Author
wawieda
View
275
Download
0
Embed Size (px)
8/8/2019 Pend Islam
1/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu proses berterusan yang mengandungi unsur-unsur
pengajaran, latihan, bimbingan dan pimpinan dengan tumpuan khas kepada pemindahan
pelbagai ilmu, nilai agama dan budaya serta kemahiran yang berguna untuk
diaplikasikan oleh individu (pengajar atau pendidik) kepada individu yang memerlukan
pendidikan itu. Justeru, pendidikan itu merujuk kepada manusia sebagai objek utama
dalam proses pendidikan.
Dalam hal ini, pelbagai definisi diberikan berhubung istilah pendidikan.
Antaranya ialah pandangan pakar pendidikan dari Amerika iaitu John Dewey, dalam
Abdul Halim el-Muhammady, Januari 1984. Pendidikan Islam Skop DanMatlamatnya,
Jurnal Pendidikan, Tahun 1, bil. 1, ABIM, Selangor, menegaskan bahawa pendidikan
ialah satu proses membentuk kecenderungan asas yang berupa akliah dan perasaan
terhadap alam dan manusia. Hassan Langgulung pula merumuskan pengertian
pendidikan itu sebagai menambah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada individu
dalam masyarakat.
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai prosesmendidik dan melatih akliah,
jasmaniah, dan ruhaniah manusia. Ia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan
al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan
mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Untuk mencapai matlamat tersebut,
pendidikan akliah atau intelektual amat penting dalam mendidik akal. Ini kerana akal
merupakan unsur paling berharga kepada manusia yang bertindak (berfikir) secara
rasional tetapi kemampuannya agak terbatas. Fungsi tersebut telah dijelaskan dalam
perkataan iqra yang mana keadaan akal sentiasa menerima bimbingan Allah. Oleh
itu, pendidikan Islam menekankan peri pentingnya pengisian dalam melatih akliah
manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), sifat ketaatan (taabbud) dan
penyucian rohani (tazkiyyah). Dengan demikian, pendidikan akal atau mental tidak
tersisih daripada nilai-nilai kerohanian.
Pendidikan Islam berasaskan aqidah dan syariat Allah SWT. Sesuatu sistem
pendidikan hanya dapat dianggap sebagai sistem pendidikan Islam apabila segala
prinsip, kepercayaan serta kandungannya berasaskan Islam. Secara umumnya,
Pendidikan Islam ialah satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia
berasaskan nilai-nilai Islamiyah bersumberkan Al-Qurandan Sunnah untuk melahirkanmanusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.
1
8/8/2019 Pend Islam
2/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan
kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. Asas
dan teras sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid kepada Allah. Di dalam al-Quran
(dan Sunnah Rasulullah) terdapat metodologi (kaedah) untuk mendidik manusia.
Metodologi itu telah terbukti berkesan mendidik generasi awal. Rahsia utama kejayaan
metodologi itu ialah memahami jiwa manusia yang tidak ubah bagaikan peti yang
berkunci rapat manakala memahami jiwa menjadi kuncinya. Sebenarnya sistem
pendidikan yang paling berkesan dan mampu membawa perubahan menyeluruh dalam
diri manusia adalah sistem pendidikan yang berupaya berbicara dengan jiwa. Hanya
pendidikan Islam sahaja mempunyai metodologi itu dan mampu merawat jiwa manusia.
Oleh yang demikian, dalam proses mendidik murid-murid untuk memahami isi
pelajaran secara maksimum perlukan pendekatan yang berkesan. Dalam konteksPendidikan Islam, peranan pendidik atau guru amat penting sama pentingnya dengan
kepentingan alat yang meningkatkan kefahaman dan penghayatan. Tanpa kefahaman dan
penghayatan, tidak akan lahir nilai murni yang bakal memandu tingkahlaku. Pendekatan-
pendekatan yang digunakan oleh para guru dalam pengajaan Pendidikan Islam ini
hendaklah berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran. Ini akan mewujudkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah.
Pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Islam boleh dipelbagaikan. Ia boleh ditentukan
oleh cara sesuatu kandungan itu diolah, sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses
pengajaran serta teknik pengajaran yang digunakan. Pendekatan ini hendaklah
mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pengajaran. Sebagai guru
Pendidikan Islam, pengetahuan yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan perlulah dikuasai dengan baik supaya guru dapat
mempraktikkan di dalam bilik darjah dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan
diminati.
Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah
2
8/8/2019 Pend Islam
3/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari
tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh individu muslim meliputi aspek keimanan, kemanusiaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama;
pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas
Fardu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh
Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam
diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan.
Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-
murid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha
dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa
dan negara.Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan
kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat
menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,
berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal
2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
3.0 FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
3.1 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
3
8/8/2019 Pend Islam
4/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan
dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan
falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia
bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan
fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh
pengetahuan biasa.
Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:
"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate
reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human
perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics" Jadi, falsafah
merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu
sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalahfalsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang
kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan
mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada
kitab Allah, maka itu tidakalah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab
itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme,
Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan
banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama
sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya.
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak
kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain,
perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya,
seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu
mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah
Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan
dengan kehendak Islam.
Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah
Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran
Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari
setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari
daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat
4
8/8/2019 Pend Islam
5/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana
anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).
Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang
berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana
(surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud
mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah
memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".
Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh
untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain
Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi
pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah"Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakim". Ia bermaksud orang yang mahir
dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad
Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi
martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang mempunyai
hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke
hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakim di
dalam Al-Quran.
Falsafah Islam cuba mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha
mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia
dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian
mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang
diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat 55 surah Az-Zariyat :
Begitu juga sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30:
5
8/8/2019 Pend Islam
6/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Maksudnya Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui."
Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam,
iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-
Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan
manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas
dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.
Ahli falsafah pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah
perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah
ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani
pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya,
faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan
mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun
bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan
Islam ialah:
Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan
Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.
Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa pendapat ahli-ahli falsafah ini bertepatan
dengan Falsafah Pendidkan Islam iaitu Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usahayang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
6
8/8/2019 Pend Islam
7/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara
ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
3.2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Sebagaimana yang diketahui umum, bila sahaja disebut tentang pendidikan Islam,
maka sudah pasti ianya berkait rapat dengan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-
Hadith.
Terdapat beberapa pendapat diutarakan oleh tokoh-tokoh dalam bidang
pendidikan berkaitan matlamat Pendidikan Islam, di antaranya Ibnu Khaldun yang
menyatakan bahawa Pendidikan Islam mempunyai dua tujuan, iaitu tujuan keagamaan
dengan beramal untuk hari akhirat sehingga seseorang itu menemui Tuhannya setelah
selesai menunaikan hak-hak Allah yang diwajibkan ke atasnya. Kedua, tujuan ilmiah
yang bersifat keduniaan, iaitu apa yang diungkapkan oleh pendidikan moden dengan
tujuan kemanfaatan hidup. Samak (1980) pula menyatakan bahawa matlamat
pendidikan islam adalah menuju ke arah dua matlamat iaitu matlamat am dan matlamat
khas. Manakala Mohd. Attiah al-Ibrashi pula menjelaskan matlamat Pendidikan Islam
sebagai bertaqarrub kepada Allah, bukan untuk menjadi pemimpin yang bermegah-
megah dan berlumba-lumba.
Matlamat Pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: -
Tujuan Am dan Tujuan Khas
a) Tujuan Am
i. Untuk membentuk akhlak yang mulia.
ii. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
7
8/8/2019 Pend Islam
8/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
iii. Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan manfaat atau lebih dikenali
dengan nama tujuan bidang vokesional dan profesional.
iv. Menumbuhkan semangat ilmiah dan rasa ingin tahu pada pelajar yang
memungkinkan ia mengkaji ilmu demi ilmu itu sendiri.
v. Memperlengkapkan pengetahuan para pelajar dalam bidang-bidang profesional,
teknikal dan pertukangan supaya dapat menguasai kerjaya dan kemahiran
pekerjaan tertentu di samping memelihara aspek-aspek kerohanian dan
keagamaan.
vi. Memperkenalkan kepada manusia tentang kedudukan mereka di antara sekelian
makhluk dan tanggungjawab individu dalam hidup ini.
b) Tujuan Khasi. Memperkenalkan aqidah Islam dan dasarnya , asal usul hukum dan ibadat serta
cara perlaksanaannya yang betul.
ii. Menimbulkan kesedaran yang betul pada diri pelajar terhadap agama termasuklah
prinsip dan dasar akhlak yang mulia.
iii. Menanamkan keimanan kepada Allah dan kepada segala rukun iman yang lain.
iv. Menimbulkan minat di kalangan generasi muda untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dan adab kesopanan, serta melaksanakan hukum-hukum agama
dengan rela
v. Menanamkan rasa cinta dan sikap menghargai Al-Quran, dengan membacanya
dengan baik, memahaminya dan mengamalkan ajarannya.
vi. Menanamkan kesedaran terhadap sejarah, rasa bangga terhadap kebudayaan
Islam dan pahlawan-pahlawannya serta mencontohi peribadi mereka.
vii. Melahirkan sikap rela, optimistik, percaya pada diri sendiri, bertanggungjawab,
menghargai kewajipan, tolong-menolong di atas dasar taqwa, kasih sayang serta
cintakan kebaikan.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, jelas kepada kita bahawa sebenarnya matlamat
Pendidikan Islam ialah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,
berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke
arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
8
8/8/2019 Pend Islam
9/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
OBJEKTIF
Objektif Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi muslim yang berilmu, berktrampilan,
berakhlak mulia dan bertakwa. Namun begitu setiap bidang Pendidikan Islam sekolah rendahmempunyai objektif yang khusus.
1) Asuhan Tilawah al-Quran
Al-Quran merupakan sumber rujukan dan pegangan umat Islam. Oleh itu, semua orang Islam
diwajibkan mempelajari isi al-Quran dan memahami isi kandungannya. Antara objektif
bidang asuhan tilawah al-Quran ialah :
- membaca surah-surah terpilih daripada juzu amma dengan betul dan fasih
- memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan
- menghafaz ayat-ayat terpilih untuk bacaan solat dan ibadat harian
- memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dengan menghayati beberapa
surah sebagai rujukan petunjuk Allah.
- Murid-murid juga dapat mengambil pengajaran yang terdapat didalam surah-
surah yang dipelajari.
