19
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS ASSIGNMENT TITLE NORHIDAYAH BINTI SAAD 840403025600001 840403025600 0122551830 [email protected] Tutor’s name: MOHAMAD UMBAIK BIN ISMAIL Learning Centre:

Tugasan Prinsip Tek. Pend

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan Prinsip Tek. Pend

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

ASSIGNMENT TITLE

NORHIDAYAH BINTI SAAD

840403025600001

840403025600

0122551830

[email protected]

Tutor’s name:

MOHAMAD UMBAIK BIN ISMAIL

Learning Centre:

OUM PETALING JAYA

Page 2: Tugasan Prinsip Tek. Pend

JANUARY 2012 Semester

ISI KANDUNGAN

………………………………………………………………………………………………………

1.0 PENGENALAN M/S

Definisi Reka Bentuk dan Kemahiran berfikir 1

2.0 PENGENALAN VISUAL 2

2.1 Simplisiti 2

2.2 Domain 3

2.3 Pola 3

2.4 Seimbang 4

2.5 Variasi 4

2.6 Harmoni 5

3.0 PENGENALAN SOALAN 2 6

3.1 Ruang 6

3.2 Garisan ` 7

3.3 Bentuk Dua Dimensi 7

3.4 Permukaan / tekstur 8

4.0 PENUTUP 9

5.0 RUJUKAN

Page 3: Tugasan Prinsip Tek. Pend

1.0 PENGENALAN.

Visual adalah merupakan alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan yang

nyata. Visual ini disediakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Peranan visual ini adalah

untuk menarik minat murid-murid untuk menyertai sesi pengajaran kita. Dengan adanya

visual ini, kita dapat mendorong komunikasi di antara guru, murid dan bahan visual.

Selain itu juga, visual pembelajaran ini dapat membantu murid untuk

meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap pelajaran, di mana murid-murid perlu

menghurai atau merumus maksud visual tersebut. Seperti dalam Kajian Som Hj Nor dan

Dahalan Mohd Ramli ( 1998 ) mengatakan merumuskan pemikiran sebagai proses

menggunakan minda mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai

pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan

metakognisi terhadap proses yang dialami.

Oleh itu, penggunaan bahan visual di dalam proses pengajaran dapat

menghasilkan murid – murid yang berpengetahuan luas dan berupaya menyelesaikan

masalah-masalah serta boleh membuat keputusan.

Page 4: Tugasan Prinsip Tek. Pend

1

2.0 PENGENALAN.

Visual memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk bahan pengajaran dan

pembelajaran ( P&P ) berbantukan komputer. Terdapat pelbagai bahan yang boleh di

peroleh dari internet yang menggunakan prinsip-prinsip reka bentuk visual. Visual yang

baik perlu menggunakan kaedah elemen-elemen grafik supaya visual itu kelihatan lebih

menarik. Berikut adalah prinsip-prinsip reka bentuk visual :

2.1 ) Simplisiti

Berdasarkan slaid di atas, murid lebih memahami tajuk yang dipelajari kerana

mudah untuk dibaca. Saiz tulisan yang besar dan warna yang menarik lebih memudahkan

murid-murid menghafal perkataan yang berikut. Di bantu dengan arah anak panah, murid

dapat membayangkan pergerakan titisan-titisan air. Oleh yang demikian, prinsip reka

bentuk visual iaitu Simplisiti telah diterapkan dalam slaid di atas dengan tujuan untuk

menyampaikan kefahaman yang cepat dan jelas.

2.2 ) Domain

Page 5: Tugasan Prinsip Tek. Pend

http://www.zazzle.com/rocket_takeoff_poster-228497528375648748

2

Domain boleh dihuraikan sebagai dengan pusat penumpuan. Berdasar gambar

berikut, objek iaitu roket telah ditonjolkan di mana dapat kita memahami bahawa roket

itu sedang mendarat ke arah bumi. Dengan adanya pembentukan asap, telah

menunjukkan pergerakan roket tersebut. Penggunaan warna juga memainkan peranan

penting kerana melalui gambar ini kita dapat menilai waktu roket itu mendarat. Saiz

gambar asap juga lebih besar dari gambar roket dan dibantu gambar pokok seolah-olah

gambar ini di ambil dalam jarak yang jauh kerana semasa roket mendarat, roket itu akan

mengeluarkan asap yang banyak serta sangat panas dan boleh membahayakan diri kita

jika kita mendekatinya.

