32
PENGENALAN Guru yang terlibat dengan pengajaran sesuatu kemahiran perlu menilai sama ada pelajarnya telah menguasai kemahiran yang diajarnya. Contohnya, anda sebagai seorang guru pendidikan jasmani yang akan mengajar kemahiran servis gaya tenis dalam permainan bola tampar. Bagaimanakah anda menentukan bahawa pelajar anda telah mempelajari apa yang anda telah mengajar? Apakah yang perlu anda perhatikan untuk menilai dan sejauh manakah pembelajaran kemahiran servis itu telah berlaku? Bagaimana pula anda dapat memastikan bahawa apa yang anda perhatikan adalah hasil daripada pembelajaran dan bukan kebetulan? T T o o p p i i k k 6 6 Pembelajaran Kemahiran Motor Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan secara ringkas empat ciri yang digunakan semasa membuat pentakrifan pembelajaran motor; 2. Menggunakan tiga pendekatan untuk menyatakan tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran; 3. Merumuskan teori pemindahan pembelajaran; 4. Mengenal pasti lapan prinsip pemindahan pembelajaran semasa merancang suatu pengajaran dan pembelajaran; 5. Menghuraikan dua jenis pemindahan kemahiran dalam mempengaruhi pembelajaran baru; dan 6. Menyatakan enam faktor yang mempengaruhi proses pemindahan sesuatu pembelajaran kemahiran. HASIL PEMBELAJARAN

Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� PENGENALAN

Guru yang terlibat dengan pengajaran sesuatu kemahiran perlu menilai sama ada pelajarnya telah menguasai kemahiran yang diajarnya. Contohnya, anda sebagai seorang guru pendidikan jasmani yang akan mengajar kemahiran servis gaya tenis dalam permainan bola tampar. Bagaimanakah anda menentukan bahawa pelajar anda telah mempelajari apa yang anda telah mengajar? Apakah yang perlu anda perhatikan untuk menilai dan sejauh manakah pembelajaran kemahiran servis itu telah berlaku? Bagaimana pula anda dapat memastikan bahawa apa yang anda perhatikan adalah hasil daripada pembelajaran dan bukan kebetulan?

TTooppiikk

66

� Pembelajaran Kemahiran Motor

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan secara ringkas empat ciri yang digunakan semasamembuat pentakrifan pembelajaran motor;

2. Menggunakan tiga pendekatan untuk menyatakan tanggapan ataujangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran;

3. Merumuskan teori pemindahan pembelajaran;

4. Mengenal pasti lapan prinsip pemindahan pembelajaran semasamerancang suatu pengajaran dan pembelajaran;

5. Menghuraikan dua jenis pemindahan kemahiran dalammempengaruhi pembelajaran baru; dan

6. Menyatakan enam faktor yang mempengaruhi proses pemindahansesuatu pembelajaran kemahiran.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR148

Mari kita lihat pandangan berikut tentang penilaian pembelajaran:

Perbezaan ini dapat membantu kita membentuk satu definisi yang sesuai dengan istilah pembelajaran. Ia juga membantu kita mengambil kira keadaan yang sesuai untuk memerhatikan perlakuan supaya kita dapat membuat satu inferens yang sah tentang pembelajaran. Rujuk Jadual 6.1 berikut untuk memahami perbezaannya.

Jadual 6.1: Definisi Perlakuan dan Pembelajaran

Istilah Definisi

Perlakuan Perlakuan ialah tingkah laku yang boleh diperhatikan. Jika anda memerhatikan seorang pelajar berlari, anda sedang memerhatikan perlakuan kemahiran lariannya. Begitu juga apabila anda memerhatikan seorang pelajar melakukan servis badminton, anda akan memerhatikan perlakuan servisnya. Oleh itu, istilah perlakuan adalah merujuk kepada pelaksanaan sesuatu kemahiran pada satu masa dan situasi tertentu

Pembelajaran Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara terus tetapi boleh dibuktikan dengan ciri-ciri perlakuan seseorang

DEFINISI DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN MOTOR

Menurut Schmidt (1988), pembelajaran motor telah didefinisikan dalam pelbagai takrifan oleh penulis yang berlainan. Empat ciri yang jelas telah digunakan dalam mendefinisikan pembelajaran motor dipaparkan dalam Jadual 6.2 berikut.

Jadual 6.2: Empat Ciri dalam Mendefinisikan Pembelajaran Motor

Ciri-ciri Penerangan Tambahan

Pembelajaran merupakan satu proses penguasaan kebolehan untuk menghasilkan aksi kemahiran yang dikuasai

Iaitu pembelajaran merupakan set acara atau perubahan yang berlaku apabila latihan menyebabkan seseorang itu bertambah mahir dalam tugasannya

Pembelajaran berlaku hasil secara langsung daripada latihan atau pengalaman

Dalam ppenilaian pembelajaran, kita perlu membezakan istilah perlakuan dan pembelajaran.

Magill (2003)

6.1

Page 3: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 149

Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara terus

Ini kerana proses yang membawa kepada perubahan dalam tingkah laku dari dalaman. Ia pada kebiasaannya tidak dapat diuji secara terus dan memerlukan seseorang membuktikan proses pembelajaran yang telah berlaku dengan menunjukkan perubahan dalam tingkah lakunya yang boleh diperhatikan

Pembelajaran dianggap untuk menghasilkan satu perubahan relatif yang kekal dalam kebolehan tingkah laku yang mahir

Perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh perasaan, motivasi atau keadaan dalaman seperti „perasaan dahaga‰ tidak dianggap disebabkan oleh pembelajaran

Apakah rumusan Schmidt (1988)?

Sama ada benar atau tidak seseorang itu melakukan kemahiran tersebut secara konsisten dengan keupayaan, ini bergantung kepada kehadiran angkubah perlakuan. Ia merangkumi faktor yang boleh mempengaruhi perlakuan individu itu. Sebagai contoh, faktor kewaspadaan seseorang, kerisauan yang disebabkan oleh persekitaran, keunikan persekitaran dan kelesuan. Oleh itu adalah penting pendekatan penilaian yang digunakan perlu mengambil kira faktor ini untuk memperoleh satu inferens pembelajaran yang tepat.

6.1.1 Ciri-ciri Umum Perlakuan Pembelajaran Kemahiran

Empat ciri perlakuan kemahiran yang biasa diperhatikan semasa pembelajaran kemahiran berlaku adalah seperti dalam Rajah 6.1 berikut.

Rumusan Schmidt (1988) ialah pembelajaran motor merupakan satu set proses yang dikaitkan dengan latihan atau pengalaman yang menghala kepada perubahan relatif yang kekal dalam kebolehan bertindak balas.