- Murid-murid dapat mengetahui sebab dinamakan sesuatu surah serta bilangan
ayat bagi sesuatu surah.
2) Asas Ulum Syariah Islamiyah
Asas ulum syariah dibahagikan kepada pelajarn akidah, ibadat dan sirah. Bidang
akidah lebih menumpukan kepada aspek asas akidah menerusi pemantapan iman,
pemupukan sikap tanggungjawab murid sebagai manusia yang sedar dan insaf akan
tanggungjawab terhadap Allah dan rasul, diri sendiri, keluarga, masyrakat, alam sekitar
dan negara. Bidang ibadah pula merupakan komponen kurikulim pengajaran dan
pembelajaran yang banyak mengandungi unsure amali meliputi fardhu Ain dan fardhu
Kifayah. Ia bertujuan melahirkan muslim dan mukmin yang bertakwa, beramal soleh,
bertanggungjawab dan berakhlak mulia serta beristiqamah sebagai hamba dan khalifah
Allah. Manakala bidang pelajaran sirah pula lebih memaparkan sirah hidup Rasulullah
s.a.w sebagai iktibar bagi membangun diri individu, masyarakat dan negara. Objektif
bidang ini ialah :
- memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan
benteng keagamaan
- memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asasperkembangan tamadun manusia
9
8/8/2019 Pend Islam
10/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
- mengamalkan ibadah-ibadah asas fardhu ain serta memahami fardhu kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam
- murid-murid dapat mengetahui rukun iman dan rukun islam
- murid-murid dapat menyatakan hikmah yang tersirat di sebalik rukun iman
- murid-murid dapat menyatakan dalil-dalil tentang wajibnya beriman
dengan rukun-rukun iman
- Murid-murid dapat menyatakan bukti-bukti tentang keadilan,kekuasaan
dan lain-lain sifat bagi Allah
3) Asas Akhlak Islamiyah
Asas akhlak Islamiyah menumpukan kepada :
- mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian
- kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dan hubungannya dengan
Allah SWT dan Rasulullah SAW
- kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri
sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara
- murid-murid dapat menyatakan adab-adab dalam Islam yang meliputi cara hidup
manusia keseluruhannya
- murid-murid dapat mencontohi adab dan mengamalkan adab tersebut dalam
kehidupan sepenuhnya
4) Jawi
Objektif bidang Jawi ini ialah :
- membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa
- menulis tulisan jawi dengan baik
- membaca jawi dengan lancar serta mempelajari seni tulisan jawi
- Membaca dan menulis sukukata terbuka dan tertutup
- Mengelaskan jenis-jenis ayat
3.3 BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
Islam merupakan agama yang syumul dan tidak memisahkan antara soal
kehidupan duniawi mahu pun ukhrawi, malahan Islam merupakan satu-satunya wadah
yang menghubungkan semua aspek kehidupan manusia dengan semua keadaan dan
persekitaran meliputi soal dan hak individu, masyarakat dan negara.
10
8/8/2019 Pend Islam
11/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Secara umumnya, bidang-bidang dalam Pendidikan Islam terbahagi kepada aspek
iaitu :
1) Pendidikan keimanan ( Tarbiyah al-Imaniah ).
2) Pendidikan akhlak ( Tarbiyah al-Akhlakiyyah ).
3) Pendidikan jasmani ( Tarbiyah al-Jismyiah ).
4) Pendidikan pemikiran ( Tarbiyah al-Aqliyah ).
5) Pendidikan kerohanian ( Tarbiyah al-Ruhiyah ).
6) Pendidikan kemasyarakatan ( Tarbiyah al-Ijtimaiah ).
Pendidikan keimanan ( Tarbiyah al-Imaniah ).
Yang dimaksudkan dengan pendidikan keimanan menurut pandangan Ulwan,
Abdullah Nasih (1981), beliau menyatakan bahawa kanak-kanak perlu diperkenalkansejak dari kecil lagi tentang asas-asas keimanan, mengajar dan memahami prinsip-prinsip
syariah sebagaiman sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud setiap anak itu
lahir dengan fitrah. Ibubapalah yang menjadikan ia majusi, nasrani atau yahudi .
Hati yang terdidik dan dilatih sejak usia kanak-kanak mampu menghidupkan nur
ketaqwaan dan keimanan dalam hati seterusnya menjadi benteng yang utuh dalam
menempuhi cabaran hidup di masa-masa yang akan datang.
Pendidikan akhlak ( Tarbiyah al-Akhlakiyyah ).
Pendidikan Akhlak merupakan jiwa bagi Pendidikan Islam sebagai mana
pendapat al-Ibrayi (1969) . Prinsip dan nilai luhur perlu di tanam di hati kanak-kanak
agar dari usia yang masih mentah lagi, meeka dapat diterapkan asas dan penghayatan
muqarrab iaitu merasa diri hampir dan dekat dengan Allah. Perasaan takutkan Allah
dapat mencegah diri dari melakukan perkara mungkar dan keji seterusnya melahirkan
insan yang mempunyai akhlak yang mulia
Menurut Abdul Jawad ( 1983 ), pendidikan akhlak bermatlamat seperti berikut :
i. Pendidikan Dhamir iaitu perasaan manusia.
ii. Pendidikan insan muslim ke arah berakhlak secara islam dalam menjaga
dan mengawal tingkah laku.
iii. Pendidikan insan muslim ke arah berakhlak secara islam dalm urusan
kemasyarakatan..
