16
62 Media Pengajaran Sains UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan maksud media dalam pembelajaran sains 2. Menyatakan kepentingan media pengajaran 3. Menilai pemilihan media dalam pengajaran 4. Mengintegrasikan media dalam pengajaran dan pembelajaran sains PENGENALAN edia atau perantara yang membawa maklumat dari penyampai ke penerima. Tujuan media untuk mempermudahkan dan menentukan keberkesanan dalam perhubungan. Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video, manipulatif (objek) dan manusia. Enam kategori adalah berasaskan bentuk ciri fizikal. Contoh maklumat yang disalurkan di TV dalam bentuk sekurang-kurangnya tiga kategori media terlibat iaitu teks, audio dan visual. Saluran buku teks tentulah dalam kategori media ia itu teks dan visual. Saluran telefon tentulah hanya dari kategori audio. Saluran internet mempunyai teks, audio dan video. Media pengajaran adalah membawa maklumat mengenai bahan pengajaran yang menjadi keperluan untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah menjadi berkesan. Umumnya dalam mana-mana proses pengajaran keperluan media kerap menjadi keutamaan selari dengan keperluan untuk mencapai hasil pembelajaran. Pemilihan media pengajaran menjadi aktiviti pereka bentuk pengajaran atau guru dalam menentukan kesuaiannya dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. M

UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

62 Media Pengajaran Sains

UNIT 5

MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan maksud media dalam pembelajaran sains

2. Menyatakan kepentingan media pengajaran

3. Menilai pemilihan media dalam pengajaran

4. Mengintegrasikan media dalam pengajaran dan pembelajaran sains

PENGENALAN

edia atau perantara yang membawa maklumat dari penyampai ke penerima. Tujuan

media untuk mempermudahkan dan menentukan keberkesanan dalam perhubungan.

Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video, manipulatif

(objek) dan manusia. Enam kategori adalah berasaskan bentuk ciri fizikal. Contoh maklumat yang

disalurkan di TV dalam bentuk sekurang-kurangnya tiga kategori media terlibat iaitu teks, audio

dan visual. Saluran buku teks tentulah dalam kategori media ia itu teks dan visual. Saluran telefon

tentulah hanya dari kategori audio. Saluran internet mempunyai teks, audio dan video.

Media pengajaran adalah membawa maklumat mengenai bahan pengajaran yang menjadi

keperluan untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah menjadi

berkesan. Umumnya dalam mana-mana proses pengajaran keperluan media kerap menjadi

keutamaan selari dengan keperluan untuk mencapai hasil pembelajaran. Pemilihan media

pengajaran menjadi aktiviti pereka bentuk pengajaran atau guru dalam menentukan kesuaiannya

dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

M

Page 2: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

63 Media Pengajaran Sains

Harapan lanjut jelas dalam FPSN: Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan “ Selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memumpuk budaya Sains

dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,

tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi (KMP,

2010). Penggunaan media pengajaran dijangka mampu meningkatkan perkembangan kognitif

pelajar yang mempunyai keterampilan dalam penguasaan sains dan teknologi.

ISI KANDUNGAN Media pengajaran sains dan keberkesanan pembelajaran

: Mengapakah media pengajaran perlu dalam pengajaran sains?

Media pengajaran bermaksud peralatan atau bahan yang menyalurkan maklumat pengajaran

kepada pelajar. Media pengajaran berupaya meningkatkan minat menerima maklumat, meransang

kefahaman dan mendorong untuk berfikir mengenai sesuatu maklumat. Kajian menunjukkan

terdapat perkaitan yang signifikan di antara penggunaan media pengajaran dengan nilai

pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar. Media mampu meningkatkan kefahaman dan

menyokong pembelajaran pelajar. Media menjelaskan perkara abstak dalam sains. Media menarik

minat pelajar untuk terus memberi perhatian dan tumpuan.