2.3 ) Pola

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://4.bp.blogspot.com/_kR4RRKbhkjY/

TCk2zLVo1NI/AAAAAAAAAXo/whcGBc4hoi8/s1600/sungai.jpg&imgrefurl=http://

zarifasyraf.blogspot.com/2010/11/asal-4-buah-sungai-di-dalam-

syurga.html&h=302&w=450&sz=35&tbnid=jUJfUhzJfWOyuM:&tbnh=90&tbnw=134&

prev=/search%3Fq%3Dsungai%26tbm%3Disch%26tbo

%3Du&zoom=1&q=sungai&docid=WdfKnk2_IC__2M&hl=en&sa=X&ei=RLB8T6jVK

4HQrQfw8oiDDQ&ved=0CGYQ9QEwBQ&dur=962

Pola ialah soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Pergerakan air

sungai telah menunjukkan itulah item utama kerana apabila kita melihat gambar ini,

penglihatan mata lebih tertumpu pada kawasan itu. Garisan – garisan air sungai dan

daun-daun hijau telah menarik mata meninjau ke seluruh gambar. Secara tidak langsung,

kita dapat mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran sehingga titik

Page 6: Tugasan Prinsip Tek. Pend

3

akhir. Gambar pemandangan di sungai amatlah sesuai menerapkan pola berbentuk segi

empat. Secara keseluruhan, pola amatlah dititikberatkan kerana gambar yang menarik

dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti sesi pembelajaran kita.

2.4 ) Seimbang

http://www.youtube.com/watch?v=Un5-TAisrpA

Prinsip grafik iaitu seimbang amatlah penting bagi penyediaan bahan visual. Ini

adalah bertujuan untuk melihat rekaannya tidak kelihatan janggal. Dengan adanya

konsep ini, bahan visual ini lebih kelihatan lebih menarik. Terdapat dua jenis seimbang

iaitu sembang formal ( simetri ) dan seimbang tidak formal ( asimetri ).

Gambar di atas menerapkan prinsip seimbang tidak formal ( asimetri ) di mana

gambar ini tiada pembahagian yang sama rata. Akan tetapi, gambar ini masih kelihatan

menarik kerana penggunaan warnanya adalah ceria. Ton warna juga telah menunjukkan

arah pergerakan cahaya Matahari. Visual ini juga sesuai untuk pembelajaran bagi murid

sekolah rendah.

2.5 ) Variasi

Page 7: Tugasan Prinsip Tek. Pend

4

http://senivisual1.blogspot.com/2012/02/memulakan-tugasan-krsv-2012-mencari.html

Gambar ini menunjukkan pelbagai jenis dan warna kasut. Gambar ini lebig

menonjolkan gambar kasut sahaja kecuali terdapat satu gambar yang menunjukkan kaki

orang yang sedang memakai kasut. Saiz kasut dalam gambar juga memainkan peranan

penting untuk menimbulkan minat terhadap gambar yang ditunjukkan. Susunan kasut

juga kelihatan teratur dan sedap mata memandang ke arah gambar tersebut.

Oleh itu, elemen-elemen yang digunakan dalam suatu visual perlu dapat dilihat

seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Dengan adanya pelbagai elemen yang terdapat

dalam gambar ini, dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat murid – murid

untuk melihat gambar dan seterusnya dapat mentafsir maksud gambar tersebut.

2.6 ) Harmoni.

Gambar A Gambar B

i. http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://upload.wikimedia.org/

wikipedia/comm ons/thumb/e/e7/Batik_Indonesia.jpg/

ii. https://picasaweb.google.com/dlc0421/Sunsets#5119400501318012914

Definisi Harmoni.

