Upload
mohd-arif
View
177
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
TUGASAN A: PENULISAN AKADEMIK
Soalan :
Berdasarkan pengalaman anda semasamenjalani praktikum sebelum ini, kenal pasti
satu masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid di sekolah. Rancangkan satu
program intervensi bimbingan kelompok yang berkesan untuk di laksanakan bagi
mengatasi pemasalahan tersebut.
1
1.0 PENGENALAN
Masalah berkaitan salah laku di sekolah yang berlaku di kalangan pelajar kini menjadi
satu perkara yang membimbangkan memandangkan masalah ini semakin menjadi-jadi
walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian
Pelajaran, pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha membenteras kegiatan tidak
sihat ini di kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya keruntuhan nilai sosial dan kejadian
salah laku di kalangan pelajar sentiasa meningkat tahun demi tahun. Perkara ini membawa
kebimbangan terhadap masa depan negara kerana masa depan sesebuah negara sangat
bergantung kepada generasi muda yang ada sekarang ini terutamanya pelajar-pelajar.
Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu
pelbagai sekali. Namun, oleh kerana golongan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka
kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang
kenakalan pelajar dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka. Salah satu masalah
sosial yang dihadapi adalah masalah pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah. Masalah
ponteng sekolah merupakan masalah yang terdapat di dalam institusi persekolahan. Ponteng
sekolah kian meningkat baik di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia kini
dianggap sebagai salah satu masalah disiplin yang semakin serius.
2.0 MASALAH PONTENG SEKOLAH
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini
bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-
sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan
istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah
secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri
sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun
kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar
khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah rendah ataupun sekolah
2
Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan
lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah.
Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah
dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku.
Bagi setengah kes di Negara Malaysia sendiri ada di antara pelajar sekolah pernah
disabitkan dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti syabu,
kokain, ‘ecstacy’, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam bentuk
cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, meminum minuman keras atau arak,
mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau ‘love affair’ , vandalism, terlibat
dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau ‘gangsterism’.
3.0 INTERVENSI
Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat
penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubunganboleh terbina apabila persediaan
kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien
berlaku dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.
3.1Prasesi
Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana
khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini,
kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut
Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang
biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod
mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
Perancangan prasesi
Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk
mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi
tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina
matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien
hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu
disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk
berbincang tanpa banyak gangguan.
3
3.2 Sesi Pertama
Dalam fasa ini Kaunselor berkenalan dengan klien untuk membina hubungan diantara
ahli-ahli kumpulan bagi kaunseling kelompok ini. Keadaan tempat juga, merupakan satu
perkara penting dalam hubungan kaunseling. Kaunselor sebaiknya mewujudkan tempat yang
mempunyai unsur-unsur teraputik yang wujud elemen-elemen penyembuhan seperti bilik yang
berhawa dingin, dengan warna yang lembut dan hiasan-hiasan bilik yang menarik serta jauh
dari gangguan yang boleh menyebabkan proses kaunseling terencat seperti bunyi bising dan
sebagainya.
Dalam Sesi pertama ini kaunselor akan bermula dengan sisi taaruf. Taaruf ertinya
pengenalan. Pada pertemuan yang pertama kali, klien datang berjumpa dengan kaunselor
tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu sama lain. Oleh itu masing-masing
akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakan nama, alamat tempat tinggal
dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep taaruf dilihat sama dengan membina
hubungan yang mana proses ini menggalakkan interaksi awal antara kaunselor dan klien.
Kaunselor mungkin memulakan sesi dengan bertanya khabar dengan bahasa yang penuh
penerimaan. Contohnya:
Apa khabar ? Terima kasih banyak kerana sudi datang ke sini.
Apa khabar? Saya hargai kehadiran awak. Terima kasih banyak.
Kaunselor boleh mengambil masa beberapa minit untuk berbual ringan dengan
klien. Masa yang terlalu panjang tidak digalakkan diambil pada fasa ini kerana dikhuatiri
topik yang diperkenalkan mungkin akan mengalih perhatian klien kepada topik tersebut
sebaliknya bukan isu yang akan dibawa. Contohnya,
Saya sudi bantu saudara melalui perbincangan kita selama 30 minit.
