9
1.0 LATAR BELAKANG Jurnal ini merupakan hasil kajian oleh Jos C. N. Raadschelders dan Kwang-Hoon Lee terhadap Trends in the Study of Public Administration : Empirical and Qualitative Observations from Public Administration Review, 2000 - 2009 (Gaya Pembelajaran Pentadbiran Awam : Pemerhatian Kualitatif dan Empirikal daripada Ulasan Pentadbiran Awam tahun 2000 - 2009 ). Jos C. N. Raadschelders merupakan seorang profesor pentadbiran awam di Universiti Oklahoma. Manakala Kwang-Hoon Lee ialah seorang pelajar kedoktoran juga dari Universiti Oklahama. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memahami bahawa model statistikal adalah komponen utama dalam sains rangkaian yang menunjukkan kesepaduan perkembangan dalam teori, metod dan aplikasi rangkaian dalam beberapa disiplin saintifik. Pentadbiran awam adalah sebuah organisasi yang mengurus manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan dan satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau negara. Fungsi- fungsi pengurusan awam dijalankan dalam dua bentuk iaitu pengurusan sumber manusia dan pengurusan sumber bukan manusia seperti Pengurusan Kewangan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Aset.

Ulasan Jurnal Hubby

  • Upload
    dyglynx

  • View
    1.067

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh ulasan jurnal

Citation preview

Page 1: Ulasan Jurnal Hubby

1.0 LATAR BELAKANG

Jurnal ini merupakan hasil kajian oleh Jos C. N. Raadschelders dan Kwang-

Hoon Lee terhadap “Trends in the Study of Public Administration : Empirical and

Qualitative Observations from Public Administration Review, 2000 - 2009” (Gaya

Pembelajaran Pentadbiran Awam : Pemerhatian Kualitatif dan Empirikal daripada

Ulasan Pentadbiran Awam tahun 2000 - 2009 ). Jos C. N. Raadschelders merupakan

seorang profesor pentadbiran awam di Universiti Oklahoma. Manakala Kwang-Hoon

Lee ialah seorang pelajar kedoktoran juga dari Universiti Oklahama. Perbincangan

dalam jurnal ini adalah untuk memahami bahawa model statistikal adalah komponen

utama dalam sains rangkaian yang menunjukkan kesepaduan perkembangan dalam

teori, metod dan aplikasi rangkaian dalam beberapa disiplin saintifik.

Pentadbiran awam adalah sebuah organisasi yang mengurus manusia dan

benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan dan satu `seni sains

pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri

atau negara. Fungsi-fungsi pengurusan awam dijalankan dalam dua bentuk iaitu

pengurusan sumber manusia dan pengurusan sumber bukan manusia seperti

Pengurusan Kewangan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Aset.

Pentadbiran awam juga boleh didefinisikan secara meluas sebagai

perkembangan, pelaksanaan dan kajian tentang cabang polisi kerajaan. Hari ini,

pentadbiran awam biasanya dikaitkan dengan tanggungjawab untuk menentukan

polisi dan program kerajaan. Secara khusus, merancang, menganjur, mengarah,

mengkoordinasi dan mengawal operasi kerajaan. Pentadbiran awam dijalankan oleh

Page 2: Ulasan Jurnal Hubby

penjawat awam yang bekerja di jabatan awam dan agensi dan melaksanakan

pelbagai jenis tugas.

2.0          SASARAN PEMBACA

Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian jurnal ini adalah ditujukan kepada

pengamal akademik, pelajar sains sosial dan sains politik. Idea ini kemudiannya

dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat keperluan

sebenar topik yang perlu diberi lebih perhatian dalam bidang pentadbiran awam.

3.0          RUMUSAN JURNAL

Secara keseluruhannya jurnal ini cuba memberikan pandangan kepada

pembaca tentang perkembangan dalam pentadbiran awam sejak dari pertama kali

kewujudannya selama 70 tahun. Ulasan ini melibatkan pemerhatian kualitatif dan

empirikal dari tahun 2000 hingga 2009 dalam pentadbiran awam.

Pemerhatian kuantittatif selama sepuluh tahun bermula dari tahun 2000

menunjukkan bahawa sebanyak 999 artikel, ulasan buku telah diterbitkan dalam

Public Administration Review. Daripada 999 dokumen ini, 95 telah diterbitkan dalam

isu khas melibatkan kolaborasi bersama pengurusan awam. Antara topik yang diulas

dalam Public Administration Review sepanjang sepuluh tahun ini adalah bidang

akademik, sejarah, organisasi, pengurusan, undang-undang, belanjawan dan hal

ehwal kakitangan. Antara penerbit dan penulis yang terlibat dalam ulasan

pentadbiran awam adalah.

