16

Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

  • Upload
    vutram

  • View
    244

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali
Page 2: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

WacanaWacanaKetua EditorKetua EditorEditorialAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sambutan Aidilfitri peringkat universiti membuka lembaran Persada kali ini. Antara lain acara tahunan bagi penghuni UNIMAS ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim staf pelbagai kaum di UNIMAS. Sebagai pemanis penutupan tirai tahun 2009, UNIMAS sesungguhnya mampu berbangga apabila hasil penyelidikan penyelidik UNIMAS mendapat pengiktirafan dan anugerah pada pertandingan peringkat nasional baru-baru ini, malah berjaya merangkul antara anugerah tertinggi dalam pertandingan APICTA 2009 dan PECIPTA 2009. Disamping itu, tahniah buat Yg Bbhg Tan Sri Bujang Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS yang telah dianugerahkan Tokoh Kemerdekaan 2009 diatas sumbangan dan jasa beliau kepada negara. Kami sebagai warga UNIMAS sesungguhnya turut merasa bangga.

Pelbagai peristiwa mewarnai kampus UNIMAS sepanjang suku akhir tahun 2009. Penganjuran Syarahan Perdana berlangsung untuk meraikan kepakaran staf akademik UNIMAS yang bergelar Profesor. Acara ini telah berjaya mengumpul seluruh warga UNIMAS dari pelbagai fakulti. Minggu Seni Budaya dan Warisan serta Home Concert III anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif tampil memberi nafas segar dengan persembahan hasil seni pelajar dan pendidik di UNIMAS. Disamping itu, penganjuran Larian Kesihatan juga dianjurkan untuk menyemarakkan kesedaran tentang pentingnya amalan hidup yang aktif dalam kalangan warga kampus. Semoga tahun yang mendatang akan membawa lebih keberkatan.

Selamat Tahun Baru 2010

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

Sidang EditorialRabiah Bujang

Norinda K. Su’utSarena Haidir

Erwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohamad

EdaranRoderick Rojis

SumbanganCanselori

Fakulti Sains Kognitif & PembangunanSumber Manusia

Fakulti Sains Komputer &Teknologi Maklumat

Fakulti Sains & Teknologi SumberBahagian Hal Ehwal Pelajar

Unit SukanMASNITA

Kesatuan Kakitangan Am UNIMAS(KESAUMAS)

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5Bangunan CAUH

Universiti Malaysia Sarawak

Mutiara Kata

“Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak

akan kembali”

“Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang

baik”

“Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya

dengan iman dan rasa aman ketenangan”

Page 3: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 2009 3

Sembilan belas gerai juadah raya telah menyerikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri UNIMAS 2009 yang

berlangsung di laman seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS. Selain pelbagai jenis juadah raya seperti kuih muih, masakan, buah-buahan, minuman dan sebagainya, para tetamu turut disajikan dengan dekorasi gerai yang cantik dan kreatif. Dalam ucapan perasmian beliau, Naib Canselor UNIMAS, Ybhg Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, telah melahirkan rasa bangga beliau dengan komitmen yang ditonjolkan oleh warga UNIMAS dalam menjayakan majlis ini. Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terharu dengan pencapaian ahli akademik UNIMAS yang telah memenangi pelbagai pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.“Walaupun UNIMAS bukanlah sebuah universiti penyelidikan tetapi kita telah berjaya menunjukkan bahawa warga UNIMAS juga boleh berjaya dalam penyelidikan sepertimana universiti lain di Malaysia,” katanya. Beliau turut berharap agar kerjasama di kalangan lebih 2000 orang kakitangan UNIMAS terus terjalin dalam usaha mencapai visi dan misi UNIMAS yang lebih cemerlang di masa akan datang. Tegas beliau diharap Majlis seumpama itu boleh membantu mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warga UNIMAS serta memupuk semangat kekeluargaan yang lebih erat. Dalam pada itu, antara aktiviti menarik yang telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut adalah pertandingan gerai terbaik yang dimenangi oleh Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif (FSGK), pertandingan minum air, menganyam ketupat dan persembahan nyanyian.

Majlis ramah tamah AidilfitriUNIMAS 2009 meriah

Page 4: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 20094

‘The Augmented Reality Group’ yang diketuai oleh Dr Edmund Ng dari UNIMAS telah membawa pulang Anugerah Industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Asia Pasifik 2009 (APICTA) menerusi kemenangan dalam kategori Penggunaan Komunikasi Terbaik. Anugerah berprestij tersebut

UNIMAS Rangkul Anugerah ICT APICTA 2009adalah bertujuan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu, syarikat mahupun organisasi yang berjaya menghasilkan penyelesaian ICT terbaik dengan penggunaan kreatif dalam teknologi maklumat.

Hadir menyampaikan anugerah tersebut pada Majlis Makan Malam Gala anjuran Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili. Ini merupakan kemenangan yang ketiga berturut-turut bagi kumpulan tersebut yang akan mewakili Malaysia untuk Anugerah APICTA Antarabangsa yang diadakan di Melbourne, Australia pada 14-17 Disember 2009.

‘The Augmented Reality Group’ adalah dianggotai oleh Dr. Shahren Ahmad Zaidi Adruce selaku Penasihat Projek, Dr. Edmund Ng Giap Weng, Ketua Projek, Amalia Madihie, Chen Po Ling, Angeline Lee Ling Sing, Amy Tiong Siaw Wei, Allen Choong Chieng Hoon, Chew Chee Young dan Md. Abdullah-Al-Jubair.

Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Amar Haji

Bujang Mohamed Nor merupakan antara sepuluh individu yang terpilih menerima anugerah Tokoh Kemerdekaan bagi tahun 2009. Antara penerima lain ialah tokoh sejarah terkemuka negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr Hassan Ahmad, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr

PengerusiLembaga Pengarah UNIMASterima AnugerahTokoh Kemerdekaan 2009

Dalam pembentangna beliau semasa Simposium Sago Asian

yang pertama, Prof Dr Kopli Bujang telah menerangkan bagaimana beliau menghasilkan gula daripada hampas sagu.Prof Kopli turut memberitahu hasil dari penyelidikan mendapati sekilogram sagu boleh menghasilkan sekilogram serbuk gula dan jika berjaya, ia juga membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan gula dan pencemaran alam sekitar. Pihak UNIMAS akan mengadakan perbincangan dengan sebuah kilang di Kedah yang mempunyai pengalaman menukar gula cecair kepada gula kristal. Simposium yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Bujang Mohd. Nor, merupakan anjuran bersama UNIMAS dengan Agensi Nuklear Malaysia, Universitas Mulawarman Samarinda dan Universiti Agrikultur Bogor (Indonesia) dan New Century Fermentation Research, Jepun.

HampasSaguhasilkan gula

Sivamurugan Pandian dan Pengarah Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Zaiton Othman.Majlis penyampaian sijil dan cenderamata telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sambutan Hari Malaysia bertempat di Padang Merdeka, Kuching. Kriteria pemilihan bagi sepuluh tokoh kemerdekaan ini adalah berdasarkan kepada sumbangan mereka ke arah pembentukan Malaysia selama ini serta telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang sebelum dan selepas pembentukan Malaysia. Tiga lagi Tokoh Kemerdekaan dari Sarawak yang lain ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen Serian, Datuk Seri Dominic Dagok Randen dan wanita pertama dilantik Anggota Majlis Negeri Sarawak, Datuk Seri Tra Zehnder @ Philomena Tra Jemat.

Anugerah & Inovasi

Page 5: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 2009 5

Rekaan Flexi-Jacket:Practical Jacket for Recreational Activities (Flexi-Jacket), membawa tuah kepada pensyarah UNIMAS, Cik Norhayati Suleiman, apabila

rekaannya memenangi pingat emas dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA 09). Norhayati yang merupakan seorang pensyarah dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Jabatan Teknologi Rekaan Tekstil dan Fesyen, menerima anugerah tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada bulan Oktober 2009. Kemenangan itu adalah kejayaan bersama beliau dengan Dr Nazlina Shaari, Analiza Suria Mohd Yusof dan warga UNIMAS yang lain.Flexi-Jacket merupakan produk 3+1 iaitu beg, jaket hujan dan khemah yang sesuai digunakan untuk mereka yang suka aktiviti lasak seperti mengembara, masuk hutan dan memancing.Menurut Norhayati, idea untuk mencipta Flexi-Jacket tercetus apabila seringkali membaca berita mengenai kes individu atau kumpulan yang sesat di dalam hutan serta mendengar aduan dari penuntut UNIMAS yang terpaksa memikul beg berat semasa menyertai aktiviti lasak. “Pada awalnya memang sukar untuk

Flexi-Jacket kaut emas buat UNIMAS

Anugerah PECIPTA 2009

Tujuh rekabentuk kereta yang menggunakan kuasa elektrik hasil

ciptaan Pelajar Tahun Dua dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, telah dipamerkan kepada para media pada 16 Okt 2009. Rekabentuk kereta elektrik yang terbaik akan dipilih untuk dikemukakan ke Kementerian Sains, Teknologi dan

Penuntut UNIMASReka Model Kereta Mesra Alam

Inovasi Malaysia (MOSTI) bagi mendapat kelulusan geran. Antara model rekaan kereta yang b e r k o n s e p k a n mesra alam itu ialah model My EV, Shark Ev, Uecar, Evos, Elektrik Go Cart, Compact EV

dan Cog Zio. Bercakap kepada pemberita semasa majlis memperkenalkan model kereta kepada media, Pensyarah Kanan FSGK UNIMAS, Dr Saiful Bahari Mohd Yusof berkata, reka bentuk kereta yang dihasilkan adalah merupakan prasyarat kepada wajib kursus dan ia mengambil masa selama dua hingga empat bulan

untuk disiapkan.Pihaknya telah mendapat geran sebanyak RM15,000 setahun dari UNIMAS bagi tujuan menghasilkan reka cipta berskala 1:3. Beliau berharap dapat memperolehi geran daripada MOSTI bagi menghasilkan rekabentuk prototaip yang mana ia memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000. Sementara itu, Timbalan Dekan FSGK, Prof Madya Dr Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman turut memberitahu adalah menjadi fokus utama UNIMAS untuk melahirkan pelajar yang mempunyai nilai tambah tinggi. Oleh itu, kemampuan pelajar UNIMAS dalam menghasilkan kereta elektrik tersebut, adalah setanding dengan kemampuan pelajar universiti tempatan dan luar negara lain.

merealisasikan idea ini tetapi berkat kerjasama rakan-rakan dan penuntut UNIMAS, maka Flezi-Jacket telah dicipta.” tambah beliau lagi.

Page 6: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pelajar Tahun Tiga dari Program Kajian Komunikasi UNIMAS dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA) Sarawak telah mengadakan satu kempen makan buah yang bertemakan ‘Ju Makan Buah’ bertempat di Dataran Canselori. Tujuan kempen tersebut dianjurkan oleh penuntut berkenaan adalah sebagai salah satu pra-syarat kepada permarkahan bagi pengajian tahun akhir mereka dan bertujuan untuk menguji kefahaman dan kemahiran penuntut dalam mengaplikasikan pembelajaran yang telah diberikan. Kempen Makan Buah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman. Dalam ucapan perasmian beliau, Prof Madya Mohd Fadzil berharap agar kerjasama dengan pihak luar dapat diteruskan bukan sahaja menerusi program berkenaan, malah UNIMAS sentiasa membuka pintu untuk menjalinkan kerjasama dalam menganjurkan pelbagai aktiviti sosial mahupun kemasyarakatan.