Page 4: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR150

Rajah 6.1: Empat ciri umum perlakuan pembelajaran kemahiran

(a) KKemajuan

Kemajuan perlakuan sesuatu kemahiran akan bertambah baik dengan masa. Ini bermaksud perlakuan sesuatu kemahiran adalah lebih baik sekarang dari yang sebelumnya. Perlu diingati bahawa pembelajaran tidak seharusnya terhad kepada setakat kemajuan dalam perlakuan sahaja. Ada kalanya latihan menyebabkan pembentukan tabiat buruk yang akan mengakibatkan perlakuan kemahiran pelajar itu gagal.

(b) KKonsistensi Perlakuan akan menjadi semakin konsisten apabila pembelajaran berlangsung. Ini bermakna dari satu ke satu percubaan perlakuan lain, ciri-ciri perlakuan pelajar akan mempunyai lebih persamaan atau konsisten. Dalam percubaan awal perlakuan pelajar, ia adalah berbeza-beza antara percubaannya. Namun, ia akan bertambah baik dan konsisten apabila semakin banyak percubaan diadakan. Semakin konsisten perlakuan kemahiran itu, maka bertambah stabil ciri-ciri perlakuan tersebut. Ini bermakna kemahiran baru yang diperoleh tidak mudah dipengaruhi oleh perubahan kecil dalam ciri-ciri peribadi dan persekitarannya.

(c) BBerterusan

Ciri perlakuan yang ketiga adalah ciri berterusan. Peningkatan perlakuan boleh dilihat dengan peningkatan perlakuan yang berterusan. Ini bermakna apabila pelajar itu menuju ke arah proses peningkatan dalam pembelajaran kemahiran tersebut, peningkatan perlakuannya akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang. Pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran seharusnya boleh menunjukkan perlakuannya pada bila-bila masa. Namun disebabkan oleh faktor lupa dan faktor lain, pelajar itu mungkin tidak dapat mempamerkan tahap perlakuan seperti pada akhir latihan sebelum ini.

Page 5: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 151

(d) PPenyesuaian Ciri perlakuan yang terakhir ialah apabila kemahiran itu telah dikuasai, pelajar boleh menyesuaikannya kepada pelbagai situasi. Pada kebiasaannya, kita tidak melakukan sesuatu perlakuan dalam situasi atau persekitaran yang mempunyai ciri-ciri yang sentiasa sama. Perbezaannya mungkin dari segi emosi, fizikal, persekitaran, tempat dan sebagainya. Oleh itu untuk melakukan sesuatu perlakuan yang berjaya, ia memerlukan pelajar itu menyesuaikan diri serta kemahirannya kepada perbezaan yang ada pada masa berkenaan.

6.1.2 Penilaian Pembelajaran Motor

Penguasaan sesuatu kemahiran motor adalah dinilai berdasarkan kepada perlakuannya. Dua isu yang perlu diberikan perhatian dalam membuat penilaian pembelajaran motor adalah seperti berikut:

(a) Matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar; dan

(b) Aspek prestasi yang menjadi indikator terbaik kepada lakuan kemahiran. Terdapat dua kategori untuk membuat pengukuran prestasi pembelajaran motor:

(a) PPengukuran hasil (outcomes measures) Pengukuran mengenai keputusan atau hasil lakuan pergerakan. Contohnya, masa, jarak, jumlah kesilapan, ketepatan dan kekerapan.

(b) PPengukuran mengenai kualiti lakuan (process of movement) Pengukuran melalui pemerhatian lakuan secara terus (contohnya, menggunakan pita video). Kaedah pengukuran ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menentukan komponen lakuan bagi mencapai lakuan yang disasarkan, contohnya, „spike‰ atau merejam dalam bola tampar yang diukur dari aspek biomekanik.

Sesuatu pembelajaran dapat dinilai dengan menyimpan rekod tahap pencapaian sesuatu perlakuan yang diukur dalam tempoh masa seseorang pelajar itu melakukan latihan kemahiran berkenaan. Ia dapat ditunjukkan dalam graf lengkok perlakuan. Ia diplotkan dengan menunjukkan tahap pencapaian perlakuan yang diukur dalam setiap tempoh masa dalam bentuk saat, minit, percubaan, hari dan sebagainya.

Page 6: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR152

Apakah yang diukur di paksi-x dan paksi-y?

Pengkaji tingkah laku motor biasanya menggunakan lengkok perlakuan untuk menunjukkan kesan pelbagai strategi instruksional ke atas pembelajaran kemahiran motor. Oleh kerana pembelajaran ditakrifkan terlebih awal tidak dapat diperhatikan secara terus, maka pengukuran perlakuan diukur dengan menunjukkan perubahan dalam tingkah laku semasa latihan dalam sesuatu tempoh masa. Dalam lengkok perlakuan, kita dapat melihat kemajuan pelajar berlaku dengan masa dan begitu juga dengan konsistensi kemajuan. Jika kejayaan servis dalam bola tampar ditentukan dengan bilangan kali servis dilakukan melepasi jaring serta masuk ke dalam gelanggang, peratus kejayaan servis sepatutnya bertambah dengan masa. Konsistensi juga akan berlaku. Rajah 6.2 menunjukkan jenis lengkok perlakuan ini. Dalam lakaran jenis graf lengkok ini, perlakuan yang digunakan untuk menilai kemahiran itu diletakkan dalam paksi-y dan masa atau percubaan diletakkan dalam paksi-x.

Rajah 6.2: Lengkok perlakuan

Dalam setiap llengkok perlakuan, tahap perlakuan yang diukur adalah pada paksi-y dan masa perlakuan diukur pada paksi-x.

Page 7: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 153

(a) JJenis umum keluk prestasi Apabila seseorang itu belajar kemahiran baru, lengkuk prestasi untuk mengukur hasil yang biasanya mengikut salah satu daripada empat trend umum dari awal hingga akhir tempoh amalan untuk kemahiran. Tempoh masa ini boleh diwakili sebagai beberapa percubaan, jam, hari dan sebagainya. Ada empat jenis lekuk bagi keluk prestasi iaitu (rujuk Rajah 6.3, 6.4, 6.5 dan 6.6):

(i) LLengkuk linear (lurus)

Rajah 6.3: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang tempoh praktis

(ii) LLengkuk negatif

Rajah 6.4: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi pada awal praktis; lanjutan proses pembelajaran akan menyaksikan

penurunan kadar peningkatan prestasi

Page 8: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR154

(iii) LLengkuk positif

Rajah 6.5: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang rendah pada awal praktis; lanjutan proses pembelajaran akan menyaksikan kenaikan

tinggi kadar peningkatan prestasi

(iv) LLengkuk ogif (ogive) atau ‰S‰

Rajah 6.6: Lengkuk yang menggambarkan peningkatan prestasi yang mempamerkan kombinasi ketiga-tiga jenis lengkuk.

SEMAK KENDIRI 6.1

Nyatakan dan jelaskan secara ringkas jenis-jenis lengkuk prestasi.

