Tugasan Kompenan Kata Rumah

Embed Size (px)

Citation preview

1. PENDAHULUAN Bagi ahli linguistik pula, definisi bahasa itu haruslah ditinjau dari sudut struktur dan fungsinya. Bloch dan Tager (1942), misalnya mentafsirkan bahasa sebagai suatu sistem lambang pertuturan yang arbitari, digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama (Raminah & Rahim, 1987: 41). Hubungan-hubungan itu mungkin berdasarkan kesamaan makna (sinonim), perlawanan makna (antonim), hubungan kekeluargaan (hiponim), serta kesamaan bunyi dan bentuk ejaan, tetapi berbeza maknanya dalam konteks yang berlainan (polisemi), (artikel jurnal bahasa, Abdul Halem Kareng, 2007). Kertas kerja ini akan

membincangkan mengenai sinonim dan kesinonimannya serta menganalisis kompenan kata rumah. Seterusnya kami akan melihat fitur-fitur yang akan menunjukkan perbezaan kompenan kata tersebut dengan kata yang lain.

2. DEFINISI SINONIM Sinonim itu bermaksud perkataan atau kata yang seerti atau semakna.(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd 1994:293). Manakala Joyce M. Hawking (1992:354) juga memberikan erti yang sama iaitu perkataan seerti dalam bahasa yang sama.Dalam Kamus Dewan (1984:116), sinonim itu merujuk kepada kata-kata yang sama maknanya atau kata-kata seerti. Daud Baharum(1992:469), juga menyatakan sinonim itu adalah kata-kata yang sama atau hampir sama ertinya, kata-kata seerti. Abdullah Hassan (1980:241), maksud sama ini tidaklah perlu seratus peratus sama seperti erti sama yang dianggap oleh orang ramai. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994) Tesaurus Melayu Moden, menyatakan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris makna tesaurus secara khusus ialah khazanah perkataan-perkataan yang mempunyai konsep yang sama. Mereka ada juga menerangkan dengan memberi contoh perkataan pahala dan dosa mempunyai konsep yang sama iaitu balasan tetapi digunakan dalam konteks yang berlainan. Seperti contoh Orang yang membuat amal kebajikan akan diberikan pahala. Orang yang membuat amal kebajikan akan diberikan dosa.*

Walaupun konsep bagi kedua perkataan yang sama iaitu balasan tetapi makna bagi perkataan pahala dan dosa.

3. MAKNA KATA RUMAH Dalam kertas kerja ini kami akan membincangkan kompenan kata rumah dan kesinonimannya. Kata rumah adalah kata dasar untuk tempat tinggal, contoh; rumah dengan hotel. Dia tinggal di rumah bersama keluarganya. Dia tinggal di hotel bersama keluarganya.

Kedua-dua contoh di atas menerangkan keluarga yang tinggal di rumah dan hotel. Perkataan rumah fungsi maknanya adalah kata nama. Dalam tesaurus perkataan rumah mempunyai banyak makna seperti asrama, balai, banglo, bangsal, bangunan, flat, dewan, kediaman, reban, khemah, teratak, vila, kabin dan lain-lain.( Abdullah Hassan dan Ainon Mohd 1994:267). Makna dasar Makna dalam Kamus Dewan edisi 4 (2005:1350) Makna dalam Kamus Bahasa Malaysia edisi pelajar (1975:462) Binaan untuk tempat tinggal; 1)Bangunan ahli Tempat keluarga bermalam (orang). tinggal. untuk 2) tempat sebarang

seperti bangunan umum 3) pasukan kumpulan dalam

hotel atau motel. Rumah atau

teres satu atau dua setengah olahrahga di sekolah dan tingkat yang kelihatan tinggi lain-lain; Rumah pasukan bola

dan agak sempit. Masjid atau rumah merah akan melawan surau adalah bangunan khas pasukan bola rumah biru tempat mengerjakan umat solat Islam petang ini. Contoh-contoh dan rumah~ rumah ibadat

ibadat-ibadat lain.

(masjid, gereja, kuil dan lainlain). Rumah sakit; tempat merawat orang sakit.

