Tugasan Geografi t3 Contoh

  • Upload
    wan

  • View
    52

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

geo

Citation preview

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian (berikan contoh di kawasan kajian anda).

Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, sektor Sekunder dan Sektor Tertier. Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, pembalakan dan perlombongan. Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan. Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan Kewangan.

contoh huraian lain :

2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di ................. (Berdasarkan tajuk anda)

Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit (mengikut kegiatan ekonomi yang anda pilih). Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.

2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan dikawasan kajian anda.

contoh:

2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal.Perlu ada borang soal selidik.Dapatkan 10 - 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan soal selidik mengandungi perkara berikut :- maklumat responden- maklumat kajian:

jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian, cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian, mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.

*Sila ambil gambar di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kaji.Sila sertakan keterangan di bawah setiap gambar anda dan cetak.*

CONTOH 1Borang Kaji SelidikTugasan Pentaksiran Tingkatan 3 GeografiTajuk: Kajian Kes Kegiatan Ekonomi Penduduk Di Felda Jengka Pahang

Bahagian A: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Nama Penuh: __________________________

2. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan

3. Umur: __________ tahun

4. Bangsa:

[ ] Melayu[ ] Cina[ ] India[ ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

Bahagian B: Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang

5. Pekerjaan:

[ ] Peneroka[ ] Buruh[ ] Kakitangan Felda[ ] Guru[ ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

6. Sila nyatakan sektor pekerjaan anda ?

[ ] Pertanian[ ] Perikanan[ ] Pembalakan[ ] Perkilangan[ ] Perkhidmatan[ ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

7. Pendapatan Bulanan?

[ ] RM 0-RM 900[ ] RM 900-RM 1,000[ ] RM 1,000-RM 1900[ ] RM 1900 dan keatas

8. Adakah anda melakukan pendapatan sampingan?

Jika [YA] sila nyatakan di bahagian tempat kosong, Jika [TIDAK] Sila kosongkan

(__________) Sila nyatakan

9. Cadangankan alternatif untuk tingkatkan pendapatan anda?

(__________) Sila nyatakan

10. Sila nyatakan potensi kegiatan ekonomi selain daripada Kelapa Sawit di kawasan ini ?

(__________) Sila nyatakan

CONTOH 2Borang Kaji SelidikTugasan Geografi Tingkatan 3Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)

ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAANBAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

1. NAMA PENUH : _______________2. JANTINA : [ ] LELAKI [ ]WANITA3. UMUR : _______4. BANGSA : [ ] MELAYU [ ] CINA [ ] INDIA [ ] LAIN-LAIN, NYATAKAN: _______5. PEKERJAAN: ____________

BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?[ ] Pertanian[ ] Perlombongan[ ] Pendidikan[ ] Pelancongan[ ] Pembalakan

BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?[ ] Peluang kerja[ ] Peningkatan taraf hidup[ ] Pendapatan[ ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat

BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?[ ] Pencemaran[ ] Kepupusan sumber mentah[ ] Peningkatan populasi mendadak[ ] Perubahan landskap

BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?[ ] Kempen[ ] Kuat kuasa undang-undang[ ] kitar semula

Nama responden : ____________ Tandatangan : __________________

Tarikh: ______________

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk ............. (Di kawasan tempat tinggal anda)

Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.

Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit

Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.

3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

(a) Pertanian -Bercucuk tanam pokok- sawah padi- sayur-sayuran- kelapa sawit- getah

(b) Perikanan- nelayan di laut- memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.- mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.

(c) Perniagaan- perniagaan runcit- perniagaan kecil dan sederhana- restoran

(d) Perusahaan-perusahaan kraf tangan

(e) Penternakan- ikan- udang- kambing- lembu

(f) Perkilangan- kilang perabot, plastik, logam dll

(g) Membuat Perniagaan Online- Jual tudung- Baju- aksesori wanita dan lelaki

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.*

Contoh Jawapan:

1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan.Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.

Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka.Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya.Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu Produk.Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

3.Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular.Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan.Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4.Membuat Kerja Digital Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian).Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat.Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan.Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online).Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya.Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital.Secara umumnya, tiada prasyarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya.

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil. Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda. Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak Kurangkan pergantungan kepada orang tengah Eksport hasil padi ke luar negaracontoh lain : sila rujuk link ini

4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda

Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:

(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)contoh:Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.

(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)contoh:Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.

(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)

(d) Tanaman Fertigasicontoh:Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)

(f) Pelancongan Desa

(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh*

5. Kesimpulan/ Rumusan

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya. Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian. Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian. Menulis sumber rujukan dengan betul Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data

Contoh penulisan sumber & rujukan:

(g) Sumber rujukan(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah) buku internet akhbar majalah orang sumber