Page 9: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 155

6.1.3 Peringkat Pembelajaran

Pernahkah anda melihat seorang guru yang mahir dalam sesuatu kemahiran motor tetapi menghadapi masalah atau kesukaran untuk mengajar kemahiran tersebut kepada pelajarnya? Kesukaran ini mungkin kerana guru itu gagal memahami bagaimana pelajar tersebut akan menerima kemahiran itu setiap kali pelajar itu mencubanya. Untuk memudahkan pembelajaran sesuatu kemahiran, guru perlu mengambil kira faktor seperti arahan, maklum balas dan keadaan latihan adalah seimbang dan harmonis dengan keperluan pelajar. Satu ciri penting dalam pembelajaran kemahiran motor adalah semua pelajar akan melalui beberapa peringkat pembelajaran dalam penguasaan sesuatu kemahiran. Beberapa model telah dicadangkan untuk mengenal pasti dan menjelaskan peringkat pembelajaran ini. Dalam subtopik berikut, kita akan melihat dua daripada model yang popular mengenai peringkat pembelajaran ini. (a) Model tiga peringkat Fitts dan Posner

Fitts dan Posner pada tahun 1967 telah mengemukakan model klasik tiga peringkat pembelajaran motor iaitu: (i) PPeringkat lisan-kognitif

Peringkat ini merupakan peringkat permulaan atau awal pada kontinum peringkat pembelajaran. Ini adalah peringkat kognitif di mana pelajar akan memberi lebih tumpuan kepada masalah yang berorientasikan kepada kognitif. Pada peringkat ini, pelajar banyak buat kesilapan, banyak soalan bertanya, perlakuan tidak konsisten. Jurulatih atau guru perlu memberi banyak maklum balas ekstrinsik kepada pelajar kerana pada peringkat ini pelajar tidak tahu apa perlu dibuat untuk membaiki kesilapan perlakuan.

(ii) PPeringkat assiosiatif

Peringkat ini adalah peringkat pertengahan di mana pelajar mula memperhalus atau memperbaiki perlakuan kemahiran. Aktiviti kognitif bertukar pada peringkat ini kerana pelajar telah mengetahui bagaimana menghubungkaitkan beberapa maklumat persekitaran dengan pergerakan yang diperlukan untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut. Oleh kerana penambahbaikan kemahiran masih diperlukan di peringkat ini, maka Fitts dan Posner merujuk peringkat ini sebagai peringkat penyempurnaan (refining stage), di mana pelajar akan melakukan perlakuan yang berjaya dan lebih konsisten dari satu percubaan ke percubaan berikutnya, kesilapan besar semakin

Page 10: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR156

kurang. Pelajar juga dapat mengesan kesilapan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan maklum balas daripada jurulatih atau guru.

(iii) PPeringkat autonomus

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kontinum pembelajaran. Ia juga dikenali sebagai peringkat automatik. Pada peringkat ini, kemahiran telah menjadi hampir automatik atau biasa. Pelajar pada peringkat ini tidak secara sedar memikirkan tentang ciri-ciri pergerakan tertentu semasa melaksanakan kemahiran kerana mereka boleh melakukannya tanpa berfikir. Variabiliti prestasi semasa peringkat ini adalah sangat kecil kerana pelajar dapat melaksanakan kemahiran secara konsisten dengan baik daripada percubaan kepada percubaan yang berikutnya. Selain itu, pelajar yang mahir boleh mengesan kesilapan mereka sendiri dan membuat pelarasan yang betul untuk membetulkan kesilapan yang mereka lakukan. Kualiti pengajaran dan praktis serta jumlah praktis adalah faktor penting menentukan pelajar dapat mencapai peringkat ini. Tiga peringkat pembelajaran Fitts dan Posner dapat dilihat dalam kontinum masa seperti dalam Rajah 6.7 berikut.

Rajah 6.7: Peringkat pembelajaran model Fitts dan Posner dilihat daripada

kontinum masa

Sila layari laman web berikut untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai peringkat pembelajaran model Fitts dan Posner (1967): http://clem.mscd.edu/~broida/hps450/CH04/sld004.htm

AKTIVITI 6.1

Page 11: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 157

(b) MModel dua peringkat Gentile Model ini diperkenalkan oleh Gentile (1972), secara perbandingan kepada Fitts dan Posner. Dia melihat kemahiran motor berjalan melalui sekurang-kurangnya dua peringkat dan menyampaikan peringkat ini dari perspektif matlamat pelajar pada setiap peringkat. (i) PPeringkat awal (initial stage)

Peringkat awal adalah istilah yang Gentile gunakan untuk peringkat pertama. Pada peringkat ini, pelajar baru mempunyai dua matlamat penting untuk dicapai iaitu:

� Memperoleh corak pergerakan penyelarasan yang akan membolehkan beberapa tahap kejayaan untuk mencapai matlamat tindakan kemahiran. Ini bermakna bahawa pemain baru mesti membangunkan ciri-ciri pergerakan yang sepadan dengan keadaan regulatori dalam konteks alam sekitar di mana kemahiran dilakukan; dan

� Belajar untuk membezakan antara situasi regulatori dan bukan regulatori dalam konteks alam sekitar di mana pelajar melakukan kemahiran. Tidak seperti keadaan regulatori, keadaan bukan regulatori, pencapaian ciri-ciri persekitaran yang tidak mempengaruhi ciri-ciri pergerakan yang diperlukan untuk mencapai matlamat tindakan. Contohnya, warna gelanggang, sorakan penonton dan warna jersi.

Untuk mencapai kedua-dua matlamat penting, pelajar baru meneroka pelbagai kemungkinan pergerakan. Melalui percubaan dan kesilapan, pelajar mengalami ciri-ciri pergerakan yang sepadan dan tidak sepadan dengan keperluan keadaan regulatori. Di samping itu, kerana pelajar perlu menyelesaikan masalah yang banyak untuk menentukan bagaimana untuk mencapai matlamat aksi, pelajar terlibat dalam jumlah yang besar kognitif untuk menyelesaikan masalah. Apabila pelajar mencapai penghujung peringkat ini, dia telah membangunkan corak pergerakan koordinasi yang membolehkan beberapa pencapaian matlamat aksi, tetapi pencapaian ini adalah tidak konsisten dan tidak cekap.

(ii) PPeringkat kedua (later stage)

Pada peringkat kedua, ia menunjukkan kemungkinan lebih daripada satu peringkat di mana pelajar perlu memperoleh tiga ciri umum iaitu:

Page 12: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR158

� Individu mesti membina keupayaan menyesuaikan corak pergerakan yang dia telah diperoleh dalam peringkat pertama kepada keperluan spesifik;

� Individu perlu meningkatkan konsisten dalam mencapai matlamat kemahiran; dan

� Individu itu mesti belajar untuk melaksanakan kemahiran dengan usaha yang ekonomi.

