18
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan | 21 UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami prosedur dan proses kajian tindakan 2. Mengenalpasti dan memahami masalah kajian yang sesuai 3. Merancang tindakan yang sesuai dengan masalah yang dikenal pasti 4. Menilai tindakan yang dijalankan berdasarkan maklumat yang sesuai dan boleh dpercayai PENGENALAN Unit ini akan menjelaskan tentang prosedur dan proses kajian tindakan yang biasanya digunakan oleh guru. Langkah-langkah umum kajian tindakan iaitu Tinjauan Awal, Merancang Tindakan, Melaksanakan Tindakan, Pemerhatian dan Analisis Data dan Refleksi dan Penilaian akan dijelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. ISI KANDUNGAN Langkah-langkah Melaksanakan Kajian Tindakan Langkah1: Tinjauan Awal (Reconnaisance) Mengenal pasti masalah dan fokus kajian Proses kajian tindakan bermula di peringkat ini apabila anda berfikir untuk meneroka dan mengenal pasti masalah yang dihadapi di sekolah serta anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini tidak sukar dilaksanakan kerana pada kebiasaannya, anda sering berbincang secara lisan dengan rakan sejawat yang lebih berpenglaman untuk mendapatakan nasihat dan panduan tentang bagaimana hendak mengatasi sesuatu situasi sosial atau masalah yang dihadapi di sekolah. Maklumat daripada perbincangan itu, boleh anda dijadikan sebagai asas untuk mengenal pasti masalah dan seterusnya menjalankan kajian tindakan secara lebih sistematik. Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya.

UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

  • Upload
    vophuc

  • View
    346

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 21

UNIT 3

TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memahami prosedur dan proses kajian tindakan 2. Mengenalpasti dan memahami masalah kajian yang sesuai 3. Merancang tindakan yang sesuai dengan masalah yang dikenal pasti 4. Menilai tindakan yang dijalankan berdasarkan maklumat yang sesuai dan boleh dpercayai

PENGENALAN

Unit ini akan menjelaskan tentang prosedur dan proses kajian tindakan yang biasanya digunakan oleh guru.

Langkah-langkah umum kajian tindakan iaitu Tinjauan Awal, Merancang Tindakan, Melaksanakan Tindakan,

Pemerhatian dan Analisis Data dan Refleksi dan Penilaian akan dijelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang

sesuai.

ISI KANDUNGAN

Langkah-langkah Melaksanakan Kajian Tindakan

Langkah1: Tinjauan Awal (Reconnaisance) – Mengenal pasti masalah dan fokus kajian

Proses kajian tindakan bermula di peringkat ini apabila anda berfikir untuk meneroka dan mengenal pasti masalah

yang dihadapi di sekolah serta anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini tidak sukar dilaksanakan

kerana pada kebiasaannya, anda sering berbincang secara lisan dengan rakan sejawat yang lebih berpenglaman

untuk mendapatakan nasihat dan panduan tentang bagaimana hendak mengatasi sesuatu situasi sosial atau

masalah yang dihadapi di sekolah. Maklumat daripada perbincangan itu, boleh anda dijadikan sebagai asas untuk

mengenal pasti masalah dan seterusnya menjalankan kajian tindakan secara lebih sistematik.

Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak

memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak

seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang

hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya.

Page 2: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 22

Mengenal pasti isu dan memperkecilkan topik kajian

Fikirkan satu situasi sosial di sekolah yang ingin anda perbaiki dan jawab soalan-soalan berikut:

Jangkaan Jawapan

Apakah yang sedang berlaku?

Bagaimanakan keadaan sesuatu isu/maslah/situasi itu boleh wujud?

Sejauh manakah mustahaknya isu itu kepada pelajar/pengkaji?

Siapakah yang berminat dan boleh membantu saya?

Apakah yang tindakan yang akan dilakukan oleh rakan saya untuk mengatasi keadaan atau situasi berkenaan?

Bagaimana pengalaman saya tentang sesetengah perkara boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini?

Apakah idea baru yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keadaan atau situasi berkenaan?

