Gamelan Folio

Embed Size (px)

Citation preview

Nama : Noor Maslinda bt Ridzuan Chun Kelas: 2 Ungu I/C no: W960186 Guru Pendidikan Muzik: Pn Lim Phaik Geok

ISI KANDUNGANTajuk Pengenalan Sejarah Gamelan di Malaysia Jenis Joget Gamelan a) Joget Gamelan Jawa b) Joget Gamelan Pahang Kegunaan Gamelan Instrumen Muzik Gamelan a) Bonang b) Gambang c) Saron d) Gong e) Gendang Muka Surat

PENGENALAN

Secara ringkasnya, perkataan gamel iaitu dalam bahasa Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Namun, secara khususnya, gamelan merupakan satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik seperti gong, kenong, bonang, gambang, saron, gendang dan slenthem yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi.

Alat-alat tersebut digunakan bagi memainkan lagu-lagu gamelan yang dipilih mengikut kesesuaian majlis.

3

Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan konsep persembahan gamelan dalam negeri-negeri di Malaysia.Hal ini bergantung kepada pengolahan masyarakat setempat mengenai gamelan. Umumnya, gamelan dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, ulangtahun keputeraan, majlis-majlis jamuan yang istimewa dan hiburan raja dan permaisuri bersama kaum kerabat dan rakan-rakan baginda.

4

Dalam tradisi kesenian gamelan, wujudnya pantang larang yang harus dipatuhi oleh penari-penari dan para pemain gamelan bagi memastikan acara yang diadakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan gangguanBerdasarkan fakta sejarah, gamelan di Malaysia bermula di negeri Pahang sebelum dibawa ke negeri Terengganu oleh puteri sultan Terengganu. Kini, gamelan telah berkembang ke hampir seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta bukan sahaja menjadi milik istana malah menjadi mainan semua peringkat rakyat.

5

Kesenian Gamelan telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka, kesenian Gamelan ini telah dibawa ke negeri Johor.

Namun, pada tahun 1821, kesenian ini telah dibawa dan dipopularkan di negeri Pahang.

Joget Gamelan Pahang berasal dari Istana Kerajaan Riau-Lingga di Pulau Penyengat, Riau.

6

7

Terdapat dua jenis joget gamelan di Malaysia iaituJoget gamelan Jawa Joget gamelan Pahang

Asal-usul Joget Gamelan Jawa atau Johor di

Malaysia agak berlainan dengan Joget Gamelan Jawa di Indonesia kerana disana ia bersifat Royal Regalia atau Keistanaan dan hak mutlak Kraton Jawa.

Joget gamelan ini dibawa masuk oleh orang-orang

Jawa ke TanahMelayu dipercayai pada awal abad ke-20. Joget Gamelan Jawa biasanya mengiringi wayang purwa, tarian barongan dan dramatari cerita-cerita panji. Joget Gamelan ini dimonopoli oleh suku Jawa di Johor dan Selangor. Namun terdapat juga etnik Jawa di Hulu Pahang dan sekitar Sarawak meneruskan tradisi ini.

8

Peranan Muzik Dalam Masyarakat Joget Gamelan

Jawa pada awalnya hanyalah sebagai hiburan masyarakat dan ritual masyarakat Jawa.

Namun kini, ia juga berfungsi sebagai mengiringi

acara-acara persembahan kebudayaan, aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri kahwin dan majlis-majlis rasmi contohnya mengiringi perarakan masuk VIP.

Joget Gamelan Jawa juga berfungsi sebagai alat

penyatuan masyarakat terutamanya Jawa, dalam kalangan orang muda dan tua.

9

Ciri-ciri muzik Joget Gamelan

Jawa ada sedikit persamaan dengan muzik Joget Gamelan Pahang iaitu: Repetetive(Pengulangan) Colotomic Interwoven Decorative

(Bertingkah) (Bersulaman) (Dekoratif/Bunga)

10

Lagu-lagu di dalam Joget Gamelan

Jawa biasanya dimulakan dengan perkataan Lancaran atau Ladrang.

Contoh Lancaran Manyak Serowo.

Perkataan ini membezakan lagu bagi Joget Gamelan Jawa dengan Joget Gamelan Pahang.

11

Gamelan dibawa masuk ke Pahang pada kurun ke-17. Pertama kali dipersembahkan di Pekan, Pahang pada tahun 1811 semasa perkahwinan Tengku Hussein, anakanda Sultan Abdul Rahman, Riau dengan Wan Esah, adinda Bendahara Ali, Pahang. Joget Gamelan Pahang menempuhi zaman kegemilangannya di Pahang pada kurun ke-19 di zaman Sultan Ahmad.

12

Ini dibuktikan dengan kewujudan tiga kumpulan tari yang berbeza pimpinan Permaisuri dan isteriisteri Sultan Ahmad.

Kumpulan pertama pimpinan Tengku Ampuan Fatimah, kumpulan kedua pimpinan Cik Besar dan kumpulanketiga pimpinan Cik Zubaidah. Kumpulan yang paling aktif ialah kumpulan pimpinan Cik Zubaidah yang mana turut disertai puteri baginda Sultan, Tengku Mariam (Tengku Ampuan Mariam).

13

Gamelan

diperkenalkan di Terengganu melalui perkahwinan dua puteri Sultan Ahmad iaitu:

Tengku Long dan Sultan Zainal Abidin III, sultan Terengganu ke-11

Tengku Mariam dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, sultan Terengganu ke-13 telah menyebabkan kesenian gamelan berkembang .