Kemahiran tertutup memerlukan penetapan corak (fiksasi) koordinasi pergerakan asas yang diperoleh semasa peringkat pertama pembelajaran. Ini bermakna bahawa pelajar mesti memperbaiki corak ini supaya dia secara konsisten boleh mencapai matlamat aksi. Pelajar berusaha ke arah membangunkan keupayaan untuk melaksanakan corak pergerakan dengan usaha yang sedikit, jika ada, sedar dan tenaga fizikal minimum. Oleh itu, praktis kemahiran tertutup semasa peringkat ini mesti memberi pelajar peluang untuk menetapkan corak koordinasi pergerakan yang diperlukan dengan cara yang dia mampu melaksanakan secara konsisten. Sebaliknya, kemahiran terbuka yang diperlukan kepelbagaian corak pergerakan asas yang diperoleh semasa pembelajaran peringkat pertama. Apakah perbezaan antara kemahiran terbuka dan tertutup?

Keadaan ini berubah dalam tempoh percubaan aksi serta antara percubaan. Ini bermakna bahawa pelajar mesti menjadi biasa kepada keadaan regulatori dan berkeupayaan untuk mengubahsuai pergerakan untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah ke atas pelajar. Hasilnya, pelajar mesti berkeupayaan secara automatik memantau konteks persekitaran dan mengubahsuai pergerakan yang sewajarnya. Oleh itu, amalan kemahiran terbuka pada peringkat ini mesti menyediakan pelajar dengan pengalaman yang akan memerlukan

Satu ciri penting kemahiran terbuka yang berbeza daripada kemahiran tertutup adalah keperluan untuk menukar ssituasi ruang dan masa (spatial dan temporal).

Page 13: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 159

jenis pengubahsuaian pergerakan. Lihat Rajah 6.8 berikut untuk lebih memahami perkara ini.

Rajah 6.8: Model pembelajaran dua peringkat Gentile

TANGGAPAN PRESTASI PADA PERINGKAT AKHIR PEMBELAJARAN

Tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran boleh dilakukan berdasarkan kepada potensi perlakuan pada peringkat awal pembelajaran pelajar. Sama ada seseorang pelajar itu telah mencapai potensinya atau tidak akan bergantung kepada beberapa faktor seperti:

(a) Faktor motivasi;

(b) Latihan; dan

(c) Peluang. Pengkaji telah menggunakan tiga pendekatan yang berlainan untuk melihat sejauh manakah prestasi perlakuan peringkat pembelajaran awal dapat digunakan untuk membuat jangkaan pencapaiannya pada peringkat akhir pembelajaran.

6.2

SEMAK KENDIRI 6.2

Empat ciri telah digunakan untuk mendefinisikan pembelajaran motor.Nyatakan dan huraikan secara ringkas keempat-empat ciri tersebut.

Page 14: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR160

Dua daripada pendekatan ini menggunakan darjah perhubungan antara prestasi perlakuan peringkat awal dan akhir pembelajaran dengan statistik korelasi. Pendekatan ketiga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh keupayaan motor di setiap peringkat pembelajaran. Mari kita pelajarinya.

6.2.1 Korelasi Prestasi Awal dan Akhir Pembelajaran

Pendekatan pertama yang digunakan untuk menentukan perhubungan antara pencapaian perlakuan awal dengan akhir adalah dengan menghubungkaitkan skor seseorang pelajar sepanjang perkembangan peringkat pembelajarannya. Kaedah yang paling mudah adalah dengan menghubungkaitkan skor perlakuan awal dengan skor perlakuan akhir. Dalam kebanyakan kes, korelasinya adalah rendah, menunjukkan satu korelasi yang rendah antara pencapaian awal dengan akhir. Satu kajian telah dijalankan oleh Trussell (1965) yang kini menjadi contoh kajian klasik dengan menggunakan pendekatan ini. Trussell telah menjalankan kajiannya ke atas pelajar wanita kolej yang membuat latihan lambungan (juggling) tiga biji bola tenis dalam 27 sesi latihan dengan tiga sesi latihan seminggu selama sembilan minggu. Dalam setiap sesi latihan, peserta akan melakukan 75 lambungan. Beliau mentakrifkan perlakuan lambungan sebagai jumlah kesilapan atau bola itu jatuh. Seperti dijangkakan oleh beliau, prestasi perlakuan akan meningkat dengan latihan. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.9 berikut, skor kesilapan menurun daripada 50 kesilapan setiap sesi 75 lambungan dalam sesi latihan pertama ke 20 kesilapan setiap sesi latihan 75 lambungan dalam sesi latihan terakhir. Graf ini penting yang menunjukkan unjuran skor bagi setiap tempoh sesi latihan dapat menjangkakan skor-skor akhir. Nilai R2 paksi X menunjukkan nilai jangkaan prestasi. Statistik ini diperoleh dengan menggandaduakan korelasi antara skor peserta untuk satu tempoh latihan dan purata tempoh empat latihan terakhir. R2 menunjukkan darjah kesamaan iaitu kesamaan antara set skor perlakuan awal dan akhir.

Page 15: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 161

Rajah 6.9: Korelasi prestasi awal dan akhir pembelajaran

Dalam kajian ini, skor lima latihan pertama cuma dapat membuat jangkaan tepat prestasi perlakuan sebanyak 50% hingga 60% sahaja. Namun, peratusan jangkaan prestasi perlakuan di akhir pembelajaran akan bertambah tinggi peratusannya atau lebih tepat dengan semakin bertambahnya sesi latihan. Contohnya, prestasi perlakuan semasa sesi latihan ke-15 dapat menjangkakan prestasi akhir pembelajaran dengan tepat adalah 85%.

(R2)

Page 16: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR162

6.2.2 Korelasi antara Percubaan

Pendekatan kedua adalah lebih kompleks iaitu prosedur korelasinya melibatkan perhubungan antara semua percubaan dalam latihan. Pendekatan ini memberikan maklumat tentang perhubungan antara skor perlakuan dengan mana-mana dua percubaan. Hasil daripada analisis dapatan menunjukkan kesamaan percubaan yang hampir sama antara satu sama lain dengan masa adalah tinggi korelasinya berbanding dengan percubaan yang lebih jauh daripada satu sama lain. Apakah maksud pepenjuru-maha?

Ini bermaksud korelasi antara percubaan yang kelihatan dalam matriks korelasi yang membandingkan kesemua percubaan antara satu sama lain, dengan percubaan yang sama terletak di kedua-dua paksi-x dan y dalam matriks tersebut. Korelasi sesuatu percubaan dengan percubaan berikutnya seperti percubaan 2 dan 3 adalah kelihatan cuma berada di atas pepenjuru matriks tersebut di mana sesuatu percubaan akan dikorelasikan dengan ia sendiri. Berdasarkan kepada kegunaan kata imbuhan „mmaha‰ bermaksud „aatas‰, satu bentuk pepenjuru-maha berlaku apabila korelasi tertinggi dalam matriks adalah sepanjang pepenjuru tersebut iaitu cuma berada di atas pepenjuru utama matriks berkenaan. Thomas dan Halliwell (1976) telah melakukan kajian ke atas peserta yang mempelajari tiga kemahiran motor iaitu:

(a) Kejaran rotari (rotary pursuit);

(b) Stabilometer; dan

(c) Pergerakan ritma lengan (rhythmic arm movement).

