Jabatan Onkologi Pembedahan, NCCS Dr Yong Wei Sean | Konsultan, Jabatan Onkologi Pembedahan, NCCSMiss Flora Yong | Pengurus, Divisyen Bantuan Masyarakat dan KedermawaanTeks: Cik Jenna Teo | Pengurus Jururawat Kanan, Perkhidmatan Pendidikan & Maklumat Barah

Nombor Dokumen. CEIS/2012/07/02

PenafianPusat Barah Nasional tidak mengesahkan atau mempromosikan penggunaan sebarang produk yang disebut di dalam buku ini. Maklumat yang disampaikan adalah secara ringkas bagi pemahaman dan ilmu sahaja. Ia tidak mengesyorkan pengurusan sendiri masalah kesihatan atau menggantikan konsultasi dengan doktor anda. Anda tidak sepatutnya mengenepikan nasihat perubatan atau berlengah dalam mendapatkannya disebabkan apa yang anda baca di sini.

Edisi pertama June 2000. Disemak 2002 dan 2007. Ini edisi 2012.

Hakcipta @ Pusat Barah Nasional (S) Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian penerbitan ini tidak boleh dicetak semula, disimpan dalam sistem dapatan semula, atau disiarkan, dalam apa juga bentuk atau cara, elektronik, mekanikal, imbasan, rakaman, kalau tidak dengan kebenaran bertulis sebelum itu daripada pihak penerbit.

..................................................................................3

................................................................4

...........................................................................5

.................................5

.................................................................6

...........................................................6

......................................................8

...........10

...................................11

...........................................13

...............................................................13

........................................................................................14

MASALAH PAYUDARA YANG SERING DIALAMI

Page 3: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

3

Payudara kita penting kerana sebab-sebab yang berbeza. Perasaan kita terhadap payudara kita seringkali mempengaruhi bagaimana kita melihat imej badan kita dan diri kita sendiri. Tidak ada bentuk atau saiz payudara yang sempurna. Payudara wanita datang dalam berbagai bentuk dan saiz dan adalah penting kita berasa selesa dengan payudara kita.

Payudara kita melalui banyak perubahan sepanjang hidup kita. Kebanyakan perubahan ini adalah normal dan disebabkan paras hormon reproduktif yang berubah-ubah dalam badan kita. Paras hormon berubah semasa ovulasi, haid, mengandung dan putus haid.

Dengan meningkatnya usia kita, paras hormon kita berkurangan secara beransur-ansur dan kita mungkin mengalami berbagai perubahan payudara dada kita. Ia termauk rasa sakit yang luarbiasa dan/ atau bengkak atau berbenjol-benjol, penarikan kedalam pada puting, atau mungkin juga lelehan daripada puting. Walaupun kebanyakan perubahan ini benign (bukan barah), ia boleh membuat kita cemas dan bimbang. Adalah penting perubahan-perubahan ini diperiksa dengan teliti oleh seorang doktor.

Kami harap buku kecil ini akan menjawab sebahagian soalan yang anda mungkin ada mengenai perubahan payudara. Jika anda mendapati buku ini berguna, kongsilah dengan keluarga dan teman-teman anda. Dan sekiranya anda ada soalan mengenai kandungan di dalam buku ini atau ada sebarang maklumat yang anda cari yang tidak terdapat dalam buku ini, sila hubungi Talian Bantuan Barah di talian 6225 5655 bagi maklumat lanjut.

Buku-buku maklumat lain mengenai barah juga boleh diperolehi daripada Perkhidmatan Pendidikan dan Maklumat Barah, Pusat Barah Nasional Singapura. Hubungi Talian Bantuan Barah untuk meminta senaskhah. Bagi versi elektronik buku ini dan buku-buku lain, sila ke laman web kami: http://www.nccs.com.sg.

Pengenalan

Page 4: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

4

MENGENAI PAYUDARA ANDA Payudara anda adalah organ berkelenjar yang direka untuk menghasilkan susu selepas mengandung. Tisu payudara mengembang ke bawah daripada tulang selangka ke bahagian tepi badan ke ketiak. Tisu payudara terdiri daripada banyak kelenjar khas yang membuat susu selepas kelahiran bayi. Kelenjar-kelenjar itu terdiri daripada pundi susu di mana susu dihasilkan, dan saluran-saluran yang mengalirkan susu ke puting. Kelenjar-kelenjar ini diatur dalam 15 hingga 20 cuping. Kelenjar-kelenjar itu dikelilingi oleh tisu berserat yang membantu memberikan payudara struktur dan bentuknya. Payudara anda juga mengandungi pembuluh-pembuluh darah, kelenjar limfa dan urat saraf. Kelenjar limfa disambungkan dengan sebuah sistem aaluran limfa kepada kelenjar limfa di ketiak anda. Kelenjar dan saluran limfa ini adalah sebahagian sistem limfa yang membantu badan anda melawan jangkitan.