4. KAITAN KOMPONEN KATA RUMAH Rumah adalah tempat berteduh bagi manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan makhluk halus. Dalam Kamus Bahasa Malaysia ( 1980 : 462 ), rumah bermaksud, bangunan untuk tempat tinggal.Dalam Kamus Sinonim Antonim Melayu Utusan (1997 : 190 ) rumah mempunyai perkataan lain iaitu banglo, bangunan, gubuk, kabin, kediaman, pondok, tempat tinggal,

teratak, vila, wisma. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dalam buku Kamus Seerti Bahasa Melayu ( 2001 ), banyak perkataan boleh dikelompokkan sebagai mempunyai maknamakna serupa. Perkataan yang sekelompok itu boleh diterangkan dengan satu perkataan lain. Sebagai contoh, rumah, pondok, hotel, asrama, barek, kubur, syurga, neraka boleh dikelompokkan dalam satu perkataan iaitu rumah.

5. FITUR-FITUR DALAM KOMPONEN KATA RUMAH Sudah diketahui bahawa rumah adalah tempat berteduh / tempat tinggal bagi manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupun makhluk halus. Rumah didiami oleh manusia daripada pelbagai latar belakang, kemampuan, bangsa dan sebagainya. Rumah mempunyai pelbagai fungsi seperti, tempat tinggal ahli keluarga, kumpulan dan

bangunan. Lazimnya, rumah berfungsi bagi tempat tinggal manusia, untuk beristrirehat, tempat menenagkan fikiran dan tempat meluangkan masa dengan ahli keluarga dan sanak saudara. Rumah biasanya tempat yang paling selesa bagi seseorang individu kerana ia adalah merupakan tempat yang sangat padan / sesuai dengan gaya hidup mereka. Apabila difikirkan tentang gambaran rumah, dengan sendirinya kita menandaikan bahawa, rumah itu mempunyai fizikal yang besar, tinggi, mempunyai tiang, pintu, jendela, perabot, langsir, dapur, kamar mandi dan sebagainya. Rumah mempunyai pelbagai jenis reka bentuk. Ada rumah moden, rumah kayu, rumah batu, rumah dua tingkat, rumah banglo, rumah api, rumah panjang dan sebagainya. Dalam arus permodenan zaman pada masa ini, kebanyakkan rumah diperbuat daripada batu (semen). Namun begitu, terdapat juga rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu, lazimnya dibina pada tempat pendalaman. Fitur kempampuan juga menjadi fitur penting dalam pembinaan

rumah. Secara umumnya, rumah yang diperbuat daripada batu adalah dikalangan orang-orang yang mempunyai taraf hidup yang tinggi manakala, orang yang mempunyai rumah diperbuat daripada kayu / separuh batu, adalah orang yang bertaraf hidup rendah.

6. KOMPONEN KATA RUMAH DAN KESINONIMANNYA Perkataan rumah adalah umum. Apabila mendengar kata rumah, dengan sendirinya kita mendapat gambaran tentang bentuk rumah dan fungsinya. Namun begitu, terdapat banyak kesinoniman kata rumah. Sebagai contoh, istana. Istana adalah tempat tinggal keluarga kerabat diraja dan dapat digambarkan bahawa ia adalah tempat tinggal yang sangat mewah dan lengkapi dengan pengawal keselamatan. Oleh yang demikian, kata rumah mempunyai konsep yang sama tetapi mengikut konteks seperti kata istana diatas, istana hanya boleh didiami oleh kerabat diraja. 6.1 Makna istana Sinonim Istana

Kamus dewan, edisi ke 4, (2005),

Rumah kediaman raja atau ketua Negara; Bumi ~ ki tanah air (tempat tumpah darah) Beristana tinggal di istana, mempunyai istana.

Kamus sinonim :lengkap dengan rangkai kata, (1984) keratan, puri, mahligai, rumah raja, palis,kedalaman

Istana dapat difahami merupakan tempat kediaman raja. Istana hanya sesuai dirujuk kepada orang yang status tinggi dan mempunyai darah kerabat. Size sebuah istana sangat besar sehingga ia dilabel seperti sebuah mahligai. Bentuk penbinaannya akan memukau siapa saja yang melihatnya.

6.1.1

Rumah dengan Istana.

Rumah

Fitur

Istana

Fitur

Raja

+

Raja

+

Manusia

+

Manusia

-

Binatang

+/-

Binatang

-

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

-

Orang miskin

+

Orang miskin

-

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

-

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

+

Dengan melihat fitur-fitur di atas dapat dilihat tidak banyak persamaan di antara rumah dan juga istana. Fitur persamaan hanya melalui fitur [+ tempat tinggal tetap] manakala banyak perbezaan fitur yang nampak di atas iaitu [-jelata], [-binatang], [-tumbuhan], [-orang kaya], [-orang miskin] dan [-tempat tinggal sementara].