Page 3: Ulasan Jurnal Hubby

Penulis-penulis ini dapat dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu

American Academician, Foreign Academician, American Practitioner dan Foreign

Practitioner. Penulis dalam kategori academician adalah daripada kalangan warga

institut kajian atau sekolah. Manakala pengamal (practitioner) adalah kakitangan

atau pekerja dalam bidang organisasi tidak berasas keuntungan. Antara negara lain

yang menyumbang dalam ulasan ini termasuklah United Kingdom, Kanada,

Australia, Netherland, China, Hong Kong dan Korea Selatan.

Penulis mendapati bahawa sumbangan pengamal dalam ulasan semakin

menurun berbanding pada sekitar tahun 1970-an. Ini dijelaskan beliau dalam jadual 3

yang menunjukkan penurunan yang signifikan dan pada tahun 2000 hingga 2009

hanya 6.8% sahaja ulasan datang daripada pengamal dan selebihnya 93.7%

daripada academician.

Daripada kajian penulis, enam topik taksonomi yang sering mendapat ulasan

dalam pentadbiran awam ialah topik berkenaan pembangunan pentadbiran,

pendidikan, ulasan pentadbiran awam, politik, kemasyarakatan dan keganasan serta

tambahan 15 topik typologi yang biasa. Dalam jadual 4, jelas menunjukkan bahawa

topik yang paling banyak diterbitkan dalam ulasan pentadbiran awam sepanjang

tahun 2000 hingga 2009 ialah topik berkaitan pengurusan. Sebanyak 112 artikel, 30

ulasan buku dan 10 jawapan yang membawa kepada keseluruhan 152 dokumen

telah diterbitkan berkaitan pengurusan.

Page 4: Ulasan Jurnal Hubby

Untuk ulasan artikel, sepuluh topik yang teratas adalah pengurusan,

kakitangan, organisasi, polisi, kajian, birokrasi, belanjawan dan kewangan,

penglibatan warganegara, informasi dan etika.

Seterusnya, penulis membincangkan pemerhatian kualitatif sepanjang

sepuluh tahun lalu dan terdapat tiga tema utama dalam pentadbiran awam. Yang

pertama adalah “New Public Management”, kedua “Administrative Responsiveness

to Social, Economic and Political Events” dan “Practitioner-Academician Relationsip”.

Tema yang pertama iaitu New Public Management mengungguli kajian dan

praktis dalam pentadbiran awam sejak 30 tahun yang lalu.

Dalam pemerhatian kualitatif ini, penulis mendapati bahawa terdapat

peningkatan dalam jumlah mukasurat yang dihasilkan dalam Public Administration

Review dan dengan itu telah membolehkan penerbitan lebih banyak artikel.

Sehubungan dengan itu, penulis ingin mencadangkan bahawa lebih banyak

perhatian patut diberikan kepada hubungan pentadbiran politik kerana interaksi

antara politik dan pentadbiran berevolusi secara berterusan seiring dengan

perubahan sekeliling. Masalah dalam pentadbiran bukanlah secara teknikal atau

instrumental tetapi harus dinilai dari pelbagai aspek seperti asas politik khususnya

apabila pelbagai isu harus diberi perhatian selain menyatupadukan masyarakat.

Penulis turut menyatakan bahawa lebih banyak kajian dilakukan berdasarkan

pengaruh penjawat awam dalam pembuatan dan penguatkuasaan polisi awam.

Page 5: Ulasan Jurnal Hubby

Seperti yang telah diulas oleh penulis pada awal jurnalnya, terdapat beberapa

topik yang menjadi tumpuan pengulas Public Administration. Oleh itu, Raadschelders

dan Kwang-Hoon Lee turut mencadangkan bahawa lebih perhatian diberikan kepada

asas pentadbiran awam iaitu ontologi dan epistomologi. Peningkatan kajian empirikal

menggunakan kaedah kajian statistikal-kuntitatif menunjukkan bahawa penulis lebih

fokus kepada penggunaan metod dalam kajian.

Selain itu, Public Administration Review juga perlu menggalakkan lebih

banyak artikel secara general dan memberi kesan dalam tempoh jangka panjang.

Pandangan umum harus ada untuk mana-mana bidang polisi di mana pihak kerajaan

secara aktif memberikan perkhidmatan.

Di dalam ulasan jurnal ini juga, penulis membangkitkan isu bagaimana artikel

ahli akademik diterima oleh komuniti pengamal. Dalam sebuah kajian oleh Starbuck

pada tahun 2006 menyatakan pemerhatian yang beliau lakukan bahawa kurang

perhatian kepada kepentingan kajian melibatkan ahli akademik. Penulis

menjangkakan bahawa artikel-artikel ini adalah relevan kepada pengamal.