Nodus Limfa

Kelenjar susu

Saluran susu

Puting

Tisu lemak

Page 5: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

5

PERUBAHAN BIASA PADA PAYUDARA Payudara anda akan menjalani banyak perubahan apabila anda baligh dan akan terus berubah dengan meningkatnya usia anda. Pada awalnya tisu payudara tebal, struktur kelenjar yang diperlukan untuk menghasilkan susu tetapi lama-kelamaan ia akan kurang berkelenjar dan lebih berlemak. Apabila anda putus haid, kebanyakan kelenjar susu anda sudah pun digantikan dengan lemak. Justeru, payudara anda akan menjadi lembut dan kurang berbenjol apabila anda semakin tua.

Perubahan pada payudara anda juga akan berlaku seiringan dengan haid bulanan anda (kitaran haid). Ia mungkin terasa bengkak, sakit atau berbenjol sejurus sebelum haid anda. Ini normal dan disebabkan respons badan kepada perubahan paras hormon. Adalah normal bagi tisu payudara tumbuh sedikit dan mengandungi cecair pada bahagian awal kitaran bulanan. Cecair diserap kembali apabila paras hormon anda berkurangan pada permulaan tempoh haid anda. Perubahan-perubahan normal ini akan berterusan setiap bulan sehingga anda putus haid.

BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH PASTIKAN IA NORMAL? Cara terbaik untuk mengetahui payudara anda dan apa perubahan normal atau luarbiasa ialah dengan memeriksa dengan kerap payudara anda sendiri. Wanita-wanita yang mengamalkan pemeriksaan payudara diri (BSE) setiap bulan dengan cepat mengenal bentuk dan rasa payudara mereka yang normal. Mereka kemudian berupaya mengesan perubahan luarbiasa dengan mudah.

Ada beberapa cara untuk mempelajari BSE dengan betul. Anda boleh bertanya doktor anda untuk mengajar anda atau anda boleh mempelajarinya sendiri dengan menggunakan risalah -risalah penerangan BSE yang boleh didapati daripada Persatuan Barah Singapura, Lembaga Penggalak Kesihatan, Yayasan Barah Payudara dan Pusat Barah Nasional Singapura.

Adalah amalan yang baik untuk bertanya doktor anda untuk memeriksa payudara anda secara tetap pada setiap tahun. Mamogram (x-ray payudara) dan ultrasound payudara juga alternatif yang boleh dibincangkan dengan doktor anda. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai mamogram, pengesanan awal dan langkah-langkah mencegahnya, sila hubungi Talian Bantuan Barah di talian 6225 5655 atau e-mel kepada [email protected].

Mamogram adalah x-ray khas untuk payudara yang menggunakan kadar radiasi yang rendah. Mamogram digunakan untuk memeriksa wanita yang sihat bagi tanda-tanda barah payudara sebelum wanita itu sendiri menyedari akan apa-apa perubahan atau sebelum benjol dapat dirasa. Ia dipanggil pemeriksaan mamogram.

Jawatankuasa Nasional dalam Penjagaan Barah (NCCC) mengesyorkan pemeriksaan mamogram setiap tahun bagi wanita-wanita berusia anatara 40 dengan 49 tahun dan mamogram dua tahun sekali bag wanita berusia 50 tahun ke atas. Kajian di Barat telah menunjukkan bahawa barah payudara kerap dihidapai wanita berumur dan penyelidikan telah membuktikan bahawa dengan program yang diselaraskan, pemeriksaan mamogram boleh mengesan barah awal mengurangkan kadar kematian akibat barah payudara.

Walaupun setiap wanita menghadapi risiko menghidap barah payudara, risikonya bertambah dengan meningkatnya usia kita. Tisu payudara dalam wanita muda selalunya lebih tebal. Ini membuatkannya susah mengesan perubahan kecil dalam payudara. Memandangkan tidak ada bukti menunjukkan faedah pemeriksaan mamogram bagi wanita di bawah usia 40 tahun, ujian ini tidak disyorkan kepada wanita dalam kumpulan usia ini. Namun, sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang membimbangkan anda, sila dapatkan nasihat doktor anda. Sekiranya ada sejarah barah payudara yang kuat dalam keluarga anda, khususnya pada usia muda, anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor anda atau kunjungi Klinik Penilaian Risiko dan Pencegahan (REAP) di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) untuk mendapatkan nasihat. Untuk membuat janji temu, sila hubungi talian 6436 8088.

Page 6: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

6

MENJAGA PAYUDARA ANDA • Periksa payudra anda setiap bulan. Lakukan Pemeriksaan Payudara sendiri Diri (BSE) seminggu sebelum hari pertama tempoh haid anda. Jika anda tidak lagi datang haid, pilih tarikh yang mudah diingat setiap bulan.

