10
KONSEP WILCOXON TEST Ujian Wilcoxon signed-rank test atau Wilcoxon Test dibentuk oleh Frank Wilcoxon pada tahun 1945. Ujian ini setara dengan ujian-t sampel bersandar bagi ujian parametrik.Namun, ujian ini merupakan ujian bukan parametrik yang melibatkan pengukuran berulang. Pengukuran berulang ialah: a. Dua kumpulan yang berkongsi ciri yang sama dan dua set data b. pengukuran sebelum dan selepas daripada sampel yang sama (Talib O. , 2013) Syarat bagi Ujian Wilcoxon: a. Data ordinal boleh diperingkatkan (ranking) b. Sampel mesti ada kaitan c. Ia mesti dibuat untuk menentukan kedudukan perbezaan antara kedua- dua sampel. d. data tidak bertaburan normal Langkah-langkah dalam Wilcoxon Test: 1. Tentukan data bertaburan tidak normal? 2. Tentukan sampel berkaitan? 3. Bina hipotesis H0: Md = 0 H0: Md 0 H1: Md 0 H1: Md > 0 4. Tentukan nilai alpha, . α 5. Kira ujian statistik, T. Kira perbezaan antara data yang berkaitan itu (d). Susunkan (ranking) perbezaan tersebut (abaikan tanda atau +) dan abaikan pasangan/subjek yang bernilai 0. Jika ada nilai d yang sama, tambahkan kedudukan ranking tersebut dan bahagikan dengan jumlah ranking yang sama itu. two -tailed one -tailed

Wilcoxon

Embed Size (px)

DESCRIPTION

wilcoxon

Citation preview

Page 1: Wilcoxon

KONSEP WILCOXON TEST

Ujian Wilcoxon signed-rank test atau Wilcoxon Test dibentuk oleh Frank Wilcoxon pada tahun

1945. Ujian ini setara dengan ujian-t sampel bersandar bagi ujian parametrik.Namun, ujian ini

merupakan ujian bukan parametrik yang melibatkan pengukuran berulang. Pengukuran berulang

ialah:

a. Dua kumpulan yang berkongsi ciri yang sama dan dua set data

b. pengukuran sebelum dan selepas daripada sampel yang sama

(Talib O. , 2013)

Syarat bagi Ujian Wilcoxon:

a. Data ordinal – boleh diperingkatkan (ranking)

b. Sampel mesti ada kaitan

c. Ia mesti dibuat untuk menentukan kedudukan perbezaan antara kedua-dua sampel.

d. data tidak bertaburan normal

Langkah-langkah dalam Wilcoxon Test:

1. Tentukan data – bertaburan tidak normal?

2. Tentukan sampel – berkaitan?

3. Bina hipotesis

H0: Md = 0 H0: Md ≤ 0

H1: Md ≠ 0 H1: Md > 0

4. Tentukan nilai alpha, α.

5. Kira ujian statistik, T.

Kira perbezaan antara data yang berkaitan itu (d).

Susunkan (ranking) perbezaan tersebut (abaikan tanda – atau +) dan abaikan

pasangan/subjek yang bernilai 0.

Jika ada nilai d yang sama, tambahkan kedudukan ranking tersebut dan bahagikan

dengan jumlah ranking yang sama itu.

two -tailed one -tailed

Page 2: Wilcoxon

Contoh:

d Ranking asal Ranking baru

3 8 8

1 1 2.5

0 - -

-2 5 6

1 2 2.5

1 3 2.5

1 4 2.5

-5 9 9

2 6 6

2 7 6

o bagi d=1, terdapat 4 sampel yang sama. Jadi,

o Rbaru = n1+n2+n3+n4 → Rbaru = 1+2+3+4 → = 2.5

jumlah n yang sama 4

o bagi d= 2, terdapat 3 sampel yang sama. Jadi,

o Rbaru = n5+n6+n7 → Rbaru = 5+6+7 → = 6

jumlah n yang sama 3

Page 3: Wilcoxon

Asingkan antara ranking yang bertanda – (R-) dengan yang bertanda (R+).

d Ranking asal Ranking baru R+ R-

3 8 8 8

1 1 2.5 2.5

0 - -

-2 5 6 6

1 2 2.5 2.5

1 3 2.5 2.5

1 4 2.5 2.5

-5 9 9 9

2 6 6 6

2 7 6 6

∑R+ =30 ∑R- =15

Jumlahkan kolum R+ dan R-. Bandingkan mana yang lebih kecil, kolum R+ atau R-,

itulah nilai Wilcoxon T (Tcal)

6. Tentukan nilai kritikal T (Tcrit) berdasarkan Jadual Nilai Kritikal Wilcoxon Test. Untuk

menentukan saiz sampel, ia bergantung kepada jumlah sampel yang mempunyai

perbezaan (d) sahaja. Jika d bagi sampel itu ialah 0, maka ia perlu diabaikan dari jumlah

keseluruhan sampel.

