1
Ruj. Kami : UPM.500-3/2/1
Tarikh : 14 Mei 2019
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TETAP (BUKAN AKADEMIK) TAHUN 2019
HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM)
Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasar syarat yang
ditetapkan, dan mempunyai komitmen yang tinggi dan penuh iltizam serta bercita-cita
untuk berkhidmat dengan sebuah Universiti yang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia,
adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN 1 : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD53 (PAKAR)
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM6,182.00 – RM13,256.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
serta berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;
atau
(ii)
Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan
telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan
12(1)(a) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan
Malaysia.
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53 ialah : RM6,182.00
b) Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja
sebagai pakar di dalam bidang berkaitan serta berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan
Malaysia.
2
Bidang Keutamaan
Surgeri
Urologi
Oftalmologi
Anestesiologi
Ortopedik
Perubatan
Hemato-Onco
Stroke
Obstetrik & Ginekologi
Psikiatri
Pediatrik
Mikrobiologi
Pengimejan Nuklear
Pemulihan Perubatan
Ringkasan Tugas
Oftalmologi
1. Bertanggungjawab memeriksan dan merawat pesakit di wad dan klinik oftalmologi.
2. Menjalankan pembedahan katarak dan prosedur pembedahan minor di bilik bedah/
daycare serta menjalankan tugasan on-call.
Perubatan Kecemasan
1. Bertanggungjawab melaksanakan tugasan pengurusan dan klinikal di unit
kecemasan yang khusus dalam perawatan strok akut.
2. Juga akan terlibat dalam latihan untuk staf-staf hospital.
3
JAWATAN 2 : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD47
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM5,211.00 – RM11,769.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
serta berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
(ii)
Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan
telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa)
serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD48 ialah : RM5,211.00
b) Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja
di gred UD44 dalam bidang berkaitan serta berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan
Malaysia.
Bidang Keutamaan
Psikiatri
Mikrobiologi
Pengimejan Nuklear
Penyelidikan Perubatan
Kualiti
Ringkasan Tugas
Mikrobiologi
1. Bidang tugasan adalah berkaitan diagnostik mikrobiologi dan parasitologi serta
kawalan penyakit berjangkit.
2. Tugasan ini merangkumi kawalan kualiti dalam pemprosesan spesimen klinikal,
ujian dan laporan makmal mengikut prosedur yang terkini.
4
Perubatan Nuklear
1. Membantu memastikan keselamatan pengendalian pesakit pemeriksaan nuklear.
2. Memastikan kualiti penghasilan imej pemeriksaan nuklear di tahap yang baik.
3. Membantu mengemaskini pelaporan pemeriksaan berkaitan pemeriksaan pesakit
perubatan nuclear.
4. Membantu pemeriksaan pesakit semasa sesi klinik perubatan nuklear dijalankan.
5. Membantu di dalam hal ehwal yang dijalankan bersama oleh pakar perubatan
nuklear bagi pembangunan jabatan diperingkat hospital. Tugasan Umum
Memberikan perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam bidang perubatan dan kesihatan
dari segi pencegahan diagnostik, perawatan dan pemulihan bagi mengawal dan
mempertingkatkan taraf kesihatan warga universiti dan masyarakat setempat.
5
JAWATAN 3 : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM2,315.00 – RM9,618.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi
maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan : RM2,315.00); atau
(ii)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan
: RM2,522.44); atau
(iii)
Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau
kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,833.78) ; atau
(iv) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi
maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM3,145.11)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan
secara lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan (a) di atas; dan
ii. had umur pelantikan
6
SYARAT TAMBAHAN HOSPITAL PENGAJAR
Keutamaan diberikan kepada calon berikut:
1. Berpengalaman dalam mengurus dan menyelenggara peralatan teknologi
maklumat.
2. Berpengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan (.Net/ C++/ C#/ F#/ JavaScript/
PHP) dan mengurus pangkalan data (MS SQL Server, PostgreSQL dan MySQL) agar
dapat menyokong keperluan projek THIS, pengoperasian dan penyelenggaraan
sistem.
3. Berpengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk system maklumat
(information system design) dan sistem pangkalan data (database system).