• Laporkan sebarang perubahan kepada doktor anda, contohnya bengkak dan kemerah-merahan, adanya benjol, perubahan kulit atau lelehan daripada puting.

• Jalanipemeriksaantahunanpayudaradengandoktoranda.

• Berbincangdengandoktorandamengenaifaedahpemeriksaanpayudara.

MASALAH YANG SERING DIALAMI

Sakit payudara

Sakit pada payudara ada sering berlaku dan dipanggil mastalgia. Payudara anda bertindak kepada perubahan berkaitan kitaran haid anda. Ramai wanita mengalami kesakitan pada tahap yang berbeza dan/ atau sakit sebelum, atau semasa tempoh haid mereka. Ini biasa, tetapi kadangkala kesakitan itu boleh menjadi teruk dan menganggu rutin harian.

Selalunya apa yang diperlukan ialah kunjungan ke doktor bagi mendapatkan jaminan bahawa rasa sakit itu bukan kerana barah. Bagi sesetengah wanita, kesakitan mungkin terlalu teruk dan memerlukan rawatan.

Tip-tip bagi mengurangkan kesakitan

Menyusuli jaminan daripada doktor anda, ada beberapa perkara mudah yang mungkin anda boleh cuba jika anda mengalami sakit payudara. Cubalah beberapa idea ini sebelum mengetahui apa yang sesuai untuk anda.

•Pakai coli penyokong yang bagus - ada sesetengah wanita yang mendapati bahawa memakai coli penyokong pada setiap masa, walaupun untuk tidur, membantu mengurangkan pergerakkan payudara. Pastikan coli itu tidak terlalu ketat untuk mengelak daripada menjadikan payudara anda terasa sempit.

• Padpanas–cubatekapkanpadpanasyangdibaluttualapadapayudaraanda.

•Mandimenggunakanairyanghangat.

•Mandi air sejuk atau pek air batu – Ada wanita yang mendapati mandi dengan air sejuk atau menekapkan pek air batu pada payudara mereka lebih berkesan.

• Kurangkanpengambilankafeinataumenjauhi terus jugabolehmengurangkansakitpadapayudara. Kafein terkandung dalam kopi, teh, kola dan coklat. Mengurangkan kadar garam dan lemak dalam diet anda juga mungkin berfaedah.

•MinyakBunga EveningPrimrose–wanita lainmendapati bahawaMinyak bunga EveningPrimrose, yang diambil dalam bentuk pil atau cecair, boleh mengurangkan sakit atau tanda-tanda prahaid. Minyak bunga Evening Primrose boleh dibeli di farmasi dan kedai-kedai makanan kesihatan tanpa preskripsi. Jika semua kaedah ini tidak membantu, anda mungkin perlu menemui pakar payudara. Rawatan lebih rumit mungkin disyorkan.

Page 7: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

7

Perubahan fibrosistik benign Perubahan fibrosistik benign sering berlaku dan menjadi punca sista dan benjolan

benign dalam payudara. Istilah “perubahan fibrosistik benign” secara amnya merujuk kepada keadaan yang boleh berlaku dengan peningkatan usia dan

dalam wanita yang mempunyai payudara yang dianggap lebih sensitif kepada perubahan hormon bulanan. Bagi sesetengah wanita berkenaan,

payudara mereka tidak boleh kembali seperti sedia kala selepas haid sebelum mereka dirangsang lagi bagi pertambahan hormon pada

bulan seterusnya. Selepas berbulan dan bertahun, tisu payudara menjadi tebal beransur-ansur dengan kebenjolan tambahan,

kesakitan atau pembentukan sista (cysts). Masalah-masalah ini selalunya hilang selepas putus haid.

Bagaimanapun, bagi wanita yang menjalani terapi penggantian hormon, tanda-tanda ini mungkin berlanjutan.

Sista (Cysts) Sista adalah pundi yang mengandungi cecair

dan amat sering berlaku. Ia mungkin sebahagian daripada perubahan fibrosistik. Lebih satu sista boleh

berlaku pada satu-satu masa. Sista mungkin terasa lembut atau keras dan kadangkala sakit bila disentuh. Kebanyakan sista tidak berbahaya, tetapi sebarang benjolan yang boleh dirasa patut diperiksa oleh

doktor anda untuk memastikan bahawa ia benigna. Sebuah pemeriksaan ultrasound mungkin digunakan untuk mengesahkan bahawa benjolan itu adalah sista.

Doktor anda mungkin memilih untuk mengambil cecair daripada sista dengan mengunakan picagari (syringe) dengan jarum yang halus. Prosedur ini dipanggil penyedutan menggunakan jarum. Ia mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan, tetapi ia tidak sepatutnya terlalu sakit. Doktor anda mungkin menghantar cecair itu ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop. Sista tersebut selalunya hilang selepas cecair dikeluarkan. Ia mungkin datang kembali dan perlu disedut buat kali kedua. Jika ini kerap berlaku, anda mungkin perlu mengeluarkannya menerusi pembedahan.