Matriks korelasi pada Rajah 6.10 menunjukkan dapatan kajian 15 percubaan awal semasa latihan untuk pergerakan ritma lengan. Hasil kajian menunjukkan korelasi tertinggi antara percubaan adalah terletak sepanjang pepenjuru yang berada atas pepenjuru utama dalam matriks korelasi. Seperti yang ditunjukkan dalam matriks korelasi ini, jika kita perhatikan jadual kanan dibandingkan dengan sesuatu percubaan tertentu dengan percubaan lain, korelasi antara

Perhubungan antara percubaan dikenali sebagai bentuk ppepenjuru-maha (super-diagonal).

Page 17: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 163

percubaan semakin jauh adalah lebih rendah. Contohnya, korelasi antara percubaan 4 dan 5 adalah 0.73, sementara korelasi antara percubaan 4 dan 12 menurun sehingga 0.15. Dengan itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa perlakuan awal latihan merupakan panduan jangkaan yang lemah perlakuan akhir sesuatu latihan.

Rajah 6.10: Matriks korelasi antara percubaan

6.2.3 Perkaitan antara Kebolehan Motor dengan Peringkat Pembelajaran

Pendekatan ketiga untuk melihat perkaitan antara pencapaian perlakuan awal dengan akhir dalam pembelajaran adalah dengan membandingkan kebolehan motor yang menyebabkan pencapaian perlakuan dalam setiap peringkat pembelajaran. Walaupun kontroversi wujud sama ada kebolehan berkaitan dengan perlakuan kekal atau berubah-ubah semasa pembelajaran motor, namun kebolehan yang diperlukan untuk melakukan sesuatu kemahiran boleh berubah sepanjang masa apabila seseorang menjadi lebih mahir atau cekap untuk melakukan kemahiran tersebut. Ini bermakna kebolehan yang berkaitan dengan perlakuan sesuatu kemahiran dalam peringkat awal pembelajaran mungkin tidak sama seperti dalam peringkat akhir pembelajaran. Ackerman (1988, 1992) telah menjelaskan perubahan ini semasa dia mencadangkan satu model untuk menjelaskan perkaitan antara jenis kebolehan yang memainkan peranan utama dalam sesuatu perlakuan dalam setiap peringkat pembelajaran dalam model Fitts dan Posner. Rajah 6.11 menunjukkan perkaitannya.

Page 18: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR164

Rajah 6.11: Model hiraki Ackerman

Dalam peringkat kognitif pembelajaran di mana pelajar mesti menguasai pengetahuan tentang matlamat tugasan, peraturan dan strategi serta kebolehan umum kognitif dan kandungan yang menyebabkan perlakuan. Kebolehan kognitif umum termasuk:

(a) Penaakulan;

(b) Penyelesaian masalah;

(c) Kebolehan verbal; dan

(d) Kebolehan kandungan termasuklah orientasi ruang, kawalan tumpuan dan sebagainya.

Semasa pelajar itu beransur ke peringkat asosiatif, kebolehan kelajuan perseptual akan bertambah dominan dalam perlakuan. Pada peringkat autonomous, keperluan dalam perseptual dan kebolehan meningkat supaya ia menjadi kebolehan yang paling tinggi kaitannya dengan perlakuan.

AKTIVITI 6.2

Tanggapan atau jangkaan prestasi pada akhir sesuatu pembelajaran bolehdilakukan dengan menggunakan beberapa pendekatan. Jelaskan secararingkas bagaimana pendekatan-pendekatan tersebut dapat digunakanuntuk membuat jangkaan prestasi akhir sesuatu pembelajaran.

Page 19: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 165

PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

Mari kita meneruskan pembacaan tentang pemindahan pembelajaran pula.

6.3.1 Teori Pemindahan Pembelajaran

Pembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkah laku hasil daripada pertembungan antara individu dengan persekitarannya, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Pembelajaran juga boleh dihasilkan melalui latihan. Di dalam usaha seseorang itu untuk memperbaiki, mendalami sesuatu ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tingkah lakunya, dia secara tidak langsung akan menggunakan konsep Drowatzky (1975). Proses di mana seseorang itu menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang berlainan daripada asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran. Mengikut Sage (1977), pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran lepas ke atas penerimaan sesuatu pembelajaran baru. Manakala Singerv (1980), menyatakan pemindahan pembelajaran adalah penggunaan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru dalam situasi yang berlainan. Pengetahuan serta pemahaman konsep pemindahan pembelajaran amat penting bagi guru kerana ia dapat digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan pembelajaran yang optimum dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dalam perlakuan motornya. Berikut merupakan empat teori pemindahan pembelajaran (rujuk Rajah 6.12):

Rajah 6.12: Empat teori pemindahan pembelajaran

6.3

Page 20: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR166

(a) TTeori unsur umum Teori ini telah diusahakan oleh Judd (1908) dalam penyelidikannya. Beliau telah asas mengenai sesuatu kemahiran spesifik boleh dipindahkan. Contohnya, beliau dapati individu boleh menepati sasaran di dalam air sekiranya dia dijelaskan tentang prinsip biasa sebelum dia memanah sasaran dalam air. Beliau juga menekankan kepada ketepatan motor sebagai hasil pemindahan yang tidak disedari daripada tugas dan perlakuan yang lepas kepada keperluan pergerakan sekarang. Keadaan ini adalah hasil daripada penggunaan saluran saraf neurologi yang telah diasaskan untuk tugas yang terdahulu daripada keperluan pergerakan sekarang. Contohnya, perlakuan membuat pukulan smesy (smash) atas kepala dalam permainan tenis atau membuat servis, adalah keperluan pergerakan yang diperoleh daripada perlakuan lepas seperti membaling atas tangan dalam permainan sofbol atau permainan badminton.

(b) TTeori unsur persamaan

Teori ini dikemukakan oleh Thorndike (1932), di mana beliau menyatakan bahawa pemindahan pembelajaran boleh berlaku apabila unsur sesuatu tugas itu bersesuaian dengan tugas kedua dari segi rangsangan dan gerak balas. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Gagne dan rakan-rakannya tentang kebolehan menekan butang apabila dirangsang oleh lampu, didapati bahawa semua subjek bertumpu kepada pengkhususan kemahiran di mana pemindahan pembelajaran berlaku berpunca daripada persamaan gerak balas atau rangsangan antara dua variasi yang sama tugasan. Contohnya, alam melakukan pukulan kilas dan lob pergerakan kaki, pengetahuan lantunan, dan strategi permainan tenis digunakan pula di dalam permainan skuasy.

