1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
SEMESTER 2 SESI 2012/2013
KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
MOHD ZULFIKA BIN AWANG D 20111049122 AT 58
MUHAMMAD FIRDAUS BIN
SHAMSUDDIN
D 20111049116 AT 58
JULIYANA BINTI JUWAHIR D 20111049089 AT 58
NORASIKIN BINTI MD.SUTDIRUN D 20111049072 AT 58
NOR SHALINDA BINTI RADZALI D 20111049088 AT 58
KUMPULAN KULIAH B
PENSYARAH: ZAINI BIN ABDULLAH
Tarikh Serah:_______________________________
“KURIKULUM KEBANGSAAN”
PEMARKAHAN
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI KURIKULUM 2-3
3.0 VISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3
4.0 MISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3
5.0 MATLAMAT KURIKULUM KEBANGSAAN 3
6.0 FALSAFAH KURIKULUM KEBANGSAAN 3
7.0 PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA 4
8.0 PERANAN KURIKULUM 5
9.0 TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA 6
10.0 JENIS KURIKULUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA:
10.1 KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
10.2 KURIKULUM PERMATA
10.3 PEMBENTUKAN KBSR
10.4 PEMBENTUKAN KBSM
10.5 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
MENENGAH (KSSM)
10.6 KURIKULUM BERDASARKAN STANDARD
(KSSR)
7-18
11.0 HALANGAN DAN CABARAN 19
12.0 KESIMPULAN 20
3
1.0 PENGENALAN
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah
ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab
dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi
arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah
tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar
bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental atau sosial dan dimensi
intrinsik.
Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang
dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-
ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
4
2.0 DEFINISI KURIKULUM
Perkataan kurikulum adalah berasal dari bahasa Yunani yang sering digunakan
dalam bidang olahraga, iaitu ‟currere‟ yang bererti jarak yang harus ditempuh dalam
kegiatan larian dari pemulaan sehingga tamat. Pengertian ini mula di gunakan dalam
bidang pendidikan. Dalam bahasa Arab pula istilah kurikulum bermaksud Manhaj, iaitu
jalan yang terang di lalui manusia dalam kehidupan. Manusia menggunakan istilah ini
untuk menggambarkan bidang yang khusus kepada seseorang yang mengajar ilmu
pengetahuan (Ishak Ramly.2003).
Banyak pandangan yang di berikan oleh ahli-ahli pendidikan dan kurikulum yang
boleh digunakan berhubung dengan definisi kurikulum. Kurikulum merangkumi perkara
yang paling besar seperti (semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah)
dan yang paling kecil ( perkara yang diajar di sekolah), kurikulum dapat diklasifikasikan
kepada tiga iaitu kurikulum sebagai program yang di rancang dan dilaksanakan di sekolah.
Selain itu, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di
dalam kelas. Seterusnya kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan,
pengalaman individu dan masyarakat secara individu atau kumpulan.
Menurut Bellack dan Kliebard, 1977 dalam Ishak Ramly 2005, telah memasukkan
unsur-unsur domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam kurikulum. Daripada tiga yang
diklasifikasikan tadi terbentuk pula beberapa domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik,
konsep, generalisasi, kemahiran intelektual, manipulatif, sikap, minat, nilai dan apresiasi.
Selain itu, Taba (1962) berpendapat bahawa kurikulum adalah perancangan pembelajaran
dan semua kurikulum mempunyai elemen yang di tetapkan seperti pernyataan tujuan dan
objektif spesifik, pemilihan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian hasil pembelajaran.
Menurut Neagley dan Evans, 1967 dalam Ishak Ramly, 2005 kurikulum adalah
semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Pengalaman
tersebut bagi membimbing pelajar untuk memperolehi hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan terkebih dahulu berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Ianya di
persembahkan dalam keadaan yang paling baik bagi mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan.
Tanner dan Tanner, 1980 dalam Ishak Ramly, 2005 Menyatakan bahawa kurikulum
adalah proses pembinaan semula pengetahuan dan pengalaman, dibina secara sistematik di
5
bawah penyeliaan sekolah atau universiti, bagi membolehkan pelajar meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman mereka.
