17
UNIT 10 MENILAI KURIKULUM HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat: 1. Mengulas definisi penilaian kurikulum pendidikan. 2. Menghubungkait di antara penilaian kurikulum pendidikan dengan penilaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 3. Menjelaskan proses penilaian pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 4. Mereka bentuk alat ukur penilaian pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. PENGENALAN Penilaian kurikulum dalam konteks penulisan ini berfokus kepada penilaian pembelajaran murid di sekolah. Apakah maksud penilaian pembelajaran? Bagaimanakah sistem penilaian dapat membantu perkembangan kemajuan pembelajaran murid sekolah? Apakah jenis dan proses penilaian pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan? Kesemua persoalan di atas diulaskan dan dibincangkan dalam penulisan pada Unit 10 ini. Senario Penilaian Sekolah Sistem kurikulum penilaian pembelajaran murid di sekolah-sekolah menengah Malaysia masa kini masih lagi berbentuk ujian bertulis secara bulanan atau semester dan peperiksaan pertengahan atau akhir tahun/semester. Ujian dan peperiksaan merupakan alat untuk mengukur pencapaian pembelajaran murid terutama menilai kepada domain pembelajaran kognitif. Laporan pencapaian adalah dalam bentuk markah dan gred. Peperiksaan seringkali dikaitkan dengan penilaian standard, berpusat, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan pencapaian pembelajaran seorang murid. Kebiasaannya proses murid belajar adalah secara hafalan, latih tubi dan fokus kepada topik-topik tertentu untuk menjawab soalan peperiksaan. Proses pengajaran guru berstrukturkan kepada persediaan menghadapi peperiksaan iaitu murid diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan proses keseluruhan kurikulum kurang ditekankan kepada murid.

UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

  • Upload
    vodan

  • View
    242

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

UNIT 10

MENILAI KURIKULUM

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat: 1. Mengulas definisi penilaian kurikulum pendidikan. 2. Menghubungkait di antara penilaian kurikulum pendidikan dengan penilaian dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 3. Menjelaskan proses penilaian pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani

dan Pendidikan Kesihatan. 4. Mereka bentuk alat ukur penilaian pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani

dan Pendidikan Kesihatan.

PENGENALAN Penilaian kurikulum dalam konteks penulisan ini berfokus kepada penilaian pembelajaran murid di sekolah. Apakah maksud penilaian pembelajaran? Bagaimanakah sistem penilaian dapat membantu perkembangan kemajuan pembelajaran murid sekolah? Apakah jenis dan proses penilaian pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan? Kesemua persoalan di atas diulaskan dan dibincangkan dalam penulisan pada Unit 10 ini.

Senario Penilaian Sekolah Sistem kurikulum penilaian pembelajaran murid di sekolah-sekolah menengah Malaysia masa kini masih lagi berbentuk ujian bertulis secara bulanan atau semester dan peperiksaan pertengahan atau akhir tahun/semester. Ujian dan peperiksaan merupakan alat untuk mengukur pencapaian pembelajaran murid terutama menilai kepada domain pembelajaran kognitif. Laporan pencapaian adalah dalam bentuk markah dan gred.

Peperiksaan seringkali dikaitkan dengan penilaian standard, berpusat, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan pencapaian pembelajaran seorang murid.

Kebiasaannya proses murid belajar adalah secara hafalan, latih tubi dan fokus kepada topik-topik tertentu untuk menjawab soalan peperiksaan. Proses pengajaran guru berstrukturkan kepada persediaan menghadapi peperiksaan iaitu murid diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan proses keseluruhan kurikulum kurang ditekankan kepada murid.

Page 2: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

FAKTA

Sistem penilaian semasa hanya bertumpu kepada peperiksaan sedangkan peperiksaan hanya sebahagian kecil daripada sistem penilaian.

Sistem penilaian semasa lebih banyak mendorong pelajar belajar untuk “boleh menjawab” soalan peperiksaan atau belajar untuk berjaya dalam peperiksaan sahaja.

Sistem penilaian semasa sebahagian besarnya hanya bertumpu kepada penilaian pencapaian akademik semata-mata.

Sistem penilaian semasa sebahagian besarnya hanya menilai “Produk Akhir”.

Sistem penilaian semasa juga terlalu membebankan murid kerana terpaksa menduduki peperiksaan dengan jumlah mata pelajaran yang banyak “sekali gus” dalam satu tempoh yang singkat (pada hujung tahun).

Sistem penilaian semasa kurang menunjukkan kesan kualiti.