Kita ada masa 40 minit, ceritakan pada saya apa yang merunsingkan saudara .
Dalam sesi ini juga kaunselor akan menerangkan tentang matlamat sesi kaunseling yang di
adakan untuk menbantu klien-klien. Selain itu juga, kaunselor akan menjelaskan peraturan yang
perlu di patuhi oleh klien agar rahsia klien dapat dijaga dan mengelakkan klien berasa tidak
selesa pada masa hadapan
Dalam sesi ini, aktiviti yang dilakukan ialah ‘ice-breaking’. Antara aktiviti yang dilakukan
ialah ‘LUKISAN MASA HADAPAN’
4
Pelaksanaan :
1. Pelajar diminta untuk melukis imej diri pada masa 20 tahun akan datang. Lukisan ini
berbentuk bebas. Terpulang pada kreativiti ahli.
2. Beri sedikit masa kepada ahli kelompok untuk melukis (10 minit)
3. Minta ahli menerangkan gambar yang dilukis seorang demi seorang.
4. Minta ahli beri respon terhadap hasil lukisan dan impian sesama ahli.
5. Fokus apa yang ingin disampaikan oleh ahli. Apa yang diungkapkan dengan perkataan
lebih bermakna dari lukisan kerana lukisan itu sebagai medium sahaja
6. Bincangkan secara umum kaitan penerangan ahli dengan gambar yang dilukis
3.3Sesi Kedua
Pada langkah ini, guru perlu mengenalpasti masalah dan menganalisis sebab dan faktor
sebenar masalah yang dihadapi oleh setiap murid. Untuk langkah ini, guru bimbingan
dan kaunseling dan pengkaji telah memilih untuk menggunakan terapi seni seni
Peralatan Dan Bahan
Guru akan menyediakan peralatan – peralatan seperti:-
Kertas
Plastesin
Prosedur Melaksanakan Terapi Seni
1. Murid diminta menbentuk objek yang selalu di lihat di sekeliling.
2. Guru kaunseling bertanyakan beberapa soalan mengenai bentuk yang telah
dibina oleh klien.
Contoh perbualan
Guru kaunselor : bentuk apa yang telah kamu kamu buat ini? Kenapa kamu bina bentuk ini.
5
Arif : saya bentuk ini.
Guru kaunselor : adakah kamu sedang sedih?
Arif : ya
Guru kaunselor : kenapa kamu selalu ponteng?
Rajah 1.0 Contoh hasil kerja murid
Guru mengumpulkan maklumat yang diperolehi daripada tingkah laku murid dan respon murid.
3.4Sesi Ketiga
Dalam fasa ini Kaunselor menerokaan masalah ponteng para ahli kumpulan. Di
dalam sesi ini terapi Bercerita akan di gunakan Terapi bercerita merupakan satu medium untuk
berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi
untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu
kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien. Kaunselor bertindak sebagai
fasilitator / pemudah cara dalam sesi ini.
Melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan yang terpendam
secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka
memegang sesuatu watak ketika bercerita. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat
mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka
melalui bahasa tubuh.
Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam terapi
kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti
komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah
kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.
Antara bahan-bahan yang digunakan dalam terapi bercerita:-
Alatulis- kertas,pensel
6
Bahan seni- kertas ,krayon,pensel warna sbg alatilustrasi cerita.
Boneka dan anak patung
Pita rakaman dan peralatan video.
Prosedur dalam terapi bercerita:
1) Kanak menyampaikan cerita
2) Kemudian guru akan mengemukakan versi alternatif yang mengandungi cara-cara
penyelesaian yang lebih sihat terhadap konflik mereka.
3) Apa yang disampaikan dirakam untuk melihat semula hasilnya.
4) Boleh juga digunakan boneka sebagai bahan tambahan.
5) Kanak-kanak bebas bercerita apa sahaja.
