Download docx - Daya Ikhwan

Transcript

PROGRAM SANTAPAN ROHANI PELAJAR

HADIS/FIRMAN

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mukminun : ayat 1-2 Yang bermaksud ;Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Barzah r.a. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w. membaca ayat-ayat al-Quran semasa sembahyang Subuh sebanyak enam puluh hingga seratus ayat.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Az- Zumar: ayat 9Yang bermaksud,Katakanlah : Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan?. Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal ketika dalam sembahyang.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 148Yang bermaksud,Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w melarang seseorangyang sembahyang sambil meletakkan tangan di pinggang.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah :ayat 191Yang bermaksud;Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Salamah b. al-Akwa r.a. yang bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melakukan sembahyang magrib ketika matahari sudah terbenam dan tidak kelihatan.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 38Yang bermaksud,Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksudTangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah,(ertinya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima )( HR Imam Ahmad )

Firman Allah S.W.T dalam surah Qaf : ayat 16 Yang bermaksudDan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 8Yang bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka mendapat pahala yang tidak putus-putus

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jubair bin Mutim r.a yang bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W membaca surah Al-Tur ketika sembahyang maghrib.(HR Imam Al-Bukhari & Muslim)Firman Allah dalam surah Sad : ayat 22Yang bermaksud,Oleh itu, hukumlah di antara kami dengan adil dan janganlah melampaui ( batas keadilan ) serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud : Sesungguhnya ramah-tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu indah ( berjaya ) dan tanpa ramah-tamah nescaya ianya menjadi buruk .( HR Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maidah : ayat 77yang bermaksud,Wahai ahli kitab janganlah kamu bersikap melampau dalam agama kamu, secara yang tidak benar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud : Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang( HR Imam Muslim )

Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus : ayat 82Yang bermaksud,Dan Allah S.W.T juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian di benci oleh orang-orang yang melakukan dosa

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mencari rezeki yang halal adalah suatu jihad( HR Imam Abu Naim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Maryam : ayat 32Serta ( diperintah daku ) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong atau derhaka.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Menggosok gigi itu membersihkan mulut dan disenangi oleh Tuhan.( HR Imam Ahmad )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat : Ayat 12yang bermaksud,Janganlah sesetengah kamu mengumpat orang lain, sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Permudah dan janganlah kamu mempersulitkan,ajarkanlah ilmu dan janganlah kalian berdua menindas.( HR. Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat : Ayat 6yang bermaksud,Jika datang kepada kamu seorang fasik dengan membawa sesuatu berita maka selidiklah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sesiapa menunaikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk syurga.( HR. Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Anam: ayat 151Yang bermaksud,Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan yang keji, baik yang zahir mahupun yang batin.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Apabila hari tersangat panas, maka tangguhkanlah sembahyang kerana sesungguhnya kepanasan yang bersangat itu termasuk dari bahang neraka jahanam. ( HR. Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahqaf : Ayat 35yang bermaksud,Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Semoga Allah S.W.T memenuhkan kubur dan rumah-rumah mereka dengan api,sebagaimana mereka telah menahan kami dan menyibukkan kami dari mendirikan sembahyang Asar sehingga terbenam matahari ( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tariq : Ayat 8yang bermaksud,Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa untuk mengembalikannya (hidup sesudah mati).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sesiapa yang sempat sembahyang satu rakaat bersama imam, maka bererti dia sudah mendapa ganjaran pahala sembahyang tersebut ( pahala sembahyang berjemaah ) ( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anam: ayat 52Yang bermaksud,Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang hari, mereka mengharapkan keredhaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggungjawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab sedikit pun terhadap perbuatamu yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka sehingga kamu termasuk golongan orang yang zalim.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan. Tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah, ia adalah hati( HR. Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat : Ayat 12yang bermaksud,Janganlah sesetengah kamu mengumpat orang lain, sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Permudah dan janganlah kamu mempersulitkan,ajarkanlah ilmu dan janganlah kalian berdua menindas.( HR. Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Abasa : Ayat 11yang bermaksudSesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan ini adalah suatu pringatan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a yang bermaksud : Nabi Muhammad S.A.W pernah mengerjakan sembahyang pada suatu malam manakala aku pula pada ketika itu melintang di antara baginda dan kiblat seperti melintangnya jenazah.( HR. Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Takwir : Ayat 14Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a yang bermaksud : Nabi Muhammad S.A.W melintangkan unta baginda di hadapan lalu sembahyang dengan kea rah unta tersebut ( digunakan sebagai sutrah ) ( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 8Yang bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka mendapat pahala yang tidak putus-putus

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jubair bin Mutim r.a yang bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W membaca surah Al-Tur ketika sembahyang maghrib.( HR Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nahl: ayat 51Yang bermaksud,Janganlah kamu menyembah dua Tuhan, sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepadaKu sahaja kamu takut