(c) TTeori Gestaltik

Mengikut teori ini, pemindahan pembelajaran akan berlaku apabila corak perhubungan yang dinamik ditemui di dalam dua situasi pembelajaran. Transposisi (transposition) akan berlaku sekiranya latihan sesuatu tugasan yang terdahulu dapat membantu perlakuan tugasan yang kedua. Proses transposisi atau rentasan kedudukan boleh berlaku bila terdapat kehadiran corak, susunan dan perkaitan yang sama antara kedua-dua perlakuan itu.

(d) TTeori dua faktor Pemindahan pembelajaran boleh berlaku apabila terdapat kombinasi faktor am dan spesifik. Teori ini mencadangkan bahawa individu mempelajari sesuatu tugasan yang baru melalui perolehan rangsangan dan corak gerak balas. Teori dua faktor ini dikemukakan oleh Munn (1932) pada masa dia

Page 21: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 167

mengkaji pemindahan bilateral, di mana pemindahan pembelajaran berlaku daripada pergerakan terasing tangan yang berlawanan. Pemindahan pembelajaran bergantung kepada lima ciri tertentu iaitu:

(i) Faktor am yang mengasaskan tugasan;

(ii) Haluan dalam sistem saraf;

(iii) Persamaan dalam unsur rangsangan gerak balas;

(iv) Perkaitan antara tugasan pertama dengan tugasan kedua; dan

(v) Kombinasi faktor am dan spesifik. Mari kita lihat lakaran proses pembelajaran dalam Rajah 6.13 yang melibatkan individu, tugasan dan persekitaran yang saling berkaitan.

Rajah 6.13: Proses pembelajaran

Page 22: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR168

6.3.2 Prinsip dan Konsep Pemindahan Pembelajaran

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pakar pendidik terhadap pemindahan pembelajaran, maka terhasillah beberapa prinsip umum yang dapat membantu guru serta pengajar aktiviti perlakuan motor. Sembilan prinsip yang boleh dijadikan panduan di dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran motor adalah disenaraikan seperti berikut:

(a) Hasil pemindahan pembelajaran adalah lebih berkesan apabila terdapat persamaan unsur yang lebih banyak di antara dua tugasan. Contohnya, kemahiran yang diperoleh dalam sesuatu permainan seperti permainan tenis akan memberi kelebihan ketika membuat pukulan dalam permainan skuasy kerana kedua-dua permainan ini mempunyai banyak persamaan dari segi kemahiran pukulan, gerakan dan strategi permainan;

(b) Apabila kemahiran yang sedia ada memberi sumbangan terhadap pembelajaran atau perlakuan dalam situasi baru, maka berlakulah pemindahan positif. Contohnya, kelenturan dan kawalan tubuh badan yang telah terbina melalui kemahiran gimnastik dapat digunakan untuk perlakuan tarian dan sukan terjun air (water diving);

1. Lengkapkan jadual berikut (gunakan kertas berasingan untuk melengkapkan jadual ini):

Jenis teori Unsur Umum

Unsur Persamaan Gestaltik Dua Faktor

Siapa pengasas?

Penyataan teori

Contoh

2. Teori-teori pemindahan pembelajaran adalah amat penting bagi

guru. Rumuskan secara ringkas teori-teori pemindahan pembelajaran yang telah anda pelajari.

3. Sebelum anda meneruskan pembacaan pada bahagian seterusnya,

cadangkan beberapa panduan dalam proses pemindahan pembelajaran yang berkesan berasaskan pengalaman anda sebelum ini.

AKTIVITI 6.3

Page 23: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 169

(c) Apabila sesuatu kemahiran yang telah sedia ada tidak dapat digunakan atau disesuaikan dalam melakukan perlakuan yang baru, maka berlakulah pemindahan negatif. Contohnya, seorang pemain badminton yang mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam permainan itu tidak dapat mengelakkan dirinya daripada menggerakkan pergelangan tangannya semasa membuat pukulan kilas lob dalam tenis;

(d) Apabila kemahiran yang telah sedia ada tidak dapat memberikan kesan atau sumbangan kepada perlakuan atau pembelajaran baru, maka pemindahan neutral atau kosong berlaku;

(e) Pemindahan pembelajaran tidak berlaku secara automatik walaupun apa yang dilakukan itu adalah dua tugas yang sama;

(f) Untuk mendapatkan pemindahan pembelajaran yang positif dalam perlakuan yang baru, adalah penting bagi guru serta pengajar menyemaikan pemahaman prinsip dan prosedur sesuatu perlakuan motor yang akan dilaksanakan. Prinsip seperti Hukum Newton, prinsip momentum, daya memusat dan sentrifugal dan peranan tarikan daya pusat graviti banyak memainkan peranan dalam menentukan prestasi sesuatu perlakuan motor;

(g) Jumlah pemindahan bergantung kepada bahan pembelajaran dan kemampuan individu. Pelaku yang lebih cerdas dapat mengaplikasi dan menghasilkan pemindahan pembelajaran dengan lebih efektif akan prinsip dan pengetahuan asas yang telah dipelajari;

(h) Pemindahan yang lebih baik dapat dihasilkan apabila latihan yang lebih banyak dilakukan terhadap tugasan asal; dan

(i) Pemindahan boleh berlaku hasil daripada pertalian kognitif yang terbentuk di antara dua tugasan.

Ringkasan bagi sembilan prinsip pemindahan pembelajaran ini diilustrasikan dalam Rajah 6.14.

Page 24: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR170

Rajah 6.14: Sembilan prinsip pemindahan pembelajaran

Pemindahan pembelajaran merujuk pengaruh pengalaman sedia ada terhadap proses pembelajaran yang sedang berlaku. Ia melibatkan tiga jenis pemindahan pembelajaran yang berlaku iaitu:

(a) PPemindahan positif Pemindahan ini berlaku apabila pengalaman lepas pelajar dengan satu kemahiran memudahkan pembelajaran kemahiran baru atau penggunaan kemahiran dalam konteks yang berbeza.

(b) PPemindahan negatif Sebaliknya, pemindahan negatif berlaku apabila pengalaman lepas pelajar dengan kemahiran menggalang atau menghalang pembelajaran kemahiran baru atau prestasi kemahiran di bawah situasi baru.

(c) PPemindahan sifar Pemindahan ini berlaku kerana pengalaman dengan kemahiran yang pertama tidak mempunyai pengaruh ke atas yang kedua.

Walaupun jurulatih atau guru mahu mengambil manfaat ke atas pemindahan positif, pemindahan negatif boleh berlaku dan hasil pelajar perlu belajar tindak balas baru. Contohnya, pemindahan negatif berlaku apabila pemain badminton mahir memutuskan untuk belajar tenis. Dalam badminton, pukulan depan (forehand) memerlukan penggunaan pergelangan tangan dan ini tidak berlaku

Page 25: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 171

dalam tenis, di mana terdapat sumbangan minimum pergelangan tangan. Pada mulanya, pemain badminton mungkin cuba untuk menggabungkan penggunaan pergelangan tangan dalam pukulan depan tenis. Walau bagaimanapun, kesan daripada pemindahan negatif adalah sementara dan boleh diatasi dengan praktis.