6) Sambil bercerita guru perlu peka kepada beberapa elemen.
7) Tetapi, terdapat juga maklumat yang diceritakan tidak tepat.
8) Mungkin kerana kanak-kanak ini mempunyai tahap imaginasi dan fantasi yang tinggi.
9) Melalui maklumat yang diperolehi daripada terapi bercerita, guru boleh
menggabungjalinkan dengan terapi lain untuk memperolehi hasil yang lebih tepat.
3.5 Sesi Empat
Pada fasa ini kaunselor bersama-sama klien berbincang dan mengatur strategi agar
membolehkan klien menangani atau mengatasi masalah beliau. Kaunselor berperanan
membantu klien menyemak kebarangkalian potensi kejayaan dan halangan dihadapi bakal
dalam melaksanakan rancangannya. Kaunselor juga boleh memberikan panduan tentang
langkah yang dianggap baik untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh klien. Kaunselor boleh
sertakan contoh dan bincangkan dengan menyentuh kemungkinan cadangan kaunselor dapat
dilaksanakan beserta kekuatan dan kelemahan cadangan itu mengikut panduan klien dan
kaunselor.
Untuk sesi ini, guru bimbingan dan kaunseling telah memilih Terapi Bermain iaitu
patung masa depan
Prosedur aktiviti
7
1. Guru kaunseling dan klien akan berbincang tentang perasaan yang dialami oleh
klien.
2. Guru akan menberikan setiap murid satu anak patung. Guru menerangkan apa
yang mereka lakukan dengan anak patung tersebut mengikut situasi yang telah
di berikan oleh guru.
3. Klien akan melaukan aktiviti sambil di perhatikan oleh guru sambil menasihat jika
berlaku sebarang kesilapan..
4. Di akhir cerita guru menberikan nasihat dan menberitahu kesan yang berlaku
keatas patung tersebut pada masa hadapan.
5. Guru mengaitkan dengan situasi klien dan apa yang akan berlaku pada mereka
jika, mereka tidak berhenti melakukan aktiviti ponteng tersebut.
3.6 Sesi Lima
Peringkat keenam adalah “Penamatan Sesi”, pada fasa ini sebelum menamatkan sesi
kaunselor perlu membuat rumusan daripada keseluruhan sesi tersebut. Di dalam kaunseling,
penamatan dibuat pada dua cara iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan
pada akhir sesi dan seterusnya terdapat beberapa sesi lagi klien perlu bertemu dengan
kaunselor. Cara kedua adalah penamatan terus serta memberhentikan khidmat dan hubungan
kaunseling antara klien dan kaunselor mengikut persetujuan bersama serta jika klien sudah
benar-benar pulih.
Sesi ini merupakan pertemuan terakhir antara guru kaunseling dan klien – klien dalam
kaunseling kelompok ini. Pada sesi ini, klien diminta membuat refleksi mengenai perkara yang
diperolehi sepanjang sesi yang telah dilalui oleh mereka. Kemudian, perbincangan dibuat bagi
melihat sama ada matlamat yang telah ditetapkan pada sesi pertama tercapai atau tidak dan
melihat keberkesanan alternatif yang dipilih sewaktu sesi lima.
Pada tempoh ini, klien akan berasa sedih untuk berpisah disebabkan hubungan yang mesra
yang telah terjalin dan ada juga yang cuba memperkenalkan masalah baru. Walaubagaimana
pun, permintaan tidak dapat dipenuhi kerana tarikh tamat telah ditetapkan. Hal ini bagi
mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada guru kaunseling apabila menghadapi
masalah. Bagi memastikan salah laku gaduh tidak diulangi dan tingkah laku baru yang positif
dapat diterapkan di dalam diri klien, perjanjian atau kontrak ditandatangani bersama – sama.