Kempen Makan BuahDi UNIMAS

Pesada Jul - Sept 20096

Penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Institut Pengajian

Tinggi di UNIMAS sekali lagi telah menganjurkan program Sik Mok rasuah pada 3 Oktober 2009 Program Sik Mok Rasuah 2009 merupakan kesinambungan daripada program yang sama dianjurkan pada 2007/2008. Selain untuk menerapkan nilai anti rasuah, program itu juga bertujuan melahirkan siswa dan siswi UNIMAS sebagai contoh terbaik yang membawa mesej tentang isu rasuah

Sik Mok Rasuah :UNIMAS dapat pujian dari SPRM

Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (PPGM), UNIMAS telah diberi penghormatan untuk menjadi

tuan rumah pada Mesyuarat Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) IPTA Malaysia Ke-8 yang telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. Ishak bin Baba dari UTHM selaku Urusetia Majlis dan telah dihadiri oleh 24 orang ahli dan wakil dari IPTA tempatan termasuklah seorang wakil dari Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).Mesyuarat Kerjasama Ketua-ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) IPTA Malaysia ke-8 diadakan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme pensyarah secara berterusan dan seterusnya mengenalpasti amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran di dalam pelbagai disiplin. Melalui mesyuarat tersebut juga, diharap para ahli dapat mewujudkan perkongsian pintar dan strategik serta mengalakkan budaya penyelidikan dan penerbitan berkaitan pengajaran dan pembelajaran di antara semua IPT di dalam dan luar negara serta mewujudkan kumpulan pakar dalam pengajaran dan pembelajaran.

kepada masyarakat luar. Antara aktiviti yang diselitkan dalam program itu ialah konvoi berbasikal, larian antirasuah, explorasuah, pertandingan pidato, pertandingan sorakan, autograf sorakan, cabutan bertuah dan sebagainya.Dalam pada itu, Kolej Seroja telah dipilih menjadi juara keseluruhan diikuti oleh Kolej Tun Ahmad Zaidi, bagi tempat kedua dan Kolej Allamanda, untuk tempat ketiga.

PPGM UNIMAStuan rumahPDP IPTA Malaysia Ke-8

Sekitar Kampus

Page 7: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 2009 7

Seramai 16 pelajar Tadika UNIMAS berusia 6 tahun telah menerima

sijil graduasi masing-masing pada hari ‘pengijazahan’ mereka yang berlangsung di Panggung Eksperimen, Kampus Timur, UNIMAS.Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Yang DiPertua MASNITA, Puan Dayang Mariani Abg Zain. Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Dr Shahren Ahmad Zaidi, dalam ucapan aluannya pada majlis yang sama berharap kejayaan kanak-kanak tabika UNIMAS ini dapat menjadi pendorong kepada ibubapa lain untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pelajaran tabika di UNIMAS. Katanya, pelajaran bagi kanak-kanak tabika perlu dititikberat dengan mengambil kira pendekatan pembelajaran yang terbaik bagi memudahkan mereka memahami pelajaran apabila melangkah ke sekolah rendah.Pada majlis tersebut, para ibubapa dan hadirin, turut dihiburkan dengan gelagat kanak-kanak tabika dari tahun 4 hingga tahun 6, dalam persembahan tarian, nyanyian dan lakonan yang mencuit hati. Turut diadakan ialah majlis penyampaian cenderahati kepada pelajar berusia 4 dan 5 tahun tabika UNIMAS.

Pelajar Tabika UNIMAS Terima Sijil

Bidang pustakawan harus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan tidak

hanya kaku dengan peranan tradisional sahaja. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang mewakili Naib Canselor, Prof. Dr. Fatimah Abang berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Forum Kepustakawan 2009 yang diadakan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS. Beliau berkata, penggunaan teknologi elektronik terkini seperti e-buku, e-jurnal, e-artikel dan sebagainya perlu diadaptasi sebagai perubahan baru yang baik di dalam bidang kepustakaan.Forum yang disertai oleh seramai 68 orang peserta yang mewakili Institut dan Universiti di negeri ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR). Tema forum pada kali ini ialah ‘Memperkasakan perpustakaan melalui anjakan paradigma di kalangan pustakawan dan pengurus maklumat’. Forum anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR) itu diadakan bertujuan untuk membincang dan memikirkan peranan pustakawan dan pengurus maklumat ke arah anjakan paradigma melalui percambahan idea dan ilmu baru.Dan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi peranannya, PKMA telah menganjurkan Majlis Randau Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) bersama Fakulti dan Hari Bersama Pelanggan, UNIMAS pada 17 Nov 2009. Turut menyaksikan pelancaran Stesen Menderma Buku atau ‘Book Donation Station’ (BDS). Majlis randau itu merupakan kali ketiga diadakan dengan tema kali ini bertajuk ‘PKMA menyokong aktiviti penyelidikan dan inovasi UNIMAS’. Sementara itu, objektif randau PKMA adalah untuk berkenalan dengan warga fakulti, mewar-warkan perkembangan perkhidmatan dan kemudahan disediakan oleh PKMA serta mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan daripada ahli fakulti.