3.0 VISI KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum sekolah berkualiti untuk pendidikan negara bertaraf dunia.
4.0 MISI KURIKULUM KEBANGSAAN
Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan
potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara.
5.0 MATLAMAT KURIKULUM KEBANGSAAN
Membina dan mengembangkan kurikulum sekolah kearah peningkatan kualiti pendidikan
selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Memastikan anak bangsa Malaysia
dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi.
6.0 FALSAFAH KURIKULUM KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
7.0 PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang
holistik dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang
dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.
Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B
Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem
Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan Modal
Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang
menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal
6
manusia dalam melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu
proses yang dinamik dan berterusan.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia
berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk
seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar
sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari
aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif
akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan
individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan
kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat
dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata
pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum
seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.
Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk
persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti
menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang
mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat
membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap
yang tinggi dan sempurna.
8.0 PERANAN KURIKULUM
Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan salah satu
rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilaiserta norma,
unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan
di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani,
rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa
kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yangmahir dan terlatih untuk
keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah telah dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit
beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146). Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi
7
sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di
sekolah tersebut.Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas
menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan
penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke
semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian.
9.0 TRANFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan
kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah
aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai
perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan
kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan
kepada aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” (1988 –
Falsafah Pendidikan Negara)
Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan
matlamat pembangunan manusia dan Negara.
10.0 JENIS KURIKULUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Terdapat dua kurikulum wajib di sekolah iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Namun begitu
kedua kurikulum ini telah berlaku tranformasi menjadi Kurikulum Standard Sekolah
8
Rendah(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM). Selain itu
perkembangan kurikulum di sekolah telah bermula sejak tadika lagi iaitu yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Selain itu beberapa kurikulum baru telah
diperkenalkan seperti Kurikulum Permata demi menganjakkan dunia pendidikan ke arah
global.
10.1 KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran
yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam
persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira
latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal
kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas
mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan
keadaan dan keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan
tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,membina sikap
positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan
potensi yang optimum.
Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang
fleksibeldan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan
naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru
kepada kanakkanak.Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat
menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi,
daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang
dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara.
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan
prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat
dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira
pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan
9
perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai
kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran.
10.1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM PRA SEKOLAH
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah digubal mempunyai matlamat untuk
menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah
rendah. Kurikulum pendidikan prasekolah mempunyai kepentingannya yang
tersendiri dan telah mengubah akta pendidikan. Menurut Akta Pendidikan 1996
pindaan Seksyen 22 (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang
dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan
oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum
Prasekolah yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan
pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid
pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak
langkah pertama dalam bidang awal kanak-kanak dengan satu Kaedah-Kaedah
Guru/ Kaedah-Kaedah (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972
Warta Kerajaan P.U. (A) 414, untuk menyatakan prosedur yang mesti dipatuhi
mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli lembaga pengelolanya. Walaupun
begitu badan-badan yang mengendalikan prasekolah ini merasa perlu untuk
mendapat panduan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak
yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan
mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak
1,131 buah kelas prasekolah.
Faktor-Faktor Perlaksanaan Kurikulum Prasekolah
a) Ciri kanak-kanak
b) Alam persekitaran
c) Prinsip pembelajaran
d) Aktiviti yang terancang
Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan dan melaksanakan Program Peluasan Pendidikan Awal
10
Prasekolah di seluruh negara seiring dengan PIPP Teras ke-2 membangunkan
modal insan. Program peluasan ini melibatkan 700 buah kelas prasekolah. Kini,
KPM berusaha menjalinkan kerjasama dengan PERMATA berbekalkan peruntukan
sebanyak RM 200 juta.
Tahap Persekolahan Di Malaysia
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Seterusnya, ia dapat meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Standard kandungan dan standard
pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam
tunjang pembelajaran iaitu bahasa dan komunikasi, pendidikan kerohanian, sikap
dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika
serta perkembangan ketrampilan diri
Komponen ini adalah sama dalam pendidikan sekolah rendah maka kanak-
kanak tidak akan mengalami kejutan budaya ketika memasuki alam persekolahan
pada umur 7 tahun (Rohani 2003).