8
Hal ini sebagai pengukuhan kepada mereka. Akhir sekali, guru membuat kesimpulan
keseluruhan terhadap sesi yang telah dijalankan
3.7Susulan
Peringkat terakhir adalah “Susulan”, fasa terakhir ini kaunselor perlu membuat susulan
terhadap klien itu. Menghubungi klien untuk temujanji sesi berikutnya ataupun memantau
tindakan klien. Khidmat susulan dilakukan bagi memonitor kemajuan klien dalam konteks
keupayaannya menguruskan permasalahan yang dihadapinya. Antaranya adalah mendengar
kemajuan yang telah dibuat oleh klien dan memberikan galakan atau bimbingan baru untuk
meningkatkan progres diri klien. Mengatur atau mengubah strategi baru dalam bentuk intervensi
bagi membantu klien. Seterusnya menilai strategi yang telah dilaksanakan oleh klien dan akhir
sekali, memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat rujukan sekiranya dirasakan perlu
9
Tugasan B: penulisan
KritikalSoalan
:Hasilkan satu penulisan esei secara analitis dan kritis mengenai peranan anda sebagai
guru biasa dalam menbantu Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah dalam
menangani pemasalahan murid-murid di atas. Beri kan justifikasi anda atas pemilihan
terapi dan aktiviti serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang dapat diaplikasi
dalam program intervensi bimbingan kelompok berkenaan.
10
1.0 Pengenalan
Isu keruntuhan moral pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama wujud dan
dikatakan semakin serius. Sudah banyak laporan yang diketengahkan oleh pihak media yang
berkaitan dengan salah laku pelajar seperti kes gangsterisme dan buli dalam kalangan pelajar.
Gejala ponteng mungkin dianggap kurang memberi impak kepada tercetusnya permasalahan
dalam kalangan pelajar pada masa kini. Tanpa disedari, gejala inilah yang akan menjadi titik
tolak kepada permasalahan yang lebih besar seperti gangterisme, dadah, mat rempit, ragut
serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
Menurut Rasidah bt Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh
ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan
yang munasabah. Gejala ponteng selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus Dewan
(2000), disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat
atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih
seseorang berkelakuan baik
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan
pelajar sekolah di Malaysia. Ini berlaku di sebabkan beberapa faktor diantaranya adalah
apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha
menarik mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah,
diantaranya dintara faktor lain adalah disebabkan faktor sikap pelajar, rakan sebaya, ibu bapa
dan guru. Selain itu faktor-faktor persekitaran sekolah, pengurusan sekolah dan prasarana
sekolah juga boleh menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah
2.0 Punca masalah
2.1 Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah.
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran
dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan
pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar
menghafal Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin
tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat
11
kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng
yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas.
Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah
semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah
hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar
yang lebih cerdas.
2.2 Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang
daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu
bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal
pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga
anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama
kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng
sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya
anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan
kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga
anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.
2.3 Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi
pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng
sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka
akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-
rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang
munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka
menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi
alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
2.4 Peraturan sekolah yang terlalu ketat
Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh
guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan
12
oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh
cikgu.
Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk
ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga
menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan
hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.
2.5 Tekanan Ekonomi
Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk
pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-
rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi
masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk
untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai.
3.0 Kesan masalah
Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan
kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-
kesan negative yang timbul ialah seperti berikut:
Pembaziran masa dan tenaga
Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga
mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun
dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng
sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang
dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.
Masa Depan tidak terjamin
Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan
13
hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan
kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.
Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar
Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun
risiko yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih
ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar.
4.0 Kaitkan masalah dengan budaya dan pembelajaran di sekolah
Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-
kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Guru
Malaysia memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid
semasa berada di sekolah. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin
menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan
dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha
telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini
belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah.
Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.
Budaya dan pembelajaran di sekolah turut menjadi salah satu punca masalah ini
berlaku. Antaranya ialah terdapat guru yang tidak menerapkan budaya kasih sayang dan
tolak ansur sesama pelajar. Budaya tersebut seharusnya diterapkan di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan perlu diberi penekanan pada langkah penutup. Budaya
tersebut tidak hanya di dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh diterapkan di luar bilik
darjah. Sebagai langkah pertama, guru perlu menjadi tauladan kepada murid – murid.