KONSEP PENILAIAN PEMBELAJARAN Penilaian melibatkan proses pemikiran pada aras tinggi, memerlukan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, suatu pemikiran yang sangat kompleks dan sangat berharga dalam sistem pembelajaran. Penilaian berada pada aras tertinggi dalam hirarki pembelajaran (Bloom, et., al. 1956). Penilaian adalah suatu proses dalam mengesan, mendapatkan, menyediakan maklumat yang berguna untuk pertimbangan sesuatu keputusan alternatif.

Proses membuat keputusan alternatif melibatkan pengumpulan data yang bersesuaian atau berkaitan dengan objektif pembelajaran. Menganalisis data berdasarkan rujukan piawai dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ketetapan data dan piawaian hasil dari proses pengukuran melalui aktiviti peperiksaan dan atau pentaksiran.

Matlamat penilaian adalah untuk menyediakan maklumat atau maklum balas yang berguna "useful feedback" kepada pelbagai kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir, dan individu yang berkaitan dengan pendidikan. Maklum balas selalunya diterima sebagai data yang berharga "useful" sekiranya ia membantu dalam membuat keputusan. Penilaian mempengaruhi pembuat keputusan atau pembentuk dasar (sesuatu polisi) melalui maklum balas secara empirikal.

Ciri-ciri penilaian berkualiti

Holistik

Fleksibel

Sepadu

Seimbang

Berasaskan Standard

Fokus hanya untuk Pembelajaran

Membina Insan

Penilaian formatif adalah untuk mengkaji pelaksanaan kurikulum, atau program, atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini menjelaskan kualiti pelaksanaan, mentaksiran konteks atau proses sesuatu kurikulum. Penilaian ini digunakan semasa sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penilaian sumatif bertujuan mengkaji keberkesanan hasil sesuatu kurikulum. Peranannya ialah merumus hasil dengan menjelaskan perkara yang berlaku terhadap pelaksanaan hasil itu. Penilaian ini digunakan pada akhir sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Page 3: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Mengapakah penilaian kurikulum penting kepada sistem pendidikan di sekolah?

_________________________________________________________________ _________________________________________________________________

Ulaskan dengan ayat sendiri perbezaan di antara penilaian formatif dengan

penilaian sumatif. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Berikan contoh penilaian rujukan berkriteria dengan penilaian rujukan norma

dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Berikan contoh penilaian rujukan berkriteria dengan penilaian rujukan norma

dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Penilaian Rujukan Berkriteria

Proses menilai pencapaian murid dalam bilik darjah.

Kriteria berasaskan hasil pembelajaran yang dijelaskan dalam kurikulum.

Kriteria yang menggambarkan prestasi murid berdasarkan aktiviti pembelajaran yang spesifik.

Prestasi murid dibandingkan dengan kriteria yang sedia ada, bukan dengan hasil pencapaian murid lain.

Penilaian Rujukan Norma

Sistem penilaian dalam skala besar.

Bukan untuk penilaian dalam bilik darjah kerana penilaian ini memerlukan rujukan norma terhadap kumpulan yang besar.

Hasil penilianan ialah untuk membandingkan prestasi seorang murid dengan murid yang lain.

Perbandingan berdasarkan taburan normal bagi sesuatu populasi (normal distributed over entire population).

A

Page 4: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Proses Penilaian Kurikulum Konteks penilaian kurikulum pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) masa kini seharusnya dapat menggambarkan pencapaian murid dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konteks penilaian tersebut adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan murid dalam pelajaran PJPK. Maklumat tentang tahap penguasaan murid menjadi petunjuk untuk guru dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Instrumen dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan murid.

Justeru itu, guru PJPK perlu menguasai pengetahuan tentang proses penilaian

kurikulum yang dapat mengukur prestasi pembelajaran murid dari aspek domain psikomotor, kognitif dan afektif. Maklumat penilaian tersebut sangat berguna untuk menunjukkan akauntabiliti dan kompetensi guru dalam melaporkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran murid terhadap pelajarannya. Proses penilaian kurikulum adalah seperti berikut: Penilaian Berasaskan Sekolah Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah oleh guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini dirancang, ditadbir, diberi skor dan dilaporkan secara formal mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.Setiap calon mestilah mempunyai semua markah atau pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. Penilaian Berterusan Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan murid benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki secara pembelajaran masteri. Bersifat formatif yang mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Penilaian ini dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Kekuatan penilaian ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan pengajarannya serta-merta. Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid supaya kelemahan murid dapat diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir tahun pembelajaran. Penilaian Berasaskan Elemen Mata Pelajaran Setiap mata pelajaran mengandungi pelbagai elemen, selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen sesuatu subjek perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada murid benar-benar mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diikutinya. Sebagai contoh, murid perlu diterapkan dengan elemen kebolehan berkomunikasi, kebolehan mereka bentuk, kebolehan praktikal, kebolehan menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan menganalisis berkaitan dengan pengetahuandan kemahiran dalam mata pelajaran PJPK. Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil Proses pelaksanaan untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai. Kebiasaannya penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa mengambil kira prosesnya. Contoh penilaian proses ialah melihat atau memerhatikan perlakuan murid semasa ditugaskan untuk menjalankan program pertandingan sukan. Guru perlu menilai proses perancangan