: Apakah yang bakal berlaku sekira pengajaran dan pembelajaran tanpa media pengajaran. Apakah contoh-contoh media pengajaran ? Contoh media pengajaran terdiri daripada pelbagai

jenis seperti gambar, bahan bercetak, surat khabar, majalah, radio, rakaman audio, televisyen,

rakaman video, realia, CD, internet dan computer. Penggunaan media pengajaran tradisi seperti

papan hitam dan kapur kerap menjadi media pengajaran di bilik-bilik darjah pada masa dulu. Kini

penggunaan papan putih dan marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk

elektronik kerap digunakan di bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan computer, internet dan

projector LCD.

Page 3: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

Sebagaimana yang pernah anda dipelajari dalam kursus KPD3026, media dapat diklasif

sebagaimana Rajah 5.1.. Media pengajaran sains boleh diklaskan kepada dua iaitu media bukan

cetak dan media cetak. Media bukan cetak boleh dib

media bukan tayang. Kesemua media pengajaran digambarkan mampu membawa maklumat

sains. Perbezaan di antara nama

Apakah contoh bagi setiap

Jadual di bawah menyatakan contoh

atas (Yusup, 1997)

MediaTayang

Media Pengajaran Sains

Sebagaimana yang pernah anda dipelajari dalam kursus KPD3026, media dapat diklasif

Media pengajaran sains boleh diklaskan kepada dua iaitu media bukan

ia bukan cetak boleh dibahagikan kepada dua iaitu media tayang dan

media bukan tayang. Kesemua media pengajaran digambarkan mampu membawa maklumat

Perbezaan di antara nama-nama mengikut jenis kerana perbezaan ciri fizikal.

Apakah contoh bagi setiap jenis media yang dinyatakan di atas?

Jadual di bawah menyatakan contoh-contoh bagi setiap jenis media yang dinyatakan di

Media Pengajaran

Media Bukan Cetak

MediaTayang Media Bukan Tayang

Media Cetak

64 Media Pengajaran Sains

Sebagaimana yang pernah anda dipelajari dalam kursus KPD3026, media dapat diklasifikasi

Media pengajaran sains boleh diklaskan kepada dua iaitu media bukan

kepada dua iaitu media tayang dan

media bukan tayang. Kesemua media pengajaran digambarkan mampu membawa maklumat

s media yang dinyatakan di

Page 4: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

65 Media Pengajaran Sains

Bil Jenis Media Contoh 1 Media Tayang Kaku Transparensi, Slaid, Bahan web, Bahan PBK 2 Media Tayang Gerak Pita Video, Filem, Bahan web, VCD, DVD 3 Grafik Lukisan, Poster, Graf, Carta, Kartun 4 Gambar Kaku Foto, Kad imbasan, Poskad 5 Bahan Pameran Diorama, Boneka, Model, Spesimen, Realia, Mock-up 6 Media paparan Papan Putih, Papan Kapur, Papan Pameran, Papan

Buletin 7 Media Audio Pita Kaset, CD, mp4 8 Media Cetak Buku Teks, Modul, Akhbar, Majalah, Risalah, Nota 9 Media Lapangan Alam semula jadi: gunung- ganang, tanah, awan,

sungai, hujan dll.. Tempat menarik: Bandar Zoo, Muzium

10 Manusia Sumber kepakaran berasaskan pekerjaan: Saintis, tentera, bomba, penternak

: Apakah yang membezakan di antara media pengajaran sains sekolah rendah

dengan media pengajaran dalam mata pelajaran yang lain?

Perbezaan yang jelas di antara media pengajaran sains dengan bukan sains adalah maklumat

yang dibawa oleh media pengajaran yang dipilih. Media pengajaran sains sekolah rendah wajar

membawa maklumat pengajaran sekolah rendah. Sebagaimana digambarkan oleh Rajah 5.2.

Rajah 5.2

Rajah 5.2 menggambarkan guru bersama media pengajaran disertakan dengan kaedah yang

dipilih menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sains. Media pengajaran sebagai

contoh carta menunjukkan gambar keratan rentas sekuntum bunga dipaparkan oleh guru di

hadapan pelajar mereka dalam menjelaskan bahagian-bahagian utama sekuntum bunga.