Faktor lain ialah pihak sekolah tidak bersikap tegas dalam menguatkuasakan peraturan
sekolah. Hal ini mungkin disebabkan bagi menjaga kepentingan tertentu sama ada
hubungan dengan ibu bapa atau bagi menjaga nama baik sekolah. Hal ini seharusnya tidak
berlaku dan ia mencemarkan kualiti sekolah sebagai institusi pendidikan. Seharusnya pihak
sekolah perlu bersikap tegas dan telus supaya keadilan kredibiliti pihak sekolah tidak
diragui.
14
Selain daripada itu,guru tidak memainkan peranan dalam mencegah dari perkara
tersebut iaitu bergaduh daripada berlaku. Antara tindakan yang berkemungkinan
menyebabkan kes tersebut berlaku ialah mentinggalkan murid bersendirian di dalam kelas
tanpa pengawasan guru atau pengawas. Malah, apabila berlaku pergaduhan guru tidak
mengambil inisiatif dengan mendamaikan murid yang bergaduh. Ini boleh mengelakkan
rasa dendam dalam diri murid.
5.0 Peranan guru biasa
Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi membentuk
murid-murid yang sentiasa bersikap positif. Bilangan murid di sesebuah sekolah adalah
berbeza. Disesetengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid sahaja dan
sesetengahnya lebih daripada dua ribu orang. Sekiranya, setiap tugasan bimbingan
diserahkan kepada guru bimbingan, maka kes-kes murid yang memerlukan pekhidmatan
bimbingan akan berhimpun. Oleh itu, setiap guru, sama ada guru biasa atau guru
bimbingan hendaklah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kebajikan
murid-muridnya.
Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada dikehendaki atau
tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas memberi bimbingan. Dalam
pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin mengemukakan pelbagai masalah
mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu berusaha untuk mengendalikan
penyelesaian masalah-masalah tersebut.
Oleh sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang bimbingan, maka
tugas-tugas mereka biasanya terdiri daripada:
Yang pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid
di bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, sosial,
emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan tatatertib dan
sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.
Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki situasi
pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu
diperkenalkan dengan sistem pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan pelajaran,
kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah, serta kepentingan
15
mata pelajaran terhadap masa depan kerjaya mereka. Program orientasi merupakan salah
satu cara yang sesuai untuk mencapai matlamat ini.
Harus juga diwujudkan peluang-peluang untuk setiap murid mengembangkan daya
kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Untuk mencapai kejayaan dalam
pelajaran, perlulah ada rancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam
hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuai mengikut
kebolehan dan minat masing-masing. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran
kepada semua murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka
belajar dalam diri mereka. Ini akan membawa pencapaian objekif pelajaran dengan
berkesan.
Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang tidak
memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid, di samping
mengembangkan peribadi dan sosial para murid serta memberi bimbingan dan kaunseling
mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap individu sering menghadapi kesulitan yang
berpunca dari dalaman diri sendiri, wujud konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir,
merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Semua ini merupakan gejala-
gejala tidak sihat yang memerlukan bimbingan daripada guru kaunselor. Masalah atau
konflik yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah perlu mendapat perhatian dan
bantuan daripada guru. Bimbingan ini membantu individu mengatasi masalah-masalah
peribadi akibat kekurangan kemampuan individu untuk menyesuaikan diri dengan aspek-
aspek perkembangan yang begitu cepat. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga,
persahabatan jantina, soal kewangan dan kerjaya adalah antara masalah yang memerlukan
bimbingan guru.
Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja
yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid memupuk tabiat
melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna.
Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama dengan ibu bapa
dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Guru
haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar
belakang murid sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah dicatatkan sebagai panduan
untuk guru. Guru haruslah menyediakan kad rekod himpunan. Tujuan menyediakan kad
rekod himpunan ini adalah untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar
serta latar belakang mereka. Dalam rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran
dan aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad rekod himpunan
16
merupakan suatu sistem untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini
membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah
mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan dan kauseling untuk mereka.