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan. Tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah, ia adalah hati.( HR. Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Hud : ayat 114Yang bermaksud,Sesungguhnya, perkara-perkara yang baik itu akan menghapuskan keburukan. Demikianlah peringatan kepada orang yang mahu beringat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan Allah S.W.T dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahim.( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rahman : ayat 9Yang bermaksud,Dan betulkanlah cara timbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Siapa bermimpi melihatku dalam tidurnya, sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak sanggup mengubah bentuknya seperti bentukku.( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Taubah: ayat 6Yang bermaksud,Dan jika seseorang dalam kalangan kaum musyrikin itu, ada yang meminta perlindungan kepadamu, maka lindungi-lah firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud : Apabila kamu berasa ada angin dalam perutmu, kemudian kamu ragu-ragu apakah angin itu keluar atau tidak, maka jangan keluar dari masjid sebelum jelas bunyinya atau baunya.( HR Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rad ayat 2Yang bermaksud,Allah lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamulihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan.Masingmasing beredar hingga tempoh waktu yang ditentukan.Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda-tanda Kebesaran-Nya. Supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Semua luka yang dideritai oleh seseorang Muslim dalam peperangan fisabilillah, pada hari kiamat nanti keadaanya akan sama seperti waktu ia terluka dahulu. Darahnya memancar berwarna merah tetapi baunya seperti kasturi.( HR Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Hud : ayat 117Yang bermaksud,Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka memperbaiki keadaan sesama sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud : Allah S.W.T sangat gembira menerima taubat sesorang daripada kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang.( HR Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mujadalah : ayat 11Yang bermaksud,Allah S.W.T meningkatkan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu ) beberapa darjat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Tiada imam pada orang yang tidak amanah( HR Imam Ahmad )

Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim: ayat 27Yang bermaksud,Allah meneguhkan (iman) orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang yang zalim dan Allah membuat apa yang Dia kehendaki.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Anas r.a yang bermaksud : Di antara tanda-tanda kiamat ialah berkurangnya ilmu,meratanya kebodohan, banyak perzinaan dan banyak perempuan dari lelaki hingga 50 perempuan hanya seorang pengawalnya.( HR Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra : ayat 106Yang bermaksud,Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Apabila dipertanggungjawabkan sesuatu kepada yang bukan ahlinya, tunggu sahajalah masa kehancurannya.( HR Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Abasa : ayat 20Yang bermaksud,Kemudian jalan (baik dan jahat) dimudahkan Tuhan kepadanya ( untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sebarkanlah salam di antara kamu, nescaya kamu berkasih-kasihan.( HR Al-Hakim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran: ayat 110Yang bermaksud,Kamu (wahai umat Muhamad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang maaruf dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Nasihatilah para wanita dengan baik, sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk (laki-laki) sebelah kanan, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya, maka seandainya engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia akan patah dan kalau engkau biarkannya, ia akan tetap bengkok.Nasihatilah para wanita dengan baik ( HR Imam Al-Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 104Yang bermaksud,Hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Amri r.a yang bermaksud : Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat( HR Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Falaq : ayat 4Yang bermaksud,Sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan memudahkan baginya segala urusan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Setiap agama mempunyai akhlak yang tersendiri dan akhlak Islam ialah MALU.( HR Imam Malik )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 18Yang bermaksud,Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, nescaya ALLAH tidak mengasihinya.( HR Muttafaq Alaih )

Firman Allah S.W.T dalam surah Sad: ayat 29Yang bermaksud,Kitab (Al-Quran) yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya, dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya.( HR Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-'Ankabuut : ayat 43Yang bermaksud,Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata :Membaca tasbih adalah untuk lelaki ( ketika menegur kesilapan dalam sembahyang ) dan menepuk tangan adalah untuk wanita.( HR Imam Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Alaq : ayat 1-5Yang bermaksud,Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan tuhanmu lah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Adakah orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut kepalanya diganti oleh ALLAH S.W.T. dengan kepala keldai?( HR Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zumar : ayat 18Yang bermaksud,Yang mendengarkan perkataan lalu mengikut apa yang baik di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi ALLAH S.W.T petunjuk dan akal fikiran.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah S.W.T akan memudahkan baginya jalan ke syurga.( HR Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Dzariyat : ayat 55Yang bermaksud,Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-oang yang beriman.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tidak sempurna iman orang yang tidak memberi ketenangan kepada jirannya daripada tipu dayanya.( HR Al-Hakim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Sad : ayat 84Yang bermaksud,Maka yang benar (adalah sumpahKu) dan hanya kebenaran itulah yangKu katakan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Ya ALLAH, janganlah aku sampai mengalami zaman di mana orang berilmu tidak diendahkan dan orang yang arif tidak kenal malu. ( HR Imam Ahmad )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zumar : ayat 13Yang bermaksud,Katakanlah : Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku derhaka kepada Tuhanku

