5
Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun? 190 BY STAFF BERITA SEMASA ON OCT 22, 2014BERITA SUKAN Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah Steroid ! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun? : Dalam dua hari terakhir sudah mula kedengaran yang mana ikon sukan badminton negara iaitu _______________ telah gagal dalam ujian doping (doping test). Yang mana pada ketika itu masih lagi menunggu sampel B bagi memastikan samada ikon badminton negara Malaysia ini disahkan positif steroid atau tidak. Nampaknya sukan badminton negara sedang berdepan tempoh perit dalam sejarah sukan tersebut. Sebelum ini terpalit dengan kes bookie dalam sukan badminton negara memabitkan percaturan permainan dan pemain yang SPRM sedang siasat taruhan dalam badminton negara. Berita terbaru membabitkan kegagalan dalam ujian doping (doping test) pula…

TUGASAN 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan dua

Citation preview

Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun?190BYSTAFF BERITA SEMASAON OCT 22, 2014BERITA SUKAN

Lee Chong Wei Gagal Ujian Doping (Doping Test). Chong Wei Positif Dadah Steroid ! Raja Badminton Malaysia Mungkin Digantung 2 Tahun? : Dalam dua hari terakhir sudah mula kedengaran yang mana ikon sukan badminton negara iaitu _______________ telah gagal dalam ujian doping (doping test). Yang mana pada ketika itu masih lagi menunggu sampel B bagi memastikan samada ikon badminton negara Malaysia ini disahkan positif steroid atau tidak.Nampaknya sukan badminton negara sedang berdepan tempoh perit dalam sejarah sukan tersebut. Sebelum ini terpalit dengan kes bookie dalam sukan badminton negara memabitkan percaturan permainan dan pemain yang SPRM sedang siasat taruhan dalam badminton negara. Berita terbaru membabitkan kegagalan dalam ujian doping (doping test) pulaDan dalam pada masa yang sama Berita Semasa telah difahamkan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin telah mengamuk sebaik sahajadimaklumkan yang mana rakan baik beliau itu telah gagal dalam ujian doping (doping test) yang dilakukan terhadap ikon badminton negara ini.http://www.beritasemasa.com.my/lee-chong-wei-positif-dadah-doping PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN (ISU DOPING)Negara kita, Malaysia telah dikejutkan dengan berita bahawa jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah disahkan positif ujian anti-doping kerana mengandungi bahan terlarang Dexamethasone. Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (OIC) bagi mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlet.Justifikasi pengambilan dadah kepada para atlet adalah ia memberi kelebihan kepada atlet yang menggunakannya dan secara tidak langsung menimbulkan isu ketidakadilan serta melanggar segala peraturan dalam pertandingan. Cara pengambilan dan jumlah penggunaan dadah yang berlebihan akan memudaratkan atlet tersebut dari pelbagai aspek termasuk kesihatan. Penggunaan doping dalam kalangan atlet semakin menular terutama semasa pertandingan antarabangsa.Sebab-sebab penyalahgunaan dadah (doping) dalam kalangan atlet sukan adalah pengambilan dadah tanpa sedar oleh atlet sukan. Kadang kala ia dirancang oleh jurulatih yang inginkan anak didiknya menang dan menjuarai sesuatu pertandingan. Ia juga mungkin bloeh berlaku apabila atlet tanpa sengaja mengambi lubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Justeru, kita tidak boleh seratus peratus menyalahkan atlet berkenaan isu doping.Selain itu, sifat tamak atlet dan jurulatih yang inginkan kemenangan dengan cara apa sekalipun menghalalkan penyalahgunaan dadah itu. Mereka terlalu teruja untuk menang tanpa mempedulikan larangan dan peraturan yang ditetapkan dalam permainan dan sukan. Bagi mereka, apa yang penting adalah kemenangan. Sebab yang seterusnya adalah tekanan atau desakan daripada golongan tertentu. Para atlet terpaksa tunduk dengan desakan dan tekanan golongan tertentu untuk mengambil bahan larangan tersebut. Para atlet tidak mempunyai kuasa untuk menolak desakan tersebut kerana hidup mereka menjadi taruhan.Mentaliti para atlet sangat penting kerana ia mempengaruhi psikologi mereka. Mereka cenderung untuk mendapatkan otot yang menarik dengan cara yang mudah dan cepat. Bagi mereka penggunaan bahan terlarang mampu memberi mereka otot yang diidamkan tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan mereka hadapi pada kemudian hari. Contohnya, mereka cenderung menggunakan bahan terlarang seperti steroid kerana dipercayai mampu membantu pembentukan otot-otot mereka.Penggunaan dadah/doping memberi kesan kepada para atlet. Kesan doping kepada atlet adalah mereka akan dipandang serong oleh masyarakat. Tindakan mereka mengambil doping juga menjejaskan kredibiliti dan prestasi atlet. Seterusnya, ia menghilangkan semangat dan hilang sokongan daripada masyarakat. Selain itu, kesan isu doping kepada arena sukan dan Negara adalah ia menjatuhkan maruah sukan negara di peringkat antarabangsa. Negara mengalami kerugian kerana kehilangan atlet yang berpotensi. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahan terlarang tanpa mengambil kira kemampuan mereka dalam arena sukan. Setiap masalah ataupun isu mempunyai jalan penyelesaian. Oleh itu langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu doping ini adalah melalui system pendidikan. Melalui pendidikan, ia dapat membentuk peribadi ahli sukan supaya berfikiran positif dan yakin pada diri sendiri. Mereka tidak boleh bergantung kepada bahan terlarang untuk memenangi sesuatu pertandingan kerana apa yang penting adalah kemampuan dan kemahiran mereka sendiri. Kita dapat memberi keyakinan dan sokongan moral serta motivasi kepada atlet melalui pendidikan.Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan oleh kementerian dan hasilnya kurang memberangsangkan namun, kempen tersebut masih boleh memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang dimaksudkan adalah kempen bahaya penyalahgunaan bahan terlarang dalam sukan. Kempen ini bertindak sebagai medium pengajaran tidak rasmi dalam mendidik atlet tentang bahaya penggunaan bahan terlarang terutama pada peringkat Sukan Malaysia (SUKMA). Selain itu, penyelidikan dan kawalan terhadap ubat-ubatan amat penting bagi membendung penyalahgunaan dadah. Penyelidikan dan pendaftaran ubat-ubatan hendaklah dijalankan untuk menguji kandungan ubat-ubatan sebelum dipasarkan.