4. Berpengetahuan berkaitan sistem operasi (Windows/ Linux) dan aplikasi open
source.
5. Memberi bantuan, khidmat nasihat dan latihan kepada pengguna (pelajar,
kakitangan dan pihak pengurusan) untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran
dalam penggunaan sistem dan peralatan ICT.
6. Berkebolehan mengaturcara aplikasi mudah alih (Android/iOS) adalah satu
kelebihan.
7. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain
seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek tanpa/ di bawah pengawasan yang
minimum.
8. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa dan standby 24x7 sekiranya
diperlukan.
9. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem
komputer yang sedia ada.
2. Mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula
sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan
HPUPM/UPM.
7
JAWATAN 4 : PEGAWAI TADBIR GRED N41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,080.00 – RM9,546.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji
permulaan : RM2,080.00); atau
(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM2,283.43)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN HOSPITAL PENGAJAR
1. Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
2. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berikut akan diberi keutamaan:
Pengurusan penyelidikan
Pengurusan aset
Pengurusan rekod perubatan
Pendidikan kesihatan
Perhubungan awam
Pembangunan masyarakat
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha
Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong
Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan
ii. had umur pelantikan
8
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab merancang, mengelola, menyelia, menyelaras, mengawal, melaksana
dan pelaporan bagi pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan hal-
ehwal akademik, pengurusan hal-ehwal penyelidikan dan inovasi, pengurusan hal-ehwal
jaringan industri dan masyarakat, pengurusan acara universiti dan pengurusan
rekod/pengkalan data universiti.
9
JAWATAN 5 : PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM2,281.86 – RM9,544.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan:
RM2,281.86); atau
(ii)
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma
Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji
permulaan: RM2, 281.86); atau
(iii)
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM2,690.70);
atau
(iv) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan:
RM2,997.32).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
1. Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
2. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berikut akan diberi keutamaan:
Psikologi klinikal
Kaunseling
10
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan iii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti berkaitan bidang
psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.
11
JAWATAN 6 : JURU X-RAY GRED U41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM2,429.00 – RM9,656.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi,
pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan : RM2,429.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan
Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang
dihasilkan.
2. Menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi.
3. Bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan
serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi
meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.
12
JAWATAN 7 : JURURAWAT GRED U41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,429.00 – RM9,656.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji
permulaan : RM2,429.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
1. Calon hendaklah memiliki Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan CGPA 3.0.
2. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
3. Mempunyai Sijil Amalan Tahunan (Annual Practice Certificate) yang terkini.
4. Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman kerja.
5. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.
6. Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Diploma Lanjutan/ Sijil Pos-Basik
dalam bidang: -
a. Perawatan Perioperatif
i. Sub Kursus: Pembedahan Pediatrik
ii. Sub Kursus: Pembedahan Kolorektal
iii. Sub Kursus: Pembedahan Ortopedik
iv. Sub Kursus: Pembedahan Neuro
v. Sub Kursus: Pembedahan Urologi
vi. Sub Kursus: Interventional Radiology
b. Perawatan Rapi
i. Sub Kursus: Pediatrik
ii. Sub Kursus: Neuro
iii. Sub Kursus: Intensive Care Technology
c. Perawatan Onkologi
i. Sub Kursus: Hematologi-Onkologi
d. Perawatan Kesihatan Mental
e. Perawatan Gerontologi
f. Penjagaan Kecemasan
13
g. Pengkhususan Pediatrik
h. Perawatan Gastrointestinal Endoscopy
i. Rawatan Perianestesia
j. Pengkhususan Urologi
k. Perawatan Oftalmik
l. Perawatan Otorinolaringologi
m. Perawatan Nefrologi
n. Pengkhususan Neurosains
o. Penjagaan Dermatologi
p. Perubatan Sukan
q. Perawatan Ortopedik
r. Kawalan Infeksi
s. Perawatan Neonat
t. Perawatan Penjagaan Kesihatan Primer
u. Pengurusan Diabetis
v. Rehabilitasi
w. Diploma Lanjutan Kebidanan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan
promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang
digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi
meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
14
JAWATAN 8 : PEGAWAI DIETETIK GRED U41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM2,429.00 – RM9,656.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang dietetik, pemakanan atau
sains pemakanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan :
RM2,429.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ekonomi rumah tangga (home
economics) serta memiliki diploma pasca siswazah dalam bidang dietetik yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,429.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas berikut:
1. Perkhidmatan dietetik klinikal: Melaksanakan langkah-langkah di dalam Proses
Penjagaan Pemakanan merangkumi aspek seperti diagnosis pemakanan dan
preskripsi diet bagi pesakit dalam atau luar bagi mencapai tahap kesihatan optima.