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a bermaksud :Janganlah ingin seperti orang lain, kecuali seperti dua orang ini. Pertama orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah dan ia membelanjakannya secara benar, kedua orang yang diberi Allah al-Hikmah dan ia berperilaku sesuai dengan dan mengajarkannya kepada orang lain ( HR Imam Al- Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mukmin : ayat 57Yang bermaksud,Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih itu besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat. ( HR Ibnu Majah )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 35Yang bermaksud,Sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Tiap Allah S.W.T menurunkan penyakit pasti diturunkan pula ubatnya.(HR. Imam Al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 41Yang bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al-Quran ketika Al-Quran itu disampaikan kepada mereka (mereka itu pasti akan celaka), dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah Kitab yang mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin dan muslimat ( HR. Ibnu Abdil Bari )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal: ayat 22Yang bermaksud,Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran ) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barang siapa yang mempunyai rambut, hendaklah ia menghargainya. ( HR Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 36Yang bermaksud,Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah .Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang menginginkan kehidupan dunia, maka ia harus memiliki ilmu, dan barang siapa yang menginginkan kehidupan akhirat maka itupun harus dengan ilmu, dan barang siapa yang menginginkan keduanya maka itupun harus dengan ilmu(HR. Thabrani)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukruf : ayat 10Yang bermaksud,Dia menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ia akan menanggung dosa sebanyak dosa orang yang mengikutinya itu tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa mereka ( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa : ayat 32Yang bermaksud,Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya, zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila seorang manusia meninggal maka terputuslah pahala segala amalannya kecuali dari tiga perkara : iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.( HR Imam Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Syuara : ayat 41Yang bermaksud,Dan sesungguhnya, orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosapun atas mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Janganlah sekali-kali orang yang menderita sakit, mendatangi orang yang sihat..( HR Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal : ayat 22Yang bermaksud,Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran ) iaitu orang-orang yang tidak mengerti.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barang siapa yang mempunyai rambut, hendaklah ia menghargainya.( HR Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiyaa : ayat 98Yang bermaksud,Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahanam, kamu pasti masuk ke dalamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Sekeji-keji pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda bersabda, Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya( HR Ibnu Majah )

Firman Allah S.W.T dalam surah Maryam : ayat 90-92Yang bermaksud,Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata :Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar haiwan. (HR. Imam Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukhruf : ayat 12Yang bermaksud,Dia mencipta semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternakan yang kamu tunggangi.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Bila Allah menghendaki seseorang menjadi baik, ia akan dikurniakan kebajikan.( HR Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukhruf: ayat 79Yang bermaksud,Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya jahat, maka sesungguhnya, kami akan membalas tipu daya mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid Al-Khudri r.a katanya : Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulut,kerana syaitan akan dapat masuk melaluinya.( HR Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zukhruf : ayat 79Yang bermaksud,Bahkan mereka telah menetapkan satu tipu daya jahat, maka sesungguhnya, kami akan membalas tipu daya mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid Al-Khudri r.a katanya : Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulut, kerana syaitan akan dapat masuk melaluinya. ( HR Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 24Yang bermaksud,Jika mereka menahan diri (menderita azab) maka nerakalah tempat diam mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid Al-Khudri r.a yang bermaksud : Solat 5 waktu,Jumaat kepada Jumaat dan Ramadhan kepada Ramadhan adalah pembersih dosa-dosa yang berada di antaranya selagi dijauhkan dosa besar.( Fiqh Sunnah Sayid Sabiq )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa : ayat 25Yang bermaksud,Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salji.Sedangkan perangai buruk merosakkan amal soleh seperti cuka merosakan madu(HR. Al-Baihaqi )

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Tahriim : ayat 6Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, perliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Demam menghilangkan dosa anak-anak Adam seperti api di pandai besi yang menhancurkan karat( HR Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 24Yang bermaksud,Jika mereka menahan diri (menderita azab) maka nerakalah tempat diam mereka dan jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Sayid Al-Khudri r.a yang bermaksud : Solat 5 waktu,Jumaat kepada Jumaat dan Ramadhan kepada Ramadhan adalah pembersih dosa-dosa yang berada di antaranya selagi dijauhkan dosa besar.( Fiqh Sunnah Sayid Sabiq )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rum : ayat 12Yang bermaksud,Dan pada hari terjadinya kiamat, orang-orang yang berdosa terdiam berputus asa.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya Allah S.W.T memberi keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan hati umatku selagi mereka tidak memperkatakan atau melakukannya.( HR Imam Al-Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah An- Nisaa: ayat 58Yang bermaksud,Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu dan Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang ditaklifkan (diamanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya syurga.(HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anbiya : ayat 45Yang bermaksud,Katakanlah wahai (Muhammad), Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalain dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya adalah mati syahid.(HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 134Yang bermaksud,Barangsiaapa yang mengkehendaki pahala di dunia sahaja, (maka ia rugi), Kerana di sisi Allah ada paha dunia dan akhirat. Dan Allah Maha berkuasa berbuat demikian.

Sabda Rasululullah S.A.W yang bermaksud :Setiap Nabi mempunyai doa yang mudah dimakbulkan, Aku juga menyimpan doaku tersebut, untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti.(HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa' : ayat 86Yang bermaksud,Dan apabila kamu diberikan selamat, hendaklah kamu balas dengan ucapan selamat yang lebih baik atau yang sama dengannya.Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu.