Rumusan Masalah dan Persoalan Kajian:

Apabila anda mulai bertanya dan memikirkan jawapan bagi persoalan di atas, ini merupakan tanda permulaan anda berminat dan ingin mengenali isu dan mencari idea untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai panduan untuk anda menulis rumusan sesuatu masalah atau persoalan kajian itu, garis panduan berikut boleh digunakan:

Cuba melibatkan masalah atau persoalan kajian yang boleh diambil tindakan

Pilih masalah atau persoalan kajian yang penting bagi pelajar anda

Page 3: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 23

Rumusan masalah atau persoalan kajian perlulah ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal

Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus dan untuk memperbaiki amalan sendiri

Diletakkan dengan baik dalam konteks membina teori-teori daripada amalan sebenar

Setelah masalah dikenal pasti, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut. Misalnya

berapa ramaikah pelajar yang sebernarnya bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan masalah tersebut. Ini

memerlukan maklumat atau data yang sesuai untuk mengetahuinya. Oleh itu, guru perlu lah mengumpul data yang

sesuai melalui pelbagai cara seperti menjalankan ujian pra, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Berdasarkan

maklumat tersebut barulah penyelidik mengetahui sebenarnya tentang magnitud masalah yang telah dikenalpasti.

Cuba anda teliti contoh kajian yang telah dijalankan oleh guru berikut dan bagaimana masalah dikenal pasti dan

difahami.

Isu Keprihatinan

Kajian yang dijalankan ini berfokuskan aspek kemahiran membaca. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak

langsung dapat membantu murid dalam menguasai subjek- subjek lain. Rasional kajian ini dijalankan

memandangkan kumpulan sasaran dalam kajian ini lemah dalam aspek membaca berbanding dengan rakan-rakan

mereka yang lain. Kumpulan sasaran dalam kajian ini gagal dalam membaca beberapa suku kata dan perkataan

mudah yang diberi kepada mereka. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini merupakan satu masalah yang

kompleks dan perlu diatasi agar murid-murid ini tidak tercicir dalam kecemerlangan akademik khususnya dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah sangat penting dalam membimbing murid mengolah ayat

serta ejaan dengan betul dan tepat.

Tinjauan Masalah

Pemerhatian

Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas, pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas pemulihan dan melalui respons

murid kepada soalan - soalan yang diajukan.

Temubual

Kaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap

murid-murid yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Temu bual ini secara

tidak langsung dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka. Sesi temu bual ini dilakukan bersama

murid di sekolah dan bersama ibu bapa atau penjaga dalam sesi pertemuan bersama antara ibu bapa dan

pihak pentadbir dan guru pemulihan.

Ujian Pra

Ujian pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian. Ujian pra yang dijalankan meliputi

beberapa aspek seperti :

a. Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. b. Ujian penulisan melalui pita rakaman.

Page 4: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 24

c. Ujian ( UPCH ) Ujian Pengesanan Tahap bacaan murid.

Analisis Tinjauan Masalah

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya

dapati murid - murid ini lemah dalam aspek kemahiran membaca, kelemahan mereka dikenal pasti dalam

aspek penyebutan terutamanya gabungan beberapa huruf vokal dan konsonan serta perkataan dalam ayat

- ayat mudah yang dibaca. Kebanyakan mereka hanya dapat menyebut gabungan satu suku kata iaitu

gabungan huruf vokal dan konsonan.

Contoh : - B + a D + a C + a

v + k k + v k + v

Temubual

Hasil daripada temu bual yang dijalankan adalah seperti berikut:

Dalam laporan kajian ini, saya hanya memaparkan hasil temu bual saya bersama tiga orang murid sahaja

Dialog 1

Guru: Adakah anda berminat untuk belajar membaca ?

Murid: Ya, saya berminat.

Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?

Murid : Saya rasa malu, cikgu.

Guru : Adakah kamu tahu sebab kenapa kamu tidak pandai membaca ?

Murid: Tak tahu, cikgu.

Guru: Dalam aspek kemahiran membaca, apa yang sukar bagi kamu untuk kuasai?

Murid : Perkataan yang susah dan panjang - panjang.

Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ?

Murid : Tidak.

Dialog 2

Guru : Adakah anda berminat untuk belajar membaca ?

Murid : Ya, saya berminat.

Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?

Page 5: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 25

Murid : Saya tak boleh kuasai subjek - subjek lah.

Guru : Dalam aspek kemahiran membaca, apa yang sukar bagi kamu untuk kuasai?

Murid : Saya tidak pandai nak sebut huruf susah walau kh, dh, gh.

Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ?

Murid : Kadang - kadang.

Guru : Kenapa ?

Murid : Sebab saya tidak pandai membaca.

