FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ
SEPENUHNYA: KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN &
PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI) BANGGOL KULIM, RANTAU
PANJANG, KELANTAN
MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : ____ FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRANTAHFIZ SEPENUHNYA. KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZAL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI), BANGGOLKULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
PT 2850 TAMAN TEN USTAZ ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAH17500 TANAH MERAH Nama Penyelia
KELANTAN D.N.TEL: 013-7976322Tarikh: 20 April 2010 Tarikh: 20 April 2010
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan : ________________________________________
Nama Penyelia : USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HJ ABDULLAH
Tarikh : 20 APRIL 2010
i
FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ
SEPENUHNYA: KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN &
PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI), BANGGOL KULIM, RANTAU
PANJANG, KELANTAN
MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : __________________________________
Nama Penulis : MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN
Tarikh : 20 APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Buat insan yang dikenang
Ayahanda & Bonda
Che Hassan Bin Awang & Sarma Binti Abd Raman
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku
serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu dan bapa membawa ke syurga.
Ketahuilah ilmu dan kejayaan yang diperolehi bukan sesuatu untuk dibanggakan tetapi
ilmu untuk diamalkan dan mengajak manusia untuk mencintai Allah agar selamat di
dunia dan di akhirat.
Khas untuk isteri tercinta Rosniza Binti Mohd Hadzri
Terima kasih atas pengorbananmu sepanjang pengajianku di UTM yang sentiasa
memberi dorongan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian.
Kekanda, Adinda & Sahabat
Mohd Taqiyuddin, Mohd Hamidullah, Mohd Zaidan, Muhammad Naseh, Muhammad
Zaem, Nurul Izzah, Muhammad Nazim serta kawan-kawan
Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat dan semoga Allah
melimpahkan rahmat buat kita semua.
Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan
kurniaNya dan dengan izinNya Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat dijalankan serta
disempurnakan. Selawat serta salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para
sahabat dan sekalian mujahidin Islam.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdul Hafiz bin Hj
Abdullah, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh dua semester ini bagi memastikan
PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik.
Tidak dilupakan buat isteri tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa mereka amat dihargai.
Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan.
Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Terutama buat pentadbir dan pelajar
Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam (PKTAQPAI) Banggol
Kulim, Rantau Panjang yang sudi bekerjasama dalam penyelidikan ini. Semoga Allah
S.W.T. membalas segala jasa mereka. Wallhu a'lam.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar
mengikuti aliran tahfiz sepenuhnya. Kajian di Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran &
Pengajian Agama Islam (PKTAQPAI) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.
Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keistimewaan
PKTAQPAI, keistimewaan guru PKTAQPAI serta kesedaran hadaf ukhrawi pelajar
yang mendorong pelajar mengikuti pengajian tahfiz sepenuhnya di sini. Sampel kajian
ini terdiri daripada pelajar PKTAQPAI Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.
Seramai 40 orang mewakili keseluruhan pelajar PKTAQPAI telah dipilih secara
persampelan rawak mudah. Set soal selidik mengandungi 44 item telah diedarkan
kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.850. Hasil
analisis menunjukkan responden bersetuju dengan keistimewaan PKTAQPAI dan
keistimewaan guru PKTAQPAI merupakan faktor yang mendorong pelajar mengikuti
pengajian di sini. Analisis juga menunjukkan kesedaran hadaf ukhrawi merupakan
faktor yang mendorong pelajar mengikuti pengajian tahfiz di PKTAQPAI.