Fibroadenomas Fibroadenomas adalah benjolan tisu bersabut yang tidak berbahaya. Ia selalunya terasa keras dan bergetah dan mempunyai tekstur licin. Fibroadenoma mungkin boleh bergerak di satu bahagian payudara anda. Meskipun ianya lebih kerap terdapat pada wanita muda yang berusia antara 18 dengan 30 tahun, ia juga boleh didapati pada wanita yang berusia 30 tahun atau lebih. Sama seperti benjolan yang lain, adalah penting ia diperiksa oleh doktor anda. Anda mungkin mendapati anda perlu menjalani ujian lanjut atau biopsi.

Lelehan puting atau penarikkan puting ke dalam Lelehan daripada puting anda atau penarikkan puting ke dalam perlu diperiksa doktor anda. Jika anda sedang memberi susu badan, adalah normal bagi susu meleleh daripada puting antara sesi menyusu. Selepas bayi anda putus susu badan, anda mungkin mendapati cecair seperti susu keluar. Ini bukan luarbiasa; cuba jangan memicit puting anda kerana ia hanya akan merangsang pengaliran susu. Selalunya lelehan itu akan berhenti secara beansur-ansur. Jika ia berterusan, atau warnanya atau kepekatannya berubah, anda patut berjumpa doktor anda. Jika anda mengalami lelehan baru dan berlaku ‘penarikkan puting ke dalam’, jumpa doktor anda. Ujian selanjutnya mungkin perlu.

Page 8: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

8

UJIAN-UJIAN YANG BOLEH DILAKUKAN Apabila anda berjumpa doktor untuk memeriksa masalah tersebut, doktor akan memeriksa payudara anda. Jika anda perhatikan perubahan khusus, seperti benjolan, cuba tunjukkan bahagian itu dengan jelas. Ini akan membantu pemeriksaan doktor.

Doktor anda mungkin akan menasihatkan anda untuk menjalani beberapa ujian supaya diagnosis yang tepat boleh dibuat dan untuk memastikan masalah anda benign (bukan kanser). Ujian-ujian tersebut mungkin termasuk salah satu daripada berikut.

Mammogram Jika anda mempunyai benjolan dan anda berusia lebih 35 tahun, mamogram selalunya disarankan untuk membantu diagnosis. Mamogram memeriksa kehadiran dan posisi benjolan juga masalah lain payudara dada anda. X-ray lebih terperinci mungkin diperlukan berbanding dengan pemeriksaan mamogram. Kehadiran luarbiasa mungkin ditemui meskipun tidak ada benjolan yang dirasa dalam payudara.

Kadangkala benjolan yang boleh dirasa tidak akan dilihat pada mamogram. Ujian lain diperlukan untuk memastikan sama ada benjolan itu barah ataupun bukan. Jika anda baru menjalani mamogram, jangan lupa membawa x-ray anda (dan laporan jika ada) apabila bertemu konsultan.

Page 9: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

9

UltrasoundSatu lagi ujian yang anda mungkin jalani ialah ultrasound. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk mengimbas payudara anda. Getaran gelombang bunyi ini dipantul tisu payudara anda dan diubah menjadi isyarat elektrik yang dilihat sebagai imej pada skrin. Ultrasound tidak menggunakan radiasi.

Ujian ini selalunya boleh membezakan antara benjolan pejal dengan sista (cysts).

Sedutan jarum halus Bagi ujian ini, doktor anda menggunakan picagari (syringe) dengan jarum halus untuk mengeluarkan cecair atau sel daripada benjolan payudara. Ia selalunya tidak sakit. Jika benjolan itu hanya sista (cysts), mengeluarkan cecair dengan cara ini selalunya akan menghilangkan sista (cysts) tersebut. Namun, jika benjolan itu pejal, doktor akan mengeluarkan sedikit sel daripadanya. Sel-sel itu kemudian akan dihantar ke makmal bagi pemeriksaan di bawah mikroskop.

Biopsi Jarum Empulur Kaedah ini mengeluarkan cebisan tisu daripada bahagian yang luarbiasa dengan menggunakan jarum garis pusat lebar. Anestetik setempat akan digunakan untuk melalikan payudara, diikuti dengan potongan kecil pada kulit bagi membolehkan jarum dimasukkan dengan mudah. Jika keluarbiasaan itu tidak dapat dirasakan, prosedur ini boleh dilakukan dengan bantuan ultrasound atau x-ray.