Dialog 3

Guru : Adakah anda berminat untuk belajar membaca ?

Murid : Kurang minat.

Guru : Kenapa ?

Murid : Susah.

Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?

Murid : Malu diejek kawan.

Guru : Dalam aspek kemahiran membaca, apakah yang sukar untuk dikuasai ?

Murid : Susah nak eja dan susah nak baca huruf yang banyak dalam perkataan.

Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ?

Murid : Tidak, saya hanya belajar di sekolah sahaja.

Guru : Kenapa ?

Murid : Tidak ada orang yang hendak ajar saya.

Ujian-Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran membaca.

Ujian pra yang dijalankan dalam beberapa aspek seperti :

i. Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. ii. Ujian penulisan melalui pita rakaman. iii. Ujian bacaan ke atas setiap orang murid dalam kumpulan sasaran ini.

Page 6: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 26

Jadual 1 menunjukkan dapatan daripada Ujian Pra yang telah saya jalankan :

Jadual 1 : Tahap Penguasaan Murid Dalam Aspek Membaca

Perkara / Aspek Isu Kumpulan Sasaran

Lemah Sangat Lemah

Penguasaan Huruf 6 2

Penguasaan Huruf Besar dan Huruf Kecil 4 4

Penguasaan KV ( ba) 5 3

Penguasaan KVK ( Lam ) 6 2

Penguasaan K+ K ( ng, ny ) 2 6

Penguasaan V + V ( au, ai ) 6 2

(Di petik daripada laporan kajian tindakan yang bertajuk “Meningkatkan Peratus Murid Pemulihan dalam Menguasai

Kemahiran Membaca dengan Kaedah Formula One” oleh Norizan bt. Hj Mamat, Sekolah Menengah Kebangsaan

Pelagat, Besut. Terengganu.)

Daripada contoh di atas, jelaslah bahawa pengkaji telah betul-betul dapat melihat magnitud masalah yang dikenal

pasti untuk dikaji. Data-data yang diperolehi melalui temu bual, pemerhatian, uji pra dapat membantu pengkaji

memahai masalah dengan lebih baik lagi. Setelah pengkaji mempunyai kefahaman yang jelas tentang masalah

kajian, maka baru lah perancangan yang sesuai boleh dilakukan.

Langkah 2: Merancang Tindakan

Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerja-

kerja kajian selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah berikut:

Menulis pernyataan fokus kajian

Definisikan pembolehubah yang berkaitan

Bentuk soalan kajian

Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan

Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat

Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan

Bina garis masa (timeline) kajian

Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan

Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

Page 7: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 27

Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. Di peringkat sekolah

misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang kajian tindakan. Sebagaimana

yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan ini adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif

dengan rakan sekerja yang lain.

Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut:

Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar’, sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut: - Pelajar manakah yang tidak berminat?

- Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?

- Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza?

- Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau matapelajaran- matapelajaran tertentu

sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat?

- Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar?

Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. Pengumpulan maklumat

berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan

serta membentuk kategori-kategori yang sesuai berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’.

Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan

Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah: - tugas dan tanggungjawab,

- aktiviti-aktiviti, - bahan-bahan, - struktur organisasi, - falsafah dan konsep baru tentang perubahan, - bagaimana aktiviti dijalankan, - jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan, - cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan – formatif & sumatif, - keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan, kelengkapan, tenaga, dan masa.

Merancang tindakan bertujuan untuk menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan termasuk tugas dan

tanggung jawab kumpulan, serta tempoh kajian. Kita harus membuat perancangan yang baru sekiranya

perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. Pelan perancangan perlulah fleksibel bagi membolehkan ubahsuaian

dibuat sekiranya menghadapi masalah atau kekangan yang tidak diduga.

Page 8: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 28

Contoh Perancangan Tindakan

Berikut diberikan contoh perancangan yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik kajian tindakan dalam merancang tindakan.

(Dipetik daripada laporan Kajian Tindakan bertajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Bilangan - Kumpulan Penyelidik: Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh, Perak Darul Ridzuan).

Perancangan Tindakan

Tumpuan kajian kitaran pertama ini adalah untuk menangani masalah pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan kata sendi dan kata bilangan yang betul supaya tidak timbul kekeliruan dalam menggunakannya. Fokus kajian ini adalah terhadap amalan pengajaran guru.