Komponen bahasa dan komunikasi terdiri daripada Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris wajib dipelajari manakala Bahasa Cina dan India pula hanya kanak-kanak
prasekolah beraliran bahasa tersebut sahaja akan belajar. Bahasa Malaysia perlu
diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam
seminggu di prasekolah yang menggunakan bahasa penghantarnya Bahasa
Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa penghantarnya bukan
Bahasa Malaysia. Fokus utama tunjang ini adalah kemahiran Bahasa dan Seni
Bahasa. Kemahiran ini dapat dipraktikkan dengan aktiviti dan permainan bahasa
yang dirancang oleh guru. Ia lebih kepada kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
Pendidikan Kerohanian dan moral, sikap dan nilai pula merangkumi
pendidikan Islam dan pendidikan moral. Masa yang ditetapkan selama dua jam
11
seminggu. Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang
rukun iman, rukun islam, sirah dan Kalimah Syahadah manakala pendidikan moral
memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan seperti
nilai-nilai murni. Pengajaran ini selalunya melalui kaedah bercerita, simulasi,
menyanyi, aktiviti „hands-on‟, meneroka dan bermain. Pendidikan moral lebih
kepada nilai berkaitan perkembangan diri, nilai berkaitan diri dengan keluarga, nilai
berkaitan diri dengan masyarakat nilai berkaitan diri dengan alam sekitar dan nilai
berkaitan diri dengan negara.
Tunjang Ketrampilan diri menekankan perkembangan sosioemosi kanak-
kanak. Ia merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pembinaan
konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran
sosial. Ia tidak merangkumi aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama
ada aktiviti rutin, rehat, makan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi fizikal dan
penjagaan kesihatan serta perkembangan kreativiti. Aspek perkembangan fizikal
adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap
kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti sukan dan
sebagainya. Kebersihan persekitaran dan pemakanan dan kesihatan fizikal diri akan
ditekankan. Perkembangan Kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik
serta drama dan gerakan kreatif. Kanak-kanak ini dapat mezahirkan idea mereka
secara kreatif dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains dan awal matematik,
awal Sains membolehkan organ deria dan peralatan mudah semasa membuat
pemerhatian, mengukur dan membanding. Ia lebih menekankan kepada penguasaan
kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan awal Matematik pula menekankan
pengalaman konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang,
konsep waktu dan menyediakan peluang menggunakan komputer untuk melakukan
tugasan tertentu melalui tunjang Sains dan Teknologi.
Seterusnya, tunjang Kemanusiaan pula memberi peluang kanak-kanak
memahami dirinya, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga,
rakan, komuniti, dan alam sekitar. Malah, menekankan kepada pemahaman budaya
dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum berasaskan standard
dan berbentuk modular.dan merangkumi dua modul iaitu modul asas dan bertema.
12
Modul asas merangkumi penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul. Tema pembelajaran pula mengikut keperluan murid,
keperluan setempat, dan keperluan semasa seperti perayaan. Semangat hormat
menghormati sentiasa diasuh melalui tunjang-tunjang ini. Secara tidak langsung,
kanak-kanak tersebut akan menghormati kebudayaan dari semua etnik dan kaum di
Malaysia maka apabila mereka besar tidak akan berlaku perpecahan kaum.
Teori pembelajaran yang dijadikan fokus adalah pembelajaran
konstruktivisme dimana murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak
dijalankan secara „spoon feeding‟ dan murid diberi peluang untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah serta mengaitkan dengan pengalaman yang dialami oleh
kanak-kanak tersebut. Peruntukan masa dalam kurikulum ini, dilihat selesa untuk
kanak-kanak tersebut iaitu empat jam sehari (termasuk masa rehat) iaitu sejumlah
20 jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Manakala 3 jam
30 minit sehari iaitu 17 jam 30 minit satu minggu untuk kanak-kanak berumur 4
tahun ke atas. Penilaian murid yang dapat dilihat melalui pemerhatian dengan
melihat secara tingkah laku murid, perbualan dan hasil kerja murid. Perekodan
pula lebih kepada senarai semak, rekod Anexdot, rekod berterusan (Running
Record) serta boleh dillihat dengan penyimpanan maklumat dalam portfolio seperti
rekod peribadi, rekod kemajuan dan hasil kerja.
