Tugasan Kajian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kes Banjir Lumpur Uum

Citation preview

KAJIAN KES :

ISU BANJIR LUMPUR DI KAMPUNG JANDA, NILAI NEGERI SEMBILAN.1.0 PENGENALAN

Kumpulan kami telah membuat kajian kes berkaitan banjir lumpur ke atas Kampung Janda, Nilai, Negeri Sembilan yang terletak 500 meter dari sempadan tapak pembinaan Fasa Cahaya Bandar EMAS dimana kejadian kecaoh dengan kejadian banjir lumpur yang berlaku semasa hujan turun dengan luar biasa lebatnya dari jam 2.45 hingga 4.45 petang. Keadaan masalah yang dihadapi akibat dari banjir lumpur yang dilakukan oleh pihak pemaju yang tidak bertanggungjawabBerdasarkan rekod yang diperolehi, didapati bahawa langkah-langka kawalan projek tidak dilakukan dengan betul. Melalui pemerhatian yang dibuat, penduduk yang mendiami Kampung Janda mengalami kerugian dan pelbagai kerosakan.1.1 DEFINISI ISTILAHBanjir lumpur adalah banjir yang terjadi akibat daripada gelongsoran tanah. dalam erti kata lain banjir lumpur merupakan banjir yang membawa tanah lumpur sekali dengan air dalam satu keadaan. Banjir lumpur lebih berpunca daripada tiadanya pokok yang menjadi penampan kepada tanah tersebut. akibatnya air hujan akan membawa lumpur dan tanah ke kawasan yang rata. Kawasan hutan yang di tebang akan membuatkan kawasan tadahan air hujan berkurangan, aliran air membuatkan keadaan banjir yang teruk akan berlaku.2.0 ISU KAJIANSenarai kerugian yang dialami oleh penduduk Kampung JandaBILNAMAJenis KerosakanTuntutan

Ganti Rugi

1.En. Osman Bin JalianiPerabot dapur dan dinding rumah1,000.00

2.En. Sulaiman B. MajidPerabot dapur, mesin basuh dan Oven3,500.00

3. En. Karim B. DollahDua buah kolam ikan2,000.00

4.En. Lajim B. NurdinSebuah kebum nenas yang mempunyai 500 pokok nenas yang sdang berputik

JUMLAH16,500.00

3.0 KESAN BANJIR Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan. Antara impak banjir ialah pencemaran, Kemusnahan Tanam-tanaman, Kemusnahan harta benda, penyakit, kematian , dan kerugian Kerajaan.

I. Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani. Ternakan terbunuh kerana mati kebuluran dan mendapat penyakit akibat terperangkap dalam banjir. II. Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.III. Pencemaran

Banjir akan membawa tanah , kelodak , unsur-unsur Kimia seperti pestisida, dan unsur-unsur dengan bahan dasar minyak . Kesemua ini akan menyebabkan pencemaran sumber air. Kehadiran bahan kimia di dalam air bukan sahaja membunuh hidupan liar, bahkan ia juga boleh mengakibatkan mutasi atau perubahan sifat-sifat ganjil pada haiwan , tumbuhan dan manusia.

IV. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

4.0 AKTOR DASAR YANG TERLIBAT DAN FAKTOR BERLAKUNYA BANJIR Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa aktor dan faktor. Antaranya adalah:-I. Proses pembandaran oleh pihak pemaju Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Proses perbandaran berlaku dengan sangat cepat dan melibatkan perubahan guna tanah secara besar-besaran. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya Apabila hujan turun, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.II. Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

III. Hakisan tanah Hakisan tanah berlaku apabila permukaan tanah terutamanya lapisan atas tanah yang dilitupi oleh bahan organik dan butiran halus sentiasa ditiup oleh angin dan dialirkan oleh air hujan. Pokok pokok di hutan ditebang dan kawasan baru diterokai untuk pertanian, pembalakan dan pembangunan menyebabkan tanah terdedah oleh angin dan hujan .Kaedah pertanian yang tidak baik melalui penggunaan baja kimia tahun demi tahun menyebabkan tanah menjadi kering dan berpasir. Kawasan padang rumput yang diragut secara berlebihan oleh haiwan ternakan seperti lembu menyebabkan tanah menjadi keras dan rumput menjadi haus.