Berdasarkan tinjauan awal yang telah kami lakukan, pihak kami membuat perancangan kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan kata sendi dan kata bilangan. Oleh itu, kami telah merancang mengadakan sesi pengajaran yang khusus memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut. Pengajaran bagi kedua-dua unsur dalam tatabahasa ini perlu dijalankan secara khusus. Sebelum melaksanakan pengajaran tersebut, rancangan pelajaran perlu disediakan dengan teliti supaya pengajaran yang akan dilaksanakan akan mencapai objektifnya. Sesi pengajaran yang akan dijalankan adalah sebanyak dua kali yang khususnya memberi tumpuan kepada penggunaan kata sendi dan kata bilangan yang betul.

Contoh perancangan pengajaran:

Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang disediakan untuk sesi pengajaran tersebut:

Set A

Butiran am:

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 9 Mei 2002

Masa : 8.40pg – 9.40pg (60 minit)

Kelas : 5 Melati

Bilangan pelajar : 38 orang

Tajuk : Kata sendi

Objektif Umum : Mengetahui penggunaan Kata Sendi

Objektif Khusus : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. membina ayat berdasarkan kata sendi yang diberi ii. membetulkan kesalahan penggunaan kata sendi yang terdapat dalam ayat

Alat Bantu Mengajar : Papan gulung, lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah pun didedahkan dengan aspek membetulkan kesalahan kata dalam ayat

Nilai : Berusaha, kerjasama, yakin

Page 9: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 29

Rujukan guru : 1) Mastura Abd. Basar, Fatimah Azzahara bt Mat Yunus, Bahasa Melayu Tahun 5, Sasbadi Sdn Bhd

2) Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, DBP:K. Lumpur

3) Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan, DBP:K.Lumpur

Rujukan murid : Bahasa Melayu Tahun 5, DBP:K.Lumpur

Langkah Pengajaran

Set Induksi

Guru mengemukakan satu contoh ayat yang ada dalam kata sendi

Langkah 1

Guru menerangkan konsep kata sendi

Langkah 2

Guru menyenaraikan kata-kata sendi yang terdapat dalam BM. Guru menerangkan fungsi bagi setiap kata sendi tersebut

Langkah 3

Guru mengemukakan ayat-ayat contoh yang menggunakan kata sendi

Langkah 4

Guru mengemukakan kebiasaan-kebiasaan kesalahan kata sendi yang sering dilakukan oleh murid-murid

Pengukuhan

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Murid-murid diminta berbincang secara berpasangan supaya membetulkan semula kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut

Penilaian

Guru menunjukkan ayat-ayat di papan gulung yang mengandungi kesalahan penggunaan kata sendi dalam ayat.

Set B

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 11 Mei 2002

Masa : 8.40pg. – 9.40pg. (60 minit)

Kelas : 5 Melati

Bilangan murid : 38 orang

Tajuk : Kata bilangan

Objektif umum : Mengetahui penggunaan kata bilangan

Page 10: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 30

Objektif khusus : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1) membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan tepat

2) membetulkan kesalahan kata arah yang terdapat dalam ayat

Alat Bantu Mengajar : OHP, transparensi, petikan, lembaran kerja

Nilai : Menghargai, bekerjasama, berusaha

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah diajar penjodoh bilangan

Rujukan guru : 1) Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, DBP:K.Lumpur

2) Mastura Abd. Basar, Fatimah Azzahara Mat Yunus, Bahasa Melayu Tahun 5, Sasbadi Sdn Bhd.

Rujukan murid : Bahasa Melayu Tahun 5, DBP:K.Lumpur

Langkah Pengajaran

Set Induksi

Guru bersoaljawab dengan murid-murid berkenaan dengan penjodoh bilangan

Langkah 1

Guru memperkenalkan tajuk pelajaran. Guru menyenaraikan beberapa contoh kata bilangan

Langkah 2

Guru memandu murid-murid langkah demi langkah untuk mendapatkan satu hukum atau peraturan dalam penggunaan kata bilangan

Langkah 3

Guru menayangkan transperansi untuk latihan latih tubi tukar ganti mudah. Guru menunjukkan contoh-contoh penggunaan kata bilangan.

Contoh: Tukar ganti subjek

Berbulan-bulan

Berminggu-minggu Masa pelayarannya dihabiskan di Lautan Hindi

Bertahun-tahun

Langkah 4

Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid. Murid diminta menggariskan penggunaan kata bilangan yang salah dalam petikan tersebut. Guru menyuruh murid-murid membetulkan semula kesalahan kata bilangan tersebut.