vi
ABSTRACT
This study is a review to identify factors that encourage students to follow the tahfiz
Studies at the Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam
(PKTAQPAI) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. This review also seeks to
obtain feedback about the privilege of PKTAQPAI itself, privileges of PKTAQPAI
teachers and student’s self- awareness (hadaf ukhrawi) that encourage students to
complete their studies here. The study sample consists of students from PKTAQPAI
Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. A total of 40 peoples represent the entire
students have been selected using simple random sampling technique. Set of
questionnaire containing 44 items were distributed to the respondents and have been
analyzed to obtain descriptive value of frequency, percentage, and min using Statistical
Package software for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Questionnaire reliability
value is α = 0.850. Revenue analysis indicates that respondents agreed with those
privileges and privileges of PKTAQPAI itself, and teachers of PKTAQPAI become
main factors that encourage students in pursuing their studies here. Analysis also shows
that hadaf ukhrawi (the student self-awareness) is a factor that encourages students in
pursuing their tahfiz studies at PKTAQPAI.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Sejarah Penubuhan PKTAQPAI 14
2.3 Sistem Pengajian Di PKTAQPAI 15
2.3.1 Syarat Kemasukan Pelajar Ke
PKTAQPAI 15
2.3.2 Silibus Pengajian Di PKTAQPAI 16
2.3.2.1 Silibus Pengajian Tahfiz 16
2.3.2.2 Silibus Pengajian Kitab 16
2.3.3 Sesi Pengajian Di PKTAQPAI 17
2.4 Sistem Pengajaran Di PKTAQPAI 18
2.4.1 Kelas Tasmi’ 18
2.4.2 Kelas Pengajian Kitab 19
2.4.3 Kelas I‘adah 19
2.5 Sistem Hafazan Yang Diterapkan Di
PKTAQPAI 20
2.6 Keistimewaan PKTAQPAI 22
2.6.1 Pengajian Tahfiz Sepenuhnya 22
2.6.2 Kaedah Hafazan Di PKTAQPAI 23
2.6.2.1 Mengulang-Ulang Bacaan
Sebelum Menghafaz 24
2.6.2.2 Mendengar Sebelum Menghafaz 25
2.6.2.3 Kaedah Mengulangkaji
Bacaan (Taqrir Atau Muraja‘ah) 25
ix
2.6.3 Memenangi Pertandingan Hafazan
Al-Quran 26
2.6.4 Khidmat Imam Tarawih 28
2.7 Biografi Tuan Haji Abdullah bin Haji
Daud al-Hafiz 29
2.7.1 Latar Belakang Keluarga 29
2.7.2 Keperibadian 29
2.7.3 Pendidikan 31
2.7.4 Perkahwinan 32
2.7.5 Pekerjaan 33
2.7.6 Keistimewaan Tenaga Pengajar
Di PKTAQPAI 35
2.7.6.1 Tokoh Hafiz Terkenal
Di Negeri Kelantan 35
2.7.6.2 Menyertai Perujian Tahfiz 36
2.7.6.3 Karya Dalam Bentuk Penulisan 37
2.7.6.4 Mengutamakan Bacaan 38
2.8 Kesedaran Hadaf Ukhrawi Yang Mendorong
Pelajar Menghafaz Al-Quran 39
2.8.1 Galakan Menghafaz Al-Quran 40
2.8.2 Kelebihan Menghafaz Al-Quran 42
2.8.3 Kepentingan Menghafaz Al-Quran 46
2.8.3.1 Menjaga Kemutawatiran
Al-Quran 46
2.8.3.2 Meningkatkan Kualiti Umat 47
2.8.3.3 Menjaga Terlaksananya
Sunnah-Sunnah Rasulullah S.A.W. 48
2.8.3.4 Menjauhkan Seseorang
Mukmin Daripada Al-Laghwu
(Perkara Yang Melalaikan) 48
x
2.9 Kajian Lepas 51
2.10 Kesimpulan 52
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 53
3.2 Reka Bentuk Kajian 53
3.3 Tempat Kajian 54
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 54
3.5 Instrumen Kajian 55
3.5.1 Soal Selidik 56
3.5.1.1 Bahagian A 56
3.5.1.2 Bahagian B, C dan D 57
3.6 Tatacara Kajian 58
3.6.1 Kajian Rintis 60
3.6.2 Kajian Sebenar 60
3.7 Analisis Data 60
3.8 Jangka Masa Kajian 62
3.9 Kesimpulan 63
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 64
4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang
Responden 65
4.3 Bahagian B: Analisis Taburan Skor Untuk
Mengenalpasti Keistimewaan PKTAQPAI Yang
Mendorong Pelajar Mengikuti Aliran Tahfiz
Sepenuhnya 69
xi
4.4 Bahagian C: Analisis Taburan Skor Untuk
Mengenalpasti Keistimewaan Guru PKTAQPAI
Yang Mendorong Pelajar Mengikuti Aliran
Tahfiz Sepenuhnya 76
4.5 Bahagian D: Analisis Taburan Skor
Mengenalpasti Kesedaran Hadaf Ukhrawi
Yang Mendorong Pelajar PKTAQPAI
Mengikuti Aliran Tahfiz 83