6.3.3 Jenis Pemindahan Kemahiran

Untuk memudahkan pemahaman tentang jenis pemindahan, maka kita membahagikan ia kepada dua kategori utama iaitu:

(a) PPemindahan bilateral Pemindahan bilateral berlaku apabila terdapatnya pemindahan kemahiran motor dari sebelah anggota badan ke sebelah badan yang bertentangan. Contohnya, kemahiran membaling dan menyambut bola dari tangan ke kaki atau sebaliknya. Cara yang baik untuk mengajar sesuatu kemahiran motor adalah kaedah terus. Contohnya, untuk mengajar kemahiran menendang dengan kaki kiri, kita tidak perlu mengajar mula dengan kaki kanan. Sebaliknya terus dengan kaki kiri. Dengan adanya kemudahan pemindahan bilateral, kita dapat menggunakan dengan sepenuhnya kedua-dua bahagian anggota badan. Bagi guru pendidikan jasmani, konsep pemindahan jenis ini dapat digunakan dalam usaha untuk mempertingkat dan meninggikan perkembangan dan pencapaian perlakuan motor dalam mengajar beberapa kemahiran seperti berikut:

(i) Melatih pelajar melakukan dirian tangan dan berjalan dalam gimnastik;

(ii) Membuat hantaran, menggelecek, menendang dan menjaring gol dalam permainan bola sepak dengan kedua-dua belah kaki;

AKTIVITI 6.4

Terdapat beberapa prinsip pemindahan pembelajaran yang harus gurufahami sebelum merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Huraikan secara ringkas bagaimana prinsip-prinsip tersebut dapat membantu guru semasa merancang suatu pengajaran dan pembelajaran.

Page 26: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR172

(iii) Mengajar pemain sofbol menukar tempat semasa memukul;

(iv) Mengajar pemain bola tampar memukul bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan; dan

(v) Melatih penari, ahli gimnastik atau ahli terjun air mengimbangi seluruh badan.

(b) PPemindahan intra tugasan (intratask) Pemindahan jenis ini melibatkan pemindahan satu variasi dalam satu jenis tugasan kepada variasi yang berlainan di dalam jenis tugasan yang sama. Tahap sesuatu variasi boleh dipertingkatkan atau direndahkan bergantung kepada perkembangan dan kebolehan serta keupayaan individu. Antara angkubah yang terdapat di dalam melakukan pemindahan intra tugasan adalah:

(i) PPerkaitan kerumitan tugasan dan pemindahan Jumlah pemindahan pembelajaran adalah bergantung kepada darjah

kerumitan sesuatu tugasan itu. Seandainya sesuatu kemahiran motor itu memerlukan pergerakan yang kompleks, maka pemindahannya adalah lebih merumitkan.

(ii) PPemilihan kaedah secara keseluruhan atau separa Untuk mendapatkan sesuatu pengajaran yang berkesan, guru harus

memahami kehendak dan matlamat pengajaran yang hendak dicapai pada akhir pengajaran. Dari situ, bagi mewujudkan kesan pembelajaran yang baik dan berkesan, guru itu perlu memilih kaedah bersesuaian dengan jenis dan bentuk perlakuan motor yang hendak dicapai pada akhir pengajaran.

Untuk mendapatkan pengajaran yang efektif, pergabungan kedua-dua kaedah perlu dipraktikkan. Dari situ disarankan bahawa penyesuaian penggunaan kaedah tertentu dalam pengajaran kemahiran motor perlu difikirkan terlebih dahulu oleh guru sebelum merancang sesuatu pengajaran motor. Contohnya, aktiviti yang kompleks dan yang memerlukan urutan atau yang berterusan serta kederasan, kelajuan dan koordinasi, perlukan pengajaran keseluruhan. Bagi aktiviti yang mempunyai subtugasan (subtasks) pula, perlu dipecahkan kepada unit tertentu dan kemudiannya dituruti dengan kaedah keseluruhan.

Page 27: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 173

6.3.4 Faktor yang Mempengaruhi Pemindahan Kemahiran

Dalam memahirkan sesuatu perlakuan, ada enam faktor yang terlibat iaitu (rujuk Rajah 6.15): (a) FFaktor kaedah latihan

Kaedah latihan yang dipraktikkan akan mempengaruhi proses pemindahan pembelajaran. Kemahiran motor yang mempunyai unit kecil yang berkait rapat perlu diajar secara keseluruhan. Bagi kemahiran yang besar dan senang, boleh dipecahkan pengajarannya kepada unit yang lebih kecil.

(b) FFaktor latihan mental Untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih positif, seseorang itu perlu melakukan latihan mental yang berdasarkan kepada prinsip perlakuan dan penganalisisan pergerakan. Individu perlu diberikan pengetahuan serta penerangan berkenaan dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Kecerdasan individu juga akan mempengaruhi perlakuan kemahiran motor.

(c) FFaktor motivasi

Motivasi memainkan peranannya dalam proses pemindahan kemahiran dari satu situasi ke situasi yang baru. Kesan motivasi terhadap individu bergantung kepada sahsiahnya, perhubungannya dengan persekitaran dan juga tugasan pemindahan itu. Dengan adanya motivasi, individu akan dirangsang untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam perlaksanaan sesuatu jenis atau bentuk perlakuan motor.

Motivasi boleh diadakan dalam bentuk:

(i) Insentif ganjaran;

(ii) Minat dalaman;

(iii) Insentif sosial;

(iv) Galakkan kepada pencapaian dan prestasi;

AKTIVITI 6.5

Dalam mempelajari sesuatu kemahiran baru, pengalaman ataukemahiran lepas akan mempengaruhi pembelajaran baru. Nyatakansecara ringkas bagaimanakah pengalaman atau kemahiran lepasmempengaruhi pembelajaran kemahiran baru.

Page 28: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR174

(v) Insentif kewangan;

(vi) Deraan; dan

(vii) Kehadiran penonton. (d) FFaktor jumlah latihan Jumlah latihan yang dipraktikkan untuk sesuatu kemahiran akan

mempengaruhi pemindahan tugasan dalam perlakuan yang sama. Contohnya, pemain bola keranjang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membaling dan menyambut bola akan lebih mudah melakukan kemahiran yang sama dalam permainan bola jaring, walaupun dia baru melibatkan diri dalam permainan itu.

(e) UUnsur persamaan antara dua tugasan

Apabila terdapat unsur persamaan yang lebih banyak antara dua tugasan, ia akan menghasilkan pemindahan kemahiran yang positif. Contohnya, persamaan dalam teknik pergerakan dan balingan dalam permainan bola jaring dengan bola baling.

