(TVET) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

  • View
    270

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of (TVET) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

  • 1

    MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA

    BERPENDAPATAN TINGGI

    MAJLIS AMANAH RAKYAT

  • 2

    MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA

    BERPENDAPATAN TINGGI

    NORSYUHAILI BT HJ SHAHARUDDIN

    norsyuhaili@mara.gov.my

    Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Tingkat 22 , No.21,

    Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jalan MARA, 50609, Kuala Lumpur

    SAMSOL KAMAL BIN MOHD SAAD

    samsolkamal@unikl.edu.my

    Pusat Pembelajaran Lanjutan & Berterusan, Universiti Kuala Lumpur,

    1016 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur

    MOHD SALLEH BIN MAT YUSOP

    salleh.yusop@mara.gov.my

    Bahagian Kemahiran Teknikal, Tingkat 21, No.21,

    Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jalan MARA, 50609, Kuala Lumpur

    mailto:norsyuhaili@mara.gov.mymailto:samsolkamal@unikl.edu.mymailto:salleh.yusop@mara.gov.my

  • 3

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    Abstrak 4

    1.0 Pengenalan

    1.1 Latar belakang TVET 5

    1.2 Situasi semasa 8

    1.3 Latar belakang TVET MARA 9

    2.0 Kluster program 13

    2.1 Kepentingan program kursus 15

    3.0 Kebolehpasaran pelajar TVET 19

    4.0 Metodologi kajian

    4.1 Pengumpulan data 21

    4.2 Analisis data 21

    4.3 Dapatan kajian 21

    5.0 Isu dan cabaran memperkasa TVET 27

    6.0 Penutup 28

    7.0 Rujukan 29

  • 4

    MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA

    BERPENDAPATAN TINGGI

    Norsyuhaili binti Hj Shaharuddin,Samsol Kamal Bin Mohd Saad & Mohd Salleh Bin Mat Yusop

    Majlis Amanah Rakyat

    e-mel : norsyuhaili@mara.gov.my

    Abstrak

    Keperluan untuk memperkukuhkan TVET telah di perakui di kebanyakan negara (Yazcayir & Yagci, 2009) disebabkan oleh inovasi teknikal dan globalisasi (Wilson, 2001),

    pencapaian pendapatan yang lebih tinggi dan untuk mengurangkan jurang kemiskinan

    (ANTA, 2002) . Di Malaysia, kemahiran dan kualiti sumber manusia adalah sangat dititik

    beratkan untuk menjamin keberkesanan transformasi ekonomi disamping menjayakan

    Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Menurut kajian Unit

    Perancang Ekonomi (EPU), permintaan tenaga kerja terutamanya yang berkaitan sektor

    TVET dijangka akan berlaku peningkatan menjelang tahun 2016 setelah Bidang Utama

    Ekonomi Negara (National Key Economic Area) diperkenalkan. NKEA memerlukan tenaga

    kerja sehingga 3.3 juta menjelang 2020 di mana 1.3 juta daripada jumlah tersebut terdiri

    daripada graduan TVET. Sekiranya situasi ini berlaku, keperluan 1.3 juta tenaga kerja

    mahir dalam sektor TVET sudah pasti tidak dapat dicapai. Tambahan pula, pada ketika ini

    Malaysia hanya mempunyai 28% tenaga kerja mahir daripada tenaga kerja keseluruhan

    sebanyak 12 juta berbanding unjuran minimum 40% oleh kerajaan pada tahun 2020 . Oleh

    yang demikian, TVET seharusnya di ubah ke arah yang lebih fleksibel dalam menjangka

    dan meramal kemahiran yang diperlukan supaya keperluan untuk tenaga kerja

    berkemahiran tinggi dapat dicapai.

    Kajian ini bertujuan membincangkan mengenai bagaimana MARA memperkasakan

    TVET bagi melahirkan tenaga kerja berpendapatan tinggi. Antara isu yang akan di

    perbincangkan ialah kepentingan program kursus TVET yang di laksanakan di MARA,

    serta isu dan cabaran dalam memperkasa TVET. Kajian ini juga adalah bagi menganalisa

    kebolehpasaran graduan TVET selepas mereka menamatkan pengajian di IPMa masing-

    masing. Metodologi kaedah analisis yang digunakan adalah descriptive analysis (analisis

    deskriptif) dengan mengkaji trending bagi setiap kursus untuk jangka masa enam tahun

    (2010-2015). Penemuan utama dalam kajian ini adalah kebolehpasaran pelajar lelaki lebih

    tinggi berbanding pelajar perempuan serta kursus TVET adalah antara bidang pengajian

    yang paling mendapat permintaan dan pasaran tinggi.