2. Perkhidmatan dietetik komuniti: Menyumbang kepada program/aktiviti dalam
perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit melalui pendekatan
pemakanan.
3. Perkhidmatan makanan institusi: Menyelia operasi perkhidmatan makanan institusi
bagi memastikan makanan yang disediakan adalah berzat dan menepati tahap kualiti
mengikut Manual Diet Hospital.
4. Penyelidikan dan latihan: Melaksanakan aktiviti penyelidikan dalam bidang dietetik
dan memberikan latihan serta pengajaran untuk pelajar Bacelor Sains Dietetik.
15
JAWATAN 9 : PEGAWAI OPTOMETRI GRED U41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM2,429.00 –RM9.656.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Ijazah Sarjana Muda Optometri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta
berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia. (Gaji permulaan: RM2,429.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan mata untuk mengesan anomali fungsi
penglihatan, merawat dan mengendalikan anomali tersebut menggunakan cermin
mata, kanta sentuh, prisma, terapi visual dan low vision devices.
2. Menjadi perunding dalam masalah penglihatan warna secara profesional di dalam
industri, pemanduan jalan raya serta memberi khidmat nasihat bagi memenuhi
keperluan dan harapan stakeholders.
16
JAWATAN 10 : PEGAWAI FARMASI GRED UF41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,740.00 – RM9,656.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. (Gaji permulaan : RM2,740.00)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
1. Calon hendaklah mempunyai Sijil Tahunan Ahli Farmasi yang terkini.
2. Calon yang ingin memohon Pegawai Farmasi Gred UF41 hendaklah mempunyai
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan
ii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab berkhidmat di HPUPM dengan menjalankan aktiviti-aktiviti
pengurusan farmasi termasuk perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk
farmaseutikal, farmasi galenikal, farmasi klinikal, dan penyeliaan staf di bawah
seliaan jika perlu.
2. Tugas khusus akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Ketua Jabatan
mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.
17
JAWATAN 11 : PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Jadual Gaji : RM2,094.00 – RM9,585.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan: RM2,094.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian
perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan:
RM2,300.73); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji
permulaan: RM2,819.63); atau
(iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan(Gaji
permulaan : RM2,819.63); atau
(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas
Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan(Gaji permulaan: RM2,923.41); atau
(vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan: RM3,027.19).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Pegawai Kewangan Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
18
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi mengenai urusan
pembayaran gaji, elaun kerja lebih masa dan tuntutan panjar wang runcit pegawai.
2. Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan HPUPM/UPMserta terlibat
dalam penggubalan dasar kewangan, pelaburan, pengurusan kewangan,
perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu
menguruskan perolehan dan pembayaran, mengawal peruntukan, meluluskan
pemindahan imbuhan, meluluskan permohonan perbelanjaan, mengurus,
mengawal dan memantau pelaburan, mengawal dan memantau pengeluaran cek
dan panjar wang runcit, memantau pertanyaan audit dan mengawal harta dan
inventori pejabat.
3. Bertanggungjawab menyelaras pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan,
Akaun dan Aliran Tunai serta menyelia dan mengaplikasi Pekeliling-Pekeliling
Perbendaharaan dan Akta-Akta yang sedang berkuat kuasa dalam Pengurusan
Kewangan dan Akaun.
19
JAWATAN 12 : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,549.00 – RM5,684.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,549.00); atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,549.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,855.00)
(iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,929.89)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan
ii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan
komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan
semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak
pengguna.