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu ( Oxford Fajar Tahun 2005 )

Page 8: Tugasan Prinsip Tek. Pend

Harmoni :

Sesuai , alunan dalam nada, sepadan, mesra, menjadikan perasaan bahagia..

Suasana yang harmoni selalunya dapat menenteramkan hati dan perasaan. Sebagai

contoh, apabila kita melihat gambar B, perasaan kita menjadi lebih tenang. Kehadiran

angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai membuat kita terleka seketika. Dengan kehadiran

langit yang berwarna jingga yang begitu kelihatan harmoni dan menenteramkan jiwa dan

5

deruan ombak memukul pantai seolah-olah memanggil kita.

Manakala gambar A, telah menonjolkan perasaan rasa menarik kerana konsep

arah aliran garisan yang bersilang, persembahan visual dan pengulangan bentuk telah

diterapkan dalam visual ini. Oleh itu, prinsip harmoni telah memberikan rasa yakin dan

pasti kepada mereka yang melihat visual ini.

3.0 PENGENALAN

Murid – murid biasanya lebih cenderung belajar sambil bermain. Mereka lebih tertarik

dengan gambar-gambar yang menarik, ceria dan yang mencabar minda mereka. Secara

tidak langsung, ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Sebagai contoh,

laman Web http://havefunteaching.com/ menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh

meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Bahan yang disediakan amatlah sesuai

dengan tahap murid sekolah rendah. Antaranya ialah teka teki ( puzzle ), lembaran kerja

( worksheets ), nyanyian ( song ) dan lain-lain. Visual ini telah menerapkan elemen-

elemen reka bentuk visual. Antara elemen-elemen reka bentuk visual itu adalah :

3.1 Ruang

Page 9: Tugasan Prinsip Tek. Pend

Gambar A

Ruang bermaksud keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual. Ruang juga

terbahagi kepada dua iaitu Ruang Positif dan Ruang Negatif. Gambar A juga telah

menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya. Gambar rumah adalah merupakan ruang

positif manakala ruang berwarna putih merupakan ruang negatif. Berdasarkan gambar di

atas, pereka aktiviti ini telah menggunakan ruang ini dengan sebaik-baiknya dan

6

seimbang. Gambar yang besar dan jelas memudahkan murid-murid Tahap Satu memilih

dan membuat keputusan untuk menyelesaikan aktiviti puzzle tersebut.

3.2 Garisan

2432

Gambar B

Garisan adalah satu elemen yang paling ringkas dan penting. Tanpa garisan tidak

akan wujudnya gambar objek seperti gambar buah. Gambar di atas adalah merupakan

garisan dua dimensi. Gambar di atas telah menunjukkan kita menggunakan garisan itu

untuk melukis objek. Ini bermaksud dengan menggunakan garisan kita boleh melukis

objek dan murid dapat mentafsir dan memahami pengajaran kita.

3.3 Bentuk Dua dimensi

Page 10: Tugasan Prinsip Tek. Pend

Gambar C

Gambar di atas adalah merupakan bentuk dua dimensi iaitu bentuk geometri.

Bentuk – bentuk geometri ini dipelajari bagi mata pelajaran Matematik. Bagi

pembelajaran Matematik, pelbagai jenis bentuk – bentuk geometri yang murid perlu

pelajari seperti bentuk segi empat tepat, bulat, dan lain-lain. Secara tidak langsung

kemahiran yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah kemahiran berfikir kritis.

Kemahiran berfikir kritis bermaksud kecekapan dan keupayaan menggunakan minda

7

untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara

dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan bukti. Di sini murid-

murid perlu menghafal nama-nama jenis bentuk geometri. Sebelum menghafal, murid-

murid perlu memahami dan boleh membanding beza bentuk-bentuk yang dipelajari.

Setelah itu, barulah murid-murid dapat membuat keputusan untuk menjawab jenis-jenis

bentuk tersebut.