10.2 KURIKULUM PERMATA
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada
perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. 1985). Oleh
hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap
perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak di Malaysia telah
berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi, dasar, program
dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A. Bhg. Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan
Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi.
Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan tenaga kerja dan
warganegara yang produktif yang akan membawa pulangan ekonomi yang baik kepada
Negara (Aminah Ayob et.al. 2008).
13
Oleh itu, Projek perintis “Setiap anak PERMATA Negara” telah dilaksanakan
setelah dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat
peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca
daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal demikian, Permata Negara
dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan
didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan
kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
10.3 PEMBENTUKAN KBSR
KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran
(1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979).
KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu
kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai
kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan
bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan
kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-
langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan
memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”.
Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang
intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan
menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar
mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta
dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
10.4 PEMBENTUKAN KBSM
Matlamat utama pendidikan di Malaysia pada dasarnya adalah menuju kearah
penambahan keperluan tenaga kerja serta mencapai perpaduanrakyat melalui
perkembangan individu yang menyeluruh. Oleh itu, untuk menjamin akan wujudnya
keseimbangan pembelajaran antara kedua-dua peringkat persekolahan iaitu rendah dan
menengah, beberapa perubahan terhadap kurikulum sekolah menengah adalah amat
14
diperlukan. Perubahankurikulum yang menyeluruh bagi peringkat menengah dikenali
sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana mula dilaksanakan
pada tahun 1988 secara berperingkat-peringkat. Matlamat KBSM ini adalah berteraskan
kepada perkembangan diri yang disepadukandengan orientasi kepada masyarakat dan
negara. Perkembangan diri ditujukan kepada kerohanian , pemikiran dan penaakulan,
kesejahteraan diri,kemahiran hidup, reakreasi, daya kreatif dan sikap yang positif.
Orientasi kepada masyarakat pula ditujukan kepada kemahiran berinteraksi, politik,
perpaduan negara, sosio budaya, ekonomi dan modenisasi. Bahkan KBSM digubal
berlandaskan kepada konsep pendidikan umum yang member penegasan kepada
pendidikan yang seimbang dan menyeluruh dalam usaha pemupukan nilai dan kemahiran
untuk membolehkan seseorang itu menjadi warganegara yang berguna, bersemangat
patriotik, dan bertanggungjawab. Oleh itu, tumpuan khas diberikan kepada pemupukan
semangat kewarganegaraan yang bertujuan untuk membina perasaan bangga terhadap
bangsa dan Negara.
10.5 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
Latar Belakang
Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan
Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid
Tahun Satu. Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan
terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan
menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan
dilaksanakan mulai tahun 2014.
Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul
pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek
yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah
Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata
pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum.
Matlamat Kajian
Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk
mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam
15
kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan
penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.
Objektif
• Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum
Sejarah Sekolah Menengah
• Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum
Sejarah Sekolah Menengah
10.6 KURIKULUM BERASASKAN STANDARD (KSSR)
Latar Belakang
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B.
Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem
pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan
supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta
akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan
transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah
melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding
dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada
pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri,
akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep
kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
16
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober
2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut
melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut
mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh
Negara.
Objektif KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran
abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR
juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk
mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar
untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk
peribadi (learning to be).
Perinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR.
Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
I. Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
II. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk
memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi
murid dikembangkan secara bersepadu.
17
III. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
IV. Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua
murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan
sepanjang hayat.
Bentuk Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang
ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling
berhubung kait dan bersepadu.
1. Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin
kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.
Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. Murid perlu
menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan
kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang
bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu dalam Tunjang
Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai
.
2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
18
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada
perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya
imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek
fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan
apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
3. Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat
dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II
persekolahan.
4. Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid
diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam
kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi
peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,
rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
5. Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
• pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
• pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
• pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah
Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK).
6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
19
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan,
sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam
bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.