6.0 Pemilihan Terapi dan Justifikasi
6.1 Terapi seni
Pemilihan terapi seni adalah kerana Terapi seni ini boleh dijadikan sebagai alat diagnosis
untuk menganalisis lambang visual seperti lukisan. Melalui terapi seni ini juga kita boleh
membina kemahiran sosial, mengubah tingkah laku, meningkatkan kesedaran diri serta
menyelesaikan konflik emosi
Melalui ekspresi seni klien dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman
dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan
seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam
memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk “seni luar
Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ialah:
1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
2. Meluahkan perasaan
3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti
4. Menguatkan daya imaginasi
5. Menguatkan motor kasar dan motor halus
6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada
7. Menghayati nilai seni
6.2 Terapi bercerita
Bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo serta mengenali kanak-
kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa bercerita, kanak-kanak berkongsi maklumat penting
17
mengenai diri serta keluarga mereka. Melalui cerita yang disampaikan,oleh klien dapat
melahirkan perasaan terpendam. Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik kanak-
kanak.
Melalui tema yang menjelma atau berulang semasa analisis, guru kaunseling dapat memahami
perasaan mereka serta perjuangan mereka dengan lebih dekat lagi. Melalui terapi cerita juga
nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi
instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling
berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman.
Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang
diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan
tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas
sewaktu menghadapi masalah harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan
teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar,
seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk
menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.
6.3 Terapi bermain
Terapi ini digunakan kerana ia merupakan cara ekspresi kanak – kanak yang semula jadi
digunakan sebagai cara teraputik bagi membantu kanak – kanak itu menangani trauma dan
stres. Malah, ia sangat sesuai untuk menangani masalah tingkah laku agresif dan emosi yang
mengganggu cara kanak – kanak berfungsi secara normal.
Terapi ini dapat diperhatikan melalui cara klien mengorganisasikan dan bermain dengannya.
Klien berkomunikasi dengan pemikiran dan perasaan dalam cara yang lebih natural melalui
aktiviti bermain berbanding dengan melalui komunikasi verbal. Hal ini kerana, klien dapat
memanipulasi dunia mereka pada skala yang lebih kecil dan ia bukanlah sesuatu yang tidak
akan dapat dilakukan dalam persekitaran seharian klien tersebut.
18
Selepas mereka selesai bermain, guru akan menerang rasional aktiviti tersebut dijalankan. Ia
adalah penting bagi menukarkan persepsi klien tentang masalah yang dihadapi murid. Guru
menggunakan perumpamaan patung yang di mainkan oleh klien tentang masalah dan konflik
dapat diselesaikan dalam keadaan tenang. Walaubagaimana pun, guru kaunseling sekadar
memberi perumpamaan atau nasihat kepada klien. Ia bergantung kepada klien sendiri untuk
menilai setiap penerangan guru kaunseling.
7.0 Pemilihan Kemahiran Asas dan Justifkasinya
7.1 Kemahiran Membina Perhubungan
Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi
kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai
dan rasa selamat antarakaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap
initermasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenangdengan memberikan
tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah
lakuyang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran initerdapat beberapa
sub kemahiran asas seperti membina suasana alamsekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk
berkomunikasi, penampilandiri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki,
nadasuara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling
7.2 Kemahiran Berempati
Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan
adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi
dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ klien tersebut. Dengan ini, klien akan
merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami
keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk
memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak
kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk
membezakan antara emosi dan sikap.
7.3 Mendengar dengan aktif
Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam
hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk
percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,
kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar
19
semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien
semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di
dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan
yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga
mendengar perasaan yang dinyatakan.
7.4 Membuat interpretasi
Keadaan dimana kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa
isu tersirat yang klient tidak Nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif
dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut
kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian
kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza.
7.5 Parafrasa
Merupakan kemahiran mengulang ayat klient tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan untuk
mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakn
oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati
tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek,
kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaa
20
8.0 Penutup
Secara keseluruhannya Pembangunan serta pemesatan teknologi yang sedang dialami
oeh negara samada secara langsung mahupun tidak langsung telah mengundang pelbagai
perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat. Hasil daripada perkembangan
dan kemajuan ini telah menimbulkan pelbagai kesan sosiopsikologikal kepada masyarakat.
