12
Pengenalan Asmah Hj.Omar dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa (1984) menyatakan laras bahasa adalah kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mengikut disiplin ilmu bahasa yang berbeza-beza. Setiap disiplin ilmu mempunyai istilah khusus yang menandai laras bahasanya. Dalam Pengantar Siri Pedoman Bahasa , laras ditakrifkan sebagai konsep yang digunakan untuk merujuk kepada ragam sesuatu bahasa daripada aspek sistem dan struktur bahasa yang digunakan. Laras merujuk kepada kata-kata atau ungkapan-ungkapan khusus serta juga struktur- struktur ayat tertentu yang lebih digemari oleh sesuatu ragam bahasa berbanding dengan sesuatu bahasa yang lain. Laras bahasa ditakrifkan juga sebagai satu petunjuk kepada genre. Ini bermakna bahawa sesuatu teks itu dapat dikenalpasti penggolongannya berdasarkan larasnya. Dalam sesuatu genre, ada pembahagian 1

Tugasan Laras Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan Laras Bahasa

Pengenalan

Asmah Hj.Omar dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa (1984)

menyatakan laras bahasa adalah kelainan atau variasi bahasa yang digunakan

mengikut disiplin ilmu bahasa yang berbeza-beza. Setiap disiplin ilmu

mempunyai istilah khusus yang menandai laras bahasanya. Dalam Pengantar Siri

Pedoman Bahasa , laras ditakrifkan sebagai konsep yang digunakan untuk

merujuk kepada ragam sesuatu bahasa daripada aspek sistem dan struktur bahasa

yang digunakan. Laras merujuk kepada kata-kata atau ungkapan-ungkapan khusus

serta juga struktur-struktur ayat tertentu yang lebih digemari oleh sesuatu ragam

bahasa berbanding dengan sesuatu bahasa yang lain.

Laras bahasa ditakrifkan juga sebagai satu petunjuk kepada genre. Ini

bermakna bahawa sesuatu teks itu dapat dikenalpasti penggolongannya

berdasarkan larasnya. Dalam sesuatu genre, ada pembahagian berdasarkan

subbidang yang memperkatakan subbidang ilmu tertentu, dan tiap-tiap subbidang

itu mempunyai laras bahasa tersendiri yang berbeza dengan laras bahasa dalam

subbidang yang lain walaupun dalam bidang yang sama.

Tiap-tiap bidang ilmu, dari segi laras bahasa, mempunyai sejumlah

perkataan yang khusus yang merupakan cirinya tersendiri. Perkataan-perkataan

khusus ini dinamakan istilah, merupakan sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan

1

Page 2: Tugasan Laras Bahasa

jumlah kata-kata yang digunakan dalam satu-satu wacana (discourse) dalam

bidang ilmu tersebut.

Perbezaan Antara Laras Bahasa Sains Tulen Dengan Laras Bahasa Sains

Sosial

Laras Bahasa Sains

Laras bahasa Sains merupakan gaya bahasa yang digunakan khusus untuk

pembinaan dan penyambung ilmu dan teknologi. Ia berbeza dengan laras bahasa

dalam bidang lain. Penggunaan istilah atau kata dalam laras ini tidak mempunyai

ketaksaan yang terlalu tinggi kerana ia lebih mementingkan ketepatan makna dan

fakta.

Laras bahasa Sains juga dihubungkan dengan laras ilmiah dan dianggap

sebagai bahasa moden kerana bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa

basahan. Perenggan yang berikut ini dipetik dari buku Modul Asas Biologi

Molekul (UKM, 1999 halaman 66).

Tiga fungsi utama gen adalah replikasi, penyimpan maklumat dan mutasi. DNA menjalani replikasi mengikut model separa konservatif; di mana bebenang induk akan terpisah dan masing-masing menjadi templat kepada pembentukan lembaran baru yang melengkap dengannya.DNA menjalani pereplikaan di bawah kawalan satu tapak permulaan replikasi yang dikenali sebagai replikon. Kromosom sistem genetik yang mudah, seperti plasmid, virus dan bakteria mempunyai hanya satu replikon. Replikasi DNA dalam kebanyakan sistem genetik adalah dwiarah. Replikasi bermula pada replikon di mana dua canggah replikasi bergerak pada arah yang berlawanan meninggalkan replikon. Replikasi DNA pada prokariot dan