Page 5: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

yang disediakan murid sebelum pertandingan, proses pelaksanaan semasa pertandingan dan menilai hasil program pertandingan tersebut. Instrumen penilaian perlulah disediakan mengikut situasi, tugasan dan bidang yang dinilai. Penilaian atau Pentaksiran Autentik Penilaian atau pentaksiran autentik bermaksud murid dinilai berdasarlan tingkah laku sebenar. Murid memperlihatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sukan dalam aktiviti tugasan belajarnya. Guru memerhati keseluruhan pembelajaran murid melalui situasi sebenar (real life). Contoh, mengkaji kecekapan kemahiran murid mengelecek, menanduk, menangkap dalam situasi permainan. Penilaian dilakukan berdasarkan kemampuan murid dalam situasi sebenar dan menilai proses pembelajaran daripada hasil.

Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid dan intergrasi antara pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Bentuk penilaian secara individu dan rakan sebaya yang menggunakan folio, ujian amali dan penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi. Penilaian Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diharapkan dapat dikuasai seseorang. Sebagai contoh, murid dapat menjalankan aktiviti dengan melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu kemahiran, menghasilkan produk atau membuat projek, menyediakan portfolio (penulisan esei, brosur, phamplet dll), menerangkan perlakuan atau tunjuk cara sesuatu kemahiran, produk atau projek atau portfolio. Kriteria-kriteria tahap penguasaan pembelajaran dikenal pasti dan penilaian dilakukan dengan menggunakan pentaksiran Rujukan Kriteria. Penilaian sebagai Penanda Aras (Bench Marking) Penanda aras merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang cemerlang. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah murid sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaannya. Peratusan murid yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui pemerhatian bermaksud memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement). Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”. Memerhati untuk jangka masa pendek dan panjang. Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain dengan berpandukan skoran rubrik.

Fungsi penilaian melalui pemerhatian digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. Penilaian boleh dibuat oleh murid terhadap individu atau kukpulan untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh murid untuk

menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan

guru atau murid merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seperti: menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan, meningkatkan motivasi murid, mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi murid.

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor. Pemerhatian yang terancang membantu guru:

Page 6: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

i. Mengetahui sejauh manakah minat murid terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut.

ii. Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif. iii. Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran murid. iv. Mengesan tahap penguasaan bahasa murid. v. Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan. vi. Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap murid terhadap pelajaran, rakan sebaya

dan terhadap diri sendiri.

Rajah 1. Kerangka Konseptual Proses Penilaian Kurikulum Berdasarkan kerangka konseptual pada Rajah 1, bina peta minda yang menjelaskan konsep, fungsi, dan contoh aktiviti penilaian kurikulum dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

KAEDAH PENILAIAN PEMBELAJARAN Kaedah penilaian melibatkan aktiviti lisan, penulisan dan pemerhatian. Pemilihan kaedah penilaian lisan, penulisan dan pemerhatian adalah bergantung kepada:

Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai. Kaedah penilaian tersebut boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan dan digunakan untuk:

a) Mengesan serta merta b) Mengesan kemajuan c) Mengesan pencapaian

Penilaian hendaklah menggunakan skoran rubrik dalam proses menilai untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pembelajaran murid. a) Mengesan Serta Merta

Mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian.

Menilai hasil pembelajaran berdasarkan objektif pembelajaran dalam pengajaran harian. Tidak memerlukan instrumen yang khusus.

Penilaian Melalui

Pemerhatian

Penilaian sebagai

Penanda Aras

Penilaian Hasil Pembelajaran

Penilaian atau Pentaksiran

Autentik

Penilaian Proses di samping Penilaian

Hasil

Penilaian

Berasaskan Elemen Mata Pelajaran

Penilaian

Berterusan

Penilaian

Berasaskan Sekolah

PROSES PENILAIAN

KURIKULUM

B

Page 7: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

b) Mengesan Kemajuan

Mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid selepas beberapa siri pengajaran dalam satu-satu tajuk pelajaran.

Menggunakan alat ukur atau instrumen pengukuran seperti senarai semak, senarai berkriteria, lembaran kerja, portfolio, log, jurnal, inventori.