20
JAWATAN 13 : PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,696.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,493.00); atau
(ii)
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan. (Gaji permulaan : RM1,493.00); atau
(iii)
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan
atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan: RM1,493.00);
atau
(iv) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan:
RM1,770.95) dan
b)
c)
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan
semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang
berdaftar.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
21
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) (i); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan iii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-
undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada
HPUPM/UPM,sasaran penting serta kawasan larangan dan tempat larangan termasuk
sektor swasta yang berkaitan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan
fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT dengan tujuan melindungi aset
dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.
22
JAWATAN 14 : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,493.00); atau
(ii)
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,493.00); atau
(iii)
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,770.95).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi),
Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan
Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred
N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan :
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) (i); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan iii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan,
perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan
pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan
penguatkuasaan undang-undang.
23
JAWATAN 15 : JURU X-RAY GRED U29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM1,797.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
SYARAT TAMBAHAN HOSPITAL PENGAJAR
Berpengalaman dalam menjalankan prosedur khas (CT Scan/ MRI/ Mammografi/
Angiografi/ Intervension/ Spect-CT) adalah keutamaan.
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai
Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan,
menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab
terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas
perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu
perkhidmatan Juru X-Ray.
24
JAWATAN 16 : JURUPULIH PERUBATAN GRED U29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM1,797.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
Bidang Keutamaan
Fisioterapi
Carakerja
SYARAT TAMBAHAN
Fisioterapi:
1. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes-kes seperti Neurological
Condition sama ada pesakit di wad mahupun pesakit luar, sekurang-kurangnya 2-
3 tahun.
2. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes-kes Sports Physiotherapy sama
ada mewakili sesebuah pasukan atlet/pesakit di wad/pesakit luar, sekurang-
kurangnya 2-3 tahun.
3. Mempunyai pengalaman klinikal dalam mengendalikan kes Cardiorespiratory sama
ada pesakit di wad mahupun pesakit luar, sekurang-kurangnya 2-3 tahun.
4. Merupakan ahli fisioterapi berdaftar dengan Malaysian Physiotherapy Association
(MPA).
5. Mengamalkan evidence based practice dan sentiasa mengikuti perkembangan
perawatan terkini.
6. Boleh bekerja dengan efisyen dan berdisiplin dalam satu pasukan.
Carakerja:
1. Sekurang-kurangnya 2-3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang pemulihan
perubatan carakerja terutama dalam mengendalikan kes Neurological Condition,
Adult and Pead Psy, Geriatric, Pead Physical, Hand and General Ortho.
2. Merupakan ahli pemulihan carakerja berdaftar dengan Malaysia Occupation Therapy
Association (MOTA).
25
Ringkasan Tugas
Fisioterapi:
1. Bertanggungjawab menilai dan mengenal pasti masalah pesakit dengan terperinci
berlandaskan clinical reasoning dan kefahaman fisiologi serta manifestasi penyakit
dan kecederaan.
2. Menganalisa keutamaan masalah yang dihadapi.
3. Menjalankan rawatan dengan menggunakan berbagai intervensi generic.
4. Merancang, membentuk dan melaksanakan program promosi kesihatan dalam
aspek berkaitan dan relevan dengan fisioterapi.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan bagi mengelak komplikasi
berkaitan dengan kecederaan, penyakit dan peningkatan umur.
6. Merancang dan melaksanakan program rehabilitasi untuk mengembalikan
pergerakan dan kefungsian diri ke tahap maksima berdasarkan evidence based
practice dan teknologi semasa.
7. Merancang dan melaksanakan program bagi mengembangkan skop perkhidmatan
fisioterapi merangkumi aktiviti/ program latihan dan penyelidikan.
Carakerja:
1. Seorang yang bertanggungjawab atas segala tugasan yang diberikan.
2. Mahir membuat penilaian sama ada dari segi non-standardize assessment dan
standardize assessment.
3. Menganalisa keutamaan masalah yang dihadapi secara individu.
4. Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan bagi mengelakkan komplikasi
berkaitan dengan pelbagai kecederaan, penyakit dan peringkat umur.
5. Bersedia untuk membentuk program promosi kesihatan dalam aspek berkaitan dan
relevan dengan kerja.