Page 11: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 31

Penilaian

Guru menyuruh murid menulis semula ayat yang mengandungi kata bilangan yang salah di papan tulis

Pengukuhan

Guru meminta murid-murid membina ayat-ayat dengan menggunakan kata bilangan yang disediakan.

Contoh di atas menunjukkan satu perancangan tindakan yang telah dirancang oleh penyelidik kajian tindakan. Tindakan yang merupakan beberapa set perancangan pengajaran yang akan digunakan oleh penyelidik dalam langkah seterusnya iaitu langkah Menjalankan Tindakan.

Merancang kajian tindakan: Sila isikan cadangan perancangan anda dalam lajur sebelah

kanan.

Proses

Merancang

Perkara yang perlu dipertimbangkan (Diubahsuai daripada Kemmis & McTaggart,

1988)

Catatan

Langkah 1 Menulis pernyataan fokus kajian

Langkah 2 Definisikan pembolehubah yang berkaitan

Langkah 3 Bentuk soalan kajian

Langkah 4 Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan

Langkah 5 Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat

Langkah 6 Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan

Langkah 7 Bina garis masa (timeline) kajian

Langkah 8 Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan

Page 12: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 32

Langkah 9 Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas membantu anda membuat perancangan yang komprehensif supaya

tindakan yang bakal diambil bertepatan dengan masalah yang ingin di atasi. Sehubungan itu, fokus perancangan

perlulah kepada masalah kajian dan aspek tindakan atau intervensi yang perlu diambil sebagaimana yang anda

catatkan pada Langkah 4 dalam jadual di atas. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995)

telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut:

(i) Tentukan matlamat cadangan tindakan,

(ii) Mengapa tindakan itu diambil dan

(iii) Senaraikan tindakan yang perlu diambil, dan nyatakan bentuknya seperti: aktiviti, bahan dan tanggung

jawab dan tugas.

Juga semasa membuat perancangan tindakan itu anda dinasihatkan: i) Berfikiran terbuka, ii) Bersikap kritikal, iii)

Bertanggungjawab dan iv) Menilai kendiri.

Langkah 3: Menjalankan Tindakan

Pada peringkat ini anda sudahpun mengenal pasti tindakan atau intervensi yang paling sesuai untuk mengatasi

situasi sosial yang berlaku di sekolah anda. Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat

keberkesanannya. Kumpulan akan mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam

melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan

keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi pengajaran, maka perlu ada

ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat

yang diperlukan.

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara

kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain. Sebaik-baiknya cuba libatkan lebih ramai rakan anda untuk membantu

melaksanakan kegiatan tindakan. Di peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi

mencadang dan merancang tindakan. Tindakan atau intervensi anda itu misalnya, mungkin melibatkan beberapa

sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan menggunakan pendekatan dan strategi pembelajaran yang

berbeza. Dalam hal ini, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan

pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Dengan kata lain, ada yang terlibat dalam melaksanakan

tindakan dan ada juga yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan

yang telah dipilih dan dikenal pasti itu.

Langkah 4: Pemerhatian dan Data Analisis

Semasa guru menjalankan tindakan yang dirancangkan, proses pengumpulan data juga boleh dilakukan melalui

pemerhatian bilik darjah yang dilakukan oleh rakan pengkaji atau rakaman video boleh dilakukan. Di samping itu,

Page 13: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 33

data daripada bentuk-bentuk lain seperti ujian dan lain-lain bentuk pentaksiran juga boleh dijalankan. Setelah

selesai sesuatu tindakan dijalankan, pengumpulan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah

seperti temu bual, analisis kerja pelajar, soa selidik dan sebagainya. Setelah data dikumpul melalui pelbagai kaedah

dan sumber, maka data tersebut perlu dianalisis dan diinterpretasi. Kaedah analisis dan interpretasi bergantung

kepada bentuk data yang dikumpul, sama ada data kuantitatif atau data kualitatif. Yang pentingnya adalah

penyelidik perlu mengumpul bukti untuk dijadikan asas kepada kesimpulan yang akan dibuat sama ada tindakan

yang dirancang dan dijalankan berkesan atau tidak, dapat mengubah atau tidak. Analisis dan interpretasi data akan

dijadikan asas dalam langkah seterusnya iaitu langkah penilaian dan refleksi.

Terdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk mengumpul data dan ini bergantung kepada keperluan kajian.