14

Dahulu Sebagai persembahan hiburan diraja. Kesenian Gamelan pada suatu masa dahulu

hanya berpatronkan raja.

Hanya golongan istana sahaja yang dapat

menyaksikan persembahan gamelan.

15

Kini Dimainkan dikhalayak ramai selepas mendapat

kebenaran daripada Tengku Mariam pada 1970. Masih dimainkan dalam istiadat istana. Dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis perkahwinan dan majlis penyampaian anugerah. Sebagai muzik iringan ketibaan tetamu kehormat.

16

Gamelan digunakan dalam persembahan. Persembahan gamelan boleh diadakan dalam dua bentuk iaitu tarian dan drama yang dipetik daripada repertoire yang sememangnya sudah dicipta sejak dahulu lagi seperti Tarian Timang Burung, Geliong dan lain-lain. Kumpulan gamelan terdiri daripada penari kanak-kanak perempuan yang diiringi orkestra kaum lelaki yang memainkan alat-alat gamelan.

17

Persembahan Gamelan

1 8

19

Instrumen muzik gamelan Gamelan di Malaysia hanya menggunakan 12 instrumen sahaja berbanding di Jawa yang menggunakan 22 instrumen Gamelan.

BonangDikenali juga sebagai Keromong. Merupakan gong brerukuran kecil dan diperbuat daripada perunggu. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitomik pentatonik dan disongsangkan. Alat ini berbentuk seperti kendi dan sifat bunyinya dengung. Ia menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai French Cheve System sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Perancis. Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang memvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek. Ia juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu). Bonang dimainkan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi. Bonang mempunyai 2 baris atas (nada tinggi) dan bawah (nada rendah). 2 Ia dimainkan menggunakan 2 belah tangan memegang alat 0 pemukul.

Di Jawa Tengah terdapat tiga jenis Bonang digunakan:

Bonang panerus bernada tertinggi daripada bonang-bonang yang lain. Ia secara amnya meliputi dua oktaf atau lebih. Ia memainkan irama terpantas. Bonang barung berbunyi satu oktaf rendah daripada Bonang Panerus, dan meliputi dua oktaf. Ini adalah salah satu alat yang paling penting dalam ensembel, kerana ia memberi banyak isyarat kepada peserta lain dalam gamelan.

Bonang panembung berbunyi paling rendah. Ia lebih biasa dimainkan dalam gamelan Yogya, yang lebih kurang seperti slenthem dan demung digabungkan.

2 1

Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur di atas kotak. Kotak ini berfungsi sebagai Kotak Gema (resonator). Ia mengandungi beberapa oktaf. Menggunakan dua bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi. Gambang ialah sejenis alat metalofon yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal. Menpunyai 4 oktaf panjang dan 21 keping kayu dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya Gambang dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain menggunakan 2 bilah pengetuk diperbuat dari tanduk kerbau (pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain. Pemukul ini juga dikenali sebagai mallet. Pemain mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara Serentak menikut not-not lagu. Bunyi gambang adalah paling rendah daripada alatan lain.

22

Alat idofon yang berbentuk bilahan ataupun slaptype yang diperbuat daripada perunggu. Bilah-bilah disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema. a) Saron Demong

Saron Demong

Kayu Pemukul

Saron Demong merupakan alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu. Mempunyai oktaf yang terendah. Dilaraskan mengikut skala anhemitonic pentatonic. Pemukul khas digunakan daripada jenis yang lembut.

2 3

b) Saron BaronSaron Baron dan pemukulnya

Berbentuk hampir sama dengan saron pekin. Berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat ini beroktaf tengah . Bilah-bilah alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan menghasilkan suara lebih nyaring. Teknik perdam digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. Ini bagi mengelakkan pencemaran bunyi ketika dimainkan secara serentak. Alat pemukulnya adalah sama seperti alat pemukul saron demung.

2 4

b) Saron PekinPemukul

Saron Pekin

Dikenali juga sebagai saron penerus. Alat melodi yang menggandakan melodi pokok. Teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukulnya dibuat daripada tanduk kerbau. Alat ini merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu. Ia mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron. Mempunyai bilah yang kecil tetapi lebih tebal.

2 5

Gong

Alat Pemukul Gong

Gong adalah sejenis alat muzik idiofon berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik Gamelan. Terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Alat ini digunakan sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini berkualiti tinggi kerana cara pembuatannya adalah sukar kerana memerlukan kos yang agak tinggi. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

26

Gendang merupakan penyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan dua belah tangan. Gendang mampu menghasilkan suara mnemonik asas seperti doh Gendang pada permukaan besar dan mnemonik tak pada permukaan kecil. Dalam persembahan gamelan, gendang adalah pelengkap kepada irama gamelan. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaputselaput kulit dan dimainkan dengan cara tabuhan. Gendang memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alatan yang paling sukar dimainkan. Pemain memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.

27

Komposisi Gendang:Diperbuat daripada kayu, kulit binatang dan tumbuhan rotan. Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak. Boleh diperbuat daripada batang kelapa yang sederhana besar. Batang dikorek untuk dilubangkan bahagian tengahnya, hingga tinggal bahagian kulit batang setebal lebih kurang setengah inci. Bahagian depan (sebelah umbi) ditarah dan dikecilkan sedikit dari bahagian tengah dan bahagian hujungnya ditarah lebih kecil lagi hingga menjadikannya berbentuk bujur membesar bahagian tengahnya. Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang seperti kulit kambing. Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang. Kebiasaannya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan. Rotan-rotan ini dikaitsilangkan dengan tali rotan.

2 8