Guru Sains PelajarMedia Pengajaran Sains (maklumat

sains) Dan Kaedah

Page 5: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

66 Media Pengajaran Sains

Namun terdapat di mana dengan tanpa guru media pengajaran berkebolehan menyampaikan isi

kandungan pelajaran kepada pelajar dimana digambarkan sebagaimana Rajah 5.3. Dalam rajah ini

media pengajaran berfungsi sepenuhnya membawa maklumat pengajaran sains langsung kepada

pelajar menerusi media semata-mata tanpa ada kehadiran guru. Sebagai contoh bahan dalam

bentuk media tayang seperti CD membawa maklumat latihan pelajaran sains di mana pelajar

dengan sendiri memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukakan.

Bagaimana Media Dan Kaedah Pengajaran Mampu Mendorong Pembelajaran Sains?

ejayaan sesuatu pembelajaran amat memerlukan bantuan dan sokongan. Pembelajaran

sains sekolah rendah tidak boleh lari dari faktor yang menyumbang kepada pengajaran

dan pembelajaran terutama kepada pelajar. Pelajar sekolah rendah hendaklah didorong

secara berterusan untuk mempelajari sains. Penggunaan media pengajaran yang pelbagai

dijangka mampu menguasai pembelajaran dengan memuaskan. Abd. Latif (2006) menyatakan

terdapat perkaitan di antara penggunaan pelbagai media pengajaran dengan nilai pembelajaran

pelajar. Keller (1983) mengenalpasti empat syarat bagi dipertimbang dalam perancangan

pengajaran yang dikenali dengan ARCS( attention, relevance, confidence, satisfaction). Minat-

bertujuan membangkitkan dan meningkatkan minat rasa ingin tahu, Releven- pengajaran seharus

mampu menghubungkan dengan keperluan pengtahuan baru dengan pengetahuan sedia pelajar .

Keyakinan – menentukan agar pelajar mempunyai keyakinan untuk mampu mengtahui dan

memahami sesuatu pembelajaran dirancang berada kawalan pelajar. Kepuasan- mengabungkan

ganjaran yang bersifat dalaman atau luaran dalam aktiviti pembelajaran supaya mampu

meneruskan pembelajaran.

Media pengajaran

PelajarMaklumat Sains

Sekolah Rendah Dan Kaedah

K

Page 6: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

67 Media Pengajaran Sains

Syarat dorongan Contoh Cadangan media dan kaedah

A Minat- bertujuan

membangkitkan dan

meningkatkan minat

rasa ingin tahu

(Sumber:Laogiks.wordpress.com/2009/12/09/nasec-dan-tanah-runtuh)

Menggunakan gambar dan memaparkan kepada pelajar kejadian

tanah runtuh. Dengan ini akan membangkitkan minat dengan

pengalaman baru yang sebenar.

R Releven- pengajaran

seharus mampu

menghubungkan

dengan keperluan

pengetahuan baru

dengan pengetahuan

sedia pelajar

Gambar yang dipaparkan tadi mempunyai perkaitan dengan

pembelajaran yang hendak diketengahkan katalah berkaitan dengan

alam sekitar atau kesan pembangunan di luar kawalan. Minat yang

dimulai peringkat awal dijangka memberi laluan kepada

pembentukan pengetahuan baru kerana kerelevenan gambar

dengan pengetahuan baru yang ingin disampaikan oleh guru.

Soalan lisan boleh membantu. Contoh a) Apakah yang ditunjukkan

oleh gambar ini?. b) Pada pendapat anda jelaskan bagaimana ianya

Page 7: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

68 Media Pengajaran Sains

berlaku?

C Keyakinan –

menentukan agar

pelajar mempunyai

keyakinan untuk

mampu mengtahui

dan memahami

sesuatu

pembelajaran

dirancang berada

kawalan pelajar.

Media yang dipaparkan mendorong pelajar untuk mendapatkan

maklumat baru di bawah tajuk yang sama. Kesan tanah runtuh di

Malaysia mempunyai persamaan dengan kesan tanah runtuh di luar

negara atau lain-lain akibat dari kesan pembangunan seperti

kematian ikan di sungai . Pembangunan ilmu pengetahuan baru

terus dibina dari keyakinan pengetahuan yang baru yang diperolehi.

