29
40 Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Guru Prasekolah Rosmah Binti Abd. Ghani Jabatan Pendidikan Prasekolah IPG Kampus Sultan Mizan [email protected] Mariani Md Nor Fakulti Pendidikan Universiti Malaya [email protected] Abstrak: Kajian kualitatif ini bertujuan memerihalkan dan memahami pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di prasekolah. Data di kumpul melalui kaedah pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru berkenaan selama enam bulan, kaedah temu bual dengan guru, dan analisis dokumen kurikulum yang berkaitan. Dapatan kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu mengenal pasti pola dan kecenderungan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah, di samping minat guru dan minat murid perlu diambil kira. Kami percaya, hanya melalui cara ini matlamat murni kurikulum ini akan dicapai, iaitu bertujuan membantu murid berkembang secara seimbang sebagaimana yang dihasratkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Program Transformasi Negara. Kata kunci: Kurikulum, guru prasekolah Abstract: This qualitative study aims to describe and understand the implementation of the National Standard Curriculum for Preschool (NPCS) in preschool. Data was collected through observation of teaching and learning for the past six months, interviews with teachers, and analysis of relevant curriculum documents. This study also hopes to help identify patterns and trends in the performance of teachers teaching and learning in pre-

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

40

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan oleh Guru Prasekolah

Rosmah Binti Abd. Ghani

Jabatan Pendidikan Prasekolah IPG Kampus Sultan Mizan

[email protected]

Mariani Md Nor

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

[email protected]

Abstrak: Kajian kualitatif ini bertujuan memerihalkan

dan memahami pelaksanaan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di prasekolah. Data di

kumpul melalui kaedah pemerhatian terhadap pengajaran

dan pembelajaran guru berkenaan selama enam bulan,

kaedah temu bual dengan guru, dan analisis dokumen

kurikulum yang berkaitan. Dapatan kajian ini juga

diharapkan akan dapat membantu mengenal pasti pola

dan kecenderungan guru dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran di kelas prasekolah, di samping minat

guru dan minat murid perlu diambil kira. Kami percaya,

hanya melalui cara ini matlamat murni kurikulum ini

akan dicapai, iaitu bertujuan membantu murid berkembang

secara seimbang sebagaimana yang dihasratkan oleh

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Program

Transformasi Negara.

Kata kunci: Kurikulum, guru prasekolah

Abstract: This qualitative study aims to describe and

understand the implementation of the National Standard

Curriculum for Preschool (NPCS) in preschool. Data was

collected through observation of teaching and learning

for the past six months, interviews with teachers, and

analysis of relevant curriculum documents. This study

also hopes to help identify patterns and trends in the

performance of teachers teaching and learning in pre-

Page 2: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

41

school classes, in addition to the interest and enthusiasm

of teachers and students should be taken into account.

We believe only in this way the noble aim of the

curriculum will be achieved, which is aimed at helping

students develop in a balanced way as envisaged by the

National Pre-School Curriculum Standards and National

Philosophy of Education in accordance with the National

Transformation Programme.

Keywords: curriculum, preschool teachers

Pendahuluan

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam

dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman

persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan

menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,

keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki

alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Peluang

pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira

latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan

mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi

kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar

dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan

mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap

perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,

membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan

dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu,

kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan

kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan

pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa,

selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka

meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-

kanak. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah

dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan

diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan

mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan

menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan

negara.

Page 3: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

42

Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri

individu kanak-kanak pada usia enam tahun yang pertama. Melalui

asuhan dan pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini dapat

dirangsangkan, sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta kreativiti

dan pemikiran kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas ini, kanak-

kanak ini akan lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan pada

peringkat yang lebih tinggi. Hasil kajian jangka panjang mendapati

pelaburan pada peringkat awal kanak-kanak memberi pulangan yang

positif kepada kerajaan dan masyarakat. Pada masa yang sama, semakin

banyak hasil kajian neurosains menunjukkan kaitan antara pendedahan

rangsangan pada peringkat awal dengan perkembangan minda kanak-

kanak yang optimum. Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996,

prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan

dan pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama

telah dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan

dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan

kerajaan.

Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu

persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan kurikulum

yang universal, terancang mantap dan relevan dengan perkembangan

semasa serta dapat memenuhi keperluan individu dan negara. Selain itu

kurikulum prasekolah juga perlu mempertimbangkan kemampuan,

keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap

perkembangan mereka. Melalui kurikulum prasekolah yang telah

dimurnikan diharapkan akan dapat membantu guru merealisasikan hasrat

falsafah pendidikan negara. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan

sesuatu kurikulum bergantung kepada kefahaman dan penghayatan

pelaksana di bilik darjah. Walau bagaimanapun, pelaksana boleh

menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi.

Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-

kanak, prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,

minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan

perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian

dengan perkembangan murid. Apa yang menjadi kerisauan adalah

senario sebenar ini berlaku di sekolah?

Page 4: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

43

Tinjauan Susastera

Kajian-kajian yang dijalankan di luar negara mendapati bahawa guru

tidak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik

disebabkan kurangnya pengetahuan dalam bidang tersebut. Saiz kelas

yang besar, dan kurang kemudahan infrastruktur serta peralatan untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan. Masalah menjadi getir,

apabila guru yang mendapat latihan dalam bidang pendidikan yang

berkenaan pun tidak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

berkesan (Thomas 2002)

Keadaan yang sama berlaku di Malaysia di mana Pendidikan

Prasekolah dipinggirkan di dalam keghairahan mengejar pencapaian

dalam peperiksaan. Tiada kesedaran dan kurang minat serta faktor tiada

kerja sama atau penyelarasan antara guru, pentadbir sekolah serta

pengurusan prasekolah di peringkat daerah, jabatan pelajaran negeri dan

seterusnya di peringkat kementerian. Masih kurang pemantauan

pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK-2010)

dilaksanakan. Pelaksanaan kurikulum Prasekolah yang kurang mantap

memberikan ruang kepada guru lain melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di kelas prasekolah mengikut kurikulum adaptasi dan

pelbagai. Justeru kajian ini dijalankan untuk memerihalkan dan

memahami proses sebenar yang berlaku memerihalkan dan memahami

proses sebenar yang berlaku dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan

prasekolah oleh guru di sekolah khususnya terhadap kurikulum semakan

yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 (Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan).

Kajian terhadap pelaksanaan sesebuah kurikulum memberi

kefahaman tentang peranan yang dimainkan guru sebagai agen pelaksana

kurikulum di sekolah seperti yang dihasratkan oleh Kurikulum Standard

Prasekolah. Kajian sebegini juga penting ke arah penambahbaikan dari

semasa ke semasa (Dusenbury drk. 2003; Graber 2001). Menurut

Dusenbury drk. (2003), dengan menjalankan kajian terhadap pelaksanaan

sesebuah kurikulum, kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab

kejayaan dan kegagalan mampu dikenal pasti serta diatasi pada masa-

masa yang akan datang. Kajian terhadap pelaksanaan sesebuah

kurikulum juga membantu dalam mengetahui sama ada matlamat dan

objektif yang ditetapkan dapat dipenuhi atau sebaliknya. Sekiranya tiada

data yang diperoleh, sukar untuk menentukan kejayaan atau kegagalan

pelaksanaan sesebuah kurikulum (Dane & Schneider 1998). Tambahan

Page 5: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

44

pula, sesebuah kurikulum yang dirangka melibatkan curahan masa,

tenaga dan kepakaran (Fullan 2001). Justeru, bagi mendapatkan maklum

balas pelaksanaan kurikulum, wajar dijalankan kajian bagi membolehkan

tindakan sewajarnya diambil demi kebaikan murid, guru, pentadbir dan

masyarakat.

Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah merupakan unsur

penting yang perlu dikaji dari masa ke semasa bagi mengetahui kejayaan

dan kekangan pelaksanaannya. Hal ini kerana pelaksanaannya secara

berkualiti mampu membangunkan potensi murid dari aspek

perkembangan secara holistik dan menyeluruh sebagai mana dihasratkan

oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kajian terhadap pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah

ini juga penting dalam mengetahui dan memahami akan status kurikulum

ini yang dilaporkan terpinggir. Hal ini wajar untuk diketahui bagi

memberi pengetahuan kepada guru dan pentadbir serta masyarakat

bahawa pelaksanaan kurikulum prasekolah yang berkualiti mampu

menggalakkan perkembangan serta pertumbuhan yang positif. Di

samping itu, pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah yang

berkualiti mampu menarik minat kanak-kanak untuk melibatkan diri. Ini

adalah bersesuaian dengan tujuan Pendidikan Prasekolah berfokus

kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang

menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat

hingga enam tahun.

Selain itu, kajian terhadap pelaksanaan kurikulum ini juga

penting bagi tujuan penambahbaikan khususnya dalam mengetahui

perkara yang menyebabkan kurikulum ini tidak dilaksanakan seperti

yang dihasratkan. Sedangkan, kurikulum ini merupakan landasan yang

terbaik untuk melatih murid ke arah perkembangan individu yang

syumul, selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Hasil kajian

dapat membantu ke arah penambahbaikan dari semasa ke semasa

khususnya kepada organisasi yang terlibat dalam mata pelajaran ini dan

juga perancang kurikulum di peringkat pusat.

Kajian terhadap pelaksanaan kurikulum juga memainkan peranan

penting dalam menyumbangkan maklumat bagi tujuan penambahbaikan

polisi yang sedia ada. Maklumat yang diperoleh memberi kefahaman

yang jelas terhadap perkara yang mendorong terhadap kejayaan

pelaksanaan khususnya dari aspek perancangan, pelaksanaan dan

Page 6: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

45

penilaian (Cummiskey, 2007). Pelaksanaan kurikulum dianggap berjaya

apabila guru melaksanakan seperti yang dihasratkan oleh kurikulum

kebangsaan, dan kejayaan dalam pelaksanaan juga bergantung kepada

adaptasi yang dilakukan berdasarkan persekitaran yang dihadapi

(Berman & McLaughlin 1976a,b; Marsh, 2007). Tanpa kajian dan

pemerhatian yang berterusan, segala perubahan perancangan serta

strategi pengajaran yang disarankan jarang menemui kejayaan seperti

yang diingini oleh pihak yang berwajib (Ruiz-Primo, 2002).

Dapatan daripada kajian ini juga diharap dapat menyumbang

kepada himpunan data tentang pelaksanaan kurikulum Pendidikan

Prasekolah di Malaysia. Hal ini kerana, terlalu kurang kajian-kajian

dijalankan dalam memahami senario pelaksanaan kurikulum Pendidikan

Prasekolah di sekolah. Data sedemikian boleh menjadi garis panduan

kepada individu atau organisasi yang berkenaan seperti guru, pentadbir

di sekolah, pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Guru (IPG),

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Pembangunan Kurikulum

(BPK), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan

Tinggi Swasta (IPTS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

dalam usaha mereka memperkemaskan dan mempertingkatkan

keberkesanan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah di negara

kita.

Kajian terhadap pelaksanaan sesebuah kurikulum boleh dilihat

menerusi tiga pendekatan, iaitu dari perspektif fideliti, adaptasi dan

enekmen (Cho, 1998; Marsh, 2007). Namun, kajian ini melihat

pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah dari perspektif adaptasi

sahaja, iaitu apakah faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi yang guru

lakukan.

Tumpuan kajian hanyalah kepada empat buah kelas prasekolah di

dua buah sekolah rendah yang terletak di sekitar daerah Besut,

Terengganu. Sekolah-sekolah yang dipilih merupakan sekolah yang

mempunyai kemudahan infrastruktur yang pelbagai untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran Prasekolah iaitu sekolah yang lengkap dari

segi kemudahan asas bagi tujuan pendidikan prasekolah seperti kelas

prasekolah yang sesuai, sekolah yang mempunyai padang dan taman

permainan yang dilengkapi dengan alatan permainan luar; sekolah yang

sederhana dari aspek saiz kelas, kemudahan dan peralatan untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran; dan prasekolah yang terhad kawasan dan

kemudahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pendidikan

Page 7: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

46

prasekolah. Selain itu, kajian ini dijalankan tanpa mengkaji budaya sedia

ada yang terdapat di kelas-kelas prasekolah yang terlibat.

Kajian ini dijalankan terhadap empat orang guru yang

mempunyai perbezaan dari aspek pengalaman dan latihan yang mereka

terima di peringkat ikhtisas. Namun, tiada usaha untuk mengkaji

kurikulum pengajian ikhtisas semasa mereka belajar di institusi

pengajian tinggi dahulu terutamanya bagi guru-guru opsyen pendidikan

prasekolah. Latar belakang pendidikan ikhtisas responden adalah

berbeza, iaitu ada yang mendapat latihan di Institut Pendidikan Guru

(IPG) dan ada yang mendapat latihan di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA).

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang lazimnya

melibatkan sampel yang kecil kerana dijalankan dalam latar semula jadi

pada satu jangka masa yang panjang. Kajian ini dijalankan terhadap

empat orang guru yang mengajar Pendidikan Prasekolah, selama enam

bulan. Bilangan sampel yang kecil ini bermakna dapatan kajian tidak

boleh hitlakkan (berumumkan, digeneralisasikan) kepada semua guru

yang mengajar Pendidikan Prasekolah di seluruh Malaysia. Namun,

selaras dengan konsep pengitlakan altenatif, iaitu keteritlakan pembaca

atau pemakai (Merriam, 2002) membiarkan sejauh mana dapatan kajian

dapat diaplikasikan kepada situasi lain kepada orang atau pembaca yang

berada di situasi itu. Pengitlakan begini juga dipanggil “pemindahan kes

ke kes”. Untuk itu pengkaji telah memberikan deskripsi yang cukup

terperinci tentang konteks kajian untuk membolehkan pembaca

membandingkan padanan dengan situasi mereka.

Pelaksanaan Kurikulum: Perspektif Adaptasi

Menurut Ornstein & Hunkins (2004), kurikulum merupakan suatu

dokumen perancangan. Pelaksanaan kurikulum oleh guru merujuk

kepada cara guru menterjemahkan kandungan kurikulum tersebut

(Marsh, 2007). Dalam konteks kajian pelaksana Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan oleh empat orang guru di kelas prasekolah

berdasarkan Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan 2010.