PerananPustakawanperlu meluas

- Prof Dr Fatimah Abang

Kempen Pengemaskinian Manual Prosedur Kerja (MPK) telah

diadakan di UNIMAS pada 10-12 Oktober yang lalu. Kempen yang dianjurkan oleh Bahagian Jaminan Kualiti, Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia ini adalah untuk mempastikan MPK bagi setiap PTJ dikemaskini dan tersusun.Dalam ucapan perasmian beliau, Prof Dr Fatimah Abang, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) berharap kempen seperti itu dapat memberi pendedahan kepada semua mengenai kepentingan MPK dan Fail Meja (FM) yang tersusun dan terkini di dalam jabatan masing-masing. Dalam majlis yang sama turut diselitkan dengan aturcara ceramah yang bertajuk ‘Perlaksanaan dan Amalan

Kempen MPKdi UNIMAS

UNIMAS telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Program Kembara

Kepimpinan Pelajar IPT. Program yang disertai oleh hampir sembilan puluh pemimpin pelajar dari beberapa buah IPTA dan IPTS yang ada di negara ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat dan keupayaan kepimpinan serta kerjasama di kalangan peserta melalui pendedahan kepada pembangunan dan sosio budaya masyarakat setempat di negeri ini.Bertemakan slogan ‘Kembara Sarawak, Kenali Keindahan Bumi Kenyalang’ ,peserta telah dibawa mengembara di bahagian Kuching, Betong dan Mukah.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman, mewakili Naib Canselor UNIMAS. Dalam ucapan ringkasnya, Prof Madya Mohd Fadzil berharap peserta dapat menggunakan peluang tersebut untuk menjalinkan kerjasama dan saling bertukar-tukar pandangan dan idea sesama sendiri. Tambah beliau, bertepatan dengan seruan Perdana Menteri supaya rakyat mengamalkan prinsip 1 Malaysia adalah wajar program sebegitu dianjurkan terutama bagi golongan generasi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan meliputi taklimat dan pameran kepada pelajar sekolah menengah, mempelajari adat resam penduduk di Sarawak, aktiviti sukan air, melawat ke rumah panjang dan sebagainya.

UNIMASTuan RumahProgram Kembara KepimpinanPelajar IPT

PPGM UNIMAStuan rumahPDP IPTA Malaysia Ke-8

MPK di MAMPU Sarawak’ yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Bahagian Pengurusan dan Transformasi MAMPU Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui.

Page 8: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

SyarahanPerdana UNIMASPada 13 November lepas, UNIMAS telah menganjurkan satu Siri Syarahan Perdana yang bertajuk ‘Land Based Transport System:Related Issues & Improvement Strategies’, bertempat di Panggung Eksperimen Kampus Barat. Syarahan Perdana tersebut telah disampaikan oleh Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, iaitu Dekan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS.

Prof Dr Wan Hashim, merupakan lulusan Sarjana Kejuruteraan Sivil dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat pada tahun 1989. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat ‘Master of Science’ pada tahun 1991 dan peringkat Kedoktoran (PhD) di universiti yang sama. Beliau aktif dalam membuat penyelidikan dan setakat ini telah membentangkan lebih 40 buah kertas kerja, laporan untuk kerajaan dan swasta mengenai pembaikan sistem pengangkutan awam. Beliau juga telah menghasilkan lebih 150 buah hasil penulisan berbentuk jurnal, rencana dan bab di dalam buku kejuruteraan.

Dalam syarahan beliau, Prof Dr Wan Hashim menekankan tentang permasalahan sistem pengangkutan awam di Malaysia serta akan kepentingan bagi Malaysia untuk menggunapakai piawaian kejuruteraan trafik yang lebih efisyen dan terbaik.Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis Syarahan Perdana tersebut adalah sebahagian ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan Fakulti, Ahli Akademik dan warga UNIMAS lain. Dalam ucapan pembukaan beliau, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid turut menyampaikan rasa bangga beliau dengan pencapaian ahli akademik UNIMAS dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pesada Jul - Sept 20098

Page 9: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pembentukan modal insan merupakan salah satu agenda yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha melahirkan graduan seimbang sama ada dari aspek

intelektual mahupun sosial. Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid berkata, justeru itu proses pembentukan modal insan seharusnya dijalankan secara bersepadu oleh pelbagai pihak, khususnya di peringkat pengajian tinggi. Usaha berterusan adalah penting termasuk mewujudkan program sokongan bagi memberi ruang dan peluang kepada penuntut IPT membentuk jati, membina kemahiran dan keyakinan diri,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) bertempat di Laman FSGK, UNIMAS.Prof Dr Khairuddin turut menyuarakan rasa bangga dengan penganjuran program berkenaan dan berharap program itu dapat menjana kemampuan kemahiran insaniah setiap penuntut yang terlibat serta menjadi landasan kepada kefahaman dan menghormati kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini.Minggu Seni Budaya dan Warisan 2009 (MSBW) telah diadakan selama satu minggu bermula dari 3 hingga 9 Oktober 2009. Ia merupakan salah satu gelanggang kepada penuntut IPTA dan IPTS untuk bersama-sama menghargai kepelbagaian seni, budaya dan warisan masyarakat etnik di Sarawak amnya dan Malaysia khususnya.

MSBW TerapkanNilai MurniPenuntut IPTA/IPTS

Pesada Jul - Sept 2009 9

Panggung Eksperimental Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS bergema dengan alunan muzik indah dan gemalai

di dalam persembahan ‘Home Concert III’ yang dipersembahkan oleh penuntut program muzik tahun 1 dan 3. Konsert ini merupakan kali ketiga dianjurkan sejak ia mula diperkenalkan pada 16 November 2007, sebagai menguji kefahaman dan kemampuan ilmu teori dan praktikal penuntut program muzik selama ini.Seramai lebih 50 orang penuntut program muzik menjayakan konsert ini termasuk mendapat bimbingan dari para pensyarah UNIMAS sendiri.Apa yang membanggakan, konsert kali ini memuatkan persembahan lagu dan muzik yang digubah sendiri oleh penuntut, hasil dari ilmu teori dan praktikal yang diperolehi, meliputi kemahiran bermain alat muzik dan persembahan vokal. Hadir menyaksikan persembahan konsert itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman. Home Concert kali ini juga mempersembahkan dua jenis karya baru iaitu teater muzikal dan muzik filem (‘film scoring’) yang dipersembahkan secara langsung dan ia mencatat sejarah tersendiri kerana dalam bidang pengajian muzik, mahupun industri muzik tanahair, acara sedemikian belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Pada Home Concert akan datang, dijangka akan diadakan persembahan yang bersifat solo .