4.6 Rumusan Min Dapatan Kajian 89
4.6.1 Mengenalpasti Keistimewaan
PKTAQPAI 90
4.6.2 Mengenalpasti Keistimewaan Guru
PKTAQPAI 92
4.6.3 Mengenalpasti Kesedaran
Hadaf Ukhrawi Pelajar 94
4.7 Kesimpulan 95
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 97
5.2 Perbincangan 97
5.2.1 Latar Belakang Responden 98
5.2.2 Keistimewaan PKTAQPAI 99
5.2.3 Keistimewaan Guru PKTAQPAI 101
5.2.4 Kesedaran Hadaf Ukhrawi Pelajar 103
5.3 Rumusan 105
xii
5.4 Cadangan 106
5.4.1 Cadangan Tindakan 107
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108
5.5 Kesimpulan 109
BIBLIOGRAFI 110
LAMPIRAN 114
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jadual Skala Likert 57
3.2 Agihan Soalan Mengikut Klafikasi
Persoalan Kajian 57
3.3 Hasil Kategori Kajian 61
3.4 Jadual Aras Persetujuan 61
3.5 Ringkasan Tugas Yang Dijalankan Sepanjang
Jangka Masa Kajian 62
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 66
4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 67
4.3 Taburan Responden Yang Pernah Menghafaz
Al-Quran Atau Tidak 68
4.4 Taburan Responden Mengikut Usia Mula
Menghafaz Al-Quran 68
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Mula
Menghafaz Al-Quran 69
4.6 Taburan Skor bagi item B1 70
4.7 Taburan Skor bagi item B2 70
4.8 Taburan Skor bagi item B3 71
4.9 Taburan Skor bagi item B4 71
4.10 Taburan Skor bagi item B5 72
4.11 Taburan Skor bagi item B6 72
xiv
4.12 Taburan Skor bagi item B7 73
4.13 Taburan Skor bagi item B8 73
4.14 Taburan Skor bagi item B9 74
4.15 Taburan Skor bagi item B10 74
4.16 Taburan Skor bagi item B11 75
4.17 Taburan Skor bagi item B12 75
4.18 Taburan Skor bagi item B13 76
4.19 Taburan Skor bagi item C1 77
4.20 Taburan Skor bagi item C2 77
4.21 Taburan Skor bagi item C3 78
4.22 Taburan Skor bagi item C4 78
4.23 Taburan Skor bagi item C5 79
4.24 Taburan Skor bagi item C6 79
4.25 Taburan Skor bagi item C7 80
4.26 Taburan Skor bagi item C8 80
4.27 Taburan Skor bagi item C9 81
4.28 Taburan Skor bagi item C10 81
4.29 Taburan Skor bagi item C11 82
4.30 Taburan Skor bagi item C12 82
4.31 Taburan Skor bagi item C13 83
4.32 Taburan Skor bagi item D1 83
4.33 Taburan Skor bagi item D2 84
4.34 Taburan Skor bagi item D3 84
4.35 Taburan Skor bagi item D4 85
4.36 Taburan Skor bagi item D5 85
4.37 Taburan Skor bagi item D6 86
4.38 Taburan Skor bagi item D7 86
4.39 Taburan Skor bagi item D8 87
4.40 Taburan Skor bagi item D9 87
4.41 Taburan Skor bagi item D10 88
4.42 Taburan Skor bagi item D11 88
xv
4.43 Taburan Skor bagi item D12 89
4.44 Taburan Skor bagi item D13 89
4.45 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi
Keistimewaan PKTAQPAI 90
4.46 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi
Keistimewaan Guru PKTAQPAI 92
4.47 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi
Mengenalpasti Kesedaran Hadaf Ukhrawi
Yang Mendorong Pelajar PKTAQPAI
Mengikuti Aliran Tahfiz 94
4.48 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 96
xvi
SENARAI SINGKATAN
FP - Fakulti Pendidikan
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KS - Kurang Setuju
MTQ - Maahad Tahfiz Al-Quran
PKTAQPAI - Pusat Kebajikan Tahfiz al-Quran & Pengajian Agama Islam
RA - Radhiallahu ‘anhu
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
S.A.W. - Sallallahu ‘alaihi Wasallam
SPI - Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPSS - Statistical Package for Social Science
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta‘ala
TS - Tidak Setuju
TT - Tanpa Tahun
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB Ι
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Al-Quran merupakan kalam Allah S.W.T. yang mempunyai nilai mukjizat
yang tinggi. Ianya diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W.
melalui perantaraan Malaikat Jibril sebagai panduan kepada umat Islam. Ia
diriwayatkan oleh sahabat seterusnya para tabiin hinggalah sampai kepada kita
dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan suatu ibadah dan tidak
akan ditolak kebenarannya.