Contoh 1 a) Haji Sarban menjemput Haji Said untuk bertandang ke istananya.*

b) Haji Sarbanmenjemput Haji Said untukbertandang ke rumahnya. Dari contoh yang telah dikemukakan terdapat perbezaan di antara penggunaan rumah dengan istana. Walaupun dari segi sintaksis contoh 1 (a) betul namun dari segi semantiknya tidak dapat diterima. Ini adalah kerana adanya ketidaksesuaian dalam penggunaan istana terhadap rakyat jelata. Istana hanya boleh digunapakai oleh kerabat raja. Haji Sarban merupakan rakyat jelata, oleh yang demikian kata rumah lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat yang tertera diatas.

6.2 Makna kata Reban Sinonim Kamus dewan, edisi ke 4, (2005), Kamus sinonim :lengkap dengan rangkai kata, (1984) guk, kurungan kandang ayam; merebankan mengurungkan , mengandangkan. Reban reban 1 , kandang untuk ayam (itik); merebankan;~ ayam itik memasukkan ayam itik ke dalam reban.

Menurut makna dari kedua sumber yang diperolehi makna reban lebih merujuk kepada tempat perlindungan bagi haiwan seperti ayam atau itik. Kurungan itu hanya boleh memuatkan haiwan yang sedemikian dan tidak sesuai digunakan bagi haiwan yang bersaiz besar seperti kerbau. 6.2.1 Rumah dengan Reban

Rumah

Fitur

Reban

Fitur

Raja

+

Raja

-

Manusia

+

Manusia

-

Binatang

+/-

Binatang

+

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

-

Orang miskin

+

Orang miskin

-

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

+/-

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

+/-

Berpandukan fitur-fitur yang ada di atas tidak ada persamaan yang dapat dilihat. Fitur perbezaan [-raja], [-jelata] dan [-tumbuhan]. Manakala persamaan fitur ialah [+binatang] Contoh ayat a) Reban itu dibuat oleh pak Uda bagi menempatkan ayam Serama yang baru dibelinya. b) Rumah itu dibuat oleh pak Uda bagi menempatkan ayam Serama yang baru dibelinya.* Menurut contoh diatas, lebih sesuai digunakan bagi binatang seperti itu . Contoh kedua kurang sesuai digunakan kerana rumah itu lebih merujuk kepada manusia.Walaupun dari segi sintaksis ayat sudah diterima namun dari segi semantic tidak menepati makna dan penggunaan sebenar. Oleh itu reban ayam lebih diterima dalam konsep makna.

6.3 Sarang dan Rumah Sinonim Kamus Dewan, edisi keempat, Sarang Tempat diam burung DLL, (tempat berteduh bertelur, memelihara anak DLL)

(2005),

Tempat persembunyian (lanun, perompak samseng dll)

Kamus sinonim : lengkap dengan rangkai kata, (1984)

Tempat diam burung, tempat persembunyian (lanun), sangkar(ayam), seron, petarangan ,terak, sangkak

Melihat makna yang ternyata di atas sarang tidak mempunyai satu pengkhususan. Dalam erti kata lain sarang boleh digunakan untuk binatang dan manusia yang menjadikan tempat kediaman itu sebagai tempat persembunyian mereka. Namun sarang lebih sesuai ditujukan buat binatang seperti burung. Jika ianya ditujukan kepada manusia ianya lebih merujuk kepada tempat sesuatu yang negatif.

6.3.1

Rumah dengan Sarang

Rumah

Fitur

Sarang

Fitur

Raja

+

Raja

-

Manusia

+

Manusia

+

Binatang

+/-

Binatang

+

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

-

Orang miskin

+

Orang miskin

-

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

-

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

-

Contoh 1 a) Apabila senja burung pipit nampak terbang kembali mencari sarangnya. b) Apabila senja burung pipit nampak terbang kembali mencari rumahnya.* Contoh 2 a) Semalam pihak polis telah berjaya memberkas sarang pelacuran. b) Semalam pihak polis telah berjaya memberkas rumah pelacuran.*