Selari dengan perkembangan ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat
diperlukan bagi mem- bantu pengurusan kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam
kehidupan murid di sekolah.
21
BIBLIOGRAFI
Buku
1) Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KLPI. Selangor. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
2) L. Derville. (1981). Penggunaan Psikologi dalam Pengajaran. Selangor. Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
3) Mok Soon Sang. (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
4) Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Cerdik Pandai Publicatian Sdn. Bhd.
Laman Web
1) http://sbhs87.blogspot.com/2011/10/punca-punca-gengsterisme-dalam-kalangan.html )
2) http://matyusoff.blogspot.com/2010/05/kajian-masalah-disiplin-dalam-kalangan.html
3) http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-terapi-kaunseling-dan-
bimbingan.html
22
REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan
Kaunseling Kanak- Kanak. Mengikut kepada soalan tugasan, saya dikehendaki menghasilkan
satu tugasan berbentuk ilmiah mengenai masalah salah laku dalam kalangan murid di sekolah
rendah. Tugasan dipecahkan kepada 2 bahagian. Bahagian A ditugaskan untuk mengenal pasti
satu masalah dalam kalangan murid dan buat satu program intervensi bimbingan kelompok.
Bahagian B pula ditugaskan untuk menghasilkan satu penulisan esei mengenai peranan guru
biasa dalam membantu guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menangani 3 permasalahan yang
telah dikenal pasti dan bagi justifikasi pemilihan terapi dan kemahiran asas kaunseling yang
digunakan.
Setelah mendapat tugasan ini, pensyarah saya iaitu Puan Noorizan Baba telah
memberikan sedikit taklimat, oleh itu sedikit sebanyak saya dapat memahami kehendak
tugasan. Berdasarkan tugasan ini banyak manfaat yang dapat saya peroleh. Manfaat yang
paling utama saya perolehi ialah setelah melakukan tugasan ini, sedikit sebanyak saya dapat
mengetahui cara menangani masalah salah laku murid dengan menggunakan terapi yang telah
dipelajari. Pelbagai terapi yang boleh digunakan untuk meneroka permasalahan murid bagi
membantu murid-murid dalam menyelesaikan permasalahan mereka. Sesungguhnya, melalui
tugasan ini manfaat besar telah saya peroleh iaitu menambahkan penguasaan dan pemahaman
saya terhadap bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi.
Antaranya ialah saya keliru dengan arahan tugasan yang diberikan. Pada mulanya, saya
bertanya kepada rakan yang lain, namun mereka juga sama seperti saya. Namun begitu
masalah ini dapat kami selesaikan dengan penerangan daripada pensyarah. Selain itu
kekangan yang saya hadapi ialah kesibukan dengan aktiviti sekolah. Ini kerana pada semester
23
ini semua pelajar semester 7 perlu menajalankan praktikum selama 3 bulan di sekolah.
Pelbagai aktiviti sekolah yang terpaksa kami ikuti semasa di sekolah. Oleh itu, masa yang
diperuntukkan untuk membuat tugasan ini amat terhad. Namun begitu kekangan ini dapat saya
atasi. Kekangan lain yang kami hadapi ialah dalam memikirkan rasional tentang setiap
pemilihan terapi dan kemahiran asas kaunseling. Pada mulanya begitu sukar tetapi dari hasil
perbincangan dan merujuk nota-nota, Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasa yang
diberikan ini.
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan banyak faedah kepada saya
terutamanya dari segi pengetahuan tentang Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak yang
mana pengetahuan ini dapat saya gunakan di sekolah kelak ketika menguruskan masalah salah
laku murid. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya
kepada rakan saya kerana banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan juga kepada
pensyarah saya iaitu Puan Noorizan Baba yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan semasa saya menyiapkan tugasan ini
Sekian, terima kasih.
(...........................................)
MOHD ARIF BIN RAZALI
24