S Kepuasan-

mengabungkan

ganjaran yang

bersifat dalaman atau

luaran dalam aktiviti

pembelajaran supaya

mampu meneruskan

pembelajaran

Dorongan pembelajaran wajar dikekalkan. Kata-kata pengukuhan

seperti memberi perhatian personal, membenarkan atau memuji

mampu meningkat rasa kepuasan sekira tercapai hasil pembelajaran

atau perolehan yang melangkau apa yang diharapkan dari aktiviti

pembelajaran terkawal.

Media dari kemahiran ICT boleh digunakan memaparkan kata-kata

tahniah untuk sesuatu perolehan kejayaan.

Hubungan Penggunaan Media Pengajaran Dengan Teori Pembelajaran

Beberapa panduan unum berasaskan teori pembelajaran dalam kepentingan mempertimbangkan

penggunaan media pengajaran.

Dorongan:

Dorongan adalah keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menimbulkan minat

pelajar untuk menghubungkan pengetahuan sedia ada dengan pengatahuan baru. Maklumat

dalam media pengajaran seperti penggunaan warna, animasi atau kandungan menarik wajar

mampu mendorong pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran selanjutnya. Media lapangan

Page 8: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

69 Media Pengajaran Sains

mempunyai keistimewaan dari alam semula jadi dan kagum dengan ciptaan tuhan wajar

mendorong untuk terus belajar. Contoh kepelbagaian tumbuhan, tanah tanih, batu batan, kejadian

hujan dan pelangi.

Perbezaan Individu:

Pelajar mempunyai kebolehan belajar pada kadar yang berbeza. Perbezaan ini kerana faktor

kecedasan, tahap pengalaman, sahsiah, persekitaran. Maklumat yang dibawa oleh media

pengajaran mampu memberi kefahaman. Pemilihan media pengajaran yang sesuai wajar diberi

perhatian supaya maklumat dapat mengkonskritkan perkembangan kognitif yang ada.

Hasil pembelajaran: Pelajar yang dimaklumkan dengan hasil pembelajaran mengenai

penggunaan sesuatu media pengajaran memudahkan mereka mencapai kejayaan. Media

pengajaran membawa maklumat khusus membolehkan hasil pembelajaran dicapai dengan

berkesan.

Organisasi kandungan:

Media pengajaran disusun dengan baik mengambarkan susunan isi kandungan yang teratur.

Dengan itu membentuk organisasi kandungan yang jelas seperti mengikut hairaki yang dapat

memaparkan perkaitan antara sesuatu dengan yang lain.

Penglibatan:

Media pengajaran akan meningkatkan interaksi di antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar.

Penglibatan pelajar menggukuhkan pembelajaran dengan lebih aktif untuk menjadi pembelajaran

menyeronok dan berkesan.

Maklumbalas dan pengukuhan

Media pengajaran mempunyai ciri direkabentuk untuk memberi maklumbalas kepada pelajar.

Maklumbalas yang segera membantu meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan penguasaan.

Maklumbalas yang posiif mengerakkan ke arah penguasaan yang lebih lanjut dan maklumbalas

negatif memberi peluang menambahbaik.

Latihan dan pengulangan

Media pengajaran mempunyai ciri yang boleh digunakan berulangkali. Media elektronik seperti CD

atau web boleh dimainkan berulangkali sebagai latihan dan meningkatkan penguasaan

pengetahuan dan kemahiran. Media lapangan dari alam semula jadi boleh dilihat berulang kali dan

mentaksirkan kejadian dari sudut sains.