Biopsi payudara jarum bergaris pusat lebar (Mammotome®) Biopsi Payudara Mammotome® menggunakan alat bantuan vakum untuk mendapatkan sampel tisu daripada luka yang tidak dapat dirasa. Sampel kecil diambil daripada payudara menggunakan jarum bergaris pusat lebar yang arahkan dengan tepat ke luka yang disyaki dengan menggunakan x-ray atau ultrasound. Prosedur ini kurang invasif berbanding biopsi pembedahan biasa. Ia dilakukan sebagai prosedur pembedahan sehari. Ia mempunyai keupayaan mengambil sampel luarbiasa yang kecil dipanggil microcalcification, yang membolehkan diagnosis awal barah payudara. Ia dilakukan di bawah anestetik setempat dan mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit. Prosedur ini selalunya tidak sakit, tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan.

Biopsi Eksisi Biopsi eksisi melibatkan pengeluaran benjolan atau sampel mencurigakan melalui pembedahan untuk diperiksa di bawah mikroskop. Ia akan memberikan diagnosis tepat bergantung kepada saiz dan posisi benjolan itu. Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.

Jika anda kurang pasti bagaimana biopsi akan dilakukan, minta pakar bedah menerangkan apa yang akan berlaku. Anda juga mungkin ingin tanya mengenai saiz dan posisi parut, sama ada anda akan terasa sakit dan berapa lama anda tidak boleh bekerja.

Menghadapi masalah payudara boleh menyebabkan anda rasa tertekan, khususnya jika anda perlu menjalani banyak ujian. Meskipun anda berasa lega dapat menjalani kesemuanya, ia mungkin mengambil masa yang lama sedikit untuk menghilangkan kebimbangan anda. Tanya doktor anda mengenai pemeriksaan lanjutan. Berbual dengan pasangan anda, keluarga atau rakan boleh membantu.

Page 10: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

10

SOALAN-SOALAN YANG ANDA BOLEH TANYAKAN KEPADA DOKTOR Apabila anda berjumpa doktor anda, anda perlu spesifik mengenai kebimbangan anda. Contohnya bahagian payudara yang terjejas, berapa lamakah anda mengalami masalah itu, adakah benjolan itu ada sepanjang masa? Soalan-soalan berikut mungkin membantu perbincangan dengan doktor anda:

Mengenai penyakit anda

1. Pada pendapat anda apakah punca kesakitan payudara saya? 2. Bagaimanakah saya mengurus kesakitan payudara? 3. Apakah yang anda boleh rasa pada payudara? 4. Perlukah saya berjumpa pakar payudara? 5. Adakah saya mempunyai risiko barah payudara yang tinggi? 6. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko barah payudara?

Mengenai ujian-ujian

1. Ujian apakah yang saya perlukan untuk memeriksa benjolan? 2. Apakah saya perlukan mamogram? 3. Apakah hasil ujian-ujian saya? 4. Perlukah saya menjalani lebih banyak ujian?

Mengenai rawatan

1. Apakah rawatan-rawatan yang ada? 2. Rawatan apakah yang anda syorkan dan kenapa? 3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku bagi rawatan ini? 4. Bolehkah ia dielak atau dikawal? 5. Adakah kesan-kesan sampingan ini sementara atau tetap? 6. Berapa lamakah rawatan ini? 7. Bagaimanakah rawatan ini berfungsi dan bagaimana ia dilaksanakan? 8. Bolehkah saya gunakan ubat-ubatan herba atau makanan tambahan semasa rawatan saya?9. Apa yang akan belaku jika saya pilih untuk tidak menjalani sebarang rawatan? 10. Bolehkah saya kembali bekerja semasa menjalani rawatan saya? 11. Apakah saya akan dirawat sebagai pesakit luar atau dimasukkan ke hospital?

Berkenaan rawatan susulan

1. Berapa kerapkah perlu saya kembali bagi pemeriksaan doktor? 2. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya mahu menukar temu janji saya?

Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan lain, anda mungkin ingin menambah kepada senarai ini. Usah kekok meminta doktor menerangkan jawapan-jawapan kepada anda jika anda tidak memahaminya. Ia juga baik untuk menulis butiran perkara yang telah dibincangkan sebagai rujukan dan peringatan apabila anda perlukannya.

Page 11: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

11

JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN UMUM S. Apakah kebanyakkan benjolan payudara disebabkan oleh barah? J. Tidak. Hanya dua daripada 10 benjolan disebabkan barah. Ini bermakna 80% benjolan payudara benign. Namun, kemungkinan sebuah benjolan menjadi barah bertambah dengan bertambahnya usia anda. Ada sesetengah wanita tidak mempunyai benjolan yang pasti, tetapi merasakan kebenjolan am pada payudara mereka. Selalunya doktor anda mampu meyakinkan anda sama ada ini normal, tetapi adalah penting anda meminta doktor anda memeriksa bagi mengesan sebarang perubahan.