Perlu dirancang secara individu atau kumpulan.

c) Mengesan Pencapaian

Mengesan pencapaian pembelajaran murid selepas beberapa siri tajuk pelajaran atau pada akhir program.

Menggunakan alat ukur/instrumen pengukuran seperti skala kadar, ujian bertulis, ujian lisan, ujian amali, soal selidik.

Perlu dirancang secara individu.

Apakah Kegunaan Penilaian Secara Lisan? Kegunaan penilaian secara lisan adalah untuk mendapakan maklumat hasil interaksi:

Pelajar dengan pendidik;

Pelajar dengan pelajar; dan

Pelajar dengan bahan pembelajaran. Apakah aspek yang boleh dinilai secara lisan?

Kefahaman konsep;

Pengetahuan fakta;

Pemikiran peringkat tinggi;

Kecekapan mendengar;

Penggunaan bahasa yang tepat;

Kecekapan metematik;

Gaya persembahan atau kelancaran berbahasa; dan

Pertuturan dan sikap.

Bagaimanakah Penilaian Penulisan Dilakukan?

Karangan;

Laporan projek/kerja kursus/folio;

Latihan dan ujian bertulis; dan

Huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta. Apakah kemahiran yang diukur?

Kemahiran menulis;

Menyusun idea;

Perbendaharaan kata;

Mengaplikasi;

Mentafsir;

Menilai;

Mempertahan/menyokong hujah; dan

Menyebar idea/ buat rumusan/cadangan. Menyediakan soalan-soalan yang sahih dan apakah perkara yang perlu diambil kira?

Soalan menepati kemahiran yang akan diuji;

Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami;

Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan;

Aras kesukaran soalan dipelbagaikan; dan

Skema pemarkahan disediakan.

Page 8: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Apakah Kegunaan Pemerhatian? Pemerhatian digunakan untuk menilai:

Sikap;

Perlakuan/amalan;

Amali;

Kemahiran manipulatif;

Kemahiran bersosial;

Kemahiran belajar;

Kemahiran kinestetik;

Kemahiran literasi komputer; dan

Kemahiran mereka cipta. Implikasi perlaksanaan pemerhatian.

Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar berbentuk rubrik.

Rajah 2. Rumusan Kaedah Penilaian Kendalian Sekolah

Penilaian Berdasarkan Penyataan Hasil Pembelajaran

Guru perlu merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan murid ke arah mencapai matlamat pendidikan. Justeru itu, objektif pembelajaran mestilah berteraskan kepada keperluan murid untuk perkembangan psikomotor, peningkatan kognitif dan penerapan nilai afektif. Guru boleh tetapkan objektif pembelajaran dengan merujuk kepada hasil pembelajaran bagi setiap bidang atau unit pembelajaran yang terdapat di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Jasmani (2001) dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Kesihatan (2001). Objektif pembelajaran adalah sebagai rujukan guru dalam merancang aktiviti-aktiviti ke arah pencapaian fokus pembelajaran murid pada sesi pelajaran hari itu.

Sehubungan itu, penilaian eksplisit perlu dijalankan bagi menentukan sama ada objektif pembelajaran tercapai. Dengan ini, guru perlu merancang dengan mengambil kira jenis penilaian yang bersesuaian dengan pencapaian objektif pembelajaran. Jenis penilaian

PEMERHATIAN

Menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah penulisan dan lisan.

LISAN

Mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi di antara guru dengan murid.

PENULISAN

Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid.

Kaedah Penilaian

Kendalian Sekolah

Page 9: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

boleh bersifat menguji kecekapan kemahiran psikomotor, menilai kefahaman yang melibatkan proses kognitif dan memerhati tingkah laku eksplisit murid terhadap amalan nilai afektif. Menetapkan Objektif Dan Penilaian Pembelajaran Objektif Pembelajaran adalah pernyataan eksplisit tentang tingkah laku murid yang boleh dilihat untuk mencapai atau melaksanakan tugasan mengikut domain pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif. Rajah 3, 4 dan 5 adalah perkataan eksplisit tentang tingkah laku murid yang boleh dilihat dan dinilai melalui hasil pembelajaran berdasarkan taksonomi Dave, (1970) bagi domain psikomotor, Krathwohl, Bloom, & Masia, (1964) bagi domain afektif dan Bloom, Engelhart, Furst, Hill, & Krathwohl, (1956) bagi domain kognitif.