Page 9: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

Pemilihan Media Pengajaran

: Bagaimanakah anda menentukan pemilihan media pengajaranuntuk pengajaran sains sekolah rendah

Sesorang guru sains mempunyai asas

perancangan pengajaran dan pembelajaran

dimaksudkan adalah kebolehan mengintegrasi teori pembelajaran

Maka, guru di bilik darjah mempunyai pengetahuan professional yang dapat menentukan media

yang dipilih mempunyai maklumat sesuai dengan

pertimbangan wajar hendaklah

kesesuaian alatan atau bahan,

kimia. Anda boleh merujuk teks sebagai asas dalam

Antaranya adalah sebagaimana c

•Tajuk sesuai•Isi kandungan benar•Persembahan Isi kandungan

yang menarik dan teratur•konsep yang mudah difahami• Tiada yang sensitif•Aras bahasa sesuai •Sumber sah

Kesesuaian

Media Pengajaran Sains

Pemilihan Media Pengajaran

Bagaimanakah anda menentukan pemilihan media pengajaran yang sesuai ran sains sekolah rendah?

Sesorang guru sains mempunyai asas yang kuat mengapa sesuatu media

ajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Asas yang kuat yang

dimaksudkan adalah kebolehan mengintegrasi teori pembelajaran dengan kandungan pelajaran

uru di bilik darjah mempunyai pengetahuan professional yang dapat menentukan media

ih mempunyai maklumat sesuai dengan hasil pembelajaran. Selain maklumat

wajar hendaklah dari aspek fizikal seperti keboleh lihatan, kesediaan

jika berkaitan dengan penggunaan air, elektrik, haba dan bahan

s sebagai asas dalam pertimbangan media pengajaran yang dipilih.

adalah sebagaimana cataran pada rajah di bawah.

Kesesuaian•Bunyi jelas•Visual jelas•Prinsip grafik

diikuti•Warna yang

berkesan

Teknikal• Selamat digunakan

•Mudah diguna •Senang disimpan•Tahan diguna

berulang kali

Fizikal

70 Media Pengajaran Sains

yang sesuai

dipilih dalam

Asas yang kuat yang

dengan kandungan pelajaran.

uru di bilik darjah mempunyai pengetahuan professional yang dapat menentukan media

Selain maklumat,

erti keboleh lihatan, kesediaan, dan

haba dan bahan

media pengajaran yang dipilih.

Fizikal

Page 10: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

71 Media Pengajaran Sains

Integrasi media dalam pengajaran dan pembelajaran

Integrasi bermaksud mengabungkan kaedah dan media pengajaran dengan kandungan yang mata

pelajaran sains sekolah rendah yang dirancang. Perkara utama lihat adalah apakah kandungan

yang wajar dipelajari oleh pelajar. Kandungan semata kurang menarik jika tidak disertakan dengan

kaedah dan media. Integrasi seharusnya menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran dan

seterusnya kepada pencapaian objektif standard kurikulum sains. Rajah di bawah

menggambarkan perkaitan perkara tersebut yang hendak diterjemahkan dalam bentuk

pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

: Mengapakah guru perlu mengintegrasikan media dalam pengajaran dan

pembelajaran sains sekolah rendah?

Pemilihan media merupakan keperluan dalam perancangan pengajaran. Pemilihan media

bergantung kepada maklumat yang ingin dibawa. Maklumat yang dibawa hendaklah beketepatan

dengan isi kandungan. Dengan itu isi kandungan yang dibawa oleh media pengajaran terplih wajar

untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kurikulum standard sekolah rendah wajar

dijadikan rujukan. Rajah di bawah menggambarkan keperluan untuk mencapai standard yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 11: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

72 Media Pengajaran Sains

OBJEKTIF (Standard Kurikulum Sains)

• Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan • Minat tentang dunia di sekeliling mereka. • Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran

saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. • Meningkatkan daya kreativiti murid. • Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains. • Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

• Menyemai sikap saintifik dan nilai murni. • Menyedari keperluan menjaga alam sekitar

KANDUNGAN•Sains Hayat•Sains Fizikal•Sains Bahan•Bumi dan Sains Angkasa

•Teknologi dan Kehidupan

KAEDAH•Eksperimen• Perbincangan• Simulasi•Projek•Kajian lapangan• Penyelesaian masalah