S. Apakah jenis benjolan benign yang sering berlaku? J. Benjolan benign yang paling kerap berlaku ialah perubahan fibrosistik, sista (cysts) payudara, dan fibroadenomas. Semua ini sering digambarkan sebagai bukan barah, pundi kecil mengandungi cecair yang mungkin terasa sepertu benjolan. Ia mungkin keras atau bergetah dan datang dan pergi dengan kitaran haid. Seorang wanita juga boleh mempunyai hanya satu benjolan payudara yang mungkin besar atau kecil. Ia selalunya berlaku semasa wanita itu subur.

S. Apakah yang perlu saya lakukan apabila saya menemui benjolan?J. Benjolan dalam wanita yang belum putus haid mungkin akan dipantau bagi tempoh satu dua bulan untuk melihat jika ada perubahan. Ia mungkin berkaitan dengan hormon yang turun naik dan kitaran haid. Sebarang benjolan luarbiasa yang berterusan patut diperiksa oleh doktor anda. Telefon dan buat temu janji.

S. Bolehkan benjolan benign menjadi barah? J. Kemungkinan barah berkembang dalam benjolan benign sama seperti pada bahagian lain payudara. Namun, adalah penting bagi anda untuk pertama, memastikan bahawa benjolan tersebut benign.

S. Bolehkan barah payudara dikesan awal?J. Ujian-ujian dan pemeriksaan digunakan untuk mengesan penyakit, seperti barah, pada individu yang tidak mempunyai sebarang tanda-tanda. Matlamat ujian ialah untuk mengesan barah sebelum ia mula menyebabkan simptom-simptom. Barah payudara yang boleh dirasa selalunya besar dan besar kemungkinan telah merebak melampaui payudara. Sebaliknya, barah payudara yang ditemui semasa pemeriksaan besar kemungkinan kecil dan masih terkandung dalam payudara. Saiz barah payudara dan sejauh mana ia telah merebak adalah faktor-faktor paling penting dalam meramal prognosis seorang pesakit wanita. Menemukan barah payudara seawal mungkin meningkatkan peluang rawatan yang berjaya. Dengan mengikuti garis panduan pemeriksaan barah payudara meningkatkan peluang bahawa ia boleh didiagnosis pada peringkat awal dan berjaya dirawat.

S. Jika saya mempunyai masalah benjolan benign apakah saya lebih berkemungkinan mendapat barah payudara?J. Kadang-kadang ada sesetengah wanita dengan masalah benjolan benign berisiko lebih tinggi sedikit. Namun, anda perlu membincangkannya dengan doktor anda.

S. Bolehkah masalah benign berulang? J. Secara umumnya tidak, tetapi segelintir wanita akan mengalami benjolan benign yang baru pada masa depan.

S. Apa akan terjadi jika benjolan itu ternyata barah?J. Jika barah payudara dikesan awal, ia mempunyai peluang lebih baik untuk dirawat.Doktor anda akan membincangkan diagnosis dan pilihan rawatan terbaik bagi anda. Anda juga boleh menghubungi Talian Bantuan Barah di talian 6225 5655 bagi mendapatkan maklumat umum dan kaunseling bagi payudara dada juga khidmat sokongan yang ditawarkan.

Page 12: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

12

S. Saya baru menjalani mamogram dan pakar berkata ia menunjukkan microcalcification. Apa maksudnya? J. Beberapa kondisi boleh menbawa kepada jumlah kecil kalsium tebentuk dalam tisu payudara. Microcalcification adalah butiran kecil kalsium, saiznya kurang daripada 1 mm, yang dilihat sebagai titik- titik putih terang pada latarbelakang gambar mamogram yang berwarna kelabu/ hitam. Sebanyak 4 daripada 10 barah payudara mengandungi kelompok microcalcification. Microcalcification lebih kerap berlaku semasa kondisi prabarah saluran karsinoma dalam payudara (DCIS) di mana ia dilihat dalam tiga suku daripada keseluruhan kes.

Dalam mamogram, microcalcification mungkin menunjukkan tanda awal adanya barah. Dengan kelompok-kelompok butiran kalsium dilihat meskipun tiada benjolan yang dirasakan dan benjolan tidak dilihat pada filem mamogram.

Microcalcification juga berlaku dalam beberapa kes benjolan yang sama sekali benign, kondisi buah ada ini termasuk fibroadenomas dan papillomas. Selalunya para pakar boleh melihat daripada bentuk dan corak butiran kalsium sama ada barah besar kemungkinan ada. Jika terdapat ketidakpastian, doktor anda akan mengaturkan biopsi untuk mendapatkan jawapan yang pasti.

S. Bagaimanakah jika ada barah payudara dalam keluarga saya? J. Risiko wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap barah payudara sebelum putus haid seperti ibu dan/atau kakak mungkin meningkat. Jika anda bimbang mengenai sejarah barah payudara di dalam keluarga anda, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin ingin berunding dengan pakar payudara.