Rasulullah S.A.W bersabda :Tidak masuk syurga bagi orang yang suka menabur fitnah. (HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab : ayat 59Yang bermaksud,Wahai NAbi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak, perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilabnya (sejenis baju kurung yang lapang dapat menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya keluarga ayahku iaitu Si Pulan, tidaklah orang yang paling aku kasihi serta menjadikan mereka sebagai sahabatku. ,Sesungguhnya yang paling aku kasihi ialah Allah dan orangorang mukmin yang soleh.(HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim: ayat 31Yang bermaksud,Katakanlah (Muhamad) kepada hamba-hambaKu yang telah beriman: Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan harta sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Perbaiki dunia kami yang merupakan tempat hidup kami.Perbaikilah akhirat kami yang merupakan tempat kembali kami.Dan jadikan hidup ini tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan kami, serta jasikan kematian sebagai istirahat bagi kami dari setiap kejahatan.(HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 107Yang bermaksud,Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a. yang bermaksud : Ya Allah, berikanlah ketakwaan atas jiwaku ini dan sucikanlah ia,Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya.Engkaulah Kekasih dan Penolongnya.Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari limu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak pernah dikabulkan. (HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 103Yang bermaksud,Maka pabila kaumu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring.Kemudian apabila kamu, telah berasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tidak akan diterima sembahyang seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwudhu.(HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa' : ayat 149Yang bermaksud,Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan kesalahan (orang lain), maka sesunggunhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan daripada Huzaifah r.a yang bermaksud:Apabila Rasulullah S.A.W bangun pada malam hari untuk menunaikan sembahyang tahajjud, baginda menggosok gigi dengan sugi.(HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Furqaan : ayat 63Yang bermaksud,Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.

Rasulullah S.A.W bersabda :Potonglah misai dan panjangkanlah janggut iaitu jagalah janggut (HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Ahzab: ayat 25Yang bermaksud,Allah mengusir orang-orang kafir dengan tiada mendapat kebaikan, dan Allah menolong orang-orang mukmin dalam peperangan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Orang yang paling sering kenyang di dunia pada hari kiamat akan menderita kelaparan yang paling lama.(HR. Al-Bazzar)Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab : ayat 46-47Yang bermaksud,Untuk menyeru kepada Allah degan iziNya dan menjadi pelita yang menerangi, berilah khabar gembira kepada orang mukmin.

Rasulullah S.A.W bersabda :Tiada wadah yang dipenuhi oleh anak Adam lebih jahat daripada perut. (HR. Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anam: ayat 11Yang bermaksud,Katakanlah Muhammad: Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk orang yang mendustakan (Rasul) itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Seorang yang beriman minum untuk mengisi sebuah perut, sedangkan orag kafir minum untuk mengisi tujuh perut. (HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra' : ayat 37Yang bermaksud,Dan jangnlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Fitrah ada lima iaitu bekhatan, mencukur bulu kemaluan, memtong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis. ( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Saad : ayat 41Yang bermaksud,Dan (ingatlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya tawar jampi, ,tangkal azimat, ilmu guna-guna, (ilmu pengasih untuk menambat hati suami kepada isterinya atau isteri kepada suaminya) adalah syirik( HR. Imam Daud & Ahmad )Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Humazah: ayat 1Yang bermaksud,Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Menjadi tamu hanya selama tiga hari dan selebihnya dianggap sedekah.(HR. Abu Yala & Al-Tabrani)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Dhuha : ayat 9-10Yang bermaksud,Anak-anak yatim janganlah kamu kasari dan orang yang meminta pertolongan, jangan kamu herdik.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mandi setiap hari Jumaat wajib bagi setiap orang yang akhil baligh. Demikian pula menggosok gigi dan memakai wangi-wangian. (HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Ahzab: ayat 41-42Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan sebanyak-banyak zikir dan bertasbihlah kepadaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Jangan sekali-kali engkau hidup bermewah-mewah. Hamba Allah yang baik bukanlah orang yang hidup bermewah-mewah. (HR. Imam Ahmad)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Ahzab : ayat 43Yang bermaksud,Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan mengeluarkan kamu dari kegelapan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mungkin orang yang tampak kumal, kotor, dan hanya mempunyai dua potong baju usang, bila memohon kepada Allah S.W.T, ia akan dikabulkan. (HR. Imam Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab: ayat 57Yang bermaksud,Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan RasulNya akan dilaknati di dunia dan di akhirat, baginya disediakan siksa yang menghinakan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Kaum wanita hendaklah berhati-hati terhadap dua benda merah, iaitu emas dan barang sepuhan. (HR. Ibnu Hibban )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fatir : ayat 7Yang bermaksud,Orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang keras dan orang yang beriman, keampunan dan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Rasa malu dan iman kedua-duanya adalah sejalan. Bila yang satu hilang, hilanglah yang lain.( HR. Al-Hakim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fatir : ayat 9Yang bermaksud,Dialah yang mengirimkan angin lalu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu ke negeri yang kering dan Kami turunkan hujan.