Bahan-bahan berkenaan boleh didapati daripada:

bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah, minit mesyuarat, rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya

rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas, pelaksanaan program kokurikulum

nota yang dibuat hasil dari temu bual, misalnya temu bual dengan pelajar

foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji.

Catatan buku diari dan nota-nota kerja

Ujian bertulis dan soal selidik kepada pelajar

Langkah 5: Melakukan Refleksi

Selepas tindakan dirancang dan dilaksanakan, aktiviti penilaian dan refleksi mesti dijalankan. Penilaian dan refleksi

boleh dijalankan oleh anda sendiri sebagai pengkaji, atau bersama pihak lain seperti rakan anda melalui

perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis, sintesis,

interpretasi, menjelas dan membuat kesimpulan.

Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk

memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Brookfield (1995) pula menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif

mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan

yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut (dalam

Nor Hasniza, 2005, ms. 13). Dengan perkataan lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati

melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada

sesuatu situasi atau tindakan.

Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh maklumat

dan data yang digunakan dan diperolehi selepas melaksanakan tindakan. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti

perkara-perkara berikut dengan menjawab soalan-soalan berikut secara jujur:

Page 14: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 34

Penilaian dan Refleksi: Cuba anda teliti soalan-soalan yang diberikan dan fikirkan kemungkinan

jawapan yang sesuai.

Soalan Reflektif Jangkaan Jawapan

Berkaitan Kajian Tindakan:

Apakah pandangan rakan anda tentang

rancangan dan pelan tindakan yang disediakan?

Apakah reaksi anda terhadap komen orang lain

terhadap usaha atau tindakan anda itu?

Sejauh manakah komen-komen tersebut

membantu anda?

Adakah langkah-langkah yang anda rancang itu

bersesuaian dan mencukupi?

Sejauh manakah tindakan atau intervensi itu

dapat membantu mengatasi situasi sosial atau

masalah yang dihadapi di sekolah anda?

Apakah cadangan-cadagan lain untuk

memperbaiki keadaan?

Berkaitan Fahaman Pengkaji

Apakah persepsi dan falsafah diri anda ke

atas isu?

Apakah kesedaran baru yang anda perolehi

selepas melaksanakan kajian tindakan ini?

Apakah kemahiran tertentu yang perlu

dikuasai untuk mempertingkatkan

profesionalime anda?

Apakah tindakan seterusnya yang anda akan

ambil/rancang untuk memperbaiki keadaan?

Rumusan:

Anggapan bahawa …………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

Page 15: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 35

Latihan di atas memberi penekanan kepada usaha untuk:

i. menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Ini dilakukan dengan menilai bahagian yang perlu diperbaiki, mengenalpasti panduan yang telah diikuti atau lain-lain perkara untuk pusingan yang selanjutnya, dan

ii. membuat pemantauan kendiri tentang apa yang telah dilakukan, halangan yang wujud, masalah yang telah timbul, ambil pandangan orang lain terhadap masalah yang dihadapi dan cara kita menangani masalah berkenaan pada masa kan datang.

Langkah menilai tindakan yang dibincangkan adalah langkah yang amat penting kerana sesuatu keberkesanan tindakan dapat dikaji dengan teliti dan sistematik melalui langkah ini. Kepentingan penilaian kepada Kajian tindakan adalah banyak, antaranya:

menukur keberkesanan proses kajian

menunjukkan bahagian yang perlu dibaiki

menunjukkan kelemahan dalam arahan

mengukur pencvapaian objektif kajian

sebagai penduan untuk pusingan kajian seterusnya.

Contoh Penilaian dan Refleksi:

Penilaian dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas Daripada Ujian Awal dan Ujian Akhir

Bagi mengetahui perkembangan atau sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan tindakan iaitu dalam pengajaran

dan pembelajaran yang telah dijalankan, maka ujian akhir telah dijalankan. Ujian ini meliputi aspek-aspek

penggunaan kata sendi dan kata bilangan. Berdasarkan hasilan Ujian Akhir ini terdapat kemajuan yang ditunjukkan

oleh murid-murid ini. Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh murid semakin berkurangan. Hasil dapatan adalah

seperti berikut:

JENIS KATA UJIAN AWAL UJIAN AKHIR

KATA SENDI 73 29

KATA BILANGAN 60 23

Analisis dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas daripada Pemerhatian Pengajaran

Pemerhatian telah pun dilakukan bagi kedua-dua sesi pengajaran itu. Tingkahlaku pengajaran guru diperhatikan dan

dicatatkan dengan menggunakan boring pemerhatian seperti yang digunakan dalam tinjauan awal kajian ini.