Contoh 1 yang diberikan lebih merujuk kepada binatang. Berdasarkan konteks ayat 1 (a) ianya menepati rujukan binatang. Sarang sering difahami sebagai tempat perlindungan burung. Oleh itu sarang lebih diterima pemakaiannya apabila merujuk binatang berbanding dengan rumah. Contoh 2 pula lebihmerujuk kepadamanusia yang menjadikannya sebagai tempat persembunyian. Contoh 2 (a) lebih tepat makna semantiknya sarang pelacuran berbanding dengan contoh 2 (b) yang sedikit kurang sesuai dengan pekerjaan yang berunsur negative iaitu rumah pelacuran. 6.4 Makna Gua Sinonim Kamus Dewan, edisi keempat, (2005), Kamus sinonim : lengkap dengan Lubang besar di kaki gunung, gorong-gorong, tembusan, terowongan, kahaf, saung, gaung, liang, jurang, ngalau, ruang, ceruk, celah, sela. Gua Lubang besar di kaki bukit (gunung dll)

rangkai kata, (1984)

Berdasarkan makna yang diperolehi di atas gua merupakan sebuah lubang besar yang terdapat di kaki bukit atau gunung. Gua merupakan hakisan pada batu yang lama kelamaan boleh menjadi satu tempat perlindungan. 6.4.1 Rumah dengan Gua

Rumah

Fitur

Gua

Fitur

Raja

+

Raja

-

Manusia

+

Manusia

+/-

Binatang

+/-

Binatang

+

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

-

Orang miskin

+

Orang miskin

+/-

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

+/-

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

-

Melihat fitur yang telah dinyatakan tiada persamaan yang terdapat di antara rumah dan juga gua. Namun ada perbezaan yang nyata di antara rumah dan juga gua. Perbezaan fitur adalah [-raja], [binatang], [-tumbuhan]

Contoh 1 a) Mesyurat petang ini akan diadakan di rumah saya. b) Mesyurat petang ini akan diadakan di gua saya.* Contoh 2 a) Pada zaman dahulu gua merupakan tempat perlindungan masyarakat primitive. b) Pada zaman dahulu rumah merupakan tempat perlindungan masyarakat primitive.*

Jika ditinjau kedua contoh di atas, contoh 1 (a) lebih sesuai digunakan di era baru ini. Contoh 1 (b) tidak menepati dari segi semantiknya kerana seorang ahli koperat tidak akan berlindung di dalam sebuah gua ditambah lagi secara logiknya tidak ada masyarakat yang tinggal selain dari rumah. Manakala contoh 2 (a) diterima dari segi semantiknya kerana sememangnya gua dihuni oleh manusia primitif bukan manusia moden. 6.5 Makna kata hotel

Sinonim

Makna Kamus Dewan ( 2005 : 1350 )

Bangunan menyediakan Hotel

tempat makanan

penginapan dan

yang

perkhidmatan-

perkhidmatan lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat

Hotel adalah sebuah bangunan atau tempat kediaman untuk manusia berteduh sementara. Biasanya, orang yang menginap di hotel adalah dikalangan orang yang kaya dan berpendepatan sederhana. Hotel mempunyai berbagai taraf mengikut taraf bintang sesebuah hotel ini. Jika ia adalah satu bintang, maka taraf persekitaran adalah sederhana. Manakala, hotel yang bertaraf

lima bintang mempunyai taraf persekitaran yang sangat mewah dan selesa dan akan dikenakan bayaran yang sangta tinggi. Lazimnya, hotel didami oleh para pelancong, akan tetapi, terdapat juga sesetengah individu menginap di hotel bagi meluangkan masa dengan keluarga sekaligus dapat menenagkan fikiran.

6.5.1

Rumah dengan Hotel

Rumah

Fitur

Hotel

Fitur

Raja

+

Raja

+

Manusia

+

Manusia

+

Binatang

+/-

Binatang

-

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

+

Orang miskin

+

Orang miskin

-

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

+

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

-

Berdasarkan fitur-fitur di atas, dapat diketahui bahawa perkataan rumah dan hotel mempunyai perbezaan seperti, tempat teduh raja [+raja] , tempat teduh manusia [+ manusia] dan tempat teduh orang kaya [+ orang kaya]. Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara keduanya seperti, di rumah, binatang mempunyai tempat bagi menumpang kasih dan tinggal manakala, tidak bagi hotel, rumah adalah tempat kediaman tetap manakala, hotel adalah tempat kediaman sementara.