Kajian ini melihat pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah

dari perspektif adaptasi sahaja, iaitu apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi adaptasi yang guru lakukan. Perspektif adaptasi merujuk

kepada adaptasi dalam kurikulum yang dibuat oleh guru, iaitu dengan

mengambil kira konteks persekitaran seperti kemudahan tempat dan

Page 8: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

47

peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Prasekolah, minat dan kemahiran guru.

Dokumen Kurikulum

Dokumen kurikulum merujuk kepada dokumen rasmi yang dihasilkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), termasuk Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

dan sekolah. Antara dokumen tersebut ialah Dokumen Standard

Prasekolah Kebangsaan, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan pelajaran,

Modul-modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, buku rekod

pengajaran, surat pekeliling dan surat siaran yang berkaitan dan rekod-

rekod pentaksiran dan penilaian.

Menurut Akker (2003), dalam memahami perkara yang berlaku

di dalam bilik darjah, pelbagai jenis kurikulum telah dilabelkan oleh

pengkaji. Antaranya adalah; dokumen kurikulum (Apple, 1993; Borphy,

1979a,b; Cuban, 1992), kurikulum yang dihasratkan (Brophy a,b 1979;

Cuban, 1992; Eisner, 1994), kurikulum yang diajar (Cuban, 1992; Rogers

& Ross, 1986), kurikulum yang diterima murid (Snyder drk. 1992),

kurikulum operasional (Eisner, 1994), kurikulum sebenar (Thornton,

1985), kurikulum yang digunakan (Werner, 1991 dalam Brown, 2007),

kurikulum yang dialami (Rogers & Ross, 1986), kurikulum yang

dilaksanakan (Wiseman & Brown, 2003) dan kurikulum yang dipelajari

(Cuban, 1992). Kurikulum yang diterima dan kurikulum yang dinilai

(Wiseman & Brown, 2003), kurikulum yang diuji (Cuban 1992;

Schugurensky, 2002), kurikulum yang dicapai (Menis, 1991), kurikulum

potensi (Ben-Peretz, 1975 dalam Brown, 2007), kurikulum yang

dilaporkan kurikulum tersembunyi dan kurikulum luaran (Schugurensky,

2002), kurikulum terhindar (American Association of University

Women, 2004 dalam Brown, 2007) dan kurikulum nol (Eisner, 1994).

Kebanyakan daripada label yang dinyatakan di atas mewakili

kontinum dari pelbagai peringkat iaitu yang bermula dari perancangan,

hingga kepada peringkat pengajaran yang merentas beberapa tahap

seperti tahap persekutuan sehingga kepada penerimaan murid di bilik

darjah (Brown, 2007). Dalam konteks kajian, jenis-jenis kurikulum yang

dibincangkan adalah yang dikategorikan oleh Cuban (1992) iaitu

kurikulum yang dihasratkan, diajar dan dipelajari dengan tahap

penggubalan dan pelaksanaan yang berbeza (Jadual 2.1)

Page 9: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

48

Jadual 2.1: Peringkat dan Jenis Kurikulum

Peringkat Jenis Kurikulum

Persekutuan Dihasratkan

Negeri Dihasratkan

Daerah Dihasratkan

Sekolah Diajar

Bilik Darjah Diajar

Murid Dipelajari

Adaptasi dari: Cuban (1992).

Kurikulum yang dihasratkan merupakan kurikulum yang

dicadangkan penggunaannya secara formal (Cuban, 1992). Penggubalan

kurikulum yang dihasratkan dilakukan oleh penggubal polisi di peringkat

pusat, dengan mengambil kira teori pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dan berkaitan dengan mata pelajaran serta sistem pendidikan

persekolahan di sesebuah negara (Cho, 1998), falsafah, kandungan,

kemahiran dan nilai yang seharusnya murid ketahui. Kurikulum ini juga

dizahirkan atau didokumenkan dalam bentuk sukatan pelajaran untuk

tujuan penggunaan guru di sekolah (Brown, 2007). Pelaksanaan polisi

tersebut merupakan amalan pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah, dengan guru sebagai agen pelaksana yang utama.

Kurikulum yang diajar pula merujuk kepada kurikulum yang

beroperasi di bilik darjah dan ada kalanya menggabungkan kurikulum

yang bersifat formal dan tidak formal (Cuban, 1992; Schmidt drk., 1997).

Menurut Schmidt drk., (1997), kurikulum yang diajar merujuk kepada

suasana pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang diberi oleh guru

di bilik darjah. Pelaksanaan kurikulum formal berlaku apabila guru

mengajar berpandukan dokumen yang terdapat dalam sukatan pelajaran

pada masa-masa yang diperuntukkan dalam sistem persekolahan.

Namun, menurut Cuban (1992), kurikulum yang diajar ada kalanya

diubahsuai berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan yang ada pada

seseorang guru. Selain itu, kurikulum yang diajar banyak bergantung

kepada pengetahuan, kepakaran dan pengalaman mengajar guru dalam

menyampaikan kandungan kurikulum (Cuban 1995). Dalam kurikulum

yang diajar terdapat penerapan unsur-unsur kurikulum secara tidak

formal yang membantu mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah (Goodlad & Fenstermacher, 1984).

Kurikulum yang dipelajari merujuk kepada kurikulum yang

diterima oleh murid di dalam bilik darjah. Selain itu, kurikulum yang

Page 10: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

49

dipelajari juga merujuk kepada perkara yang murid peroleh daripada

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru (Cuban, 1992);

Marsh, 2007; Porter, 2004; Schmidt drk., 1997). Penerimaan murid

terhadap kurikulum dapat dinilai menerusi pengujian yang tertentu dalam

memastikan murid benar-benar mempelajari pembelajaran yang

bertepatan dengan kandungan sesebuah kurikulum (Cuban 1995).

Matlamat pengajaran akan tercapai sekiranya murid-murid memenuhi

kriteria yang ditetapkan dalam hasil pembelajaran yang ditentukan oleh

guru

Asas Terhadap Pelaksanaan Kurikulum di Malaysia

Perancangan dan penggubalan yang teliti merupakan asas yang perlu

dititikberatkan sebelum pelaksanaan sesebuah kurikulum (Cuban, 1992;

Fullan, 2001; Marsh, 2007). Secara tradisinya, perancangan kurikulum

dibuat berdasarkan Model Perkembangan Kurikulum oleh Tyler (1949).

Model ini mengemukakan persoalan dasar yang perlu dijawab dalam

usaha menggubal kurikulum, iaitu:

Tujuan pendidikan yang hendak dicapai

Pengalaman pendidikan yang boleh disediakan untuk mencapai

tujuan tersebut,

Cara pengalaman pendidikan itu dikendalikan dengan berkesan,

dan

Penilaian.

Di Malaysia, kurikulum di sekolah adalah berdasarkan kepada

falsafah dan matlamat pendidikan negara (Bakar & Ikhsan, 2003 & 2008;

Kamaruddin, 1994). Kurikulum yang diwujudkan, digubal, diguna pakai

dan dizahirkan menerusi sukatan pelajaran lazimnya berlandaskan

kepada asas atau pegangan yang berteraskan unsur-unsur pragmatik,

deskriptif atau stipulatif (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003).