IV. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Menurut Wan Ruslan (1994), saluran di kawasan bandar dibina dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir. Kesan daripada peningkatan ciri-ciri saluran Bandar ini menyebabkan isipadu aliran yang banyak diluahkan daripada kawasan Bandar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku .

5.0 Langkah Langkah Mengatasi BanjirI. Mempertingkat Sistem saliran dan perparitan yang berkesanMeningkatkan kualiti dan membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungai-sungai utama, parit-parit utama dan longkang yang sedia ada perlu dijaga supaya keupayaan sungai boleh mengambil dan menampung air dapat ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa. Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.II. Penswastaan projek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan

Projek-projek untuk membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang sedia ada memang penting. Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir. Pihak kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan pertambahan tenaga manusia, peralatan,teknologi dan kepakaran. Ini disebabkan kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pengawalan banjir.III. Projek pendalaman sungai dan pembinaan benteng Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

IV. Mempercepat perlaksanaan projek mencegah banjir

Berikutan dengan fenomena banjir ini , satu Sistem Elektronik Amaran Banjir ( SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai serta dua stesen merakam paras air sungai . Ia bertujuan mengesan dan memantau tahap bahaya sungai dan menyebarkan maklumat amaran banjir kepada pemilik bangunan di sekitar pusat bandar yang sering dilanda banjir. Kesedaran tentang malapetaka telah mencetuskan perasaan cemas pentadbir kerajaan. Menyedari pentingnya hutan untuk kesejahteraan hidup , pemeliharaan hutan dijalankan.Beberapa kawasan hutan diistiharkan sebagai Hutan simpan kekal .V. Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

Dari aspek perundangan juga, perundangan digubal bagi mengawal tingkah laku manusia. Mulai tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telahmemperkenalkan hukuman mandatory kepada mereka yang didapati bersalah mencemarkan sumber air seperti sungai. Langkah ini dianggap tepat memandangkan semakin banyak sungai sungai utama di negara kita khususnya yang terletak berhampiran kawasan perindustrian telah tecemar.

Terdapat juga undang-undang di bawah pembangunan lestari dan pengurusan alam sekitar , Contohnya:

Akta pemuliharaan tanah dalam dasar perhutanan negara (1984) Jdl 1, seksyen 2 (1) perkara 15 (b) dikehendaki pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanih di kawasan pembalakan yang telah dijalankan. Manakala dalam akta jalan, parit, dan bangunan 1974 pula dikehendaki pemaju perumahan memberi ruang terbuka di dalam dan di Sekeliling bangunan yang sedang dibina dilindungi Secara bersesuaian daripada hakisan tanah.

VI. Pendidikan

Sekolah dan juga institusi pengajian tinggi mesti menawarkan mata pelajaran, kursus atau program pengajian tentang sains alam sekitar. Subjek Geografi juga sesuai diajar untuk memberi pengajaran tentang alam sekitar.

VII. Pendedahan Media Massa

Badan-badan tertentu seperti badan kerajaan , pihak swasta ( TV3, Astro dan sebagainya) perlu memainkan peranan yang penting , bekerjasama dan bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Sebaran maklumat melalui majalah alam sekitar, risalah, surat khabar, radio, menyiarkan tayangan bercorak dokumentari alam sekitar seperti rancangan National Geographic, mengadakan kempen mencintai sungai danpameran alam sekitar. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.6.0 KESIMPULAN Negara kita sekarang mempunyai terlalu sedikit hutan tanah rendah kerana kebanyakannya ditebang dan dimusnahkan untuk aktiviti pembalakan dan pembangunan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan suhu, hakisan tanah, dan berlakunya banjir kilat. Oleh itu, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun apa yang penting semua pihak termasuk masyarakat perlu bekerjasama mengatasi permasalahan tersebut kerana cabaran utama dalam menghadapi bencana banjir kilat sebenarnya terletak kepada keupayaan manusia meminimumkan bencana tersebut. Gabungan kedua-dua kaedah perundangan dan kejuruteraan di samping pembabitan aktif masyarakat dalam memelihara alam sekitar diharap mampu mengurangkan kejadian banjir ke tahap yang minimum.

PAGE 2