7. Bandingkan Tcrit dengan Tvalue – buat kesimpulan:

Tcal > Tcrit , maka Ho diterima.

Tcal < Tcrit , maka Ho ditolak.

pilih R- sebagai nilai T kerana lebih kecil dari R+

Page 4: Wilcoxon

KAJIAN KES

KESAN PENGGUNAAN JigPuNo’ TERHADAP PENGUASAAN MENGENAL

NOMBOR 1-5 ‘BAGI MURID LEMAH PEMBELAJARAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana intervensi penggunaan alat Jigsaw

Puzzle Nombor (JigPuNo) dapat membantu murid lemah pembelajaran dalam meningkatkan

penguasaan mengenal nombor 1 hingga 5. Kajian dijalankan dengan mengadaptasikan model

Stephen Kemmis & McTaggart (1988). Sampel kajian merupakan 8 orang murid Program

Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SJKC Chong Hwa Rengit yang terdiri daripada pelbagai

masalah pembelajaran. Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, ujian pra dan pasca,

temubual, dan analisis dokumen. Keberkesanan pengunaan alat ‘JigPuNo’ dalam membantu

sampel kajian mengenal pasti nombor dibuktikan menerusi analisis dokumen dan pemerhatian

dalam bentuk senarai semak sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ujian pra dan pasca

dijalankan untuk menganalisis peningkatan pencapaian murid dalam mengenal pasti nombor 1

hingga 5. Sesi temu bual bersama dengan guru yang dijalankan menunjukkan bahawa berlakunya

peningkatan terhadap penguasaan mengenal nombor oleh responden. Analisis data dilakukan

menggunakan SPSS dan pengiraan manual menggunakan ujian Wilcoxon digunakan untuk

menentukan keberkesanan ‘JigPuNo’ dalam penguasaan mengenal nilai nombor 1 hingga 5 .

Dapatan menunjukkan bahawa responden mencatatkan peningkatan markah dalam pencapaian

mereka. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan alat ‘JigPuNo’

berjaya untuk meningkatkan penguasaan mengenal nilai nombor 1 hingga 5 bagi murid

bermasalah pembelajaran.

PENGENALAN

Belajar sambil bermain adalah salah satu kaedah mengajar di samping kaedah-kaedah

yang lain seperti sumbangsaran, main peranan, perbincangan, demonstrasi dan sebagainya.

Page 5: Wilcoxon

Permainan boleh diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran untuk meningkatkan minat dan

motivasi kanak-kanak serta usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran. Sigmun

Freud ( 1968 ) seperti yang dinyatakan oleh Zuhairah Mahmud (2014), beliau memandang main

sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan

melepaskan tindakan dalam dunia khayalan. Maka, bermain memainkan peranan yang penting

dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962)

yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak

di samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalamsuasan yang

tenang.Tokoh psikologi terkenal iaitu Lev Vygotsky (1967) dalam Zuhairah Mahmud (2014)

juga menyatakan bahawa bermain membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Ia juga akan

membantu dalam pembentukan struktur otak melalui penggunaan simbol dan

alat. Bermain juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam

menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan

menyesuaikannya dalam dunia sebenar.

Selain daripada pandangan pengkaji-pengkaji barat, tokoh psikologi Islam iaitu Al-

Ghazali juga menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain. Bermain

penting menurut Al-Ghazali (1988) dalam Santrock, J.W. (2006) kerana ia berupaya merehatkan

fizikal dan minda daripada keletihan yang dialami di sekolah. Menurutnya lagi, sekiranya kanak-

kanak dilarang bermain dan hanya dipaksa belajar, ini akan mematikan hatinya, melemahkan

otaknya dan kecerdasannya akan terjejas.

Konsep belajar sambil bermain sangat sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar

pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan yang

menghalang mereka untuk belajar. Menurut laman web Pemulihan Dalam Komuniti iaitu sebuah

program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan ciri-ciri pelajar

bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti kurang bermotivasi untuk

belajar, sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut

arahan dan sebagainya. Justeru, melalui bermain, ia diharap dapat mengekalkan fokus dan minat

murid-murid ini untuk meneruskan pembelajaran. Salah satu cara yang popular dalam kaedah

bermain ini ialah jigsaw puzzle.

Page 6: Wilcoxon

Permainan jigsaw puzzle merupakan salah satu usaha untuk membantu murid-murid ini

menguasai konsep nombor 1 hingga 5. Melalui permainan jigsaw puzzle, secara tidak langsung

akan membantu kanak-kanak memahami konsep nombor dengan mudah. Menurut Mazlan

M.I.M et.al (2014) kebosanan kanak-kanak akan dapat dikurangkan dan penumpuan akan dapat

ditingkatkan. Ini kerana kanak-kanak tidak hanya menggunakan deria pendengaran sahaja

malahan deria penglihatan dan sentuhan juga turut digunakan sewaktu permainan jigsaw puzzle

ini dijalankan. Ia dapat melatih koordinasi mata dan tangan dengan meransang motor halus

murid-murid kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yang

betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan-kepingan kecil

puzzle, meningkatkan pengetahuan tentang bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan

bentuk-bentuk puzzle serta melatih kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah.