Menurut Hj Abu Najihat Al-Hafiz (2002:1) kebenaran al-Quran, kemurniaan
serta keasliannya semakin hari semakin terbukti. Sesungguhnya hal ini telah dijamin
oleh Allah S.W.T. dan ditegaskan dengan firmanNya:
2
Terjemahannya:
“Sebenarnya al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah
(yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia, yang kuat
gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang
mempunyai Arasy, yang ditaati di sana (dalam kalangan
malaikat), lagi dipercayai.”
Surah At-Takwiir, 81:19-21
Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran merupakan suatu kitab yang
mulia, ianya diturunkan oleh perutusan yang mulia iaitu Malaikat Jibril dan kitab al-
Quran juga mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisi Allah S.W.T.
Menurut Syeikh Muhammad Jamil Zainu, (1999:vii) Allah menurunkan al-
Quran sebagai panduan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W., penurunannya bukan
hanya untuk dijadikan bahan bacaan bersahaja namun, penurunannya bertujuan agar
semua manusia memahami, mengambil pengajaran serta mengamalkan isi
kandungannya, sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Terjemahannya:
“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu
(dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-
faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan
teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang
berakal sempurna serta beringat mengambil iktibar.”
Surah Saad, 38:29
Al-Quran yang telah dijanjikan Alah S.W.T. supaya manusia memahami,
diambil pengajaran serta diamalkan isinya bukan hanya arahan semata-mata, malah
Allah S.W.T. telah berkata bahawa al-Quran adalah sebuah kitab yang senang untuk
dihafaz melalui firmannya yang berbunyi:
3
Terjemahannya:
“Dan demi sesungguhnya! kami telah mudahkan Al-Quran
untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah
sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)?”
Surah Al-Qamar, 54:17
Maka jelaslah disini bahawa Allah S.W.T. akan memudahkan bagi mereka
yang menghafaz al-Quran untuk memahami, dan mengamalkan perintah Allah
S.W.T. seperti yang terkandung di dalam kitabNya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini ramai di kalangan musuh Islam yang cuba untuk menghancurkan
Islam dengan bermacam-macam cara. Disebabkan al-Quran merupakan nadi utama
umat Islam maka pelbagai cara telah dilakukan untuk menyelewengkan al-Quran,
antaranya dengan menambah surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran. Namun
cara ini tidak berjaya kerana golongan hafiz (penghafaz al-Quran lelaki) dan hafizah
(penghafaz al-Quran perempuan) merupakan orang pertama dapat mengenalpasti
penyelewengan yang telah dilakukan oleh golongan-golongan yang tidak
bertanggungjawab. Ini kerana menurut Norlita binti Mohd Alias (2003:3) para
penghafaz al-Quran mereka telah ditasmik berulang kali oleh guru mereka.
Menyedari masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini, maka timbul
kesedaran di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti
pengajian aliran tahfiz. terdapat sesetengah ibu bapa, mereka meletakkan sasaran
supaya salah seorang daripada anak-anak mereka dapat mengikuti aliran tahfiz.
Kesedaran ini makin bertambah apabila pahala yang besar akan diperoleh oleh
4
mereka yang menghafaz al-Quran sebagaimana di dalam kitab hadis Sunan at-
Turmudhi, Kitab Fadail al-Quran, (1999: 22-23):
من :قال رسول اهللا :عن عبد اهللا بن مسعود رضى اهللا عنھ قال ن كتاب اهللا فلھ بھ حسنة والحسنة بعشر امثالھا، لا اقول قرأ حرفا م
ولكن الف حرف ولام حرف ومیم حرف:الم حرف
Maksudnya:
“Dari ‘Abdullah bin Mas‘ud R.A. katanya: Berkata
Rasulullah S.A.W: “Barang siapa yang membaca satu huruf
dari kitab Allah (al-Quran) maka tiap-tiap huruf yang dibaca
itu diberikan satu kebajikan dan setiap kebajikan digandakan
menjadi sepuluh kebajikan, aku tidak mengatakan Alif Lam
Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf.”