Home Concert IIIGegar Panggung FSGK

Seni & Budaya

Page 10: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

UNIMAS amat bertuah kerana telah terpilih sebagai gelanggang untuk Persidangan Pertama Biologi Amfibia di Wilayah Sunda, Asia Tenggara. Seramai 52 orang penyelidik dan penuntut serata dunia dari universiti dan agensi berkaitan dari negara luar seperti Indonesia, Jerman, Singapura Amerika Syarikat, Jepun dan lain-lain telah berkampung selama dua hari di sini bagi menjayakan persidangan tersebut.

Penyelidik Serata Dunia Berkampung Di UNIMASKehadiran para peserta telah dialukan dalam satu majlis perkenalan ringkas di Rumah Universiti, UNIMAS yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Fatimah Abang. Dalam ucapan beliau, Prof Dr Fatimah berkata persidangan itu merupakan peluang kepada para penyelidik terutama yang berkaitan dengan

biodervisiti tropikal untuk berkumpul dan

bergabung usaha serta idea dalam bidang berkenaan.Persidangan ini juga amat bertepatan dengan kehendak semasa yang memerlukan penyelidik memahami dan mencari idea bersama-sama. Prof Fatimah turut menambah, UNIMAS sememangnya sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang mahu mengadakan majlis secara bersama yang membawa kebaikan kepada alam sejagat seperti persidangan kali ini. Pada persidangan tersebut para peserta turut dibawa mengadakan lawatan ke Taman Negara Kubah, Matang.

Seramai 300 orang peserta terdiri dari penuntut di beberapa buah fakulti, pensyarah dan staf pengurusan fakulti UNIMAS telah menyertai seminar pasaran

modal Malaysia yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS dengan kerjasama Sarawak Investment Development Corporation atau SIDC. Seminar yang diadakan di CTF 1 UNIMAS itu membuka peluang kepada para peserta untuk lebih memahami arah aliran dan perkembangan pasaran modal terutama berkaitan cabaran dan implikasi di Pasaran Sekuriti Malaysia. Perkembangan pasaran modal, kemajuan ternologi serta inovasi yang mendadak membawa kepada kaedah yang sofistikated dalam melaksanakan urusniaga sekuriti dan persekitaran yang lebih meluas di mana pasaran modal beroperasi sekarang.

Seminar tersebut merangkumi perkara-perkara seperti peluang dan cabaran pasaran sekuriti, pembaharuan pasaran terkini, pelan induk pasaran modal dan rangka kerja pelaksanaannya serta aktiviti pengambilalihan di Malaysia. Pengerusi penganjur merangkap pensyarah kewangan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Encik Muhammad Abdullah Zaidel dalam ucapan

Seminar Pasaran Modal Malaysiapembukaannya percaya terdapat keperluan yang meningkat bagi pelajar jurusan ekonomi dan kewangan untuk sentiasa dimaklumkan mengenai isu-isu semasa yang menjadi topik utama dalam pasaran modal negara. Selain itu, beliau berharap seminar ini akan membantu memberi pengetahuan asas pasaran modal dari kacamata pengamal industri dan seterusnya membantu untuk memahami sistem pasaran modal secara keseluruhannya.

Dalam seminar tersebut, penganalis kanan, Bahagian Kajian Pasaran Modal MIMB Investment Bank, Kuala Lumpur, Mohd Nazri Khan Bin Adam telah berkongsi pengalaman beliau dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab pengawalseliaan, khususnya dalam hala tuju pembangunan, pembaharuan dan peluang-peluang dalam pasaran modal Negara. Seminar itu merupakan sebahagian daripada usaha pihak SIDC bagi memaklumkan penuntut IPTA yang merupakan bakal peserta pasaran dan para pelabur masa akan datang mengenai perkembangan dalam pasaran modal dan perubahan-perubahan dalam sekuriti di Malaysia.

Seminar

Pesada Jul - Sept 200910

Page 11: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

UNIMAS telah menganjurkan Persidangan Pemasaran Asia Pasifik 2009 selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Disember lepas dan telah disertai oleh 30 orang ilmuwan dalam bidang pemasaran luar negara seperti dari Abu Dhabi, Australia, Bangladesh, China, India dan sebagainya. Persidangan yang diadakan di Pusat Peranginan Damai itu telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Haji Abang Johari Tun Abang Haji Openg. Dalam ucapannya, Datuk Amar Haji Abang Johari berkata strategi pemasaran sedia ada perlu diperluas kepada cara yang berlainan sesuai dengan perubahan semasa seperti penggunaan teknologi maklumat (ICT) yang lebih telus dan menyeluruh. Beliau menambah, selain menerapkan ciri-ciri yang boleh diyakini, promosi pemasaran juga haruslah menampilkan tarikan kepada pelanggan.Naib Canselor UNIMAS, Prof.Dr. Khairuddin Ab.Hamid dalam ucapannya berharap persidangan tersebut akan menjadi gelanggang kepada para ilmuwan untuk berkongsi idea dan pendapat mereka di dalam bidang pemasaran. Menurutnya, dengan adanya stimulasi perbincangan dan rangkaian antara sesama peserta, pemasaran perniagaan yang lebih dinamik dan berkesan akan dapat dihasilkan. Sepanjang persidangan dijalankan, sebanyak 117 kertas kerja berkaitan bidang pemasaran telah dibentangkan. Dengan tema ‘Joining Forces Moving Ahead’, persidangan tersebut menekankan kepada topik pemasaran, isu komunikasi, tingkah laku pembeli, pengiklanan dan sebagainya.