Rasulullah S.A.W bersabda :Penampilan yang baik, tenang dan sederhana adalah sebahagian dari 24 tanda-tanda kenabian ( HR. Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat 263Yang bermaksud,Perkataan yang baik dan pemberiaan maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah S.W.T Maha Kaya lagi Maha Penyantun.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barang siapa mengetahui keburukan saudaranya kemudian ia menutupinya, kelak pada hari kiamat Allah S.W.T akan menutupi dosanya.( HR. Tabrani )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 284Yang bermaksud,Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan yang ada dibumi ini. Dan jika kamu melahikan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Rasulullah S.A.W bersabda :Menyempurnakan wudhu dalam hal-hal yang tidak menyenangkan, menggunakan kaki-kaki ke masjid dan menanti solat sesudah solat adalah benar-benar mencuci kekeliruan. ( HR. Imam Abu Yala, Hakim & Baihaqi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran: ayat 59Yang bermaksud,Sesungguhnya misal ( penciptaan ) Isa di sisi Allah, adalah sama seperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya : Jadilah (seorang manusia) maka jadilah dia.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Anak Adam (manusia) menjadi dewasa bersamaan dengan matangnya dua sifat yang ada pada dirinya, iaitu tamak dan harapan yang tiada berhabis-habisnya. ( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Furqan : ayat 76Yang bermaksud,Sesungguhnya syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Rasulullah S.A.W bersabda :Berkatnya makanan terletak pada wudhu sebelum dan sesudah makan. ( HR. Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Syuara : ayat 125-126Yang bermaksud,Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan untukmu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Rasulullah S.A.W bersabda :Janganlah sekali-kali kalian beriri hati. Iri hati menghapuskan kebajikan seperti api menghapuskan kayu bakar ( HR. Abu Daud )Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Syuara: ayat 183Yang bermaksud,Dan janganlah kamu merugikan manusia dan jangan pula berbuat bencana di muka bumi.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mengumpat seorang muslim adalah perbuatan derhaka, dan membunuh orang muslim adalah perbuatan kufur..( HR. Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 183 & 184Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.iaitu dalam beberapa hari yang tertentu.Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu, memberi makan orang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya . Dan berpuasa itu lebih baik jika kamu benar-benar mengetahuinya.

Rasulullah S.A.W bersabda :Orang siddiq tidak patut menjadi orang yang gemar mengutuk. ( HR. Al-Hakim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 185Yang bermaksud,(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Aku diutus Allah sebagai rahmat, dan bukan diutus sebagai tukang kutuk.( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat 187Yang bermaksud,Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapdat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu, Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam , (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.Demikianlah Allah, menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Kemiskinan membawa kepada kekufuran, dan hasad mengatasi qada dan qadar. ( HR. Abu Naim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 19Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut.Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah ( diberi ujian ) kepadanya. (HR. Imam Al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 88Yang bermaksud,Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam menghadapi orang-orang munafik, padahal Allah telah membalikkan mereka kepada kekafiran, disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan Allah ? Barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sesiapa sahaja yang menikahkan saudara perempuannya dengan lelaki fasik, bererti telah memutuskan tali persaudaraan keluarganya.( HR. Ibnu Hibban )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Tahrim: ayat 8Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus, ikhlas, mudah-mudahn Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibnu Masud yang bermaksud :Merasa malu kepada Allah s.w.t ialah kamu memelihara kepalamu dan anggota-anggota yang ada padanya, perut da nisi kandungnya dan kamu selalu mengingati mati dan pereputan tulang-belulang. Sesiapa yang menghendaki akirat, maka hendaklah dia meninggalkan kecantikan dunia. Sesiapa yang telah melakukan seperti ini, maka dia telah malu kepada Allah s.w.t.( HR. Imam Ahmad & Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Fussilat : ayat 30Yang bermaksud,Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata ; Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (beristiqamah) akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham) : Janganlah kamu bimbang ( daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu ) serta janganlah kamu berdukacita.

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Kepala kepda urusan ini ialah Islam, barangsiapa yang menerima Islam maka dia selamat. Sementara tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad pada jalan Allah.( HR. Tabraani )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisaa: ayat 1Yang bermaksud,Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan (perliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Anas r.a yang bermaksud :Nikah itu sebahagian sunnahku, maka orang yang tidak mengamalkan sunnahku, dia bukan termasuk umatku. ( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 275Yang bermaksud,Orang-orang yang makan (mengambil riba) tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba) maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah.Orang yang mengulangi(mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka: mereka kekal di dalamnya.

Rasulullah S.A.W bersabda :Siapa sahaja yang menjalani puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah ,maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.(HR. Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Al- Nasai & Ibnu Majah)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 221Yang bermaksud,Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mumin lebih baik dari wanita musyrik., walaupun dia menarik hatimu . Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang muyrik (dengan wanita-wanita mumin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mumin lebnih baik dari orang muyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (printah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa bulan Muharam dan solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat pada waktu malam. (HR. Imam Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah : ayat 256Yang bermaksud,Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu, barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul, tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Rasulullah S.A.W bersabda :Rasulullah s.a.w selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.( HR. Imam Al-Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Waaqiaah : ayat 1-7Yang bermaksud,Apabila terjadi hari kiamat, terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan(disangkal). Kejadian itu merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah dia debu yang bertebangan, dan kamu menjadi tiga golongan.

Rasulullah S.A.W bersabda :Manusia selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.(HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat XXXYang bermaksud,Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, makaitu lebih baik bagi kamu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagi kamu. Dan orang-orang kafir dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tidaklah Allah memberi tambahan kepada seseorang hamba yang suka memberi kemaafan melainkan dengan kemuliaan ( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 87Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orangyang melampaui batas.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula melihat kecantikanmu tetapi Allah s.w.t melihat hatimu( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 90Yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya (minum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan yang keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Bahawa orang yang berat kerana siksaanya di hari kiamat (dalam neraka) ialah orang yang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya. ( HR. Ibnu Hibban )

Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-rad ayat 35Yang bermaksud, Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa ialah (seperti taman), mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya yang tidak berhenti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa: manakala neraka adalah kesudahan bagi orang-orang kafir.