6. Yakin membuat rawatan ke atas pesakit dengan terperinci berdasarkan Clinical
Reasoning dan pelbagai intervensi generic.
7. Merancang program rehabilitasi untuk mengembalikan kefungsian diri ke tahap
maksima berdasarkan individual.
8. Merancang dan melaksanakan aktiviti home programme yang bersesuaian ke atas
pesakit dan penjaga.
9. Mengembangkan skop perkhidmatan carakerja dari segi
latihan/kursus/penyelidikan dari masa ke semasa mengikut Evidence Based
Practice.
26
JAWATAN 17 : JURURAWAT GRED U29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta
telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan:
RM1,797.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan
ii. had umur pelantikan
SYARAT TAMBAHAN
1. Calon hendaklah memiliki Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi
latihan Kementerian Kesihatan Malaysia atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan CGPA 3.0.
2. Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
3. Mempunyai Sijil Amalan Tahunan (Annual Practice Certificate) yang terkini.
4. Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman kerja.
5. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.
6. Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Diploma Lanjutan/ Sijil Pos-Basik
dalam bidang: -
a. Perawatan Perioperatif
i. Sub Kursus: Pembedahan Pediatrik
ii. Sub Kursus: Pembedahan Kolorektal
iii. Sub Kursus: Pembedahan Ortopedik
iv. Sub Kursus: Pembedahan Neuro
v. Sub Kursus: Pembedahan Urologi
vi. Sub Kursus: Interventional Radiology
27
b. Perawatan Rapi
i. Sub Kursus: Pediatrik
ii. Sub Kursus: Neuro
iii. Sub Kursus: Intensive Care Technology
c. Perawatan Onkologi
i. Sub Kursus: Hematologi-Onkologi
d. Perawatan Kesihatan Mental
e. Perawatan Gerontologi
f. Penjagaan Kecemasan
g. Pengkhususan Pediatrik
h. Perawatan Gastrointestinal Endoscopy
i. Rawatan Perianestesia
j. Pengkhususan Urologi
k. Perawatan Oftalmik
l. Perawatan Otorinolaringologi
m. Perawatan Nefrologi
n. Pengkhususan Neurosains
o. Penjagaan Dermatologi
p. Perubatan Sukan
q. Perawatan Ortopedik
r. Kawalan Infeksi
s. Perawatan Neonat
t. Perawatan Penjagaan Kesihatan Primer
u. Pengurusan Diabetis
v. Rehabilitasi
w. Diploma Lanjutan Kebidanan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan
promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang
digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi
meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
28
JAWATAN 18 : PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji
permulaan: RM1,797.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
1. Calon yang mempunyai pengalaman bekerja di farmasi Hospital atau Klinik
Kesihatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
2. Calon yang memiliki sijil pos-basik dalam bidang berkaitan adalah dialu-alukan.
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti harian dalam perkhidmatan jabatan
farmasi seperti penyediaan stok campuran dan ekstemporaneous, prabungkus,
pengisian ubat, aktiviti intervensi dan sebagainya, memeriksa ubat-ubatan serta
peralatan perubatan untuk penyediaan perkhidmatan, mendispens ubat dan
memberi keterangan yang betul dan jelas atas kegunaan ubat kepada pesakit,
melaksana aktiviti kawalan inventori ubat-ubatan dan alat-alatan gunahabis dan
menjalankan aktiviti kualiti dan penambahbaikan.
2. Tugas khusus akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Ketua Jabatan
mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.
29
JAWATAN 19 : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga
Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan : RM1,797.00)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c) Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
SYARAT TAMBAHAN
1. Calon hendaklah memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu
Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga
Pembantu Perubatan Malaysia dengan CGPA 3.0.
2. Mempunyai Sijil Pengamalan Kerja (Annual practise certificate) yang terkini.
3. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.
4. Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Diploma Lanjutan/ Sijil Pos-Basik
bagi pengkhususan berikut :
a) Perawatan Perioperatif:
i. Sub Kursus: Pembedahan Ortopedik
ii. Sub Kursus: Pembedahan Neuro
iii. Sub Kursus: Pembedahan Urologi
iv. Sub Kursus: Interventional Radiology
b) Perawatan Rapi:
i. Sub Kursus: Intensive Care Technology
c) Perawatan Kesihatan Mental
d) Penjagaan Kecemasan
e) Perawatan Gastrointestinal Endoscopy
f) Pengkhususan Urologi
g) Perawatan Oftalmik
h) Perawatan Otorinolaringologi
i) Perawatan Nefrologi
j) Pengkhususan Neurosains
k) Perubatan Sukan
30
l) Perawatan Ortopedik
m) Perawatan Penjagaan Kesihatan Primer
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari
aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem
perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
2. Memberi rawatan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan
termasuk Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am dan Unit Kecemasan Strok.
3. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan
merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai
perubatan, memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran,
institusi-institusi wad dan program-program lain.
31
JAWATAN 20 : PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,510.92 – RM5,678.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,510.92); atau
(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji
permulaan RM1,510.92); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau
perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan:
RM1,776.08); atau
(iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of
United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,001.68).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu
Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) (i); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan iii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut
prosedur dan peraturan yang berkaitan.
32
JAWATAN 21 : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM1,377.00); atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan SERTA Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan:
RM1,435.12); atau
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan SERTA Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan:
RM1,493.24)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Keutamaan diberikan kepada calon berikut:
1. Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman
bekerja di dalam bidang berkaitan.
2. Berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan komputer, penyelenggaraan server,
peralatan network, aplikasi perkomputeran dan operasi sistem komputer.
7. Berpengalaman melaksanakan pembaikpulihan kerosakan peralatan komputer.
8. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan
seperti yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.
9. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa dan standby 24x7 sekiranya
diperlukan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas merangkumi penyelenggaraan sistem
komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT
serta tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah
organisasi.
33
JAWATAN 22 : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,435.12 – RM4,052.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan
Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya (Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil
Kekompetenan):
Sijil A0/A1 : RM1,435.12
Sijil A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
Sijil B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau
Pemantau/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga
Jentera Elektrik Gred J19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a); dan
ii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyelenggaraan dan operasi ke atas sistem
pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa
dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994.
34
JAWATAN 23 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji permulaan : RM1,352.00); atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,408.40);
atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,464.80).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan,
Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu
Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di perenggan (a) (i); atau ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. had umur pelantikan
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat
Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan
kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan
perhubungan).
35
JAWATAN 24 : PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,264.00 – RM2,939.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan
yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji pemulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
Lesen F/H : RM1,356.45
Lesen G/I : RM1,402.60
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan
lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera
di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk
setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah
kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor
pertanian
36
JAWATAN 25 : PEMBANTU OPERASI GRED N11
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,216.00 – RM2,983.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan : RM1,216.00)
atau;
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas
B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali
Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan : RM1,262.15)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di
dalam bidang berkaitan.
Ringkasan Tugas
1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat
penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan
seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani
dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan
mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
2. Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat
seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen
berkaitan.
3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang
memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.
37
JAWATAN 26 : PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,204.00 – RM3,001.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM1,204.00).
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan
pesakit dan tugas-tugas lain yang akan ditentukan oleh penyelia.
38
SEMUA CALON ADALAH JUGA DIKEHENDAKI MEMENUHI SYARAT UMUM
PERMOHONAN BAGI SEMUA JAWATAN DI ATAS :
a) Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan:-
i) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
ii) Syarat umur bagi pertimbangan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun;
iii) Calon perlu mengemukakan salinan Rekod Kenyataan Perkhidmatan (RKP)
yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan
RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.
d) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada
syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa; dan
e) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang
mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-
kurangnya keputusan berikut:
(i) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada
mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
dalam satu peperiksaan; atau
(ii) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut;
dan
(iii) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek
tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
CARA MEMOHON :
Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara
Online (SPJ Online) sepenuhnya dengan memasuki laman web
http://hpupm.upm.edu.my
39
PERHATIAN :
Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan
dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TEMPOH IKLAN:
Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJ Online) akan mula dibuka pada 14 MEI
2019 (Selasa) dan akan ditutup pada 27 MEI 2019 (Isnin).