Fenomena ini penting bagi menentukan hala tuju dan pembangunan

negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Sejak tahun 1957, aktiviti kurikulum dikelolakan oleh beberapa

Bahagian Kementerian Pelajaran secara berasingan. Penyelarasan dan

penyatuan aktiviti kurikulum bermula pada bulan Jun 1973 dengan

tertubuhnya Unit Perkembangan pelajaran di Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pelajaran, KPM. Pada tahun berikutnya, unit tersebut

telah diasingkan dari induk untuk dijadikan satu bahagian yang baru

dalam KPM dinamakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Laporan

Page 11: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

50

Jawatankuasa Kabinet 1979 menjelaskan PPK merupakan urus setia

kepada Jawatankuasa Pusat Kurikulum. Antara peranan PPK adalah

menyusun dan menggubal semula keseluruhan kurikulum sekolah

rendah, sekolah menengah dan sekolah menengah atas di peringkat pusat.

Namun, kesemua perkara berkaitan dasar mesti mendapat kelulusan dan

pengesahan dari pihak atasan iaitu Jawatankuasa Kurikulum Pusat yang

dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa

ini juga terdiri daripada pengarah-pengarah Bahagian dalam Kementerian

Pelajaran iaitu Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Guru,

Lembaga peperiksaan dan Bahagian Teknologi Pendidikan. Berikutan

Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuat kuasa 16

Jun 2008, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) kini dikenali sebagai

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Penggubalan Kurikulum di Malaysia adalah berdasarkan Model

Perkembangan Kurikulum oleh Tyler (1949). Berdasarkan kepada Model

tersebut, penggubalan kurikulum yang dilaksanakan oleh BPK

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kira persoalan dasar sebagai

langkah bagi menghasilkan kurikulum yang mencerminkan kehendak,

keperluan dan keperibadian sesebuah masyarakat serta akan sentiasa

berubah mengikut arus perubahan zaman (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2007).

Perancangan dan penggubalan kurikulum sesebuah mata

pelajaran akan disusuli dengan pelaksanaannya di peringkat sekolah.

Pelaksanaan yang cekap dan berkesan disandarkan kepada guru-guru

yang mengajar mata pelajaran tersebut (Berliner, 2001; Datnow, 2000).

Dalam hal ini, pencapaian matlamat dan objektif kurikulum yang

berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sasaran

yang mesti diberi keutamaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Kurikulum Pendidikan Prasekolah di Malaysia

Perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu

kanak-kanak pada usia enam tahun yang pertama. Melalui asuhan dan

pendidikan yang sesuai, minda kanak-kanak ini dapat dirangsangkan,

sikap dan emosi yang positif dapat dibina, serta kreativiti dan pemikiran

kritikal dapat dijana. Berpandu kepada asas ini, kanak-kanak ini akan

lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan pada peringkat yang

lebih tinggi. Hasil kajian jangka panjang mendapati pelaburan pada

peringkat awal kanak-kanak memberi pulangan yang positif kepada

kerajaan dan masyarakat. Pada masa yang sama, semakin banyak hasil

Page 12: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

51

kajian neurosains menunjukkan kaitan antara pendedahan rangsangan

pada peringkat awal dengan perkembangan minda kanak-kanak yang

optimum. Menyedari hakikat ini maka pada tahun 1996, prasekolah telah

dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada tahun

2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah

dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan mulai

2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan.

Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula

pada tahun 1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan

kindergarten (atau kini tadika) yang dilaksanakan secara lebih teratur

dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya diceburi oleh

agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGO’S dan pihak swasta.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal

dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan

memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah Yayasan

Bernard Van Leer. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah

menggubal satu Kaedah-kaedah Guru/ Kaedah-kaedah (Kindergarten

dan Sekolah Asuhan) Pendaftaran 1972 Warta Kerajaan P.U. (A) 414,

untuk menyatakan prosedur yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran

tadika, guru dan ahli-ahli lembaga pengelolanya. Sungguhpun begitu

badan-badan yang mengendalikan prasekolah ini merasa perlu untuk

mendapatkan panduan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran.

Bagi maksud yang tersebut Kementerian Pelajaran telah

menjalankan beberapa langkah di antaranya ialah dua projek pendidikan

Prasekolah iaitu Projek Pendidikan Imbuhan yang dijalankan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum dengan bantuan daripada Yayasan Bernard

Van Leer dan Projek yang kedua ialah Projek Kajian Pendidikan

Prasekolah di Malaysia yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pelajaran dengan bantuan UNICEF. Salah satu hasil

kerjasama kedua-dua buah projek ialah Garis Panduan Kurikulum

Prasekolah Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program

pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai pendidikan

prasekolah “Annex” 1992. Berdasarkan mesyuarat Jemaah menteri 18

Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas

prasekolah.

Page 13: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

52

Berdasarkan kepada Seksyen 15, Akta Pendidikan 1996 (Akta

550), Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan. Mulai tahun tersebut semua institusi pendidikan prasekolah

perlu diurus mengikut Akta tersebut. Pada tahun 2002, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah diberi mandat untuk memperluaskan program

pendidikan prasekolah melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang

dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri 6 Jun 2001.

Bagi melaksanakan keputusan tersebut, kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahu 2000 dalam

menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100

buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan

keberkesanan kurikulum tersebut.

Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika

kerajaan, bantuan kerajaan, BBK (Balai Bukan Kerajaan) dan swasta

mulai 1 Januari 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah

digubal mempunyai matlamat untuk menyuburkan potensi murid dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk

sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan 2003 telah disemak dan akhirnya Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dihasilkan dan dilaksanakan mulai

2010 di semua sekolah prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan. Ini

adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa selaras dengan

Program Transformasi Negara.

KSPK digubal berdasarkan reka bentuk kurikulum berasaskan

standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang akan

diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggubalan

KSPK mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan

antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku.

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori

pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih

daripada satu bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang lebih

panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris

Page 14: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

53

berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan 2003.

Pada masa ini, pengelolaan prasekolah di Malaysia adalah di

bawah anjuran agensi-agensi kerajaan dan separa kerajaan seperti

KEMAS, FELDA, RISDA, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional, Badan-badan Agama, Cawangan Pendidikan Angkatan

Bersenjata dan Polis, BBK dan swasta.

Kementerian Pelajaran telah menggubal satu Kaedah-kaedah

Guru/Kaedah-kaedah (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran)

1972 Warta Kerajaan P.U (A) 414, untuk menyatakan prosedur yang

mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli lembaga

pengelolanya.

Menurut Akta Pendidikan 1996 pindaan Seksyen 22(1) Menteri

hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh

semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum

Prasekolah yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah

menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan

diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah

masing-masing.