PerluaskanStrategi Pemasaran :Datuk Amar Haji Abang Johari

Kaunselor Perhubungan Ekonomi, dari Kedutaan Amerika Syarikat

di Kuala-Lumpur, Encik Matt Matthews telah memberi ceramah ringkas bertajuk ‘Obamas’s Administration and Economy: Focusing on the bilateral economic relationship between Malaysia and the US’ bertempat di Pusat Khidmat maklumat Akademik (PKMA) UNIMAS. Seramai lebih 50 orang terdiri dari penuntut dan pensyarah UNIMAS telah mengikuti ceramah tersebut yang berlangsung selama dua jam. Dalam ceramah tersebut, beliau turut mengupas isu berkaitan krisis kewangan, kemerosotan ekonomi serta sistem kewangan global. Selepas sesi ceramah, Matt Matthew telah memberi ruang para jemputan bagi sesi soal jawab tentang perkara yang berkaitan bersama beliau.

Ceramah Pentadbiran Ekonomi Obama di UNIMAS

UNIMAS dengan kerjasama Institut Kimia Malaysia (IKM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Ke-4 mengenai Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi, Keselamatan dan Kesihatan Alam Sekitar 2009, bertempat di Hotel Four Point. Turut bekerjasama di dalam penganjuran seminar ini ialah Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi Malaysia, Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi Sarawak, Jabatan Alam Sekitar Sarawak dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Sarawak.Hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian seminar ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu anak Numpang manakala UNIMAS diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman.Dalam ucapan perasmian, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu menegaskan kepentingan menguruskan kekayaan sumber semulajadi dan biodervisiti dalam usaha membasmi kemiskinan

Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi Yang Mapan

dan memperbaiki taraf hidup rakyat di negeri ini. Sarawak mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan dari dua sumber berkenaan dan kerana itu, pengurusan yang terancang perlu dilakukan dari masa ke semasa sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Oleh demikian, seminar anjuran bersama oleh beberapa pihak ini, perlu diteruskan kerana ia dapat menjadi forum perbincangan mengenai isu-isu berkaitan terutama sekali alam sekitar.Dalam pada itu, beberapa orang ahli akademik UNIMAS turut berkongsi idea dan pandangan mereka menerusi pembentangan kertas kerja pada seminar tersebut. Pelbagai topik dan isu berkaitan alam sekitar telah disampaikan antaranya ialah mengenai Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar, Pengurusan Alam Sekitar, Kualiti Air dan Udara, Kerjasama Malaysia dan United Kingdom dalam menangani perubahan iklim dan sebagainya.

Pesada Jul - Sept 2009 11

Page 12: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 200912

Satu program Larian Amal dan Kesihatan telah diadakan di UNIMAS pada 28 Oktober yang lalu yang mana telah menyaksikan seramai 390 orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta kakitangan UNIMAS telah mengambil bahagian. Larian amal dan kesihatan 2009 telah dianjurkan oleh Unit Sukan dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sarawak

(KESAUMAS), Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU), Persatuan Pegawai Akademik UNIMAS (PPAU) dan Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA).Larian dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori lelaki terbuka, Wanita terbuka, Lelaki veteran 40 tahun ke atas , Wanita Veteran 35 Tahun ke atas, Pelajar lelaki, Pelajar Wanita, Lelaki veteran Senior dan kategori VIP. Selain itu, turut diadakan juga kategori penyertaan paling ramai. Upacara pelepasan para peserta larian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Encik Ahmad Bin Katang, Pendaftar Universiti Malaysia Sarawak.Antara tujuan penganjuran larian amal sebegini adalah untuk menggalakkan penyertaan warga kampus dalam aktiviti

sosial yang sihat selain beramal bagi mengutip dana mengisi tabung kebajikan melalui yuran penyertaan yang dikenakan. Larian amal tersebut juga diharap dapat menerapkan nilai satu Malaysia di kalangan warga kampus melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sepertimana yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia.Jadual di bawah menunjukkan senarai nama pemenang mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Larian Amal dan Kesihatan UNIMAS 2009

KATEGORI : PELAJAR LELAKI (5KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Alexander Ak Joseph FK RL518 2. NAIB JOHAN Benjamin Nathan Sebastian FK RL519 3. TEMPAT KE-3 Darmindra A/L Manoharan FK RL524

KATEGORI : PELAJAR WANITA (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Alynah B mail FK RP622 2. NAIB JOHAN Jong Pit Chiao FEP RP627 3. TEMPAT KE-3 Zuriah Bt Ahmad FK/KBR RP621

KATEGORI : STAF LELAKI (5KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Jamaluddin B Dan BPAK LT008 2. NAIB JOHAN Herrison Ak Alexco BHEPA LT001 3. TEMPAT KE-3 Abd Muhaimain Amin CICTS LT030

KATEGORI : STAF WANITA (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Ling Yeong Tyng FSKTM WT127 2. NAIB JOHAN Asmaliana Bt Che Aris FPSK WT156 3. TEMPAT KE-3 Siti Hajar Bt Abu Bakar FSTS WT176

KATEGORI : STAF LELAKI VETERAN (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Rosli B Remin BPA LV212 2. NAIB JOHAN Hud Hj Baiee CICTS LV204 3. TEMPAT KE-3 Ahmad Zaidi B Hj Adin BPAK LV203 KATEGORI : STAF WANITA VETERAN (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Entie Ak Juli BPAK WVS409 2. NAIB JOHAN Jaria Ak Adam BHEPA WVS420 3. TEMPAT KE-3 Nas Ak Sampei BHEPA WVS415

KATEGORI : STAF LELAKI VETERAN SENIOR (2KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Alladin PKMA LVS312 2. NAIB JOHAN Andi Sajili FPSK LVS310 3. TEMPAT KE-3 Jumaat B Sarip BHEPA LVS303