Rasulullah S.A.W bersabda :Anak kunci solat itu ialah suci, tahrimnya ialah takbir dan tahlilnya adalah salam. ( HR. Ibnu Majah & Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah: ayat 120Yang bermaksud,Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jikakamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Doa seseorang bagi saudaranya dari tempat yang jauh adalah terkabul. ( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 78-79Yang bermaksud,Telah dilaknati orang kafir daripada Bani Israel melalui lisan Daud dan Isa Putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling melarang antara satu sama lain akan tindakan mungkar yang mereka lakukan.Sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dinyalakan api neraka itu 1000 tahun berwarna merah, 1000 tahun berwarna putih dan 1000 tahun berwarna hitam. ( HR. Imam Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 8Yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa.Dan bertqawalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Rasulullah S.A.W bersabda :Seringan-ringan dalam neraka itu ialah memakai terompah dari api mendidih benak di kepala kerana panasnya.( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Maaidah: ayat 21Yang bermaksud,Wahai kaumku masuklah ke Tanah Suci (Palastin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang rugi.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau pada waktu petang, Allah akan menyediakan untuknya satu tempat di syurga apabila sama ada pada waktu pagi atau waktu petang. ( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An- Nisaa: ayat 124Yang bermaksud,Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian, Maka buatlah yang baik bagi kalian. ( HR. Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Anam: ayat 134Yang bermaksud,Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang, dan kamu sekali-kali tidak sanggup menolaknya.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah b. Umar r.a katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Semasa kamu sembahyang, janganlah kamu meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang menghadap ke arah kamu semasa kamu sembahyang.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An- Anfal: ayat 2Yang bermaksud,Sesungguhnya orang yang beriman itu, adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahla iman mereka(kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda :Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok. Maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut. ( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anam: ayat 82Yang bermaksud,Orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya di dalam dirimu itu mempunyai dua sifat yang disukai Allah iaitu, santun dan kesabaran. ( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus: ayat 37Yang bermaksud,Tidaklah mungkin Al-quran ini dibuat-buat oleh selain Allah; akan tetapi (al-Quran itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hokum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) daripada Tuhan semesta alam.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Tapak kaki seorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka. ( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus: ayat 49Yang bermaksud,Katakanlah (Muhammad); Aku tidak kuasa menolak kemudharatan mahupun mendatangkan menfaat kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah, Bagi setiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka tidak dapat mengundurkannya sebarang sesaat pun dan juga tidak dapat mempercepatkannya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Satu umrah sampai berikutnya adalah merupakan kafarat (penebus) atas dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali syurga. ( HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Hijr: ayat 278Yang bermaksud,Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat; Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam iaitu, menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan, menasihatinya dan menjawab doa orang yang bersin.(HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Araf: ayat 26Yang bermaksud,Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwaitulah yang paling baik.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dosa-dosa besar adalah,mempersekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh manusia, dan sumpah palsu.( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa: ayat 25Yang bermaksud,Tuhanmu lebih mengetahui apa yangada dalam hatimu, jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Hadis Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Salah seorang daripada kamu tidaklah sempurna imannya sebelum mencintai saurdaranya sebagaimana kamu mencintai diri sendiri.(HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Thahaa: ayat 2-4Yang bermaksud,Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah) yakni diturunkan oleh Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu sekalian adalah yang paling baik budi pekertinya.(HR. Imam Bukhari & Muslim )Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Haji: ayat 27Yang bermaksud,Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menunggang unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Janganlah kamu sekalian membenci ayahmu, barangsiapa yang membenci ayahnya maka ia adalah kafir. ( HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 30Yang bermaksud,Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetaahui apa yang mereka lakukan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya apa sahaja yang kamu nafkahkan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah S.W.T nescaya kamu akan diberi pahala termasuk apa yang kamu sediakan untuk isterimu.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 4Yang bermaksud,Dan orangyang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya satu pertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sebahagian kecil jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 29Yang bermaksud,Tidak ada dosa bagi kamu memasuki rumah yang tidak dihuni, yang di dalamnya ada kepentingan kamu ; Allah mengetahui apa yang kamunyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sejahat-jahat dusta iaitu apabila seseorang mengaku kedua matanya melihat apa yang tidak dilihatnya.( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 43Yang bermaksud,Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompak-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) hujan batu dari langit (iaitu) dari (gumpalan awan) seperti gunung ganang, maka ditimpakanNya (butiran hujan batu) itu kepada siapa Dia kehendaki dan dihindarkanNya daripada siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hamper-hampir menghilangkan penglihatan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Bukanlah yang dinamakan kaya kerana hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya adalah kaya dengan jiwa. ( HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 42Yang bermaksud,Dan milik Allah lah kerajaan langit dan bumi dan hanya kepada Allah lah kembali seluruh makhluk.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Golongan orang yang mati syahid itu ada lima, iaitu : orang yang mati syahid kerana taun (wabak), sakit perut, tenggelam, gempabumi dan orang-orang yang mati sewaktu berjuang pada jalan Allah S.W.T(HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qhasas: ayat 68-69Yang bermaksud,Dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan. Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembah yang di malam hari dan berpuasa di siang hari.( HR. Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur: ayat 59Yang bermaksud,Dan apabila anak-anakmu telah sampai usia dewasa, maka hendaklah mereka (juga) meminta izin, seperti orang yang lebih dewasa meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepadamu. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qhasas: ayat 84Yang bermaksud,Barang siapa datang (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih daripada kebaikan itu; dan barang siapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang yang mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu merka kerjakan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sejahat-jahat dusta itu ialah apabila seseorang mengaku kedua matanya melihat apa yang tidak di lihatnya.( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut: ayat 45Yang bermaksud,Bacalah kitab Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu (Muhamad) dan laksanakan solat, Sesungguhnya solat itu, mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surh Al-Baqarah pada waktu malam, nescaya ia telah mencukupi.( HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut: ayat 64Yang bermaksud,Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka benar-benar mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu nanti pada hari kiamat akan datang untuk memberi syafaat kepada orangyang membacanya.(HR. Imam Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran ayat 134Yang bermaksud,(Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Berlindunglah kamu sekalian kepada Allah S.W.T daripada beratnya cubaan dan dugaan, tertimpa kesulitan, buruknya takdir, serta cemuhan daripada musuh.( HR Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 17-18Yang bermaksud,Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah manusia berbuat yang maruf dan cegahlah (mereka) daripada ynag mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu,termasuk perkara yang penting.Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Doa seseorang tiu, akan selalu dikabulkan selama ia tidak terburu-buru, di mana ia mengucapkan Saya telah berdoa kepada tuhan, tetapi Tuhan tidak memperkenankan doa saya.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Sajadah: ayat 7-9Yang bermaksud,Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunan daripada seripati air yang hina(air mani). Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pndengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Perumpamaan orang yang berzikir (ingat) kepada Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir (tidak ingat) kepada Tuhannya adalah bagaikan perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang mati.( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 12Yang bermaksud,Dan sesungguhnya, Kami telah hikmah kebijaksanaan kepada Luqman, iaitu: Bersyukurlah kepada Allah , maka sesungguhnya dia bersyukur untuk diri sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a berkata :Rasulullah S.A.W selalu berzikir kepada Allah S.W.T pada setiap saat( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Faathir : ayat 5Yang bermaksud,Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang membacakan satu kali selawat untukku maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya. ( HR. Imam Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 54Yang bermaksud,Jika kamu menyatakan sesuatu atau menyembunyikan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang melihat aku dalam mimpi, maka seakan-akan ia benar-benar melihat aku dalam waktu jaga kerana syaitan tidak dapat menyerupai aku.(HR. Imam Bukhari & Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Shaffat : ayat 104-109Yang bermaksud,Lalu Kami panggil dia Wahai Ibrahim! Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik.Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Dan Kami abadikan untuk Ibrahim a.s (pujian) dikalangan orang yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim a.s