Ahli-ahli pendidik dan kumpulan-kumpulan khidmat masyarakat

telah menyedari bahawa pendidikan pada peringkat ini adalah penting

untuk menyuburkan perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani,

intelek.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) adalah merupakan

dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi oleh semua pengelola

atau pengusaha tadika. Menetapkan parameter dan kandungan

pengajaran dan pembelajaran minimum yang perlu dilaksanakan di

tadika.

Kurikulum bermaksud “Pengalaman pembelajaran dan hasil

pembelajaran yang dirancang dan dibimbing” atau “Suatu pengalaman

pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan yang

dibentuk” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003a,b).

Page 15: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

54

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) menggariskan bahawa

prinsip-prinsip yang diambil kira dalam penggubalan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ialah:

Berdasarkan reka bentuk kurikulum berasaskan standard,

berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang

akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan

antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) berlaku.

Berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan

Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-

kanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri

penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema,

pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan

aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang

menyuburkan (enriching), penglibatan aktif (engaging),

selamat (safe) dan menyeronokkan (fun).

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori

pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih

daripada satu bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang lebih

panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris

berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan 2003. Dalam usaha menyediakan KSPK, pelbagai pihak

telah dilibatkan seperti guru, pensyarah, pegawai dari Kementerian

Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institusi Pengajian Tinggi,

Kerajaan dan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan tadika swasta.

Dua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah

kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan standard

kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti

membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama,

kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan

yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard

adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua

murid. Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang

perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Page 16: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

55

Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator

pencapaian dalam bentuk objektif tingkah laku untuk memastikan

pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum

yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam

bentuk bahagian atau unit, bahagian atau unit ini dinamakan modul. Dua

jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul

Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa

Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan

Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan

untuk pengajaran setiap komponen ini. Modul Bertema merupakan

modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam

Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema

dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan

prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori

pembelajaran konstruktivisme di mana murid membina pengetahuan

sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding, murid diberi

peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Perbezaan individu

dibenarkan, murid belajar mengikut kadar sendiri, guru mengajar dengan

mengaitkan pengalaman seharian murid.

KSPK memperuntukan waktu minimum yang perlu dipatuhi iaitu

prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari

(termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 20 jam satu minggu untuk kanak-

kanak yang berumur 5+ dan dijalankan sekurang-kurangnya tiga jam

setengah sehari (termasuk masa rehat), iaitu, sejumlah 17 ½ jam satu

minggu untuk kanak-kanak yang berumur 4+.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Pemindahan perancangan pengajaran kepada amalan sebenar di bilik

darjah merupakan pelaksanaan kepada kurikulum tersebut. Pengajaran di

bilik darjah merupakan fenomena yang dinamik dan memerlukan

interaksi bersemuka antara guru dengan murid (Allison & Barret, 2000;

Gallahue & Donelly, 2003). Fasa ini memerlukan guru melaksanakan

perancangan yang dibuat dahulu dari objektif, pemilihan kaedah dan

strategi pengajaran, inti pati pelajaran, aktiviti, peruntukan masa,

organisasi bilik darjah, serta penilaian pengajaran. Ada kalanya

pelaksanaan pengajaran memerlukan guru membuat adaptasi yang

Page 17: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

56

tertentu berdasarkan keadaan atau situasi semasa yang dihadapi. Keadaan

ini melibatkan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran guru dalam

membuat penyesuaian agar matlamat serta objektif asal perancangan

dapat dipenuhi. Pelaksanaan memerlukan guru menerang, menjalankan

tunjuk cara, menyoal serta memberi maklum balas agar pengajaran dan

pembelajaran memberi makna kepada murid-murid di bilik darjah

(Anderson, 1995a,b).

Guru yang berpengalaman ada kalanya tidak menunjukkan

kemahiran yang bersesuaian dengan pengalaman mereka (Rink, 2002).

Pengajaran yang berkesan memerlukan guru mempunyai kemahiran yang

luar dan pengetahuan mengenai mata pelajaran tersebut (Siedentop &

Eldar, 1994). Kajian oleh Dodds (1994) melaporkan bahawa walaupun

kebolehan guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran pendidikan

Prasekolah tetapi kebolehan guru sahaja tidak mencukupi untuk

diklasifikasikan sebagai guru yang berpengetahuan dalam pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Sharpe & Hawkins

(1992) terhadap guru novis tersebut dan guru yang berpengalaman

menggunakan Fields System Analysis dan Sequential Behavior Analysis

bagi membezakan kepakaran dan sikap guru, melaporkan pengurusan

guru novis yang lebih baik berbanding dengan guru yang berpengalaman.

Pengetahuan merupakan asas yang diperlukan dalam pelaksanaan

agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran (Schempp, 1997). Di

samping itu Shulman (1987) telah mengenal pasti tujuh jenis

pengetahuan yang diperlukan oleh guru untuk tujuan pengajaran dan

pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan kurikulum, pengetahuan

tentang konteks pendidikan, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri

mereka, dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan. Menurut beliau,

pengetahuan umum pedagogi yang seharusnya ada pada guru merupakan

kefahaman terhadap prinsip da n strategi yang direka bentuk untuk

pengajaran di bilik darjah. Selain itu, pengetahuan kandungan yang

merupakan pengetahuan dan kefahaman guru terhadap sesuatu mata

pelajaran diperlukan untuk menyatakan dengan tepat fakta, konsep serta

prinsip berkaitan sesuatu topik. Shulman juga menegaskan bahawa

pengetahuan pedagogi kandungan diperlukan untuk menyampaikan

kandungan pelajaran supaya murid mudah memahami konsep yang ingin

disampaikan. Guru juga seharusnya dilengkapi dengan pengetahuan

kurikulum bagi membolehkan mereka merangka serta menyediakan

rancangan pengajaran tentang sesuatu topik. Menurut Ennis, (1994), guru

perlu mengetahui serta mendalami kandungan sukatan pelajaran dan

berupaya memilih tahap yang bersesuaian yang boleh dipelajari oleh

Page 18: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

57

murid-murid di bilik darjah. Selain itu, pengetahuan tentang konteks

pendidikan, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri mereka serta

pengetahuan tentang matlamat pendidikan merupakan elemen penting

dalam mengetahui pelajaran murid dan kaitannya dalam pengajaran di

bilik darjah dalam usaha memenuhi matlamat dan tujuan yang

dihasratkan dalam sistem pendidikan sesebuah negara.

Pemindahan pengetahuan guru melibatkan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana, kejayaan dalam

pemindahan pengajaran sering dikaitkan dengan pembelajaran murid

(Berliner, 2001; Brophy, 1979a,b). Bagi bidang Pendidikan Prasekolah,

pelbagai model pelaksanaan telah muncul selaras dengan evolusi mata

pelajaran itu dan perkara ini dibincangkan pada bahagian berikut.

Permasalahan

Malaysia sudah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem

pendidikannya dalam tempoh 50 tahun lalu termasuk pencapaian kadar

celik huruf dewasa sebanyak 92 peratus, kadar penyertaan peringkat

rendah yang universal serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat

menengah antara yang tertinggi berbanding negara membangun lain.

Bagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini

kerana keberhasilan pendidikan Malaysia kini sudah ketinggalan

berbanding beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea.