Tingkahlaku guru yang mengajar dicatatkan melalui borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item

tertentu.

Page 16: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 36

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, kami mendapati pengajaran guru menunjukkan peningkatan dalam

sesetengah aspek. Guru telah dapat mengatasi beberapa kelemahan yang menjadi punca bagi masalah yang

timbul.

Hasil analisis perlakuan guru menunjukkan bahawa dalam tiga minggu yang diperhatikan, guru telah dapat

meningkatkan peratusan aspek-aspek perlakuan tertentu.

Contoh:

a) Membetulkan kesalahan kata sendi dan kata bilangan secara lisan.

(Minggu 1 – 20, Minggu 2 – 15, Minggu 3 – 10)

b) Latihan khusus dalam pengajaran kata sendi dan kata bilangan

(Minggu 1 – 7, Minggu 2 – 9, Minggu 3 – 12)

Secara keseluruhannya, hasil dapatan analisis pemerhatian aspek-aspek tertentu tentang perlakuan guru dalam

pengajaran guru lebih memberi tumpuan kepada latihan khusus dalam pengajaran aspek kata sendi dan kata

bilangan ini. Guru dapat mengurangkan penekanan kepada penerangan tentang pengajaran fungsi bagi kedua-dua

jenis kata ini. Perubahan perlakuan guru ini menunjukkan bahawa guru telah lebih prihatin kepada masalah

pembelajaran pelajaran dan guru diperhatikah lebih banyak memberi respon kepada masalah mereka.

Refleksi dan Penilaian Kendiri Setelah Perlaksanaan Kajian Tindakan

Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian dalam kitaran pertama ini, penyelidik membuat beberapa rumusan

tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah:

a) Pengalaman menjalankan kajian ini telah menunjukkan kepada guru bahawa pencapaian murid banyak

dipengaruhi oleh amalan mengajar yang ada pada jangkaan guru tidak mempengaruhi proses pengajaran. Amalan-

amalan guru termasuklah brecakap terlalu cepat, bentuk soalan, hubungan guru-murid, dan beberapa amalan lain.

Melalui pengalaman ini, guru mendapati amalan-amalan demikian adalah antara faktor yang membuatkan murid

menjadi bosan an tidak memberikan tumpuan kepada pelajaran. Amalan ini apabila berlaku berulang kali akan

menjejaskan proses pembelajaran murid.

b) Kajian ini juga menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid boleh dipertingkatkan apabila masalah

sebenar yang dihadapi oleh mereka dalam proses pembelajaran dapat diatasi. Bagi memahami masalah murid,

guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan mereka dalam sesuatu pelajaran seperti mengantuk,

berbual-bual ketika guru mengajar, tidak aktif dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan itu adalah petunjuk kepada

keberkesanan pengajaran guru.

Walaupun begitu, segala kelemahan yang timbul ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah guru

terlalu terikat dengan beban sukatan pelajaran yang ketat. Guru kadangkala terpaksa berkejar untuk menghabiskan

sukatan tanpa mengambil kira prestasi murid. Selain itu, wujud juga masalah tumpuan pengajaran yang terlalu

cenderung kepada peperiksaan. Guru BM ini juga terpaksa mengajar kelas BM yang banyak. Ini menyebabkan

timbul beberapa kesulitan yang akhirnya menjejaskan kualiti pengajarannya.

Page 17: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 37

(Dipetik daripada Laporan Kajian Tindakan bertajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Bilangan - Kumpulan Penyelidik: Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh, Perak Darul Ridzuan).

RUMUSAN

Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin, ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

KATA KUNCI

1. Tinjauan Awal

2. Perancangan Tindakan

3. Pelaksanaan Tindakan

4. Pemerhatian Dan Analisis Data

5. Penilaian Dan Refleksi

PENILAIAN KENDIRI

1. Pada pandangan anda, sejauhamana kah proses dan prosedur kajian tindakan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah anda?

2. Refleksi merupakan proses yang penting dalam kajian tindakan. Dalam langkah yang manakah refleksi sangat diperlukan dalam kajian tindakan?

RUJUKAN

Elliot, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988) The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press.

Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Page 18: UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIANmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview...Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang

K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 38