S. Apakah parut biopsi mudah dilihat?J. Parut biopsi selalunya kecil dan akan kurang jelas kerana ia akan pudar dengan edaran masa. Ada sesetengah wanita tidak bimbang mengenai parut, sementara bagi yang lain ia mungkin sesuatu yang membimbangkan. Jika anda perlukan biopsi, periksa dengan pakar bedah anda sebelumnya mengenai saiz dan posisi parut yang akan ditinggalkan. Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan apa- apa pada bahagian tersebut.

S. Bolehkah saya menyusukan anak selepas biopsi? J. Ya. Biopsi tidak akan menjejas keupayaan anda menyusukan anak. Walaupun anda perlukan biopsi semasa menyusukan anak, anda masih boleh terus melakukannya selepas prosedur itu. Sila berbincang dengan doktor anda.

S. Apa yang patut saya lakukan jika doktor saya kata saya tidak perlu bimbang tentang masalah payudara saya, tetapi saya tetap berasa bimbang?J. Jika doktor anda menyarankan bahawa masalah anda berkaitan hormon, anda mungkin ingin tunggu sehingga kedatangan haid anda untuk melihat sama ada masalah tersebut masih ada. Jika ya atau anda masih lagi khuatir, jumpa semula doktor anda atau dapatkan pandangan kedua. Anda juga boleh menghubungi Talian Bantuan Barah di talian 6225 5655 atau e-mel: [email protected]

S. Apa yang boleh saya lakukan sendiri untuk terus menikmati kesihatan payudara yang baik? J. Periksa payudara anda sendiri setiap bulan. •Ambilmamogramdasarpadausia40 tahundankemudiannyaseperti yangdisyorkanolehpenyedia penjagaan kesihatan anda. •Jalanipemeriksaanpayudarasecaratetapdenganpenyediapenjagaankesihatananda. •Pantausejarahkesihatankeluargaanda.

Page 13: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

13

UNIT-UNIT RAWATAN & SOKONGAN DI NCCS

Jabatan Onkologi Radiasi (Besmen 2)• Untukpertanyaan :64368058• Untukjanjitemu :64368181

Jabatan Onkolgi Radiasi (Blok 2, Besmen 1, SGH)• Untukpertanyaan :63214210/63265147• Untukjanjitemu :63214211

Unit Rawatan Ambulatori (Tingkat 3)• JasmineSuite :64368134• MorningGlorySuite :64368160• KaunterPenyambutTamu :64368100• UnitPenjadualantemujanji :64368088• PertanyaanUmum :64368000• JabatanOnkologiPsikososial :64368126• MejaPertanyaanFarmasiPesakitLuar :64368091• TalianBantuanBarah :62255655• PerkhidmatanPesakitWargaAsing :(65)62369433Fax:(65)65360611

Persatuan Onkologi Klinikal Amerika www.cancer.net/all-about-cancer

Institut Barah Payudara Westmead www.bci.org.au

Cancer Care, Inc.www.cancercare.org

Pusat Barah MD Anderson www.cancerwise.org

Institut Barah Nasional www.nci.nih.gov

Perpustakaan Nasional Perubatan, USA www.medlineplus.gov

Susan G. Komen Breast Cancer Foundationwww.komen.org/

University of Pennsylvaniawww.oncolink.com/types/article

SUMBER-SUMBER BARAH DI INTERNET

RUJUKAN

• ‘CommonBreastProblems’olehMajlisBarahVictoria,Australia• ‘All about early breast cancer’ oleh Pusat Penyelidikan Kesihatan Perubatan Nasional, Pusat Barah Payudara Nasional, Australia• ‘What you need to know about breast cancer’ oleh Institut Kesihatan Nasional, Institut Barah Nasional, Amerika Syarikat

Page 14: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

14

GLOSARIBenign – Bukankanser.Benjolanbenignamungkintumbuhperlahantetapitidakmerebakkebahagianlainbadan.

Biopsi – Pengeluaran sampel tisu daripada badan untuk pemeriksaan di bawah mikroskop bagi membantu diagnosis.

Sista – Pundiyangmengandungicecair.Sistaselalunyabenigna.

Fibroadenoma – Benjolan benigna payudara yang pejal yang terdiri daripada tisu serat. Ia benigna tetapi mungkin perlu dikeluarkan bagi memantikan bahawa ia benigna.

Hormon – Bahan kimia yang dihasilkan tubuh yang membantu mengawal dan menyelaras berbagai fungsi tubuh termasuk pertumbuhan, metabolisme dan pembiakan seperti horman wanita, oestrogen, yang dihasilkan oleh ovari.

Malignan – Berbarahdenganpotensimencerobohtisudanmerebakkebahagianlainbadan.

Mamogram - Sejenis x-ray khas payudara yang menggunakan kadar radiasi yang rendah. Ia boleh digunakan untuk mengesan benjolan dalam payudara sebelum ia dapat dirasakan (mamogram pemeriksaan), atau membantu mendiagnos masalah payudara.