Contoh :Rumah itu didiami oleh para pelancong dari negara Jepun. Hotel iu didiami oleh para pelancong dari negara Jepun.

6.6 Makna kata kubur

Sinonim

Makna Kamus Dewan ( 718 : 1996 ) 1. Tempat menanam mayat, makam, ahli orang orang yang sudah meninggal

Kubur

dunia. 2. Lubang (liang) di tanah tempat

menanam mayat

Daripada makna kata kubur di atas, dapat disimpulkan bahawa, kubur adalah seuatu tempat yang berupa lobang di mana, mayat (manusia yang sudah meninggal dunia) dimasukkan di dalamnya.

6.6.1

Rumah dengan kubur

Rumah

Fitur

Kubur

Fitur

Raja

-

Raja

-

Manusia

+

Manusia

+

Binatang

+/-

Binatang

+

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

+

Orang miskin

+

Orang miskin

+

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

-

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

+

Berdasarkan fitur-fitur di atas, dapat dilihat bahawa, rumah dan kubur mempunyai banyak persamaan iaitu, tempat bagi manusia [+manusia], tempat bagi binatang [+binatang], tempat bagi orang kaya [+orang kaya], tempat bagi orang miskin [+orang miskin], kediaman yang tetap [ + kediaman kekal], bukan tempat bagi tumbuhan [tumbuhan] dan bukan kediaman sementara [kediaman sementara]. Namun begitu, terdapat satu perbezaan yang membezakan keduanya iaitu, kubur bukanlah tempat bagi raja [-raja]. Tetapi, konsep kubur adalah umum, tidak mengira lelaki atau perempuan, miskin atau kaya dan sebagainya. Bagi raja-raja, kubur mempunyai perkataan yang tersendiri iaitu, makam.

Contoh :Kubur Sultan terletak di Jalan Kota Batu Makam Sultan terletak di Jalan Kota Batu

6.7 Makna kata kolam

Sinonim

Kamus Dewan ( 692 : 1996 ) 1. Lubang ( lekuk) di tanah yang berisi air : beberapa ekor itik sedang berenang dlm 2. Air lubang di tanah yang besar dan dalam untuk menakung air hujan (air

Kolam

dari sungai dll) untuk minuman 3. Bekas ( yg dibuat daripada batu, simen, dll) yang diisi air (untuk mandi dll) 4. Rumput padang sj tumbuhan (Rumput) ,Eragrostis uniolooides.

Makna kolam di atas dapat mengambarkan ciri-ciri bentuk dan fungsi kolam. Kolam adalah sebuah tempat yang digunakan untuk menempatkan (takungan) air yang bertujuan untuk penempatan binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan malah untuk kegunaan air manusia sehariharian. Kolah juga berfungsi untuk mencantikkan lagi persekitaran terutama sekali, persekitaran halaman rumah, persekitaran bangunan-bangunan dan taman-taman rekriasi.

6.7.1

Rumah dengan kolam

Rumah

Fitur

Kolam

Fitur

Raja

-

Raja

-

Manusia

+

Manusia

-

Binatang

+/-

Binatang

+

Tumbuhan

-

Tumbuhan

+

Orang kaya

+

Orang kaya

-

Orang miskin

+

Orang miskin

-

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

-

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

-

Berdasarkan fitur-fitur di atas, dapat dilihat bahawa banyak perbezaan yang banyak antara rumah dengan kolam. Fitur-fitur perbezaan itu ialah, fitur manusia [-manusia], orang kaya [-orang kaya], orang miskin [-orang miskin] dan kediaman kekal [-kediaman kekal]. Manakal, persamaannya ialah daripada fitur raja [-raja] dan kediaman sementara [-kediaman semestara].

Contoh :-

Sebanyak sepuluh ekor itik tinggal di rumah itu. Sebanyak sepuluh ekor itik tinggal di kolam itu.

6.8 Makna kata pondok

Sinonim

Kamus Dewan ( 1050 : 1996 ) 1. Rumah kecil yang didirikan untuk

Pondok

sementara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak 2. Rumah ( untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang) 3. Jk rumah kecil yang tidak berbuluh beratap rumbia, dll) 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama , dll )~ telefon bangunan kecil tempat telefon untuk kegunaan orang ramai.