11
8/8/2019 Pend Islam
12/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
iv. Pendidikan insan muslim mengikut akhlak Rasulullah sebagai pendidik
dari segi perkataan, perbuatan dan sifat yang menggambarkan akhlak Al-
Quran.
Ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan akhlak merupakan satu usaha
untuk membina peribadi, masyarakat dan budaya yang baik seterusnya menjamin
kebahagian diri, masyarakat dan negara.
Pendidikan jasmani ( Tarbiyah al-Jismyiah ).
Pendidikan Jasmani merupakan satu cabang dari bidang Pendidikan Islam dan
diberikan perhatian khusus memandangkan penjagaan tubuh badan adalah unsur yang
berkait rapat dengan ibadah. Tubuh badan yang sihat dapat menjamin dari serangan
penyakit . Menurut Al-Mursafi (1987) , adalah menjadi dasar Pendidikan Islam yangmenuntut umatnya menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan dalam menjalani
kehidupan seharian.
Tujuannya yang utama ialah bagi melahirkan generasi muslim yang kuat dan
sihat dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajiban terhadap Allah. Di antara
perkara yang ditekankan ialah :
i. Kaedah makan minum dan tidur sebagaimana cara Rasulullah yang
mempunyai hikmah yang tersendiri.
ii. Bagaimana berjaga-jaga daripada penyakit berjangkit.
iii. Menyegerakan usaha mengubati anak-anak daripada penyakit.
iv. Mengutamakan pencegahan penyakit dan membekalkan anak-anak
dengan ilmu asas-asas kesihatan.
v. Menyediakan alat dan tempat untuk riadah.
vi. Mengingatkan anak-anak tentang pengorbanan dan mengelakan mereka
hanyut dalam kemewahan.
Keseluruhannya, adalah jelas bahawa Islam tidak mengabaikan aspek Pendidikan
Jasmani , malahan ianya adalah komponen penting dalam mendidik masyarakat tentang
penjagaan kesihatan diri dalam bentuk fizikal yang sesuai dengan tuntutan agama Islam.
Pendidikan pemikiran ( Tarbiyah al-Aqliyah ).
Akal merupakan anggota penting dalam diri manusia. Tanpa akal seseorang
manusia itu tidak diwajibkan syariat Islam ke atasnya walaupun pada dasarnya dia
12
8/8/2019 Pend Islam
13/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
seorang Islam. Akal berfungsi sebagai alat berfikir yang seterusnya menjurus kepada
(taklif) cara bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan petunjuk dari Allah.
Menurut Abdul Ghani Shamsudin (1994 ), pendidikan aqliyyah mempunyai ciri-
ciri berikut :
i. Mempunyai urutan retorik dan kaedah pendalilan yang betul.
ii. Tidak mudah menerima sesuatu tanpa dalil yang munasabah.
iii. Menolak curiga (zan) dalam perkara-perkara yang memerlukan keyakinan
tuntas (jazm).
iv. Tidak berasaskan sentimen , hawa nafsu dan perhitungan peribadi dalam
hal yang memerlukan sifat objektif dan bebas.
v. Tidak statik, taklid buta dan kecenderungan meniru datuk nenek dan
orang ramai tanpa perhitungan kebenaran.vi. Mempunyai kecenderungan renungan dan pengamatan yang tajam
terhadap sesuatu persoalan.
vii. Mengambil kira gagasan pemikiran ilmiah oleh para ahli fikir yang boleh
diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi tanpa bercanggah dengan
hokum syarak.
Pendidikan akal bertujuan untuk membina pemikiran kanak-kanak dalam ilmu
syariah, ilmu keduniaan yang bermanfaat dan mengukuhkan unsur-unsur tamadun Islam.
Jesteru itu, adalah penting pemikiran kanak-kanak diperkukuhkan konsep-konsep Islam
seperti Islam sebagai Ad-Din, Al-Quran sebagai nizam dan sebagainya.
Pendidikan kerohanian ( Tarbiyah al-Ruhiyah )
Asas atau pun tunjang utama ialah beriman kepada Allah. Dengan erti lain,
bahawa ia adalah cara dalam menjalinkan ikatan yang erat antara manusia dengan Allah
dalam semua keadaan. Muhammad Ibrahim Salim (e.t) menganggap pendidikan
kerohanian sebagai asas pembaikan jiwa manusia.
Di antara prinsip-prinsip pendidikan rohani mengikut pandangan Abdul Ghani
Shamsudin ialah :
i. Islam memberikan perhatian khusus kepada pendidikan rohani atas
keyakinan bahawa manusia terdiri dari unsur roh, akal dan jasad. Sifat roh
yang merentasi dimensi hidup duniawi, alam barzakh dan ukhrawi
merupakan unsur relatif yang kekal.
ii. Konsep penyembahan dan beribadat hanya kepada Allah.
13
8/8/2019 Pend Islam
14/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
iii. Menghapuskan sifat atau kecenderungan buruk, membentuk jiwa yang
beragama, peka dan bertanggungjawab.
iv. Mengasuh pelajar dengan sifat-sifat batin yang condong ke arah sifat-sifat
terpuji dan menghindari sifat-sifat tercela.
v. Membentuk anak didik supaya sentiasa memerlukan Allah.
vi. Mendidik pelajar supaya mencintai Allah, Rasulullah, keluarga baginda,
orang yang soleh dan beriman serta orang yang rajin membaca Al-Quran.