2

Page 3: Tugasan Laras Bahasa

eukariot adalah separa selanjar. Bebenang pendahulu memanjang secara berterusan, dari arah 5’ ke 3’, sejajar dengan arah canggah replikasi. Manakala lembaran yang satu lagi, bebenang mengekor, memanjang secara tidak selanjar, secara kepingan (serpihan Okazaki) juga dalam arah 5’ ke 3’ tetapi bertentangan dengan canggah replikasi. DNA polimerase I tidak mampu memulakan tindakbalas permulaan sintesis DNA secara sendiri. Tetapi sebaliknya ia memerlukan primer untuk membekalkan tapak 3’ –OH yang kosong untuk mengikat nukleotida yang baru. Peranan primer ini dimainkan oleh serpihan kecil RNA. Selepas serpihan Okazaki terbentuk, primer dibuang dan tapak yang dikosongkannya diisi.Apabila helikase membuka heliks dua bebenang induk pada tapak replikasi, ia menyebabkan peningkatan tekanan kepada rantai DNA tersebut. Tekanan tersebut dibuang oleh DNA girase untuk membolehkan replikasi berjalan lancar. Seperti enzim-enzim lain DNA polimerase bukanlah enzim yang sempurna. Sebarang kesilapan yang mungkin berlaku akan diperbaiki semasa replikasi sedang berjalan.

Perenggan di atas itu dipilih secara rawak dan mempunyai kira-kira 232

patah perkataan. Dari kira-kira 232 patah perkataan ini, hanya 35 patah perkataan

sahaja (tidak termasuk lambang 3’ –OH) yang khusus merupakan istilah kata

dalam bidang yang diperkatakan ini, iaitu bidang biologi, iaitu 15 % sahaja dari

keseluruhan jumlah perkataan dalam perenggan tersebut. Di antara 35 patah

perkataan itu, ada yang merupakan ulangan dari istilah yang sama. Dari itu jika

hendak diperhitungkan penggunaan istilah-istilah yang khusus biologi dalam

perenggan tersebut, maka jumlahnya jauh lebih kecil, kerana istilah-istilah

tersebut hanyalah 18 perkataan (8%) iaitu gen, DNA, replikasi, replikon,

kromosom, genetic, plasmid, virus, bakteria, prokariot, eukariot,

polymerase, sintesis, RNA, helikase, heliks, girase dan enzim.

3

Page 4: Tugasan Laras Bahasa

Kalau diteliti lagi perenggan di atas itu, maka akan didapati beberapa patah lagi perkataan yang boleh dijeniskan sebagai “kata sukar” kerana tidak digunakan dalam bahasa biasa yang kurang teknikal sifatnya. Kata-kata sukar adalah sebagai berikut: mutasi, konservatif, templat, pembentukan, pereplikaan, dwiarah, selanjar, peningkatan, model, sistem, primer dan tekanan. Jumlah bilangannya Cuma 12 patah perkataan iaitu 5% daripada keseluruhan petikan.

(Asmah Hj.Omar.Bahasa Malaysia Saintifik.1987.Halaman 7)

Kata-kata ini tidak merupakan milik biologi secara khusus kerana bidang-

bidang ilmu lain juga menggunakannya, termasuk bidang-bidang Sains Sosial dan

Kemanusiaan. Padanan-padanan bagi kata-kata itu dalam bahasa Inggeris seperti

increase (peningkatan), model, system(sistem), dan pressure (tekanan) sudah

tidak lagi dianggap sebagai kata-kata teknikal iaitu istilah dalam bahasa tersebut.

Dalam bahasa Inggeris, kata-kata itu sudah biasa didengar penggunaannya dalam

bahasa bukan teknikal, bahkan dalam bahasa basahan sekalipun.

Contoh wacana Sains yang diperturunkan di atas itu memperlihatkan

kadar berlakunya bilangan patah kata-kata istilah, peratusan istilah dan peratusan

kata sukar. Wacana ini juga menunjukkan bahawa sebahagian besar dari

bahasanya itu diwujudkan oleh perkataan dari perbendaharaan kata am.

Laras bahasa sains mementingkan kejelasan istilahnya. Sesuatu istilah yang digunakan biasanya diterima sebagai satu istilah tepat yang tidak boleh diberi makna dalam apa bentuk sekalipun. Hanya bahasa sains yang boleh menginterpretasikannya. Dengan kata lain, istilah mempunyai kejelasan makna dan dengan itu sesuatu istilah lebih mudah ditakrifkan daripada perkataan biasa.

(KamaruddinHj.Hussin.Laras Bahasa.1995.Halaman 46)

4

Page 5: Tugasan Laras Bahasa

Laras Bahasa Sains Sosial

Wacana bukan Sains juga mempunyai laras bahasanya sendiri, dengan

istilah-istilah yang mendukung konsep-konsep yang hanya boleh difahami oleh

orang yang mengkhusus dalam bidang berkenaan. Sebagai bahan perbandingan,

di bawah ini diturunkan perenggan dari buku Fikih Sunnah, Jilid 3, ditulis oleh

Saiyid Sabiq dan dialihbahasa oleh Mahyuddin Syaf; 1990. Halaman 143 -145.

