13
TUTORIAL MAKROEKONOMI. 2011 KUMPULAN 2 6AK1 AHLI-AHLI : MUHAMMAD AMIRUL BIN ABU HASAN NURASYILAH BT ASMADI SIVAPAALAN A/L MURUGAN

Tutorial Makroekonomi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tutorial Makroekonomi

TUTORIAL MAKROEKONOMI.

2011

KUMPULAN 2

6AK1

AHLI-AHLI :

MUHAMMAD AMIRUL BIN ABU HASAN

NURASYILAH BT ASMADI

SIVAPAALAN A/L MURUGAN

Page 2: Tutorial Makroekonomi

SOALAN TUTORIAL KUMPULAN 2 :

1) Mendefinisikan dan mengelaskan institusi kewangan.

2) Menerangkan aktiviti utama institusi kewangan.

Page 3: Tutorial Makroekonomi

1 ) Definisi Institusi Kewangan :

Sebagai badan atau syarikat yang mengumpulkan wang daripada pendeposit atau penyimpan dan kemudian meminjamkan deposit tersebut kepada peminjam bagi tujuan memperoleh keuntungan .

Kategori Institusi Kewangan

i. Institusi Perbankan.ii. Sistem Perantara Bukan Bank.

Page 4: Tutorial Makroekonomi

Institusi Perbankan.(dibawah penyelia Bank Negara Malaysia )

Terdiri daripada :a) Institusi monetari ( Bank Negara Malaysia

dan Bank Perdagangan ).b) Institusi bukan monetari ( institusi kewangan

bukan bank ) , (bank saudagar , syarikat kewangan , firma sekuriti dan syarikat dana bersama )

Page 5: Tutorial Makroekonomi

Sistem Perantara Kewangan Bukan Bank terdiri:

a) Institusi Tabungan ( Bank Simpanan Nasional , Bank Kerjasama ,Syarikat Kerjasama dan Bank Pusat Kerjasama ).

b) Institusi Pembayaran Pembangunan ( Bank Pertanian Malaysia , Bank Pembangunan Malaysia , Syarikat Permodalan dan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) ,Sabah Credit Corporation dan Borneo Credit Corporation ).

c) Kumpulan wang simpanan , pencen dan insurans ( Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) , Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Simpanan Guru-guru , Syarikat Insurans dan Takaful ).

Page 6: Tutorial Makroekonomi

d) Institusi Kewangan lain ( Lembaga Urusan Tabung Haji , unit amanah , institusi kredit perumahan , dan Yayasan Pelaburan Bumiputera ).

Page 7: Tutorial Makroekonomi

2 ) Aktiviti utama Institusi Kewangan :

a) Bank Pusat :

i. Mengeluarkan mata wang dalam negara .ii. Mengawal kestabilan nilai mata wang

( mengawal kadar inflasi dalam negara ) .iii. Jurubank Kerajaan (menyediakan pelbagai

perkhidmatan untuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri ).

iv. Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan ( jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil kerajaan ).

v. Sumber pinjaman terakhir Bank Perdagangan .

Page 8: Tutorial Makroekonomi

b) Bank Perdagangan :

i. Menerima deposit (simpanan ) daripada pelanggannya .

ii. Memberikan pinjaman.iii. Membuat dan menerima bayaran

(seseorang individu membuat membayar kepada individu lain melalui cek ).

iv. Menguruskan mata wang pertukaran asing (membeli mata wang asing dengan harga lebih rendah daripada pengeksport yang inginkan mata wang tempatan ).

Page 9: Tutorial Makroekonomi

Institusi Kewangan lain .

a) Bank Saudagar

i. Menerima deposit tetap daripada firma ( deposit minimum adalah Rm 250 000 ).

ii. Menyediakan khidmat nasihat korporat untuk syarikat besar .

iii. Menanggung jamin terbitan saham baru syarikat dengan membeli baki saham yang tidak dibeli oleh pelabur .

iv. Mencari sumber kewangan daripada institusi kewangan lain dan memberi pinjaman secara berkumpulan kepada syarikat besar yang memerlukan jumlah modal yang besar .

Page 10: Tutorial Makroekonomi

b) Lembaga Urusan Tabung Haji :

i. Memberi perkhidmatan kepada anggota jemaah haji ( menguruskan keperluan , memberi pelindungan dan menjaga kebajikan umat Islam yang menunaikan fardu haji ) .

ii. Membayar zakat bagi pihak pelanggannya.iii. Membuat pelaburan meliputi instrumen

kewangan Islam.iv. Menerima simpanan daripada orang Islam .

Page 11: Tutorial Makroekonomi

c) Bank Simpanan Nasional :

i. Menerima deposit ( penyimpan akan dibayar faedah ) .

ii. Memberi pinjaman .iii. Menjual Amanah Saham Nasional kepada

orang ramai untuk tujuan pelaburan .iv. Menyediakan kemudahan perbankan

elektronik ( pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa, membayar bil dan menjalankan urusan pemindahan wang ).

Page 12: Tutorial Makroekonomi

d) Syarikat Kewangan

i. Menerima deposit tetap dan deposit tabungan daripada orang ramai .

ii. Memberi pinjaman .iii. Menyediakan perkhidmatan kewangan

kepada pelanggan .iv. Menawarkan perkhidmatan nasihat dan

rundingan ( pelaburan dan perdagangan ) .v. Menyediakan perkhidmatan kad kredit

kepada pelanggan .

Page 13: Tutorial Makroekonomi

e) Syarikat Insurans :

i. Memberikan pelindungan nyawa ( kematian dan hilang upaya ) dan harta benda ( kemalangan kecurian dan kebakaran ).

ii. Menggalakkan tabungan daripada orang ramai melalui penjualan polisi insuran nyawa dan polisi am .

iii. Menjalankan pelaburan.iv. Memberi pinjaman kepada pihak swasta dan

kerajaan dengan tujuan pelaburan dan menawarkan pinjaman perumahan kepada pemegang polisi insurans nyawa .