Rajah 3. Perkataan eksplisit objektif hasil pembelajaran berdasarkan taksonomi Dave,

(1970) bagi domain psikomotor

Rajah 4. Perkataan eksplisit objektif hasil pembelajaran berdasarkan taksonomi Krathwohl,

Bloom, & Masia, (1964) bagi domain afektif

DOMAIN AFEKTIF

menghormati, merumus, menyelesaikan, membandingkan, membuat sintesis, berusaha, setia

menyelesaikan, mendiskriminasi, mempengaruhi, mempamerkan, bersikap positif

MEMBINA PERWATAKAN

MENGORGANISASI

mengamalkan, mengkaji, memilih, menjaga keselamatan, menghayati, mempelawa, menerangkan

mematuhi, bekerja sama, toleransi, melaporkan, membimbing, menolong, membantu, membaca

menjawab, menunjukkan, memilih, memberi, melakukan, melakonkan, menggunakan, mengikut

MENGHARGAI

PENERIMAAN

BERTINDAK BALAS

DOMAIN PSIKOMOTOR

mengadaptasi, mengorganisasi, mencantumkan, membentuk, menyusun, menggabungkan, mengubah suai, mengenal pasti, mengesan, mempelagaikan

berkemahiran tinggi, membina atau mengatur strategi, mencipta, lakuan tulen

TINDAK BALAS SEMULAJADI

MENGHUBUNGKAIT

melompat, membaling, memukul, mencantum, melakar, memegang, menyambut, menendang

melakukan keseluruhan pergerakan, melakukan pelbagai pergerakan, melakukan pelbagai kemahiran, menggunakan sumber, menggunakan alatan

mengikut contoh, melakukan kemahiran, menunjukkan kemahiran, bertindak balas, menyalin, menjejaki

KETEPATAN PERLAKUAN

MENIRU

MEMANIPULASI

Page 10: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Rajah 5. Perkataan eksplisit objektif hasil pembelajaran berdasarkan taksonomi Bloom,

Engelhart, Furst, Hill, & Krathwohl, (1956) bagi domain kognitif Contoh Pernyataan Objektif Pembelajaran Pencapaian objektif pembelajaran boleh dinilai sama ada di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran atau di akhir unit-unit pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah contoh pernyataan objektif mengikut domain pembelajaran. i. Objektif Pembelajaran Psikomotor: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

murid dapat melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul semasa aktiviti berpasangan, berkumpulan dan permainan kecil.

ii. Objektif Pembelajaran Kognitif: Di akhir unit (bahagian merumus pelajaran) pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hukum-hukum sains yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga.

iii. Objektif Pembelajaran Afektif: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberikan kerjasama dengan berbincang, memberi idea dan menolong rakan dalam aktiviti tugasan serta menunjukkan sikap kejujuran semasa membuat penilaian.

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan 2001, lajur Hasil Pembelajaran mengandungi tiga aras iaitu Aras1, 2 dan 3.

Aras 1 adalah aras yang paling mudah dan dapat dilakukan oleh semua murid.

Aras 2 adalah pemeringkatan dari Aras 1 bagi sesetengah murid.

Aras 3 pula adalah aras yang tinggi, lebih sukar dan menggalakkan pembelajaran kendiri untuk murid yang mempunyai kadar pembelajaran yang lebih cepat.

DOMAIN KOGNITIF

mendiskriminasi, menggabungkan, mereka cipta, mengubahsuai, menghimpun, merancang, mengorganisasi, mengatur semula, membina semula, mencerakin, membuat

urutan, menyelesaikan masalah, kreatif, menganologi,

menyimpul, mengkritik, mewajarkan, menilai, mengadili, merumus, membuat hipotesis, membuat keputusan

PENILAIAN

SINTESIS

memberi contoh, menentukan, membanding, membeza, menambah, meramalkan, membuat inferens, menghubung kait, mencirikan, mengelas, menjana idea, mengitlak, menterjemahkan,

mengasingkan, menghurai, membuat andaian, mengkonsepsikan

mengira, menunjuk cara, mendemonstrasi, menghitung, menyukat, menukar, menjelaskan dengan contoh, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mengukur, mengubah, menyemak, menjana,

mengingati kembali, melebel, menyenarai, memadan, menama, memilih, menghasilkan semula, menyatakan kembali, menulis semula

menjelaskan, mentafsir, mentakrif, memerihal, mengenal pasti, mengasingkan maklumat kepada komponen, menganggar, menerangkan,

ANALISIS

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

APLIKASI

Page 11: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Setiap murid mesti menguasai hasil pembelajaran pada Aras 1. Bagi murid yang mempunyai kebolehan dan keupayaan, adalah digalakkan untuk menguasai Aras 2 dan Aras 3. Setiap aras yang dilalui oleh murid menunjukkan tahap kemampuan seseorang murid dan kreativitinya. Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran ini boleh dirujuk oleh guru bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain atau menambah aktiviti mengikut kebolehan murid. Jadual 1 dan 2 adalah contoh penulisan hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran berdasarkan bidang dan unit pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Jadual 1. Penulisan Hasil Pembelajaran Dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran Berdasarkan

Bidang Dan Unit Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 1

BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Kecergasan Fizikal (a) Daya Tahan

Kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular bermaksud kecekapan jantung salur darah dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa latihan.