Walaubagaimanapun, penyelidikan dibuat sama ada pihak pengamal benar-benar

menggunakan artikel ahli akademik ini sebagai sumber informasi untuk proses

pembuatan polisi.

Page 6: Ulasan Jurnal Hubby

Selama sepuluh tahun yang lepas, hanya sedikit artikel sejarah yang ditulis

dalam Public Administration Review. Ini kerana sebahagian sifat kegunaan kuantiti

informasi yang menekankan hal-hal lepas. Kebanyakan penerbitan dengan

pendekatan sejarah melibatkan sebuah organisasi atau perkembangan berdasarkan

teori politik seiring dengan masa.

Pendekatan sejarah biasanya berdasarkan perbandingan silang masa,

seterusnya kepada yang lebih asas iaitu perbandingan silang tingkat, silang polisi

dan silang nasional. Bilangan artikel berbentuk perbandingan dalam Ulasan

Pentadbiran Awam agak sederhana jumlahnya, namun dalam dunia yang semakin

global lebih banyak artikel berbentuk perbandingan dan bertaraf antarabangsa patut

diterbitkan.

Perbandingan ini seharusnya tidak dihadkan kepada satu negara atau satu

organisasi sahaja seperti yang dilakukan dalam kajian kes. Dan dalam dekad yang

terkini, lebih banyak ulasan diterima oleh Public Administration Review dari seluruh

dunia dan ini merupakan petanda baik yang akan menggalakkan lebih banyak artikel

seperti ini diterbitkan.

Page 7: Ulasan Jurnal Hubby

4.0 GAYA PENULISAN

             Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujah, pendapat dan bukti

serta sokongan daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar atau

dalam negara. Namun begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah

difahami tentang mesej yang cuba dibawa dalam penulisannya ini. Melalui sokongan

dan bukti kejayaan yang dikemukakan juga, penulis difikirkan berjaya meyakinkan

pembaca tentang kupasan kuantitatif dan kualitatif dalam pentadbiran awam selama

satu dekad.

5.0 KREDIBILITI KANDUNGAN

             Bagi pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan

penulisan penulis. Ini kerana setiap hujah penulis disertakan dengan sokongan

pendapat para ilmuan, bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang meyakinkan.

Bagi pengkaji penulis berjaya menyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan

yang dikemukakan ini.

Page 8: Ulasan Jurnal Hubby

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

             Penulisan jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis

berpegang kepada fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam

menguatkan hujah yang diberikan. Penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran

kepada pembaca tentang perkembangan dan impak terhadap kemajuan dan

perubahan dalam sistem pentadbiran awam dari dahulu sehingga sekarang.

Dari penulisan ini juga penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang

apakah topik yang patut diberikan lebih perhatian dan dikaji dalam kajian semula

pentadbiran awam. Antara topik yang mendapat perhatian adalah hubungan

pentadbiran politik, asas ontologi dan epistomologi, hubungan kerajaan dalam sains

sosial, kajian akademik oleh pengamal dan sejarah pentadbiran awam.

Page 9: Ulasan Jurnal Hubby

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai

perkembangan dalam ulasan pentadbiran awam dari awal kewujudannya sehingga

sekarang. Public Administration Review telah menerbitkan artikel dalam setiap

kepakaran dalam kajiannya. Kandungan dalam ulasan adalah reflek dan ada

kesinambungan dengan ulasan dalam dekad-dekad sebelum ini. Seiring dengan

peredaran zaman, ulasan-ulasan jurnal ini menggunakan pendekatan serta metod

yang semakin pelbagai dan statistikal-kuantitatif dan empirikal antara pendekatan

yang sering digunakan.

Pengulas wanita dan pengulas asing juga semakin meningkat bilangannya.

Walaubagaimanapun, semakin kurang bilangan pengamal (practitioner) yang

memberi sumbangan kepada pengulasan jurnal dalam Public Administration Review.

Editor telah cuba untuk mengatasi kemelut ini dengan mewujudkan kajian kes

berkaitan pengamal. Penulis juga menyatakan bahawa tidak diketahui dengan pasti

siapakah golongan yang membaca ulasan pentadbiran awam dan bagaimana

kandungannya digunakan di luar persekitaran akademik dan apakah yang

diharapkan oleh pengamal daripada Public Administration Review.

Page 10: Ulasan Jurnal Hubby

8.0 BIBLIOGRAFI

Jos, C.N. R and Kwang-Hoon, L. (2011). Trends in the Study of Public Administration

: Empirical and Qualitative Observations from Public Administration Review,

2000 – 2009. Universiti Oklahoma.