Pondok adalah sebuah tempat yang berupa sementara. Ia merupakan sebuah tempat yang kecil dan tidak sesuai didiami oleh manusia. Namun begitu, terdapat juga manusia menjadikan sebuah pondok sebagai rumah. Ini adalah disebabkan oleh kemiskinan dan tidak mampu untuk membina rumah yang selesa. Pondok boleh berfungsi sebagai pondok telefon, pondok penungguan bas, pondok teksi, pondok menjual manakanan dan sebagainya.

6.8.1

Rumah dengan pondok

Rumah

Fitur

Pondok

Fitur

Raja

+

Raja

-

Manusia

+

Manusia

+

Binatang

+/-

Binatang

-

Tumbuhan

-

Tumbuhan

-

Orang kaya

+

Orang kaya

-

Orang miskin

+

Orang miskin

+

Kediaman sementara

-

Kediaman sementara

+

Kediaman tetap

+

Kediaman kekal

-

Berdasarkan fitur-fitur diatas, dapat dilihat bahawa, rumah dengan pondok mempunyai persamaan dan perbezaan. Pesamaannya ialah, bukan tempat raja[-raja], bukan tempat tumbuhtumbuhan [-tumbuhan], tempat orang miskin [+orang miskin] dan tempat tinggal manusia [+manusia]. Perbezaan antara rumah dengan pondok juga dapat dilihat dari segi, orang kaya [orang kaya], kediaman sementara [+kediaman sementara] dan kediaman kekal [-kediaman kekal].

Contoh :-

Orang miskin itu menjadikan rumah yang buruk itu sebagai rumahnya. Orang miskin itu menjadikan pondok yang buruk itu sebagai rumahnya. 6.9 Makna kata Sangkar. Sinonim Makna Kamus Dewan edisi 4 (2005:1388)

Sangkar

Sangkaran kurungan (burung dan lain-lain);~ ayam a) kurungan ayam ; b) sangkak, petarangan, terak, sarang;

Berdasarkan makna yang diberikan dalam kamus ini, kata rumah dan sangkar terdapatnya persamaan iaitu untuk tempat tinggal atau kurungan. Tetapi jika diteliti dari segi maknanya, sangkar itu merupakan satu kurungan untuk haiwan-haiwan seperti burung, ayam dan sebagainya.

6.9.1

Rumah dengan Sangkar. Fitur + +/+/+/+ + Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara Sangkar Fitur + +/+/-

Rumah Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara

Berpandukan dari fitur-fitur di atas, terdapat persamaan dan perbezaan dari segi fitur-fitur yang dapat dilihat antara rumah dan sangkar. Fitur-fitur persamaan seperti [+binatang], [+/-

t.tinggal tetap]. Walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan fitur-fitur seperti [-jelata],[tumbuhan], [- orang kaya], [- orang miskin]. Contoh 1. a) Rumah itu adalah tempat tinggal burung pipit.* b) Sangkar itu adalah tempat tinggal burung pipit. Jika dilihat berdasarkan contoh di atas, ayat 1a tidak sesuai untuk binatang seperti burung pipit tinggal di rumah, walaupun mengikut struktur sintaksisnya adalah betul tetapi dari segi semantik tidak menepati makna dan penggunaan sebenar. Ayat 1b merupakan ayat yang menepati makna dan konsep perkataan sangkar.

6.10 Sinonim

Makna kata Penjara. Makna Kamus Dewan edisi 4 (2005:1173)

Penjara

Tempat atau bangunan penjenayah dikurung sebagai hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan

Berdasarkan makna yang diberikan dalam kamus ini, kata rumah dan penjara terdapatnya persamaan iaitu tempat tinggal bagi seseorang. Tetapi jika diteliti dari segi maknanya, penjara itu merupakan satu tempat bagi pesalah-pesalah tinggal untuk menjalani hukuman.