Hadis Riwayat at-Turmudhi
Ganjaran pahala yang akan diperoleh oleh mereka yang selalu membaca dan
menghafal al-Quran seperti yang telah dijelaskan dalam hadis tersebut telah
dikuatkan lagi oleh hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim Bi Syarah Imam
Nawawi, Kitab Salat Al-Musafirin wa Qasriha, no. 798, (2003:418):
الماھر :صلى اهللا علیھ وسلمقال رسول اهللا :عن عائشة قالتتعتع فیھ ن مع السفرة الكرام البررة ، والذى یقرأ القرأن ویتبالقرأ
وھو علیھ شاق لھ أجران
5
Maksudnya:
“Dari Aisyah R.A. katanya: Berkata Rasulullah S.A.W:
“Orang-orang yang mahir membaca al-Quran (menghafal al-
Quran) kekal tempatnya (di hari akhirat) bersama para
malaikat yang mulia lagi berbakti, dan orang-orang yang
membaca al-Quran tetapi susah lidahnya untuk menyebut
(sukar), ia mendapat dua pahala (satu pahala kerana
kemahuannya dan satu pahala kerana membacanya)”.
Hadis Riwayat Muslim
Manakala menurut riwayat Aisyah melalui hadis yang terdapat dalam sunan
Ibn Majah, dalam kitab al-Adab, Thawahi al-Quran,no. 3779 (1998: 331-332),
perkataan اجران di sertakan dengan perkataan اثنان untuk menguatkan lagi bahawa
orang yang sukar membaca al-Quran akan memperoleh dua pahala.
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas jelaslah bahawa orang yang membaca
al-Quran akan memperoleh pahala yang besar sebagaimana yang telah diberitahu
oleh Rasulullah S.A.W. melalui hadis-hadisnya. Ganjaran lumayan yang menanti di
akhirat telah menarik minat golongan yang cenderung untuk menghafaz al-Quran
supaya mengejar dan mendapatkan habuan yang telah dijanjikan. Bagi ibu bapa
kecenderungan dan minat yang telah ditunjukkan oleh anak-anak telah
menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menghantar anak mereka mengikuti
pengajian tahfiz.
Masyarakat kita pada hari ini tidak asing lagi dengan kelahiran ramai hafiz
dan hafizah. Di kalangan ibu bapa yang berstatus professional juga ada yang
menghantar anak-anak mereka supaya mengikuti aliran tahfiz sama ada di sekolah-
sekolah atau institusi pengajian tinggi. Kesedaran mereka bukan hanya pada
menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian tahfiz, malah mereka turut sama
menyumbang, sama ada dalam bentuk kewangan atau buah fikiran supaya pengajian
tahfiz ini terus berkembang sesuai dengan perkembangan dan kemodenan masyarakat
kita pada hari ini. Maka tidak hairanlah pada masa sekarang lahir banyak sekolah dan
institusi tahfiz di negara kita.
6
Sekolah tahfiz yang wujud di negara kita bermatlamatkan untuk melahirkan
hafiz dan hafizah. Tujuan murni ini sepatutnya disokong penuh oleh setiap golongan
masyarakat supaya ianya terus berkembang menjadi tonggak untuk mentarbiyah
golongan muda supaya menghafaz, mendalami isi kandungan al-Quran dan
seterusnya mengamalkan perintah Allah S.W.T. seperti yang terdapat dalam
kitabNya.
Jesteru itu, kita sebagai anggota masyarakat hendaklah bersama-sama
berganding bahu supaya aliran tahfiz ini terus berkembang menjadi salah satu budaya
masyarakat di Malaysia. Pihak kerajaan, badan swasta hendaklah saling bantu-
membantu supaya sekolah-sekolah dan institusi tahfiz yang telah wujud pada masa
sekarang terus terbela. Bagi memberi lebih galakan kepada golongan muda pada hari
ini supaya menghafaz al-Quran, peranan pihak kerajaan dan swasta adalah dengan
memberi inisiatif kepada mereka yang berjaya menghafaz al-Quran. Mereka juga
turut disediakan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian supaya mereka dapat
mengaplikasikan segala hafazan yang telah ada dalam dada.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa sekarang timbul banyak sekolah, institusi tahfiz serta seminar-
seminar yang berkaitan dengan tahfiz wujud di negara kita. Perkembangan ini
menunjukkan bahawa masyarakat kita pada hari ini mula peka dan mengambil berat
tentang pentingnya mempelajari dan menghafaz ayat-ayat Allah S.W.T.