Menurut laporan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

(PEMANDU), kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan pembelajaran peringkat awal

kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan

pemikiran mereka, manakala kajian di Amerika Syarikat mendapati

mereka yang menghadiri prasekolah mempunyai pendapatan lebih tinggi

apabila dewasa. Kajian Kementerian Pelajaran mendapati antara faktor

yang menyumbang kepada keciciran pelajar ialah kegagalan menguasai

sukatan pelajaran. Pada 2008, hampir 32,000 pelajar pelbagai peringkat

tercicir persekolahan dan dijangka jika kita dapat memberi kemahiran

membaca, menulis dan mengira pada usia muda, jumlah keciciran pelajar

boleh dikurangkan.

Pendidikan yang bermula pada usia awal amat penting kerana

amat sukar untuk membasmi buta huruf apabila mereka makin

membesar. Berikutan itu, memperbaiki keberhasilan pendidikan amat

penting untuk membina tenaga kerja berdaya saing. Antara tumpuan

Page 19: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

58

peringkat awal ialah pembaharuan Sistem Pendidikan Kebangsaan ialah

meningkatkan kadar pendaftaran prasekolah untuk kanak-kanak berusia

empat dan lima tahun serta mempertingkatkan kualiti sistem.

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Prasekolah yang berkualiti memberi

kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan murid-murid. Pendidikan

prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua

aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum

bergantung kepada kefahaman dan penghayatan dan pelaksanaan oleh

guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun, pelaksana boleh

menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi.

Pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-

kanak, prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,

minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan

perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian

dengan perkembangan murid (ABP). Apa yang menjadi kerisauan

apakah senario sebenar ini berlaku di sekolah?

Aspek yang seharusnya dipatuhi oleh guru berdasarkan

kurikulum yang digubal bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran

semakin dipinggirkan di kebanyakan sekolah di dunia. Hal ini

menyebabkan wujudnya jurang yang ketara antara perkara yang diajar

dengan perkara yang seharusnya murid pelajari (Mcintosh & Bailey,

2004; Hardman, 2006)

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan struktur kepada sesuatu kajian dan

melibatkan perancangan dalam memilih sumber dan jenis data yang

diperlukan dalam sesuatu penyelidikan (Maxwell & Satake, 2005). Reka

bentuk kajian yang digunakan bergantung kepada tujuan dan soalan

kajian. Oleh sebab tujuan kajian adalah untuk memerihalkan dan

memahami proses pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK), maka reka bentuk penyelidikan kualitatif adalah

yang paling bersesuaian. Hal ini kerana penyelidikan kualitatif

mementingkan proses dan membantu dalam memahami sesuatu

fenomena dalam persekitaran semula jadi (Bogden & Biklen, 2007;

Maxwell & Satake, 2005; Merriam, 2002). Selain daripada itu, reka

bentuk ini sesuai kerana kajian ini meneroka secara mendalam

Page 20: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

59

pelaksanaan kurikulum Pendidikan Prasekolah yang dilaporkan tidak

dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Di samping itu, kajian ini juga

mendeskripsi secara terperinci peranan yang dimainkan oleh guru selaku

agen pelaksana kurikulum itu di sekolah. Jenis penyelidikan kualitatif

yang digunakan adalah jenis asas atau generik (Merriam, 2002), iaitu

jenis yang menggambarkan ciri-ciri asas penyelidikan kualitatif.

Mengikut Merriam, jenis inilah yang paling banyak digunakan dalam

penyelidikan pendidikan.

Bersesuaian dengan tujuan kajian untuk memerihalkan dan

memahami peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan

Prasekolah, kajian ini melihat pelaksanaan kurikulum itu di kelas

prasekolah secara holistik dengan tumpuan terhadap pemahaman tentang

konteks tersebut mempengaruhi guru.

Sebagai instrumen yang utama, pengkaji menghabiskan masa di

lokasi dalam jangka masa yang lama iaitu selama enam bulan. Selain

daripada itu, kajian yang dijalankan juga mempunyai ciri-ciri interpretif

dengan memberi penekanan kepada memahami fenomena yang dikaji

dari perspektif peserta kajian itu sendiri. Interpretasi atau rumusan

tentang data yang memberi makna kepada konteks kajian. Bersesuaian

dengan ciri genetik, data yang dikumpulkan adalah menerusi kaedah

pemerhatian, kaedah temu bual, rakaman audio-visual dan analisis

dokumen yang berkaitan, di samping dianalisis dengan bermaksud

kerangka konseptual (Merriam, 2002).

Kerangka Konseptual atau kerangka teori yang mendasari kajian

ini datangnya daripada perspektif pelaksanaan kurikulum. Seperti yang

dirumuskan oleh Marsh (2007), pelaksanaan sesebuah kurikulum dapat

dikaji dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu fideliti perspektif

pelaksanaan atau “fidelity of implementation perspective”, perspektif

adaptasi atau adaptation perspective dan perspektif enakmen. Oleh

kerana aktiviti yang terkandung dalam Pendidikan Prasekolah bersifat

Unit, kompleks dan dinamik, perspektif adaptasi adalah lebih sesuai

digunakan untuk melihat proses pelaksanaan kurikulum ini di sekolah

(Cho 1998). Bagi kajian ini, pelaksanaan kurikulum Pendidikan

Prasekolah dilihat menerusi perspektif adaptasi yang melibatkan tiga

elemen, iaitu jenis kurikulum (Cuban 1992; Schmidt drk., 1997; Ruiz-

Primo, 2002), dimensi (Madaus & Kellaghan, 1992; Scott, 2000), dan

adaptasi dalam pelaksanaan kurikulum (Marsh, 2007).

Page 21: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

60

Menurut Cuban (1992), jenis kurikulum boleh dikategorikan

sebagai kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang diajar dan

kurikulum yang dipelajari oleh maujud (Cuban 1992). Kurikulum yang

dihasratkan merupakan kurikulum yang seharusnya murid-murid terima,

digubal berdasarkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran untuk

menghasilkan isi kandungan, pedagogi atau kaedah pengajaran serta

bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap umur serta

kebolehan murid-murid (Cuban, 1992; Marsh, 2007; Schmidt drk.,

1997).

Di Malaysia, kurikulum yang dihasratkan untuk Pendidikan

Prasekolah yang terkini ialah Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan mulai tahun 2010. Kurikulum

yang diajar merupakan pengajaran dan pembelajaran yang diajar secara

formal atau tidak formal di bilik darjah dan di sekolah. Dalam konteks

kajian, kurikulum yang diajar merupakan pengajaran dan pembelajaran

prasekolah yang sebenar berlaku di bilik darjah. Manakala kurikulum

yang dipelajari oleh murid merujuk kepada perkara yang murid peroleh

daripada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan (Cuban, 1992;

Marsh, 2007; Porter, 2004; Schmidt drk., 1997).