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kamu sekalian bersepi-sepian dengan seorang perempuan kecuali dengan muhrimnya.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Humazah : ayat 1-4Yang bermaksud,Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungkannya. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang meninggalkan solat asas maka terputuslah amal kebaikannya.( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Yassin : ayat 36Yang bermaksud,Maha Suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang tidak mereka ketahui.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dunia ini merupaka penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir.( HR. Imam Muslim)

Firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zumar: ayat 6Yang bermaksud,Dia menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam) kemudian daripadanya Dia jadikan pasangannya dan Dia menurrunkanlapan pasang haiwan ternakan untukmu.Diamenjadikan kamu dalam perut ibumu kejadin demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang berbuat demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia, maka mengapa kamu dapat dipalingkan?.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Mintalah petunjuk daripada orang yang berakal, maka kamu akan memperolehi petunjukdan janganlah kamu menyalahinya agar kamu tidak menyesal ( HR. Imam Al-Khatib )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 264Yang bermaksud,Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesungguhnya Allah S.W.T pemaaf yang mana Dia suka memaafkan ( HR. Imam Al-Hakim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 172Yang bermaksud,Wahai orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu sembah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama kami ini yang tidak ada dasar daripadanya, maka itu tertolak.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Shaffat : ayat 63-66Yang bermaksud,Sesungguhnya Kami menjadikannya (Pohon Zaqqum) sebagai azab bagi orang zalim.Sesungguhnya itu adalah pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian daripadanya (buah pohon itu) dan mereka memenuhi perutnya dengan buah (Zaqqum).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang memaafkan orang yang mahu membunuhnya, nescaya ia akan masuk syurga.( HR. Imam Ibnu Mandih )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa : ayat 40Yang bermaksud,Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan (walaupun sekecil zarah), nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang memaafkan daripada membunuh balas, ia tidak akan mendapat pahala melainkan syurga.( HR. Imam Al-Khatib )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal: ayat 21Yang bermaksud,Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (munafik) yang berkata: Kami mendengar, padahal mereka tidak mendengar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila seseorang telah berkata kepada orang lain, kemudian menoleh maka pembicaraannya itu adalah amanat.(HR. Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Araf : ayat 25Yang bermaksud,Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sesiapa yang memaafkan ketika ia berkuasa membalasnya, nescaya Allah memaafkannya pada Hari Kiamat.( HR. Tabrani )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maaidah : ayat 9Yang bermaksud,Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh, (bahawa) untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Percayakanlah agamamu, amanahmu dan segala hasil pekerjaanmu kepada Allah. ( HR. Imam Tirmizi )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 208 - 209Yang bermaksud,Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nhyata bagi kamu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang di malam hari dan berpuasa di siang hari.( HR. Imam Abu Daud )Firman Allah S.W.T dalam surah Taha : ayat 132Yang bermaksud,Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Doa orang mazlum (teraniaya) terkabul. Jika ia orang derhaka, dosa kederhakaan dipukul olehnya sendiri.( HR. Imam Ahmad )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : ayat 207Yang bermaksud,Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Sabar itu sebahagian daripada iman dan yakin memenuhi iman kesemuanya.(HR. Imam Abu Naim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus : ayat 6Yang bermaksud,Sesungguhnya, pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaaNya) bagi orang yang bertaqwa.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda :Apabila lalat jatuh ke dalam minuman slah seorang di antara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain, terdapat ubat atau penawar. ( HR. Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Taubah : ayat 119Yang bermaksud,Wahai orang yang beriman! Bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Wahai kaum wanita! , bersedekahlah dan perbanyakkanlah beristigfar kerana aku melihat kalian adalah kaum yang paling banyak menghuni neraka. ( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran : ayat 169Yang bermaksud,Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :Baginda telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. ( HR. Imam Al-Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zumar : ayat 22Yang bermaksud,Maka apakah orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam itu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan taat pada suami, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana-manapun yang engkau suka ( HR. Ibnu Hibban )

Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat : ayat 18-20Yang bermaksud,Dan Kami selamatkan orang yang beriman keranamereka adalah orang yang bertaqwa.Dan ingatlah pada hari (ketika) musuh-musuh Allah diiring ke neraka, lalu mereka dipisah-pisahkan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan, dan kulit mereka menjadisaksiterhadap apa yang telah mereka lakukan.

Hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a Rasulullah s.a.w bersabda :Wahai Ali!, ada tiga perkara yang jangan kamu tunda-tunda perlaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, kedua jenazah apabila sudah siap penguburannya dan ketiga wanita bila bertemu dengan lelaki sepadan yang datang meminangnya. ( HR. Imam Ahmad )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Taubah : ayat 116Yang bermaksud,Sesungguhnya kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Anak Adam (manusia) menjadi dewasa bersamaan dengan matangnya dua sifat yang ada pada dirinya, iaitu tamak dan harapan yang tiada habis-habisnya ( HR. Imam Bukhari )

Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus : ayat 106Yang bermaksud,Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah kerana jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk di kalangan orang yang zalim.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Berkatnya makanan terletak pada wudhuk sebelum dan sesudah makan. ( HR. Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa : ayat 78Yang bermaksud,Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai galap malam dan ( dirikanlah pula solat ) subuh.Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :Jangan sekali-kali kalian beriri hati kerana iri hati menghapuskan kebajikan seperti api menghapuskan kayu bakar.( HR. Imam Abu Daud )

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qashash : ayat 83Yang bermaksud,Negeri akhirat (kebahagiaan dan kenikmatan) itu, kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudaahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.( HR. Imam Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman : ayat 33Yang bermaksud,Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhamu dantakutilah suatu hariyang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikitpu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan duniamemperdayakan kam,dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamudalam (mentaati) Allah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Amru bin Umayyah r.a katanya :Beliau melihat Rasulullah s.a.w menghiris daging paha kambing lalu memakannya, kemudian mendirikan sembahyang tanpa berwudhu.( HR. Imam Bukhari & Muslim )

Firman Allah S.W.T dalam surah Faathir : ayat 3Yang bermaksud,Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?

Daripada Al-Aghar bin Yasar al-Muzany r.a.., Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Wahai sekalian manusi, bertaubatlah kamu sekalian kepadaAllah dan mohonla ampun kepada-Nyakerana sesungguhnya aku bertaubat 100 kali setiap hari( HR. Imam Muslim )

Allah S.W.T berfirman di dalam surah Faathir : ayat 10Yang bermaksud,Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu semuanya, Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merancang kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rancangan mereka akan hancur.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakana, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari( HR. Imam Muslim )Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Seorang suami peminpin untuk keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang ibu pemimpin dalam rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya( HR. Imam Muslim )

Daripada Ibnu Masud r.a..,Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Tidak digalakkan adanyaperasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan; iaitu keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya dan keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.( HR. Imam Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi )

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Tidak harus bagi orang Muslim menghendap ke lubang sebuah rumah sehingga dia meminta izin. Jika dia telah melihat beerti dia telah masuk( HR. Imam Al-Bukhari )

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda :Yang bermaksud,Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang melakukan perbuatan itu semasa ia berkadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadkan orang yang dirompakitu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan semourna imannya.( HR. Imam Al-Bukhari dan Muslim )

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang melihat dalamkalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasanya). Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lidahnya. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.( HR. Imam Al-Bukhari dan Muslim )

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Hati-hatilah kalian dengan prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah percakapan yang paling bohong.( HR. Imam Al-Bukhari )

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Sebaik-baik senjata orang mukmin ialah bersabar dan berdoa.( HR. Imam Al-Dailami )