Dan dari Abu Dzar al-Ghaffari r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah

S.A.W: yang bererti:

“Pada setiap hari yang disinari oleh cahaya matahari, diwajibkan bagi tiap-tiap

diri untuk bersedekah untuk dirinya peribadi.” Lalu saya tanyakan: “Ya

Rasulullah, dari mana saya peroleh yang akan disedekahkan itu, padahal kami

tidak mempunyai harta?” Ujarnya: “Kerana di antara pintu-pintu sedekah ialah

membaca takbir, subhanallah, alhamdulillah, laa ilaaha illallah, dan

astaghfirullah. Juga bila anda menyuruh berbuat baik dan mencegah yang jahat,

menghindarkan duri, tulang dan batu dari tengah jalan, menuntun orang yang

buta, mengajari yang tuli dan bisu hingga ia mengerti, menunjuki orang yang

menanyakan sesuatu keperluan yang anda ketahui tempatnya, dengan kekuatan

betis berjalan membantu orang yang malang meminta tolong, dan dengan

kekuatan lengan mengangkat barang orang yang lemah, semua itu merupakan

pintu-pintu sedekah, yakni dari dirimu untuk dirimu peribadi. Juga dalam

mencampuri isterimu, kamu akan beroleh pahala.” Sampai akhir hadis yang

5

Page 6: Tugasan Laras Bahasa

diriwayatkan oleh Ahmad, sedang lafaznya menurut versinya. Dengan makna

yang serupa hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim). Selanjutnya pada riwayat

Muslim mereka bertanya: “Ya Rasulullah bagaimana seseorang memuaskan

syahwatnya, lalu ia diberi pahala?” Ujar Nabi: “Bagaimana pendapat tuan-tuan,

bila ia melakukannya pada yang haram, apakah ia mendapat dosa? Nah,

demikianlah bila dipenuhinya pada yang halal, maka ia akan beroleh pahala.”

Dalam perenggan di atas itu, istilah-istilah yang khusus agama ialah

bersabda, Rasulullah S.A.W, takbir, subhanallah, alhamdulillah, laa ilaa hailallah,

astaghfirullah, pahala, hadis, diriwayatkan, lafaznya, dosa,halal dan haram.

Terdapat 14 patah perkataan daripada 191 patah perkataan dan menunjukkan

peratusan istilah-istilah agama cuma 7% sahaja. Walaubagaimana pun, dosa,

pahala, halal dan haram sudah merupakan kata am. Dengan itu dapat dilihat

penggunaan istilah teknikal jauh lebih kurang dalam perenggan ini dibandingkan

dengan perenggan-perenggan yang merupakan wacana sains.

KESIMPULAN

Laras bahasa sains dapat dibezakan dengan laras bahasa bukan sains pada

penggunaan istilah khususnya. Kadar penggunaan istilah dalam bahasa sains jauh

lebih tinggi daripada bahasa bukan sains. Walaupun demikian , sebahagian besar

daripada bahasa yang mengungkapkan ilmu sains ialah bahasa am disamping

selain istilah yang mempunyai pelbagai bidang. Sama ada bahasa sains ataupun

6

Page 7: Tugasan Laras Bahasa

bahasa am, kedua-duanya dibina dengan menggunakan perbendaharaan kata yang

sama pada asasnya. Bezanya ialah bahasa sains mempunyai sejumlah perkataan

yang tidak digunakan dalam bahasa am kerana memang tidak diperlukan.

Sedangkan bahasa am pula menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak sesuai

dengan bahasa sains kerana kekaburan makna atau mempunyai kelainan makna

yang sukar ditakrifkan.

Istilah khusus ini kadangkala tidak bersifat kekal penggunaannya.

Walaubagaimanapun istilah-istilah tersebut telah dianggap sebagai istilah yang

diterima secara umum tanpa sebarang bantahan. Keunikan dan kekhususan inilah

yang menentukan bidang tertentu sesuatu laras bahasa itu.

7

Page 8: Tugasan Laras Bahasa

BIBLIOGRAFI

1. Asmah Haji Omar(1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Kamaruddin Haji Husin(1994). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

3. Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia.Siri Buku Bentuk

Sementara 8(1985), UKM Bangi

4. Ruslan Abdullah dan Ismanizan Ismail(1999). Asas Biologi Molekul.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

5. Saiyid Sabiq, (1990), Fiqih Sunnah, Jilid 3.

8