•Lawatan•Maklumat pakar

MEDIA PENGAJARAN•Komputer•Internet•Spisemen•Gambar•Kawasan luar bilik darjah

•Alatan sains

OBJEKTIF STANDARD

KURIKULUM SAINS

Page 12: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

73 Media Pengajaran Sains

Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Teknologi dimaksudkan sebagai peralatan dan bahan serta kaedah yang terpilih untuk

menentukan pengajaran dan pembelajaran sains menarik perhatian di samping membina

kemahiran pengetahuan dan kemahiran saintifik. Dengan kata lain teknologi yang dicipta menjadi

sumber pengajaran untuk menjadikan pembelajaran berkesan. Kebiasaan teknologi yang kerap

digunakan adalah teknologi komputer. Komputer serta perisian yang tertentu mampu dikendalikan

untuk menyediakan bahan persembahan yang menarik dan berupaya menggambarkan konsep

dengan lebih jelas. Penggunaan perisian Powerpoint, Excel, Word dan Paint mungkin berguna

memberi peluang guru menunjukkan sesuatu konsep dengan lebih baik di samping itu

penggunaan teknologi internet meningkatkan keupayaan pembelajaran kendiri. Rajah di bawah

memaparkan perkaitan teknologi-teknologi yang saling berkaitan bagi menentukan pengajaran dan

pembelajaran berkesan

Penggunaan Sumber

Teknologi Dalam PP Sains

Teknologi Perisian Aplikasi:MS Word, MS Powerpoint, MSExcel

Teknologi Mencapai Mallumat: Internet, web,

CD, Bahan Cetak

Teknologi: Muat naik fail, Menyimpan dail,

Menghantar maklumat (email, blog , web)

Teknologi Pengajaran: Kaedah Penyampaian,

Kurikulum, Penggunaan peralatan dan bahan, Latihan,

penilaian

Page 13: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

74 Media Pengajaran Sains

Contoh integrasi Berikut dikemukakan contoh penyampaian pengajaran sains sebagaimana dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi modul pengajaran Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi (2010).

Page 14: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

75 Media Pengajaran Sains

: Kenal pastikan sumber pengajaran yang telah dicadangkan dari modul di atas.

Page 15: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

76 Media Pengajaran Sains

Bahan percuma sains dari internet

Terdapat banyak bahan-bahan menarik yang dikongsi bersama oleh warga dunia dalam

internet . Para pendidik sains sama ada dalam atau luar negara sedia berkongsi

menerusi blog atau web khusus mengenai pengajaran dan pembelajaran sains. Bahan

ini boleh dicadangkan untuk diteliti dan keseuaiannya membantu memahami sains

dengan lebih baik. Contoh rajah di bawah adalah dari sciencewithme.com. Laman ini

dibina adalah khusus untuk sains sekolah rendah mendedahkan pelajar dengan

pelbagai gambar, fakta dan prinsip sains yang menarik dan mudah untuk fahami.

Dengan menggunakan internet anda diminta meneroka bahan sains sekolah

rendah. Dapatkan alamatnya/URL dan beri ringkasan kesesuaian kandungannya.

Seterusnya, kongsikan dalam facebook atau blog sains anda.

KATA KUNCI

1. Media pengajaran sains

2. Pemilihan media pengajaran sains.

3. Objektif standard kurikulum sains

4. Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 16: UNIT 5 MEDIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/... · Asas media terdiri dalam enam kategori ia itu teks , audio, visual, video,

77 Media Pengajaran Sains

PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan perkaitan di antara penggunaan media pengajaran sains dengan

kepentingannya dalam pembelajaran sains oleh pelajar.

2. Huraikan dengan merujuk satu topic, rancangkan bagaimana media dan teknologi

diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

RUJUKAN

Abd. Latif Haji Gapor (2006). Penilaian Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 19. 9-11 September, 2006, Awana, Langkawi, ms. 132-138. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Kemp, J. E. & Smellie, D. C. (1997). Perancangan, Penerbitan dan Penggunaan Media Pengajaran. Edisi Ke 6. Terjemahan Norihan Hassan. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul Pengajaran Teras Tema Dunia Sains Dan Teknologi. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Smaldino, S. E., Lowther, D.L. & Russell, J.D. (2012). Instructional media and the new technologies for learning (10th edition). Boston: Pearson. Yusup Hashim (1997) Media pengajaran untuk pendidikan dan latihan. Shah Alam: Fajar Bakti