Dimensi kurikulum pula terdiri daripada pegangan teori,

kandungan atau bahan kurikulum, pemindahan pengajaran atau transaksi

suruhan, dan hasil pembelajaran (Madaus & Kellaghan, 1992; Scott,

2000). Walau bagaimanapun, fokus kajian ini hanyalah terhadap

pemindahan pengajaran oleh guru selaku agen pelaksana kurikulum di

sekolah. Dalam pemindahan pengajaran, guru berhadapan dengan tiga

fasa yang terdiri daripada rantaian perancangan, pelaksanaan atau

penyampaian, dan penilaian (Pangrazi, 2006;). Fasa perancangan

merupakan keputusan bertulis mengandungi perkara yang perlu

dirancang sebelum pemindahan pengajaran dilakukan. Menurut Mosston

& Ashworth (2002), dalam merancang pengajaran dan pembelajaran,

perkara yang perlu difikirkan meliputi objektif pengajaran, pemilihan

strategi dan kaedah, isi kandungan, aktiviti, peruntukan masa, dan

pengurusan bilik darjah itu sendiri. Fasa pelaksanaan dan merupakan

pemindahan pengajaran dan pembelajaran hasil daripada perancangan

yang dilakukan. Manakala fasa penilaian pula merupakan perkara yang

dilakukan oleh guru terhadap murid dalam menilai atau mentafsir

perkembangan dan kemajuan mereka di samping menilai pemindahan

pengajaran dan pembelajaran guru (Pangrazi, 2006). Aspek adaptasi

merupakan pengubahsuaian yang dilakukan oleh guru dalam memenuhi

matlamat sesebuah kurikulum. Aspek adaptasi dalam pelaksanaan

Page 22: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

61

kurikulum boleh dilihat sama ada menerusi kaedah penyelidikan

kuantitatif atau kualitatif. Kaedah kualitatif melibatkan pemerhatian di

bilik darjah serta temu bual dalam kalangan guru, pentadbir, murid dan

warga sekolah serta analisis dokumen yang berkaitan. Kaedah ini telah

digunakan dalam kajian ini memandangkan kaedah ini mampu

memerihalkan dan memahami secara mendalam akan pelaksanaan

kurikulum Pendidikan Prasekolah di kelas prasekolah.

Pelaksanaan sesebuah program tidak dapat lari daripada melalui

adaptasi berdasarkan proses negosoasi ketabiian (process of naturalistic

negotiation) dengan menghormati matlamat utama yang dikehendaki

oleh penggubal bagi mendapatkan kejayaan dalam pelaksanaannya

(Berman & Mc Laughlin, 1976a,b). Fullan (2001) telah menyenaraikan

tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan dalam pelaksanaan

kurikulum di sekolah iaitu faktor yang memerlukan inovasi dalam

perubahan seperti keperluan, kejelasan matlamat, kekompleksan atau

kesukaran dan mutu dan keteramalan (quality and practicality) sesebuah

program; faktor yang dimainkan oleh individu tempatan peran tempatan

yang melibatkan daerah, komuniti setempat, pentadbir dan guru; dan

faktor-faktor luaran yang melibatkan pelaksanaan dasar dan polisi.

Perspektif adaptasi bertujuan untuk mengetahui adaptasi yang

dilakukan oleh guru dalam pelaksanaan kurikulum yang dilakukan dalam

realiti sebenar (Marsh, 2007). Dan inilah salah satu daripada tujuan

kajian, iaitu untuk mengetahui pelaksanaan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan, di kelas prasekolah dengan memberi fokus

kepada proses sebenar yang berlaku dalam amalan pengajaran dan

pembelajaran.

Kesimpulan

Makalah ini ialah sebuah saranan penyelidikan peringkat Doktor

Falsafah. Adalah diharapkan hasrat kajian ini dapat mebantu memberi

kefahaman tentang peranan yang dimainkan guru sebagai agen pelaksana

kurikulum di sekolah seperti yang dihasratkan oleh Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan. Kajian sebegini juga penting ke arah

penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi mengetahui kejayaan dan

kekangan pelaksanaannya. Hal ini kerana pelaksanaannya secara

berkualiti mampu membangunkan potensi murid dari aspek

perkembangan secara holistik dan menyeluruh sebagai mana dihasratkan

oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 23: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

62

Rajah 1. Kerangka Konsep Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan

Prasekolah dari Perspektif Adaptasi

Kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang

menyeluruh tentang pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) dan peranan yang dimainkan oleh guru terhadap

pelaksanaan tersebut. Menurut Cummiskey (2007), pengetahuan tentang

pelaksanaan kurikulum akan menjelaskan peranan yang dimainkan oleh

guru dari aspek perancangan, pelaksanaan, dan penilaian. Hasil daripada

kajian pelaksanaan kurikulum yang sedemikian memberi gambaran yang

jelas tentang perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ke arah

penambahbaikan dari semasa ke semasa (Johnson, 2007) khususnya

kepada organisasi yang terlibat dalam mata pelajaran ini dan juga

perancangan kurikulum di peringkat pusat. Selain itu, kajian ini dapat

memberi manfaat kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) agar memperkemaskan serta melengkapkan

guru-guru pelatih opsyen pendidikan prasekolah di Institut-institut

Page 24: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

63

Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta

di Malaysia. Hal ini penting bagi memastikan guru pelatih dilengkapi

dengan ilmu yang mencukupi tentang pengetahuan kandungan, kaedah,

strategi dan teknik pengajaran supaya mereka yakin dan bersedia untuk

menjalankan tugas.

Rujukan

Anderson, J.A. 1995a. Fifty Strategies for Quality Teaching: A

Handbook for the Application of Control Theory in Classroom

Settings . Jackpine Pub

Anderson, J.A. 1995b. Merging effective models of diversity with

teaching and learning and the curriculum . North Carolina State

University

Allison P.C. & Barrett K.R. 2000. Constructing Children's Physical

Education Experiences: Understanding the Content for Teaching .

Pearson Education

Apple M.W. 1993. The Politics of Official Knowledge: Does a National

Curriculum Make Sense?Teachers College Record Volume 95

Number 2, 1993, p. 222-241

Akker, J.J.H. van den. 2003. Curriculum perspectives: an introduction.

Dalam J. van den Akker, W. Kuiper & U. Hameyer (Eds.),

Curriculum landscape and trends (hlm. 1-10). Dordrecht: Kluwer

Academic Publishers.

Akta Pendidikan 2006. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & peraturan-

peraturan terpilih hingga 20 hb. Julai 2006. Kuala Lumpur. ILBS.

Bakar, A.b.N. & Ikhsan O. 2003. Falsafah pendidikan dan kurikulum.

Tanjung Malim, Perak: Quatum Books.

___________.2008. Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjung

Malim, Perak: Quatum Books.

Berliner, D. C. 2001. Learning about and learning from expert teachers.

International Journal of Education Research, 35, 463-482.

Berman, P. & McLaughlin, M.W. 1976a. Implementation of educational

innovation. Educational Forum, 40, 347-370.

Page 25: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

64

Berman, P. & McLaughlin M.W. 1976b. Federal programs supporting

educational change. Vol VII & VIII: factors affecting

implementation, and continuation. Santa Monica, CA: Rand.

Bogdan , R.C. & Biklen S.K. 2007. Qualitative Research for Education:

An Introduction to Theories and Methods . Laureate Education Inc

Brophy, J. 1979a. Teacher behaviour and its effects. Jour. of Educational

Psychology 71: 733-750

Brophy, J. 1979b. How teacher influence what is taught and lerned I

classroom. The Elementary School Journal 83(1):1-13

Brown, R.A. 2007. Curriculum consonance in technology education

classrooms: The official, intended, implemented, and experienced

curricula. Unpublished doctoral dissertation, Indiana University.