Mastalgia – Sakit,ketidakselesaanatauketeganganpadapayudarayangselalunyadikaitkandengankitaranhaid.

Menopaus – Biasanyadipanggil sebagai‘perubahankehidupan’apabilahaid seorangwanitaberhenti danbeliau tidak lagi mampu mengandung.

Kitaran haid – Tempohmasa daripada permulaan satu haid kepada yang berikutnya dikenali sebagai kitaran haid. Kira- kira sebulan sekali, otak menghantar mesej menerusi hormon kepada salah satu ovari untuk melepaskan telur. Sementara telur dipersiap untuk dilepaskan, selaput rahim mula menebal. Jika telur ini tidak disenyawakan, selaput tersebut tidak diperlukan dan meninggalkan rahim menerusi faraj. Ia dikenali sebagai datang haid.

Palpable – Bolehdirasamelaluisentuhan.

Prognosis – Saturamalanmengenaipuncapenyakit;peluangsembuh.

Ultrasound – Penggunaan gelombang bunyi frekuensi tinggi dan bukan x-ray untuk memeriksa struktur badan yang berbeza. Ia diubah menjadi isyarat elektronik untuk menjadi imej pada skrin. Boleh membantu diagnosis benjolan payudara.

Page 15: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU KAMI BANTU ORANG LAINJabatan Pendidikan Barah merupakan sebahagian penting perkhidmatan sokongan Pusat Barah Nasional Singapura untuk sesiapa sahaja di Singapura. Dua cabang Jabatan Pendidikan Barah adalah:

• PerkhidmatanPendidikandanMaklumatBarah(CEIS)• Program-ProgramPendidikandanSokonganPesakit

CEIS menyediakan jalinan penting bagi sesiapa yang terjejas oleh barah. Ia besar kemungkinan perhentian pertama bagi seseorang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit tersebut. Kami menawarkan maklumat telefon, sokongan, kaunseling dan hubungan dengan profesional kesihatan, sukarelawan atau kumpulan/pertubuhan sokongan barah. Jururawat-jururawat yang telah menerima latihan penjagaan barah mengedalikan kaunseling melalui telefon. Mereka boleh mengongsi kemahiran mereka dan membincangkan pilihan-pilihan yang ada untuk membantu para pemanggil menghadapi diagnosis barah. Juga tersedia secara percuma bagi orang awam ialah berbagai penerbitan mengenai jenis-jenis barah khusus, pencegahan dan rawatan barah.

Program-Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit menawarkan senarai program-program pendidikan dan terapeutik yang lengkap pada fasa berbeza pengalaman barah pesakit. Ia dilakukan menerusi kumpulan-kumpulan sokongan dan bantu diri, retreat, program-program orientasi dan perkhidmatan berkawan. Program-program sokongan keluarga pula menyediakan sokongan kepada para penjaga dan anak-anak pesakit barah.

Hubungi talian kami untuk mendapatkan bantuan apabila ia diperlukan. Namun, apa yang telah kami capai sejauh ini tercapai hanya kerana sokongan dan galakan daripada pada penderma kami yang baik hati. Pembiayaan adalah kunci bagi memastikan kami mampu memenuhi tahap permintaan bagi khidmat kami.

Jika anda ingin membuat sumbangan kepada inisiatif-inisiatif ini, anda boleh menghantar cek pangkah yang dibuat kepada “Community Cancer Fund”. Pada belakang cek sila tuliskan:

i) Nama & nombor NRIC anda.ii) Alamat e-mel & nombor telefon anda.

Butiran diperlukan bagi pengecualian cukai. Sila hantar cek ke:

Community Cancer Fund

Divisyen Bantuan Masyarakat & Kedermawaan Pusat Barah Nasional, Singapura,

11, Hospital Drive, Singapura 169610

Untuk keterangan, sila hubungi 6236 9440. Sebagai alternatif anda boleh e-mel kami di [email protected].

Tiada jumlah yang terlalu kecil. Jika setiap daripada kita boleh memainkan peranan kecil, kita boleh membantu mereka yang menderita akibat barah.

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih di atas perbuatan baik anda.

Page 16: masalah payudara yang sering dialami masalah payudara yang

Untuk maklumat lanjut mengenai barah, sila hubungi

Talian Bantuan Barah di talian: 6225 5655 atau e-mel [email protected]

ISNIN - JUMAAT : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

SABTU, AHAD : TUTUP& CUTI UMUM

............................................................................................................................

INI ADALAH SEBUAH INISIATIF PENDIDIKAN AWAM OLEH:

Perkhidmatan Pendidikan & Maklumat BarahDivisyen Bantuan Masyarakat & Kedermawanan Pusat Barah Nasional Singapura11 Hospital DriveSingapura 169610 Laman web: www.nccs.com.sgReg No. 199801562Z


Recommended