Perkembangan positif ini telah memberi kesan secara tidak langsung kepada
ibu bapa untuk menghantar anak mereka mengikuti pengajian tahfiz. Pengajian tahfiz
yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengajian secara langsung dan
pengajian secara tidak langsung. Pengajian tahfiz secara langsung ialah anak-anak
dihantar untuk mengikuti aliran tahfiz di sekolah atau institusi pengajian tinggi yang
berkaitan dalam bidang tahfiz, manakala pengajian tahfiz secara tidak langsung pula
bermaksud pelajar-pelajar hanya mengikuti kelas pengajian tahfiz secara ekspress
atau menghadiri seminar-seminar tahfiz pada masa cuti sekolah atau cuti semester.
7
Minat pelajar yang ingin mengikuti aliran tahfiz sepatutnya disokong penuh
oleh keluarga dan masyarakat. Dengan sokongan serta dorongan yang diberikan
dapat membantu menaikkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh.
Dalam keghairahan anak-anak untuk mengikuti aliran tahfiz ibu bapa sebagai
pendidik sejak dari kecil sepatutnya perlu memilih tempat pengajian tahfiz yang
sesuai kepada anak-anak mereka. Ini penting supaya anak-anak mereka akan
memperoleh pendidikan yang terbaik sesuai dengan minat mereka. Pemilihan sekolah
tahfiz yang terbaik penting supaya pewaris zuriatnya dapat mengikuti pengajian
dengan jayanya. Di Kelantan terdapat sebuah sekolah yang didirikan dengan
matlamat untuk melahirkan golongan hafiz yang mampu membaca dan menghafaz 30
Juzuk al-Quran dengan baik. Sekolah yang didirikan di Banggol Kulim daerah
Rantau Panjang ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Abdullah bin Haji Daud al-Hafiz.
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang al-Quran, Tuan Haji
Abdullah Bin Haji Daud al-Hafiz telah menyumbangkan segala kudrat yang ada pada
dirinya untuk menyebarkan seruan Allah dan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.
melalui kebolehan yang beliau miliki, hasil usaha Tuan Haji Abdullah yang
bersungguh-sungguh untuk menubuhkan Pusat Kebajikan Tahfiz, akhirnya beliau
berjaya menubuhkan Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam
(PKTAQPAI) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. Sekolah yang ditubuhkan
bertujuan untuk mendidik anak bangsa supaya lebih mendalami al-Quran bermula
daripada peringkat bacaan, tajwid (ilmu (hukum) yg berkaitan dgn lafaz atau sebutan
yg betul dan tepat dlm bacaan al-Quran) dan hafazan secara sepenuhnya tanpa
melibatkan akademik.
Menyedari keistimewaan PKTAQPAI yang hanya menjalankan sistem tahfiz
sepenuhnya tanpa melibatkan akademik, timbul kesedaran kepada penyelidik untuk
mengkaji keistimewaan PKTAQPAI, keistimewaan guru-guru PKTAQPAI sehingga
menarik minat pelajar untuk belajar di sini. Penyelidik juga berminat untuk mengkaji
kesedaran hadaf ukhrawi (tujuan akhirat) yang mendorong pelajar PKTAQPAI
mengikuti pengajian yang ditawarkan.
8
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti keistimewaan PKTAQPAI yang mendorong pelajar mengikuti
aliran tahfiz sepenuhnya.
1.4.2 Mengenalpasti keistimewaan guru PKTAQPAI yang mendorong pelajar
mengikuti aliran tahfiz sepenuhnya.
1.4.3 Mengenalpasti kesedaran hadaf ukhrawi yang mendorong pelajar PKTAQPAI
mengikuti aliran tahfiz.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa
persoalan iaitu:
1.5.1 Apakah keistimewaan PKTAQPAI yang mendorong pelajar mengikuti aliran
tahfiz sepenuhnya.
1.5.2 Apakah keistimewaan guru PKTAQPAI yang mendorong pelajar mengikuti
aliran tahfiz sepenuhnya.
1.5.3 Apakah kesedaran hadaf ukhrawi yang mendorong pelajar PKTAQPAI
mengikuti aliran tahfiz.