(i) Cadangan Aktiviti

Senamrobik 20 minit

Berlari dan berjalan pantas 15 minit

Skiping 15 minit i. Kaedah Latihan ii. Prinsip latihan iii. Prosedur latihan iv. Faedah Latihan v. Aspek-Aspek Keselamatan

Latihan yang sistematik

Mengenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti

Kesesuaian pakaian

Persekitaran atau tempat beraktiviti

Penyeliaan, arahan dan bimbingan

Perlakuan aktiviti

Disiplin murid

Murid dapat : ARAS 1

Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti daya tahan kardiovaskular.

Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti daya tahan kardiovaskular

. ARAS 2

Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti aktiviti daya tahan kardiovaskular.

Menyatakan tiga organ yang terlibat dalam membekalkan oksigen kepada otot semasa aktiviti daya tahan kardiovaskular.

Menyatakan otot utama yang terlibat dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular.

ARAS 3

Menjelaskan kaedah dan faedah latihan daya tahan kardiovaskular.

Menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular melalui kadar nadi.

Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut kebolehan murid. a. Melakukan aktiviti daya

tahan kardiovaskular secara individu dan berpasangan

b. Melabelkan organ-organ yang terlibat dalam membekalkan oksigen kepada otot semasa aktiviti daya tahan kardiovaskular.

c. Membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular.

d. Membincangkan kaedah dan faedah latihan daya tahan kardiovaskular.

Page 12: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Jadual 2. Penulisan Hasil Pembelajaran Dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran Berdasarkan Bidang Dan Unit Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1

BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Kesihatan Diri. Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi/berlebihan. (i) Definisi (ii) Jenis penyakit malnutrisi (iii) Kesan malnutrisi

kurang darah

sembab

mudah pitam

tidak bermaya

obesiti 2. Kekeluargaan. Setiap ahli keluarga mesti memainkan peranan masing-masing bagi memantapkan institusi kekeluargaan dan mengelakkan masalah kekeluargaan. (a) Institusi kekeluargaan (i) Makna perkahwinan (ii) Kerukunan rumah tangga (iii) Menghormati

orang tua

orang sakit

orang berkeperluan khas

(b) Isu kekeluargaan (i) Persefahaman (ii) Menghormati antara satu

sama lain (iii) Jurang generasi (iv) Lari dari rumah (v) Penceraian

Murid dapat : ARAS 1

Menyatakan maksud malnutrisi.

Menyenaraikan penyakit malnutrisi.

ARAS 2

Menjelaskan kesan penyakit malnutrisi.

ARAS 3

Mengenalpasti tanda dan simptom malnutrisi.

Murid dapat: ARAS 1

Menyatakan makna perkahwinan dan kerukunan rumah tangga.

Menyatakan cara menghormati orang yang lebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orang berkeperluan khas.

Menyatakan isu-isu semasa kekeluargaan.

ARAS 2

Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahli keluarga yang sakit dan orang istimewa.

ARAS 3

Membincangkan peranan ahli keluarga untuk mencapai ciri-ciri keluarga bahagia.

Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut kebolehan murid. a. Perbincangan tentang

jenis penyakit malnutrisi.

b. Kuiz. c. Kajian kes berkaitan

tanda dan simptom pengidap malnutrisi.

d. Menggunakan rujukan

pelbagai media berkaitan dengan akibat malnutrisi.

e. Melawat hospital. f. Menyediakan folio

tentang isu kekeluargaan.

g. Main peranan. h. Perbincangan dalam

kumpulan kecil. i. Meneroka isu sumbang

mahram.

Page 13: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Penilaian dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Di Malaysia, penilaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) yang dilaksanakan sekarang ini terbahagi kepada dua iaitu berbentuk penilaian sumatif dan ujian kecergasan. Penilaian berbentuk sumatif dijalankan di akhir semester persekolahan iaitu peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Penilaian berbentuk ujian kecergasan iaitu Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008, Kementerian pelajaran Malaysia (2008). Tumpuan ujian tersebut adalah kepada aspek kecergasan berlandaskan kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS). Melalui PKS, guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen, melaksanakan, merekod hasil, menganalisis maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan. Dalam aspek penilaian murid, penilaian yang sepatutnya dilakukan oleh guru mestilah merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Namun, apa yang diamalkan di sekolah sekarang adalah penilaian terhadap domain kognitif melalui peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun dengan pemberatan 100%. Manakala penilaian bagi domain psikomotor hanyalah melalui komponen kecergasan fizikal iaitu Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) sedangkan dalam kandungan sukatan pelajaran PJPK, tunjang kecergasan dan tunjang kemahiran merupakan tajuk yang menekankan domain psikomotor dan banyak melibatkan penguasaan aspek kemahiran terutamanya dalam tajuk permainan yang diajar kepada murid. Namun guru tidak melaksanakan penilaian yang sepatutnya bagi menilai domain psikomotor ini dan selain daripada itu penilaian bagi domain afektif langsung tidak dinilai secara formal atau eksplisit dalam kelas PJPK.