Ringkasnya dapat ditegaskan bahawa hidup manusia di dunia bukan semata-mata
hanya kerana nafsu semata-mata tetapi perlu berteraskan iman yang dipupuk dan dibelai
dengan ilmu serta amalan diri.
Pendidikan kemasyarakatan ( Tarbiyah al-Ijtimaiah )Pendidkan kemasyarakatan bermaksud mendidik anak-anak semenjak kecil lagi
sentiasa mengamalkan adab susila yang mulia dalam masyarakat dan asas rohani yang
tinggi kesan dari aqidah islamiah yang abadi serta perasaan iman yang mendalam
sehinga lahir masyarakat yang berkeperibadian unggul dan bijaksana.
Bagi Abdul Ghani Shamsudin (1982), beliau menyatakan bahawa tanggungjawab
pendidikan masyarakat mempunyai unsur-unsur sebagaimana berikut :
i. Menyemai dasar-dasar kejiwaan yang mulia.
ii. Memelihara hak orang lain.
iii. Membiasakan mereka dengan peraturan umum social.
iv. Pengawasan, pemerhatian dan kritikan yang membina terhadap
masyarakat sekaliling.
4.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM YANG BERKESAN
Semua pelajaran Pendidikan Islam diajar menuju ke satu matlamat sahaja, iaitu
melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan
ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi
membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani,
rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan
As-Sunnah.
14
8/8/2019 Pend Islam
15/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Kepentingan Pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah untuk membawa
manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah,
melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan
penuh redha. Tujuan serta kepentingan Pendidikan Islam dirumuskan oleh Dr Abdur
Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamat atau tujuan, iaitu matlamat yang
bersifat fizik (ahdaf jismiyah), bersifat mental (ahdaf aqliyah) dan bersifat kerohanian
(ahdaf ruhaniyah).
Antara kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam yang berkesan,
ialah :
(a) Memudahkan pelajar memahami aqidah Islam, dasar-dasarnya, usul-usul
ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, membiasakan mereka
mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad-din.
(b) Menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri pelajar terhadap agama, termasuk
prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia, menyedarkannya akan bidah,
khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang yang melekat tanpa disedari, sedangkan
Islam bersih.
(c) Menanamkan keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab-Nya dan Hari
Akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan.
(d) Mendidik naluri, motivasi dan keinginan pelajar, membentenginya dengan aqidah
dan nilai-nilai syarak serta membiasakan mereka menahan rang-sangan dalaman,
mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
(e) Membersihkan hati pelajar daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci, kasar,
zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk dan hina.
(f) Meransang minat murid untuk belajar dan meneroka ilmu-ilmu yang terdapat
dalam pembelajaran Pendidikan Islam terutamanya berkaitan dengan kelebihan
mukjizat Al-Quran yang tersirat mahu pun tersurat.
Jadi, guru hendaklah bersedia sebelum memasuki kelas berdepan dengan pelajar.
Guru harus faham terlebih dahulu tujuan ia mengajar mata pelajaran berkenaan. Guru
15
8/8/2019 Pend Islam
16/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
sentiasa bertanya kepada dirinya; Apakah sampai objektif pengajaran dan pembelajaran,
dan apakah sampai tujuan yang tersirat di dadanya. Guru harus pastikan bahawa setiap
kali ia masuk kelas ada suatu yang baru yang disampaikan atau, pelajar merasakan ada
suatu yang baru setiap kali mengikuti kelas. Maka dengan ini pelajar tidak merasa jemu
mengikuti kelas Pendidikan Islam, kerana mereka sentiasa dapat sesuatu yang baru. Guru
juga patut renungkan, apakah ada kemungkinan besar tercapai matlamat pendidikan
dalam masa sekian-sekian tahun itu untuk melahirkan generasi Islam yang faham Islam
dan mengamalkan Islam. Yang boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menghayati
kandungan dan ajarannya.
Untuk itu, guru seharusnya faham dan jelas tujuan mengajar dan belajar dan
segala aktiviti dalam dan di luar bilik darjah. Faktor utama dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan ini ialah guru. Sebagai guru ia hendaklah mahir di dalam
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, disamping itu guru adalah merupakan orang
yang mendalam pengetahuannya dalam isi pengajaran yang hendak disampaikan.
Disamping pengetahuan tersebut sikap guru dalam profesion ini adalah memainkan
peranan penting dalam merealisasikan pengajaran yang berkesan, guru hendaklah
bersikap amanah, bertanggungjawab, ikhlas dan perihatin dalam semua aspek
pengajarannya. Guru hendaklah merasakan bahawa kejayaan murid adalah kejayaan
dirinya sendiri. Oleh itu setiap tindakan guru dalam profesionnya akan menghasilkan
kejayaan.
5.0 LIMA KAEDAH / TEKNIK PENGAJARAN RASULULLAH
5.1 Kaedah Hafalan
Kaedah hafalan juga merupakan suatu kaedah yang penting dalam pembelajaran.