6.10.1 Rumah dengan Penjara. Rumah Fitur Penjara Fitur

Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara

+ +/+/+/+ + -

Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara

+ + + +/-

Berpandukan dari fitur-fitur di atas, terdapat persamaan dan perbezaan dari segi fitur-fitur yang dapat dilihat antara rumah dan penjara. Fitur-fitur persamaan seperti [+jelata], [+ orang kaya], [+ orang miskin]. Walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan fitur-fitur seperti [-binatang],[tumbuhan], [- t,tinggal tetap]. Contoh 1 a) Pesalah yang telah dibicarakan itu telah ditempatkan di rumah.* b) Pesalah yang telah dibicarakan itu telah ditempatkan di penjara. Jika dilihat berdasarkan contoh di atas, ayat 1a tidak sesuai untuk pesalah atau penjenayah untuk ditempatkan tinggal di rumah untuk menerima hukuman, walaupun mengikut struktur sintaksisnya adalah betul tetapi dari segi semantik tidak menepati makna dan penggunaan sebenar. Ayat 1b merupakan ayat yang menepati makna dan konsep perkataan penjara.

6.11 Sinonim

Makna kata Syurga Makna Kamus Dewan edisi 4 (2005:1560)

Jannah = Jannat alam akhirat (tempat-tampat roh manusia yang baik-baik dan banyak pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat Syurga mengecap nikmat Tuhan yang kekal;~ dunia segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagian) di dunia; kesyurgaan segala yang berkaitan dengan syurga

Berdasarkan makna yang diberikan dalam kamus ini, kata rumah dan syurga terdapatnya persamaan iaitu tempat tinggal bagi seseorang. Tetapi jika diteliti dari segi maknanya, syurga itu merupakan satu tempat bagi roh-roh manusia yang baik-baik untuk tinggal untuk selamanya .

6.11.1 Rumah dengan Syurga. Rumah Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara Fitur + +/+/+/+ + Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara Syurga Fitur + + + + + + + -

Berpandukan dari fitur-fitur di atas, terdapat persamaan dan perbezaan dari segi fitur-fitur yang dapat dilihat antara rumah dan syurga. Fitur-fitur persamaan seperti [+jelata], [+binatang], [+tumbuhan], [+ orang kaya], [+ orang miskin], [+tempat tinggal tetap]. Walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan fitur-fitur iaitu fitur [- raja]. Contoh 1

a) Raja yang beriman dan menjaga kebajikan rakyatnya, di akhirat nanti akan ditempat di rumah.* b) Raja yang beriman dan menjaga kebajikan rakyatnya, di akhirat nanti akan ditempat di syurga* Jika dilihat berdasarkan contoh di atas, ayat 1a tidak sesuai untuk seorang raja beriman jika sudah mangkat untuk ditempatkan di akhirat nanti di rumah, walaupun mengikut struktur sintaksisnya adalah betul tetapi dari segi semantik tidak menepati makna dan penggunaan sebenar. Ayat 1b merupakan ayat yang menepati makna dan konsep perkataan syurga.

6.12 Sinonim

Makna kata Neraka Makna Kamus Dewan edisi 4 (2005:1077)

1. Alam akhirat tempat orang yang berdosa diseksa, lawan syurga ;~ Neraka jahanam neraka yang paling besar; 2. Bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yang disebut~dunia; 3. Celaka, sial :~ kau ni; 4. Tempat yang penuh dengan seksaan, kesusahan dan bencana.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam kamus ini, kata rumah dan neraka terdapatnya persamaan iaitu tempat tinggal bagi seseorang. Tetapi jika diteliti dari segi maknanya, neraka itu merupakan satu tempat bagi roh-roh manusia yang menerima balasan akibat perbuatan berdosa mereka sewaktu hidup di dunia.

6.12.1 Rumah dengan Neraka. Rumah Fitur Neraka Fitur

Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara

+ +/+/+/+ + -

Raja Jelata Binatang Tumbuhan Orang kaya Orang miskin T. Tinggal tetap T. Tinggal sementara

+ + + + + -

Berpandukan dari fitur-fitur di atas, terdapat persamaan dan perbezaan dari segi fitur-fitur yang dapat dilihat antara rumah dan neraka. Fitur-fitur persamaan seperti [+jelata], [+ orang kaya], [+ orang miskin], [+ t,tinggal tetap]. Walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan fitur-fitur seperti [-binatang],[-tumbuhan]. Contoh 1 a) Rumah adalah tempat tinggal bagi roh-roh manusia yang diseksa.* b) Neraka adalah tempat tinggal bagi roh-roh manusia yang diseksa. yang diseksa untuk ditempatkan di rumah untuk menerima balasan, walaupun mengikut struktur sintaksisnya adalah betul tetapi dari segi semantik tidak menepati makna dan penggunaan sebenar. Ayat 1b merupakan ayat yang menepati makna dan konsep perkataan neraka.