3.4 Permukaan / tekstur

Gambar D

Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat beberapa jenis permukaan. Air tasik itu telah

menunjukkan permukaan yang licin. Warna yang gelap telah menunjukkan bahawa tasik

itu sangat dalam. Permukaan air yang kelihatan sedikit kasar, telah menunjukkan air

beralun apabila ditiup oleh angin. Begitu juga dengan pemandangan langit, warna yang

cerah menunjukkan waktu siang.

Dalam gambar ini juga, terdapat garisan yang memisahkan antara kawasan tasik

dan kawasan darat. Kehadiran daun pokok di tepi tasik telah menunjukkan permukaan

yang kasar. Gambar ini juga merupakan bentuk tiga dimensi kerana adalah gambar yang

sebenar.

Page 11: Tugasan Prinsip Tek. Pend

8

4.0 PENUTUP

Menurut ( Dick & Carey, 1996 ) strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek

urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikan kepada

murid Oleh itu, bahan visual juga adalah salah satu kaedah pengajaran yang berkesan.

Kaedah yang sesuai sebenarnya memudahkan kita untuk memastikan objektif

pembelajaran tercapai. Sehubungan itu, visual ini juga dapat membantu guru mengajar

dengan lebih berkesan. Pengajaran yang menarik juga dapat menarik perhatian murid

terhadap pembelajaran kita.

Selain itu juga, peranan visual juga mendorong interaksi yang aktif di antara

murid, guru dan maklumat yang terdapat dalam visual. Bahan yang menarik dapat

menimbul minat terhadap pembelajaran kita. Murid juga lebih kelihatan bersemangat

untuk menjawab soalan yang diberikan. Suasana pembelajaran yang aktif tidak akan

membosankan murid-murid khasnya murid sekolah rendah.

Apabila berlakunya sesi soal jawab di antara murid, secara tidak langsung murid

membuat penaakulan, memahami sesuatu pembelajaran. Di sini telah wujudnya konsep

kemahiran berfikir. Ada kalanya murid perlu membuat membanding membeza, membuat

kategori, menyusun, membuat inferens dan lain-lain. Ini adalah merupakan kemahiran

berfikir kritis di mana murid cekap dan berupaya menggunakan minda untuk menilai

kewajaran sesuatu perkara. Secara dasarnya, apabila sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung konsep kemahiran berfikir telah berlaku di kalangan murid iaitu pemikiran

kreatif, pemikiran kritis, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini adalah

kerana empat kategori ini saling berkait di antara satu sama lain.

Page 12: Tugasan Prinsip Tek. Pend

Oleh itu, amatlah penting bagi guru-guru untuk menyediakan bahan P&P yang

menarik dan mencabar minda murid. Bersesuaian dengan tuntutan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu ….” mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, jasmani dan emosi ( JERI ). Aspek ini bertujuan untuk melahirkan individu yang

bijaksana dan pada masa yang sama bermoral.

Untuk mencapai matlamat tersebut guru-guru perlulah menyediakan bahan-bahan

pengajaran yang menyumbang ke arah berfikir. Bahan –bahan tersebut mestilah

9

bersesuaian, terkini dan dapat mencungkil kemahiran berfikir individu. Secara tidak

langsung pengajaran kita dapat mewujudkan suasana yang memberangsangkan untuk

murid-murid di sekolah.

Sebagai guru yang baik, guru tersebut perlu memikir bagaimana penyediaan

pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan dapat meningkatkan motivasi

murid-murid untuk belajar lebih rajin. Dengan berbantukan bahan bantu mengajar seperti

penggunaan visual dapat melahirkan murid yang cemerlang dan terbilang.

Page 13: Tugasan Prinsip Tek. Pend

10

RUJUKAN

………………………………………………………………………………………………………

Dick,W., & Reiser, R.A ( 1994 ). Merancang pengajaran yang efektif. Terjemahan Abdul RahimMohd Saad. Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu ( Oxford Fajar Tahun 2005 )

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu. HBEF3103Prinsip Teknologi pendidikan. Open Universiti Malaysia. ( Edisi Ketiga )

Page 14: Tugasan Prinsip Tek. Pend