Dengan adanya permainan jigsaw puzzle ini, diharapkan dapat membantu kanak-kanak

bagi menguasai kefahaman dalam konsep awal matematik dan sekali gus mengurangkan

peratusan kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran numerasi dalam program Literasi dan

Numerasi (LINUS) yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian akademik di

antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

PERSOALAN KAJIAN

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan dalam pencapaian murid-

murid untuk mengenal nombor 1 hingga 5 sekiranya mereka menggunakan ‘JigPuNo’.

Page 7: Wilcoxon

HIPOTESIS KAJIAN

H0: Tiada perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian murid-murid

untuk mengenal nombor 1 hingga 5 selepas penggunaan ‘JigPuNo’

H1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian murid- murid

untuk mengenal nombor 1 hingga 5 selepas penggunaan ‘JigPuNo’

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuasi-eksperimen. Menurut Amini (2000), bagi kajian

menggunakan kuasi-eksperimen, reka bentuk kajiannya adalah mengikut kesesuaian . Ini kerana

kesan campur tangan dan pemboleh ubah seperti kebimbangan, keletihan, kelaparan, kesakitan

terhadap pencapaian akademik pelajar, tidak boleh dikawal oleh penyelidik (Ihiegbulem, 2000).

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di SJKC Chong Hwa Rengit, Batu Pahat, Ia merupakan sekolah harian

biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran.

SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian adalah terdiri daripada 8 orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi

( PPKI ) SJKC Chong Hwa Rengit sesi 2015 .

PROSEDUR KAJIAN

Page 8: Wilcoxon

Temubual diadakan bersama-sama guru yang mengajar mata pelajaran Matematik untuk

mengenalpasti murid yang lemah dalam mengenal nombor 1 hingga 5 dan seramai 8 orang

murid menghadapi masalah tersebut. Murid juga diperhatikan secara langsung untuk melihat cara

mereka belajar. Selepas temubual dan pemerhatian dijalankan, mereka akan diberi satu set ujian

pra (pre-test) mengenal nombor 1-5 sebelum eksperimen dijalankan. Ujian tersebut merangkumi

ujian menyebut nombor, mengenal nombor dan menulis nombor. Semasa proses intervensi

dijalankan, ‘JigPuNo’ digunakan sebagai bahan bantu belajar untuk murid belajar sambil

bermain. Selepas 2 minggu, ujian pasca (post-test) akan diberikan untuk dibandingkan dengan

keputusan ujian pra. Set soalan adalah sama antara ujian pra dengan ujian pasca.

PENGUMPULAN DATA

Data untuk kajian ini dikumpulkan daripada ujian pra dan ujian pasca yang diberi kepada murid

yang lemah mengenal nombor 1-5. Markah keputusan ujian ini dijadikan data mentah bagi kajian

ini.

ANALISIS DATA

Analisis data melibatkan penggunaan ujian Wilcoxon memandangkan ia melibatkan pengukuran

sebelum dan selepas daripada sampel yang sama. Di samping itu, data bertaburan tidak normal.

Dalam kajian ini, 8 orang murid yang sama telah menjalani 2 set ujian, iaitu ujian pra dan ujian

pasca. Analisis data bagi kajian ini menggunakan SPSS dan pengiraan Wilcoxon secara manual.

Page 9: Wilcoxon

DAPATAN KAJIAN

NAMA

MURID

Skor Ujian Pra Skor Ujian Pasca

menyebut

nombor

mengenal

nombor

menulis

nombor

Jumlah

(%)

menyebut

nombor

mengenal

nombor

menulis

nombor

Jumlah

(%)

J.Y. Ong 3/5 2/5 1/5 0.40 5/5 3/5 3/5 0.73

Ainaa Zulfa 2/5 1/5 1/5 0.27 2/5 1/5 1/5 0.27

J.H. Koh 4/5 3/5 2/5 0.60 5/5 4/5 4/5 0.87

C.K. Tan 4/5 3/5 5/5 0.80 5/5 5/5 5/5 1.0

V.H. Tay 3/5 0/5 2/5 0.33 3/5 3/5 4/5 0.67

R.P. Tan 2/5 1/5 2/5 0.33 5/5 3/5 4/5 0.80

J.Q. Yeo 2/5 2/5 1/5 0.33 2/5 2/5 1/5 0.33

J.T.Tan 4/5 3/5 0/5 0.47 5/5 5/5 2/5 0.80