Rasulullah SAW apabila menerima wahyu, Baginda akan menghafaz wahyu tersebut
dengan bersunggu-sungguh, kerana bimbang kalau-kalau wahyu itu hilang dari
ingatannya. Allah telah menjelaskan keadaan Rasul-Nya dengan firman-Nya dalam
Surah Al-Qiamat (16-19) :
16
8/8/2019 Pend Islam
17/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Yang bermaksud :
Janganlah kamu gerakkan lidahmu, untuk (membaca) Al-Quran kerana hendak segera
(menguasai)nya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di
dadamu) dan (membuatnya pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai
membacanya, maka ikutilah bacaan itu. Kemudian sesungguhnya atas tanggungan
Kamilah penjelasannya.
Kaedah hafalan bukan sahaja diambil daripada Al-Quran bahkan juga terdapat
daripada gambaran sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. yang bermaksud:
Semasa Rasullullah SAW berusia 40 tahun, Baginda mengasingkan diri di Gua Hirak,
kerana beribadat kepada Allah SWT . Pada suatu malam, Baginda didatangi oleh
Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai manusia, mengajar Junjungan supaya membaca.
Selepas beberapa kali diajar dan diulang bacaannya, baharulah Rasulullah dapat
membaca dan mengingatinya secara hafalan mengikut bacaan Jibril a.s. dan dapat
mengingatinya pada bila-bila masa sahaja. Pada hakikatnya, hafalan merupakan suatu
latihan dan penekanan kepada Rasullullah SAW . Ia bertujuan untuk menguatkan ingatan
dan memudahkan Baginda menghafal wahyu yang lain yang diturunkan. Dengan kata
lain, hafalan boleh melatih seseorang menambah kecerdasan otak, kepintaran, kekuatan
ingatan dan keyakinan.
5.2 Kaedah Perbincangan
Perbincangan merupakan satu strategi pengajaran berbentuk perbualan di
kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan pelajar
itu diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan atau pendapat mereka mengenai
sesuatu topik sambil pandangan-pandangan yang diberikan akan dibimbing ke arah satu
prinsip atau pandangan yang menyeluruh. Tujuan kaedah ini adalah untuk menggalakkan
17
8/8/2019 Pend Islam
18/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Justeru
itu, perbincangan mestilah berasaskan kepada dua prinsip utama:
(a) Kebebasan bersuara: Setiap individu menyedari bahawa mereka bebas bersuara
untuk menyatakan pendapat kepada sesiapa sahaja yang menyertai perbincangan
tersebut.
(b) Mencari persefahaman: Setiap individu mencari katasepakat berdasarkan kepada
kefahaman masing-masing dengan saling berbincang dan mencari satu ketetapan
terhadap sesuatu isu atau persoalan yang dikemukakan.
Kaedah ini sering diaplikasikan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan, kefahaman dan pendidikan kepada para sahabatnya. Allah SWT mengajar
Rasulullah SAW agar bermusyawarah dan berbincang dengan para pengikutnya bagimemutuskan sesuatu perkara. Justeru itu, kaedah tersebut telah ditunjukkan oleh baginda
melalui perbincangan dengan para sahabatnya dalam masalah tawanan perang Badar.
Abu Bakar mencadangkan supaya tawanan tersebut dikenakan tebusan bagi
membebaskan diri. Manakala Umar pula menyarankan supaya tawanan tersebut dibunuh.
Sehubungan dengan itu turunlah wahyu untuk menjelaskan isu tersebut:
Tidak patut bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhan
musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda sedangkan Allah
menghendaki ahala akhirat untukmu. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.
(Al-Anfal : 67)
5.3 Kaedah Syarahan
18
8/8/2019 Pend Islam
19/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Kaedah ini boleh dilaksanakan melalui pengajian berkitab dalam pelbagai disiplin
ilmu yang dilaksanakan secara berkala dan konsisten. Pengajian yang dilaksanakan itu
hendaklah bersifat mendidik, memberi kefahaman serta penerapan nilai-nilai yang baik
terhadap mereka yang diajarnya. Kaedah Syarahan merupakan kaedah pengajaran di
mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan, serta
penerangan kepada pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan
mengenai sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran menerusi kaedah
ini menampakkan kebergantungan pelajar kepada guru dan secara tidak langsung ia
boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa
mengambil contoh daripada roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan.Baginda juga telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda termasuklah kaedah
syarahan. Kaedah ini dapat dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah
Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Sebagai contoh
kaedah ini, baginda aplikasikan ketika mula-mula diperintah oleh Allah untuk
menyampaikan ajaran Islam secara terang-terangan. Baginda telah memanggil orang-
orang Quraish ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana. Bahkan di
dalam al-Quran sendiri terdapat banyak ayat yang berbentuk syarahan atau kuliah
antaranya firman Allah SWT :
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap
dan terang, namun orang-orang kafir mempersekutukan sesuatu dengan tuhan mereka
(Al-Anaam :1)
5.4 Kaedah Tunjuk Cara
Kaedah ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
19
8/8/2019 Pend Islam
20/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di
hadapan pelajar. Kaedah tunjukcara ini melibatkan aktiviti penerangan, demontrasi guru
bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan serta amali dan percubaan pelajar. Kaedah
tunjukcara ini lebih mengutamakan pemerhatian murid secara langsung tehadap sesuatu
objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan-kesimpulan tertentu. Kaedah
tunjukcara ini dapat memberikan pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan
isi dan situasi pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan memberikan mereka
pengalaman, kemahiran dan pengetahuan.