KATEGORI : VIP LELAKI (2KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Prof. Pan Koh Long FPSK 2. NAIB JOHAN Mohamad Suhaidi Salleh FSS 3. TEMPAT KE-3 Dr. Shahreen Ahmad Zaidi FSKPM

KATEGORI : VIP WANITA (2KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Wan Robiah Meor Osman PPB 2. NAIB JOHAN Margeret Simeng CAIS 3. TEMPAT KE-3 Zuraidah Abas BHEPA

SENARAI PEMENANG LARIAN AMAL KESIHATAN UNIMAS :

Sukan

Page 13: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 2009 13

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) buat julung kalinya telah menerbitkan majalah khas tentang aktiviti bahagian tersebut dengan tajuk MYHEP@UNIMAS. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid bertempat di auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik pada 10 Disember lepas. Prof Dr Khairuddin Ab.Hamid dalam ucapan perasmiannya berharap majalah MYHEP itu akan dapat

Pada 12 Oktober, Majlis Pelancaran Buletin FPSK telah diadakan di FPSK, UNIMAS dengan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman mewakili Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid.

Dekan FPSK, Tan Sri Datu Prof Mohamad Taha Arif dalam ucapan aluannya memberitahu buletin bertujuna untuk memberi serba sedikit gambaran kepada warga UNIMAS dan masyarakat luar tentang aktiviti yang berlaku di FPSK.

Buletin FPSK

Penyertaan Paling Ramai Kategori Staf : Bahagian PentadbiranPenyertaan Paling Ramai Kategori Pelajar: Kolej CempakaPenyertaan Paling Ramai secara keseluruhan: 1. Bahagian Pentadbiran 2. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 3. Kolej Cempaka 4. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 5. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

BHEPA terbit MYHEP

KATEGORI : PELAJAR LELAKI (5KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Alexander Ak Joseph FK RL518 2. NAIB JOHAN Benjamin Nathan Sebastian FK RL519 3. TEMPAT KE-3 Darmindra A/L Manoharan FK RL524

KATEGORI : PELAJAR WANITA (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Alynah B mail FK RP622 2. NAIB JOHAN Jong Pit Chiao FEP RP627 3. TEMPAT KE-3 Zuriah Bt Ahmad FK/KBR RP621

KATEGORI : STAF LELAKI (5KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Jamaluddin B Dan BPAK LT008 2. NAIB JOHAN Herrison Ak Alexco BHEPA LT001 3. TEMPAT KE-3 Abd Muhaimain Amin CICTS LT030

KATEGORI : STAF WANITA (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Ling Yeong Tyng FSKTM WT127 2. NAIB JOHAN Asmaliana Bt Che Aris FPSK WT156 3. TEMPAT KE-3 Siti Hajar Bt Abu Bakar FSTS WT176

KATEGORI : STAF LELAKI VETERAN (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Rosli B Remin BPA LV212 2. NAIB JOHAN Hud Hj Baiee CICTS LV204 3. TEMPAT KE-3 Ahmad Zaidi B Hj Adin BPAK LV203 KATEGORI : STAF WANITA VETERAN (3KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Entie Ak Juli BPAK WVS409 2. NAIB JOHAN Jaria Ak Adam BHEPA WVS420 3. TEMPAT KE-3 Nas Ak Sampei BHEPA WVS415

KATEGORI : STAF LELAKI VETERAN SENIOR (2KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Alladin PKMA LVS312 2. NAIB JOHAN Andi Sajili FPSK LVS310 3. TEMPAT KE-3 Jumaat B Sarip BHEPA LVS303

KATEGORI : VIP LELAKI (2KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN FPSK 2. NAIB JOHAN Mohamad Suhaidi Salleh FSS 3. TEMPAT KE-3 Dr. Shahren Ahmad Zaidi FSKPM

KATEGORI : VIP WANITA (2KM)

BIL KEDUDUKAN NAMA BAHAGIAN NO. PESERTA 1. JOHAN Wan Robiah Meor Osman PPB 2. NAIB JOHAN Margeret Simeng CAIS 3. TEMPAT KE-3 Zuraidah Abas BHEPA

Prof. Dr Pan Kok Long

mempromosi UNIMAS bukan sahaja di kalangan warga UNIMAS tetapi juga ke semua IPTA dan IPTS yang lain. Dalam majlis yang sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS, Prof. Madya Mohd Fadzil Abd Rahman dalam ucapan aluannya memberitahu majalah itu akan diterbitkan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember dengan tujuan utama untuk memuatkan program dan aktiviti di bawah kelolaan BHEPA.

Page 14: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Aneka Peristiwa

Pesada Jul - Sept 200914

28-30 Sept 2009Seramai 52 orang penyelidik di serata dunia berkampung di UNIMAS untuk menyertai persidangan Pertama Biologi Amfibia di Wilayah Sunda, Asia Tenggara.

3 Oktober 2009 Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS dengan kerjasama SIDC telah menganjurkan seminar pasaran modal Malaysia bertempat di CTF 1, UNIMAS dengan penyertaan seramai 300 orang terdiri daripada penuntut, pensyarah serta staf pengurusan fakulti UNIMAS.

3 Oktober 2009Majlis penutupan Program Sik Mok Rasuah 2009 anjuran SPR UNIMAS telah disempurnakan oleh Pengarah SPRM Sarawak, Puan Samsiah Abu Bakar. SPR UNIMAS.

3-6 Oktober 2009Buat julung kali, Bahagian Penerbitan UNIMAS turut serta di dalam Ekspo Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertempat di Kompleks Pelancongan Sarawak.

7 Oktober 2009Penuntut tahun tiga program kajian komunikasi dengan kerjasama FAMA Sarawak mengadakan kempen makan buah bertemakan ‘Ju Makan Buah’ bertempat di Dataran Canselori.