Penilaian yang dilaksanakan sekarang ini adalah tidak lengkap dan holistik. Bagi

mendapatkan penilaian yang berkesan guru sepatutnya melaksanakan penilaian komprehensif. Penilaian komprehensif yang berkesan merangkumi penilaian secara menyeluruh meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif murid. Peranan guru PJPK adalah mengembang dan meningkatkan prestasi murid bagi mencapai objektif PJPK dalam domain psikomotor, kognitif dan afektif (Hastad & Lacy, 2002). Oleh itu, bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran terutamanya pada hasil pembelajaran murid maka seseorang guru haruslah melaksanakan penilaian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 3 dan 4 adalah contoh penilaian kendalian sekolah dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Jadual 3. Aspek Penilaian Kendalian Sekolah dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan EK-

Aspek yang Dinilai Contoh

Pengetahuan

Memberi definisi tentang kecergasan fizikal.

Menghuraikan fakta tentang sejarah permainan badminton.

Menerangkan kaedah dan prinsip-prinsip latihan bebanan.

Kemahiran Berfikir

Berfikir secara logik tentang proses peningkatan kadar nadi semasa senaman.

Memberi rasional dan alasan berkaitan penyalah gunaan bahan.

Menghuraikan pendapat tentang isu-isu pengajaran dalam Pendidikan Jasmani.

Page 14: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Kemahiran Mengira

Menghitung skor dalam permainan tenis atau menghitung kadar nadi latihan menggunakan formula Karnoven.

Kemahiran Belajar

Mencari maklumat dari pelbagai sumber.

Mengklasifikasikan maklumat berkaitan pemakanan seimbang.

Membuat laporan pertandingan permainan.

Kemahiran Amali

Teknik memukul bola dalam permainan sofbol.

Membuat gaya Fosbury Flop dalam acara lompat tinggi.

Membaca dan memahami peraturan /undang-undang permainan.

Kemahiran Manipulatif

Menggunakan alat kecergasan fizikal.

Menggunakan alatan seperti gelung rotan, bola dan kayu bes.

Menyelenggara alatan seperti lembing, kayu hoki dan cakera.

Kemahiran Bersosial

Berkomunikasi semasa aktiviti pertolongan cemas.

Bertolak ansur semasa menunggu giliran.

Bekerjasama dalam memberikan bantuan semasa aktiviti gimnastik.

Kemahiran Proses Sains

Memerhati teknik pergerakan dalam lompat jauh.

Membuat inferens dalam aktiviti simulasi tangani masalah stress.

Menganalisis maklumat (lakuan pergerakan - kinematik) dalam menangkap bola keranjang.

Perlakuan dan Amalan Nilai Murni

Bantu membantu semasa menjalankan aktiviti senaman.

Berdikari semasa mencari jawapan dalam internet.

Bertanggungjawab menyediakan dan menyiapkan kerja latihan.

Sikap

Bersemangat untuk belajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Gigih mencuba aktiviti sukan yang baharu.

Ingin tahu meneroka kaedah dan latihan dalam bersukan.

Kesihatan dan Kecergasan

Sihat, cergas dan aktif mengamalkan gaya hidup sihat.

Menjaga kebersihan diri dan keselamatan persekitaran.

Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan – ringan dan lasak.

Kemahiran Kinestetik

Bersukan dan pergerakan.

Bergerak secara kreatif.

Bergerak mengikut rangsangan.

Bakat dan Minat

Kesungguhan membuat sesuatu sehingga berjaya.

Kelebihan dalam sesuatu bidang seperti boleh lakukan gaya lompatan Fosbury Flop.

Kecenderungan terhadap sesuatu permainan.

Page 15: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

Jadual 4. Bidang Penilaian yang Perlu Dilaksanakan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

BIDANG PERKARA DINILAI

SYARAT WAJARAN (%)

Fizikal Tahap Kecergasan

Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap kecergasan

10

Psikomotor Permainan Olahraga Pendidikan Pergerakan

Menilai sekurangkurangnya dua aktiviti/permainan setahun.

