2
Tradisi Persembahan Gamelan Telah menjadi tradisi gamelan Terengganu dipersembahkan di istana raja dan berfungsi sebagai sebahagian daripada acara dalam kegiatan- kegiatan istana terutamanya pesta-pesta dan perayaan-perayaan diraja. Umumnya gamelan dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, ulangtahun keputeraan dan majlis-majlis jamuan yang istimewa. Selain dari itu, bahkan tidak kurang juga untuk hiburan raja dan permaisuri bersama kaum kerabat dan rakan-rakan baginda. Dalam mana-mana fungsi, persembahan biasanya dimulakan dari selepas waktu Isyak ( jam 9 malam ) hingga ke tengah malam tetapi di Pahang biasanya dimulakan selepas tengah malam hingga hampir subuh ( jam 5 pagi ) malah kadang-kadang dari 10 malam hingga menjelang siang. Bentuk persembahan dapat dikatakan tipikal, dimulakan dengan lagu perang sebagai lagu pembuka ( overture ) dan persediaan membariskan para penari. Selepas lagu perang baru dimulai tarian dengan lagu Ayak-Ayak dan biasanya diikuti oleh Lolo atau Lonang. Kemudian barulah dengan tarian-tarian lain mengikut urutan cerita atau babak- babak yang telah ditentukan. Lagu-lagu instrumental ( tanpa tarian ) dimainkan sebagai selingan bila diperlukan. Suatu aspek yang dimestikan dan dijaga begitu rapi dalam kesenian gamelan ialah pakaian dan perhiasan penari-penari. Menurut informan, barang-barang kemas yang dipakai adalah dari emas dan permata yang asli ( bukan replika ). Pending dari emas, gandik emas ditatah permata berlian, gelang tangan dan gelang kaki dari emas tungkal, subang emas atau berlian, hiasan kepala. Pacak sanggul, pin dan ’ brooch ’, semuanya dari emas asli dari simpanan diraja. Para penari kadang-kadang merasa berat dan rimas dengan hiasan yang terlalu sarat. Suatu hal yang menarik ialah adanya kesungguhan untuk menghidupkan persembahan dengan mengadakan props yang sesuai dengan urutan cerita atau yang dipersembahkan. Misalnya dalam lagu dan tarian Geliung yang menceritakan seorang anak raja ditukarkan dengan anak menteri, digunakan anak patung dan buaian sebagai props. Penari berlakon bersungguh-sungguh untuk menggambarkan gerak dan emosi dalam babak yang diceritakan. Kesungguhan dalam menghidupkan lakonan dan menyediakan persembahan dapat dilihat dalam tarian-tarian yang lebih elaborate, misalnya untuk tari dan lagu Perang Besar, diterangkan dalam manuskripnya demikian :

Tradisi Persembahan Gamelan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Asalada

Citation preview

Page 1: Tradisi Persembahan Gamelan

Tradisi Persembahan Gamelan

Telah menjadi tradisi gamelan Terengganu dipersembahkan di istana raja dan berfungsi sebagai sebahagian daripada acara dalam kegiatan-kegiatan istana terutamanya pesta-pesta dan perayaan-perayaan diraja. Umumnya gamelan dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, ulangtahun keputeraan dan majlis-majlis jamuan yang istimewa. Selain dari itu, bahkan tidak kurang juga untuk hiburan raja dan permaisuri bersama kaum kerabat dan rakan-rakan baginda. Dalam mana-mana fungsi, persembahan biasanya dimulakan dari selepas waktu Isyak ( jam 9 malam ) hingga ke tengah malam tetapi di Pahang biasanya dimulakan selepas tengah malam hingga hampir subuh ( jam 5 pagi ) malah kadang-kadang dari 10 malam hingga menjelang siang.

Bentuk persembahan dapat dikatakan tipikal, dimulakan dengan lagu perang sebagai lagu pembuka ( overture ) dan persediaan membariskan para penari. Selepas lagu perang baru dimulai tarian dengan lagu Ayak-Ayak dan biasanya diikuti oleh Lolo atau Lonang. Kemudian barulah dengan tarian-tarian lain mengikut urutan cerita atau babak-babak yang telah ditentukan. Lagu-lagu instrumental ( tanpa tarian ) dimainkan sebagai selingan bila diperlukan.

Suatu aspek yang dimestikan dan dijaga begitu rapi dalam kesenian gamelan ialah pakaian dan perhiasan penari-penari. Menurut informan, barang-barang kemas yang dipakai adalah dari emas dan permata yang asli ( bukan replika ). Pending dari emas, gandik emas ditatah permata berlian, gelang tangan dan gelang kaki dari emas tungkal, subang emas atau berlian, hiasan kepala. Pacak sanggul, pin dan ’ brooch ’, semuanya dari emas asli dari simpanan diraja. Para penari kadang-kadang merasa berat dan rimas dengan hiasan yang terlalu sarat.

Suatu hal yang menarik ialah adanya kesungguhan untuk menghidupkan persembahan dengan mengadakan props yang sesuai dengan urutan cerita atau yang dipersembahkan. Misalnya dalam lagu dan tarian Geliung yang menceritakan seorang anak raja ditukarkan dengan anak menteri, digunakan anak patung dan buaian sebagai props. Penari berlakon bersungguh-sungguh untuk menggambarkan gerak dan emosi dalam babak yang diceritakan. Kesungguhan dalam menghidupkan lakonan dan menyediakan persembahan dapat dilihat dalam tarian-tarian yang lebih elaborate, misalnya untuk tari dan lagu Perang Besar, diterangkan dalam manuskripnya demikian :

Maka apabila hendak main perang, segala penari diusapkan dengan kemenyan oleh tukang keromong serata badan, kaki tangan dan muka disapu asap kemenyan. Kemudian perbara itu diletak di bawah keromong.Bila asyik penari-penari dalam kelupaan, tukang keromong hendaklah menabur beras basah yang dijampi kepada segala penari. Ada ( penari ) terkadang lupa sampai dua tiga hari; ada kadang semalaman. Yang lazim dan biasa di dalam masa perang sahaja jikalau tiada termasuk daripada syaitan yang lain. Maka bila lupa sampai dua tiga hari tiadalah makan satu apapun lain daripada bertih dan bunga air.Maka kelakuan di dalam perang itu ada kadang boleh membawa lakon tari, ada terkadang menjerit-jerit sahaja. Dipukul lagu-lagu yang tidak disetujukan tidak ia hendak menari, sehingga dibiarkan dengan begitu sedar sendirinya. Ada kadang sedar dengan lagu pemulih, ada kadang sedar dengan lagu-lagu yang lain tidak ia berkehendak main perang lagi.