8-9 Oktober 2009Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (PPGM), UNIMAS menjadi tuan rumah Mesyuarat Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) IPTA Malaysia Ke-8 yang telah diadakan bertempat di hotel Hilton, Kuching.

9 Oktober 2009Majlis Penutupan Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab Hamid bertempat di Laman FSGK, UNIMAS.

14 Oktober 2009Majlis Ramah Tamah Aidilfitri UNIMAS 2009 yang diadakan secara tahunan telah diadakan bertempat di laman seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Sebanyak sembilan belas buah gerai juadah raya dibuka dan antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor dan Naib Canselor, Prof. Dr. Khairuddin Ab Hamid.

17-31 Oktober 2009Persatuan Teknologi Maklumat (PERTEKMA) UNIMAS telah menganak-angkatkan seramai 39 orang murid-murid tahun empat dan tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Tambay bertujuan memberi sumbangan khidmat masyarakat kepada masyarakat luar bandar.

21-22 Oktober 2009Pelajar-pelajar kursus PBI1062 iaitu kursus Bahasa Inggeris untuk Ekspresi Diri atau English for Self-Expression (ESE), Pusat Pengajian Bahasa telah mengadakan Malam Ekspresi Diri bertempat di Auditorium.

22-23 Oktober 2009Seramai lebih 50 orang penuntut program muzik tahun 1 dan 3 telah mengadakan persembahan ‘Home Consert III’ bertempat di Panggung Eksperimental, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Konsert ini merupakan kali ketiga diadakan sejak ia mula diperkenalkan pada 16 November 2007.

29 Oktober 2009Seminar ke 66 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Serlahan Bahasa Akhbar Arus Perdana (Wan Robiah Meor Osman)

13 Oktober 2009Seminar ke 66 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:The Use of Questioning Techniques to Enhance Malaysian Students’ Responses in the Language Classroom (Dr Shanthi Nadarajan & Tan Yee Suan)

2 Oktober 2009Seminar ke 64 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Non-Chinese speaking students in Chinese medium school (Dr Soubakeavathi Rethinasamy & Izat Ussally Jemat)

Page 15: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Pesada Jul - Sept 2009 3

13 November 2009Syarahan Perdana dari Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim telah diadakan bertempat di Panggung Eksperimen Kampus Barat, dengan tajuk syarahan ‘Land Based Transport System: Related Issues & Improvement Strategies.”

21 November 2009Unit Sukan dengan kerjasama Kelab Sepaktakraw UNIMAS telah menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Piala Pusingan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 2009 bertempat di Dewan UNIMAS, Kampus Timur, Kota Samarahan.

22 November 2009Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Penghargaan FSKPM 2009 @ FCSHD Appreciation Nite 2009 sebagai tanda pengiktirafan kepada staf FSKPM bertempat di Dewan Asajaya, Grand Margherita Hotel, Kuching.

17 November 2009Distinguished Speaker Seminar Series di Fakulti Sains Komputer danTeknologi Maklumat. Tajuk pembentangan dan pembentang: On the multilingual internet, and on the benefits of interdisciplinary collaboration between ICT and Language and Linguistics specialists (Dr James Mc Lellan).

23 November 2009Seminar ke 70 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:The perceptions among teachers of Mukah, a Malaysian coastal district (Lily Law, Julia Lee & Ong Mei Yen)Correlation between Analytical Intelligence and Grammatical Sensitivity Aptitude in Second Language Learning (Ernisa Marzuki & Radina Mohamad DeliA survey on the attitudes of learning English among UNIMAS undergraduate students (Rosnah Mustafa & Nik Zati Iwani Mad Zaid) TESL trainees’ views towards teaching of grammar in relation to language skills (Dr Ting Su Hie & Mahanita Mahadhir

16 November 2009Seminar ke 69 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:‘Tom, Dick and Harry’, or ‘Ali, Ah Kong and Muthu’? Whose idioms in Asian lingua franca English?(Dr James McLellan)

13 November 2009Seminar ke 68 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Creative writing: Brainstorming ideas to jumpstart stories (Robert Raymer) A survey on the Japanese language learners’ actual condition in Sarawak: Focusing on UNIMAS (Rokiah Paie)

12 November 2009Seminar ke 67 dalam Siri Seminar Penyelidikan Pusat Bahasa di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa. Tajuk pembentangan dan pembentang:Transforming language teachers to leaders through collaborative learning (Dr Shanthi Nadarajan) Writing a journal paper: The structure behind it (Dr Ting Su Hie)

1 Disember 2009Distinguished Speaker Seminar Series di Fakulti Sains Komputer danTeknologi Maklumat. Tajuk pembentangan dan pembentang: Immersive Experience Technologies and the Future of Learning (David Wortley) 1-6 Disember 2009UNIMAS berjaya meraih 1 Emas, 7 Perak dan 3 Gangsa dalam Kejohanan Sukan Mahasiswa Borneo 2009 (SUKMAB) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

4-6 Disember 2009Seramai 26 orang pelajar antara bangsa program pascasiswazah dari Bangladesh, Nigeria, Indonesia, Pakistan, India termasuk dua orang pelajar dari Semenanjung Malaysia telah mengikuti Program Berambeh dan perkhidmatan kemasyarakatan Antara bangsa bertempat di Kampung Santubong anjuran UNIMAS dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Homestay Malaysia.

1-12 Disember 2009UNIMAS dipilih menjadi tuan rumah bagi Program kembara Kepimpinan Pelajar IPT yang bertemakan ‘Kembara Sarawak, kenali Keindahan Bumi Kenyalang’. Seramai sembilan puluh pemimpin pelajar dari beberapa buah IPTA dan IPTS telah menyertai program tersebut yang turut mendapat kerjasama dari Kementerian Pengajian Tinggi.

Page 16: Wacana Ketua Editor - archive.unimas.my · Mutiara Kata “Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali

Back Cover