(UMI No. 3278212).

Cho, J. 1998. Rethinking curriculum implementation: Paradigms,

models, and teachers’ work. The Annual Meeting (April 1998) at

the American Educational Research Assosiation. San Diego, CA.

(Document Reproduction Service No. ED3421767)

Cuban, L. 1992. Curriculum stability and change. Dalam P. Jackson

(Ed.), Handbook of research on curriculum (hlm. 216-242). New

York: Macmillan Publishing Company.

___________.1995. The hidden variable: How organizations influence

teacher responses to secondary science curriculum reform. Theory

Into Practice, 34(1): 4-11.

Cummiskey, M.D .2007. Implementation of the Pennsylvania State

Standards for Physical Education: Teacher and Student

Perspectives. Temple University

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Konvesyen Mengenai Hak Kanak-kanak

Dane, A. V. & Schneider, B. H. 1998. Program integrity in primary and

early secondary prevention: are implementation effects out of

control? Clinical Psychology Review 18: 23–4.

Datnow, A. 2000. Power and politics in the adoption of school reform

models. Educational Evaluation and Policy Analysis 22: 357-374.

Dodds, N. 1994. Knowing Your School (Essential Guides for Governors

& Teachers). New edition Governor Teacher Presentations

Page 26: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

65

Dusenbury, L., Brannigan, R., Falco, M. & Hansen, W. 2003. A review

of research on fidelity of implementation: implications for drug

abuse prevention in school settings. Health Education Research

18: 237–256

Eisner, E.W. 1994. Cognition and Curriculum Reconsidered. 2nd

ed.

Teachers College Press

Ennis, C.D.1994.Urban secondary teachers' value orientation: social

goals for teaching. Teaching and Teacher Education 10: 109-120

Fullan, M. 2001.The New Meaning of Educational Change, 3rd ed. New

York, NY: Teachers College Press

Gallahue, D.L. & Donnelly F.C. 2003. Developmental Physical

Education for Today's Children. Human Kinetics Publishers

Goodlad, J.I. & Fenstermacher G.D. (Eds.). 1984. Individual Differences

and the Common Curriculum. The National Society for the Study

of Ed

Hardman, K. 2006. Current situation and prospect for physical education

in the European union. Study requested by the European

Parliament. University of Worcester.

Johnson, A.P. 2007. The Inner Curriculum . Royal Fireworks Publishing

Kamaruddin b. Hj. Husin, 1994. Pedagogi Bahasa (Edisi ke-7). Selangor

Darul Ehsan: Longman Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003a. Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan, Kuala Lumpur: Percetakan Dawama Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003b. Huraian Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn

Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007. Huraian kurikulum Prasekolah

kebangsaan, Kuala Lumpur. KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2008. Panduan Pengurusan

Pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Putrajaya : Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Page 27: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

66

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010. Dokumen Standard Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Putrajaya : Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010. Dokumen Standard Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan. Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan 2010. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010.

KPM, 1986. Huraian garis panduan Kurikulum. Kerajaan Malaysia

RMK Kelima (1986-1990)

KPM, 1987. Laporan pengesanan KBSR, Kuala Lumpur: Pusat

Perkembangan Kurikulum.

Madaus, G.F. & Kellaghan T. 1992. The British experience with

'authentic' testing. Phi Delta Kappan

Marsh, C.J. 2007. Curriculum: Alternative Approaches, Ongoing Issues,

4th Ed. Prentice Hall

Maxwell , D.L. & Satake E. 2005. Research and Statistical Methods in

Communication Sciences and Disorders . Cengage Learning

McIntosh, S. & Bailey N. 2004. Higher Education,Professionalism and

Skills in the Built Environment: The Impact of the New Urban

Agenda on Teaching and Learning . Centre for Education in the

Built Environment

Mindes, G., Ireton, H. & Mardell-Czudnowski, C. 1996. United States of

America: Delmar Publishers.

Menis, J. 1991. Science in Israeli Ninth Grade Classes: The Intended,

Implemented and the Achieved Curricula. Research in Science &

Technological Education 9(2):157-171.

http://dx.doi.org/10.1080/0263514910090204

Merriam, S.B. 2002. Qualitative Research in Practice: Examples for

Discussion and Analysis. Jossey Bass

Mosston, M. & Ashworth S. 2002. Teaching Physical Education. 5th ed.

San Francisco: Benjamin

Ornstein, A.C. & Hunkins F.P. 2004. Curriculum: Foundations,

Principles, and Issues. Allyn & Bacon

Pangrazi, R.P. 2006. Dynamic Physical Education Curriculum Guide:

Lesson Plans for Implementation . 15th ed. Benjamin Cummings

Page 28: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

67

Porter, A.C. 2004. Curriculum assessment (Additional SCALE Research

Publications and Products: Goals 1, 2, and 4). Nashville, TN:

Vanderbilt University.

Rogers, D.L. & Ross D.D. 1986. Encouraging Positive Social Interaction

among Young Children. Young Children 41 (1986): 12-17.

Ruiz-Primo, M. A. 2002. On a seamless assessment system. Makalah

yang dibentangkan di Annual Meeting of the American Association

of the Advancement of Science, Boston, MA.

Schempp P.G. 1997. Developing expertise in teaching and coaching.

Jour. of Phys. Edu., Recreationa and Dance 68(2): 29

Schmidt, W.H., Raizen S., Britton E.D., Bianchi L.J. & Wolfe R. (Eds.).

1997.Many Visions, Many Aims: Volume 2: A Cross-National

Investigation of Curricular Intensions in School Science . Springer

Schugurensky D. 2002. The curricula of multicultural citizenship

education. Multicultural Education 10(1)

Scott, D. 2000. Curriculum and Assessment . Praeger

Segaran, a/l A. 1996. Identifikasi kanak-kanak rendah kesediaan

pembelajaran di peringkat prasekolah. Tesis Sarjana UM, KL

(Tidak diterbitkan)

Sharpe, T. L., & Hawkins A. 1992. The implications of field systems for

teacher education. Journal of Teaching in Physical Education

12: 76-84.

Siedentop, D. & Eldar E. 1994. Expertise, experience, and effectiveness.

Journal of Teaching in Physical Education 8: 254-260

Snyder, J., Bolin F., & Zumwalt K. 1992. Curriculum innovation. In

Jackson, P.W (Ed.), Handbook of research on curriculum. New

York: Macmillan, pp. 402-435

Thomas, R.M. 2002. Overcoming Inertia in School Reform: How to

Successfully Implement Change . Corwin

Thornton, S. J. 1985. Curriculum consonance in United States history

classrooms. Stanford University, Stanford, CA.

Tyler, R.W. 1949. Basic Principles of Curriculum and Instruction. The

University of Chicago Press

Page 29: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh

68

Wiseman, A.W. & Brown D.S. 2003. Teacher curricular control and

student performance: A cross-national study of curricular

accountability. Curriculum & Teaching Dialogue 5(2):131-146