Kaedah ini juga turut dipraktikkan oleh Rasulllah SAW ketika baginda didatangi
oleh Jibril dengan rupa yang amat cantik dan bauan yang harum, sambil berkata:
Wahai Muhammad, Allah menyampaikan salam kepada engkau dan serulah sekelianjin dan manusia dengan kalimah syahadah, kemudian Jibril menyuruh Rasulullah SAW
mengambil wudhuk, kemudian bangun dan menyuruh nabi bersembahyang. Jibril
mengajarkan nabi berwudhuk dan bersembahyang. Tujuan kaedah tunjukcara
diaplikasikan dalam pengajaran adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan
mengikuti setiap langkah dan pergerakan sesuatu ibadah yang berbentuk amali supaya
mereka dapat melaksanakannya dengan betul dan sah mengikut syarak. Secara tidak
langsung kaedah ini turut memberikan motivasi yang dapat dicontohi oleh pelajar untuk
melaksanakannya di luar waktu pembelajaran atau di rumah dengan penuh keyakinan.
5.5 Kaedah Soal Jawab
Kaedah soal jawab merupakan kaedah di mana guru mengemukan soalan
manakala pelajar pula memberikan jawapan. Kaedah ini turut diamalkan oleh Rasullullah
SAW. Melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Umar al-Khatab,
beliau menceritakan:
Pada suatu ketika sedang Rasulullah SAW di kelilingi oleh para sahabat dalam sebuah
majlis ilmu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian putih, lalu duduk di sisi
Rasulullah SAW. Ia merapatkan lututnya ke lutut nabi dan meletakkan dua tangannya ke
atas riba nabi sambil bertanya tentang Islam, Iman, Ihsan dan Hari Kiamat. Baginda
menjawab dengan baik dan sempurna serta dinyatakan alamat-alamat Kiamat. Selepas
Rasulullah SAW selesai menjawab, lelaki tersebut menghilangkan diri. Sehubungan
20
8/8/2019 Pend Islam
21/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
dengan itu, Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabatnya bahawa lelaki tersebut
adalah Jibril a.s yang datang untuk menerangkan pengajaran agama.
Berdasarkan petikan hadis di atas, menunjukkan bahawa tingkah laku yang
ditunjukkan oleh Jibril a.s dalam majlis tersebut dapat dijadikan panduan oleh umat
Islam ketika menghadiri majlis ilmu. Jibril memperlihatkan adab-adab ketika menuntut
ilmu seperti hormat, merendah diri dan bersifat mesra dengan guru. Secara tidak
langsung perlakuan tersebut memberi interpretasi bahawa kaedah soal jawab terikat
dengan adab dan disiplin dalam pembelajaran. Di samping itu, situasi Rasulullah SAW
dan para sahabat menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat
menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkankecerdasan otak, mencungkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh
itu, guru adalah digalakan mempraktikkan kaedah soal jawab semasa proses P&P kerana
ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping
itu, ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang
lebih jelas kepada pelajar.
6.0 FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam
Butiran Am
Nama : Wan Muhamad b. Wan Harun
No. Kad Pengenalan : 740922-03-5685
Tarikh : 4 Januari 2009 ( Ahad )
Masa : 10.45 pagi hingga 11.15 pagi (30 minit)
Kelas/Tahun : 4 Bestari
Bilangan Murid : 35 orang
21
8/8/2019 Pend Islam
22/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Ibadat
Tajuk Pengajaran : Rukun Solat
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat :
Aras 1 : i) Menyatakan dengan betul maksud rukun solat.
Aras 2 : ii) Menyatakan secara lisan perkara-perkara rukun
solat dengan betul.
Aras 3 : iii) Murid dapatmenyenaraikan perkara rukun solat
mengikut urutan dengan betul.
Objektif KBKK : i) Membanding beza antara perkara rukun dan perkara
sunat dalam solat.Pengetahuan sedia ada : Murid sudah biasa melihat dan mengerjakan solat
lima waktu sehari semalam.
Penerapan Nilai Murni : Kebersihan,berdisiplin dan bersyukur.
Penyerapan Ilmu : Matematik
Gabungjalin : Akhlak dan Aqidah.
BBM : Laptop, LCD Projektor, lembaran kerja MS Excel
22
8/8/2019 Pend Islam
23/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN
Pendahuluan( 2 minit )
Doa belajar
Murid membacakan doa belajar secara beramai-ramai.
Nillai:Memohon keberkatan AllahS.W.T
Set Induksi( 3 minit )
Slaid Rukun Islam
Nasyid dirikan solat
Guru menayangkan slaid berkaitan sambil
memperdengarkan lagu nasyid dirikan solat Guru bersoal jawab dengan murid tentang
pemahaman berkaitan nasyid tersebut danmengaitkannya dengan tajuk yang akan diajariaitu Rukun Solat
Soalannya :1. Apakah tema nasyid yang kamu dengar tadi ?.2. Apa kaitannya dengan tajuk pembelajaran hari
ini ?.
Guru kemudiannya membuat perkaitan bahawa didalam solat terdapat perkara-perkara rukun danperkara-perkara sunat.