11.0 HALANGAN DAN CABARAN
Antara cabaran yang dihadapai dalam melaksanakan kurikulum ini ialah
kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadimasalah dalam melakukan
tranformasi pendidikan yang berkesan.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Bahagian PerancanganPembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran
Malaysia, padatahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di
pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman danpulau mendapat guru yang
kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku
ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka
berlakulah keadaan dimana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan
terjun‟. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal
sepertiMatematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.Disebabkan
kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek yang tidak berkaitan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang
menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan
pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga
bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan
impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan
pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta
meningkatkan kecemerlangan akademik.
20
12.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, kurikulum memainkan peranan yang besar kepada masyarakat dan
negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Perubahan masyarakat dan sistem
pendidikan selalunya berkaitan dengan keperluan dan tuntutan perkembangan semasa
terutama dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Bidang pendidikan mempunyai fungsi dan
pengaruh sosial yang besar dan ketara pada anggota masyarakat. Di Malaysia, kurikulum
adalah proses merencana, memandatkan, menyepadukan, mentafsirkan isi ataupun maksud,
matlamat dan objektif kurikulum. Semua sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau
swasta mengikuti perubahan yang berlaku secara serius supaya masyarakat yang di bina
melalui pelaksanaan kurikulum berfungsi kepada negara. Dalam pembentukan masyarakat
yang seimbang dalam jasmani, rohani, mental dan fizikal sebenarnya perlu dibentuk sejak
kecil lagi. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya serta
komponen didalamnya bersesuaian dengan kehendak negara iaitu melahirkan insan yang
berkualiti dan dapat memenuhi tenaga kerja kepada negara.
21
PETA MINDA
KURIKULUM
STANDARD
SEKOLAH RENDAH
KSSR
(PENDIDIKAN KHAS)
DEFINISI:
Pembelajaran yang
dilaksanakan khas
untuk murid
pendidikan khas
PEMBENTUKAN:
1. Untuk murid
keperluan khas
2. Digubal khusus bagi
persediaan ke tahun1
3. Penambahan kepada
murid permasalahan
mata
SUMBANGAN:
1. Memberi
kemudahan yang
istimewa kepad
murid pendidikan
khas
2. Member satu
panduan yang
sistematik kepada
guru pendidikan
khas
CABARAN DAN
HALANGAN:
1. Kekurangan guru
yang berkelayakan
2. Jurang antara dasar
dan perlaksanaan
3. Tiada perancangan
yang khusus
dijalankan
4. Kekurangan bahan
pembelajaran
CADANGAN:
1. Memberi
pendedahan awal
kepada guru
2. Menyediakan
kemudahan yang
secukupnya
3. Membuat
perancangan rapi.
22
LAMPIRAN
23
24
25
26
27
28
29
RUJUKAN
Mok Soon Sang (2000), Education In Malaysia (1400-1999), Kuala lumpur
The United Chinese University Malaya,
Mohd Daud Hamzah (1993), Penerokaan Teori Kurikulum, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa & Pustaka
Mok Song Sang (2008), Pengurusan Kurikulum, Puchong,
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1986), kurikulum Baru Sekolah Rendah, Tahap 1
Petaling Jaya, Heinemann Educational Books.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1994), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Secara
Menyeluruh, Kuala Lumpur, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 2011: Pelaksanaan
kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas tahap 1 . Diperoleh
pada Mac 2013 daripada
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1321253257.pdf.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Di Malaysia (2001)
Diperolehi Pada 23 Mac 2013 daripada
https://www.google.com.my/#hl=en&output=search&sclient=psy-
ab&q=jurnal+kurikulum+kebangsaan&oq=jurnal+kurikulum+kebangsaan
Jurnal yang bertajuk Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan
Rohana Hamzah & Muhammad Sukri Saud
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia
30
Jurnal Yang Bertajuk Konsep Kurikulum Bersepadu Dan Perlaksanaannya Di Institusi
Islam
Masa Kini Oleh Rahimah Embong
Kurikulum Kebangsaan (2005) diperoleh pada 24 mac 2013 daripada
http://gurukurikulum.blogspot.com/
Kurikulum Standard Sekolah Rendah diperolehi pada 22 mac 2013 daripada
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/
kurikulum kebnagsaan diperolehi pada 22 mac 2013 daripada http://www.moe.gov.my
Pakej Mata Pelajaran Kurikulum Kebangsaan diperoleh pada 23 mac 2013 daripada
sabksmasra.bpi.edu.m