    Justeru,bagi menjayakan hasrat kerajaan ini, kerjasama semua pihak dalam negara

    kita adalah penting bagi memastikan kelancaran pelan RMK-11 iaitu memajukan bidang

    TVET dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya generasi muda dalam negara

    kita sebelum Malaysia melangkah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Malaysia

    sangat memerlukan sumber manusia berkemahiran tinggi untuk menepati kehendak

    keperluan pasaran dalam pelbagai industri, khususnya bagi sektor yang memacu

    transformasi ekonomi. Kertas kerja ini di sediakan untuk melihat sejauh mana MARA

    memperkasakan TVET di dalam arus perdana pendidikan di semua Institusi Pendidikan

    MARA (IPMa) selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai laluan

    utama yang menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memacu ekonomi

    Malaysia ke arah menjadi Negara Berpendapatan Tinggi (high income nation).

    Katakunci : TVET, transformasi, high income nation

    mailto:norsyuhaili@mara.gov.my

  • 5

    1.0 Pengenalan

    1.1 Latar belakang TVET

    Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) bagi tempoh 2011 hingga 2015

    memperlihatkan satu perubahan ketara dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional

    (Technical and Vocational Education Training TVET ) di Malaysia. Penggarapan idea dan

    strategi berasaskan pencapaian dan peningkatan negara luar seperti Korea dan German

    menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjadi contoh kepada Malaysia untuk terus

    mengorak langkah bersaing dan berada pada mata dunia. Digarap dengan pendekatan yang

    lebih holistik dalam pembentukan modal insan kelas pertama menjadi keutamaan kepada satu

    penjelmaan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan disegani.

    Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang

    komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan

    ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk

    meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan

    masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di

    sepanjang peringkat kehidupan. (Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh, 2010)

    . . . since education is considered the key to effective development strategies, technical

    and vocational education and training (TVET) must be the master key that can alleviate

    poverty, promote peace, conserve the environment, improve the quality of life for all and help

    achieve sustainable development (Bonn Declaration, 25 Oktober 2004)

    Merealisasikan hasrat ini menjelang 2020, satu rangka kerja (Rajah 1) telah disusun

    bagi menentukan keberhasilan dan pencapaian yang ditetapkan. Melalui rangka kerja

    pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia, dapat dilihat satu reformasi yang

    bakal menghasilkan satu perubahan besar kepada masa hadapan Malaysia terutamanya ke

    arah memajukan sektor pendidikan demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir TVET.

  • 6

    Rajah 1: Rangka kerja pembangunan modal insan bersepadu

    Sumber: Unit Perancang Ekonomi

    Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada Pendidikan Teknikal dan

    Vokasional yang berkualiti serta menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat

    lebih ramai pelajar. TVET yang sering dikaitkan sebagai tempat mengisi keciciran di

    kalangan pelajar perlu dikikis. Seharusnya kempen melalui media arus perdana bagi

    meningkatkan dan menanam kesedaran di kalangan rakyat Malaysia betapa pentingnya

    pendidikan vokasional yang mana menjadi pilihan utama kepada negara-negara yang telah

    mencapai kemajuan. Guru juga berperanan membimbing dan mendedahkan kepada pelajar

    tentang keutamaan bidang-bidang pendidikan teknikal dan vokasional ini mampu

    memberikan satu pulangan yang dapat menjana peningkatan ekonomi dengan pesat.

    Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif, tenaga pendidik dalam

    bidang TVET diberi satu dorongan seperti memudahkan laluan peningkatan pembangunan

    diri dari segi ilmu dan kemahiran. Penyusunan gred dan kepakaran serta peluang untuk

    kenaikan pangkat disusun bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Selain

    itu pengiktirafan terhadap sijil-sijil kemahiran oleh badan tertentu akan dapat digunakan

    sebagai tiket untuk mendapat tempat di institusi kemahiran atau pendidikan yang lebih tinggi.

  • 7

    Merombak sistem dengan penambahbaikan, memberi pengiktirafan dan memperluaskan

    bidang berkaitan TVET merupakan langkah yang proaktif. Disamping insentif berpatutan

    bagi penjelmaan kajian atau reka cipta baru. Memperkemaskan corak penyampaian TVET,

    MARA juga menyediakan peruntukan berdasarkan prestasi institusi bagi menggalakkan

    persaingan di kalangan institusi dalam menghasilkan kajian dan menyediakan sumber

    manusia berkemahiran (Laporan Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA). Penglibatan sektor

    swasta dalam penyediaan tempat latihan melalui perkongsian awam-swasta juga

    dipertingkatkan. Kursus berorientasikan pasaran juga turut ditambah bagi memudahkan

    transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan. Latihan berasaskan industri diberikan kepada

    siswazah begi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran keusahawanan bagi

    memudahkan mahasiswa dan mahasiswi IPMa menjalankan projek dan kajian.

  • 8

    1.2 Situasi semasa

    Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga diberi satu reformasi bagi

    memenuhi keperluan dalam