Kemahiran KBKKMeninterpretasikanmaklumat
Langkah 1(3 minit)
Pengertian RukunSolat
Perkara-perkarawajib dalam solatyang jika sengaja atau
Guru menayangkan slaid rukun solat.
Guru meminta murid membacakan maksud rukun
solat secara latih tubi
23
8/8/2019 Pend Islam
24/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN
SambunganLangkah 1
tertinggal akan membatalkansolat
Guru memberikan penerangan kepada muridtentang maksud rukun solat.
Langkah 2( 15 minit )
Rukun solat 13 perkara :1) Niat2) Takbiratul Ihram
3) Berdiri tegak4) Membaca Al-Fatihah5) Rukuk serta
tamaninah6) Iktidal serta
tamaninah7) Sujud serta
tamaninah8) Duduk antara 2 sujud
serta tamaninah9) Membaca tahiyyat
akhir10)Duduk tahiyyat akhir11)Membaca selawat ke
atas Nabi Muhammadpada tahiyyat akhir
12)Memberi salam13)Tertib
Guru menayangkan slaid yang mengandungiperkara-perkara rukun solat dari slaid 7 hinggaslaid 19
Guru menyuruh murid membaca teks perkara-perkara rukun solat secara individu, kumpulanatau kelas secara latih tubi
Guru memberikan penerangan berkaitan perkara-perkara rukun solat berdasarkan slaid-slaidberkenaan.
.
Laman web URL :http://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.html
http://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.html
http://kelasiqra.tripod.com/solat6.html
http://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat#Rukun_Solat
http://www.angelfire.com/pr
o/sembahyang/rukun.html
24
http://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.htmlhttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.htmlhttp://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.htmlhttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html8/8/2019 Pend Islam
25/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN
Langkah 3
( 5 minit )
Penilaian dan pengukuhan Guru bersoal jawab dengan murid :Soalannya :
1. Sila sebutkan pengertian rukun solat.2. Berapakah bilangan rukun solat ?.3. Nyatakan perkara-perkara rukun solat.
Guru meminta murid untuk mencari maklumattambahan berkaitan rukun solat denganmenggunakan pencarian internet. (sebagaimanaURL di sebelah)
Guru mengarahkan murid untuk menyusunsemula perkara-perkara rukun solat mengikuturutan nombor yang betul.
http://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.html
http://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.html
http://kelasiqra.tripod.com/solat6.html
http://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat#Rukun_Solathttp://www.angelfire.com/pr
o/sembahyang/rukun.html
BBM
Lembaran kerja Ms Excel
Penutup
( 2 minit )
Rumusan dan refleksi Guru dan murid berbincang dan membuatrumusan tentang perkara-perkara rukun solat.
Guru membuat rumusan nilai berkaitan sifatberdisiplin dan kebersihan semasa mendirikansolat.
1. Dalam solat kita mestilah berdisiplin supaya solatkita tidak batal.
25
http://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.htmlhttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.htmlhttp://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/skparitjawa/rukunsolat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://www.geocities.com/CapitolHill/6163/solat.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://kelasiqra.tripod.com/solat6.htmlhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://rieonline.netfirms.com/bab_solat.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Solathttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.htmlhttp://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html8/8/2019 Pend Islam
26/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Catatan refleksi :
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
Ulasan Guru Pembimbing :
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
Ulasan Pensyarah :
___________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________
26
8/8/2019 Pend Islam
27/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
7.0 PENUTUP
Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting. Ia menjadi
bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan ibadat yang besar.
Dalam konteks Pendidikan Islam, peranan pendidik atau murabbi amat penting dan sama
pentingnya dengan kepentingan alat yang meningkatkan kefahaman dan penghayatan.
Tanpa kefahaman dan penghayatan, tidak akan lahir nilai murni yang bakal memandu
tingkahlaku.
Sesungguhnya guru adalah sebagai pendukung, pencorak, pembentuk dan
pembina generasi di hari muka. Dengan bebanan tugas seharian yang semakin bertambah
dan rumit pada masa kini, bidang kerjaya guru merupakan satu bidang yang amat
mencabar. Namun demikian, kita masih mempunyai rakan dan panduan dari Allah s.w.t
untuk memohon bantuan dan pertolongan kerana kerjaya perguruan adalah media
dakwah untuk terus memartabatkan nilai kemuliaan manusia .
Bibliografi
27
8/8/2019 Pend Islam
28/28
HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
Ahmad Mohd Salleh (2000), Pendidikan Islam : Asas Dinamika Guru Jilid 1. Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam
Ahmad Mohd. Salleh ( 2008 ), Siri Pendidikan Guru ; Pengajian Agama Islam & j-QAF,
Metadologi dan Pedagogi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia (1980) Buku Teks pendidikan Islam . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan pustaka.
Manual Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam KBSR Berasaskan Pendekatan
Islam Hadhari tahun 2005.
Open universiti, Universiti Terbuka Malaysia, ( 2007 ) " HBSL 1103 Pengenalan
Pendidikan Islam " Kuala Lumpur. Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1992). Tujuan dan objektif pendidikan Islam.
Penterjemah.Samsudin Jaapar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Sejarah Pendidikan Zaman Rasulullah. http://www.karyanet.com akses pada 17 Februari
2009.