(f) KKebolehan individu untuk pemindahan prinsip umum Pemahaman serta mengetahui akan sesuatu teori dan prinsip umum

mengenai sesuatu perlakuan akan dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang berbeza. Sebaliknya bagi individu yang hanya mengetahui prinsip spesifik, hanya berupaya menggunakannya untuk situasi tertentu sahaja.

Rajah 6.15: Enam faktor yang mempengaruhi pemindahan pembelajaran kemahiran

Page 29: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 175

6.3.5 Penilaian dan Pengukuran Pemindahan Hasil

Penilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan mengikut prinsip berikut:

(a) Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaran;

(b) Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnya; dan

(c) Pembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.

Walau bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui tiga jenis pemindahan iaitu:

(a) PPemindahan positif Kesan pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor

lepas, memudahkan sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru. Contohnya, seorang pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran motor permainan pingpong dengan lebih mudah dan cepat.

(b) PPemindahan negatif Kesan pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor

lepas menyukarkannya mempelajari sesuatu kemahiran motor baru. Contohnya, seorang pemain badminton akan menghadapi kesukaran untuk mempelajari kemahiran permainan tenis.

(c) PPemindahan neutral atau kosong Kesan pemindahan neutral atau kosong berlaku apabila pembelajaran

kemahiran motor lepas tidak memberi sebarang kesan kepada pembelajaran kemahiran motor yang baru. Contohnya, kemahiran motor dalam permainan bola keranjang tidak akan mempengaruhi pembelajaran kemahiran dalam permainan bola sepak.

AKTIVITI 6.7

Cadangkan satu contoh perlakuan yang boleh dikaitkan dengan keenam-enam faktor pemindahan pembelajaran kemahiran. Bincang dengan tutor anda bagi memastikan contoh anda itu tepat.

Page 30: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR176

� Peringkat pembelajaran kognitif di mana tahap di mana pelajar cuba

membentuk konsep keseluruhan sesuatu kemahiran motor dengan memperoleh maklumat melalui deria dalam bentuk maklum balas sensori melalui pemerhatian, memperoleh maklum balas lisan daripada guru atau melalui otot gelendong yang menghalusi setiap pergerakan secara dalaman.

� Peringkat hubung kait merupakan tahap di mana perlakuan sesuatu kemahiran akan lebih konsisten.

� Peringkat pembelajaran autonomous merupakan tahap di mana sesuatu kemahiran yang dipelajari akan menjadi automatik, stabil dan mudah.

� Model Fitts dan Posner mencadangkan bahawa pelajar mesti melalui tiga peringkat pembelajaran iaitu:

� Peringkat kognitif iaitu pelajar mula melibatkan diri dengan kebanyakan aktiviti kognitif seperti penyelesaian masalah, pengarahan tumpuan kepada pergerakan dan sebagainya;

SEMAK KENDIRI 6.3

Terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi pemindahanpembelajaran kemahiran. Huraikan secara ringkas bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi proses pemindahan sesuatu pembelajarankemahiran.

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, uji kefahaman anda. Cuba ke laman webberikut: http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/ chapter5/multiple_choice_quiz.html Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan ke online laboratory manual dan related reading untuk memantapkan kefahaman anda.

AKTIVITI 6.8

Page 31: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR � 177

� Peringkat hubung kait iaitu pelajar mengurangkan aktiviti kognitif terlibat dalam perlakuan sesuatu kemahiran dan berusaha menghalusi kemahiran untuk menghubungkaitkan kejayaan perlakuan dan kekonsistenan; dan

� Peringkat autonomous iaitu pelajar melakukan sesuatu kemahiran secara automatik.

� Model Gentile mencadangkan pelajar melalui dua peringkat pembelajaran iaitu:

� Peringkat motor di mana matlamat pelajar permulaan adalah untuk membentuk satu koordinasi corak pergerakan dan mempelajari untuk mendiskriminasikan situasi regulatori dan bukan regulatori; dan

� Peringkat kedua adalah peringkat penetapan di mana matlamat pelajar adalah untuk menguasai kebolehan untuk mengadaptasikan corak pergerakan yang dipelajari pada peringkat awal untuk memenuhi situasi perlakuan dan meningkatkan konsistensi perlakuan serta melakukan perlakuan dengan usaha yang minimum. Matlamat pergerakan adalah kemahiran spesifik dalam peringkat ini untuk kemahiran tertutup ia memerlukan fiksasi corak pergerakan itu dan kemahiran terbuka memerlukan satu diversifikasi corak pergerakan itu.

� Pengaruh pengalaman lepas mungkin menggalakkan, menghalang atau tidak ada kesan ke atas perlakuan sesuatu kemahiran dalam kontak baru atau pembelajaran sesuatu kemahiran baru.

� Terdapat empat jenis pemindahan iaitu pemindahan positif, pemindahan negatif, pemindahan bilateral dan pemindahan kosong atau neutral.

Bentuk pepenjuru-maha (super-diagonal)

Diversifikasi (diversification)

Fiksasi (fixation)

Keadaan bukan regulatori

Pemindahan bilateral

Pemindahan negatif

Pemindahan neutral

Pemindahan pembelajaran

Pemindahan positif

Peringkat autonomous

Peringkat hubung kait

Peringkat kognitif

Page 32: Topik 6 Pembelajaran Kemahiran Motor

� TOPIK 6 PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MOTOR178

Ackerman, P. L. (1987). Individual differences in skill learning: An integration of

psychometric and information processing perspectives. Psychological Bulletin, 102, 3-27.

Ackerman, P. L. (1988). Determinants of individual differences during skill acquisition: Cognitive abilities and information processing. Journal of Experimental Psychology: General, 117, 288-318.

Drowatzky, J. N. (1975). Motor learning: Principles and practices. US: Burgess.

Fitts, P. M., & Posner, M. I. (1967). Learning and skilled performances in human performance. Belmont C. A.: Brock-Cole.

Gentile, A. (2000). Skill acquisition: Action movement and neuromotor processes. Dalam: Carr, J., Sheperd, R., Gordon, J. (ed.). Movement science: Foundations for physical therapy in rehabilitation (2nd ed.). Aspen: Rocville.

Judd, C. H. (1908). The relation of special training to general intelligence. Educational Review, 36, 28-42

Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.

Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications. (7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.

Munn, N. (1932). Bilateral transfer of learning. Journal Experiment Psychology, 15, 343�353.

Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neurophychological approach. Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.

Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis. (2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics.

Singer, R. N. (1980). Motor learning and human performance: An application to motor skills and movement behaviors. New York, NY: McMillan.

Thomas, J. R., & Halliwell, W. (1976). Individual differences in motor skill acquisition. Journal of Motor Behaviour, 8, 89�99.

Thorndike, E. L. (1932). The fundamentals of learning. New York, NY: Teachers Press College.

Trussell, E. (1965). Prediction of success in a motor skill on the basis of early learning achievement, The Research Quarterly, 36, 342�347.