Menilai sekurangkurangnya satu acara olahraga yang meliputi tiga bidang (larian, balingan, lompatan).

Menilai sekurang-kurangnya satu pendekatan setahun.

20

10

10

Kognitif Ujian Folio

80% markah bahagian Pendidikan Kesihatan dan 20% markah bahagian Pendidikan Jasmani.

Menilai sekurangkurangnya rekod amalan kecergasan murid, pemakanan, tugasan dan penjadualan masa.

20

20

Afektif Amalan Nilai Meliputi amalan nilai dalam bidang fizikal dan psikomotor, pengetahuan nilai dalam bidang kognitif dan pemerhatian guru.

10

Jadual 5. Contoh Instrumen Penilaian Pemerhatian (Badminton)

Bil.

Nama

Rujukan Servis Pukulan Hadapan

Pukulan Kilas

Lob Smesy Jumlah

Gred

Tarikh

1 Boleh lakukan

5 A

Teknik Betul

Φ 0 4

2 Boleh lakukan

0 0 3 B

Teknik Betul

0 0 3

3 Boleh lakukan

TH 4

Teknik Betul

Petunjuk:

a. Tandakan (/) di ruang boleh lakukan, jika boleh melakukan kemahiran. b. Tandakan (/) di ruang teknik betul, jika boleh melakukan kemahiran dengan teknik betul. c. Tandakan (0) jika kemahiran yang dinilai tidak dapat dilakukan. d. Tandakan (TH) jika murid yang dinilai, tidak hadir. e. Tandakan (Φ) jika murid boleh melakukan pada masa yang lain.

(Selepas tindakan susulan atau dalam permainan mini). Skala Kadar: Gred A= mendapat 5 (/) pada boleh lakukan dan 3 atau lebih pada teknik betul.

Gred B= mendapat kurang dari 5 (/) pada boleh lakukan dan kurang dari 3 pada teknik betul.

Page 16: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

RUMUSAN Penilaian kurikulum pendidikan terbahagi kepada jenis formatif dan sumatif yang melibatkan penilaian rujukan berkriteria dan penilaian rujukan norma. Kaedah penilian adalah secara lisan, tulisan dan pemerhatian. Ciri-ciri penilaian yang berkualiti hendaklah berbentuk holistik, fleksibel, sepadu, seimbang, dan berasaskan standard (piawai). Penilaian seeloknya fokus kepada pembelajaran ke arah membina insan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS). Melalui PKS, guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen, melaksanakan, merekod hasil, menganalisis maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan. Di samping itu, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi pelajar.

Seharusnya aspek penilaian pembelajaran pelajar dalam PJPK masa kini perlu

merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Peranan guru PJPK adalah mengembang dan meningkatkan prestasi murid bagi mencapai objektif PJPK dalam domain psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh itu, bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran terutamanya pada hasil pembelajaran murid maka seseorang guru haruslah melaksanakan penilaian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KATA KUNCI Penilaian Pembelajaran Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Penilaian Rujukan Berkriteria Penilaian Rujukan Norma

Penilaian Kendalian/Berasaskan Sekolah Hasil Pembelajaran Domain Psikomotor Domain Kognitif Domain Afektif

PENILAIAN KENDIRI 1. Huraikan konsep penilaian kurikulum pendidikan. 2. Jelaskan kepentingan penilaian kurikulum pendidikan terhadap Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan. 3. Tulis contoh penyataan objektif pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif dalam

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 4. Tuliskan Hasil Pembelajaran dan cadangkan aktiviti pembelajaran berdasarkan bidang

dan unit pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi Tingkatan 2 5. Reka bentuk alat ukur penilaian kendalian sekolah bagi mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Page 17: UNIT 10 MENILAI KURIKULUM - myguru3.upsi.edu.mymyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...1. Mengulas definisi ... 4. Mereka bentuk alat ... masa kini masih lagi berbentuk

RUJUKAN Bloom, B.S., Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.R. (1956). Taxonomy of educational objectives the classification of educational goals handbook

In cognitive domain. New York: David McKay Company, Inc. Dave, RH. (1970). Psychomotor levels developing and writing behavioral objectives. Tuscon

AZ : Educational Innovators Press. Hastad, D. N., & Lacy, A. C. (2002). Measurement and evaluation in physical educaton and

exercise science(4th ed.). Needham Height. Massachusetts: Allyn & Bacon. Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1964). Taxonomy of educational objectives the

classification of educational goals, handbook II: affective domain. New York: David McKay Company, Inc.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu

sekolah menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu

sekolah menengah: Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid

Sekolah Malaysia (SEGAK). Putrajaya: Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.